The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hizamsamin4, 2023-08-10 20:12:30

Pustaka Menerajui Masyarakat Berilmu

Pustaka Menerajui Masyarakat Berilmu

‘Makna Baharu Perubahan Pendidikan’ Wacana buku yang diadakan di Dewan SITC pada 25 September 2014 dianjurkan bersama oleh Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pejabat Karang Mengarang bersempena Pesta Buku UPSI ke-12 2014. Ahli panel terdiri daripada YBhg. Profesor Dato’ Dr. Zakaria b Kasa (Naib Canselor UPSI), Dr. Rosli Yacob (Pengurus, PADU) dan Encik Sakri Abdullah (Pengurus Besar, ITBM) manakala moderator adalah Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar. Buku ‘Makna Baharu Perubahan Pendidikan’ karya Michael Fullan dan terbitan Institut Terjemahan Negara Malaysia telah dikupas secara terperinci dan jelas oleh ahli panel. Ia menjadi tambahan ilmu kepada semua yang hadir. Profesor Dato’ Dr. Zakaria b Kasa, Naib Canselor UPSI sebagai pewacana. Wacana Buku


Wacana Buku ‘Makna Baharu Perubahan Pendidikan’ 41 Ketibaan Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa, untuk merasmikan program dan sebagai pewacana. Antara peserta program yang hadir. Dr. Mohd Hassan Abdullah, FMSP dalam sesi soal jawab.


‘Sastera Melayu Kontemporari: Ke Mana Arah Tuju’ Bicara Sastera ini diadakan pada 26 September 2014 di Dewan SITC, UPSI. Ahli Panel terdiri daripada Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara), Profesor Madya Dr. Mawar Safei (UKM) dan Prof. Madya Dr. Ani Haji Omar (UPSI) manakala Dr. Naffi Mat (UPSI) bertindak sebagai moderator. Pelbagai soalan dikemukan berkaitan sastera Melayu berkaitan dan berjaya diberi pencerahan oleh ahli panel. SN Profesor Emeritus Dr. Muhammad Haji Salleh menyampaikan maklumat terperinci mengenai Sastera Melayu Kontemporari. Bicara Sastera II


Bicara Sastera II ‘Sastera Melayu Kontemporari: Ke Mana Arah Tuju 43 Seorang pelajar sedang bertanyakan soalan dalam Bicara Sastera. Ahli panel forum Bicara Sastera. Dr. Nasir Nayan menyampaikan cenderahati kepada Dr. Mawar Safei.


Fatimah Syarha Program Bersama Penulis Fatimah Syarha diadakan sempena Pesta Buku UPSI 2014 pada 24 September 2014 bertempat di Dewan SITC, UPSI. Moderator program adalah Puan Hajah Siti Sumaizan Ramli dari Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Fatimah Syarha Mohd Nordin telah membincangkan dan mengupas beberapa tajuk buku seperti ‘Seindah Mawar Berduri’, ‘Cinta High Class dan ‘Cintaku Kerana Agamamu’ serta ‘Sebarkan Cintamu’ yang menarik minat ramai hadirin daripada golongan pelajar dan staf UPSI. Fatimah Syarha menjadikan kisah kehidupan dirinya dan kisah masyarakat di dalam karya beliau dan telah berkongsi pengalaman bukan hanya di Tanjong Malim, malah di beberapa tempat lain di dalam dan luar negara. Fatimah Syarha Mohd Nordin berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang novelis yang berdakwah melalui penulisan. Bersama Penulis


Bersama Penulis Fatimah Syarha 45 Puan Siti Sumaizan menjadi moderator bersama penulis, Fatimah Syarha. Antara peserta yang menghadiri program Bersama Fatimah Syarha. Ahli Jawatankuasa Program bergambar bersama Fatimah Syarha.


Riwayat Tanjong Malim Wacana ini diadakan pada 23 April 2015 di Auditorium, Perpustakaan Tuanku Bainun dan dianjurkan oleh perpustakaan dengan kerjasama Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN). Ia bertujuan untuk mendokumentasikan bahan-bahan sejarah mengenai Tanjong Malim dan membincangkan peranan tokoh-tokoh pelopor pembuka Tanjong Malim bagi mendedahkan maklumat mengenai Tanjong Malim, tempat tertegaknya UPSI. Ahli panel wacana terdiri daripada Tuan Haji Shafie Syed Mansor (Mantan Pensyarah MPSI), Tuan Haji Mazlan Osman, Tuan Haji Zabidi Ismail dari Persatuan Karyawan Perak dan Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Noor dengan moderator Profesor Madya Dr. Abdul Halim Ali dari BUDIMAN. Dari kiri, PM Dr. Abd Halim Ali, Tuan Haji Shafie Syed Mansor, Tuan Haji Mazlan Osman, Tuan Haji Zabidi Ismail dan Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Noor. Wacana


Wacana Riwayat Tanjong Malim 47 Sebahagian tetamu yang hadir ke Wacana Riwayat Tanjong Malim pada 23 April 2015. Tuan Haji Shafie Syed Mansor. Dr. Ahmad Suhaimi Mohd Noor. Tuan Haji Mazlan Osman. Tuan Haji Zabidi Ismail.


Pemikiran Cikgu Razak Wacana Pemikiran Cikgu Razak diadakan pada 6 Ogos 2015 di Dewan SITC, UPSI. Program wacana ini merupakan acara terbesar perpustakaan pada tahun 2015 dengan kehadiran T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Pengerusi Lembaga Pengarah UPSI, Naib Canselor dan Timbalan-timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti, para akademia dan pelajar serta jemputan dari universiti tempatan dan masyarakat luar. Wacana ini membincangkan mengenai kehidupan Cikgu Razak dan didikan beliau terhadap keluarga terutamanya anak-anak, kejadian letupan bom di Hiroshima dan sumbangan Cikgu Razak sebagai tokoh pendidik SITC dalam kecemerlangan pendidikan di Malaysia. Perbincangan mengenai buku ‘Razak Sensei : Pemangkin Jalinan MalaysiaJepun’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka juga diberi fokus dalam wacana ini. Ahli panel terdiri daripada Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Tuan Haji Mohd Hassan Awang Boon dan anak Allahyarham Cikgu Razak sendiri iaitu Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak dan moderator adalah Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar (Perbadanan Kota Buku). Dari kiri, Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar, Prof. Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak, Profesor Dato’ Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Tuan Haji Mohd Hassan Awang Boon. Wacana


Wacana Pemikiran Cikgu Razak 49 Pelancaran buku ‘Razak Sensei’ disempurnakan oleh T.Y.T. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Penulis-penulis buku ‘Razak Sensei’, Dr. Aida Nasirah, Dr. Hjh Kalthom dan Prof. Dr. Hanipah Hussin dari UteM.


50 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Sebahagian daripada bahan bersejarah milik Allahyarham Cikgu Razak yang dipamerkan sempena Majlis Pelancaran Buku ‘Razak Sensei’.


Wacana Pemikiran Cikgu Razak 51 Tetamu dari Jepun turut sama memeriahkan majlis pelancaran buku ‘Razak Sensei’. Bergambar kenangan selepas majlis.


5th PERPUN International Conference 2016 Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan sokongan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) buat julung kalinya menganjurkan ‘5th PERPUN International Conference 2016: System & Innovation in Libraries’ pada 26-27 Julai 2016 bertempat di FELDA Residence Hot Springs, Sungai Klah, Sungkai, Perak. Perasmian persidangan telah disempurnakan oleh Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa, Naib Canselor UPSI. Profesor Dato’ Dr. Zakaria bin Kasa ketika berucap merasmikan persidangan 5th PERPUN International Conference 2016


5th PERPUN International Conference 2016 53 Persidangan ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan input daripada perpustakaan-perpustakaan di Malaysia dalam pembangunan sistem dalaman untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pengguna, memperkenalkan produk inovasi terkini yang digunapakai di perpustakaan dalam dan luar negara serta menjalinkan kerjasama dan meluaskan jaringan dalam kalangan para pustakawan dan pegawai teknologi maklumat di dalam memacu perkhidmatan perpustakaan. Mr. Adam Brimo semasa menyampaikan ucap utama persidangan Persidangan ini berjaya mengetengahkan inovasi-inovasi sistem yang dibangunkan oleh perpustakaan dalam dan luar negara ke dalam satu platform perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama. Jumlah kehadiran pembentang, peserta dan pemamer adalah seramai 111 orang. Seramai 14 orang pakar di dalam dan luar negara telah membentangkan kertas kerja termasuk dua orang pengucap utama iaitu: 1. Mr. Adam Brimo, CEO of Open Learning, Australia. “MOOCS and the Future of Libraries”. 2. Mr. Richard Levy, Ebsco Information Services, Australia. “Reinventing the Library in the Cloud: Proprietary Versus Open Source and the Possibility of Convergence”.


54 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Peserta dari pelbagai agensi dan perpustakaan khusuk mendengar ucapan Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob menyampaikan ucapan penutupan persidangan


5th PERPUN International Conference 2016 55 3. Mr. Gerard George, Director Lincoln Resource Center, U.S. Embassy K.L. “Meeting the Challenges of Today: Perspectives on Creativity and Innovation in Libraries”. 4. Puan Mazmin binti Mat Akhir, Perpustakaan Tuanku Syed Faizudin Putra, UniMAP. “Creating Innovative Learning Space at UniMAP Library Through Failed and Successful Experiments”. 5. Associate Prof. Dr. Tan Wee Hoe and Puan Siti Sumaizan binti Ramli (UPSI). “Gamification of Libraries in Universities”. 6. Mr. Kia Siang Hock, National Library Board, Singapore. “NLB’s Innovation Journey: From Ideas to Implimentation”. 7. Puan Kamariah binti Abu Samah and Haji Sulaiman bin Kaiat, Dewan Bahasa dan Pustaka. “Memartabatkan Bahasa Melayu Bahasa Ilmu: Dinamika Teknologi Maklumat Memacu Kesarjanaan Akademia”. 8. Sarifah binti Abdullah, Perpustakaan Universiti Islam Antabangsa. “IHIKMAH: IIUM Online Community of Practice (COP) Portal. 9. Dr. Khasiah binti Zakaria, Perpustakaan Universiti Teknologi MARA. “Embedded Librarians: Transforming the Librarian’s Role for Scientific Research Advocacy in the Digital Era”. 10. Puan Nurul Diana binti Jasni, Perpustakaan Universiti Teknologi MARA. “Application and Best Practices of Media Integration Strategies”. 11. Encik Fairul Azli Banchit, Pustaka Negeri Sarawak. “Collaborative Innovation, Community Engagement: the Story of Pustaka Negeri Sarawak”. 12. Puan Sharifah Fahimah binti Syed Yeop, Perpustakaan Universiti Teknologi Petronas. “Nurturing Library Operational Innovation Using the Library Management System for Operational and Services Excellence”. 13. Encik Razman bin Abdul Rani and Puan Aidatul Hasnida binti Abdul Rani, Perpustakaan Negara Malaysia. “Sistem dan Inovasi di Perpustakaan Negara Malaysia: Pengurusan Ilmu dan Perpustakaan Bestari Samsung”. 14. Mr. Ben Sng, Emerald Group Pub. Ltd. “Publication Opportunities and Author Engagement”.


56 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Seramai 111 peserta memenuhi Dewan Persidangan FELDA Residence Hot Springs, Sungkai, Perak Di antara pemamer yang terlibat ialah Inovative Interfaces, Technoventures Holdings Sdn. Bhd., Excell Envirotech Resources Sdn. Bhd., Interxs Sdn. Bhd., Acess Dunia, NM13 dan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM. Persidangan ini berjaya mendedahkan para peserta terhadap pembangunan sistem yang dibangunkan sendiri oleh perpustakaan-perpustakaan seluruh Malaysia yang memberi impak secara langsung atau tidak langsung terhadap proses kerja serta perkhidmatan dan kemudahan kepada pengguna. Sistem dan inovasi yang diketengahkan menjadi medan untuk membuka lembaran baru dengan mengurangkan kebergantungan kepada vendor atau syarikat luar, sekaligus menyaksikan kebangkitan para pustakawan dan pegawai teknologi maklumat berganding bahu dalam merealisasikan pembangunan sistem dalaman termasuk perpustakaan digital.


5th PERPUN International Conference 2016 57 AJK persidangan bergambar bersama Naib Canselor dan VIP Ketua-Ketua Pustakawan UA yang menghadiri persidangan


58 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun yang menjadi penggerak persidangan PERPUN yang julung kali UPSI menjadi tuan rumah Peserta-pesarta persidangan yang hadir mengamati pembentangan melalui applikasi dalam gajet


Bedah Buku Gamifikasi Dalam Pendidikan: Pembelajaran Berasaskan Permainan Program Bedah Buku sempena Pesta Buku UPSI ke-14, 2016 dengan kerjasama Pejabat Karang Mengarang yang diadakan pada 12 Oktober 2016. Buku berjudul Gamifikasi Dalam Pendidikan: Pembelajaran Berasaskan Permainan tulisan Profesor Madya Dr. Tan Wee Hoe ini dibedah oleh penulisnya sendiri. Penulis ialah pensyarah di Jabatan Multimedia Kreatif, Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang memegang jawatan Pengarah Makmal Penyelidikan UPSI. Prof. Madya Dr. Tan Wee Hoe memperkatakan tentang bukunya Gamifikasi Dalam Pendidikan: Pembelajaran Berasaskan Permainan


60 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Buku ini memperkenalkan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang inovatif kepada guru, pensyarah dan ahli akademik Malaysia. Gamifikasi merupakan satu bidang ilmu yang menjadikan aktiviti yang asalnya bukan permainan, sebagai suatu aktiviti bermain khususnya untuk aktiviti manusia yang formal dan serius, dengan itu hasil gamifikasi lazimnya digelar permainan serius. Fokus amalan gamifikasi dalam buku ini tertumpu kepada bidang pendidikan dan ia disusuli dengan amalan pembelajaran berasaskan permainan atau game-based learning. Peminat dan pencinta buku bergambar bersam PM Dr. Tan Wee Hoe


Ujana Ilmu Persempadanan di Negeri-Negeri Melayu Ujana Ilmu ini diadakan pada 12 Oktober 2016, bertempat di Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Dua orang ahli akademik dijemput untuk menjadi pewacana iaitu Encik Nizamuddin Alias dari Jabatan Pengajian Kemasyarakatan dan Kenegaraan serta Dr. Nazirah Lee dari Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Encik Nizamuddin Alias menyampaikan dapatannya dalam ujana ilmu


62 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Menurut Nizamuddin, Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 menyebabkan Kepulauan Melayu terbahagi kepada kawasan jajahan British di utara dan jajahan Belanda di Selatan. Sebagai balasan, kawasan penempatan British di Bencoolen (Bangkahulu di Sumatera) diserahkan kepada Belanda dan Koloni Belanda di Melaka diserahkan kepada British, manakala Belanda tidak akan menuntut haknya ke atas Singapura. Pusat Pentadbiran Negeri-Negeri Selat telah dipindahkan dari Pulau Pinang ke Singapura pada 1832. Anglo-Siamese Treaty 1909, yang dibuat antara British dengan pihak Thailand pula telah memisahkan sama sekali Semenanjung Tanah Melayu kepada dua bahagian. Perjanjian ini dibuat tanpa melibatkan perbincangan dengan Raja-Raja Melayu di negeri-negeri yang berkenaan. Wilayah-wilayah milik Melayu daripada Patani, Singgora, Setul hinggalah ke Segenting Kra telah diakui British sebagai hak milik Thai. Wacana ini mendapat sambutan yang menggalakan daripada pelajar-pelajar sejarah dan orang awam dengan kehadiran melebihi 150 orang. Antara tetamu dan mengikuti program Ujana Ilmu di Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun


Datuk Lat Program anjuran bersama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Pejabat Karang Mengarang, UPSI diadakan pada 1 Oktober 2015 bertempat di Dewan SITC, UPSI Kampus Sultan Abdul Jalil Shah. Program bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Encik Hasan Mohd. Ghazali (pensyarah UPSI) bersama kenalannya, Datuk Lat di atas pentas pada sesi pengenalan. Program yang diadakan sebagai satu aktiviti dalam Pesta Buku UPSI kali ke-13, 2015 telah dihadiri oleh hampir 150 orang penonton termasuk para pelajar dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK). Program ini juga turut dihadiri oleh kartunis veteran Haji Ahmad Hilmy Haji Abdullah (Mie). Program Santai Bersama


64 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Penonton yang mengikuti Program Santai Bersama Datuk Lat di Dewan SITC, UPSI. Muhamad Nor Khalid atau Datuk Lat sedang berkongsi buah fikiran dalam program tersebut.


Program santai bersama Datuk Lat 65 Datuk Lat menunjukkan kemahiran melukis secara spontan. Datuk Lat sedang melayani peminat yang ingin mendapatkan tandatangan pada karyanya.


Stigma Penyakit Psikiatri Dr. Zul Azlin Razali Program ini diadakan pada 13 Oktober 2016 bertempat di Aras 1, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Dr. Zul Azlin Razali dari USIM menyampaikan ceramah berjudul Stigma Penyakit Psikiatri yang dihadiri kira-kira 200 orang peserta. Menurut Dr. Zul Azlin Razali, setiap tiga daripada 10 rakyat Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (atau 29.2%) mengalami pelbagai masalah psikiatri. Berbanding lelaki, wanita lebih mudah mengalami gangguan mental berpunca daripada tekanan di tempat kerja, bebanan kewangan dan masalah kekeluargaan seperti isu perkahwinan. Gangguan mental ini menyebabkan wanita mudah berhadapan kemurungan sehingga mendorong mereka bertindak di luar kawalan. Dr. Zul Azlin Razali sedang menyampaikan ceramah tentang penyakit psikiatri. Kafe Ilmu


Program santai bersama Datuk Lat 67 Program diadakan secara santai sambil menikmati sarapan pagi. Puan Rusliza Yaacob, Ketua Pustakawan UPSI menyampaikan cenderahati kepada penceramah. Pegawai-pegawai UPSI turut bergambar bersama Dr. Zul Azlin Razali.


Fedtri Yahya Program ini diadakan pada 15 Oktober 2016 bertempat di Bahagian Rujukan Perpustakaan Tuanku Bainun sempena Hari Terbuka Perpustakaan UPSI. Program ini telah menampilkan personaliti terkenal iaitu Penerbit dan Pengacara TV3, saudara Ahmad Fedtri Yahya untuk berkongsi pengetahuan yang diperolehi melalui pembacaan buku yang berjudul U-Turn ke Jalan Lurus. Di samping itu, beliau juga telah berkongsi pengalaman mengenai cabaran yang ditempuh oleh beliau dalam dunia kewartawanan. Ahmad Fedtri Yahya juga merupakan personaliti TV3 dan salah seorang pengacara Malaysia Hari Ini. Beliau juga pernah berlakon dalam filem Dunia Baru The Movie sebagai pelakon kameo. Antara program lain yang pernah dihoskan beliau ialah Dari Masjid Ke Masjid, Madrasah, Scoreboard, Kafe Aktif, Keluarga Bijak Everyday, Khurafat, Sebalik Malam, Jejak Rasul dan pelbagai lagi. Beliau juga aktif sebagai penulis lirik. Fedtri Yahya sedang mengupas buku kegemarannya, U-Turn Ke Jalan Lurus oleh Zul Ramli Razali. My Favorite Book bersama


My Favorite Book bersama Fetri Yahya 69 Fetri Yahya menjawab soalan salah seorang peserta. Fetri Yahya bergambar bersama peminat dari Perpustakaan Tuanku Bainun.


70 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Fetri Yahya menerima cenderamata daripada ketua pustakawan. Fetri Yahya bersama Ahli Jawatankuasa program.


Pantun Beradat Santun Melayu Wacana ini diadakan pada 25 September 2017 di ruang bacaan, Perpustakaan Tuanku Bainun. Tiga orang ahli panel yang pakar dalam bidang pantun dijemput sebagai ahli panel iaitu Dr. Zubir Idris, Ketua Program Persuratan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM, Prog. Madya Datuk Paduka Dr. Rosli Saludin dari UPSi dan Encik Sabri Yunus, Sutradara dan pelawak terkenal tanah air. Dr . Hasrina Baharum dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi UPSI menjadi moderator wacana Ahli-ahli panel yang mengambil bahagian dalam wacana tersebut. Wacana


72 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Doa dibaca agar majlis diberkati. Sabri Yunus menerima cenderamata daripada Ketua Pustakawan, Puan Rusliza Yaacob.


Wacana Pantun Beradat Santun Melayu 73 Para pelajar yang membuat persembahan dengan berpantun. AJK dan peserta wacana bergambar bersama ahli-ahli panel.


The Fourth Industrial Revolution bersama Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar Program ini diadakan pada 28 September 2017 di Dewan SITC Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim bersempena dengan program Pesta Buku UPSI anjuran bersama Perpustakaan Tuanku Bainun dan Penerbit Universiti. Program bedah buku ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kota Buku (PKB), Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar. Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar sedang mengulas buku The Fourth Industrial Revolution oleh Klaus Schwab di Dewan SITC, UPSI. Program Bedah Buku


Program Bedah buku The Fourth Industrial Revolution ... 75 Seorang peserta sedang bertanyakan soalan. Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar menerima cenderamata daripada Prof. Madya Dr. Azmi Mustafa, Dekan Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Para peserta tidak ketinggalan mengambil peluang bergambar beramai-ramai.


Bicarawara Sains Islam Mat Rofa Ismail Wacana yang diadakan pada 28 September 2017 ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada orang ramai. Buku ‘Bicarawara Sains Islam’ yang dibicarakan ini menerangkan tentang agama dan sains adalah sangat berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan. Buku ini mengajak pembaca supaya merenungi dan berfikir tentang paradigma yang ditakrif secara tersirat oleh penulis. Pendekatan paradigma barat adalah sangat berbeza daripada paradigma di timur. Dr. Mat Rofa mengulas buku tulisannya bersama Encik Nizamuddin Alias sebagai moderator. Wacana Buku


Wacana Buku Bicara Sains Islam ... 77 Soalan daripada peserta ini menjadi tumpuan ramai. Dr. Mat Rofa menerima cenderahati yang disampaikan oleh Puan Siti Sumaizan Ramli.


78 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Dr. Mat Rofa sedang menunggu pembeli buku yang ingin mendapatkan tandatangan daripadanya. AJK wacana bergambar bersama penulis buku sains Islam terkenal tanah air, Dr. Mat Rofa Ismail.


Wacana Filem Ayat-ayat Cinta 2 Wacana menampilkan Ustaz Habiburrahman El Shirazy seorang sasterawan dan pengarah filem terkenal dari Solo Indonesia (graduan sarjana Fakulti Bahasa dan Komunikasi, UPSI tahun 2017, Dr. Salman Alfarisi (FMSP) bertindak sebagai panel dan Dr. Makmur Haji Harun (FBK) sebagai moderator yang diadakan pada 26 September 2018 di Auditorium, Aras 4, Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Kehadiran peserta seramai 360 orang terdiri daripada kakitangan dan pelajar-pelajar UPSI. Program ini diadakan sempena Pesta Buku UPSI Kali ke-16 tahun 2018. Dr. Salman Alfarisi Habiburrahman El Shirazy


80 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Ahli panel sedang menyampaikan ulasan Peserta yang hadir


Program Bicara Santai Rahsia Kaya dan Berjaya Bersama Saiful Nang Program Bicara Santai : Rahsia Kaya dan Berjaya bersama Tuan Haji Saiful bin Nang diadakan sebagai salah satu aktiviti Pesta Buku Perpustakaan Tuanku Bainun Kali Ke-16 bersempena Program Hari Ilmu dan Budaya Membaca 2018 dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Pelanggan dan Perkhidmatan, Perpustakaan Tuanku Bainun. Program ini diadakan pada 27 September 2018, merupakan salah satu program bual bicara bersama tokoh jemputan yang dipilih berdasarkan kepada pencapaian serta kejayaan seseorang tokoh tersebut agar dapat memberi inspirasi kepada peserta. Ketibaan Haji Saiful Nang ke Auditorium Perpustakaan Tuanku Bainun


82 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Haji Saiful Nang berselfie sebelum berbicara, di belakangnya En. Mohd. Razalli Ahmad Termizi sebagai moderator Pembicara menerima cenderahati daripada ketua pustakawan, Puan Rusliza Yaacob


Program Bicara Santai: Rahsia Kaya... 83 Kakitangan Perpustakaan Tuanku Bainun bergambar kenang-kenangan bersama jemputan dan pembicara Program ini berjaya memberi inspirasi dan motivasi kepada golongan muda terutama mahasiswa untuk membina keyakinan menceburkan diri dalam pelbagai bidang kerjaya. Di samping itu ia boleh membina keberanian serta kecekalan golongan muda dalam menghadapi cabaran untuk mencipta kejayaan. Perkongsian ilmu bersama ikon Saiful Nang yang telah berkongsi kisah hidup beliau ketika zaman kanak- kanak sehingga dewasa sangat berkesan. Program Bicara Santai ini telah dihadiri seramai 215 orang peserta yang terdiri daripada jemputan luar serta staf dan pelajar UPSI.


Pengkisahan Sejarah Behrang Ulu Pengkisahan Sejarah Behrang Ulu ini diadakan serentak secara dalam talian dan bersemuka dengan jumlah peserta yang terhad bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Aktviti ini diadakan pada 24 September 2020 bermula pada jam 10:00 pagi dengan objektif memberi pendedahan terhadap sejarah keunikan kawasan setempat. Aktiviti berbentuk bual bicara ini dikupas oleh Dr. Haji Zabidin bin Haji Ismail (penulis sejarah Perak) dan Encik Mohd Razali bin Mohd Rafaie (tokoh sejarah tempatan). Moderator ialah Dr. Raja Ahmad Shalaby bin Raja Hassan (Pustakawan Kanan UPSI). Seramai 63 orang peserta telah hadir dan 338 orang menyertai secara dalam talian. Moderator dan ahli-ahli panel dalam Pengkisahan Sejarah Behrang Ulu yang diadakan pada 24 September 2020 di Auditorium PTB, UPSI. Program ini juga boleh diikuti secara maya dalam Facebook Perpustakaan Tuanku Bainun.


Pengkisahan Sejarah Behrang Ulu 85 Antara peserta yang mengikut program Pengkisahan Sejarah Behrang Ulu, terpaksa mematuhi penjarakan fizikal kerana masih dalam PKP akibat pandemik Covid 19. Dr. Haji Zabidin bin Haji Ismail sedang menyampaikan pembentangan bertajuk Sejarah Penerokaan Behrang Ulu


86 Pustaka Meneraju Masyarakat Berilmu Encik Mohd Razali bin Mohd Rafaie seorang tokoh sejarah tempatan menerima cenderamata daripada Ketua Pustakawan, Puan Siti Sumaizan Ramli Bergambar kenangan bersama ahli jawatankuasa dan ahli-ahli panel seusai program.


Wacana, diskusi atau bicara buku merupakan wahana biasa untuk mengupas, mengulas dan melontarkan idea terhadap isi kandungan buku. Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat, mengandungi satu pernyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana menunjukkan perkembangan fikiran berturutan yang tersusun dengan sempurna, dengan pemikiran yang utuh. Wacana lisan dihasilkan secara lisan melibatkan komunikasi secara langsung antara penutur dengan pendengar. Ekspresi wajah, nada suara, gerak badan dan sebagainya berperanan untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pendengar. Wacana tulisan ialah wacana yang disampaikan secara bertulis melibatkan hubungan antara penulis dengan pembaca, contohnya buku ini. Komunikasi berlaku satu arah atau tidak langsung berikutan penulis tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana penulis tidak berdepan dengan penulis. Setiap wacana yang hendak dianjurkan tentunya mempunyai tujuan memberi pemahaman kepada khalayak untuk dikongsi ilmu pengetahuan yang disampaikan. Perpustakaan Tuanku Bainun saban tahun menganjurkan Program Ilmu dan Budaya Membaca dan Pesta Buku. Pengisian utama adalah program wacana untuk menyebarkan maklumat dan ilmu baharu dalam kalangan warga universiti dan masyarakat berbilang bangsa dan usia. Namun inilah kali pertama PTB menerbitkannya dalam bentuk buku. Sudah tentu segala ilmu yang diperkatakan oleh para ilmuan yang bercakap di pentas wacana akan dapat dikumpul dan diterbitkan semula untuk rujukan dan menjadi dokumentasi penting. Ilmu yang diceritakannya mesti dikongsi bersama supaya ia dapat dikembangkan dan diguna pakai. Pendekatan murni ini harus diteruskan pada masa-masa akan datang. PENUTUP


SITI SUMAIZAN BINTI RAMLI Siti Sumaizan memulakan tugas profesional sebagai Pustakawan pada 1 November 1989 di UPM, kemudian berpindah ke UNIMAS pada 1 September 1993 sehingga menjawat jawatan Timbalan Ketua Pustakawan pada Januari 2009. Beliau berpindah ke UPSI dengan jawatan Timbalan Ketua Pustakawan Kanan pada 1 Julai 2011 hingga 28 Februari 2019. Kini merupakan Ketua Pustakawan, di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI bermula 1 Mac 2019. Tulisan beliau banyak diterbitkan di dalam Jurnal PPM (Persatuan Pustakawan Malaysia) sebagai pengarang bersama; iaitu ‘Koleksi Nadir Perpustakaan Tuanku Bainun : Bahan Warisan Sejarah dan Rekod Perguruan Yang Tidak Ternilai’ (2013), ‘SiberProp : Online Course Application and Analysis System at Tuanku Bainun Library, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2014) dan ‘Gamification of Libraries in Universities : Potential Opportunities and Challenges’(2016). Beliau juga menulis mengenai Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI dalam buku Libraries in Malaysia (2018). Siti Sumaizan terlibat di dalam Persatuan Pustakawan Malaysia atau PPM sejak tahun 1990 dan dilantik sebagai Ahli Majlis, Setiausaha Kehormat dan kini terpilih sebagai Naib Presiden I PPM bagi tahun 2020-2022. Beliau juga dilantik menganggotai Jawatankuasa Kebangsaan IFLA untuk penganjuran IFLA World Library and Information Congress yang BIODATA PENULIS


Biodata Penulis 89 telah berjaya diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre pada 24-30 Ogos 2018 dengan penyertaan seramai 3,500 peserta dari seluruh dunia. Siti Sumaizan dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Perbadanan Perpustakaan Awam Perak pada bermula 2018. Beliau juga memainkan peranan aktif di dalam penganjuran ‘5th PERPUN International Conference’ (2016) dan wacana keilmuan di Perpustakaan Tuanku Bainun seperti Wacana Pemikiran Budayawan Azah Aziz (2013), Wacana Kepelbagaian dan Keunikan Masyarakat Negeri Sembilan (2014), Wacana Pemikiran Dr. Shaari Isa (2014), Wacana Buku Makna Baharu Perubahan Pendidikan (2014), Wacana Riwayat Tanjong Malim (2015), Wacana Pemikiran Cikgu Razak (2015), Wacana Pantun Beradat Santun Melayu (2017), Wacana Revolusi Perpustakaan Ke Arah IR 4.0 (2018) dan Wacana Pensejarahan Behrang Ulu (2020). RAJA AHMAD SHALABY BIN RAJA HASSAN Beliau berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Bertugas sebagai Pustakawan Kanan di Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI sejak 2002 hingga sekarang. Beliau banyak menulis buku-buku bacaan umum seperti Tokoh-tokoh Guru Nusantara (2004), Pak Lah dan Pendidikan (2005), Aspirasi Global UPSI 2004-2005 (2006), Wirabitara (2007), Perpustakaan Tuanku Bainun: Menyusuri Sejarah (2007), Menelusuri Jejak Peradaban (2012), SumbangsihPahlawan Melayu:Kapten Yazid binAhmad (2014), SuaraKedamaian: Antologi Puisi (2014), Yahaya Ibrahim: Ikon Pendidikan Negara (2017) dan Warisan Tanjong Malim (2018). Beliau bergiat aktif sebagai ahli Persatuan Sejarah Malaysia (PSM), Persatuan Sejarah Lisan Malaysia (PSLM), Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Ahli Seumur Hidup Persatuan Penulis Budiman Malaysia (BUDIMAN). Mulai 2012 beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Persatuan Penulis Budiman Malaysia hingga kini. Pernah menerima Anugerah Pentadbir Cemerlang (Penulisan) Majlis Sambutan Hari Pentadbir Universiti Awam 2016 di AKEPT, Negeri Sembilan dan Anugerah Pentadbir Cemerlang (Kategori Penulisan) di Konvensyen Transformasi Pentadbir Universiti Awam 2018 di Kuching, Sarawak.


Click to View FlipBook Version