The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dimazfatiqullah, 2022-06-12 00:48:21

8 Novel Bahasa Melayu Dimaz 4 Jazari

8 Novel Bahasa Melayu Dimaz 4 Jazari

8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4
DAN 5 ZON DI MALAYSIA

NAMA PELAJAR: MUHAMMAD DIMAZ FATIQULLAH
BIN MOHD AZWAN

NO.MAKTAB : PB190055
HOMEROOM : SIR HILMI
NAMA GURU : EN. SHURDI BIN SHUIB

BIL PERKARA

1. PENGENALAN
2. LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
3. DI SEBALIK DINARA
4. JENDELA MENGHADAP JALAN
5. PANTAI KASIH
6. SONGKET BERBENANG EMAS
7. TIRANI
8. BIMASAKTI MENARI
9. SILIR DAKSINA
10. RUJUKAN

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, saya bersyukur kepada Tuhan kerana
dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan yang telah diusahakan
selama ini yang bertajuk “KAJIAN 8 BUAH NOVEL TINGKATAN 4 DAN 5 4 ZON DI
MALAYSIA” . Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru
terutamanya guru-guru Bahasa Melayu, iaitu Cikgu Akma, Cikgu Shurdi, Cikgu
Aisah, Cikgu Rosliza dan juga Cikgu Haryani yang telah memberikan masa yang
begitu panjang untuk saya menyiapkan tugasan ini dan juga banyak memberikan
tunjuk ajar kepada saya serta rakan-rakan saya yang lain. Seterusnya, saya juga
ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan
saya kemudahan untuk melakukan tugasan ini. Terima kasih juga kerana telah
memberikan saya sokongan dan dorongan . Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan masing-
masing. Bantuan kalian dari segi maklumat yang diberikan kepada saya amatlah
saya hargai kerana tanpa bantuan anda saya juga tidak dapat menyiapkan tugasan
ini dengan baik. Segala jasa dan masa yang anda luangkan untuk saya
menghasilkan tugasan ini tidak akan saya lupa. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Segala jasa
dan budi kalian akan sentiasa saya kenang. Sekian, terima kasih.

NOVEL LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA KARYA ABDUL LATIP TALIB

Pengenalan

• Ringkasan novel
Novel ini berkaitan semangat kepahlawanan askar Melayu dalam
mempertahankan tanah air daripada dijajah oleh orang asing. Leftenan Adnan,
atau nama sebenarnya Adnan bin Saidi sanggup berjuang bermati-matian hingga
titisan darah terakhir demi mempertahankan bumi tercinta daripada ditakluki
oleh tentera Jepun.

• Biografi Abdul Latip Talib
Abdul Latip bin Talib dilahirkan pada 2 Jun 1954 merupakan seorang penulis yang
aktif dan terkenal di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri di dalam bidang
penulisan sastera bermula pada tahun 1999. Beliau terkenal sebagai penulis
prolifik melalui novel-novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali
sebagai siri Novel Sejarah Islam.

• Kulit hadapan dan belakang novel

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Pada awal penceritaan,novel ini mengisahkan kehidupan Adnan
semasa kecil.Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai
Ramal,Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam
kemiskinan.Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah
yang luasnya sekadar cukup makan sahaja.Keadaan ini turut dirasai
oleh Pak Saidi dan Mak Milah,iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan
tiga orang anak,iaitu Adnan,Ahmad dan Amarullah.Adnan merupakan anak
sulung keluarga Pak Saidi.Sejak kecil,Adnan rajin membantu keluarganya
dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya.Walaupun
usianya baru mencecah sepuluh tahun,setiap pagi Adnan akan pergi ke
kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah.Selain itu,dia turut
membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang.Pak Saidi dan anak-
anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai
kopi.

Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan.Beliau sengaja
merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah
kerana moyangnya menjadi orang buruan inggeris.Darah kepahlawanan
itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan.Semangat patriotik yang dimiliki oleh
Pak Saidi amat tebal.Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah
air.Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu
mengubah kehidupan di negara sendiri.Para penjajah telah mengambil
kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam
kemiskinan.Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak
mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya.Pengetahuan Pak Saidi yang
luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk
kampungnya.Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika
itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi.Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol
Said,Mat Kilau,Datuk Bahanam,dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi
inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.

Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan
pendidikan terbaik untuk anak-anaknya.Beliau mahu anak-anaknya berbakti
kepada agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi
dengan ilmu keagamaan dan ilmu persilatan.Pak Saidi sedar bahawa
dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak
penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai.Pelajaran
yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis
sahaja.Atas dasar itu,Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya
ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan.Tindakan
Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang
khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan
seterusnya menjadi murtad.Tentangan penduduk kampung itu
tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya
menimba ilmu di sekolah aliran inggeris.Bagi Pak Saidi,masyarakat Melayu
perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang
keilmuan.Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana
itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini daripada
tangan penjajah.

Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan
terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar.Sikap ringan tulangnya amat
disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah.Adnan
menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah tamat persekolahan,
beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal.
Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya.Cita-citanya hanyalah
satu,iaitu untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam
suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson.Kejayaan Adnan terpilih
untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok
kampung.

Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk
menjadi tentera.Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi
tali barut Inggeris.Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan
sekampungnya.Beliau menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan
Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang.Kegigihan Adnan
membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan
memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di
London.Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih.Adnan
membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura.Namun,Adnan terpaksa
menghantar anak-anaknya dan isterinya pulang ke kampung selepas
mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun
mahu menyerang Singapura.Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.

Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah
berjaya menyakinkan Mejar G.Mc Bruce mengenai kemampuan anak-anak
muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut
baharu.Pada 1 Januari 1935,pasukan percubaan Askar Melayu telah
ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota
sebanyak 150 orang.Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu
menjadi 232 orang.Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi
dengan platun mesingan,seksyen semboyan, dan unit tambur.Pada 1
Januari 1938,Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai
17 pegawai British,6 pegawai melayu,11 pegawai waran,759 pegawai,dan

lain-lain pangkat.Pada bulan Mac 1941,Rejimen Askar Melayu ditambah
kekuatan menjadi dua batalion.Mereka diberi tanggungjawab
untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.

Pada Sabtu 6 Disember 1941,satu persidangan telah berlangsung di
Manila dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan
British.Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah
berlayar menuju Asia.Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal
pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap,dan kapal
pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas
bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang
pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai
Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941.Pada hari pertama askar Jepun
mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu
oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai.Pada hari
kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang
pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan
askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan
diri.Namun,askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan
pendaratan askar Jepun.Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang sedang
bertempur diarahkan berundur.Dengan itu,askar Jepun berjaya mendarat
di Kelantan setelah tiga hari bertempur.

Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan
oleh Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya
mendarat di Kota Bharu,Kelantan.Pertahanan tentera British mudah sahaja
ditewaskan oleh tentera Jepun yang cukup licik dan memiliki kemahiran
dalam peperangan. Akibatnya,negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu
jatuh ke tangan tentera Jepun.Kemudian,mereka terus mara ke Singapura
dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.

Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk
menangkis serangan askar Jepun.Sebaik-baik sahaja mendapat laporan
tentang tentera Jepun mendarat di Kota Bharu,Inggeris telah menghantar
askarnya berkubu di sepanjang pantai.British juga menghantar dua buah
kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk mempertahankan
Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan
British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang
melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang
itu telah mengejutkan British sekali gus melemahkan moral dan semangat
askarnya.

Namun,mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang
dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura
itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun.Dalam pertempuran dengan
askar Melayu di Kelantan dan di Singapura,askar Melayu telah menunjukkan
keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang
askar melayu,termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen
Askar Melayu terkorban.Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu
termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi.Beliau bersama-sama dengan 42
orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah
yang terakhir.Pada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki
Singapura setelah berlaku pertempuran hebat.Akhirnya British terpaksa
menyerah kalah kepada Jepun.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1 - Darah Pahlawan

Leftenan Adnan Wira Bangsa dimulakan dengan kisah Adnan (yang
masih kecil) bersama keluarganya.Pak Saidi berasa amat gembira
kerana dikurniakan tiga orang anak lelaki. Yang sulung bernama
Adnan, yang tengah bernama Ahmad dan yang bongsu dinamakan
Amarullah. Tiga beradik itu membesar di Kampung Sungai Ramal,
Kajang, Selangor. Adnan sekeluarga memiliki darah pahlawan -
moyangnya pernah membantu Dol Said menentang Inggeris di
Naning. Namun begitu Pak Saidi tidak suka menghebah-hebahkan
cerita itu kerana sentimen'siapa yang menentang Inggeris adalah
penderhaka' masih kuat ketika itu. Penjajah (British) tidak suka kepada
sesiapa yang menentang mereka. Mereka mahu menyedut keluar
sebanyak banyaknya hasil bumi daripada Tanah Melayu.

Bab 2 - Kampung Sungai Ramal

Adnan bermimpi menjadi adiwira sebagai Hang Tuah dan dapat
menyelamatkan Kampung Sungai Ramal Dalam bersama-sama
empat orang sahabatnya. Dia bermimpi suasana di kampung menjadi
kelam-kabut, api menjulang tinggi ke angkasa dan beratus-ratus
penyamun sedang menyerang penduduk kampung. Banyak penduduk
kampung yang terbunuh manakala rumah pula banyak yang terbakar.
Adnan sering bermimpi perkara yang aneh sejak kecil dan sering
membayangkan dirinya sebagai Hang Tuah. Selepas tersedar Adnan
ke kebun getah membantu ayahnya, setelah solat Zohor gilirannya
pula turun ke sawah.

Bab 3 - Harapan Seorang Ayah

Ketiga-tiga anak Pak Saidi berlari mendapatkannya selepas
mendengar deringan bunyi loceng basikalnya. Pak Saidi berasa
gembira kerana kepulangannya disambut oleh anak anaknya yang
sedang belatih silat di halaman rumah. Adnan melayan ayahnya
dengan membawakan minuman. Selepas itu dia kembali berlatih silat
bersama-sama adiknya. Mereka gemar bermain perang olok-olok dan
biasanya Adnan yang selalu menang kerana sikapnya tidak mahu
mengalah. Adnan juga memperlihatkan sikap kepahlawanan dan
tanggungjawab walau ketika membantunya mahupun ketika bermain.
Permintaan anak anaknya tidak pernah dikecewakan. Walaupun
sudah dibuatkan keris daripada kayu, Adnan meminta ayahnya
membuat senapang kayu pula.

Bab 4 - Dusun Durian Di Tanah Perkuburan

Adnan menemani ayahnya Pak Saidi ke dusun durian berhampiran
Tanah Perkuburan, Pak Saidi yang mewakafkan sebahagian daripada
tanahnya menjadi Tanah Perkuburan sebab itulah dusun itu
bersebelahan dengan Tanah Perkuburan. Sikap Pak Saidi yang
dermawan menyebabkan orang kampung menynanginya. Apabila tiba
musim buah-buahan, dia selalu menyedekahkan buah-buahan kepada
penduduk kampung. Pak Saidi menceritakan bahawa asal usul dia dan
ibu Adnan dari Minangkabau, Indonesia. Dia juga menceritakan
bahawa dia pernah membantu Dol Said Pahlawan Naning menentang
British. Hal ini dirahsiakan supaya penduduk kampung tidak
memandang serong. Pak Saidi menceritakan bagaimana Dol Said
dilayan oleh British dengan baik sedangkan pengikutnya dibuang ke
India. Pak Saidi juga menceritakan bagaimana British boleh masuk
dan menjajah Tanah Melayu. Sejak itulah orang Melayu menentang
penjajahan British bukan melalui senjata tetapi melalui politik.

Bab 5 - Harapan Seorang Ibu

Adnan dan adik-adiknya berlatih silat pada waktu siang manakala
pada waktu malam pula Adnan diajar mengaji oleh ayahnya dan ada
kalanya dengan ibunya. Adnan menyatakan hasrat untuk mulai
bersekolah supaya menjadi pandai kelak. Ibunya Milah tidak bersetuju
kalau Adnan bersekolah di sekolah Inggeris tetapi berbeza dengan
pandangan Pak Saidi. Pak Saidi berpendapat belajar di sekolah
Inggeris dapat mempelajari pelbagai ilmu berbanding sekolah agama
ataupun sekolah Melayu. Milah menyatakan kebimbangan tentang
pandangan orang kampung tetapi Pak Saidi menyatakan bahawa
penentangan zaman sekarang bukan lagi menggunakan senjata tetapi
berdasarkan pengetahuan yang setanding dengan orang Inggeris. Pak
Saidi menyatakan hasrat menyekolahkan anak anaknya di sekolah
Inggeris kepada ketiga-tiga orang anaknya dan mereka menerimanya
dengan senang hati. Milah juga akhirnya akur dengan kehendak Pak
Saidi.

Bab 6 – Guru Besar Steward

Pak Saidi menghantar Adnan ke sekolah Inggeris. Walaupun ramai
penduduk kampung yang tidak mahu anaknya bersekolah Inggeris
kerana kononnya akan menjadi murtad namun Pak Saidi berfikiran
sebaliknya. Dia ingin anak-anaknya menjadi orang yang berpelajaran.
Setiap pagi, sebelum pergi ke sawah, Pak Saidi mengayuh basikal
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tengah hari dia menjemput anaknya dari sekolah. Syarat memakai
baju baharu, seluar baharu dituruti oleh Pak Saidi. Walaupun sudah
bersekolah di sekolah Inggeris, namun Pak Saidi tetap mengajar anak-
anaknya mengaji pada waktu malam agar anak-anaknya mempunyai
jati diri yang kukuh dan tidak lupa asal usul dan berharap anak-
anaknya tidak menjadi sepertinya yang miskin, Pak Saidi menasihati
anak-anaknya supaya tidak mempedulikan apa-apa yang dikatakan
oleh orang lain.

Bab 7 – Mereka tidak mengerti

Penduduk kampung menjadi gempar apabila mengetahui Pak Saidi
menyekolahkan anaknya di sekolah Inggeris. Ternyata penduduk
kampung tidak bersetuju dan membantah tindakan Pak Saidi. Abu
mencadangkan kepada Tuk Ketua supaya meminta Pak Saidi tidak
menghantar anaknya bersekolah di sekolah Inggeris dan menghalau
mereka sekiranya mereka masih berdegil. Namun, Tuk Ketua
menyatakan bahawa Pak Saidi dan anaknya orang baik sebaliknya
anak Abu yang tidak elok perangai dengan mencuri buah-buahan
penduduk kampung. Abu berasa marah dengan kelakuan anaknya
dan anaknya Nordin menganggap Pak Saidi yang memberitahu Tuk
Ketua akan hal ini. Mereka bercadang hendak mengenakan Pak Saidi.

Bab 8 – Seteguh Karang

Karim bertemu Pak Saidi di warung. Selepas menyampaikan wang Ah
Chong hasil jualan getah, Karim menyatakan bahawa Abu telah
menghasut Tuk Ketua supaya mengambil tindakan terhadap Pak Saidi
kerana menghantar anak belajar di sekolah Inggeris. Pak Saidi tidak
mengambil endah tindakan yang akan diambil oleh Abu kerana dia
yakin dia tidak melanggar undang-undang. Karim juga ingin tahu apa
sebabnya Pak Saidi menghantar anak bersekolah di sekolah Inggeris.
Pak Saidi menyatakan bahawa kita harus belajar dari bangsa yang
berjaya supaya anak-anak kita dapat ilmu pengetahuan yang tinggi.
Walaupun dia marah dengan British tetapi dia suka dengan ilmu yang
mereka ada. Pak Saidi menyangkal anak-anak Karim yang perempuan
semuanya tidak mampu untuk berjaya sebaliknya di tangan merekalah
nanti Negara akan lebih maju. Petang itu rumah Pak Saidi dikunjungo
oleh Tuk Ketua kampung, Lebai Pian dan Pak Karim serta Isa. Pak
Saidi menerangkan tujuan dia menyekolahkan Adnan di sekolah
Inggeris. Guru Melayu yang mengajar di sekolah itu juga akan
membantu memantau anak-anak mereka. Setelah bertukar-tukar
pandangan akhirnya mereka setuju dengan pendapat Pak Saidi
walaupun tidak disenangi oleh Lebai Pian.

Bab 9 – Anak-Anak Kampung

Mamat menegur Adnan dan bertanya tentang keseronokan belajar di
sekolah Inggeris. Adnan menyatakan keseronokannya belajar di situ
dan mengajar Mamat beberapa perkataan bahasa Inggeris yang
dipelajari. Mamat menyatakan ayahnya melarang dia belajar di
sekolah Inggeris kerana khuatir dia lupa agama. Adnan menafikan
bahawa dia lupa agama dan tidak berubah walaupun sudah belajar di
sekolah Inggeris apatah lagi malamnya dia tetap belajar mengaji
dengan ayahnya. Mereka berbual-bual dengan Ahmad dan bercerita
tentang cita-cita apabila besar nanti. Adnan yang mahu menjadi askar
supaya dapat mempertahankan negara dari serangan musuh.
Malamnya, rumah mereka didatangi oleh dua lembaga yang tidak
dikenali. Dengan keberanian Pak Saidi dan Adnan, lembaga itu lari
lintang pukang, walaupuan ada seorang yang mengena belautinya.
Rupa-rupanya mereka mengerat tayar basikal milik Pak Saidi. Pak
Saidi mendengar tentang Nordin yang sakit kaki. Dia membertahu
isterinya mungkin Nordin salah seorang lembaga yang datang pada
malam tempohari dan dibaling beluti oleh Adnan. Di sekolah Adnan
mendapat pujian atas sikap hormat dan kerajinan serta pendirian yang
tetap menjadi askar yang dinyatakan kepada Cikgu Anderson.

Bab 10 – Masuk Jawi Basikal Baru

Adnan akan berkhatan. Adnan resah apatah lagi Tuk Mudim sudah
sampai. Walaupun Tuk Mudim berjenaka tetapi bagi Adnan itu
bukanlah lawak. Rakan-rakan Adnan mengintal dari luar. Adnan
menjadi bersemangat apabila ayahnya berjanji untuk membelikan
basikal baharu apabila dia selesai berkhatan. Adnan bersemangat dan
tidak gentar apabila dikhatankan. Dia tersenyum selepas dikhatankan.
Kira-kira dua minggu kemudian, luka Adnan sembuh. Pada hari yang
dijanjikan ayahnya membawa pulang sebuah basikal baharu.

Bab 11 – Yakin Boleh

Pak Saidi menanya Adnan tentang persekolahannya. Adnan
menyatakan bahawa dia seronok belajar di sekolah tersebut.
Keesokan harinya Cikgu Nazri memulakan perhimpunan pagi dengan
pengumuman tentang Pertandingan Syarahan dalam bahasa Inggeris.
Hanya Adnan yang bersetuju untuk mengambil bahagian sedangkan
rakan rakannya yang lain tidak berminat kerana syarahan tersebut
dalam bahasa Inggeris. Akhirnya Nizam, Ah Chong dan Ramasamy
serta beberapa orang lain terangsang dengan semangat yang
ditunjukkan oleh Adnan dan turut sama dalam pertandingan tersebut.
Mak Milah bangga dengan semnangat Adnan walaupun ditertawakan
oleh rakan-rakannya. Pak Saidi dan Mak Milah memberikan semangat
kepada Adnan dan bertambahlah berkobar kobar Adnan kerana
mereka berjanji akan hadir pada hari pertandingan tersebut. Akhimya
Adnan menjadi juara, Ah Chong mendapat tempat kedua manakala
Nizam mendapat tempat ketiga.

Bab 12 – Jaguh Kampung

Adnan dan rakan-rakan pasukan bola sepak Kampung Sungai Ramal
berjaya mengalahkan pasukan bola sepak dari Kampung Merab.
Kekalahan itu menyebabkan mereka tidak berpuas hati. Mereka
mencadangkan perlawanan tinju antara jaguh Kampung Sungai
Ramal dan jaguh Kampung Sungai Merab. Cabaran itu disambut oleh
Adnan yang dicadangkan oleh anak-anak muda kampungnya.
Manakala Budin mewakili Kampung Sungai Merab. Perlawanan yang
dirancang akhirnya berkesudahan dengan hampa apabila Budin dan
Adnan berdamal kerana beranggapan pertandingan tersebut tidak sah
kerana tidak dijalankan mengikut peraturan. Penyokong mereka tidak
berpuas hati dan menyebarkan fitnah bahawa Budin dan Adnan
bertinju dan mencuri rambutan Pak Samaun. Pak Saidi dan Pak Husin
pulang ke rumah setelah mendengar berita tersebut. Setelah ditanya
oleh Pak Saidi, Adnan menyatakan bahawa mereka tidak bertinju dan
tidak mencuri rambutan kerana masih mendengar pesan ayahnya.

Bab 13 – Darah Muda

Selepas menamatkan pengajiannya, Adnan terpilih sebagai guru
pelatih mengajar di sekolah Sungai Ramal. Tetapi Adnan tidak minat
bekerja sebagai guru. Dia bercita-cita menjadi seorang askar. Namun
ketika itu belum ada peluang menjadi askar Melayu. Semenjak kecil
Adnan gemar mendengar cerita kisah pahlawan-pahlawan Melayu.
Dari situ timbulnya semangat untuk menjadi askar Melayu bagi
mempertahankan tanah air. Tambahan pula pada masa itu telah mula
bertiup semangat kebangsaan di kalangan anak-anak muda terutama
dalam kalangan guru-guru.

Bab 14 – Askar Melayu Diraja

Tersebar berita mengenai ura-ura penubuhan askar Melayu. Inggeris
akan mengambil anak anak muda bagi dilatih menjadi askar. Maka
semakin kuat keinginan Adnan hendak menjadi tentera. Pada suatu
hari, Kampung Sungai Ramal dikunjungi oleh beberapa anggota
tentera British yang bertujuan mencari anak-anak muda tempatan
yang berkelayakan untuk diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu.
Beberapa pemuda kampung termasuk Adnan Bin Saidi ingin
memohon tetapi tidak dibenarkan oleh ibunya. Ibunya lebih suka
Adnan terus menjadi guru mendidik anak bangsa. Tetapi Adnan tetap
berkeras ingin menjadi tentera. Ayahnya Pak Saidi, merestui cita-cita
anaknya. Akhirnya ibu Adnan mengalah.

Bab 15 – Buku Bertemu Ruas

Adnan bersama beberapa orang rakannya, nekad keluar dari kampung
untuk pergi ke kem latihan ketenteraan di Port Dickson. Mereka pergi
Cuma berjalan kaki dan menumpang lori barang dari Kajang ke
Seremban. Dan dari Seremban ke Port Dickson. Mereka telah diterima
menjadi tentera selepas dimaklumkan oleh dua orang anggota tentera
yang datang ke rumahnya.

Bab 16 – Perwira

Setelah melaporkan diri di kem, Adnan dan Mamat terpaksa menjalani
latihan fizikal dan mental bagi melayakkan diri untuk menjadi seorang
tentera. Adnan menunjukkan kesungguhan yang mendalam semasa
menjalani latihan sehingga terpilih sebagai rekrut terbaik dan
seterusnya beliau diserapkan ke dalam pasukan Askar Melayu. Itulah
saat yang paling mengembirakan hati Adnan. Setelah selesai upacara
perbarisan, semua rekrut telah dimaklumkan mengenal perintah
pertukaran. Adnan telah diumumkan akan bertukar ke Singapura
manakala Mamat pula ditukar ke Kedah. Semua rekrut telah
dibenarkan bercuti selama seminggu. Berita itu amat
menggembirakan mereka kerana masing-masing terlalu rindukan
pada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Bab 17 – Kehidupan Baharu

Kerana kesungguhannya maka dalam waktu yang singkat, Adnan
telah menerima kenaikan pangkat menjadi Sarjan pada tahun 1937.
Pada tahun yang sama beliau turut terpilih menyertai upacara
pertabalan King George VI di London. Tidak lama kemudian, Adnan
dinaikkan pangkat sekali lagi menjadi seorang Leftenan.
Sekembalinya Leftenan Adnan. Saidi dari London, dia berkahwin
dengan seorang guru dikampungnya bernama Sophia Pakih Muda

Bab 18 – Berhari-raya di kampung

Mahligai perkahwinan Adnan dan Sophia amat bahagia ditambah seri
dengan kehadiran tiga orang anak: dua lelaki, Mokhtar dan Zainudin
dan seorang anak perempuan. Tetapi bayi perempuan itu meninggal
dunia. Pada akhir tahun 1941, Lt. Adnan Saldi ditempatkan di Pasir
Panjang dan membawa keluarganya bersama-sama. Mereka tinggal
di rumah besar di Pasir Panjang, dalam kawasan yang dikhaskan
untuk keluarga Rejimen Askar Melayu. Mereka hidup bahagia.

Bab 19 – Perang Dunia Kedua

Apabila berlaku Perang Dunia II dan Jepun bersedia untuk menjajah
Tanah Melayu maka Leftenan Adnan menghantar keluarganya
kembali ke kampung mereka di Kajang. Ini merupakan masa yang
gentir bagi Leftenan Adnan kerana isterinya, Sophia, sedang
mengandungkan anak mereka yang ketiga. Ini merupakan kali terakhir
mereka bersama. Dengan hati yang amat berat Sophia membawa
anak-anaknya pulang ke kampung mereka di Kajang. Sekembalinya
ke Singapura, Adnan mula mengaturkan persiapan. Askar Melayu dan
tentera British bekerjasama membantu penduduk berpindah. Keadaan
di Pasir Panjang sangat sunyi. Sebagai ketua yang menjaga Pasir
Panjang. Adnan sentiasa bersiap sedia dan berjaga-jaga.

Bab 20 – Bukit Candu

Leftenan Adnan diminta bertugas di Bukit Candu tetapi dalam masa
yang sama Pasir

Panjang juga di bawah tanggungjawabnya. Sarjan Arshad
mencadangkan agar mereka mempertahankan satu tempat sahaja
namun kebijaksanaan Adnan menyatakan bahawa British mahu
mempertahankan Bukit Candu juga kerana di sebalik bukit tersebut
ada kilang Candu kepunyaan Inggeris. Merekapun berkemas ke Bukit
Candu kerana kawasan tersebut kawasan yang penting. Di situ ada
penduduk kampung yang tidak mahu berpindah. Adnan
memerintahkan supaya dibina kubu. Setelah kubu-kubu siap dibina
melalui gotong-royong. Keesokan harinya bertemankan Sarjan
Hassan, Adnan berjumpa up Sidek bagi membincangkan masalah
penduduk yang enggan berpindah. Mereka tidak berjaya mengajak
penduduk kampung berpindah. Apa yang boleh dibuat lalah
memperketatkan kawalan dan mencadangkan pasukan pengawal
kampung. Adnan gembira apabila mendapat surat daripada isterinya
yang mengatakan bahawa semua ahli keluarganya dalam keadaan
selamat. Sebenarnya askar British, Nepal dan India juga tidak

berminat untuk meneruskan perjuangan. Adnan berpendapat bangsa
Melayulah yang harus mempertahankan tanah air.

Bab 21 – Di Ambang Perang

kkSabtu 6 Disember 1941, berita kemaraan tentera Jepun bertiup
kencang. Menurut Sir Thomas Philips bahawa askar Jepun akan
menyerang Tanah Melayu. Walaupun dijangkakan serangan itu dapat
dipatahkan namun mereka akan mengalami pertempuran yang sengit.
Mereka menjangkakan askar Jepun akan mendarat di Kelantan dan
Singapura.Cadangan Laksamana Thomas C. Hart mendapat
persetujuan ramai. Dengan adanya pesawat peninjau, dapatlah pihak
Britsih mengetahui tahap kekuatan, jumlah tentera, dan mengesan
lokasi mereka. Akhimya penduduk kampung mulai mempercayal
bahawa Bukit Candu akan diserang dan mereka bersetuju untuk
berpindah. Kalam keadaan yang genting itu, dua lembaga cuba
menceroboh rumah penduduk kampung yang ditinggalkan. Dengan
bantuan pengawal kampung dan askar, kedua-dua lembaga tersebut
berjaya ditangkap. Rupa-rupanya mereka hendak mencuri dan salah
seorang daripada mereka ialah Samad.

Bab 22 – Hati-Hati Yang Resah

Pagi itu Leftenan Adnan dan pegawai-pegawainya berkumpul di depan
pejabat pengkalan tentera di Bukit Candu. Mengikut jadual ada
pengawai baharu yang akan datang melaporkan diri pada sebelah pagi
dan pegawai tersebut tidak suka ditukarkan ke Bukit Candu. Akhirnya
Kapten Rix datang pada sebelah tengah hari. Setelah sejam meninjau
di udara akhiranya Pegawai Penerbangan Ramshaw melaporkan
ternampak tiga buah kapal di lautan yang dipantainya. Mereka
berpendapat Jepun telah membuat persiapan untuk berperang.
Apabila cuaca kembali reda, malam itu juga pesawat peninjau
melaporkan konvoi Angkatan Tentera Jepun hilang dari lautan yang
sepatutnya. Mereka berpendapat pihak musuh mengalih laluan.
Tentera Britsih mengerahkan semua pasukan berjaga-jaga. Adnan
memberikan taklimat di Bukit Candu dan Pasir Panjang supaya

mempertingkatkan kawalan. Dalam waktu yang sama, Tijah
memerhatikan Sophia yang semakin berubah. Sophia kelihatan
termenung dan gelisah. Sophia begitu bimbang dengan nasib Adnan.
Dia takut kehilangan Adnan.

Bab 23 – Bermulanya Sengketa

Penduduk di Tanah Melayu mula berasa cemas dengan berita tentera
Jepun akan menyerang. Namun ada juga yang berasa gembira
kononnya Jepun hendak menghalau penjajah dan memerdekakan
Tanah Melayu. Penduduk kampung Sungai Ramal juga bercerita
mengenai perang. Pak Saidi tetap tidak mahu berlakunya perang.
Namun dia berserah kepada takdir kerana tiga orang anaknya iaitu
Leftenan Adnan dalam askar Melayu, Ahmad dalam angkatan tentera
Laut dalam kapal HMS Pelanduk, dan Amarullah juga dalam askar
Melayu.

Pak Saidi bangga kerana ketiga-tiga anaknya berada dalam angkatan
tentera. Namun ibunya tetap risau sekiranya berlaku
peperangan.Leftenan Adnan sering mengutus surat kepada adik-
adiknya sambil memberi kata-kata peransang supaya berjuang
bersungguh sungguh demi tanah air.

Bab 24 – Perangkap Tidak Mengena

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai
yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai.
Pasukan meriam British mula membedil sepanjang kawasan
persisiran pantai dan laut sewaktu telah jelas bahawa tentera Jepun
sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan
kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak ke arah
pesawat pendarat sebaik sahaja pesawat itu diterangi suar. Usaha
pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh oleh unit Dogras tetapi
mereka menghadapi tentangan yang sengit. Kubu mesingan (MG) di
pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula

mendarat dipantai dan membunuh banyak askar Jepun termasuk
komander batalionnya, Mejar Nakamura, yang mengetuai orang-
orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji
menulis dalam bukunya mengenai Kempen Tanah Melayu: "Kubu-
kubu kecil musuh yang disediakan dengan teliti bertindak dengan
ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami
terbaring di pantai, separuh dalam air, separuh di pantai, tidak dapat
mengangkat kepala mereka". Tidak sehingga tentera Jepun
memusatkan serangan mereka terhadap dua buah kubu kecil dan parit
pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan, barulah
mereka menguasai tempat mendarat. Dalam pertempuran secara
berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British
yang bertahan kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku,
gelombang penyerang kedua tersangkut di pantai terbuka dihujani
tembakan meriam British yang mengakibatkan jumlah korban yang
teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kecil telah dimusnahkan,
pasukan ini mampu bergerak ke hadapan dan membolosi kedudukan
Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan supai India
tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan pertahanan mula
berundur.

Bab 25 – Gagalnya Operasi Matador

Pada 8 Disember 1941, dalam mesyuarat tergempar di Bilik Gerakan
Pengkalan Tentera British di Kota Bharu, Pemerintah Kor, Jeneral
Heath memaklumkan bahawa tinjauan udara di Teluk Siam mendapati
adanya pergerakan besar-besaran tentera Jepun di Songkhla dan
Pattani. Ops Matador dilancarkan oleh Jeneral Heath. Oleh sebab
Jeneral A.E. Percival yang dipertanggungjawabkan mendapat berita
tersebut lewat akhirnya tentera Jepun sudahpun mendarat di Kota
Bharu. Namun tersekat di Sungai Kelantan kerana ada kubu tentera
British di situ. Pertempuran sengit berlaku dan akhirnya tentera Jepun
berjaya memasuki Kelantan. Pegawai dan askar yang menjaga
Lapangan Terbang Pengkalan Chepa lari ke Stesen Kereta Api Kuala
Krai. Mereka akhirnya membakar Lapangan Terbang Pengkalan
Chepa agar pihak musuh tidak dapat menggunakannya. Jerangkap

samar yang dipasang di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa telah
menyebabkan ramai askar Jepun terbunuh. Akhirnya tentera Jepun
Berjaya menawan Kelantan. Pada 9 Disember 1941, tentera Jepun
menempatkan askarnya di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
Tentera British menggugurkan bom seberat 250 paun dan tepat
mengenai sasaran kapal pengangkut IJN Awajisan Maru yang
perupakan kapal Jepun pertama yang ditenggelamkan dalam Perang
Dunia Kedua. Tentera membalas serangan tentera British di
Butterworth dan juga di Kuantan., Alor Setar dan Sungai Petani.

Bab 26 – Serangan Bertali Arus

Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang telah diserang oleh
tentera Jepun dalam masa yang singkat. Harapan tentera British ialah
tentera laut. Kapal perang kebanggaan British HMS Prince of Wales
dan HMS Repulse meninggalkan Singapura menuju ke Kelantan.
Walau bagaimanapun pergerakan kapal perang itu berjaya dikesan
oleh pihak Jepun. Sepuluh buah pesawat Jepun diarahkan melakukan
serangan kamikaze terhadap dua buah kapal perang British itu.
Akhirnya dua buah kapal perang British Berjaya ditenggelamkan oleh
tentera Jepun. Pada 11 Disember 1941, Jeneral A.E. Percival
memerintahkan Regimen Punjab menyekat kemaraan tentera Jepun
di Changlun. Tentera Jepun menggunakan kereta kebal bagi
menyerang tentera Punjab. Pada 12 Disember 1941, Jeneral
Yamashita memerintahkan 85 buah pesawat pengebom Jepun
menyerang pertahanan Brtish di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun
mereka tersalah sasar dengan membuat serangan terhadap kawasan
awam. Pada hari yang sama tentera Jepun bergerak ke Jitra. Tentera
Jepun menggunakan kereta kebal dan bedilan artileri untuk
memberikan laluan kepada tentera Infantry menyerang garisan
pertahanan yang dijaga Batalion Punjab dan Gurkha. Walau
bagaimapaun tentera ini dapat ditewaskan. Tangisan Mak Milah
mengejutkan Sophia di dapur. Ahmad anak mereka telah terkorban di
medan perang dan turut tersemadi di dasar laut. Hati Sophia dirundung
kebimbangan memikirkan nasib suaminya.

Bab 27 – Perancangan Dua Jeneral

31 Januari 1942, penduduk Johor Bahru gempar dengan kehadiran
ramai tentera Jepun. Mereka yang tiba dengan berjalan kaki dan
menaiki basikal kelihatan berkeliaran di mana mana. Akibat tiada
pertahanan yang kukuh di Johor, tentera Jepun berjaya menawan satu
persatu negeri di Tanah Melayu. Hal ini memberikan tamparan kepada
tentera British yang selama ini dianggap paling kuat di dunia. Akibat
kekalahan itu, Panglima Tertinggi British di Timur Jauh, Sir Robert
Brooke-Popham dilucutkan jawatan dan digantikan oleh Leftenan
Jeneral Sir Henry Pownall. Pada petang 31 Januari 1942, seluruh
Semenanjung Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun. Pasukan tentera
British yang terakhir meninggalkan Tanah Melayu telah meletupkan
Tambak Johor sebagai usaha menyekat kemaraan Jepun. Samad
dijadikan sebagai pengintip tentera Jepun memerhati gerak tentera
British. Hasil dari maklumat Samad, pengintip Jepun telah melaporkan
kepada markas di Kluang. Kapten Rix dan Leftenan Adnan mengatur
persiapan menentang tentera Jepun. Leftenan Adnan kecewa kerana
tentera asing tidak bersungguh-sungguh mempertahankan Tanah
Melayu.

Bab 28 – Pertempuran Demi Pertempuran

3 Februari 1942, Tentera Jepun telah bersedia untuk melancarkan
serangan. Jeneral Yamashita menghantar 13 000 orang tentera elitnya
bagi melakukan pendaratan di bahagian utara Singapura berhampiran
Sarimbun. Jeneral Yamashita mengarahkan supaya tenteranya
memusnahkan tangki-tangki minyak di Pelabuhan Tentera Laut
Singapura. Pasukan atileri Jepun pula menyerang Pengkalan Udara
Tengah di Seletar dan di Sembawang. Markas tentera Jepun
dipindahkan ke Istana Bukit Serene di Johor Bahru. Pertempuran di
ruang udara Singapura berlangsung sepanjang hari dari pagi hingga
ke petang. British terpaksa memindahkan kapal terbang Hurricanes
dan Buffaloes yang selamat ke Palembang. Masalah pentadbiran dan
kawalan menyebabkan pertahanan tentera Berikat semakin lemah.
Rejmen Askar Melayu bersungguh-sungguh mempertahankan
kedudukan. Satu-satunya pasukan yang masih bersemangat untuk

bertempur dengan tentera Jepun ialah askar Melayu. Adnan dan
aggotanya tetap akan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir
walaupun anggota pasukannya tidak ramai tetapi dia percaya hanya
dengan semangat juang yang tinggi mampu memberikan tentangan
sengit kepada musuh.

Bab 29 – Terus Berjuang

Leftenan Adnan curiga dengan Samad yang lalu-lalang di hadapan
pengkalan. Petang itu Penghulu Deraman daripada pengawal
kampong datang bertemu Leftenan Adnan untuk menyatakan
persediaan mereka bertempur membantu pasukan askar Melayu
menentang tentera Jepun. Dalam perbincangan mereka mengagak
bahawa Samad dan dua orang adalah pengintip Jepun dan
menganggap tali barut seperti Samad tidak harus dibiarkan. Malam itu
Penghulu Deraman berjaya mengesahkan bahawa Samad adalah tall
barut Jepun. Malam keesokannya mereka berjaya dikalahkan. Jeneral
Yamashita berang apabila tiga orang pengintipnya mati ditembak
askar Melayu. Berita pertahanan Pasir Panjang diserang tentera
Jepun menambahkan kebimbangan Jenaral A.E. Percival. Tentera
Jepun mengubah taktik serangan dengan menggunakan kereta kebal.
Kemaraan mereka ditentang hebat pasukan askar Melayu. Setelah
beberapa buah kereta kebal Jepun dapat dimusnahkan, akhirnya
tentera Jepun berundur semula ke Jurong. Askar Melayu diserang oleh
tentera Jepun yang marah. Berita itu menggusarkan Leftenan Adnan.
Apatah lagi Kapten Rix bagai membiarkan sahaja askar Melayu
mempertahankan Pasir Panjang.

Bab 30 – Serangan Balas

Askar Melayu keletihan sebab tidak cukup tidur dan tidak tentu makan.
Selepas solat Subuh, mereka kembali menjalankan tugas masing-
masing. Suasana hening menjadi gempar apabila dikejutkan dengan
berita tentera Jepun sudah datang. Adnan mengarahkan anngotanya
bersiap sedia. Tentera Jepun menghantar utusan untuk berunding.
Adnan tetap tidak mahu berundur diikuti dengan pengeboman tentera

Jepun dari udara. Pertempuran berlaku antara kedua-dua pihak.
Banyak nyawa yang terkorban. Kompeni C begitu mempertahankan
Bukit Candu. Pertempuran ini memperlihatkan semangat juang askar
Melayu lebih komited dan berani. Namun tidak berupaya mengalahkan
askar Melayu. Hal ini menimbulkan kemarahan tentera Jepun.
Pertempuran berlaku di Pasir Panjang menyebabkan anggota
Leftenan Adnan hendak membantu tetapi dihalang oleh Adnan. Adnan
bimbang Bukit Candu akan diserang. Tentera Jepun menyamar
dengan memakai pakaian tentera Sikh yang ditawan. Adnan tidak
sedap hati kerana dia tidak dimaklumkan tentang hal itu. Akhirnya
Adnan menyerang tentera Jepun yang menyamar dan menyebabkan
tentera Jepun banyak kehilangan nyawa.

Bab 31 – Biar Putih Tulang

Mejar Kimura bersetuju agar tentera Jepun menggempur askar Melayu
petang tersebut hingga musnah. Dari puncak Bukit Candu, askar
Melayu dapat melihat dengan jelas tentera Jepun sedang mara.
Tentera Jepun yang menyangka pertahanan di Bukit Candu telah
musnah tiba-tiba dihujani dengan tembakan mesingan dari arah bukit.
Tidak lama kemudian kapal terbang Jepun menyerang semula
kedudukan mereka. Ternyata pertahanan askar Melayu di Bukit Candu
masih kukuh. Koperal Senin, Lans Koperal Yusof turut terkorban.
Keadaan semakin genting kerana musuh menyerang dari pelbagai
arah. Kapten Rix cedera parah dan akhirnya meninggal dunia.
Tembakan yang dilepaskan oleh askar Melayu sudah tidak serancak
mula-mula tadi Adnan memerintahkan supaya jangan berundur dan
mengalah. Penghulu Deraman, Deris dan Haji Burhan berasa sedih
kerana tidak dapat membantu Adnan sebagaimana janjinya.

Bab 32 – Tumpah Darah Perwira

Pertempuran sengit berlanjutan di Bukit Candu. Semua jenis senjata
digunakan, termasuk bom tangandan senjata automatik. Lt. Adnan
sendiri mengendalikan senjata mesingan jenis Lewis Gun. Dalam
kebanyakan kes, askar bertempur dalam pertempuran berhadapan

menggunakan bayonet. tetapi, mereka kekal bertahan mengecewakan
pihak musuh. Dalam pertempuran yang berikutnya pegawal dan
tentera mati. Adnan cedera parah tetapi enggan berundur dan
sebaliknya menyuruh orang-orangnya berjuang sehingga ke titisan
darah terakhir. Keberaniannyalah yang menaikkan semangat juang
orang-orangnya untuk bertahan bersunguh-sungguh. Tentera Jepun
yang marah kerana keberaniannya menentang musuh sehingga ramai
yang terkorban telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup
dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan
Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri. Kerana
meradang akibat kehilangan ramai rakan, tentera Jepun kemudiannya
telah berbaris panjang kemudian mereka berjalan di bawah pokok ceri
itu. Setiap orang yang lalu di bawah pokok ceri itu telah menikam tubuh
Leftenan Adnan yang tergantung pada pokok tersebut dengan
bayonet. Kejadian itu dilihat oleh Koperal Yaakob.

Bab 33 – Jatuhnya Kota Singa

Dua hari selepas pertempuran di Bukit Candu dan setelah askar British
menyerah kalah, Haji Burhan dan beberapa orang penduduk kampung
yang tinggal berhampiran dengan Bukit Candu telah memanjat bukit
tersebut. Mereka menjumpai sebuah banglo lalu memasukinya. Di
sana terlihat berpuluh mayat askar Melayu bergelimpangan. Ada yang
putus lehernya dan ada pula yang terburai perutnya akibat tikaman
dan tetakan senjata tajam. Mereka juga terjumpa seorang yang masih
hidup lalu merawatnya. Kemudian Kopral Yaakob pun menceritakan
kehebatan askar Melayu menentang Jepun sehingga ke titisan darah
terakhir. Kemudian penduduk kampung mengumpulkan mayat-mayat
askar Melayu lalu mengebumikannya.

Bab 34 – Darah Mengalir di Sungai Ramal

Pada suatu hari berpuluh-puluh askar Jepun sampai ke kampung
Sungai Ramal, Kajang. Mereka yang berdendam dengan Leftenan
Adnan mencari keluarga Leftenan Adnan. Tetapl penduduk kampung
telah berpakat tidak akan bekerjasama dengan tentera Jepun. Mereka

menyembunyikan keluarga Leftenan Adnan. Akhirnya tentera Jepun
berjaya sampai ke rumah Pak Saidi. Di halaman rumah, Pak Saidi
berhadapan dengan tentera dengan menggunakan kerisnya. Sebelum
meninggal dunia dibunuh oleh tentera Jepun, Pak Saidi berjaya
membunuh dua orang askar Jepun. Keberanian Leftenan Adnan
menjadi pencetus semangat anak-anak muda bagi menentang tentera
Jepun. Ramai yang menyertai pasukan pembebasan rakyat bagi
menentang pendudukan Jepun di tanah Melayu

Bab 35 – Perjuangan Belum Berakhir

Penduduk Pekan Sungai Ramal hidup dalam ketakutan dan
kesusahan di bawah pemerintahan Jepun. Peniaga-peniaga Cina
menutup kedai kerana takut dengan keganasan Jepun. Penduduk
kampung yang menjadi mangsa hidup dengan serba kekurangan.
Rakyat terpaksa memakan ubi, pisang dan apa saja yang boleh
menjadi alas perut. Sophia dan anak-anaknya dijaga oleh ayahnya
iaitu Pakih Muda. Sophia diuji lagi dengan kematian anak
perempuannya, Fatimah akibat demam panas. Pada 15 Ogos 1945,
Jepun telah menyerah kalah dan Tanah Melayu diperintah semula oleh
British. Rakyat telah kembali memulakan kehidupan baru dengan
mengerjakan ladang dan sawah sebagai kegiatan harian. Sophia
bekerja di sawah dan menoreh getah untuk menyara anak-anaknya.
Setelah Sekolah Kebangsaan Sungai Ramal dibuka semula, Sophia
telah ditawarkan semula mengajar di sekolah itu. Pada hari pertama
memulakan tugas di sekolah, Sophia telah berkenalan dengan Ustaz
Ridwan dan akhirnya mereka berdua telah berkahwin menjadi
pasangan suami isteri yang bahagia. Selepas empat tahun berkahwin,
mereka telah berpindah ke Melaka. Sophia disahkan menghidap
penyakit leukimia.

5 KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira
Bangsa karya Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa kekuatan dalam
novel ini.

Kekuatan pertama novel ini ialah pengutaraan tema yang baik
oleh pengarang. Hal ini dikatakan demikian kerana novel ini
mengisahkan tentang keberanian seorang anggota tentera dalam
mempertahankan negara serta mengisahkan tentang kisah yang
benar berlaku. Seterusnya, novel ini mempunyai nilai murni dan iktibar
kepada setiap pembaca terutamanya kepada pemuda-pemuda negara
kerana dalam novel ini mempunyai banyak kisah yang dapat
mengispirasikan kita semua. Selain itu, novel ini dapat memberikan
pengajaran bahawa kita mestilah mempunyai semangat patritisme
yang tinggi agar kita dapat memperjuangkan tanah air kita jika
diserang lagi. Seterusnya, novel ini menjadi menarik kerana
perwatakan watak utama dalam novel ini dapat meninggalkan kesan
yang mendalam dalam jiwa pembaca. Akhir sekali, para pembaca
akan lebih menghargai jasa pejuang-pejuang terdahulu dalam
mempertahankan negara kita kerana semua yang dilakukan amatlah
susah dan mereka sanggup mengadaikan nyawa untuk negara.

5 KEKURANGAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira

Bangsa karya Abdul Latip Talib. Terdapat beberapa kekurangan dalam

novel ini.

Kekurangan pertama novel ini ialah mempunyai jalan
penceritaan yang terlalu panjang. Hal ini demikian kerana dapat
mengakibatkan para pembaca merasa bosan dan tidak tertarik untuk
menghabiskan novel ini. Seterusnya, para pembaca mengambil masa
yang lama untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa yang berlaku
terhadap Leftenan Adnan. Terdapat juga beberapa penceritaan fakta
yang membosankan para pembaca. Selain itu, penulis juga tidak
menceritakan dengan lebih lanjut tentang adik Leftenan Adnan,
Amarullah yang merupakan seorang tentera laut. Akhir sekali, penulis
juga tidak menceritakan tentang apa yang berlaku kepada isteri
Leftenan Adnan sepanjang dia berperang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira
Bangsa. Teradata beberapa cadangan penambahbaikan dalam novel
ini.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa penambahbaikan yang
boleh dilakukan kepada novel ini untuk menjadikan jalan penceritaan
novel ini menjadi lebih menarik. Pertama, penulis seharusnya tidak
memanjangkan jalan penceritaan agar pembaca boleh menghabiskan
novel tanpa merasa bosan. Seterusnya, penulis perlu memendekkan
cerita untukmpembaca mengetahui lebih lanjut tentang Leftenan
Adnan. Penulis juga digalakkan untuk mengurangkan fakta-fakta yang
membosankan supaya pembaca lebih tertarik. Selain itu, penceritaan
tentang kehidupan adik Leftenan Adnan perlu dimasukkan lagi supaya
peceritaan lebih menarik. Akhir sekali penulis perlu menceritakan
tentang kehidupan isteri Leftenan Adnan yang bertungkus-lumus
menjaga anak mereka ketika Leftenan Adnan pergi berperang.

NOVEL DI SEBALIK DINARA KARYA DAYANG NOOR

Pengenalan

• Ringkasan Novel
Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan
teknologi. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn sebagai
pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih hebat
daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya
itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila.
Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap
meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan
sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem
komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara

• Biografi Dayang Noor
Nama sebenar beliau ialah Noor Aziza binti Sulaiman bukannya Dayang
Noor. Beliau mempunyai 15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
dan beliau mempunyai Ijazah Kejuruteraan dalam bidang Elektronik dan
Komputer di UPM. Sewaktu beliau usia muda beliau menuntut ilmu di
Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru iaitu Aliran Sains.

• Kulit Novel Di Sebalik Dinara

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL DI SEBALIK DINARA

Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa
Jaya ke KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman
Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan
sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha)
telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa
bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya.
Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah
simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka.
Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap
projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi.
Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab
yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat
kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman

untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat
minggu.

Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti.
Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab
untuk menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan
mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk
rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada
Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di
Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha
telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah
sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan
Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia
yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan
tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang
menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha,
kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.

Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha
mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida
memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di
bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang
kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam
kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut
apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan
hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.

Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke
hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang
sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa
mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida
sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit
Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang
merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti
untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas
mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis
itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram,

Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai
pengganti Farisha.

Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk
berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut
setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar
jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar.
Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn
kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung
dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di
bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.

Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung
Farisha. Setelah Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah
menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju
ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi
bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus
yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara
serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha diculik oleh orang
suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya
ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan
identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat
yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina
pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai
menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl
(Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai
menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri
Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan
menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris
memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun
tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan
virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan
Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia
bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung
Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang
nazak.

Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang
untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas
terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya
dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port
Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat
bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari
mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak
sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam.

SINOPSIS SETIAP BAB

Bab 1

Farisha seorang gadis yang bertugas sebagai jurutera keselamatan
sistem baru sahaja selesai bermesyuarat di NusaJaya. Semasa
berada di Lapangan Terbang Senai, Farisha berkenalan dengan
Aqram dan secara kebetulan mereka duduk bersebelahan di dalam
kapalterbang ke KLIA. Farisha agak teruja melihat jam tangan yang
dipakai oleh Aqram yang merupakan pusat kawalan elektronik
peribadinya. Sesampainya di pintu apartmentnya, Farisha terperanjat
sekali lagi apabila melihat pintunya juga telah terpasang “retinal
scanner”. Farisha terpaksa menunggu Shida kawan serumahnya
yang sedang bermain skuasy dengan JUJU sebuah android untuk
masuk ke apartment mereka. Farisha ingin tidur awal kerana besok dia
akan menghadiri satu simposium di Hotel Renaissance. Dalam masa
yang sama rupa-rupanya Aqram sudah dapat mencuri cawan
minuman Farisha semasa di dalam kapal terbang tadi dan dapat
bekerjasama dengan Dr.Maxi untuk mengkaji DNA Farisha.

Bab 2

Pada keesokan harinya Farisha dan Rosman pembantunya
menghadiri sebuah simposium yang akan dirasmikan oleh Phillips
Young, Presiden Persatuan Penggodam Antarabangsa. Bermula
daripada pendaftaran, pencetakan bahan, sehingga mengatur
kedudukan dalam simposium tersebut semua diuruskan oleh robot.
Sehinggakan Farisha berasa kecewa kerana Phillips Young
menyampaikan ucaptama beliau hanya melalui hologram sahaja.
Tanpa diduga Farisha bertemu lagi dengan Aqram. Dalam pertemuan
ini Aqram menyatakan keinginannya mencari jururunding untuk
sebuah projek mini di makmalnya. Dalam pada itu Aqram telah berjaya
menerobos fikiran Farisha menggunakan penetrator berupa sebatang
pen berwarna perak. Tetapi pendinding WALL yang dimiliki oleh
Farisha dapat menangkis segala maklumat yang dikumpul dalam
ingatan Aqram. Sebenarnya Aqram sudah sebulan cuba menjejaki
Farisha untuk dibawa ke Soft Lab untuk menyelamatkan Dinara.

Bab 3

Berikutan dengan tawaran Aqram yang ingin mencari jururunding
untuk satu projek, Farisha dan Rosman telah menghubungi Aqram.
Aqram bersetuju membincangkan perkara itu di Puchong, berjumpa
dengan Karl. Karl seorang yang pernah menerima anugerah inovasi
peringkat kebangsaan tiga tahun dahulu. Tetapi sebelum berjumpa
dengan Karl, Aqram telah memperkenalkan Farisha dan Rosman
kepada Dr.Maxi dan beliau telah menawarkan RM1.5 juta kepada
mereka berdua untuk tugas menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab dalam tempoh empat minggu. Farisha meminta sedikit waktu
untuk membuat keputusan. Sebelum pulang Farisha dan Rosman
diberi peluang untuk melihat Karl yang terlantar sakit barah. Projek
Dinara yang diteraju oleh Karl terhenti kerana dia sakit.

Bab 4

Pada hari Isnin berikutnya, Farisha bersetuju berjumpa dengan Aqram
di Soft Lab di Cyberjaya. Farisha menumpang kereta Shida yang

kebetulan ada temu janji dengan Khairul Anwar di Soft Lab juga.
Bangunan Soft Lab dilengkapi oleh sistem keselamatan yang canggih
termasuklah penggunaan imbasan tangan dan retina mata. Aqram
juga menunjukkan beberapa bilik dan ruang di situ yang canggih dan
lengkap. Farisha amat teruja, terutamanya apabila dia memasuki
pusat data. Itulah Dinara yang memuatkan hampir semua aplikasi dan
data. Di sinilah Farisha mendapat kepastian bahawa tugasnya ialah
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Pada petangnya
barulah tugasan Farisha dan Shida selesai dan mereka pulang
bersama-sama. Namun dalam masa yang sama Dr.Maxi, Aqram, dan
Khairul Anwar mengadakan perbincangan. Rancangan mereka hampir
berjaya mendapatkan Farisha dan Shida untuk berada di Soft Lab
untuk menjayakan rancangan mereka. Mereka amat perlukan Shida
juga sebagai physical backup kepada Farisha. Mereka akan
mengusahakan untuk memasukkan mikrocip ke dalam tubuh Shida,
sebagaimana yang ada dalam tubuh Farisha. Pada malam itu juga
Dr.Maxi akan memadamkan beberapa ingatan dan perasaan Alia
sebuah cyborg canggih supaya ia tidak akan mengganggu rancangan
yang diatur untuk Farisha dan Shida.

Bab 5

Keesokan harinya Farisha dan Shida mula bekerja di Soft Lab.Shida
dibawa oleh Khairul Anwar ke Arkib manakala Farisha diberikan
taklimat oleh Alia tentang semua kod program yang ada dalam Soft
Lab. Pada sebelah petang Aqram pula memberi taklimat kepada
Farisha. Aqram menjelaskan bahawa Karl yang telah membangunkan
teknologi hypervisor di dalam Dinara, tetapi Dinara sekarang sudah
diceroboh dan penceroboh telah berjaya menyusupkan satu virus bom
jangka yang akan memusnahkan Dinara pada tarikh dan masa yang
ditetapkan. Sebenarnya inilah tugas Farisha dengan bayaran
RM1.5 dia perlu membersihkan virus bom jangka itu dan mengatasi
semua kelemahan Dinara. Pada petang itu juga Farisha mendapat
tahu bahawa Rosman tidak dapat bersama-sama dengannya bertugas
di Soft Lab kerana dia terpaksa meneruskan projek di Senawang yang
telah menawarkan bayaran dua kali ganda daripada perjanjian

awal.Farisha bersetuju. Farisha pulang dengan kepala yang berat
memikirkan tentang Dinara yang sudah diceroboh itu. Ini bererti
tugasnya amat berat. Di Soft Lab, Alia pula bertengkar dengan Dr.Maxi
kerana banyak data pengetahuan dan perasaannaya telah
dipadamkan dan tindakan Alia itu juga menggambarkan dia
mempunyai perasaan cemburu dan tidak gemar jika ada perempuan
lain ada sebarang hubungan dengan Karl. Pada masa yang sama
Khairul Anwar menjelaskan bahawa Rosman tidak akan mengganggu
mereka di Soft Lab lagi kerana dia telah mempengaruhi syarikat di
Senawang itu untuk membesarkan lagi skop kerjanya. Pada malam itu
Farisha mengalami mimpi ngeri sehingga dia terlambat bangun.

Bab 6

Pagi itu Farisha datang lewat sepuluh minit ke Soft Lab. Alia sudah
sedia menunggu. Farisha berasa kepalanya berat dan dalam keadaan
tidak sedar, Alia telah memasukkan mikrocip ke dalam tubuhnya dan
dia dapat berkomunikasi dengan Karl.Dalam komunikasi itu Karl
meminta pertolongan daripada Farisha untuk menyelamatkan Dinara.
Oleh kerana tidak dapat mengesan butiran perbualan Farisha dan
Karl, Alia menjadi cemburu dan marah. Selepas beberapa ketika
Farisha sedar semula dan menjadi lebih segar apabila dia makan pil
yang diberikan oleh Aqram. Kerja pada hari itu berakhir dengan
perbincangan dan persoalan tentang seorang penyelidik yang
bernama Medina yang telah hilang di Soft Lab tanpa dapat dikesan.
Hal ini diterangkan oleh Shida melalui kajiannya di Arkib.

Bab 7

Pada sebelah malam Farisha, Shida dan Rosman berjumpa di pejabat
Secured Shell. Ketiga-ketiganya meneliti kontrak yang diajukan oleh
Soft Lab. Sementara mereka berbincang tiba-tiba Farisha mengalami
sakit kepala setelah terlihat suatu cahaya putih memancar ke arahnya.
Hasrat meneliti kontrak dibatalkan dan ketiga-tiga mereka
bergegas pulang. Sementara itu mereka diberitahu oleh Uncle Seng
yang berada di situ bahawa dia bergegas keluar dari kedai runcitnya

kerana terlihat beberapa orang turun tangga pejabat Secured Shell
dengan membawa beberapa perkakas besi termasuk suatu barang
yang serupa dengan piring tv satelit. Tiada laporan polis dibuat. Dua
malam selepas kejadian itu, Farisha telah diundang oleh Abang Azraai
utk makan malam di rumahnya. Di sana Farisha bertemu, abang
Azraai, kak Mariah dan kedua-dua anak mereka Aina dan Dina.
Alangkah terharu bercampur sedih apabila dia mendapat tahu
abangnya mengalami sakit jantung dan perkara kedua yang amat
mengejutkannya ialah, dirinya adalah anak angkat kepada ibu dan
ayahnya. Malam itu Farisha tidak dapat melelapkan mata.

Bab 8

Pada pagi itu sebelum sempat Alia membawa Farisha ke alam bawah
sedar, tiba-tiba Farisha pengsan. Doktor dipanggil dan Farisha dibawa
ke hospital. Aqram, Khairul Anwar dan Dr.Maxi hairan dan menurut
Aqram dia sudah menyiasat latar belakang Farisha sekian lama tiada
pula maklumat tentang sebarang penyakit yang membimbangkan.
Sebaik saja Farisha dibawa ke hospital, Dr.Maxi, Aqram dan Khairul
Anwar bergegas ke Arkib untk berjumpa Shida. Beberapa soalan
diajukan kepadanya tentang latar belakang penyakit Farisha. Dr.Maxi
ingin tahu sama ada Farisha mengandung.

Bab 9

Dr.Maxi, Aqram dan Khairul Anwar berbincang tentang Plan B, iaitu
menggantikan Farisha dengan Shida. Namun kedua-duanya amat
berbeza. Lagipun tubuh Farisha telahpun ditanam dengan mikrocip
yang membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl
menggunakan teknologi ini sebagai satu kaedah telepati untuk
berhubung dengan Farisha. Pada jam 5.30 petang mereka akan
melawat Farisha di hospital. Shida pula pulang ke rumah dan cuba
mencari sebarang bukti tentang penyakit Farisha tetapi gagal. Namun
Shida terjumpa satu bukti yang menyatakan bahawa Farisha ialah
anak angkat.Apabila Shida dan Rosman melawat Farisha, dia sangat
lemah dan terdapat satu benjolan kecil di belakang tengkuknya.Tetapi

Farisha menyatakan itu tidak apa-apa. Farisha terlena lagi. Beberapa
minit kemudian, Farid dan Amin datang ke katil Farisha
menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat yang sebelum ini
gagal kerana ruang fikiran Farisha dilindungi oleh WALL. Tetapi kali ini
meraka berjaya kerana WALL lemah apabila Farisha lemah.
Selepasitu Aqram pula mencari maklumat pada badan Farisha
menggunakan satu alat sepanjang enam sentimeter. Aqram
mendapati alat itu bertukar menjadi warna merah yang menunjukkan
tahap kesihatan Farisha tidak memuaskan. Farisha terus lena kerana
abangnya Azraai meminta doktor memberi ubat tidur. Azraai juga
membohongi doktor bahawa mikrocip di dalam badan Farisha yang
kelihatan di CT-scand itu adalah dalam pengetahuan Farisha yang dia
sendiri sukarela menjalani satu uji kaji untuk sebuah universiti. Perkara
itu juga adalah amanah ibu bapanya supaya semua mikrocip itu mesti
kekal dalam tubuh Farisha dan dia mesti berkhidmat di Soft Lab
apabila diperlukan. Tengah malam itu Dr.Maxi menyarankan bahawa
Shida akan menggantikan tempat Farisha.

Bab 10

Pada pagi itu sedang Shida membaca satu laporan tentang seorang
penyelidik bernama Medina di Arkib, dia diminta oleh Alia pergi ke
Makmal B. Satu pembedahan untuk menanam mikrocip telah
dilakukan ke atasnya. Dia tidak diberitahu. Pada petang itu selepas
sedar, apa yang dilakukan ke atas Farisha dilakukan pula ke atas
Shida. Kali ini tindak balasnya lebih teruk lagi. Tetapi Dr.Maxi berdegil
dan hanya memberhentikan ujikaji ini selepas lima minit. Ini akan
merosakkan otak seseorang. Dalam masa yang sama, Farisha dalam
tidak sedar dapat berkomunikasi dengan seseorang yang menyebut
dirinya sebagai mummy. Di suatu tempat yang lain pula, Farid dan
Amin berasa amat hairan dan dapat melihat keajaiban teknologi
kerana perempuan tua yang menyuruh mereka mengekori dan berbuat
sesuatu ke atas Farisha menjerit gembira dan mengatakan dia berjaya
menghubungi anaknya Farisha dan dia mengaku dirinya lebih hebat
daripada lelaki itu. Farid menyanggah perbuatan perempuan tua
itu kerana sanggup melakukan ujikaji ke atas anaknya sendiri. Dia

tidak peduli. Apa yang dia mahu adalah inginmembuktikan siapa yang
benar dan yang lebih hebat daripada ‘lelaki’ itu. Manakala Shida tetap
murung, berada di bilik Farisha, dan tidak pulang ke rumah malam tadi.
Aqram gagal menerobos mindanya dan mungkin dia juga telah
menerima mikrocip WALL atau kesilapan Dr.Maxi yang tetap
meneruskan ujikajinya ke atas Shida. Shida tidak mahu bercakap,
makan, atau minum malah menjadi garang seperti kucing liar yang
ketakutan.

Bab 11

Apabila sudah boleh bangun dan berjalan Farisha ingin mendapatkan
penjelasan daripada abangnya Azraai tentang ibu kandungnya. Azraai
menceritakan semua yang dia tahu tentang Farisha. Farisha menjadi
adik angkatnya kerana hendak menyelamatkannya daripada dijadikan
bahan ujikaji ibunya sendiri. Azraai menerangkan bahawa dia dan
beberapa orang lagi telah diamanahkan menjaga keselamatan
Farisha. Apabila Farisha mendedahkan bahawa dia dapat
berkomunikasi dengan ibunya, Azraai kelihatan sangat cemas dan
menyatakan bahawa Farisha dalam bahaya dan terus membawa
Farisha keluar dari hospital menuju ke arah selatan. Azraai bercakap
dengan seseorang dan bersetuju mendapatkan kunci rumah daripada
orang tersebut di Perhentian Ayer Keroh. Dalam pada itu Alia
ditugaskan oleh Dr.Maxi untuk mempengaruhi otak Shida. Akhirnya
Dr.Maxi dapat berkomunikasi dengan Karl melalui Shida. Karl
mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang
disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan yang akan bukan sahaja
memusnahkan Dinara tetapi ribuan manusia. Dia perlukan Farisha.
Tetapi Farisha sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Azraai ingin
membawa Farisha ke Kulai, tetapi dalam perjalanan Farisha diculik
pula oleh dua orang suruhan ibu Farisha. Dalam masa yang sama di
Soft Lab sesuatu berlaku kepada Shida. Karl bercakap melalui Shida.
Karl menyatakan bahawa Khairul Anwar ialah seorang budak
pengemis yang bernama Muhammad Irfan yang telah diganti
ingatannya. Khairul Anwar sangat berang. Karl juga menyebut bahawa
dia memukul seorang wanita sehingga menjadi cacat.

Bab 12

Penculik Farisha, iaitu Amin dan Farid dalam perjalanan ke Seremban
membawa Farisha bertemu dengan ibunya Marilyn. Dalam tidur
Farisha dapat dihubungi oleh ibunya tetapi terhenti apabila brek kereta
ditekan mengejut lalu Farisha terjaga. Dalam pada itu di SoftLab, Alia
berkomunikasi dengan Shida dan memberitahu bahawa wanita cacat
itu ialah dirinya yang dipukul oleh Karl kerana dia enggan
meninggalkan agamanya dan nama asalnya ialah Rusmina.
Perbualan antara Alia dan Shida dapat disaksikan oleh Dr.Maxi,
Aqram dan Khairul Anwar. Ketiga-tiga mereka berasa sedih
memikirkan akibat yang akan ditanggung oleh Shida akibat
pemindahan maklumat pahit dan ngeri selama 20 tahun oleh Karl ke
dalam otak Shida. Berdasarkan laporan yang tersimpan di dalam
Dinara Dr.Maxi juga menerangkan kepada Khairul Anwar dan Aqram
bahawa ujikaji seperti itu juga pernah dilakukan tetapi gagal dan
mangsanya ialah Medina. Dalam pada itu alat pengesan pintar
Rosman dapat mengesan arah Farisha dilarikan. Mereka menuju Soft
Lab Cyberjaya. Azraai juga menuju ke sana. Apabila tersedar Farisha
menjerit-jerit dalam kenderaan yang dipandu oleh Farid dan Amin.
Mereka mengherdik Farisha mengatakan dia akan bertemu emaknya
yang sudah sangat lama ingin bertemu anaknya itu. Namun Farisha
marah dan ketakutan tidak mahu berjumpa perempuan itu sebaliknya
dalam keadaan kaki dan tangan terikat mahu dia dihantar kepada
abangnya Azraai. Farid dan Amin tidak ambil peduli. Manakala di Soft
Lab, Shida menyanyi dalam suara yang agak perlahan lagukegemaran
Karl. Alia mendengar. Alia berkomunikasi dengan Karl melalui Shida
lagi. Alia mendapat tahu bahawa Karl gagal mendapatkan cinta
Medina. Aqram dan Dr.Maxi sependapat mengetahui bahawa Alia
tetap berasa cemburu terhadap Karl bekas suaminya walaupun sudah
beberapa program dalam mindanya diubah. Mereka juga yakin
bahawa Karl telah memindahkan kenangan dan pengalamannya
selama 20 tahun ke dalam otak Shida. Dalam pada itu, di sebuah
stesen minyak Marilyn menaiki kenderaan yang dipandu oleh Amin.

Dia mendekati Farisha, menyatakan bahawa dia amat merindui
anaknya itu. Namun Farisha bertegas dan marah lalu menempelak
Marilyn yang dia pernah ingin membunuhnya dulu. Suis alat pemintas
untuk melemahkan WALL di otak Farisha dihidupkan.

Bab 13

Dr.Haris ialah doktor yang sedang merawat Karl di Puchong. Beliau
menyatakan bahawa kesihatan Karl teruk. Namun Dr.Maxi mahu terus
menghubungkan fikiran Karl melalui Shida. Dr.Maxi dapat berbual
dengan Karl melalui Shida. Melalui Shida Karl bangun dan bertindak
melalui komputer berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara.
Kebijaksanaan ini diterima oleh Karl melalui Farisha yang Karl telah
gandakan IQnya 26 tahun dahulu. Dalam masa yang sama Farisha
telah berada di situ bersama-sama Marilyn/Medina, dan dua orang
pengikutnya. Di sini rahsia terbongkar. Marilyn/Medina ialah ibu
Farisha dan Karl ialah bapanya yang telah sanggup mengeksploitasi
anaknya sendiri untuk kepentingan kajiannya di SoftLab iaitu
mengaktifkan sistem Dinara. Marilyn menjadi musuh kerana Karl telah
mensabotaj fikirannya menggunakan fikiran seorang bekas banduan
dan akibatnya Marilyn/Medina menjadi separuh gila dan cuba
mencekik Farisha. Dr.Maxi dan Aqramlah yang menyelamatkan
Farisha dan dibawa kepada keluarga angkatnya iaitu keluarga Azraai.
Farisha juga mendapat tahu bahawa Aqram juga adalah cyborg seperti
Alia.

Bab 14

Hari ini merupakan hari paling hiba bagi Farisha kerana menghadap
seorang insan yang sepatutnya dipanggil ayah. Karl terbaring tidak
berkata-kata. Dr.Haris menyatakan bahawa aktiviti otaknya semakin
menurun. Semua yang ada di situ masuk bergilir-gilir mendekati Karl.
Bermula dengan Aqram, Dr.Maxi, Khairul Anwar, Medina, Alia,
dan akhirnya Farisha. Farisha mengucapkan selamat tinggal kepada
ayahnya namun tiada jawapan. Tepat pukul tujuh malam Dr.Haris

mengumumkan Karl meninggal dunia. Wasiat terakhir Karl ialah
mayatnya dibakar, dan abunya di tabur di Selat Melaka. Upacara
dijalankan di Port Dickson. Selepas upacara itu semua orang
bercakap-cakap tentang kenangan masing-masing semasa Karl masih
hidup.

Tetapi terdapat keanehan dalam diri Shida. Dia pandai berfalsafah
seperti Karl. Dalam percakapannya Shida mengajak mereka pulang ke
Sort Lab untuk menyelamatkan Dinara. Aqram dapat rasakan bahawa
yang berfalsafah dan berkata-kata itu bukan Shida tetapi Karl. Aqram
sangat yakin itu ialah Karl.

5 KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa kekuatan
dalam novel ini.

Kekuatan yang pertama ialah novel ini memberikan
inspirasi kepada para pembaca diluar sana. Hal ini demikian
kerana novel ini ada mengisahkan tentang kebijaksaan
seseorang dalam menjalankan tugas dan kecanggihan sains
yang mendalam dalam mengesan DNA seseorang. Selain itu,
novel ini juga akan menarik minat para pembaca kerana
dalam novel ini ada menceritakan tentang kecanggihan
teknologi dunia pada masa itu yang ditunjukkan oleh
pengarang menggambarkan hanya dengan alat sekecil pen
kita mampu menembusi pemikiran manusia atau lebih lagi
mengambil maklumat yang terkandung dalam pemikiran
manusia. Seterusnya, jalan penceritaan cerita ini juga pendek
dan memenuhi kehendak pembaca. Hal ini kerana walaupun

penceritaannya pendek tetapi ianya dapat sampai ke hati
pembaca. Novel ini juga dapat membuatkan pembaca lebih
penting dalam memilih rakan kerana dalam novel ini
menceritakan tentang nilai setia kawan yang tinggi. Akhir
sekali, penulis bijak dalam mimilih tema penceritaan untuk
menjadikan novel ini mendapat tempat di hati penulis.

5 KEKURANGAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa kekurangan
dalam novel ini.

Kekurangan pertama adalah penulis tidak menceritakan
lebih mendalam tentang bagaimana Karl boleh mendapatkan
penyakit barah sebelum dia meninggal. Seterusnya, kisah
tentang mengapa Aqram sangat perlu Farisha juga tidak
diceritakan dengan lebih terperinci. Penulis juga tidak
menceritakan kisah Dinara dengan begitu banyak. Selain itu,
perwatakan dalam novel ini terlalu banyak dan hal ini akan
mengakibatkan pembaca menjadi keliru dengan watak-watak
tersebut. Akhir sekali, penulis tidak menceritakan dengan
banyak kisah bagaimana pemikiran Karl yang sudah
meninggal dunia masih tersimpan di dalam Shida.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah Di Sebalik
Dinara karya Dayang Noor. Terdapat beberapa cadangan
penambahbaikan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa perkara yang
boleh dibaiki untuk menjadikan novel ini menarik. Pertama,
penulis perlu menceritakan keadaan Karl bagaimana dia
boleh mendapat penyakit barah sehingga boleh
menyebabkan kematian. Seterusnya, penulis juga perlu
menceritakan dengan lebih terperinci kelebihan yang akan
diperoleh Aqram kerana dia mahu sangat Farisha bekerja
dengannya. Bukan itu sahaja, saya cadangkan juga supaya
penulis mengurangkan watak dalam novel ini. Hal ini kerana
pembaca hanya akan dapat fokuskan kepada watak yang
betul-betul menarik dalam penceritaan ini. Selain itu,
penceritaan bagaimana fikiran Karl masih tersimpan di dalam
Shida perlu dipanjangkan lagi. Akhir sekali, kisah Dinara juga
perlu dimasukkan lebih banyak supaya pembaca dapat
memahami apa sebenarnya kisah di sebalik Dinara itu.

JENDELA MENGHADAP JALAN KARYA RUHAINI MATDARIN

Pengenalan

• Ringkasan novel
Dari jendela terkuak yang menghadap jalan, Lili mengaut beribu
pengalaman yang menerjah dari luar.Lili juga menghadam makna hidup
dari isi rumah yang penuh sejarah Cerita datuk yang teguh memaut tradisi
dan kisah nenek yang mengembara mengutip kematangan usia. Semuanya
mencatumkan keinginan Lili untuk mengetahui falsafah di sebalik jendela
itu.

• Biografi Ruhaini Matdarin
Beliau dilahirkana pada Mac 16, 1981 di Hospital Queen Elizabeth dan
dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah. Beliau berketurunan kaum Kadazan.
Pada tahun 2003, beliau menamatkan pelajarannya dalam bidang Fakulti
Pengurusan Kewangan dari Universiti Sains Malaysia. Beliau memenangi
tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel
Jendela Menghadap Jalan pada tahun 2009.

• Kulit novel Jendela Menghadap Jalan



SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Lili, seorang anak remaja yang menetap di bandar. Dia pulang ke kampung
pada musim cuti persekolahan atas desakan ibunya. Lili menurut kata-kata ibunya
walau batinnya melawan agar tidak melukakan hati ibunya. Melalui latar tempat
di kampung terdapat beberapa watak remaja lagi yang diperkenalkan kepada para
pembaca. Ada antara mereka yang menjadi rakan Lili seperti, Danel dan Geetha.
Bagi melengkapkan plot penceritaan penulis turut memperkenalkan watak remaja
yang berfifat antagonis dalam novel ini seperti Rafik dan Haziq.

Watak remaja yang bersifat dinamik turut diwujudkan sebagai panduan
kepada para pembaca sekalian. Penulis ingin mengingatkan pembaca bahawa
watak yang berperwatakan jahat bukan selama-lamanya jahat. Mereka mampu
berubah jika diberi peluang untuk melakukan anjakan paradigma. Penulis juga ingin
memberi motivasi kepada para remaja bahawa ruang untuk berbuat baik dan
bertaubat sentiasa terbuka luas jika seseorang itu berkeinginan untuk
melakukannya.

Lili menetap di kampung bersama dengan datuk dan neneknya di sebuah
rumah kampung yang jendelanya menghadap jalan. Ketika berada di kampung Lili
berasa penduduknya pelik-pelik belaka. Watak datuk dalam novel ini sangat
berpegang kepada adat tradisional tetapi watak remaja pula digambarkan sebagai
'penentang' kepada adat tradisional datuk itu. Datuk tetap menolak kehidupan
moden dengan beranggapan bahawa cara hidup moden bakal memusnahkan adat
dan warisan yang diwarisi turun temurun. Nanun begitu, watak remaja dalam novel
ini pula tidak menghukum adat tradisional kesemuanya. Mereka berpendapat
bahawa segala yang diciptakan pada zaman moden ini adalah untuk memudahkan
kehidupan manusia agar lebih senang untuk dikendalikan.

Plot novel ini menjadi lebih dramatik apabila berlakunya kes penculikan Lili.
Ekoran peristiwa tersebut penceritaan lebih tertumpu kepada keluarga Che Jah
iaitru ibu kepada watak Rafik dan Haziq yang telah menculik Lili tanpa disengajakan.

Kesimpulannya, novel ini sesuai dibaca oleh semua peringkat masyarakat
terutamanya remaja. Pembaca dapat mencontohi nilai keberanian dan
kesungguhan watak-watak remaja yang ditampilkan dalam novel ini terutamanya
watal Lili, Danel dan Geetha. Novel ini telah berjaya menyerlahkan ciri-ciri remaja
yang seharusnya ada dalam diri mereka.

SINOPSIS SETIAP NOVEL

Bab 1
Lili yang akan tamat persekolahan menengahnya, bercadang untuk
menghabiskan cuti di kampung datuk dan neneknya dalam Daerah
Dungun, Terengganu. Sebenarnya perasaan Lili tidak gembira untuk
pulang bercuti ke kampung, namun terpaksa berpura-pura demi
menjaga hati ibunya.

Bab 2

Perjalanan pulang ke kampung dihantar oleh ayah ke perhentian bas ekspres dengan
mengandang dua buah beg pakaian. Lili berpakaian tebal ketika itu kerana musim tengkujuh.
Dari Kuala Lumpur ke kampung datuk neneknya mengambil masa selama lapan jam
perjalanan. Di dalam bas Lili sibuk membaca buku Panduan Pemakanan Sihat Melalui Sayur-
sayuran dan Buah-buahan. Lili berkenalan dengan seorang pelajar tahun satu Jurusan
Kejuteraan Awam, Universiti Malaya yang bernama Geetha juga ingin menuju ke daerah yang
sama. Mereka bersembang tentang masa depan. Lili menyedari bahawa dia sedang
diperhatikan oleh seorang pemuda Cina atau kacukan.

Bab 3

Geetha telah turun di Pekan Sejahtera lebih awal sebelum sampai ke Pekan Sentosa. Lili
sedang menunggu Abang Rashid untuk mengambilnya pulang. Dalam kesibukan Lili disapa
semula oleh pemuda tersebut kerana tertinggal buku penjagaan kesihatannya. Pemuda itu
mempelawanya untuk tumpang sama, tetapi Lili menolak pelawaan itu kerana dia sedang
menunggu Abang Rashid untuk pulang.

Bab 4

Lili melihat keindahan kampung yang nyaman dan begitu damai dengan sawah bendang luas
terbentang. Lili bertemu dengan nenek di bendang, lalu bersalaman dan bertanya khabar.
Menurut nenek datuk sibuk dengan urusan gotong-royong menaikkan kubah masjid kampung
bersama-sama dengan masyarakat kampung.

Bab 5

Datuk bercerita tentang keunikan reka corak jendela dan pintu. Sepanjang malam pula datuk
begitu pakar bercerita kemujaraban akar-akar kayu ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
secara tradisional. Menurut datuk, khasiat tumbuh-tumbuhan lain juga menjadi amalan
penduduk-penduduk kampung dalam pemakanan dan pengubatan tradisional, malah pihak
hospital juga menggunakan herba sebagai bahan untuk mengubat penyakit. Tetapi nenek
menegur datuk supaya tidak mempengaruhi segala pendapatnya berkaitan dengan
pengubatan tradisional yang belum tentu kepastiannya.

Bab 6

Ketika kedengaran bunyi hujan turun, nenek mengarahkan Lili menutup semua cermin yang
terdapat di dalam rumah dengan kain sarung bertujuan untuk terbalikkan mata kilat. Kemudian
nenek membakar kulit bawang putih pemberian perempuan berbangsa India, Letchumi,
supaya isi rumah berbau wangi. Ibu Lili pula lebih suka seni taman ala Bali, yang dipenuhi
reka bentuk dan tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri keselamatan, tahan lasak dan
menghalau nyamuk. Manakala, di halaman rumah, ditanam dengan herba pembuka selera
makan. Masyarakat kampung lebih gemar berurusan dengan datuk apabila berdepan dengan
masalah kesihatan dan menjadi kepercayaan serta sumber rujukan.

Bab 7

Nenek membawa Lili ke kedai runcit Letchumi dan terserempak dengan Geetha. Lili tidak
menyangka bahawa selama ini, neneknya begitu akhrab dengan ibu Geetha. Menurut Geetha,
ibunya merupakan pelanggan setia mengamalkan minuman herba buatan datuknya yang
telah berjaya menyembuhkan penyakit ibunya yang sebelum ini sakit teruk. Walaupun ketika
ini saiz badan ibunya terlalu gemuk, tetapi kelihatan begitu sihat. Geetha menasihati Lili
supaya mempelajari ilmu penyediaan herba dan rawatan tradisional dari datuknya yang begitu
terkenal di Pekan Sentosa ini. Lili merasa bangga kerana mendapat penghargaan atas


Click to View FlipBook Version