PENULISAN KISAH INSPIRASI “Wuish.. lagu ni art kau tahu tak.. antara lagu legendary la. Meh aku nak cerita kumpulan yang nyanyi lagu ni Girls Generation diorang debut tahun…” Terang Aiman dengan tekun. Kalau beliau menjadi seorang guru nanti, menggunakan raut wajah dan aura ini beliau dapat menarik perhatian pelajar dengan mudah. Karisma beliau sudah cukup mempamerkan ciri seorang guru yang akan popular terhadap pelajar. Tapi ketika ini beliau tak ubah seperti penjual bersungguh-sungguh menarik perhatian pelanggan untuk membeli penapis air. Tersengih aku membayangkan Aiman menjual penapis air. “Woi Hafiz kau dengar tak?” Tanya Aiman yang melihat aku yang sedang mengelamun di hadapan beliau.“ “Ya ya.. aku dengar” Jawab aku sambil tersenyum. “Kau jangan macam ni Hafiz, dalam bilik ni ada kita dua ja. Kalau kau tak nak dengar bebel aku, aku nak sembang dengan siapa? Dinding?” Jelas Aiman dalam nada merajuk. “Yelah-yelah teruskanlah” kata aku cuba memujuk Aiman. Lazimnya beginilah perbualan aku dan Aiman. Aku bersyukur mendapat rakan seramah Aiman berbeza dengan personaliti aku yang pendiam dan pemalu. Meskipun terdapat perbezaan personaliti antara kami, akan tetapi kami serasi bersama dan dapat menjadi sahabat rapat. “Takpelah kau, kalau kau tak nak dengar aku pun malas cerita.. Aku nak keluar beli nasi lemak. Kau nak tak?” kata Aiman sambil mengambil dompet dan kunci motor beliau dari laci meja. “Nak, nak” Jawab aku dengan ceria sambil mengangguk secara laju. 49
KIRIM AKU PULANG “Ha.. Kalau nasi laju ja responnya” Ejek Aiman. Aiman segera menunggang motor beliau untuk ke gerai. Aku melambai Aiman yang membalas lambaian aku balik dari luar rumah. Bagi aku, minat Aiman kepada musik kpop inilah yang membantu menjadi pengalih perhatian daripada isu dunia yang memberatkan hati beliau. Keadaan dunia yang kucar kacir menambahkan kerisauan kepada kami generasi muda ini kerana harapan kami untuk menghadapi masa depan kian hari kian berkurang. Lain orang lain cara mereka meluangkan masa. Bagi aku menonton filem merupakan antara aktiviti mengalih perhatian aku dari masalah kehidupan. Ini merupakan mekanisme yang penting dalam mengelakkan bebanan stress dalam kehidupan seharian. “Hmm..” Keluh aku sambil membaringkan kepala aku di atas katil. Memikiran apa yang akan kini berlaku di dunia memnambahkan lagi kerisauan di hati aku ini. Perlahanlahan aku pejamkan mata berhadap masalah ini turut hilang. Lamakelamaan aku hanyut dalam lautan mimpi. Kring! Kring! Kedengaran bunyi telefon. “Ah!” Aku bangun dari tidur. Melihat telefon aku, Ada panggilan Telefon. “Hello?” aku mengangkat panggilan telefon itu. “Hello? Encik Hafiz ke ni?” kedengaran suara asing melalui telefon. 50
PENULISAN KISAH INSPIRASI “Ya.. Siapa ni?”Tanya aku kebingungan. Memastikan kembali nama yang tertera di telefon. Nombor tidak dikenali. Aku mengesyaki scammer. “Encik.. Aiman terlibat kemalangan dan meninggal dunia sebentar tadi” kata suara asing itu. Serta merta terasa sejuk kaki aku bagai terhenti jantung seketika. Tangan ku menggeletar. Terdiam dan terkaku. Mendengar aku tidak membalas, suara asing itu seterusnya menjelaskan situasi Aiman. Tapi aku tidak lagi mendengar. Aku berjalan keluar dari bilik memeriksa ruang tempat letak motor. Tiada kelihatan motor Aiman. Jantung aku berdegup laju. Aku berharap ini merupakan gurauan orang. Aku dalam keadaan ragu-ragu sehingga malam itu aku mengunjungi jenazah Aiman di Hospital. Wajah beliau pucat, kaki dan tangan beliau cedera. Doktor menerangkan kecederaan dalaman menjadi penyebab kematian. Aku merenung wajah Aiman, masih lagi aku tidak percaya bahawa sahabat yang berada di depan aku ini sudah tidak bernyawa. Aku mecubit-cubit tangan aku berharap ini cumalah mimpi, nanti aku akan bangun dan makan nasi bersama-sama Aiman. Tapi rasa sakit ditangan menyedarkan aku ini adalah realiti. Aiman sudah meninggal dunia. Aku bersama Aiman sepanjang perjalanan balik ke kampung halamannya. Aku berada di sisi beliau juga menemani beliau berjumpa keluarganya. Aku mendengar rintihan keluarga Aiman dan bersama-sama anggota masjid menyolatkkan Aiman. Tidak setitis pon air mata mengalir ketika ini kerana aku tahu aku harus kuat untuk Aiman dan keluarganya. Setelah selesai pengebumian aku pula pulang ke kampong halaman aku meninggalkan Aiman dan keluarga. Sepanjang perjalanan balik barulah aku dapat menangis meratap pemergian Aiman. 51
KIRIM AKU PULANG “Ahh… langit mendung harini” Aku mengeluh dan mendongak melihat awan di tingkap rumah keluarga ku. Pada waktu subuh begini mengingatkan aku kepada Aiman. Kini sudah beberapa bulan berlalu, pada mulanya amat susah buat aku, tapi ibu dan ayah sentiasa membantu dan menasihati aku. Sikit demi sikit aku kembali ceria. Mengenal peribadi Aiman, aku berharap beliau berada di sisi Allah bersamasama orang yang beriman. Kini lebih seribu kematian yang berlaku di Malaysia disebabkan wabak COVID-19. Mereka dan Aiman pergi meninggalkan alam kehidupan. Seperti Aiman juga mereka mempunyai harapan dan cita-cita. Namun hayat yang pendek membatasi mereka. Memberikan pengajaran kepada kita yang hidup supaya sentiasa menghargai orang di sekeliling kita. TAMAT 52
OLEH : SITI NUR SYIFAA BINTI RAHIM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN (IPG) Tangisan bayi di pagi hening memeranjatkan ibu tua itu, saat kaki ingin melangkah masuk ke masjid. Dia terus mencari-cari arah bunyi itu datang. Ternyata tangisan itu datang dari sebuah kotak yang terletak di tangga masuk masjid. Kaki melangkah laju menghampiri kotak tersebut dan tanpa membuang masa, dia terus membuka kotak tersebut. Alangkah terkejutnya apabila dia menyedari terdapat seorang bayi lelaki di dalam kotak tersebut. Hati merasa sayu mengenangkan nasib malang bayi yang dibuang sang ibu. Air jernih mengalir perlahan menuruni pipi, wajah tuanya berkerut risau. Tergamaknya sang ibu meninggalkan bayi yang dikandungkannya selama ini. Kasih tuanya jatuh apabila melihatkan wajah si bayi yang tampak putih bersih ibarat kabus. Namun matanya terpana apabila bayi tersebut membuka matanya. Sebelah mata bayi tersebut tidak sempurna. “Mungkin kerana kecacatannya, bayi ini dibuang”, detik hati tua itu. Dia terus menngendong si bayi dengan kudrat tuanya menuju ke teratak usangnya untuk dibersihkan. Bayi itu sedang lena dibuai senja pagi. Mata tuanya menyapa wajah si bayi yang putih mulu itu. Qabus, ya Qabus Ilham. Nama itu berlegar dalam fikiran. “Akan ku gelar bayi ini Qabus Ilham. Akan ku semai didikan agama dalam dirimu. Akan ku pahat kasih dan saying kepadamu, wahai anak”. Kaki melangkah dengan senyuman tidak lekang di bibir, hadirnya Qabus adalah anugerah terindah baginya. Selepas kematian suaminya tiga tahun lalu. Tuhan hadirkan sinar pelangi buatnya kini. Qabus adalah penemannya kini, pengubat duka lara. Peluh menitik di dahi namun kaki tidak berhenti berlari. Apabila tiba sahaja di hadapan rumah using itu, dia terus membuka kasut dan menaiki anak tangga. Belum sempat 53
PENULISAN KISAH INSPIRASI si ibu berpaling, dia teru memeluk ibunya erat dan mengatakan “Mak. Qabus berjaya. Penat Lelah Qabus selama ini membuahkan hasil. Qabus dapat 10A dalam SPM”. Tangan tuanya terus mengeratkan pelukan menyalurkan kegembiraan pada si anak. Wajah tuanya dibasahi air jernih, kegembiraan tidak terkata. Dia tahu anaknya banyak menghadapi kesukaran dalam pelajarannya, anak terunya itu juga sering dihina dan dibuli oleh budak-budak nakal di kampung itu. Namun semangat kental anaknya demi menggemgam kejayaan sangat utuh, kini apa yang diiginkan sudah dapat dicapainya. Dia telah berjanji akan menggunakan duit pencen suaminya itu untuk merawat mata anaknya, akan anaknya jalani pembedahan mata sebelum dia melanjutkan pelajarannya nanti. Dia tidak ingin anaknya tersisih apabila berada jauh darinya nanti. Kenangan lima tahun lalu masih segar dalam ingatannya, wajah tua yang sering dibawanya kemana sahaja dia berada digenggam erat. Tidak sabar ingin melihat wajah sang ibu yang berpenat lelah membanting tulang, memerah keringat demi melihat dia berjaya. Setelah beberapa tahun berhijrah di bumi Eropah demi segulung ijazah, kini dia akan pulang ke tanah air tercinta. Wajah si ibu berlegar-legar dalam fikiran, haruman masakannya sudah dapat dihidu, sungguh, amat dia rindukan segala-galanya tentang ibunya itu. Dia sedar, tanpa ibunya dia tidak dapat berdiri di mana dia berdiri sekarang. Dia ditaja oleh MARA untuk melanjutkan pelajarannya dalam jurusan perubatan khusunya dalam bidang optometri. Saat kakinya menjejak lantai Lapangan Terbang Kuala Lumpur, setelah hamper 20 jam berada dalam pesawat, senyuman kekal menghiasi bibirnya menampakkan lesung pipitnya yang dalam. Kini, dia terpaksa menunggu pesawat seterusnya untuk dia pulang ke Kuantan, Pahang, dimana terletaknya teratak kasih milik ibunya. Saat panggilan pesawat untuk ke kampung halaman berkumandang, kakinya terus melangkah memasuki balai perlepasan. 54
QABUS Tibanya di kampung, terus dia menaiki teksi untuk ke teratak ibunya, tnapa menghubunginya dahulu. Dia ingin membuat kejutan untuk ibunya. Saat kakinya melangkah masuk ke rumah itu, rongga hidungnya dipenuhi dengan haruman masakan ibunya itu. Tahulah dia bahawa ibunya sedang didapur. Sememanggnya ibunya sangat berbakat dalam masakan. Oleh itu, orang-orang kampung sering menjemput ibunya untuk menjadi tukang masak ketika majlis-majlis perkahwinan. Perlahan-lahan Langkah diatur ke arah ibunya, tubuh tua ibunya dipeluk erat dari belakang. “Mak, Qabus rindu mak”, ucapnya sayu. “Kenapa balik tidak beritahu dahulu, boleh mak masakkan lauk kegemaran kamu”. Empangan air mata yang ditahan akhirnya pecah jua saat suara tua ibunya menyapa. “Qabus sangat-sangat rindukan mak, Qabus tak nak susahkan mak, Qabus tak nak mak penat”. “Mak masa kapa ni, wanginya bau dari luar tadi lagi Qabus dah dapat bau, Qabus rindu masakan mak, lima tahun Qabus tak makan air tangan mak”. Adunya manja, kepala dilentokkan di bahu tua itu. “Mari kita makan, mak dah siap masak ni, harini mak masak sambal udang dengan sayur campur masak lemak je, tu ada ikan goreng sikit”. “Mak pun rindukan Qabus juga”. Sambal membawa lauk-pauk ke meja makan, ibunya sempat membacuh air untuk minuman. “Mak, Qabus ada hantar Resume ke sebuah hospital di Kuala Lumpur, jika dapat tawaran kerja disana, Qabus nak bawa mak kesana. Kita tinggal di bandar, Qabus tak nak tinggalkan mak seorang di sini, cukuplah lima tahun Qabus tinggalkan mak, Qabus dah tak sanggup lagi berpisah dengan mak”. Setelah seminggu dia berada di kampung, akhirnya terucap juga keinginannya untuk membawa ibunya ke bandar bersama jika mendapat peluang pekerjaan di sana. Dia sedar yang di hanyalah anak angkat ibunya, ibunya sudah menceritakan segala-galanya. Ibunya tidak ingin dia membenci keluarga kandungnya, walaupun pada mulanya dia sangat sedih sehingga air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam. Pada mulanya, dia tidak dapat menerima kenyataan tersebut, sungguh sanggup kedua-dua ibu bapanya membuang darah daging sendiri hanya disebabkan oleh kecacatan yang tidak dipintanya. 55
PENULISAN KISAH INSPIRASI Seminggu kemudian, dia mendapat e-mel bahawa dia ditawarkan pekerjaan di salah sebuah hospital di ibu negeri, berita gembira itu dikongsi bersama dengan ibunya. Ibunya sangat gembira sehingga merebas air mata tanpa sedar. Dia sangat bangga dengan kejayaan demi kejayaan yang diperoleh oleh anak terunanya. “Mak, nanti kita akan ke Kuala Lumpur, mak akan tinggal bersama Qabus disana ya”. Setelah setahun berkhidmat di Pusat Pakar Mata KPJ, dia berjumpa dengan ramai pesakit dengan berbagai-bagai ragam. Namun, kehadiran sepasang suami isteri ini amat mencurigakan, perasaannya saat mengendalikan pasangan itu sangat berbeza dengan pesakit lain, dia rasa bagaikan sangat dekat dengan pasangan tersebut. Pasangan itu juga sangat rapat dengannya, setiap hari dia akan menceritakan tentang pasangan tersebut kepada ibunya. Sehinggalah pada suatu hari pasangan tersebut menceritakan yang dia mempunyai anak cacat penglihatan. Namun, bayi lelaki tersebut telah dibuang di sebuah masjid demi untuk menjaga keturunan mereka, mereka datang dari keturunan yang dikenali ramai. Jadi kehadiran si kecil yang tidak sempurna itu akan mencacatkan keturunan mereka. Selepas 10 tahun kejadian tersebut. Pasangan tersebut masih lagi tidak dikurniakan zuriat walaupun telah berbagai-bagai usaha dan tempat detalh dituju sama ada dalam atau luar negara untuk mendapatkan cahaya mata. Demi menebus dosa yang telah dilakukan, mereka telah menubuhkan pusat penjagaan untuk anak-anak yatim dan kanak-kanak yang dibuang oleh sang ibu. Di rumah itulah mereka mencurahkan kasih sayang mereka kepada anak-anak kecil yang tidak berdosa itu, kehadiran mereka adalah sinar pelangi buat pasangan tersebut. Qabus Ilham sedar yang cerita pasangan tersebut sama dengan kisah hidupnya, dia tidak ingin mengambil langkah mudah dengan mempercayai bahawa pasangan tersebut adalah keluarga kandungnya. Jadi dia telah menggunakan pertolongan daripada kawannya untuk melakukan ujian DNA keatas pasangan tersebut dengan dirinya untuk mengesahkan adakah dia zuriat pasangan tersebut. Setelah seminggu, keputusan ditangannya amat merunsingkannya, dia takut untuk mengetahui kebenaran tersebut. Jika benar, dia adalah zuriat pasangan tersebut apa yang harus dilakukannya. Hatinya 56
QABUS berbelah bahagi untuk menerima pasangan tersebut sebagai ibu bapanya kerana perbuatan mereka membuang Qabus kerana kecacatannya, namun apabila dia sudah punya rupa dan kerjaya mereka muncul secara tiba-tiba. Dia juga tidak ingin melukakan hati ibu angkatnya yang telah lama bersusah payah membesarkan dan menjaga keperluannya, walaupun hati tua itu sering menyuruh dia mencari ibu bapa kandungnya, dia tahu wanita itu susah untuk melepaskan dirinya. Setelah mengetahui perkara sebenar, kedua-dua mereka sangat gembira kerana zuriat yang telah lama, pasangan tersebut telah bernazar akan menziarahi tanah Mekah bersama-sama dengan orang yang menjaga anaknya sebagai tanda syukur kerana zuriatnya telah ditemui dan terima kasih kepada orang yang sanggup menjaga anak yang telah dibuangnya. Qabus hanya mampu menerima apa yang telah dihajatkan oleh kedua-dua ibu bapa kandungnya walaupun hatinya berat untuk merelakan ibu angkatnya pergi bersama mereka, dia berasa tidak sedap hati dengan pemergian mereka kali ini. Setelah tiga hari berita mereka sampai di Tanah Suci Mekah, hati Qabus masih berasa tidak enak, dia risau sesuatu yang buruk bakal berlaku kepada mereka. Petang itu, dia dikejutkan dengan panggilan daripada pihak hospital dari Mekah, berita tentang kematian ibu bapa kandung serta ibu angkatnya sangat meruntun jiwa terunanya, mereka terliibat dengan kemalangan. Kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan kerana brek tidak dapat berfungsi dengan baik. Hidupnys ibarat minum air serasa duri, santap nasi serasa lilin kerana kehilangan semua orang yang disayangi dalam sekelip mata. Dia sedar, setiap awan hitam pastinya ada sinar cahaya selepas itu, setiap tangisan yang dilepaskan oleh langit pasti ada sinar Pelangi selepas itu. Setiap takdir hidupnya telah tertulis, kehadiran anak-anak syurga di teratak ibu bapa kandungnya menjadi punca kehidupannya kini. Dia kini, tinggal bersama-sama mereka. Dia mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada mereka selepas penjaga utama mereka pergi menghadap sang pencipta. Dia sedar, nasib mereka sama sepertinya. Dia berhasrat dan berjanji akan 57
PENULISAN KISAH INSPIRASI menjaga mereka sepenuh hatinya, dia akan menumpukan sepenuh perhatian kepada anak-anak syurga itu. “Terima kasih mak, ibu, ayah. Qabus akan menjaga mereka dengan baik, mereka akan membesar menjadi insan yang berguna buat masyarakat”. Tutur Qabus Ilham sambal memandang langit malam. TAMAT 58