100
pengambilan sampel sum sum tulang yang Kemoterapi ini adalah gabungan ubat iaitu
dibuat menggunakan bius setempat atau kombinasi ubat Adriamycin, Bleomycin,
ubat sedatif. Selain itu terdapat bebarapa Vinblastine dan Dacarbazine (ABVD).
prosedur ujian-ujian lain yang perlu dijalani Sebelum menjalani kemoterapi, ujian darah
seperti echo iaitu imbasan untuk jantung, dilakukan untuk memastikan tubuh berada
ujian darah full blood count, FBC, ujian dalam keadaan bersedia menerima ubat.
fungsi hati dan buah pinggang dan lactose Ubat tahan muntah diberikan terlebih
dehydrogenase, LDH iaitu jika kadar LDH dahulu sebelum memulakannya. Satu
yang tinggi dikaitkan dengan jenis kanser persatu ubat dimasukkan ke tubuh melalui
yang aktif dan agresif. salur darah dilengan tempat branula
Kemoterapi terdiri daripada dipasang. Satu peristiwa yang sukar
beberapa jenis ubat yang membunuh sel-sel dilupakan apabila ubat kemoterapi yang
yang berkembangbiak dengan cepat seperti terakhir Dacarbazine baru sahaja
sel kanser, akan tetapi sel-sel lain seperti dimasukkan, tiba-tiba tubuh suamiku
dinding usus, mulut, folikel rambut dan menggigil (rigor) seperti kesejukan
sum sum tulang juga akan turut terjejas. Ini terlampau dan tidak dapat dikawal. Serta
menyebabkan kesan–kesan sampingan merta doktor pakar meminta jururawat
kemoterapi akan terjadi seperti loya, menghentikan pengaliran ubat tersebut dan
muntah, keguguran rambut, luka pada memantau tahap oksigen pernafasannya.
mulut, cirit-birit dan juga gangguan sel-sel Ketika itu aku berada disisinya hanya
darah seperti anemia (kurang darah merah), mampu menenangkannya supaya
neutropenia (kurang darah putih) dan mengingati Allah sebanyak mungkin. Satu
thrombocytopenia (kurang darah platelet). jam kemudian baru keadaannya kembali
Kesan toksik pada organ-organ penting stabil dan diberikan bantuan oksigen
seperti paru-paru, jantung dan buah memandangkan kadar pernafasannya masih
pinggang juga boleh berlaku, terutama pada tidak begitu baik. Ujian darah diambil dan
pesakit yang menerima kemoterapi prosedur ujian x-ray juga dijalani kerana
berulang kali. kemungkinan berlaku jangkitan kuman
Pada 29 Januari 2021, maka pada paru-paru. Doktor pakar memulakan
bermulalah perjalanan hidup suamiku rawatan antibiotik kerana mengalami
sebagai seorang pejuang kanser. Sebelum demam.
memulakan rawatan kemoterapi, doktor Alhamdulillah di wad, pesakit boleh
akan berbincang dengan pesakit dan ditemani oleh seorang penjaga. Hal ini
menerangkan tentang perancangan dan memudahkan aku menguruskan suamiku
proses rawatan, kesan baik dan kesan untuk mandi, makan dan
sampingan, serta harapan untuk sembuh. mengwudukkannya memandangkan
Ini adalah penting kerana sesi rawatan akan keadaannya masih lemah selepas rawatan
mengambil masa 7 hingga 8 bulan, dan kemoterapi. Selepas lima hari berada di
kerjasama sepenuhnya dari pihak pesakit wad, kami dibenarkan pulang. Hari kelapan
dan sokongan moral yang berterusan dari kemoterapi, kami perlu datang semula ke
pihak keluarga banyak membantu dalam hospital untuk ujian darah. Kebiasaannya
kejayaan rawatan seseorang pesakit. Ketika selepas kemoterapi, darah putih akan
doktor menerangkan proses rawatan, kami menurun dan perlu diberi suntikan
menerima dengan berlapang dada dan Neupogen (filgrastim) bagi meransang
mahu kekal positif. Pelan rawatan kanser penghasilan darah putih. Selang dua hari
yang dicadangkan adalah sebanyak 12 kali ujian darah diambil lagi sehingga bacaan
kemoterapi (enam kitaran) setiap dua darah kembali stabil. Begitulah rutin
minggu secara berkala. minggu kedua selepas rawatan kemoterapi.
Kemoterapi pertama dijalani di wad Kemoterapi pertama yang dilalui
Hemotologi dengan pemantauan doktor. tanpa kesan sampingan. Awal minggu
101
ketiga disambung semula kemoterapi kedua tubuh badan harus dititik beratkan. Hal ini
juga perlu dijalani di wad Hemotologi kerana pesakit kurang imuniti kesan
dengan pemantauan doktor pakar. Kali daripada kemoterapi yang boleh
kedua rawatan kemoterapi berjalan lancar menyebabkan demam akibat kuman masuk
dan dapat diterima oleh badan tetapi kesan ke dalam darah. Aku juga akan pastikan
kemoterapi menyebabkan tubuh terasa keberadaannya dirumah sahaja, tidak pergi
panas, loya dan muntah sehingga ke tempat awam atau menerima kunjungan
menyebabkan demam pada suhu tinggi. orang kerana bimbang sistem pertahanan
Rawatan antibiotik turut diberikan bagi badan yang lemah.
mengelakkan daripada berlaku jangkitan Alhamdulillah rawatan kemoterapi
kuman. sebanyak dua kitaran selamat dijalani di
Kebiasaannya selepas sesi wad dan rawatan kemoterapi seterusnya
kemoterapi yang mengambil masa empat hanya perlu dibuat di unit rawatan harian
hingga lima hari berada wad, kami pulang sahaja memandangkan kesihatan suamiku
dan duduk dirumah dimana suamiku perlu semakin pulih dan tiada demam lagi. Oleh
berjuang untuk menghadapi loya, muntah, kerana proses rawatan kemoterapi perlu
sakit-sakit badan dan pelbagai kesan dilalui sebanyak empat kitaran lagi
sampingan lain. Rambutnya segera aku menyebabkan salur darah sukar dicari.
cukur sehingga botak kerana agak Kami mengambil keputusan untuk
merimaskan apabila rambut yang gugur memasang chemoport di hospital swasta
melekat di bantal, lantai, baju dan terbang memandangkan di hospital kerajaan perlu
disana sini. Minggu kedua kemoterapi menunggu giliran. Tujuan pemasangan
barulah keadaannya beransur pulih dah chemoport memudahkan urusan
selera makan baru ada. Rutin minggu kedua memasukkan jarum untuk rawatan
seperti biasa berulang alik dari rumah ke kemoterapi. Secara tidak langsung ini dapat
hospital setiap awal pagi untuk ujian darah mengelakkan rasa panas dan pedih ketika
dan suntikan Neupogen yang adakalanya pengaliran ubat sepanjang laluan pembuluh
menyebabkan badan panas serta keletihan. darah yang kecil. Pemasangan chemoport
Semasa menjalani rawatan memudahkan kemasukan ubat kerana alat
kemoterapi suamiku diuji dengan selera ini disalurkan terus ke jantung.
makan yang berkurangan. Makanan hanya Selepas melalui empat kitaran
sekadar boleh dijamah beberapa mulut rawatan kemoterapi, pelan yang diatur oleh
sahaja kerana setiap makanan yang masuk doktor iaitu perlu menjalani imbasan CT
ke mulut rasanya pelik, tidak tahu rasa semula. Sujud syukur apabila keputusan
makanan dan tidak tahu bagaimana untuk imbasan CT positif. Keputusan ini
menggambarkan perasaan itu. Seolah-oleh menunjukkan lima puluh peratus kanser
hilang deria rasa. Tetapi aku terpaksa yang aktif sudang hilang jika dibandingkan
memaksanya juga makan sedikit untuk dengan imbasan CT yang pertama. Doktor
mendapatkan tenaga. Sekiranya tidak pakar darah mengesahkan ketumbuhan
bertenaga, bagaimana untuk meruskan dibahagian kelenjar limfa bawah ketiak dan
kemoterapi. Bukan sahaja diduga dengan beberapa tempat lain sudah banyak
ketiadaan selera makan, aku perlu berhati- mengecil kerana tubuh memberi respon
hati segala jenis makanan yang diberikan yang baik terhadap kemoterapi ABVD.
kepadanya. Tidak baoleh makan makanan Berbaki dua kitaran diteruskan
yang mentah seperti salad dan ulam dengan ubat kemoterapi yang sama untuk
ulaman, telur separuh masak hatta makan memastikan semua sel kanser itu hilang.
buah kulitnya harus dikopek. Makanan Seperti biasa suamiku perlu bersedia
harus dimasak dengan betul. Kebersihan daripada segi mental dan fizikal setiap kali
makanan sangat penting. Bukan sekadar perlu menjalani kemoterapi. Kemoterapi
makanan saja, malah kebersihan mulut dan menyebabkan tubuh berasa tidak selesa dan
102
beberapa perubahan lain. Dalam dunia kemoterapi dan baru sahaja selesai
kanser semangat sebenarnya lebih kuat menjalani ujian imbasan Positron Emission
daripada segala rawatan. Tanpa semangat Tomography (PET scan). Ujian
sukar untuk kita bangkit melawan. Jangan pengimbasan ini penting untuk
mengalah dan berhenti berharap kapada mendapatkan maklumat mengenai jumlah
Allah. kelenjar yang masih terlibat, saiz
Dalam tempoh hampir lapan bulan ketumbuhan, boleh menentukan tahap
keluar masuk hospital, hospital ibarat kanser dan membantu dalam proses
rumah kedua kami. Aku berkesempatan rawatan dan prognosis. Semoga keputusan
berkenalan dengan ramai pesakit-pesakit yang bakal terima berjaya ‘bebas kanser’.
kanser yang lain seperti Leukaemia yang InsyaAllah. Itulah doa yang tidak pernah
juga dibawah pemantauan unit Hematologi. putus.
Aku berasa kagum dengan semangat Kanser tidak mengenal siapa. Mari
mereka yang tidak kenal erti penat dan kita lebih prihatin dalam membuat
putus asa. Aku sangat bersyukur kerana jika pemeriksaan dari semasa ke semasa,
aku merasakan ujian ini berat, ada lagi mengamalkan gaya hidup sihat untuk
insan lain yang lebih berat ujiannya. Di merendahkan risiko menghidap kanser.
wad, pesakit dan penjaga ibarat saudara. Buat pejuang kanser, kanser bukan penamat
Kami saling berkenalan dan bertukar kehidupan, sebaliknya satu hadiah yang
pengalaman masing masing. Dari situ kami paling istemewa Allah anugerahkan supaya
dapat sedikit pengetahuan. Kadang-kadang terus berjuang dan tidak berputus asa.
baru saja rasanya berkenalan, beberapa Sepertimana fiman Allah “Maka
kenalan sudah pun kembali menemui sesungguhnya bersama kesulitan ada
penciptanNya, terlalu dekat rasanya dengan kemudahan. Sesungguhnya bersama
kematian. Pengalaman berada di wad kesulitan ada kemudahan” ( Surah Al-
pesakit kanser sedikit kelainan daripada Insyirah:5-6). Alhamdulillah sangat
wad biasa kerana bunyi tolakan keranda bersyukur mempunyai ahli keluarga
mayat tidak asing bagi mereka yang berada terutama ibu dan ayah, saudara mara,
di wad ini. Setiap kali troli keranda muslim sahabat-sahabat, rakan-rakan sejawatan
atau bukan muslim ditolak masuk kedalam yang banyak membantu baik dari segi
wad, semua di sini sudah tahu ada pesakit kudrat dan penat lelah, sumbangan
yang sudah tiba ajalnya. Jauh di sudut kewangan, perkongsian ayat-ayat Al-Quran
hatiku berkata, mereka bukan tewas tetapi untuk diamalkan mahupun kata-kata
mereka telah berjaya berjuang semangat dan sokongan. Dan yang paling
mengharungi segalanya baik dari segi penting, sentiasa mendoakan kesejahteraan
emosi, mental dan fizikal. Asbab kesakitan dan kesihatan diri suamiku. Hanya Allah
menjadi penghapus dosa. Semoga ganjaran yang dapat membalas semua. Terima kasih
syurga buat mereka yang telah pergi. sekali lagi. Allah sebaik-baik perancang.
Semasa aku menulis perkongsiaan
ini, suamiku telah tamat menjalani rawatan
Pautan rujukan:
https://www.facebook.com/PakarDarahAnda
http://www.myhealth.gov.my › limfoma
103
ARE YOU AWARE OF COVID-19 SYMPTOM?
Wan Anisha Wan Mohammad & Azlina Mohd Mydin
Source: Canva
104
PERTANDINGAN DOODLE PTAR UiTM CAWANGAN PULAU PINANG
Siti Nurleena Abu Mansor
Pada April 2021, Perpustakaan Tuanku Abdul Rahman (PTAR) UiTM Cawangan
Pulau Pinang telah menganjurkan satu pertandingan melukis Doodle bersempena dengan
Program UiTM Penang Baca dengan tema “Jom Baca”. Tarikh akhir penyertaan adalah pada
21 Mei 2021.
Saya pada mulanya ragu-ragu untuk menyertainya, namun kerana ingin mencuba
sesuatu yang baru maka saya mencuba nasib. Banyak yang saya pelajari tentang teknik doodle
ini. Rupanya doodle merupakan satu seni menggambar yang dibuat secara tidak sedar atau
tanpa tujuan tertentu. Pelbagai gambar yang boleh menjadi gambar doodle ini, seperti huruf,
binatang, benda, atau boleh juga hanya abstrak.
Walaupun doodle dikatakan sebagai gambaran yang tidak sengaja, tapi kini doodle
sudah menjadi satu seni yang diminati. Banyak doodle yang dihasilkan mengandungi
penceritaan dan mesej yang ingin disampaikan. Teknik doodle juga biasanya hanya
memerlukan pen dan kertas sahaja dan biasanya hitam putih. Namun, beredar dengan masa
gambar doodle kini lebih menarik dengan warna-warni yang terang. Sesiapa sahaja boleh
membuat lukisan doodle ini dengan daya imiginasi mereka.
Meskipun saya tidak memenangi sebarang tempat dalam pertandingan tersebut, namun
usaha dan pengalaman dalam mempelajari lukisan doodle memberi perspektif baru dalam
kehidupan saya. Semoga dengan apa yang dipelajari boleh di praktikkan dalam pembelajaran
anak-anak supaya lebih menarik. Diharap PTAR akan menganjurkan pertandingan-
pertandingan yang menarik seperti ini lagi.
105
WAHAI PELAJAR, TENANG, KAMU MAMPU
Naemah Abdul Wahab
Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia termasuk Negara Malaysia
menyebabkan para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpaksa melalui kelas secara Open
Distance Learning (ODL) sejak April 2020 bagi mengekang penularan virus ini. Tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang disangka hanya untuk sebulan atau dua bulan, telah
berlanjutan hampir 17 bulan sehingga saat coretan ini. Kami faham cabaran dan masalah
pelajar ketika terpaksa belajar dari rumah masing-masing.
Semasa berada di institusi pengajian tinggi, ada rutin yang telah mereka sesuaikan sejak
awal minggu pendaftaran kemasukan ke IPT lagi. Namun, apabila terpaksa melalui ODL dari
rumah, ianya meningkatkan tekanan, kebimbangan, rasa panik dan kelesuan berpanjangan
(burnout) disebabkan banyak faktor. Antara keluhan yang kami dengar daripada para pelajar
kami adalah suasana rumah yang tidak kondusif, tidak mempunyai peralatan komputer atas
faktor kewangan keluarga, kekangan teknikal seperti talian Internet yang lemah di kediaman
mereka dan masalah peribadi seperti perceraian ibu bapa, ibu bapa yang sakit kronik, keluarga
kehilangan sumber pendapatan atau pelajar terpaksa bekerja separuh masa untuk membantu
ibu bapa menampung kos sara hidup keluarga.
Pelaksanaan ODL secara sepenuhnya merupakan satu cabaran yang besar.
Kebanyakkan pelajar perlu menghadiri kelas atas talian secara berturutan melalui medium yang
baru dan berlainan mengikut pilihan pengajar, menguasai aplikasi dan perisian baru untuk
melihat video pengajaran, melengkapkan tugasan pelbagai bentuk termasuk rakaman video dan
membuat penilaian sehingga ke waktu malam dan hujung minggu. Itu belum lagi mengejar
deretan tugasan mengikut dateline yang diberikan oleh para pensyarah.
Sekiranya pelajar tersebut menghadapi kesukaran teknikal atau ketiadaan gajet
pembelajaran, ini akan mencetusnya tekanan yang lebih tinggi sehingga menjejaskan kesihatan
mental mereka. Para pensyarah yang memahami kesusahan dan dugaan pembelajaran ODL
berasa sedih membaca paparan di portal media tempatan mengenai kemurungan atau masalah
kesihatan yang menimpa pelajar akibat tidak mampu menanggung stres yang terlampau. Ada
juga pelajar yang terpaksa membuat keputusan untuk berhenti daripada IPT akibat tidak dapat
menbendung dugaan berpanjangan ini.
Wahai pelajar, bersabarlah, kita mampu menghadapi fasa pandemik ini bersama-sama.
Jangan disimpan kegusaran, stres dan kelesuan itu seorang diri. Jangan rasa malu untuk reach
out dan dapatkan sokongan sekiranya dirasakan ianya mulai membebani hati. Luah dan
106
dapatkan nasihat daripada ahli keluarga atau para pensyarah yang memahami mahupun rakan-
rakan seperjuangan yang positif. Kekal positif, tetap tenang, sentiasa aktif dan dekatkan diri
dengan Yang Maha Esa. Sebagai seorang pendidik di IPT, kami kongsikan 8 tips ringkas untuk
pelajar mengurangkan stres semasa mengikuti sesi pembelajaran ODL.
107
ODL: 8 Tips untuk Pelajar Menangani Stres
•Anggap kelas ODL anda dari rumah seolah-olah anda
menghadiri kelas bersemuka di institusi pengajian tinggi.
Tetapkan Tetapkan masa untuk bangun di awal pagi, mandi dan
Rutin bersiap serta bersarapan pagi. Rutin yang tetap dan
terancang dapat memberikan isyarat kepada otak anda
"sekarang masa saya untuk belajar".
•Mempunyai sempadan fizikal antara kawasan belajar
dan kawasan berehat boleh membantu anda untuk kekal
Ruang Belajar fokus ketika belajar dari rumah. Walaupun kawasan itu
yang Khusus kecil atau dikongsi bersama ahli keluarga, anda boleh
mencari ruang (ada kerusi dan meja) yang tenang
daripada gangguan keluarga atau TV semasa
pembelajaran online berlangsung.
Catat Nota •Mengambil nota semasa kelas dalam talian juga dapat
anda
membantu
membuat
sibuk
dan
tangan
semasa meningkatkan perhatian anda pada kandungan topik
Mendengar yang diajar. Sebaiknya, jauhkan telefon pintar, matikan
Kelas ODL notifikasi mesej dan abaikan sebentar media sosial di
gajet anda untuk mengurangkan gangguan luaran.
•Tetapkan waktu rehat selepas tamat satu sesi kelas untuk
Adakan bangun, meregang badan dan mengalihkan tumpuan
Rutin Aktiviti pada hal lain (5 - 10 minit). Anda boleh berjalan di sekitar
Fizikal bilik, membuat minuman dan melihat ke luar tingkap.
Setiap petang, lakukan aktiviti kecergasan selama 20 - 30
minit sekurang-kurangnya 3 - 5 kali seminggu.
•Tuliskan tugasan yang perlu anda siapkan dalam
seminggu/sebulan dan pecahkan kepada tugasan kecil
Rancang untuk diselesaikan setiap hari. Ini dapat mengelakkan
Tugasan anda berasa stres, lebih realistik, tidak terbeban dan
membantu anda menjadi lebih bermotivasi dan terancang
dalam menyelesaikan assignments mengikut dateline.
•Gunakan masa yang kurang produktif untuk melakukan
Elakkan tugas lain selain pembelajaran. Tetapkan jadual anda agar
Multitasking ianya fokus pada satu perkara setiap masa (iaitu belajar,
letakkan
dan
bersenam)
santai,
rumah,
tugasan
keutamaan.
•Mempunyai waktu sosial dapat memotivasi anda untuk
Adakan terus fokus semasa belajar. Anda boleh menetapkan masa
Masa santai untuk berkomunikasi dengan rakan melalui video
Bersosial call, bermesej di aplikasi WhatsApp serta Telegram,
mengemaskini media sosial dan berinteraksi bersama
keluarga sambil menonton rancangan kegemaran di TV.
Amalkan •Amalkan diet yang seimbang untuk memastikan tubuh
kuat dan sihat. Pilih makanan ringan yang sihat sebagai
Diet Sihat kudapan ketika belajar. Tidur 7-8 jam pada waktu malam
dan Tidur adalah cara yang terbaik untuk membantu anda bangun
Secukupnya dengan rasa segar dan bersemangat untuk memulakan
pembelajaran pada waktu siang.
108
BEKERJA DARI RUMAH: ALAH BISA TEGAL BIASA
Norshuhada Samsudin
Bekerja dari rumah bukan sesuatu yang mudah bagi segelintir pihak. Rutin harian
bekerja di pejabat yang telah lama dipraktikkan perlu diubah dengan rutin baharu. Bagi
individu yang memang selesa menyelesaikan segala tugasan di pejabat,mereka beranggapan
bahawa kerja dari rumah agak merumitkan. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil
khususnya, melakukan kerja di rumah merupakan sesuatu yang agak mencabar. Mana tidaknya,
baru sahaja membuka komputer untuk memulakan kerja, jari anak kecil laju mecapai dan
menekan segala button yang ada di papan kekunci tersebut. Namun begitu, ia tidak boleh
dijadikan sebagai alasan untuk tidak melakukan kerja di rumah. Seseorang perlu bijak
mengatur strategi agar kerja-kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Pepatah Melayu ada menyebut “Alah bisa tegal biasa” yang bermaksud apabila sesuatu
perkara yang sukar dipraktik berulang kali, ianya akan menjadi lebih mudah. Ketika pandemik
Covid-19 melanda dunia sejak tahun lepas, aktiviti bekerja dari rumah telah menjadi normal
baharu dikalangan pekerja sektor kerajaan dan swasta. Aktiviti yang dirasakan sukar untuk
dilaksanakan pada awalnya, menjadi lebih mudah kerana kita telah terbiasa dengan normal
baharu ini sejak ianya dilaksanakan sesuai dengan peribahasa yang dinyatakan.
Sebagai seorang pensyarah, aktiviti pelajaran dan pembelajaran dijalankan secara atas
talian. Walaupun terasa sukar pada mulanya, namun, setelah beberapa semester
dipraktikkan,ianya berjalan dengan baik. Para pelajar juga semakin matang dalam menghadapi
cara pembelajaran atas talian ini. Selain aktiviti pengajaran, mesyuarat dan kursus juga
dijalankan secara atas talian. Ia tidak menjadi halangan untuk para pensyarah menyempurnakan
segala tugasan hakiki walaupun masih bekerja dari rumah. Kunci utama untuk bekerja dari
rumah adalah bijak mengurus masa. Masa adalah sangat penting kerana kita perlu
membahagikan masa dengan tugas di rumah dan juga tugas sebagai seorang pekerja. Jika kita
tidak pandai mengurus masa, maka banyak kerja-kerja yang akan tertangguh dan tidak dapat
disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Bagi ibu-ibu yang bekerja dari rumah, tanggungjawab
menguruskan rumahtangga dan urusan kerja tidak akan dapat dilaksanakan dengan baik jika
tidak mendapat sokongan dan bantuan dari suami.
Bekerja dari rumah juga memerlukan keseimbangan dalam menguruskan emosi. Emosi
juga perlu dikawal agar kita tidak mudah terjebak dengan perkara yang tidak diingini seperti
kemurungan,cepat marah, dendam dan sebagainya. Emosi yang baik dapat membantu
seseorang dalam menghasilkan sesuatu kerja yang sempurna. Justeru, untuk mendapatkan
109
emosi yang baik, seseorang perlu menitikberatkan beberapa perkara seperti gaya pemakanan
yang baik, rehat yang secukupnya, aktiviti senaman ringan, hobi dan minat, serta hubungan
baik sesama manusia dan Maha Pencipta. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab, kita seharusnya mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan agar virus
Covid-19 yang melanda dunia ini segera hilang dari muka bumi. Ia amat bermakna agar kita
semua dapat menjalani kehidupan yang normal seperti yang kita amalkan sebelum ini. Semoga
kita tabah dan cekal menghadapi dugaan dan cabaran hidup masa kini.
110
FROM HILLS TO MOUNTAINS IN ELEVEN MONTHS (SERIES-1)
NOR HANIM ABD. RAHMAN (~drhar)
Life starts at forty, so they say …
Somehow, it was true for me as my hiking life started when I was forty-six. This is my
bittersweet journey from hills to the highest mountain in Southeast Asia within eleven months.
Sports? Nay! Not me! I never was a sporty-kind girl when I was in my primary and junior high
schools, not even into the simplest form of sports such as sukaneka - LOL! However, as I went
into my senior high and lived in a hostel, I was somehow forced to adapt to the new cultures.
Occasionally, I forced myself to be involved in badminton and silat and held some positions in
Clubs and other activities. The new me were being moulded, unintentionally. Thirty years have
passed since then … today, in 2021, getting together with old friends from past schools are
effortless with everything at our fingertips. I realized the importance and the positive impacts
of social media in our social lives. It was never too late to start new hobbies. Hobbies that I
never thought I would be hooked into it.
So, the new chapter begins. It was in late 2017 when I forcefully decided to commit myself
with seventeen other members to the ‘Gunung Kinabalu Hike’ Expedition that was planned on
th
rd
the fixed date, 23 to 24 September 2018. I am not sure how I ended up giving them my
name as one of the expedition participants in September 2017. I blamed my best friend for this!
Hahaha! There was no turning back, except to move forward with high enthusiasm and
determination!
Hiking started in November 2017…
A new beginning! It was early November 2017 when I started hiking with a close friend of
mine. It was a last-minute decision to hike The Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam Hill.
Unfortunately, the area was closed for maintenance reasons. Unsure what to do next left me
wandering around the area to find other options. Luckily, we bumped into a Chinese group of
hikers and decided to join them by using an alternative hiking trail nearby. The guy even
warned us that this trail was not really for newcomers … “Oh noooo! Can I make it” but my
friend convinced the guy that I would be okay. This new trail not only passed through a private
orchard or dusun, nonstop steep slopes, and small streams, it also consisted of a small waterfall,
where all of us rest, took pictures and “tea-time”. It was such a lovely day that was. The
trekking took us about three hours up and down the hill. Well, this was the first experience of
hiking after ages. Of course, the great experience came with great muscle strains as well.
Ouchhhh! It took me about a week to overcome those strains. I owe my close friend for helping
me went through the hassles with great patience. During this hike, we gained new experiences.
Most importantly we also gained new friends! More plans were then made with high hopes and
optimism that we can and will conquer! Insha’Allah…
111
Soon, series of hiking plans followed from the lowest hill around 500-meter to 1200-meter
above the sea level was made involving the Kerachut Beach Treks (Pulau Pinang), Gunung
Ledang (Johor), Gunung Jerai (Kedah -twice), Gunung Baling (Kedah), Gunung Pulai (Kedah)
and Penang Hill (Penang -trice). The hiking group ranges from just two members up to thirty-
two in total, and we marched proudly from one hill and mountains to the other! One great
lesson learnt! Never judge a mountain by its height because size can really be deceiving!
Gunung Pulai was a strict-moderator! With only 620 meters in height, it literally stole nearly
nine hours of our time but also our strength! Not to mention torn pants and gloves, bruises all
over our bodies, hunger and thirst and donating blood to lynches (pacat)! Clueless until today,
how-on-the-earth the expected four-hour hiking turned out to be nine!
112
Running started in December 2017…
Running seems difficult for me ever since I was young. However, I am willing to learn at the
age of forty-seven. My first marathon was a 7km run organized by Polis Di Raja Malaysia
(PDRM) at Queensbay Mall, Pulau Pinang. Three of us signed for the occasion -me, my fourth
son -Idham, and a close friend of mine. Alhamdulillah, all of us made it on time and “Yeahhh!
My first marathon medal!” –feeling so proud of ourselves! From one medal, it became two,
three, and four … and soon it was followed by a series of other marathons ranging from 5km
to 21km (half-marathon)!
Jogging started in January 2018 …
Jogging too was never really in my daily routines, but soon I ended up doing so at a nearby
jogging area, 5-minutes away from my house in Seberang Jaya. I would try to be there before
7 o’clock in the morning, even though it was still a bit dark, but the view of the sun rising
within the branches of trees and the sound of the flocks of birds singing ~ priceless. Running
alone, I just could not avoid the feeling of shyness and scared at the same time, but once I got
used to the tempos of running -it was fun! No one was actually looking at you since everyone
was so busy with his or her own running-paces. Ever since then, whenever I have free time, I
would just go for a jog –alone or sometimes accompanied by my sons or close friends. I used
to get calf-muscle ache every time I jog, but soon it began to blend in and soon diminished. I
started with just a slow walk combined with a fast walk and later upgraded myself with a walk-
and-run jogging type. However, early morning jogging was just too hard to maintain when the
academic semester started due to the 8am classes. Thus, in-door cycling is an excellent
alternative to keep up stamina.
113
The day finally arrived!
September 22, 2018 … Gunung Kinabalu, here we come!
To be continued …
******************* TAZKIRAH *********************
Suatu ketika, Saidina Umar radiyallahu'anhu mendengar seorang lelaki memuji-muji seorang
؟
lelaki lain. Lalu beliau bertanya kepadanya: ﻌ َ ﮫ ُ ھ َ ﻞ ْ ﺳ َ ﺎ ﻓ َ ﺮ ْ ت َ ﻣ َ
Pernahkan kamu bermusafir dengannya?
Dia menjawab: -ﻻ َ Tidak pernah
Kata Saidina Umar: - ﻚ َ ِ ﮫ ِ ﺑ َ ْ ﱠ َ ﻓ َ ﺄ ﻧ ْ ﺖ َ ا ﻟ ﺬ ِ ي ﻻ َ ﻋ ِ ﻠ ﻢ ﻟ َ
Maka sesungguhnya, kamu tidak lagi kenal akan dia.
(Daripada Umar diringkaskan, sahih oleh AlBani)
114
SOCIAL DISTANCING REMINDERS AT SCHOOL
Wan Anisha Wan Mohammad & Azlina Mohd Mydin
Souce: Canva
115
BAHASA MELAYU SARAWAK
Siti Balqis Mahlan
Terdapat pelbagai bahasa yang digunakan di Sarawak. Di antaranya ialah Melayu Sarawak,
Iban, Kedayan, Bidayuh, Kenyah, Kayan, Kelabit, Melanau dan ada banyak lagi bahasa dari
suku kaum tertentu. Bahasa Melayu Sarawak merupakan bahasa yang kerap digunakan oleh
pelbagai masyarakat di Sarawak. Terdapat sedikit perbezaan dari segi perkataan, sebutan dan
intonasi di antara Bahasa Melayu Sarawak yang digunakan di Miri, Limbang, Lawas, Kuching,
Bintulu, Saratok dan lain-lain bahagian di Sarawak. Namun begitu, kebanyakan perkataan yang
digunakan adalah hampir sama. Berikut merupakan contoh-contoh perkataan Bahasa Melayu
Sarawak yang lazimnya digunakan oleh orang Melayu Sarawak khususnya di Miri beserta
maksudnya.
Haiwan Tumbuhan
Melayu Sarawak Maksud Melayu Sarawak Maksud
1. Asuk Anjing 1. Cabik Cili
2. Pusak Kucing 2. Semangka Tembikai
3. Lipeh Lipas 3. Limo Limau
4. Lango Lalat (saiz besar) 4. Sayor Sayur
5. Penyuk Penyu
6. Kurak-kurak Kura-kura Tempat
7. Boyak Buaya 1. Kedei Kedai
8. Kelebar Rama-rama 2. Kampong Kampung
9. Lanyek Lebah 3. Sungei Sungai
10. Manok Ayam 4. Bilit Bilik
11. Itit Itik 5. Sepetar Hospital
12. Kerbo Kerbau 6. Pasa Pasar
13. Kerak Monyet 7. Gunong Gunung
14. Pusuk Ikan bilis
Warna Kata Ganti Nama Diri
1. Mengkodok Ungu 1. Kamek/Aku/Ku Saya
2. Kalas Merah jambu 2. Kitak/Kawu Kamu
3. Gadong/Hijo Hijau 3. Sidaknya Mereka
4. Kunin Kuning 4. Nya Dia
5. Itam Hitam 5. Kamek orang Kami
6. Mirah Merah 6. Kitak orang Kamu (ramai)
116
Kata Kerja Kata Tanya
Melayu Sarawak Maksud Melayu Sarawak Maksud
1. Berekot Berlari 1. Kenak/Pahal Kenapa
2. Kelakar Bercakap 2. Macamne/Gine Bagaimana
3. Dianok Dimarahi 3. Sine Di mana
4. Ngerepak Membebel 4. Sapa Siapa
5. Dibulak Ditipu
6. Madah/padah Memberitahu Kata Ganti Nama Tunjuk (Tempat)
7. Nanyak Tanya 1. Sia Sana
8. Dibulak Ditipu 2. Sitok Sini
9. Bekasik Bersin 3. Sinun Situ
10. Nyuci Mencuci
11. Nyesah Mencuci baju Kata Ganti Nama Tunjuk (Umum)
12. Ngeso Menunjuk 1. Nok tok Ini
13. Mengarei Berselerak 2. Nok ya Itu
14. Diat Melihat
15. Dipaluk Dipukul Benda
16. Berambeh Bermalam 1. Cangkir Cawan
17. Berguro Bergurau 2. Penjan Tingkap
18. Kuang-kuit Berjalan ke sana-sini 3. Tapak Pinggan
19. Raon Bersiar-siar 4. Suduk Sudu
20. Angol Pening 5. Seloa Seluar
Perasaan Kata Nafi
1. Bencik Benci 1. Sik Tidak
2. Suk Gembira 2. Sik maok Tidak mahu
3. Manas Marah
4. Rindu Beraie Kata Perintah
5. Jemu Lejuk 1. Sik boh Jangan
6. Ngutik Seram 2. Minta Minta
7. Tedah Kasihan 3. Arap Harap
8. Piluk Sedih 4. Tulong Tolong
9. Bingong Bingung
117
Berikut merupakan beberapa contoh penggunaan ayat:
Soalan: Apa polah kitak kat sitok? (Apa awak buat kat sini?)
Jawapan: Sik ada polah apa, kamek nangga tv jak. (Takde buat apa, saya tengok tv je.)
Soalan: Sine mok engkah cangkir tok? (Kat mana nak letak cawan ni?)
Jawapan: Engkah jak dalam lemari ya. (Letak je dalam almari tu.)
Soalan: Kitak mok pegi sine? (Awak nak ke mana tu?)
Jawapan: Kamek mok ke sepetar ngabas petunggal. (Saya nak ke hospital melawat
sepupu.)
Soalan: Gine mok molah bubor ayam tok? (Macam mana nak buat bubur ayam ni?)
Jawapan: Senang ajak ya, kamek ngekot resepi dalam buk ya. (Senang je tu, saya ikut
resipi dalam buku tu.)
Ayat: Angol palak kamek. (Saya pening kepala.)
Ayat: Entingal nar nembiak tok. (Degil sangat budak ni.)
Ayat: Kamek indah yang kenak paluk ngan kubit. (Saya pulak yang kena pukul dan
cubit.)
Ayat: Mun kitak ke sinun kelak, iboh lupak embak aik semangka ya. (Kalau awak ke
sana nanti, jangan lupa bawa air tembikai tu.)
Terdapat pelbagai lagi perkataan Melayu Sarawak selain yang dinyatakan. Ini hanyalah
sebahagian yang seringkali digunakan dalam percakapan seharian. Terdapat juga perkataan
yang sama dari segi sebutannya misalnya manis, masam, pedas, wangi, tajam, licin, takut,
berani, besar, tangan, kaki, plastik dan sebagainya. Cuma, cara sebutan bagi perkataan yang
ada ‘r’ perlulah ditebalkan sebutannya sama seperti sebutan ‘r’ bagi loghat utara. Cara sebutan
bagi perkataan yang ada huruf ‘k’ di hujung perkataan juga agak berbeza. Manakala, sebutan
bagi huruf lain adalah sama kecuali bagi huruf r dan k sahaja.
Sampei di sitok ajak (Sampai di sini sahaja). Selamat mempelajari Bahasa Melayu
Sarawak.
118
HEBATNYA SURAH AL-KAFIRUN
Fadzilawani Astifar Alias
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! (1)"Aku tidak akan menyembah
apa yang kamu sembah. (2)"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku
sembah.(3) "Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4)"Dan kamu pula
tidak mahu beribadat secara aku beribadat.(5) "Bagi kamu agama kamu, dan bagiku
agamaku".(6)
1. Pahala Membaca Sama Dengan Satu Perempat Al-Quran
Pahala membaca surah al-Kafirun sama dengan membaca satu
perempat dari Al-Quran sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh
Annas RA: “Qul Ya Ayyuhal-Kafirun senilai dengan seperempat Al-
Quran.”
Ini kerana Surah Al-Kafirun berisi membebaskan dari syirik (tauhid
atau kalimat syahadat yang pertama). Sebab itulah kandungan surah ini
sama dengan satu perempat Al-Quran.
Menurut Syeikh Ibn Baz pula, membaca empat kali surah ini sama
seperti khatam Al-Qur’an.
2. Digalakkan di baca dalam Solat-solat Malam
Diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadis Jabir bin Abdullah yang
bermaksud: “Seorang lelaki berdiri lalu mengerjakan solat fajar dua
rakaat. Dia membaca pada rakaat pertama Qul Ya Ayyuhal-Kafirun
(katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi SAW
bersabda yang bermaksud:
“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia
membaca pada rakaat kedua Qul Huwallahu Ahad (Katakanlah Dia
adalah Allah yang maha Esa.
119
3. Dibaca Sebelum Tidur Membebaskan Kemusyrikan
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: Dari ayahnya
bahawa Nabi SAW bersabda : “Bacalah Qul Ya Ayyuhal-Kafirun
kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut
membebaskan dari kemusyrikan”
4. Mengajar Bertolak Ansur dalam Beragama
Kandungan surah ini mengajar kita supaya bertolak ansur dalam
mengamalkan ajaran agama masing-masing.
Al-Quran memerintahkan agar kita menghormati penganut agama
lain. Bertepatan dengan potongan akhir ayat ini yang bermaksud
‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.
5. Surah yang Ditakuti Iblis
“Tidak ada dalam Al-Quran yang lebih ditakuti Iblis daripada Qul Ya
Ayyuhal-Kafirun, kerana ia adalah tauhid dan pembebas dari
kemusyrikan”.
Imam Ja’far berkata “Bacalah 7 kali Surah ini setiap hari bagi menjaga
iman. Barang siapa membiasakan diri membacanya pada saat matahari
terbit dan terbenam, maka ia akan bebas dari keraguan, kesyirikan dan
keyakinan yang buruk”
120
TELEFON: DAHULU DAN SEKARANG
Maisurah Shamsuddin
Masih ingatkah anda pada alat telekomunikasi yang telah digunakan pada masa dahulu?
Pastinya semua pernah menggunakan telefon rumah atau telefon awam yang disediakan oleh
Telekom Malaysia seperti rajah berikut. Ia merupakan antara contoh telefon rumah yang telah
digunakan sekitar tahun 1960 an dan masih lagi digunakan sehingga kini.
Telefon Jabatan Telekom 1960 dan 1986
(sumber:https://koleksimalayalama.blogspot.com/2013/03/koleksi-antik-lama.html)
Menurut wikipedia, telefon ialah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan
menerima bunyi (kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat dan
secara bebas. Perkataan telefon berasal daripada perkataan bahasa
Inggeris, ’telephone’ yang berasal daripada bahasa Yunani; tele = jauh dan phone =
suara. Kebanyakan telefon beroperasi melalui pemancaran isyarat eletrik yang
membenarkan pengguna telefon untuk berhubung.
Rajah berikut merupakan telefon awam yang pernah ada di Malaysia tetapi ianya tidak
lagi digunakan pada masa kini kerana majoriti rakyat telah mempunyai telefon pintar.
Telefon awam
(Sumber: https://www.nicknashram.com/2017/03/nostalgia-telefon-awam.html)
121
Telefon awam lebih banyak digunakan sekitar 80 an hingga ke 90 an kerana pada masa tersebut
tidak semua yang mampu memiliki telefon di rumah ataupun telefon bimbit. Pasti semua
mempunyai kenangan menggunakan telefon awam di mana duit syiling perlu disediakan. Masa
juga diperuntukkan untuk setiap sen yang digunakan. Kadang-kala wang yang dibawa tidak
mencukupi dan terputus tiba-tiba ketika rancak berbual. Terdapat juga telefon awam yang
menggunakan kad pra-bayar. Cara ini lebih selamat bagi mereka yang suka berbual lama.
Tetapi ada hadnya becakap menggunakan telefon awam sekiranya ramai yang menunggu
berbaris di belakang. Kebiasaanya orang awam menggunakan telefon ini untuk hal-hal yang
penting sahaja. Walaubagaimanapun terdapat banyak kes vadalisme telefon awam dan kos
untuk penyelenggaraannya juga agak mahal dan tidak berbaloi dengan kehendak pada masa
sekarang. Agak sukar juga untuk kita lihat terdapatnya pondok telefon awam kerana
penggunaanya pun tidak lagi serancak sebelum adanya telefon bimbit atau telefon pintar yang
jauh lebih banyak fungsinya.
Perkembangan yang pesat telah menjadikan
alat komunikasi yang digunakan hanya untuk
berhubung suara dengan keluarga atau rakan yang jauh
telah menjadikan ia sangat mudah digunakan dan
boleh dibawa ke mana sahaja iaitu telefon bimbit atau
telefon mudah alih (handphone). Telefon bimbit yang
pertama di dunia telah dilancarkan pada tahun 1973
iaitu Motorola DynaTAC 800x yang menggunakan
konsep yang sama iaitu menjawab dan membuat
panggilan dengan menggunakan talian analog 1G.
Pada mula ia dikeluarkan, harganya agak mahal dan
tidak semua orang mampu memilikinya.
(Sumber:https://www.everything47.com)
Setelah itu telefone bimbit telah berkembang
dengan pesatnya dan fungsinya juga semakin bertambah. Pada tahun 1992, talian 2G telah
diimplimentasikan pada telefon mudah alih dan fungsi penghantaran sms pertama telah
digunakan. Rajah berikut adalah contoh beberapa bentuk telefon bimbit daripada syarikat
Nokia yang terkenal pada suatu ketika dahulu iaitu sekitar tahun 1980 sehingga 2000. Sudah
pasti semua pernah memilikinya kerana iainya sangat mudah digunakan dan boleh dibawa
kemana sahaja. Tambahan pula harganya semakin murah dan masih lagi mampu milik. Jika
dilihat daripada saiznya, ianya semakin kecil dan lebih mudah dibawa. Manakah di antara
berikut telefon pertama anda? Masihkah anda menyimpannya?atau masih lagi kah anda
menggunakannya?
122
Telefon bimbit keluaran Nokia
(Sumber: https://www.mobilephonehistory.co.uk/nokia/nokia.php)
Kini, terdapat pelbagai fungsi telah dibina di dalam sebuah telefon bimbit dan
menjadikan ia sebagai telefon pintar.
Telefon bimbit sekitar tahun 2018 sehingga kini.
(Sumber:https://ewarta.mara.gov.my/2016/07/20/panduan-beli-telefon-pintar-yang-terbaik/)
Iphone adalah syarikat pertama yang memperkenalkan telefon pintar iaitu pada tahun 2007.
Telefon pintar mempunyai fungsi kamera dan internet yang membolehkan pelbagai jenis
aplikasi dimuat naik ke dalam telefon pintar seperti Facebook, whatsapp, permainan video dan
lain-lain lagi di mana ianya secanggih fungsi yang ada di dalam komputer riba. Saiz dan
bentuknya juga lebih cantik, ringan dan lebih bergaya. Boleh dikatakan hampir semua
peringkat umur memilikinya kerana harganya masih lagi mampu milik.
Keadaan pendemik sekarang juga telah menjadikan telefon pintar amat penting untuk
proses pengajaran dan pembelajaran oleh semua pendidik dan masyarakat. Penggunaannya
yang meluas tanpa sepadan mampu mengubah seseorang ke arah kebaikan dan juga keburukan.
Jadi, kita sebagai pengguna haruslah bijak menggunakan telefonn pintar supaya ianya lebih
banyak digunakan ke arah kebaikan untuk kepentingan diri, agama, masyarakat dan negara.
123
MENGIMBANGI BEKERJA DARI RUMAH (BDR) DAN KESIHATAN MENTAL
SEMASA PANDEMIK COVID-19
Naemah Abdul Wahab
Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang sangat besar kepada sistem
pendidikan, ekonomi, sosial, kesihatan serta politik di Negara Malaysia dan di seluruh dunia.
Saban hari sejak kebelakangan ini, kita dapat melihat berita-berita membabitkan insan-insan
yang tidak dapat menangani tekanan emosi, bebanan kewangan, kehilangan pekerjaan,
kematian keluarga tersayang dan pelbagai cabaran hidup dipaparkan dalam akhbar tempatan
mahupun melalui perkongsian di media sosial. Tidak dapat dinafikan, pelaksaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan secara berfasa serta norma baharu wabak
COVID-19 yang telah berlarutan melebihi satu tahun turut memberi impak yang sangat besar
kepada kesihatan mental manusia.
Justeru, penulis mengambil kesempatan ini untuk menasihati diri sendiri dan berkongsi
beberapa tips kepada rakan-rakan yang terpaksa bekerja dari rumah (BDR) agar kita cuba
mengimbangi pekerjaan dan tahap kesihatan mental yang sejahtera sepanjang tempoh PKP
selagi pandemik COVID-19 belum reda. Kesemua maklumat yang dinukilkan oleh penulis
telah disimpulkan hasil daripada pembacaan beberapa kertas kajian dan maklumat yang
terdapat di laman-laman sesawang di Internet.
Bekerja Dari Rumah (BDR): Tips Mengurangkan Stres
Tetapkan rutin dan buat rangka kerja bagi setiap hari bekerja samada secara
harian atau mingguan: Adakan sempadan di antara waktu kerja dan waktu rehat
bersama keluarga adalah kunci untuk kesejahteraan mental semasa bekerja di
rumah. Anda boleh menjadi lebih fleksibel ketika bekerja dari rumah tetapi tidak
dapat dinafikan ianya sukar jika ada gangguan lain yang perlu ditangani, seperti
anak-anak di rumah, yang mungkin menganggap anda sedang bercuti dan ingin
menghabiskan masa dengan anda. Adakan perbincangan dengan mereka bahawa
anda masih bekerja walaupun di rumah dan memerlukan masa yang tenang untuk
menyelesaikan tugasan yang diberi.
Wujudkan satu ruang kerja di dalam rumah anda sekiranya mampu: Sekiranya
boleh, cari ruang yang tenang daripada gangguan keluarga atau TV semasa
bekerja. Walaupun ianya ruang kecil atau dikongsi bersama ahli keluarga, cuba
tentukan kawasan untuk bekerja. Sediakan semua peralatan yang anda perlukan
di situ seperti pengecas, pen, kertas dan gajet yang bersesuaian dengan pekerjaan
124
anda sebelum memulakan kerja dan tutup pintu bilik jika boleh. Akhir sekali,
anda dinasihatkan untuk duduk di atas kerusi dan meja yang selesa berbanding
membuat kerja sambil bersandar di atas sofa atau di atas katil di bilik tidur.
Kerap berhubung dengan rakan sekerja dan pengurus anda dengan menjadualkan
perjumpaan maya atau komunikasi melalui aplikasi seperti Whatsapp atau
Telegram: Ini dapat membantu anda untuk kekal produktif, merasa tidak terasing
dan mengurangkan tekanan. Rakan sekerja anda juga mungkin turut merasai
kesukaran bekerja daripada rumah. Oleh itu, komunikasi yang berkesan di antara
ketua jabatan dan rakan sekerja bukan sahaja dapat membincangkan “progress
report” tugasan anda, tetapi juga untuk mendapatkan sokongan moral dan emosi
sepanjang tempoh BDR.
Kawal apa yang berada dalam kawalan anda: Ada beberapa perkara yang dapat
anda kawal antaranya bagaimana anda gunakan masa, pilihan keutamaan tugasan
dan cara anda berfikir. Dengan memberi tumpuan kepada perkara-perkara
terkawal, anda dapat membantu meletakkan kesejahteraan mental di tahap yang
baik. Ingat, situasi pandemik adalah keadaan yang luar biasa dan perkara tidak
akan terasa normal. Bersikap realistik tentang apa yang dapat anda capai setiap
hari. Sekiranya anda perlu menyeimbangkan kerja, pendidikan anak-anak dan
tugasan rumah, tetapkan matlamat kecil yang realistik mengenai apa yang
sebenarnya dapat anda lakukan. Bersikap baik kepada diri sendiri dan mengakui
bahawa anda mungkin tidak produktif seperti biasa.
Beri rehat kepada diri sendiri: Meluangkan masa untuk berehat adalah penting
untuk membantu menguruskan tekanan. Beri diri anda masa rehat 5 – 10 minit di
antara sela masa dua jam bekerja supaya anda merasa lebih fokus dan produktif
ketika anda kembali. Bekerja dari rumah bermaksud anda mungkin
menghabiskan lebih banyak masa tanpa menggerakkan badan. Sekiranya boleh,
tetapkan waktu untuk berjalan, berjoging atau berbasikal sekiranya dibenarkan.
Namun jika terpaksa kekal di dalam rumah, cubalah melakukan regangan ringan
atau senaman kardio di rumah selama 20 - 30 minit, tiga hingga lima kali
seminggu.
125
PENGENALAN RINGKAS FARMAKOKINETIK
(Dari sudut pengalaman dan pembacaan individu)
Mahanim Omar
Pernahkah anda mengalami sakit kepala, kemudian anda mengambil pil sebagai
rawatan. Selepas beberapa minit, sakit kepala anda masih belum hilang. Anda ada terfikir untuk
mengambil pil lagi tetapi indikasi di label telah menyatakan hanya boleh diulang makan selepas
empat jam. Pernahkah anda terfikir apa yang berlaku kepada ubat yang anda makan dan
bagaimana syarikat pengeluar ubatan menentukan bagaimana menentukan jumlah dos serta
selang masa antara dua dos? Artikel ini akan meringkaskan proses yang berlaku di dalam tubuh
manusia setelah sesuatu ubatan dimakan.
Perjalanan ubat dalam tubuh
Rajah 1 menunjukkan perjalanan ubat dalam
tubuh manusia akan melalui proses penyerapan
(absorption), pengedaran (distribution),
metabolisma (metabolism) dan perkumuhan
(excretion) atau secara ringkasnya ADME
(Doogue and Polasek, 2013). Apabila sesuatu ubat
dimakan, ubat ini akan masuk ke perut dan
diuraikan oleh asid perut dan menjadi molekul.
Seterusnya, molekul ini akan disalurkan ke dalam
saluran usus kecil dan diserap ke dalam saluran
darah untuk dibawa ke seluruh badan.
Rajah 1: Proses ADME
Apabila molekul ini tiba ditempat yang sepatutnya dirawat, molekul-molekul ini akan
bergabung untuk mengubati kawasan tersebut. Selepas satu jangkamasa, molekul ini akan
diserap semula ke dalam saluran darah. Molekul ubat yang tidak lagi berfungsi akan ditukarkan
di hati menjadi metabolit dan dihantar ke buah pinggang untuk disingkirkan melalui urin.
Keseluruhan proses ini dipanggil farmakokinetik.
Farmakokinetik
Farmakokinetik adalah satu bidang kajian mengenai perkara yang dilakukan oleh tubuh
kepada ubat yang diambil. Farmakokinetik digunakan bagi menentukan kehadiran bahan aktif
ubat dalam plasma darah. Kaedah farmakokinetik dan farmakodinamik digunakan dalam
kajian bioequivalence dan bioavailability. Kedua-dua kajian ini biasanya dijalankankan oleh
syarikat pengeluar ubatan yang mahu memasarkan produk mereka di pasaran tempatan. Dalam
sesuatu kajian bioequivalence, sampel darah akan diambil dari subjek kajian mengikut masa
yang ditetapkan. Sampel tersebut akan diproses menggunakan mesin khas serta dianalisa bagi
mendapatkan jumlah kepekatan bahan aktif ubat tersebut dalam plasma darah (kepekatan
plasma).
Rajah 2 menunjukkan contoh graf kepekatan plasma mengikut masa (jam).
Berdasarkan graf tersebut, kita dapat mengetahui masa terawal kehadiran bahan aktif ubat
tersebut dalam darah, masa dan jumlah kepekatan kandungan bahan aktif ubat paling tinggi
(Tmax dan Cmax), masa apabila kandungan molekul mula disingkirkan serta jumlah penyerapan
ubat dalam darah (AUCt dan AUC∞). Jumlah penyerapan dikenal pasti dengan kaedah mengira
keluasan di bawah graf tersebut. Fasa di mana ubat mula diambil, sehingga masa kandungan
bahan aktif paling tinggi dikesan dalam sampel darah dinamakan fasa penyerapan. Manakala,
fasa selepas penyerapan paling maksima sehingga bahan aktif tersebut tidak lagi dapat dikesan
126
dinamakan fasa penyingkiran. Graf ini biasanya berbeza mengikut individu walaupun untuk
rawatan ubat yang sama.
Rajah 2: Contoh graf kepekatan plasma mengikut masa (Cheah, et. al, 2020)
Rajah 3: Petikan farmakokinetik bagi Panadol ActiFast
(Website EMC, diakses pada Ogos, 2021)
Rajah 3 menunjukkan contoh sebahagian petikan farmakokinetik bagi Panadol ActiFast
(Website EMC, diakses pada Ogos, 2021). Dalam petikan ini, dinyatakan masa median kepada
kepekatan plasma (tmax) serta kadar penyerapannya. Pelbagai faktor dapat mempengaruhi kadar
penyerapan ubatan oleh tubuh manusia. Antaranya ialah sifat ubatan itu sendiri iaitu saiz
molekul, kadar keterlarutan darjah lipofilik, pemalar pemisahan asid (pKa) dan kestabilan
molekul. Ciri-ciri persekitaran juga boleh mempengaruhi kadar penyerapan ubat seperti pH
darah, aliran darah, kawasan permukaan, dan motilitas gastrointestinal (Clinical Pharmacy
Working Committee, 2019). Pada kebiasaannya, dos sesuatu ubat yang diberikan kepada
pesakit ditentukan oleh umur dan berat. Walau bagaimanapun, terdapat juga faktor-faktor lain
yang mempengaruhi penentuan dos tetapi jarang sekali digunakan antaranya ialah jantina, jenis
pekerjaan (pesakit yang bekerja dalam pekerjaan berat mungkin memerlukan dos yang lebih
besar daripada mereka yang duduk di meja sepanjang hari) dan jangkamasa rawatan (ubat yang
kerap diberikan mungkin memerlukan dos yang lebih kecil berbanding jika diberikan pada
selang waktu yang lebih lama). Fasa penyingkiran pula penting bagi menentukan masa dos
seterusnya boleh diambil bagi mengelakkan tubuh menerima dos yang berlebihan.
Kesimpulannya, amat penting untuk kita mematuhi peraturan pengambilan ubatan yang
telah ditetapkan supaya tujuan rawatan dapat dicapai tanpa mengakibatkan kesan bahaya
kepada tubuh. Kita juga harus yakin dengan maklumat yang telah dinyatakan dalam risalah
127
ubatan kerana keseluruhan proses kelulusan sesuatu ubat melalui fasa serta prosedur operasi
standard yang ketat selain diaudit oleh badan regulatori yang pakar dalam bidang tersebut.
Rujukan
Center for Drug Evaluation and Research (CDER) (2001). Guidance for Industry: Statistical
Approaches to Establishing Bioequivalence. Diakses pada 28 Mac 2019.
https://www.fda.gov/regulatory-information/search-fda-guidance-documents/statistical-
approaches-establishing-bioequivalence
Cheah, K.Y., Mah, K.Y., Pang, L.H. et al. A randomized single-dose, two-period crossover
bioequivalence study of two fixed-dose Paracetamol/Orphenadrine combination preparations
in healthy volunteers under fasted condition. BMC Pharmacol Toxicol 21, 45 (2020).
https://doi.org/10.1186/s40360-020-00416-3
Clinical Pharmacy Working Committee (Clinical Pharmacokinetics Subspecialty) Pharmacy
Practice & Development Division Ministry of Health Malaysia (2019). Clinical
nd
pharmacokinetics pharmacy handbook. 2 edition.
(https://www.pharmacy.gov.my/v2/sites/default/files/document-upload/clinical-
pharmacokinetics-pharmacy-handbook-ccph-2nd-edition-rev-2.0.pdf)
Doogue, M. P., & Polasek, T. M. (2013). The ABCD of clinical pharmacokinetics. Therapeutic
advances in drug safety, 4(1), 5–7. https://doi.org/10.1177/2042098612469335
Website electronic medicines compendium (emc) diakses pada 26 Ogos 2021
https://www.medicines.org.uk/emc/product/6482/smpc
128
Telegram Vs WhatsApp’s Basic Features and Learning Prospective
Syarifah Adilah Mohamed Yusoff, Naemah Wahab, Elly Johana Johan & Rozita Kadar
C
hatting Online Application or also known as Mobile Messenger
Apps is a new era of messaging platform that score as the widest
and interactive interpersonal communication gadget either one-to-
one, one-to-many or many-to-many users. The best part of this technology
is the available features such as text, voice, image, animation, sound and
sharing files are well integrated and easy to be used for all level of users
from child, teenage, adult and old folks. There are several free chatting
messenger applications available to be downloaded from internet.
According to Statista (2021) two billion users were accessing the
WhatsApp messenger on monthly basis, followed by Facebook
Messenger, WeChat, QQ, Telegram and Snapchat consecutively.
WhatsApp
Early 2020, the pandemic of COVID-19 has caused all countries
worldwide ran MCO (Movement Control Order) to restrict movement
among people and avoid the spread of the disease. Alongside business
sectors that poorly effected, learning institutions instantly have to change
from the normal ways of learning which is face-to-face to online distance
learning (ODL). The learning concept itself suddenly change from too
much rely on lecturer to almost self-learning and isolated at the student’s
hometown. Internet access has been the major issues in implementing
sophisticated collaborative learning software that stands on heavy
bandwidth for seamless accessibility. Hence, students’ that having rural Telegram
hometown face a lot of trouble to access internet signal especially for
synchronous learning. Hence, implementing learning using Mobile Messenger App promotes
high immediacy yet low bandwidth with active and interactive mode of teaching and learning.
Apparently, Mobile Messaging Apps features are convenient and utilised not only for
personnel group chat but also for teaching and learning in online mode. Malaysia is one of the
countries that has high user of WhatsApp and Telegram as chatting messenger application.
There are many features to be compared, but focusing on group chatting for learning Table 1
has summarized valuable comparison for both Telegram and WhatsApp (Mugerwa,2019) and
(Telegram VS Signal, With WhatsApp Comparison Table, 2021) focusing to educational and
creative features.
Table 1: Comparison of group chatting features between WhatsApp and Telegram
Features Telegram WhatsApp
Group members 200,000 256
Group smart notifications YES NO
Cloud sync YES YES, requires active
File sending (in any format) Up to 1.5GB Up to 100MB
Edit sent message YES up to 48 NO
hours
Web/Desktop version YES YES, requires active
internet on phone
129
Pinned chats YES YES
Pinned messages to top of group YES NO
chat
Mute all groups by default YES NO
Polls in group chat YES NO
Delete message from group member YES NO
as administrator
Folder structure for chats YES NO
Bolt YES NO
Table 1 has listed some common features for a Mobile Messaging Application, the difference
is on the limitation and quality of each features. Teaching and learning would be very
interesting if the interactive component of multimedia is well utilised among users, for example
the combination of text and voice message in explaining certain concept n lesson would help
students consistently focus. Image and short video sharing are very easy and performed in any
formats of files. Features from Table 1 is significantly for learning, example the use of pinned
message on top of chat box allow lecturer to pin important message or date for students to
remember and the message easily being switch back and forth from new to old pinned message.
Apparently from above comparison, Telegram performs much more significant features to be
implemented in teaching and learning session. Thus, here onwards the discussion will be
focusing on using Telegram for teaching and learning.
Telegram Group and Channel for Teaching and Learning
One of the latest ways to deliver teaching and learning instead of creating group Telegram
alone is by creating channel. Telegram Channel used to send one-way broadcast messages to
the members known as subscribers. Most of Mobile Messaging Apps have this channel but
Telegram promotes the most outstanding features where allows very large broadcast with no
limitations and no fees. Mixing the usage of Channel and Telegram groups for particular
course, promotes a new way of exciting online learning. Here is basic information of the
channel and the difference between Channel and group. Channel is lightweight way to provide
latest information of your lesson or courses activities to all students across groups. Channel
can act as short-form blog or as live blog which you can easily pick-up the phone and post
quick thoughts, pictures and videos in real-time.
Channel has unlimited subscribers thanks to telegram cloud-based data storage, meanwhile
group allow up to 200,000 members. Channel allow only admin to disseminate information,
meanwhile group is an interactive communication which everybody can disseminate
information and use the features.
Figure 1. International Geographic Channel (source: https://respond.io/blog/telegram-channels)
130
Figure 1 is illustration of one of top 5 popular channel that run publicly in Telegram. Channel
allow the admin to see how many subscribers see the posts where a tiny eye icon next to the
message will indicate the updated viewers. Meanwhile, Telegram protect each subscriber by
shielding them from seeing each other profile and protect their privacy. The best part is
Telegram allow Channel to be linked to several groups which then the post from channel will
be disseminated automatically to the groups.
These basic features of Channel hopefully able to flash out some ideas to lecturers in integrating
groups of students in order to disseminate information across groups interactively. Hope this
will create some innovation for new era of teaching and learning.
References:
What are Telegram Channel. (2021, February 4). Respond.io. Retrieved from
https://respond.io/blog/telegram-channels
Most Popular Global Mobile Messenger Apps as of July 2021, based on Number of Monthly
Active Users. (2021, August 2). Statista. Retrieved from
https://www.statista.com/statistics/258749/most-popular-global-mobile-messenger-
apps/
Mugerwa, S. (2019, April 3). WhatsApp vs Telegram feature by feature comparison. Dignitied.
https://www.dignited.com/23969/whatsapp-vs-telegram-feature-feature-comparison/
Telegram VS Signal, With WhatsApp Comparison Table. (2021, January 10). MVW
Consulting. https://meganvwalker.com/telegram-vs-signal-with-whatsapp-comparison-
table/
131
TOKOH KEMERDEKAAN
Wan Nur Shaziayani Bt Wan Mohd Rosly
Tokoh kemerdekaan yang saya sanjungi adalah TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-
HAJ.
Beliau merupakan Perdana Menteri Pertama Malaysia.
Berpendidikan tinggi dan banyak berjasa pada negara.
Digelar sebagai Bapa Kemerdekaan.
Beliau telah mengadakan perbincangan di London untuk menuntut kemerdekaan.
Selain itu, beliau telah berusaha menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
seperti Melayu, Cina, India, Kadazan dan Murut.
Terima kasih kepada usaha murni Tunku Abdul Rahman.
Kita semua hidup aman damai dan makmur.
Tokoh Kemerdekaan kedua yang saya sanjungi adalah TOK JANGGUT.
Nama sebenar beliau ialah Haji Mat Hassan bin Munas.
Beliau merupakan wira Kelantan.
Tok Janggut telah mengetuai rakyat Kelantan menentang British.
Pihak British telah mengenakan cukai dan menindas rakyat.
Beliau bukan sahaja wira yang menuntut kemerdekaan dengan penjajah British,
tetapi juga seorang guru agama yang tinggi ilmunya dan disegani rakyat
Kelantan
132
CELOTEH INA & WAN
Wan Anisha Wan Mohammad & Azlina Mohd Mydin
133
KARYA KREATIF
SALAM KEMERDEKAAN KE-64
AHMAD RASHIDI AZUDIN
134
DILEMA VAKSIN
Ts. Jamal Othman
Penularan wabak Covid-19
Mewajibkan kita mengambil vaksin
Hendaklah kita lebih prihatin
Usaha KKM kita yakin
Selamatkan rakyat mengorbankan diri bak lilin
Mengalahkan virus tak sempat salin
Jangan takut ambil vaksin
Elak baca fake news baru kita tak runsing
Jangan fikir panjang, terus sign
Tidak sebabkan demam dan bersin
Tidak hilang deria rasa dan masin
Tiada mudarat sedikit pening
Sampai bila nak terkurung dan baring
Anak kita tak dapat bermain
Bermain game dengan mesin
Marilah kita semua membaca Yasin
Semoga Covid-19 lenyap dan air is clean
Kehidupan kembali normal tak perlu saring
Peluk ibubapa sangat kepingin
Dapat hadir ke majlis kahwin
Janganlah kita jadi antivaksin
Selamatkan rakyat dan negara yang terpenting
135
ADA KETIKANYA…NAMUN
Elly Johana Johan dan Zalilah Abd Aziz
Ada ketikanya
Orang yang kau anggap gila itu
Jelek dan menjengkelkan
Namun
Disisi maha pencipta
Dia bertaraf wali sempurna
Ada ketikanya
Orang yang kau sangka tidak berketerampilan
Kedekut wang belanja untuk bergaya
Namun
Dia dikenali oleh penghuni langit di atas sana
Kerana sikap zuhud dan tawaduk yang mengikat dirinya
Ada ketikanya
Orang yang kau sangka kurang bicara itu
Tidak mempunyai akal fikiran yang bernas
Namun
Dari satu perspektif yang lain
Dia bijak merencana tanpa suara
Ada ketikanya
Orang yang kau pernah fitnah dan cerca
Zalimi tanpa kau rasa bersalah
Namun
Dia tahu punca segala, ibu pencetus angkara
Dan masih mampu menadah tangan memohon ampun untuk semua
Ada ketikanya
Kau rasa diri sempurna hebat bekerja
Mendabik dada bersifat akulah segala
Namun
Takut segala amalan jadi sia-sia
Kerana rasa riak telah berkuasa
Ada ketikanya
Tangan laju meluncur di papan kekunci
Menjadi penambah perisa penyedap rasa
Namun
Moga aku, kau dan dia tidak terlupa
Jangan jadi penyedia kandungan isinya mengadu domba
Ada ketikanya
Kita terlalu berprasangka dan terlupa
Kadang bersuara bagi pihak yang Maha Kuasa
Namun
Kita sendiri tidak tahu apa-apa
136
Alamat terakhir kita di alam sana
Ada ketikanya
Aku terlalu alpa dengan fatamorgana
Yang sia-sia dianggap baik belaka
Namun
Sebagai hamba DIA mahu terima aku secara fitrah
Dalam naungan rahmat dan kasih sayangNya
Ada ketikanya
Pada akal cetek manusia
Segala musibah pelenyap kebahagiaan dunia
Namun
Dari perancangan Sang Pencipta
Itulah pembuka jalan kau ke syurga
Ada ketikanya
Kau perlu bersama sepinya waktu
Renung rohani muhasabah diri
Namun
Seandainya kau tidak mampu menjadi rembulan
Yang menerangi kegelapan malam
Sekurang-kurangnya jadilah sang kunang-kunang
Yang menyeri suramnya malam
Coretan
ME Qalam Ehsan & Zahra AlJanna
137
PANTUN NASIHAT RENUNGAN BERSAMA
Norshuhada Binti Samsudin
Burung merpati terbang ke sarang, Raga dianyam di tebing kota,
Singgah minum di tepi perigi, Pagar dipasang keliling telaga,
Bukan rupa dipandang orang, Jaga adab dan tutur kata,
Budi bahasa disanjung tinggi. Agar maruah dibela keluarga.
Jala ditebar bersama Mak Munah,
Makan rendang bersama ketupat,
Berteduh di bawah pohon markisa,
Sambil berteman si pokok sena,
Jangan disebar sebarang fitnah,
Jauhi amalan suka mengumpat,
Agar tidak terpalit dosa.
Hidup aman dan sempurna.
Tanam durian bersama nangka,
Kalau ke kedai naik kereta,
Hasil dituai di makan kera,
Jangan dikenang hati yang resah,
Jauhi amalan buruk sangka,
Walau kaya dan berharta,
Kelak hilang ukhwah saudara.
Jangan dihina orang yang susah.
Terbang tinggi si burung merpati,
Hinggap sebentar di pohon rumbia,
Jika berjanji haruslah ditepati,
Kerja lancar diri bahagia.
138
THE MANSION AT 33 HALFWAY ROAD, PENANG
Azlina Mohd Mydin and Wan Anisha Wan Mohammad
It was in 1900 when a young man around the age of 15, O.S.Mydin Bin Shaik Osman
migrated from Big Street in Kadayanallur to Penang, Malaya. It was a time of darkness in
Tamil Nadu (Southern part of India). The residents there were facing economic collapse where
their daily livelihoods were affected, basically hand-woven clothing’s.
Therefore the brave and adventurous O.S.Mydin set out for greener pastures by
migrating to Penang. He sailed to Penang on a sail ship which took about one month to reach
Penang and settled in Kampong Malabar in Penang. There, he worked hard and eventually
when the Chowrasta Market was built, he opened up a grocery shop and started building his
empire. He managed to lease some large houses and harboured the immigrants from India.
O.S.Mydin decided to buy a mansion at no 33 Halfway Road as there are 29 rooms. He
managed to stay at the mansion with his family.
These 33 Halfway Road mansions are well known called as “Periya Kadai”. Many memorable
events have been held. Events like wedding or circumcision reception were held. Prior to the
reception you can see the chickens in basket and slaughtered goats hanging in the portion where
they usually do the grinding. The chefs
would come and slaughter the chickens peel
and wash them before cutting into four
pieces each and they started cooking in giant
sized pots. The chefs would look like old
gladiators. They used Moving large stones
into a three corned position for placing the
large ports that can cook 60 kilos of ghee
rice or 200 pieces of chickens in one port.
Usually, they have four giant ports cooking
at one time. On completion you will find
about 8 to ten pots spread out to cater for the
guests. Stacks of firewood’s will be used for cooking purposes. Using a large steel spade, they
will be stirring and stirring the food so that it will be cooked up to its standard. These scenes
cannot be eradicated from minds that have encountered them.
In the front portion of the mansions will be erected with wooden sheds and placed with
three rows of tables and chairs which can accommodate 24 persons per sitting. In the hallway
of the ground floor further 6 tables and 24 chairs to accommodate additional 24 peoples. In
addition, the rooms in the ground floor will also be used to accommodate 48 peoples (2 tables
each rooms). All in 1000 guests will be entertained with chunks of meat for the wedding
receptions. In 1956 a joint circumcision and wedding reception was held. The grandchildren of
O.S.Mydin were circumcised and the following day a close relative wedding was held. Another
annual event that arouses the tenants is the flag raising ceremony in commemoration of Abdul
Kadir Jailani. Here a big bamboo trunk will be used to raise a green flag and surrounded with
small bamboos of flags and lots of goodies were distributed to the children. On top of that, 35
“gantang” of rice will be used to cook ghee rice and distributed to about 1000 people. Around
15 to 20 ustaz will be employed to recite “Maulud”. The rice will also be distributed to the sub-
tenants at no 20 Hutton Lane also.
Finally at the beginning of this century, the mansion at 33 halfway came to end where
the children of O.S.Mydin had to sell the property and share the wealth among them .The new
landlord tore down the building and built four terrace houses there. Today the Halfway Road
are known as A.S. Mansoor road.
139
SELOKA PENGATURCARA
Elly Johana Johan & Zalilah Abd Aziz
Oh C++ (C Plus Plus) Letihnya belajar bahasa pengaturcaraan
Kadang-kadang aku jadi malas Jiwa raga kena cekal tabah menempuh
Aku cuba fahami segala persoalan
Aku cuba mengerti Macam orang kata tak kenal maka tak cinta
Selalu saja terkesima Walau aku belum berkasih mesra
Bila compiler bagi mesej Dengan bahasa pengaturcaraan komputer
Mesej yang aku anggap entah apa-apa Perlahan-lahan aku rasa sudah semakin
Aku declare pemboleh ubah “Diameter” terror
DevC++ kata “diameter was not declared Benarlah kata madam yang mengajar kita
in this scope” Kena banyak buat latihan aturcara
Terbuntang biji mata Lama-lama nanti pasti berani menghadapi
Cari kesilapan di mana Peringatan mesra yang compiler beri
Aku sedar kekhilafan diri Syntax C++ dapat ditafsirkan dengan
Case sensitive sifat pemboleh ubah ini bergaya
rupanya Logik aturcara dapat dikuasai sempurna
Aku declare Diameter, tapi input pada Setakat nested if , while loop dan function
diameter Kami pelajar sudah tidak rasa tension
Tentulah compiler bagi warning sentiasa Buat projek dengan minat dan tekun
Final pun semua kami pulun
Bila masuk topik if
Aku jadi lagi naif Pokoknya jangan mudah putus asa
Semua data yang aku masukkan Bila sudah kenal konsep logik aturcara
Keluar ouput yang sama sahaja Biarlah result sahaja yang berbicara
Eh apahal pula? C++ aku bukan dapat gred biasa-biasa
Oh baru aku tahu kesilapannnya di mana A++ tu kawan-kawan semua
Siapa suruh letak semicolon diakhir if Aku rasa bangga sebagai pelajar berwibawa
statement Dari mula tidak tahu apa-apa
Memang semua data jadi betul jawapannya Sekarang sudah boleh menulis aturcara
Lain kali tidak akan aku ulangi kesilapan Hasilkan aplikasi yang mesra pengguna
yang sama serupa Oh bahasa pengaturcaraan komputer
Aku sudah mula jatuh cinta
ME Qalam Ehsan
& Zahra AlJanna
140
Pantun PDPR
Elly Johana Johan, Zalilah Abd Aziz, Azlina Mohd Mydin & Wan Anisha Wan Mohammad
141
PANTUN AYAT-AYAT MANIS!
AZLINA MOHD MYDIN, WAN ANISHA WAN MOHAMMAD & RAFIZAH KECHIL
Nukilan :
Azlina Mohd Mydin,
Wan Anisha Wan Mohammad & Rafizah
Kechil
142
PANTUN SAHABAT
AZLINA MOHD MYDIN, WAN ANISHA WAN MOHAMMAD & ELLY JOHANA JOHAN
143
PANTUN COVID-19
Elly Johana Johan, Zalilah Abd Aziz, Wan Anisha Wan Mohammad & Azlina Mohd Mydin
144
PANTUN 4 RANGKAP
Mohd Fahmi Zahari
Hang Tuah pahlawan Melaka,
Keris ditangan jiwa membara,
Bulan Ogos bulan merdeka,
Marilah kita kibar bendera.
64 tahun kita selamat,
Tanpa dijajah tanpa dikasari,
31 Ogos tarikh keramat,
Malaysia prihatin tema diberi.
Covid-19 virus serang diri,
Ramai pesakit sedang diubati,
Jaga jarak jaga diri,
Supaya kita tidak dijangkiti.
Hujan emas dinegeri orang,
Hujan batu dinegeri sendiri,
Seluruh dunia corona menyerang,
Dapatkan vaksin pelihara diri.
145
AKHIR HIDUP
Sharifah Sarimah
Mawar merah letak dibakul,
Mengindah pagi cantik diungkap,
Ketika hidup amalan dikumpul,
Akhir hidup baik tersingkap.
Rumbia lebar atap bumbungan,
Ikatan kemas elok memegang,
Dunia sementara akhirat tujuan,
Tambatan iman asas bertunjang.
Harum kasturi idaman rupawan,
Pakaian digaya memikat hati,
Senyuman indah dalam ingatan,
Akhir hidup pemilik bakti.
146
PAKAIAN TRADISIONAL
Wan Nur Shaziayani Bt Wan Mohd Rosly
Bunga Raya megah tak kan layu,
Indah menarik pelbagai warna,
Segak bergaya baju melayu,
Bersongkok cantik amatlah kena.
Sawah ladang luas tak terperi,
Bukit didaki secara santai,
Sekali pandang kacak berseri,
Capal di kaki elok dipakai.
Warga emas keluar berkelah,
Bawa bekal pembuka selera,
Bersampin kemas anak sekolah,
Sungguh cekal kibarkan bendera.
147
KEHIDUPAN
Sharifah Sarimah
Kehidupan itu adalah suatu perjalanan
Bekalan semangat dan kecekalan
Berhenti sebentar untuk renungan
Di dalam keheningan alam
Diiringi dengan ketakwaan dan keredhaan
Kehidupan itu mengungkap kisah
Tiadanya berkesudahan
Adanya Bahagia dan duka
Adanya ceria dan airmata
Adanya susah dan senang
Ibaratnya kehidupan itu seperti
Adanya siang dan malam
Adanya hujan dan panas
Adanya masam dan manis
Begitulah…
Perjalanan suatu kehidupan.
148
‘WFH’ MAMA
Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri
“Ting..ting..tang..ting” Alarm telefon bimbit mama berbunyi,
Seawal 6 pagi tugasan mama sudah menanti,
Usai mandi dan solat,mama terus ke dapur mencari kuali,
Chef mama mula beraksi,
Nasi goreng,bihun goreng dan pulut inti,
antara menu sarapan pagi untuk dinikmati.
Selesai sarapan pagi,mama mula bertukar kerjaya,
Daripada chef menjadi cikgu yang berwibawa,
Cikgu darjah satu juga cikgu tadika,
Katakan sahaja matapelajaran apa,
Semuanya sentiasa bermain di kepala.
Iman mama sekejap rendah sekejap tinggi,
Sabar dan marah kadang silih berganti,
Menjadi cikgu disiplin dan cikgu vokal itu sudah pasti,
Lontaran vokal mama adakalanya menusuk hati,
Maafkan mama wahai anak- anak yang mama cintai.
Selasai pdpr gembiranya hati mama tidak terkira,
Namun, perut pula mula berirama,
Mama sekali lagi ke dapur menyiapkan menu mudah sesedap rasa,
Kenyang perut, kini mama boleh menjadi pensyarah sepenuh masa,
Melaksanakan tugasan hakiki seperti yang diminta,
Betul kata pepatah, masa amat mencemburui kita,
6 petang mama “clock out” untuk mengisi masa bersama keluarga,
Adakalanya kerja disambung ke malam itu biasa.
Begitulah rutin harian mama yang ‘wfh’ bersama anak-anak tercinta,
Penat, letih kadang tidak terkata,
Amanah dan tanggungjawab perlu dilaksanakan juga,
Syukur adanya ‘food panda’ membantu sekali sekala,
Semoga semua mama, ibu, mummy, bonda terus cekal dan bersemangat waja,
Mudah-mudahan ada ganjaran menanti di ‘sana’.
Nukilan;
Mama anak tiga
149
UJI MINDA
MAGIC BOX
Ts. Jamal Othman
Masukkan satu nombor sahaja ke dalam setiap kotak bermula dari nombor 1 hingga 9 agar
apabila dijumlahkan nombor-nombor pada setiap baris atau lajur akan mendapat jumlah 15.
Masukkan satu nombor sahaja ke dalam setiap kotak bermula dari nombor 1 hingga 25 agar
apabila dijumlahkan nombor-nombor pada setiap baris atau lajur akan mendapat jumlah 65.
Masukkan satu nombor sahaja ke dalam setiap kotak bermula dari nombor 1 hingga 49 agar
apabila dijumlahkan nombor-nombor pada setiap baris atau lajur akan mendapat jumlah 176.
Jawapan:
4 3 8
9 5 1 46 9 22 42 6 19 32
2 7 6 2 15 35 49 12 25 38
8 28 41 5 18 31 45
2 11 25 9 18 21 34 48 11 24 37 1
6 20 4 13 22 27 40 4 17 30 44 14
15 24 8 17 1 33 47 10 23 36 7 20
19 3 12 21 10 39 3 16 29 43 13 26
23 7 16 5 14