The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dimazfatiqullah, 2022-06-12 00:48:21

8 Novel Bahasa Melayu Dimaz 4 Jazari

8 Novel Bahasa Melayu Dimaz 4 Jazari

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Bimasakti
Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan dalam novel ini.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa bahagian atau
perkara yang dapat dimurnikan lagi untuk membuatkan jalan
penceritaan yang cantik dan menarik. Cadangan saya
pertama ialah penulis perlu mengurangkan jalan penceritaan
kepada yang lebih pendek. Jika jalan penceritaan itu meleret
dan panjang ianya akan merasa bosan dan pelajar enggan
menghabiskan baca novel itu. Cadangan saya yang kedua
pula, penulis seharusnya mengurangkan pengunaan latar
masyarakat yang terlalu banyak. Penulis hanya perlu
mengambil yang betul-betul diperlukan dan membangkitkan
lagi kisah ini sahaja. Dalam pada itu saya juga
mencadangkan bahawa ada sesetengah penceritaan yang
perlu dikurangkan atau pendekkan kerana ianya langsung
tidak menarik minat pelajar. Saya tahu bahawa remaja pada
masa kini hanya ingin kan yang paling mudah tetapi dapat
difahamkan dan sampai ke dalam hati mereka. Di samping
itu, perwatakan juga perlu dikurangkan sedikit untuk
mengelakkan kekeliruan ketika membaca. Akhir sekali,
penulis juga perlu masukkan beberapa tanda tanya atau
konflik yang menarik minat pembaca untuk mengetahui kisah
itu lebih lanjut. Sebaiknya senap penceritaan perlu ada naik
turunya seperti graf dan persoalan demi persoalan perlu
ditonjolkan untuk menaikkan rasa ingin tahu pembaca dalam
kisah ini

NOVEL SILIR DAKSINA KARYA NIZAR PARMAN

Pengenalan

• Ringkasan novel
Novel ini mengisahkan berkaitan kekeluargaan. Konflik
keluarga yang dialami oleh Haiqal berpunca daripada
penceraian umi dan ayahnya, Abdullah Kayan.

• Biografi Nizar Parman
NIZAR Parman atau nama sebenarnya Md. Nizar bin Parman
dilahirkan pada 31 Ogos 1973 di Ayer Hitam, Batu Pahat,
Johor. Pada tahun 2015, beliau berjaya memperoleh Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
daripada Open University of Malaysia. Beliau mula menulis
pada tahun 1995 semasa menuntut di MPKI. Beliau terdorong
untuk menulis setelah membaca dan mengkaji karya yang
ditulis oleh Sasterawan Negara semasa menuntut di sana.

• Kulit novel Silir Daksina

SINOPSIS KESELURUHAN NOVEL

Novel Silir Daksina mengisahkan seorang remaja bernama Haiqal Haqimi
yang tinggal dengan Umi, bapa tirinya ‘walid’ dan adk tirinya, Nurul Asiyah
di Kuala Terengganu, Terengganu. Bapa Haiqal, iaitu Abdullah bin Kayan
berada di Kampung Seri Purnama, Parit Raja, Batu Johor. Haiqal terpisah
dengan bapanya apabila uminya berpisah dengan bapanya kerana mereka
tidak sehaluan. Uminya yang merupakan seorang usahawan batik dan
mempunyai kedai di Pasar Payang tidak dapat menerima hakikat bahawa
suaminya seorang pencinta seni sastera dan budaya. Akibatnya,
perkhawinan antara mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Sejak kecil Haiqal tidak pernah berjumpa dengan ayahnya. Ketika
berusia 12 tahun, bapanya telah meninggal dunia sewaktu Haiqal
menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Umi dan bapa tirinya
pergi ke kampung arwah ayahnya tetapi Haiqal tidak dibawa ke csana atas
alasan dia sedang menduduki UPSR. Haiqal hanya mampu menangis
kerana tidak dapat melihat wajah ayahnya untuk kali terakhir. Walaupun
Haiqal berasa terkilan namun dia tetap menyayangi dan menghormati
uminya dan tidak berani membantah kata-kata uminya.

Pada suatu hari, Haiqal menerima sebuah manuskrip yang dihantar
oleh seorang gadis berbangsa cina melalui kiriman pos laju. Sejak itu, hati
Haiqal meronta-ronta untuk pergi ke Batu Pahat, Manuskrip yang diterima
itu menceritakan beberapa peristiwa yang berkaitan dengan kegidupan
bapanya yang ingin memperkasakan seni budaya, ternasuk tarian zapin.
Justeru, Haiqal bersasa teruja untuk menjejaki sejarah kehidupan bapanya
itu bagi mengubati kerinduannya terhadap bapanya yang ditanggung
olehnya sejak kecil.

Pada suatu malam, Haiqal telah memberitahu uminya bahawa dia ingin
ke kampung halaman bapanya. Umi Haiqal melarang Haiqal meneruskan
rancangannya itu dan memarahinya dengan alasan tiada apa-apa di
kampung tersebut memandangkan ayahnya sudah lama meninggal dunia .
Haiqal yang telah nekad tetap berkeras dengan keputusannya itu. Umi
Haiqal mengugut Haiqal bahawa dia tidak akan memberikan wang
kepadanya sekiranya dia ke kampung arwah ayahnya itu. Walid memahami

persaan Haiqal dan merestukan pemergiannya. Walid akan menampung
perbelanjaan Haiqal sepanjang dia berada di Johor Kelak.

Haiqal ke selatan tanpa diiringi oleh uminya. Di halaman rumah, Walid
dan adik tirinya sahaja mengiringi Haiqal hingga ke muka pintu. Haiqal
dihantar oleh Ratna ke stesen bas. Haiqal samapai di stesen bas Batu Pahat
pada waktu subuh. Selesaimenunaikan solat subuh di surau, Haiqal menaiki
sebuah teksi untuk ke Parit Raja, iaitu kampung halaman bapanya.

Di sebuah warung, Haiqal bertanya kepada pemilik warung tersebut
tentang rumah arwah ayahnya. Pemilik warung tersebut, iaitu Wak Sakimin
menyuruhnya menunggu Tauke Ong untuk membawa Haiqal ke rumah
arwah ayahnya. Tidak lama kemudian, Tauke Ong tiba di warung Wak Min.
Tauke Ong menghantar Haiqal makan tengah hari di bandar. Di rumah
arwah ayahnya, Haiqal melihat beberapa sijil dan gambar yang ada.Haiqal
mendapati arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan Haiqal lebih hebat daripada
sangkaannya.

Tepat jam 12:30 tengah hari, Tauke Ong dan anaknya, See Hwa datang
untuk membawa Haiqal makan tengah hari. Sewaktu di dalam kereta, Tauke
Ong memberitahu bahawa banyak kerja Haiqal perlu uruskan. Tauke Ong
memegang amanah untuk menguruskan ladang kelapa sawit dan kebun
getah milik arwah ayahnya dan dia akan menyerahkan semua urusan itu
kepada Haiqal.

Setibanya di pekan Parit Raja, Tauke Ong memberitahu Haiqal bahawa
dia ada urusan di bank dan meminta anaknya, Seh Hwa Haiqal makan di
sebuah makan di sebuah restoran. Di restroan itu, Seh hwa berbual-bual
dengan Haiqal tengtang Ratna. Semasa makan, Seh Hwa memberitahu
bahawa ayahnya pandai memasak cili padi ikan haruan. Haiqal meraskan
bahawan Seh Hwa beruntung kerana dapat merasa kasih sayang arwah dan
dapat mengisi kekosogan jiwa arwah ayahnya itu. Haiqal ingin mendekati
See Hwa kerana dia yakin bahawa See Hwa banyak menyimpan rahasia
hidup ayahna Dia juga membuat telahan bahawa watak Ai Ling dalam
manuskrip yang ditulis oleh arwah ayahnya itu ialah See Hwa.

See Hwa membawa Haiqal berjalan-jalan disekitar pekan Parit Raja
dan mereka berhenti di sebuah kedai buku. See Hwa memilih-milih novel
yang hendak dibelinya manakala Haiqal membeli yang berkaitan dengan
bahasa dan satera. Ketika itu, mereka mendapati bahawa mereka meminati

penulis yangsama. Pertemuan itu telah menimbulakan kemesraaan anatara
mereka berdua . Pada petang itu, Haiqal tersedar dari tidurnya. Haiqal
Membaca SMS yang dihantar dari Nurul Aisyah dan membalasnya.

Haiqal menziarahi pusara ayahnya dengan menaiki motosikal yang
dipinjamkan oleh Tauke Ong. Haiqal membaca surah al-fatiah dan
berselawat ke atas nabi, seterusnya membaca surah Yasin. Semasa Haiqal
menunggang motosikal, hatinya tergerak untuk memberhentikan motosikal
berhampiran dengan sekumpulan remaja yang memancing ikan. Haiqal
berbual-bual dengan Pak Cik Bakar. Pak cik Bakar mempelawa Haiqal ke
rumahnya untuk bercerita lebih lanjut tentang arwah.Selepas menunaikan
solat maghrib dan isyakdi masjid, Haiqal ke warung Wak Min untuk mengisi
perut. Haiqal, Pak Cik Bakar, Wak Arif, dan Haji Salim berbual-bual
mengenai tarian zapin.

Pada suatu hari, Haiqal telah dibawa ke balai raya Kampung Seri
Purnama. Di situ, Haiqal dapat melihat hasil kegiatan ayahnya. Beberapa
buah album, majalah, dan buku-buku milik arwah ayah benar-benar seorang
pencinta tarian zapin. Di warung, Haiqal bertanya tentang Aksara kepada
See Hwa dan memberitahu bahawa Aksara merupakan satu-satunya pekara
pekara yang tidak dapat dilaksanakan oleh arwah ayah Haiqal sebelum dia
meninggal dunia. See Hwa juga menjelaskan bahawa Aksara ialah
singkatan kepada Akedemi Sastera Rakyat dan arwah ayah Haiqal bercita-
cita untuk menjadikan Kampung Seri Purnama sebagai pusat
pengembangan sastera di daerah itu. Arwah ayah Haiqal amat mencintai
bidang sastera rakyat dan menganggap bahawa tugas itu sebagai satu
tanggungjawab sosial yang mesti dilaksanakan untuk mendekatkan
masyarakat dengan sastera.

Haiqal telah mencadangkan kepada Pak Cik Bakar untuk
mengadakan tarian zapin. Cadangan Haiqal itu dikemukakan kepada ketua
kampung. Mesyuarat untuk membincangkan cadangan Haiqal telah
diadakan di balai raya dan cadangan Haiqal telah diterima sebulat suara oleh
penduduk kampung. Pembahagian tugas sempena majlis yang bakal
diadakan pada malam tersebut. Tauke Ong menawarkan diri untuk menaja
jamuan semasa majlis itu berlangsung kelak. Haiqal juga turut serta dalam
membuat tarian zapin. Tauke Ong mencadakan agar Haiqal mempelajari
tarian zapin. Haiqal akur apabila Pak Cik Bakar, Haji Selamat, Waparmin,

Abang Ramlan, dan Wak Seman bersugguh-sungguh mahu mengajarkan
tarian zapin.

Seminggu sebelum persembahan itu, Haiqal telah memaklumkan
kepada Walidnya tentang tarian zapin jincat itu. Dia meminta walid, umi, dan
nurul mendoakannya agar dapat mempersembahkan tarian itu dengan baik.
Pada hari majlis tersebut, mereka mendapat berita bahawa Lazim tidak
dapat menjadi pasangan Haiqal untuk persembahan tarian tersebut. Haji
Salim menyuruh Haiaql memujuk See Hwa menari dengannya.

Selepas solat maghrib, Haiqal ke rumah Tauke Ong. dia memberitahu
Tauke Ong tentang tujuanya untukmemujuk See Hwa apabila sedang
menggosok kostum untuk tarian zapin. See Hwa berterus terang kepada
Haiqal bahawa dia dan Lazim sudah berpakat untuk membuat kejutan
kepada Haiqal. Haiqal meminta See Hwa menari bersamanya.

Akhirnya, malam itu menjadi kenyataan apabila Haiqal dapat
mempersembahkan tarian zapinnya dengan baik. YB Datuk Syaiful Azizi
terposona oleh kelembutan gerak tari See Hwa dan Haiqal. Ketika asyik
menari, Haiqal terpandang uminya, walid dan Nurul Aisyah yang sedang
berdiri di belakang balai raya sambil melihatnya menari di atas pentas.
Haiqal berasa amat terharu dan bersyukur kepada Tuhan apabila melihat
mereka datang untuk melihatnya menari.

Haiqal membuat keputusan untuk menyambung pelajarannya di
Unimas. sebuah universiti di Bumi Kenyalang. Haiqal percaya bahawa
dendam umi terhadap ayahnya sudah terlerai apabila uminya datang untuk
melihatnya menari tarian zapin. Dalam hatinya, Umi mengakui bahawa
darah seni yang mengalir di dalam tubuh Haiqal merupakan darah seni
Abdullah bin Kayan yang tidak boleh dinafikan. Sahabat Haiqal, iaitu Ratna
telah bertunang dengan seorang ushawan. Ketika Haiqal meninggalkan
kampung Seri Purnama, See Hwa menangis. Haiqal sedar bahawa dia perlu
menjadi ayahnya untuk mewujudkan Aksara semula. Hasrat itu masih jauh
daripada jangkauannya kerana dia masih belum layak untuk memimpin
Aksara. Haiqal merasakan bahawa silir diksina benar-benar mendamaikan.

SINOPSIS SETIAP BAB

BAB 1: TERSINGKAP RAHSIA

haiqal begitu teruja membaca manuskrip berkulit biru muda yang
setebal 58 muka surat. Hatinya tersentuh dengan cerita yang ditulis
oleh penulisnya Abdullah Kayan, nama yang pernah disebut uminya.
Adakala Haiqal berasa dia seperti berada dalam alam Abdullah Kayan
l Fikiran Haiqal menerawang pada masa usianya 6 tahun,,masih di
sekolah tadika. Uminya membuka rahsia tentang dirinya,,,bahawa
ayahnya bukan walid Haiqal bertanya tentang ayahnya. Uminya
memberitahu ayahnya berada jauh dari tempat tinggal mereka. Haiqal
menyimpan tekad untuk menncari ayahnya Abdullah Kayan.

BAB 2: KISAH SEORANG TEMAN

Haikal menghabiskan waktu petangnya di gerai makanan Ratna di
pantai Batu Buruk. Kawan sekelasnya di sekolah.l Ratna tidak
meneruskan pengajian selepas tamat SPM sebaliknya membantu
ibunya menguruskan perniagaan ibunya. Sementara itu Haikal
meneruskan pengajian STPM dan sedang menunggu keputusan
STPM. Mereka berkawan baik. Haikal memberitahu Ratna bahawa dia
sedang meneliti manuskrip ayahnya. lSambil mereka bersiar-siar di
pantai, Haikal cuba menghayati pertemuan cinta ayah dan ibunya..
Ratna tiba-tiba ingin tahu punca perpisahan ayah dan ibu Haikal.
Haikal tidak tahu. Haikal pernah cuba bertanya umi tetapi dibatalkan
khuatir mengganggu kebahagian umi walid dan Nurul Aisyah. Uminya
juga belum tahu tentang manuskrip yang diterimanya. Haiqal
menerimanya daripada Ong Swee Hwa beralamat Kampung Seri
Purnama Batu Pahat Johor.

BAB 3: SENASKAH MANUSKRIP LAMA

Aku teringat tentang gelagat seorang anak Tauke Lim Ai Ling yang
cuba mengikut rentak tari penari-penari yang sedang berlatih. Aku
menyarankan Ai Ling belajar tarian zapin dan menyertai kumpulan
tarian zapin kanak-kanak di kampung mereka. Aku menawarkan

perkidmatannya untuk membimbing Ai Ling dalan subjek Bahasa
Melayu. Aku sebenarnya teringat akan anaknya Aiman yang jauh
terpisah apabila teringat kepada Ai Ling. Aiman yang seusiadengan Ai
Ling. Aku menggunakan masa di rumah untuk menanda buku latihan
pelajar-pelajarnya. Masa lapangnya digunakan untuk menulis puisi
atau cerpen, ataupun berbual-bual dengan Tauke Lim. Tauke Lim
tinggal berjiran dengan aku. Tauke Lim mengambil upah menoreh dan
menjaga kebun getah ayah aku yang lama tidak ditoreh.Ketika itu
Tauke Lim datang dengan motorsikal Honda 70cc. Tauke Lim tinggal
menyewa di bandar setelah berhijrah dari kampung halamannya
kerana semua harta peninggalan mendiang bapanya dijual oleh
abangnya yang sangat gemar berjudi. Tauke Lim seorang yang rajin
bekerja. Waktu pagi dia menoreh getah sementara petang digunakan
untuk meraih hasil tani penduduk kampung untuk dijual di bandar.
Akhirnya, Tauke Lim berjaya membeli setengah ekar tanah ayah aku
dan membina sebuah rumah separuh papan. Hasil gigihnya Tauke Lim
rumahnya diubah suai menjadi rumah batu sepenuhnya. Sudah 18
tahun Tauke Lim tinggal di kampung aku. Anak sulung Tauke Lim, Kok
Wee sedang menuntut di Universiti Malaya dalam bidang undang-
undang. Anak keduanya perempuan Ai Ching akan mengambil
peperiksaan SPM. Tauke Lim hidup cara orang Melayu. Ayah aku
menganggap Ai Ching dan Ai Ling seperti cucunya sendiri.Ayahnya
sering membawa Ai Ching dan Ai Ling ke bandar. Aku kembali teringat
kepada Aiman. Semasa bersiap-siap hendak ke sekolah. Tauke Lim
muncul dan meminta tolong aku menumpangkan Ai Ching dan Ai Ling
ke sekolah kerana keretanya tidak dapat dihidupkan kerana kehabisan
bateri… Ai Ching diturunkan di tepi jalan besar untuk mengambil bas
sekolah ke Parit Raja sementara Ai Ling bersama-sama ke Sekolah
Kebangsaan Seri Purnama.Tauke Lim menganggap belajar di sekolah
aliran Melayu dan Cina tidak penting. Yang penting anak-nanaknya
belajar dengan rajin. Aku mencadangkan agar Ai Ling ke sekolah
dengan kereta aku. Ai Ling akan memberitahu ayah dan ibunya sendiri
tentang pelawaan aku. Aku kembali terbayang- bayang Aiman di
dalam pakaian sekolahnya. Aku menuju ke bilik guru. Hanya aku dan
Cikgu Latifah di dalam bilik guru.Cikgu Latifah meluahkan rasa tentang
gelagat pelajar Tahun Enamnya. Aku tersentak apabila Cikgu Latifah
memberitahunya tentang Ai Ling yang diberitahu oleh Ustazah

Munirah. Ai Ling amat beminat untuk mempelajari subjek Pendidikan
Islam. Aku menganggap itu peluang yang baik untuk dia mendekati Ai
Ling. Walaupun aku sebenarnya mempunyai peluang mendekati Ai
Ling ketika Ai Ling rapat dengan arwah ayahnya. Aku tidak mahu
tergesa-gesa mendekati Ai Ling kini , khuatir Ai Ling tidak selesa.

BAB 4: DESAKAN HATI

Haikal berada dalam dilema setelah membaca manuskrip ayahnya ,
Abullah Kayan. Haikal bagaikan dapat merasa kepedihan dan rintihan
hati Abullah Kayan. Hati Haikal melonjak-lonjak untuk ke kampung
Abdullah Kayan. Namun Haikal bimbang kerana tidak kenal akan
sesiapapun di kampung itu. Malah Haikal berhadapan dengan
halangan paling besaar iaitu uminya sendiri., Rafiqah. Haikal terlalu
menghormati uminya dan seingat Haikal hanya sekali dia meninggikan
suara kerana tidak bersetuju dengan keputusan uminya. Haikal benar-
benar buntu. Dalam kekalutan perasaan, haikal keluar untuk menemui
Ratna di gerai Ratna.. Haikal memberitahu Ratna dia sudah selesai
membaca manuskrip ayahnya. Haikal berasa cerita yang dikarang
ayahnya itu ialah tentang diri ayahnya sendiri. Haikal dan Ratna
kebingungan apabila Aksara yang digambarkan oleh ayahnya
dikatakan akan muncul. Mereka tidak tahu makna Aksara yang
menjadi impian ayahnya Haikal juga tidak tahu sakit yang menimpa
ayahnya. Akan tetapi dia berasa ayahnya mengharungi sakit seorang
diri. Haikal memberitahu Ratna, berdasarkan manuskrip itu , ayahnya
seorang penulis yang mengalami kekecewaan. Seperti ada
persamaan antara Haikal dan ayahnya. Haikal juga seorang punulis
yang menjadi johan peringkat daerah dan negeri. Namun hanya Ratna
dan cikgu-cikgu yang memahami minat dan kejayaannya. Sebaliknya
uminya tidak pernah berasa bangga akan pencapaiannya. Haikal mula
menyedari kebencian umi kepada ayahnya ada kaitan dengan dunia
sastera ayannya. Benar-benar buntu Haikal untuk berhadapan dengan
umi,walid dan Nurul Aisyah bagi meluahkan perasaannya tentang
ayahnya.

BAB 5: RINDU

Haikal mulai berasa rindu akan ayahnya.Namun tiada sebarang
memori yang dia ada bersama-sama ayahnya. Hanya manuskrip itu
yang mampu dibelek-beleknya. Haikal mula terfikir sama ada Ai Ling
dan Ong Swee Hwa ialah orang yang sama. Haikal mulai berkhayal
tentang Seri Purnama. Berkhayal tentang tarian zapin dan
membayangkan kehebatan ayahnya menari zapin. Haikal terasa rugi
tidak hidup bersama-sama ayahnya. Teringat juga Haikal tentang
dunia perniagaan batik umi dan walid di Pasar Payang dan impian
uminya mahu Haikal mewarisi perniagaan itu kelak. Akhirnya, Haikal
bertekad untuk menyampaikan hasratnya kepada umi. Manuskrip
ayahnya akan dijadikan alasan untuk merealisasikan hasratnya.
Haikal mahu melepaskan apa-apa yang terbuku di hatinya selama ini.
Haikal terkenang kembali tentang kekecewaannya untuk menatap
wajah jenazah ayahnya tujuh tahun lalu. Umi tidak membenarkan dia
menziarahi jenazah ayahnya dengan alasan Haikal sedang
menduduki peperiksaan UPSR. Haikal terbayang kebaikan dan kasih
sayang walid ayah tirinya. Namun Haikal amat merindui kasih sayang
ayah kandungnya. Haikal terus tertanya-tanya akan punca perpisahan
umi dan ayahnya.Namun Haikal tidak mahu dianggap biadap jika
bertanya hal itu kepada umi.

BAB 6: SATU KETETAPAN

Haiqal bertekad untuk pergi ke kampung halaman arwah ayahnya.
Ratna menyokong keputusan Haiqal dan berharap dia pandai menjaga
diri. Konflik timbul antara Haiqal dan ibunya setelah dia menyuarakan
hasrat untuk pergi ke kampung halaman ayahnya. Walaupun pelbagai
perasaan dan alasan yang diluahkan oleh Haiqal, namun ibunya tetap
berkeras tidak membenarkannya pergi. Namun begitu, Haiqal
bertekad untuk pergi ke kampung halaman ayahnya walaupun tidak
dibenarkan oleh ibunya. Walid memahami perasaan Haiqal dan
menyokong keputusannya secara diam-diam.

BAB 7: PERJALANAN YANG JAUH
Haiqal mula bertolak menaiki bas ekspres menuju ke Johor. Sebelum
itu, dia dihantar dan ditemani oleh Ratna sementara menunggu bas di
stesen bas. Haiqal menolak tawaran bapa tirinya untuk
menghantarnya ke stesen bas kerana bimbang dia menjadi mangsa
kemarahan ibunya.

BAB 8: TIBA DI KAMPUNG

Setelah sampai di Batu Pahat, Haiqal telah menaiki sebuah teksi untuk
ke Kampung Seri Purnama. Pemandu teksi iaitu pak cik Salleh telah
menurunkan Haiqal di sebuah warung kampung tersebut. Setelah
bertanya kepada pemilik warung itu iaitu Wak Min, Haiqal diminta
menunggu Tauke Ong yang akan membawanya dan menunjukkan
rumah arwah ayahnya. Setelah Tauke Ong datang, dia diperkenalkan
kepada Haiqal oleh Wak Min. Kemudian, Tauke Ong terus membawa
Haiqal ke rumah arwah ayahnya.

BAB 9: PERTEMUAN
Haiqal dikejutkan dengan bunyi hon kereta Tauke Ong yang telah
menunggunya di halaman rumah. Setelah bersiap, Haiqal terus
menaiki kereta Tauke Ong dengan perasaannya yang gelisah kerana
dia sedar ada seorang gadis di dalam kereta tersebut. Tauke Ong
memaklumkan kepada Haiqal bahawa mereka akan ke pekan untuk
makan tengah hari.

BAB 10: PUSARA
Tauke Ong memberikan sebuah motosikal kepunyaan anaknya
kepada Haiqal untuk memudahkan pergerakan Haiqal. Haiqal
menggunakan motosikal tersebut untuk ke kubur ayahnya. Setelah
berjaya mencari kubur ayahnya, Haiqal diselubungi rasa sebak
mengenangkan arwah ayahnya.

BAB 11: SUASANA BAHARU

Haiqal menyedari bahawa dia telah berada di kampung arwah
ayahnya selama seminggu. Dalam tempoh ini telah banyak urusan
berkaitan amanah yang ditinggalkan oleh ayahnya kepada Tauke Ong
berjaya diselesaikan. Namun, Haiqal tetap menyerahkan segala
urusan tinggalan ayahnya iaitu ladang kelapa sawit kepada Tauke Ong
kerana dia tidak mempunyai pengetahuan mengenai pengurusan
ladang kelapa sawit. Walau bagaimanapun, Tauke Ong tetap
mahukan Haiqal mempelajari cara-cara menguruskan ladang kelapa
sawit. Haiqal banyak mempelajari mengenai kelapa sawit daripada
dua orang kampung yang mengambil upah memotong buah kelapa
sawit iaitu Bidin dan Salleh. Semua yang berlaku dalam tempoh
seminggu di Kampung Seri Purnama diceritakan Haiqal kepada Ratna
dan juga adik tirinya Nurul Asiyah melalui SMS. Haiqal telah mula
mengenali remaja-remaja kampung tersebut. Antaranya ialah Lazim
iaitu anak kepada Haji Salim yang seusia dengannya. Haiqal selalu
diajak memancing ikan pada sebelah petang. Haiqal telah pergi
memancing ikan puyu bersama-sama dengan Lazim. Sambil mereka
memancing, Haiqal dapat melihat suasana kampung yang
menyebabkan dia teringat kembali zaman kanak-kanaknya. Lazim
telah menyatakan hasratnya untuk tidur di rumah Haiqal pada malam
minggu.

BAB 12: RAHSIA BALAI RAYA

Haiqal telah pergi ke balai raya ditemani See Hwa dan Lazim. Dia
dapat melihat keadaan balai raya yang tidak terurus kecuali ada
beberapa bahagian dalam balai raya itu yang kelihatan terurus dan
terjaga. Berbeza dengan sebelum ini, balai raya itu dikatakan lebih
terurus dan mempunyai banyak buku yang menjadi bahan bacaan
penduduk kampung. Haiqal seakan tidak percaya bahawa buku-buku
yang terdapat dalam balai raya itu ialah hasil daripada penulisan arwah
ayahnya. Malah, sejarah hidup ayahnya juga turut dipamerkan di situ.
Haiqal tertarik dengan sebuah album besar yang menyimpan gambar-
gambar ayahnya. Berdasarkan gambar-gambar tersebut, Haiqal dapat
mengetahui bahawa arwah ayahnya merupakan seorang penari zapin.

Hakikatnya, ayahnya ialah orang yang bertanggungjawab
menghidupkan kumpulan zapin Seri Purnama.

BAB 13: SINAR HARAPAN
Hasrat Haiqal untuk melihat persembahan zapin dimainkan semula di
balai raya kampung Seri Purnama telah disampaikan kepada Ketua
Kampung Seri Purnama oleh Pak Cik Bakar. Haiqal juga
memaklumkan perkara tersebut kepada See Hwa dan Tauke Ong.

BAB 14: MENCARI KESERASIAN
Haiqal banyak menghabiskan masanya di balai raya kampung tersebut
untuk bersama-sama dengan penduduk kampung membuat latihan
zapin.

BAB 15: TETAMU ISTIMEWA
Balai raya yang sebelum ini sepi telah kembali berseri. Penduduk
Kampung Seri Purnama masing-masing sibuk membuat persiapan
untuk persembahan zapin.

BAB 16: BERMULALAH EPISOD
Haiqal telah berjaya melanjutkan pelajaran di sebuah universiti yang
terletak di Bumi Kenyalang. Haiqal sedar bahawa umi tidak lagi
berdendam dengan ayah apabila umi bersama dengan walid serta adik
tirinya sanggup datang ke Kampung Seri Purnama untuk menyaksikan
Haiqal mempersembahkan tarian zapin jincat. Persoalan Haiqal
mengenai Ratna yang selama ini sepi tanpa berita akhirnya terjawab.
Ratna telah bertunang dengan seorang usahawan muda yang menjadi
rakan kongsi dalam perniagaannya.

5 KEKUATAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina karya
Nizar Parman. Terdapat beberapa kekuatan dalam novel ini.

Kekuatan yang pertama ialah perwatakan watak utama boleh
dijadikan sebagai satu pengajaran iaitu kita haruslah gigih dalam
melakukan sesuatu perkara untuk membuahkan hasil yang baik.
Sebagai contoh, dalam novel ini Haiqal gsanggup pergi ke kampung
halaman arwah ayahnya hanya kerana ingin mengetahui kisah
ayahnya walaupun ditentang oleh uminya. Seterusnya, novel ini juga
banyak menceritakan kisah kesenian tarian zapin. Hal ini akan
menarik perhatian pembaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang
warisan tarian zapin itu. Dalam pada itu, saya amat menyukai tentang
perwatakan watak utama yang diutarakan oleh penulis Hal ini
menaikkan lagi penceritaan dalam novel ini. Seterusnya, bahasa
yang digunakan oleh penulis dalam mengarang novel sangat mudah
untuk difahami bagi peringkat umur remaja dan pelajar Tingkatan 5.
Akhir sekali, novel ini juga mempunyai jalan penceritaan yang
resusun berbanding nove-novel sebelumnya. Novel ini sangat
menunjukkan penceritaan yang jelas dan dapat difahami plot
ceritanya.

5 KEKURANGAN NOVEL

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina karya
Nizar Parman. Terdapat beberapa kekurangan dalam novel ini.

Kekurangan yang pertama, bagi saya penggunaan watak
sampingan oleh penulis terlalu banyak. Hal ini akan mengakibatkan
pembaca menjadi keliru tentang tugas-tugas watak itu. Seterusnya,
tempat-tempat yang digunakan mempunyai banyak peristiwa yang

berlaku yang boleh membuatkan penceritaan menjadi banyak dan
meleret. Dalam pada itu, penulis tidak menceritakan mengapa umi
Haiqal melarangnya untuk ke kampung halaman arwah ayahnya.
Kekurangan seterusnya, pengakhiran cerita agak tidak menarik dan
tidak dapat menarik perhatian pembaca kerana pengakhirannya boleh
dikatakan biasa sahaja. Akhir sekali, ada sesetengah fakta yang
membosankan. Hal ini boleh mengakibatkan pembaca merasa tidak
ingin mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentangnya

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Novel yang saya kaji di Tingkatan 5 ialah Silir Daksina karya
Nizar Parman. Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dalam
novel ini.

Pada pendapat saya terdapat beberapa penabahbaikan yang
boleh dilakukan terhadap novel ini Antaranya, penulis boleh
mengurangkan penggunaan watak sampingan yang terlalu banyak.
Hal ini boleh menjadikan penceritaan lebih menarik dan tidak meleret.
Seterusnya, saya cadangakan supaya penulis mengurangakan
peristiwa-peristiwa yang berlaku di sesuatu tempat itu Penulis hanya
boleh masukkan peristiwa yang benar-benar berlaku pada suatu
tempat. Di samping itu, saya juga mencadangkan supaya penulis
seharusnya menceritakan mengapa umi Haiqal melarang sama sekali
Haiqal untuk pulang ke kampung halaman arwah ayahnya dan juga
merupakan tempat tinggal arwah ayahnya ketika masih hidup dulu.
Dalam pada itu, pengakhiran cerita juga perlu diubah oleh menarik
untuk membangunkan cerita sesuatu novel itu. Apabila pengakhiran
itu menari, pembaca dapat mendalami novel itu dan menerapkan nilai-
nilai yang ada dalam novel itu. Akhir sekali, jika penulis ingin
memasukkan banyak fakta-fakta, penulis juga membuat selidik
dengan sebetulnya dahulu dan tidak menggunakan fakta yang
membosankan. Hal ini secara tidak langsung pembaca akan hilang
fokusnya dalam membaca jika membaca sesuatu yang membosankan

RUJUKAN

• https://bmblogr.blogspot.com › nov...
Novel Bima Sakti Menari - Komsas Tingkatan 5 – BMBlogr

• https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&url=https://ww
w.academia.edu/32422436/Sinopsis_Keseluruhan_Novel_Tirani_k
arya_Beb_Sabariah&ved=2ahUKEwjziaSviaf4AhXR8DgGHfmDAs
AQFnoECAgQAQ&usg=AOvVaw3lY21p47FMB8VkfFNWdPiP

• http://cuit-cuitbahasa.blogspot.com/2018/01/sinopsis-novel-
songket-berbenang-emas.html?m=1

• https://www.coursehero.com/file/124033760/NOVEL-PANTAI-
KASIHdocx/

• https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-di-sebalik-dinara-
komsas.html?m=1

• https://www.sistemguruonline.my › ...
Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa - Sistem Guru Online

Buku

1. Abdul Latib Talib (2009), Leftenan Adnan Wira Bangsa, PTS Litera
Utama Sdn Bhd.

2. Dayang Noor (2012), Di Sebalik Dinara, Kuala Lumpur, Utusan
Publications & Distributors Sdn.Bhd

3. Ruhaini MatDarin ( 2014 ). Jendela Menghadap Jalan, Kuala
Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

4. Azmah Nordin (2014), Pantai Kasih, Dewan Ilmu Publications

5. Khairuddin Ayip (1991), Songket Berbenang Emas, Dewan
Bahasa dan Pustaka

6. Beb Sabariah (2008), Tirani, Dewan Bahasa dan Pustaka

7. Sri Rahayu Mohd Yusop (2011), Bimasakti Menari, Kuala Lumpur,
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

8. Nizar Parman (2010), Silir Daksina, Kuala Lumpur, Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.


Click to View FlipBook Version