The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Mira, 2023-06-24 23:08:22

KERTAS KERJA KARNIVAL STEM 2023

KERTAS KERJA KARNIVAL STEM 2023

KARNIVAL SAINS, TEKNOLOGI, KEJURUTERAAN DAN MATEMATIK (STEM) TAHUN 2023 Anjuran: Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pendidikan Malaysia 30 MAC 2023


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 1 KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1. Senarai Pertandingan 2 2. Panduan Am Pertandingan 3 3. Kertas Konsep Young STEMist Conference 6 Borang Penilaian Pertandingan Young STEMist Conference 11 4. Kertas Konsep Young Innovators Fair 12 Borang Penilaian Pertandingan Young Innovators Fair 17 5. Kertas Konsep Bridge Building Competition 18 Lampiran 1 – Spesifikasi Pembinaan Jambatan 21 Lampiran 2 – Pengujian Jambatan Peringkat Kebangsaan 24 Lampiran 3 – Bahan dan Peralatan Yang Dibenarkan 25 Borang Penilaian Pertandingan Bridge Building Competition 26 Lampiran 4 – Ujian Ketahanan Jambatan 27 Lampiran 5 – Kecekapan Model Jambatan 30 6. Kertas Konsep STEM Decathlon Challenge 31 Borang Penjurian STEM Decathlon Challenge 35 7. Kertas Konsep Drone Challenge 36 Contoh Pelan Penerbangan Secara Manual 41 Contoh Pelan Penerbangan Secara Autonomous 42 Borang Penilaian Penerbangan Manual 43 Borang Penilaian Penerbangan Autonomous 44 8. Kertas Konsep Young Roboticists Challenge 45 Borang Penilaian Young Roboticists Challenge 49 Borang Rumusan Kedudukan Young Roboticists Challenge 50 Lampiran 6 – Susunan Landasan Pertandingan 51 Lampiran 7 – Senarai Bahan Untuk Landasan Pertandingan 52 9. Kertas Konsep STEM Talent Show 53 Borang Penilaian STEM Talent Show 56


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 2 SENARAI PERTANDINGAN BIL. PERTANDINGAN KATEGORI 1. Young STEMist Conference Sekolah Menengah 2. Young Innovators Fair Sekolah Rendah & Menengah 3. Bridge Building Competition Sekolah Rendah & Menengah 4. STEM Decathlon Challenge Sekolah Rendah & Menengah 5. Drone Challenge Sekolah Menengah 6. Young Roboticists Challenge Sekolah Rendah & Menengah 7. STEM Talent Show Sekolah Menengah


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 3 PANDUAN AM PERTANDINGAN 1.0 PENDAHULUAN Karnival Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) peringkat kebangsaan merupakan satu aktiviti tahunan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan tahun 2023 merupakan edisi ke-7. Sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk minat dalam membangunkan potensi dan memperkasakan daya saing murid dalam subjek berkaitan STEM, BSKK menganjurkan Karnival STEM peringkat kebangsaan sebagai platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan seharian dan dunia di sekeliling kita dan amat penting sebagai persediaan kita untuk menghadapi cabaran dan kehidupan yang berbeza di masa hadapan. Dalam hal ini, minat terhadap bidang STEM dalam kalangan murid perlu diberikan perhatian khusus bagi menyokong kepada aktiviti PdPc di sekolah. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 2.2 Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran kecekapan global dalam menghasilkan projek inovasi STEM bersepadu. 2.3 Memberi peluang untuk murid menjana idea kreatif dan kritis serta melaksanakan penyelidikan dan pembangunan projek inovasi STEM bersepadu. 2.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik mengikut kaedah dan prosedur yang betul mahupun produk inovasi STEM bersepadu.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 4 2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang STEM. 2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 2.7 Meningkatkan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ke arah proses penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu. 3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN 3.1 Pertandingan dijalankan secara dalam talian dan secara bersemuka kepada murid sekolah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri. 3.2 Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta-merta. 3.3 Bahan projek yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta. KPM berhak menyiarkan rakaman video atau menggunakan bahan pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan. Setiap peserta perlu mengisi BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN. 3.4 Peserta tidak dibenarkan memaparkan identiti sekolah atau negeri pada semua bahan pertandingan yang dihantar untuk dinilai. 3.5 Pertukaran peserta selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan. 3.6 KPM berhak membatalkan penyertaan lewat atau melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep. 3.7 Keputusan hakim adalah muktamad. 4.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut: Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Naib Johan : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Ketiga : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Keempat : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan Kelima : Trofi + sijil pencapaian + sijil penyertaan 5.0 PANEL TEKNIKAL KEBANGSAAN Panel Teknikal Kebangsaan bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan berhubung keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa pertandingan. Keanggotaan Panel Teknikal Kebangsaan adalah seperti yang berikut: 1. Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan dan Kecemerlangan Kokurikulum (UPKK), BSKK;


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 5 2. Penolong Pengarah UPKK BSKK; 3. Wakil Pengelola Kebangsaan Karnival STEM KPM; 4. Ketua Teknikal Kebangsaan Karnival STEM KPM; dan 5. Pegawai Teknikal Pertandingan. 6.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh BSKK, KPM. Keputusan hakim adalah muktamad. Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan lanjut daripada pihak KPM dan boleh digunakan di semua peringkat pertandingan yang dianjurkan oleh KPM. Pertandingan ini tertakluk kepada peraturan yang terkandung dalam kertas konsep ini sahaja. Penggunaan atau penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan kebenaran KPM terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM. Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah tertakluk kepada BSKK, KPM. --------------------------------------------------------------------------------------------------------


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 6 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN YOUNG STEMist CONFERENCE 1.0 PENGENALAN YOUNG STEMist CONFERENCE adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid sekolah menengah dan pelajar tingkatan 6 dalam mengetengahkan projek penyelidikan, penemuan serta reka bentuk mengikut tema yang ditetapkan. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian. 2.2 Satu (1) projek terbaik bagi setiap bidang daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan. 2.3 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga pelajar tingkatan 6 sahaja. 2.4 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing. 2.5 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama. 2.6 Projek penyelidikan mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan. Projek penyelidikan yang telah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah boleh menyertai pertandingan dengan syarat projek penyelidikan tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik. 2.7 Peserta perlu menyatakan sumber yang diperoleh dan digunakan dalam hasil projek penyelidikan. 2.8 Penyertaan projek di bawah Young STEMist Conference dibenarkan untuk menyertai Young Innovators Fair. Sekiranya sesi telesidang bertembung semasa Karnival STEM Kebangsaan, peserta perlu akur dengan giliran telesidang telah ditentukan oleh pihak pengelola dan tiada perubahan giliran akan dibenarkan.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 7 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN Peserta perlu menghasilkan slaid pembentangan untuk pembentangan telesidang dan laporan projek penyelidikan berdasarkan tema dan bidang yang telah ditetapkan oleh penganjur. 3.1 Tema Projek penyelidikan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema sahaja. Pemilihan tema adalah berdasarkan senarai yang berikut: 3.1.1 SDG 3: Good Health & Well-being 3.1.2 SDG 4: Quality Education 3.1.3 SDG 7: Affordable and Clean Energy 3.1.4 SDG 9: Industry, Innovation and Infrastructure 3.1.5 SDG 11: Sustainable Cities & Communities 3.1.6 SDG 12: Responsible Consumption and Production 3.1.7 SDG 13: Climate Action. 3.2 Bidang projek penyelidikan Penyertaan dan penilaian adalah berdasarkan bidang pertandingan. Satu (1) projek penyelidikan terbaik bagi setiap bidang seperti yang berikut daripada setiap negeri layak untuk bertanding di peringkat kebangsaan: 3.2.1 Sains Kehidupan; 3.2.2 Kajian Alam Sekitar; 3.2.3 Matematik; 3.2.4 Kejuruteraan/Robotik/Sains Komputer; dan 3.2.5 Sains Sosial. 3.3 Satu projek penyelidikan hanya dibenarkan menyertai satu bidang sahaja. Jika projek yang sama didaftarkan lebih daripada satu bidang maka penyertaan projek tersebut akan dibatalkan. 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan ini akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua penyertaan perlu: 4.1.1 dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada pengelola; dan 4.1.2 menghantar pautan google drive yang mengandungi slaid pembentangan projek penyelidikan dan laporan projek penyelidikan dalam format .pdf melalui google form yang disediakan oleh pengelola.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 8 4.2 Pertukaran dan penambahbaikan projek penyelidikan dan slaid pembentangan tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran bahan pertandingan. 4.3 Format laporan projek penyelidikan 4.3.1 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penulisan laporan. 4.3.2 Penyediaan laporan projek penyelidikan mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan: 4.4.2.1 jenis font: Arial; 4.4.2.2 saiz font: 12; dan 4.4.2.3 double spacing. 4.3.3 Kandungan laporan projek penyelidikan adalah seperti berikut: Perkara Penerangan Muka Depan/ Tajuk Tajuk projek penyelidikan sahaja (sebarang identiti sekolah dan negeri tidak perlu dinyatakan) Abstrak Sinopsis kepada keseluruhan kajian (nyatakan persoalan kajian hipotesis, metodologi/prosedur kerja, hasil, analisis dan kesimpulan kajian). Isi kandungan Nyatakan bilangan dan nombor muka surat mengikut topik. Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah atau hujung kiri setiap muka surat. Penyataan masalah Menyatakan penyataan masalah disokong oleh fakta, kumpulan sasaran, latar belakang projek penyelidikan. Objektif kajian Objektif kajian dibuat bagi mengatasi masalah/isu. Sorotan literatur Tinjauan literatur tentang bidang yang berkaitan dengan kajian. Metodologi kajian Rekabentuk dan perincian projek penyelidikan, bahan dan alatan yang digunakan, prosedur yang dijalankan. Carta alir dan jadual boleh digunakan untuk memberi gambaran bagaimana projek penyelidikan dihasilkan.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 9 Perkara Penerangan Keputusan dan perbincangan Bahagian terpenting. Keputusan dan perbincangan perlu dianalisis secara terperinci, membuat perbandingan antara nilai teori dan praktikal, semakan data dalam jurnal dan sebagainya. Nyatakan inovasi atau pembaharuan jika ada serta ringkasan perlu spesifik. Keberkesanan inovasi dalam penyelesaian masalah yang dinyatakan (sertakan bukti). Cadangan penambahbaikan projek penyelidikan pada masa hadapan jika ada. Rujukan Senarai rujukan hendaklah disertakan jika melibatkan dokumentasi yang bukan hasil persendirian mengikut format.(contoh: tajuk buku, artikel, jurnal, nama pengarang, tahun terbitan, muka surat dsb). Penghargaan Halaman ini mengandungi senarai nama, institusi, penaja,dan rakan usaha sama lain yang telah terlibat dalam menjalankan projek penyelidikan. Lampiran Gambar rajah, foto, graf dan visual/imej yang mempunyai maklumat bertulis dengan tepat atau paparan keputusan eksperimen. 4.4 Pembentangan lisan 4.4.1 Pasukan akan membentangkan projek penyelidikan secara telesidang. Peruntukan masa pembentangan ialah 15 minit diikuti dengan sesi soal jawab selama 10 minit bersama-sama panel penilai. 4.4.2 Media slaid pembentangan yang dibenarkan ialah Microsoft PowerPoint; dan 4.4.3 Kandungan slaid pembentangan adalah seperti berikut: a. Pendahuluan; b. Objektif; c. Metodologi/Proses kajian; d. Data dan pemerhatian; e. Keputusan dan perbincangan; f. Signifikasi projek penyelidikan; g. Pembangunan projek penyelidikan masa depan; dan h. Kesimpulan.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 10 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Proses penilaian peringkat kebangsaan akan dilaksanakan oleh tiga (3) orang hakim bagi setiap bidang pertandingan. 6.0 KRITERIA PENILAIAN 6.1 Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) kriteria utama iaitu: 6.1.1 Pembentangan lisan secara telesidang; dan 6.1.2 Laporan projek penyelidikan. 6.2 Kriteria penjurian terperinci untuk setiap bidang projek penyelidikan adalah seperti berikut: KOMPONEN KRITERIA MARKAH Pembentangan lisan secara telesidang • Pengenalan • Penyataan masalah • Objektif kajian • Metodologi kajian • Keputusan dan perbincangan kajian • Kesimpulan dan signifikasi kajian 40 • Gaya persembahan • Keaslian projek penyelidikan • Aplikasi konsep sains dan penyelesaian masalah • Susun atur penyampaian • Sesi soal jawab • Responsif terhadap soalan • Pemahaman terhadap projek penyelidikan secara menyeluruh 15 Laporan Projek Penyelidikan ● Abstrak ● Penyataan Masalah ● Objektif Kajian ● Kajian Literatur ● Metodologi Kajian ● Keputusan dan Perbincangan Kajian ● Kesimpulan dan Signifikasi Kajian ● Lampiran 40 Kesesuaian projek penyelidikan berdasarkan tema ● Selaras dengan tema ● Faedah kepada masyarakat setempat ● Sumbangan kepada pengetahuan saintifik 5 JUMLAH 100


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 11 BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN YOUNG STEMist CONFERENCE BIL KOMPONEN KRITERIA PENILAIAN Kod Penyertaan: Markah: MARKAH MAKSIMUM MARKAH 1. PEMBENTANGAN LISAN MELALUI TELESIDANG Pembentang menyatakan abstrak, penyataan masalah, objektif kajian, metodologi kajian, keputusan dan perbincangan , kesimpulan dan signifikasi kajian dan lampiran. 25 2. Gaya persembahan 5 3. Aplikasi konsep sains dan penyelesaian masalah 5 4. Susun atur penyampaian 5 5. Sesi soal jawab 15 JUMLAH MARKAH 55 1. LAPORAN PROJEK PENYELIDIKAN Abstrak 5 2. Penyataan masalah & Objektif kajian 5 3. 4. Sorotan literatur 5 5. Metodologi kajian 5 6. Keputusan & Perbincangan kajian 10 7. Kesimpulan & Signifikasi Kajian 5 8. Rujukan 5 JUMLAH MARKAH 40 KESESUAIAN PROJEK PENYELIDIKAN BERDASARKAN TEMA • Selaras dengan tema • Faedah kepada masyarakat setempat • Sumbangan kepada pengetahuan saintifik 5 JUMLAH MARKAH 5 JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 100 RUMUSAN HAKIM: NAMA HAKIM: TANDATANGAN:


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 12 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN YOUNG INNOVATORS FAIR 1.0 PENGENALAN YOUNG INNOVATORS FAIR adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan satu platform untuk murid sekolah rendah dan menengah dalam mempamer dan mengetengahkan idea serta penemuan mereka berdasarkan tema yang ditetapkan. Pertandingan ini bertujuan menggalakkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengkaji dan menganalisis, kemahiran berkomunikasi serta kemahiran berkerja secara berpasukan. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara dalam talian. 2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori: 2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6) 2.2.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5) 2.3 Dua (2) projek terbaik bagi setiap bidang daripada kategori sekolah rendah dan sekolah menengah bagi setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan. 2.4 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing. 2.5 Kesemua peserta mestilah daripada sekolah yang sama. 2.6 Projek inovasi mestilah asli dan tidak pernah dikomersialkan. Walau bagaimana pun, projek inovasi yang pernah dipertandingkan dan memenangi sebarang anugerah boleh menyertai pertandingan dengan syarat projek tersebut telah diubahsuai atau ditambahbaik. 2.7 Projek inovasi yang didaftarkan di bawah Young Innovators Fair dibenarkan untuk menyertai Young STEMist Conference. Sekiranya sesi telesidang bertembung semasa Karnival STEM Kebangsaan, peserta perlu akur dengan giliran telesidang yang telah ditentukan oleh pihak pengelola dan tiada perubahan giliran akan dibenarkan. 2.8 Kolaborasi dengan pihak luar (universiti/industri/agensi) adalah digalakkan untuk menguji dan menganalisis kualiti projek yang dihasilkan.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 13 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN Peserta perlu menghasilkan video pembentangan dan laporan projek berdasarkan bidang dan tema yang telah ditetapkan oleh penganjur. 3.1 Bidang Projek 3.1.1 Sains Kehidupan; 3.1.2 Kajian Alam Sekitar; 3.1.3 Matematik; 3.1.4 Kejuruteraan / Robotik / Sains Komputer; dan 3.1.5 Sains Sosial. 3.2 Tema Setiap projek inovasi juga diwajibkan untuk memilih mana-mana satu (1) tema yang dicadangkan di bawah. 3.2.1 SDG 3: Good Health and Well-being 3.2.2 SDG 4: Quality education 3.2.3 SDG 7: Affordable and Clean Energy 3.2.4 SDG 11: Sustainable Cities and Communities 3.2.5 SDG 12: Responsible consumption and production 3.2.6 SDG 13: Climate Action 3.3 Satu projek penyelidikan hanya dibenarkan menyertai satu bidang sahaja. Jika projek yang sama didaftarkan lebih daripada satu bidang maka penyertaan projek tersebut akan dibatalkan. 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan akan dilaksanakan secara dalam talian. Semua bahan penyertaan (video dan laporan) perlu: 4.1.1 dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada pengelola; dan 4.1.2 menghantar pautan google drive yang mengandungi video projek dan laporan projek (format .pdf) melalui google form yang disediakan oleh pengelola. 4.2 Pertukaran peserta/projek dan penambahbaikan projek tidak dibenarkan selepas tarikh tutup penghantaran bahan pertandingan. 4.3 Format rakaman video pembentangan; 4.3.1 Durasi pembentangan mestilah tidak melebihi lima (5) minit;


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 14 4.3.2 Peserta perlu menerangkan proses penghasilan dan kebolehfungsian projek secara terperinci. Penglibatan setiap ahli adalah diwajibkan; 4.3.3 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah tidak dibenarkan; 4.3.4 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris; 4.3.5 Suara mestilah jelas dan terang. Jika menggunakan muzik latar, perlu dipastikan ia tidak mengganggu penerangan peserta; 4.3.6 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV. Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video sahaja yang perlu dihantar kepada pengelola; dan 4.3.7 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk lanskap. 4.4 Format laporan projek 4.4.1 Laporan projek harus merangkumi: 4.4.1.1 pengenalan; 4.4.1.2 penyataan masalah; 4.4.1.3 objektif; 4.4.1.4 metodologi; 4.4.1.5 keputusan dan perbincangan; 4.4.1.6 kesimpulan; 4.4.1.7 rancangan masa depan; dan 4.4.1.8 rujukan. 4.4.2 Murid dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dalam penulisan laporan; dan 4.4.3 Penyediaan laporan projek mestilah mengikut spesifikasi yang ditetapkan: 4.4.3.1 jenis font: Arial; 4.4.3.2 saiz font: 11; 4.4.3.3 single spacing; 4.4.3.4 tidak melebihi 3 muka surat; dan 4.4.3.5 perlu dihantar dalam format .pdf. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Proses penilaian peringkat kebangsaan 5.1.1 Penilaian projek dilaksanakan dalam dua (2) fasa dan melibatkan tiga (3) orang panel hakim bagi setiap bidang pertandingan.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 15 5.1.2 Pada fasa pertama, kesemua bahan projek (laporan dan video) akan dinilai dahulu oleh panel hakim sebelum telesidang berlangsung. 5.1.3 Fasa 2 merupakan telesidang yang wajib disertai oleh semua peserta. Semasa telesidang, video pembentangan akan dipaparkan semula dan diikuti dengan sesi soal jawab bersama-sama panel hakim. Durasi sesi soal jawab adalah selama 5 hingga 10 minit. Guru pembimbing tidak dibenarkan berada bersama-sama murid secara dalam talian semasa sesi soal jawab. 5.1.4 Giliran telesidang akan ditentukan secara cabutan. 6.0 KRITERIA PENILAIAN 6.1 Proses penilaian dibuat berdasarkan dua (2) komponen iaitu: 6.1.1 Penulisan (laporan projek); dan 6.1.2 Pembentangan (video pembentangan dan sesi soal jawab). 6.2 Kriteria penjurian terperinci untuk laporan projek adalah seperti berikut: KOMPONEN KRITERIA MARKAH Kesesuaian tema dan bidang • Menepati tema dan bidang yang dipilih 5 Pernyataan masalah dan objektif • Mengenalpasti masalah dan menunjukkan keperluan projek tersebut dijalankan • Menyatakan objektif projek dengan jelas dan berfokus 10 Metodologi • Menunjukkan perancangan yang jelas dan teratur • Kaedah yang dipilih releven dengan objektif kajian • Menyatakan kaedah pengumpulan data yang terancang 10 Keputusan dan Perbincangan • Mengumpul data secara sistematik • Mengintepretasi data dengan tepat • Menggunakan kaedah analisis data yang sesuai dan relevan • Menggunakan kaedah penyampaian data dan sesuai dan tepat (jadual/graf dll.) 10 Perancangan masa hadapan • Dapat mengenalpasti aspek yang perlu ditambahbaik • menyatakan cadangan penambahbaikan yang jelas 5


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 16 KOMPONEN KRITERIA MARKAH Keberkesanan kos • Membelanjakan kos yang minimum tetapi efektif 5 Impak • Memberikan faedah yang jelas kepada masyarakat 5 Kreativiti • Menunjukkan daya kreativiti yang tinggi dalam mencipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea yang baharu dan asli atau menambah baik idea sedia ada 5 Kolaborasi • Menjalinkan kolaborasi dengan pihak luar (universiti/industri/agensi) untuk meningkatkan kualiti projek terutamanya daripada aspek pengujian/analisis 5 JUMLAH 60 6.2 Kriteria penjurian terperinci untuk telesidang (video pembentangan dan sesi soal jawab) adalah seperti berikut: KOMPONEN KRITERIA MARKAH Keyakinan • Pembentangan yang jelas dan menarik 10 Penglibatan • Penglibatan yang menyeluruh dari kesemua ahli pasukan dalam proses penghasilan projek, pembentangan dan sesi soal jawab 10 Kebolehfungsian • Projek yang dihasilkan berfungsi, bertepatan dengan objektif yang dinyatakan 10 Sesi soal jawab • Respon jelas, tepat dan bernas. • Pemahaman terhadap projek yang menyeluruh 10 JUMLAH 40


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 17 BORANG PENILAIAN PERTANDINGAN YOUNG INNOVATORS FAIR BIL. KOMPONEN KRITERIA PENILAIAN Kod Penyertaan: Tajuk: Markah: MARKAH MAKSIMUM MARKAH 1. PENULISAN (60%) Kesesuaian tema 5 2. Pernyataan masalah dan objektif 10 3. Metodologi 10 4. Keputusan dan Perbincangan 10 5. Perancangan masa hadapan 5 6. Keberkesanan kos 5 7. Impak 5 8. Kreativiti 5 9. Kolaborasi 5 JUMLAH MARKAH 60 1. PENYAMPAIAN (40%) Keyakinan 10 2. Penglibatan 10 3. Kebolehfungsian 10 4. Sesi soal jawab 10 JUMLAH MARKAH 40 JUMLAH MARKAH KESELURUHAN 100 RUMUSAN HAKIM: ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ NAMA HAKIM: TANDATANGAN:


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 18 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN BRIDGE BUILDING COMPETITION 1.0 PENGENALAN BRIDGE BUILDING COMPETITION adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform dalam mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi. Pertandingan ini juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka. 2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori: 2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6) 2.2.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5) 2.3 Penyertaan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada tiga (3) murid terbaik daripada sekolah menengah dan tiga (3) murid terbaik daripada sekolah rendah serta seorang guru pembimbing bagi setiap negeri. 2.4 Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran tidak dibenarkan. 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 3.1 Peserta perlu membina satu jambatan dan akan menguji daya ketahanan jambatan tersebut dengan menggunakan bahan di Lampiran 3 dan spesifikasi yang ditetapkan disediakan oleh pihak pengelola, seperti di Lampiran 1.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 19 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Proses pembinaan 4.1.1 Peserta diberi masa 3 jam 30 minit untuk membina model jambatan mengikut spesifikasi yang dibenarkan. 4.1.2 Peserta akan dibekalkan dengan bahan dan alatan yang disenaraikan di Lampiran 3. 4.1.3 Sebahagian alat dan bahan perlu dibawa oleh peserta seperti yang disenaraikan di Lampiran 3. 4.2 Sesi soal jawab 4.2.1 Peserta akan diberi masa tiga (3) minit untuk membuat pembentangan tentang rekaan model jambatan yang telah dihasilkan di hadapan hakim. 4.2.2 Sesi soal jawab hakim bersama peserta selama 10 minit. 4.3 Ujian ketahanan jambatan 4.3.1 Menguji ketahanan jambatan dengan menggunakan weight plate yang disediakan sebagai pemberat dan dijalankan dihadapan hakim selepas sesi soal jawab. 4.3.2 Ketahanan jambatan diuji untuk menilai sejauh mana model binaan yang dihasilkan untuk menampung beban yang diletakkan. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Proses penilaian peringkat kebangsaan 5.1.1 Hakim akan mula menilai bermula dari proses pembinaan model jambatan. Jambatan yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan seperti di Lampiran 1. 5.1.2 Ujian ketahanan jambatan akan dibuat menggunakan weight plate 2.5 kg. Setiap penambahan pemberat akan dibuat selepas tempoh 10 saat pemberat pertama diletakkan dan seterusnya. Rujuk Lampiran 4. Ujian ketahanan akan dijalankan sehingga model jambatan tersebut runtuh. 5.1.3 Ujian Kecekapan Model Jambatan adalah nisbah beban yang dapat ditampung oleh model jambatan dengan jisim model jambatan. Kaedah kiraan berdasarkan Lampiran 5.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 20 6.0 KRITERIA PENILAIAN 6.1 Penilaian dibuat berdasarkan tiga (3) kriteria utama iaitu: Bil Kriteria Markah 1 Rekaan Model Jambatan dan pembentangan a. Sesi pembinaan b. Rekaan jambatan yang dihasilkan c. Sesi pembentangan dan soal jawab 15 markah 15 markah 20 markah 2 Ujian Daya Ketahanan Model Jambatan 100 markah 3 Ujian Kecekapan Model Jambatan 50 markah JUMLAH 200 markah 6.2 Penilaian oleh hakim berdasarkan kepada kriteria penilaian yang telah ditetapkan oleh panel hakim. 7.0 PEMENANG 7.1 Pemenang keseluruhan 7.1.1 Pemenang keseluruhan dikira berdasarkan jumlah markah bagi tiga (3) kriteria yang dinyatakan di 6.1. 7.1.2 Jika markah seri, pemenang akan ditentukan berdasarkan markah Ujian Kecekapan Model Jambatan.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 21 LAMPIRAN 1 Spesifikasi Pembinaan Jambatan Rajah 1 Spesifikasi : i. Panjang : 40 cm – 45 cm. ii. Lebar : 5 cm – 12 cm. iii. Tinggi : < 40cm. iv. Ruang tengah diatas jambatan dikosongkan 4 - 5 cm (lebar) dan 4 - 5 cm (tinggi) untuk diletakkan plate besi pengujian. Pandangan sisi v. Model jambatan yang dibina TIDAK DIBENARKAN mempunyai tiang di bahagian bawah tapak. vi. Ruang tengah disepanjang model jambatan dikosongkan dan boleh dilalui oleh batang paip berdiameter 5cm. Pandangan tepi 4-5 cm (dikosongkan) 4-5 cm (dikosongkan) Pandangan sisi Pandangan tepi 5 - 12 cm 5 cm


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 22 vii. Tapak hanya selapis SAHAJA dan dikukuhkan hanya dengan tulang pengikat (support). viii. Batang aiskrim dibenarkan untuk dipotong atau dibelah mengikut kesesuaian binaan peserta. ix. Setiap batang aiskrim tidak boleh dilekatkan lebih daripada 50% pada batang aiskrim yang lain. TIDAK DIBENARKAN Batang aiskrim dilekatkan lebih 50% dengan batang aiskrim yang lain Contoh 1 Pandangan sisi Dilekatkan 100% dengan batang aiskrim yang lain Pandangan atas ( batang aiskrim dibawah tidak kelihatan) Contoh 2 DIBENARKAN (untuk 2 batang) Batang aiskrim dilekatkan 50% atau kurang 50% dengan batang aiskrim yang lain Pandangan sisi Pandangan atas ( batang aiskrim dibawah kelihatan 50% ATAU lebih) DIBENARKAN (untuk 3 batang atau lebih) Batang aiskrim dilekatkan 50% atau kurang 50% dengan batang aiskrim yang lain Pandangan sisi Pandangan atas ( batang aiskrim dibawah kelihatan 50% ATAU lebih) Batang aiskrim dilekatkan lebih 50%


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 23 x. Batang aiskrim tidak dibenarkan dilekatkan sepenuhnya lebih dari 2 batang. xi. Jika model jambatan yang dibina tidak mematuhi syarat di atas, pasukan tersebut TIDAK AKAN DIBENARKAN membuat ujian ketahanan. TIDAK DIBENARKAN Batang aiskrim dilekatkan lebih 50% dengan batang aiskrim yang lain secara bertindih 3 batang atau lebih Contoh 1 Pandangan sisi Pandangan atas ( batang aiskrim dibawah tidak kelihatan) Contoh 2 Dilekatkan melebihi 50% TIDAK DIBENARKAN Batang aiskrim dilekatkan 100% dengan batang aiskrim yang lain Pandangan sisi TIDAK DIBENARKAN Batang aiskrim dilekatkan melebihi 2 batang secara bertindih selari Contoh 1 Pandangan sisi Contoh 2 Contoh 3 TIDAK DIBENARKAN Batang aiskrim dipotong dan dilekatkan lebih 50% dengan batang aiskrim yang lain Pandangan sisi Contoh 1 Contoh 2 Batang aiskrim yang dipotong Batang aiskrim yang dipotong Ruang kosong / gam Batang aiskrim dilekatkan lebih 50%


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 24 LAMPIRAN 2 Pengujian Jambatan Peringkat Kebangsaan (weight plate) Penutup keselamatan (bahan lutsinar)


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 25 LAMPIRAN 3 BAHAN DAN PERALATAN YANG DIBENARKAN BIL PERALATAN YANG DIBEKALKAN 1. 1 pistol perekat panas (Hot Glue Gun) bersaiz besar. 2. 2 batang gam perekat panas (Hot Glue) bersaiz besar panjang 30cm 3. 100 batang aiskrim berukuran 114 x 10 x 2 mm 4. 1 keping kertas manila (kosong tanpa sebarang lakaran) 5. 1 keping kertas pasir (no.100) 6. 4 keping kertas A4 *Gam lain tidak dibenarkan. BIL PERALATAN YANG BOLEH DIBAWA OLEH PESERTA 1. Pisau 2. Gunting 3. Pembaris 4. Pensel / Marker pen 5. Playar pemotong 6. Pelapik pemotong (Cutting mat) – bersesuaian 7. Sarung tangan (jika perlu) 8. Spring clip 9. Face shield (perlu dipakai semasa sesi pengujian)


BORANG PENILAIA BRIDGE BUILDIN A. REKABENTUK JAMBATAN (50%) BIL ASPEK PENILAIAN 1 SESI PEMBINAAN - Pengguna peralatan dan bahan deng - Kerjasama semasa pembinaan - Penggunaan bahan secara optimum 2 REKAAN JAMBATAN YANG DIHASILKAN - Reka bentuk model jambatan - Nilai estetika - Kekemasan model jambatan 3 SESI PEMBENTANGAN - Penguasan terhadap projek - Penggunaan aplikasi sains yang diter pembinaan model jambatan - Respon peserta semasa sesi soal jaw - Kerjasama semasa pembentangan JUMLAH


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 26 AN PERTANDINGAN NG COMPETITION PEMBERATAN MARKAH gan baik 15 15 rapkan wab 20 50


B. UJIAN KETAHAHAN JAMBATAN (50%) BERAT WEIGHT PLATE (kg) JUMLAH WEIGHT PLATE (kg) 10 9 8 PEMBERAT PERTAMA 2.5 2.5 10 9 8 PEMBERAT KE-2 2.5 5.0 10 9 8 PEMBERAT KE-3 2.5 7.5 10 9 8 PEMBERAT KE-4 2.5 10.0 10 9 8 PEMBERAT KE-5 2.5 12.5 10 9 8 PEMBERAT KE-6 2.5 15.0 10 9 8 PEMBERAT KE-7 2.5 17.5 10 9 8 PEMBERAT KE-8 2.5 20.0 10 9 8 PEMBERAT KE-9 2.5 22.5 10 9 8 PEMBERAT KE-10 2.5 25.0 10 9 8 PEMBERAT KE-11 2.5 27.5 10 9 8 PEMBERAT KE-12 2.5 30.0 10 9 8 PEMBERAT KE-13 2.5 32.5 10 9 8 PEMBERAT KE-14 2.5 35.0 10 9 8 PEMBERAT KE-15 2.5 37.5 10 9 8 PEMBERAT KE-16 2.5 40.0 10 9 8 PEMBERAT KE-17 2.5 42.5 10 9 8 PEMBERAT KE-18 2.5 45.0 10 9 8 PEMBERAT KE-19 2.5 47.5 10 9 8 PEMBERAT KE-20 2.5 50.0 10 9 8 JUMLAH MARKAH:


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 27 LAMPIRAN 4 MASA (SAAT) MARKAH 7 6 5 4 3 2 1 DIPEROLEH 7 6 5 4 3 2 1 2.5 7 6 5 4 3 2 1 5.0 7 6 5 4 3 2 1 7.5 7 6 5 4 3 2 1 10.0 7 6 5 4 3 2 1 12.5 7 6 5 4 3 2 1 15.0 7 6 5 4 3 2 1 17.5 7 6 5 4 3 2 1 20.0 7 6 5 4 3 2 1 22.5 7 6 5 4 3 2 1 25.0 7 6 5 4 3 2 1 27.5 7 6 5 4 3 2 1 30.0 7 6 5 4 3 2 1 32.5 7 6 5 4 3 2 1 35.0 7 6 5 4 3 2 1 37.5 7 6 5 4 3 2 1 40.0 7 6 5 4 3 2 1 42.5 7 6 5 4 3 2 1 45.0 7 6 5 4 3 2 1 47.5 7 6 5 4 3 2 1 50.0


UJIAN KETAHAHAN (TAMBAHAN) BERAT WEIGHT PLATE (kg) JUMLAH WEIGHT PLATE (kg) 10 9 8 PEMBERAT KE-21 2.5 52.5 10 9 8 PEMBERAT KE-22 2.5 55.0 10 9 8 PEMBERAT KE-23 2.5 57.5 10 9 8 PEMBERAT KE-24 2.5 60.0 10 9 8 PEMBERAT KE-25 2.5 62.5 10 9 8 PEMBERAT KE-26 2.5 65.0 10 9 8 PEMBERAT KE-27 2.5 67.5 10 9 8 PEMBERAT KE-28 2.5 70.0 10 9 8 PEMBERAT KE-29 2.5 72.5 10 9 8 PEMBERAT KE-30 2.5 75.0 10 9 8 PEMBERAT KE-31 2.5 77.5 10 9 8 PEMBERAT KE-32 2.5 80.0 10 9 8 PEMBERAT KE-33 2.5 82.5 10 9 8 PEMBERAT KE-34 2.5 85.0 10 9 8 PEMBERAT KE-35 2.5 87.5 10 9 8 PEMBERAT KE-36 2.5 90.0 10 9 8 PEMBERAT KE-37 2.5 92.5 10 9 8 PEMBERAT KE-38 2.5 95.0 10 9 8 PEMBERAT KE-39 2.5 97.5 10 9 8 PEMBERAT KE-40 2.5 100.0 10 9 8 JUMLAH MARKAH:


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 28 MASA (SAAT) MARKAH 7 6 5 4 3 2 1 DIPEROLEH 7 6 5 4 3 2 1 52.5 7 6 5 4 3 2 1 55.0 7 6 5 4 3 2 1 57.5 7 6 5 4 3 2 1 60.0 7 6 5 4 3 2 1 62.5 7 6 5 4 3 2 1 65.0 7 6 5 4 3 2 1 67.5 7 6 5 4 3 2 1 70.0 7 6 5 4 3 2 1 72.5 7 6 5 4 3 2 1 75.0 7 6 5 4 3 2 1 77.5 7 6 5 4 3 2 1 80.0 7 6 5 4 3 2 1 82.5 7 6 5 4 3 2 1 85.0 7 6 5 4 3 2 1 87.5 7 6 5 4 3 2 1 90.0 7 6 5 4 3 2 1 92.5 7 6 5 4 3 2 1 95.0 7 6 5 4 3 2 1 97.5 7 6 5 4 3 2 1 100.0


Nota : Pasukan perlu menguji model jambatan sehingga runtuh. Saat 1 2 3 4 5 Mata 0.25 0.5 0.75 1 1.2 Contoh pengiraan Contoh 1 Pasukan A dapat menampung sehingga pemberat ke-19. jambatan tersebut runtuh. Markah sehingga pemberat ke-19 = 47.5 Markah 7 saat pemberaat ke-20 = 1.75 Jumlah markah : 49.25 Contoh 2 Pasukan B dapat menampung sehingga pemberat ke-21. jambatan tersebut runtuh. Markah sehingga pemberat ke-21 = 52.5 Markah 4 saat pemberaat ke-22 = 1 Jumlah markah : 53.5


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 29 5 6 7 8 9 10 25 1.5 1.75 2 2.25 2.5 Setelah pemberat ke-20 disangkutkan dan pada saat ke 7, Setelah pemberat ke-22 disangkutkan dan pada saat ke 4,


C. KECEKAPAN MODEL JAMBATAN (50 MARKAH) Formula Mengira Kecekapan Model Jambatan Kecekapan = Kapasiti B Jisim Contoh: Pasukan Kapasiti Beban Muktamad (kg) Jisim Jambatan (kg) A 45.0 0.50 B 40.0 0.55 C 60.0 0.38 D 54.0 0.70 E 65.0 0.69 F 60.0 0.55 G 60.0 0.40 H 30.0 0.49 I 40.0 0.60 J 37.5 0.74 K 55.0 0.55 L 50.0 0.80 M 62.5 0.43 N 37.5 0.39 O 25.0 0.68 P 42.5 0.62


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 30 LAMPIRAN 5 Beban Muktamad m Jambatan ) Kecekapan Tempat Markah 90.00 8 36 72.73 10 32 157.89 1 50 77.14 9 34 94.20 7 38 109.09 4 44 150.00 2 48 61.22 14 24 66.67 12 28 50.68 15 22 100.00 5 42 62.50 13 26 145.35 3 46 96.15 6 40 36.76 16 20 68.55 11 30


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 31 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM DECATHLON CHALLENGE 1.0 PENGENALAN STEM DECATHLON CHALLENGE adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid-murid sekolah rendah dan sekolah menengah untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam menjawab soalan-soalan berkaitan sejarah penemuan dalam bidang teknologi dan perubatan, pengetahuan saintifik serta penyelesaian masalah menggunakan kemahiran STEM. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka. 2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori: 2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 4 hingga 6) 2.2.2 Sekolah menengah (Murid tingkatan 1 hingga 5) 2.3 Tiga (3) peserta terbaik bagi sekolah menengah dan tiga (3) peserta terbaik sekolah rendah daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan. 2.4 Jika satu (1) peserta tidak hadir bagi satu pasukan, maka pihak lawan akan mara ke peringkat seterusnya tanpa bertanding. 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN Soalan merangkumi pengetahuan Sains dan Matemaik mengikut Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), sejarah penemuan dalam teknologi dan perubatan, pengetahuan saintifik serta soalan berbentuk penyelesaian masalah. Soalan-soalan yang dikemukakan adalah dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 32 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Proses undian akan dijalankan untuk menentukan giliran pertandingan dan perlawanan antara negeri adalah secara kalah mati. 4.2 Setiap perlawanan antara negeri akan melibatkan dua (2) peringkat. Peringkat pertama terdapat sembilan (9) soalan aneka pilihan yang akan dijawab oleh peserta. Manakala peringkat kedua sebanyak lima (5) soalan akan ditayangkan dan setiap kumpulan diberi pilihan untuk menjawab dua (2) soalan. 4.2.1 PERINGKAT PERTAMA (RAPID QUESTION) 4.2.1.1 Soalan akan dipapar dan dibacakan kepada peserta pertama daripada dua (2) negeri. 4.2.1.2 Peserta yang menekan buzzer paling awal selepas pembaca soalan selesai membacakan soalan akan mendapat peluang untuk menjawab. 4.2.1.3 Selepas menekan buzzer, peserta perlu memberikan jawapan dalam masa lima (5) saat. Selepas tempoh masa lima (5) saat tamat, loceng akan dibunyikan dan beralih kepada soalan seterusnya. 4.2.1.4 Dua (2) markah akan diberikan sekiranya peserta mendapat jawapan yang betul. Manakala peserta yang menjawab salah atau menekan buzzer sebelum soalan selesai dibacakan akan ditolak satu (1) markah. 4.2.1.5 Kuiz ini akan diulang sehingga peserta ketiga bagi setiap negeri. Sebanyak tiga pusingan akan dilaksanakan. 4.2.1.6 Pusingan rapid question adalah merupakan soalan individu dan peserta lain tidak dibenarkan berbincang/menulis/mengira berkenaan soalan yang dibacakan. 4.2.1.7 Sekiranya tidak ada peserta yang menekan buzzer pada kali pertama soalan dibacakan, maka soalan akan dibacakan kali kedua dan peserta yang menjawab betul akan mendapat satu (1) markah dan jika salah, tiada markah dipotong.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 33 4.2.2 PERINGKAT KEDUA (GROUP QUESTION) 4.2.2.1 Setiap pasukan akan diberikan dua (2) peluang untuk memilih daripada lima (5) pilihan soalan di skrin. 4.2.2.2 Pembaca soalan akan membacakan soalan di skrin dan pasukan dibenarkan berbincang. Selepas 30 saat, loceng akan dibunyikan dan peserta perlu menjawab soalan tersebut. 4.2.2.3 Markah yang diperuntukkan adalah lima (5) markah kepada jawapan yang betul. Tiada markah akan ditolak jika pasukan memberikan jawapan yang salah. 4.2.3 PUSINGAN TIE BREAKER 4.2.3.1 Jika kedua-dua pasukan mendapat markah seri selepas dua (2) peringkat dipertandingkan, maka soalan tie breaker akan diberikan. 4.2.3.2 Peserta hanya dibenarkan menekan buzzer setelah soalan selesai dibacakan oleh pembaca soalan. 4.2.3.3 Pasukan yang mendapat jawapan yang betul akan diberikan dua (2) markah. Manakala peserta yang menjawab salah atau menekan buzzer sebelum soalan selesai dibacakan akan ditolak satu (1) markah. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Penilaian akan dilaksanakan oleh tiga (3) orang hakim. 5.2 Keputusan hakim adalah muktamad.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 34 6.0 PELAN LANTAI HAKIM HAKIM


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 35 BORANG PENJURIAN STEM DECATHLON CHALLENGE PERINGKAT KEBANGSAAN ______________________________________________________________ KATEGORI : SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH NOMBOR SOALAN NEGERI NEGERI PERINGKAT PERTAMA (RAPID QUESTION) PESERTA MARKAH PESERTA MARKAH SOALAN 1 PESERTA 1 PESERTA 1 SOALAN 2 PESERTA 2 PESERTA 2 SOALAN 3 PESERTA 3 PESERTA 3 SOALAN 4 PESERTA 1 PESERTA 1 SOALAN 5 PESERTA 2 PESERTA 2 SOALAN 6 PESERTA 3 PESERTA 3 SOALAN 7 PESERTA 1 PESERTA 1 SOALAN 8 PESERTA 2 PESERTA 2 SOALAN 9 PESERTA 3 PESERTA 3 JUMLAH MARKAH JUMLAH MARKAH PERINGKAT KEDUA (GROUP QUESTION) SOALAN MARKAH SOALAN MARKAH NOMBOR SOALAN NOMBOR SOALAN JUMLAH MARKAH JUMLAH MARKAH TIE BREAKER MARKAH MARKAH MARKAH KESELURUHAN MARKAH KESELURUHAN PEMENANG (NEGERI) : TANDATANGAN HAKIM : NAMA HAKIM:


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 36 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN DRONE CHALLENGE 1.0 PENGENALAN DRONE CHALLENGE adalah aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini merupakan platform kepada murid sekolah menengah dalam mengetengahkan kemahiran mengawal dan menerbangkan dron secara manual dan autonomous. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi, penyelesaian masalah, analisis kritis dan kemahiran berkomunikasi serta kemahiran digital. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 5 sahaja. 2.2 Dua (2) peserta terbaik bagi sekolah menengah daripada setiap negeri layak untuk bertanding pada peringkat kebangsaan. 2.3 Pertukaran peserta selepas pendaftaran tidak dibenarkan. 2.4 Peserta perlu mendapatkan persetujuan dan keizinan dari ibu bapa/ penjaga bagi menyertai pertandingan ini. 2.5 Pihak penganjur dan pengelola tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan harta benda dan lain-lain sepanjang pertandingan berlangsung. 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 3.1 Pertandingan dibahagikan kepada dua (2) tugasan; penerbangan secara MANUAL dan AUTONOMOUS. 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Penerbangan manual (manual flight) 4.1.1 Tiada pelan penerbangan disebar luas kepada peserta. 4.1.2 Peserta hanya akan didedahkan mengenai pelan penerbangan di lokasi pertandingan dan mereka akan diberikan masa untuk mengukur jarak antara halangan (obstacles).


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 37 4.1.3 Test run berjadual akan diadakan untuk semua peserta membiasakan diri dengan kawasan penerbangan. 4.1.4 Peserta akan diuji dalam disiplin-disiplin penerbangan seperti slalom, up and under, figure of 8, tunneling dan point of interest (POI). 4.1.5 Peserta boleh bergerak mengikut drone semasa proses pengujian, namun tidak boleh menyentuh drone dengan tangan sehingga tamat. 4.1.6 Peserta tidak boleh menyentuh mana-mana marker atau halangan semasa pengujian penerbangan. 4.1.7 Sekiranya dron menyentuh halangan tapi masih mampu dikawal, peserta boleh meneruskan penerbangan sehingga selesai. 4.1.8 Sekiranya dron terkena halangan dan terhempas, peserta boleh mengangkat dron tersebut ke tapak pendaratan sebelumnya. Terdapat tiga (3) tapak pendaratan bagi setiap bahagian. 4.1.9 Peserta boleh menerbangkan dron secara menghadap ke hadapan semasa semua disiplin kecuali POI. Untuk POI, bahagian hadapan dron haruslah menghadap ke tiang penanda. (pole marker) 4.1.10 Setiap peserta hanya diberikan satu (1) percubaan sahaja semasa pengujian penerbangan manual. 4.1.11 Side coaching semasa pengujian penerbangan adalah TIDAK DIBENARKAN. 4.2 Penerbangan autonomous (autonomous flight) 4.2.1 Tiada pelan penerbangan disebar luas kepada peserta. 4.2.2 Peserta hanya akan didedahkan mengenai pelan penerbangan di lokasi pertandingan dan mereka akan diberikan masa untuk mengukur kawasan penerbangan. 4.2.3 Untuk penerbangan autonomous, peserta akan diuji dari segi kebolehan menggunakan coding DroneBlocks dan sekurangkurangnya satu (1) arahan untuk setiap maneuver dalam senarai Navigation iaitu fly forward, yaw, fly up, fly to dan curve; satu (1) arahan untuk flip, dan sekurang-kurangnya satu (1) arahan Loops,


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 38 4.2.4 Setiap peserta hanya diberikan satu (1) percubaan sahaja semasa pengujian penerbangan autonomous. 4.2.5 Kawasan penerbangan autonomous bersaiz 4m X 4m manakala zon pendaratan adalah seluas 2m X 4m. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Penilaian projek akan dilaksanakan oleh tiga (3) orang panel hakim. 5.2 Penilaian oleh hakim berdasarkan kepada kriteria penilaian yang ditetapkan oleh penganjur. 6.0 KRITERIA PENILAIAN 6.1. Penilaian Penerbangan Manual oleh hakim adalah berdasarkan kriteria berikut: BAHAGIAN KRITERIA OBJEKTIF MARKAH MAKSIMUM Persediaan Penerbangan Memastikan aspek-aspek keselamatan pesawat dan alat kawalan berada dalam keadaan optimum Kemahiran Aspek Keselamatan 5 Binding antara pesawat dan alat kawalan dengan mengubah nama pesawat berserta password agar tidak terganggu dengan peserta lain 5 Bahagian I Berjaya berlepas dengan selamat Kemahiran penerbangan 2 Navigasi melalui halangan “Slalom” dengan sempurna 12 Navigasi melalui halangan “Forward Up and Under” dengan sempurna 12 Mendarat dan Berlepas semula di Tapak Pendaratan Pertama 4 Bahagian II Navigasi membuat “Figure of 8” dengan sempurna 12 Navigasi melalui “Tunnel” dengan sempurna 12 Mendarat dan Berlepas semula di Tapak Pendaratan Kedua 4 Bahagian III Membuat pusingan “Sideward Up and Under” dengan sempurna 12 Membuat pusingan “Point of Interest” (POI) dengan sempurna 12


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 39 BAHAGIAN KRITERIA OBJEKTIF MARKAH MAKSIMUM Mendarat di Tapak Pendaratan Terakhir 2 Kecekapan Melengkapkan keseluruhan penerbangan di bawah 5 minit 6 JUMLAH KESELURUHAN 100 6.2 Penilaian Penerbangan Autonomous oleh hakim adalah berdasarkan kriteria berikut: BAHAGIAN KRITERIA OBJEKTIF MARKAH MAKSIMUM Bahagian I “Navigation” Berjaya berlepas dengan selamat Kemahiran Mengekod “DroneBlocks” 2 Navigasi “fly forward” dengan betul 10 Navigasi “yaw” dengan betul 10 Navigasi “fly up” dengan betul 10 Navigasi “fly to” dengan betul 15 Navigasi “curve” dengan betul 20 Bahagian II “Flip” Membuat satu arahan “flip” dengan sempurna 15 Bahagian III “Loop” Membuat satu arahan “loop” dengan sempurna 15 Bahagian IV “Land” Mendarat di Kawasan Pendaratan Terakhir (Landing Zone) 3 JUMLAH KESELURUHAN 100 6.3 Sekiranya terdapat dua (2) atau lebih peserta yang mencatat purata markah yang sama bagi kedua-dua disiplin, catatan masa terbaik (best Time) semasa Penerbangan Manual akan diambil kira untuk menentukan kedudukan (ranking).


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 40 7.0 Bahan/peralatan yang diperlukan BIL PERALATAN 1. Dron DJI Ryze Tello / Tello Edu / Tello Talent (disediakan oleh peserta) 2. Bateri Tello (disediakan oleh peserta) 3. Hub Pengecasan Bateri Tello (disediakan oleh peserta) 4. Telefon Pintar / Tablet (Android / iOS) 5. Aplikasi Tello (dipasangkan dalam peranti telefon pintar) 6. Aplikasi Drone Blocks (dipasang dalam peranti) 7. Pita pengukur 8. Joystick GameSir, atau mana-mana joystick yang sesuai dengan DJI Tello DIBENARKAN, tidak diwajibkan (opsyenal). 9. Penggunaan Virtual Reality (VR) Goggles juga DIBENARKAN, tidak diwajibkan (opsyenal).


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 41 CONTOH PELAN PENERBANGAN SECARA MANUAL


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 42 CONTOH PELAN PENERBANGAN SECARA AUTONOMOUS Take Off Point (4m) (4m) (4m) “Landing Area” 9(POI


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 43 BORANG PENILAIAN PENERBANGAN MANUAL BAHAGIAN KRITERIA OBJEKTIF MARKAH MAKSIMUM MARKAH Persediaan Penerbangan Memastikan aspek-aspek keselamatan pesawat dan alat kawalan berada dalam keadaan optimum Kemahiran Aspek Keselamatan 5 Binding antara pesawat dan alat kawalan dengan mengubah nama pesawat berserta password agar tidak terganggu dengan peserta lain 5 Bahagian I Berjaya berlepas dengan selamat Kemahiran penerbangan 2 Navigasi melalui halangan “Slalom” dengan sempurna 12 Navigasi melalui halangan “Forward Up and Under” dengan sempurna 12 Mendarat dan Berlepas semula di Tapak Pendaratan Pertama 4 Bahagian II Navigasi membuat “Figure of 8” dengan sempurna 12 Navigasi melalui “Tunnel” dengan sempurna 12 Mendarat dan Berlepas semula di Tapak Pendaratan Kedua 4 Bahagian III Membuat pusingan “Sideward Up and Under” dengan sempurna 12 Membuat pusingan “Point of Interest” (POI) dengan sempurna 12 Mendarat di Tapak Pendaratan Terakhir 2 Kecekapan Melengkapkan keseluruhan penerbangan di bawah 5 minit 6 JUMLAH KESELURUHAN 100 MATA PENALTI (MAKSIMA 20 MARKAH) Nama Hakim : Tandatangan Hakim :


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 44 BORANG PENILAIAN PENERBANGAN AUTONOMOUS BAHAGIAN KRITERIA OBJEKTIF MARKAH MAKSIMUM MARKAH Bahagian I “Navigation” Berjaya berlepas dengan selamat Kemahiran Mengekod “DroneBlocks” 2 Navigasi “fly forward” dengan betul. 10 Navigasi “yaw” dengan betul 10 Navigasi “fly up” dengan betul 10 Navigasi “fly to” dengan betul 15 Navigasi “curve” dengan betul 20 Bahagian II “Flip” Membuat satu arahan “flip” dengan sempurna 15 Bahagian III “Loop” Membuat satu arahan “loop” dengan sempurna 15 Bahagian IV “Land” Mendarat di Kawasan Pendaratan Terakhir (Landing Zone) 3 JUMLAH KESELURUHAN 100 MATA PENALTI (MAKSIMA 10 MARKAH) BAHAGIAN KRITERIA MARKAH MAKSIMUM MARKAH A Penerbangan Manual 100 B Penerbangan Autonomous 100 JUMLAH KESELURUHAN 200 Nama Hakim : Tandatangan Hakim :


Click to View FlipBook Version