1
ISI KANDUNGAN
DARI MEJA EDITOR .......................................................................................................................................... 2
DARI MEJA KOORDINATOR .......................................................................................................................... 3
CARTA ORGANISASI ........................................................................................................................................ 4
UNIT-UNIT DI BAWAH JSKM 2021 ................................................................................................................ 5
LAPORAN PENCAPAIAN JSKM 2021 ............................................................................................................. 6
PENERBITAN ................................................................................................................................................. 11
PERUNDINGAN ............................................................................................................................................. 15
INOVASI .......................................................................................................................................................... 16
AKTIVITI JSKM 2021 ....................................................................................................................................... 18
PENULISAN KREATIF ..................................................................................................................................... 38
RENCANA ILMIAH ....................................................................................................................................... 39
KARYA KREATIF ........................................................................................................................................ 133
UJI MINDA .................................................................................................................................................... 149
SEGUNUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN ........................................................................................ 155
ANUGERAH KHIDMAT CEMERLANG .................................................................................................... 156
PENCAPAIAN STAF JSKM 2021 ................................................................................................................ 157
JASAMU DIKENANG .................................................................................................................................. 161
NOTA ................................................................................................................................................................. 164
2
SIDANG REDAKSI
DARI MEJA EDITOR
PENAUNG:
Prof Ts Dr
Salmiah Kasolang@Kasalung
Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah Subhana
PENASIHAT: Wata’ala kerana memberi kesempatan kepada Unit Penerbitan e-Buletin
Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau
Pinang untuk menerbitkan e-Buletin JSKM volume ke 6, 2021.
Sumbangan artikel dan karya kreatif dari rakan sejabatan telah diwar-
warkan bermula dari awal tahun 2021. Sumbangan artikel amat
Pn Hajah Norazah Umar menggalakkan dan ini menunjukkan penyertaan pada tahun 2021 adalah
luar biasa. Jumlah artikel dan sumbangan karya kreatif adalah melebihi
KETUA EDITOR:
80 artikel. Ini menunjukkan rakan-rakan dari JSKM adalah kreatif dalam
berkarya luar dari bidang masing-masing seperti mencipta permainan
yang menguji minda, mencipta puisi, sajak dan pantun yang berkaitrapat
dengan situasi semasa dan tidak kurang juga ada yang berkongsi
pengalaman, idea, resipi, rahsia dan pelbagai keunikan ilmu. Tahniah
juga kepada jawatankuasa-jawatankuasa yang telah melaksanakan dan
Ts Hj Jamal Othman melaporkan aktiviti-aktiviti JSKM sepanjang tahun 2021.
EDITOR: Walaupun ini merupakan tahun kedua kita semua berada dalam situasi
norma baharu pendemik Covid-19, namun ia tidak menghalang para
pensyarah untuk berkarya. Karya-karya yang dikongsi adalah bernilai
dan ianya boleh dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Pada
kebiasaannya para pensyarah menghasilkan artikel untuk diterbitkan di
jurnal-jurnal berindeks SCOPUS/ERA/WoS, namun para pensyarah
Dr Rozita Kadar mengambil peluang untuk menerbitkan karya-karya kreatif dalam
Pn Zuraira Libasin bentuk santai bagi menceria atmosfera JSKM dan seterusnya
mengujudkan spirit kekeluarga dalam JSKM. Semoga usaha ini
GRAFIK & REKALETAK: diteruskan pada masa-masa akan datang.
Saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada ahli jawatankuasa
di bawah Unit Penerbitan, JSKM, yang telah bertungkus lumus, komited
dan memastikan e-Buletin JSKM Volume ke 6, 2021 dapat
Hj Saiful Nizam Warris direalisasikan dengan baik sekali. Tidak lupa juga kepada Koordinator
En Mohd Syafiq Abdul Rahman Program yang telah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi
kepada team Sidang Redaksi JSKM. Kami mendoakan agar penghasilan
e-buletin pada kali dapat memberi kepuasan kepada semua pembaca.
Buat akhir kata, teruskan berkarya dan teruskan kecemerlangan.
KETUA EDITOR
3
DARI MEJA KOORDINATOR
Puji dan syukur ke hadrat Allah s.w.t yang telah memberikan
rahmat dan kurnianya. Sekalung penghargaan kepada Ketua
Editor ,semua jawatankuasa unit penerbitan dan semua yang
terlibat dengan penerbitan Buletin Jskm 2021 ini. Dengan
kerjasama semua akhirnya sekali lagi JSKM dapat
menerbitkan buletin tahunan bagi tahun 2021 yang menjadi
naskhah penting bagi merakamkan aktiviti tahunan JSKM.
Buletin ini juga diterbitkan selari dengan salah satu
objektif UiTM untuk meningkatkan bilangan penulisan di
kalangan para pensyarah. Mengimbangi tanggungjawab sebagai pendidik dan pada
masa yang sama menghasilkan penulisan ilmiah, melakukan penyelidikan, menjadi
rujukan dalam bidang dan kepakaran masing-masing, menghasilkan produk atau
karya kreatif yang mampu dikomersilkan dan lain-lain lagi merupakan cabaran kepada
ahli akademik di institusi pendidikan tinggi. Walaupun ditambah dengan cabaran
pandemik Covid 19 masih belum berakhir, JSKM akan terus merancang pelbagai
transformasi bagi memastikan cabaran-cabaran tersebut ditangani dengan penuh
bijaksana dan terancang agar kelestarian universiti ini dapat dikekalkan.
Saya juga amat berharap agar penerbitan ini akan membuka laluan kepada
penerbitan-penerbitan susulan. Koleksi seperti ini merupakan naskah jabatan yang
perlu disimpan untuk rujukan generasi akan datang. Besar manfaatnya kepada
jabatan jika penulisan seperti ini dapat dihimpun atau dibukukan. Justeru itu saya akan
terus meggalakkan pensyarah-pensyarah di JSKM agar sentiasa aktif dalam aktiviti-
aktiviti penerbitan artikel ,jurnal dan semua penulisan ilmiah dan karya kreatif.
Akhir kata, tahniah sekali lagi kepada semua pihak yang telah menyumbangkan
tenaga dan idea sehingga terbitnya buletin ini.
Sekian, terima kasih. Wabillahitaufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T
Norazah binti Umar
Koordinator
Jabatan Sains Komputer dan Matematik
4
CARTA ORGANISASI
JABATAN SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK
5
UNIT-UNIT DI BAWAH JSKM 2021
UNIT LANTIKAN NAMA
KUALITI Pengurus: Siti Nurleena Abu Mansor
AJK: Maisurah Shamsuddin
OBE Ketua: Nur Azimah Idris
RMU Ketua: Dr. Syarifah Adilah Mohamed Yusoff
KHIDMAT MASYARAKAT Ketua Muniroh Hamat
AJK: Mohd Saifulnizam Abu Bakar
Farah Hayati Mustapa
Elly Johana Johan
Norhafizah Ahmad
PENERBIT DAN PUBLISITI Ketua: Ts. Jamal Othman
AJK: Dr. Rozita Kadar
Saiful Nizam Warris
Zuraira Libasin
Mohd Syafiq Abdul Rahman
KEBAJIKAN DAN Ketua: Siti Balqis Mahlan
KEROHANIAN STAF AJK: Noor Azizah Mazeni
Wan Anisha Wan Mohamad
Rafizah Kechil
Siti Asmah Mohamad
MISI AKADEMIK Ketua: Mohd Fahmi Zahari
AJK: Dr. Ch’ng Pei Eng
Chew Yee Ming
5S Ketua: Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri
AJK: Noor ‘Aina Abdul Razak
Nur Azimah Idris
Azlina Mohd Mydin
LATIHAN DAN Ketua Naemah Abdul Wahab
KEPIMPINAN STAF AJK: Norshuhada Samsudin
Fadzilawani Astifar Alias
Syarul Heiry Yahaya
SUKAN DAN REKREASI Ketua: Mawardi Omar
AJK: Dr. Nor Hanim Abdul Rahman
Ahmad Rashidi Azudin
Sharifah Sarimah Syed Abdullah
Siti Mariam Saad
PERANCANGAN DAN Ketua: Mahanim Omar
STRATEGIK AJK: Norazah Umar
6
LAPORAN PENCAPAIAN JSKM 2021
LAPORAN
PENCAPAIAN
JSKM 2021
7
LAPORAN PENCAPAIAN PERANCANGAN STRATEGIK
(sehingga 31 Julai 2021)
Mahanim binti Omar
Pengenalan
Pada tahun 2020, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah melancarkan rancangan strategi
lima tahun, UiTM2025, dalam usaha mentransformasikan UiTM menjadi sebuah Universiti
yang Terkenal di Dunia (Globally Renowned University) menjelang tahun 2025. Bagi
mencapai sasaran ini, UiTM Shah Alam telah menetapkan petunjuk prestasi (PI) yang perlu
dicapai. PI ini diagihkan kepada UiTM cawangan, fakulti dan jabatan UiTM di seluruh
Malaysia. UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah diamanahkan dengan 64 PI untuk
dicapai. Dari jumlah ini, 23 PI telah diagihkan kepada Jabatan Sains Komputer dan Matematik
(JSKM). Gambarajah 1 menunjukkan kategori PI yang diamanahkan kepada JSKM serta
pencapaian sehingga 31 julai 2021.
PENGURUSAN PENERBITAN PENYELIDIKAN
(bil PI:6, capai 2) (bil. PI: 5, capai 2) (bil. PI: 4, capai 0)
KEUSAHAWANAN JALINAN KOMUNITI,
INDUSTRI & MASYARAKAT
(bil. PI: 1, capai 1) (bil. PI: 7, capai 4)
Gambarajah 1: Kategori PI
Pelan Tindakan Strategik
Bagi memastikan pencapaian PI ini, satu
Pelan Tindakan Strategik (SAP-Strategic
Action Plan) telah diatur oleh ketua-ketua
unit yang terlibat seperti yang dipaparkan
dalam infografik di Gambarajah 2. Pada
awal tahun, wakil jabatan bersama ketua
jabatan dikehendaki membentangkan Pelan
Tindakan Strategik bagi mencapai PI yang
telah diamanahkan. Walau bagaimanapun,
disebabkan pandemik Covid-19 masih
belum berakhir serta kehadiran varian
corona yang baru dalam negara, beberapa
aktiviti terutamanya yang melibatkan
masyarakat tidak dapat dilaksanakan.
Secara umumnya, tugas wakil jabatan
dalam Unit Perancangan Strategik (PS)
ialah melaporkan serta mengemaskini
pencapaian jabatan pada setiap bulan.
Pencapaian tersebut kemudiannya akan
disahkan oleh ketua unit bahagian tersebut
sebelum dihantar kepada Shah Alam. Wakil
di Shah Alam sekali lagi akan mengesahkan Gambarajah 2: Pelan Tindakan Strategik
PI tersebut sebelum dicatatkan sebagai JSKM
pencapaian cawangan.
8
Pencapaian Strategik JSKM
Jadual 1 hingga Jadual 5 memaparkan pencapaian JSKM sehingga 31 Julai 2021.
Jadual 1: PI Bahagian Pengurusan
Pengurusan
PI yang telah dicapai PI yang belum dicapai
PI Definisi Bil. PI Definisi Bil Capai
.
94 Number of staff registered 93 Number of staff with
with voluntary 5 industry experience. 1 0
organisation.
99 Number of staff as members 96 Number of staff with
in national 3 professional 3 1
academic/professional qualifications.
bodies/associations/ministr 97 Number of staff
y. attached with top 1 0
global 2000 companies
or top 300 universities.
98 Number of staff as
members in
international 1 0
academic/professional
bodies/associations.
Jadual 2: PI Unit Jalinan komuniti, industri & masyarakat
Jalinan komuniti, industri & masyarakat
PI yang telah dicapai PI yang belum dicapai
PI Definisi Bil. PI Definisi Bil. Capai
84 Number of University Number of MoU/MoA
Social Responsibility 1 83 with local partners. 1 0
programmes (USR).
86 Total amount received Number of Knowledge
(from external) for USR RM1,000 85 Transfer Programmes 1 0
and KTP programmes. (KTP).
87 Total amount spent (from Number of
own funds) for USR and RM300 90 MOU/MOA with 1 0
KTP programmes. international
universities.
88 Number of communities
receiving/ benefiting from 1
the knowledge/ technology
diffusion projects.
9
Jadual 3: PI Unit Keusahawanan
Keusahawanan
PI yang telah dicapai
27 Number of lecturers 1
attending competency
training as
entrepreneurship
educators.
Jadual 4: PI Unit Penerbitan
Penerbitan
PI yang telah dicapai PI yang belum dicapai
PI Definisi Bil PI Definisi Bil. Capai
.
62 Number of indexed joint 2 59 Number of indexed 2 0
publication with National publication: Conference
collaborators. proceedings in
SCOPUS/WoS.
64 Number of indexed joint 1 60 Number of indexed 8 6
publication with International publication: Journal in
Collaborators. SCOPUS/WoS/ERA.
65 Number of indexed 1 0
publication: Journal in
MyCite.
Jadual 5: PI Unit Penyelidikan
Penyelidikan
PI yang belum dicapai
PI Definisi Bil. Capai
70 Number of 3 1
principal
investigators (PI)
for research
grants: National
funded.
73 Total amount of RM70,000 0
research grants:
National funded.
74 Total amount of RM5,000 0
research grants:
Industrial funded.
75 Number of other 1 0
IPRs.
10
Dari 23 PI, JSKM telah mencapai 9 PI. Walaupun begitu, terdapat PI yang telah dicapai oleh
JSKM tetapi tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki seperti PI 75. PI 75 memerlukan
produk tersebut didaftarkan di bawah nama UiTM Cawangan Pulau Pinang. Beberapa PI lain
mungkin dapat dicapai sebelum berakhirnya tahun 2021. Menurut laporan Penyelaras Strategik
Transformasi Universiti (PSTU) UiTMCPP, indeks pencapaian UiTMCPP sehingga julai 2021
berada pada lima (5) bintang dengan pencapaian 83%.
Gambarajah 3: Pencapaian PI UiTMCPP
Tahniah serta terima kasih diucapkan kepada penyumbang-penyumbang PI JSKM serta unit-
unit yang terlibat dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti JSKM.
11
PENERBITAN
JSKM publication in Journal (Index and non-index)
2021
Index/
No. Journal
Non-index
1. Scopus
Air Quality, Atmosphere and Health
24 May 2021
Coupling of quantile regression into boosted regression trees (BRT)
technique in forecasting emission model of PM10 concentration.
Shaziayani, W.N., Ul-Saufie, A.Z., Ahmat, Al-Jumeily, D.
2. Scopus
International Journal of Environmental Science and Development
Vol. 12, No. 4, April 2021
Evaluation of boosted regression tree for the prediction of the maximum 24-
hour concentration of particulate matter.
Shaziayani, W.N., Ul-Saufie, A.Z., Yusoff, S.A.M., Ahmat, H., Libasin, Z.
3.
ERA International Journal of Academic Research in Progressive Education and
Development
Vol. 10, No. 2, 2021, E-ISSN: 2226-6348 © 2021 HRMARS
Undergraduate Students Readiness Towards Online Teaching and
Learning during COVID-19.
Wan Anisha Wan Mohammad, Azlina Mohd Mydin, Rafizah Kechil, Zuraira
Libasin
The Impact of WhatsApp as an Instructional Tool for Online Distance
Teaching and Learning (ODL).
Syarifah Adilah Mohamed Yusoff, Rozita Kadar, Wan Anisha Wan Mohammad,
Azlina Mohd Mydin, Mohd Hanapiah Abdullah
Teaching and Learning Calculus through Google Meet Platform during the
Covid-19 Pandemic: Implementation and Evaluation.
Mohd Syafiq Abdul Rahman, Mohamad Jumain Jalil, Mohammad Taufiq Abdul
Ghani
Identification of Teaching Methods and Readiness on Online Learning in
Mathematics.
Siti Balqis Mahlan, Muniroh Hamat
The Effect of Students Performance at Higher Education Institution with
Open and Distance Learning (ODL) Methods Through Formative and
Summative Assessments Aggregation during Movement Control Order
(MCO), Covid-19.
12
Jamal Othman, Rozita Kadar, Norazah Umar, Nurhafizah Ahmad
Comparison of Students’ Academic Performance in Mathematics Course
with Synchronous and Asynchronous Online Learning Environments
during Covid-19 Crisis.
Zuraira Libasin, Ahmad Rashidi Azudin, Nur Azimah Idris, Mohd Syafiq Abdul
Rahman, Norazah Umar
4. MyJurnal
Mathematical Sciences and Informatics Journal
Vol. 2, No. 1, May 2021, pp. 49-56
Enhancement of Gielis’ Supershapes in Generating Nature Motifs.
Rafizah Kechil, Noor ‘Aina Abdul Razak, Siti Asmah Mohamed, Fuziatul
Norsyiha Ahmad Shukri
5. Non-index
International Journal of Practice in Teaching and Learning (IJPTL)
Vol. 1, Issue 2, e-ISSN 2773-5826, August 2021
Quality Assurance: Perspectives on Readiness, Trust, Cheating and
Plagiarism in E-assessment
Nor Hanim Abd Rahman, Rafizah Kechil, Noor ‘Aina Abd Razak
6. MyJurnal
Journal of Modern Manufacturing Systems and Technology (JMMST)
Vol. 5, Issue 2, e-ISSN 2636-9575
Ergonomics Knowledge among Engineering Students in Pulau Pinang
Malaysia
Rosley Jaafar, A. Akmal, Zuraira Libasin
7. Scopus
International Journal of Conservation Science
12(1): p. 217-224
Three-days ahead prediction of daily maximum concentrations of PM10
using decision tree approach
Wan Nur SHAZIAYANI, Firhad Dhiyafique HARUN, Ahmad Zia UL-
SAUFIE, And Norshuhada SAMSUDIN, Norazian Mohamed NOOR
8. ERA
International Journal of Academic Research in Progressive Education &
Development
Vol. 10, Issue 3, E-ISSN: 2226-6348 (12 Aug 2021)
Analysis of Student Error in Statistical Subject: A Case Study for Online
Learning
Maisurah Shamsuddin, Siti Balqis Mahlan, Fadzilawani Astifar Alias, Muniroh
Hamat & Siti Asmah Mohamed
13
Modul dan Penerbitan JSKM 2021
1. e-Module FES2021@MAT455
Pautan: Microsoft Word - 0-FESMAT455_FrontCover_2021ed (1pg) (uitm.edu.my)
14
2. Implication of Students' Performance & Obstacles through Open Distance Learning
(ODL) Teaching Methods during Movement Control Order (MCO), COVID-19
Pautan: IMPLICATION OF STUDENTS’ PERFORMANCE AND OBSTACLES
THROUGH OPEN DISTANCE LEARNING (ODL) TEACHING METHODS
DURING MOVEMENT CONTROL ORDERS (MCO), COVID-19 (uitm.edu.my)
15
PERUNDINGAN
BIL TAJUK AHLI KLIEN AMAUN TARIKH
KUMPULAN (RM) MULA &
TAMAT
1 Perunding Laman Web Saiful Nizam bin
dan Sistem Pengurusan Warris, Mohd
Konferensi atas Talian Saifulnizam bin
bagi Asian Conference Abu Bakar, 1 April 2021 -
on Business, Economics Muhammad bin UiTM Melaka 3500 31 Mac 2022
and Social Sciences Che Saad, Mohd
(ACBESS-2021) Syafiq bin Abdul
Rahman
2 Perunding Laman Web Saiful Nizam bin
dan Sistem Pengurusan Warris, Mohd
Konferensi atas Talian Saifulnizam bin
bagi International Abu Bakar, Nur
Conference on Azimah binti Idris, FSKM, UiTM 1500 1 Julai 2021 -
Melaka
30 Jun 2022
Emerging Syarifah Adilah
Computational binti Mohamed
Technologies Yusoff (Dr), Rozita
(ICECOT2021) binti Kadar (Dr)
16
INOVASI
BIL AHLI KUMPULAN TAJUK PENGANJU PERTANDING ANUGERAH
PRODUK R AN
1 Rozita Kadar UnityHUB - A UiTM PIID 2021 Pingat Emas
(Dr), Norazah Umar, Platform Towards Cawangan
Jamal Othman Effective Pulau
(Ts), Nurhafizah Communication Pinang
Ahmad
2 Saiful Nizam J2Cores - UiTM PIID 2021 Pingat Emas
Warris, Rozita Kadar Journal, Cawangan P
(Dr), Syarifah Adilah Competition and ulau Pinang
Mohamed Yusoff (Dr), Conference
Jamal Othman System
(Ts), Naemah Abdul
Wahab
3 Azlina Mohd Infiniti Cergas UiTM Cawan PIID 2021 Pingat Perak
Mydin, Siti Nurleena Sihat (InCeS 2.0): gan Pulau
Abu Mansor, Wan Aplikasi kepada Pinang
Anisha Wan Pelajar
Mohammad, Mahani Pendidikan Khas
m Omar, Rafizah di Sekolah
Kechil, Siti Mariam
Saad
4 Jamal Othman LE15 Uploading UiTM PIID 2021 Pingat Perak
(Ts), Muniroh Hamat, and Monitoring Cawangan
Norshuhada System (LE15- Pulau
Samsudin, Noor UPMOST) Pinang
Azizah Mazeni, Mohd
Fahmi Zahari
5 Jamal Othman Comprehensive UiTM i-IDEA 2021 Pingat Emas
(Ts), Muniroh Hamat, Examination Slips Cawangan
Norshuhada (ComprESs) Perlis
Samsudin, Noor
Azizah Mazeni, Mohd
Fahmi Zahari ,
Sharifah Sarimah
Syed Abdullah
6 Saiful Nizam Warris, TTS Malay- UiTM PIID 2021 Pingat Emas &
Goh Ying Soon (Dr), Chinese Proverb Cawangan Best Innovation
Ch'ng Pei Eng (Dr), Dictionary Pulau
Chew Yee Ming, Mohd Pinang
Syafiq Abdul Rahman
7 Ng Kok Shien, Nor Unified Design of Division of V-MIIEx 2021 Pingat Emas
Hafizah Hanis Stone Columns Research
Abdullah, Chew Yee Reinforced and
Ming Foundation Industrial
Linkage,
UiTM
Cawangan
Melaka
8 Nor Hanim Abd e-Bridging iCEPS, UiTM eConDev 2021 Pingat Emas
Rahman (Dr), Siti Modules for Shah Alam
Nurleena Abu Mansor Fundamental
Engineering
17
Seminars (e-FES)
9 Chew Yee Ming, MOOC Further iCEPS, UiTM eConDev 2021 Pingat Perak
Rafizah Kechil, Differential Shah Alam
Mahanim Omar, Nur Equation
Azimah Idris, Mohd
Syafiq Abdul Rahman
10 Ahmad Asri Abd MOOC: Electrical iCEPS, UiTM eConDev 2021 Pingat Gangsa
Samat (Dr), Aimi Machines and Shah Alam
Idzwan Tajudin (Ir), Drives
Wan Anisha Wan
Mohammad, Azlina
Mohd Mydin,
Mohaiyedin Idris,
Kamarulazhar Daud
(Ts. Dr.), Mohd Affandi
Shafie, Noor Azila Binti
Ismail, Siti Solehah Md
Ramli
18
AKTIVITI JSKM 2021
AKTIVITI
JSKM 2021
19
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
FREE MARKET
Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri
Pada 4 dan 5 Mei 2021, program pembersihan UiTM Cawangan Pulau
khidmat masyarat yang diberi nama sebagai Pinang serta beberapa pelajar yang berada
FREE MARKET telah dianjurkan oleh di Kampus Permatang Pauh membuat
Malaysian Academy of SME and persiapan raya. Selain itu, program ini
Entrepreneurship Development membuka peluang kepada penyumbang
(MASMED), UiTM Cawangan Pulau menambahkan saham akhirat masing-
Pinang yang bertempat di Laman Perdana, masing kerana amat besar pahalanya jika
Kampus Permatang Pauh. Jabatan Sains bersedekah di bulan Ramadan. Diharapkan
Komputer dan Matematik (JSKM) juga pihak MASMED dapat meneruskan dan
tidak terlepas peluang untuk turut sama menganjurkan lagi program sebegini agar ia
menyertai program ini bersama-sama dapat memberi peluang kepada seluruh
dengan jabatan dan fakulti yang lain. warga UiTM Cawangan Pulau Pinang
Program ini bertujuan untuk memberi khususnya Kampus Pernatang Pauh
sumbangan kepada kumpulan sasaran menjalinkan hubungan yang baik tanpa
utama iaitu pekerja pembersihan yang mengira pangkat, jawatan mahupun darjat.
bertugas di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Di samping itu, aktiviti yang telah
Kampus Permatang Pauh di mana dijalankan ini berjaya memupuk rasa kasih
kebanyakkan mereka adalah terdiri dari dan sayang sesama insan serta sikap suka
golongan asnaf dan B40. Sumbangan ini membantu di antara satu sama yang lain
juga terbuka kepada kepada seluruh warga
UiTM termasuk pelajar yang berminat.
Konsep program ini adalah mengumpul
barangan terpakai yang masih berkeadaan
cantik dan elok daripada para penyumbang
untuk disumbangkan kepada mereka yang
berkenaan secara percuma.
Program yang telah diadakan pada
bulan Ramadan ini secara tidak langsung .
dapat membantu dan meringankan beban
seramai lebih kurang 30 orang pekerja
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
20
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
WEBINAR: INSURAN & COVID-19
Azlina Mohd Mydin
Pada 11 Febuari 2021,satu webinar pandemik Covid-19. Di samping itu, beliau
yang bertajuk INSURAN & COVID-19 juga memberi penerangan yang terperinci
telah dianjurkan oleh Jabatan Sains terhadap plan-plan terbaru yang ditawarkan
Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM oleh agensi beliau. Terdapat banyak
Cawangan Pulau Pinang. Tujuan webinar persoalan telah dibincangkan dalam sesi
ini diadakan adalah untuk memberi soal jawab tentang kaedah tuntutan bagi
pendedahan dan pencerahan tentang mereka atau ahli keluarga yang telah atau
kepentingan insuran dan memperkenalkan sedang dijangkiti virus Covid-19. Selain
plan-plan terbaru di kala pandemik Covid- itu, beliau juga turut menerangkan tentang
19 pada masa ini. Webinar ini terbuka cara untuk menaik taraf plan lama ke plan
kepada seluruh warga kampus UiTM baru. Di akhir perbincangan, penceramah
Cawangan Pulau Pinang melalui aplikasi membuka peluang kepada pelajar tahun
Google Meet. akhir yang berminat untuk memulakan
Webinar ini telah dipengerusikan kerjaya sebagai penasihat insuran di bawah
oleh Puan Siti Nurleena Abu Mansor dan agensi beliau.
dijalankan selama 1 jam 15 minit, di mana Webinar ini telah berjaya
1 jam untuk sesi perkongsian maklumat dilaksanakan atas kerjasama AJK dan para
dari penceramah, manakala 15 minit dibuka peserta. Webinar ini mendapat sambutan
untuk sesi soal jawab. Seramai 88 orang yang baik di kalangan peserta kerana
peserta yang terdiri dari staf dan pelajar majoriti peserta sangat gembira dan berpuas
UiTM Cawangan Pulau Pinang telah hati dengan penerangan yang disampaikan
mengikuti webinar ini. Penceramah untuk oleh penceramah tentang kepentingan
webinar ini ialah Puan Nurfazieyatun insuran di kala berdepan dengan isu
Ismail yang merupakan salah seorang pandemik Covid-19.
penasihat insuran Great Eastern Takaful
yang berpengalaman selama hampir 10
tahun serta mempunyai agensi sendiri iaitu
Dinamiq Takaful Consultancy. Beliau juga
merupakan alumni UiTM di mana beliau
telah bergraduasi dalam bidang perakaunan
pada tahun 2010 di UiTM Shah Alam.
Puan Nurfazieyatun Ismail telah
menerangkan jenis-jenis perlindungan plan
insuran yang boleh digunakan sewaktu
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
21
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
WEBINAR: KEBERSIHAN DIRI DAN KEDIAMAN KETIKA PANDEMIK COVID-19
Azlina Mohd Mydin
Tanggal 15 Febuari 2021, Unit 5S dari Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM
Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu webinar yang bertajuk Kebersihan Diri Dan
Kediaman Ketika Pandemik Covid-19. Tujuan utama webinar ini diadakan adalah untuk
memberi pendedahan tentang tatacara kebersihan diri dan kediaman yang betul serta SOP yang
perlu dijadikan panduan ketika berdepan dengan situasi pandemik. Webinar ini terbuka kepada
seluruh warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dan juga orang awam. Webinar yang
dipengerusikan oleh Puan Siti Nurleena Abu Mansor telah dijalankan melalui platform Google
Meet dan turut dikongsi secara langsung di Facebook rasmi Jabatan Sains Komputer dan
Matematik.
Penceramah bagi webinar ini ialah Dr S. Gunenthira Rao yang merupakan Ketua
Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang. Beliau yang pakar dalam
bidang perubatan kesihatan awam telah melayakkan diri beliau untuk menjadi penceramah
jemputan bagi webinar ini. Cara penyampaian yang baik beserta demo penerangan SOP yang
menarik telah menarik perhatian peserta webinar. Pelbagai tip penjagaan kebersihan diri dan
kediaman telah dikongsi oleh Dr S. Gunenthira Rao serta rakan pasukannya. Beliau juga
menerangkan tatacara yang betul untuk menghubungi pihak kementerian bagi membuat
pemantauan kebersihan di kawasan tempat kerja dan kediaman. Sesi bergambar turut diadakan
di akhir webinar sebagai kenang-kenangan.
Webinar yang berlangsung selama 1 jam 30 minit ini telah disertai oleh 328 orang
peserta di mana 108 peserta daripada platform Google Meet manakala 220 peserta daripada
Facebook JSKM. Webinar ini berjaya dilaksanakan kerana mendapat kerjasama yang baik
daripada AJK program, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan juga para peserta.
Penganjur telah menerima maklumbalas yang positif daripada para peserta di mana peserta
mencadangkan webinar seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang agar dapat
meningkatkan lagi pengetahuan tentang tatacara SOP ketika negara dilanda pandemik.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
22
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
WEBINAR: PEMBAYARAN ZAKAT EMAS
Azlina Mohd Mydin
Pada 10 Febuari 2021 yang lalu, satu webinar yang bertajuk Pembayaran Zakat Emas
telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Webinar ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kepentingan pembayaran
zakat serta mendedahkan cara pengiraan zakat emas yang mudah. Webinar ini terbuka untuk
semua warga UiTM Cawangan Pulau Pinang dan orang awam. Webinar yang dipengerusikan
oleh Puan Siti Nurleena Abu Mansor telah dijalankan melalui platform Google Meet dan turut
dikongsi secara langsung di Facebook rasmi Jabatan Sains Komputer dan Matematik.
Webinar ini disampaikan oleh Ustaz Azhari bin Ahmad yang merupakan Pegawai
Pengurus Bahagian Dakwah Am Zakat di Pusat Urus Zakat Pulau Pinang. Ustaz Azhari
mempunyai lebih daripada 18 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan zakat. Dalam
webinar ini, beliau mejelaskan tentang hukum, faedah dan kelebihan membayar zakat emas.
Beliau juga menunjukkan kaedah pengiraan dan cara pembayaran zakat emas yang
berlandaskan syarak. Webinar ini telah dijalankan selama 1 jam 30 minit di mana 1 jam
diperuntukkan untuk sesi perkongsian maklumat, manakala 30 minit diperuntukkan untuk sesi
soal jawab. Seramai 98 peserta telah direkodkan mengikuti webinar ini melalui Google Meet
dan 120 peserta pula melalui Facebook JSKM. Webinar ini berjaya dilaksanakan dengan baik
hasil usaha sama daripada AJK program serta berjaya meraih maklumbalas yang positif
daripada para peserta. Ini dapat dilihat melalui komen beberapa peserta yang mencadangkan
agar webinar sebegini dapat diadakan lagi pada masa akan datang supaya mereka dapat
meningkatkan pengetahuan am tentang ilmu zakat yang menjadi fardhu ain ke atas setiap umat
Islam.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
23
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
PENERBITAN ARTIKEL DALAM SIG e-LEARNING@CS 2021 ( )
Ts. Jamal Othman
Pada 20 November 2020, SIG e-Learning@CS yang diketuai oleh Ketua Editor, Ts.
Jamal Othman, telah mengambil inisiatif mengalu-alukan pensyarah menghantar artikel untuk
penerbitan bagi tahun 2021. Inisiatif ini dicadangkan bagi menggalakkan usaha penerbitan
artikel di kalangan pensyarah di Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM), Universiti
Teknologi Mara Cawangan Pulau Pinang.
Penerbitan ini merupakan volume yang kedua yang mana penerbitan volume pertama
pada tahun 2020 telah berjaya menghasilkan 18 buah artikel yang disumbangkan oleh
pensyarah dari JSKM. Tema untuk volume kedua ini adalah Implication of students’ obstacles
or results performance through Open Distance Learning (ODL) teaching methods during
Movement Control Orders (MCO), Covid-19. Penumpuan pada kali ini adalah menggalakkan
penulis memperkembangkan penulisan artikel ke peringkat yang lebih tinggi iaitu penerbitan
artikel dalam jurnal-jurnal bertaraf antarabangsa serta berindeks ERA, SCOPUS atau WoS.
Jumlah keseluruhan artikel yang diterima untuk volume kedua adalah 23 artikel. Sejumlah 11
buah artikel telah dipilih untuk diperkembangkan gaya penulisan yang menepati format jurnal
berindeks ERA, SCOPUS atau WoS. Terdapat 18 buah artikel pula diterbitkan untuk terbitan
di peringkat jabatan. Jawatankuasa editor yang diketuai oleh Ts. Jamal Othman dan dibantu
oleh Dr Rozita Kadar dan Puan Wan Anisha Wan Mohammad telah menguruskan penerbitan
e-book yang boleh diakses melalui kemudahan flip-page dari laman sesawang, dan website
untuk terbitan jabatan ini.
Alhamdulillah, pada 2 Ogos 2021, volume kedua penerbitan di bawah SIG e-
Learning@CS telah berjaya diterbitkan bersama-sama dengan website rasmi di pautan
https://appspenang.uitm.edu.my/buletin%20jskm/2021-2/. Diharap setiap pensyarah teruskan
berinovasi dan menulis serta berusaha menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa yang
diiktiraf dan berindeks.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
24
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
KEJAYAAN STAF JSKM MENERBITKAN ARTIKEL DALAM JURNAL
ANTARABANGSA BERINDEKS ERA
Ts. Jamal Othman
Jabatan Sains Komputer & Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau
Pinang, mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada pensyarah yang telah berjaya
menerbitkan artikel dalam jurnal antarabangsa berindeks ERA (Excellence for Research
in Australia). Sebanyak 6 buah artikel telah diterbitkan dalam International Journal of
Academic Research in Progressive Education and Development bagi tahun 2021. Berikut
adalah senarai penulis dan tajuk artikel yang telah diterbitkan.
No Penulis Tajuk
1 SITI BALQIS MAHLAN, Identification of Teaching Methods and Readiness on Online
Muniroh Hamat Learning in Mathematics
http://dx.doi.org/10.6007/IJARPED/v10-i2/10133
2 ZURAIRA LIBASIN, Comparison of Students' Academic Performance in Mathematics
Ahmad Rashidi Azudin, Course with Synchronous and Asynchronous Online Learning
Nur Azimah Idris, Mohd Environments during COVID-19 Crisis
Syafiq Abdul Rahman and http://dx.doi.org/10.6007/IJARPED/v10-i2/10131
Norazah Umar
3 JAMAL OTHMAN, Rozita The Effect of Students Performance at Higher Education
Kadar, Norazah Umar, Institution with Open and Distance Learning (ODL) Methods
Nurhafizah Ahmad Through Formative and Summative Assessments Aggregation
During Movement Control Order (MCO), COVID-19
http://dx.doi.org/10.6007/IJARPED/v10-i2/10137
4 MOHD SYAFIQ ABDUL Teaching and Learning Calculus through Google Meet Platform
RAHMAN, During the Covid-19 Pandemic: Implementation and Evaluation
Mohamad Jumain Jalil, http://dx.doi.org/10.6007/IJARPED/v10-i2/10138
Mohammad Taufiq Abdul
Ghani
5 SYARIFAH ADILAH The Impact of WhatsApp as an Instructional Tool for Online
MOHAMED YUSOFF, Distance Teaching and Learning (ODL)
Rozita Kadar, Wan Anisha http://dx.doi.org/10.6007/IJARPED/v10-i2/10141
Wan Mohamad, Azlina
Mydin, Mohd Hanapiah
Abdullah
6 WAN ANISHA WAN Undergraduate Students Readiness Towards Online Teaching and
MOHAMMAD, Learning during COVID-19
Azlina Mohd Mydin, http://dx.doi.org/10.6007/IJARPED/v10-i2/10129
Rafizah Kechil and Zuraira
Libasin
Artikel yang dihasilkan ini adalah kesinambungan dari artikel asal yang telah
diterbitkan pada peringkat terbitan jabatan pada tahun 2020. Ianya telah dimurnikan dan
ditambahbaik bagi menepati tatacara format dalam penerbitan jurnal yang berindeks ERA.
Tahniah diucapkan kepada semua penulis dan diharapkan ianya akan menjadi ikutan dan
25
pendorong kepada semua pensyarah untuk menerbitkan artikel dalam jurnal bertaraf
antarabangsa dan berindeks ERA/SCOPUS/WoS pada masa-masa akan datang
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
26
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
PROGRAM CANTAS GAGAL (PROCAGA) 2021
Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri
Pada 9 April 2021, satu program pembangunan pelajar yang diberi nama PROGRAM
CANTAS GAGAL (PROCAGA) 2021 telah diadakan untuk 20 pelajar Diploma
Kejuruteraan Awam yang telah gagal Calculus I (MAT183) pada semester sebelum ini.
Program ini ialah program kerjasama antara Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan Jabatan
Sains Komputer dan Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Program ini
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas Matematik kepada pelajar
yang terlibat. Di samping itu, ia bertujuan untuk membimbing pelajar tersebut memahami
kaedah Matematik dengan lebih efisien dan pantas.
PROCAGA telah dibimbing oleh tujuh orang fasilitator yang terdiri daripada pensyarah
Matematik dari JSKM. Corak PROCAGA ialah membahagikan 20 pelajar tersebut kepada
beberapa kumpulan kecil dan setiap kumpulan kecil telah dibekalkan dengan sebuah modul.
Pelajar perlu menjawab modul tersebut dengan bimbingan fasilitator. Selepas itu, pelajar diarah
menjawab kuiz yang diberikan secara atas talian di mana kuiz tersebut disediakan oleh
fasilitator itu sendiri. Diharapkan program ini dapat membantu pelajar menguasai asas
Matematik dengan lebih baik dan seterusnya mampu menaikkan semangat pelajar bagi
memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan yang dijadualkan pada akhir
Julai 2021.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
27
─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
TITIAN KASIH JSKM 2021
Muniroh Hamat
Pada 23 Apri 2021 bersamaan 11 Ramadan 1442H, Jabatan Sains Komputer dan
Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan satu program khidmat
masyarakat bernama Titian Kasih di mana ianya merupakan program tahunan JSKM. Kali
ini lokasi yang menjadi pilihan ialah Pusat Jagaan Damai Permai di Kepala Batas, Pulau
Pinang. Pusat jagaan tersebut telah diusahakan oleh Puan Rohana Nanyan dengan penghuni
seramai 44 warga emas lelaki dan 22 warga emas perempuan.
Sumbangan berjaya dikumpul dari syarikat rakan strategik, staf alumni JSKM dan dari
warga JSKM sendiri. Sumbangan tersebut digunakan untuk membeli kelengkapan harian
seperti kain pelikat, kain batik, kurma, face mask, lampin pakai buang, susu tepung dan lain-
lain sumbangan persendirian yang sesuai. Sumbangan berupa wang tunai juga disampaikan
kepada Puan Rohana Nanyan bagi meringankan beban sepanjang menguruskan pusat jagaan
tersebut.
Program berjalan dengan lancar dengan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan
dan berakhir pada masa yang ditetapkan. Diharapkan semoga program sebegini dapat
diteruskan lagi pada masa akan datang bagi mewujudkan sikap suka membantu antara satu
sama yang lain di kalangan warga JSKM.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
28
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
Fundamental Engineering Seminar (FES) @ e-Bridging Program “Essential of Mathematics”
Siti Nurleena Abu Mansor
Pada 7 sehingga 10 April 2021, telah berlangsung satu program kerjasama antara
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) dan Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM)
yang bertajuk Fundamental Engineering Seminar (FES) @ e-Bridging Program
“Essential of Mathematics”. Ini merupakan program tahunan FKM yang dijalankan dengan
kerjasama pensyarah JSKM. Tujuan utama program ini adalah mempersiapkan pelajar-pelajar
Ijazah dengan kemahiran asas Calculus yang mereka pelajari dari peringkat Diploma. Program
selama empat hari bersama JSKM ini mengandungi pengisian secara online disediakan untuk
disertai oleh pelajar. Menggunakan Google Classroom sebagai platform program, sebanyak
empat modul disediakan iaitu Module 1: Maths Error, Module 2: Exploring Calculator,
Module 3: GeoGebra, dan Module 4: Matrix and Vector. Seramai 18 orang pelajar FKM telah
menyertai program ini, dimana mereka dibahagikan kepada empat kumpulan. Pensyarah-
pensyarah yang terlibat adalah pensyarah yang mengajar kursus MAT455 (Further Calculus
for Engineer) iaitu Dr Nor Hanim Abd Rahman, Siti Nurleena Abu Mansor, Siti Mariam Saad,
Rafizah Kechil, Siti Asmah Mohamed, Ahmad Rashidi Azudin, Norshuhada Samsudin,
Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri, dan Fadzilawani Astifar Alias.
Pada 10 April telah diadakan sesi LDK secara atas talian dengan menggunakan Google
Meet bersama semua kumulan pelajar bagi membincangkan soalan tugasan yang telah diberi
pada setiap akhir modul yang disediakan. Pelajar harus membentangkan jawapan mereka
dihadapan rakan-rakan yang lain sambil dinilai oleh pensyarah yang terlibat. Semua pelajar
memberi kerjasama yang baik dan sangat bersemangat. Pelajar dilihat dapat memahami modul-
modul yang disediakan dengan baik. Dengan adanya program sebegini diharapkan pelajar-
pelajar dapat mengukuhkan asas kemahiran Calculus mereka dan lebih bersedia untuk
berhadapan dengan kursus matematik lain diperingkat lebih tinggi. Penggunaan modul tersebut
juga wajar diketengahkan kepada pelajar dari fakulti-fakulti lain di masa hadapan.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
29
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
Penang International Invention, Innovation and Design
(PIID 2021)
Norshuhada Binti Samsudin
Pada 10 – 11 Mac 2021 yang lalu, Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM)
bersama Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah
menganjurkan satu program pertandingan inovasi yang dikenali sebagai Penang International
Invention, Innovation and Design (PIID 2021). Program ini telah mendapat sokongan
daripada rakan strategik dan pelbagai kolaborator seperti Jabatan Pendidikan Negeri Pulau
Pinang, Pak Mat Western Sdn Bhd., Institut Kimia Malaysia Cawangan Utara dan Malaysia
Green Building Council. Disebabkan negara masih lagi berjuang menentang penularan virus
Covid-19, program ini dilaksanakan secara virtual buat pertama kali penganjuran dengan
mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Tujuan program ini diadakan adalah sebagai platform bagi membolehkan para ahli
akademia, industri dan pelajar mengenengahkan inovasi serta berkongsi idea yang inovatif dan
kreatif dari pelbagai bidang yang dipertandingkan. Ia juga adalah sejajar dengan hasrat
kerajaan untuk mempergiatkan aktiviti inovasi di Malaysia terutamanya di kalangan institusi
pengajian tinggi dan pelajar sekolah. Program ini merupakan pertandingan penghasilan
produk, idea dan rekacipta yang mempunyai ciri-ciri inovasi yang berkualiti dan berpotensi
untuk dikomersilkan. Kesemua penyertaan ini akan dinilai oleh para juri yang terdiri dari
kalangan akademia dan profesional mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Pada
tahun ini, PIID 2021 mendapat sambutan yang luar biasa dari para peserta. Program ini telah
menerima sebanyak 392 penyertaan dari dalam dan luar negara. Ia terdiri dari empat kategori
iaitu pelajar sekolah, pelajar universiti, ahli akademik dan industri. Sesi penjurian untuk
kesemua penyertaan telah berlangsung selama lima hari bermula pada 3 Mac 2021. Semua
pemenang yang terpilih diumumkan di dalam Majlis Penutupan yang diadakan secara langsung
menerusi Facebook UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Secara keseluruhannya, program inovasi ini mendapat sambutan yang sangat
menggalakkan daripada kesemua pihak terutamanya di kalangan pensyarah, pelajar universiti
dan pelajar sekolah. Justeru itu, program seperti ini wajar diteruskan pada masa-masa akan
datang agar dapat memberi peluang kepada pelajar dan para akademia mengasah bakat dalm
mencipta kreativiti masing-masing bagi menghasilkan produk inovasi yang baru dan terkini.
Semoga program ini dapat membantu negara dalam melahirkan perekacipta yang hebat di mata
dunia satu masa nanti.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
30
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
VIRTUAL RUN & RIDE JSKM 2021 (VRR’21)
Dr Nor Hanim Abd Rahman
Virtual Run & Ride JSKM (VRR’21) ialah program yang telah dilaksanakan bermula
24 Mei, 2021 sehingga 18 Julai, 2021 anjuran Unit Sukan, Jabatan Sains Komputer &
Matematik (JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah program larian dan
kayuhan yang dilakukan secara maya. Tiga objektif utama aktiviti ini dilakukan ialah
membudayakan kesihatan diri dalam kehidupan seharian, membudayakan konsep ‘Badan
cergas, minda cerdas’, dan seteruskan menghasilkan budaya kerja yang lebih produktif serta
membina sifat kebersamaan dan semangat kekitaan di kalangan warga JSKM. Jawatankuasa
ini diketuai oleh En. Mawardi Omar dengan usahasama Dr. Nor Hanim Abd Rahman, En.
Ahmad Rashidi Azudin, Pn. Siti Mariam Saad dan Pn. Sharifah Sarimah Syed Abdullah.
Aktiviti ini terbuka kepada semua staf JSKM, UITM Cawangan Pulau Pinang dengan
sasaran 400km terkumpul sepanjang tempoh larian dan kayuhan. Seramai 24 staf berjaya
direkodkan menyertai aktiviti ini, samada dilakukan secara bersendirian atau kumpulan kecil.
Peserta diwajibkan mengikut SOP larian/kayuhan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia dan kerajaan negeri Pulau Pinang termasuk ketetapan masa 7.00 pagi hingga 7.00
malam bagi mereka yang melakukan aktiviti di luar rumah masing-masing. Semua swafoto
serta data telah direkodkan menggunakan aplikasi telefon pintar. Segala rekod larian serta
kayuhan ini telah dimuatnaik kepada pihak urusetia melalui Google Form yang telah disediakan
untuk disimpan agar objektif larian dapat dicapai dengan sempurna. Program ini juga
menyediakan e-Sijil (mingguan dan keseluruhan) bercorak karikatur unik hasilan seni En.
Ahmad Rashidi, serta jam-latihan bagi semua peserta yang memenuhi syarat-syarat minima
yang telah ditetapkan pihak jawatankuasa bagi Run/Ride iaitu 10km/15km (mingguan) dan
30km/50km (keseluruhan). Jumlah jarak terkumpul yang dicapai untuk tujuh minggu tersebut
ialah 1357.91 km (larian) dan 2350.71 km (kayuhan). Berikut ialah senarai lima pemenang
utama bagi setiap kategori. Semoga usaha kecil ini akan menjadi pemangkin dan titik tolak
kepada gaya hidup yang lebih sihat dalam penyesuaian norma baru ini. Bravo dan tahniah
JSKM!
KATEGORI LARIAN KATEGORI KAYUHAN
1st RUNNER: Ts. JAMAL OTHMAN (429.76km) 1st RIDER: Dr ROZITA KADAR (569km)
2nd RUNNER: AZLINA MOHD MYDIN (390.89km) 2nd RIDER: RAFIZAH KECHIL (550.66km)
3rd RUNNER: SITI MARIAM SAAD (174.28km) 3rd RIDER: MAISURAH SHAMSUDDIN (430.08km)
4th RUNNER: CHEW YEE MING (111.15km) 4th RIDER: Dr NOR HANIM ABD RAHMAN (320.87km)
5th RUNNER: NOOR 'AINA ABDUL RAZAK 5th RIDER: SH. SARIMAH SYED ABDULLAH (188.94km)
(66.72km)
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
31
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
WEBINAR: HIBAH HARTA
Wan Anisha Wan Mohammad
Pada 17 Februari 2021, Unit Kebajikan dan Kerohanian, Jabatan Sains Komputer dan Matematik
(JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu webinar bertajuk Hibah Harta.
Webinar ini bertujuan untuk menerangkan kepentingan hibah harta kepada semua staf kususnya UiTM
Cawangan Pulau Pinang sebagai langkah persediaan awal untuk menguruskan harta sebelum pergi
menghadap Illahi. Moderator webinar ini adalah Encik Saifulnizam Abu Bakar yang merupakan
pensyarah kanan dari JSKM. Webinar ini telah disampaikan oleh seorang penceramah yang bergerak
aktif dalam bidang perancangan perwarisan harta secara sepenuh masa sejak tahun 2017. Beliau yang
dimaksudkan itu ialah Encik Ansari Razali, Daí Mawarith dari Wassiyah Shoppe. Perkongsian ilmu En
Ansari lebih fokus kepada membantu menyelesaikan isu berkaitan harta pusaka dengan berkongsi ilmu
dan pengalaman beliau dalam merancang hibah secara komprehensif.
Webinar ini telah berjaya menjelaskan pengertian hibah harta secara terperinci serta
pengendalian hibah harta seperti rumah dan kereta telah diterangkan dengan baik. Selain itu,
video berkenaan dengan pengendalian harta pusaka juga turut dikongsikan sebagai selingan.
Pada akhir webinar, sesi soal jawab telah dibuka untuk peserta bertanya sebarang kemusykilan
kepada penceramah.
Webinar ini telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Google
Meet sebagai medium utama dan disambungkan ke FB Live dengan menggunakan perisian
OBS. Lebih kurang 100 peserta telah menyertai webinar ini melalui Google Meet manakala
150 orang melalui FB Live. Peserta terdiri daripada staf dan pelajar khususnya dari UiTM
Cawangan Pulau Pinang. Ia juga turut menarik minat peserta dari UiTM seluruh Malaysia
termasuk orang awam.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
32
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
WEBINAR: HIBAH TAKAFUL
Wan Anisha Wan Mohammad
Pada 16 Februari 2021, Unit Kebajikan dan Kerohanian, Jabatan Sains Komputer dan Matematik
(JSKM), UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan satu webinar yang bertajuk Hibah
Takaful. Webinar ini bertujuan untuk menerangkan kepentingan hibah takaful kepada semua staf
sebagai persediaan awal sebelum ajal menjemput. Moderator bagi webinar ini ialah Encik Saifulnizam
Abu Bakar yang merupakan pensyarah kanan dari JSKM. Webinar ini telah disampaikan oleh Cik
Nurizan Ahmad seorang Agency Manager merangkap perunding takaful dari Hong Leong MSig
Takaful. Beliau bergerak aktif dalam bidang takaful secara sepenuh masa sejak tahun 2006. Perkongsian
ilmu daripada Cik Nurizan pada webinar ini adalah lebih fokus kepada membantu menyelesaikan isu
berkaitan insuran dan hibah takaful dengan berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dalam merancang
hibah secara komprehensif dan mudah difahami.
Webinar ini telah berjaya menjelaskan pengertian hibah takaful secara terperinci serta
pengendalian hibah takaful telah diterangkan dengan baik. Di samping itu, pelbagai informasi
tambahan juga turut dikongsikan agar boleh membantu masyarakat dalam memastikan harta
pusaka dapat di bahagikan secara adil. Pada akhir webinar, sesi soal jawab telah dibuka untuk
peserta bertanya sebarang kemusykilan kepada penceramah.
Webinar ini telah dijalankan secara atas talian dengan menggunakan platform Google
Meet sebagai medium utama dan disambungkan ke FB Live dengan menggunakan perisian
OBS. Lebih kurang 80 peserta telah menyertai webinar ini melalui Google Meet manakala 130
orang melalui FB Live. Peserta terdiri daripada staf dan pelajar khususnya dari UiTM
Cawangan Pulau Pinang. Ia juga turut menarik minat peserta dari UiTM seluruh Malaysia
termasuk orang awam.
─────────────────»»❀❀❀««──────────────────
33
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
Majlis Persaraan dan Perpisahan Staf Jabatan Sains Komputer & Matematik, UiTM
Cawangan Pulau Pinang bagi Tahun 2021
Siti Asmah Mohamed & Noor Azizah Mazeni
Pada 8 Januari 2021, Unit
Kebajikan dan Kerohanian, Jabatan
Sains Komputer dan Matematik
(JSKM) Universiti Teknologi Mara
Cawangan Pulau Pinang
(UiTMCPP) telah mengadakan
Majlis Persaraan dan Perpisahan
staf JSKM UiTMCPP yang
bertempat di Hotel UiTMCPP.
Majlis Persaraan ini merupakan
majlis khusus yang diadakan
sempena meraikan persaraan Encik
Cheng Siak Peng yang telah
berkhidmat sebagai pensyarah
matematik di JSKM, UiTMCPP
selama hampir 20 tahun. Disamping
itu, JSKM juga turut mengadakan Majlis Perpisahan untuk Prof. Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-
Saufie yang juga merupakan pensyarah matematik dan statistik di JSKM, UiTMCPP. Beliau
akan memulakan perkhidmatan di tempat baru iaitu di Fakulti Sains Komputer dan Matematik,
UiTM Shah Alam Malaysia. Tujuan majlis ini diadakan adalah sebagai tanda penghargaan atas
segala jasa dan keringat yang dicurahkan oleh mereka sepanjang berkhidmat di sini.
Encik Cheng Siak Peng dilahirkan pada 19 Jun 1961 di Pulau Pinang. Beliau telah
mengikuti Latihan Asas Perguruan di Maktab Perguruan Johor Bahru dan menamatkan
pengajian pada tahun 1984. Pada tahun 1985, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi, Sandakan, Sabah selama lebih kurang 6 tahun.
Kemudian, pada tahun 1990 beliau telah berpindah ke Pulau Pinang dan meyambung tugasnya
sebagai pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang.
Seterusnya, pada tahun 2000, beliau pernah berkhidmat di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan
akhirnya mendapat tawaran sebagai pensyarah di Jabatan Sains Komputer dan Matematik,
Kampus Permatang Pasir pada tahun 2001. Di situlah bermulanya kerjaya beliau sebagai
seorang pensyarah sehingga tahun 2021 di UiTMCPP, Kampus Permatang Pauh.
Prof. Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-Saufie telah melapor diri di UiTMCPP pada 1 Julai
2006 sebagai pensyarah part time full time dan mendapat lantikan tetap pada 1 Februari 2007.
Pada tahun 2010, beliau mengambil cuti belajar bagi menyambung pengajiannya di peringkat
Doktor Falsafah (PhD) dan berjaya menamatkan pengajiannya pada tahun 2013. Banyak
jawatan penting dipegang ooleh beliau sepanjang tempoh berada di UiTMCPP iaitu sebagai
Ketua Pusat Pengajian Sains dan Teknologi (2015-2017) dan koordinator di Unit Pengurusan
Penyelidikan (2018-2019). Pada 15 Februari 2018, beliau telah menerima lantikan jawatan
sebagai Prof Madya. Banyak sumbangan dan jasa beliau kepada UiTMCPP terutamanya dalam
bidang penyelidikan. Diucapkan 'Selamat Bersara' kepada Encik Cheng Siak Peng serta
'Selamat Bertugas di Tempat Baru’ kepada Prof. Madya Ts. Dr Ahmad Zia Ul-Saufie. Terima
kasih atas segala jasa dan bakti di JSKM, UiTMCPP.
────────────────»»❀❀❀««──────────────────
34
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
i-IDeA 2020-5th International, Innovation, Design & Articulation
Norshuhada Binti Samsudin
Pada 24 Mac 2021 yang lalu, satu pertandingan inovasi yang dikenali sebagai i-IDeA
2020-5th International, Innovation, Design & Articulation telah diadakan secara dalam
talian. Program ini telah dianjurkan oleh UiTM Cawangan Perlis. Program ini disertai oleh satu
kumpulan yang terdiri daripada enam orang pensyarah mewakili Jabatan Sains Komputer dan
Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Pensyarah yang terlibat adalah Encik Jamal
Othman, Puan Muniroh Hamat, Puan Norshuhada Samsudin, Puan Sharifah Sarimah Syed
Abdullah,Puan Noor Azizah Mazeni dan juga Encik Fahmi Zahari.
Memandangkan pandemik Covid-19 melanda dunia sejak tahun lalu, program ini
julung kalinya dijalankan secara dalam talian. Oleh yang demikian, peserta perlu menghantar
video produk inovasi kumpulan masing-masing dan akan dinilai oleh para juri yang dipilih.
Bagi memenuhi syarat program, kumpulan kami telah mengetengahkan produk pilihan iaitu
Comprehensive Examination Slips (CompreES) yang telah di daftarkan dalam kategori Satelite
Event A: Professional Inventor.
CompreES merupakan satu sistem yang dibangunkan untuk memudahkan urusan peperiksaan
pelajar kerana semua maklumat penting dapat dicapai secara atas talian dan diletakkan di dalam
satu slip peperiksaan. Sistem ini telah digunakan oleh kebanyakan kampus di UiTM.
CompreES telah berjaya merangkul banyak pingat dalam pertandingan yang disertai sebelum
ini seperti yang telah dianjurkan oleh UiTM (2018), MPC (2019) dan UiTM Cawangan
Terengganu (2020).
Dalam upacara penutupan majlis yang berlangsung secara atas talian, kumpulan kami
telah diumumkan sebagai penerima pingat emas dalam pertandingan ini. Akhir kata, kami amat
berharap agar sistem yang telah dibangunkan ini dapat memberikan manfaat berterusan kepada
semua. Semoga ianya menjadi penyuntik semangat kepada ahli kumpulan kami dan seluruh
warga JSKM khusunya untuk terus maju jaya dalam menghasilkan produk inovasi yang lebih
cemerlang pada masa akan datang.
────────────────»»❀❀❀««──────────────────
35
╭─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
JSKM CEMERLANG DI ECONDEV2021
Siti Nurleena Abu Mansor
Pada tahun ini, telah berlangsung pertandingan inovasi pengajaran dan pembelajaran iaitu
eConDev2021 (International e-Content Development Competition 2021) bertarikh 20 hingga
27 Ogos 2021. Pertandingan ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu MOOC (Massive
Open Online Courses), Micro-credential, Open Education Resources (OER) dan Pitching.
JSKM telah mengambil peluang ini dengan penyertaan dua kumpulan yang mempertandingkan
satu projek MOOC dan satu projek OER, manakala dua lagi staf JSKM turut menyertai MOOC
dibawah Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE). MOOC Further Differential Equation yang di
ketuai oleh Puan Chew Yee Ming (Ahli: Rafizah Kechil, Mahanim Omar, Nur Azimah Idris,
Mohd Syafiq Abdul Rahman) mengetengahkan pengisian yang menarik dan berinformasi
hingga melayakkan projek ini mendapat pingat Perak.
OER yang diketua oleh Dr Nor Hanim Abd Rahman (Ahli: Siti Nurleena Abu Mansor) adalah
berkaitan dengan e-Bridging Modules for Fundamental Engineering Seminar (e-FES) yang
mengetengahkan cara inovatif penggunaan modul-modul dalam FES. Inovasi ini telah berjaya
merangkul pingat Emas.
Puan Wan Anisha Wan Mohammad dan Puan Azlina Mydin pula menyumbangkan
kepakaran dan pengalaman mereka dalam MOOC: Electrical Machines and Drives dari Fakulti
Kejuruteraan Elektrik yang di ketua oleh Dr Ahmad Asri Abd Samat. Projek ini berjaya
merangkul pingat Gangsa.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang telah bertungkus-lumus dan
berusaha dengan gigih dalam projek inovasi masing-masing. Semoga mendapat pengalaman
yang berharga dari pertandingan ini. Di harap kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada
warga JSKM yang lain bagi membudayakan inovasi dalam pengajaran.
────────────────»»❀❀❀««──────────────────
╭
36
─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
PENANG INTERNATIONAL INVENTION AND INNOVATION DESIGN 2021
LE15 UPLOADING SYSTEM
Muniroh Hamat
Pada 10 hingga 11 Mac 2021 telah berlangsungnya Penang International Invention and
Design 2021(PIID 2021) di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Penganjur bersama PIID 2021
ialah Jabatan Sains Komputer dan Matematik (JSKM) dan Research Management Unit (RMU)
UiTM Cawangan Pulau Pinang. Tema yang dipilih ‘Engaging and Empowering Mankind
Towards Scientific Revolution’.
Kumpulan kami yang diketuia oleh En Jamal Othman telah menghasilkan satu projek
inovasi yang dinamakan ‘LE 15 Uploading System (LE15 UPMOST). Sistem ini akan
digunakan setiap kali pensyarah ingin memuat naik salinan Keputusan Peperiksaan untuk
setiap kumpulan dan mata pelajaran yang diajar. Fail hendaklah dalam format PDF dan ukuran
failnya tidak melebihi 500KB.Sistem akan dipantau, dan fail yang dimuat naik akan diperiksa
oleh pentadbir sistem untuk melihat sama ada pensyarah memuat naik fail yang salah, fail yang
rosak atau masih tidak memuat naik keputusan peperiksaan kelas mereka. Sistem akan
melaporkan ringkasan kemajuan peratusan oleh fakulti dan jabatan.
Melalui sistem pelaporan, akan mendorong setiap pensyarah memuat naik salinan
laporan hasil peperiksaan. Pensyarah tidak perlu lagi menghantar salinan keputusan
peperiksaan ke Unit Peperiksaan. Unit Peperiksaan dapat mengurangkan sistem pemfailan
fizikal dan ruang yang ada dapat dioptimumkan untuk operasi pemeriksaan penting yang lain.
Kumpulan kami telah Berjaya mendapat anugerah Silver dalam pertandingan ini.
Semoga dengan kejayaan ini, ianya dapat menyuntik semangat ahli-ahli kumpulan untuk
menghasilkan projek-projek yang boleh digunapakai oleh semua pihak dalam memudahkan
urusan kerja seharian.
────────────────»»❀❀❀««──────────────────
37
─────────────────»»❀❀❀««─────────────────╮
KUMPULAN D4 DIAMOND JSKM MEMPEROLEHI ANUGERAH EMAS DALAM
KONVENSYEN KIK ZON UTARA PADA 22 SEPTEMBER 2021
Ts. Jamal Othman
Kumpulan D4 Diamond dari Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM), UiTM
Cawangan Pulau Pinang telah memperolehi Anugerah Emas dalam pertandingan Kumpulan
Inovatif dan Kreatif (KIK) Peringkat Zon Utara yang dianjurkan oleh UiTM Cawangan Kedah
pada 20 – 22 Sep 2021.
Kumpulan D4 Diamond diketuai oleh Pn Sharifah Sarimah dan ahli-ahlinya adalah Pn
Muniroh, Pn Norshuhada, Pn. Noor Azizah, Pn Wan Nur Shaziayani, En Mohd Fahmi dan Ts.
Jamal. Kumpulan KIK ini juga diwakili ahli dari bahagian HEA iaitu En Muhammad Fikri,
Penolong Pendaftar (Unit Peperiksaan) dan Pn Farah Wahida, Penolong Pegawai Penerbitan
(Unit Peperiksaan). Fasilitator bagi kumpulan ini adalah Ts. Dr. Basharuddin Abdul Hadi dari
Fakulti Kejuruteraan Awam.
Pertandingan KIK di Zon Utara telah mendapat penyertaan yang paling banyak
berbanding dengan penyertaan di zon-zon UiTM yang lain. Sebanyak 11 kumpulan KIK iaitu
5 kumpulan dari tuan rumah sendiri dan masing-masing 2 kumpulan dari UiTM Cawangan
Perlis, Pulau Pinang dan Perak.
Kumpulan D4 Diamond juga telah dinobatkan sebagai kumpulan yang telah membuat
persembahan terbaik di samping anugerah Emas. Projek inovasi yang dipertandingkan oleh
kumpulan D4 Diamond adalah Sistem Pengurusan Pengawasan Peperiksaan (ExIMS).
────────────────»»❀❀❀««──────────────────
38
PENULISAN KREATIF
PENULISAN
KREATIF
39
RENCANA ILMIAH
RESIPI RENDANG DAGING OPAH
Siti Balqis Mahlan
Bahan-bahan:
1kg daging
400ml santan
2 keping asam keping
5 sudu makan kerisik
3 helai daun kunyit (diikat atau dihiris)
2 helai daun limau purut
1 sudu makan serbuk kari
Gula merah (ikut citarasa)
Garam (ikut citarasa)
Bahan-bahan kisar:
5 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 cm halia
3cm lengkuas
3cm kunyit hidup
5 batang serai
20 tangkai cili kering (ikut citarasa)
Cara-cara membuatnya:
1. Kisar semua bahan-bahan kisar dan masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan.
Bahan-bahan ini tidak perlu ditumis.
2. Masukkan santan dan daging.
3. Kemudian, masukkan asam keping, kerisik, daun limau purut, serbuk kari, gula merah dan
garam.
4. Tambah air dari semasa ke semasa sehingga daging empuk dan akhir sekali masukkan daun
kunyit.
40
41
42
43
KHASIAT HEMPEDU BUMI
FADZILAWANI ASTIFAR ALIAS
Foto Kredit dari mysihat.com
Hempedu bumi atau nama saintifiknya, Andrographis paniculata dikatakan herba
paling pahit. Tahap kepahitannya membuatkan tumbuhan itu digelar ‘raja herba pahit’. Herba
ini juga senang ditanam dan sebagaimana yang dijelaskan oleh Global Information Hub On
Integrated Medicine pada tahun 2016, pokok hempedu bumi mempunyai ketinggian 30 – 100
cm.
Sebaliknya, daunnya berpasangan dan berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau
muda di bawah permukaannya serta mempunyai panjang 10 cm. Seterusnnya, bunganya kecil
dan mempunyai rambut berwarna ungu. Sebenarnya, khasiat hempedu bumi atau dikenali
dengan panggilan 'akar cerita' bukanlah satu penemuan baharu. Ia digunakan secara tradisional
oleh pelbagai masyarakat sejak turun-temurun. Berikut merupakan pelbagai khasiat yang boleh
didapati daripada herba ini.
KHASIAT PENERANGAN
1. Penyejuk Badan ketika herba yang pahit ini mempunyai bahan penyejuk untuk menghilangkan
Demam panas badan semasa demam.
2. Mengawal Tekanan daun hempedu bumi juga membantu dalam menstabilkan tekanan darah
Darah Tinggi tinggi yang boleh menyebabkan masalah jantung.
3. Mengelakkan Kram daun hempedu bumi juga dapat memulihkan kram perut yang dikenali
Perut sebagai kolik usus penyebab sakit perut, susah buang air besar, muntah
dan penurunan nafsu makan.
4. Mengubati Selesema daunnya juga boleh mengubati selesema yang terjadi gara-gara
dijangkiti virus influenza yang mengganggu saluran pernafasan.
5. Mencegah berlaku pucuk hempedu bumi mampu mencegah penyakit kanser seperti mana
Kanser dinyatakan oleh Ekta dan rakannya pada tahun 2019.
Sehubungan dengan itu, dalam penulisan di Bulk Supplement pada
tahun 2020 menunjukkan bahawa ia dapat menghentikan
perkembangan sel barah payudara, paru-paru dan kulit.
6. Mencegah Kencing membantu pesakit kencing manis dengan menstabilkan fungsi hati.
Manis
7. Memperbaiki Fungsi komponen Andrographolide yang ada pada daunnya dapat menjaga
Hempedu fungsi organ seperti hempedu dan ini sungguh menarik kerana ia selaras
dengan nama hempedu bumi.
8. Meningkatkan Imuniti Tingmin Koe pada tahun 2020 telah melaporkan bahawa ahli-ahli sains
telah menjalankan kajian ekstrak dari hempedu bumi dan mendapati ia
berpotensi mengimbangkan imuniti dengan menaikkan kadar sel.
44
BUBUR PEDAS SARAWAK
Siti Balqis Mahlan
Bubur pedas Sarawak merupakan di antara makanan yang popular di Sarawak terutamanya
pada bulan Ramadan. Namun, ianya juga boleh dihidang pada bila-bila masa dan sangat
digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat di Sarawak. Sebelum memasak hidangan ini,
bumbu bubur pedas perlulah disediakan terlebih dahulu. Ianya boleh dibuat sendiri ataupun
dibeli di mana-mana kedai, pasar atau pasar raya di Sarawak. Bagi yang sukar mendapatkan
bumbu bubur pedas di kedai, ianya boleh didapati dengan pembelian secara dalam talian
contohnya Shopee atau Lazada.
Bumbu bubur pedas ini menggunakan pelbagai ramuan seperti beras, kelapa parut, serai, cili
kering, kunyit hidup, halia, lengkuas, bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan putih,
jintan manis, serbuk kari dan rempah 4 sekawan. Kesemua bahan-bahan ini perlu digoreng
tanpa menggunakan minyak dan ianya digoreng secara berasingan. Terdapat juga sesetengah
orang menggunakan ketuhar atau alat penggorengan udara (air fryer) untuk menggoreng
bahan-bahan ini. Seterusnya, bahan-bahan yang telah digoreng ini perlulah dikisar dengan
memastikan ianya tidak terlalu halus. Bumbu bubur pedas yang telah siap akan digunakan
untuk proses masakan yang seterusnya. Sukatan penggunaan bumbu bubur pedas bagi setiap
masakan adalah mengikut citarasa masing-masing.
Proses seterusnya ialah dengan memasak bumbu pedas ini dengan pelbagai bahan lain yang
terdiri dari sumber tenaga, protein, kekacang dan sayur-sayuran. Ini menjadikan hidangan ini
berkhasiat dan ianya agak berlainan jika dibandingkan dengan bubur lain yang biasa kita buat.
Antara campuran bahan-bahan masakan ini ialah santan, daun kunyit, daun singkel/pucuk
bebuas, jagung muda, sayur pucuk/tauhu kering, sayur kacang panjang, cendawan hitam
kering, kimcham kering, kacang tanah dan sayur midin. Manakala, bahan tumisan yang perlu
dikisar ialah bawang besar, bawang putih, halia, udang kering dan cili kering. Ianya juga
ditambah dengan daging atau perut lembu dan udang untuk menjadikannya lebih enak dan
lazat. Bahan-bahan lain seperti lobak, kentang, daun kesum dan keledek juga boleh
dimasukkan ke dalam hidangan mengikut citarasa masing-masing. Jika ada kesukaran untuk
mendapatkan sayur midin ianya boleh digantikan dengan sayur lain seperti pucuk paku. Selain
pucuk paku, sayur kubis juga boleh digunakan sebagai gantian kepada sayur midin.
45
APA ITU AL - HAD KIFAYAH
Saiful Nizam Warris dan Muhammad Che Saad
Had al-kifayah merupakan kayu pengukur antara mereka yang perlu membayar zakat dan
mereka yang berhak menerima zakat. Had al-kifayah juga merupakan mekanisme dalam
menentukan keperluan harian atau bulanan sesebuah rumah. Asas kepada penentuan had-
kifayah melihat kepada pelbagai sudut atau pembolehubah seperti uruf masa dan tempat serta
bilangan ahli isi rumah. Had al-Kifayah secara umumnya adalah kadar keupayaan ekonomi
yang selayaknya bagi menjamin kelangsungan kehidupan seseorang individu serta mereka
yang di dalam tanggungannya. Ia bukan sekadar had minimum semata-mata tetapi ia
menjangkaui persoalan tahap yang selayaknya bagi memastikan kelangsungan kehidupan
seseorang serta tanggungannya.
Elemen – elemen yang tergolong dalam had kifayah menurut beberapa kitab fiqh yang utama,
ialah:
• Pakaian • Kuda
• Makanan dan Minuman • Kitab-kitab
• Tempat tinggal, kelengkapan rumah • Alat-alat pertukangan dan
dan orang gaji bergantung kepada kemahiran
kelayakan. • Nikah
Berikut adalah beberapa elemen baharu yang mungkin boleh dikategorikan dalam had kifayah
pada masa kini ialah:
• Perawatan dan Perubatan • Alat komunikasi
• Pendidikan di sekolah dan universiti • Peralatan komputer dan laptop
• Kereta • Peralatan rumah
Kepentingan had al-Kifayah:
• Instrument untuk menentukan status kelayakan asnaf faqir dan miskin.
• Boleh mengenalpasti sama ada layak mendapat zakat atau sebaliknya.
• Mengelakkan kesilapan agihan harta zakat kepada yang bukan asnaf faqir dan miskin
• Membantu menentukan kadar yang diperlukan ketika agihan zakat dilakukan.
46
GMAIL TIP AND TRICK: SCHEDULE AN EMAIL IN GMAIL
Rafizah Kechil
It's simple to schedule an email in Gmail, as well as how to make adjustments. We don't
have to send emails on a regular basis. There are, however, times when it is absolutely
necessary. It can be complicated if you don't know how to accomplish it at the moment. As a
result, being able to do so is always useful.
Schedule an email:
Step 1: Open Gmail on your computer.
Step 2: Click Compose in the top left corner.
Step 3: Compose your message.
Step 4: Next to "Send," on the bottom left, click the dropdown arrow.
Step 5: Select Schedule Send from the drop-down menu.
View or change scheduled email:
Step 1: Open Gmail on your computer.
Step 2: Select Scheduled from the left sidebar.
Step 3: Choose the email address you'd like to modify.
Step 4: Click Cancel send in the top right corner of your email.
Step 5: Make your adjustments.
Step 6: Next to "Send," on the bottom left, click the dropdown arrow.
Step 7: Select a new date and time by clicking Schedule send.
47
EMEL PUKAL DENGAN GOOGLE SHEET DAN GOOGLE SCRIPT
Saiful Nizam Warris, Syarifah Adilah Mohamed Yusoff & Rozita Kadar
Emel memainkan peranan yang penting sebagai salah satu medium komunikasi. Antara
penyedia emel adalah seperti gmail, yahoo, hotmail dan lain-lain. Jika anda merupakan
pengguna gmail, tahukah anda yang anda boleh menghantar beratus-ratus emel yang sama
kepada penerima yang berbeza dengan hanya satu klik sahaja.
Bagi merealisasikan perkara tersebut, anda disarankan menggunakan google script bagi
memudahkan penghantaran emel secara pukal. Artikel ini akan menerangkan langkah yang
perlu diambilkira bagi memenuhi perkara tersebut. Berikut ialah langkah-langkah
penghantaran emel secara pukal.
Langkah 1
Pergi ke pautan yang disediakan di bawah dan buatkan satu salinan (File à Make a copy)
kepada google drive anda.
https://docs.google.com/spreadsheets/d/1xNhbh0tv2wnCEioS4NcWA9wOBVW4TEQ-
lKOBK-Vc5iI
Langkah 2
Klik Script Editor yang boleh didapati di menu Tools.
Langkah 3
Tukarkan nilai dan nama di baris 69 dan 70.
Baris 69 – Tukarkan mengikut akaun gmail anda.
Baris 70 – Tukarkan ke nama anda.
48
Langkah 4
Tekan butang Save project.
Langkah 5
Sediakan templat emel di gmail anda. Jika tetapan templat belum tersedia, sila tetapkan dulu
tetapan templat dengan mengikuti tutorial ini.
https://support.google.com/a/users/answer/9308990?hl=en
Jika tetapan templat sudah tersedia, boleh terus sediakan templat emel seperti contoh paparan
berikut. Kemudia simpan sebagai templat. Sentiasa pastikan nama yang terdapat pada template
tersebut iaitu Testing.
49
Langkah 6
Buka semula templat di dalam google sheet dan masukkan nilai untuk nama dan emel.
Langkah 7
Tekan menu Send Emails di bahagian menu Mail Merge.
Jika belum diberi authorization, tekan Continue.
Pilih akaun gmail anda dan authorize.