208
ai kertas di antara kedua-dua bahagian bukaan slate sehingga sanpai ke bahagian
permukaan meja sebagai panduan supaya kertas tidak miring atau keluar daripada
ate.
p slate dan letakkannya semula ke atas meja dengan terteingkap menghala ke atas
da di sebelah kiri. Anda boleh mula menulis dengan menulis dari kanan ke kiri.
dan membimbing murid-murid mengalihkan kertas ke atas dengan berpandukan
g kertas yang ada pada slate dengan dua lubang pin yang terdapat pada kertas A4
g) Menulis Kod braille Gred 1 menggunakan Guru menerangkan k
S&S dengan Kaedah A-J+3+6. Guru menerangkan b
titik-titik 1,2,3 dipind
Seterusnya guru men
titik kod braille.
Murid-murid mengha
3
209
kepada murid-murid tentang Kaedah A-J+3+6 dalam penulisan kod braille gred 1.
bahawa oleh sebab menulis dengan S&S adalah menulis dari kanan ke kiri maka
dahkan ke sebelah kanan dan titik-titik 4,5,6 di sebelah kiri.
41
52
63
nerangkan bahawa Kaedah A-J+3+6 memberi penekanan mengingati nombor titik-
afal nombor titik-titik 10 abjad kod braille pertama iaitu A hingga J.
h) Menulis 10 huruf pertama kod braille A Guru membimbing m
hingga J dengan menggunakan S&S.
i) Menulis 10 huruf kedua kod braille K hingga T Guru menerangkan b
dengan menambah titik 3 (') pada A hingga J (') pada 10 abjad pe
menggunakan S&S.
j) Menulis enam abjad terakhir U hingga Z Guru menerangkan b
dengan menambahkan titik 3 dan titik 6 (-) (-) pada huruf A hin
pada A hingga E dan titik 6 pada J.
210
murid-murid menulis 10 abjad pertama kod braille A-J dengan menggunakan S&S.
bahawa untuk membentuk 10 abjad kedua kod braille ialah dengan menambah titik 3
ertama A hingga J.
bahawa untuk membentuk huruf U, V, X, Y, Z dengan menambah titik 3 dan titik 6
ngga E dan menambah titik 6 (,) pada J untuk membentuk huruf W.
e) Menulis perkataan-perkataan ringkas pada Guru membimbing m
kertas A4 dengan menggunakan S&S.
f) Memasukkan dan mengalih kertas dengan
kemas.
e) Menulis perkataan-perkataan ringkas pada Guru membimbing m
kertas Braille (warna coklat) dengan
menggunakan S&S.
f) Memasukkan dan mengalih kertas dengan
4 kemas.
e) Menulis ayat-ayat pendek-pendek pada kertas Guru membimbing m
Braille dengan menggunakan S&S.
f) Memasukkan dan mengalih kertas dengan
kemas.
e) Menulis petikan pendek pada kertas braille Guru membimbing m
dengan menggunakan S&S.
f) Memasukkan dan mengalih kertas dengan
kemas.
e) Menulis 10 perkataan yang diimlakkan oleh Guru mengimlakkan
guru.
f) Memasukkan kertas dengan kemas.
5 e) Menulis 20 perkataan yang diimlakkan oleh Guru mengimlakkan
guru sebagai persediaan untuk ujian kelak.
f) Memasukkan dan mengalih kertas dengan
kemas.
211
murid-murid menyalin perkataan-perkataan yang disediakan oleh guru.
murid-murid menyalin perkataan-perkataan yang terdapat dalam Buku Teks Tahun 2.
murid-murid menyalin ayat-ayat pendek yang disediakan oleh guru.
murid-murid menyalin petikan pendek yang disediakan oleh guru.
10 perkataan yang untuk ditulis oleh murid-murid.
20 perkataan yang untuk ditulis oleh murid-murid.
212
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA SLATE AND STYLUS
Hasil Pembelajaran :
Setelah mengikuti unit ini anda akan dapat
1. mengenal pasti komponen-komponen slate and stylus.
2. cara memegang stylus yang betul.
3. cara yang kemas memasukkan kertas ke dalam slate.
4. cara betul mengalih kertas naik ke atas.
5. konsep menulis kod braille dengan slate and stylus.
213
UNIT 1 PENGENALAN KEPADA SLATE AND STYLUS
1.1 Apa Itu Slate and Stylus?
Slate and Stylus (S&S) adalah satu alat yang murah dan mudah alih untuk menulis kod
braille bagi individu yang bermasalah penglihatan. Fungsinya sama seperti pen dan
pensel yang digunakan oleh individu yang biasa dalam menulis print. S&S dan mesin
braille adalah saling melengkapi antara satu dengan lain.
Slate adalah diperbuat daripada dua keping plastik atau logam yang dipegang
disalah satu hujung oleh engsel supaya ia dapat memegang kertas di antaranya bagi
membolehkan kod braille dihasilkan.
engsel
Rajah 1.1: Slate
Bahagian atas slate mempunyai beberapa baris bukaan yang sama saiz dan
bentuknya dengan sel kod braille yang dikenali sebagai tetingkap. Bahagian tapaknya
pula mempunyai beberapa baris lekukan yang sama saiz dan bentuknya dengan sel
kod braille. Lekukan pada bahagian tapak slate ialah untuk mencegah kertas daripada
terkoyak apabila titik-titik kod braille ditekan timbul dengan menggunakan stylus.
Rajah 1.2: Bahagian atas slate Rajah 1.3: Bahagian Tapak slate
Manakala stylus pula adalah satu alat yang tajam yang diperbuat daripada
logam dengan kenop (knob) yang diperbuat daripada plastik ataupun kayu. Stylus
adalah digunakan untuk menekan atau menimbulkan titik-titik kod braille pada kertas
yang dipegang oleh slate.
214
Bahagian Kenop
Tajam
Rajah 1.4: Contoh Stylus dengan kenop plastik
Apabila menulis kod braille dengan menggunakan S&S seseorang perlu
menulis dari kanan ke kiri. Ini ialah kerana setelah menulis, kertas tersebut perlu
diterbalikkan supaya titik-titik kod braille yang terhasil dapat dibaca dari kiri ke
kanan.
1.2 Cara Memegang Stylus
Stylus dipegang dengan bahagian tajam menghala ke bawah manakala kenop (knob)
menghala ke atas. Letakkan kenop pada ruas pertama jari telunjuk yang berdekatan
dengan tapak tangan. Bengkokkan jari telunjuk supaya melingkari kenop stylus dan
menggunakan ibu jari dan jari-jari lain untuk menyokong stylus (sila rujuk Rajah 1.5).
Semasa menulis stylus harus sentiasa dipegang tegak dengan menghalakan bahagian
tajam ke arah bawah.
Rajah 1.5: Cara memegang stylus
215
1.3 Langkah-langkah Memasukkan Kertas Ke Dalam Slate
Langkah pertama ialah letakkan slate di hadapan anda dengan tetingkap sel (cell
windows) menghala ke atas dan engsel berada di sebelah kiri anda seperti dalam Rajah
1.6 di bawah.
Rajah 1.6: Kedudukan slate
Langkah kedua ialah mendirikan slate dengan memegang bahagian bawah slate (yang
berdekatan dengan anda) supaya bahagian tetingkap sel menghala ke luar daripada
anda dan membuka bahagian tetingkap slate supaya ia dapat berdiri seperti dalam
Rajah 1.7.
Rajah 1.7: Kedudukan slate dalam keadaan berdiri
Langkah seterusnya ialah memasukkan sehelai kertas di antara kedua-dua bahagian
bukaan slate sehingga sampai ke bahagian engsel. Dengan menggunakan permukaan
meja sebagai panduan supaya kertas tidak miring atau terkeluar daripada bahagian
atas slate. (Sila rujuk Rajah 1.8 dan 1.9)
Rajah 1.8 dan 1.9: Memasukkan kertas ke dalam slate
216
Seterusnya menutup tetingkap slate dan meletakkannya semula ke atas meja dalam
kedudukan seperti sebelumnya iaitu tetingkap menghala ke atas dan engsel berada di
sebelah kiri seperti dalam Rajah 10 di bawah.
Rajah 1.10: Kedudukan slate dengan kertas di atas meja
1.4 Konsep Menulis Kod braille Dengan Slate and Stylus
Dalam penulisan kod braille kita harus memahami konsep penulisan kod braille
dengan menggunakan S&S dan mesin braille. Kod braille terdiri daripada gabungan
enam titik yang disusun dua titik dari kiri ke kanan dan tiga titik dari atas ke bawah
dan dikenali sebagai sel. Titik-titik ini diberi nombor seperti Rajah 1.11 di bawah dan
titik-titik braille adalah dibaca dari kiri ke kanan.
Rajah 1.11: Titik-titik kod braille
Apabila menulis kod braille menggunakan S&S, oleh sebab titik-titik braille
dihasilkan dengan menekan dari atas ke bawah maka kita harus menulis dari kanan ke
kiri. Sekiranya kita menulis kod braille dengan menggunakan mesin braille maka kita
harus menulis dari kiri ke kanan. Ini adalah kerana apabila kekunci mesin braille
ditekan, stylus yang terdapat di dalam mesin braille akan menolak dari bawah ke atas
untuk menghasilkan kod braille.
217
Maka, apabila kita menulis kod braille dengan menggunakan S&S, titik-titik
kod braille juga akan berubah dari kanan ke kiri seperti Rajah 1.12.
41
52
63
Rajah 1.12: Kedudukan titik-titik kod braille menulis dengan S&S.
Setelah memahami konsep menulis kod braille dengan menggunakan S&S.
Maka bolehlah kita mula membuat latihan menulis kod braille dengan menggunakan
S&S.
218
UNIT 2 KAEDAH A-J+3+6
Hasil Pembelajaran:
Setelah mengikuti unit ini anda akan dapat
1. memahami konsep penulisan kod braille dengan menggunakan
Kaedah A-J+3+6.
2. mengingati kod braille A-Z mengikut Kaedah A-J+3+6 dalam
penulisan kod braille menggunakan S&S.
3. menulis kod braille A-Z dengan menggunakan S&S.
Pengetahuan sedia ada:
1. Telah menguasai kemahiran memegang stylus dan memasukkan
kertas ke dalam slate serta mengalih kertas dalam slate.
2. Telah memahami konsep penulisan kod braille dengan
menggunakan S&S.
219
UNIT 2 KAEDAH A-J+3+6
2.1 Kaedah Pengajaran braille A-J+3+6
Kaedah ini memberi penekanan pada mempelajari huruf braille dengan mengingati
titik-titiknya dan bukan pada bentuknya seperti berikut:
aa titik 1 kk titik 1,3 uu titik 1,3,6
bb titik 1,2 ll titik 1,2,3 vv titik 1,2,3,6
cc titik 1,4 mm titik 1,3,4 xx titik 1,3,4,6
dd titik 1,4,5 nn titik 1,3,4,5 yy titik 1,3,4,5,6
ee titik 1,5 oo titik 1,3,5 zz titik 1,3,5,6
ff titik 1,2,4 pp titik 1,2,3,4
gg titik 1,2,4,5 qq titik 1,2,3,4,5
hh titik 1,2,5 rr titik 1,2,3,5
ii titik 2,4 ss titik 2,3,4
jj titik 2,4,5 tt titik 2,3,4,5 ww titik 2,4,5,6
Kaedah A-J+3+6 membahagikan abjad A – Z kepada tiga baris. Baris pertama
ialah abjad A hingga J yang dibentuk daripada titik bahagian atas. Oleh sebab slate
and stylus menulis dari kanan ke kiri maka susunan titik-titik braille juga bermula dari
kanan ke kiri seperti jadual di bawah.
220
abcde fghi j
Baris kedua bagi abjad K hingga T ialah dibentuk dengan menambah titik tiga
kepada baris pertama seperti jadual di bawah.
k l mn o p q r s t
Baris ketiga pula bagi abjad U hingga Z ialah dibentuk dengan menambah
titik tiga dan titik enam kepada A hingga E seperti jadual di bawah.
uvxyz w
Huruf W tidak termasuk dalam susunan abjad ini kerana dalam Bahasa
Perancis di mana ketika tulisan braille ini dicipta, ia tiada huruf W. Setelah ia
diperkenalkan ke negara lain barulah huruf W diwujudkan dengan menambahkan titik
6 pada huruf J.
221
UNIT 3 LATIHAN-LATIHAN
Hasil Pembelajaran:
Setelah mengikuti unit ini anda akan dapat
1. memahami konsep penulisan kod braille dengan menggunakan
Kaedah A-J+3+6.
2. mengingati kod braille A-Z mengikut Kaedah A-J+3+6 dalam
penulisan kod braille menggunakan S&S.
3. menulis kod braille A-Z dengan menggunakan S&S.
Pengetahuan sedia ada:
1. Telah menguasai kemahiran memegang stylus dan memasukkan
kertas ke dalam slate serta mengalih kertas dalam slate.
2. Telah memahami konsep penulisan kod braille dengan
menggunakan S&S.
222
Latihan 1 (a – j):
Hitamkan titik-titik kod braille bagi perkataan-perkataan berikut mengikut kaedah A-
J+3+6:
abcde fghi j
Contoh: baja
1. adab
2. beca
3. cabai
4. dahaga
5. eja
6. gaji
7. haji
8. ibadah
9. jaga
10. baca
Salin semula perkataan-perkataan ini menggunakan S&S.
223
Latihan 2 (k – t):
Lorekan titik-titik kod braille bagi perkataan-perkataan berikut dan salin perkataan-
perkataan ini menggunakan S&S.
:
k l mn o p q r s t
1. gagal
2. akal
3. desa
4. jinak
5. malam
6. tembok
7. faktor
8. nampak
9. iklim
10. mereka
11. oksida
12. majlis
13. lembik
14. gempal
15. fakir
224
Latihan 3 (u – z):
Hitamkan titik-titik kod braille bagi perkataan-perkataan berikut:
u vwx y z
17. danau
18. harum
19. rempuh
20. wali
21. universiti
22. kuasa
23.pusat
24. riwayat
25. zat
26. yakin
Cuba tuliskan nama anda dalam braille.
seterusnya cuba tulis perkataan nama anda dan nama rakan anda dalam braille
menggunakan S&S.
225
Latihan 4 (Ayat Pendek)
Salin semula 10 ayat pendek ini dengan menggunakan S&S.
1. Ini buku saya.
2. Dia kakak saya.
3. Adik bermain di padang.
4. Saya suka membaca buku.
5. Cuaca hari ini panas.
6. Bunga ros itu cantik.
7. Buku itu tebal.
8. Ayah sedang memandu kereta.
9. Mereka pergi ke sekolah.
10. Ibu sedang memasak di dapur.
226
Latihan 5 (Petikan Pendek)
Salin semula petikan pendek ini dengan menggunakan S&S.
Nurul mempunyai seekor kucing. Kucing kesayangan Nurul bernama Si Tompok.
Badannya berwarna hitam dan putih.
Nurul selalu menjaga dan memandikan Si Tompok. Selepas dimandikan, bulu
Si Tompok kelihatan cantik dan bersinar.
Si Tompok suka makan nasi, ikan, ayam dan daging. Selepas pulang dari
sekolah, Nurul akan bermain dengan Si Tompok. Nurul sangat sayang akan Si
Tompok.
227
LAMPIRAN B
Senarai Semak Ujian Imlak
Bahagian I: Maklumat Demografi
Arahan: Sila isi maklumat diri anda di bahagian ini.
1. Jantina:
a. Lelaki b. Perempuan
2. Umur: ______ tahun.
3. Darjah:
a. Darjah 2 b. Darjah 3
4. Keturunan:
a. Melayu b. Cina
c. India d. Lain-lain
(Nyatakan) ____________________________
5. Ketajaman Penglihatan:
a. Buta
b. penglihatan terhad
6. Umur semasa berlaku kecacatan:
a. sejak lahir
b. selepas lahir
(Sila nyatakan umur anda semasa berlaku kecacatan) __________ tahun.
228
Bahagian II: Senarai Ujian Imlak Braille
Bijak
Bil. Perkataan Cantik
1. bijak Topi
2. cantik Basikal
3. topi Sopan
4. basikal Masak
5. sopan Bakul
6. masak Feri
7. bakul Sekolah
8. feri Harum
9. sekolah Buah
10. harum Kereta
11. buah Rumah
12. kereta Yakin
13. rumah Kerusi
14. yakin Botol
15. kerusi Bulat
16. botol Kaki
17. bulat Tembikai
18. kaki hadiah
19. tembikai
20. hadiah
229
Bahagian III: Senarai Analisis Ujian Imlak
1. Pra Menulis Ya Tidak
a. Adakah cara memegang stylus betul? Tidak
Tidak
b. Adakah kertas braille dimasukkan ke dalam slate Ya Tidak
dengan kemas? Ya
Ya Tidak
c. Adakah kertas braille dialih dengan kemas ? Tidak
Tidak
d. Adakah kertas miring ke kanan atau ke kiri? Tidak
2. Kualiti Sel Braille Ya Tidak
a. Adakah titik-titik braille kurang timbul / kurang
jelas dan tidak dapat dibaca dengan sentuhan Ya
jari. Ya
b. Adakah kertas braille terkoyak?
c. Adakah berlaku pertindihan titik-titik braille?
d. Adakah sela ruang antara perkataan yang Ya
diimlakkan?
3. Penggantian Huruf Ya
a. Adakah salah pembentukan huruf?
Contoh: k disalah tulis sebagai b atau
B disalah tulis sebagai k dan lain-
lain
Sila nyatakan kesalahan pembentukan huruf
yang terlibat:
230
b. Adakah berlaku ketinggalan huruf? Ya Tidak
Contoh: basikal basikal ditulis sebagai
baskal baskal di mana huruf /i/
tertinggal.
Sila nyatakan kesalahan ketinggalan huruf yang
terlibat:
c. Adakah kesalahan pembalikan berlaku? Ya Tidak
d (d) disalah tulis dengan f (f) Ya Tidak
f (f) disalah tulis dengan d (d)
Ya Tidak
e (e) disalah tulis dengan i (i) Ya Tidak
i (i) disalah tulis dengan e (e)
Ya Tidak
h (h) disalah tulis dengan j (j) Ya Tidak
j (j) disalah tulis dengan h (h)
Ya Tidak
r (r) disalah tulis dengan w (w) Ya Tidak
w (w) disalah tulis dengan r (r)
Sekian, terima kasih.
231
LAMPIRAN C
Soalan Temu Bual Kumpulan Berfokus
1. Apakah masalah yang anda hadapi semasa menulis braille menggunakan S&S?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
2. Adakah pengalaman menulis braille dengan mesin braille membantu anda dalam
menguasai penulisan menggunakan S&S?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
3. Adakah penglihatan yang masih ada membantu anda dalam menulis kod braille
dengan S&S?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
4. Adakah penglihatan yang masih ada membantu anda dalam memasukkan kertas
ke dalam slate dengan kemas?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
232
5. Adakah penglihatan yang masih ada membantu anda dalam mengalih kertas ke
dalam slate dengan kemas?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
6. Adakah pengalaman melihat anda membantu dalam penulisan kod braille
menggunakan S&S?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
7. Pada pendapat anda, adakah murid-murid penglihatan terhad juga harus diajar
menulis menggunakan S&S?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
Terima kasih atas kerjasama anda!
233
LAMPIRAN D
Senarai Semak Pemerhatian (Guru)
Bil. Item Ya Tidak
1. Menerangkan konsep penulisan kod braille menggunakan
mesin braille.
2. Menerangkan konsep penulisan kod braille menggunakan slate
dan stylus.
3. Memperkenalkan bahagian-bahagian S&S:
Slate
i) engsel
ii) tertingkap
iii)lekukan
stylus
i) kenop
ii) bahagian tajam
4. Menunjukkan cara betul memegang stylus:
i) kedudukan jari
ii) kedudukan stylus (lurus)
5. Menerang dan menunjukkan cara untuk membiasakan diri
dengan lekukan pada slate.
6. Menerang dan menunjukkan langkah-langkah memasukkan
kertas ke dalam slate dengan kemas:
i) meletakkan slate di hadapan dengan tertingkap menghala
ke atas.
ii) mendirikan slate dengan bahagian tertingkap menghala ke
luar dan membuka bahagian tertingkap slate supaya ia
dapat berdiri.
iii)Memasukkan kertas ke dalam bukaan slate sehingga
sampai ke bahagian engsel.
234
iv)Menggunakan permukaan meja sebagai panduan untuk
memasukkan kertas dengan kemas.
v) Memastikan kertas tidak miring atau keluar daripada
bahagian atas slate.
7. Mengalihkan kertas ke atas dengan menggunakan lubang
bawah pada kertas dengan pin pemegang bahagian atas pada
slate.
8. Konsep Kaedah A-J+3+6
i) kedudukan titik-titik 1,2,3 di sebelah kanan dan titik-titik
4,5,6 di sebelah kiri.
ii) penekanan mengingati kedudukan titik-titik kod braille.
iii)menulis 10 huruf pertama a hingga j.
iv)menambah titik 3 pada huruf a hingga j untuk membentuk
huruf k hingga t.
v) menambah titik-titik 3 dan 6 pada huruf a hingga e untuk
membentuk huruf u, v, x, y dan z.
vi)Menerangkan pembentukan huruf w.
9. Menulis perkataan-perkataan ringkas pada kertas A4 dengan
menggunakan S&S.
10. Menulis perkataan-perkataan ringkas pada kertas braille (warna
coklat) dengan menggunakan S&S.
11. Menulis ayat-ayat pendek pada kertas braille dengan
menggunakan S&S.
12. Menulis petikan pendek pada kertas braille dengan
menggunakan S&S.
13. Menulis 10 perkataan yang diimlakkan oleh guru.
14. Menulis 20 perkataan yang diimlakkan oleh guru sebagai
persediaan untuk ujian imlak.
235
LAMPIRAN E
Senarai Semak Pemerhatian (Murid)
Bil. Item Ya Tidak
1. Telah menguasai konsep penulisan kod braille menggunakan
mesin braille.
2. Telah menguasai konsep penulisan kod braille menggunakan
slate dan stylus.
3. Telah mengenali bahagian-bahagian S&S:
Slate
iv) engsel
v) tertingkap
vi) lekukan
stylus
iii)kenop
iv)bahagian tajam
4. Telah menguasai cara betul memegang stylus:
i) kedudukan jari
ii) kedudukan stylus (lurus)
5. Telah mengenali kedudukan lekukan sel braille pada slate.
6. Telah menguasai langkah-langkah memasukkan kertas ke
dalam slate dengan kemas:
i) meletakkan slate di hadapan dengan tertingkap menghala
ke atas.
ii) mendirikan slate dengan bahagian tertingkap menghala ke
luar dan membuka bahagian tertingkap slate supaya ia
dapat berdiri.
iii) memasukkan kertas ke dalam bukaan slate sehingga
sampai ke bahagian engsel.
236
iv)menggunakan permukaan meja sebagai panduan untuk
memasukkan kertas dengan kemas.
v) memastikan kertas tidak miring atau keluar daripada
bahagian atas slate.
7. Telah menguasai kemahiran mengalihkan kertas ke atas dengan
menggunakan lubang bawah pada kertas dengan pin pemegang
bahagian atas pada slate.
8. Telah menguasai konsep penulisan kod braille menggunakan
S&S dengan Kaedah A-J+3+6
i) kedudukan titik-titik 1,2,3 di sebelah kanan dan titik-titik
4,5,6 di sebelah kiri.
ii) penekanan mengingati kedudukan titik-titik kod braille.
iii)menulis 10 huruf pertama a hingga j.
iv)menambah titik 3 pada huruf a hingga j untuk membentuk
huruf k hingga t.
v) menambah titik-titik 3 dan 6 pada huruf a hingga e untuk
membentuk huruf u, v, x, y dan z.
vi)Menerangkan pembentukan huruf w.
9. Telah menguasai kemahiran menulis perkataan-perkataan
ringkas pada kertas A4 dengan menggunakan S&S.
10. Telah menguasai kemahiran menulis perkataan-perkataan
ringkas pada kertas braille (warna coklat) dengan
menggunakan S&S.
11. Telah menguasai kemahiran menulis ayat-ayat pendek pada
kertas braille dengan menggunakan S&S.
12. Telah boleh menulis petikan pendek pada kertas braille dengan
menggunakan S&S.
13. Telah boleh menulis 10 perkataan yang diimlakkan oleh guru.
14. Telah boleh menulis 20 perkataan yang diimlakkan oleh guru
sebagai persediaan untuk ujian imlak.
237
LAMPIRAN F
238
239