The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by eddylia83, 2021-06-14 07:26:23

NEVER BE ALONE

NEVER BE ALONE

Keywords: ALONE

1

NEVER BE ALONE

Jangan Pernah Merasa Sendiri

2

Warkah Kecil Untuk Tuhan

Tuhan, tidak pernah diam
Saat menyaksikan kau terluka
Luka yang dihiris dengan dosa semalam

Apakah disana ada kebahagiaan untukmu?
Setelah sekian lama kau menjenguk dunia..
Kau berlari- lari meninggalkan kedukaan

Kau berdiri di tebing fajar, merenung
Akan kehidupan yang kau jalani

Aku pernah merasa kedukaan ini,
Lantas, Mengapa kau tidak berkata-kata

Pada si dia,
Dia mengerti segala, tumpahkan semuanya

Jangan ada yang tersisa.
Kerna dia terlebih mencintaimu daripada kamu

mencintainya

Warkah Kecil untuk Tuhan.
Hadi Fayyadh

3

bab 1
KETAHUILAH,
KAU TIDAK PERNAH SENDIRI

4

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Duhai diri yang merasakan kesunyian dan
kekosongan, jangan berhenti lagi. Berjalanlah
dan mengembaralah untuk merasai segala
mehnah yang terbentang untukmu dihadapan.

Tuhan tidak pernah berjanji bahawa hidup ini
mudah, tetapi Tuhan berjanji bahawa dia akan
sentiasa bersama kamu mengharungi hidup
dan liku-likunya.

Hatimu pasti tidak akan sunyi, percayalah
andai kamu meletakkan Tuhan adalah tujuan
dan matlamat kehidupan. Tentunya ada
sahaja pertanyaan dalam diri yang akan
membuatkanmu termenung menyendiri.

Apa yang aku inginkan dalam hidupku?
Mengapa aku tidak bahagia seperti mereka?
Ujian atau balakah yang terus menerus
diletakkan atas bahuku selama ini ? Perlukah
aku bertahan mengharungi semua ini ? Siapakah
yang sepatutnya aku adukan semua resah dan
gelisah yang berbalam di dalam hati ?

Masihkah wujud mereka yang memahami
hatiku, atau sekadar mencari khilaf dan
silapku ? Apa salahku ? Kamu memutarkan
pemikiranmu dengan bertubi-tubi pertanyaan,
lantas akhirnya kamu merasakan dirimu tidak
berguna, sunyi dan kosong.

5

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Kamu tidak tahu kemana arah tujuan soalan
yang perlu dijawab sejujurnya. Kamu bingung
akan apa yang terjadi dalam hidupmu, sehingga
ada yang menyalahkan Tuhan dan taqdir lalu
berputus asa dengan hidup.

Pencarian kamu terhenti dan kamu membiarkan
dirimu dipaut arus ajakan Iblis dan Syaitan
yang mahukan kamu melupakan Sang Tuhan.
Maka pertanyaan jujur ini diajukan kepadamu,
mampukah masa itu dikembalikan?

Sehingga kembalinya masa itu, kamu akan
berterusan merasai nikmat kenangan lantas
tidak lagi menangisi kepergian kenangan-
kenangan yang cukup berharga bagi kamu yang
memiliki hati.

Senyuman bahagia pasti akan sentiasa terukir
di wajahmu. Namun, percaturan Tuhan tidak
seperti apa yang kamu harapkan. Mengertilah,
bahawa kenangan itu ada yang menyakitkan
sehingga ada yang tidak lagi mahu
mengulanginya, dan boleh jadi juga kenangan
itu suatu yang membahagiakan sehingga ada
yang tidak mahu mengakhirinya.

Apapun, sebagai hamba tidaklah mampu
kamu yang mengaturkannya. Terserah dan
bertawakal, kerana DIA lah pemilik segala
empunya.

6

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Kenangan yang meninggalkanmu seringkali
meninggalkan bekas di hati. Hati mungkin terasa
kosong dan sunyi. Sepi dari keriuhan manusia
yang ramai, kerana kenangan itu sentiasa diulit.
Hatimu tidak terisi dengan kebahagiaan.

Kamu terus mencari dan mengintai makna
kebahagiaan sehingga kamu mencemburui
kebahagiaan yang dimiliki insan lain.

Walaupun kamu memiliki sesuatu yang tidak
dimiliki oleh kebanyakkan manusia, kamu
dikagumi dalam lapangan kehidupanmu,
namun kamu masih tidak mengerti mengapa
kekosongan dihati terasa begitu sehingga ke
ruang yang paling dalam.

Nafas yang kamu hembus, udara yang kamu
sedut, jantung yang terus berdegup tidak pernah
disiakanNYA kerana Tuhan tahu bahawa kamu
kuat untuk jalan yang disediakan untukmu.
Jangan sesekali menyerah.

Isikanlah kembali ia dengan ayat-ayat Tuhan.
Ia sentiasa dahagakan peringatan dan amaran.
Perdengarkan dan belailah ia, warkah Sang
Tuhan tidak ada penipuan, semuanya telah
tersusun dan terakam.

7

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Bacalah satu persatu, fahami makna dan
tadabburlah kandungannya. Ia sesuatu
yang tidak ternilai buatmu Insan. Disinilah
bermulanya Pautan Tuhan. Jernihkan keruh
kesombongan yang berkeladak dihati.

Ajarilah hati agar sentiasa merendah diri, sedar
bahawa hidup ini bukan untuk jangka masa
yang lama. Andai kamu bahagia, bahagia kamu
cuma sementara, andai kamu derita, derita
kamu juga sementara, andai kamu kaya, kaya
kamu juga sementara dan andai kamu miskin,
miskin kamu juga adalah sementara.

Janganlah sesekali hatimu mengatakan bahawa
apa yang terjadi dalam hidupmu adalah untuk
selamanya. Boleh jadi, apa yang berlaku hari ini
akan berubah pada keesokkan harinya.

Bukankah kamu pernah melihat bahawa setiap
permulaan pasti akan ada pengakhiran. Betapa
kamu suka kepada percutian kamu yang
menyeronokkan, akhirnya kamu akan terpaksa
pulang juga ke tempat kerjamu.

Sungguh kamu mencintai kereta yang kamu
beli hasil titik peluh kamu, terkadang juga ia
rosak dan membebankanmu. Bukankah ia juga
sementara?

8

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Firman Allah SWT ;

“ Setiap segala sesuatu yang bernyawa pasti akan
merasai kematian. Yang kekal hanyalah Dzat Allah
SWT yang Maha Agung”

(Surah Al Baqarah )

Maka untuk apa kamu menangisi sesuatu yang
bakal kamu tinggalkan?

Menangislah kepada sesuatu yang belum
cukup untuk kamu bawa bekal saat kamu
ditelanjangkan di hadapan Tuhan.

Hatimu tidak akan sunyi lagi saat memikirkan
tentang masa kamu dengan Tuhan, bagaimana
soal ibadah yang telah kamu tinggalkan.

Apakah kamu yakin setiap Solatmu diangkat ke
langit dan diterima olehNYA? Memikirkan soal
seumpama ini bakal menghidupkan hatimu
yang kosong dan mati.

Hati yang kosong adalah hati yang tidak
memahami hidup untuk apa dan selepas
ini kemana, maka lahirlah angan-angan dan
kedukaan yang berpanjangan. Harus kamu
ketahui, bahawa hidupmu pasti akan dilukai,
disakiti dan ditinggalkan sendiri.

9

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Maka, Tuhanmu telah menyediakan penawar
bagi penyakit ini iaitu, mintalah pertolongan
dengan mengerjakan Sabar dan Solat, kerana
sesungguhnya Tuhan itu beserta dengan mereka
yang bersabar.

Duduklah dengan merenung tajam kata-kata
ini, hati yang kosong adalah umpama botol
yang kosong, tidak ada nilainya pada sesiapa,
namun jika botol itu diisi dengan air yang lazat
lalu di baluti dengan jenama yang mahal, maka
letaklah berapapun harganya, akan ada yang
sanggup untuk membelinya.

Itulah analogi bagi hati, ia kosong sangat
tidak bererti, maka terpancar pada kamu yang
memilikinya. Rawatlah dan asuhlah kembali,
agar ia matang dan kental hadapi hidup ini.
Hati yang kosong juga antaranya disebabkan
timbunan dosa selama kamu berusaha keras
melakukannya.

Dosa juga perlu usaha, ia tidak datang dengan
sendirinya, namun kamu tidak merasai kerasnya
usaha yang kamu lakukan bahkan terasa begitu
mudah kerana kamu terus dibantu oleh nafsu
dan syaitan yang setia bersama.

Hati akan terasa seperti tidak ada apa-apa
perlakuan yang melanggar Syariat apabila ia
telah terlalu lama berendam dengan air maksiat.

10

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Hati ini akan terkesan dengan titik-titik yang
menggelapkan dan menghitamkan sehingga
terhijab daripada hidayah Allah SWT. Hati
yang terhalang dengan hidayah Allah,
akan menyebabkan ia tidak nampak cahaya
kebenaran yang akan menyingkirkan rasa
kekosongan yang berkampung dihati.

Ketahuilah, bahawa kondisi dosa itu juga
adalah seperti melengah-lengahkan Solat,
meremehkan dosa-dosa kecil, mengumpat,
menghina peribadi orang lain dan sebagainya.

Selain itu, kamu memuji diri sendiri, terasa
ujub dengan kelebihan diri, sehingga tatkala
kamu memandang cermin, kamu terasa bangga
kerana memiliki rupa paras yang menarik juga
boleh membawa kepada permulaan dosa-dosa
yang akan mematikan dan mengosongkan hati.

Lazimnya kamu menyangka, dosa seperti
berzina, meninggalkan Solat, membunuh dan
sebagainya itu yang akan menggelapkan dan
mengosongkan hatimu, walhal dosa-dosa kecil
yang diremehkan juga turut memberi kesan
terhadap hati kamu. Seorang penyair Arab
pernah menulis dalam bait-bait Syairnya :

11

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Apalah makna hidup
Kalau hati itu mati
Umpama mayat yang tidak bererti
Jasad yang tiada ruh abadi

Janganlah dipanjangkan angan-angan semalam
Semuanya binasa pasti binasa
Akan hancur dimakan ulat dan tanah
Mengapa mengharap pada yang fana

Ada bertanya, untuk apa hidup
Jawabnya singkat hanya untuk mati
Jadi jangan berputus asa kerana hidup
Kerana hidupmu hanya semata-mata mati

Tinggalkanlah dosa-dosa sekian lama yang
kamu lakukan. Mulakanlah langkah untuk
membina kehidupan baru. Dosa yang amat
payah dan sayang untuk kamu tinggalkan
itulah yang menjadi punca hati yang kosong.

Maksiat memang amat menyeronokkan, namun
ia hanya bersifat sementara, sedetik cuma
kebahagiaan yang dirasakan itupun kerana
disaluti oleh imaginasi Syaitan dan Nafsumu
semata.

Manusia yang meninggalkan maksiat merasakan
keperitan dan kepayahan kerana menyangka
nikmat dosa itu adalah segala-galanya. Hidup
atas paksi dosa walau mereka sentiasa merasa

12

Never Be Alone
HADI FAYYADH

hidup ini terlalu kosong dan tidak bererti.

Mereka mampu tertawa, namun tertawa itu
cuma sebentar bahkan menangis dan raungnya
itu akan lama dirasai. Apalah makna semua itu,
jika kebahagiaan hanya lakonan dan sementara,
sehingga meninggalkan kesan perasaan
kekosongan.

Maka, kamu akan melihat mengapa Kaunselor
yang cuba membahagiakan orang lain akhirnya
membunuh dirinya sendiri, seorang pelawak
yang sentiasa menghiburkan orang lain
akhirnya mati menelan pil tidur berlebihan, dan
sebagainya.

Mengapa hal seperti ini terjadi? Jawabannya,
hati mereka kosong dan tidak terisi dengan
kebahagiaan yang terpancar dari rasa bertuhan
dan keimanan.

Maka, sedarlah bahawa isilah hatimu terlebih
dahulu, pasti kebahagiaan lain akan mengiringi
hidupmu.

13

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Ajarkan Aku.

Pondok kecil ini
Mengingatkan aku
Saat aku terjatuh,
Ajarkan aku sebuah bicara
Yang mampu membangunkan kembali rasa

juangku

Jangan tinggalkan aku sendiri,
Aku perlukan kekuatan-MU
Aku rindukan teguran-MU
Walaupun seringkali aku melupaiMU
Namun tidak bermakna, hidup ini tanpaMU

Detik itu berlalu meninggalkanku
Puing-puing masa mengajari aku
Bahawa hidup tidak boleh berserah

Walau apapun dugaannya,
Aku harus tabah

Tersenyumlah wahai hati
Kerna aku punya kamu,
Yang tak kan pernah biar ku sendiri.

14

bab 2
15

Never Be Alone
HADI FAYYADH

“.. Seseorang tidak akan meninggalkan segala sesuatu
yang dia ingini dan cintai begitu sahaja melainkan
demi hal lain yang dia cintai dan ingini juga, ertinya
dia meninggalkan cinta yang kecil menuju cinta

yang lebih agung ..”

Kalaupun seandainya sebuah kenderaan itu
dihidupkan oleh enjin yang dikuasai oleh
minyak, pasti akan terhenti dan binasa apabila
minyak di kantung simpanannya sudah menjadi
kering, letakkan sahaja apa jua jenama Mercedes
Benz, BMW, Porsche dan seumpamanya tidak
akan mampu bergerak tanpa adanya minyak
petrol.

Begitulah sekadar sebahagian perumpamaan
yang kuberikan agar kamu mengerti, hidup ini
ada sesuatu yang menggerakkan.

Ia kuat dan tidak mampu di gugat dengan apa
sekalipun walau akhirnya ia dimusnahkan atau
terbunuhsamasekalidemimempertahankannya,
inilah yang disebut keanehan dan keajaiban
cinta.

Mahasuci Allah SWT yang telah menyelimuti
hati dengan cinta sepertimana yang dia

16

Never Be Alone
HADI FAYYADH

kehendaki berdasarkan kekuasaanNYA,
dengan cinta, Dia telah menghidupkan segala
sesuatu dan Dia juga telah menghiasi beragam
cinta diantara para MakhlukNYA.

Kemudian, dia jadikan setiap yang dicintai
menjadi belahan jiwa bagi yang mencintai.
Dengan keberadaan cinta, langit dan bumi pun
tercipta. Atas dasar cinta, segala jiwa dicipta.

Dengan cinta, segala planet bergerak sesuai
dengan paksinya. Dengan cinta segala
keinginan menjadi kenyataan. Dengan cinta,
setiap insan mendapatkan apapun yang dia
inginkan dan terbebas dari berbagai kesedihan
dan kesengsaraan.

Cinta adalah jalan menuju sang Pencipta.
Hanya dengan cinta, setiap insan memperoleh
harapan dan mengenyam manisnya kehidupan
dan keimanan, kerana dia telah redha dengan
Tuhannya dan apa yang Tuhan telah tentukan
dalam kehidupannya.

Disana wujud beberapa dasar yang
menggerakkan cinta iaitu, (1) sifat dan
kecantikkan subjek yang dicintai, (2) perasaan
orang yang mencintai, (3) Ikatan dan
keserasian yang ada antara yang mencintai
dengan yang dicintai. Apabila ketiga-tiga
unsur ini digabungkan, dan nampak begitu
kuat sempurna, maka perasaan cinta yang

17

Never Be Alone
HADI FAYYADH

menghidupkan kehidupan juga akan menjadi
kuat dan sempurna.

Perasaan cinta itu terkadang akan berkurang
dan menjadi lemah apabila salah satu daripada
unsur tersebut pudar dan menghilang.

Ibn Qayyim Al-Jauziyyah ada menyebut :
“Tidaklah hidup kamu dipenuhi dengan kecintaan
melainkan hal-hal yang kamu sukai dari hal yang
mendekatkan kamu kepada sesuatu yang menjadi
tujuan dan matlamat, samada secara nyata ataupun
tersembunyi”

Apabila orang yang dicintai itu sangat cantik
atau tampan, perasaan orang yang mencintainya
sangat puas, serta ikatan yang terjalin antara
kedua insan itu sangat kuat dan sempurna,
maka inilah yang dinamakan cinta sejati dan
setulusnya.

Terkadang seseorang yang dicintai merasakan,
bahawa kecantikkan pada dirinya kurang,
namun di mata orang yang mencintainya
sempurna maka kekuatan cintanya itu sesuai
dengan kecantikkan yang ada pada pandangan
yang mencintai.

Mengapakah hal seperti ini terjadi? Cinta telah
membuatkan seseorang itu menjadi buta dan
tuli. Sang Pencinta tidak lagi melihat ada orang

18

Never Be Alone
HADI FAYYADH

yang lebih cantik melebihi diri yang dicintainya.
Cinta yang kamu salurkan dalam diri kamu
itu mempunyai kuasa yang menyatukan rasa
kesedihan dan kebahagiaan yang dikongsikan
secara tulus dengan orang yang kamu cintai.

Walaupun tidak punyai apa-apa sentuhan
fizikal atau urat saraf yang bersambung, namun
rasa yang terbenam ke dalam hati sanubarinya
dapat kamu selami sehingga kamu mengerti
susun atur intuisi hatinya yang tesembunyi.

Oleh kerana itu, seseorang akan menjadi
bahagia apabila melihat orang yang dicintainya
itu bahagia sungguh mereka tidak disatukan.
Inilah cinta sejati yang sukar digalang ganti.

Anehnya bukan? Cinta yang menghidupkan dan
menggerakkan pelakunya untuk melakukan
sesuatu yang menjadi luar biasa daripada adat
perasaan dan emosi dalam kehidupan.

Al-Hakim meriwayatkan sebuah Hadis dari
Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

Ada empat perkara yang tidak akan kenyang dari
empat perkara : Bumi daripada air Hujan, kaum
perempuan dari kaum lelaki, mata dari pandangan,
dan orang alim dari ilmu

19

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Cuba kamu hadamkan Wasiat Imam Hatim Al-
Asam Rahimahullahu Taala :

Beliau pernah ditanya oleh gurunya Syaqiq
Al-Balkhi Rahimahullahu taala : Engkau telah
belajar daripadaku selama 30 tahun lamanya.
Maka apakah ilmu yang telah engkau dapatkan
daripadaku?

Hatim Al-Asam menjawab, : Aku telah dapat
menghasilkan 8 Pengajaran daripada segala
yang aku pelajari, pada pandangan saya 8
Pengajaran ini sudah memadai bagiku, kerana
aku mengharapkan padanya keselamatan dan
kesejahteraanku ( pada hari Qiyamat nanti).

Lalu Syaqiq berkata, apakah 8 pengajaran itu?
Hatim menjawab 8 penjaran itu ialah :

1. Kekasih sementara menanti kekasih selamanya

Sesungguhnya aku telah melihat kepada
makhluk-makhluk yang ada didunia ini lalu
aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti
ada sesuatu yang dikasihinya dengan perasaan
yang sangat mendalam.

Aku melihat pula bahawa ada sebahagian
daripada sesuatu yang dikasihi itu hanya
menemani kekasihnya sehingga ke masa ia sakit
sahaja, dan ada pula yang sentiasa menemaninya
sehingga ke dalam Kubur.
20

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Manakala yang lainnya akan terus pulang
dan tidak mahu untuk bersama-sama dengan
kekasihnya di dalam kubur. Lalu aku terus
berfikir dan akhirnya aku membuat kesimpulan
bahawa sebaik-baik kekasih itu adalah kekasih
yang sentiasa mengiringi kekasihnya ke dalam
kubur dan menjadi penghibur dan teman setia.

2. Bertuhankan Nafsu

Sesungguhnya sekalian makhluk sangat
mengikuti kehendak Nafsu mereka, dan sangat
mempercepatkan untuk menunaikan segala
keinginan nafsunya sehingga mengabaikan
perintah Allah lalu aku memikirkan
FirmanNYA:

“ Dan adapun orang yang takut berdiri di hadapan

Tuhannya dan menahan nafsu daripada kehendak-

kehendaknya, maka orang itu akan dijadikan baginya

Syurga itu sebagai tempat tinggalnya ( tempat
kembali ).”(Surah An-Nazi’at Ayat 40-41)

3. Tamak dan Haloba kepada Dunia

Aku melihat sekalian manusia itu berkejaran
mengumpul seisi dunia yang ada di dalam
kantung harta perbendaharaannya lalu amat
sedikit dan bakhil di dalam memberi sumbangan
mahupun mendermakannya, walhal mereka
tahu bahawa tidaklah memberi apa-apa manfaat
harta itu di Akhirat nanti.

21

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Firman Allah SWT :

“ Apa yang ada disisimu itu akan habis, dan pahala
yang ada disisi Allah SWT itu adalah kekal”

( Surah An-Nahl Ayat 96)

4. Memuliakan kedudukan dan Pangkat

Aku melihat ramai sekali manusia itu
menyangka dengan adanya kedudukan dan
pangkat di kalangan pengikut atau kaum
kerabat mereka, sehingga disanjung dan
dipandang mulia akan menjadikan merekalah
manusia paling beruntung di dunia ini.

Sedangkan betapapun ramai sekali pengikutnya,
itu akan membebani mereka dengan amanah
yang akan dipertanggungjawabkan Allah
SWT di Akhirat kelak. Tanpa mereka sedar,
merekalah manusia yang malang jika mereka
mengabaikan amanah yang diberikan.

Firman Allah SWT :

“ Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi
Allah ialah siapa yang paling bertaqwa dikalangan
kamu”
( Surah Al-Hujurat Ayat 13)

22

Never Be Alone
HADI FAYYADH

5. Cacian dan Makian mengundang hasad dengki
berpanjangan

Aku melihat manusia itu tidak pernah merasa
cukup dengan apa yang mereka miliki sehingga
timbul rasa iri hati, maka lahirlah dendam serta
cacian yang bertujuan menjatuhkan maruah
sebahagian yang lain.

Apakah mereka menyangka bahawa dengan
cacian dan herdikkan itu mampu mengurangkan
nikmat Allah SWT keatas sebahagian yang
lainnya ?

Firman Allah SWT :

“ Dan sesungguhnya kamilah yang membahagikan
segala sumber kehidupan mereka diatas dunia ini..”
(Surah Az-Zukhruf Ayat 32)

6. Perbalahan hanya satu tujuan

Aku melihat kebanyakkan manusia itu berbalah
dan bermusuhan sehingga berlaku pertumpahan
darah hanya kerana satu tujuan. Tujuan yang
dimaksudkan terkadang terlalu remeh dan tidak
masuk akal untuk mengakibatkan pergaduhan
dan permusuhan sedemikian.
Allah berfirman :

23

Never Be Alone
HADI FAYYADH

“ Sesungguhnya Syaitan itu bagi kamu adalah
musuh yang nyata, kerana itu jadikanlah ia
sebagai musuh”

( Surah Al-Fathir Ayat 6 )
7. Matlamat tidak menghalalkan cara

Sungguh, aku melihat manusia itu bekerja
keras siang dan malamnya dengan mengisi
keringat yang mengalir di dahinya, belum
sempat ia kering sudah punya kerja baharu bagi
menambahkan nikmat harta dunia sementara.

Amatlah malang dan menyedihkan, harta itu
tumbuh dari sumber yang haram dan daging
yang tumbuh dari sumber haram akan disambar
oleh Api Neraka suatu ketika nanti.

Firman Allah SWT:

“ Dan tidak ada sesuatu yang melata diatas muka
bumi ini, kecuali rezekinya telahpun dijamin oleh
Allah Taala”.

( Surah Al-Hud Ayat 6)

8. Menjadikan penolong selain daripada Allah.

Aku menyaksikan manusia itu mengakui secara
lisan bahawa beriman dengan Allah SWT,
namun dari pegangan iktiqad mereka adalah

24

Never Be Alone
HADI FAYYADH

sebaliknya dengan menjadikan orang suruhan
sebagai harapan, kerajaan sebagai tempat
sandaran dan pertolongan daripada manusia
yang bergelar Jutawan sebagai kesinambungan
kehidupan.

Firman Allah SWT :

“ Barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, maka
Allah pasti akan mencukupnya, sesungguhnya
Allah itu menyempurnakan segala urusannya dan
sesungguhnya Allah telah menjadikan bagi setiap
sesuatu itu kadar yang telah ditentukanNYA.”
( Surah At-Thalaq Ayat 3 )

25

Never Be Alone
HADI FAYYADH

PRASASTI HATI

Aku adalah penagih setia
Pada lakaran harapan dan cinta
Ku temukan hanya lembaran kesepian
Tertinggal kosong dalam penantian

Ku tulis cerita tentang kita
Bersulam derita antara aku dan dia

Pernahkah kau ingin merasa
Pedihnya jiwa yang terseksa

Cukuplah ku terbeban dosa
Terpenjara dalam sangkar air mata

Sungguh ia khayal dan dusta
Permainan dunia fatamorgana

Tafakur membawaku kembali
Mengingat tentang kembara ini

Aku hanya pengembala
Sebentar lagi aku akan pergi

Berhenti merintih hiba
Pada cinta seindah dunia
Tuhan ada cerita bahagia untuknya
ditulis bertakhta pena syurga

26

Never Be Alone
HADI FAYYADH

MENDUNG TIDAK
AKAN SELAMANYA

27

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Ketahuilah duhai saudaraku, sesungguhnya
ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah
hati kamu dengan lima perkara tersebut.

Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan
menghayati isi kandunganya. Kedua,
mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau
berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu
malam.

Keempat, menghampirkan diri kepada Allah
( beribadat ) disepertiga malam dan yang
kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam
majlis orang-orang yang soleh ”.

Setiap manusia ada rasa sedih. Itu adalah fitrah
kejadian manusia. tetapi, ramai manusia yang
salah mencari ubat ketika sedih.

Ketika kamu sedih, terkadang kamu
menyalahkan taqdir, ketika kamu sedih
adakalanya kamu mengungkit-ungkit kisah
lama “kalaulah aku tahu, aku tak akan pergi
dengan dia”

Ketika kamu sedih, kamu marah-marah. Semua
ini tidak akan membuatkan hati terubat. Ini
kerana Allah tidak menjadikan perkara sia-sia
ubat bagi hati.

28

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Allah yang menjadikan kesedihan sudah tentu
Allah juga yang mempunyai ubat kesedihan
ini. Jadi, apa ubatnya? Saya ingin bawakan satu
hadith yang diriwayatkan oleh Ibu Majah.

“ Dari Abu Ishak bin Harith dari Ali R.A dia
telah berkata, telah bersabda Rasullullah S.A.W,
sebaik-baik ubat adalah al-Quran”.

Al- Quran diturunkan untuk rahmat bagi
sekelian manusia. Di dalamnya ada bermacam-
macam kelebihan termasuklah ubat bagi hati.
Benarkah membaca al-Quran itu menjadikan
hati yang sedih berubah menjadi tenang?

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“Mukjizat yang tidak ada tolak bandingnya,
bahkan ia juga sebagai ubat bagi mengubati hati
yang berpenyakit.

Dengan kita melazimi membacanya dan
mentadabbur apa yang terkandung di
dalamnya, akan memperolehi ketenangan hati
yang akan menyebabkan hati sentiasa tidak lalai
mengingati Allah SWT. Firman Allah SWT yang
bermaksud: “ketahuilah, dengan mengingati
Allah itu, hati akan tenang”.

29

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Begitu juga dengan mengosongkan perut dari
terlalu kenyang akan mengubati segala penyakit
yang tersemat dihati kerana dengannya hati
akan beroleh kerehatan dan meringankan
untuk melakukan ibadat kepada Allah SWT
serta menjauhkan dari segala penyakit yang
memudaratkan.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Barangsiapa yang sedikit makannya,
sihatlah perutnya dan bersihlah hatinya.
Barangsiapa yang banyak makannya, maka
sakitlah perutnya dan keraslah hatinya”.

Sabda Rasulullah SAW lagi: “ janganlah kamu
matikan hati kamu dengan membanyakan
makan dan minum, sesungguhnya hati itu
seumpama tumbuh-tumbuhan, jika banyak
disirami air maka ia akan mati”.

Seterusnya, diantara ubat bagi mengubati
hati ialah dengan sentiasa bagun malam
beribadat kepada Allah SWT kerana dengannya
akan menjauhkan diri kita dari tipu daya
syaitan dan menjauhkan dari melakukan
dosa serta mendapat keredhoan dari Allah
SWT. Rasulullah SAW sentiasa mengingati
ummatnya: “ hendaklah kamu bangun malam
( beribadat ) walaupun hanya mengerjakan satu
rakaat sembahyang ”.

30

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Oleh itu, bagi memastikan hati kamu
dalam keadaan sentiasa bersih dari segala
penyakit, hendaklah kamu melazimi
dengan membanyakan beribadat kepada
Allah disepertiga malam kerana waktu
itulah Allah SWT turun ke langit dunia
bagi melihat siapa diantara hambanya
yang berjaga malam, beribadat kepadanya.

Begitu juga, hati akan terubat dari segala
penyakit dengan sentiasa bersama-sama di
dalam majlis orang-orang yang soleh. Ini akan
menyebabkan sedikit sebanyak akan terikut
dengan tingkah laku, perbuatan dan percakapan
mereka yang sentiasa mengingati Allah SWT.

Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah
bersabda: “ Berkata Luqman Al-Hakim kepada
anaknya, wahai anakku, sentiasalah kamu
berada dalam majlis alim ulama ( orang-orang
yang soleh ) dan dengarlah kata-kata hikmah
dari mereka.

Sesungguhnya Allah SWT akan menghidupkan
hati yang mati dengan cahaya hikmah
sebagaimana Allah menghidupkan bumi
dengan siraman hujan yang lebat ”.

Berkata seorang hukama’ : “ Sesungguhnya
Allah SWT mempunyai sebuah kebun di atas
dunia ini, barangsiapa yang masuk ke dalamnya

31

Never Be Alone
HADI FAYYADH

maka bahagialah hidupnya. Kemudian ditanya
padanya: “apakah kebun itu?, lantas dijawab
bahawa kebun itu adalah majlis-majlis ilmu (
mengingati Allah ).

Begitulah di antara penawar-penawar yang
digariskan oleh ulama bagi mengubati hati-hati
kita dari segala penyakit yang menyebabkan
gerak geri yang dipertontonkan oleh kita
melencong ke arah kemurkaan Allah SWT.

Mudah - mudahan kita digolongkan dikalangan
hamba-hambanya yang sentiasa dalam keadaan
hati bersih dari segala penyakit-penyakit yang
menyebabkan kita lalai mengingati Allah SWT.

Membaca al-Quran di antara cara merapatkan
diri dengan Allah. Dengan mengingati Allah,
hati akan menjadi tenang. Allah berfirman,
Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang
tenteramlah hati manusia.

32

Never Be Alone
HADI FAYYADH

HIDUPMU ADALAH
ANUGERAH, NIKMATINYA

33

Never Be Alone
HADI FAYYADH

“ Hidup itu sangat sakit, tetapi sakitnya adalah
penyambung kelazatan, seperti seorang anak kecil

terpaksa terjatuh bahkan berulang-ulang kali
hanysanya untuk menikmati nikmatnya untuk

mampu untuk berjalan kaki..”

Benar sama sekali, apapun yang kamu rintangi
dalam segenap nafas kehidupanmu, ia
sebenarnya lukisan anugerah Tuhan buatmu.

Susah atau mudah laluan yang kamu jejaki,
ianya adalah pengalaman berharga yang tidak
mungkin sesekali kamu lupakan sesaat pun
apabila kakimu melangkah ke negeri Abadi
Akhirat apatah lagi tika berada di Syurga.

Belajarlah untuk lebih menghargai hidupmu
kerana tiada lainnya, hidupmu cuma sekali.
Mana yang lebih mudah, membuat nilai wang
anda dua kali ganda banyaknya, atau dua kali
lebih menghargai pada apa yang sudah anda
miliki?

Sekadar ku titipkan bingkisan di bawah
ini supaya membantu kamu untuk jauh
lebih menghargai hidup. Sungguh, bahawa
kehidupanmu tidak lama, bukan selamanya.

Ingatlah bahawa waktu kamu di dunia
adalah terbatas, dan itu terserah kepadamu
untuk memutuskan bagaimana kamu akan
menggunakannya dan menikmati sepenuhnya.
34

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Ketika seseorang bertahan dari pengalaman
mendekati kematian, mereka selalu memutuskan
untuk menjalani hidup sepenuhnya setelah
saat itu. Tapi apakah kamu harus menunggu
pengalaman mendekati kematian terlebih
dahulu?

Mengapa tidak memutuskan untuk menjalani
hidupmu sepenuhnya mulai saat ini? Di sisi
lain, kamu mampu mencurahkan seluruh
hidupmu untuk mengeluh dan termenung
tanpa mengisinya dengan sesuatu yang indah
demi Allah dan cintamu.

“ Jangan menangisi kisah semalam, biarkan Allah
memadamnya dengan Taubatmu, teruskan langkah
kehidupanmu seperti biasa,..”

Bentuklah diari kecil untukmu mencatat tentang
sesuatu yang datang ke fikiran kamu. Jangan
merasa bahawa kamu hanya perlu menuliskan
hal-hal yang besar sahaja seperti pindah ke
rumah baru, atau memiliki bayi. Sebenarnya ia
akan jauh lebih bermanfaat.

Ia umpama alat perakam yang tidak bersuara,
menulis warna-warna rutin harian hidupmu,
terkadang kamu akan kembali menyemak dan
melihat serta menghargai banyak perkara yang
mungkin tidak kamu perhatikan sebelumnya.

35

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa inilah
perjalanan hidupmu yang selama ini mungkin
kamu bingung dan melupakan sebahagian
besar nikmat yang telah kamu kecapi.

Renungi nikmat yang tidak pernah habis

Nikmat yang mengalir itu sentiasa tidak
pernah kehabisan walaupun seringkali kamu
merasakan sesak dan sempit.

Namun seringkali kamu terlupa bahawa
kamu masih mampu menjamah makanan dan
menghirup udara yang segar secara percuma
tanpa perlu kamu membayarnya.

Tuhan tidak pernah mengira untuk apa dan
bagaimanakah sumbangan kamu sebagai
membalas setiap kebebasan kehidupan yang
kamu rasai.

Kamu bebas bergerak kemana sahaja yang
kamu ingini tanpa perlu membataskannya
kerana maha luasnya Bumi yang terdampar
diatas tanah dan diapit dengan samudera yang
mendamaikan.

Apakah semua ini wahai manusia ? adakah
kalian benar-benar menjejaki makna syukur
dalam hidupmu ?

36

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Kesempurnaan apakah yang menjadi idamanmu
sehingga kamu melupakan sesuatu yang
sentiasa menyantuni dan mengasihimu dengan
segala anugerah tidak berbahagi dengan yang
lain, tanpa ada diskriminasi dan pilih kasih.

Nikmat itu andaipun kamu tidak memilikinya
secara semuanya, tetapi kamu terlupa bahawa
kamu telahpun memiliki sebahagian besar
daripadanya walau tidak pernah kamu
meminta.

“.. Rasakanlah nikmat itu, Allah mungkin
menangguhkan apa yang kamu minta, tetapi Allah
telah menyempurnakan sebahagian hidupmu
walaupun kamu tidak pernah memintanya..”

Kamu seharusnya merasa cukup beruntung
kerana dilahirkan pada waktu yang tepat,
meskipun beberapa orang berfikir waktu-waktu
tertentu di masa lalu lebih baik.
Semuanya tergantung pada perspektif kamu
sendiri, dari sudut mana memandang tentang
makna kehidupan.

Hidupmu adalah impian orang lain.

Ketika kamu menatap perbandingan
kehidupanmu dengan siapa pun yang kamu
fikir memiliki kehidupan yang sempurna, pada
kenyataannya mungkin tidak seindah seperti
yang kamu bayangkan.

37

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Seseorang boleh menjadi jutawan, namun
kemudian mereka juga memiliki tekanan
hidup yang datang bersama dengan kekayaan
tersebut.

Seseorang boleh menjadi terkenal, namun
kemudian mereka tidak pernah memiliki privasi
dan kehidupan peribadi sepertimana seorang
bintang Remaja yang menjadi jutawan segera
seperti Justin Bieber yang merindui zaman
kanak-kanak dan kehidupan privasinya.

Memang beberapa orang akan melakukan
sesuatu lebih baik dibanding yang lain, tapi
seberapa penting kamu harus mengeluh tentang
hal tersebut?

Kamu dan orang lain banyak mengimpikan
kehidupan manusia lain sedangkan dia sendiri
tidak tahu bahawa ramai orang mengimpikan
kehidupan sepertinya. Ia menjadi sandaran dan
angan – angan orang lain mengejar harapan.

Hidupmu adalah impian bagi sebahagian
manusia yang lainnya. Betapa sungguh
kehidupanmu itu sangat bernilai dan berharga,
bagi orang lain ianya sangat mencerminkan
kebahagiaan dan ketenangan kemuncak ketika
memperoleh kehidupan sepertimu.

38

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Nikmatilah saat indah kehidupanmu, ianya
adalah suatu anugerah yang barangkali jarang
dikurniakan kepada orang lain, meskipun kamu
mampu untuk memberikan yang lebih baik.

Hidup ini bukan untuk menyerah dan berhenti.

Sesungguhnya diriku tidak sesekali

menyarankan agar kamu segera berhenti

berusaha untuk meraih semua yang kamu

inginkan. Banyak waktu terpakai dimana kamu

begitu terfokus untuk mencuba membuat hidup

kamu lebih baik sehingga kamu terlupa untuk

menghargai apa yang sudah kamu miliki.

Jika kamu obses untuk mencapai beberapa garis
impian hidup di kejauhan masih samar dalam
bayang dan harapan, kamu akan menghabiskan
seluruh hidup kamu untuk mencuba untuk
sampai ke destinasinya.

Kemudian menyedari di akhir nanti bahawa
kamu telah kehilangan banyak nilai yang
berharga di sepanjang jalan. Jangan lakukan
itu, mulailah menghargai apa yang sudah kamu
capai dan miliki sejak saat ini.

Apa yang kamu telah miliki, kamu abaikan.
Maka hilanglah erti nikmat bahagia untuk
merasa cukup dan qanaah dalam mempunyai
sesuatu.

39

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Teruskanlah berjalan dalam meraih kejayaan,
cumanya bagaimana kamu memperolehinya,
perlu dielakkan rasa tamak, dengki bahkan iri
hati supaya nikmat kehidupan bersaudara dan
mempunyai tali ikatan persaudaraan itu akan
musnah sama sekali hanya kerana sesuatu
matlamat kebendaan dan keduniaan yang
dikejar.

Kata orang tua-tua, kamu tidak akan bahagia
walaupun kamu kaya jika kamu dikelilingi
musuh durjana, dan kamu pasti menjadi
orang bahagia walaupun kamu miskin hina,
seandainya kamu dikelilingi saudara mara yang
jujur dalam bersaudara.

Yang berharga dalam kehidupan adalah hidup itu
sendiri, bukan?

Apa yang terlintas di benakmu saat mendengar
kata ‘hidup’ atau ‘kehidupan’? Kehidupan
memang selalu sulit untuk dijelaskan dengan
kata-kata.

Yang mampu kamu lakukan terhadap
kehidupan hanyalah merasakannya dan
berusaha menjalaninya. Bahkan ada kalanya
kehidupan terasa seperti sebuah keajaiban yang
diberikan Tuhan untuk kamu.

40

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Sayangnya, terkadang kamu begitu alpa untuk
mensyukurinya. Lebih serius apabila kamu,
bersikap mementingkan diri sendiri.

Kamu sering merasa menjadi orang yang paling
sakit, jadi yang paling punya banyak masalah
dan yang paling menderita. Seolah-olah dunia
ini hanya berputar di sekeliling kamu, hingga
kamu melupakan hal yang jauh lebih penting
iaitu hidup bersyukur.

Hidup ini harus kamu hargai dengan melakukan
sesuatu yang berguna dan sesuatu yang lebih
dari sekadar rutin serta kebiasaan.

Menghargai Nikmat melalui nilai kemanusiaan.

Menghargai hidupmu berarti kamu juga
menghargai hidup orang lain. Lebih jauh lagi,
kamu juga harus menghargai semua makluk
ciptaan-Nya.

Saling menghargai antara manusia dan
hidup berdampingan, menghargai binatang
ternakan dengan tidak menyeksanya begitu
saja, menghargai tumbuhan dengan tidak
menebanginya dan merosakkannya, agar
kamu mampu memiliki paru-paru dunia
dan menghargai bumi tempat kamu berpijak
dengan mencintainya, menjaganya dan tidak
membuang sampah sembarangan.

41

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Yakinilah, bahawa kamu sedang berkongsi
bumi ini dengan para makhlukNYA yang
dicintaNYA. Mereka juga berbumbungkan
langit yang sama, merasai hilangnya dahaga
dengan tegukkan yang sama, dan yang paling
agung, mereka mengharapkan kasih dan
pertolongan daripada Tuhan Sang Pencipta
yang sama.

Alam yang Allah SWT ciptakan ini berbentuk
sfera, digandarkan pergerakkannya diatas paksi
dan mengedar pergerakkannya di atas orbit
yang teguh dan padu. Ketahuilah, hebatnya
nilai kehidupan ini

Waktu itu sangat singkat, hargailah

Waktu boleh diibaratkan sebagai bahan bakar
bagi kehidupan kamu. Orang yang menghargai
hidup juga menyedari hal ini, mereka sedar
bahwa mereka tidak akan hidup selamanya,
mereka akan pergi begitu waktu mereka telah
berakhir.

Oleh karena itu mereka tidak akan membuang-
buang waktu dengan percuma. Mereka berhenti
menyesali kesalahan dan kegagalan, berhenti
berharap pada kenangan, mengusahakan
mimpi-mimpi mereka teraih, berbuat baik
untuk orang lain, tertawa bersama orang lain
dan bahagia.

42

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Mereka menangis, namun tidak hidup di masa lalu

Sama dengan kamu, orang yang menghargai
hidup juga memiliki sejarah, masa lalu dan
kenangan. Mereka tertawa untuk setiap detik
bahagia mereka, mereka menyesal untuk
kesalahan yang pernah mereka buat, mereka
menangis untuk kegagalan yang pernah mereka
alami, namun mereka menjadikannya sebagai
pelajaran yang terkadang mengingatkan
mereka untuk menjadi lebih baik lagi hari demi
hari. Ingatlah yang boleh kamu perolehi dari
kenangan hanyalah pelajaran.

“Apa itu hidup?” atau “Untuk apa kamu hidup?”

Seperti biasa tentunya salah satu sikap yang pasti
ada didalam diri orang yang boleh menghargai
kehidupan tentu saja adalah rasa keinginan dan
kehendak mereka terhadap kehidupan.

Mereka berusaha mendapatkan sebanyak
mungkin pengetahuan agar dapat lebih
memahami tentang apa itu kehidupan.

Satu jawaban yang mereka terima justeru
melahirkan pertanyaan lain bagi mereka akan
mengapa dan kenapa semua yang ada di depan
mata itu mampu dijawab tanpa ada rasa sangsi.
Mereka tahu sesungguhnya Tidak menjadikan
sesuatu alam semesta ini dengan sia-sia.

43

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Mengerti bahawa kamu juga berharga

Mereka yang menghargai kehidupan sudah
pasti juga menghargai diri mereka sendiri,
kerana jika kamu tidak mencintai dirimu, kamu
juga tidak mencintai hidup.

Jika saat ini kamu tidak bisa mencintai dirimu
sendiri, maka berubahlah. Jadikan dirimu
menjadi orang yang bisa kamu cintai. Sudahkah
kamu menjadi seperti mereka dan menghargai
hidup dan kehidupan?

Semua makhluk itu hidup, hal pertama yang
perlu disyukuri adalah kamu masih mampu
membaca hasil tulisanku ini, sedang di luarsana
masih ramai yang tidak mampu melihat
dengan pancaindera bahkan mata hati apa yang
disampaikan dalam bentuk peringatan dan
kasih sayang.

Ini bererti kamu masih hidup dan masih
mampu melakukan apa yang kamu kehendaki.
Itu adalah suatu hal yang kamu patut syukuri,
dan kamu sebenarnya dikategorikan sebagai
orang yang beruntung.

44

Never Be Alone
HADI FAYYADH

RAHMAT CINTA YANG
TIDAK MAMPU TERBAYAR

45

Never Be Alone
HADI FAYYADH

“.. Udara tidak kelihatan, namun ia ada dalam setiap
hembusanmu Sepertinya ia tidak punya apa-apa, andai
ia tercemar, ia akan merubah dunia menjadi derita.
Walau ia percuma, kalau terkira.. berapapun..
sanggupkah kamu membayarnya ...”

Sekilas pandang, kerjanya seperti gila, namun
pernahkah kamu menghitung harga Oksigen di
udara dan angkasa raya?

Jika belum tahu, ketahuilah harganya tidaklah
mampu untuk dikira dan dihitung. Tahukah
kamu? Bahawa dalam sehari manusia
menghirup Oksigen sebanyak 2.880 liter dan
Nitrogen 11.376 liter.

Jika harus dihargai dengan matawang, maka
Oksigen dan Nitrogen yang kamu hirup, akan
mencapai RM 170 jutaan setiap hari untuk satu
orang.

Jika kamu mampu mencongak keperluan
kamu sehari adalah sebanyak RM 170 juta
seorang, maka sebulan RM 5.1 Milion untuk
hanya seorang, ini hanya anggaran entah betul
mungkin juga salah bahkan mungkin lebih lagi
dari itu. Ini cuma perkiraan nilai matawang
dunia yang nilainya bukanlah sama seperti apa
yang kamu hitungkan.

46

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Pernahkah Malaikat mengutip cukai oksigen
dan nitrogen yang kamu hirup setiap bulan?
Ketahuilah olehmu, bahawa siapapun, Raja
bahkan orang terkaya di dunia apalagi rakyat
biasa yang hidupnya pasti susah tidak akan
sanggup melunaskan pembiayaan nikmat nafas
hidupnya jika Allah Yang Maha Kuasa mahukan
pembayaran secara tunai begitu.

Oleh sebab itu jualah, Allah mengingatkan
manusia hingga berulang sehingga 31 kali
dengan kalimat yang sama, dengan jumlah huruf
yang sama agar manusia mudah mengingatnya
dan pandai bersyukur.

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang
kamu dustakan?”

(Surah Ar-Rahman Ayat 55 )
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,
tidaklah dapat kamu menghitungnya.
Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan
sangat mengingkari (nikmat Allah).”

(Surah Ibrahim Ayat 34)
Ibnu ‘Abbas RA. berkata bahwa Rasulullah
SAW. bersabda,
“Ada 2 (dua) macam nikmat yang banyak dilupakan
manusia, iaitu nikmat kesihatan dan kesempatan
(umur).” (HR. Bukhari)

47

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Allah SWT. telah menghadiahkan kenikmatan
dalam berbagai aspek kehidupan. Nikmat Allah
teramat luas serta tak terhingga.

Manusia manapun tidak akan pernah dihitung
berapa banyak nikmat yang telah Allah
anugerahkan. Kebanyakan manusia malah
sangat mengingkari nikmat Allah, bukannya
bersyukur.

Allah ingatkan dalam firman-Nya :

“Dan Dia telah memberikan kepadamu segala apa
yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu
menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu
menghinggakannya. Sesungguhnya manusia itu
sangat zalim dan sangat mengingkari nikmat Allah.”
(Surah Ibrahim : Ayat 34)

Nikmatnya sunguh banyak, tidak mampu
disebut satu persatu semuanya. Di antara
berbagai kenikmatan itu, ada kenikmatan utama
yang sering dilupakan manusia, iaitu nikmat
kesihatan dan kesempatan (umur), seperti yang
telah diperingatkan oleh Rasulullah SAW.

Sedarlah wahai diri, bahawa kesihatan
merupakan modal dasar dan nikmat yang tiada
ternilai harganya.

Bayangkan, seandainya kamu dikeliling dengan

48

Never Be Alone
HADI FAYYADH

cinta sidia, atau harta, kemewahan, kedudukan,
keluarga, atau namamu yang dikenali tetapi
kamu terlantar di atas katil, tidak mampu
bergerak, bahkan nikmat makan juga hilang,
pastinya semua itu tidak akan menjadi makna.
Allah SWT berjanji, “Kalau kamu bersyukur,
pasti Aku akan menambah nikmat-Ku.”

Wahai hati yang dipenuhi dengan sisa – sisa
dunia, umur itu bukan untuk diperingati setiap
tahun dengan meniup lilin dan ucapan selamat
hari jadi, atau sebagainya.

Apabila hidup ini hanya diisi dengan
keseronokkan, sehingga meninggalkan Solat
serta amal ibadah lainnya, melanggar aturan
Allah dan Rasul-Nya, ketika mana Malaikat maut
menjemput, kamu akan merasakan penyesalan
abadi yang tidak akan ada penyudahan lagi.

Allah SWT. memperingatkan dalam Surat Al
Mu’minun ayat 99-100, ada orang yang sangat
menyesal saat malaikat maut menjemput,
hingga orang itu berteriak,

“Ya Tuhanku, kembalikan ruhku ke dunia,
agarku boleh semula berbuat amal soleh....”
Cuba kamu renung dalam-dalam, betapa Allah
SWT menganugerahkan umur dan kesihatan
yang tidak ternilai kepada kamu.

49

Never Be Alone
HADI FAYYADH

Ertinya, Allah SWT sentiasa memberi peluang
dan kesempatan kepada kamu untuk beramal
soleh, peluang untuk bertaubat, bukan untuk
pesta maksiat, sekadar mengejar kesenangan
hidup yang penghujungnya nanti mengundang
kemudaratan dan kemaksiatan. Abu Shafwan
Abdullah bin Busrin Al Aslamiy RA. berkata
bahawa Rasulullah SAW mengingatkan
umatnya :

“Sebaik-baik manusia adalah yang panjang umurnya
serta baik pula amal perbuatannya.” (HR. At
Tirmidzi)

Istilah umur berasal dari kata dasar umara
yang bermakna pula makmur atau subur. Jadi
yang dimaksud umur adalah usia yang subur
dengan amal soleh. Boleh jadi orang berusia
60 tahun atau 70 tahun, tetapi umurnya masih
belum cukup matang kerana jauh dari tuntunan
agama. Umur dan hidup manusia itu diatur dan
ditentukan Allah.

Manusia tidak mampu mempertahankan
sifat fizikalnya walau dipelihara dan disaluti
ubat-ubatan, supplement, vitamin, bersukan,
dan sebagainya, akhirnya lemah dan tidak
berdaya juga. Surat Al-Hajj ayat 5, intisarinya
mengingatkan ;
Manusia berasal dari saripati tanah, setitis air
mani yang hina, kemudian menjadi segumpal

50


Click to View FlipBook Version