The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddylia83, 2020-05-28 22:58:31

PERKHEMAHAN KHAS

NOVEL REMAJA

Keywords: KHEMAH

Perkhemahan Khas

Seketika disedari, beberapa
orang pelajar lelaki dan
perempuan sudah mula
terbaring. Tidur dengan
nyenyaknya. Pandangan Afiq
sendiri akhirnya menjadi
gelap....

Suara jeritan pelajar lelaki
mengejutkan lena. Afiq terkejut
kerana ketika itu dia sudah
berada di dalam khemah. Begitu
juga dengan kawan-kawannya.

51

Perkhemahan Khas

Cepat-cepat dikejutkan Ramlee
dan Zack. Beberapa kali juga
terpaksa digoncang tubuh
dua sahabatnya itu sampailah
terjaga.

“Apa hal kau kejut aku?”
Ramlee merungut sambil
membetulkan duduknya.

“Entahnya... kacau daun
betul. Aku nak tidurlah!” Zack
turut menggosok mata.

“Tadi aku dengar ada
orang menjerit.” Afiq pantas

52

Perkhemahan Khas

memberitahu dengan nada
panik.

Ramlee dan Zack diam
seketika, mereka cuba
mengamati suara jeritan yang
dimaksudkan. Namun tiada apa
yang kedengaran selain dari
bunyi cengkerik hutan.

“Mana ada orang menjerit?
Kau mimpilah.” Zack
bersuara sebelum menggeliat
membetulkan tubuh badan.
Lenguh-lenguh kerana tidur di
dalam khemah.

53

Perkhemahan Khas

“Lagi satu, macam mana
kita boleh ada di sini? Bukan
tadi kita semua makan-makan
di padang?” Sekali lagi Afiq
bersungguh memberitahu fakta
itu kepada kawan-kawannya.

Ramlee dan Zack kelihatan
berfikir, cuba mengingat
kembali apa yang berlaku...
sampai berkerut-kerut dahi dan
mengurut dagu.

“Betul juga! Macam
mana kita boleh ada di dalam

54

Perkhemahan Khas

khemah?” Ramlee tiba-tiba
segar, membulat mata terbeliak.

“Lagi satu... kenapa aku
tiba-tiba rasa mengantuk yang
amat sangat masa makan
tadi?” Giliran Zack pula sedar,
mengetap bibir sendiri.

Mereka terdiam dan saling
berpandangan antara satu sama
lain. Tiba-tiba kedengaran lagi
suara jeritan. Tetapi kali ini
bukan seorang. Ramai! Lelaki
dan perempuan! Semua menjerit

55

Perkhemahan Khas

ketakutan dan ada juga yang
menjerit kesakitan.

“Apa tu?” Zack mula panik.

“Manalah aku tahu!” Ramlee
telan liur, mula berdebar hati.

Afiq mengambil langkah
proaktif, perlahan-lahan
menjenguk ke luar khemah.
Tidak sampai lima saat, cepat-
cepat ditutup pintu khemah
dan terus terduduk. Menggigil
ketakutan.

“Kau dah kenapa?” Ramlee
mengerut muka.

56

Perkhemahan Khas

“Luar... di luar tu!” Afiq
bercakap dalam nada penuh
ketakutan.

“Apa hal? Kenapa? Apa yang
ada di luar?” Ramlee bertanya
lagi bertubi-tubi, mahu jawapan
segera daripada Afiq.

Kini giliran Ramlee pula
menjenguk keluar. Seperti
Afiq, tindakannya juga berakhir
dengan duduk menggigil
ketakutan. Buat Zack semakin
hairan.

57

Perkhemahan Khas

“Kenapa ni? Cakaplah! Apa
hal kau berdua takut sangat?”
Zack semakin panik apabila
melihat bukan setakat Afiq
yang menggigil, malah Ramlee
yang berani pun turut sama
menunjukkan respons yang
serupa.

“Di luar sana! Ada banyak…
pontianak!” Seluruh tubuh
Ramlee berketar.

Zack tergamam. Melihat riak
wajahduakawannyaitu,diapasti
mereka tidak menipu. Tambah

58

Perkhemahan Khas

mendebarkan apabila ketika itu
juga, mereka mendengar suara
perempuan mengilai. Semakin
lama semakin dekat dengan
khemah!

Pada ketika itu, tiga sekawan
cuba duduk diam-diam di dalam
khemah. Berharap makhluk
yang ada di luar sana segera
menghilang. Keadaan jadi sepi,
suara perempuan mengilai tadi
juga sudah berhenti. Malah
jeritan pelajar lain juga tidak
kedengaran lagi.

59

Perkhemahan Khas

“Tolong!” Mengejut, kepala
Zack ditarik oleh satu tangan
yang panjang! Kukunya hitam
bersalut darah segar. Segalanya
berlaku dengan pantas tanpa
dapat dihalang, tubuh remaja
lelaki itu diheret keluar.

“Zack!” Ramlee menjerit
pada tahap maksima, hingga
terasa hampir terkeluar anak
tekaknya. Namun untuk
membantu, itu bukanlah pilihan
bijak. Mana mungkin keluar
khemah dan berhadapan dengan

60

Perkhemahan Khas

banyak pontianak. Semua
berkeliaran mencari mangsa!

Tidaklamaselepasitu,giliran
Ramlee pula ditarik keluar!
Tidak sempat mahu berpaut
pada apa-apa, buatkan Afiq
yang menyaksikan segalanya...
ketakutan sampai menitiskan
air mata. Di luar khemah, dapat
didengar dengan jelas... suara
dua sahabat menjerit kesakitan
sehingga akhirnya suasana
kembali senyap.

61

Perkhemahan Khas

Afiq berkali-kali meraup
muka, menampar pipinya.
Mengharap segala yang berlaku
adalah mimpi ngeri. Namun
malangnya semua yang terjadi
memang di alam nyata!

Keadaan sunyi itu begitu
mendebarkan. Afiq sudah tidak
segan-segan menangis meraung
ketakutan kerana tidak pernah
dalam hidupnya merasa trauma
sebegitu hebat.

Tiba-tiba kedengaran
kembali suara perempuan

62

Perkhemahan Khas

mengilai di luar khemahnya.
Jelas dan sangat dekat! Bukan
satu tetapi ramai perempuan
yang sedang mengilai. Afiq
menutup muka, menyesali
segala perbuatan dosa yang
pernah dilakukan sepanjang
hidupnya. Taubat pada
hujung nyawa disertai dengan
hamburan air mata yang keluar
semahunya. Sisa semangatnya
sudah hampir tiada. Sungguh...
dia tidak kuat lagi. Namun pada
masa yang sama, tidak tahu cara
mahu mempertahankan diri.

63

Perkhemahan Khas

“Tolong! Jangan bunuh
aku!” Itulah sahaja yang dapat
dilakukan, Afiq merayu dengan
suara lemah. Matanya sudah
kuyu, lalu ditutup pasrah.
Suara mengilai di luar khemah
masih jelas kedengaran,
meremangkan bulu roma...
mampu membuatkan satu tubuh
jadi sejuk dibuatnya.

Akhirnya, akibat takut yang
teramat sangat... Afiq jatuh
pengsan!

64

Perkhemahan Khas

Sinaran matahari pagi
menyedarkan Afiq. Pantas
dibuka matanya. Namun dia
harus menunggu beberapa saat
sebelum penglihatannya jadi
jelas. Dia kini sedang duduk di
dalam sebuah bas. Hanya dia
dan empat orang petugas lelaki
berbaju serba hitam di situ. Bas
itu tidak bergerak.

“Dia sudah sedar, tuan.”
Salah seorang daripada petugas

65

Perkhemahan Khas

itu memberitahu melalui walkie
talkie.

Afiq memerhati mereka
dalam kebingungan. Dia tidak
tahu apa yang hendak difikirkan.
Akalnya masih buntu, pemikiran
bagaikan terbantut.

Tidak lama kemudian, lelaki
tua yang memakai baju sut
serba putih masuk ke dalam
bas. Berdiri di hadapan tempat
duduk Afiq, satu senyuman
sinis dipamerkan kepada pelajar
tingkatan lima itu.

66

Perkhemahan Khas

“Kamu sangat bertuah kerana
diberikan peluang kedua.”
Lelaki tua itu memberitahu.
Afiq tidak membalas apa, hanya
terkebil-kebil memandang.

“Semua yang lain sudah
dibersihkan. Selepas ini, mereka
tidak lagi jadi masalah kepada
mana-mana sekolah yang
menggunakan perkhidmatan
kami,” beritahu lelaki itu lagi.

Masih Afiq belum mampu
berkata apa-apa, segala kejutan
itu cuba diproses oleh minda.

67

Perkhemahan Khas

“Kamu... saya pilih untuk
kecualikan kerana malam tadi
dilihat masih punya harapan
untuk diubah. Cuma mungkin
dua rakan kamu itu selama ini
mempengaruhi. Sampai jadi
masalah kepada sekolah dan
pelajar-pelajar lain. Sekarang
mereka berdua sudah mati. Jadi
tiada alasan untuk tidak berubah
jadi lebih baik dan tidak nakal
lagi.” Lelaki tua itu tersenyum
sinis, bagaikan itulah satu-
satunya gaya senyuman yang
diketahui.

68

Perkhemahan Khas

Afiq meneguk air liur, kelat
dan perit. Jelaslah, segala yang
berlaku itu realiti. Zack dan
Ramlee kini sudah tiada lagi.

“Saya harap kamu akan
berubah perangai, cuba untuk
tidak gagal dalam SPM. Jangan
buat masalah lagi di sekolah.
Kalau masih tiada perubahan,
semua makhluk yang kamu
nampak semalam... akan
memburu sampai mereka dapat
bunuh kamu. Faham?”

69

Perkhemahan Khas

Cepat-cepat Afiq angguk
kepala, berderau darah
mendengar ugutan itu.

“Lagi satu... jangan
beritahu sesiapa tentang apa
yang sebenarnya berlaku di
perkhemahan khas ini kalau
kamu masih mahu hidup! Ingat,
bocor rahsia... maut menunggu!”

Afiq mengangguk akur.
Siapa sangka... perkhemahan
yang dihadirinya adalah
perkhemahan khas yang amat

70

Perkhemahan Khas

menyeramkan dan mampu
mengubah perangai!

71


Click to View FlipBook Version