The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by D091871, 2021-05-22 08:34:39

PEMBETULAN EBOOK1 VRT3023

PEMBETULAN EBOOK1 VRT3023

VRT 3023
REKA BENTUK DAN PEMBUATAN PERABOT

E-BOOK
PENGGUNAAN PERALATAN

BENGKEL PERABOT

KUMPULAN
A

AHLI KUMPULAN

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

MUADZATUL ATHIRAH BINTI MAZLAN D20192091871
IZAURA NUR IZZATY BINTI AHMAD D20192091885
AZZAH BINTI JAMIEL @ JAMAIL D20192091682
MUHAMMAD THAQIF MUZAKKIR BIN MAHADHIR D20192091876
MUHAMMAD AIDIL ANIQ BIN SABRI D20192091878
NOR AZIATUL SHARIN BINTI DONNY ALOYSIUS D20192091695

MESIN GERGAJI
JIG

D20192091681
Azzah Binti Jamiel @ Jamail

Pengenalan Mesin Gergaji Jig Bahagian & Kegunaan Mesin Gergaji Jig

•Mesin gergaji jig mudah alih (Jig Saw) BAHAGIAN KEGUNAAN
digunakan sebagai alatan untuk memotong Suis Menghidupkan motor mesin semasa
garisan lurus & bentuk lengkung pada bahan proses kerja dijalankan.
seperti papan, kayu nipis, papan nipis, Jubin Pemegang
dan kepingan logam nipis. Menetapkan pegangan semasa proses
•Mesin ini juga menggunakan kuasa elektrik Kabel menggergaji
•Mata pemotong boleh ditukar ganti
mengikut kesesuaian bahan yng hendak Pelindung mata Menyambung dan menyalurkan arus
dipotong. elektrik

Melindung mata pemotong

Mata pemotong Memotong bahan yang ingin dipotong

Tapak Menetapkan kedudukan gergaji pada
benda kerja yang dipotong.

JENIS – JENIS MATA PEMOTONG MESIN GERGAJI JIG

JENIS FUNGSI CONTOH/ GAMBAR RAJAH
HIGH SPEED STEEL FOR
• Mata pemotong besi/ aluminium
WOOD AND METAL • Digunakan untuk memotong besi
• Boleh juga digunakan bagi memotong kayu
HCS BASIC FOR WOOD
• Memotong kayu
BIM PROGRESSOR / MATA • Mata pemotong kayu mempunyai bilah mata yang
PEMOTONG BESI DAN
KAYU banyak dan rapat
HCS SPEED FOR WOOD • Tidak boleh memotong besi atau kayu yang keras

HCS CLEAN FOR WOOD • Boleh memotong besi dan kayu
• Mempunyai bilah yang agak keras

• Memotong kayu dengan lebih cepat
• Boleh membuat lubang ditengah kayu
• Mempunyai jarak mata bilah yang jarang

• Memotong kayu dengan lebih kemas dan bersih
• Boleh digunakan untuk memotong pada lengkung
• Kerja – kerja membentuk

PERBEZAAN ANTARA GERGAJI JIG (JIGSAW) DENGAN
GERGAJI BULAT (CIRCULAR SAW)

CIRCULAR SAW

JIGSAW

• Pergerakkan bilah mata gergaji secara turun naik • Pergerakkan bilah mata gergaji secara berputar.

• Mempunyai mata gergaji yang tipis serta lurus • Mata gergaji bulat ini lebih tebal dan melingkar sesuai
dan sesuai untuk memotong kayu yang tidak untuk memotong kayu yang tebal.
terlalu tebal.
• Digunakan untuk melakukan pemotongan lurus dan
• Mesin gergaji jig ini lebih ringan Panjang.

• Digunakan unutk melakukan pemotongan yang • Mesin ini lebih berat
melingkar, melengkung, berkelok – kelok atau
zig – zag mengikut kesesuaian bentuk. • Mata gergajinya lebih tangan lama kerana perawatam
dan pengasahan yang lebih baik dan tepat.
• Harganya yang lebih murah berbanding yang lain.
• Harganya agak mahal dari gergaji jig.

CARA PENGGUNAAN PERALATAN MESIN GERGAJI JIG

LANGKAH 1
• Pasang mata gergaji pada mesin gergaji jig
• Pastikan plug jigsaw tidak disambungkan ke penyambung untuk

menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

LANGKAH 2
• Ketatkan mata menggunakan kunci L yang sudah disediakan

LANGKAH 3
• Tekan suiz untuk menghidupkan mesin gergaji jig.
• Memutar dan menekan butang kelajuan sekiranya ingin

mendapatkan kelajuan yang diingini.

LANGKAH 4
• Pastikan bahan kerja seperti kayu diapit dengan

selamat dan tidak tersangkut.

AMARAN !! Jangan sesekali membiarkan mesin beroperasi tanpa pengawasan

FAKTOR KESELAMATAN SEMASA SEMASA MENGENDALIKAN
MENGGUNAKAN MESIN GERGAJI JIG KERJA PEMOTONGAN

 Memakai pakaian/alat pelindungan yang sesuai

 Menggantikan mata gergaji yang sudah retak
dengan mata gergaji yang baru.

 JIKA peralatan mesin longgar, JANGAN cuba
unutk menghentikannya dengan memegang
dengan tangan anda.

 Sentiasa mengapit kerja dengan selamat

 Pastikan tiada serpihan bahan kerja semasa
mesin dipasang.

 JANGAN melakukan pembersihan serpihan
bahan kerja menggunakan tangan.

CARA PENYIMPANAN GERGAJI JIG LANGKAH PENJAGAAN PERALATAN
YANG BETUL MESIN GERGAJI JIG

• Pastikan mesin gergaji jig dileraikan setelah Sentiasa memastikan mesin selepas digunakan.
selesai digunakan.
Mencabut alat pisau pemotongan/mata gergaji
• Menanggalkan plug, mengeluarkan bilah dan jig.
menyimpan mesin ditempat yang betul.
Menyimpan mesin ditempat yang sesuai,
• Pastikan semua peralatan dan bahan selamat, kemas dan bersih.
diletakkan di Kawasan yang sesuai yang telah
disediakan di dalam bekas mesin gergaji jig. Mengemas dan mengamalkan proses 5S.

• Membersihkan dan sapu Kawasan/ tapak kerja.
• Pastikan Kawasan/tapak dalam keadaan yang

selamat dan bersih selepas digunakan.

MESIN GERUDI
TEKAN JENIS

MEJA

D20192091876
Muhammad Thaqif Muzakkir

Bin Mahadhir

PENGENALAN MESIN GERUDI
Fungsi Mesin Gerudi yang terutamanya adalah untuk menggerudi lubang.
Disamping itu ia juga digunakan untuk kerja-kerja seperti melulas, melubang
benam, melubang senggat, membenang dalam dan meratakan permukaan bintik.

BAHAGIAN DAN FUNGSI MESIN GERUDI

JENIS-JENIS GERUDI

1.Gerudi Pintal
-Digunakan untuk kerja-kerja am.
-Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut
pemotongan dan sudut kelegaan.
-Ia mempuyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis
pusatnya.

2.Gerudi Benam
-Mempunyai banyak mata pemotong yang terdapat pada hujungnya dan ia
berbentuk kon.
-Sudut matanya ialah 900 hingga 1200.
-Gerudi benam digunakan khas untuk menghasilkan lubang benam supaya skru
benam atau lubang rivet boleh dipasang.
-Ia juga digunakan untuk membersihkan bibir lubang.

3.Gerudi Pusat
-Mata gerudi terdapat dikedua-dua hujungnya.
-Gerudi pusat biasanya mempunyai sudut pemotongan 600 sementara jenis loceng
mempunyai sudut berkembar 600 dan 1200 dikedua-dua hujungnya.
-Ia boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu daripada 3mm ke atas.
-Ia berfungsi untuk kerja-kerja pemusatan sama ada pada mesin pelarik atau mesin gerudi.

4.Gerudi Rata
-Gerudi rata berbentuk ringkas, matanya ditempa kepada bentuk yang sesuai.
-Sudut pemotongannya dicanai 900 dan sudut kelegaan pula antara 50 hingga 120
bergantung pada jenis logam yang digerudi.
-Gerudi rata semakin kurang digunakan kerana ia menghasilkan lubang yang tidak
berapa bulat dan saiz tidak tepat.

5.Gerudi Melubang Senggat
-Gerudi ini digunakan untuk membuat lubang senggat rata bagi menempatkan
kepala skru Allen.

-Ia juga digunakan untuk melicinkan permukaan bintik dan juga menyediakan
tempat kedudukan nat, kepala pasak atau kengkangnya.

LANGKAH CARA PENGGUNAAN MESIN GERUDI
PENERANGAN

Memastikan apakah jenis bahan yang hendak digerudi, berapakah ketebalan
bahan tersebut ataupun saiz lubang yang hendak digerudi.

1

Jika didapati bahan tersebut agak tebal atau terlalu tebal, kita hendaklah
menggunakan gerudi pusat terlebih dahulu sebelum terus menggerudi bahan
tersebut. Ini adalah untuk memastikan proses penggerudian akan menjadi
lebih kemas dan lebih selamat.
2

Apabila jenis bahan sudah ditentukan, lubang yang bersaiz kecil perlu ditebuk
ke bahagian yang hendak digerudi untuk memastikan supaya bahan
tersebut tidak lari ketika proses penggerudian dijalankan.
3

Kemudian, mata gerudi yang bersesuaian perlu ditentukan supaya ia
dapat digunakan dengan bahan yang hendak digerudi itu. Contohnya,
saiz diameter mata gerudi tersebut dan sudut kandung yang bersesuaian.
4

Pasangkan mata gerudi ke spindle dengan kukuh supaya ianya tidak
tercabut ketika penggerudian dijalankan.
5

Laraskan kelajuan mesin sebelum dan selepas menggunakannya mengikut
ketebalan bahan yang digerudi.
6

7 Gunakan coolants semasa aktiviti penggerudian sedang
berlangsung untuk meneutralkan suhu mata gerudi.

FAKTOR KESELAMATAN DALAM PENGGUNAAN MESIN GERUDI

 Memakai Google setiap masa.
 Mengetahui cara untuk menghentikan mesin secara serta-merta sekiranya berlaku kecelakaan.
 Jika peralatan mesin longgar, jangan cuba untuk menghentikannya dengan tangan anda.
 Jangan sekali-kali membenarkan alat dan bahan-bahan untuk terkumpul diatas meja gerudi.
 Sentiasa mengapit kerja dengan selamat.
 Mengetahui cara yang betul untuk mengendalikan mesin gerudi.
 Memastikan tiada serpihan kerja diatas meja semasa menggunakan mesin gerudi.
 Jika pengumpulan berlaku, hentikan kerja dan bersihkan pengumpulan lalu sambung proses penggerudian.
 Jangan sekali-kali membersihkan serpihan bahan kerja dengan jari, gunakan playar atau cangkuk cip.
 Pastikan jari jauh dari slot utama drift.
 Pastikan lantai dan semua bidang kerja bersih.
 Memastikan pakaian yang longgar jauh dari mesin yang berputar.
 Pastikan rambut kemas dan jauh dari mesin yang berputar.
 Jangan memakai cincin jari atau barangan kemas.

CARA PENYIMPANAN MESIN GERUDI

 Mata gerudi hendaklah disimpan didalam kotak penyimpanan mata
gerudi setiap kali selepas ia digunakan.

 Sentiasa meletakkan minyak pada mata gerudi supaya ianya tidak mudah
haus.

 Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada chuck dan jangan
sekali-kali
mencengkamterlalu hampir dengan hujung lurah menyebabkannya mudah
patah.

 Bersihkan setiap mesin selepas menggunakannya.
 Bersihkan T-Slot, alur dan kotoran dari tali pinggang dan takal.

MESIN GERUDI
MUDAH ALIH

D20192091871
Muadzatul Athirah Binti Mazlan

MESIN GERUDI MUDAH ALIH

JENIS-JENIS MESIN GERUDI MUDAH ALIH

ii. Mesin gerudi mudah i. Maelsihinjegnerisudpiismtouldah
alih jenis kerja berat bpkmSeoiserletejsosahuil-nakdaiedimtpdraajieunlagagdguhraaaninhnnragig.kanaslaginenhabnkujeeeldnrnaatahiunsnka

Sesuai digunakan untuk
kerja-kerja berat kerana
mesin gerudi mudah alih
ini lebih berat daripada
jenis pistol dan perlu
dipegang dengan kedua
belah tangan.

CARA PENGGUNAAN MESIN GERUDI MUDAH ALIH

I. SEBELUM MENGGERUDI LUBANG
1) Letakkan bahan seperti kayu di atas lantai jika tiada apit-G.

2) Ukur panjang bahan atau kayu menggunakan pembaris sesiku L
agar mendapat ukuran tepat bagi titik pusat yang ingin digerudi.

3) Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk jika ada atau
menggunakan pen atau alat tanda yang lain.

4) Menghidupkan mesin gerudi mudah alih.

5) Memasang mata gerudi untuk menggerudi lubang pada kayu.

i. Pilih jenis dan saiz mata gerudi yang sesuai dengan kegunaan dan ketebalan bahan
atau kayu. Contohnya mata gerudi pintal (twist drill) sesuai untuk menggerudi lubang
pada permukaan kayu.

ii. Meletakkan mata gerudi ke bahagian kepala gerudi.

iii. Menekan butang merah disebelah kanan mesin gerudi mudah alih dengan tangan kanan dan
tangan kiri memegang kepala gerudi dan mengetatkannya mengikut arah jam untuk memasang
mata gerudi.

iv. Memastikan mata gerudi dipasang dengan baik dan ketat.

6) Memeriksa keadaan tetapan mesin gerudi mudah alih seperti bateri yang cukup dicas dan tentukan
kelajuan yang sesuai sekiranya mesin gerudi mudah alih mempunyai tetapan kelajuan dan jika mesin
gerudi mudah alih berwayar perlu pastikan wayar disambung ke soket (plug) dan suis dihidupkan.

II. SEMASA MENGGERUDI LUBANG

1) Pastikan posisi kedudukan 2) Mulakan aktiviti menggerudi
betul dan selesa. Contohnya, lubang pada bahan seperti kayu
berdiri tegak dan memegang sehingga mencapai kedalaman

mesin gerudi mudah alih yang diinginkan.
menggunakan kedua belah

tangan dengan kemas.

1)Keluarkan mesin gerudi mudah alih daripada bahan tersebut. MLEUNSBGEAGLNEEPGRAUSDI
2) Tekan butang merah pada bahagian kiri mesin gerudi
mudah alih untuk membuka dan mengeluarkan mata
gerudi daripada kepala gerudi yang dipusing mengikut
arah lawan jam.

3) Mematikan mesin gerudi mudah alih atau menutup suis bagi mesin gerudi mudah alih berwayar.
4) Kemudian, membersihkan mata gerudi, mesin gerudi mudah alih dan bahan seperti kayu
menggunakan kain kering hingga bersih daripada habuk atau serpihan bahan tersebut.

5) Memeriksa kedalaman lubang yang
telah digerudi pada bahan.

6) Menyimpan mata gerudi seperti gerudi pintal ke dalam bekas yang
sesuai kecuali mesin gerudi mudah alih kerana akan digunakan untuk
menggerudi skru pada bahan nanti.

SEBELUM MENGGERUDI SKRU PADA BAHAN

1) Letakkan bahan seperti kayu di atas lantai jika tiada i. Meletakkan mata gerudi ke bahagian kepala gerudi.
ragum meja atau apit-G.
ii. Menekan butang merah disebelah kanan mesin
2) Menghidupkan mesin gerudi mudah alih. gerudi mudah alih dengan tangan kanan dan tangan
kiri memegang kepala gerudi dan mengetatkannya
3) Memasang mata gerudi untuk menggerudi lubang mengikut arah jam untuk memasang mata gerudi.
pada kayu.
iii. Memastikan mata gerudi dipasang dengan baik
i. Pilih jenis dan saiz mata gerudi yang sesuai dengan dan ketat.
skru untuk digerudi pada bahan atau kayu seperti
gerudi pipih (flat drill).

4) Memeriksa keadaan tetapan mesin gerudi mudah alih seperti
bateri yang cukup dicas dan tentukan kelajuan yang sesuai
sekiranya mesin gerudi mudah alih mempunyai tetapan
kelajuan dan jika mesin gerudi mudah alih berwayar perlu
pastikan wayar disambung ke soket (plug) dan suis
dihidupkan.

5) Memeriksa kedalaman lubang yang telah digerudi
sebelum menggerudi skru ke dalam bahan atau
kayu tersebut.

SEMASA MENGGERUDI SKRU PADA BAHAN

1) Pastikan posisi kedudukan betul dan selesa. Contohnya,
berdiri tegak dan memegang mesin gerudi mudah alih
menggunakan kedua belah tangan dengan kemas.

2) Memasukkan skru ke dalam lubang bahan atau kayu.

3) Mulakan aktiviti menggerudi skru pada bahan seperti
kayu sehingga skru ketat pada bahan atau kayu tersebut.

4) Menggerudi skru sehingga kepala skru rapat dan
rata atau selari dengan permukaan bahan atau kayu.

SELEPAS MENGGERUDI SKRU PADA BAHAN

1) Angkat mesin gerudi mudah alih daripada skru yang telah terbenam ke dalam bahan tersebut.

2) Tekan butang merah pada bahagian kiri mesin gerudi mudah alih untuk
membuka dan mengeluarkan mata gerudi daripada kepala gerudi yang
dipusing mengikut arah lawan jam.

3) Mematikan mesin gerudi mudah alih atau menutup suis bagi mesin gerudi
mudah alih berwayar.

4) Kemudian, membersihkan mata gerudi, mesin gerudi mudah alih dan bahan seperti kayu
menggunakan kain kering hingga bersih daripada habuk atau serpihan bahan tersebut.

5) Memeriksa keadaan bahan yang telah diskru untuk memastikan ketat.

6) Menyimpan peralatan iaitu mesin gerudi tangan/mudah alih dan mata
gerudi seperti gerudi pipih ke dalam bekas yang sesuai.

FAKTOR KESELAMATAN SEMASA 5) Memakai kasut bot keselamatan yang sesuai agar
PENGGUNAAN MESIN GERUDI MUDAH ALIH tidak mudah tergelincir dan dapat mengelakkan
kecederaan yang parah jika mesin gerudi mudah alih
1) Membaca, memahami dan mempraktikkan cara-cara terjatuh pada bahagian kaki.
penggunaan yang betul mengikut buku manual daripada
pengilang agar mesin gerudi mudah alih tidak 6) Dilarang memberhentikan mesin gerudi mudah alih
disalahgunakan yang dapat mengundang bahaya atau dengan tangan ketika mesin tersebut masih berputar
rosak. atau sedang menggerudi.

2) Gunakan kelajuan yang sesuai dan betul mengikut jenis- 7) Menggunakan mata gerudi yang sesuai dengan jenis,
jenis bahan seperti logam, kayu, aluminium dan lain-lain. kegunaan atau fungsi dan ketebalan bahan yang
hendak digerudi.
3) Mesin gerudi mudah alih perlu dikendalikan dengan
berhati-hati seperti posisi kedudukan yang betul dan 8) Perlu dielakkan menggerudi bahan atau kepingan
kedua belah tangan memegang mesin gerudi mudah alih kecil hanya memegang dengan tangan kerana berisiko
agar terhindar daripada sebarang kemalangan semasa untuk berlaku kecederaan.
proses menggerudi dilakukan.

4) Memastikan pakaian tidak terlalu rapat dengan mesin
gerudi mudah alih agar tidak termasuk di dalam mesin
tersebut dan berputar sehingga menyebabkan kemalangan.

1) Mesin gerudi mudah alih perlu dibersihkan seperti lap MMPEEUSNDIYANIHCMGAAPERLARAINUHADNI
dengan kain kering untuk membersihkan kotoran atau
habuk sebelum disimpan di dalam bekas atau kotak penyimpanan.

2) Mata gerudi dan mesin gerudi mudah alih perlu disimpan ke
dalam bekas yang sesuai setiap kali selepas penggunaan agar
peralatan tidak hilang dan terhindar daripada risiko kerosakan.

3) Mata gerudi disusun di dalam bekas mengikut ruang yang
disediakan bagi setiap saiz dan jenis.

4) Bagi mesin gerudi mudah alih berwayar, perlu
digulungkan wayar dan diikat rapi agar kemas
dan dapat disimpan di dalam ruangan khas
yang disediakan pada bekas penyimpanan.

5) Selepas kesemua peralatan lengkap di simpan 6) Bekas penyimpanan tidak boleh ditindih
di tempat asalnya, bekas penyimpanan perlu dengan barangan yang lebih berat daripada
ditutup rapat. bekas tersebut kerana berisiko mesin gerudi
mudah alih retak, pecah, rosak dan
sebagainya.





SESIKU L

D20192091695
Nor Aziatul Sharin
Binti Donny Aloysius

SESIKU L

• Panjang bilah sesiku L terdapat dalam pelbagai saiz.

• Kepelbagaian saiz tersebut digunakan untuk membuat garisan
lurus yang tepat pada ukuran yang berlainan

• Sesiku L juga dapat menguji kepersegian kayu
• Menguji kerataan permukaan kayu.

KEGUNAAN SESIKU L

Menguji kepersegian kayu Menguji kepersegian kayu

Menentukan ketepatan sudut 90 darjah Menguji kerataan kayu

LANGKAH – LANGKAH
(SUDUT 45 DARJAH)

● Sudut 45 darjah digunakan pada sisi tengah
sesikul L yang berada di antara badan dan
bilah atau pembarisnya.

● Selitkan badan sesiku L di hujung atau tepi kayu
manakala bahagian pembarisnya
diletakkan atas permukaan kayu.

● Bina garisan sudut 45 darjah.

LANGKAH – LANGKAH
(SUDUT 90 DARJAH)

● Letakkan sesiku L di atas benda kerja yang hendak diukur.
● Kemudian, rapatkan bahagian badan atau tonggak sesiku L

ke bahagian sisi benda kerja
● Seterusnya, pastikan sesiku L dan benda kerja dilengkapkan

bagi mendapatkan sudut tepat 90 darjah.
● Akhir sekali, gariskan menggunakan pensil untuk mendapatkan

garisan yang tepat.

LANGKAH KESELAMATAN

Ø Tidak membawa sesiku L atau peralatan bengkel yang lain secara
berlari mahupun bergurau senda bersama rakan-rakan.

Ø Pastikan semasa menggunakan sesiku L, bilah hendaklah sentiasa
menghala ke hadapan dan pastikan tiada orang.

CARA PENYIMPANAN

● Pastikan sesiku L disimpan secara tersusun bagi memudahkan
pengambilan peralatan dan dapat mengelakkan kemalangan
(sekiranya dibiarkan berselerak).

● Kembalikan ke tempat asalnya setelah digunakan.

KERTAS PASIR

D20192091885
Izaura Nur Izzaty Binti Ahmad

KERTAS PASIR

Gunakan kertas pasir yang sesuai untuk projek yang hendak
dilakukan. Kertas pasir terdapat dalam pelbagai bahan. Setiap
bahan berfungsi dengan baik mengikut kesesuaian tertentu

JENIS-JENIS KERTAS PASIR

Garnet Aluminium Oxide

Garnet adalah kertas pasir semulajadi Aluminium Oxide dapat digunakan
yang digunakan untuk meratakan semua untuk mengasah kayu, logam dan
jenis kayu kosong. Garnet serba boleh, cat. Lebih kusam daripada silicone
Tetapi ia menjadi lebih pantas carbide tetapi tahan lebih lama.
berbanding dengan kertas pasir yang
lain. Seramik

Alumina Zirkonia Sebilangan besar digunakan untuk
meratakan kuasa, seramik adalah
Meratakan yang keras dan tahan lama. salah satu kertas pasir yang paling
Gunakan alumina zirconia jika anda tahan lama dan mahal
menggunakan mesin dengan cakera
atau tali pinggang.

GRED KERTAS PASIR

• Kertas pasir gred kasar mempunyai grit 40
hingga 80. Kertas pasir 80 grit ini cukup kasar
melainkan jika mempunyai kecacatan ketara di
permukaan yang hendak diratakan.

• Kertas pasir gred sederhana mempunyai parut
100 hingga 150

• Kertas pasir kelas halus mempunyai grit 180
hingga 220. Kertas pasir 220 grit mestilah cukup
baik untuk sesuatu projek, tetapi terdapat pasir
yang lebih tinggi jika inginkan kemasan yang lebih
halus.

LANGKAH - LANGKAH

Gunakan blok pengamplasan untuk hasil Mulakan dengan kertas pasir kasar untuk
yang lebih baik dan cepat. Lipat kertas pasir menghilangkan ketidaksempurnaan yang
di sekitar blok pengamplasan tersebut, jelas. Jangan gunakan kertas pasir yang
dengan sisi kasar yang menghadap ke luar sangat rendah di permukaan kerja
dan pasangkan atau lekatkan ke tempatnya. melainkan jika perlu.

LANGKAH - LANGKAH

Pegang kertas pasir anda di permukaan yang Jalankan kertas pasir di seluruh permukaan.
mahu diratakan. Beri tekanan pada kepingan Ketika meratakan permukaan kayu, pastikan
kertas pasir atau blok pengamplasan dengan ratakan dengan dan bukan melawan biji-
tangan. Sekiranya dilakukan secara berdiri, bijian. Biji kayu adalah garis dan corak yang
letakkan berat badan ke tangan dengan melaluinya.
memegang kertas pasir. Gunakan kedua-dua
tangan untuk tekanan yang lebih banyak.

LANGKAH - LANGKAH

Gerakkan kertas pasir ulang-alik dalam gerakan Beralih ke kertas pasir kelas sederhana yang
lurus. Beri tekanan pada kertas pasir dengan dipilih. Pasang pada blok kayu untuk
tangan dan jangan angkat kertas pasir kecuali menggunakannya. Ulang langkah 4 hingga 6.
memerlukan rehat. Secara beransur-ansur Pastikan gosok pada semua permukaan yang
berjalan di seluruh permukaan yang terbentang. dikerjakan, termasuk bahagian tepi.
Perhatikan timbunan habuk yang terkumpul.


Click to View FlipBook Version