The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 2018-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

COLLECTIVE AGREEMENT

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 2018-2021

Keywords: CA

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

PERJANJIAN KOLEKTIF

KE-2

ANTARA

NIPPON WIPER BLADE (M) SDN. BHD.

DAN

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA

NIPPON WIPER BLADE (M) SDN. BHD.

1 JANUARI 2019 – 31 DISEMBER 2021

1

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL INDEKS MUKA SURAT

ARTIKEL 1- TAJUK 4
ARTIKEL 2- PENDAHULUAN 5
ARTIKEL 3- SKOP PERJANJIAN 6
ARTIKEL 4- PENGIKTIRAFAN SYARIKAT 7
ARTIKEL 5- PENGIKTIRAFAN KESATUAN 8
ARTIKEL 6- PAPAN KENYATAAN 9
ARTIKEL 7- YURAN ANGGOTA KESATUAN 10
ARTIKEL 8- TEMPOH, UBAHSUAI,KUATKUASA DAN TAMAT
PERJANJIAN 11
ARTIKEL 9- TAFSIRAN 12
ARTIKEL 10 - UNDANG-UNDANG 13
ARTIKEL 11 - PERUBAHAN NAMA ATAU PENGGABUNGAN 14
ARTIKEL 12 - JAWATANKUASA PENYELARAS 15
ARTIKEL 13 - KEGIATAN KESATUAN DALAM WAKTU KERJA 16
ARTIKEL 14 - AHLI DAN BUKAN AHLI KESATUAN 17
ARTIKEL 15 - TAFSIRAN DAN TIMBANGTARA 18
ARTIKEL 16 - PENGEDARAN PERJANJIAN 19
ARTIKEL 17 - KILANAN 20
ARTIKEL 17A - CARTA TATACARA KILANAN 21
ARTIKEL 17B - BORANG KILANAN 22
ARTIKEL 18 - JAMINAN 23
ARTIKEL 19 - SIASATAN DALAMAN 24
ARTIKEL 19A - JAWATANKUASA SIASATAN DALAMAN 25
ARTIKEL 20 - JEMAAH TIMBANGTARA 26
ARTIKEL 21 - TATASUSILA DAN SALAHLAKU 27
ARTIKEL 22 - TATATERTIB DAN PROGRAM PEMULIHAN 28
ARTIKEL 23 - TEMPOH PERCUBAAN 29
ARTIKEL 24 - GAJI 30
ARTIKEL 25 - BAYARAN GAJI 31
ARTIKEL 26 - KADAR GAJI 32
ARTIKEL 27 - KENAIKAN GAJI TAHUNAN 33
ARTIKEL 27A - BORANG PENILAIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN 34 – 35
ARTIKEL 28 - GAJI KENAIKAN PANGKAT 36
ARTIKEL 29 - PEKERJA BARU 37
ARTIKEL 30 - TANGGUNGJAWAB PEKERJA 38
ARTIKEL 31 - PEKERJA KURANG UPAYA 39
ARTIKEL 32 - PEKERJA SEMENTARA 40
ARTIKEL 33 - SURAT TAWARAN 41
ARTIKEL 34 - PENAMATAN PEKERJAAN 42
ARTIKEL 35 - NOTIS PERLETAKAN JAWATAN 43
ARTIKEL 36 - PEMBERHENTIAN PEKERJAAN LEBIHAN PEKERJA 44
ARTIKEL 37 - PERTUKARAN DALAM ARAHAN TUGAS 45
ARTIKEL 38 - SISTEM DAN TEKNOLOGI BARU 46
ARTIKEL 39 - PEMINDAHAN 47
ARTIKEL 40 - HARI BEKERJA 48
ARTIKEL 41 - WAKTU BEKERJA 49
ARTIKEL 42 - SISTEM PENGURUSAN MASA 50

2

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL INDEKS MUKA SURAT

ARTIKEL 43 - KALENDAR TAHUNAN SYARIKAT 51
ARTIKEL 44 -
ARTIKEL 45 - KERJA LEBIH MASA 52
ARTIKEL 46 -
ARTIKEL 47 - CUTI KESATUAN / PELEPASAN TUGAS 53
ARTIKEL 48 -
ARTIKEL 49 - PENYERTAAN SUKARELAWAN DAN KHIDMAT NEGARA 54
ARTIKEL 50 -
ARTIKEL 51 - CUTI TAHUNAN 55
ARTIKEL 52 -
ARTIKEL 53 - CUTI SAKIT DAN CUTI HOSPITAL 56
ARTIKEL 54 -
ARTIKEL 55 - CUTI BERPANJANGAN 57
ARTIKEL 56 -
ARTIKEL 57 - CUTI EHSAN 58
ARTIKEL 58 -
ARTIKEL 59 - CUTI KHIDMAT 59
ARTIKEL 60 -
ARTIKEL 61 - CUTI MENGERJAKAN IBADAH 60
ARTIKEL 62 -
ARTIKEL 63 - CUTI TANPA GAJI 61
ARTIKEL 64 -
ARTIKEL 65 - ELAUN DAN INSENTIF KEDATANGAN 62
ARTIKEL 66 -
ARTIKEL 67 - ELAUN PENGANGKUTAN 63
ARTIKEL 68 -
ARTIKEL 69 - ELAUN SYIF MALAM 64
ARTIKEL 70 -
ARTIKEL 71 - ELAUN MAKAN HARIAN 65
ARTIKEL 72 -
ARTIKEL 73 - ELAUN MAKAN KERJA LEBIH MASA 66
ARTIKEL 74 -
ARTIKEL 75 - ELAUN KERJA PANGGIL BALIK (On-Call) 67
ARTIKEL 76 -
ARTIKEL 77 - ELAUN PANAS 68
ARTIKEL 78 -
ARTIKEL 79 - ELAUN JAWATAN GRED ‘E’ 69
ARTIKEL 80 -
ARTIKEL 81 - ELAUN JAWATAN GRED ‘D’ 70
ARTIKEL 82 -
ARTIKEL 83 - ELAUN MEMANGKU TUGAS 71
ARTIKEL 84 -
ARTIKEL 85 - ELAUN LATIHAN / KURSUS 72
ARTIKEL 86 -
ELAUN PERJALANAN RASMI – DALAM NEGARA 73

ELAUN PERJALANAN RASMI – LUAR NEGARA 74

ELAUN PEMANDU FORKLIFT 75

FAEDAH PERUBATAN 76

FAEDAH PERGIGIAN 77

FAEDAH BERSALIN 78

FAEDAH PERKAHWINAN 79

FAEDAH KEMATIAN DALAM TEMPOH BERKHIDMAT 80

FAEDAH PERKHIDMATAN 81

FAEDAH INSURAN KELOMPOK 82

FAEDAH BONUS TAHUNAN 83

PAKAIAN SERAGAM 84

PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA 85

PERALATAN DAN PERKAKAS KERJA 86

TEMPAT LETAK KENDERAAN 87

BAS DAN VAN PEKERJA 88

KETEPATAN MASA DAN TEMPAT KERJA 89

DATANG LEWAT DAN BALIK AWAL 90

KEBENARAN MASUK DAN KELUAR DARI SYARIKAT 91

MEMBAWA KELUAR HARTA SYARIKAT 92

KAD PEKERJA 93

MENINGGALKAN SYARIKAT PADA WAKTU KERJA 94

Lampiran A - Artikel 21 95

3

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 1 : TAJUK

a) Perjanjian ini dikenali sebagai ‘PERJANJIAN KOLEKTIF BERSAMA KESATUAN
PEKERJA-PEKERJA NIPPON WIPER BLADE (M) SDN. BHD. DAN NIPPON WIPER
BLADE (M) SDN. BHD.’ bermula dari 1hb Januari 2019 sehingga
31 Disember 2021.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

4

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 2 : PENDAHULUAN

a) Perjanjian ini adalah persetujuan antara Kesatuan dan Syarikat hasil
rundingan bersama bagi mengekalkan perhubungan industri yang harmoni
dan sejahtera antara kedua pihak.

b) Syarikat dan Kesatuan sentiasa bersama menjaga kepentingan pekerja
bagi mengelakkan tindakan perusahaan yang boleh mengakibatkan kerugian
kepada kedua-dua belah pihak.

c) Untuk kesejahteraan kebajikan pekerja pengurusan Syarikat yang cekap
akan memastikan kepentingan kepada pekerja diutamakan melalui jaminan
kontrak dengan upah berpatutan dan layanan yang adil.

d) Untuk tujuan perjanjian ini, Syarikat dan Kesatuan bersama berikrar
untuk mematuhi peruntukan-peruntukan perjanjian, bekerjasama dengan
jujur serta mewujudkan hubungan perindustrian harmoni berterusan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

5

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 3 : SKOP PERJANJIAN

a) Perjanjian ini dibuat pada 1 Januari 2019 antara KESATUAN PEKERJA-
PEKERJA NIPPON WIPER BLADE (M) SDN. BHD. disebut KESATUAN bagi satu
pihak dan NIPPON WIPER BLADE (M) SDN. BHD. disebut sebagai SYARIKAT
bagi pihak yang lain, di dalam mana yang telah dipersetujui bahawa
syarat-syarat perkhidmatan akan dipatuhi oleh perjanjian ini pada satu
pihak dan Syarikat di pihak yang lain seperti yang ditetapkan dalam
perjanjin ini.

b) Perjanjian ini meliputi semua kategori pekerja melainkan :

i. Kakitangan Pengurusan Sumber Manusia, Pentadbiran,
Keselamatan dan Kesihatan serta Kakitangan Sulit yang
menjalankan tugas-tugas sulit berkaitan kakitangan
syarikat, kewangan, cukai, jualan dan dasar syarikat.

ii. Kakitangan Pengurusan dan Pentadbiran yang menjalankan
tugas dan bertanggungjawab untuk menukar, menggantung dan
mengenakan tindakan tatatertib kepada pekerja.

iii. Pekerja sambilan dan pelatih bagi jawatan pengurusan dan
teknikal.

iv. Pekerja Keselamatan dan Kesihatan serta Pengawal
Keselamatan.

v. Pekerja sementara dan kontrak yang BUKAN Warganegara
Malaysia.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

6

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 4 - PENGIKTIRAFAN SYARIKAT

a) Kesatuan mengiktiraf hak syarikat dalam menjalankan serta menguruskan
perniagaan dengan memahami fungsi yang dilaksanakan seadilnya tanpa
mengabaikan hak umum dalam pengambilan kakitangan baru, kenaikan
pangkat, pembuangan kerja, pertukaran, pemberhentian, penggantungan
atau lain-lain tindakan tatatertib kepada pekerja termaktub dalam
Perjanjian ini dan undang-undang yang digunapakai pada masa ini.

b) Kesatuan dan juga ahlinya akan memberi kerjasama serta bersama
berusaha untuk memajukan prestasi perniagaan Syarikat.

c) Kesatuan dan juga ahlinya juga bertanggungjawab terhadap Syarikat
dengan sedaya upaya mempertingkatkan prestasi disiplin yang baik dalam
menjalankan kerja.

d) Kesatuan mengiktiraf hak Syarikat menjalankan haknya menguruskan
perniagaan dan akan memastikan tidak melanggar sebarang peruntukan
dalam Perjanjian.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

7

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 5 : PENGIKTIRAFAN KESATUAN

a) Syarikat mengiktiraf Kesatuan sebagai wakil perunding untuk pekerja
yang menjadi ahli Kesatuan serta masih dalam tempoh menjadi ahli dan
masih berkhidmat KECUALI yang disebutkan dalam Artikel 3.

b) Syarikat atau mana-mana pihak tidak boleh mendiskriminasi terhadap
pekerja dengan alasan ianya seorang ahli Kesatuan atau bukan ahli
Kesatuan atau seorang Pegawai Majlis Jawatankuasa Kerja Kesatuan.

c) Syarikat tidak boleh memberi syarat pekerjaan tambahan yang lebih baik
dari perjanjian ini.

d) Kesatuan dan ahli bertanggungjawab akan mematuhi peraturan Syarikat
dalam menjalankan tugas dan bekerja dengan bersungguh-sungguh demi
kemajuan Syarikat.

e) Syarikat hendaklah mendapatkan pandangan dan suara pekerja melalui
Kesatuan dalam hal yang tidak sulit melibatkan keperluan dan
kepentingan pekerja sebelum ianya dilaksanakan.

f) Syarikat membenarkan mana-mana Pegawai Kesatuan dan Ahli Kesatuan
menyertai atau menghadiri aktiviti Kesatuan atau mana-mana aktiviti
atau program atau urusan yang berkaitan pekerja serta Kesatuan dengan
Jabatan dibawah Kementerian Sumber Manusia seperti peruntukan Akta
Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

g) Syarikat melalui jabatan sumber manusia memberi kebenaran kepada
pegawai dan ahli Kesatuan untuk menyertai atau menghadiri mana-mana
aktiviti Kesatuan dan perlu mematuhi peraturan yang dikuatkuasa oleh
Syarikat.

h) Syarikat mengiktiraf setiap urusan atau aktiviti atau kegiatan
Kesatuan untuk ahli Kesatuan pada waktu bekerja untuk kepentingan
pekerja dan kemajuan Syarikat dalam mewujudkan hubungan
perindustrian yang harmoni.

i) Syarikat bersetuju memaklumkan kepada pekerja berkaitan Syarat Pekerja
yang dipersetujui dalam Perjanjian ini.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

8

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 6 : PAPAN KENYATAAN

a) Syarikat hendaklah menyediakan papan kenyataan Kesatuan dikawasan
menjadi tumpuan pekerja.

b) Informasi yang bukan kaitan dengan Kesatuan hendaklah mendapatkan
persetujuan dari pihak pengurusan Syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

9

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 7 : YURAN ANGGOTA KESATUAN

a) Borang daftar keanggotaan akan dikeluarkan oleh Kesatuan dan diberi
kepada pekerja untuk diisi daftar keahlian dalam sesi induksi dan pada
bila-bila masa pada yang masih belum menjadi ahli Kesatuan.

b) Kebenaran bertulis yang diisi dalam borang adalah bukti potongan gaji
yuran bulanan dan yuran daftar masuk keanggotaan akan dibuat.

c) Syarikat wajib membuat potongan gaji selepas menerima Satu (1) salinan
borang pendaftaran dan potongan yuran hendaklah dibuat dalam kadar
segera sebelum tarikh pembayaran gaji.

d) Syarikat wajib menghantar senarai nama ahli membuat potongan yuran
sebelum atau pada Sepuluh (10) haribulan pada bulan berikutnya kepada
Bendahari dan Setiausaha.

e) Perubahan jumlah amaun potongan yuran, Kesatuan akan memaklumkan
secara bertulis selepas mendapat keputusan persetujuan undi sulit pada
mesyuarat agung.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

10

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 8 : TEMPOH, UBAHSUAI, KUATKUASA DAN TAMAT PERJANJIAN

a) Perjanjian ini berkuatkuasa pada 1 JANUARI 2019 untuk tempoh TIGA (3)
tahun sehingga digantikan oleh satu perjanjian yang baru selepas
mendapat pegiktirafan dari Mahkamah Perusahaan dan perjanjian ini akan
tamat.

b) Sepanjang tempoh perjanjian, Syarikat dan Kesatuan TIDAK BOLEH
mengubah atau membuat tuntutan atau meminda mana-mana syarat
perjanjian yang baru KECUALI dipersetujui bersama dan penguatkuasaan
sebarang peruntukan yang dibuat setelah mendapat pengiktirafan
Mahkamah Perusahaan.

c) Perbezaan dalam syarat Perjanjian ini hendaklah dikemukakan oleh kedua
pihak kepada Mahkamah Perusahaan dalam tempoh SATU (1) bulan dari
tarikh perjanjian.

d) Kedua pihak tidak boleh memberi atau menyerahkan kepada pihak yang
lain notis bertulis dalam tempoh TIGA (3) bulan bagi berunding syarat
dan peraturan yang baru serta perkara yang berkaitan. Notis yang sama
juga TIDAK BOLEH diserahkan lebih awal dari ENAM (6) bulan.

e) Rundingan yang tidak mendapat pesetujuan, maka syarat dan peraturan
yang diguna pakai masa kini akan digunakan sehingga syarat baru ditukar
dengan persetujuan bersama atau mendapat perintah Mahkamah Perusahaan.

f) Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan memberi notis TIGA (3) bulan
sebelum tempoh tamat dan tidak boleh diserahkan sebelum ENAM (6) bulan.

g) Setelah tempoh perjanjian ini tamat dan rundingan perjanjian kolektif
baru masih berjalan maka syarat-syarat dalam perjanjian masih
digunapakai dan berkuatkuasa.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

11

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 9 - TAFSIRAN

a) Perjanjian ini dibaca dan diertikan sebagai Perjanjian berasingan
serta bebas antara Syarikat dan Kesatuan sebagai badan perunding
kepada Pekerja.

b) Maksud artikel ini sebarang kontrak perkhidmatan pekerja seperti yang
dinyatakan pada Artikel 3 wujud dan jika terdapat percanggahan dengan
syarat Perjanjian maka ianya diganti dengan syarat yang bersesuaian
dari perjanjian ini.

c) Pertikaian berkaitan tafsiran ini diselesaikan secara rundingan antara
Syarikat dan Kesatuan atau merujuk ke Mahkamah Perusahaan mengikut
peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

12

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 10 : UNDANG-UNDANG

a) Sebarang undang-undang baru memperuntukkan terma dan syarat pekerjaan
selain dari Perjanjian ini, maka syarat tersebut akan digunakan secara
automatik.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

13

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 11 : PERUBAHAN NAMA ATAU PENGGABUNGAN

a) Syarikat atau Kesatuan mengubah nama atau bergabung dengan mana-mana
syarikat atau pertubuhan lain hingga menyebabkan Syarikat atau
Kesatuan secara keseluruhan operasi atau sebahagian diserapkan, maka
artikel dalam perjanjian ini masih boleh digunapakai sepanjang baki
tempoh sah perjanjian.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

14

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 12 : JAWATANKUASA PENYELARAS

a) Jawatankuasa yang terdiri wakil pekerja dalam syarikat boleh
ditubuhkan bagi tujuan mengekalkan keharmonian antara pengurusan
Syarikat dan Kesatuan yang mewakili pekerja.

b) Tujuan artikel ini bermaksud Syarikat mewakili setiap Jabatan bagi
membincangkan masalah dari pelbagai aspek untuk dikongsi bersama
Kesatuan.

c) Mengadakan perjumpaan Mesyuarat Bulanan Bersama Jabatan dalam minggu
pertama setiap 2 bulan.

d) Syarikat bersedia menerima apa sahaja aduan atau teguran berkaitan
masalah perlu diselesaikan serta menyatukan perbezaan pendapat dalam
perkara yang tidak ditimbulkan dalam Perjanjian ini.

e) Jawatankuasa Penyelaras dilarang untuk membuat tuntutan diluar
perjanjian ini ataupun menjalankan fungsi Kesatuan sebagai badan
perunding.

f) Syarikat akan berkongsi maklumat kemajuan syarikat kepada Kesatuan
dalam setiap perjumpaan bagi pemudah cara menyampaikan kepada ahli.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

15

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 13 : KEGIATAN KESATUAN DALAM WAKTU KERJA

a) Syarikat memberi kebenaran dan pelepasan tugas kepada pegawai Kesatuan
dan ahlinya menghadiri sesi perbincangan atau mesyuarat bersama
Pengurusan merujuk kepada Artikel 5.

b) Syarikat memberi kebenaran dan pelepasan tugas kepada pegawai Kesatuan
dan ahlinya berurusan dengan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja
(JHEKS), Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) atau mana-mana urusan
berkaitan dengan pertikaian perusahaan.

c) Syarikat tidak akan memotong gaji dalam setiap kegiatan pegawai
Kesatuan dalam waktu kerja.

d) Syarikat memberi cuti bergaji kepada pegawai Kesatuan atau ahlinya
yang menghadiri kursus, seminar, persidangan atau terlibat dengan
kerja sosial atau aktiviti anjuran agensi Kerajaan lain samada luar
negara atau dalam negara.

e) Pegawai Kesatuan yang membuat kerja Kesatuan selepas tamat waktu kerja
biasa Isnin hingga Jumaat, Syarikat setuju membayar upah kerja lebih
masa hanya untuk tugas-tugas berkaitan pengurusan masalah disiplin
pekerja dan hal ehwal kebajikan pekerja dengan kebenaran pihak
Pengurusan Jabatan Sumber Manusia.

f) Kesatuan membuat permohonan bertulis pada setiap urusan dalam waktu
kerja kepada Syarikat seperti peruntukan Sek.6 Akta Perhubungan
Perusahaan 1967.

g) Maksud artikel ini pegawai Kesatuan “Pegawai” manakala pekerja
bermaksud “Ahli” sebagaimana ditakrif dalam Akta Kesatuan Sekerja
1959.

h) Pihak pengurusan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Jabatan seawal
yang mungkin selepas permohonan dari Kesatuan bagi mengelakkan
perjalanan operasi pengeluaran tidak terjejas.

i) Permohonan Kesatuan menjalankan kegiatan seperti dalamm Artikel ini
tidak boleh ditolak tanpa sebab oleh mana-mana pihak dalam Jabatan.

j) Syarikat menyediakan bilik Kesatuan bagi menjalankan operasi
pengurusan dan kegiatan Kesatuan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

16

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 14 - AHLI DAN BUKAN AHLI KESATUAN

a) “Ahli Kesatuan” pekerja yang digajikan adalah seorang pekerja seperti
dalam takrifan Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan 3 Peraturan
Kesatuan.

b) Ahli merupakan pekerja yang berdaftar dengan Kesatuan sebagai ahli dan
tidak gagal membayar yuran ahli juga akan mendapat faedah dalam
perjanjian ini.

c) Ahli Kesatuan juga menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja
Syarikat dan terikat dengan peraturan yang ditetapkan.

d) Ahli akan mendapat pembelaan dari Kesatuan dalam apa juga pertikaian
dan diskriminasi terhadap pekerja.

e) “Bukan Ahli Kesatuan” pekerja yang layak tidak berdaftar sebagai ahli
Kesatuan dan pekerja yang layak menjadi ahli tetapi menjalankan tugas-
tugas sulit Syarikat.

f) Bukan ahli juga akan mendapat faedah seperti terkandung dalam
perjanjian ini dan Syarikat tidak boleh memberi syarat pekerjaan atau
faedah yang lebih baik dari perjanjian ini.

g) Bukan ahli juga bertanggungjawab sebagai pekerja syarikat dan terikat
dengan peraturan yang ditetapkan.

h) Pekerja yang bukan ahli, pihak Kesatuan tidak akan membantu jika
berlakunya diskriminasi terhadap pekerja atau terdapat pertikaian
perusahaan kepada pekerja tersebut.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

17

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 15 - TAFSIRAN DAN TIMBANGTARA

a) Sebarang perubahan dalam tafsiran peruntukan perjanjian ini, faedah
yang terdapat dari perubahan tersebut jika ada, hanya terhad
perlaksanaannya dalam masa perkara tersebut dibangkitkan oleh pihak
lain.

b) Sebarang pertikaian berkenaan pelaksanaan atau tafsiran perjanjian ini
hendaklah dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dalam membuat keputusan
berdasarkan peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 KECUALI jika
pertikaian diselesaikan melalui rundingan antara Syarikat dan
Kesatuan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

18

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 16 - PENGEDARAN PERJANJIAN

a) Syarikat akan memaklumkan kepada pekerja berkaitan skop perjanjian ini
bahawa gaji, keadaan bekerja dan faedah yang diberi tertakluk dalam
peruntukan perjanjian ini.

b) Pekerja akan diberi Satu (1) naskah buku perjanjian ini dalam versi
Bahasa Melayu.

c) Mana-mana ahli yang tidak memahami versi bahasa dalam perjanjian ini
terjemahan dalam Bahasa Inggeris akan dibuat secara lisan oleh
kedua-dua pihak.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

19

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 17 - KILANAN

a) Takrifan kilanan adalah aduan pekerja yang dikemukakan kepada ketua
dan timbul ketidakpuashati pekerja terhadap cara penyelesaian aduan.

b) Tujuan kilanan ialah supaya hasrat kedua-dua pihak dalam perjanjian
ini diselesaikan dengan cara saksama serta secepat yang mungkin.

c) Bagi mencapai tujuan kilanan ini, setiap kilanan akan diselesaikan
mengikut peraturan yang ditetapkan supaya ianya mendapat persetujuan
diperingkat bawah sekali demi menjaga keharmonian dua pihak.

d) Hubungan harmoni yang dicapai dengan segala kilanan hendaklah melalui
ketua jabatan terlebih dahulu sebelum mengikut langkah yang
seterusnya.

e) Prosedur :-

i. Seorang pekerja mempunyai kilanan, boleh mengisi borang
kilanan dalam tempoh masa Tujuh (7) hari bekerja kepada Ketua
Jabatan.

ii. Ketua Jabatan perlu mengambil tindakan dengan berbincang
bersama pihak pengurusan.

iii. Jika tiada penyelesaian dan kilanan dianggap wujud maka
tindakan seterusnya dibawa ke peringkat pengurusan. Syarikat
dan Kesatuan berbincang tidak lewat dari Sepuluh (10) hari
bekerja.

iv. Jika kilanan masih lagi tidak diselesaikan dalam tempoh masa
Dua Puluh Satu (21) hari bekerja mana-mana pihak boleh rujuk
dengan Jabatan Perhubungan Perusahaan atau dibawa ke Mahkamah
Perusahaan mengikut peruntukan Akta Perhubungan Perusahaan
1967.

v. Tatacara kilanan disemua peringkat mempunyai had masa yang
telah ditetapkan. Had masa itu boleh dilanjutkan dengan
persetujuan pekerja atau Kesatuan jika ianya telah dirujuk
kepada Kesatuan atau Syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

20

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 17 (A) - CARTA TATACARA KILANAN
Tujuh (7) Hari

1) Supervisor / KESATUAN PEKERJA
KILANAN Leader

2) Sepuluh (10) Hari KESATUAN PEKERJA
KILANAN KETUA JABATAN

3) Dua Puluh Satu (21) Hari JABATAN PERHUBUNGAN
KILANAN PERUSAHAAN /
KESATUAN
PEKERJA MAHKAMAH PERUSAHAAN

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

21

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 17 (B) - BORANG KILANAN

BORANG KILANAN (Grievance Form) – 3 salinan

1. Nama Pekerja : _______________________________________________________

2. No. Pekerja : _______________________________________________________

3. Jabatan : _______________________________________________________

4. Tarikh : _______________________________________________________

5. Tajuk Kilanan: _______________________________________________________

6. Kenyataan Kilanan (Isi dalam ruang kosong dibawah).

___________________________________________________________________________

(Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan kertas kosong untuk dilampirkan)

7. Nama Saksi (Jika ada) :________________________________________________

____________________
Tandatangan Pengadu
..............................................................................

Kegunaan pejabat

Terima oleh Supevisor / Leader :________________ Tarikh :_______________

Serahan kepada Pegawai Kesatuan :________________ Tarikh : ______________

Serahan kepada Sumber Manusia :________________ Tarikh : ______________

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

22

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 18 - JAMINAN

a) Kesatuan dan Syarikat bersetuju bahawa proses penerimaan kilanan
mengikut prosedur Artikel 17e (i-v) tidak akan ada pihak mengambil
jalan keluar dengan apa-apa tindakan industri KECUALI setakat yang
dibenarkan oleh undang-undang dan kedua-dua pihak akan menghabiskan
semua prosedur dan perkara berdasarkan peruntukan Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 atau mana-mana undang-undang yang lain pada masa itu
berkuatkuasa, dan jika perlu proses Timbangtara sebagaimana dinyatakan
dalam Artikel 15 untuk membawa penyelesaian damai.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

23

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 19 - SIASATAN DALAMAN

a) Dalam suatu Siasatan Dalaman yang dijalankan, Syarikat akan
memberitahu pekerja secara bertulis dengan menyatakan kertas
pertuduhan diisi dengan lengkap seperti tarikh, masa dan tempat
siasatan dijalankan. Satu (1) salinan diberikan kepada Kesatuan.

b) Sepanjang tempoh siasatan, Syarikat boleh menggantung perkhidmatan
pekerja untuk tempoh tidak lebih Dua (2) minggu dan syarikat akan
membayar separuh (1/2) gaji sahaja.

c) Jika siasatan dalaman mendapati tiada salah laku syarikat akan
mengembalikan semua gaji pokok yang ditahan.

d) Dalam tempoh penggantungan bagi tujuan siasatan, syarikat boleh
memberitahu pekerja secara bertulis untuk melaporkan diri ke tempat
siasatan dijalankan.

e) Semasa siatan dalaman dijalankan Syarikat membenarkan pekerja
berkenaan diwakili oleh Tiga (3) orang wakil Kesatuan.

f) Bergantung kepada salahlaku, Syarikat boleh atau samada :-

i. Memecat pekerja tanpa notis
ii. Menurunkan pangkat
iii. Menahan kenaikan gaji tahunan tidak lebih tempoh satu (1) tahun
iv. Gantung perkhidmatan tanpa gaji kurang Empat Belas (14) hari
v. Memberi Surat Amaran
vi. Mengenakan apa-apa hukuman ringan lain sebagaimana yang
disifatkan adil.

g) Di dalam perkara diatas, Syarikat hendaklah memberitahu keputusan
secara bertulis kepada pekerja.

h) Pekerja yang digantung tugas, peralatan syarikat hendaklah dipulangkan
sehingga siasatan dalaman selesai.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

24

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 19 (A) : JAWATANKUASA SIASATAN DALAM

a) Pengerusi – 1 orang
- Dilantik dari kalangan pengurus atau mana-mana jawatan lebih tinggi
dari tertuduh dan tidak mempunyai kepentingan atau boleh wujud
keputusan berat sebelah terhadap tertuduh.

b) Panel – 2 orang
- Seorang dari pihak Syarikat dan seorang dari Kesatuan (Jemaah
Timbangtara)

c) Pegawai Pendakwa – 1 orang
- Pegawai Jabatan Sumber Manusia membacakan pertuduhan.

d) Pencatat – 1 orang
- Setiausaha / Penolong Setiausaha Kesatuan dilantik sebagai
pencatat. Semua catatan diedarkan kepada semua Jawatankuasa sebaik
tamat sesi siasatan dalaman.

e) Tertuduh
- Pekerja yang melakukan kesalahan atau dituduh melakukan kesalahan.

f) Jurubahasa
- Penterjemah bahasa jika siasatan dibuat dalam bahasa yang tidak
difahami oleh tertuduh.

g) Jemaah Timbangtara – 2 orang kepada tertuduh. Jemaah Timbangtara
- Bertindak sebagai pembela Agung dan mengikut tempoh Majlis
dilantik dalam Mesyuarat
Jawatankuas Kerja Kesatuan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

25

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 20 - JEMAAH TIMBANGTARA

a) Jemaah timbangtara dipilih oleh pekerja yang menjadi ahli Kesatuan
disebabkan kilanan kepada pekerja tersebut bersama wakil syarikat
dalam menyelesaikan kilanan.

b) Sekiranya tiada keputusan tercapai pertikaian itu hendaklah dirujuk
kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan atau Mahkamah Perusahaan untuk
mendapatkan keputusan muktamad.

c) Jemaahtimbangtara adalah mereka yang dilantik dalam Mesyuarat Agung
Kesatuan dan ianya terdiri dari kalangan yang bukan ahli Kesatuan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

26

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 21 - TATASUSILA DAN SALAHLAKU

a) Pekerja di Syarikat adalah tertakluk kepada Peraturan dan Etika Kerja
Syarikat yang berkuatkuasa sekarang dan akan dikuatkuasa dari masa ke
semasa.

b) Salahlaku kategori 1 (Lampiran A) ditakrifkan sebagai tindakan yang
dibuat oleh jabatan yang berkenaan bersama Kesatuan dan hendaklah
menasihati pekerja agar tidak mengulangi kesalahan. Maklumat lengkap
direkod dan disimpan. Satu (1) salinan diberi kepada Jabatan Sumber
Manusia

c) Kesalahan berulang, pengurusan akan mengambil tindakan surat amaran
pertama. Satu (1) salinan hendaklah diberi kepada Kesatuan.

d) Jika kesalahan masih berulang, maka kesalahan ini dimasukkan dalam
kategori 2.

e) Salahlaku kategori 2 (Lampiran A) ditakrifkan sebagai kesalahan
berulang atau satu kesalahan yang amat berat dan boleh dikenakan
tindakan dibawah Artikel 19(f).

f) Dalam satu penyiasatan Syarikat boleh menggantung pekerja tersebut
dari perkhidmatan seperti Artikel 19(a) dan (b).

g) Sepanjang tempoh penggantungan pekerja hendaklah dimaklumkan secara
bertulis untuk hadir lapor diri pada waktu kerja bagi menjalani sesi
soal jawab. Satu (1) salinan hendaklah dihantar kepada Kesatuan.

h) Sekiranya pekerja gagal hadir seperti dalam notis, pegawai penyiasat
hendaklah menangguhkan sesi soal jawab pada satu (1) hari lain.
Kegagalan pekerja untuk hadir pada sesi seterusnya siasatan dan
keputusan boleh dibuat tanpa kehadiran pekerja.

i) Jika keputusan yang telah diambil dan pekerja berasa tidak puas hati
melainkan hal melibatkan undang-undang, pekerja boleh membuat rayuan
melalui Kesatuan untuk dikaji kesnya oleh Pengarah Urusan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

27

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 22 - TATATERTIB DAN PROGRAM PEMULIHAN

a) Seorang pekerja yang mempunyai sikap atau prestasi yang lemah,
Syarikat akan menyediakan sesi kaunseling serta khidmat nasihat kepada
pekerja untuk diperbaiki kelemahan tersebut.

b) Pekerja juga boleh dikenakan tindakan diatas kelemahan yang dibuat,
berlakunya salahlaku dan melanggar peraturan bagi langkah pemulihan
boleh ditafsirkan dalam kategori berikut :-

1) Tidak Cekap
1.1 Sesi Kaunseling (Borang yang sedia ada digunakan)
1.2 Latihan Semula
1.3 Amaran lisan atau Amaran Bertulis

2) Kesalahan Serius
2.1 Siasatan Dalaman
2.2 Surat tunjuk sebab
2.3 Amaran bertulis

c) Artikel 22 (b)(2.1) sesuatu kesalahan berat sahaja mana-mana Jabatan
atau Syarikat akan gunakan berdasarkan fakta kes.

d) Bagi kesalahan yang terlalu berat dan serius Syarikat tidak perlu
menggunakan mana-mana kaedah Artikel 22 (a) atau (b) dengan mengambil
tindakan terus menamatkan pekrhidmatan tanpa notis; atau menurunkan
pangkat; atau mengenakan apa juga hukuman yang lebih ringan yang
disifatkan sebagai menang-menang dua pihak.

e) Bagi hukuman gantung kerja tanpa gaji Syarikat hanya boleh menjalankan
hukuman tersebut tidak lebih Empat Belas (14) hari.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

28

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 23 - TEMPOH PERCUBAAN

a) Pekerja baru yang dilantik tempoh percubaan perjawatan adalah seperti
berikut :

i. Gred F - 1 bulan
ii. Gred E - 3 bulan
iii. Gred D - 3 bulan

b) Pekerja yang gagal dalam tempoh percubaan pertama, lanjutan percubaan
selama satu (1) bulan berturutan untuk tiga (3) bulan sahaja.
Budibicara syarikat boleh memendekkan tempoh percubaan seorang pekerja
baru.

c) Syarikat hendaklah memaklumkan kepada pekerja secara bertulis
sekiranya tempoh percubaan telah tamat atau melanjutkan tempoh
percubaan atau perkhidmatan ditamatkan.

d) Pekerja yang tidak menerima sebarang makluman atau surat pengesahan
tamat percubaan maka ianya dianggap telah sah jawatan.

e) Dalam tempoh percubaan, pekerja yang ingin menamatkan jawatan boleh
memberi notis bertulis seperti berikut :

i. Gred F - Tujuh (7) hari
ii. Gred E & D - Empat Belas (14) hari

f) Sekiranya gagal pekerja perlu membayar Empat (14) belas hari gaji
sebagai ganti notis jika berhenti tanpa sebab.

g) Pengesahan tempoh percubaan dalam jawatan seorang pekerja hendaklah
bermula dari tarikh melapor diri dengan Syarikat.

h) Menamatkan perkhidmatan atau berhenti tanpa notis selepas pengesahan,
Syarikat akan memngambil tindakan kepada pekerja mengikut peruntukan
Akta Kerja 1955.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

29

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 24 - GAJI

a) Upah dan bayaran-bayaran lain dengan wang tunai kepada pekerja bagi
kerja yang dibuat berdasarkan kontrak perkhidmatan TIDAK TERMASUK :-

i. Nilai mana rumah tempat tinggal; atau bekalan makanan;
minyak; lampu; air atau rawatan perubatan; atau kemudahan;
atau perkhidmatan yang diluluskan.

ii. Semua caruman yang dibayar oleh Syarikat kepada kumpulan wang
pencen kumpulan wang simpanan pekerja, skim pemberhentian
kerja, pengurangan pekerja, penamatan, pemberhentian kerja
sementara atau skim persaraan atau kumpulan wang lain atau
skim yang ditubuhkan untuk faedah dan kebajikan pekerja.

iii. Sebarang elaun perjalanan atau nilai konsesi perjalanan.

iv. Sebarang jumlah yang kena bayar kepada pekerja untuk
menanggung kos khas yang diperlukan mengikut jenis kerja.

v. Sebarang ganjaran yang dibayar atau pemberhentian atau
persaraan.

vi. Sebarang bayaran bonus tahunan atau apa juga yang
dikategorikan sebagai bonus.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

30

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 25 - BAYARAN GAJI

a) Bayaran gaji ialah bayaran upah, elaun, serta insentif yang dibuat
oleh pekerja pada setiap Dua Puluh Satu (21) haribulan hingga Dua
Puluh (20) haribulan berikutnya.

b) Bayaran gaji dibuat pada Dua Puluh Tujuh (27) haribulan setiap bulan.
Manakala tarikh bayaran gaji pada hari cuti Sabtu atau Ahad atau Cuti
Umum maka ianya akan dilaksanakan pada hari sebelumnya. Sekiranya
tarikh bayaran gaji pada hari Isnin, maka pihak Syarikat hendaklah
melaksanakan bayaran gaji pada hari yang sama.

c) Bayaran gaji untuk hari perayaan pihak Syarikat tidak membuat bayaran
pendahuluan dan tiada bayaran awal gaji.

d) Slip gaji diserahkan kepada pekerja pada hari bayaran gaji.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

31

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 26 - KADAR GAJI

a) Kadar gaji pekerja yang telah ditetapkan dalam jadual:

Jadual 1

Gred Jawatan Kadar Gaji (RM)
F1 Min Max
F2 Jr.Associate
F3 Associate 1,100.00 1,100.00
E1 Sr.Associate 1,150.00 1,374.00
Jr.Leader 1,250.00 1,683.00
E2 Jr. Clerk 1,350.00 1,662.00
Jr. Apperantice
E3 Leader 1,450.00 1,683.00
Clerk
D1 Apperantice 1,550.00 1,891.00
Driver
D2 Sr. Leader 1,650.00 1,930.00
Sr. Clerk
D3 Sr. Apperantice 1,750.00 2,289.00
Jr.Supervisor
Jr.Officer 1,850.00 2,718.00
Jr.Technician
Supervisor
Officer
Technician
Sr.Supervisor
Sr.Officer
Sr.Technician

b) Kadar gaji ini berkuatkuasa sepanjang tempoh Perjanjian. Sebarang
pindaan hendaklah dimaklumkan sebelum bulan Mei setiap tahun.

c) Bayaran tunggakan pada kenaikan gaji (jika ada) akan dibuat pada bulan
berikutnya.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

32

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 27 - KENAIKAN GAJI TAHUNAN

a) Pekerja yang telah bekerja selama tempoh satu (1) tahun dan disahkan
jawatan dengan syarikat layak menerima kenaikan gaji tahunan.

b) Pekerja yang dikenakan tindakan tatatertib tidak layak menerima
kenaikan gaji pada tahun tersebut sekiranya telah melalui proses
siasatan dalaman dan terbukti bersalah.

c) Jadual bayaran kenaikan adalah seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2

Gred Jawatan JADUAL KENAIKAN GAJI TAHUNAN E
Gred Kenaikan Gaji Tahunan RM20.00
F RM25.00
E A BCD RM30.00
D RM70.00 RM60.00 RM50.00 RM40.00
RM75.00 RM65.00 RM55.00 RM45.00
RM80.00 RM70.00 RM60.00 RM50.00

d) Pekerja yang belum disahkan jawatan pada tahun kenaikan gaji maka
ianya layak diberi kenaikan pada tahun berikutnya. Syarikat akan
membayar ‘pro-rate’ berdasarkan jumlah hari bekerja.

e) Penilaian awal bagi kenaikan gaji tahunan hendaklah dibuat oleh
Supervisor ke atas dan penilaian akhir dibuat oleh ketua jabatan dengan
berjumpa setiap pekerja bagi menyatakan gred kenaikan gaji berdasarkan
prestasi yang dinilai.

f) Pihak penilai akhir hendaklah menandatangani borang penilaian bersama
dengan pekerja selepas sesi penilaian.

g) Kenaikan tahunan akan dibayar pada bulan April setiap tahun.
Penangguhan bayaran hendaklah dimaklumkan pada Kesatuan 1 bulan
sebelum bulan kenaikan gaji.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

33

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 27A - BORANG PENILAIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Please Write In Pen

Annual Performance Evaluation Form

(For Grade ‘F’ to Grade ‘D’)

Name : Id No. : Date Joined : Grade:
Designation :
Assessed by : Department :
Period Apparaised :
Assessor’s Designation :

/ / to //

SECTION 1

Criteria Definition Rating Total Comment
Section A (Work Related) 12345

Knowledge & Has required knowledge of own and related work X 1.6 =

Skill of Work

Quality of Work Thoroughness, neatness and accuracy of work X 1.6 =

Quantity of Meeting work targets, use of time, downtime X 1.6 =

Work

Kaizen Resourcefulness, suggestion for improvement (Based on X 1.6 =
record suggestion scheme) X 1.6 =
Team Work Participant in any improvement activities or committee or
othes efforts. Supportive and cooperative of other X 1.6 =
outside own job/function

Section B (Personal Related)

Commitment as shown by work attedance or punctuality

Work Attitude Have positive attitude dan enthusiasm in job and X 1.6 =
assignment and strive for good work with subordinateds
and superior and foster good team work with other X 1.6 =
departments X 1.6 =

Ability to carry out assignment or instruction given by
superior and strive for good work with subordinates and
superior and foster good team work with other departments

Set a good example by following good etiquette

Objective & Section C (Organizational Related) X 1.6 =
Achieved planned target 100% towards profit contribution. X 1.6 =
Target Job scope performance & achievement in improvement item
X 1.6 =
Organizational Enlivens the organization, create an environment,
conditions and mechanisms that they are easy to work in
Development or with.

Sense of Self Sensitive to criticism made againts the organization and
Beloging to the make efforts for improvement of the organization and flag
Organization bearer of the organization, upgrading and promoting the
organization at all time.

TOTAL SCORE : (TOTAL) X 100 = %
96

Individual Criteria Scale Key
1 Unacceptable
2 Requires Development
3 Meet Requirements
4 Exceed Requirements
Outstanding or
5
Excellence

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

34

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 27A - BORANG PENILAIAN KENAIKAN GAJI TAHUNAN

Section 2

Performance Summary / Superior’s Comments
Summarize the employee’s overall performance, considering responsibilities, results,
performance factors and processes used.

EMPLOYEE COMMENTS
You are encouraged to add comments to this review. (Use attachement if necessary)

SIGNATURES
My signature indicates that my superior / accessor and I hane disccussed this evaluation

Assessor Name : __________________________

Employee Name : __________________________

Assessor Designation : ___________________

Signature : __________________________

Signature : __________________________

Date : __________________________

Date : __________________________

Head of Department Name : __________________ Signature : _____________ Date : ______________

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

35

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 28 - GAJI KENAIKAN PANGKAT

a) Gaji kenaikan pangkat diberi kepada pekerja yang ditawarkan satu
kenaikan pangkat dari gred yang bawah kepada gred yang tinggi dari
gred asal.

b) Mana-mana pekerja yang layak Syarikat boleh menawarkan kenaikan
pangkat.

c) Setiap kenaikan pangkat Syarikat hendaklah memaklumkan kepada pekerja
1 bulan lebih awal untuk pekerja mempertimbangkan kenaikan yang
ditawarkan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

36

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 29 - PEKERJA BARU

a) Syarikat berhak memilih dan menentukan permohonan pengambilan pekerja
baru.

b) Kesatuan mengiktiraf hak keperluan syarikat untuk terima atau apa juga
syarat yang diperlukan bagi pengambilan pekerja baru.

c) Gaji yang ditawarkan untuk pekerja baru hendaklah berdasarkan dari
Jadual 1.

d) Kekosongan jawatan boleh dipamerkan di papan kenyataan atau mana-mana
lokasi yang sesuai untuk pemberitahuan kepada awam.

e) Pekerja yang sedia ada boleh memohon kekosongan jawatan yang
bersesuaian dengan kelayakan dan perlu mendapatkan sokongan dari Ketua
Jabatan.

f) Pekerja yang ditukarkan ke jabatan untuk sementara atau kekal dalam
jawatan yang sama dianggap sebagai menanggung tugas serta layak
mendapat elaun tanggung tugas Artikel 63.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

37

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 30 - TANGGUNGJAWAB PEKERJA

a) Tanggungjawab sebagai seorang pekerja menjalankan tugas yang
diamanahkan seperti termaktub di dalam kontrak pekerjaan.

b) Memberi komitmen yang baik dan penuh tanggungjawab.

c) Menjadi seorang pekerja yang berdisiplin.

d) Menjaga nama baik Syarikat.

e) Mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan dan tindakan tatatertib akan
dikenakan jika didapati bersalah.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

38

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 31 - PEKERJA KELAINAN UPAYA

a) Syarikat boleh mempertimbangkan atas dasar perikemanusiaan untuk
memberi tawaran kontrak pekerjaan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).

b) Pertimbangan hanya atas sebab ehsan dan merit individu tersebut dan
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

39

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 32 - PEKERJA SEMENTARA

a) Syarikat boleh melantik pekerja sementara jika berlaku situasi luar
biasa seperti peningkatan pengeluaran; jangkitan penyakit berjangkit;
cuti bersalin; cuti tanpa gaji atau penstrukturan organisasi.

b) Perlantikan hendaklah tidak melebihi Enam (6) bulan. Sekiranya
keperluan melebihi tempoh tersebut, Syarikat hendaklah memaklumkan
kepada Kesatuan.

c) Peruntukan lain dalam perjanjian yang digunapakai bagi seorang pekerja
sementara adalah;

i. Pertukaran atau Pemindahan
ii. Elaun-Elaun
iii. Faedah perubatan

(Rawatan pesakit luar untuk pekerja sahaja)
iv. Hari Rehat
v. Waktu Bekerja
vi. Hari Pelepasan Am
vii. Cuti Sakit
viii. Lain-lain perkara yang perlu.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

40

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 33 - SURAT TAWARAN

a) Syarikat hendaklah mengeluarkan surat tawaran kepada pekerja yang
layak dan menepati syarat-syarat seorang pekerja.

b) Kontrak dan syarat pekerjaan hendaklah dinyatakan dalam surat tawaran
tersebut bersama kenyataan elaun-elaun dan faedah-faedah yang
dipersetujui dalam perjanjian.

c) Satu salinan hendaklah diberikan kepada pekerja selepas ditandatangan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

41

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 34 - PENAMATAN PEKERJAAN

a) Selain kes-kes penamatan pekerjaan yang berlaku akibat atau berkaitan
salahlaku (Artikel 21); atau kes pekerja dalam percubaan; dalam suatu
kes biasa Syarikat boleh memberi satu (1) bulan notis awal kepada
pekerja bagi menamatkan kontrak pekerjaan.

b) Tarikh dan tempoh notis dikira pada bermula notis diterima oleh
pekerja.

c) Syarikat juga boleh bila-bila masa untuk menamatkan perkhidmatan
dengan notis dan membayar ganti rugi pada kadar notis yang
dikeluarkan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

42

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 35 - NOTIS PERLETAKAN JAWATAN

a) Jangkamasa tempoh notis perletakan jawatan atau menamatkan kontrak
perkhidmatan bagi setiap gred adalah seperti;

Jadual 4

Taraf Gred Tempoh
Jawatan Notis
Sebelum sah F 1 Minggu
E 2 Minggu
Selepas sah D 2 Minggu
F 2 Minggu
E 4 Minggu
D 4 Minggu

b) Pekerja yang tidak mengemukakan notis yang cukup, Syarikat berhak
membuat tuntutan atau menolak gaji pekerja tersebut sebagai bayaran
ganti notis.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

43

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 36 - PEMBERHENTIAN PEKERJAAN LEBIHAN PEKERJA

a) Syarikat hendaklah mematuhi Akta Kerja 1955 Seksyen 60N.

b) Sebelum melaksanakan peruntukan Artikel ini, Syarikat hendaklah
memberitahu kepada Kesatuan dan pekerja dengan :

i. Enam (6) minggu notis jika tempoh perkhidmatan kurang Lima
(5) tahun pada tarikh notis.

ii. Lapan (8) minggu notis jika tempoh perkhidmatan melebihi
Lima (5) tahun pada tarikh notis.

c) Pekerja berhak menerima gaji bulanan seperti dinyatakan dalam
Peraturan – Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan
Pemberhentian Kerja Sementara) 1980 Seksyen 6 (a), (b) dan (c) iaitu
amaun bayaran faedah penamatan atau pemberhentian kerja sementara.

d) Jika Syarikat menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja disebabkan
lebihan pekerja, Syarikat akan membuat bayaran terus kepada pekerja
sebagai ganti rugi. Pekerja yang diberhentikan atas sebab artikel
perjanjian ini berhak mendapat :

i. Sepuluh hari upah bagi tiap-tiap tahun penggajian di bawah
kontrak perkhidmatan yang berterusan dengan majikan jika ia
telah diambil kerja oleh majikan itu selama tempoh yang
kurang daripada dua tahun; atau

ii. Lima belas hari upah bagi tiap-tiap tahun penggajian di
bawah kontrak perkhidmatan yang berterusan dengan majikan
jika ia telah diambil kerja oleh majikan itu selama tempoh
dua tahun atau lebih tetapi kurang daripada lima tahun;
atau

iii. Dua puluh hari upah bagi tiap-tiap tahun penggajian di
bawah kontrak perkhidmatan yang berterusan dengan majikan
jika ia telah diambil kerja oleh majikan itu selama tempoh
lima tahun atau lebih.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

44

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 37 - PERTUKARAN DALAM ARAHAN TUGAS

a) Syarikat berhak menukar seorang pekerja tidak mengira gred jawatan
pada bila-bila masa ke mana-mana bahagian, seksyen, kilang, jabatan
atau anak syarikat di dalam negeri atau luar negeri seperti peruntukan
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Sek.13 (3)(b).

b) Pekerja yang ditukar dari tugasnya adalah bergantung kepada keperluan
syarikat atau proses penambahbaikan atau proses mempertingkatkan
prestasi kerja ke arah pekerja ‘multi-skill’ dan perlu diberi latihan
awal sebelum menjalankan tugas baru.

c) Pekerja tidak boleh menolak atau mana-mana pihak tidak boleh
menghalang usaha Syarikat ke arah kebaikan untuk pekerja.

d) Setiap pertukaran hendaklah diisi borang pertukaran dan mendapat
kelulusan dari pihak tertinggi Syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

45

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 38 - SISTEM DAN TEKNOLOGI BARU

a) Kesatuan memperakui bahawa Syarikat boleh memperkenalkan teknologi
baru dalam proses pengeluaran untuk mempertingkatkan daya saing.

b) Syarikat juga harus sentiasa peka terhadap kesan teknologi baru dan
merumus serta melaksanakan dasar yang boleh diterima bersama.

c) Syarikat wajib melatih pekerja berkaitan apa juga teknologi baru yang
diperkenalkan bagi pekerja menguasai kemahiran yang diperlukan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

46

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 39 - PEMINDAHAN

a) Syarikat boleh membuat pemindahan pekerja dari jabatan asal ke jabatan
lain.

b) Pemindahan ini dibuat mengikut keperluan Syarikat atau mana yang
difikirkan sesuai bahawa pertukaran itu boleh memastikan pekerjaannya.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

47

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 40 - HARI BEKERJA

a) Hari bekerja bagi pekerja Syarikat adalah Empat Puluh Lapan (48) jam
seminggu untuk setiap syif.

b) Jumlah hari bekerja untuk setiap minggu ialah Lima (5) hari bekerja
penuh Isnin hingga Jumaat siang dan malam selama 8.75 jam
(8 jam 45 minit) tidak termasuk waktu rehat 65 minit sehari.

c) Waktu mula dan tamat bekerja bagi pekerja adalah setiap syif adalah
ditetapkan oleh Syarikat berdasarkan keperluan operasi.

d) Syarikat dan Kesatuan bersetuju jika seorang pekerja yang diperlukan
bekerja lebih masa maka bayaran kerja lebih masa dibuat keatas pekerja
tersebut.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

48

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 41 - WAKTU BEKERJA

a) Syarikat dan Kesatuan bersetuju waktu bekerja adalah ditetapkan
seperti berikut :

Jadual 5

Kerja Normal (Siang) : 8.00am - 5.30pm

Hari Bekerja Isnin hingga Jumaat Isnin hingga Jumaat
(Kilang 1, LC1 & Lc2) (Kilang 2)
Masa Rehat 10 Minit (Pagi)
45 Minit (Tengahari) 15 Minit (pagi)
Rehat Hari 10 Minit (Petang) 35 Minit (Tengahari)
Jumaat 15 Minit (Petang Kerja 15 Minit (Petang)
Lebih Masa) 15 Minit (Petang Kerja Lebih Masa)
12.45pm – 2.15pm (Lelaki
Muslim Sahaja) 12.45pm – 2.15pm (Lelaki Muslim Sahaja)

Kerja syif (Malam) : 8.00pm – 5.30am

Hari Bekerja Isnin hingga Jumaat Isnin hingga Jumaat
Masa Rehat (Kilang 1, LC1 & Lc2) (Kilang 2)
10 Minit (Malam)
45 Minit (Tengah malam) 15 Minit (Malam)
10 Minit (Pagi) 35 Minit (Tengah malam)
15 Minit (Waktu Kerja Lebih Masa) 15 Minit (Pagi)
15 Minit (Waktu Kerja Lebih Masa)

Kerja lebih masa – Seluruh Kilang NWBM 5.45pm – 7.45pm 2 jam
Isnin hingga Jumaat (Siang) 5.45am – 7.45am 2 jam
Isnin hingga Jumaat (Malam) 8.00am – 5.30pm 8.5 jam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Siang) 8.00pm – 5.30am 8.5 jam
Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (Malam) 15 minit – Rehat 2 jam
Tambahan waktu kerja lebih masa pada Sabtu, Ahad atau Cuti 5.45pm – 7.45pm
Umum (Jika perlu) – Siang sahaja

b) Kerja lebih masa pada hari sabtu, Ahad atau cuti umum adalah selama
8.5 jam. Persetujuan dari pekerja hendaklah dibuat awal sekiranya
terdapat penambahan waktu kerja lebih masa selama 2 jam seterusnya.

c) Syarikat tidak boleh memaksa pekerja untuk membuat kerja lebih masa
dan sekiranya keperluan operasi kerja lebih masa hendaklah dimaklumkan
lebih awal serta perlu mendapatkan persetujuan daripada pekerja.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

49

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 42 - SISTEM PENGURUSAN MASA

a) Kesatuan mengiktiraf sistem pengurusan masa Syarikat mengikut piawaian
dan hendaklah diselaraskan kepada semua pekerja.

b) Syarikat hendaklah menyediakan mesin perakam waktu dilokasi yang
sesuai serta selamat untuk pekerja.

c) Pekerja hendaklah merakam kad perakam mengikut waktu kerja yang telah
ditetapkan.

d) Kad perakam pekerja yang mempunyai masalah, gagal merakam atau
tertinggal pekerja hendaklah mengisi borang kad perakam dan perlu
mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

50

Click to View FlipBook Version