The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hizamsamin4, 2023-08-10 20:12:30

Pustaka Menerajui Masyarakat Berilmu

Pustaka Menerajui Masyarakat Berilmu

Pustaka Berilmu Menerajui Masyarakat Siti Sumaizan Ramli Raja Ahmad Shalaby R. Hassan Rusliza Yaacob


Siti Sumaizan Ramli Raja Ahmad Shalaby R. Hassan Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris 2020 Pustaka Berilmu Menerajui Masyarakat Siti Sumaizan Ramli Raja Ahmad Shalaby R. Hassan Rusliza Yaacob


Cetakan Pertama, 2020 © Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI 2020 Hak Cipta Terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris terlebih dahulu. Diterbitkan di Malaysia oleh Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia. Tel : 05-4506000 Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-penerbitan Siti Sumaizan Ramli PUSTAKA Menerajui Masyarakat BERILMU / Siti Sumaizan Ramli, Raja Ahmad Shalaby R. Hassan. ISBN 978-983-4134-33-4 1. Libraries--Activity programs. 2. Reading promotion. 3. Literacy programs. 4. Reading interests. 5. Government publications--Malaysia. I. Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan. II. Judul. 025.5


Sekapur Sirih vii Penghargaan ix Pendahuluan xi Wacana Buku “Natrah @ Nadra @ Huberdina 1 Maria Hertogh @ Bertha: Cinta Rusuhan, Air Mata” Diskusi Buku “Interlok” 5 Bicara Karya “Melayu Hilang Di Dunia” 7 Wacana Pemikiran Datuk Dr. Hassan Ahmad 11 Wacana Karya Ramlee Awang Murshid 15 Wacana Karya Faisal Tehrani 19 Diskusi Buku Kegemaran Saya 23 “Mahathir Di Sebalik Tabir” 24 “Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains” 25 “Senyumlah: Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu” 27 Wacana Minda Koleksi Nadir dan Pameran Koleksi Nadir Profesor Dr. Bukhari Lubis 29 Wacana Pemikiran Budayawan Azah Aziz 33 Bersama Penulis Habiburrahman El Shirazy 35 Forum Tahap Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Pemakanan 37 Anak-anak Austisma Wacana Kepelbagaian dan Keunikan Adat Masyarakat Negeri Sembilan 39 Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa: Ikon Pendidikan Malaysia 41 Wacana Buku ‘Makna Baharu Perubahan Pendidikan’ 43 Bicara Sastera II ‘Sastera Melayu Kontemporari: Ke Mana Arah Tuju’ 45 Bersama Penulis Fatimah Syarha 47 Wacana Riwayat Tanjong Malim 49 Wacana Pemikiran Cikgu Razak 51 KANDUNGAN


vi Kandungan 5th PERPUN International Conference 2016 71 Bedah Buku: Gamifikasi Dalam Pendidikan: Pembelajaran Berasaskan Permainan 79 UJANA ILMU: Persempadanan di Negeri-Negeri Melayu 81 Program Santai Bersama Datuk Lat 63 Kafe Ilmu Stigma Penyakit Psikiatri Dr. Zul Azlin Razali 66 My Favorite Book bersama Ahmad Fetri Yahya 68 Wacana Pantun Beradat Santun Melayu 70 Program bedah buku: The Fourth Industrial Revolution bersama Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar 73 Wacana Buku Bicarawara Sains Islam Mat Rofa Ismail 77 WACANA FILEM: Ayat-ayat Cinta 2 80 PROGRAM BICARA SANTAI : Rahsia Kaya dan Berjaya Bersama Saiful Nang 83 Pengkisahan Sejarah Behrang Ulu 84 Penutup 87 Biodata Penulis 88


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Pertamanya, marilah kita merafa’kan rasa syukur hanya kepada Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya, buku Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu ini dapat disiapkan. Sesungguhnya segala nikmat yang diberikan kepada kita seharusnya menyedarkan kita bahawa amanah yang kita pikul sebenarnya akan dapat dilaksanakan jika kita berusaha dan sabar melakukannya. Setiap hari kita melalui pelbagai peristiwa, setiap peristiwa memberi makna yang tersendiri. Semua itu adalah diary dan sebagai gedung ilmu di institusi pengajian, perpustakaan berusaha untuk merakam serta menyimpan segala aktiviti dan peristiwa yang berlaku, kelak ia menjadi rujukan dan kenangan masa silam. Perpustakaan Tuanku Bainun tidak ketinggalan turut bersama menyokong program Malaysia Membaca dengan pengisian pelbagai kempen dan aktiviti berkaitan buku antaranya ialah wacana buku, bicara karya, diskusi karya, forum, kafe ilmu dan pelbagai istilah lagi digunakan. Program-program seperti ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan minat membaca dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik dan ilmiah di samping menyahut cabaran YB Menteri Pendidikan yang mensasarkan Malaysia sebagai Negara Membaca Menjelang 2030. Di samping itu, ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat sekitar mengenai wujudnya Hari Buku Sedunia yang dirayakan oleh‎ seluruh negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sebagai sokongan dalam budaya membaca, PTB meletakkan pembudayaan membaca sebagai satu mekanisme utama untuk meningkatkan ilmu kepada masyarakat. Dari segi sokongan terhadap penerbitan buku, PTB juga telah mengambil langkah proaktif dengan menerbitkan buku ini. Semoga Allah memberakati usaha kami. Wassalam. Pengarang. SEKAPUR SIRIH


Perpustakaan Tuanku Bainun dengan penuh hormat dan takzimnya mengucapkan penghargaan kepada semua ahli panel, pembicara penulis buku dan moderator yang terlibat di dalam memberi dan berkongsi idea dan pemikiran dalam program wacana keilmuan yang telah dianjurkan oleh perpustakaan dari tahun 2010 sehingga tahun 2020. Penghargaan juga ditujukan kepada semua staf perpustakaan yang terlibat dalam penganjuran wacana keilmuan ini. PENGHARGAAN


Wacana merupakan wadah hubungan fikiran dengan kata-kata iaitu ekspresi idea atau gagasan melalui pembentangan. Sejak tahun 2010, Perpustakaan Tuanku Bainun telah menganjurkan beberapa siri wacana ilmiah bertujuan membuka minda para hadirin, serta menganalisa karya atau pemikiran seseorang penulis yang nyata disampaikan secara lisan atau tulisan. Wacana atau perkongsian ilmu dianjurkan oleh perpustakaan sempena Program Ilmu dan Budaya Membaca dan Pesta Buku UPSI yang diadakan saban tahun serta mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para pensyarah dan pelajar UPSI, guru dan pelajar sekolah serta masyarakat luar. Objektif yang ingin dicapai melalui penganjuran wacana ini ialah untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga universiti dan masyarakat, menjadikan membaca sebagai budaya dalam kehidupan seharian serta memasyarakatkan ilmu. Wacana boleh memberi pendedahan maklumat dan ilmu kepada pemikiran manusia dalam membuat penilaian terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Falsafah dan intipati wacana boleh digunakan dalam proses membuat keputusan dalam kehidupan dan alam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu wacana sebegini dapat melatih peserta menjadi pembicara dalam majlis-majlis ilmu serta dapat berkongsi idea, pandangan dan pemikiran untuk manfaat bersama. Seseorang yang mengikuti wacana, bukan sahaja melatih diri menjadi pendengar yang baik, bahkan juga sebagai penganalisis, pemikir dan orator yang petah. Wacana sudah menjadi budaya ilmuwan sejak zaman dahulu kala hingga kini, dan akan terus berkembang. Pengajaran yang diperolehi adalah berkesan untuk membebaskan minda daripada kemiskinan ilmu. Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu merupakan kumpulan wacana ilmu yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri, memandangkan wacana ini diadakan secara konsisten di perpustakaan dengan perancangan yang teliti. Topik-topik atau buku-buku yang diwacanakan adalah yang berkualiti, relevan dan menjadi tajuk perbualan dan perbahasan hangat pada ehwal semasa. Ahli panel atau pewacana pula terdiri daripada tokoh-tokoh atau ahli akademik yang berwibawa dan tinggi ilmunya. Perpustakaan Tuanku Bainun menjadi peneraju yang menganjurkan perkongsian ilmu dan pertemuan utama tokoh ilmuan dengan warga kampus dan masyarakat. Ia menjadi lokasi yang strategik dalam menyebarkan ilmu dan maklumat untuk melahirkan masyarakat yang berfikiran positif dan terbuka. Dokumentasi wacana dalam buku yang ringkas ini diharap dapat memperkembangkan ilmu dan mengeratkan silaturahim sesama insan serta mendapat keredhaan Ilahi. PENDAHULUAN


“Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha: Cinta Rusuhan, Air Mata” Wacana buku yang menampilkan pengarang Fatini Yaacob. Wacana ini diadakan pada 27 Julai 2010 bertempat di Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Yusof Hasan dari Pusat Pendidikan Global Aminuddin Baki, UPSI bertindak sebagai pengulas buku dan berjaya menarik lebih kurang 200 orang peserta. Kisah Natrah menjadi terkenal kerana julung-julung kali umat Islam di Tanah Melayu tanpa mengira fahaman politik telah bersatu dan membuat rapat umum di Singapura yang dihadiri lebih daripada 2,000 orang. Rusuhan berlaku mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah. Kulit luar buku Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha: Cinta Rusuhan, Air Mata. Wacana Buku


2 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Penulis, Fatini Yaacob. Diceritakan juga mengenai Mak Minah iaitu seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman, Terengganu. Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam. Kisah Natrah diabadikan dalam buku ‘The Nadra Tragedy’ dan ‘Maria Hertogh Riots’ serta ditulis dalam bentuk novel sejarah berjudul Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha: Cinta Rusuhan, Air Mata oleh Fatini Yaacob. Natrah dan ibu angkat.


Wacana buku Natrah @ Nadra ... 3 Rusuhan di Singapura pada tahun 12.12.1950. Gambar tahun 1950-an (dari kiri) Peguam Ahmad Ibrahim, Natrah, Che Aminah, suaminya, Mansor Adabi dan bapa angkat Mansor, M.A. Majid (ehsan Fatini Yaacob)


4 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Ahli Jawatankuasa Wacana bergambar bersama penulis, Fatini Yaacob. Antara peserta yang hadir mengikuti Wacana Buku Natrah.


“ Interlok ” Program diskusi buku Interlok karya Sasterawan Negara Abdullah Hussain diadakan pada 24 Januari 2011, bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan. Ahli panel terdiri daripada Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd Yusof Hasan, Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah (Mana Sikana) dan Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali, manakala moderatornya ialah YM Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan. Diskusi buku ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, di mana seramai 350 orang peserta memenuhi segenap tempat duduk. Novel Interlok mengandungi 4 Buku iaitu sama seperti 4 bab. Bab yang pertama mengisahkan tentang keluarga Seman yang terpaksa bersusah payah selepas kematian ayahnya. Bab kedua pula menceritakan tentang keluarga Cing Huat yang berasal dari China dan berhijrah ke Tanah Melayu serta terpaksa bersusah payah di sana. Bab ketiga pula menceritakan mengenai keluarga Maniam yang berasal dari India Selatan dan terpaksa mengharungi segala dugaan ketika berada di Malaya. Bab terakhir pula mengisahkan kehidupan ketiga-tiga keluargaa berkenaan yang mengenal sesama sendiri ketika zaman penjajahan Jepun, zaman darurat dan zaman kemerdekaan negara. Kulit buku “Interlok”. Diskusi Buku


6 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Ahli panel berdiskusi buku ‘Interlok’ karya SN Abdullah Hussain. Peserta mengaminkan doa sebelum diskusi bermula.


“ Melayu Hilang Di Dunia ” Bicara karya ini diadakan pada 28 Mac 2011 di Bilik Seminar, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Ia dihadiri kira-kira 250 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Buku yang didiskusi, Melayu Hilang Di Dunia merupakan karya yang kontroversi dan agak ‘panas’ pada masa itu kerana kritikan penulis yang tajam terhadap orang Melayu. Pengarangnya ialah Khalid Salleh, seorang pelakon, pengarah filem, pengacara dan penggiat teater terkenal tanah air. Wacana ini telah disampaikan oleh tiga orang pembentang iaitu Mohamad Daud Mohamad, Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd. Rosli Saludin dan Datuk Dr. Hassan Ahmad, dan dihoskan oleh YM Raja Ahmad Shalaby Raja Hassan. Bicara Karya


8 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Buku Melayu Hilang Di Dunia adalah kisah keresahan Khalid yang melihat perpecahan yang berlaku pada orang Melayu. Mereka dipecahkan oleh fahaman politik dan “Melayu” dengan mudah menjadi bahan tawar menawar untuk membeli kuasa politik. Melayu pun sedikit demi sedikit terpadam. Bahasa Melayu yang dimartabatkan dalam Perlembagaan pun direlakan oleh orang Melayu supaya ditolak, inikan pula hal-hal yang tidak ada dalam Perlembagaan. Khalid melontarkan provokasi supaya pemimpin politik Melayu memikirkan tentang kedudukan Melayu. Pada masa sama beliau gelisah kerana satu demi satu yang berkaitan Melayu ditolak secara beransur-ansur. Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussein. Khalid Salleh semasa pembentangan buku. Dari kiri: Mohamad Daud Mohamad, Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd. Rosli Saludin.


Bicara Karya Melayu Hilang Di Dunia 9 Ahli Jawatankuasa Pelaksana ‘Wacana Melayu Hilang Di Dunia’ yang dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun bergambar bersama Khalid Salleh Profesor Madya Dr. A Halim Ali, Presiden Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN) memberi ucapan dan seterusnya merasmikan wacana


Datuk Dr. Hassan Ahmad Datuk Dr. Hassan Ahmad. Wacana yang diadakan pada 6 Mac 2012, bertempat di Bilik Seminar, Perpustakaan Tuanku Bainun telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ A Aziz Deraman, Mantan Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sebanyak enam kertas kerja dan satu ucaptama dihasilkan daripada wacana ini dan dibukukan dalam bentuk prosiding berjudul Dato’ Hassan Ahmad: Lubuk Akal, Gedung Bicara, selenggaraan A. Halim Ali, terbitan Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN). Ucaptama wacana disampaikan oleh Datuk Zainal Abidin Borhan, Pengerusi Yayasan Karyawan dengan judul Datuk Hassan Ahmad : Lubuk Akal, Gedung Bicara, Lautan Budi. Datuk Dr. Hassan Ahmad menerima cenderamata daripada Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob. Wacana Pemikiran


Wacana Pemikiran Datuk Dr. Hassan Ahmad 11 Pembentangan sesi pertama disampaikan oleh: 1. Profesor Madya Dr. Abdul Rahman Napiah atau Mana Sikana (Budiman) berjudul Pemikiran Hassan Ahmad Dalam Imbasan. 2. Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan (PTS) berjudul Menilai Terjemahan Hassan Ahmad: Dunia Sophie oleh Jostein Gaarder. 3. Dr. Raja Masittah Raja Ariffin (UPM) berjudul Hassan Ahmad: Tokoh Ulung Dalam Kegiatan MBIM/MABBIM Moderator sesi adalah Profesor Madya Datuk Paduka Dr. Mohd. Rosli Saluddin Pembentangan sesi kedua disampaikan oleh: 1. Profesor Dr. Teo Kok Seong (UKM) berjudul Sumbangan Hassan Ahmad Dalam Pembangunan Bahasa Melayu. 2. Datuk Jaafar Abdul Rahim (Penulis) berjudul Kepimpinan Dato’ Dr. Hassan Ahmad Adalah Segala-Galanya. 3. Dr. Awang Sariyan (DBP) berjudul Makalah Penghormatan Kepada Dato’Dr. Hassan Ahmad: Inspirasi Dan Aspirasi Bersumberkan Jejak Perjuangan Bahasanya. Moderator sesi adalah Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali Datuk Dr. Hassan khusyuk mendengar buah fikiran orang lain ketika wacana di Perpustakaan Tuanku Bainun, kira-kira 17 bulan sebelum beliau meninggalkan kita buat selamanya.


12 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Datuk Dr. Hassan sedang berucap. Antara tokoh-tokoh bahasa dan sastera yang hadir dan pembentang dalam Wacana Pemikiran Datuk Dr. Hassan Ahmad


Ramlee Awang Murshid Novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid yang dikupasnya dalam wacana anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun. Wacana yang diadakan pada 25 September 2012 adalah bersempena Pesta Buku UPSI anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun dari 24-29 September 2012, di Dewan SITC, UPSI. Ramlee Awang Murshid sudi hadir berkongsi pengalamannya dalam berkarya sehingga menjadi seorang penulis yang terkenal di tanah air. Bagi Wacana Karya Ramlee Awang Murshid, Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC) telah dijemput untuk membuka booth bagi tujuan promosi aktiviti dan pendaftaran ahli kelab. Beliau turut mengulas karya terbarunya berjudul Sunan Musafir yang diterbitkan oleh Alaf 21. Dalam novel ini, Ramlee lebih banyak bermain dengan ‘ruang dan waktu’, lebih menitikberatkan ‘cinta dan air mata’ dan mengutamakan ‘perjuangan dan kesabaran’. “Yakinilah, pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, Allah itu mencukupi segala-galanya”. Itulah antara pengajaran yang telah dibawa oleh penulis melalui novel ini. Wacana Karya


14 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Ramlee Awang Murshid bersama Ghazali Din (Ihsan Noorzali) di Dewan SITC sebelum wacana bermula. Ramlee Awang Murshid sedang sibuk melayani peminat untuk mendapatkan tandatangan.


Wacana Karya Ramlee Awang Murshid 15 Ramlee ketika menjadi ahli panel dalam wacana karya anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun pada 25 September 2012. Ramlee bersama peminat dari Perpustakaan Tuanku Bainun.


16 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Antara peserta yang hadir mengikuti wacana Ramlee Awang Murshid di Dewan SITC, UPSI. Menerima cenderamata daripada pihak penganjur, yang disampaikan oleh Puan Siti Sumaizan Ramli, Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Perpustakaan Tuanku Bainun. Panitia pelaksana tidak melepaskan peluang untuk bergambar sebagai kenangan.


Faisal Tehrani Wacana ini berlangsung pada 27 September 2012, sempena Pesta Buku UPSI anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun dari 24-29 September 2012, di Dewan SITC, UPSI. Faisal Tehrani, seorang penulis kontroversal telah hadir sebagai pembicara dalam wacana yang diadakan serta turut mengupas novel terbarunya, Perempuan Nan Bercinta yang dikatakan sebagai novel yang paling provokatif setakat ini. Novel ini menampilkan kekuatan pengarang dari sudut mengetengahkan rencam wacana dan kepelbagaian ideologi yang ingin dipaparkan dari sudut sarwa pandang dan ‘weltanschauung’ beliau. Perempuan Nan Bercinta dimukaddimahkan dengan seorang feminis yang juga sarjana pengasas bagi pertubuhan feminisme Modest Women Oriental (MWO), Dr. Tengku Idora, mengalami halusinasi oleh suara-suara Allayarham bondanya, Tengku Melor. Ngiangan suara Tengku Melor yang ‘berhantu’ dalam novel ini menggambarkan kebijakan pengarang menggerakkan cerita, iaitu menerusi serangkap kata “cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati”. Ungkapan ‘berhantu’ inilah yang mencetuskan inkuiri pembaca seperti mana telah menggetuskan rasa ingin tahu Tengku Idora dari awal sehingga tamat cerita. Ketibaan Faisal Tehrani di Dewan SITC UPSI disambut oleh moderator. Wacana Karya


18 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Wacana Karya Faisal Tehrani anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun dihoskan oleh Nidzamuddin Alias. Cerpen pertama beliau tersiar pada tahun 1992 di majalah Muslimah dengan judul Anastasia. Faisal hanya disedari oleh khalayak sastera pada tahun 1994 apabila cerpencerpen beliau iaitu cerpen Anak dan cerpen Opah memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank 1994. Pada tahun yang sama beliau memenangi Hadiah Sastera Siswa DBP-Bank Rakyat menerusi cerpen Malam Ini Philadelphia Menangis, anugerah paling berprestij untuk penulis remaja waktu itu. Kejayaan ini diikuti pada tahun 1995 apabila beliau memenangi sekali Hadiah Sastera Utusan dengan cerpen Pemberontakan Kedua. Tahun 1996 Faisal memenangi Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Public Bank dengan cerpen Perempuan Anggerik dan cerpen Api KL Belum Terpadam, Hadiah Sastera Berunsur Islam anjuran BAHEIS kelapan dengan cerpen Menanti Subuh. Dalam tahun 1997, cerpen Surat Untuk Gabe 1 memenangi Hadiah Sastera Karya. Menerima cenderahati daripada pihak Perpustakaan Tuanku Bainun.


Wacana Karya Faisal Tehrani 19 Antara karya-karya Faisal Tehrani: n 1515 n 1511H [KOMBAT] n Perempuan Politikus Melayu n Detektif Indigo n Bedar Sukma Bisu n Cinta Hari-Hari Rusuhan n Ikan, Fugu, Lukisan dan Jimson n Maaf Dari Sorga n Rahsia Ummi n Surat-surat Perempuan Johor n Tunggu Teduh Dulu n Bila Tuhan Berbicara n Tuhan Manusia n Nama Beta Sultan Alauddin n Manikam Kalbu n Karya Nan Indah n Karbala n Ketupat Cinta [Musim Pertama] n Saasatul Ibaad n Sebongkah Batu di Kuala Berang n Ingin Jadi Nasrallah n Perempuan Nan Bercinta Antara novel-novel karya Faizal Tehrani. Jualan buku juga turut diadakan serta mendapat sambutan menggalakkan.


20 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Para pelajar UPSI tidak melepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan dengan penulis terkenal ini. Melayani peminat adalah sebahagian daripada rutin penulis. Staf Perpustakaan Tuanku Bainun bersama Faizal Tehrani di Dewan SITC, tempat berlangsungnya Wacana Karya Faizal Tehrani pada 27 September 2012.


Kegemaran Saya Program diskusi ini diadakan pada 16 Oktober 2012, di Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun. Program anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun dengan kerjasama Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK) UPSI ini menampilkan tiga orang pembentang iaitu ACP (K) Dato’ Dr. Junaidi Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor (HEPA), mengulas buku Mahathir: Kisah Di Sebalik Tabir Hidup karangan Zainuddin Maidin; Tuan Haji Mohamad Najib Mohamed, Timbalan Bendahari Kanan merangkap Presiden PRESTASI mengulas buku Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains karangan Danial Zainal Abidin dan Mohd Anwaruddin Ismail, wakil pelajar UKLK yang mengulas buku Senyumlah: Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu karangan Syed Alwi AlAttas. 3 buah buku yang diwacanakan pada 16 Oktober 2012 di Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Diskusi Buku


22 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu ULASAN BUKU Judul: Mahathir Di Sebalik Tabir Karya: Zainuddin Maidin Pernerbit: Utusan Publication, 1994 Dr. Mahathir Mohamad (Dr. M) ialah tokoh kontroversi, tetapi tidak ramai yang mempertikaikan kedudukannya yang penting dalam senarai jawatan Perdana Menteri Malaysia sehingga kini. Tidak diragui beliau ialah Perdana Menteri paling terkenal selepas Tunku Abdul Rahman. Namun begitu beliau juga adalah tokoh yang membingungkan, digerakkan oleh politiknya yang pragmatik sebagaimana yang terzahir oleh visinya membina Malaysia baru sebagai sebuah negara industri dalam menempuh abad ke-21. Semasa kekuasaannya, beliau banyak melakukan perkara yang menghairankan baik di kalangan rakan-rakan mahupun musuh-musuhnya. Beliau telah menyaksikan pemergian dua timbalan beliau yang amat dipercayai, dan berjaya memikat orang yang pernah dianggap mustahil sebagai sekutunya, Anwar Ibrahim, bekas aktivis Islam yang kini dilihat sebagai penggantinya. Dr. M juga memupuk generasi baru usahawan Melayu, contohnya jutawan Daim Zainuddin dan pantas pula membawa Malaysia ke era industrialisasi. Dalam buku ini, wartawan veteren dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan akhbar Utusan, Zainuddin Maidin (lebih dikenali sebagai Zam) mengungkap tokoh ini di sebalik keistimewaan politiknya, berusaha menjawab soalan-soalan yang membuatkan Dr. M sentiasa berdetik. Zam memang layak menulis tentang Dr. M., beliau pertama kali bertemu bakal Perdana Menteri Malaysia ini sewaktu masih menjadi pelajar sekolah dan tinggal di kawasan setinggan di Kedah, apabila terpaksa menjemput Dr. M untuk merawat datuknya yang sakit tenat. Insiden ini digambarkan dengan begitu jelas dalam bab permulaan buku ini. Zam kemudian mengenali Dr. M dengan lebih dekat, dan terus rapat dengan beliau dalam susah dan senang, baik sebagai teman dan tempat meluah perasaan. Buku Mahathir Di Sebalik Tabir, buku Zam yang ketiga diterbitkan serentak dengan edisi Inggeris The Other Side of Mahathir telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai, terutamanya orang-orang yang berkecimpung dalam politik. Pendaftaran peserta dimulakan.


Diskusi buku Kegemaran Saya 23 Kedatangan pendiskusi Tuan Haji Mohamad Najib Mohamed (kanan) dan moderator Abdul Ghani Mansor (kiri). Judul: Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains Karya: Danial Zainal Abidin Penerbit: PTS Millennia, 2009. Buku ini dikeluarkan menurut pengarangnya adalah untuk membuktikan bahawa al-Quran adalah sebenar-benarnya Kalam Allah kerana tidak dapat diragui lagi kesahihannya sama ada dari sudut bahasa mahupun sudut sains. Ditulis dengan gaya bahasa yang begitu menarik, ditambah pula dengan kajian-kajian saintifik yang diselitkan bagi menyokong hujah-hujah beliau, buku ini amat membantu para pembaca untuk lebih yakin dengan kebenaran dan keagungan al-Quran. Pengarang mengajak pembaca meneropong ayat al-Quran. Pertama menguasai fiqh al-Quran seperti pembacaan, tafsir dan fiqh ayat-ayatnya. Kedua, meneliti tanda-tanda kebenaran al-Quran di alam nyata. Inilah fokus buku ini iaitu menguasai ayat-ayat atau tanda-tanda al-Quran di alam realiti. Pengarang juga meneropong al-Quran melalui ilmu sains kedoktoran yang dimilikinya dan beliau meyakinkan kita bahawa apa yang ditemui oleh Sains (termasuk sains perubatan) selari dengan perkhabaran al-Quran. Ia menjelaskan proses kejadian alam dari teori ledakan Big Bang secara kronologi, kewujudan sistem galaksi dan solar serta makhluk-makhluk dijagat raya dari perspektif al-Quran dan bagaimana ia selari dengan penemuan sains. Buku ini juga menyoroti kejadian Adam dan Hawa, kemudian sains embriologi (fasafasa kejadian janin dalam rahim) dan menyentuh tujuan hidup manusia dari aspek alQuran dan sains yang merangkumi antara lain aktiviti seks, aspek pemakanan, kebersihan (taharah), sunan fitrah, alam sekitar, solat dan puasa. Ini bermakna al-Quran mendahului sains dan keyakinan bahawa sains dan al-Quran sebenarnya harmoni, bukan apa yang berlaku di Barat yang melahirkan pertembungan antara Bible dan sains.


24 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Antara peserta yang hadir, di Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun. Doa dibaca sebelum majlis bermula. Dari kiri Abdul Ghani Mansor (moderator), ACP (K) Dato’ Dr. Junaidi Abu Bakar, Tuan Haji Mohamad Najib Mohamed dan Mohd Anwaruddin Ismail. Peserta wanita memenuhi ruang. Kaum Hawa sememangnya gemar membaca.


Diskusi buku Kegemaran Saya 25 Judul: Senyumlah: Apapun Masalahmu Ia Pasti Akan Berlalu Karya: Syed Alwi Al-Attas Penerbit: Galeri Ilmu, 2011. Buku ini membincangkan persoalan masalah. Ia tidak mengajak pembaca bertindak lari daripada masalah ataupun terlalu memikirkan masalah, apatah lagi mencari masalah, bahkan ia menjemput pembaca supaya melihat setiap masalah yang dihadapi dengan cara pandang yang baru atau dari persepsi yang positif. Ia ditulis untuk membantu pembaca dalam melihat masalah dengan pandangan baru, mengetahui rahsia di sebalik kesusahan hidup dan juga mengetahui bagaimana cara menghadapi semua itu. Buku ini dibahagikan kepada enam bab dan turut diselang-selikan dengan kisah benar berkaitan topik yang dibincangkan. Penulis juga meletakkan ayat al-Quran serta hadith yang bersesuaian dengan pengkisahan serta puisi yang bersesuaian dalam buku ini. Selain memasukkan pengalaman sebilangan orang yang pernah berdepan dengan masalahmasalah besar dalam hidup mereka, penulis turut tidak lokek berkongsi pengalamannya sendiri. Ini bersesuaian dengan perbidalan yang menyatakan pengalaman adalah guru yang terbaik. Mengikut pengarang, hidup akan menjadi lebih bahagia apabila masalah dan kesusahan dapat dihadapi dengan cara yang betul. Mengapa harus membenci masalah dan kesusahan, sedangkan ia tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan? Mengapa harus berputus asa saat mengalami kesusahan hidup, sedangkan kemudahan yang Allah janjikan sebagai jalan keluarnya lebih banyak? Mengapa harus berkeluh kesah, sedangkan apapun masalah yang datang akan berlalu jua akhirnya? Mohd Anwaruddin Ismail (kanan) semasa mengulas buku Senyumlah.


26 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu ACP (K) Dato’ Dr. Junaidi Abu Bakar sedang mengulas buku kegemarannya, Mahathir Di Sebalik Tabir. s Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Mohamad Najib Mohamed sambil diperhatikan oleh Najah Saghirah.


Koleksi Nadir Dan Pameran Koleksi Nadir Profesor Wacana Minda Koleksi Nadir merupakan program bual bicara yang memfokus kepada keistimewaan, keunikan dan kepentingan koleksi nadir, iaitu terbitan lama yang diterbitkan sebelum tahun 1900. Program seperti ini merupakan landasan terbaik untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia agar menghargai dan menjadikan koleksi nadir sebagai bahan rujukan penting kerana ia merupakan khazanah warisan intelektual yang bernilai dan untuk memastikan bahan nadir tidak luput ditelan zaman. Program wacana ini diadakan pada 26 November 2012 di Perpustakaan Tuanku Bainun, dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Dua orang pakar bahan nadir iaitu Profesor Dr. H.M. Bukhari Lubis (UPSI) dan Shaharom TM Sulaiman (UiTM) dijemput untuk berbicara mengenai bahan nadir. Program ini dihoskan oleh seorang pencinta buku dan pengacara TV3 iaitu Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar AlJamalullail. Ia dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Noraini Idris, dan turut dihadiri oleh Dato’ Raslin Abu Bakar, Ketua Pengarah PNM. Sempena dengan program ini, satu pameran koleksi nadir Profesor Dr. H.M. Bukhari Lubis telah diadakan di ruang pameran Perpustakaan Tuanku Bainun. Profesor Dr. HM Bukhari Lubis bersama koleksi nadir yang dipamerkan. Wacana Minda


28 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Para peserta memenuhi ruang untuk mengikuti Wacana Minda Koleksi Nadir, Anjuran Perpustakaan Tuanku Bainun dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Pelajar-pelajar UPSI tidak melepaskan peluang mengikuti Wacana Minda Koleksi Nadir di Perpustakaan Tuanku Bainun. Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar Al-Jamalullail (tengah) menjadi moderator dalam wacana tersebut. Pembicara ialah Profesor Dr. HM Bukhari Lubis (bersongkok) dan Shaharom TM Sulaiman (memegang mic).


Wacana Minda Koleksi Nadir ... 29 Dato’ Raslin Abu Bakar menyampaikan cenderahati kepada Profesor Dr. HM Bukhari Lubis. \ Gambar kenangan Ahli Jawatankuasa bersama staf Perpustakaan Negara Malaysia dan ahli panel


Pemikiran Budayawan Azah Aziz Peninggalan Azah Aziz atau lebih dikenali sebagai Mak Ungku dalam bidang kesusasteraan dan kebudayaan Melayu cukup besar. Setelah beliau pergi buat selama-lamanya pada tanggal 9 Julai 2012, sumbangan Mak Ungku diperdengarkan dalam wacana setengah hari oleh tokoh-tokoh yang berwibawa dan mengenali beliau dengan rapat. Wacana ini diadakan pada 21 November 2013 di Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun dan perasmian telah disempurnakan oleh Prof. Dr. Omar bin Abdul Kareem, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPSI. Pengucap utama adalah Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dan ahli panel terdiri daripada : 1. Prof. Madya Dr. Siti Zainon Ismail (UKM, Budayawan) 2. Puan Salmiah Ismail (Dewan Bahasa dan Pustaka) 3. Puan Zubaidah Abd Rahman (bekas wartawan dan Editor Berita Harian) 4. Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin (UPSI) Moderator adalah Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali (UPSI). Sempena wacana ini satu pameran bertajuk ‘Azah Aziz : Kartika di Langit Seni’ diadakan di foyer perpustakaan yang memaparkan buku-buku berkaitan Azah Aziz dan bahan karya seni yang terdapat di dalam koleksi perpustakaan. Prof. Madya Dr. Siti Zainon Ismail menandatangani buku lawatan pameran ‘Azah Aziz : Kartika di Langit Seni’ Wacana


Wacana Pemikiran Budayawan Azah Aziz 31 Kupasan menarik oleh Pn Zubaidah Abd Rahman mengenai peribadi Azah Aziz. Puan Zubaidah Abd Rahman Kehadiran Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim selaku pengucap utama dan panel wacana. Prof. Madya Dr. Abdul Halim Ali (UPSI) selaku moderator program.


Habiburrahman El Shirazy Novelis Indonesia tersohor masa kini merupakan sarjana lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau juga terkenal sebagai sutradara, dai, penyair, sasterawan dan pimpinan pesantren. Novel-novelnya diminati bukan hanya di Indonesia, tetapi juga di Malaysia, Singapura, Brunei, Hongkong, Taiwan, Australia dan komuniti Muslim di Amerika Syarikat. Karyakarya fiksyennya dinilai dapat membangun jiwa dan menumbuhkan semangat berprestasi pembaca. Di antara novel yang beredar di pasaran ialah Ayat-Ayat Cinta (telah dibuat versi filem, 2004), Di Atas Sajadah Cinta (telah disinetronkan Trans TV, 2004), Ketika Cinta Berbuah Surga (2005), Pudarnya Pesona Cleopatra (2005), Ketika Cinta Bertasbih (2007), Ketika Cinta Bertasbih 2 (Disember, 2007) Dalam Mihrab Cinta (2007), Bumi Cinta (2010) dan The Romance. Beliau sedang merampungkan Langit Makkah Berwarna Merah, Bidadari Bermata Bening, Bulan Madu di Yerussalem, Bumi Cinta, Api Tauhid dan Ayat-Ayat Cinta 2. Perpustakaan Tuanku Bainun menjemput penulis ini untuk berkongsi pengalamannya dalam penulisan, yang diadakan pada 10 Oktober 2013 di Dewan SITC, UPSI. Habiburrahman melayani para pengunjung yang mendapatkan tandatangannya. Bersama Penulis


Bersama Penulis Habiburrahman El Shirazy 33 Habiburrahman sedang berkongsi pengalaman, di sebelahnya ialah Dr. Makmur Haji Harun. Antara penonton yang hadir di Dewan SITC, UPSI. Penjualan novel turut mendapat sambutan.


Tahap Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Pemakanan Anak-anak Austisma Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan satu forum yang bertajuk ‘Tahap Pengetahuan Ibu Bapa Terhadap Pemakanan Anak-Anak Autisma’ pada 11 Mac 2014 bertempat di Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada semua warga UPSI dan masyarakat awam tentang autisma, berkongsi idea mengenai pengurusan nutrisi dan pemakanan kepada ibu bapa yang mempunyai anak autisma serta memberi maklumat mengenai makanan yang sesuai untuk meransang minda dan menjadikan kanak-kanak autisma ini lebih efektif. Perpustakaan juga telah menganjurkan Pameran Autisma sempena Hari Autisma Sedunia pada Mac 2014 di ruang legar perpustakaan. Forum ini telah dirasmikan oleh Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob. Ahli panel terdiri daripada Puan Siti Zafirah binti Md Redza (Pakar Dietrik Hospital Slim River) dan Dr. Kannamah Mottan (Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, UPSI) manakala moderator adalah Puan Hajjah Siti Sumaizan Ramli (Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI). Jemputan Khas untuk forum adalah Adik Delwin Cheah ( pelukis autistik savant termuda di dunia) dan ibu bapa Delwin yang datang dari Pulau Pinang. Adik Delvin Cheah bersama hasil lukisan beliau. Forum


Forum Tahap Pengetahuan Ibu Bapa... 35 \ Sesi forum bersama ibu Adik Delvin Cheah, Pn. Erina. Sesi soal jawab bersama peserta forum. Sumbangan gambar yang dilukis oleh Adik Devin Cheah kepada pihak Perpustakaan Tuanku Bainun


Kepelbagaian dan Keunikan Adat Masyarakat Negeri Sembilan Negeri Sembilan mempunyai adat, kebudayaan, sejarah, tradisi dan sistem politiknya yang agak unik. Peribahasa “biar mati anak, jangan mati adat” telah menjadi pegangan hidup rakyat yang berketurunan Minangkabau. Adat pepatih telah wujud di Tanah Semenanjung sejak kurun ke-14, kekal menjadi adat yang unik di Negeri Sembilan sehingga sekarang. Ia amat jelas diterangkan dalam pembahagian harta pusaka, gelaran dan juga suku yang memihak kepada kaum wanita. Dengan inisiatif untuk mendalami lagi mengenai adat Negeri Sembilan, Perpustakaan Tuanku Bainun telah mengadakan wacana ‘Kepelbagaian dan Keunikan Adat Masyarakat Negeri Sembilan’ pada 17 Mac 2014 di Bilik Serbaguna 1 perpustakaan. Ahli Panel wacana adalah Prof. Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin (UPSI, BUDIMAN) dan En. Mohamed Nor bin Mohamed Amin (DJ Noramin) manakala Profesor Madya Dr. Haji Abdul Halim Ali (UPSI) bertindak sebagai moderator. YTM Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin merasmikan Wacana Kepelbagaian dan Keunikan Adat Masyarakat N.S. Wacana


Wacana Kepelbagaian dan Keunikan Adat Masyarakat Negeri Sembilan 37 YTM Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin melihat pameran yang diadakan di foyer perpustakaan. Pewacana En. Mohamed Nor bin Mohamed Amin (DJ Noramin) menyampaikan kupasan beliau mengenai isu adat masyarakat Negeri Sembilan. YTM Tunku Syed Razman Ibni Tunku Syed Idrus Al Qadri, Tunku Besar Tampin menandatangani buku pelawat perpustakaan


Pemikiran Dr. Shaari Isa: Ikon Pendidikan Malaysia Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa diadakan pada 1 April 2014 di Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun. Wacana ini diadakan bertujuan untuk membincangkan pemikiran Dr. Shaari Isa melalui hasil-hasil karya beliau yang telah diterbitkan dan mengetengahkan seorang tokoh yang serba boleh dalam pelbagai bidang yakni profesional, penulisan lmiah dan kreatif, penterjemah, pelukis dan bidang sukan. Wacana ini telah dirasmikan oleh YBhg. Profesor Dato’ Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI. YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof bin Hasan merupakan pengucap utama dan ahli panel khas adalah Dr. Shaari bin Mohd. Isa. Manakala Prof. Madya Dr. Abdul Halim bin Ali menjadi moderator bagi wacana yang bercorak ilmiah ini. Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merasmikan program Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa. Wacana


Wacana Pemikiran Dr. Shaaari Isa: Ikon Pendidikan Malaysia 39 Pro. Emeritus Dato’ Dr. Mohd. Yusof Hasan sedang membentangkan mengenai salah satu buku penulisan Dr. Shaari Isa berjudul Intermediate Accounting. Dr. Shaari bin Mohd. Isa sebagai ahli panel khas. Pelajar serta kakitangan UPSI yang menghadiri wacana. Ahli panel Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa: Ikon Pendidikan Malaysia bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Perpustakaan.


Click to View FlipBook Version