The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 2018-2021

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

COLLECTIVE AGREEMENT

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 2018-2021

Keywords: CA

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 43 - KALENDAR TAHUNAN SYARIKAT

a) Bagi mencapai pengeluaran produktiviti yang berkualiti, mewujudkan
budaya semangat bekerja, Syarikat bersama Kesatuan hendaklah berunding
dan berbincang terlebih dahulu sebelum kalendar kerja diedarkan kepada
pekerja.

b) Keputusan hasil perbincangan, Syarikat hendaklah menyediakan satu
salinan asal persetujuan kalendar dengan ditandatangani oleh Pengarah
Urusan, Pengarah Sumber Manusia, Pengurus Besar dan Kesatuan.

c) Hari bekerja yang diiktiraf hendaklah tidak lebih dari yang
dipersertujui, manakala hari cuti yang diiktiraf hendaklah tidak
kurang dari yang dipersetujui.

d) Jumlah hari kerja dalam setahun TIDAK melebihi 245 hari.

e) Jumlah hari cuti TIDAK lebih dari 19 hari.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

51

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 44 - KERJA LEBIH MASA

a) Pekerja gred D, E, dan F layak menerima bayaran kerja lebih masa tertakluk
kepada gaji pokok maksima RM2000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu).

b) Pekerja yang melebihi gaji pokok seperti dalam Artikel 44 (a) dan masih
membuat kerja manual serta terlibat dengan operasi pengeluaran adalah layak
mendapat bayaran kadar kerja lebih masa seperti Artikel 44 (e).

c) Bagi pekerja yang tidak menjalankan kerja manual dan tidak terlibat dengan
operasi pengeluaran gaji pokok yang melebihi Artikel 44 (a) akan menerima
bayaran kerja lebih masa sebanyak RM14.42 (Ringgit Malaysia Empat Belas dan
Empat Puluh Dua Sen) untuk satu jam bekerja.

d) Kadar bayaran kerja lebih masa hari adalah seperti :

i. Hari kerja Biasa Dan Sabtu - 1.5
ii.
iii. Hari Rehat (Ahad) - 2.0

Cuti Umum / Cuti Ganti (Cuti Umum yang jatuh pada hari Ahad atau

hari kerja, digantikan pada hari Isnin atau hari kerja yang

lain). - 3.0

e) Formula bayaran adalah seperti :

Gaji Pokok + Elaun Tetap x Kadar Bayaran Kerja Lebih Masa x Jumlah Jam Kerja
26 hari x 8 jam

f) Pekerja juga layak mendapat cuti bergaji JIKA bekerja secara terus melebihi
waktu kerja yang ditetapkan seperti berikut :

1) Kerja melebihi 16 jam hingga 19 jam (Termasuk waktu rehat)
- Cuti Separuh (1/2) hari

2) Kerja melebihi 19 jam (Termasuk waktu rehat)
- Cuti satu (1) hari

g) Kerja lebih masa adalah permintaan syarikat kepada pekerja dan dibuat atas
persetujuan pekerja yang disahkan sendiri oleh pekerja sebelum melakukan
kerja lebih masa tanpa paksaan.

h) Syarikat boleh meminta dengan persetujuan pekerja untuk membuat kerja lebih
masa pada kerja biasa, cuti Sabtu, cuti Ahad atau cuti Umum yang diwartakan
berdasarkan Seksyen 60D Akta Kerja 1955.

i) Seseorang pekerja hanya dibenarkan membuat kerja lebih masa tidak melebihi
Seratus Empat (104) jam dalam satu bulan.

j) Ketua jabatan hendaklah memastikan bahawa kerja lebih masa yang dilaksanakan
itu adalah perlu bagi kepentingan syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

52

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 45 - CUTI KESATUAN / PELEPASAN TUGAS

a) Pegawai Majlis Jawatankuasa Kerja dan ahli Kesatuan yang terlibat
kegiatan Kesatuan perlu membuat permohonan bertulis kepada Syarikat
bagi mendapatkan kelulusan cuti berbayar dengan menyatakan tempoh cuti
dan tujuan.

b) Cuti Kesatuan adalah cuti yang melibatkan pegawai Majlis Jawatankuasa
Kerja dan ahli yang terlibat dengan aktiviti jabatan di bawah
Kementerian Sumber Manusia.

c) Cuti ini juga layak diberi sekiranya terdapat kes pertikaian
perusahaan yang melibatkan ahli atau Kesatuan dengan Syarikat.

d) Syarikat akan memberi pertimbangan sewajarnya dalam meluluskan cuti
kepada pekerjanya yang menjadi pegawai Kesatuan untuk menghadiri
persidangan kesatuan sekerja atau kursus-kursus yang diluluskan
berdasarkan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 Seksyen 6. Segala kos
perbelanjaan kursus atau persidangan akan ditanggung oleh Kesatuan.

e) “Pegawai” bermaksud sepertimana yang ditakrifkan dalam Akta Kesatuan
Sekerja 1959.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

53

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 46 - PENYERTAAN SUKARELAWAN DAN KHIDMAT NEGARA

a) Tiada sekatan daripada syarikat untuk pekerja menyertai khidmat
sukarelawan dan khidmat negara.

b) Pekerja yang menyertai aktiviti hendaklah memaklumkan kepada Syarikat.

c) Permohonan hendaklah dilampirkan surat tawaran.

d) Syarikat hendaklah meluluskan pekerja yang terlibat mengikut
peruntukan undang-undang yang dikuatkuasa oleh Kerajaan Malaysia.

e) Manakala pekerja yang menderma organ, layak menerima cuti berbayar
selama 60 hari proses pembedahan pemindahan organ. Permohonan
hendaklah disertakan bersama surat pengesahan hospital dan lanjutan
tempoh cuti berbayar adalah had maksima selama 30 hari.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

54

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 47 - CUTI TAHUNAN

a) Syarikat akan memberi cuti tahunan bergaji kepada pekerja yang telah
disahkan jawatan dan telah berkhidmat selama 1 tahun.

b) Peruntukan cuti tahunan adalah berdasarkan Jadual 6 :

Jadual 6

Tempoh Bekerja Gred D Gred E Gred F
< 2 tahun 10 hari 9 hari 8 hari
14 hari 13 hari 12 hari
> 2 tahun < 5 tahun 18 hari 17 hari 17 hari
> 5 tahun ke atas

c) Syarikat berhak memanggil balik mana-mana pekerja yang sedang bercuti
pada bila-bila masa jika suatu tugas yang memerlukan pekerja
berkenaan.

d) Pekerja yang berhenti dengan notis, Syarikat akan membayar jumlah baki
cuti yang tidak diambil mengikut kadar gaji pada tahun berhenti.

e) Sekiranya perkhidmatan pekerja ditamatkan oleh syarikat atau pekerja
meletak jawatan sebelum mengambil cuti tahunan dimana ia layak, maka
syarikat akan membayar kadar gaji bagi setiap cuti yang tidak diambil.

f) Jika pada masa pekerja tersebut meletak jawatan atau ditamatkan
perkhidmatan, dan telah mengambil cuti lebih dari jumlah yang dia
layak, gaji akan dipotong bagi hari yang bercuti.

g) Kelayakan cuti tahunan yang dibawa ke hadapan maksima adalah berjumlah
1 tahun kelayakan cuti tahunan pekerja. Sekiranya baki cuti tahunan
melebihi had kelayakan 1 tahun, baki cuti tahunan tersebut akan dibayar
mengikut kadar gaji.

h) Pekerja yang hadir ke Mahkamah mewakili syarikat sebagai saksi atau
menjadi panel mana-mana mahkamah industri, Syarikat secara automatik
memberi cuti tanpa rekod.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

55

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 48 - CUTI SAKIT DAN CUTI HOSPITAL

a) Cuti sakit adalah ditakrifkan sebagai satu tempoh tidak hadir kerja
kerana sakit yang tidak memerlukan ke hospital seperti yang disahkan
oleh doktor syarikat atau pihak berkuasa hospital Kerajaan dan
hospital swasta.

b) Pekerja akan diberikan cuti sakit dalam tempoh perkhidmatan seperti
Jadual 7 :

Jadual 7

Tahun Bekerja Jumlah Cuti Sakit (Setahun)
Kurang 2 tahun 14 hari
Lebih 2 tahun Kurang 5 tahun 18 hari
Lebih 5 tahun dan keatas 22 hari

c) Cuti sakit hendaklah mendapat perakuan daripada panel klinik Syarikat,
Klinik Kesihatan, Hospital Kerajaan, Hospital Swasta atau pakar
pergigian.

d) Sijil sakit hendaklah ditunjukkan kepada Syarikat atau Jabatan selepas
ianya diperolehi. Pekerja yang tiada sijil cuti sakit TIDAK LAYAK
mendapat cuti sakit. Surat pengesahan menerima rawatan (Timeslip)
adalah tidak layak diterima sebagai cuti sakit.

e) Pekerja yang telah mengambil cuti sakit melebihi dari had yang
diberikan maka, cuti tersebut akan ditolak dari cuti tahunan atau cuti
tanpa gaji dengan memohon kepada jabatan.

f) Syarikat akan mempertimbangkan untuk memberi pekerja yang dimasukkan
ke hospital, cuti sakit Enam Puluh (60) hari di atas perakuan doktor
syarikat atau pihak berkuasa perubatan hospital Kerajaan atau Swasta
dengan syarat pekerja yang sakit itu adalah dibawah jagaan doktor
mengikut peruntukan Artikel 49.

g) Pekerja dilarang memalsukan sijil cuti sakit dan hendaklah
mengemaskini rekod kedatangan dengan Syarikat sepanjang tidak hadir
bekerja.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

56

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 49 - CUTI BERPANJANGAN

a) Seseorang pekerja yang telah diperakui oleh doktor Syarikat atau pihak
berkuasa perubatan Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta menghidap
penyakit mental atau menghidap penyakit yang memerlukan rawatan
berpanjangan seperti :

i. Batuk kering
ii. Barah (Kanser)
iii. Leukimia
iv. Poliomyelitis
v. Kusta
vi. Cerebal Thrombosis
vii. Lain-lain Penyakit Kritikal

b) Penyakit yang disenarai hendaklah diperakui oleh pihak berkuasa
perubatan hospital Kerajaan atau hospital Swasta maka pekerja akan
diberi cuti bergaji penuh had maksima Tiga (3) bulan seperti
Jadual 8:

Jadual 8 Bayaran Gaji
Gaji Penuh
Tempoh Cuti Separuh (1/2) gaji
Tiga (3) bulan pertama Tiada gaji
Tiga (3) bulan kedua
Tiga bulan seterusnya

c) Dengan syarat, tiada cuti bergaji akan diberi kecuali pekerja itu
menjalani rawatan yang telah diperakui oleh doktor Syarikat atau pihak
berkuasa perubatan hospital Kerajaan dan Swasta.

d) Pihak syarikat akan menggunakan budi bicara yang baik berdasarkan
laporan pakar perubatan untuk dipertimbangkan kelulusan cuti.

e) Pekerja hendaklah lapor diri bekerja sebaik sahaja tahap kesihatan
beransur pulih dengan menyatakan surat cuti sakit disahkan oleh pakar
perubatan.

f) Sekiranya pekerja masih belum sembuh, Syarikat akan mengambil langkah
untuk memastikan pekerja itu layak untuk dikategorikan ilat. Jika
permohonan ilat berjaya, pekerja akan ditamatkan perkhidmatan dan
menerima faedah daripada PERKESO.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

57

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 50 - CUTI EHSAN

a) Syarikat akan memberi Cuti Ehsan bergaji kepada pekerja dan sumbangan
seperti perkara berikut :

Jadual 9

Kategori Cuti Jumlah Sumbangan Syarikat
Cuti
Kematian Ibu / Bapa Kandung atau Keluarga Angkat RM250.00
(Berdaftar) 2 hari
Kematian pasangan RM250.00
Suami / Isteri 2 hari RM200.00
Kematian anak kandung / anak angkat (Berdaftar) 2 hari RM100.00
Kematian adik-beradik 1 hari
Kematian Datuk / Nenek (Terdekat) dan Moyang 1 hari Tiada
Kematian Ibu / Bapa Mertua 1 hari Tiada
Perkahwinan (sah) - Pertama sahaja 3 hari RM200.00
Kelahiran Anak 2 hari RM100.00
5 kali kelahiran yang hidup (Lelaki sahaja)
Bencana alam 2 hari Tiada
Banjir / Tanah Runtuh / Ribut / Kebakaran DLL
(Pengesahan Bertulis Dari Pihak Berkuasa )

b) Bagi cuti ehsan perkahwinan, pekerja yang berstatus janda atau duda
juga layak mendapat cuti ehsan serta sumbangan dari syarikat untuk
perkahwinan pertama semasa dalam berkhidmat.

c) Bagi sumbangan perkahwinan sekiranya pasangan lelaki dan perempuan
bekerja di Syarikat maka kedua-duanya layak mendapat sumbangan
perkahwinan.

d) Pekerja layak menerima cuti bencana alam sebanyak maksima Dua (2) hari
sekiranya berlaku dipremis sendiri atau kawasan persekitaran premis.
Sekiranya berlaku di luar kawasan premis dan menjadi masalah pekerja
untuk hadir bekerja dan tiada laluan alternantif maka pekerja tersebut
layak mendapat cuti ehsan dengan mendapatkan pengesahan bertulis
daripada pihak berkuasa dan memohon kepada syarikat.

e) Mana-mana kejadian bencana alam berlaku dapat diselesaikan dalam masa
singkat maka pekerja hanya layak mendapat cuti ehsan Satu (1) hari
sahaja dan hendaklah bekerja pada keesokanya.

f) Cuti kelahiran (pekerja lelaki sahaja) yang jatuh pada hari Sabtu,
Ahad atau cuti umum, maka satu (1) hari daripada cuti ehsan tersebut
akan dibawa ke hari bekerja yang berikutnya.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

58

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 51 - CUTI KHIDMAT

a) Pekerja yang masih bekerja di Syarikat layak menerima cuti khidmat
sebagai tambahan cuti tahunan.

b) Kelayakan untuk menerima cuti ini pada setiap 5 tahun tempoh
berkhidmat. Tambahan sebanyak 3 hari akan diberi kepada pekerja
berdasarkan tarikh mula berkhidmat.

c) Cuti khidmat hendaklah dihabiskan pada tahun yang sama dan tidak boleh
dibawa bersama baki cuti tahunan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

59

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 52 - CUTI MENGERJAKAN IBADAH

a) Semua pekerja yang ingin mengerjakan ibadah mengikut kepercayaan agama
masing-masing dan telah berkhidmat dengan Syarikat melebihi 5 tahun
layak memohon cuti.

b) Kelayakan untuk memohon cuti ini, pekerja dibenarkan menyimpan
sebahagian cuti tahunan dalam bank cuti untuk menunaikan ibadah untuk
tempoh maksima 3 tahun sahaja (maksima 15 hari).

c) Jika tiada permohonan dibuat, maka cuti tersimpan akan dikeluarkan
dari bank cuti dan Syarikat akan membayar cuti tersebut mengikut kadar
gaji pekerja.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

60

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 53 - CUTI TANPA GAJI

a) Pekerja yang berkhidmat 2 tahun ke atas layak untuk membuat permohonan
cuti tanpa gaji selama 6 bulan.

b) Kelulusan permohonan hendaklah melalui Pengarah Syarikat.

c) Syarat keperluan memohon cuti tanpa gaji adalah :

i. Peruntukkan cuti tahunan telah habis.

ii. Mendapat kelulusan diatas budibicara Syarikat berdasarkan
keperluan operasi pengeluaran.

d) Kegagalan pekerja melaporkan diri selepas tamat tempoh cuti tanpa gaji
ianya dianggap melanggar perjanjian dan Syarikat berhak menamatkan
perkhidmatan tanpa notis.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

61

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 54 - ELAUN HARIAN DAN INSENTIF KEDATANGAN

a) Syarikat akan memberi elaun harian kedatangan kepada gred D sahaja dan
insentif kedatangan kepada semua gred jawatan di dalam skop perjanjian
ini.

b) Ketetapan bayaran adalah seperti Jadual 10 :
Jadual 10

Gred Jawatan DE F

Elaun Harian RM2.00 Nil Nil

Insentif Kedatangan Penuh RM80.00 RM70.00 RM60.00

Insentif Kedatangan (Cuti 1 hari) RM40.00 RM35.00 RM30.00

c) Elaun harian kedatangan bagi gred ‘D’ hendaklah dikira bersama dalam
ORP.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

62

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 55 - ELAUN PENGANGKUTAN

a) Pekerja dari gred E dan D adalah layak menerima elaun pengangkutan
seperti Jadual 11 :

Jadual 11

Gred Jawatan Jarak dan Amaun Jarak dan Amaun
E < 20km RM75.00 21km > RM150.00
D < 20km RM100.00 21km > RM200.00

b) Syarat kelayakan menerima elaun pengangkutan pekerja hendaklah
berdaftar dengan Syarikat dan dilampirkan dengan salinan lesen memandu
yang sah.

c) Bagi pekerja yang mempunyai lebih dari satu (1) kenderaan, ianya wajib
mendaftarkan semua kenderaan yang dimiliki.

d) Syarikat menyediakan pelekat kenderaan pekerja maksima dua (2) sahaja
untuk kenderaan pekerja yang mempunyai lesen serta insuran kenderaan
dan berdaftar dengan syarikat akan dibenarkan untuk meletak kenderaan
di dalam kawasan premis syarikat.

e) Bagi pekerja gred F, Syarikat tidak memberi elaun pengangkutan dan
pekerja hendaklah menaiki kenderaan syarikat yang telah disediakan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

63

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 56 - ELAUN SYIF MALAM

a) Elaun syif malam dibayar sebagai bayaran kesulitan yang dialami oleh
pekerja yang kerana bekerja mengikut syif malam seperti di jadual
Artikel 41.

b) Pekerja yang bertaraf sementara atau tetap dan menjalankan kerjanya
mengikut jadual syif adalah layak mendapat elaun syif malam mengikut
kadar seperti berikut :

i. 2 x 8.75jam pusingan syif = RM7.00/sehari
ii. Kupon syif malam = RM3.00/sehari

c) Elaun syif malam juga dibayar kepada pekerja yang bekerja lebih masa
pada Hari Sabtu, Ahad atau hari cuti Umum.

d) Elaun syif malam ini hendaklah dikira bersama dalam ORP.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

64

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 57 - ELAUN MAKAN HARIAN

a) Syarikat memberi elaun makan harian kepada semua jawatan gred ‘D’
seperti dalam skop perjanjian ini.

b) Elaun makan sebanyak RM2.50 sehari dibayar kepada pekerja yang hadir
kerja.

c) Jumlah elaun yang diterima pekerja akan dimasukkan ke dalam penyata
gaji setiap bulan.

d) Elaun ini tidak akan dibayar jika pekerja mengmbil cuti tahunan atau
cuti separuh hari atau tidak hadir bertugas.

e) Elaun makan harian hendaklah dikira bersama dalam ORP.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

65

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 58 - ELAUN MAKAN KERJA LEBIH MASA

a) Pekerja yang melakukan kerja lebih masa pada hari Isnin hingga Jumaat
elaun makan sebanyak RM2.50. Manakala pekerja yang bekerja pada hari
cuti Sabtu, cuti Ahad dan cuti Umum pekerja akan terima elaun makan
sebanyak RM3.50.

b) Elaun makan kerja lebih masa ini dibayar dalam bentuk kupon dan tidak
boleh ditunaikan.

c) Tarikh luput kupon elaun makan kerja lebih masa mengikut hari bekerja
kalendar syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

66

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 59 - ELAUN KERJA PANGGIL BALIK (On-Call)

a) Pekerja yang dipanggil semula untuk menjalankan tugas di luar waktu
bekerja biasa atau pada hari cuti layak menerima elaun ini.

b) Kadar bayaran adalah RM40.00 setelah hadir kerja selepas menerima
panggilan masuk kerja.

c) Bayaran kerja lebih masa juga diberikan kepada pekerja yang membuat
“On-Call” bermula dari waktu kerja semula dan mengikut jumlah masa
bekerja.

d) Sekiranya “On-Call” melebihi 4 jam selepas waktu tengah malam pekerja
diberi waktu rehat seperti :

i. 12.00am hingga 4.00am (4 jam)
= ½ hari cuti tanpa rekod bergaji

ii. 12.00am hingga ke atas (8 jam)
= 1 hari cuti tanpa rekod bergaji

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

67

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 60 - ELAUN PANAS

a) Syarikat akan membayar kepada pekerja yang menjalankan kerja proses
pengeluaran di bahagian kategori panas kawasan “Oven” dan “Casting”

b) Elaun panas ini juga dibayar kepada pekerja yang membuat kerja sokongan
untuk sementara waktu melebihi 4 jam.

c) Elaun panas dibayar kepada pekerja sebanyak RM5.00 sehari.

d) Pekerja yang menerima elaun panas hendaklah bekerja secara berterusan
dengan jabatan yang ditetapkan. Syarikat berhak menarik semula elaun
panas sekiranya pekerja tidak lagi berkerja di jabatan tersebut.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

68

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 61 - ELAUN JAWATAN GRED ‘E’

a) Semua pekerja yang memegang jawatan gred E1 – E3 yang berjawatan
‘Leader’ dan ‘Apprentice’ sahaja seperti termaktub dalam perjanjian
Artikel 24 layak menerima elaun ini.

b) Syarikat akan membayar RM75.00 kepada semua pekerja berjawatan gred
‘E’

c) Elaun jawatan gred ‘E’ hendaklah dikira bersama dalam ORP.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

69

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 62 - ELAUN JAWATAN KERJA GRED ‘D’

a) Semua pekerja yang berjawatan gred D1 – D3 seperti termaktub dalam
perjanjian Artikel 24 akan menerima elaun seperti berikut :

i. Gred D1 – D3 : RM100.00
Junior Supervisor / Supervisor / Senior Supervisor

ii. Gred D1 – D3 : RM80.00
Junior Technician / Technician / Senior Technician

iii. Gred D1 – D3 : RM80.00
Junior Officer / Officer / Senior Officer

b) Elaun jawatan gred ‘D’ hendaklah dikira bersama dalam ORP.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

70

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 63 - ELAUN MEMANGKU TUGAS

a) Pekerja yang diarahkan atau dipinjamkan ke jabatan lain atau tugas
dari Gred ‘F’ hingga Gred ‘D’ bagi melakukan kerja separuh atau sepenuh
masa dalam suatu jawatan gred yang tertinggi dari gred asal sebagai
ganti untuk kenaikan pangkat.

b) Tugas yang dipangku oleh pekerja itu hendaklah kerja dari seorang gred
yang paling tinggi dari pekerja yang memangku tugas.

c) Bayaran elaun memangku tugas adalah seperti Jadual 12 :

Jadual 12

Gred Jawatan Memangku Tugas Gred Jawatan Amaun
Gred F Gred E RM150.00
Gred F Gred D RM200.00
Gred E Gred D RM150.00
Gred F RM250.00
Gred E Gred C dan ke atas RM200.00
Gred D Gred C dan ke atas RM150.00
Gred C dan ke atas

d) Pekerja yang diarahkan atau dipinjamkan memangku tugas hendaklah
dimaklumkan oleh Syarikat secara bertulis.

e) Bayaran elaun hendaklah bermula dari tarikh diarahkan.

f) Ketua Jabatan hendaklah memaklumkan permohonan ini dua (2) bulan awal
kepada pengurusan Sumber Manusia secara bertulis sebelum dilantik atau
diarahkan.

g) Tempoh yang diperlukan adalah mengikut kesesuaian dan keperluan tugas
serta jabatan sebelum pekerja ditawarkan kenaikan pangkat minima
selama tiga (3) bulan. Sekiranya melebihi Ketua Jabatan hendaklah
memaklumkan semula seperti dalam Artikel 63(f).

h) Mana-mana pihak tidak boleh menafikan hak pekerja untuk mendapatkan
elaun ini sekiranya pekerja tersebut telah menjalankan tugas yang
diarahkan dengan persetujuan pihak pengurusan.

i) Elaun ini serta merta terbatal jika tugas yang dipangku telah tamat
atau dikeluarkan dari memangku tugas atau telah dinaikkan pangkat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

71

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 64 - ELAUN LATIHAN / KURSUS

a) Syarikat akan menyediakan latihan atau kursus bagi mempertingkatkan
kemahiran, pengetahuan bidang tugas dan sahsiah diri sebagai seorang pekerja.

b) Syarikat hendaklah menyediakan latihan atau kursus yang berkaitan dengan
bidang tugas, keselamatan pekerja dan kemahiran memandu kepada pekerja samada
di dalam syarikat atau kursus awam.

c) Pekerja yang dipilih menghadiri latihan hendaklah WAJIB menghadirkan diri
pada ketetapan yang telah dimaklumkan.

d) Syarikat iktiraf bahawa latihan yang dihadiri adalah bukan dari sebahagian
kerja. Oleh itu syarikat tidak membuat bayaran kerja lebih masa kepada pekerja
yang hadir latihan.

e) Kesatuan mengiktiraf latihan atau kursus dikendalikan pada hari dan waktu
bekerja biasa atau hari Sabtu atau hari Ahad. Syarikat bersetuju Cuti Tanpa
Rekod diberikan kepada pekerja yang menghadiri kursus pada hari Ahad sebagai
gantian hari rehat.

f) Pekerja yang menyertai latihan layak menerima elaun seperti Jadual 13:

Jadual 13

Tempat Kriteria Elaun Bayaran Elaun
AOTS Berdasarkan skim AOTS Berdasarkan Skim AOTS
¥2000/sehari (Isnin – Jumaat)
NWBJ Hari Biasa atau hari ¥4500/sehari (Sabtu – Ahad)
Minggu Layak menerima elaun seperti
Artikel 66

Malaysia 1. Wajib hadir penuh 1.RM45.00/sehari
2. Menghadiri di dalam
atau luar syarikat 2.Sekiranya menghadiri latihan
3. Latihan atau kursus dan kursus luar dari syarikat
yang diiktiraf oleh HRDF boleh membuat tuntutan seperti
atau Kerajaan Malaysia Artikel 65

DENSO Malaysia Tiada Pekerja boleh membuat tuntutan
Lain-lain seperti Artikel 65
1.Mengikut keperluan
syarikat. Pekerja boleh membuat tuntutan
2.Perlu mendapat seperti Artikel 65
kelulusan dari
pengurusan Syarikat.

g) Syarikat akan memperuntukan sebanyak RM8000.00 setahun kepada Kesatuan untuk
menghantar pegawai Kesatuan menjalani latihan atau kursus yang bersesuai
diiktiraf oleh HRDF. Latihan hanya akan dilakukan pada hari Sabtu dan Ahad
dengan kelulusan pihak Jabatan sumber Manusia.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

72

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 65 - ELAUN PERJALANAN RASMI – DALAM NEGARA

a) Pekerja yang diarahkan dan menjalankan tugas rasmi Syarikat dalam
negara layak membuat tuntutan elaun perjalanan rasmi seperti :

Jadual 14

ELAUN PERJALANAN RASMI

Dalam Negeri- Negeri di Malaysia

(Kecuali N.Sembilan)

Tanpa Penginapan Dengan Penginapan

1/2 Hari > 1 Hari 1/2 Hari > 1 Hari

RM25.00 RM50.00 RM30.00 RM55.00

b) Sekiranya pekerja perlu menginap, bilik penginapan disediakan oleh
pihak Syarikat.

c) Pekerja juga dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri untuk urusan
rasmi syarikat dan boleh membuat tuntutan perjalanan.

d) Bayaran perbatuan boleh dibuat dengan kadar seperti :

1) Perbatuan : RM0.50/km
2) Tol : Berdasarkan resit atau penyata kad Touch n Go
3) Parking : Berdasarkan resit
4) Kenderaan Awam : Berdasarkan tempahan tiket / resit

e) Pekerja yang menjalankan urusan rasmi Syarikat dalam sekitar daerah
N.Sembilan serta urusan Syarikat di Kilang 1 & 2 dan Logistik 1 & 2
atau sebaliknya layak menerima elaun tugas (kecuali dari F1 ke LC1 dan
F2 ke LC2) seperti :

Jadual 15

Jarak Masa Amaun
Kurang 10km Kurang 4 jam RM10.00
Lebih 4 jam RM20.00
Lebih 10km Kurang 4 jam RM15.00
Lebih 4 jam RM30.00

f) Pegawai Kesatuan yang terlibat bersama Pengurusan atau mana-mana wakil

jabatan yang menjalankan tugas rasmi Syarikat seperti ziarah pekerja

atau melawat pekerja atau urusan berkaitan pekerja juga layak membuat

tuntuan Artikel 65(e)

Jadual 15.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

73

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 66 - ELAUN PERJALANAN RASMI – LUAR NEGARA

a) Pekerja yang diarahkan dan menjalankan tugas rasmi Syarikat luar
negara layak membuat tuntutan elaun perjalanan rasmi seperti :

Jadual 16

ELAUN PERJALANAN RASMI

Luar Negara

Negara Singapura

Tanpa Penginapan Dengan Penginapan

1/2 Hari = <12 jam Lebih 1 Hari = >12 jam 1/2 Hari Lebih 1 Hari

SD20.00 SD40.00 SD20.00 SD45.00

ELAUN PERJALANAN RASMI

Luar Negara

Negara Dengan Penginapan
1 Hari Lebih 1 Hari

Eropah €30.00 €55.00

USA $30.00 $55.00

Jepun ¥2500.00 ¥4500.00

Asia & Asean $20.00 $40.00

b) Syarikat juga akan memberikan lain-lain keperluan sepanjang urusan di
luar negara seperti :

1) Penginapan - Berdasarkan resit.
2) Tambang Perjalanan - Berdasarkan resit (Rumah - lapangan terbang).

3) Pasport - Berdasarkan resit (Lapangan terbang - rumah).
4) Baju sejuk
5) Visa - Berdasarkan resit (Pengangkutan awam sepanjang
6) Pendahuluan
bertugas).

- Mengikut kadar semasa Jabatan Imigresen untuk
1 peruntukan untuk tempoh 5 tahun.

- RM500.00 sekali sahaja.
- Tertakluk kepada negara dilawati.
- Mengikut kadar yang munasabah ditetapkan oleh

Syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

74

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 67 - ELAUN PEMANDU FORKLIFT

a) Pekerja yang menjalankan kerja sebagai pemandu forklift secara tetap
dan sepenuh masa layak menerima elaun ini.

b) Syarikat akan membayar sebanyak RM2.00 sehari kepada pekerja yang
memandu forklift sepenuh masa dan telah disahkan oleh Ketua Jabatan
serta lulus kursus pemanduan forklift.

c) Pekerja yang mempunyai lesen pemandu forklift dan tidak diperakui
sebagai pemandu sepenuh masa atau gagal kursus pemanduan forklift
tidak layak menerima elaun.

d) Ketua jabatan hendaklah memastikan pekerja yang menerima elaun ini
sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang
ditetapkan. Sebarang kecuaian dalam tugas Syarikat berhak menarik
semula elaun ini dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

e) Sekiranya pemandu forklift yang diiktiraf tidak hadir bekerja, maka
pengganti hendaklah mendapat perakuan dari Ketua jabatan serta lulus
kursus pemanduan forklift juga layak menerima elaun ini dan wajib
menjalankan tugas sepanjang hari gantian.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

75

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 68 - FAEDAH PERUBATAN

a) Syarikat memberi faedah perubatan kepada pekerja dan keluarga (anak atau
suami atau isteri).

b) Pekerja hendaklah mendapatkan rawatan dimana-mana klinik panel Syarikat
untuk pengesahan sebelum membuat temujanji rawatan selanjutnya.

c) Kos rawatan hospital dan surgeri bagi setiap pekerja adalah seperti :

Jadual 18

Daftar Hospital Kos Syarat / Makluman
Rawatan Hospital RM6000.00/setahun (Gred F)
Kerajaan / Swasta RM8000.00/setahun (Gred E & D) Surat pengesahan doktor panel atau
mana-mana pakar perubatan
Rawatan Wad Kelas 2 Deposit (GL) Syarikat hanya
Hospital Kerajaan membayar di Hospital Tuanku Bagi hospital kerajaan yang lain
Jaafar sahaja. pekerja hendaklah memaklumkan kepada
Rawatan wad kelas 1 Syarikat sekiranya dikehendaki masuk
Hospital Kerajaan Deposit (GL) Syarikat hanya wad.
membayar di Hospital Tuanku
Jaafar sahaja. Rawatan wad kelas dua di hospital
kerajaan atau jika tiada wad kelas
dua, maka rawatan wad kelas satu
akan diberi sehingga ke satu masa
apabila tempat wad kelas dua
diperolehi.

d) Kos rawatan seperti Jadual 18 tidak termasuk kes rawatan ibu mengandung
atau bersalin.

e) Bagi rawatan pesakit luar atau mengambil ubat-ubatan dan rawatan
pergigian adalah dari klinik panel yang dilantik oleh Syarikat atau klinik
Kerajaan seperti Jadual 19 :

Jadual 19 Pekerja Anak / Isteri / Suami Jumlah
Gred RM2900.00 RM300.00 RM3200.00
D RM1400.00 RM300.00 RM1700.00
E RM900.00 RM300.00 RM1200.00
F

f) Syarikat akan menanggung rawatan berkaitan kecederaan, kesakitan atau
penyakit sebagai sakit pekerjaan dengan syarat tidak menyalahi undang-undang
dan peraturan Syarikat.

g) Pekerja berstatus bujang akan mendapat peruntukan perubatan penuh manakala
pekerja status duda atau janda peruntukan perubatan rawatan pesakit luar
boleh digunakan untuk anak kandung sahaja.

h) Bagi pekerja lelaki atau wanita yang telah berkahwin dan pasangan bekerja
dibawah satu Syarikat, peruntukan perubatan keluarga akan diberi kepada
keduanya.

i) Syarikat tidak akan menanggung apa-apa perbelanjaan rawatan kecederaan,
hilang upaya dari kesalahan atau kelalaian atau menggunakan ubat terlarang
atau dibawah pengaruh alkohol atau akibat dari mengganggu ketenteraman awam
dan berkelakuan yang tidak diingini.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

76

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 69 - FAEDAH PERGIGIAN

a) Syarikat hendaklah memberi faedah pergigian kepada semua pekerja tetap
sahaja.

b) Peruntukan rawatan pergigian adalah termaktub seperti perjanjian
Artikel 69 (e) Jadual 19 tertakluk kepada had peruntukan perubatan
yang diberikan oleh Syarikat setahun semasa berkhidmat.

c) Faedah ini TIDAK termasuk kos pembaikkan berupa kosmetik atau apa juga
rawatan berkaitan kecantikan.

d) Faedah pergigian termasuk perubatan yang dipersetujui adalah seperti
berikut:-

i. Mencabut
ii. Dresing dan pengubatan
iii. Rawatan bengkak
iv. Surgeri minor dan x-ray
v. Tampalan amalgam
vi. Tampalan komposit
vii. Pengskelaran dan pengilapan
viii. Pembedahan minor gusi dan tulang
ix. Rawatan saluran akar
x. Apisektomi
xi. Gigi palsu

e) Segala rawatan pergigian hendaklah dengan klinik Kerajaan dan panel
klinik gigi swasta yang telah dilantik oleh Syarikat.

f) Pekerja tidak dibenarkan membuat atau menerima rawatan dari mana-mana
klinik gigi selain dari panel yang dilantik.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

77

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 70 - FAEDAH BERSALIN

a) Pekerja wanita dan telah berkahwin layak mendapat cuti bersalin
bergaji selama 60 hari mengikut peruntukan Akta Kerja 1955.

b) Jumlah keseluruhan cuti adalah 300 hari bersamaan dengan Lima (5) kali
bersalin sahaja sepanjang tempoh berkhidmat.

c) Syarikat hendaklah menyediakan borang Daftar Cuti Bersalin Dan Elaun-
Elaun (IC) dalam Jadual Pertama Akta Kerja 1955 (Seksyen 44) dan
memaklumkan kepada pekerja wanita yang akan bercuti bersalin 3 bulan
sebelum bersalin.

d) Pekerja wanita yang mengandung WAJIB mengisi borang yang disediakan.

e) Pekerja yang keguguran sebelum minggu ke-28 tidak dianggap sebagai
cuti bersalin tetapi ianya dikira sebagai cuti sakit.

f) Syarikat akan memberi saguhati kelahiran kepada pekerja sebanyak
RM100.00 dan pekerja lelaki juga layak mendapat faedah cuti ehsan
seperti terkandung dalam Artikel 50 (Jadual 9).

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

78

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 71 - FAEDAH PERKAHWINAN

a) Pekerja lelaki dan perempuan yang telah disahkan jawatan layak
menerima peruntukan artikel ini.

b) Syarikat akan memberikan saguhati perkahwinan sebanyak RM200.00 kepada
setiap pasangan yang berkahwin. Sekiranya pasangan bekerja di dalam
satu syarikat maka kedua-duanya layak menerima faedah perkahwinan.

c) Syarikat juga hendaklah mematuhi segala peruntukan Artikel 50(b)
dan (c).

d) Faedah ini hanya diberi kepada perkahwinan pertama sahaja semasa
berkhidmat dengan Syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

79

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 72 - FAEDAH KEMATIAN DALAM TEMPOH BERKHIDMAT

a) Pekerja yang meninggal dunia akibat sakit atau kemalangan atau dibunuh
tanpa niat (yang melibatkan siasatan pihak berkuasa sehingga kes
selesai) dan didapati tidak bersalah serta masih berkhidmat dengan
Syarikat walaupun dalam keadaan sedang bercuti layak menerima faedah
perjanjian ini dan ditanggung oleh Syarikat seperti :

i. Sumbangan Syarikat sebanyak RM2000.00 diberi kepada waris
terdekat.

ii. Mana-mana peruntukan Artikel 74 Syarikat wajib membayar
kepada waris terdekat selepas urusan dokumentasi pihak
Syarikat selesai.

b) Pekerja wanita yang meninggal dunia semasa bersalin juga layak
mendapat faedah ini serta mana-mana peruntukan Artikel 74.

c) Kematian yang disebabkan bunuh diri atau mati disebabkan dengan
perlumbaan haram Tidak Layak menerima faedah ini serta peruntukan
Artikel 74.

d) Syarikat hendaklah mematuhi mana-mana dipersetujui di dalam
Artikel 74.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

80

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 73 - FAEDAH PERKHIDMATAN

a) Syarikat menghargai jasa khidmat pekerja yang lama berkhidmat.

b) Pekerja yang layak akan menerima saguhati dari Syarikat seperti
berikut :

i. Sijil Penghargaan
ii. Saguhati wang ringgit atau sijil simpanan mengikut nilai

yang ditetapkan dan tidak boleh kurang nilainya.

c) Tempoh khidmat dan nilai saguhati ialah :

i. 5 tahun = RM400.00
ii. 10 tahun = RM900.00
iii. 15 tahun = RM1,200.00
iv. 20 tahun = RM1,600.00
v. 25 tahun keatas = RM2,000.00

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

81

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 74 - FAEDAH INSURAN KELOMPOK

a) Syarikat menyediakan skim perlindungan insuran berkelompok untuk
pekerja.

b) Pekerja akan dilindungi 24 jam di dalam skim insuran ini berkaitan
kematian, kemalangan di dalam atau di luar Syarikat dan hilang upaya
kekal akibat kemalangan sepanjang tempoh berkhidmat.

c) Pekerja yang terlibat dengan aktiviti dalaman dan luaran yang
dikelolakan oleh Syarikat juga layak mendapat faedah insuran ini.

d) Kategori perlindungan yang diberi adalah seperti :

Jadual 20

Kategori Polisi Insuran
Gaji Pokok X 36
Kematian Tidak lebih RM270,000.00
Berdasarkan polisi
Kemalangan dan Hilang Upaya RM6000.00 setahun (Gred F sahaja)
Kos Perubatan dan rawatan RM8000.000 setahun (Gred E & D)
hospital RM2000.00
Kos Pengkebumian

e) Premium insuran ditanggung penuh oleh Syarikat. Salinan polisi
hendaklah diberikan kepada Kesatuan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

82

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 75 - FAEDAH BONUS TAHUNAN

a) Syarikat akan membayar bonus tahunan kepada pekerja yang disahkan
jawatan serta telah berkhidmat melebihi satu (1) tahun.

b) Bayaran bonus tahunan adalah berdasarkan prestasi tahunan syarikat.

c) Bayaran insentif tambahan kepada pekerja juga diberikan berdasarkan
komitmen dan penglibatan pekerja sepanjang tahun.

d) Rundingan serta perbincangan antara Syarikat dan Kesatuan hendaklah
dibuat satu (1) bulan awal sebelum hujung tahun dan keputusan akhir
persetujuan bersama hendaklah dibuat pada minggu kedua bulan Disember
setiap tahun.

e) Kiraan bonus tahunan adalah berdasarkan tempoh khidmat pekerja untuk
satu (1) tahun bermula 21 Oktober tahun sebelumnya dan berakhir
20 Oktober tahun bonus tahunan dibayar.

f) Pekerja baru dalam tempoh percubaan atau tidak cukup tempoh khidmat
satu (1) tahun, Syarikat akan membayar bonus tahunan secara pro-rata.

g) Syarikat bersetuju membayar bonus tahunan sebelum 20 Disember setiap
tahun.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

83

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 76 - PAKAIAN SERAGAM

a) Syarikat akan membekalkan pakaian seragam yang lengkap kepada pekerja
sebagai menandakan ianya pekerja Syarikat.

b) Syarikat akan menghantar senarai nama pekerja tiga (3) bulan sebelum
hujung tahun untuk menentukan saiz dan mengikut kesesuaian jawatan.

c) Ketetapan pembekalan pakaian seragam adalah seperti :

Jadual 21

Gred Warna Baju T-shirt Topi Tudung
Jawatan Biru Royal
Pekerja Mengikut status gred jawatan
3 22
Baru Hijau / Kuning
D Biru 2 22
E 2 22
F Kuning 2 22

d) Pekerja hendaklah mematuhi etika pakaian dan hendaklah memakan pakaian
yang dibekalkan.

e) Warna kuning, biru dan hijau untuk kumpulan Bukan Eksekutif dikekalkan
dan manakala bagi jawatan dalam Kumpulan Eksekutif, Syarikat hendaklah
memilih warna lain bagi membezakan status pekerja.

f) Perubahan etika pakaian akan dibuat oleh Syarikat melalui jabatan
kepada semua pekerja.

g) Pakaian seragam yang dibekalkan hendaklah dipakai pada setiap waktu
bekerja termasuk kerja lebih masa hari Sabtu, Ahad atau Cuti Umum.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

84

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 77 - PEMERIKSAAN KESIHATAN BERKALA

a) Syarikat hendaklah mematuhi mana-mana peruntukan Akta Perkilangan dan
Kejenteraan 1967 dan Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994
berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja.

b) Syarikat akan memastikan pekerja diberi latihan dibawah seliaan
pegawai Keselamatan Pekerja.

c) Syarikat akan memberi dan menyediakan jadual pemeriksaan telinga, mata
dan lain-lain berkaitan mengikut peruntukan DOSH.

d) Syarikat hendaklah membenarkan pekerja untuk hadir menjalani
pemeriksaan Kesihatan dimana kos pemeriksaan ditanggung oleh Syarikat.

e) Syarikat juga hendaklah membekalkan keperluan dan peralatan
keselamatan mengikut kesesuaian tempat kerja.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

85

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 78 - PERALATAN DAN PERKAKAS KERJA

a) Syarikat akan menyediakan peralatan dan kelengkapan kerja yang
bersesuaian dengan kerja dilakukan.

b) Pekerja hendaklah menjaga dengan penuh bertanggungjawab.

c) Peralatan yang dibekalkan oleh Syarikat hendaklah mengikut ciri-ciri
keselamatan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

86

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 79 - TEMPAT LETAK KENDERAAN

a) Syarikat hendaklah menyediakan tempat letak kenderaan pekerja yang
selesa dan selamat.

b) Pekerja hendaklah mendaftar kenderaan dengan pihak pengurusan untuk
memastikan kenderaan yang dibawa dibenarkan masuk ke tempat letak
kenderaan.

c) Syarikat hendaklah menyediakan tempat letak motorsikal berbumbung dan
mencukupi dengan kapasiti pekerja.

d) Syarikat hendaklah menyediakan tempat letak kenderaan khas pekerja
mengandung dan pekerja kurang upaya (OKU).

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

87

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 80 - BAS DAN VAN PEKERJA

a) Pengangkutan bas dan van pekerja disediakan oleh Syarikat untuk
pekerja yang tiada kenderaan mengikut laluan yang ditetapkan.

b) Pengangkutan bas dan van pekerja hendaklah mempunyai permit yang sah
dan berada dalam tahap selamat untuk membawa pekerja.

c) Jadual perjalanan bas dan van pekerja disediakan oleh Syarikat.
Pekerja mestilah mematuhi jadual yang telah ditetapkan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

88

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 81 - KETEPATAN MASA TEMPAT KERJA

a) Pekerja hendaklah menepati masa bekerja yang telah ditetapkan.

b) Syarikat tidak boleh memaksa pekerja untuk datang lebih awal. Jika ada
keperluan, pihak boleh meminta pekerja datang lebih awal dengan
memberi notis atau memo terlebih dahulu dan pekerja akan dibayar kerja
lebih masa mengikut masa yang telah ditetapkan oleh Syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

89

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 82 - DATANG LEWAT DAN BALIK AWAL

a) Pekerja yang mempunyai alasan munasabah dan mempunyai bukti untuk
dilampirkan hendaklah membuat permohonan lewat hadir kerja.

b) Pekerja juga hendaklah memaklumkan terlebih dahulu kepada Ketua
Jabatan diatas kelewatannya.

c) Pekerja yang datang lewat hendaklah mengisi Borang Datang Lewat dan
jika pekerja yang ingin balik awal hendaklah mengisi Borang Kebenaran
keluar premis dengan pengesahan Ketua Jabatan.

d) Syarikat akan mengambil tindakan sekiranya pekerja gagal mematuhi
artikel perjanjian ini dan akan bekerjasama dengan Kesatuan untuk
proses pemulihan pekerja bermasalah.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

90

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 83 - KEBENARAN MASUK DAN KELUAR DARI SYARIKAT (ok)

a) Syarikat berhak untuk tidak membenarkan pekerja masuk atau mengarahkan
keluar dari premis Syarikat jika;

i. Membawa senjata tajam yang boleh membahayakan pekerja
lain.

ii. Dijangkiti atau disyaki pembawa penyakit berjangkit.
iii. Dibawah pengaruh alkohol.
iv. Tidak memakai pakaian seragam

v. Telah diberhentikan bekerja

vi. Tidak memakai topi keledar

vii. Terlibat dengan kes jenayah atau dadah dan dikehendaki
oleh pihak berkuasa.

viii. Lain-lain perkara yang akan diberitahu oleh Syarikat.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

91

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 84 - MEMBAWA KELUAR HARTA SYARIKAT

a) Harta Syarikat tidak boleh dibawa keluar dari premis tanpa kelulusan
pengurusan.

b) Syarikat berhak mengarahkan pengawal keselamatan untuk memeriksa
kenderaan pekerja tidak membezakan jawatan.

c) Mana-mana kenderaan lain selain kenderaan pekerja Syarikat berhak
untuk memeriksa.

d) Tindakan tegas boleh diambil jika mana-mana pihak gagal mematuhi
peraturan seperti dalam artikel ini.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

92

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 85 - KAD PEKERJA

a) Syarikat akan menyediakan kad pekerja dan berfungsi sebagai kad
perakam waktu.

b) Kad pekerja WAJIB dipakai sepanjang berada dalam premis Syarikat.

c) Kad pekerja hanya dibekalkan sekali sahaja oleh Syarikat.

d) Kerosakan pada kad pekerja boleh terus memaklumkan kepada Jabatan
untuk diganti baru.

e) Kad pekerja yang telah hilang, gantian kad baru akan dikenakan caj
RM10.00.

f) Pekerja dilarang memberi kad pekerja kepada orang lain.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

93

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

ARTIKEL 86 - MENINGGALKAN PREMIS SYARIKAT PADA WAKTU KERJA

a) Pekerja yang keluar dari premis Syarikat pada waktu kerja hendaklah
mengisi borang kebenaran keluar dan disahkan oleh Ketua Jabatan.

b) Tujuan keluar dari premis dalam waktu kerja ialah :

i. Urusan rasmi Syarikat
ii. Urusan Kesatuan Pekerja
iii. Urusan Peribadi
iv. Ziarah atau melawat pekerja
v. Pemeriksaan Kesihatan
vi. Rawatan kecemasan (Tidak perlu borang keluar)

c) Kebenaran keluar hendaklah melalui Ketua Jabatan sahaja. Manakala yang
bekerja syif malam kebenaran keluar hendaklah melalui penyelia
jabatan.

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

94

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

LAMPIRAN A – Artikel 21 (ok)

Kategori 1

a) Tidak ikut arahan Ketua atau Penyelia atau Ketua Jabatan. peraturan
b) Ponteng tugas
c) Keluar tanpa kebenaran
d) Datang lewat
e) Merokok dalam tandas atau kawasan yang tidak diwartakan
f) Vendalisma
g) Sengaja tidak merakam kad perakam
h) Kerap tidak hadir bekerja
i) Lain-lain kesalahan yang tidak serius serta melanggar

Syarikat.

Kategori 2

a) Merakam kad perakam orang lain
b) Menipu dokumen cuti sakit
c) Membawa harta Syarikat tanpa kebenaran
d) Bergaduh
e) Kegiatan jenayah
f) Menghisap / Mengedar / Memiliki dadah
g) Peras ugut
h) Gangguan seksual
i) Menjalankan kegiatan haram dari segi perundangan Malaysia
j) Lain-lain kesalahan yang berat serta melanggar peraturan Syarikat
k) Kesalahan kategori satu (1) berulang

Persetujuan oleh dua pihak :

Tarikh :

95

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

Pada yang menyaksikan perjanjian ini termeterai, MAKA pihak-pihak dalam

Perjanjian ini bersetuju untuk menandatangani perjanjian pada 23 March 2019

dan perjanjian ini akan berkuatkuasa pada 1 JANUARI 2019.

NIPPON WIPER BLADE (M) SDN. BHD.

Pengarah Urusan Pengarah Kanan

96

PERJANJIAN KOLEKTIF KE-2 ( 2ND COLLECTIVE AGREEMENT )
2019 – 2021

Kesatuan Pekerja-Pekerja Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd & Nippon Wiper Blade (M) Sdn. Bhd.
________________________________________________________________________________________________________________________

NOTA

97

98

Click to View FlipBook Version