The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by i-LEAD, 2021-06-17 00:19:07

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

AR_2020 FINAL EDITED 11

LTAAHPOUNRAANN2020

INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN
(i-LEAD)



2020LTAAHPOUNRAANN

Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh
dikeluar ulang, disimpan dalam sistem dapat dikembali atau disiarkan dalam apa jua

bentuk dan apa jua cara sebelum mendapat izin bertulis daripada
Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD),

Kementerian Belia dan Sukan.

PENAUNG PEREKA GRAFIK
Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad Puan Zaidatul Nadhirah binti Zulkiflee
Ketua Pengarah
PELAPOR BERITA
PENASIHAT Puan Fetty Azura binti Mohd Yunus
Datuk Haji Roslan bin Haji Eusoff Puan Nur Nujhan binti Musa
Timbalan Ketua Pengarah Puan Noorina binti Berahim
(Pembangunan)
JURUFOTO
KETUA EDITOR Puan Nurul Hamizah binti Ismail
Encik Amir Hamzah bin Awang Ghazali
Pengarah PENGEDARAN
Bahagian Penyelarasan Strategik Encik Mohamad Ridzuan bin Abdul Rasid
Puan Noor Aishah binti Zakaria
TIMBALAN KETUA EDITOR Encik Mohd Fikri bin Mohd Lokman
Encik Faizal Iqram bin Ibeni Yanin Puan Nurzaidatul Azlinda binti Mohamad
Cik Nur Nazirah binti Yusri
EDITOR
Cik Wan Nurhidayah binti Wan Mohd Hatta
Puan Noorina binti Berahim

Diterbitkan Oleh:
INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN (i-LEAD)

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Aras 4-6, Blok F10, Kompleks Bangunan Kerajaan Parcel F

No. 2, Lebuh Perdana Timur A, Presint 1
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62000, Putrajaya

03-8872 4600 03-8872 4788 http://i-lead.gov.my

ileadkbsm-
ISSN 2716-7003

9 772710 648001

KANDUNGAN

PERUTUSAN KETUA SETIAUSAHA KBS 05 PENCAPAIAN 52
KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH i-LEAD 06 i) Ringkasan Program 55-62
ii) Bahagian Pengurusan 63-67
i-LEAD SEPINTAS LALU 07 iii) Bahagian Penyelarasan Strategik 68-73
i) Pengurusan Tertinggi 08 iv) Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti 74-88
09 v) Kluster Kenegaraan 89-100
ii) Pengarah Bahagian/Kluster 10-12 vi) Kluster Kerjaya 101-130
vii) Kluster Kepimpinan 131-146
iii) Ketua Kem Wawasan Negara viii) Kluster Modal Insan 147-165
ix) Kem Wawasan Negara
MAKLUMAT KORPORAT i-LEAD 13 166-172
i) Carta Organisasi 14-15 i-LEAD DI LENSA MEDIA
ii) Sejarah dan Teras 173-205
iii) Visi dan Misi 16 DIARI AKTIVITI 2019
iv) Fungsi 17 206-209
v) Teras Strategik 18 DIREKTORI i-LEAD DAN
vi) Hala Tuju Strategik dan Piagam Pelanggan 19 KEM WAWASAN NEGARA
20

MAKLUMAT KEWANGAN 21
i) Prestasi Perbelanjaan B11 (MFLS) 22
23
ii) Prestasi Perbelanjaan B45 (i-LEAD)

PROGRAM KHAS 24

i) Sesi Taklimat Program kepada Menteri Belia & Sukan 25

ii) Lawatan Kerja Oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan 26

ke Kem Wawasan Negara

iii) Lawatan daripada Ketua Setiausaha Kementerian

Belia & Sukan ke Kem Wawasan Negara Tanjung Rhu 27

iv) Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Kementerian Belia

& Sukan 28

v) Sesi Perbincangan di antara i-LEAD & RSOG 29

vi) Kunjungan Hormat Ketua Pengarah i-LEAD ke atas

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia 30

vii) Lawatan Kerja Oleh Timbalan Ketua Pengarah(K) ke

Kem Wawasan Negara Sampadi 31

viii) Sesi Ramah Mesra bersama Timbalan Ketua

Pengarah(K) dan Warga Kem Wawasan Negara

Maran 32

ix) Lawatan Kerja oleh Timbalan Ketua Pengarah ke

Kem Wawasan Negara Besut 33

x) Lawatan Kerja oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia,

Sukan, Komunikasi Dan Mutimedia Negeri Perak Ke

Kem Wawasan Negara Ulu Kenas 34
xi) Program Malaysia Future Leaders School (MFLS)

Tier 2 35
xii)Program Malaysia Future Leaders School (MFLS)

Tier 3 37

xiii) Dialog Kepimpinan Masa Hadapan Malaysia-Jepun 39
xiv) Program Semarak Merdeka
40

xv) Seminar Wanita Dalam Sukan 41

xvi) Program Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020 43

xvii)Perhimpunan Bulanan i-LEAD 45

xviii)Program i-Thinkers i-LEAD 48

xix) Kem Wawasan Negara Dijadikan Sebagai Pusat 49

Kuarantin Kes Covid-19

PERUTUSAN

KETUA SETIAUSAHA

YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib
Ketua Setiausaha
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya, Institut Pembangunan dan
Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) berjaya menerbitkan Laporan Tahunan Institut
Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan Edisi Tahun 2020.

Laporan Tahunan i-LEAD dirakamkan sebagai satu imbasan terbaik
dalam menterjemahkan peranan sebuah institusi yang berperanan membangunkan
serta melaksanakan program latihan belia selaras dengan misi dan visi Kementerian Belia dan Sukan.

Pada penghujung tahun 2019, Malaysia telah dikejutkan dengan suatu fenomena baharu yang belum
pernah dialami di dunia. Kemunculan penyakit yang dikenali sebagai COVID-19 telah memberikan impak yang
besar kepada program i-LEAD. Kewujudan norma baharu ini memberi pengalaman yang berbeza kepada setiap
warga kerja i-LEAD. Tahniah diucapkan kepada i-LEAD walaupun dalam situasi penularan pandemik
COVID-19, i-LEAD telah berjaya melaksanakan 467 buah program secara bersemuka dan atas talian dalam
pelbagai platform latihan dengan kaedah yang berbeza mengikut keadaan semasa. Ini menunjukkan i-LEAD
sentiasa bersiap siaga untuk berhadapan dengan apa jua situasi yang dijangkakan atau di luar jangkaan kita.

Walau bagaimanapun, dalam usaha kita meningkatkan kualiti kerja tersebut, kita tidak
harus lupa mencapai konsep ‘Work Life Balance’ iaitu tanggungjawab yang seimbang terhadap kerja,
keluarga dan diri sendiri. Perkara ini amat penting supaya kualiti hidup dapat dinikmati oleh kita semua.

Akhir kata, sekalung penghargaan kepada seluruh warga i-LEAD dan semua pihak berkepentingan
yang sentiasa memberi sokongan padu demi merealisasikan visi dan misi i-LEAD.
Saya ingin menyeru kepada semua warga kerja i-LEAD agar terus berusaha
untuk mencapai kecemerlangan dan semoga kita terus mengekalkan semangat kerjasama ini.

Sekian, terima kasih.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 05

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENGARAH

Encik Abdullah bin Hasan
Ketua Pengarah
INSTITUT PEMBANGUNAN DAN KECEMERLANGAN KEPIMPINAN (i-LEAD)
KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyampaikan kata
alu-aluan di dalam buku Laporan Tahunan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD),
Kementerian Belia dan Sukan edisi tahun 2020 ini.
Sekalung penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga i-LEAD, di atas kegigihan dan kesungguhan dalam
memastikan jabatan ini dapat merealisasikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan. Walau diuji dengan
cabaran yang cukup besar dan getir sepanjang tahun 2020 iaitu pandemik COVID-19 yang mula dilaporkan di Malaysia
pada bulan Januari, i-LEAD berjaya melaksanakan program dan aktiviti dengan cara norma baharu.
Tanpa usaha, kesungguhan dan komitmen, maka sudah pasti kita semua tidak dapat mengekalkan
prestasi ini sehingga ke tahap sekarang. Sokongan yang padu terhadap segala program dan
aktiviti yang dijalankan telah memberi kesan baik terhadap prestasi i-LEAD. Saya amat
berbangga dan terharu terhadap sokongan dan kerjasama yang telah ditunjukkan oleh semua warga kerja i-LEAD.
Diharapkan sokongan dan komitmen ini akan sentiasa berterusan agar i-LEAD kekal sebagai jabatan yang memainkan
peranan utama dalam menerajui kepimpinan belia yang unggul menerusi penyerlahan potensi dan bakat kepimpinan
ke arah masyarakat yang sejahtera. Akhirnya, ucapan terima kasih ditujukan kepada barisan editorial yang telah
bertungkus lumus dalam usaha menerbitkan buku Laporan Tahunan i-LEAD 2020.
Sekian, terima kasih.

06 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

i-LEAD SEPINTAS
LALU

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 07

TPEENRGTURINUSGANGI

YBrs. Encik Abdullah bin Hasan
Ketua Pengarah

YBhg. Datuk Haji Roslan bin Haji Eusoff YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan)

08 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

BPEANHGAAGRIAANH/KLUSTER

Encik Ahmad Jefry bin Aziz@Adan Encik Khalid bin Mohamad Yosoff Pengarah Bahagian Pengurusan
Pengarah Pengarah

Bahagian Penyelarasan Strategik Bahagian Inovasi & Jaminan Kualiti

YBrs. Dr. Hanafi bin Harun Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab
Pengarah Kluster Kepimpinan Pengarah Kluster Kenegaraan

Encik Mohd Afendi bin Ya@Zakaria Puan Zainariah binti Hassan
Pengarah Kluster Pengarah Kluster Kerjaya
Modal Insan
LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 09

KETUA

KEM WAWASAN NEGARA

Encik Jasmi bin Jasa
Ketua Kem Wawasan Negara

Kaki Bukit

Encik Mohd Nadzri bin Mohd Khairuddin

Ketua Kem Wawasan Negara
Balik Pulau

Encik Mohd Faizul bin Mohd Toff

Ketua Kem Wawasan Negara
Langkawi

Encik Mohd Termizi bin Mat Bunor

Ketua Kem Wawasan Negara
Ulu Kenas

Encik Azral Nizam bin Samsudin Puan Norhaslinda binti Nordin
Ketua Kem Wawasan Negara Kulim Ketua Akademi Kenegaraan

10 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

KETUA

KEM WAWASAN NEGARA

Encik Mohd Akmaluddin bin Mudaribeni Kosong
Ketua Kem Wawasan Negara Ketua Kem Wawasan Negara
Gunung Pulai
Tanjung Rhu
Encik Agus Putra Bin Apandi
Ketua Kem Wawasan Negara Puan Rafidah binti Ayob
Ketua Kem Wawasan Negara
Alor Gajah
Kuarters KLIA

Encik Zulkefli bin Saref Encik Shafrul Bin Haji Kadir
Ketua Kem Wawasan Negara
Ketua Kem Wawasan Negara
Ulu Sepri Meru

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 11

KETUA

KEM WAWASAN NEGARA

Encik Mohamad Suhaizan bin Selamat

Ketua Kem Wawasan Negara
Lipis

Encik Mohd Fauzi bin Shafii
Ketua Kem Wawasan Negara

Besut

Encik Abd. Rahman bin Hussin

Ketua Kem Wawasan Negara
Maran

Encik Mohammad Syahffie bin Japril

Ketua Kem Wawasan Negara
Kundasang

Encik Kamalifauzi bin Abdul Rashid Encik Syed Zyed bin Wan Asnawi
Ketua Kem Wawasan Negara Ketua Kem Wawasan Negara
Bukit Sagu Sampadi

12 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

MAKLUMAT KORPORAT
i-LEAD

13LLAAPPOORRAANNTTAAHHUNUANNAiN-LiE-LAEDA2D0220019 13

CARTA

ORGANISASI

YBrs. Encik Abdullah bin Hasan
KETUA PENGARAH

YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail

TIMBALAN KETUA PENGARAH
(KECEMERLANGAN)

YBrs. Dr. Haji Hanafi bin Harun Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab

PENGARAH PENGARAH
KLUSTER KEPIMPINAN KLUSTER KENEGARAAN

Puan Zainariah binti Hassan Encik Mohd Afendi bin Ya @ Zakaria
PENGARAH
PENGARAH
KLUSTER KERJAYA KLUSTER MODAL INSAN

14 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

YBhg. Datuk Haji Roslan bin Haji Eusoff

TIMBALAN KETUA PENGARAH
(PEMBANGUNAN)

Encik Khalid bin Mohamad Yosoff Encik Ahmad Jefry bin Aziz @ Adan

PENGARAH PENGARAH
BAHAGIAN INOVASI BAHAGIAN PENYELARASAN STRATEGIK
DAN JAMINAN KUALITI

Kosong

PENGARAH
BAHAGIAN PENGURUSAN

PENTADBIRAN AKADEMI KENEGARAAN
DAN 17 KEM WAWASAN NEGARA

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 15

i - L EA

D

i-LEAD adalah sebuah institusi yang menyediakan platform khusus untuk membentuk
‘future-ready leaders’ yang akan menjadi tonggak kepimpinan pelbagai sektor di masa hadapan.
i-LEAD juga membangunkan modul dan melaksanakan program-program secara dalaman dan
kolaborasi strategik merentas agensi dengan memfokuskan kepada 4 kluster kecemerlangan iaitu
Kepimpinan, Kerjaya, Kenegaraan dan Modal Insan yang berteraskan kepada 5 elemen berikut:

PEMBENTUKAN WATAK KENEGARAAN
& JATI DIRI
Meningkatkan pengetahuan dan
Membentuk perwatakan yang positif kefahaman mengenai Perlembagaan
melalui pembinaan jati diri yang Persekutuan, Rukun Negara dan sistem
mantap. pemerintahan negara.

KEPIMPINAN KESUKARELAWANAN

Meningkatkan kemahiran dan nilai Memupuk semangat dan sikap suka
kepimpinan dalam kalangan belia. membantu dalam perkara kebaikan.

KEUSAHAWANAN

Meningkatkan pengetahuan dan
kefahaman dari segi teori, prinsip dan
praktikal berkaitan keusahawanan.

16 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

VISI

Pemacu kecemerlangan kepimpinan belia masa hadapan yang bertaraf global.

MISI

Peneraju kepimpinan belia yang unggul menerusi pengukuhan potensi dan bakat
kepimpinan ke arah masyarakat yang sejahtera.

NILAI

BERSAMA

01 pROFESIONAL

Tekun dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan bagi menghasilkan kerja yang
berkualiti dan berimpak tinggi.

INTEGRITI 02

Amanah dan jujur dalam melaksanakan tanggungjawab demi kepentingan i-LEAD.

03 TEPATMemastikan kesahihan maklumat, ketepatan waktu dan mengutamakan
kecekapan dalam melaksanakan tugasan.

INOVATIF 04

Sentiasa proaktif dalam memberikan idea-idea baharu dan kreatif agar dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti i-LEAD.

05 hormatHormat menghormati, berbudi bahasa dan bersopan santun sesama warga kerja
dan pelanggan i-LEAD.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 17

FUNGSI

PEMBANGUNAN KEPAKARAN
Membangunkan kepakaran sumber manusia dengan tujuan melahirkan jurulatih
yang kompeten dalam menyediakan program latihan yang berkualiti dan berimpak
tinggi.

PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM/MODUL
Menjalankan kajian penyelidikan berkaitan isu-isu mengenai pembangunan
kepimpinan belia yang berimpak tinggi dan pembangunan kurikulum atau modul
yang sentiasa memenuhi keperluan semasa dan ekspektasi pemegang taruh.

KHIDMAT NASIHAT DAN RUNDING CARA
Mengurus latihan yang sistematik, komprehensif dan holistik.

PENGURUSAN LATIHAN
Memberikan khidmat nasihat dan runding cara kepada mana-mana agensi yang
memerlukan perkhidmatan tersebut khususnya dalam aspek kepimpinan,
kenegaraan, pembangunan watak dan jati diri, keusahawanan dan kesukarelawanan.

PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KUALITI LATIHAN
Memantau dan menilai kualiti latihan dalam bidang pembangunan belia dan su-
kan bagi menyediakan pelbagai peluang dan saluran kepada kumpulan belia
meningkatkan potensi dan taraf hidup yang berkualiti.

06 AKREDITASI

Menyediakan latihan yang mendapat akreditasi dari badan-badan bertauliah.

18 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

TERAS

STRATEGIK

PEMERKASAAN BELIA BERKEPIMPINAN PEMANTAPAN TADBIR URUS

Melahirkan pemimpin masa hadapan Memantapkan tadbir urus ke arah
dalam kalangan belia yang mempunyai organisasi berprestasi cemerlang
keupayaan berfikir secara kritis, mahir dengan mengamalkan tadbir urus

berkomunikasi, berfikiran kreatif dan yang baik dan berintegriti
inovatif serta berupaya memaparkan tinggi.

nilai-nilai murni.

PEMUPUKAN NILAI KENEGARAAN PENGUKUHAN LATIHAN,
DAN JATI DIRI MASYARAKAT PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

Menjadikan i-LEAD sebagai pusat Memperkasa i-LEAD sebagai
rujukan dan advokasi yang unggul organisasi berprestasi cemerlang
dalam bidang latihan, penyelidikan
dalam bidang kenegaraan. dan penerbitan bagi meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan
penyampaian perkhidmatan kepada

pelanggan.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 19

SHTARLAATTEUGJIUK

PENUBUHAN Pbueinldsitnrgu)k.turan semula organisasi (Right Person for the Right Job, proflling dan capacity
(ESTABLISH) Pelaksanaan program secara in-house menggunakan kepakaran dalaman (40%).
Menjalin kolaborasi strategik untuk program-program i-LEAD (initial stage) (60%).
JANGKA MASA PENDEK Pembangunan Pelan Strategik Organisasi i-LEAD (2019 - 2023).
(Y1: 2019) Penyelidikan dan Penerbitan.

PEMERKASAAN Pelaksanaan program secara in-house menggunakan kepakaran dalaman (50%).
(STRENGTHEN) Pemantapan kolaborasi strategik (50%).
Pembangunan/penambahbaikkan infrastuktur i-LEAD selaras dengan keperluan IR 4.0.
JANGKA MASA Pi-eLmEAbDa.ngunan dan pelaksanaan pelan akreditasi dan pengiktirafan program-program
SEDERHANA (Y2: 2020) Penyelidikan dan Penerbitan.

PENGUKUHAN Pelaksanaan program secara in-house menggunakan kepakaran dalaman (60%).
(INNOVATE) Meneruskan kolaborasi strategik berimpak tinggi untuk program i-LEAD (40%).
Penilaian semula keberkesanan program-program i-LEAD.
JANGKA MASA PANJANG Kajian separuh penggal Pelan Strategik Organisasi i-LEAD (2019 – 2023).
(2021 DAN SETERUSNYA) Penyelidikan dan Penerbitan.

PPEIALAGNAGMGAN

Memastikan Memastikan Memastikan Memastikan Memastikan Memastikan
prasarana dan pembayaran supaya semua agar tempahan
penilaian pencapaian kemudahan bil diselesaikan penggunaan kem
keberkesanan prestasi dalam tempoh aduan dan dan kemudahan
kursus/program/lati- penyampaian latihan yang 14 hari daripada pertanyaan lain oleh agensi
disediakan tarikh dokumen pelanggan i-LEAD
han mendapat skor Tenaga Pengajar mendapat skor lengkap diterima luar diberi
purata penilaian mendapat skor diberi maklum balas
sekurang-kurangnya purata penilaian purata penilaian maklumbalas dalam tempoh 7
4.0 pada skala 1-5 sekurang-kurangnya sekurang-kurangnya dalam masa hari selepas
4.0 pada skala 1-5 4.0 pada skala 1-5 dokumen lengkap
3 hari
diterima

20 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

KMEAWKLAUNMGATAN

21LLAAPPOORRAANNTATHAUHNUANNAiN-LEi-ALEDA2D0220019 13

PRESTASI

PERBELANJAAN

PERKHIDBM11ATAN AM
PERBE(NMDFALHSA) RAAN

peruntukan
Rm40,842,300.00

96.29% perbelanjaan

RM39,328,943.06

baki 3.71%

RM1,513,356.94

22 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

PRESTASI

PERBELANJAAN

i-Bl4ea6d

peruntukan
RM17,870,000.00

94.28% perbelanjaan

RM16,848,298.30

baki 5.72%

RM1,021,701.70

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 23

KPRHOAGS RAMLaporan Tahunan 2020

24 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

SESI TAKLIMAT

PROGRAM KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN

Satu Sesi Taklimat Program kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, telah di-
adakan di Bilik Mesyuarat Utama, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) pada 22 Julai
2020. Sesi yang berlangsung selama dua jam ini telah dihadiri oleh kira-kira 20 orang wakil pegawai i-LEAD dan juga
15 orang wakil dari Pejabat YB Menteri.
Taklimat ini diadakan khas bertujuan untuk membentangkan perkembangan terkini gerak kerja program Malaysia
Future Leaders School (MFLS) dan juga Jawatankuasa Plan of Action (Sosialisasi Politik). Taklimat dimulakan dengan
taklimat khas berkaitan i-LEAD oleh YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Ketua Pengarah i-LEAD. Taklimat kemudian
diteruskan oleh YBrs. Dr. Haji Hanafi bin Harun, Pengarah Kluster Kepimpinan i-LEAD dan seterusnya YBrs. Encik
Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Pengarah Kluster Kenegaraan i-LEAD.

Usai taklimat dari kedua-dua Pengarah Kluster yang berkenaan, YB Menteri telah melontarkan serba
sedikit buah fikiran dan pandangan untuk penambahbaikan program sedia ada. YB Menteri menekankan tentang
konsep program perlu berubah seiring dengan norma baharu pasca wabak pandemik COVID-19. Selain itu, YB
Menteri juga berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Alumni program MFLS dan juga Tenaga Penggerak
i-LEAD yang bakal diaturkan kelak oleh i-LEAD.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 25

LAWATAN KERJA

OLEH TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN
KE KWN KUNDASANG

YB Senator Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah mengada-
kan lawatan kerja ke Kem Wawasan Negara Kundasang, Sabah pada 30 Ogos 2020.
Turut hadir ke sesi lawatan ini ialah Pengarah IKBN Kinarut, Sabah, Timbalan Pengarah Belia dan Sukan
Sabah, Ketua Jabatan RELA Ranau dan Alumni MFLS.

26 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

LAWATAN

DARIPADA KETUA SETIAUSAHA KBS KE KWN
TANJUNG RHU

Kem Wawasan Negara Tanjung Rhu berbesar hati menerima lawatan kerja daripada YBhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V.
Suppiah, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan pada 3 Januari 2020. Beliau turut diiringi oleh YBrs. Puan Ra-
mona binti Mohd. Razali, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik, KBS dan YBrs. Encik Abdullah Bin Hasan, Ketua Pengarah
i-LEAD.
Pada sesi lawatan ini YBhg. Datuk KSU sempat meninjau keadaan seluruh kem dan melihat sendiri masalah mendapan
tanah yang berlaku di kem ini.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 27

KBSMESYUARAT PENGURUSAN TERTINGGI

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi, Kementerian Belia dan Sukan buat pertama kalinya telah berlangsung di Bangunan
Parcel F, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD).
i-LEAD telah bertindak sebagai tuan rumah dan mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian
Belia dan Sukan, YBhg. Datuk Dr. Waitchalla R.R.V. Suppiah. Seramai 30 orang ahli Majlis Pengurusan Tertinggi dan
urus setia telah menghadiri mesyuarat tersebut.
Selesai sesi mesyuarat, YBhg. Ketua Setiausaha telah dibawa melawat dan beramah mesra dengan pegawai dan
kakitangan yang berada di setiap Bahagian dan Kluster i-LEAD.

28 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

SESI PERBINCANGAN

DI ANTARA i-LEAD DAN RSOG

Satu sesi pertemuan di antara pihak i-LEAD dan pihak Razak School of Government (RSOG) telah diadakan pada
10 Ogos 2020. Sesi pertemuan ini ialah bertujuan untuk berkongsi pandangan di samping membincangkan ruang
kolaborasi dan jalinan kepintaran dalam pelaksanaan program kepimpinan.
Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh CEO RSOG iaitu YBrs. Encik Azman Hisham Che Doi manakala pihak
i-LEAD dihadiri oleh YBrs. Encik Abdullah Hasan, Ketua Pengarah i-LEAD, YBrs. Dr.Hj Hanafi Harun, Pengarah Kluster
Kepimpinan serta pegawai-pegawai kanan daripada Kluster Kepimpinan i-LEAD.
Perbincangan menjurus kepada isu kepimpinan belia serta ruang kolaborasi yang boleh dijalinkan dalam
penganjuran program berbentuk forum dan konvensyen kepimpinan muda yang berfokuskan sasaran belia akhir
sebagai platfom pemimpin masa hadapan negara.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 29

KUNJUNGAN HORMAT

KETUA PENGARAH i-LEAD KE ATAS
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Ketua Pengarah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), YBrs. Encik Abdullah bin Hasan
telah mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBhg. Datuk Dr Habibah binti Abdul
Rahim pada 13 Ogos 2020.
Tujuan utama kunjungan hormat ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi kerjasama yang sedia terjalin.
Pertemuan ini turut membincangkan berkaitan Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) bagi tahun 2020
dan MFLS Pasca COVID 19 yang akan dilaksanakan pada bulan September hingga November 2020.

30 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

LAWATAN KERJA

OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH (KECEMERLANGAN)
KE KWN SAMPADI

Lawatan kerja YBrs. Encik Mohd. Nizam bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) Institut Pembangunan
dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) ke Kem Wawasan Negara Sampadi telah diadakan pada 9 Julai 2020.
Lawatan kerja ini selain beramah mesra dengan kakitangan Kem Wawasan Negara Sampadi, turut melihat tentang
keperluan dan permasalahan yang dihadapi pihak kakitangan Kem.
Beliau juga berkesempatan memberi motivasi dan suntikan semangat kepada kakitangan Kem Wawasan Negara
Sampadi. Turut bersama dalam program ini adalah Ketua Kem Wawasan Negara Sampadi, Tuan Syed Zyed Bin Wan
Asnawi.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 31

SESI RAMAH MESRA

BERSAMA TIMBALAN KETUA PENGARAH
KECEMERLANGAN DAN WARGA KWN MARAN

Satu sesi beramah mesra bersama-sama Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan) YBrs. Encik Mohd Nizam
bin Ismail dan warga Kem Wawasan Negara Maran telah diadakan pada 5 Ogos 2020 di Dewan Putra KWN
Maran.
YBrs. Encik Nizam juga berkesempatan menyempurnakan majlis penyerahan sijil kepada penerima - penerima
Anugerah Pekerja Cemerlang dari KWN Maran bagi tahun 2019. Seramai 30 orang staf kem terlibat dalam sesi
ramah mesra ini.

32 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

LAWATAN KERJA

OLEH TIMBALAN KETUA PENGARAH (KECEMERLANGAN)
KE KWN BESUT

Timbalan Ketua Pengarah (Kecemerlangan), Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD),
YBrs. Encik Mohd Nizam Bin Ismail telah mengadakan satu lawatan kerja ke Kem Wawasan Negara Besut,
Terengganu pada 6 Ogos 2020. Lawatan kerja ini merupakan lawatan kali pertama beliau ke kem sepanjang
Program Malaysia Future Leaders School diperkenalkan.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau kemudahan yang ada di kem di samping bersuai kenal dengan 40 orang
kakitangan di Kem Wawasan Negara Besut.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 33

LAWATAN KERJA

OLEH PENGERUSI JAWATANKUASA BELIA,
SUKAN, KOMUNIKASI DAN MUTIMEDIA NEGERI
PERAK KE KWN ULU KENAS

Lawatan Kerja oleh YB Khairul Shahril Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan
Multimedia yang juga merupakan ADUN Bota ke Kem Wawasan Negara Ulu Kenas sempena Program Jelajah Belia
Sukan Komunikasi Multimedia (BSKM) telah diadakan pada 8 Ogos 2020. Lawatan turut disertai oleh YB Mohamad
Zuraimi Razali (ADUN Manong) dan disambut oleh YBrs. Encik Mohd Nizam Bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah
(Kecemerlangan) i-LEAD dan Encik Mohd Termizi Bin Mat Bunor @ Mohamed Nadzri, Ketua Kem Wawasan Negara
Ulu Kenas.
Sesi lawatan ini YB Khairul Shahril telah menunjukkan keprihatinan beliau terhadap beberapa isu yang telah
dibangkitkan dalam usaha membangunkan potensi Modal Insan, Pembangunan Belia dan Sukan, keperluan latihan
dan isu berkaitan infra dan keperluan jalur lebar di Kem Wawasan Negara Ulu Kenas agar selari dengan keperluan
latihan dan modul latihan i-LEAD.

34 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

PROGRAM

MFLS TIER 2

Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) merupakan sebuah program di peringkat
nasional yang bertujuan untuk melahirkan pemimpin belia masa hadapan yang boleh menyumbang sebagai
rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan
antarabangsa di samping membentuk generasi belia yang lebih berwawasan dan tinggi dengan nilai jati diri.
Program ini berhasrat untuk menyediakan lebih ramai pemimpin dalam kalangan belia yang
berkualiti tinggi serta mampu untuk menerajui tampuk kepimpinan pada masa hadapan dengan menekankan
elemen-elemen aspek latihan seperti kenegaraan dan jati diri, kepimpinan, integrasi dan perpaduan
nasional, kesukarelawanan dan sosialisasi politik.

Pada tahun 2020, sebanyak 13 kohort telah dirancang dan memberi manfaat kepada seramai 36,360 orang
peserta dari kalangan pelajar sekolah menengah berumur antara 15 hingga 17 tahun. Namun, hanya 2 kohort
sahaja yang dapat dilaksanakan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19
mula dikuatkuasakan. Sejumlah 4,428 orang peserta telah terlibat untuk 2 kohort program MFLS 2020 yang
telah dilaksanakan di 12 Kem Wawasan Negara dan 5 pusat latihan swasta seluruh Malaysia.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 35

Namun apabila berlakunya pandemik COVID-19, program MFLS telah dilaksanakan secara dalam talian.
Program ini dilaksanakan selama 5 hari dengan menggunakan platfom Google Classroom. Sebanyak 4 kohort
(57 program) telah berjaya dilaksanakan iaitu bermula pada 21 hingga 25 September 2020 (Kohort 1) dan
berakhir pada 2 hingga 6 November 2020 (Kohort 4). Semua program telah dilaksanakan di seluruh Kem
Wawasan Negara.

Adalah diharapkan agar program MFLS ini dapat diteruskan pada masa
akan datang memandangkan terdapat keperluan untuk negara bersiap sedia
membentuk barisan pemimpin masa hadapan yang sentiasa
negara kelak. bersedia untuk menerajui

36 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

PROGRAM

MFLS TIER 3

Program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Tier
3 Tahun 2020 telah menutup tirainya pada 11 Mac
2020. Program ini telah berlangsung selama 42 hari
bermula 31 Januari 2020 bertempat di Pusat Belia
Antarabangsa (IYC) Cheras, Kuala Lumpur. MFLS Tier
3 ini merupakan fasa terakhir bagi program MFLS yang
bermatlamat untuk melahirkan belia sebagai
rakan strategik dalam pembangunan negara serta
berkeupayaan berperanan di peringkat nasional dan
global.

Seramai 240 orang Alumni MFLS Tier 2 terpilih daripada
496 orang calon yang layak dan telah melalui proses temu
duga merangkumi Ujian Kecergasan Jasmani Kebang-
saan(UKJK), pembentangan idea dan sesi temu duga.

Program MFLS Tier 3 ini bertujuan untuk meningkat-
kan pengetahuan dan kefahaman terhadap tujuh (7)
elemen iaitu kepimpinan, kenegaraan, keusahawanan,
pembentukan watak dan jati diri, komunikasi,
kesukarelawan dan pengantarabangsaan dalam
membentuk dan menyerlahkan potensi belia
sebagai pemimpin muda untuk generasi masa
hadapan negara. Program secara berpusat yang
melibatkan pelbagai aktiviti indoor dan outdoor,
bersifat formal dan tidak formal, telah dirangka khas
bagi memenuhi keperluan dan matlamat penganjuran.

Sepanjang 42 hari berkampung di IYC, pelbagai aktiviti
yang dijalankan di antaranya Sesi Bersama Menteri Belia
dan Sukan ketika itu iaitu, YB Syed Saddiq bin Syed Abdul
Rahman, Ucaptama Mantan Perdana Menteri, YB Tun
Dr. Mahathir bin Mohamad dan lain-lain. Kebanyakan
aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk
mempersiapkan mereka dengan pengurusan organisasi
dan pelaksanaan program secara berkumpulan. Mereka
juga turut didedahkan dengan ilmu komunikasi berkesan
melalui Bengkel Pengucapan Awam, Debat MFLS dan
Simulasi Sidang Parlimen bertempat di Parlimen Malaysia.

Selain itu, mereka turut didedahkan dengan elemen
Institusi Beraja dan peranan Majlis Raja-raja di Muzium
Diraja. Persidangan Belia Antarabangsa dan Model
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut diperkenal-
kan kepada mereka bagi meningkatkan keupayaan
pengetahuan dalam bidang hubungan luar dan
pengantarabangsaan.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 37

Para peserta turut dibawa melawat ke Syarikat-syarikat Multi Nasional yang
berpengalaman dalam negara seperti Petronas, Shell, Malaysia Airlines (MAS),
NAZA, Les Copaque dan beberapa lagi syarikat yang memberi sumbangan
besar kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ia bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada para peserta tentang elemen keusahawanan yang turut
ditekankan dalam program MFLS.
Program ini diberi liputan meluas menerusi promosi dari pelbagai sudut media
seperti media cetak, media elektronik dan media sosial. Kemuncak program ini,
para peserta telah mengikuti program Asean Cultural Herritage yang
merangkumi lima buah lokasi di ASEAN iaitu Brunei, Kemboja, Acheh, Jakarta
dan Padang di Indonesia selama lima hari. Sepanjang berada di sana, para
peserta telah diberi tugasan khusus melibatkan tujuh elemen MFLS selain
berperanan memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat setempat.

Program MFLS Tier 3 bagi tahun 2020 ini dilihat memberi
banyak pendedahan serta pengalaman baru kepada semua
peserta yang hadir. Program ini diharapkan mampu membawa para
belia untuk mendepani masa hadapan dengan minda yang positif dan
berjaya membangunkan Malaysia seiring dengan peredaran zaman.

38 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

DIALOG KEPIMPINAN
MASA HADAPAN

MALAYSIA-JEPUN

Pandemik Coronavirus (COVID-19) merupakan salah
satu musibah dahsyat yang pernah dialami dalam
sejarah moden dunia. Impak wabak itu tidak hanya
dalam bidang kesihatan tetapi termasuk ekonomi
serta politik antarabangsa. Kebanyakan negara dunia
mengisytiharkan sekatan atau lockdown untuk memutus-
kan rangkaian virus COVID-19. Ia menjejaskan ekonomi,
aktiviti perniagaan malahan aktiviti sosial dan sebagainya.

Program MFLS ke Jepun yang dirancang untuk Program
MFLS Tier 3 turut menerima tempiasnya kerana program
ini terpaksa dibatalkan akibat wabak ini. Sehubungan itu,
satu Dialog Kepimpinan Masa Hadapan Malaysia-Jepun
dengan kerjasama Alumni MFLS melalui Persatuan
Angkatan Belia MFLS dan Alumni JFLS telah diadakan
pada 20 September 2020. Pelaksanaan program dialog
ini dapat memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk
meningkatkan jaringan kerjasama antarabangsa dalam
bidang pembangunan kepimpinan belia.

Seramai 75 orang peserta dari Program Malaysia
Future Leaders School (MFLS) Tier 3 telah menghadiri
program ini dan ia berlangsung secara bersemuka dan
dalam talian di Dewan Taklimat Damar Sari 3, Aras 3, Blok
F8 serta melalui platfom Zoom Webinar dan Facebook.

Objektif program terarah kepada menyokong
Sustainable Development Goals 17: Partnership for the
Goals, berkongsi pandangan dan pendapat mengenai
pelaksanaan program pembangunan belia terutamanya
bidang kepimpinan di peringkat antarabangsa serta
menjalin hubungan sinergi antarabangsa antara Alumni
MFLS dan Alumni JFLS.

Penganjuran dialog bertaraf antarabangsa ini
memperlihatkan komitmen i-LEAD dalam memberikan
nilai tambah kepada belia Malaysia dalam bidang
kepimpinan yang setanding di peringkat antarabangsa.
Besar harapan agar dialog ini dapat menjadi pemangkin
kepada usaha membentuk kepimpinan pelapis belia yang
lebih mantap pada masa hadapan.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 39

PROGRAM

SEMARAK MERDEKA

Program Semarak Merdeka merupakan sebuah program
bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan bermula pada
bulan Ogos hingga September 2020.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi membawa
impak positif kepada belia dalam menghayati bulan
kemerdekaan. Program telah dilaksanakan di Kem
Wawasan Negara seluruh Malaysia dan kawasan
sekitarnya.
Walaupun negara sedang berhadapan dengan pandemik
COVID-19, program-program yang dilaksanakan tetap
mematuhi arahan pencegahan dan kawalan semasa.

Objektif program adalah:
a) Meningkatkan kefahaman belia terhadap pengertian

kemerdekaan negara;
b) Menyemarakkan lagi rasa sayang dan cintakan

negara dalam diri belia dan memberi kefahaman
tentang mempertahankan kedaulatan negara; dan
c) Memperkukuhkan semangat jati diri dan semangat
patriotisme dalam diri belia agar terus memberi
sumbangan serta menjadikan kepentingan negara
mengatasi kepentingan peribadi.

Seramai 4,047 orang peserta dari Alumni Malaysia Future
Leaders School (MFLS), komuniti belia tempatan, agensi
kerajaan, mahasiswa-mahasiswi, para pelajar dan juga
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah terlibat di dalam
program ini.
Semoga program ini sedikit sebanyak dapat membantu
dan menyemarakkan lagi rasa kecintaan terhadap tanah
air dan dapat menyuntik rasa perpaduan dalam kalangan
belia dan masyarakat setempat.

40 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

SEMINAR

WANITA DALAM SUKAN

Seminar Wanita dalam Sukan, anjuran Kluster

Modal Insan adalah merupakan satu tanggungjawab

yang diamanahkan di bawah teras Dasar dan

Perundangan bagi Pelan Tindakan Wanita 2020-2025.

Seminar ini juga adalah merupakan hasil kerjasama dan

juga sokongan dari para pemegang taruh sukan dalam

kalangan agensi di bawah KBS dan agensi luar.

Pelaksanaan seminar ini merupakan gerak
kerja dalam menyampaikan kesedaran kepada
seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita
terhadap peranan dan penglibatan mereka
secara serius dan konsisten di dalam aktiviti sukan.
Tambahan pula, seminar ini turut boleh dijadikan
platfom untuk merubah lanskap dominasi sukan dalam
kalangan lelaki dan seterusnya meningkatkan ruang
dan peluang buat wanita untuk menerajui kepimpinan
badan dan organisasi sukan pada masa hadapan.

Tema Seminar Wanita dalam Sukan kali ini adalah
“Cergas, Sihat dan Aktif”. Objektifnya adalah menjurus
kepada:

i. Menarik lebih ramai penglibatan golongan wanita di
pelbagai peringkat umur di dalam aktiviti yang
berkaitan sukan di peringkat negeri dan daerah;

ii. Menyebarluaskan kesedaran budaya bersukan serta
menguar-uarkan pelaksanaan Pelan Tindakan
Wanita dalam Sukan 2020-2025;

iii. Memberikan pendedahan kepada peserta berhubung
kepentingan penglibatan wanita di dalam sukan masa
dan sukan prestasi tinggi yang menjurus kepada
amalan gaya hidup aktif, sihat dan cergas; dan

iv.Menggalakkan penglibatan golongan wanita di dalam
sukan agar dapat menyediakan platfom untuk
mengisi kepimpinan sukan pada masa hadapan.

Zon Tarikh Tempat Jumlah Peserta
Utara 29 Februari 2020 286 orang
Institut Kemahiran Tinggi
Sabah 20 September 2020 Belia Negara, Bukit 196 orang

Mertajam, Pulau Pinang.

Ming Garden Hotel, Kota
Kinabalu, Sabah

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 41

Peserta yang menghadiri seminar ini terdiri daripada golongan wanita yang terlibat dalam bidang pembangunan/
industri sukan dari sektor awam, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Panel-panel jemputan yang hadir
juga merupakan ikon dan juga penggiat sukan negara dalam memberikan inspirasi kepada para peserta. Turut hadir
adalah ahli Pengurusan Tertinggi KBS, Ketua- ketua Jabatan bagi agensi di bawah KBS dan warga i-LEAD dalam
sama-sama menjayakan program ini.
Seminar ini diharap dapat memberikan impak kepada golongan wanita dalam membina kesedaran kepada mereka
supaya aktif bersukan dan menjaga kesihatan sepanjang masa serta menyebarluaskan kepada orang awam tentang
inisiatif yang telah dirancang oleh KBS bagi Pelan Tindakan Wanita Dalam Sukan 2020-2025.

42 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

PROGRAM

KARNIVAL PENJANA KERJAYA BELIA 2020

Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020 merupakan
salah satu inisiatif dalam membantu membangunkan
belia untuk menghadapi pasca-pandemik COVID-19.
Program ini memberi peluang kepada para peserta
mendapatkan akses kepada penawaran pekerjaan,
pendedahan berkaitan kerjaya serta bimbingan dan
latihan bagi persediaan ke alam pekerjaan.
Program ini telah berlangsung selama tiga hari bermula
pada 24 sehingga 26 September 2020 dan ia merupakan
kolaborasi yang julung-julung kalinya di antara i-LEAD
dan PERKESO. Tujuan program ini diadakan adalah:
i. Membuka peluang kepada belia mendapatkan

pekerjaan.
ii. Menjadi penghubung atau platfom antara majikan

dan pencari pekerjaan dalam kalangan belia;
iii. Memberi pengetahuan, pendedahan dan

maklumat kepada belia berkaitan kerjaya;
iv. Memberi bimbingan dan latihan sebagai persediaan

belia dalam mendapatkan pekerjaan, terutamanya
mengenai elemen soft skills; dan
v. Meningkatkan kebolehpasaran sekaligus
mengurangkan pengangguran belia.
Seramai 13,774 orang peserta berdaftar telah mengikuti
program ini melibatkan mereka yang berumur antara
18 hingga 40 tahun dari seluruh Malaysia.
Program dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian
menggunakan aplikasi Sisco Webex dan Facebook.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 43

Segmen Pelancaran Karnival Penjana Kerjaya telah
disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan serta
Menteri Sumber Manusia. Seterusnya sesi dipecah-
kan kepada 5 dimensi iaitu dimensi peluang pekerjaan,
dimensi penciptaan pekerjaan, dimensi dana dan
kemudahan, dimensi kemahiran dan latihan dan
dimensi sektor industri sukan. Peserta juga turut
diperkenalkan kepada majikan-majikan yang berdaftar
dengan PERKESO.
Penganjuran program ini diharapkan dapat sedikit
sebanyak membantu belia khususnya dan para
majikan yang terlibat secara langsungdantidaklangsung
amnya dalam memastikan pasca pandemik
COVID-19 dapat diharungi dengan lebih baik lagi
di samping berupaya untuk menjana ekonomi
individu dan mengurangkan masalah pengangguran
terutamanya di kalangan belia

44 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

PERHIMPUNAN BULANAN

i-LEAD

Perhimpunan Bulanan i-LEAD merupakan program
bulanan yang dilaksanakan untuk menyemai nilai-
nilai murni dan bagi merapatkan hubungan ukhuwah
silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan selain
menyampaikan amanat pihak Pengurusan i-LEAD
terutamanya Ketua Pengarah kepada kakitangan.

Tahun 2020 merupakan tahun yang mencabar
bagi semua dan i-LEAD turut terkesan dengan
berlakunya pandemik COVID-19. Namun begitu,
perhimpunan i-LEAD dapat juga dilaksanakan sebanyak
empat kali bagi tahun 2020. Setiap kali perhimpunan
akan dihoskan oleh bahagian atau kluster secara
penggiliran dan tema atau konsep perhimpunan akan
ditentukan oleh hos berkenaan.

Selain mendengar amanat daripada YBrs. Ketua
Pengarah i-LEAD dan meraikan sambutan ulang
tahun kelahiran serta pencapaian warga i-LEAD.
Perhimpunan i-LEAD juga telah berjaya menonjolkan
bakat dan kreativiti warga i-LEAD. Setiap bahagian atau
kluster yang menjadi hos akan menyediakan pengisian
program dan membawakan tema yang amat menarik
dan kreatif.

Antara pengisian yang menarik yang telah
ditonjolkan pada Perhimpunan i-LEAD tahun 2020
ialah persembahan tayangan imbasan pencapaian
i-LEAD 2019, pelancaran Buletin i-LEAD, hidden talent,
persembahan deklamasi sajak, penyampaian sijil
Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan, program bual bicara
dan sambutan bulan kemerdekaan Tahun 2020
Peringkat i-LEAD.

Tidak ketinggalan juga setiap kali perhimpunan,
Pasukan Koir i-LEAD akan membuat persembahan
dengan lagu-lagu yang menarik dan menghiburkan.

Butiran Perhimpunan Bulanan i-LEAD adalah seperti berikut:-

Tarikh Perhimpunan i-LEAD Hos

23 Januari 2020 Perhimpunan i-LEAD Bil. 1 Kluster Kerjaya
23 Julai 2020 Perhimpunan i-LEAD Bil. 2 Kluster Modal Insan

27 Julai 2020 Perhimpunan i-LEAD Bil. 3 Bahagian Inovasi dan Jaminan
28 September 2020 Perhimpunan i-LEAD Bil. 4 Kualiti

Bahagian Penyelarasan
Strategik

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 45

46 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 47

PROGRAM

i-Thinkers i-LEAD

i-Thinkers adalah sebuah kumpulan pemikir i-LEAD yang merupakan hasil cetusan idea mantan
Ketua Pengarah i-LEAD yang pertama, Encik Abdullah bin Hasan. Program yang diselaras oleh Bahagian
Penyelarasan Strategik ini bertujuan untuk menjadi kumpulan pendorong dan pencetus kepada hala tuju i-LEAD
memandangkan i-LEAD adalah merupakan sebuah institusi yang baharu. Kumpulan ini adalah terdiri daripada
wakil dari setiap bahagian dan kluster selain daripada Ketua Pengarah dan kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah.
Pada tahun 2020, walaupun negara telah dilanda wabak pandemik COVID-19, sebanyak 19 sesi perbincangan
telah diadakan. Beberapa perkara telah dibincangkan semasa sesi tersebut seperti pembangunan modul latihan,
penstrukturan semula i-LEAD, tabung amanah, pengantarabangsaan, keperluan latihan dan infrastruktur dan
kajian berkaitan.
Diharapkan agar i-Thinkers akan berterusan pada tahun yang mendatang dan akan terus menjadi pemangkin dan
pencetus kepada kemajuan dan kelestarian i-LEAD.

48 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

KWN DIJADIKAN SEBAGAI

PUSAT KUARANTIN KES COVID-19

COVID-19 di Malaysia merupakan penyakit koronavirus
2019 (COVID-19) yang sedang melanda seluruh dunia
berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut
teruk 2 (SARS-CoV-2). Kes COVID-19 yang pertama di
Malaysia telah disahkan pada 25 Januari 2020 yang
melibatkan para pelancong dari China yang tiba di Johor
melalui Singapura.

Peningkatan jumlah kes yang mendadak pada Mac 2020
telah membawa kepada Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) yang telah berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 bagi
mengurangkan penyebaran COVID-19. Kes-kes harian
COVID-19 di negara kita telah meningkat dengan
mendadak sehingga mencecah lebih 5,000 kes sehari. Ini
adalah satu perkembangan yang amat membimbangkan
semua pihak.

Kerajan telah mengambil pelbagai langkah untuk
membendung penularan wabak ini termasuk Kerajaan
mula mengambil alih kemudahan bersesuaian bagi
tujuan menambah pusat saringan COVID-19 dan pusat
kuarantin. Kem Wawasan Negara tidak terkecuali dipilih
bagi tujuan tersebut. Kem Wawasan Negara yang terlibat
ialah Kem Wawasan Negara Kudasang, Kem Wawasan
Negara Gunung Pulai, Akademi Kenegaraan dan Kem
Wawasan Negara Langkawi.

Kem Wawasan Negara Kundasang telah dijadikan sebagai
Pusat Kuarantin oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 23
Mac 2020 hingga 9 Jun 2020 yang dikawal selia oleh Pusat
Kawalan Rawatan COVID-19 (PKRC). Semua pesakit positif
COVID-19 yang menjalani rawatan di bawah penyeliaan
PKRC di daerah Ranau ini membabitkan mereka yang
dikategorikan dalam tahap satu dan dua.

Manakala Kem Wawasan Negara Gunung Pulai telah
dijadikan sebagai Pusat Penempatan Sementara
Gelandangan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)
dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama
Jawatankuasa Pembangunan Wanita Keluarga dan
Masyarakat Negeri Johor sepanjang tempoh Perintah
Kawalan Pergerakan yang bermula 4 April 2020 hingga 9
Jun 2020. Seramai 237 orang gelandangan yang
ditempatkan tersebut terdiri daripada pelbagai kawasan
sekitar Johor adalah bertujuan bagi mengelakkan
golongan berkenaan berkeliaran di kawasan awam dan
berisiko dijangkiti wabak Covid 19. Dalam memastikan
usaha ini berjaya, Pihak Kem Wawasan Negara Gunung
Pulai bekerjasama rapat bersama JKM serta Pejabat
Tanah Daerah Kulai memastikan keselamatan dan
kelancaran bagi program penempatan sementara
tersebut.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 49

Selain itu, Akademi Kenegaraan telah dijadikan sebagai Pusat Kuarantin oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula 11 Mei 2020 hingga 3 Jun 2020.
Penempatan People Under Surveillance (PUS) terdiri daripada pelbagai kawasan sekitar Kuala Lumpur bagi
mengelakkan berlakunya penularan COVID-19 dalam kalangan keluarga PUS yang telah disahkan positif.

Akhir sekali, Kem Wawasan Negara Langkawi turut dijadikan sebagai Pusat Kuarantin Pengurusan PATI
Etnik Rohingya, Myanmar dan kawalan keselamatan sempadan perairan negara di Langkawi bagi warga
Rohingya yang ditahan di Pulau Langkawi. Pusat Kuarantin sementara ini telah mula beroperasi pada
1 Mei 2020 dengan menempatkan 106 lelaki dan 43 wanita etnik Rohingya. Jumlah tersebut semakin
meningkat sehingga 25 Ogos 2020. Jumlah keseluruhan seramai 523 pelarian Rohingya.
Pihak Imigresen hanya menggunakan bangunan penginapan peserta (Pusat Kuarantin untuk PATI
Rohingya) dan Dewan Putra (Kompleks Pentadbiran Pusat Kuarantin Sementara). Turut terlibat dalam
operasi ini adalah Bulan Sabit Merah Malaysia, Yayasan Sultanah Bahiyah dan Jabatan Imigresen Malaysia.

50 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020


Click to View FlipBook Version