The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by E-BIOLOGI SMKTM, 2021-06-02 06:00:07

05 BSTEM 2017 MAT REN

05 BSTEM 2017 MAT REN

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING

DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
MATEMATIK
SEKOLAH RENDAH



SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
MATEMATIK
(Sekolah Rendah)

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum

2018

Terbitan Jun 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan
cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau
cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9,
Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya,
Malaysia.

CIP/ISBN

ISBN 978-967-420-398-6

KANDUNGAN v
vii
Rukun Negara ix
Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1
Kata Aluan 3
Pendahuluan
Panduan Pelaksanaan BSTEM 9
13
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 1: 16
Penghasilan Tabung Harimau 19
Pengenalan
Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 22
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran 24
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 25
Lampiran: 31
35
A -1 Ujian Pra 37
B -1 Lembaran Kerja Murid 39
C -1 Lembaran Kerja Murid 40
D -1 Risalah harga
E -1 Borang Penilaian Produk dan Pembentangan
F -1 Ujian Pasca
G -1 Borang Penilaian Kendiri dan Rakan Sebaya
H -1 Exit Card

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 2: 43
Penghasilan Model Jambatan Poligon 48
Pengenalan 51
Komponen Pengajaran dan Pembelajaran 53
Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 56
Lampiran: 58
62
A -2 Ujian Pra 63
B -2 Lembaran Kerja Murid 65
C -2 Borang Penilaian Produk dan Pembentangan 66
D -2 Ujian Pasca 67
E -2 Borang Penilaian Rakan Sebaya dan Penilaian Kendiri 70
F -2 Exit Card 78
G -2 Lakaran Jenis-jenis Jambatan
H -2 Contoh-contoh Jambatan 79
I -2 Borang Ujian Ketahanan Model Jambatan 80

Rujukan
Penghargaan

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;

Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak;

Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara”

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii



KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Bahagian
Pembangunan Kurikulum telah berjaya menghasilkan siri Bahan
Sumber STEM 2017 (BSTEM 2017). Bahan ini diharap dapat
menjadi panduan dan pencetus idea kepada guru dalam
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) STEM di sekolah. BSTEM 2017 merupakan
kesinambungan daripada siri BSTEM 2016. Siri BSTEM 2017
merangkumi 17 mata pelajaran teras dan elektif di peringkat
pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Usaha ini sejajar dengan hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkukuhkan pembelajaran STEM
di semua peringkat.

BSTEM 2017 mengandungi dua contoh PdP bagi setiap mata pelajaran, bertujuan
membangunkan pelbagai kecekapan kognitif dan sosial, serta memupuk kemahiran
berfikir aras tinggi dalam kalangan murid. PdP STEM memberi peluang dan pendedahan
kepada murid untuk menyelesaikan masalah dalam konteks dunia sebenar. Aktiviti yang
disediakan dapat membentuk murid menjadi pemikir yang matang dan kreatif, pencipta
yang berani, ahli pasukan yang bekerjasama dan pemimpin yang tegas serta
mempunyai visi. Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dapat memberi
kepuasan dan motivasi dalaman seterusnya meningkatkan pelibatan murid dalam
bidang STEM.

Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada panel penulis dan semua pihak yang
terlibat dalam pembinaan BSTEM 2017 di bawah Inisiatif Perkukuhan Pendidikan STEM,
PPPM 2013-2025. Semoga BSTEM dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam
usaha meningkatkan kualiti PdP yang sejajar dengan perkembangan abad 21.

Sekian, terima kasih.

SHAZALI BIN AHMAD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018

ix



PENDAHULUAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan
dan minat murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang
ditekankan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Melalui inisiatif ini KPM berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi
dan berkelayakan adalah mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat
tertiari. Pelaksanaan pendekatan STEM berhasrat melahirkan modal insan yang
mempunyai pengetahuan, kemahiran dan nilai serta membudayakan amalan
STEM.

Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah
membangunkan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
dikenali sebagai Siri Bahan Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan
Matematik (BSTEM). Bahan sumber ini merupakan lanjutan kepada Buku
Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran STEM yang telah
dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP STEM di
sekolah. Siri BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017

BSTEM 2016 BSTEM 2017

Biologi Pengajian Pengajian Pengajian
(Sek. Men.) Kejuruteraan Awam Kejuruteraan Kejuruteraan Elektrik

Fizik (Sek. Men.) Mekanikal dan Elektronik
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Grafik Komunikasi
Kimia Teknikal Reka Bentuk dan Sains Rumah Tangga
(Sek. Men.) Teknologi (Sek. Men.)
Matematik (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Tambahan
(Sek. Men.) Sains Sukan Asas Sains Komputer Sains Tambahan
Reka Cipta (Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
(Sek. Men.)
Matematik Sains Pertanian
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)

Asas Kelestarian Sains Matematik
(Sek. Men.) (Sek. Ren.) (Sek. Ren.)

Sains Komputer Reka Bentuk dan Pembelajaran -
(Sek. Men.) Teknologi Bersepadu
(Sek. Ren.)
(Pra Sekolah)

1

Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti
untuk sesi sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan
strategi inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi
peluang kepada murid untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dan pengalaman pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.
Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi
menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM
yang mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan
murid seperti yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir
berkomunikasi, pemikir, kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, penyayang, prihatin dan patriotik.
BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP
bagi tajuk lain dalam mata pelajaran ini.

2

PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM

Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang
melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk
menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam
sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka
persekitaran melalui inkuiri serta menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan
dunia sebenar dalam usaha membudayakan amalan STEM. Sehubungan itu,
Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan adalah untuk membudayakan amalan
STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang
menarik agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM ini mengandungi
dua contoh PdP untuk mata pelajaran Matematik. Contoh PdP ini diharap dapat
menjadi panduan kepada guru untuk membina lebih banyak aktiviti PdP STEM
berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya, setiap
contoh PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Komponen PdP
3. Rancangan PdP
4. Aktiviti PdP
5. Lampiran:

 Ujian Pra
 Ujian Pasca
 Lembaran Kerja Murid
 Borang Penilaian
 Exit Card
 Aktiviti Murid Mengikut Langkah
 Rujukan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan borang penilaian yang
disediakan. Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian prototaip,
penilaian pembentangan, penilaian kendiri dan rakan sebaya, ujian pra, ujian
pasca serta Exit Card sebagai refleksi PdP.

3

PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang
disyorkan dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan
Matematik dalam PdP 1. Urutan langkah asas aktiviti PdP STEM yang perlu
dilalui oleh murid adalah seperti yang dinyatakan dalam Rajah 1.

1 Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti
masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar.

2 Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai
sumber (temu bual, kajian, internet, media cetak dan
lain-lain).

3 Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam
bentuk inkuiri.

4 Murid menggunakan pemikiran matematik dan
komputasional dalam membentangkan data supaya
boleh difahami, digunakan serta dikongsi bersama.

5 Murid menstrategi dan merangka pelan penyelesaian.
Murid mereka cipta dengan mengulangi proses/ kaedah
secara sistematik untuk menambahbaik produk.

6 Murid membentangkan produk dengan justifikasi
berdasarkan evidens. Rakan lain diberi peluang untuk
berkomunikasi dengan memberikan komen
membangun.

7 Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan
masalah dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

1 Bahagian Pembangunan Kurikulum (2016). Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan
dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KPM

4

BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM
dengan lebih sistematik. Ketiga-tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah
yang harus guru ikuti bagi merancang dan mengurus perjalanan PdP supaya
menjadi lebih berkesan. Langkah-langkah umum untuk melaksanakan PdP
STEM bagi setiap fasa dinyatakan seperti dalam Rajah 2.

FASA 1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan
SEBELUM pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

PdP 2. Menyediakan senario/ situasi/ masalah yang sesuai
bagi tujuan di atas.
FASA
SEMASA 3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi
PdP PdP.

FASA 4. Menyediakan bahan (softcopy dan hardcopy) dan
SELEPAS peralatan yang diperlukan. Memilih tempat dan tarikh
yang sesuai bagi PdP ini.
PdP
5. Mentadbir Ujian Pra.

6. Mengemukakan senario/ situasi/ masalah sebagai set
induksi bagi mencetus minda murid dan menarik
pelibatan murid.

7. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis
panduan kepada murid melaksanakan tugasan ini.

8. Menggalakan murid menjana idea semasa
perbincangan kumpulan dalam proses penyelesaian
masalah/ melengkapkan tugasan (dengan soalan-
soalan yang telah disediakan guru semasa Fasa
Sebelum PdP).

9. Memberi respons dan menilai prototaip/ pencapaian
murid/ kumpulan.

10. Mentadbir Ujian Pasca.

11. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah
dilaksanakan.

12. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang
akan datang.

Rajah 2: Langkah Umum Pelaksanaan PdP STEM

5

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru
sepanjang proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan
berkesan dengan impak yang tinggi dalam memberi peluang dan galakan kepada
murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dihasratkan.

6

CONTOH PdP 1
Projek: Penghasilan Tabung Harimau

8

PENGENALAN

Aktiviti menghasilkan Tabung Harimau merupakan satu projek mini yang
dilaksanakan setelah murid selesai mempelajari topik Wang dalam kurikulum
Matematik Tahun 3. Aktiviti ini menggunakan pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Projek. Pembelajaran diadakan secara modular dengan menggabungkan topik
Wang, Nombor & Operasi, dan Pengurusan Data. Murid didedahkan dengan suatu
isu berkaitan kepupusan haiwan dan kempen kesedaran berkaitan dengannya.
Murid juga perlu menggunakan kos yang paling minimum serta bahan terpakai
dalam menjalankan projek ini. Murid menghasilkan tabung sebagai produk untuk
digunakan semasa membuat kutipan derma di sekolah.

Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang pengurusan wang secara berhemah
dan juga dapat menerapkan nilai menghargai alam sekitar dengan mereka cipta
produk menggunakan bahan terpakai. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini
adalah 6 waktu bersemuka bergantung kepada kreativiti dan fleksibiliti guru untuk
disesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan faktor-faktor lain.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti
PdP dapat berlangsung dengan lancar dan berkesan. Guru perlu merancang
persiapan bahan dan peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, klip
video dan kos yang diperlukan untuk menjayakan aktiviti ini. Murid digalakkan untuk
menghasilkan produk yang mesra alam dengan kos yang minima. Langkah-langkah
yang perlu dilaksanakan oleh guru sepanjang aktiviti ini melibatkan 3 sesi
pembelajaran seperti berikut:

9

Sebelum PdP SESI 1 (2 Waktu PdP)
Semasa PdP
Selepas PdP  Merancang PdP.

 Menyediakan bahan rangsangan seperti keratan surat
khabar, artikel, video atau imej yang berkaitan tentang
pemuliharaan haiwan terutama harimau.
(Kata kunci: Pemuliharaan Harimau)

 Memperbanyakkan borang Ujian Pra dan Ujian Pasca,
borang catatan individu, lembaran kerja murid, serta
borang penilaian untuk guru dan murid.

 Mentadbir Ujian Pra ke atas murid.

 Mencetus minda tentang harimau melalui tayangan
video.

 Membincangkan senario dan mengenal pasti projek
menghasilkan Tabung Harimau.

 Menggalakkan murid mengenal pasti masalah dalam
proses sumbang saran dan menjana idea untuk
membuat keputusan.

 Menyediakan bahan keperluan untuk membina produk
bagi sesi PdP yang seterusnya.

 Membimbing murid menyediakan bentuk produk yang
mungkin boleh dijadikan panduan kepada murid untuk
sesi seterusnya.

10

Sebelum PdP SESI 2 (2 Waktu PdP)
Semasa PdP  Menyediakan bahan dan radas yang diperlukan dalam

Selepas PdP membina produk.

 Menayangkan contoh reka produk untuk panduan
murid.

 Membimbing tugasan melakar reka bentuk produk.
 Membimbing tugasan membina produk.

 Mengumpul semula bahan dan radas daripada murid.
 Memastikan murid mengemas kelas.

Sebelum PdP SESI 3 (2 Waktu PdP)
Semasa PdP
 Menyediakan keperluan set pembentangan seperti LCD
Selepas PdP projector, susun atur kelas yang sesuai, dan rubrik
penilaian.

 Membimbing murid melantik hakim dalam kalangan
murid bagi setiap kumpulan.

 Membimbing sesi pembentangan.
 Melaksanakan Ujian Pasca dan membuat kesimpulan.

 Memastikan murid meyusun semula kerusi dan meja.
 Memberi penghargaan kepada murid.

11

Sepanjang proses PdP guru perlu menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam supaya PdP tersebut menjadi lebih bermakna. Pengalaman
pembelajaran murid dalam menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi
PdP bersemuka seperti dalam Carta 1.

Carta 1: Aliran Pelaksanaan Aktiviti Murid Menghasilkan Tabung Harimau
12

KOMPONEN PdP

BSTEM Wang merujuk kepada kerangka STEM yang mengandungi komponen berikut:

Konteks:
 Kehidupan Harian
 Alam Sekitar
 Masyarakat Tempatan dan Global
 Literasi Kewangan

Kemahiran Abad 21:
 Kreativiti dan Inovasi
 Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
 Komunikasi dan Kolaborasi
 Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi
 Kemahiran Hidup dan Kerjaya
 Nilai dan Etika
 Bersifat ingin tahu

Pengintegrasian STEM:

Sains:  Pemuliharaan dan cintai alam sekitar.

Teknologi:  Menggunakan TMK dalam membuat persembahan data.

Kejuruteraan:  Mencipta reka bentuk tabung.

Matematik:  Menguruskan perbelanjaan berhemah.

13

Bahan/Sumber:  Gam
Alat, Bahan dan  Gunting
Radas yang  Pita pelekat
diperlukan  Water colour
 Berus
(Cadangan)  Kertas warna
 Kertas surat khabar
 Pen Marker
 Bahan terpakai yang dipilih murid

Sumber yang  Laman web* (pautan video daripada rujukan diberi)

disediakan oleh guru  Surat Khabar

14

PENCETUS IDEA

Panduan untuk guru dan boleh ditunjukkan kepada murid bagi mencetus idea
berkaitan dengan proses penghasilan tabung Harimau.

Sediakan bahan-bahan Bincang lakaran

Membuat lakaran dan binaan asas
15

RANCANGAN PdP
Lakaran prosedur penyediaan projek tabung Harimau

Tahun: Tahun 3
Tajuk:
 Wang
 Nombor dan Operasi
 Ukuran dan Sukatan
 Pengurusan Data

Standard Kandungan: 4.7 Simpanan dan Pelaburan
2.1 Tambah dalam lingkungan 10,000
6.1 Ukuran Panjang
9.4 Penyelesaian Masalah

Standard 4.7.1 Menjelaskan keperluan dan kehendak sebagai
Pembelajaran: asas kepada simpanan dan perbelanjaan.

4.7.2 Menjelaskan keperluan menyimpan dan
melabur.

2.1.1 Menyelesaikan ayat matematik tambah
melibatkan dua nombor hasil tambah dalam
lingkungan 10,000.

6.1.2 Menyelesaikan ayat matematik tambah hingga
tiga ukuran panjang melibatkan meter dan
sentimeter.

9.4.1 Menyelesaikan masalah melibatkan pengurusan
data dalam situasi harian.

Hasil Murid: Tabung Harimau yang dibina dengan perbelanjaan
Tempoh (waktu): minimum dan menggunakan bahan terpakai.

3 sesi (2 waktu + 2 waktu + 2 waktu)

16

Ringkasan Aktiviti: Perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) mendapati jumlah terkini harimau liar di
negara ini adalah 240 hingga 350 ekor sahaja.
Pelbagai usaha dilakukan bagi pemuliharaan harimau
liar untuk menggandakan populasi harimau liar di
negara ini menjelang tahun 2022. Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan
kempen kesedaran tentang kepupusan harimau.

Pihak sekolah mengambil inisiatif untuk melancarkan
tabung kutipan sempena kempen tersebut dan
memerlukan beberapa buah tabung bagi tujuan ini.

Bersempena dengan kempen kesedaran tentang
kepupusan harimau, sekolah akan mengadakan
pertandingan membina Tabung Harimau.

Syarat utama pertandingan ialah:
 Terbuka kepada semua murid sekolah rendah.
 Penggunaan bahan terpakai adalah digalakkan.
 Kos yang minimum.

Setiap kumpulan menggunakan peruntukan RM20
untuk menyediakan bahan-bahan bagi menghasilkan
tabung tersebut dan perlu membuat pilihan tiga buah
kedai bagi mendapatkan harga terbaik berdasarkan
risalah harga barang. Kos perjalanan ke kedai tersebut
juga perlu diambil kira.

Seterusnya, anda perlu membina tabung tersebut dan
membuat pembentangan di hadapan kelas bagi
memilih tabung terbaik.

Apa pengetahuan, Pengetahuan, kemahiran dan nilai
kemahiran dan nilai
yang murid peroleh  Mengenal pasti masalah dunia sebenar
setelah melalui aktiviti  Menghubungkaitkan masalah dengan kepupusan
ini?
harimau
 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran

saintifik dalam menyelesaikan masalah.
 Melahirkan rasa tanggungjawab sosial dan

kemahiran kerjasama kumpulan.

17

Apa pengalaman Pengalaman baharu murid
baharu murid setelah
melalui aktiviti ini?  Mereka bentuk dan membina Tabung Harimau.
 Pengetahuan tentang isu pemuliharaan harimau liar

di Malaysia.
 Merancang perbelanjaan wang secara berhemah.
 Mempersembahkan maklumat dalam pelbagai

perwakilan data.
 Mereka cipta dan menghargai alam sekitar.

18

AKTIVITI PdP

Aktiviti Aktiviti PdP

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

Sesi 1 ( 2 waktu PdP)

1. Mengetahui Menjawab soalan Mentadbir Ujian Lampiran A-1:
pengetahuan Ujian Pra
sedia ada dalam Ujian Pra. Pra.
isu ini.

2. Membuat Menonton video Tayangan video Peka Lampiran B-1:
pemerhatian dan dan mencatatkan (Youtube tentang terhadap isu Peta minda
mengaitkan isu yang faktor-faktor dan masalah (Faktor-faktor
pengetahuan, dipaparkan. kepupusan dunia Kepupusan
kemahiran dan haiwan). sebenar. Haiwan)
nilai sedia ada Membaca senario
dengan isu dan Perbincangan
sebenar. melaksanakan tentang
tugasan yang permasalahan
diberikan oleh kepupusan
guru. haiwan.

Penerangan
tugasan.

3. Meneroka Berbincang dan Setiap kumpulan Perwakilan Lampiran C-1:
maklumat melengkapkan diberikan helaian data ke Lembaran Kerja
berkaitan Statistik piktograf dan carta Statistik Harimau dalam Murid
Harimau dan palang daripada di Malaysia. pelbagai
mewakilkan maklumat statistik. bentuk. Nota:
maklumat dalam Bimbing murid Murid juga boleh
bentuk piktograf melengkapkan dinilai melalui Kuiz
dan carta palang. piktograf dan FROG VLE
carta palang.

19

Aktiviti Aktiviti PdP

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

4. Meneroka dan Berbincang dan Memantau dan Inkuiri/ Lampiran D-1:
membandingkan melengkapkan membimbing projek/ Risalah Harga
harga barangan di jadual murid penyelesaian
setiap kedai. perbandingan menganalisis masalah
harga barangan maklumat dan dalam
5. Meneroka dan dan kos melengkapkan kehidupan
membandingkan perjalanan. jadual. sebenar.
kos perjalanan ke
setiap kedai. Aktiviti meneroka Memberi
maklumat tentang pelbagai
6. Membanding dan harga barangan jawapan/
memilih kedai boleh dilakukan penyelesaian
yang diberikan melalui simulasi. kreatif &
serta tentang inovatif
pilihan kedai berserta
dengan justifikasi.
perbelanjaan
minimum.

Sesi 2 ( 2 waktu PdP)

7. Membuat lakaran Melakar tabung Bimbing dan Mengaplikasi Kertas lakaran
Tabung Harimau. dengan pantau aktiviti kan murid
menggunakan murid. pemahaman
pensil dan kertas kandungan, Lampiran E-1:
lukisan. Bersoal jawab kemahiran Rubrik Penilaian
bagi mencetus dan nilai
Sumbang saran idea murid dalam STEM.
idea kreatif dan mereka bentuk
inovatif tabung.
berdasarkan
barangan terpakai
dalam mereka
bentuk tabung.

8. Membina Tabung Membina tabung Bimbing dan Mengaplikasi Lampiran E-1:
Harimau. dengan pantau aktiviti kemahiran Rubrik Penilaian
menggunakan murid. proses
bahan-bahan yang mereka
disediakan. bentuk.

Kerja
berpasukan
yang
produktif.

20

Aktiviti Aktiviti PdP

Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP Penilaian
STEM Formatif

Sesi 3 ( 2 waktu PdP)

9. Membentangkan Mempamer dan Menilai Tabung Memberi Lampiran E-1:
hasil Tabung membentangkan Harimau pelbagai Rubrik Penilaian
Harimau. hasil projek untuk berdasarkan jawapan/
dinilai. rubrik. penyelesaian
10. Menerima kreatif &
teguran dan Setiap kumpulan inovatif
kritikan dengan mengutarakan berserta
baik dan soalan, ulasan dan justifikasi.
berhemah. kritikan berhemah
bagi Memberi
11. Melatih diri untuk penambahbaikan peluang
membina soalan Tabung Harimau. menambah
yang baik dan baik idea atau
relevan. produk.

12. Menilai Menjawab Ujian Mentadbir Ujian Lampiran F-1
pembelajaran Pasca. Pasca. Ujian Pasca
mereka melalui
perbandingan Lampiran G-1:
sebelum dan Borang Penilaian
selepas PdP. Kendiri Dan Rakan
Sebaya
13. Membuat refleksi Membuat Bimbing murid Lampiran H-1:
diri tentang penilaian kendiri melengkapkan Exit Card
pembelajaran dan rakan sebaya. Borang Penilaian
mereka dalam Kendiri Dan
PdP. Membuat refleksi Rakan Sebaya
dengan serta
melengkapkan Exit Card untuk
Exit Card. membuat
penilaian dan
refleksi PdP.

14.Refleksi guru.

21

Lampiran A-1

UJIAN PRA

PdP 1: TABUNG HARIMAU

MATA PELAJARAN: MATEMATIK

TAJUK: WANG TARIKH: .........................

NAMA: ................................................................... KELAS : ..........................

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Ali hendak membina sebuah Tabung Harimau. Dia perlu membeli beberapa
barangan untuk membina tabung tersebut. Barangan yang dibeli di Kedai A
bernilai RM5.50, RM3.35 dan RM4.45 manakala barangan yang sama jenis
dibeli di Kedai bernilai RM5.20, RM4.40 dan RM 5.55. Kedai manakah yang lebih
murah? Tunjukkan langkah pengiraan anda.

A C
500 m

200 m B 350 m
Rumah Ali

2. Ali pergi ke Kedai C dengan menaiki basikal. Dia melalui Kedai A dan Kedai B
sebelum sampai ke Kedai C. Berapakah jumlah jarak yang dilalui oleh Ali dari
rumah ke Kedai C, dalam km?

22

3. Rajah di bawah menunjukkan bilangan haiwan yang semakin pupus.
Berdasarkan data, lengkapkan jadual di bawah.

Jenis haiwan Haiwan Yang Hampir Pupus Beruang Orang
Bilangan Harimau Singa Gajah Tapir Utan

23

Lampiran B - 1

PdP 1: TABUNG HARIMAU

MATA PELAJARAN: MATEMATIK TARIKH: .........................
TAJUK: WANG KELAS : ..........................
NAMA: .......................................................

FAKTOR-
FAKTOR
KEPUPUSAN
HAIWAN

24

Lampiran C - 1

LEMBARAN KERJA MURID TARIKH:
PdP 1: TABUNG HARIMAU KELAS :

MATA PELAJARAN: MATEMATIK

TAJUK: WANG
.........................

NAMA: ...................................................................
..........................

Nama ahli kumpulan:
(1) (3) (5)
(2) (4) (6)

Objektif Pembelajaran:

Murid dapat:

1. Mengetahui tentang isu pemuliharaan harimau di Malaysia.
2. Merancang perbelanjaan wang secara berhemah.
3. Mempersembahkan maklumat dalam pelbagai perwakilan data.
4. Mereka cipta Tabung Harimau.
5. Menghargai alam sekitar.

A. Pencarian Fakta

STATISTIK
BILANGAN HARIMAU DARI TAHUN 2012 HINGGA 2016

Tahun Bilangan Harimau
2012 350
2013 250
2014 250
2015 200
2016 150

25

Jadual 1

Berdasarkan Statistik Bilangan Harimau, selesaikan tugasan berikut:
1. Bina piktograf dan carta palang bagi mewakili data dalam Jadual 1.

Tahun PIKTOGRAF
Bilangan Harimau

2012

2013

2014

2015

2016

mewakili 50 ekor harimau

CARTA PALANG
BILANGAN HARIMAU DARI TAHUN 2012 HINGGA 2016

Bilangan

Tahun
26

2. Berapakah perbezaan anggaran bilangan harimau daripada tahun 2016
berbanding tahun 2012? Tunjukkan jalan kerja.

3. Pada pendapat kamu, apakah corak yang dapat dilihat daripada jadual di atas?
Terangkan.

4. Pada pendapat kamu, berapakah anggaran bilangan Harimau pada tahun 2017
sekiranya tiada kesedaran mengenai kepupusan harimau ini? Terangkan.

27

B. PerluTahu/Isu pembelajaran

Berdasarkan fakta yang dikemukakan, apakah isu lain dan pengetahuan yang perlu
anda tahu bagi membolehkan anda menyelesaikan tugasan?

Bil. Isu dan Pengetahuan Yang Anda Perlu tahu
1.
2.
3.
4.
5.

28

C. Pelan Tindakan

1. Berdasarkan isu dan pengetahuan yang telah disenaraikan, draf pelan tindakan
untuk menangani isu-isu pembelajaran yang dikenal pasti termasuk sumber dan
bahan yang diperlukan.

Langkah Tindakan Bahan/Sumber
1.
2.
3.

2. Dengan berpandukan maklumat risalah harga dan carta palang yang dibekalkan
di bawah, lengkapkan jadual berikut.

ITEM KEDAI A (RM) KEDAI B (RM) KEDAI C (RM)

1. Gam

2. Gunting

3. Pita pelekat

4. Warna air

5. Kertas warna

6. Pen marker
JUMLAH HARGA
BARANGAN
KOS PERJALANAN
JUMLAH HARGA
BARANGAN + KOS
PERJALANAN

*Gunakan helaian risalah harga pada Lampiran D - 1

29

3. Kedai yang manakah menawarkan harga paling rendah?
_________________________________________________________________

4. Kos perjalanan ke kedai manakah yang paling rendah?
_________________________________________________________________

5. Jika jarak perjalanan ke Kedai B lebih dekat dari rumah anda berbanding
Kedai A, bagaimanakah anda membuat keputusan untuk berbelanja
barangan keperluan projek ini?

_________________________________________________________________

6. Nyatakan pilihan kedai kumpulan anda dan sebab pemilihan kedai tersebut.

Kedai Pilihan Sebab pemilihan

30

Lampiran D - 1

KEDAI A

RM2.50 RM1.50 RM1.20

RM1.50 RM5.00 50 sen

RM1.00 RM1.50 RM3.00

31

KEDAI B

RM2.00 RM1.50 RM1.00

RM1.50 RM4.00 60 sen

RM1.00 RM1.20 RM3.00

32

KEDAI C

RM2.30 RM2.50 RM1.20

RM1.40 RM6.00 70 sen

90 sen RM1.50 RM3.00

33

D. Penyelesaian yang dicadangkan

1. Melalui sumbang saran, lakarkan satu bentuk Tabung Harimau. Labelkan lakaran
yang dihasilkan.

2. Nyatakan bahan-bahan yang dipilih dan senaraikan bilangan keperluannya dalam
menghasilkan satu Tabung Harimau.

Bil Bahan Bilangan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

E. Penghasilan Produk
1. Hasilkan Tabung Harimau berdasarkan bahan-bahan yang dicadangkan.
2. Sediakan pembentangan (menggunakan ICT) untuk menjelaskan pemilihan
bahan-bahan untuk menghasilkan Tabung Harimau.

34

Lampiran E - 1

Borang Penilaian Tabung Harimau dan Pembentangan
PdP 1: TABUNG HARIMAU

Kumpulan: ………………… Tarikh: ………………

Kategori 6 5 4321

Penyelesaian Menyelesaikan Menyelesaikan Menyelesaikan Menyelesaikan Menyelesaikan Menyatakan
Masalah masalah bukan masalah rutin masalah rutin masalah rutin masalah rutin langkah-langkah
yang melibatkan
rutin secara yang lebih yang lebih satu langkah yang diberi penyelesaian
kreatif dan kompleks dengan kompleks. pengiraan tanpa dengan masalah tanpa

inovatif menggunakan bimbingan. bimbingan. melakukan
pelbagai strategi. proses

penyelesaian.

Perwakilan Menggunakan Menggunakan Menggunakan Menjelaskan Menggunakan Menggunakan
perwakilan bagi pelbagai perwakilan bagi konsep dan perwakilan bagi perwakilan
menyelesaikan menyelesaikan menunjukkan dengan
masalah harian perwakilan bagi masalah harian prosedur bimbingan.
yang bukan rutin menyelesaikan matematik kefahaman
secara kreatif masalah harian yang rutin. matematik tanpa
yang rutin dengan dengan
dan inovatif. pelbagai strategi. menggunakan bimbingan.

perwakilan

Komunikasi Menjelaskan Menjelaskan idea Menjelaskan Menerangkan Menerangkan Menyatakan
idea matematik matematik secara idea matematik idea matematik idea matematik idea matematik
sistematik dengan
secara secara secara lisan secara lisan secara lisan
sistematik menggunakan sistematik atau penulisan atau penulisan atau penulisan
laras bahasa, menggunakan menggunakan menggunakan
dengan simbol matematik dengan
menggunakan atau perwakilan menggunakan simbol simbol simbol
laras bahasa, visual yang betul laras bahasa, matematik atau matematik atau matematik atau
bagi penyelesaian
simbol masalah yang simbol perwakilan perwakilan perwakilan
matematik atau matematik atau visual. visual. visual.
rutin.
perwakilan perwakilan
visual yang betul visual yang

bagi betul.
penyelesaian
masalah yang
bukan rutin
secara kreatif

SKOR

35

Kategori 6 5 4321

Pemilihan/ Bahan yang Bahan yang dipilih Bahan yang Bahan yang Bahan yang Bahan yang
Penyediaan dipilih amat sesuai dan dipilih sesuai dipilih sesuai dipilih kurang dipilih tidak
sesuai dengan dengan kos dengan tiada dengan melebihi
Bahan kos minima. maksima. sesuai. sesuai.
kos. kos.

Kerja Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan Kumpulan tidak Kumpulan tidak
berfungsi berfungsi dengan berfungsi kurang berfungsi berfungsi berfungsi
dengan sangat baik. Sebahagian dengan baik.
baik. Semua ahli Sebahagian dengan baik. dengan baik. dengan baik.
mendengar, kecil ahli besar ahli Tidak semua Ramai ahli yang Semua ahli yang
berkongsi mendengar, mendengar, ahli mendengar, tidak memberi
pengetahuan berkongsi dan berkongsi dan berkongsi dan tidak memberi
dan menyokong menyokong usaha menyokong menyokong kerjasama. kerjasama.
usaha antara antara satu sama usaha antara usaha antara
satu sama lain. satu sama lain. satu sama lain.
lain.

Tahap Penguasaan Menguasai dan Menguasai dan Tahu dan faham Tahu dan faham Tahu dan faham Tahu
Keseluruhan mengaplikasi mengaplikasi pengetahuan pengetahuan pengetahuan pengetahuan
pengetahuan matematik bagi asas matematik.
dan kemahiran pengetahuan dan melakukan asas matematik asas matematik.
kemahiran langkah bagi melakukan
matematik
dalam matematik dalam pengiraan dalam operasi asas
menyelesaikan menyelesaikan matematik dan
menyelesaikan masalah harian masalah harian penukaran asas.
masalah harian yang rutin dengan
yang bukan rutin pelbagai strategi. yang rutin.
secara kreatif

dan inovatif.

SKOR

36

Lampiran F - 1

UJIAN PASCA

PdP 1: TABUNG HARIMAU

MATA PELAJARAN: MATEMATIK

TAJUK: WANG TARIKH: .........................

NAMA: ................................................................... TAHUN: ..........................

Sila jawab semua soalan di ruang jawapan yang disediakan.

1. Ali hendak membina sebuah Tabung Harimau. Dia perlu membeli beberapa
barangan untuk membina tabung tersebut. Barangan yang dibeli di Kedai A
bernilai RM5.50, RM3.35 dan RM4.45 manakala barangan yang sama jenis
dibeli di Kedai bernilai RM5.20, RM4.40 dan RM 5.55. Kedai manakah yang lebih
murah ? Tunjukkan langkah pengiraan anda.

AC

500 m
200 m

B 350 m
2. Ali pergi keRuKmeadhaiACli dengan menaiki basikal. Dia melalui Kedai A dan Kedai B

sebelum sampai ke Kedai C. Berapakah jumlah jarak yang dilalui oleh Ali dari
rumah ke Kedai C, dalam km?

37

3. Rajah di bawah menunjukkan cara murid ke sekolah. Berdasarkan data,
lengkapkan jadual di bawah.

Haiwan Yang Hampir Pupus

Haiwan Yang Hampir Pupus

Jenis haiwan Harimau Singa Gajah Tapir Beruang Orang
Bilangan Utan

38


Click to View FlipBook Version