TEMPAT MENARIK 1. Street Art, Kota Bharu
DI
KELANTAN DARUL NAIM
Negeri Cik Siti Wan Kembang ini agak seronok untuk dilawati, lebih-lebih lagi kalau anda sudah sebati dengan Sumber: Street Art Kelantan
suasana kota, mana nak cari keindahan panorama alam semulajadi kalau bukan di kawasan kampung? Memasuki lorong yang diceriakan dengan Street Art yang terletak di Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, anda
bakal ‘dikejutkan’ dengan betapa kreatifnya mural yang dihasilkan di sini.
Sekiranya anda sekeluarga ke negeri ini, dapatlah merasa suasana kehidupan masyarakat kampung yang agak
simple dan agak rapat antara satu sama lain, satu suasana yang menyenangkan. Antara tema yang dapat diselami apabila memandang hasil lukisan ini adalah ‘impian’ dan ‘kebahagiaan’. Antara
lukisan yang menggambarkan perasaan ini adalah mural belon berwarna-warni yang berterbangan bebas di awan
Kalau anda datang ke Kelantan mesti anda akan tertarik dengan keramahan rakyat negerinya, dialek Kelantan itu tinggi, motif bunga dan banyak lagi.
sendiri agak sedap didengar di telinga. Nak kenal dengan lebih ramai ‘oghe Kelate’?
Di beberapa sudut juga terdapat lukisan yang menyampaikan mesej berkaitan isu yang berlaku di negara-negara
Apa kata kalau anda menghabiskan masa percutian anda dengan melawat negeri ini? Boleh tahan banyak juga lain. Namun begitu yang paling menarik sekali adalah mural bentangan permaidani di atas lantai lorong Street Art
tempat yang menarik di Kelantan ni. Di sini kami senaraikan 51 tempat menarik di Kelantan yang pasti rugi ini. Memang unik dan menarik untuk dijadikan lokasi berfotografi.
sekiranya anda tak lawati semasa berada di sini.
Alamat : Jalan Dato Pati, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
2. Pasar Terapung Pulau Suri 3. Min House Camp
Sumber: Floating Market Pantai SURI Sumber: Min House Camp
Tidak perlu ke Thailand, anda boleh merasai pengalaman membeli-belah sambil dikelilingi oleh perairan di Pasar Hanyalah beberapa km dari bandar Kota Bharu, Min House Camp menawarkan pengalaman yang mustahil dapat
Terapung Pulau Suri yang baru sahaja dibuka pada 17 September 2016. dilenyapkan dari ingatan. Dikelilingi oleh alam semula jadi seperti sungai yang mengalir tenang dan pokok-pokok
yang menghijau, suasana di sekitar Min House Camp ini cukup menyegarkan jiwa.
Untuk menuju ke kawasan pasar terapung ini, bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan bot yang disediakan
adalah antara RM3 ke RM10 mengikut jenis bot yang ditawarkan di Jeti Kuala Besar. Rimba hijau yang menjadi tapak lokasi Min House Camp ini adalah habitat kepada lebih daripada 40 spesies
burung, 20 spesies rama-rama dan banyak lagi spesies haiwan yang lain menjadikan ia antara destinasi yang
Berlokasi di Kampung Pulau Suri, sambil membeli-belah pelbagai juadah tradisional yang diniagakan di atas menarik untuk anda luangkan waktu bagi meneroka kekayaan flora dan faunanya. Bersesuaian dengan atmosfera
sampan dan bot, anda turut dapat menikmati panorama indah di sekitar yang sungguh mendamaikan jiwa. yang penuh kehijauan, penginapan-penginapan dan kemudahan yang ditawarkan di camp ini juga hampir
keseluruhannya adalah berasaskan buluh dan kayu.
Setelah puas beristirahat, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan seperti menyelusuri
sungai untuk melihat kelip-kelip, berkayak, mempelajari ilmu pertanian organik, memancing, melawat mini
petting zoo dan sebagainya.
Alamat: Pulau Suri, Tumpat, Kelantan Selain ini semua, anda juga boleh mengikuti pelbagai aktiviti kebudayaan lain seperti kelas pembuatan kraftangn,
kelas memasak, permainan tradisional dan juga melihat pertunjukkan wayang kulit dan dikir barat.
Sebelum melabuhkan badan di malam hari, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pemandangan matahari 5. Galeri Wau Pak Sapie and Sons
terbenam dan juga keindahan bulan yang cukup memukau pada waktu malam. Nak update status di Insta
berkaitan pengembaraan di sini? Jangan risau, guna sahaja wifi percuma yang disediakan.
Lebih sebab kenapa anda patut bercuti di sini kerana ia juga adalah sebuah tarikan yang mesra OKU (sekiranya
diperlukan). Banyak fasiliti yang mudah diakses dengan menggunakan kerusi roda.
Alamat : Min House Camp, Lot 1287, Kampung Pulau, 16150 Kota Bharu, Kelantan
4. Pantai Nami Bachok (Pantai Senok)
Sumber: Fakhrul Al Faqih
Tak ubah seperti keindahan lanskap di Kepulauan
Nami, Korea seperti yang dipaparkan dalam filem
terkenal Winter Sonata di mana pokok-pokok
tumbuh dengan tinggi dan tersusun, Pantai Senok
yang terletak di Kelantan ini diberi gelaran
sebagai Pantai Nami Bachok.
Pantai indah ini menawarkan pemandangan unik Sumber: Galeri Wau
yang dapat membuatkan anda berasa seolah-olah Salah satu pengalaman yang tidak patut dilepaskan adalah untuk mengenali budaya sesebuah destinasi yang
berada di dalam dunia lain. Pokok-pokok ru yang dilawati. Untuk tujuan ini, antara aktiviti yang boleh anda rancang untuk lakukan sekiranya bercuti di Kota Bharu
tersusun indah, ditemani pula dengan angin yang adalah melawat Galeri Wau Pak Sapie and Sons. Di sini, anda dapat mengetahui banyak perkara menarik tentang
sentiasa bertiupan dari kawasan pantai, salah satu daripada permainan tradisional yang terkenal di pantai timur iaitu wau bulan.
ketenteraman yang dapat dinikmati di sini tidak
dapat diungkapkan dengan kata-kata. Tak rugi Kalau anda nak tahu, pemilik galeri ini iaitu Pak Sapie telah diiktiraf sebagai Adiguru Kraf Wau oleh kerana
sekiranya anda meluangkan masa untuk melawat kepakaran beliau dalam menghasilkan wau tradisional. Pak Sapie telah mempelajari teknik-teknik pembuatan
Pantai Nami Bacho atau Pantai Senok semasa bercuti di Kota Bharu nanti. wau tradisional daripada ayah beliau sendiri yang merupakan salah seorang pakar wau di Kota Bharu, Kelantan.
Sekadar perkongsian sebelum anda merancang untuk ke sini, waktu yang terbaik untuk melawat adalah antara Selain dapat menimba pengetahuan berkaitan wau yang akan dikongsikan sendiri oleh Pak Sapie, anda juga boleh
bulan April sehingga September untuk mengelakkan hari hujan yang kebiasaannya berlaku antara bulan membeli wau yang dipamerkan di galeri.
November hingga Februari.
Alamat : Galeri Wau Pak Sapie, Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan
Alamat: 16020 Kota Bharu, Kelantan
6. Masjid Sultan Ismail Petra 7. Camp Site & Recreation Telaga Bijih
Sumber: Zulfadli Bekam TV Sumber: Telaga Bijih Camp Site & Recreation
Masjid terbesar di negeri Kelantan, Masjid Sultan Ismail Petra adalah sebuah masjid indah yang dinamakan Camp Site & Recreation Telaga Bijih adalah sebuah kawasan tanah persendirian yang diusahakan sebagai tarikan
sempena nama Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang telah merasmikan ramai untuk berkelah atau berkhemah pada musim cuti.
masjid ini pada tahun 1992.
Tarikan ini lengkap dengan tapat perkhemahan yang luas sehingga mampu memuatkan 500 orang pada satu-satu
Masjid dengan gaya seni bina timur tengah ini bercat putih, dan dilengkapi dengan tingkap kaca yang besar pada masa, dewan yang luas (lengkap dengan sistem audio), tandas awam, chalet, dewan memasak, padang arena,
bahagian atas dinding untuk membenarkan cahaya semula jadi dari luar melimpahi ruang dalam masjid. kolam mandian dan sebagainya.
Limpahan cahaya dari luar ini menaikkan lagi seri keindahan masjid untuk memberikan ketenangan jiwa kepada
yang datang bagi mengimarahkan masjid. Untuk memasuki kawasan rekreasi ini tiada sebarang caj yang dikenakan namun anda hanya perlu membayar
RM3 untuk tiket parking dan sekiranya ingin menggunakan kemudahan wakaf yang disediakan untuk bersantai
Mengenai kemudahan yang disediakan, masjid ini lengkap dengan ruang parking yang luas, ruang solat yang dengan lebih selesa bersama keluarga, caj yang dikenakan hanyalah serendah RM5.
berpendingin hawa dan sebagainya.
Alamat ; 30km dari Bandar Tanah Merah dan 10km dari kawasan Bebas Cukai Bukit Bunga, Kampong
Alamat : Jalan Kubang Kerian, 16150, Kota Bharu, Kelantan Tanah Merah, Kelantan
8. Kedai Kopi White House 9. Air Terjun Jelawang
Sumber: Kedai Kopi White House Sumber: Kecek Kelate Boh
Dah puas berjalan, tiba-tiba tekak kehausan dan perut menggerodak lapar? Mai legakan tekak dan perut di Kedai Air Terjun Jelawang adalah sebuah kawasan air terjun dengan beberapa tingkat yang merupakan antara kawasan
Kopi White House. Kedai kopi klasik ini mula ditubuhkan dari sebelum merdeka iaitu dari tahun 1935 lagi! air terjun yang tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara. Sebahagian air terjun ini terlindung daripada pandangan
Namun ini bukanlah kawasan asal dari awal pembukaan kedai, kerana ianya telah berpindah ke lokasi sekarang mata melainkan anda mendaki ke atas.
pada tahun 1980. Ingin merasakan suasana klasik yang sebenar semasa bercuti di Kota Bharu, singgah sahaja ke
Kedai Kopi White House ini, atmosferanya cukup menarik. Bagi sesiapa yang berjiwa lama tu, anda pasti tak Namun begitu, pendakian boleh menjadi agak licin dan penuh dengan cabaran semak-samun, oleh itu, cara yang
akan dapat melupakan pengalaman bersantapan di sini. terbaik adalah untuk mendapatkan pemandu arah daripada Pejabat Taman. Jangan lupa! Dapatkan permit terlebih
dahulu.
Kalau dah melawat kedai makan tu, mesti nak tahu apa hidangan signaturenya kan? Sebagai kedai kopi, salah
satu menu wajib cuba sudah semestinya kopinya sendiri yang dihasilkan dengan menggunakan resepi rahsia Memulakan pendakian, anda perlu menempuh perjalanan dalam sekitar 2 km atau 3 jam sebelum tiba ke Kem
turun-temurun. Tak cukup secawan! Selain kopi, anda juga patut mencuba roti bakarnya yang boleh dinikmati Baha. Anda boleh memilih untuk bermalam di sini sebelum meneruskan perjalanan ke kawasan air terjun ketika
sama ada dengan telur separuh masak, butter, kaya atau sebagainya. Lokasinya, terletak tidak jauh dari Pasar Siti matahari mula terbit.
Khadijah dan Istana Jahar. Dah makan nanti barulah seronok nak teruskan penerokaan sekitar bandar yang padat
dengan peninggalan lampau dan keindahan lanskapnya ni. Setibanya di kawasan air terjun, terdapat sebuah jambatan gantung yang boleh anda lalui dan bergambar sepuas
hati dengan pemandangan air terjun sebagai latar belakang.
Alamat : 1329-L, Jalan Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan Alamat : Kampung Pulau Gajah, Pulau Gajah, 16100 Kota Bharu, Kelantan
10. Masjid Ar-Rahman 11. Bazar Tok Guru
Sumber: Zafrani Arifin Sumber: Bazar Tok Guru Kelantan
Salah satu perkara yang menyeronokkan sewaktu bercuti adalah apabila dapat melihat keindahan seni bina Sebagai negeri yang terkenal dengan perniagaannya ini, sudah semestinya banyak lokasi membeli-belah untuk
destinasi yang dilawati, terutama sekali bangunan yang dihasilkan dengan penuh ketelitian. Kalau di Kelantan, anda lawati. Tahukah anda, selain Pasar Siti Khadijah, pusat membeli-belah lain yang terkenal dan dikatakan
salah satu bangunan yang terindah untuk disaksikan di depan mata adalah Masjid Ar-Rahman yang terletak di paling luas di Kelantan adalah Bazar Tok Guru?
Pulau Gajah.
Di dalam bazar yang dibuka pada tahun 2011 ini anda boleh menemui sehingga lebih daripada 400 buah lot
Masjid yang didirikan di atas tanah wakaf ini adalah sebuah masjid yang dibina dengan menggunakan bahan yang kedai yang menempatkan pelbagai jenis produk yang merambangkan mata kaum wanita seperti kain ela,
kukuh seperti kayu jati dan cengal dengan gabungan seni bina nusantara Indonesia, Turki, Yemen dan Melayu telekung, baju kurung, tudung dan sebagainya.
Kelantan sendiri.
Bukan sekadar menawarkan banyak pilihan, bazar ini turut lengkap dengan pelbagai prasarana penting yang
Jika dilihat dengan terperinci, anda dapat melihat ukiran ayat al-Quran pada kayu yang terletak di bahagian atas menjadikan ianya mesra pengunjung seperti kaunter ATM, lif, medan selera, tempat meletak kereta, perhentian
masjid. Perhiasan dalamannya juga banyak diimport daripada luar negara seperti batang pokok tamar dari Timur bas / teksi, surau dan kaunter penerangan pelancongan.
Tengah yang menghiasi ruang mimbar.
Tidak cukup dengan kehalusan seni binaan luar dan dalamnya, masjid ini turut dikelilingi oleh tasik indah yang Alamat : Jalan Sultan Ibrahim, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
membuatkan ia kelihatan seolah-olah terapung. Untuk menuju ke sini, anda perlu melalui jalan kampung
berdekatan dengan kawasan pantai.
Alamat
12. Rumah Api Pantai Senok 13. Zon Bebas Cukai Rantau Panjang
Sumber: Msr Steamboat Pantai Senok Sumber: Beautiful Life & Nature
Ingin menikmati ketenangan yang tidak berbelah bahgi? Datanglah ke Rumah Api Pantai Senok. Dari sini, anda Tiada yang lebih menyeronokkan daripada bershopping dalam harga murah yang bukan kepalang! Di Zon Bebas
dapat menyaksikan suasana penuh ketenangan lautan biru yang terbentang luas di samping pemandangan nelayan Cukai Rantau Panjang, anda boleh menemui bermacam barangan seperti pinggan mangkuk, pakaian sukan,
yang pulang dari menangkap ikan. aksesori, tudung, toto, kasut, permainan kanak-kanak dan sebagainya.
Panorama ini disempurnakan lagi dengan cahaya indah ketika mentari mula terbenam. Jangan melepaskan Disebabkan jualan murah dan barangan yang tak terkira banyaknya ini, Rantau Panjang menjadi antara destinasi
peluang untuk merakamkan saat-saat ini melalui lensa kamera anda! yang paling sibuk di Kelantan dengan waktu kemuncak antara 11 pagi ke 4 petang.
Sambil menikmati ketenangan di sekitar kawasan pantai, anda juga boleh melakukan aktiviti seperti berbbq atau Dah puas bershopping, bolehlah singgah ke mana-mana kedai makan yang berselerak di sekitar. Dari masakan
bercamping di tepian pantai ataupun di bawah pokok rhu. tempatan hinggalah Thailand, anda pasti tak akan kecewa.
Alamat : 16020 Kota Bharu, Kelantan Alamat: Jalan Hilir Pasar, Kampung Rantau Panjang, 17200, Rantau Panjang, Kelantan
14. Masjid Kampung Laut 15. Pasar Besar Siti Aishah Jelawat
Sumber: Pasar Besar Siti Aisyah, Jelawat
Sekiranya anda makan angin di sekitar Bachok, jangan lupa untuk singgah ke Pasar Besar Siti Aishah Jelawat. Di
sini, anda boleh membeli bermacam jenis makanan laut, buah-buahan, sayuran segar dan sebagainya dalam harga
yang cukup berpatutan jika dibezakan dengan pasar basah lain di Kelantan.
Sumber: Jewels Hotel Dah puas membeli, anda boleh memilih mana-mana gerai makan yang menjual aneka juadah menyelerakan untuk
Tercari-cari masjid yang kaya dengan nilai sejarahnya sendiri? Mai singgah ke Masjid Kampung Laut yang menghilangkan lapar dan memuaskan deria rasa.
terletak di Nilam Puri.
Dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku, masjid ini pada asalnya dibina pada sekitar tahun 1730-an oleh Alamat : Jelawat, 16070 Bachok, Kelantan
sekumpulan mubaligh. Namun begitu, masjid ini telah dialihkan daripada kedudukan asalnya iaitu di Kampung
Laut, Tumpat setelah berlakunya banjir besar yang mengakibatkan kerosakan.
Kerosakan ini walau bagaimanapun tidak memberikan kesan kepada struktur asal bangunan yang masih kekal asli.
Pada akhir abad ke-19, masjid ini telah diperbesarkan dengan tambahan sebanyak 20 batang tiang untuk
mengukuhkan struktur.
Alamat : Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan
16. Gunung Stong 17. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Sumber: Gunung Stong Kelantan Sumber: Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Gunung Stong adalah sebuah tarikan alam yang menjadi pilihan ramai pencinta aktiviti mendaki kerana cabaran Tidak cukup lagi bershopping sakan di Zon Bebas Cukai Rantau Panjang? Jangan risau, tempat shopping di
yang ditawarkannya di samping kekayaan flora dan fauna. Bukan itu sahaja, di sini jugalah terletaknya salah Kelantan ni macam tiada penghujungnya. Lokasi seterusnya untuk anda menipiskan poket adalah di Kawasan
sebuah air terjun bertingkat yang terkenal di Kelantan iaitu Air Terjun Jelawang. Bebas Cukai Pengkalan Kubor.
Di sini, anda boleh membeli pelbagai jenis barangan dalam harga murah seperti periuk belanga, tilam, coklat,
pakaian, jersi, handbag replika dan macam-macam lagi.
Kedudukan puncaknya juga cukup tinggi sehingga mencecah 1422 meter. Mustahil untuk tiba ke kemuncak tanpa Jangan lupa survey habis-habisan sebelum membeli, dan semasa membeli, wajib nego! Kalau anda pandai kecek
rasa lelah, pendaki digalakkan untuk bermalam di Kem Baha yang terletak pada ketinggian 466 meter, dalam Kelate, bertambah senanglah nak dapat harga murah.
sekitar 2 jam perjalanan dari tempat meletak kereta. Untuk menuju ke puncaknya, masa yang diambil dari Kem
Baha adalah dalam sekitar 3 jam. Tiba di kawasan puncak, anda dapat menyaksikan pemandangan laut China Lokasinya, hanyalah dalam sektiar 6 km dari Pantai Sri Tujoh dan berdekatan dengan sempadan negara Thailand.
Selatan serta kepulan awan yang mendinginkan suasana.
Alamat : Gunung Stong, Dabong, Kelantan Alamat : Tumpat, 16080, Kelantan
18. Bazar Buluh Kubu 19. Air Terjun Jeram Linang
Bazar Buluh Kubu adalah sebuah tarikan membeli-belah yang terletak di dalam sebuah bangunan lama. Nampak
tidak bermaya, namun jangan terkejut, pilihan kedai dan barangan di dalamnya cukup melampau banyaknya. Dari
jualan kain ela, pakaian siap seperti baju batik dan baju kelawar, kain songket, kraftangan Kelantan dan
sebagainya, anda tidak akan kecewa dengan pilihan yang ada.
Untuk menuju ke sini, anda perlu melalui jalan di sebelah Parkson dari arah yang bertentangan dengan Pasar Siti
Khadijah dan lalu bangunan yang berbentuk kubah di mana anda dapat melihat kemeriahan suasana berjual-beli
bazar ini.
Alamat : Jalan Buluh Kubu, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan Sumber: Muhammad Hanzalah
Air Terjun Jeram Linang adalah kawasan air terjun yang paling awal dibangunkan oleh kerajaan Negeri Kelantan.
Cukup sempurna untuk dilawati bersama keluarga kerana segala kemudahan sudah disediakan, antaranya adalah
surau, ruang rehat, tandas awam, restoran dan tempat meletak kereta. Untuk aktiviti pula, kawasan perkhemahan
turut disediakan. Waktu yang terbaik untuk anda melawati kawasan air terjun ini adalah dari bulan April hingga
September ketika cuaca cerah tanpa hujan.
Alamat : Lata Jeram Linang, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
20. Jeram Pasu 21. Kolam Air Panas Tok Bok
Sumber: Air Terjun Jeram Pasu Sumber: Kolam Air Panas Tok Bok
Terletak dalam sekitar 16 km dari Bandar Pasir Puteh, Jeram Pasu adalah tarikan alam yang agak terkenal dalam Nikmati terapi alam semula jadi di Kolam Air Panas Tok Bok yang terletak di Kampung Rengas. Tanpa perlu
kalangan penduduk setempat kerana keindahannya dan juga kemudahan yang disediakan. mengeluarkan sebarang bayaran, anda boleh berendam badan di dalam kolam yang disediakan dan membiarkan
kulit menyerap segala khasiat yang dimiliki sambil menikmati pemandangan bukit-bukau yang mendamaikan
Antara fasiliti yang ada adalah seperti surau, tempat meletak kereta, ruangan rehat, tandas awam, gerai dan jiwa.
restoran untuk menjamu selera serta kolam mandian.
Untuk pengetahuan anda, air kolam air panas ini dapat memberi kebaikan kepada kesihatan kulit dan membantu
Untuk beraktiviti, anda boleh menggunakan trek hutan yang disediakan. Dah sampai di kawasan air terjun, anda melancarkan peredaran darah.
sekeluarga boleh terus terjun ke dalam kolam-kolam buatan atau menaiki gelongsor-gelongsor yang ada untuk
menikmati keseronokan luar biasa. Yang menariknya lagi, destinasi ini menawarkan dua buah kolam berbeza yang mengasingkan lelaki dan wanita
untuk memberikan keselesaan optimum. Kemudahan lain yang disediakan adalah tempat persalinan pakaian dan
Alamat : Jeram Pasu, 16800, Pasir Puteh, Kelantan juga tandas.
Setelah puas merasai kesegaran air panas, sebelum pulang, anda boleh menikmati makanan yang dijual di gerai
kecil yang dibuka di sekitar.
Alamat : Kampung Rengas, Labok, 18500, Machang, Kelantan
22. Muzium Wau 23. Taman Perbandaran Tengku Anis
Sumber: Musium Wau Kelantan Sumber: Taman Perbandaran Tengku Anis Kota Bharu
Bila singgah ke Muzium Wau, baru anda tahu sebenarnya wau ini bukan hanya wujud di negeri-negeri pantai Taman Perbandaran Tengku Anis adalah sebuah tarikan yang terletak hanya 3 km dari bandar Kota Bharu dan
timur, tapi hampir seluruh negeri di Malaysia dan masing-masing memiliki keunikan yang tersendiri. Antara jenis berhadapan dengan Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara JKKN. Taman indah ini telah dibina
wau yang dapat dilihat dipamerkan di sini adalah Wau Kenyalang (Sarawak), Wau Puyuh (Kelantan), Wau Kikik sebagai tanda penghargaan kepada isteri kepada Sultan Ismail Petra (KDYMM Sultan Kelantan ke-28) iaitu
(Melaka), Wau Seri Bulan (Perak), Wau Helang (Perlis dan Terengganu) dan banyak lagi. Turut dapat dilihat Tengku Anis yang telah banyak melakukan kerja amal demi kebajikan rakyat jelata negeri Kelantan.
dipamerkan di sini adalah wau yang didatangkan dari negara lain seperti Kemboja, Jepun dan Thailand. Kalau
bernasib baik, anda mungkin berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi pembuatan wau daripada pembuat wau Antara fasiliti yang terdapat di dalam taman ini adalah trek jogging, taman permainan kanak-kanak, peralatan
yang mahir. senaman, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola tampar dan menara tinjau. Sudah puas berjalan di sekitar
taman, anda sekeluarga juga boleh berseronok di dalam taman tema airnya yang hanya mengenakan caj sebanyak
RM1.
Alamat : Pantai Sri Tujoh, 16200, Tumpat, Kelantan Alamat : Taman Perbandaran Tengku Anis, 15400 Kota Bharu, Kelantan
24. Jeram Mak Nenek / Jeram Mengaji 25. Sungai Kenerong Dabong
Sumber: Muhammad Zzulkhibrie
Sungai Kenerong Dabong adalah sebuah tarikan yang sungguh nyaman ditambah lagi dengan kedudukannya yang
berdekatan dengan pusat tahfiz iaitu Madrasah Tarbiah al-Aulad, mana tak sejuknya kan?
Sambil merasai suasana nyaman di kawasan air sungai yang jernih, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti
menarik seperti water tubing, berakit atau berkayak.
Sumber: Napi Wan Ali Jika sehari masih tidak cukup untuk menghirup oksigen segar di sini, anda boleh bermalam di tapak perkhemahan
Jeram Mak Nenek atau nama lainnya Jeram Mengaji adalah sebuah tarikan yang menjadi pilihan ramai penduduk yang disediakan. Bukan sekadar sebatang sungai, cukup banyak tarikan lain yang boleh anda terokai seperti
setempat untuk meluangkan hujung minggu dengan aktiviti perkelahan atau mandi-manda. Sebab lain yang pendakian sehingga ke puncak Gunung Stong, memasuki kawasan gua-gua yang terdapat di sini dan banyak lagi.
menjadikan jeram ini popular adalah kerana kedalaman airnya yang selamat untuk digunakan kanak-kanak. Kalau
bernasib baik, anda mungkin dapat berenang bersama-sama ikan yang ada di dalam sungai. Sebagai tarikan yang Alamat : Kampung Jelawang, 18200, Dabong, Kelantan
terkenal, pelbagai kemudahan disediakan untuk keselesaan pengunjung seperti tempat duduk, tapak perkhemahan
dan banyak lagi.
Alamat : Selising, Pasir Puteh, 16800, Kelantan
26. Pantai Melawi 27. Gua Ikan (Kompleks Gua)
Sumber: pantai melawi
Pantai Melawi adalah salah satu destinasi di mana anda dapat menikmati panorama terindah di saat matahari
terbenam di Bachok. Bukan itu sahaja, anda turut dapat menyaksikan keindahan ini dalam suasana penuh
ketenangan memandangkan ianya agak kurang dijejaki orang ramai.
Setelah puas menikmati kedamaian di kawasan pantai, anda boleh makan angin di kawasan perkampungan di Sumber: Gan Kean Heng
sekitarnya yang juga aman dari kehadiran pengunjung. Gua Ikan adalah nama kepada salah satu gua yang terdapat di kompleks gua Bukit Batu Kapur. Gua ini dikatakan
mendapat namanya disebabkan oleh kehadiran ikan di dalam air yang mengalir di dalam gua. Namun, ada juga
Lokasinya, terletak berdekatan dengan Tok Bali dan hanyalah dalam sekitar 45 minit pemanduan dari Kota Bharu. teori lain yang mengatakan nama gua tersebut adalah disebabkan oleh bentuk bukit ini sendiri yang kelihatan
seakan-akan seekor ikan.
Alamat : Pantai Melawi, Bachok, Kelantan Untuk meneroka gua-gua yang terdapat di sini, anda dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat pemandu arah
yang ditawarkan di sini atau mungkin juga daripada Gunung Stong.
Alamat : Kuala Gris, 18200, Dabong, Kelantan
28. Taman Air Splash 29. Masjid Brunei (Masjid Terapung Pasir Mas)
Sumber: Taman Indra Petra Sumber: Muhammad R Ibrahim
Taman Air Splash terletak di dalam lokasi yang agak tersembunyi dari pandangan ramai walaupun berada di Masjid Brunei yang turut digelar sebagai Masjid Terapung Pasir Mas adalah sebuah masjid yang dibina pada
dalam bandar Kota Bharu, menjadikan ianya sebuah ‘hidden germ’ atau permata tersembunyi di Kelantan. tahun 1970-an sebagai lambang persahabatan antara bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhamed bin Nasir
dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada ketika itu.
Di dalam taman air ini terdapat 3 buah kolam yang berbeza tahap kedalamannya untuk memberi keselesaan
kepada semua pengunjung yang datang dalam pelbagai peringkat usia. Terletak di tepian Tasik Danau Tok Uban, pemandangan yang dapat disaksikan setibanya anda di sekitar kawasan
masjid ini sungguh mempesonakan. Keserian masjid ini ditambah lagi dengan seni binanya yang begitu indah
Sudah puas bermandi-manda, pasti rasa lapar punyakan? Untuk menghilangkan kelaparan, ada banyak pilihan dengan ilham daripada Asia Barat dan Melayu Brunei klasik serta warnanya yang putih bersih.
makanan yang boleh anda dapati dari medan selera taman air ini.
Alamat : Jalan Kampung Rong Chenok, Danau Tok Uban, 17040, Pasir Mas, Kelantan
Kemudahan lain yang disediakan adalah tandas awam, surau, taman permainan kanak-kanak dan juga tempat
meletak kereta.
Alamat : Jalan Kuala Krai, 15000, Kota Bharu, Kelantan
30. Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu 31. Menara Jam Tambatan Diraja
Sumber: pasar tani terapung pengkalan datu Sumber: MAYC Kelantan
Ya, bukan satu tapi ada dua buah pasar terapung di Kelantan, masih terfikir-fikir lagi nak bercuti ke Kelantan atau Menara Jam Tambatan Diraja adalah sebuah tarikan berketinggian 150 kaki yang dibuka kepada orang awam
tidak? Pasar terapung seterusnya ini adalah Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu. untuk menyaksikan pemandangan tanpa batasan di sekitar bandar Kota Bharu serta Sungai Kelantan.
Di sini, anda dapat menemui pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan dan makanan moden lain dalam harga Lokasinya, terletak berdakatan dengan Padang Merdeka yang boleh anda singgahi selepas puas menikmati
berpatutan. pemandangan untuk berekreasi bersama keluarga.
Sambil itu, anda turut dapat menikmati pemandangan mengasyikkan yang terbentang di depan mata iaitu sungai Alamat : Jalan Sultan, 15400, Kota Bharu, Bandar Kota Bharu, 15000, Kelantan
yang mengalir tenang serta suasana unik pasar terapung yang cukup menarik untuk dijadikan subjek foto.
Alamat : Pengkalan Datu, Pengkalan Chepa, 16150, Kota Bharu, Kelantan
32. Jambatan Keretapi Guillemard 33. Pantai Irama
Sumber: Syed Hamidi Sumber: Syafa Zalani
Jambatan yang diperbuat daripada besi, Jambatan Keretapi Guillemard adalah sebuah jambatan keretapi yang Pantai ini dianggap sebagai pantai yang tercantik di Kelantan kerana keindahan air lautnya yang jernih kebiruan.
terpanjang di Malaysia. Diberikan nama Pantai Irama kerana bunyi tiupan angin yang menenangkan jiwa yang dihasilkan pantai ini.
Dibina pada tahun 1920 dan siap pada bulan Julai 1924, jambatan ini merentasi Sungai Kelantan iaitu dari Paloh Untuk pengetahuan anda, pantai ini selalu dijadikan tempat keramaian untuk penduduk tempatan. Anda boleh
Rawa, Machang sehinggalah ke Kursial di Tanah Merah. bermain sukan air atau mengajak keluarga anda beramai-ramai untuk membuat bbq di sini.
Jambatan yang berkepanjangan 609.6 meter ini pernah hancur diletupkan oleh tentera British untuk menghalang Anda juga boleh singgah ke KFC yang terletak betul-betul di tepi Pantai Irama ini. Setiap malam Jumaat pula
kemaraan tentera Jepun. Namun, sebaik tamat Perang Dunia Kedua, jambatan ini diperbaiki dan dibuka semula terdapat pasar malam yang terletak di depan masjid berdekatan pantai untuk membeli makanan masyarakat
pada tahun 1948. tempatan ataupun kudapan untuk dimakan sambil menikmati pemandangan pantai.
Kenapa anda perlu datang ke sini? Alamat : Bachok, 16300, Kelantan
Bukan hanya kerana statusnya sebagai jambatan keretapi terpanjang di Malaysia, tapi juga kerana warna hitam
jambatan ini yang membangkitkan aura klasik, cukup menarik untuk dijadikan subjek atau latar belakang foto
anda.
Alamat : Jalan Kampung Kursial, 17500, Tanah Merah, Kelantan
34. Wakaf Che Yeh 35. Pantai Cahaya Bulan
Sumber: JeTunnel Sumber: Made By Azri
Ada dua konsep perniagaan di Wakaf Che Yah ni, pada waktu siang Wakaf Che Yah adalah pasar borong yang Sebuah lokasi pelancongan yang perlu dilawati sekiranya ke Kelantan. Sangat seronok untuk bersiar-siar bersama
menawarkan pelbagai barangan asas dan basah, bila menjelang malam pula, ia menjadi pasar malam yang penuh keluaga di waktu petang sambil menikmati pemandangan matahari terbenam.
dengan pelbagai jenis barangan terutama sekali pakaian seperti kain pasang dan tudung.
Lagi syok kalau anda melepak di pantai sambil menikmati jagung rebus yang banyak dijual sepanjang perjalanan
Barangan-barangan lain yang dijual di sini adalah seperti jersi bola sepak, jam tangan replika, tuala, kasut bundle, dari Kota Bharu ke pantai ini. Dah puas makan jagung, boleh rasa ‘colek’ atau air kelapa yang dijual di tepi pantai
toto dan banyak lagi. Hati-hati kalau datang ke sini, sedar tak sedar, boleh licin duit poket. pula, baru terasa nikmat bersantai di tepi pantai yang indah ni.
Alamat : Wakaf Che Yeh, 15150 Kota Bharu, Kelantan Anak-anak juga boleh bermain layang-layang yang turut dijual di sini. Kemudahan seperti surau dan tandas awam
tersedia untuk orang kegunaan orang ramai.
Alamat : Banggol, 15350 Kota Bharu, Kelantan
36. Muzium Adat Istiadat 37. Pantai Bisikan Bayu
Sumber: Shutdown S
Kalau teringin nak berkahwin dengan orang Kelantan, apa kata anda singgah ke sini dulu, sekurang-kurangnya umber: Ahmad Zainuddin
dapatlah anda tahu sedikit sebanyak tentang adat dan sejarah masyarakat Kelantan, baru sejuk hati ibu dan ayah Nama lain bagi pantai ini ialah Pantai Dalam Rhu, jarak antara pantai ini dari ibu negeri Kelantan, Kota Bharu
mertua, tak gitu? adalah dalam 50 km. Di sepanjang pantai ini terdapat pohon cemara yang apabila ditiup bayu pantai
menghasilkan bunyi yang menenangkan perasaan.
Muzium Adat Istiadat ini terletak di Istana Jahar yang siap dibina pada tahun 1887, ia juga merupakan tempat
bersemayamnya Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad ke IV (1920 – 1944). Memang syok untuk anda menikmatinya sendiri sambil minum air kelapa, nak berkelah atau berkhemah, buatlah
yang mana anda suka, yang penting anda dan keluarga dapat berseronok.
Di sini anda dapat melihat pameran adat DiRaja seperti adat pijak tanah, pertunangan, perkahwinan dan lain-lain.
Kalau anda berjalan sehingga ke bahagian belakang istana pula terdapat Balai Senjata yang mana anda dapat Untuk beraktiviti pula, kalau anda sukakan aktiviti ekstrem, pada musim-musim tertentu seperti musim Monsun
melihat senjata-senjata lama yang digunakan di Negeri Kelantan macam kelewang, badik, keris dan lembing. Utara-Timur pada bulan November-April, anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti meluncur angin.
Alamat : Jalan Sultan, Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan Alamat : Pasir Putih, Kelantan, 16800, Pasir Puteh, Kelantan
38. Muzium Negeri Kelantan 39. Pantai Sri Tujuh
Sumber: Muzium Negeri Kelantan Sumber: Kayrol Ridhwan
Bangunan muzium ini pada asalnya adalah pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu, namun pada 6 Ogos 1990, Dinamakan Sri Tujuh kerana pantai ini memiliki 7 buah teluk. Terletak berdekatan dengan Stesen Keretapi
bangunan ini telah dirasmikan sebagai Muzium Negeri Kelantan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Tumpat, sekiranya anda datang dari Kuala Lumpur, anda boleh menaiki kereta api dengan bayaran sebanyak
Kelantan. RM32.
Bahagian dalam muzium ini telah disusun atur yang mana bahagian pertama menunjukkan sejarah negeri Setibanya di sini nanti anda boleh menginap di resort terapung, Resort Sri Tujuh yang lengkap dengan pelbagai
Kelantan dari zaman dahulu sehingga ke zaman moden. Di bahagian yang seterusnya pula yang terletak di tingkat kemudahan seperti tempat bermain futsal, golf dan kolam mandi. Sebenarnya lebih baik mandi di kolam yang
atas terdapat pameran seni budaya Kelantan seperti makyong, wayang kulit, rebana ubi dan lain-lain. disediakan resort kerana ombak pantai ini agak kuat.
Antara aktiviti lain yang anda boleh lakukan sewaktu di pantai ini adalah seperti memancing ikan dan
berkhemah.Kalau anda nak bersantai di gerai-gerai makanan di tepi pantai ini pun seronok juga sambil
bertemankan bayu laut dan pemandangan indah.
Alamat : Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, Jalan Hospital, 15000, Kota Bharu, Kelantan Alamat : Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan
40 Muzium Diraja Istana Batu 41. Pantai Tok Bali
Sumber: Kecek Kelate Boh Sumber: Safuan
Dibina pada tahun 1939 oleh Sultan Ismail I untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya Yahya Petra sempena Asal-usul nama Tok Bali ini memiliki kisah di sebaliknya, sahih atau tidak, tak dapat dipastikan, tapi mengikut
perkahwinannya dengan Raja Perempuan Zainab II. Digunakan sebagai tempat bersemayan Sultan Yahya Petra kepercayaan ramai masyarakat setempat, nama Tok Bali ini berasal daripada nama seorang nelayan dari Bali yang
sehingga tahun 1960. terdampar di pesisiran pantai ini pada suatu ketika dahulu kerana perahunya karam. Nelayan itu tinggal di sini
buat beberapa tahun sebelum pulang ke negeri asalnya.
Muzium Diraja Istana Batu ini merupakan destinasi yang perlu dilawati untuk mempelajari lebih banyak lagi
tentang keluarga DiRaja negeri Kelantan dan bagaimana suasana di dalam istana yang pernah menjadi tempat Sekiranya anda datang ke destinasi menarik ini dari Kota Bharu, masa yang diambil adalah sekitar 45 minit.
kediaman kerabat DiRaja pada zaman dahulu. Pantai ini merupakan tempat di mana para nelayan menurunkan ikan, sotong dan udang yang segar hasil
tangkapan mereka.
Terletak tidak jauh dari muzium ini adalah Masjid Muhammadi Masjid Negeri dan Istana Balai Besar Kampung
Kraftangan. Untuk anda yang suka memancing, apa kata kalau anda menyewa bot persendirian sekiranya datang ke sini,
dapatlah anda rasa pengalaman memancing di tengah laut. Kalau tak berani nak ke tengah laut, berkelah di tepi
Alamat : Jalan Tengku Puteri, 15300, Kota Bharu, Kelantan pantai pun sudah memadai untuk menikmati keindahan pantai ini.
Alamat : Tok Bali, 16700, Pasir Puteh, Kelantan
42. Muzium Perang Bank Kerapu 43. Gelanggang Seni
Sumber: Kelantan Online Sumber: Kota Bharu Bandar Raya Islam
Dibina pada tahun 1912 dan menjadi bangunan memorial mulai tahun 1992. Bangunan memorial ini dipenuhi Terdapat pelbagai aktiviti budaya yangdipamerkan di Gelanggang ini seperti wayang kulit, pembuatan wau, silat,
dengan artifak dan gambar-gambar untuk memperingati Peperangan Dunia Kedua yang mana peperangan ini permainan gasing, Rebana dan lain-lain lagi.
telah memberi kesan yang besar kepada negeri Kelantan kerana di sinilah bermulanya Perang Dunia Kedua di
Tanah Melayu iaitu pada 8 Disember 1941 di Kuala Pak Amat Kota Bharu. Apalah gunanya kalau datang bercuti ke Kelantan tanpa melihat sendiri kekayaan budaya tradisional Kelantan ni.
Kalau anda nak tahu lebih lanjut lagi tentang butir-butir aktiviti yang dijalankan di Gelanggang Seni, anda boleh
Pada asalnya, bangunan ini digunakan sebagai bank perdagangan dan digelar Kerapu disebabkan keadaan mendapatkan maklumat dari pusat pelancongan.
dindingnya yang menggerutu. Namun, semasa kedatangan Jepun pada tahun 1941 sehingga 1945 bangunan ini
menjadi ibu pejabat kempetai Jepun dan selepas peperangan bangunan ini diubah menjadi bank semula. Alamat : Jalan Mahmood, 15200, Kota Bharu, Kelantan
Alamat : Jalan Pejabat Pos Lama, 15300, Kota Bharu, Kelantan
44. Muzium Islam 45. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail
Sumber: My Sutra Sumber: Islamic Art & Images
Muzium yang berbentuk seperti masjid ini terletak di ibu negeri Kelantan, Kota Bharu, muzium ini juga Nama lain bagi masjid ini adalah Masjid Beijing kerana senibinanya yang menyerupai masjid bersejarah, Masjid
berdekatan dengan lokasi bersejarah iaitu Bank Kerapu. Anda boleh membawa anak-anak ke sini untuk Niujie yang terletak di Beijing, China yang berusia lebih daripada 1000 tahun. Bumbung masjid ini berbentuk
mempelajari lebih banyak lagi tentang asal-usul agama Islam di tanah Kelantan. melengkung dan menaranya pula seperti memiliki serban yang dililit dengan unik.
Terdapat banyak dokumen-dokumen dan artifak-artifak yang bersejarah yang menjadi bukti pengaruh agama Dibina pada tahun 2005 dan dirasmikan pada tahun 2009. Mempunyai dua tingkat dengan tingkat yang pertama
Islam sehinggakan Kelantan mendapat gelaran sebagai Serambi Mekah. Di muzium ini anda dapat melihat untuk kegunaan awam seperti dewan makan, klinik, dewan serbaguna dan perpustakaan masjid. Tingkat yang
pameran tentang tokoh-tokoh agama Islam, mufti-mufti negeri ini, seni-seni Islam dan lain-lain lagi. kedua pula adalah ruangan sembahyang.
Alamat : Jalan Masjid, Kota Bharu, Kelantan Alamat : Jalan Kampung Rantau Panjang, 17200 Rantau Panjang, Kelantan
46. Masjid Muhammadi 47. Kota Sultan Ismail Petra
Sumber: Gukito Sumber: Makkos Adventures
Masjid yang begitu penting di Kelantan ini telah dibina pada tahun 1867 dengan hanya menggunakan kayu-kayu Kota ini adalah tempat tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan. Kalau tak ke sini, tak lengkaplah
yang terbaik namun diubah kepada konkrit pada tahun 1922. perjalanan anda di Kelantan, sebabnya, di sinilah terletaknya banyak sekali monumen-monumen yang bersejarah
seperti Istana Jahar, Bank Kerapu, Bank Pitis dan Istana Balai Besar. Anda boleh berjalan kaki di sekitar kota ini
Masjid Muhammadi ini dapat menampung 2400 orang jemaah pada satu-satu masa. Dianggap sebagai masjid untuk melawat kesemua lokasi-lokasi bersejarah di sini.
yang memainkan peranan yang sangat penting kerana di sinilah tempat di mana ramai ulama-ulama besar
Kelantan pernah mengajar seperti Haji Wan Ali Kutan, Tuan Taba dan Tok Kenali. Sebaik anda masuk ke Kota Sultan Ismail Petra, anda akan disambut oleh Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra
atau Menara Rehal yang menjadi lambang kemegahan ibu negeri Kelantan, Kota Bharu. Terdapat banyak lokasi
Kerana kemahsyuran masjid ini sebagai tempat penyebaran ilmu agama di Nusantara, Kelantan mula terkenal menarik untuk dilawati di sekitar Menara ini antaranya Padang Merdeka, Istana Balai Besar dan Bank Pitis.
sebagai Serambi Mekah.
Lokasi lain yang patut anda sekeluarga lawati juga kalau ke kota ini adalah seperti Muzium DiRaja, Masjid
Alamat : Jalan Sultanah Zainab, 15000, Kota Bharu, Kelantan Muhammadi dan Kampung Kraftangan.
Alamat : Bandar Kota Bharu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
48. Muzium Kraftangan 49. Lata Beringin
Sumber: Muhammad Anuarul Amin Hasan Sumber: Weeling Photography
Terletak di pusat bandar Kota Bharu, kalau anda datang melancong ke negeri ini, memang wajib untuk anda Sebuah air terjun yang sangat indah di Kelantan dengan ketinggian sebanyak 120 meter, ia merupakan salah satu
singgah ke muzium ini kerana di sini anda dapat melihat pelbagai jenis hasil tangan kreatif dan barangan daripada air terjun yang tertinggi di Kelantan.
tradisional Kelantan.
Antara aktiviti yang boleh anda sekeluarga lakukan sekiranya datang ke sini adalah seperti jungle trekking,
Barangan-barangan ini boleh dijadikan hiasan di rumah anda kalau anda ingin mewujudkan suasana klasik di berkhemah, memancing dan berkelah. Kalau anda yang sukakan fotografi juga, disyorkan untuk anda melawat air
mana-mana sudut rumah dengan barangan seperti songket, ukiran kayu, buluh, raga, anyaman rotan dan terjun ini kerana pemandangannya yang sangat menyejukkan mata.
bermacam lagi jenis cenderamata.
Alamat : Sungai Pas, Kuala Krai
Alamat : Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Off Jalan Belakang Istana, Kelantan, 15000 Kota Bharu
50. Taman Negara Kuala Koh 51. Pasar Siti Khadijah
Sumber: B.P Kash Sumber: Naim Fadil / CC BY-SA 2.0
Taman Negara Kuala Koh ini adalah yang terbesar di Malaysia dan meliputi 3 negeri, Pahang, Kelantan dan Siapa tak kenal pasar yang mahsyur di Kelantan ni, di sinilah syurga membeli-belah untuk wanita. Bermacam-
Terengganu dengan keluasan sebanyak 4343 kaki persegi. macam benda yang dijual di Pasar Siti Khadijah ini, dari barangan kraftangan, pakaian, barang kemas, alat solek,
barang sulaman, permainan dan macam-macam lagi, bukan setakat barangan, malahan makanan pun pelbagai
Hutan hujan tropika yang berusia lebih kurang 130 juta tahun ini dapat memberikan pengalaman penerokaan yang jenis seperti kuih-muih Kelantan, keropok, dodol, serunding, rempah ratus dan lain-lain.
sebenar. Di sini anda mungkin dapat menemui haiwan-haiwan liar dan sekiranya anda bernasib baik, mungkin
anda dapat melihat gajah yang berada di dalam hutan ini. Kalau nak membeli-belah di sini, anda akan mendapat harga yang special kalau membeli secara borong, bolehlah
beli untuk saudara-mara atau geng-geng pejabat, kalau nak murah lagi, anda boleh cuba untuk bertawar-menawar
Antara aktiviti lain selain jungle trekking, anda boleh berakit ataupun memancing ikan di sungai yang tenang di dengan peniaga.
hutan ini. Waktu yang terbaik untuk melawat Taman Negara ini adalah pada bulan April sehingga Oktober.
Kalau dah penat mencuci mata melihat barang-barang di pasar ni, anda boleh menjamu selera di medan
Alamat : Kuala Koh, 18300, Gua Musang, Kelantan, Malaysia selera yang terdapat di tingkat satu bangunan ini. Boleh rambang mata anda melihat kepelbagaian jenis makanan
yang terdapat di sini seperti laksam Kelantan, mee celup, nasi atau mee sup perut, pergh semua sedap-sedap,
mesti puas punyalah!
Alamat : Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan
52. Makam Tok Kenali Kalau anda masih terfikir-fikir ke mana nak pergi pada musim cuti
sekolah nanti, apa kata kalau ke Kelantan?
Negeri yang terletak di pantai timur ini ternyata banyak tarikannya
seperti tempat untuk bershopping dengan pasar-pasarnya yang terkenal
dan meriah, tempat menenangkan fikiran di pantai dan hutan yang
terjaga dengan baik, pusat-pusat kesenian yang mana anda sekeluarga
dapat mempelajari dan melihat sendiri budaya tradisional masyarakat
Kelantan dan tempat-tempat bersejarah.
Nama sebenar: Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani Mesti anak-anak anda seronok dengan bermacam tarikan yang
Tarikh Lahir: 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M ditawarkan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.
Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan sistem pondok di Apa-apa pun jangan lupa untuk menginap di Hotel Sutera Inn Prima
Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alam Melayu. Tok Kenali ialah murid yang paling dipercayai kalau anda nak bercuti ke Kelantan,
oleh Syeikh Ahmad al-Fathani, oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmad al-Fathani
yang tidak diketahui oleh Tok Kenali Akhir kata, terima kasih kerana meluangkan masa anda untuk
membaca info yang disediakan, diharapkan senarai tempat-tempat
Lokasi makam adalah di Tanah Perkuburan Islam makam Tok Kenali, mukim Tok Kenali, Kubang Kerian, menarik di Kelantan ini dapat membantu anda merancang perjalanan
Kelantan. anda di nanti. Semoga percutian anda di Kelantan menjadi memori
yang terindah untuk anda sekeluarga. Selamat menghayati keindahan
Alamat : Lorong Kubur Tok Kenali, Mukim Kenali, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan ciptaan Tuhan. Moga dipermudahkan segalanya.. Aamiin.