The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddylia83, 2020-05-28 22:58:31

PERKHEMAHAN KHAS

NOVEL REMAJA

Keywords: KHEMAH

PerkKhheamsahan

Sekiranya Afiq, Zack dan
Ramlee mampu disumpah
menjadi lembu, nescaya tiadalah
sekandang atau seladang lembu
mahu menerima mereka. Bukan
kerana rupa paras, jauh sekali
kerana mereka sudah menghidap
penyakit berjangkit yang
membawa maut. Tetapi kerana

Perkhemahan Khas

perangai nakal tahap maksima
dan sering menimbulkan
masalah di sekolah.

Membuli, menyakat pelajar
lain sampai tahap mangsa minta
dipindahkan sekolah, bermain
di dalam kelas dan mendapat
keputusan yang teruk bagi setiap
peperiksaan, adalah antara
perkara yang mampu dilakukan
oleh tiga orang pelajar tingkatan
lima itu dengan baik.

Atas sebab itu, beberapa kali
mereka diberikan amaran oleh

3

Perkhemahan Khas

guru dan juga pengetua. Namun
semua itu masih gagal mengubah
perangai tiga sekawan. Lebih
teruk lagi, ibu bapa mereka
memberikan dorongan pula
terhadap sikap-sikap negatif itu.

Setiap kali dipanggil ke
sekolah, pasti guru yang akan
disalahkan. Anak mereka pula
tidak mungkin melakukan segala
perkara jahat yang diperkatakan.
Maka makin besarlah kepala,
makin bermaharajalela

4

Perkhemahan Khas

menjadi samseng sekolah yang
terkemuka.

Satu hari, mereka bertiga
dipanggil masuk ke dalam
pejabat pengetua. Tidak secuit
pun arahan itu menimbulkan
perasaan takut dalam hati. Malah
keluar masuk bilik pengetua
sudah macam keluar masuk
tandas sahaja pada mereka.

Ada pun perjumpaan kali
ini bukanlah sesuatu yang
disangkakan. Tiada rotan,
tiada tengking, tiada juga

5

Perkhemahan Khas

amaran keras. Tetapi pengetua
memberitahu yang mereka
bertiga telah dipilih mengikuti
satu perkhemahan. Di mana tiga
sekawan akan mewakili sekolah
buat pertama kalinya.

Ramlee dan Zack amat
berbesar hati menerima tawaran
itu. Tetapi tidak bagi Afiq. Dia
berasa kurang sedap hati. Tetapi
didiamkan sahaja sepanjang
masih berada di dalam pejabat
pengetua. Sebaik keluar, dia jadi
berkira-kira sama ada hendak

6

Perkhemahan Khas

memberitahu kawan-kawannya
ataupun tidak.

“Sumpah aku tak sangka kita
terpilih.” Zack memberitahu
dengan nada penuh teruja.

“Aku pun dah lama tak
berkhemah.” Ramlee membalas
dengan angguk kepala yang
bersemangat.

Sememangnya kali
terakhir mereka bertiga ikut
perkhemahan adalah ketika
berada di tingkatan dua. Tiga
sekawan yang dipanggil

7

Perkhemahan Khas

budak-budak jelmaan syaitan
telah mengakibatkan khemah
para peserta lain terbakar.
Apabila disiasat, puncanya
adalah kerana Afiq, Zack
dan Ramlee telah merokok di
dalam khemah tersebut. Sejak
dari insiden itu, mereka tidak
dibenarkan mengikuti mana-
mana perkhemahan.

“Tapi kau tak ada rasa
lain macam?” Akhirnya Afiq
bersuara.

8

Perkhemahan Khas

“Rasa apa?” balas Ramlee
dengan muka tertanya-tanya.

“Kau dah lupa? Sejak
tingkatan dua, kita diharamkan
ikut mana-mana perkhemahan
anjuran sekolah. Kenapa
sekarang tiba-tiba terpilih
jadi wakil sekolah? Lagi satu,
perkhemahan akan dibuat esok.
Huh... mengejut sangatlah!”
Afiq menyuarakan apa yang
terpendam di dalam hatinya.

“Afiq, aku rasa kau
banyak sangat tengok cerita

9

Perkhemahan Khas

penyiasatanlah! Sampai semua
benda rasa tak kena. Hish...
konon detektif agaknya!” Zack
meningkah. Sudahnya dia dan
Ramlee ketawa.

Afiq kembali memendam,
pada kala Ramlee dan Zack
terus-terusan teruja untuk
mengikuti perkhemahan.

“Aku yakin mesti ramai
perempuan lawa di sana
nanti.” Zack tersenyum sendiri
membayangkan barisan pelajar
perempuan yang cantik-

10

Perkhemahan Khas

cantik berdiri tersenyum di
hadapannya.

“Tentulah! Itu yang buat
aku tak sabar-sabar nak
pergi.” Ramlee membalas
sambil menggosok kedua-dua
belah tangannya gaya Romeo
Kampung Pisang.

“Hari terakhir di sana nanti,
kita buat kejutan baik punya!
Setuju?” cadang Zack secara
tiba-tiba.

11

Perkhemahan Khas

“Nak buat apa? Bakar
khemah lagi?” Ramlee ketawa
sendiri.

“Khemah kita terbakar dulu
sebab kau juga! Pegang rokok
pun tak betul.” Pantas sahaja
Zack mengingatkan.

“Si Afiq pun salah juga.
Cuak semacam... sikit-sikit
cakap dia nampak kelibat cikgu
datang ke khemah kita.” Ramlee
cuba-cuba bawa Afiq agar turut
serta dalam perbualan kerana

12

Perkhemahan Khas

menyedari kawannya itu diam
membisu sedari tadi.

Namun Afiq tidak membalas
apa, tetap membisu sahaja.
Kelihatan tenggelam dalam
lamunan sendiri selepas keluar
dari bilik pengetua.

Pada kala dua rakan lain tidak
sabar mahu ikut berkhemah,
entah kenapa Afiq susah hati
tidak terkira!

Waktu sudah pukul 5.00

13

Perkhemahan Khas

petang ketika Afiq, Zack dan
juga Ramlee tiba di Taman
Botanikal Lijau, dihantar oleh
dua orang guru yang tidak
pernah mengajar mereka.
Seorang guru lelaki dan
seorang lagi guru perempuan.
Menaiki kereta Proton Perdana,
sepanjang perjalanan...
masing-masing diam, melayan
lamunan.

“Baik... kita sudah sampai.
Dengar sini betul-betul, kamu
bertiga akan mewakili sekolah.

14

Perkhemahan Khas

Jadi saya harap sangat, tidak
akan timbul sebarang masalah.”
Guru lelaki itu memberi pesanan
sebaik sampai ke tempat
pendaftaran.

“Sekarang kamu bertiga
boleh masuk. Pergi daftar
nama di pintu gerbang.” Guru
perempuan pula bersuara.

Tanpa mengucapkan terima
kasih, tiga pelajar itu keluar
kereta. Melangkah penuh teruja,
Ramlee dan Zack bergerak
ke tempat yang diarahkan.

15

Perkhemahan Khas

Senyuman gembira terlukis jelas
pada wajah mereka. Ketika itu
juga, mata meliar memerhatikan
mana-mana pelajar perempuan
yang ada di situ.

Afiq pula berjalan dalam
kerisauan. Semalaman tidurnya
tidak lena. Fikirannya tidak
boleh berhenti memikirkan
akan keanehan perkhemahan
tersebut. Mereka tidak diiringi
oleh guru dari sekolah, hanya
dihantar ke tempat pendaftaran.
Malah semua pelajar dari

16

Perkhemahan Khas

sekolah lain juga kelihatan
begitu juga. Setahunya... ia tidak
pernah terjadi di mana-mana
perkhemahan antara sekolah.
Guru pengiring biasanya
menunggu bersama, bagi
memastikan keselamatan pelajar
di bawah tanggungjawabnya.

“Pergh... sana lawa!” bisik
Ramlee kepada Zack. Mereka
kemudian ketawa kecil.

“Itu aku punya, jangan
kacau!” Tunjuk Zack pula
dengan gaya gatal maksima.

17

Perkhemahan Khas

Hanya Afiq tetap melangkah
tanpa kata. Hatinya masih
terasa tidak enak. Dia pasti ada
sesuatu yang tidak kena dengan
perkhemahan tersebut.

Di belakang mereka, dua
guru tadi memerhati dari
dalam kereta. Proton Perdana
yang dipandu, belum bergerak
berlalu. Seolah menanti dan
menunggu supaya Afiq, Zack
dan Ramlee betul-betul masuk
ke kawasan perkhemahan itu.
Ada senyuman sinis pada wajah

18

Perkhemahan Khas

guru lelaki itu. Manakala guru
perempuan pula kelihatan
sedikit keberatan melepaskan
tiga pelajar sekolahnya pergi.

“Perlu ke mereka ikut
perkhemahan ni?” Guru
perempuan itu bersuara.

“Arahan sudah diberikan,
cikgu. Budak bertiga tu
lebih dari layak untuk ikut
perkhemahan ni. Sekolah tidak
mahu menanggung kejatuhan
peratus pelajar lulus SPM kerana
mereka. Biar ada perubahan!”

19

Perkhemahan Khas

Guru lelaki menjawab dengan
nada serius sebelum berlalu
pergi, tidak kembali lagi...

Selepas mendaftar, semua
pelajar disuruh berkumpul
dan mengikut empat orang
petugas yang berpakaian serba
hitam. Dua lelaki dan dua lagi
perempuan. Mereka memakai
baju lengan panjang dan
seluar sukan. Wajah serius.
Tidak pernah mempamerkan

20

Perkhemahan Khas

senyuman. Buat Afiq makin
memandang pelik terhadap
setiap apa yang berlaku di
sekelilingnya.

Memerhatikan pelajar dari
sekolah lain... dari gaya dan
kelakuan mereka, Afiq sedar
satu perkara. Semua yang hadir,
bukanlah jenis pelajar yang
cemerlang dan berdisiplin!
Masing-masing lebih kurang
sama perangai... perangai
syaitan. Tetapi Ramlee dan Zack
langsung tidak sedar tentang hal

21

Perkhemahan Khas

itu kerana sibuk melihat gadis-
gadis berdahi licin.

Setelah selesai sesi
pendaftaran, mereka semua
dibawa ke satu kawasan lapang
yang berumput. Dikelilingi
pokok bunga kemboja...
macam kawasan perkuburan
pada pandangan Afiq! Dia
jadi meremang, tetapi terpaksa
memendam semua perasaan
yang bermain di ruang hatinya.

Di kawasan lapang itu, semua
peserta diarah membina khemah

22

Perkhemahan Khas

mengikut sekolah. Satu khemah
akan didiami seramai tiga orang.
Afiq seketika merenung setiap
kumpulan. Ada sekolah yang
menghantar wakil sampai enam
orang. Kenapa jumlah wakil
tidak sama? Satu lagi persoalan
yang bermain dalam kepalanya.

“Kau masih ingat macam
mana nak bina khemah?” Zack
bertanya kepada Afiq.

“Ingatlah!” Afiq membalas
serius.

23

Perkhemahan Khas

“Jangan jadi macam dulu.
Sampai lima segi khemah kita
jadinya sebab kau yang buat.”
Ramlee ketawa bersama Zack,
mengharap Afiq akan kembali
ceria seperti selalu.

Ternyata masing-masing
masih ingat lagi peristiwa di
mana Afiq dengan begitu yakin
memberitahu kononnya dia
pandai membina khemah. Pada
kala Kudin dan Ramlee tidak
pernah langsung memegang
besi-besi yang patut dipacak ke

24

Perkhemahan Khas

tanah. Jadi mereka ikut semua
arahan Afiq. Sudahnya hasil
akhir khemah yang terbina
dapat gelaran ‘Khemah Lima
Segi’. Habis digelak oleh
pelajar lain, mujurlah khemah
itu terbakar. Tidak sempat ada
bukti bergambar, kalau tidak
pasti viral dalam media sosial.

Semasa membina khemah,
Zack dan Ramlee sibuk
memerhatikan pelajar-pelajar
perempuan yang berkumpul
tidak jauh dari tapak khemah

25

Perkhemahan Khas

mereka. Ada satu garis diletak
antara tapak penempatan
khemah pelajar lelaki dan
perempuan. Garis itu dijaga
oleh empat orang berpakaian
serba hitam. Dua lelaki dan dua
perempuan.

Afiq turut memerhatikan
petugas-petugas yang ada di
situ. Mereka semua seperti
robot. Tidak punya perasaan.
Riak muka selalu serius. Gerak-
geri seperti askar terlatih.
Buatkan tiada siapa berani

26

Perkhemahan Khas

melintasi sempadan yang sudah
ditetapkan.

Kini hari mula bertukar senja
ketika majoriti kumpulan sudah
selesaimembinakawasantempat
tinggal sementara berbentuk
khemah kanvas. Namun tiada
pelajar yang dibenarkan
berada di dalam khemah
selagi ada pelajar yang belum
siap membinanya. Mengeluh
Ramlee dan Zack dibuatnya
kerana terpaksa tercongok
seperti tunggul, menunggu baki

27

Perkhemahan Khas

gadis-gadis lemah-gemalai
yang belum siap menyelesaikan
tugasan pertama.

Akhirnya tepat jam 7.10
petang, kumpulan terakhir
siap mengukuhkan setiap
penjuru kanvas. Ketika itu,
barulah semua peserta diberi
lampu hijau untuk masuk ke
khemah. Dengan penuh teruja,
Ramlee dan Zack memasukkan
semua beg pakaian mereka dan
berebut-rebut mencari ruang
yang paling selesa. Afiq masih

28

Perkhemahan Khas

diam membisu. Tidak seperti
dua geng sekepala yang sedari
tadi rancak berbual.

“Kau kenapa? Gaya macam
orang bisu, senyap semacam.”
Ramlee akhirnya menegur.

“Entah... Afiq, kau macam
ada masalah.” Zack pula
mencelah.

“Aku tak sedap hatilah
tentang perkhemahan kali ni.
Semuanya rasa pelik... kau
berdua tak nampak?” Afiq

29

Perkhemahan Khas

akhirnya bersuara, rendah
nadanya.

“Apa yang peliknya? Cuba
kau beritahu kami,” Ramlee
waktu itu sudah membuka beg,
mengeluarkan keropok lalu
dikunyah sambil mendengar
cerita Afiq. Semacam menonton
TV.

“Pertama, kita semua tak ada
cikgu pengiring. Tak pernah ada
perkhemahan yang mewakili
sekolah, pelajar dibiarkan
tanpa cikgu pengiring. Kedua,

30

Perkhemahan Khas

kenapa semua pelajar dalam
perkhemahan ini lebih kurang
sama perangai dengan kita?
Tak nampak macam pelajar
skema ataupun wakil sekolah
yang berdisiplin. Ketiga, kita
dikawal oleh pegawai-pegawai
yang pakai baju serba hitam.
Tak pernah senyum. Semua
macam robot. Tak ada rupa
pelatih ataupun pakar motivasi
pun?” Afiq dengan panjang
lebar, menerangkan segala
pemerhatiannya.

31

Perkhemahan Khas

Ramlee dan Zack terdiam
seketika. Cuba memikirkan
semua yang telah diberitahu
oleh kawan baik mereka.

“Aku rasa di sini... si
perempuan pakai tudung ungu
tadilah yang paling lawa sekali.”
Zack tiba-tiba bersuara ke arah
Ramlee.

“Kalau aku, tak mainlah pilih
yang pakai tudung. Perempuan
tayang rambutlah lagi anggun.”
Ramlee membalas dengan

32

Perkhemahan Khas

senyum Romeo sebelum
keduanya ketawa serentak.

Afiq mengeluh keras. Dia
sudah agak! Dua kawannya itu
tidak akan ambil peduli dengan
apa yang diperhatikan tentang
perkhemahan. Sudahnya dia
baringdansumbattelingadengan
earphone bagi mendengar lagu
kegemaran. Malas mendengar
suara dua mangkuk hayun
yang sibuk berbincang tentang
perempuan idaman.

33

Perkhemahan Khas

Selepas senja, malam
akhirnya tiba merajai
hari. Menjadikan kawasan
perkhemahan gelap sekali.
Tiada lampu tersedia di luar.
Pelajar-pelajar mula rasa
pelik dan merungut kerana
kegelapan itu buatkan mereka
seperti duduk di dalam gua.
Termasuklah Ramlee dan Zack.
Manakala Afiq masih dengan
watak pendiamnya.

“Apa jadahnya gelap gila?
Hish... macam tak bayar bil

34

Perkhemahan Khas

elektrik!” Ramlee bising-bising
di dalam khemah.

“Nasib baik ada lampu dari
telefon kau.” Zack memberikan
arahan agar menjadikan telefon
bimbit Ramlee sebagai lampu
suluh.

“Takkan nak harap lampu ni
saja? Habislah bateri.” Ramlee
merungut lagi, terasa rugi.

Tidak lama kemudian,
kedengaran bunyi siren dari
alat pembesar suara. Ia menarik
perhatian semua pelajar.

35

Perkhemahan Khas

“Semua diminta keluar dari
khemah dan berkumpul di sini.
Sekarang!” Suara seorang lelaki
bergema nyaring dari corong
pembesar suara.

Pantas mengikut arahan yang
diberikan, dalam kegelapan,
mereka berjalan ke arah
lapan pegawai urusetia yang
berpakaian serba hitam. Dua
daripadanya memegang lampu
suluh besar. Ia membantu
memudahkan semua peserta

36

Perkhemahan Khas

perkhemahan berkumpul
bersama.

Setelah cukup bilangan,
hanya berpandukan lampu suluh
petugas... para peserta diarah
berjalan dalam kegelapan.
Mereka menuju ke satu tempat
yang diterangi lampu obor.
Obor-obor tersebut disusun
menjadi satu bulatan besar.
Muat untuk kesemua 22 orang
pelajar. Di situ peserta diminta
duduk dalam barisan, mengikut
sekolah. Mereka semua

37

Perkhemahan Khas

menghadap para petugas yang
jumlahnya lebih daripada 12
orang.

Afiq masih dengan rasa
tidak sedap hatinya. Hanya
Tuhan sahaja yang tahu betapa
seksanya menanggung perasaan
itu. Buat dia jadi pendiam dan
sering berada dalam kerisauan.

Tidak lama kemudian,
datang seorang lelaki tua yang
memakai baju sut serba putih.
Dari rupa dan penampilannya,

38

Perkhemahan Khas

jelaslah, itu adalah ketua kepada
semua petugas yang ada.

“Selamat malam semua!”
Lantang lelaki tua itu bersuara.

Hampir serentak semua
menjawab. Tetapi ramai antara
mereka yang bersuara dengan
nada mengejek. Main-main dan
tidak serius. Buat Afiq tambah
pasti, semua pelajar yang
dihantar ke situ adalah samseng
sekolah yang bermasalah.

“Tujuan kamu dihantar
ke sini adalah bagi mewakili

39

Perkhemahan Khas

sekolah masing-masing dalam
perkhemahan khas ini. Di mana
ia diadakan bersempena dengan
permintaan para pengetua kalian
semua.” Lelaki itu bercakap lagi
tanpa mahu memperkenalkan
diri.

Para pelajar yang ada di situ
sudahmulatidakambilperhatian.
Ada yang sibuk berbisik-bisik.
Wujud juga yang tersenyum-
senyum sebab berkongsi
gosip. Ramai yang buat-buat
tertidur. Tetapi Afiq menumpu

40

Perkhemahan Khas

sepenuh perhatian kepada lelaki
tersebut. Manakala Ramlee dan
Zack sudah mula berbincang
tentang pelajar perempuan yang
menjadi pilihan mereka.

“Ada pun nama asal
perkhemahan ini adalah
perkhemahan pembersihan.
Tetapisekarangiasudahsemakin
maju dan berjaya. Ramai pihak
yang tampil memberikan tajaan
kepada program ini.” Afiq
sendiri tidak mengerti kenapa

41

Perkhemahan Khas

lelaki itu mahu menerangkan
segalanya kepada mereka.

“Mungkin ada yang
menyedari, semua peserta
dalam perkhemahan ini terdiri
daripada pelajar-pelajar yang
bermasalah.” Lelaki tua itu
memandang tepat ke arah
Afiq. Satu senyuman sinis
dilemparkan, buat Afiq tambah
berdebar.

Hampir tiada lagi orang yang
mengambil perhatian kecuali
Afiq. Lelaki tua itu dan semua

42

Perkhemahan Khas

petugas seperti tidak ambil
kisah melihat pelajar lain sudah
mula berbual sesama sendiri.
Suara-suara latar belakang yang
bercakap sudah semakin kecoh,
bagaikan lebah-lebah yang
menghurung.

“Sejak perkhemahan ini
diadakan, statistik pelajar yang
gagal dalam SPM nampaknya
semakinmenurun.Iamenjadikan
lebih banyak sekolah merasa
yakin dengan program kami
ini. Pelajar seperti kalian semua

43

Perkhemahan Khas

adalah target utama. Kami akan
pastikan kalian semua tidak
lagi jadi penyumbang kepada
peratusan pelajar yang gagal
SPM untuk sekolah masing-
masing,” terang lelaki tua itu
lagi.Matanyamasihmemandang
ke arah Afiq.

Ketika itu, suara pelajar
semakin lama semakin nyaring
kedengaran. Mereka sudah
tidak peduli langsung pada
penerangan si lelaki tua. Afiq
pula masih menumpukan fokus

44

Perkhemahan Khas

dan duduk diam. Lelaki tua
itu kemudian berjalan ke arah
salah seorang daripada petugas.
Boleh dilihat dengan jelas, dia
membisikkan sesuatu kepada
petugas lelaki itu. Mereka
berdua kemudian serentak
melihat ke arah Afiq. Buatkan
Afiq cepat-cepat menunduk.

Sebaik lelaki tua itu berlalu
pergi, datang lagi beberapa
orang petugas. Kali ini mereka
hadir bersama meja lipat,
makanan serta minuman. Lalu

45

Perkhemahan Khas

disusun semua hidangan dan air
penghilang dahaga di atas meja
dengan penuh teratur. Menarik
perhatian semua pelajar.

“Semua boleh makan
sekarang!” laung salah seorang
daripada petugas yang ada di
situ.

Setiap pelajar diberikan
sebungkus nasi berlauk dan
juga sebotol air mineral.
Mereka disuruh berbaris
mengambil makanan. Selepas
itu diarah menjamu selera

46

Perkhemahan Khas

sambil diperhatikan oleh semua
petugas.

Afiq jadi tidak selesa
diperhatikan seperti tikus
ditenung helang. Tetapi ternyata
hanya dia seorang sahaja yang
merasa begitu. Orang lain
asyik bersembang dengan
mulut penuh... malah bertepuk
bertampar gaya majlis makan-
makan, bersuka ria tanpa
sempadan.

“Kenapa awak tak makan?”
Seorang petugas menegur Afiq.

47

Perkhemahan Khas

“Saya... err... saya tak lapar
lagi.” Tergagap Afiq menjawab.

“Takelokmembazir.Lagipun
lepas ini tiada lagi makanan dan
minuman disediakan.” Petugas
lelaki itu memberitahu dengan
nada tegas.

Terus Afiq menjamah
makanan, risau juga kalau nanti
lapar di tengah malam. Sebaik
menyuap nasi ke mulut, petugas
lelaki itu tersenyum sinis dan
berlalu meninggalkannya.

48

Perkhemahan Khas

Suasana di situ sudah
seperti sebuah parti. Cuma
tiada muzik yang dipasang.
Semua pelajar makan, minum
dan berbual sesama sendiri.
Tidak mempedulikan petugas-
petugas yang memerhati ulah
mereka. Hanya Afiq masih
duduk makan dan minum di
tempatnya secara sendirian.
Ramlee dan Zack sendiri sudah
mula menegur beberapa orang
pelajar perempuan.

49

Perkhemahan Khas

Ketika itulah, Afiq sedar yang
petugas lelaki yang menegurnya
tadi, masih memerhatikan
dirinya. Tapi dia buat-buat
tidak tahu dan hanya sesekali
mencuri pandang melalui lirikan
hujung mata. Habis sahaja
nasi yang terhidang, kini Afiq
membasahkan tekak dengan air
yang disediakan. Secara tiba-
tiba, entah kenapa Afiq merasa
kelopak matanya semakin
berat. Mengantuk yang teramat
sangat! Padahal sebelum ini dia
segar dan langsung tidak penat.

50


Click to View FlipBook Version