CONTOH PENGOLAHAN ISI YANG BAIK . Sumbangan Ibn Sina dalam bidang perubatan telah memberikan impak yang besar kepada masyarakat pada hari ini. Bincangkan pernyataan tersebut. Sumbangan Ibn Sina dari segi perubatan ialah memperkenalkan cara membersihkan luka (merawat pembedahan) melalui karyanya al-Qanun Fi Tibb. Beliau juga telah mencipta benang yang digunakan untuk menjahit luka pembedahan. Melalui teori-teori dan amali yang diperkenalkan oleh beliau, perubatan pada zaman ini menjadi lebih moden seperti pengenalan benang yang dikhaskan untuk jahitan pembedahan. Cara merawat luka dengan betul sangat membantu kerana doktor-doktor serta masyarakat pada zaman sekarang mempunyai pengetahuan tentang cara merawat luka dengan betul bagi mengelakkan sebarang jangkitan. Contoh skrip jawapan calon….
MENULIS KESIMPULAN • Berdasarkan impression guru penanda. • Kesimpulan : merupakan kefahaman calon terhadap soalan atau tajuk yang dijawab. • Ditulis dalam satu perenggan sahaja. • Merupakan ulasan atau rumusan keseluruhan isi. • Calon boleh memberi pandangan dengan berdasarkan fakta-fakta atau isi-isi. • Isi-isi penutup berkisar kepada keadaan yang wujud selepas keadaan isi jawapan yang dipersembahkan. • Elakkan drp mengulangi kenyataan soalan atau mengulangi isi.