LANGKAH - LANGKAH
Selesaikan proses ini dengan kertas pasir kelas terbaik.
Permukaan perlulah licin, tanpa calar dan lekuk.
Mulakan prosesnya semula.
Mulakan dengan kertas pasir kasar, jika masih ada calar
atau tidak berpuas hati dengan permukaan kayu tersebut.
LANGKAH KESELAMATAN
● Memakai cermin mata keselamatan dan
pelindung habuk jika bahan kerja
menghasilkan banyak habuk.
● Menggosok kertas pasir kasar dalam 1
arah
● Topeng muka harus dipakai untuk
mengelakkan dari tersedut habuk
CARA PENYIMPANAN
1. Memastikan kepingan kertas pasir rata, bebas lipatan dan
teratur.
1. Menyimpan kertas pasir dalam folder fail, label dan gantung
atau letak di kawasan yang selamat.
TUKUL
WARRINGTON
D20192091878
Muhamad Aidil Aniq
Bin Sabri
• Mempunyai bongkol berbentuk baji yang
melintang.
• Saiz tukul ditentukan oleh berat kepala tukul
mengikut nombor. Contohnya 00 ke 12, saiz 2/3
dan beratnya 0.4kg merupakan saiz tukul yang
sesuai untuk kerja am.
• Bahagian kepala tukul dibuat daripada keluli
keras manakala hulu diperbuat daripada kayu
liat.
• Ketukan ringan dan mengetuk paku kecil.
CARA PENGGUNAAN
• Rajah diatas menunjukkan cara penggunaan tukul warrington
dengan betul.
• Pegangkan paku kecil pada bahagian hujung jari iaitu antara
ibu jari dengan jari telunjuk.
• Pegang 2/3 daripada kepala tukul untuk membantu
memberikan kekuatan.
• Pin atau bahagian tirus tukul diketuk pada paku kecil,
kemudian menggunakan muka tukul untuk mengetuk paku.
• Jangan ketuk sampai habis paku kerana akan meninggalkan
kesan ketukan tukul.
• Gunakan pembenam kpaku untuk memudahkan kepala paku
masuk ke dalam permukaan kayu.
PERBEZAAN TUKUL WARRINGTON DAN TUKUL
KUKU KAMBING
Tukul Warrington Tukul Kuku Kambing
Mempunyai bongkol berbentuk baji dan Mempunyai bongkol yang bengkok dan
melintang. terbelah di bahagian belakang.
Saiz lazimnya adalah 0.4 kg. Saiz lazimnya antara 0.5 kg hingga 0.6 kg.
Bongkol berbentuk baji digunakan untuk Bongkol di bahagian belakang digunakan
mengetuk paku yang halus. untuk mencabut paku.
Sesuai untuk mengetuk paku yang halus. Sesuai untuk mengetuk paku yang besar.
FAKTOR KESELAMATAN
• Pastikan kepala tukul dan batang pemegang ketat sebelum melakukan kerja.
• Ketika proses mengetuk, pastikan tiada tindakan pada tangan atau pergelangan tangan.
Biarkan berat tukul yang melakukan kerja ketukan bagi mengelakkan pergelangan tangan
lenguh atau terseliuh.
• Mata perlu sentiasa fokus pada arah hayunan tukul dan kepala paku.
• Berhati-hati Ketika mengetuk untuk mengelakkan terkrtuk pada jari, meja kerja atau
permukaan produk.
CARA PENYIMPANAN
• Tukul perlu dibersihkan selepas menggunakannya.
• Tukul hendaklah disusun pada rak atau panel alatan dengan teratur.
• Elakkan dari terkena air supaya tidak berkarat.