The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hizamsamin4, 2023-08-10 20:16:29

Kompilasi Penulisan Kisah Inspirasi

Kompilasi Penulisan Kisah Inspirasi

Cahaya Ilahi …………………………………………………….1 Fakir di Pedalaman …………………………………………….6 Cikgu Luar Biasa ……………………………….…………......11 Lebih Baik Setiap Hari ………………………………….…….15 Haruman Mawar Terselit Duri ……………………….………22 Motivasi Disebalik Sebuah Inspirasi ……………….………29 Bangkit Daripada Sebuah Kegagalan ……………………...34 Cerita Aku dan Body Shaming …………………..…………..40 Kirim Aku Pulang ………………………………………...…….46 Qabus …………………………………………………….………53


OLEH : REGINA LAMBIN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) “Allah telah memberikan petunjuk kepadaku sehingga aku bisa mengenali diriku sendiri dengan segala kelemahan dan kehinaanku.” - Ali Bin Abu Thalib Aku bukan lah pelajar cemerlang dengan mendapat A yang banyak seperti kebanyakan. Aku juga bukan ulat buku yang senantiasa menelaah buku siang malam. Aku hanya pelajar biasa yang tidak fokus semasa belajar. Aku juga pelajar yang suka buat window shopping di sekitar bangunan sekolah. Aku juga pernah kena sebat oleh cikgu disiplin kerana escape kelas. Aku juga pernah menconteng cermin tingkap sekolah. Aku juga pernah bergaduh di sekolah kerana tidak puas hati gara-gara kes jantan. Aku pun pernah makan hunger ayah aku sebab tak nak turun sekolah. Masa sekolah rendah, aku pernah bubuh colgate dalam mata untuk minta cuti sakit mata. Dan yang paling kelakar dii sekolah menengah (Tingkatan 1), aku pernah jatuh sebelah kaki dalam longkang waktu awal pagi nak masuk kelas. Nak tau sebab apa tak? Sebab ternampak crush melintas depan. Semasa di tingkatan 5 pula, aku escape keluar sekolah panjat pagar belakang sekolah. Namun begitu, aku juga pernah menjadi penolong ketua kelas, menjadi pengawas, menjadi wakil sekolah dalam sukan badminton, bola jaring, serta ahli sukan yang lain. Aku juga wakil sekolah dan daerah dalam berpengakap. Selain itu, aku juga aktif dalam kelab tarian. Malah aku mendapat tajaan biasiswa daripada pihak sekolah dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5. 1


PENULISAN KISAH INSPIRASI Cuma bila beranjak dewasa, aku memilih untuk menjadi insan yang luar biasa dan berbeza daripada adik-beradik aku yang lain. Aku membuat keputusan untuk “meninggalkan” keluarga, “harta dunia” dan memilih untuk masuk Islam tanpa pengetahuan keluarga aku. Hanya aku seorang yang masuk agama Islam dan mereka masih kekal dengan agama asal. “Kenapa kau bodoh sangat masuk Islam?” “Belajar tinggi-tinggi tapi otak letak di kepala lutut!” “Apa kau dapat masuk Islam? Dapat duit? Dapat pangkat?” “Kau ikut jantan mana sampai jadi macam ni?” Itu lah antara feedback yang paling panas aku dengar serta menaikkan darah muda ku. Tapi alhamdulillah iman aku masih cukup kental untuk menelan segala cemuhan serta hinaan yang saban hari aku dengar di corong cuping ku mahupun yang mengata di belakang ku. Hanya Allah sahaja yang megetahui apa yang aku rasakan saat aku mula merangkak dalam mengenali Islam dalam hidupku. Meskipun begitu, aku bersyukur kerana keluarga aku dapat terima kenyataan dan itu lah yang paling penting bagi aku walaupun pada awalnya aku hampir dua tahun merahsiakan status agama aku daripada pengetahuan mereka. Sejujurnya, dulu aku sendiri juga tidak tahu bagaimana aku boleh masuk Islam sedangkan dari kecil lagi aku sangat agak racis pada Islam. Islam di mata aku adalah orang yang munafik. Setelah aku hijrah, baru lah aku sedar bahawa aku bukan benci pada Islam tetapi pada manusia yang bertopengkan syaitan menconteng nama baik Islam sehingga memberikan persepsi yang buruk kepada orang bukan Islam. Bahkan, dulu ayah pernah melarang aku jika masuk Islam aku bukan anak dia lagi. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Pada tahun yang sama, ayah aku kemalangan dan dimasukkan ke dalam wad hampir 6 bulan. Sepanjang ayah di hospital, aku ambil peluang untuk berbakti kepada ayah seperti mana yang Ustaz pernah pesan kepada aku dulu. Maka, dari situ aku berusaha untuk membuktikan kepada ayah dan keluarga bahawa dengan berpindah agama bukan menjadi penghalang untuk aku berbakti kepada mereka. Sehingga kini, ayah aku masih ada meskipun cuma mampu 2


CAHAYA ILAHI berkerusi roda dan Alhamdulillah dia boleh terima aku apa adanya (sebab tidak ada kudrat nak halau aku...hehehe). Cuma, aku terkilan sebab masih tidak mampu lagi berdakwah kepada keluarga aku menyatakan betapa indahnya Islam. Jika nikmat dan kurnia yang Allah kurniakan kepada aku dapat diterjemahkan dalam bentuk harta benda, nescaya aku sudah memiliki deretan bangunan pencakar langit, ratusan buah kereta Ferarri, Lamborgini, Tesla dan sebagainya. Aku sedih kerana berjalan di landasan Allah seorang diri tanpa keluarga menemani. Alangkah aku mencemburui saudara seiman yang sejak lahir sudah beragama Islam. Semua ahli keluarga dapat berkumpul dan mengerjakan ibadah berjemaah bersama-sama terutamanya bila menjelang bulan Ramadhan dan Syawal. Sungguh, aku cemburu! Betapa untungnya orang yang lahir dalam Islam tetapi ramai juga yang kufur tidak menghargai hidayah yang Allah bagi. Aku yang alone di jalan hijrah ini tersangat ingin memiliki keluarga seperti kalian tapi kenapa kalian tidak? Tidak kah kalian merasa rugi sedangkan aku ingin seperi keluarga kalian tapi jika Allah tidak berkehendak aku tidak dapat berbuat apa-apa melainkan menadah doa supaya Allah juga memeberi taufik dan hidayah kepada seisi keluarga aku suatu hari nanti. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin. Kini aku hanya mampu berdoa dan terus bersilaturahim kepada keluarga aku semoga ia menjadi asbab kepada mereka untuk melafazakan dua kalimah syahadah. Selain itu, aku juga bertekad untuk membuktikan kepada orang sekelilingi terutamanya yang pernah mencaci dan menghina aku yang aku juga mampu berjaya dengan suksesnya meskipun aku telah tukar agama. Aku berniat sambung belajar sampai ke Phd. Aku pernah gagal dua kali sambung belajar peringkat Sarjana sebab masalah kewangan dan juga pada masa itu keluarga belum tahu lagi aku sudah berhijrah. Namun, dengan izin Allah alhamdulillah aku berjaya juga menghabiskan pengajian Sarjana pada percubaan yang ketiga. Sepanjang pengajian Sarjana, banyak dugaan yang aku lalui terutamanya dari segi kewangan sehingga aku terpaksa kerja kedai makan mencuci pinggan mangkuk. Yang paling sadis, ada pelanggan yang mengutuk aku yang hanya seorang pencuci pinggan mangkuk. Ekoran daripada itu, sehingga kini aku terus berazam 3


PENULISAN KISAH INSPIRASI untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang lain dalam apa jua golongan sekalipun. Walaupun begitu, aku tetap bersyukur, alhamdulillah Allah sentiasa melimpahkan rezeki yang tidak putus-putus. Dan dengan izin Allah juga, sekarang aku berjaya melanjutkan pengajian peringkat kedoktoran untuk membangunkan diri dan mengangkatkan martabat keluarga. Ini tahap pengajian yang aku anggap ujian terakhir untuk fasa permulaan hidup aku. Ujian dimana aku akan diuji di luar logika dan melampaui akal fikiran. “Nur…sabar ye, kejayaan pasti milikmu jua nanti..Insayaallah.” Hati kecilku berbisik memberi semangat pada diri kerana tiada siapa yang boleh menasihati kita melainkan diri sendiri. Kalau adapun yang memberi nasihat mahupun semangat, ia tetap tidak akan menyerap dalam hati kita kerana hanya kita sahaja yang boleh memaksa diri untuk melakukan sesuatu berdasarkan keinginan diri kita. Orang sekeliling tidak bisa untuk memaksa hati kita jika ia berkata tidak. Adakalanya, aku menyesal tak dengar cakap mahupun nasihat orang tua aku masa zaman jahilliah dulu. Bukan apa, kadang-kadang mereka lebih mengetahui jalan yang kita ambil itu akan membawa kecelakaan kepada kita. Kini, baru la aku sedar atas kebenaran nasihat mereka. Oleh itu, apa yang aku usahakan sekarang adalah ingin tebus balik kedegilan aku dahulu dengan menghadiahkan segulung ijazah tertinggi buat mereka berdua. Itu janjiku padamu wahai ayah dan ibu dunia akhiratku. Mungkin nanti aku akan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan PhD ini, namun usah lah risau aku pasti akan menamatkan nya selagi hayat ada. Kerana, kalian lah yang menjadi pembakar semangat aku untuk terus berjuang dalam ujian ini. Kalian akan menjadi saksi aku diatas pentas untuk menerima ‘topi bulat’ kelak…Insyaallah...dan sekaligus membuat kalian berdua berbangga hanya untuk kesekalian ini sahaja. Ini kerana aku sedar sepanjang perjalanan hidupku banyak menyusahkan kalian. Aku yang dulu banyak sangat membebankan dan menconteng arang di muka kalian malah mengabaikan kalian...derhaka sungguh aku! Ya allah, panjangkan umur ayah dan ibuku agar mereka dapat mengecapi kejayaan aku bersama nanti. Aku juga tahu ini adalah impian mu wahai ayahku.. dirimu sangat menginginkan aku mendapat tittle ‘DR.’ untuk keluarga, anak-anak dan untuk keturunan 4


CAHAYA ILAHI kita supaya tidak mendapat makian dan cemuhan orang lagi. Meskipun sekarang kalian terpaksa bergadai nyawa dan masa semata-mata agar aku terus maju dan berjaya menamatkan pengajian aku. Apabila aku teringat akan pesanan ayah dan mak aku ini, air mata bak hujan membasahi bumi. Ini lah kata-kata keramat yang aku akan ingat sampai akhir hayat. “…kita memang keluarga susah, tiada harta dan tidak mampu berganding dengan orang lain…belajar la bersungguh-sungguh untuk mendapat PhD supaya membanggakan kami dan dapat kerja yang berpangkat tinggi dalam masyarakat. Jangan kalah dalam bersaingan dengan bangsa lain. Jangan risau akan anak-anak dan masalah-masalah di rumah, kami akan membantumu sedaya semampu kami asalkan kamu tamatkan pengajian…” Memang tidak dinafikan berhijrah ke jalan Allah amat sukar dan bukan semudah seperti apa yang mampu dibayangkan. Ianya memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang maksima untuk terus istiqamah. Ia juga perlu disertakan dengan niat yang hanya ingin mendapat keredhaan Allah s.w.t. Insyaallah segalanya akan dipermudahkan oleh Allah bagi umatNya yang bersungguh-sungguh untuk kembali ke pangkal jalan. Bagi aku, berhijrah ke jalan Allah umpama “diluak mata mak, ditelan mati anak” terlalu banyak yang perlu aku korbankan hanya kerana ingin mengenali siapakah Sang Pencipta Alam Semesta. Dalam ketenangan laut dalam, sekali sekala akan bergelora, begitu juga aku. Dalam usaha memperbaiki diri, syaitan iblis memang tidak akan pernah berhenti mengusik dan memujuk untuk menyimpang seketika daripada jalannya Allah. Tapi, percaya dan yakin lah kepadaNya bahawa setiap kesusahan itu pasti berserta dengan kesenangan. Bersabar lah menempuhi ranjau nan berduri dan jalan yang berlikuliku dalam kehidupan. Sesungguhnya, sabar itu indah! TAMAT 5


OLEH : MOHAMMAD NAQIUDDIN ALI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRI (UPSI) Aku sentiasa bersyukur kepada Ilahi kerana dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang hidup mewah di dalam kesederhanaan. Apa yang kumahu pasti akan kukecapi. Ibu bapaku merupakan orang yang baik-baik dan berjaya membentuk aku dan adik beradikku menjadi manusia-manusia yang berguna. Ibuku acap kali membanting tulang, mengerah kudrat dan nasihat-nasihat bernas sering saja dilontarkan; tak pernah lelah mahupun lali, agar kami semua senantiasa memperbaiki diri yang jahil tentang erti kehidupan. Bapaku memiliki hati yang suci dan gemar menolong saudara-mara yang berada di dalam kebuntuan. Tidak lupa juga humornya yang sering menceriakan hidup kami serumah. Namun, diriku yang naif ini sering mempersoalkan kebaikan bapaku, barangkali akibat corak pemikiranku yang boleh dikatakan agak narsisis. Sering bermain di benak mindaku, “Mengapa bapa suka bantu orang lain? Sedangkan orang lain tidak pernah membantu bapa?”. Persoalan ini kekal terkunci di lubuk hatiku yang terdalam atas rasional perasaan gentar jika aku suarakan, kalbunya akan hancur dek kerana terkilan asbab kutahu terkadang, kata kata itu boleh jadi setajam pedang, apatah lagi jika ia disampaikan oleh orang yang terkanan. Persoalan ini terjawab ketika aku berumur 17 tahun pada tahun 2018. Masih segar di dalam kotak ingatanku ketika bapa menjemputku pulang dari asrama pada waktu cuti sekolah. Sejurus aku melangkah memasuki kereta, bapaku memberitahu bahawa dia akan membawaku ke satu kawasan pedalaman di daerah Telupid untuk menziarahi seorang rakan sekolahnya. Pada awalnya aku bermonolog sendirian, api kemaraan berkobar tanpa kusedar. Aku terfikir mungkin ini antara rakan-rakannya yang hanya mencari bila memerlukan, bertanya khabar bila kebuntuan, bertandang bila kesenduan. 6


PENULISAN KISAH INSPIRASI Tetapi aku ikutkan sahaja, asalkan aku tidak terperap dalam kebosanan di asrama sekolah yang kuibaraatkan seperti penjara pada saat itu. Sepanjang perjalanan, aku kurang berbual dengan bapaku, bukan kerana aku malas atau memprovokasi keinginannya untuk menziarah, tetapi terpampang jelas seperti iklan di tengah ibu kota air mukanya yang sedih dan muram. Bahkan lagu kegemarannya diputarkan oleh radio tempatan pun gagal juga dalam menceriakannya. Aku cuma menganggap bahawa dia berasa penat manakala sangkaan burukku pula mengatakan bahawa dia berasa terpaksa untuk menziarahi rakan sekolahnya itu. Namun semua ini hanyalah asumsi diriku. Selepas lapan batu perjalanan, bapaku memasang lampu isyarat kiri kemudian membelok dan memberhentikan kereta di hadapan sebuah pasar raya besar. “Bapa ingin membeli sedikit barangan untuk disedekahkan kepada rakan. Kau mahu ikut sekali?” tanya bapaku. Aku mengangguk, walaupun terselit perasaan yang agak geram. Aku kenal bapaku, dia tidak pernah berkira berapa wang ringgit yang dia buang demi menolong sesiapa pun. Andai kata di dalam koceknya berisi RM200, lalu dia ternampak seorang pengemis, aku yakin sepenuhnya bahawa dia akan bagi wang itu kepada pengemis tersebut. Aku bukannya ingin memupukkan sifat pentingkan diri dan kebakhilan, tetapi aku risau bapaku akan diperguna oleh orang-orang yang suka mengambil kesempatan atas kebaikannya. Walaupun begitu, umurku masih terlalu muda untuk menyuarakan pendapat ini kepada bapaku. Aku juga tidak mahu dia berasa kecewa terhadap pemikiranku yang sering mendahului diri sendiri sebelum orang lain. Bapa kemudiannya mengarahkanku untuk mengambil troli. Pada detik itu, aku telah terfikir bahawa bapaku pasti akan membeli banyak barangan yang mahal untuk rakannya itu. Aku turuti arahannya lalu menyerahkan troli kepadanya. Seperti yang aku ramalkan, memang banyak barangan yang bapaku ambil. Daripada makanan basah dan kering sehinggalah produk-produk kebersihan diri dan tandas. Bapaku seolah-olah membeli barang belanja untuk rumah. Bapaku mengambil 2 kampit beras, 6 tin sardin, beberapa tin susu pekat dan cair, biskut-biskut yang bervariasi daripada biskut berperisa coklat sehinggalah biskut oat. Aku hanya berdiam diri melihat troli yang dibawanya semakin lama semakin bertingkat. Bapaku mengambil beberapa pek mi segera, berserta sekotak telur dan beberapa makanan basah seperti ayam dan ikan untuk dijadikan lauk pauk. Aku tergamam melihat kelakuan bapa yang kelihatan seperti mempersiap diri untuk 7


FAKIR DI PEDALAMAN Darurat perang. Mulutku ternganga ketika bapa menyuruhku mengambil troli yang kedua untuk barangan kebersihan. Tanpa kusedari, disebabkan rasa tidak puas hati, kumula mengeluarkan kata kata yang sekian lama kukunci kemas di dalam hatiku; dengan intonasi yang kurang menyenangkan aku bersuara, “Kenapa terlalu banyak barang yang kita beli untuk rakan bapa? Semua barangan ini terlalu banyak walaupun untuk keluarga kita. Membazir sahaja”. Mungkin faham dengan sikap jahilku, bapa tersenyum lalu berkata, “Nick, barangan ini nanti kita bahagikan kepada dua, sebahagian besar ini memang keperluan rumah kita, sebahagian kecil sahaja yang akan bapa sedekahkan”. Aku berasa sedikit lega mendengar penjelasannya lalu berlalu pergi mengambil troli yang kedua. Setibanya kami di kaunter pembayaran, proses pengiraan harga mengambil masa yang cukup lama, bahkan aku terdengar juruwang itu mengeluh sekali dua, seolah olah menanti bilakah proses itu akan berakhir. Aku masih ingat jumlah harga barangan tersebut; RM893.65. Perasaanku bercampur baur di antara marah, terkejut dan redha kerana walaupun hanya menggunakan duit bapaku, aku juga risau jikalau simpanannya semakin mengurang. Bapaku membayar kesemuanya menggunakan kad debitnya. Riak muka gerun ataupun terkedu tidak sedikitpun terpancar di wajahnya selepas melihat jumlah harga barangan yang dibeli. Sejurus selesai, kami pun meneruskan perjalanan ke rumah rakan kesayangannya dengan bonet kereta yang penuh sehinggakan cermin belakang tertutup sepenuhnya. Pacuan empat roda bapaku dengan pantasnya merentas sempadan daerah dan memasuki kawasan pedalaman di Telupid. Namun, aku berasa pelik kerana kami berjalan semakin jauh ke dalam. Jalan yang berturap semakin lama semakin rosak kemudian berubah daripada jalan yang berbatuan ke jalan yang berlumpur. Hanya dua atau tiga rumah kelihatan di sekeliling dan lama kelamaan apa yang wujud di hadapan mataku hanyalah pohon-pohon dari hutan yang tebal. Beberapa ketika, bapa berhenti di hadapan sebuah rumah yang usang, seperti sudah beberapa tahun ditinggalkan. Atapnya berkarat, dindingnya berlubang. Tangganya kehilangan beberapa anak, lampu yang pecah. Aku terfikir, “Ini rumah atau pondok pengawal?”. Aku juga terfikir bahawa pondok pengawal pun pasti lebih mewah jika dibandingkan dengan binaan usang yang ada di depan mataku ini. “Sampai” kata bapaku. 8


PENULISAN KISAH INSPIRASI Pintu rumah yang hampir roboh ditiup angin terbuka dan kelihatan seorang wanita tua berbongkok yang hanya mengenakan sekeping kain batik di badannya keluar lalu menyapa bapaku. “Inikah rakan bapa?” tanyaku. “Bukan, ini isterinya” jawabnya. “Rakan bapa itu sudah bertahun-tahun berhenti kerja kerana penyakit strok. Isterinya pula memang tidak bekerja disebabkan kondisi kesihatan” tambah bapaku. Aku mulai berasa sebak lalu bertanya “Anak-anak mereka di mana?”. Bapa menjawab “Anak-anak mereka sekarang melanjutkan pelajaran di luar negeri, semuanya tanggungan daripada rakan bapa”. Aku terdiam lalu timbul rasa bersalah di dalam hati kerana telah bersangka buruk daripada awal perjalanan. “Biarlah bapa seorang yang masuk menziarah, kau tunggu di dalam kereta sahaja” tambahnya. Aku mengangguk. Beberapa minit berlalu, bapa keluar daripada rumah rakannya dengan mata yang berkaca selepas melihat keadaan rakannya itu. Bapa memberitahuku bahawa mereka cuma makan nasi berlaukkan kicap atau bubur untuk sarapan. Hanya tuhan yang tahu betapa remuknya hatiku mendengar perkara tersebut dengan suara sebak bapaku yang menahan air mata. Dia lalu membuka bonet kereta dan meminta aku untuk menolongnya mengangkat barang-barang keperluan itu. Aku ternampak bapaku mengambil semua barang yang asalnya merupakan barangan rumah kami. “Eh, bukankah itu bahagian kita?” tanyaku. Bapa berhenti dan melihatku lalu berkata, “Kita mampu, Nick. Bila-bila masa kita boleh beli semua ini”. Aku tergamam. Ayat itu betul-betul menusuk ke dalam kalbuku. Aku tersedar akan sifatku yang bakhil sedangkan tidak ada sesen pun duitku digunakan untuk membeli barangan ini. Setelah semua barangan telah kami sedekahkan, aku ternampak rakan bapa duduk di kerusi rodanya, hanya tersenyum tidak mampu berkata. Isterinya mengucapkan terima kasih dalam tangisan membuatkan aku masuk ke dalam kereta kerana aku tidak mampu melihat dia bersedih dengan segala kesusahan yang telah mereka hadapi. 9


FAKIR DI PEDALAMAN Dalam perjalanan pulang, ayat itu terngiang-ngiang di kepalaku. Terasa seperti jarum yang mencucuk hatiku dan mengingatkan aku untuk sentiasa berbuat baik kepada sesiapa tanpa berkira walau satu sen. Aku berasa sangat bersalah. Rasa bersalah terhadap bapa, rakan bapaku dan rasa bersalah terhadap Sang Pemberi Rezeki. Aku tersedar, bapaku menolong orang bukanlah kerana dia menginginkan nama dan perhargaan, tetapi kerana dia mampu. Mampu membantu menyenangkan kehidupan orang dan yang paling penting, mampu mendidik aku agar sentiasa berbuat baik dan membantu orang tidak kira waktu mereka susah atau tidak. Sepanjang perjalanan pulang, aku mengelak pandangan daripada bapaku kerana aku menangis di dalam diam. Sepanjang perjalanan, aku meminta ampun kepada Allah kerana bersangka buruk dan berdoa agar kehidupan rakan bapaku itu sentiasa dirahmati dan diberikan kesembuhan untuk penyakitnya. Aku alpa, dek kerana hidup tidak pernah susah; oleh itu yang sering timbul dibenak mindaku hanyalah anggapan yang buruk sahaja. Hari tersebut merupakan hari yang sangat penting bagi diriku. Pada hari itu aku tersedar akan keperibadian bapaku dan pada hari itu juga aku sedar bahawa tidak perlu menjadi kaya untuk membantu orang. Keikhlasan itu tidak oleh dinilai oleh manusia. Selagi kita mampu memberi, maka teruskanlah. Bapa sering berkata, “Kita buat baik dengan orang bukan sebab kita meminta balasan kebaikan daripada mereka, tetapi daripada Allah”. Sejak dari peristiwa itu, aku tidak lagi mempersoalkan setiap kali bapaku ingin menolong sesiapa kerana itu adalah pilihannya dan aku akan rasa bersalah jika menghalangnya membuat kebaikan. Peristiwa itu mengajarku agar sentiasa menghulurkan bantuan tidak kira kepada mereka yang benar-benar memerlukan atau mengambil kesempatan kerana pada akhirnya, bantuan itu tetap dikira sebagai satu kebaikan. TAMAT 10


OLEH : NOR AQILAH BINTI DELMI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) Setelah menamatkan pengajian dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) aku telah diberi peluang oleh pihak belia di FELDA tempat tinggal aku untuk membuka kelas tuisyen bagi murid-murid sekolah rendah yang terdiri daripada pelajar yang berumur antara enam hingga sebelas tahun bagi mengisi masa lapang mereka pada musim cuti persekolahan. Pengalaman aku sebagai tenaga pengajar di pusat tuisyen tersebut telah menyedarkan aku bahawa untuk memikul tanggungjawab bagi mendidik anak bangsa ini bukanlah sesuatu yang mudah. Hal ini dikatakan demikian kerana ianya memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi dalam memberikan ilmu di samping menghadapi karenah para pelajar yang lahir dari pelbagai latar belakang ini. Namun, setelah aku teringatkan kisah salah seorang daripada guru muzik di sekolah rendahku pada suatu ketika dahulu telah menyuntik semangat aku untuk meneruskan pengajian dalam bidang pendidikan di universiti pada hari ini. Kisah dan perjalanan hidupnya telah cukup memberikan aku inspirasi untuk meneruskan cita-cita aku sebagai seorang guru. Guruku yang diberi nama Mohd Huzaire Bin Ahmad yang merupakan guru Pendidikan Muzik telah disahkan lumpuh sepenuhnya dari paras pinggang hingga ke bawah selepas terjatuh daripada pokok rambutan setinggi dua meter, 19 tahun lalu. Selepas kejadian tersebut, beliau telah menggunakan kerusi roda bagi meneruskan kehidupan seharian beliau. Walau bagaimanapun, kekurangan yang di alami oleh beliau ini tidak sedikit pun menjejaskan semangat dan kesungguhan beliau sebagai seorang pendidik yang berazam untuk menabur bakti dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa tercinta. Sebaliknya, kekurangan itu menjadi landasan untuk membuktikan bahawa beliau mampu menjadi antara pendidik yang terbaik serta mampu berdiri sama tinggi dengan insan sempurna yang lain. Selepas beliau disahkan lumpuh seumur hidupnya, beliau seolah olah merasakan bahawa hidupnya menjadi kelam. Namun, dorongan padu yang diperoleh beliau daripada ahli keluarga dan sahabat terdekat 11


PENULISAN KISAH INSPIRASI membuatkan beliau tidak berputus asa. Ketabahan dan sikap positif beliau terbayar apabila beliau telah dianugerahkan beberapa anugerah antaranya Anugerah Guru Inovatif Peringkat Negeri Pahang pada tahun 2009, Anugerah Guru OKU Cemerlang Peringkat Kebangsaan pada tahun 2010, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 2008 dan 2018 serta banyak lagi. Pengalaman yang diceritakan olehnya sewaktu mengajar di Sekolah Kebangsaan Jabor cukup menyentuh hati dan menyuntik semangat aku yang turut bercita-cita untuk menjadi seorang guru seperti beliau. Walaupun ianya merupakan sekolah estet yang tidak lengkap dengan kemudahan untuknya sebagai seorang guru kurang upaya, namun beliau tetap bersyukur. Beliau redha dan cuba membuktikan bahawa dirinya mampu bertahan hidup di perantauan. Ketika beliau tinggal di sana beliau terpaksa mengesot setiap hari untuk mandi kerana tandas dan bilik air di rumah tersebut berada di tingkat bawah. Beliau pernah menceritakan bahawa tubuh badan beliau pernah luka dan berdarah ekoran daripada kekerapan beliau yang terpaksa mengesot di atas lantai. Tubuh badan beliau juga sentiasa berasa sakit dan mudah demam. Menurut beliau lagi, sekolah yang merupakan tempat beliau menabur bakti juga agak jauh dari tempat tinggalnya. Pada setiap pagi beliau terpaksa menyusuri jalan dengan berkerusi roda untuk mengajar. Beliau juga terpaksa mengelak daripada terpalit dek najis lembu yang bertaburan di jalan yang beliau lalui. Selain itu, jalan yang tidak berturap dengan baik juga sememangnya memberikan kesusahan kepada beliau untuk mengawal penggerakan kerusi roda. Tambahan lagi, batu-batu kerikil sering menyebabkan tayar kerusi roda beliau pancit. Namun, demi anak-anak murid yang dikasihi beliau gagahkan diri untuk ke sekolah. Setelah beberapa tahun beliau berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Jabor, beliau telah di minta oleh ibunya untuk mengajar di kampung kelahiran beliau iaitu di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2 yang merupakan sekolah rendah lamaku. Beliau telah diberi tugas sebagai guru muzik sepenuh masa di sekolah tersebut. Tugas pertama beliau 12


CIKGU LUAR BIASA adalah melatih pasukan nasyid sekolah. Pada masa itu, Sekolah Kebangsaan Mempaga 2 tiada peralatan dan kemudahan untuk melatih pasukan nasyid. Murid-muridnya pula tidak pernah terdedah dengan nyanyian nasyid. Namun, tanggungjawab yang berat itu tetap beliau pikul. Menurut beliau, pada tahun pertama beliau hanya menggunakan minus one sahaja dan pada setiap petang beliau mengadakan latihan vokal dan tempo. Pada tahun 2006, guru besar telah membelikan alat muzik iaitu bongo untuk kegunaan sekolah bagi memudahkan sesi latihan para pelajar. Dari titik permulaan inilah, kumpulan nasyid sekolah ini mula berubah. Hasil titik peluh dan usaha keras beliau, melakukan latihan setiap hari tidak kira siang atau malam, Sekolah Kebangsaan Mempaga 2 telah berjaya menjadi juara nasyid di daerah Bentong dengan alat muzik yang lengkap dan teknik vokal yang sempurna. Hal ini sekali gus telah melayakkan mereka untuk mewakili daerah tersebut ke peringkat negeri. Berkat kerja keras beliau ini juga telah menjadikan Pendidikan Muzik di Sekolah Kebangsaan Mempaga 2 sebagai mata pelajaran yang sering memberikan sumbangan di peringkat sekolah, daerah mahupun di peringkat negeri. Beliau juga pernah mengajarkan aku dan rakan-rakanku koir untuk dipersembahkan di hadapan orang ramai dalam sesuatu majlis yang melibatkan semua ibu bapa dan guru. Kumpulan koir kami pada waktu itu telah diberi nama “Angry Band” dan nama kumpulan kami ini telah dipengaruhi daripada cerita “Angry Bird” yang agak terkenal pada ketika itu. Pasukanku telah diajar mengenai vokal dan gaya yang menarik berdasarkan lagu. Ini telah membuktikan bahawa beliau juga merupakan seorang guru muzik yang kreatif. Beliau tidak kisah untuk menghabiskan duit dan masa bagi melatih kami semua. Beliau sanggup menjemput pelajar untuk menghadiri latihan dan menghantar mereka pulang setelah habis latihan. Aku juga pernah mengadukan kepada beliau bahawa bukan mudah untuk menempuhi pembelajaran di alam universiti untuk menggenggam segulung ijazah. Tambahan pula, aku baru sahaja semester satu namun dikehendaki belajar secara dalam talian dek kerana pandemik Covid-19. Beliau terus menaikkan semangat aku dengan menceritakan pengalaman beliau yang penat terpaksa berulang-alik daripada Felda Mempaga Karak, Pahang ke Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis pada setiap minggu selama empat tahun tambahan lagi beliau merupakan 13


PENULISAN KISAH INSPIRASI Pengerusi Persatuan OKU Bentong. Keinginan beliau juga untuk menjadi seorang pentadbir sekolah dan tidak pernah puas dalam menuntut ilmu telah mendorong beliau untuk melanjutkan pelajaran di Open University Malaysia (OUM) pada Januari 2020. Beliau sering menunjukkan keputusannya yang memperolehi dekan pada setiap semester supaya dapat membakar semangat dan menjadi inspirasi buatku. Beliau juga selalu menasihatkan aku melalui aplikasi Whatsapp untuk kuat demi masa depanku dan mengubah nasib keluarga kepada yang lebih baik. Beliau turut memberitahuku bahawa aku bukan sekadar belajar di universiti tapi turut membawa harapan kedua-dua orang tuaku. Beliau, Mohd Huzaire Bin Ahmad bagaikan lilin yang sanggup membakar dirinya demi menyinari hidup anak bangsa. Sudah banyak perkara yang pahit dan manis telah beliau tempuhi sepanjang menjadi insan berkerusi roda ini. Kekurangan yang ada pada beliau tidak pernah dijadikan halangan bagi dirinya untuk mendidik anak bangsa. Bagi beliau kekuatan tidak datang daripada kemampuan fizikal, namun ianya datang daripada semangat yang tidak pernah mengalah. Kisah dan pengalaman yang dilalui oleh beliau telah menjadi inspirasi kepadaku untuk menggapai cita-cita sebagai seorang pendidik. Aku berharap agar aku juga mampu menjadi seorang guru yang setabah dan sehebat beliau dalam menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Terima kasih guruku. TAMAT 14


OLEH : WAN NORALISYA NASYWA BINTI WAN NASROL UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SERI ISKANDAR (UiTM) ‘Andai jika aku terlalai, setiap hari ku rela badan ku dimamah rotan’. Kini sudah matang aku berdiri, gagah melangkah setelah hampir 3 tahun aku di alam universiti. Lalu memori aku yang menusuk dalam nafas ku mengingatkan sebenar-sebenar kejadian aku hari ini hanyalah setelah sempurna didikan umi dan babah. Sungguh andai di ambil 10 kanak-kanak untuk di imbas memori mereka saat mereka membesar, mungkin cerita aku berbeza. Penuh tragis dan luka-luka. Mana ada yang pinta sedemikian rupa cerita nya. Bahkan sebenarnya itulah jalan cerita dari hebatnya perancangan Tuhan buat kita. Aku telan perit lama ini hingga mampu aku menghembuskan nafas segar dan mampu aku yakin Tuhan itu mengasihi ku. ‘Sekurang-kurangnya aku tidak keseorangan, kakak dan adik ku juga mencari-cari jawapan dari setiap persoalan’. Alangkah rugi andai tidak aku juga memahami gertak hati ini biasalah meronta-ronta inginkan jawapan. Sakit yang bakal dirindui. Walau penat terima hukuman dan tanggungan, aku tetap terima, jika Engkau ingin membetulkan kesilapan ku Ya Tuhan. Waktu itu aku bercelaru, terkadang mahu tercabut nyawa, Saat aku mula mengenal dunia, waktu itu hidup aku mewah. Jangan kata kapal terbang, boat privacy juga pernah aku naikki. Kau Tuhan mempersembahkan aku indahnya dunia saat itu. Seperti semua ada di bawah telunjukku. ‘Tak seharusnya aku menafikan dunia ini memukau dan punya kemewahan yang tak dapat aku uruskan’. Sangat dahsyat penangannya, pernah aku terdengar ceramah di masjid perumahanku bahawasanya yang dikatakan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan yang melalaikan serta perhiasan, juga bawaan hidup yang bertujuan bermegah-megah dengan pangkat, bangsa keturunan serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak. Sedangkan semuanya itu punya waktunya seperti hujan yang menumbuhkan tanaman yang menghijau subur menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia 15


PENULISAN KISAH INSPIRASI menjadi hancur bersepai, dan hendaklah diketahui lagi, bahawa di akhirat ada azab yang berat bagi yang hanya mengutamakan kehidupan dunia dan ada pula keampunan besar serta keredaan dari Allah disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat. ‘Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan untuk orang yang terpedaya’. Waktu itu aku hanya telan bait-bait nasihat dari ceramah yang aku dengar. Kebiasaan kami dibawa ke masjid oleh umi. Setiap hari khamis malam jumaat, kami akan dibawa ke Masjid As-Syakirin untuk solat berjemaah dan bacaan yaasin, dan jika rezeki menjamu juadah nasi berlauk di dewan makan masjid. Banyak kisah aku di masjid itu, asbab aku dimarahi umi apabila jam tangan dan gelang emas aku pernah hilang disitu dek dicuri orang. Masjid itu juga kami dibawa pada bulan Ramadhan untuk solat terawih dan pernah waktu aku berusia 10 tahun, aku mengajak adik ku yang berumur setahun beza dari ku untuk ponteng sekolah. Kami berjalan hingga lebih 20km ke masjid itu sekadar untuk berjalan sahaja. Bila mana setiap minggu pasti ke masjid itu, kami mampu ingat jalan tanpa salah. Apabila teringat peristiwa itu, aku jadi mahu menceritakan kepada pembaca bahawa aku bukan sengaja ponteng sekolah bahkan nak dijadikan cerita hingga kami dirotan teruk selepas kantoi oleh babah ku saat kami berjalan pulang. ‘Tangisan petang itu aku mampu ingat hingga kini’. Babah membawa kami pulang dan menceritakan kejadian terserempak dengan kami itu kepada umi. Kami masuk rumah dan berlari naik ke tingkat atas rumah teres dua tingkat itu. Umi turut mengekori dengan rotan nya. ‘surpppp…’ berbiras di peha ku. Aku menangis dan menjerit. Adikku juga. Saat jiran ku mendengarkan itu, dia yang juga pegawai polis masih segak dengan seragamnya mungkin baru balik dari tempat kerja keluar mengetuk pintu pagar rumahku. Kakak ku disapanya dan menanyakan apakah pula kesalahan kami hari itu. Jiran ku pernah dulu selalu mendengar jeritan kanak- kanak seperti didera di rumah ku hingga dia sering datang ke rumah untuk menjenguk. Sampai mereka jadi tidak belaga angin dengan umi. Mungkin umi ku tetap dengan pendiriannya, bahawa kami harus dididik dengan hukuman di atas setiap kesalahan yang dibuat kami. ‘Tak pernah kiranya kami terlepas dari hukuman berat umi’ Pernah sekali belum sempat aku memberitahu asbab aku tidak ke sekolah, cuping telinga ditarik seperti mahu tercabut dan sofa yang ku duduk hampir terjatuh menunjukkan kuatnya telinga ku ditarik 16


LEBIH BAIK SETIAP HARI menjadi hancur bersepai, dan hendaklah diketahui lagi, bahawa di akhirat ada azab yang berat bagi yang hanya mengutamakan kehidupan dunia dan ada pula keampunan besar serta keredaan dari Allah disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat. ‘Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan untuk orang yang terpedaya’. Waktu itu aku hanya telan bait-bait nasihat dari ceramah yang aku dengar. Kebiasaan kami dibawa ke masjid oleh umi. Setiap hari khamis malam jumaat, kami akan dibawa ke Masjid As-Syakirin untuk solat berjemaah dan bacaan yaasin, dan jika rezeki menjamu juadah nasi berlauk di dewan makan masjid. Banyak kisah aku di masjid itu, asbab aku dimarahi umi apabila jam tangan dan gelang emas aku pernah hilang disitu dek dicuri orang. Masjid itu juga kami dibawa pada bulan Ramadhan untuk solat terawih dan pernah waktu aku berusia 10 tahun, aku mengajak adik ku yang berumur setahun beza dari ku untuk ponteng sekolah. Kami berjalan hingga lebih 20km ke masjid itu sekadar untuk berjalan sahaja. Bila mana setiap minggu pasti ke masjid itu, kami mampu ingat jalan tanpa salah. Apabila teringat peristiwa itu, aku jadi mahu menceritakan kepada pembaca bahawa aku bukan sengaja ponteng sekolah bahkan nak dijadikan cerita hingga kami dirotan teruk selepas kantoi oleh babah ku saat kami berjalan pulang. ‘Tangisan petang itu aku mampu ingat hingga kini’. Babah membawa kami pulang dan menceritakan kejadian terserempak dengan kami itu kepada umi. Kami masuk rumah dan berlari naik ke tingkat atas rumah teres dua tingkat itu. Umi turut mengekori dengan rotan nya. ‘surpppp…’ berbiras di peha ku. Aku menangis dan menjerit. Adikku juga. Saat jiran ku mendengarkan itu, dia yang juga pegawai polis masih segak dengan seragamnya mungkin baru balik dari tempat kerja keluar mengetuk pintu pagar rumahku. Kakak ku disapanya dan menanyakan apakah pula kesalahan kami hari itu. Jiran ku pernah dulu selalu mendengar jeritan kanak- kanak seperti didera di rumah ku hingga dia sering datang ke rumah untuk menjenguk. Sampai mereka jadi tidak belaga angin dengan umi. Mungkin umi ku tetap dengan pendiriannya, bahawa kami harus dididik dengan hukuman di atas setiap kesalahan yang dibuat kami. ‘Tak pernah kiranya kami terlepas dari hukuman berat umi’ Pernah sekali belum sempat aku memberitahu asbab aku tidak ke sekolah, cuping telinga ditarik seperti mahu tercabut dan sofa yang ku duduk hampir terjatuh menunjukkan kuatnya telinga ku ditarik 17


PENULISAN KISAH INSPIRASI Walaupun babah menanggung perbelanjaan kami tetapi beliau tidak dapat meluangkan masa dengan kami. Umi juga bekerja pada waktu itu. Umi akhirnya meletakkan kami di bawah penjagaan Nanny kami di Kelantan. Umi dan babah selalu bertengkar apabila ada sedikit ketidakfahaman. Bahkan apabila umi tidak dapat berjemaah dengan sang suami, itu adalah sesuatu kekurangan pada umi. ‘Rencana dari Allah itu adalah sebaik-baik rencana’. Umi dan babah mengambil jalan untuk berpisah. Tragis bagi umi apabila anak sulungnya iaitu abang ku di ambil oleh babah. Umi cuba menuntut hak penjagaan abang tetapi tidak berjaya. Tinggal lah anak perempuan sahaja bersama umi. Apabila sudah berpisah mereka mencari haluan masing -masing. Babah mula berjinak-jinak dengan dunia politik dan dia mula dikenali di media tempatan. Umi pula berhenti bekerja tetap sebagai penjaga kaunter tiket di AirAsia kepada bisnes kecil-kecilan demi menjaga kami yang masih kecil. Sewa rumah yang kami duduki masih dibayar oleh babah. Kami menjalani kehidupan seperti biasa tanpa seorang bapa disisi. Ianya lebih berat pada umi. Kerana kini dia lah bapa, ibu dan ketua keluarga kepada empat anak perempuannya. ‘Belum sempurna iman kamu sehinggalah kamu diuji’. Umi menghadapi satu penyakit misteri saat membesarkan kami. Ia berlaku apabila terdapat kudis besar di belah kanan kaki umi. Ia membuatkan umi tidak gagah lagi bekerja. Emosi umi diganggu dengan bermacam hal ketika itu. Umi seakan tidak dapat mengawal emosinya sendiri. Apabila umi mula rasa marah pada anak-anaknya, ia akan bermula dengan amukkan yang tidak dapat diterima dek akal. Kami seolah-olah tidak kenal umi. Umi bertindak luar kawalan terkadang memukul kami. Pernah suatu hari Nanny datang ke rumah kami di Selangor, waktu itu kakak tidak sengaja membuat umi marah, umi bertindak agresif memukul kakak akan tetapi Nanny cuba memegang dan menenangkan umi. ‘Siapa sangka, ammarah manusia itu berbisa’. Rupa-rupanya ada yang cuba menggunakan hal khurafat dan menghantar nya kepada umi. Mungkin dia mahu umi menderita atau apa. Yang pasti orang itu mestilah orang yang dekat dengan kami. Sungguh umi tidak ada banyak kawan. Kawannya banyak di masjid dan surau-surau. Bila kami dapati orang yang menghantar benda itu adalah babah, kami tidak mempercayainya. Hinggalah pada suatu hari yang bersejarah, babah telah digulingkan 18


LEBIH BAIK SETIAP HARI rakan politiknya sendiri dengan menyatakan babah melakukan kerja penggubalan duit secara haram. Bisnes resort babah lingkup, kereta-kereta mewah ditarik, office babah di cawangan seluruh Malaysia dipaksa tutup dan babah dimasukkan ke dalam penjara. Harta simpanan babah digadai untuk membayar peguam. Hasil bisnes hampir 10 tahun babah bankrup sekelip mata. Kami ada dijemput melawat babah pada hujung bulan. Kata beliau, dia menyesal dengan perbuatannya kepada kepada kami dan kepada umi. Sewaktu itu dia terasa dengan segala teguran dan nasihat umi dan sanggup menghantar hal yang khurafat pada umi. Kini beliau terima dengan balasan Tuhan padanya. ‘Sekeras mana pun hati manusia pasti tumpas dengan kalam Tuhannya’. Di dalam sana babah semakin mendekati Al-quran, solat berjemaah dan melakukan aktiviti kebajikan yang babah tak pernah buat sebelum ini. Babah menyatakan betapa hatinya tenang melakukan hal-hal yang demikian. Walaupun kami melihat keadaan tubuh babah yang semakin susut dek permakanan di sana tidak mungkin semewah dahulu lagi. Banyak perubahan babah, jika dulu dia sibuk mengejar hatya dunia, kini tidak lagi. Babah kini mengejar cinta ilahi. Wallahi aku tak percaya dengan cara ini Tuhan memberi babah peluang mengenal-Nya. Dengan cara ini Tuhan memberi babah kerehatan dari kesibukkan dunia yang tak akan pernah berhenti sibuknya. Lain ceritanya di sudut sisi umi ku. ‘Berat mata memandang, berat lagi bahu dipikul’. Perbelanjaan yang selalu masuk daripada rezeki babah kepada kami sudah terhenti. Umi terpaksa bekerja keras lagi untuk menanggung empat orang anaknya yang masih bersekolah. Apakan daya, umi semakin penat. Rumah yang kami duduki terpaksa diberi sewa kepada orang lain oleh pemiliknya. Kami akhirnya berpindah randah. Aku juga berpindah sekolah. Pada mulanya kami duduk di homestay murah sementara mencari rumah untuk diduki. Setelah tidak lama daripada itu, kami berpindah ke rumah setinggan. Kawasan perumahan bukan warganegara. Jiran kami adalah orang Bangladesh. Kami tidak dapat memasak kerana tiada alatan dapur. Kami hanya makan di gerai makan yang berdekatan di sisir jalan. Sumber pendapatan umi cukup-cukup untuk makan dan hal persekolahan. Waktu itu, aku sudah alah bias tegar biasa hidup berdikari ini. Hinggalah aku dan adik ku dihantar ke Maahad Tahfiz berdekatan. Pembiayaan di situ hanyalah mengikut kemampuan. Maka, tidak lah berat untuk umi menanggungnya bersendirian. Niat suci seorang ibu untuk memberi 19


PENULISAN KISAH INSPIRASI keselesaan kepada anaknya dalam menuntut ilmu. Maha Suci Allah memilih ku menuntut ilmu Al-Quran dan menghafalnya. ‘Ikat lumat pada hati dengan tali Allah’. Aku belajar erti ke-ikhlasan, di maahad yang aku duduki ini adalah bumi tarbiyah pertama pada ku. Aku semakin faham agama, aku mendalami banyak kitab dan yang paling utama aku di izinkan untuk menghafal kalam-Nya. Setiap hari aku diajar untuk perbetulkan niat. Sahaja aku menuntut ilmu adalah kerana Allah Taala dan untuk diamal dan disampai-sampaikan. Ia lumat dalam sanubari ku. Aku nekad untuk sayangkan agama ini lebih dari segalanya. Apabila hujung minggu kami dibenarkan pulang, aku berbakti pada umi, aku bekerja di gerai makan berdekatan untuk mengambil upah sedikit sebagai pembelanjaan di rumah. Umi banyak menghabskan masanya dengan menuntut ilmu di media dan di masjid, Sewaktu ada kuliah dhuha di masjid umi akan pantas keluar dan mengajak kami. Begitulah umi yang jiwanya terpaut dengan pengajian agama. ‘Saban hari aku belajar erti berdikari untuk kemenangan hakiki’. Apabila aku meningkat remaja, babah sudah dibebaskan dari penjara dengan mendapat penganugerahan agar dipendekkan tempoh kerana perilaku baik, Maka, babah mula mahu berbakti kepada kami, kami dipindahkan dari maahad tahfiz kepada sekolah biasa beraliran agama, agar supaya kami dapat menduduki spm dan dapat menjejakkan kaki ke pintu gerbang. Itulah hajat babah. Umi mengiyakan sahaja andai benar babah mahu mengambil alih menjaga kami sebaiknya. Aku cukup matang daripada ‘culture shock’. Bagi ku ‘culture shock’ bukan alasan untuk aku ubah pendirian agamaku. Aku dapat lihat ramai yang daripada sekolah agama begitu liar selepas masuk ke sekolah yang bercampur-baur segalanya. Tapi tidak aku, aku mampu terus dengan solat dhuha yang biasa aku buat di Maahad Tahfiz dahulu. Walaupun mencuri waktu rehat dan tidak sempat makan tengah hari. Justeru, aku mampu menutup aurat dan menjaga batas ku dengan baik. Berkat faham dan sayangkan agama. ‘Aku hanya dai yang lemah’. Aku mula berjinak-jinak dengan ilmu motivasi. Sambil menunggu keputusan spm, aku mengikuti kursus motivasi berbayar dan mengumpulkan sijil-sijil sebagai Trainer Muda. Aku bersyukur kerana aku berjaya mengangkat nama ku disekitar timur. Di beberapa sekolah daerah ku, akan memanggilku untuk menyampai 20


LEBIH BAIK SETIAP HARI motivasi atau pun berbentuk ceramah. Setiap sesi aku dapat RM100/sejam. Aku dapat mengumpul duit untuk perbelanjaan harian ku. Aku mampu memotivasikan diri ku dan memberi sedikit manfaat pada golongan muda yang lain. Sebagai dai’ yang lemah aku sentiasa berharap tuhan akan memelihara agama yang ku cintai ini. Memelihara umi ku yang banyak mendidikku dengan mendekati agama, solat berjemaah dan sentiasa menasihati ku tentang baiknya Tuhan. Memelihara babah ku yang banyak menumpahkan keringat untuk kelangsungan kehidupan ku. Memelihara dan menjaga agama adikberadik ku, sahabat-sahabat ku semuanya. InshaaAllah. Terima kasih Allah atas kehebatan perancangan-Mu. TAMAT 21


OLEH : NURUL FATIHA BINTI MAMAT UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) “Allah tidak pernah janji jalan selalu rata tetapi Allah akan selalu ada untuk memberi kekuatan kerana setiap KEKECEWAAN dan KESAKITAN akan menjadi PERMULAAN SEBUAH PERJALANAN” Pelangi muncul setelah hujan yang merintih. Awan berarak mendung membuatkan aku berasa tenang berada diberanda rumahku. Sudah beberapa hari berlalu. Namun aku merasakan apa yang telah terjadi seolah-olah baru terjadi kelmarin. Aku merasakan cinta itu seharum mawar tapi aku lupa yang aku pasti akan terkena durinya. “Isha, jom kita makan. Hari ini ibu beli makanan kegemaran Isha, jom sayang,” aku sengaja membisu mendengar ajakan ibu. Aku tidak ada selera makan. Semenjak peristiwa itu, aku sering termenung dan memikirkan apa yang akan terjadi esok. Sediakah aku menerima persoalan orang-orang tentang Reza ? atau masihkah aku ada esok ? Aku masih berharap agar semua ini hanya mimpi atau gurauan. Ibu memelukku erat. Kasih sayang ibu memang tulus dan suci. Aku sayangkan ibu. Dia adalah satu-satunya orang yang mengetahui semua tentangku. Maafkan aku andai perbuatanku ini membuatkan ibu sedih dan kecewa. Aku lemah dengan ujian. Aku terlalu sayangkan Reza. Namun, takdir penentu segalanya. Dia mengeluarkan kata putus dan menghinaku seolah-olah aku yang salah. Tanpa sempat aku memberitahu keadaanku, dia telahpun melangkah pergi. 22


PENULISAN KISAH INSPIRASI Aku mula mengenali Reza sejak dari bangku sekolah. Pertemuan kami secara tidak sengaja . Aku merupakan pelajar junior STPM di Sekolah Menengah Seri Mentari. Hari berganti hari, minggu berganti minggu dan begitu juga bulan berganti bulan. Aku mula mengenali seorang lelaki bernama Reza. Pertemuan pertama kami secara tidak sengaja iaitu semasa aku menghadiri Program Teknik Menjawab Muet STPM 2016/2017. Aku menegurnya kerana menyangkakan dia itu tetamu undangan bagi program tersebut. Rupa-rupanya dia adalah senior aku. Aku dengan malu-malu terus masuk ke dalam dewan dan mencari tempat duduk. Selang beberapa hari, seorang lelaki telah menegurku melalui whatsApp. Aku teragakagak nak balas ataupun tidak. Setelah aku fikir-fikir aku pun balas salam darinya. Perbualan kami makin rancak. Selang beberapa hari kami kenal, dia mula menelefon aku. Bermacam benda kami bualkan dan rupanya dialah senior yang aku tegur hari itu. Lama kelamaan kami makin rapat dan saling memberi pandangan tentang pembelajaran. Aku ceritakan hal tersebut kepada ibu dan bertanya tentang cinta. “Ibu, cinta sejati itu wujud tak ?” aku memang rapat dengan ibu . Semua benda aku luahkan pada ibu. “Hai, anak ibu ni dah pandai bercinta ye. Tanya pasal kekasih lah. Apa tadi? Cinta sejati ? ibu mengusikku. “Ibu ni. Orang Tanya elok-elok main pulak dia”,aku konon merajuk. “Ok la. Cinta sejati itu adalah cinta yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Semua orang akan memiliki cinta senjati selama mana dia mencintai pasangannya kerana Allah SWT. Ini maksudnya cinta sejati adalah cinta yang menyenangkan, sentiasa ada saat kita susah dan senang, mencari kelebihan dalam kelemahan pasangan dan tidak mengira 23


HARUMAN MAWAR TERSELIT DURI pada rupa mahupun harta. Cinta itu fitrah sayang. Tak salah untuk kamu bercinta, asalkan kamu jangan meletakkan setinggi-tinggi harapan pada manusia. Cintailah dia yang mampu mendekatimu dengan Penciptamu dan jauhilah dia yang mampu membuatmu terpesong dari agamamu,” ibu menerangkan panjang lebar. Esoknya aku ke sekolah dengan hati yang girang. Aku berasa begitu bersemangat. Ya lah sejak aku berkenalan dengan Reza, setiap pagi dapat wish good morning. Lain macam rasanya. Biasalah orang tak pernah bercinta kan. Hari bersilih ganti. Hubungan aku dengan Reza semakin rapat. Dia banyak memberikan galakan dan tunjuk ajar kepadaku. Hubungan kami juga mendapat restu dari kedua belah keluarga. Setelah mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM, dia mengambil keputusan untuk mengejar cita-citanya sebagai pelukis di sebuah IPTA. “Saya pergi tak lama wak. Saya harap awak dapat janji dengan saya yang awak akan tunggu dan setia dengan saya. Janji ye awak ?”pintanya sebak. Itulah kata-kata dia sebelum dia pergi mendaftarkan diri di IPTA. Sudah beberapa bulan Reza pergi meninggalkan aku. Tiba hari yang aku nantikan. Dia telah pulang ke kampung kerana cuti semester. Seperti biasa, dia akan selalu datang ke rumahku. Dia masih sama sepertimana awal-awal aku kenal dia dulu. Dia memang sangat baik dan suka tolong aku. Banyak pergorbanan dia dekat aku yang tak terbalas. Dia tidak pernah lupa mengingatkanku tentang solat. Selepas habis cuti, dia kembali semula ke kolej. Dan tibalah saatnya, medan peperanganku. Peperikasaan akhir STPM. Aku dengan lafaz Bismillahirohmannirahim menjawab dengan begitu tekun dan sentiasa menyelinap dalam 24


PENULISAN KISAH INSPIRASI fikiranku, kata-kata semangat dari orang-orang tersayang. Alhamdulillah, menitis air mataku di pipi. Aku meraih tempat kedua sebagai pelajar terbaik STPM 2017/2018. Reza dan ibu begitu gembira dengan keputusanku. Tinggal beberapa bulan je lagi aku akan menyambung pelajaran untuk mencapai citacitaku sebagai guru. Hubungan aku dengan Reza masih seperti biasa. Cuma kami kurang on call atau whatsApp seperti awal-awal dulu. Tipulah kalau tak rindu. Kadangkadang aku ada juga terfikir bukan-bukan, tapi aku pujuk hati aku untuk percayakan dia. Inshaallah takde apa-apa. Tetapi langit tidak selalu cerah, bunga tidak selalu mekar. Begitulah senyuman yang pasti akan bertukar tangisan. Terpancar sinar pagi dari awan yang terselindung, aku dan ibu ke hospital untuk membuat pemeriksaan kerana aku sering sakit-sakit sehinggakan badan aku lemah. Aku tidak pernah memberitahu hal ini kepada Reza. Aku taknak dia risau. Setiap kali aku sakit, aku hanya akan mendiamkan diri. Ya, siang tak selalu cerah. Begitulah hidup tak selalu indah. Setelah membuat pemeriksaan dan Ultrasound scan, aku terkedu mendengar kata-kata doktor. ‘ Raisha, awak banyakkan bersabar ya. Setiap penyakit pasti ada ubatnya. You should fight it.” Kata doctor “Kenapa doktor? Saya sakit apa?, tanya aku dengan keliru. “Awak disahkan menghidapi kanser payudara stage two” , jawab doktor dengan sebak Allahuakhbar. Menitis air mataku. Hanya Allah yang tahu perasaan aku saat itu. Ibu terus memelukku erat. Persoalan demi persoalan bermain di fikiranku. Setibanya aku di rumah. 25


HARUMAN MAWAR TERSELIT DURI Aku mencapai telefon yang berada di meja dan berniat untuk maklumkan khabar sedih ini dekat Reza. Aku perlukan kata-kata semangat darinya. Malangnya, ketar seluruh tubuhku, aku terasa gelap sekelip mata. Aku melihat mesej daripada Reza yang mengatakan dia ingin akhiri hubungan kami. Aku ketawa kecil dan aku merasakan itu gurauan. Tapi itulah kenyatannya. Aku tidak tahu kenapa. Semuanya berlaku tiba-tiba. Aku call dia berkali- kali untuk mencari jawapan. Tapi satu pun tidak diangkat. Ibu terus datang memelukku dan saat itu terpancar kesedihan di wajah ibu melihat keadaanku. Aku merasakan saat itu hidup ini tidak adil. Aku menangis sekuat hati sehingga tanpa sedar aku terlelap dalam tangisan. Sedarnya aku dari lena, aku teringatkan Reza. Aku masih tidak percaya semua ni berlaku terlalu pantas. Aku call dia tanpa henti dan akhirnya dia angkat. “Hello, assalammualaikum”, dia menjawab panggilan itu. “Waalaikumusalam, awak. Awak, kenapa awak buat saya macamni? Kenapa awak buang saya? Saya merayu tolong jangan buat saya macamni. Tolong lah awak. Bagitahu kenapa”, rayu ku dengan nada lemah. “Dah, dah.. saya sibuk ni. Dahlah. Saya dah tawar hati”, jawabnya selamber dan matikan panggilan tersebut. Aku terus terduduk dan berteriak. Ibu memapahku masuk ke bilik. Sepanjang hari aku menangis. Aku masih tak boleh terima apa yang berlaku. Ibu mengusap air mataku dengan lembut sehingga aku terbuai. Ibu dengan sebak membisik padaku bahawa semua ni berlaku ada hikmahnya. Allah tak pernah menitipkan sesuatu diluar kemampuan hambaNya. 26


PENULISAN KISAH INSPIRASI Aku menjalani hari seperti biasa. Terkadang aku memang rindukan Reza. Setiap sudut ruang tamu rumahku, aku terbayangkan dia dan setiap kali aku menjalani rawatan, aku rindu nak mengadu sakit aku dekat dia. Aku rindu kata semangat daripada dia. Tapi apakan daya semua telah berlalu. Sesekali aku pernah berputus asa dengan hidup ini dan terasa tak mampu lagi. Aku nak hentikan semua rawatan. Sakit menjalani rawatan bercampur baul dengan sakit merindukan Reza. Hari berganti hari, Alhamdulillah hari ini aku mampu berdiri melawan segala kesakitan. Aku sekarang sudahpun berada tahun ke dua di Universiti dan dah hampir dua tahun berpisah dengan Reza. Jujurnya sampai sekarang aku tak tahu apa punca Reza tinggalkan aku, yang aku tahu dia sudahpun ada orang lain. Aku tak pernah bencikan dia malah aku dah lupakan segalanya. Aku sentiasa doakan dia bahagia. Mungkin dia bukanlah jodoh yang tertulis untukku. Aku bersyukur kerana kesakitan itulah aku sekuat sekarang dan menyedarkan aku bahawa kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan. Aku mula sedar bahawa kekecewaan menjadi semangat untuk aku terus gapai sebuah kejayaan. Alhamdulillah walaupun pelbagai duri yang aku pijak, aku berjaya mencapai 4 flat sepanjang tiga semester. Aku bersyukur kerana Allah panjangkan umurku dan aku berharap agar Allah memberi aku peluang untuk aku capai sebuah kejayaan yang membanggakan ibu agar andai aku pergi dulu, aku pergi dengan tenang. Aku juga bersyukur sehingga saat ini, aku masih boleh lawan kesakitanku agar tidak terpias ataupun menyusahkan sesiapa. Aku melangkah dengan penuh tabah kerana Allah SWT. Dugaan tak pernah lari. Sekelilingku diharumi wangian ros, namun aku tak akan pernah lupa lagi yang di sebaliknya ada duri yang bahkan akan melukakanku. Aku sekarang masih dalam rawatan untuk pulihkan penyakitku. Aku yakin ada sinar pelangi indah setelah hujan. Akan terpancar senyuman setelah tangisan. Akan juga ada satu keajaiban. Aku takkan berhenti berharap padaNya. Selagi aku bernafas, aku berharap aku mampu melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk diriku dan juga sekelilingku. 27


HARUMAN MAWAR TERSELIT DURI Janganlah kamu berlebihan menyayangi sesuatu kerana mungkin akan menjadi itu terburuk untukmu dan janganlah kamu berlebihan membenci sesuatu kerana mungkin itu yang terbaik untukmu. (“Innallaha Ma’anal” : janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.) TAMAT 28


OLEH : NURUL HANIS ATHIRAH BINTI AB RAHMAN UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) “PENGAYUH sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.” Itulah perumpamaan bagi seseorang yang takut untuk keluar daripada zon kebiasaan. Begitu juga aku pada ketika dahulu. Hanya seorang insan biasa yang sentiasa ikut rentak dunia serta selesa berada pada takuk yang sama. Malah, tiada usaha dan kesedaran untuk berjaya seperti orang lain. Namun, apa yang pasti kejayaan merupakan sesuatu yang tidak mustahil untuk dicapai oleh sesiapa sahaja di dunia INI. Segalanya bermula daripada setelah keluar keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Aku mendapat keputusan yang sangat mengecewakan hati kedua ibu bapaku. Namun mereka masih memberikan semangat untuk aku terus berusaha. Maka dari situ aku nekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik pada pandangan masyarakat. Aku percaya bahawa Tuhan memberikan kurnia berupa kehidupan, maka berikan diri kita hadiah berupa hidup dengan lebih baik. Melangkah ke Tingkatan 4 aku diletakkan di dalam kelas aliran Akaun dan Ekonomi. Aku cuba menanamkan rasa minat untuk belajar. Sehinggalah peperiksaan SPM, aku cuba yang terbaik namun rezeki masih belum berpihak kepadaku untuk menlanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Aku percaya denagn rencana Allah, pasti ada sesuatu yang lebih baik akan datang kepadaku. Aku percaya Allah ingin melihat sejauh mana tahap kesungguhanku untuk mengubah nasib diri. Lalu aku melanjutkan pembelajaran di Tingkatan Enam. Pada penggal satu, keputusan STPM juga mengecewakan iaitu hanya mendapat pointer 2.83 dan tidak melepasi target pointer 3.0. Namun aku tidak hairan walaupun aku 29


PENULISAN KISAH INSPIRASI berusaha bersungguh-sungguh pada ketika itu namun aku tahu Tuhan itu Maha Adil. Suatu hari pasti aku dapat merasa apa yang diusahakan selama ini. Maka dilanjutkan lagi kepada penggal dua dan keputusanku pada ketika itu sangat baik iaitu pointer 3.42 begitu juga pada penggal tiga aku mendapat keputusan pointer 3.58. Keputusan aku mengulang kertas bagi penggal satu adalah menaik kepada 3.83. Pada waktu inilah aku merasakan bahawa usaha aku selama ini telah mula dibayar secara ‘cash’ sedikit demi sedikit oleh Allah SWT. Bermula dari situ, kejayaan demi kejayaan telah dapat aku kecapi. Maka, dengan berbekalkan keputusan STPM secara keseluruhan sebanyak pointer 3.75, aku telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke sebuah IPT Pendidikan yang diidam-idamkan oleh ramai pelajar di Malaysia iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dari sini apa yang aku belajar adalah ada tiga perkara yang menjadi kunci dalam kehidupan iaitu jalani, nikmati, lalu syukuri. Namun, sebelum menjejakkan kaki ke UPSI, aku telah menggunakan masa cuti ku iaitu selama lebih kurang 9 bulan untuk mencari pendapatan sampingan di sebuah farmasi dan juga membuat perniagaan secara atas talian kerana aku jenis seorang yang berdikari dan tidak mahu membebankan ibu bapa untuk menampung kos pembelajaranku. Aku gunakan duit tersebut untuk membeli barang-barang kelengkapan untuk persediaan melangkah masuk ke UPSI. 02 September 2018 merupakan hari pertama aku melangkah masuk ke UPSI dan melihat dunia universiti yang menjadi tanda tanya aku selama ini tentang sejauh mana indahnya kehidupan di alam universiti ini. Namun aku masih berpegang pada matlamat yang sama iaitu untuk mencapai cita-cita dan kejayaan serta mengubah nasib diri. Pada semester satu aku mula dikenalkan dengan satu Kelab yang tidak asing lagi di mata mahasiswa UPSI iaitu Kelab Sahabat Ulul Albab (KeSUA). Aku mula didedahkan dengan kelab ini sejak minggu orientasi lagi. Maka pada minggu keenam kuliah, aku mula menyertai KeSUA. Walaupun kelab ini dilihat sangat gah dan hebat namun aku berani untuk mencabar diri aku untuk menjadi orang yang hebat dan keluar daripada zon 30


MOTIVASI DISEBALIK SEBUAH INSPIRASI kebiasaan. Satu persatu yang aku belajar daripada KeSUA untuk menjadi seorang yang lebih berani, konfiden bercakap di hadapan khalayak ramai dan sentiasa berfikiran positif. Pada penghujung sem satu, aku direzekikan untuk mengikuti satu program anjuran KeSUA yang bertempat di Pulau Pangkor. Program tersebut cukup memberi inspirasi kepadaku untuk mendekatkan diri lagi kepada Tuhan. Antara slot yang aku tertarik adalah Daie Moden dimana kami diajarkan tentang cara-cara mendekati pelancong asing yang merupakan Non-Muslim dan memperkenalkan tentang agama Islam. Selain itu slot Asmaul Husna juga sangat menyentuh hati dan jiwa dimana dari situ aku belajar untuk sentiasa berinteraksi dengan Allah SWT secara lebih dekat iaitu hanya dengan menyebut nama-nama Allah yang lebih spesifik dengan hajat yang diinginkan. Selepas daripada itu aku cuba menghafal setiap maksud daripada 99 nama-nama Allah dalam Asmaul Husna supaya senang aku berinteraksi dengan Allah. Aku selalu mempraktikkannya sehinggalah aku dapat merasakan bahawa Tuhan betul-betul dekat denganku. Hal ini juga merupakan lubuk penting dalam merealisasikan kejayaan yang aku idamkan. Setiap kali aku ingin meminta sesuatu maka aku akan berdoa menggunakan nama-nama Allah di dalam Asmaul Husna. Seterusnya, apabila melangkah masuk ke semester dua, penglibatanku semakin rancak dalam persatuan di UPSI. Aku mengikuti program yang juga dianjurkan oleh KeSUA yang diadakan di Jugra, Banting iaitu Program Peringkat Kedua Kohort Tiga (P2K3). Disinilah menjadi saksi taringku semakin tajam diasah untuk mengaum dengan lebih kuat menempuh perjalanan hidup yang hebat. Aku ditambahkan lagi dengan pelbagai kemahiran disini seperti bijak berbicara, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis, kemahiran berbahasa dan sebagainya. Selepas aku mengikuti program tersebut, aku telah mempraktikkannya di UPSI yang tercinta untuk menyampaikan pula apa yang telah aku pelajari kepada Mahasiswa lain. Maka hari demi hari aku menggilap bakat yang ada, aku berasa seperti sudah keluar dari kepompong asalku yang kurang berani untuk menunjukkan kebolehanku 31


PENULISAN KISAH INSPIRASI kepada orang ramai. Pada semester dua juga aku mula melibatkan diri sebagai Ahli Lembaga Koperasi UPSI di dalam persatuan KOSISWA UPSI sebagai AJK Projek. Pada akhir semester dua aku telah layak untuk mengikuti satu program ke luar negara iaitu Program Sangkutan Peringkat Tiga Kohort Tiga (P3K3) anjuran KeSUA yang bertempat di Aceh. Aku sangat gembira dan teruja untuk terokai budaya dan adat di negeri orang sertai aku sempat untuk menabur bakti di sana bersama peserta yang lain. Aku cuba untuk menggali sebanyak mungkin ilmu serta kemahiran yang boleh dipelajari dengan cara menyertai persatuan-persatuan yang ada di UPSI. Benarlah kata orang bahawa “Hidup memang tidaklah mudah. Oleh kerananya, kejar dan carilah pengetahuan untuk mempermudah hidup kita”. Melangkah lagi masuk ke semester tiga aku sudah bergiat aktif di dalam persatuan-persatuan yang telah aku sertai. Aku telah memegang jawatan sebagai Exco Keusahawanan KeSUA dan juga sebagai Rakan Exco Keusahawanan Pasukan Siswa Pertahanan Awam (PASISPA). DI dalam persatuan-persatuan tersebut aku banyak belajar dari aspek kepimpinan, pengurusan dan sebagainya. Aku juga telah terpilih untuk menjadi Pengarah Program bagi Program Fundamental of Basic Interfaith di bawah KeSUA. Lanjutan daripada program tersebut, aku juga diberi amanah untuk menyambung tugasku lagi sebagai Pengarah Program bagi Program Amal Bakti Sarawak. Program ini diberikan secara Ad Hoc. Aku telah dimaklumkan secara ‘last minute’ oleh seorang pegawai untuk memegang amanah ini. Aku terus meminta kepada Ya Bari’ iaitu Tuhan yang Maha Mengatur untuk mengatur dan merancang sebaiknya supaya program di bawah tanggungjawabku ini dapat berjalan lancar. Dari sini aku belajar untuk menjadi seorang yang fleksibel kerana amanah tersebut bagiku bukanlah sesuatu perkara yang kecil kerana aku perlu mengawal segala gerak geri sepanjang berada di sana iaitu selama empat hari tiga malam dan dibantu oleh Pegawai serta peserta yang lain. Program ini juga dikatakan fleksibel kerana ianya diadakan sehari selepas aku selesai mengikuti satu program di bawah KeSUA juga sebagai AJK Teknikal. Namun waktu itu aku cuba kuatkan diri dan memulakan hari-hariku 32


MOTIVASI DISEBALIK SEBUAH INSPIRASI dengan semangat yang baru. Walaupun penat yang dirasa, namun tersebut adalah penat yang penuh bermakna kerana pengalaman tersebut amat berharga. Kedua-dua program ini diadakan semasa cuti pertengahan semester dan tidak ku sangka bahawa cutiku telah diisi dengan hari-hari yang penuh dengan ilmu dan kemahiran baru. Ilmu serta kemahiran itulah yang akan memanduku lagi untuk menjadi seorang insan yang dapat memberi manfaat kepada insan lain di kemudian hari. Aku tidak pernah patah semangat malah terus kuat dalam menjalani liku-liku hidup yang penuh mencabar. Aku juga diberikan peluang untuk menjadi Pengarah Program bagi program Annual Grand Meeting bagi persatuan KOSISWA UPSI dan aku gunakan pengalaman yang aku aku ada untuk menjayakan program tersebut. Selain itu, aku juga telah dijemput oleh mantan guru tingkatan enam untuk menjadi fasi bagi program pelajar asrama dan aku diberi kepercayaan untuk menjadi Penolong Ketua Fasi pada ketika itu. Aku sangat bersyukur kerana kepercayaan yang diberikan oleh insan-insan sebeginilah yang mengukur tahap peningkatan aku dalam mengubah diri daripada seorang yang sentiasa terkebelakang namun akhirnya berjaya membuka mata orang lain untuk melihat bakat yang aku ada. Selepas dari itu, aku juga menerima beberapa jemputan untuk memberi ‘talk’ untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Pada penghujung tahun 2020, aku telah mengikuti satu pertandingan iaitu Pertandingan Misi Pencarian Ikon Ulul Albab dan aku berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Itulah merupakan antara kejayaan terbesar aku sepanjang aku bergelar seorang pelajar. Tiada apa yang aku harapkan selain daripada untuk menjadi inspirasi kepada anak muda di luar sana agar kembali kepada fitrah asal iaitu sebagai seorang Khalifah di bumi Allah SWT. Ingatlah bahawa ‘sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Maka jangan putus asa untuk berusaha untuk menginspirasikan orang lain untuk menjadi umat yang lebih baik dan sentiasa berpegang pada jalan Allah SWT. Akhir kata, ‘Orang bijak tidak berharap dapat kehidupan yang berharga, mereka membuat kehidupannya berharga. 33


OLEH : SITI AIDA ASMA BINTI MOHD ZAMRI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) Setiap insan dilahirkan dalam berbeza latarbelakang kehidupan begitulah juga dengan aku. Kalau disoal setiap insan pasti sahaja mempunyai kehidupan yang diimpikan. Aku dilahirkan bukanlah dalam keluarga yang senang dan tidak juga dari keluarga yang susah. Ibu bapa ku hanya peniaga kedai makan sarapan pagi di pekan. Mataku menjadi saksi dimana setiap hari pada pukul 4 pagi ibu bapaku bersengkang mata untuk menyiapkan kuih-muih dan nasi lemak untuk dijual. Sebak perasaan ini melihat dua insan yang menjadi tulang belakangku bersusah payah mencari rezeki untuk kehidupan seharian. Ketika di bangku sekolah rendah, aku akan mengikut bapaku ke kedai untuk pergi ke sekolah seawal pukul 6 pagi. Sewaktu itu, aku hanya berjalan kaki ke sekolah dari kedai bapaku pada pukul 7 pagi . Sepanjang di bangku sekolah rendah aku tidak pernah merasai dihantar atau dijemput dari sekolah seperti kawan-kawan lain dihantar oleh ibu bapa setiap pagi dan digenggam erat tangan untuk melintas. Sebak dada ini mengingatkan diriku jugan ingin dilakukan sebegitu. Mengenangkan susah payah ibu bapaku sahaja yang dapat mengubat perasaan sedih di hatiku. Pengalaman ini aku alami pada tahun 2013. Ketika itu aku berumur 15 tahun. Aku bersekolah di Sekolah Menengah Agama Fauzi, Yan dan tinggal di asrama. Pada tahun tersebut aku menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Apabila keputusan PMR dikeluarkan aku dan ibu bapaku pergi ke sekolah untuk mengambil slip keputusan. Raut wajah ibu bapaku berubah apabila melihat keputusan peperiksaan ku. Hanya 1 A yang aku perolehi telah memberi kekecewaan kepada ibu bapaku walaupun tidak terungkap daripada mulut mereka tetapi aku memehami perasaan mereka. Aku mula membandingkan diri ku dengan sepupu dan kawan-kawan yang lain. Jiwa remajaku memberontak untuk menukar sekolah harian biasa namun ibuku tetap sabar memujuk aku dan terus memberi semangat tanpa jemu. Pada tahun 2015 dimana usia ku ketika itu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kisahnya bermula apabila aku menduduki peperiksaan percubaan SPM. 34


PENULISAN KISAH INSPIRASI Pada waktu itu, aku tinggal di asrama jadi banyak luangkan masa dengan mengulang kaji dengan kawan-kawan pada waktu prep. Aku banyak bertanya guru dan meminta bantuan kawan-kawan dalam pelajaran. Selepas tamat peperiksaan percubaan SPM, selang beberapa minggu guru kelas kami memberi slip keputusan peperiksaan percubaan SPM. Keputusan tersebut sangat mengecewakan aku dan berasa sangat malu untuk memberi tahu ibu bapa aku dan berkongsi dengan kawan-kawan. Ketika itu aku rasa sangat malu dan kecewa dengan diri sendiri. Subjek Bahasa Melayu aku mendapat gred E dan Sains aku mendapat gred G. Aku tidak pernah menyangka akan mendapat keputusan seteruk itu. Sungguh aku berasa amat kecewa. Guru yang mengajar subjek Sains terlalu marah sehingga membaling buku latihan aku di koridor luar kelas. Guru Bahasa Melayu aku juga langsung tidak menghiraukan dan menegur aku di dalam kelas. Aku berasa sangat bersalah, sedih dan tertekan. Aku hilang keyakinan dalam mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan SPM sebenar. Hanya mengenangkan harapan ibu bapa, aku teruskan juga belajar dengan sebaik mungkin. Pada tahun berikutnya, ketika hari keputusan peperiksaan SPM keluar aku bersama ibu bapa ke sekolah untuk mengambil slip keputusan. Selepas mendapat slip keputusan peperiksaan tersebut, aku tak mampu berkata apa-apa dan berasa sangat hampa dan sedih. Aku hanya mendapat 1 A iaitu subjek Bahasa Melayu. Alhamdulillah, subjek Sains aku mendapat B+. Guru Bahasa Melayu dan Sains memuji aku dan mengucapkan tahniah kerana melakukan perubahan. Tetapi itu belum cukup memuaskan hati aku kerana saya telah berjanji dengan ibu bapa aku untuk mendapat 5A dalam SPM. Tetapi aku tidak dapat menepati janji itu. Aku sedih kerana telah mengecewakan harapan ibu bapa ku. Aku berasa masa depan aku tidak ada harapan lagi tambahan pula subjek Matematik aku hanya mendapat D dan Bahasa Arab E. Aku sangat kecewa dan malu dengan sepupu yang lain kerana keputusan mereka lebih baik daripada aku. Aku hanya menghabiskan masa di rumah dan mencari jalan penyelesaian yang berkesan. Aku merupakan anak sulung dalam keluarga sudah semestinya menjadi harapan dalam kelurga. Ibu bapaku meletakkan harapan yang tinggi untuk aku dan menjadi contoh kepada adik-adikku. Jarak umur aku dan adik-adikku adalah enam tahun dan salah seorang adikku mempunyai masalah gagap dan sering ketinggalan dalm pelajaran. Hal ini telah memberi tamparan yang hebat kepada ibu bapaku dalam bersabar untuk menguruskan kami adik beradik. 35


BANGKIT DARIPADA SEBUAH KEGAGALAN Pengalaman ini aku harungi selama tiga tahun (2016-2018). Ketika ini aku menyambung pelajaran dalam STPM. Aku tidak pernah terfikir untuk menyambung pelajaran di peringkat STPM. Aku hanya mengikut kawan aku yang mendapat keputusan peperiksaan SPM seperti aku. Kami menyambung STPM di sekolah yang sama tetapi berlainan kelas. Pada awalnya aku tidak begitu yakin dan takut kerana ramai yang mengatakan STPM susah dan harapan untuk lulus juga tidak mudah. Berkat sokongan ibu bapa aku terutamanya dan kawan-kawan, aku mencabar diri aku untuk menyambung pelajaran di peringkat STPM. Sudah semestinya permohonan UPU untuk ke pringkat Diploma gagal. Jadi STPM sahaja harapan aku untuk mengubah masa depan aku. Ujian dan manusia tidak akan berpisah begitulah aku diuji dengan kehilangan nenek yang telah membesarkan aku dan benyak memberi kekutan kepada aku dalam pelajaran. Pemergian nenek ku sewaktu itu aku sibuk dengan mengulangkaji dimana peperiksaan akhir sudah hampir. Ujian tersebut betul-betul memberi tekanan kepada emosi ku Sepanjang aku di peringkat STPM banyak perubahan yang aku lakukan contohnya, teknik belajar, lebih berdamping dengan guru, jadual belajar yang lebih berkesan dan amalan-amalan yang diajar dalam agama islam. Memandangkan jarak sekolah dengan rumah saya dekat sahaja saya hanya kesekolah dengan berjalan kaki. Ini telah mengajar saya untuk bersabar dan terus tabah. Berkat penat lelah saya, Alhamdulillah saya mendapat pointer 3.00 pada peperiksaan STPM penggal pertama. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dan gembira dengan keputusan tersebut. Aku tidak meletakkan “target‟ untuk setiap peperiksaan kerana bimbang akan kecewa seperti peperiksaan SPM. Untuk peperiksaan STPM penggal pertama terebut aku mendapat Anugerah Cemerlang iaitu Sijil Penghargaan. Pada Hari Anugerah Cemerlang tersebut aku menyuruh ibu bapa aku datang bersama. Sepanjang aku berada di sekolah rendah dan menengah aku tidak pernah sekali pun mendapat anugerah cemerlang dan hanya melihat kawan-kawan sahaja naik ke atas pentas untuk menerima anugerah. Tipulah jika tidak timbul perasaan sedih di sudut hatiku. Untuk melihat ibu bapa ku hadir ke sekolah sempena anugerah cemerlang merupakan harapan aku selama ini. Aku ingin ibu bapa aku melihat dan merasa gembira dengan kejayaan aku. Aku menitiskan air mata kegembiraan ketika berada di atas pentas. Aku dapat lihat raut kegembiraan di wajah ibu bapa aku. Apa yang lebih membuatkan aku gembira dan terharu apabila ayah ku mengucapkan 36


PENULISAN KISAH INSPIRASI Pengalaman ini aku harungi selama tiga tahun (2016-2018). Ketika ini aku menyambung pelajaran dalam STPM. Aku tidak pernah terfikir untuk menyambung pelajaran di peringkat STPM. Aku hanya mengikut kawan aku yang mendapat keputusan peperiksaan SPM seperti aku. Kami menyambung STPM di sekolah yang sama tetapi berlainan kelas. Pada awalnya aku tidak begitu yakin dan takut kerana ramai yang mengatakan STPM susah dan harapan untuk lulus juga tidak mudah. Berkat sokongan ibu bapa aku terutamanya dan kawan-kawan, aku mencabar diri aku untuk menyambung pelajaran di peringkat STPM. Sudah semestinya permohonan UPU untuk ke pringkat Diploma gagal. Jadi STPM sahaja harapan aku untuk mengubah masa depan aku. Ujian dan manusia tidak akan berpisah begitulah aku diuji dengan kehilangan nenek yang telah membesarkan aku dan benyak memberi kekutan kepada aku dalam pelajaran. Pemergian nenek ku sewaktu itu aku sibuk dengan mengulangkaji dimana peperiksaan akhir sudah hampir. Ujian tersebut betul-betul memberi tekanan kepada emosi ku Sepanjang aku di peringkat STPM banyak perubahan yang aku lakukan contohnya, teknik belajar, lebih berdamping dengan guru, jadual belajar yang lebih berkesan dan amalan-amalan yang diajar dalam agama islam. Memandangkan jarak sekolah dengan rumah saya dekat sahaja saya hanya kesekolah dengan berjalan kaki. Ini telah mengajar saya untuk bersabar dan terus tabah. Berkat penat lelah saya, Alhamdulillah saya mendapat pointer 3.00 pada peperiksaan STPM penggal pertama. Sesungguhnya aku sangat bersyukur dan gembira dengan keputusan tersebut. Aku tidak meletakkan “target‟ untuk setiap peperiksaan kerana bimbang akan kecewa seperti peperiksaan SPM. Untuk peperiksaan STPM penggal pertama terebut aku mendapat Anugerah Cemerlang iaitu Sijil Penghargaan. Pada Hari Anugerah Cemerlang tersebut aku menyuruh ibu bapa aku datang bersama. Sepanjang aku berada di sekolah rendah dan menengah aku tidak pernah sekali pun mendapat anugerah cemerlang dan hanya melihat kawan-kawan sahaja naik ke atas pentas untuk menerima anugerah. Tipulah jika tidak timbul perasaan sedih di sudut hatiku. Untuk melihat ibu bapa ku hadir ke sekolah sempena anugerah cemerlang merupakan harapan aku selama ini. Aku ingin ibu bapa aku melihat dan merasa gembira dengan kejayaan aku. Aku menitiskan air mata kegembiraan ketika berada di atas pentas. Aku dapat lihat raut kegembiraan di wajah ibu bapa aku. Apa yang lebih membuatkan aku gembira dan terharu apabila ayah ku mengucapkan 37


BANGKIT DARIPADA SEBUAH KEGAGALAN “tahniah” kepada ku kerana ayah bukanlah seorang yang banyak bercakap dan sangat pendiam. Aku tahu itulah yang dia inginkan walaupun dia tidak pernah memesan dan mengatakan apa-apa kepada ku mengenai pelajaran. Aku meneruskan perjuangan aku dan lebih berusaha keras untuk penggal yang seterusnya. Alhamdulillah setelah tamat peperiksaan STPM aku datang semula ke sekolah untuk mengambil slip Peperiksaan STPM. Berkat doa ibu bapa ku dan usahaku, aku mendapat PNGK 3.58. Sekali lagi aku menaiki pentas untuk mendapat anugerah keputusan STPM terbaik dan mendapat Sijil Penghargaan dan senaskah Al-Quran. Sekali lagi air mata ku menitis kegembiraan kerana segala penat lelah dan usaha ku telah terbayar dengan kejayaanku dalam STPM. Aku tidak lupa berkongsi berita gembira tersebut bersama keluarga terutamanya ibu bapaku. Aku berasa sangat berpuas hati kerana sengala usaha aku sudah terbalas dan aku sangat bersyukur. Ahli keluargaku berbangga dan aku tidak lagi berasa rendah diri berbanding sepupu-sepupu yang lain walaupun mereke menyambung ke peringkat Diploma di Universiti. Pada tahun 2018 aku mendapat keputusan UPU dan berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Degree) di Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI). Walaupun hasrat saya untuk menyambung pelajaran di UPM tetapi aku tetap bersyukur kerana itu adalah rezekiku. Ramai lagi kawan-kawan aku yang tidak dapat menyambung pelajaran. Aku bersyukur kerana Allah telah menggantikan kesedihan SPM aku dengan dapat menambung pelajaran di Universiti. Seluruh keluarga aku sangat gembira mendapat berita tersebut dan menolong membuat persiapan. Pada 1.9.2018 seluruh ahli keluarga aku mengahantar ku ke UPSI. Ibu bapa akulah yang paling gembira dan teruja menghantar anak sulung mereke ke universiti. Itulah pengalaman yang aku tidak dapat lupakan. Aku tidak pernah terfikir sehingga dapat menyambung pelajaran ke peringkat ‘degree’ di universiti. Ini merupakan rezeki yang Allah telah tetapkan kepada aku. Ibu saudara sebelah bapaku merupakan mentor dan sumber inspirasiku kerana mereka merupakan pensyarah yang berjaya dan mereka juga bersal daripada keluarga yang sederhana. Bagi aku sekali kita terjatuh dan gagal tidak semestinya kita tidak dapat bangun semula dan terus melangkah. Walaupun susah dan banyak halangan, aku yakin sekiranya kita berusaha dan yakin dengan Allah, segala 38


PENULISAN KISAH INSPIRASI urusan kita akan dipermudahkan. Berdasarkan pengalaman hidup ini, janganlah membandingkan diri dengan kehidupan orang lain. Setiap ujian yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiaannya. Aku sedar kesilapan yang berlaku sebelum ini adalah berpunca daripada diri aku sendiri. Pengalaman kegagalan aku telah menjadi kekuatan untuk aku terus berusaha dan meneruskan perjalanan kehidupan dengan penuh yakin. Tiada kejayaan yang datang dengan mudah. Setiap kejayaan seseorang itu pasti ada cabarannya dan pengalaman. Belajar dari pengalaman akan memberikan kita seribu jalan untuk mencapai kejayaan dan belajar dari kesilapan membuatkan kita lebih dewasa. TAMAT 39


OLEH : SITI NORIDAYU BINTI ABD. NASIR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) Body shaming terus bermaharajalela di bibir manusia tiada hati. Tak punya perasaan. Tak punya empati. Terus hilangnya simpati kemanusiaan. Lalu mendendangkan kata hina dina kepada yang lemah. Bodoh ! Gemuk! Hodoh! Menusup deras ke telinga aku saban hari. Alangkah senangnya hati menjadi perempuan cantik. Tapi hanya impian. Kenyataan bila dan di mana hanya rahsia. Di desa sawah menghijau ini aku terus bermain bersama lumpur. Badan montel aku di sekolah terus dijadikan jenaka. Tak kuat berlari ketika subjek Pendidikan Jasmani. Aku menangis dalam hati. Pulang ke rumah keputusan peperiksaan pula dibandingkan dengan saudara sama sebaya. Mungkin peperiksaan aku tidak bagus. Tapi apa dosa aku hingga dibandingkan dan diketawakan orang. Aku hanya mampu berjalan ke depan dengan air mata berlinang. Sudah biasa, sudah lumrah. Jika melawan tidak menang. Tidak melawan lebih afdal. Hari-hari aku bermain di tebing sungai seorang diri. Mengenang masa depan yang tampak gelap. Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pun tidak cemerlang. Hanya mampu menyambung persekolahan di sekolah berdekatan rumah. Terus dibandingkan lagi dengan saudara sama sebaya yang berjaya ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Adakalanya tidak mahu bertemu muka dengan saudara kerana aku pasti dibandingkan lagi. Sudahlah gemuk, sekolah pun tidak pandai. Melangkah ke sekolah menengah aku terus diduga. Nenek yang aku sayang pergi buat selamanya. Kerana dia pendengar setia aku. Tak pernah menghina kurangnya aku. Memberi sokongan dan kata semangat untuk aku berubah. Aku selalu berdua bersama 40


PENULISAN KISAH INSPIRASI nenek. Bermain dengan kucing dan ayam peliharaan nenek. Belajar menganyam tikar, memasak makanan tradisional dan cara mencari rezeki. Aku makin sunyi selepas nenek pergi. Hanya mampu melihat kenangan melalui lensa mimpi. Aku masih ada ibu dan ayah di belakang diri ini. Tapi sampai bila aku akan menjadi insan hina dina. Ke sana sini orang mempersendakan aku dengan jenaka hodoh dan bodoh. Aku semakin membesar sebagai remaja bila berada di sekolah menengah. Kata nista masih dihamburkan kepada aku. Tak laku! Sebab hodoh dan gemuk. Tak ada lelaki yang inginkan aku, kata mereka. Aku hanya mampu memandang diri dengan mata yang berkaca. Hendak menangis tentulah malu. Tahanlah air mata selagi mana mampu. Berdendam dan melawan bukanlah jawapan terbaik untuk setiap hina yang datang. Aku ada tikar sejadah kitab suci penenang jiwa. Peneman yang tak pernah gagal menenangkan jiwa lara. Jika tiada manusia mahu memahami kita. Maka, berserahlah diri pada sang pencipta. Kita lebih tenang, bersyukur dan tawakal. Jangan memandang orang yang di atas kita. Pandanglah mereka yang di bawah kita, maka kesyukuran itu akan muncul tiba. Adakalanya, kita berasa kekurangan kita paling dasyat, walhal ada mereka yang lebih sukar perjalanannya di dunia ini. Di situlah aku belajar membina kekuatan. Aku selalu membaca tentang mereka yang serba kekurangan. Ada yang cacat penglihatan berjaya menjadi peguam. Ada yang mengalami kecacatan fizikal tetapi berjaya di arena sukan. Ada yang miskin mampu berjaya cemerlang dalam akademik. Mereka terus menjadi inspirasi aku. Dalam diam aku bina kekuatan diri. Walaupun aku hanya bersekolah di ceruk desa terpencil tapi aku mahu melakar kejayaan suatu hari nanti. Angan-angan itu percuma. Tapi jika tak berusaha tidak akan dapat hasilnya. Bak kata pepatah “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. 41


CERITA AKU DAN BODY SHAMING Sekurangnya aku masih punya kawan-kawan yang seangkatan. Walau tak hebat tapi kami gembira membina ukhwah terjalin. Berbasikal bersama ke sekolah. Bila petang bersama di tepian sungai. Menyelusuri sawah menghijau. Sambil bercerita tentang kehidupan masing-masing. Pasti ada suka dan duka dalam cerita setiap insan. Body shaming telah menemukan kami yang punya perjalanan serupa. Mahu sekali ditepis hinaan tetapi itu menjadi penghias di pentas dunia. Kami saling mendengar dan memahami agar masing-masing lebih tenang. Sedih bukan kepalang bila dihina mereka yang cantik, anak orang kaya di dalam kelas. Kami sering saja diketawakan oleh Khaisara dan pengikutnya. Kami tahu dia punya pengaruh yang besar kerana anak orang berada di kampung. Digilai lelaki kerana punya wajah jelita dan kulit yang putih gebu. Bersama pengikutnya yang juga sealiran berjalan penuh megah sambil memandang hina dina kami yang lemah. Bercakap Inggeris penuh yakin dan mengujakan seisi kelas mendengarnya. Kami terus diperlekehkan. Dalam diam aku pasang angan-angan mahu melakar kejayaan suatu masa nanti. Di sekolah akademik menjadi keutamaan guru dalam menilai pelajarnya. Cantik? Jelita? Molek? Comel? Hanya sekadar hiasan di tubuh manusia. Bijak? Pandai? Cerdik? Cerdas? Kebijaksanaan dalam pelajaran menjadi tunjang apabila berada di sekolah. Ia menjadi landasan kejayaan yang mungkin terlindung hari ini. Tetapi pasti menyinar pada hari esok. Kami semua berusaha dengan gigih. Kerana kejayaan sahaja akan membawa kehidupan yang lebih baik. Aku, Husna dan Nabila adalah tiga sabahat yang terpinggir kerana body shaming. Badan yang bulat, pendek kata gemuk di mata manusia lain. Kulit yang sawo matang bukan putih mulus lagi mempersona. Pakaian yang lusuh kerana ekonomi keluarga yang perlu berjimat. Kami berhasrat menjadi orang yang berjaya. Keputusan peperiksaan menyebelahi kami atas usaha yang penuh sunyi. Kami bertiga berjaya mendapat tawaran ke matrikulasi sains. Semasa belajar di matrikulasi selama setahun aku hanya fokus 42


PENULISAN KISAH INSPIRASI terhadap pelajaran. Aku mengambil jurusan sains hayat. Di mana perlu belajar matematik, kimia dan biologi. Perjuangan setahun sebagai anak kampung membuahkan hasil yang lumayan. Aku, Husna dan Nabila berjaya mendapat keputusan yang baik. Pencapaian akademik yang cemerlang di tahap dekan dengan kiraan 3.75 ke atas menunjukkan pelajar tersebut layak mendapat jurusan yang baik di universiti. Kami memilih untuk belajar di universiti yang sama. Walaupun mempunyai minat yang berbeza, kami tak pernah lupa bahawa mempunyai tujuan yang sama dalam hidup. Ingin berjaya dan keluar daripada pandangan body shaming serta hinaan manusia. Universiti Malaya menjadi pilihan kami bertiga. Masih lagi erat bersahabat hingga saat ini. Keputusan akademik yang cemerlang membawa kami menuju ke menara gading di tengah bandar metropolitan. Kos hidup yang jauh berbeza. Semasa di matrikulasi kami diberikan wang poket dan makan disediakan kantin asrama. Tapi di kampus Lembah Pantai ini kami perlu bijak menggunakan wang biasiswa. Kami tidak mahu membebankan keluarga yang ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” untuk memberikan kami wang. Aku berjaya mendapat tempat sebagai pelajar perubatan. Husna pula mengambil jurusan kejuruteraan kimia. Manakala, Nabila mengambil jurusan undang-undang. Walaupun belajar di fakulti yang berbeza tetapi kami memilih untuk tinggal sebilik di Kolej Kediaman Keenam. Kami perlu aktif dalam aktiviti di kolej untuk terus menginap hingga bergraduat. Kami tidak mampu untuk tinggal di luar kampus kerana kos hidup yang tinggi. Wang biasiswa digunakan dengan penuh berhemat oleh kami agar dapat bertahan hingga hujung semester. 43


CERITA AKU DAN BODY SHAMING Dunia kampus bagi setiap yang bergelar mahasiswa tidak sama. Kami anak desa yang hanya mampu memakai baju kurung yang sama setiap minggu. Tidak ada peluang keluar ke sana sini seperti anak orang berada. Hujung minggu hanya berpeluang berkumpul bersama menonton filem melalui rangkaian internet di kampus sambil menikmati mi segera. Jika ada keperluan kami akan ke bandar menaiki bas untuk membeli apa yang diperlukan untuk tujuan pengajian sahaja. Begitulah, kehidupan kampus kami yang tidak merasa kemewahan. Tetapi perkara itu yang mendidik kami untuk lebih berjaya. Penat lelah usah dikira. Sakit pedih usah ditanya. Pengorbanan usah dibilang. Selepas enam tahun berpenat lelah aku berjaya bergraduat sebagai seorang pelajar perubatan. Husna dan Nabila bergraduat lebih awal kerana kursus mereka hanya empat tahun. Kami mendapat pekerjaan di lokasi yang berbeza. Husna di Melaka, Nabila di Putrajaya dan aku di Selangor. Ada masa terluang kami akan bertemu bersama. Bercuti bersama sambil berbicara tentang kehidupan masing-masing. Indah dan harmoni, terasa mendamaikan bila dapat melepaskan apa yang terbuku di jiwa. Kini, wang hasil titik peluh dapat membahagiakan keluarga di desa. Nabila mencadangkan untuk kami semua mendapat konsultasi perunding imej di Kuala Lumpur. Kami mula merencanakan apa yang perlu untuk membenamkan kata-kata pedas tentang body shaming kami bertiga. Kami sudah mula ke spa kecantikan dan mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan. Jadual pemakanan disusun sebaiknya. Selama enam bulan kami bertiga berusaha mengubah diri agar tampil bergaya. Sesuai dengan kerjaya dan keperluan wanita moden. Bukan bertujuan membangga diri tetapi berubah untuk kepuasan diri masing-masing. 44


PENULISAN KISAH INSPIRASI Kejayaan demi kejayaan dicapai. Seiring dengan perubahan personaliti diri. Cantik dan bergaya memerlukan pengorbanan dari segi wang dan masa. Aku lebih yakin untuk melangkah dengan perubahan diri. Aku kini adalah seorang Doktor Pakar Pembedahan di salah sebuah hospital kerajaan. Husna adalah seorang jurutera kimia yang penting di sebuah syarikat minyak dan gas utama di Malaysia. Manakala, Nabila adalah seorang peguam yang penting dalam mengendalikan kes-kes jenayah berprofail tinggi. Kini, tiada istilah body shaming apabila kami bertemu orang-orang penting dan berhadapan dengan masyarakat di luar sana. Kejayaan kami yang menghiasi dada akhbar dan skrin televisyen memberikan impak kepada keluarga kami di kampung. Mereka mula dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling. Di sana sini terdengar orang memuji kami. Mungkin hilang sudah stigma hebat tentang body shaming yang menjadi saksi perjalanan kehidupan kami yang penuh berliku. Diketawakan, dihina dan diperlekehkan. Tidak mungkin semudah itu untuk dilupakan. Tetapi pesan ibu ayah sentiasa kukuh menjadi panduan hidup. Tidak perlu berdendam, maka binalah kejayaan dengan tenang. TAMAT 45


OLEH : NURHAFIZNAJMI BIN JOHARIM UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) Gee Gee Gee Gee baby baby baby..! Ya Allah ini kali ketiga aku dengar lagu ini. Aku seorang sahaja terbangun tapi tuan empunya telefon ini masih lagi hanyut di alam mimpi. Kalau tak bergelar sahabat dan lama aku tampar beliau bertubi-tubi. “Man.. bangunlah.. subuh dah” usaha aku menggerak dengan mengoncang perut Aiman. Aiman merupakan seorang yang istiqamah dalam menetapkan loceng untuk bangun subuh. Walaupun aku masih lagi tidak memahami logik dalam pemilihan lagu beliau, keberkesanan lagu beliau tak dapat dinafikan. Tapi ajaibnya hanya aku sahaja yang terjejas. Aiman bagaikan kebal dari gangguan bunyi lagu ini.“ “Man.. Kalau kau nak bangun lewat sekalipun off la lagu kau dulu. Tiga kali dah dia ulang” bebel Aku. Aiman bangun sambil menggeliat mematikan lagu di telefonnya. Melihat Aiman bangun aku pun segera mengambil wuduk dan melaksanakan solat. Kemudiannya, Aiman turut solat dibelakang aku menjadi makmum. Inilah rutin aku dan rakan sebilik aku Aiman. Melalui akitiviti-aktiviti berulang inilah persahabatan kami terbentuk. 46


PENULISAN KISAH INSPIRASI Aku dan Aiman merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Ini merupakan tahun pertama kami. Kami mengambil kursus matematik dan merupakan pelajar ijazah. Namun, semenjak akhir-akhir ini isu penularan COVID-19 memaksa pihak universiti untuk berhenti beroperasi untuk mengelakkan kluster jangkitan berlaku. Oleh itu, tinggalkan aku dan Aiman terkandas di rumah sewa. “Kau takda plan nak balik kampung ke?” Tanya aku pada Aiman. “Tengoklah macam mana. Proses nak balik macam complicated ja.. Kena ambik kebenaran balai polis la.. kena isi borang kesihatan la.. macam-macam kena buat” Jawab Aiman sambal melipat sejadah. “Hmm.. siapa sangka jadi macam ni. Redha ja lah” “Kau?” Tanya Aiman pula kepada Aku. “Tak kot….” Jawab aku sambil menunduk. Sebenarnya aku masih lagi tak membuat keputusan untuk balik ke kampong atau tidak. Kalau ikutkan hati aku nak aku beransur pulang tetapi aku khuatir aku akan membawa pulang jangkitan kepada keluarga di kampung. Dalam membayangkan situasi seperti itu aku pon jadi teragak-agak dalam membuat keputusan. “Kau tak rindu ke family kau ke Man?” 47


KIRIM AKU PULANG “Rindu macam mana pun, aku hanya mampu berdoa ja. Harap-harap Allah lindungi lah mak ayah Kita” Kata Aiman, menasihati dirinya dan aku untuk terus bergantung pada yang Maha Esa. “Wei.. sedap tak lagu tadi?” Tanya Aiman sambil tersenyum kambing. Ahh.. sudah. Ke mana hilang Aiman yang warak tadi. Fenomena pertukaran personaliti Aiman warak ke Aiman Kpop sudah menjadi kebiasaan kepada aku sejak mengenali Aiman. Beliau aktif menyebarkan agenda kpop ni dari awal pengenalan aku dengan dia, lalu memperoleh gelaran Aiman Kpop. Bila ditanya kenapa beliau memilih lagu dari korea selatan, “Budaya mereka unik Hafiz, kita melihat sesebuah negara yang berjaya menjadikan lagu pop mereka genre baru dalam dunia dengan gubahan lagu yang menarik dicampuri pula dengan choreograph yang detail, bakat, penampilan, personaliti, dan kepelbagaian inilah berjaya menarik perhatian dunia” kata Aiman dalam keterujaan. “Woi.. Hafiz! Jawablah.. sedap tak lagu tadi?” jerit Aiman menyentap aku sedar dalam lamunan. “Tak taulah..” Jawab aku teragak-agak. Aku bukan penggemar musik moden, apatah lagi musik negara luar. Bagi aku musik sebenar adalah lagu jiwang zaman 90-an. Kumpulan Lestari, Slam, Exists dan Ukays adalah kegemaran aku. Tetapi berbeza pulang dengan Aiman, aku terlalu malu untuk menyatakan minat aku terhadap music ini apatah lagi mengajak orang lain untuk turut minat. Oleh itu, aku kagumi keberanian Aiman meluahkan minat beliau terhadap orang di sekelilingnya.“ 48


Click to View FlipBook Version