The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cikgu Mira, 2023-06-24 23:08:22

KERTAS KERJA KARNIVAL STEM 2023

KERTAS KERJA KARNIVAL STEM 2023

KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 45 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN YOUNG ROBOTICISTS CHALLENGE 1.0 PENGENALAN YOUNG ROBOTICISTS CHALLENGE merupakan anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Pertandingan ini menjadi platform dalam pertumbuhan inovasi robotik dalam kalangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah dengan penghasilan robot menggunakan teknologi mikropengawal untuk melaksanakan cabaran robot yang ditetapkan. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini meliputi penyelesaian masalah secara inkuiri, membuat penyelidikan dan analisis, kemahiran pengaturcaraan, kreativiti dalam mereka bentuk kejuruteraan, kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital. 2.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini dijalankan secara bersemuka. 2.2 Pertandingan ini terbuka kepada dua (2) kategori: 2.2.1 Sekolah rendah (Murid tahun 1 hingga 6) 2.2.2 Sekolah menengah: Murid tingkatan 1 hingga 5 2.3 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1) guru pembimbing. 2.4 Hanya dua (2) pasukan terbaik daripada sekolah menengah dan dua (2) pasukan terbaik daripada sekolah rendah sahaja yang akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 3.1 Cabaran robot: Cable Car Robot. 3.2 Peserta perlu membina satu robot yang boleh bergerak pantas sejauh 1.0 meter secara tergantung pada satu besi hollow box yang diwarnakan dengan warna hitam dan putih yang diletakkan di antara dua meja dengan ukuran yang telah ditetapkan. Rujuk susunan landasan pertandingan dalam Lampiran 6 dan senarai peralatan yang digunakan dalam Lampiran 7. 3.3 Robot perlu melaksanakan tugasan yang ditetapkan mengikut kategori pertandingan seperti berikut (rujuk Lampiran 6):


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 46 3.5.1 Kategori sekolah rendah Robot bermula di dalam kawasan AB perlu mengambil bola di titik A. Robot membawa bola pingpong tersebut untuk dimasukkan ke dalam bekas di titik C dan meneruskan gerakan ke titik D. 3.5.2 Kategori sekolah menengah Robot bermula di dalam kawasan CD bergerak ke titik A untuk mengambil bola pingpong. Kemudian robot membawa bola pingpong tersebut untuk dimasukkan ke dalam bekas di titik C dan meneruskan gerakan ke titik D. 3.4 Dimensi maksimum robot adalah 30cm (panjang) X 30cm (lebar) x 30cm (tinggi) 3.5 Jenis dan bilangan mikropengawal yang boleh digunakan untuk robot adalah BEBAS. 3.6 Jenis dan bilangan sensor, motor dan komponen-komponen untuk merekabentuk robot juga adalah BEBAS mengikut kreativiti masingmasing. 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Pasukan membawa robot yang telah siap dipasang ke pertandingan. 4.2 Pertandingan akan di jalankan dalam dua (2) pusingan seperti jadual berikut: Pusingan 1 (Hari Pertama) Tempoh masa Persediaan robot 15 minit Pembentangan lisan dan sesi soal jawab 5min/kumpulan Uji lari 120 minit Rehat (Robot dikuarantin) Pertandingan pusingan pertama 60 minit Pusingan 2 (Hari Kedua) Tempoh masa Uji lari 90 minit Pertandingan pusingan kedua 60 minit Tie breaker (jika ada) 4.3 Tiga (3) set landasan pertandingan akan disediakan oleh pihak pengelola bagi setiap kategori untuk sesi uji lari. Setiap pasukan hanya


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 47 diperuntukkan tiga (3) minit sahaja untuk membuat uji lari pada satu-satu masa. 4.4 Pasukan yang ingin membuat uji lari perlu beratur bersama dengan robot. Sekiranya ahli pasukan beratur tanpa robot, pasukan lain boleh memotong barisan pasukan tersebut. 4.5 Masa akan bermula apabila arahan ‘MULA’ dari hakim di kawasan permulaan robot. Jika pasukan secara tidak sengaja menggerakkan robot sebelum arahan ‘MULA’ dari hakim, pasukan tersebut perlu memulakan robot semula di kawasan permulaan. 4.6 Masa akan dihentikan apabila bahagian hadapan badan robot sampai di titik D (rujuk Lampiran 6). 4.7 Tempoh masa maksimum untuk robot menyelesaikan cabaran adalah lima (5) minit. 4.8 Percubaan dan masa anda akan berakhir jika: 4.8.1 Masa cabaran lima (5) minit telah tamat. 4.8.2 Pasukan memberitahu hakim “STOP”. 4.9 Selepas masa bermula, jika robot tidak dapat berfungsi sebagaimana yang diinginkan seperti: 4.9.1 Robot jatuh 4.9.2 Bola ping pong jatuh 4.9.3 Robot tidak bergerak pasukan boleh memulakan semula percubaan tetapi masa tetap berjalan sehingga tempoh masa lima (5) minit berakhir. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Penilaian akan dilaksanakan oleh tiga (3) panel hakim bagi setiap kategori. 6.0 KRITERIA PENILAIAN 6.1 Penilaian markah terbahagi kepada dua (2) komponen.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 48 6.1.1 Pembentangan lisan dan sesi soal jawab (20 Markah) Setiap pasukan diberi masa lima (5) minit untuk membuat pembentangan tentang rekabentuk kejuruteraan robot, komponen yang digunakan, konsep mekanikal yang terlibat dan carta alir/pseudokod fungsi robot. 6.1.2 Cabaran robot (80 Markah) Robot akan mengumpul markah berdasarkan kejayaan tugasan berikut: i. Robot dapat mengambil bola pingpong 30 markah ii. Robot berjaya memasukkan bola pingpong ke dalam bekas sepenuhnya. Tiada markah diberi sekiranya bola pingpong dari luar melantun ke dalam bakul 30 markah iii. Robot sampai ke titik akhir, D 20 markah 6.2 Markah tertinggi/terbaik pasukan dalam dua pusingan pertandingan akan diambil kira dalam penentuan kedudukan. 6.3 Kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan markah tertinggi dan masa terpantas.


BORANG PENILAIAN YOUNG A) SESI PEMBENTANGAN DAN SOAL JAWAB (20 MARKAH Sangat Baik Baik 16-20 11 - 15 Peserta menguasai konsep mekanikal dan rekabentuk secara keseluruhan. Respon peserta amat cemerlang, proaktif serta bernas. Pembentangan jelas dan lancar. Peserta dapat menerangkan konsep mekanikal dan rekabentuk tetapi tidak menyeluruh. Respon peserta dilihat jelas tetapi kurang meyakinkan. Pembentangan dilihat lancar. Pes beb sah men Pem lanc men pem B) CABARAN CABLE CAR ROBOT (80 MARKAH) i. Robot dapat mengambil bola pingpong ii. Robot dapat memasukkan bola pingpong ke dalam bekas iii. Robot sampai ke titik akhir MASA


ROBOTICISTS CHALLENGE KOD PASUKAN ) Memuaskan Kurang Memuaskan MARKAH 6 - 10 1 - 5 serta dapat menjelaskan berapa konsep mekanikal haja.Respon peserta njawab secara asas. mbentangan tidak car, namun peserta ncuba sehingga tamat mbentangan. Peserta tidak menguasai konsep dan rekabentuk. Respon tidak menjawab soalan. Pembentangan projek dilihat terganggu/ tergagap-gagap. 30 MARKAH 30 MARKAH 20 MARKAH JUMLAH MARKAH JUMLAH MARKAH KESELURUHAN (A+B)


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 50 BORANG RUMUSAN KEDUDUKAN YOUNG ROBOTICISTS CHALLENGE BIL KOD PASUKAN JUMLAH MARKAH MASA KEDUDUKAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32.


SUSUNAN LANDASAN PERTANDINGAN *Lakaran tidak mengikut skala


LAMPIRAN 6


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 52 LAMPIRAN 7 SENARAI BAHAN UNTUK LANDASAN PERTANDINGAN Bil Perkara Kuantiti Spesifikasi 1. Besi hollow box 1 Ukuran 1 inci lebar x 1 inci tinggi Panjang 7 kaki / 2 meter 2. Penutup botol air 1 Menjadi tapak untuk diletakkan bola ping pong 3. Bakul 1 Ukuran 36cm lebar x 28cm panjang 4. Bola pingpong putih 1 5. Cat / spray warna hitam dan putih 1 6. Apit-G 2 7. Jam randik 1 8. Alas tapak 1 Apa-apa bahan yang sesuai supaya jarak antara besi hollow box dan bakul adalah 40 cm. 9. Kapas 1 Diletakkan di dalam bakul bagi mengelakkan lantunan bola pingpong


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 53 KERTAS KONSEP PERTANDINGAN STEM TALENT SHOW 1.0 PENGENALAN Pertandingan STEM Talent Show adalah salah satu aktiviti anjuran Bahagian Sukan, Kokurikukum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama semua Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Aktiviti ini akan dilaksanakan dalam Karnival STEM bertujuan meningkatkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Persembahan pentas dalam STEM Talent Show disampaikan secara kreatif, hands-on, praktikal dan menyeronokkan berpandukan pilihan tema dalam DSKP mana- mana mata pelajaran STEM. Oleh yang demikian, pertandingan STEM Talent Show ini wajar dijadikan aktiviti pertandingan pada peringkat sekolah, daerah, negeri dan juga kebangsaan. Pertandingan ini akan dijalankan secara bersemuka. 2.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah menengah tingkatan 1 hingga 3 sahaja. 2.2 Setiap pasukan terdiri daripada tiga (3) orang murid, dan satu (1) orang guru pembimbing. Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama. 2.3 Setiap penyertaan hendaklah disertakan bersama-sama: 2.3.1 borang penyertaan yang lengkap; dan 2.3.2 borang pengisytiharan alatan dan bahan. 3.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN 3.1 Peserta perlu membuat persembahan di atas pentas. Persembahan tidak boleh lebih daripada 10 minit. Peserta akan memilih tema persembahan, membuat persembahan dan menerangkan proses saintifik dalam persembahan tersebut. 3.2 Tema Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema sahaja. Pemilihan tema adalah seperti yang berikut; 3.2.1 Penyenggaraan dan kesinambungan hidup; 3.2.2 Penerokaan unsur dalam alam; dan 3.2.3 Tenaga dan kelestarian hidup.


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 54 3.3 Satu (1) persembahan terbaik sahaja daripada setiap negeri layak untuk bertanding di peringkat kebangsaan. 4.0 FORMAT PERTANDINGAN 4.1 Persembahan hendaklah berunsurkan STEM dan menepati tema DSKP Tingkatan 1-3 KSSM mata pelajaran STEM. 4.2 Persembahan hendaklah disediakan sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Peserta tidak dibenarkan menggunakan keduadua bahasa dalam satu persembahan. 4.3 Masa yang diberikan adalah 15 minit. Tiga (3) minit masa untuk persediaan peralatan dan bahan di atas pentas. Dua (2) minit masa untuk mengemas alatan dan bahan (turun pentas). 4.4 Jangka masa pertunjukan mestilah tidak melebihi 10 minit. Murid dikehendaki mempersembahkan sekurang-kurangnya dua (2) demonstrasi dalam setiap persembahan. Persiapan Alatan Bahan Atas Pentas Persembahan Mengemas Alatan Bahan Pentas 3 minit 10 minit 2 minit Loceng 1[L1] : Sebaik peserta naik ke pentas untuk persiapan alat dan bahan– 1x Loceng 2[L2] : Pada minit ke-3 – 1x (Persembahan bermula) Loceng 3 [L3] : Pada minit ke-12 – 1x (Persembahan berbaki 1 minit) Loceng 4 [L4] : Pada minit ke-13 – 2x (Persembahan tamat dan peserta mengemas alatan dan bahan) 4.5 Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan. 4.6 Peserta hendaklah memakai pakaian yang kemas, sopan dan bersesuaian. Pemakaian kostum tertakluk kepada daya kreativiti masing-masing dan tidak mengganggu kelancaran persembahan. L1 L2 L3 L4


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 55 4.7 Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah terbakar, meletup atau beracun. Langkah keselamatan hendaklah dititik beratkan semasa penggunaan bahan-bahan tersebut. Jika terdapat keperluan, penggunaan bahan yang berbahaya adalah wajib di bawah pengawasan ibu bapa/guru pembimbing. Peserta wajib mengisi borang pengisytiharan peralatan atau bahan. 4.8 Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan persembahan STEM yang dijalankan adalah selamat dan mematuhi syarat-syarat pertandingan. 5.0 PROSES PENILAIAN 5.1 Penilaian persembahan akan dilaksanakan oleh pengelola peringkat kebangsaan yang dinilai oleh tiga (3) orang panel hakim kebangsaan. 5.1 Terbahagi kepada tiga (3) komponen: 5.2.1 Komponen I : PEMILIHAN TEMA (5 MARKAH) 5.2.2 Komponen II : PERSEMBAHAN (50 MARKAH) 5.2.3 Komponen III : PENYAMPAIAN (45 MARKAH) 6.0 KRITERIA PENILAIAN KOMPONEN KRITERIA MARKAH Tema Menepati tema yang dipilih 5 Persembahan Pengenalan 10 Ujikaji/pembentangan 15 Kefahaman konsep/pemikiran saintifik/fakta saintifik 15 Keaslian 10 Penyampaian Susun atur/kelancaran penyampaian 10 Kreativiti dan inovasi dalam penyampaian/props 15 Bahasa/pertuturan/ekspresi/gaya 10 Impak 10 JUMLAH 100 *5 MARKAH AKAN DIPOTONG PADA PERSEMBAHAN SEKIRANYA MELEBIHI 10 MINIT


KERTAS KONSEP KARNIVAL STEM TAHUN 2023| 56 BORANG PENILAIAN STEM TALENT SHOW NO PESERTA/PASUKAN: TEMA PERSEMBAHAN: TAJUK PERSEMBAHAN: KOMPONEN KRITERIA MARKAH MAKSIMUM MARKAH TEMA Menepati tema yang dipilih 5 PERSEMBAHAN Pengenalan 10 Ujikaji/pembentangan 15 Kefahaman konsep/ Pemikiran saintifik/fakta saintifik 15 Keaslian 10 PENYAMPAIAN Susun atur/kelancaran penyampaian 10 Kreativiti dan inovasi dalam penyampaian/props 15 Bahasa/pertuturan/ekspresi/ gaya 10 Impak 10 JUMLAH 100 PERSEMBAHAN MELEBIHI 10 MINIT YA/TIDAK JUMLAH BESAR *5 MARKAH AKAN DIPOTONG PADA PERSEMBAHAN SEKIRANYA MELEBIHI 10 MINIT


Click to View FlipBook Version