The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by i-LEAD, 2021-06-17 00:19:07

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

AR_2020 FINAL EDITED 11

PENCAPAIANLaporan Tahunan 2020

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 51

2RPRI0NOG2GK0RAASMAN

37BENGKEL
150PROGRAM BERSEMUKA
284PROGRAM ONLINE

1 KONVENSYEN
BERSEMUKA/ONLINE

jumlah Keseluruhan = 472

52 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

2RPRI0NOG2GK0RAASMAN PROGRAM ONLINE

PROGRAM 60%
BERSEMUKA

31% 1%
8%

BENGKEL
KONVENSYEN BERSEMUKA/ONLINE

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 53

2PRRI0NOG2GK0RAASMAN

PROGRAM ONLINE PROGRAM BERSEMUKA

KEPIMPINAN : 169 KEPIMPINAN : 63
MODAL INSAN : 30 MODAL INSAN : 10

KENEGARAAN : 22

KERJAYA : 53 KENEGARAAN : 32
PENGURUSAN: 2
INOVASI & JAMINAN KUALITI : 8 KERJAYA : 7

KONVENSYEN JUMLAH PENGURUSAN: 7
BERSEMUKA/ INOVASI & JAMINAN KUALITI : 3

ONLINE KESELURUHAN : KEM WAWASAN NEGARA : 28

472 BENGKEL

KEPIMPINAN : 6
MODAL INSAN : 5

KERJAYA : 2

PENGURUSAN: 9

KEPIMPINAN : 1

PENYELARASAN STRATEGIK : 3
KEM WAWASAN NEGARA : 12

54 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

BAHAGIAN PENGURUSAN

Bahagian Pengurusan merupakan sokongan penting kepada fungsi utama Institut Pembangunan dan Kecemer-
langan Kepimpinan (i-LEAD). Bahagian ini mempunyai dua cawangan iaitu Cawangan Kewangan dan Perolehan
dan Cawangan Pentadbiran dan Sumber Manusia.

Cawangan Kewangan dan Perolehan menguruskan segala hal ehwal belanjawan mengurus i-LEAD dan melak-
sanakan urusan perolehan Jabatan. Cawangan ini juga mengurus, menyelaras dan mengenal pasti keperluan
bagi kerja-kerja pembangunan dan pembaikan di Pejabat Zon i-LEAD, Akademi Kenegaraam dan Kem Wawasan
Negara.

Manakala Cawangan Pentadbiran dan Sumber Manusia pula merancang dan menguruskan urusan perjawatan
dan pengurusan sumber manusia kakitangan i-LEAD. Selain itu, cawangan ini juga menyediakan khidmat
sokongan dari segi pentadbiran am, pengurusan aset, hal ehwal keselamatan fizikal, dokumen, percetakan
serta pengurusan kenderaan jabatan termasuk tempahan Pejabat Zon i-LEAD, Akademi Kenegaraan dan
Kem Wawasan Negara. Cawangan ini turut menyediakan perkhidmatan sokongan ICT dan bertanggung-
jawab terhadap perkembangan dan penyelarasan ICT di i-LEAD serta mengurus dan menyelaraspembangu-
nan organisasi, perkhidmatan dan latihan. Menyelaras, merancang dan melaporkan pelaksanaan integriti dan
melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib di peringkat i-LEAD juga merupakan fungsi cawangan ini.

Pada tahun 2020, Bahagian Pengurusan telah melaksanakan sebanyak 18 program yang melibatkan latihan,
bengkel dan kursus.

Selaras dengan penubuhan Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) pada 12 Mac 2020,
kesemua aset alih Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri perlu dipindahkan kepada Institut Pembangunan
dan Kecemerlangan Kepimpinan, Kementerian Belia dan Sukan. Justeru, merujuk kepada khidmat nasihat
daripada Kementerian Kewangan Malaysia, i-LEAD perlu memperkemaskan pengurusan aset alih dengan
melaksanakan segera urusan migrasi data di dalam Sistem Pemantauan Pengurusan Aset 3.0 selaras dengan
Pekeliling Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. i-LEAD perlu membuat tindakan segera untuk menguruskan
pendaftaran semula kesemua aset yang dipindahkan kepada i-LEAD di dalam Sistem Pemantauan Pengurusan
Aset 3.0 selaras dengan Pekeliling Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan. Sehubungan itu, Bahagian
Pengurusan telah melaksanakan Bengkel Migrasi Data Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri kepada Institut
Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan pada 10 Ogos 2020 hingga 12 Ogos 2020.

Selain itu, Bahagian Pengurusan juga telah melaksanakan Kursus Persediaan Pasca COVID-19 : Norma
Baharu di Kem Wawasan Negara, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), ekoran
daripada pandemik COVID-19 yang telah melanda negara. Kursus ini dilaksanakan bagi memberikan ruang dan
panduan kepada semua pentadbir kem bagi menghadapi pasca COVID-19 ini. Penjagaan kesihatan dan 3 amalan
penjarakan sosial adalah amat penting dalam pengurusan pentadbiran kem bagi mengelakkan penularan
jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga kem, peserta yang terlibat dalam aktiviti dan orang awam yang
berurusan di dalam Kem Wawasan Negara seluruh Malaysia.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 55

10 - 12 Ogos 2020
Bengkel Migrasi Biro Tatanegara,
Jabatan Perdana Menteri ke Institut
Pembangunan dan Kecemerlangan

Kepimpinan

6 - 8 Ogos 2020
Kursus Persediaan Pasca COVID-19 Norma Baharu

di Kem Wawasan Negara, Institut Pembangunan
dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD)

56 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

2 September 2020

Seminar dan Taklimat Pengurusan Stor
Biro Tatanegara, JPM kepada i-LEAD

26 -27 Ogos 2020
Kursus Keselamatan Dokumen, Personel dan ICT

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 57

4 - 6 September 2020
Kursus Pengurusan Kewangan dan Perolehan

2 - 4 September 2020
Kursus Peningkatan Profesionalisme (Siri 1) Warga

Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan (i-LEAD)

58 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

9 - 11 September 2020
Kursus Peningkatan Profesionalisme (Siri 2) Warga

Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan (i-LEAD)

9 -11 September 2020
Bengkel Migrasi Data Pengurusan Stor
Biro Tatanegara JPM kepada i-LEAD

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 59

28 - 30 September 2020
Kursus Pembangunan Klasifikasi Fail

Kem Wawasan Negara, i-LEAD

23 - 25 September 2020
Kursus Pengukuhan Berpasukan Warga
Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan, Kementerian Belia Dan Sukan

60 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

19 November 2020

Program Bual Bicara Integriti
(Integrity Talk Programme)

7 - 9 Oktober 2020

Kursus Peningkatan Profesionalisme Siri 3 Warga
Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan (i-LEAD)

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 61

PBEANHYAEGLIAARNASAN STRATEGIK

Bahagian Penyelarasan Strategik merupakan bahagian yang memainkan peranan berkaitan Perancangan,
Pelaksanaan dan Penyelarasan Kerjasama Agensi. Terdapat 2 cawangan iaitu Cawangan Perancangan dan
Cawangan Kerjasama Strategik.
Antara fungsi Cawangan Perancangan ialah menyelaras penyediaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM),
Nota Jemaah Menteri (NJM) serta menyelaras input maklum balas mesyuarat dan soalan parlimen berkaitan
i-LEAD. Cawangan ini juga berfungsi untuk memastikan hala tuju Pelan Strategik i-LEAD adalah selaras dengan
RMK-12, Dasar Belia Malaysia, Dasar Sukan Negara dan lain-lain dasar semasa di peringkat kementerian dan
nasional. Manakala Cawangan Kerjasama Strategik pula berfungsi menyelaras hal ehwal pentadbiran
kewangan dan perolehan berdasarkan peruntukan yang diterima bagi pelaksanaan program dan latihan i-LEAD
serta menyemak dan menyediakan kertas cadangan penilaian semula program dan latihan yang dilaksanakan
oleh bahagian/kluster. Unit Komunikasi Korporat juga adalah di bawah penyelarasan Cawangan Kerjasama
Strategik yang bertindak sebagai focal point i-LEAD dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat
agensi, nasional dan global.
Pada tahun 2020, Bahagian Penyelarasan Strategik telah berjaya melaksanakan program yang dirancang.
Dalam merealisasikan hasrat untuk memantapkan imej dan keterampilan setiap warga i-LEAD, Seminar
Transformasi Kendiri telah dilaksanakan pada 28 September 2020 bagi meningkatkan ilmu pengetahuan baharu
berkenaan pembinaan keyakinan diri, self-grooming dan pembinaan imej yang positif. Peserta akhirnya
dapat menyumbang kepada pembentukan imej i-LEAD sebagai satu jabatan yang berimej korporat dan
berketerampilan unggul.
Menyedari kepentingan memenuhi kehendak pelanggan atau agensi yang berkepentingan melalui medium
penulisan, Bahagian Penyelarasan Strategik telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Penyediaan Dokumen
Rasmi i-LEAD Tahun 2020 untuk pegawai dan kakitangan i-LEAD pada 13 hingga 15 Oktober 2020 yang
dilaksanakan secara bersemuka, dwi mod dan dalam talian sepenuhnya.
Dalam mendepani Pandemik COVID-19 ini, i-LEAD menerusi Bahagian Penyelarasan Strategik telah
merealisasikan pengwujudan sebuah studio bagi menjalankan program-program dalam talian i-LEAD.
Studio i-LEAD ini dibawah seliaan dan dikendalikan oleh Unit Komunikasi Korporat. Sepanjang tahun 2020,
program-program dalam talian i-LEAD telah dilaksanakan di studio ini.

62 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

28 September 2020
Seminar Transformasi Kendiri

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 63

7- 8 Disember 2020
Bengkel Pelan Strategik i-LEAD 2021-2023

13 hingga 15 Oktober 2020
Bengkel Pemantapan Penyediaan Dokumen Rasmi

i-LEAD Tahun 2020

64 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

Program i-Thinkers i-LEAD
yang dilaksanakan sepanjang tahun 2020

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 65

Studio i-LEAD

66 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

BAHAGIAN INOVASI DAN
JAMINAN KUALITI

Bahagian Inovasi dan Jaminan Kualiti merupakan bahagian di Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan (i-LEAD) yang bertanggungjawab untuk memberi khidmat bimbingan dan nasihat mengenai
penyelidikan, penilaian program, akreditasi dan pengiktirafan, keselamatan dan kesihatan, penerbitan bahan
penulisan dan pembudayaan inovasi.

Bahagian ini mempunyai dua cawangan iaitu Cawangan Penyelidikan dan Penilaian dan Cawangan Akreditasi
dan Inovasi. Cawangan Penyelidikan dan Penilaian bertanggungjawab untuk memberi khidmat bimbingan
dan nasihat dalam pelaksanaan program-program berkaitan penyelidikan, penilaian keberkesanan program
dan penerbitan. Antara fungsi cawangan ini ialah membuat penyelidikan mengenai kepimpinan dan
kenegaraan berskala kecil bagi tujuan pembangunan kurikulum dan penambahbaikan modul dan
melaksanakan aktiviti atau program mengenai penilaian keberkesanan, penilaian outcome dan penilaian
impak program.

Manakala Cawangan Akreditasi dan Inovasi bertanggungjawab untuk memberi khidmat nasihat dan
bimbingan dalam pelaksanaan program-program berkaitan akreditasi dan pengiktirafan, pengurusan
keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pembudayaan inovasi. Cawangan ini berfungsi memberi khidmat
nasihat, bimbingan dan pelaksanaan program mengenai akreditasi dan pengiktirafan bagi program-program
jabatan serta melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan pembudayaan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan bagi tindakan kecemasan, pengenalpastian, penaksiran dan kawalan risiko.

Bagi tahun 2020, bahagian ini telah melaksanakan 11 program dengan melibatkan seramai 3,587 peserta.
Antara program yang telah dijalankan ialah Bengkel Analisa Keperluan Latihan. Program yang dijalankan pada
23 Oktober 2020 adalah merupakan satu langkah asas yang perlu dilaksanakan sebelum sesuatu
perancangan mengenai latihan dibuat, bagi memastikan aspek perancangan dan pelaksanaan latihan
dilaksanakan berasaskan kepada keperluan sebenar warga kerja dan juga i-LEAD. Objektif program ini ialah
mengetahui mengenai pengenalan, definisi, konsep dan kepentingan Analisa Keperluan Latihan (TNA) dan
kesannya kepada pembangunan i-LEAD, mengenalpasti keperluan latihan yang diperlukan di peringkat
jabatan pada masa kini dan jangka masa panjang dan menggunakan Model ADKAR dalam melaksanakan
penganalisaan.

Selain itu, bahagian ini juga telah melaksanakan Kursus Pelaporan dan Penyiasatan Insiden dan Kursus Pelan
Tindakan Kecemasan yang telah dilaksanakan pada 10 hingga 14 Ogos 2020. Objektif kursus ini ialah untuk
menerangkan prosedur pelaporan dan penyiasatan kemalangan yang terdapat di i-LEAD dan mengetahui
kaedah yang sistematik dalam penyiasatan kemalangan di tempat kerja bagi mencegahnya dari berulang.
Selain itu, ia dilaksanakan untuk memahami kehendak perundangan yang berkaitan kemalangan dan
penyiasatan di tempat kerja dan memberi pendedahan berkaitan pelan tindakan semasa kecemasan serta
memastikan Prosedur Tetap Operasi (PTO) dipatuhi semasa menguruskan kecemasan.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 67

18 Ogos 2020
Bual bicara Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan

10 hingga 14 Ogos 2020
Kursus Pelaporan dan Penyiasatan

Insiden

68 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

27 Ogos 2020
Seminar Pengukuhan Jati Diri dan
Perhimpunan Bulanan Bil 3/2020

27 Ogos 2020
Bual bicara “Bushido Spirit” Dalam Konsep

Bernegara Di Malaysia

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 69

9 hingga 11 September 2020
Bengkel Pengurusan Bencana

23 Oktober 2020
Bengkel Analisa Keperluan Latihan

Secara Dalam Talian

70 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

5 November 2020
Pra Bengkel Pemikiran Kreatif dan Inovatif

(BPKI) Secara Dalam Talian

9 hingga 11 November 2020
Bengkel Pemikiran Kreatif dan Inovatif (BPKI)

Secara Dalam Talian

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 71

18 hingga 20 November 2020
Bengkel Analisa Keperluan Latihan

Secara Dalam Talian

17 hingga 18 November 2020
Bengkel Penilaian Keberkesanan Program

Secara Dalam Talian

72 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

KLUSTER KENEGARAAN

Salah satu kluster yang terdapat di Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) yang
berperanan mendidik generasi belia agar mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan menambah
pengetahuan kenegaraan serta menerap amalan dan penghayatan nilai-nilai murni ialah Kluster Kenegaraan.
Kluster Kenegaraan mempunyai tiga bidang utama iaitu Bidang Kesukarelawanan, Bidang Tamadun dan
Seni Budaya dan Bidang Sosialisasi Politik. Bidang Kesukarelawaan adalah bertujuan untuk menyemarakkan
pengetahuan rakyat berkaitan kenegaraan, patriotisme dan jati diri. Manakala Bidang Tamadun dan Seni
Budaya ialah untuk menyemarakkan pengetahuan rakyat berkaitan bidang ketamadunan dan warisan negara.
Bagi Bidang Sosialisasi Politik ialah untuk mendidik generasi belia agar mempunyai semangat patriotik yang
tinggi dan menambah pengetahuan kenegaraan serta menerap amalan dan penghayatan nilai-nilai murni.
Kluster Kenegaraan telah melaksanakan sebanyak 54 program dengan jumlah peserta seramai 23,818 orang
pada tahun 2020. Sepertimana bahagian dan kluster yang lain, kluster ini juga telah melaksanakan program
dalam kaedah norma baharu.
Pelbagai sesi bual bicara secara dalam talian menerusi Facebook i-LEAD yang telah dilaksanakan seperti Bicara
Eksklusif Rukun Negara, Bicara Eksklusif Sosiopolitik dan Forum Pengundi Muda. Program-program tersebut
adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan belia bagi memahami Prinsip Rukun Negara, konsep dan
nilai demokrasi. Selain itu, program tersebut juga dapat memberi pengetahuan mengenai aspek kenegaraan,
jati diri dan semangat patriotisme serta konsep sosialisasi politik.
Sempena Bulan Kemerdekaan, Kluster Kenegaraan turut melaksanakan Program Semarak Hari Malaysia.
Program tersebut diadakan di Kem Wawasan Negara bagi memupuk gaya hidup sihat dari segi jasmani dan
rohani dalam kalangan warga kem dan Alumni serta mewujudkan persaingan sihat di antara peserta dalam
aktiviti kesukanan.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 73

26 Februari 2020
Program Sekolah Rukun Negara

Negeri Terengganu

5 hingga 6 Februari 2020
Program Training Of Trainers (TOT) Pegawai

i-LEAD Modul Program Rukun Negara

74 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

2 Jun 2020
Bicara Eksklusif Rukun Negara Demokrasi

Berparlimen Raja Berperlembangan

11 Jun 2020
Bicara Eksklusif Rukun Negara Ideologi

Kebangsaan

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 75

24 Jun 2020
Forum Pengundi Muda Suara Mahasiswa

19 Jun 2020
Bicara Eksklusif Sosialisasi Politik

76 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

16 Julai 2020
Bicara Eksklusif Sembang Rukun Negara

10 Julai 2020
Bual Bicara Pengundi Muda

(Bersama Alumni MFLS)

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 77

26 hingga 28 Julai 2020
Program Rintis Rukun Negara

22 Julai 2020
Bicara Eksklusif 50 Tahun Rukun Negara

78 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

19 Ogos 2020
Bicara Eksklusif Rukun Negara -

Keluhuran Perlembagaan

12 Ogos 2020
Bicara Eksklusif Rukun Negara Kesetiaan

Kepada Raja dan Negara

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 79

Program Semarak Merdeka yang dilaksanakan sepanjang
bulan Ogos dan September di seluruh negara

80 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

Program Semarak Merdeka yang dilaksanakan sepanjang
bulan Ogos dan September di seluruh negara

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 81

5 September 2020
Program Bicara Merdeka

2 September 2020
Program Semarak Hari Malaysia Pengamalan

dan Gaya Hidup Sihat

82 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

17 hingga 19 September 2020
Kursus Rukun Negara Jurulatih MFLS

11 September 2020
Bicara Advokasi Sosialisasi Politik Ke Arah

Pembentukan Bangsa Malaysia

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 83

17 September 2020

Sesi Advokasi Dimensi Politik Belia Satu
Kupasan Pakar

18 hingga 20 September 2020
Kursus Rukun Negara

84 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

25 hingga 27 September 2020
Kursus Rukun Negara

1 hingga 3 Oktober 2020
Kursus Kenegaraan Anak Muda dan Training Of

Trainers (TOT) Fasilitator

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 85

2 hingga 4 November 2020
Bengkel Perancangan Strategik

Kluster Kenegaraan

86 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

KLUSTER KERJAYA

Kluster Kerjaya, Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) amat komited dalam memberi
latihan kemahiran insaniah bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
Terdapat tiga bidang dalam Kluster Kerjaya iaitu Bidang Penjanaan Ekonomi, Bidang Komunikasi dan Bidang
Profesionalisme Kerjaya. Setiap bidang mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu Bidang Penjanaan Ekonomi
berfungsi untuk merancang dan melaksanakan pembangunan kepakaran dalam bidang penjanaan ekonomi.
Manakala Bidang Komunikasi berfungsi merancang dan melaksanakan pembangunan kepakaran dalam bidang
komunikasi. Bidang Profesionalisme Kerjaya pula berfungsi merancang dan melaksanakan pembangunan
kepakaran dalam bidang profesionalisme kerjaya.
Walaupun dalam keadaan pandemik COVID-19 pada tahun 2020, Kluster Kerjaya telah berjaya melaksanakan 54
program yang terdiri daripada bengkel, konvensyen, karnival, dialog dan lain-lain program.
Kesan daripada pandemik COVID - 19, ramai belia kehilangan kerja sama ada dalam bidang profesional
mahupun dalam bidang bukan profesional. Justeru itu, i-LEAD menerusi Kluster Kerjaya telah
melaksanakan pelbagai program yang bersesuaian dan menjadi salah satu ejen pemangkin kepada lonjakan
peluang kerjaya kepada belia. Kluster Kerjaya i-LEAD telah mengambil inisiatif positif dalam menangani masalah
ini dengan menganjurkan pelbagai program. Salah satu program yang dianjurkan ialah Program Dialog Online
bertajuk “Pekerjaan Masa Depan, Peranan Mahasiswa dan Pemain Industri”. Program ini dianjurkan bagi melihat
peluang yang ada dalam keadaan situasi semasa untuk mengurangkan kadar pengangguran yang kian
meningkat pada masa kini.
Selain itu, Kluster Kerjaya turut melaksanakan forum Penjanaan Ekonomi dalam talian untuk sesi perkongsian
antara panel dan belia bagi menggalakkan belia menceburi bidang keusahawanan dan memiliki modal melalui
platfom yang telah disediakan oleh pihak-pihak tertentu seperti SME Corp Malaysia.
Program-program secara dalam talian yang dilaksanakan oleh Kluster Kerjaya ini mendapat sambutan yang
memberangsangkan kerana topik yang dikupaskan adalah relevan pada masa sekarang dan panel jemputan
juga merupakan pakar dalam topik yang dibincangkan.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 87

4 hingga 6 Februari 2020
Bengkel Pemurnian Modul Kluster Kerjaya

27 hingga 28 Februari 2020
Bengkel Peningkatan Profesionalisme Pegawai

(Kursus Hire Me Now)

88 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

5 Mei 2020
Program Jendela Ramadan Sabar Syukur
Menghadapi Wabak COVID-19 Serta PKP

22 April 2020
Dialog Online Komunikasi Kemanusiaan dalam

Menghadapi PKP

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 89

8 Mei 2020
Program Dialog Online Keusahawanan di Era

Pandemik
18 Mei 2020

Program Cabaran Norma Baharu Belia dan
Peluang Pekerjaan Dalam Revolusi AI

90 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

30 Jun 2020

Pogram Dry Run Kursus Profesionalisme
Kerjaya Bagi Modul Jati Diri

20 Mei 2020 6 Julai 2020

Jendela Ramadan Online Siri 2 Dapat Musibah Program Dry Run Kursus Profesionalisme
Kena Redha Kerjaya (Slot Get To Know Yourself)

16 Jun 2020
Dialog Online GIG Ekonomi

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 91

8 Julai 2020
Dialog: Tips Memburu Kerja Ketika Penukaran

Wabak COVID-19

13 Julai 2020
Program Dry Run Kursus Profesionalisme
Kerjaya (Modul Career & Grooming Talk)

22 Julai 2022
Program Dry Run Kursus Profesionalisme

Kerjaya Bagi Modul Sell Yourself -
Stand Out Get Hired (Resume)

92 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

28 Julai 2020
Komunikasi Dalam Organisasi - Tahan Kena

Maki di Tempat Kerja

6 Ogos 2020
Dialog Kerjaya Pekerjaan Masa Depan
Peranan Mahasiswa dan Pemain Industri

14 Ogos 2020
Bual Bicara Eksklusif FB Live Keusahawanan

Kerjaya Pilihan Masa Depan

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 93

24 Ogos hingga 4 September 2020
Program #MyDigitalWorkForce Week

18 hingga 20 Ogos 2020
Kursus TOT Modul Soft Skills Program SPN

94 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

11 hingga 14 September 2020

Kursus Dry Run Modul Latihan Soft Skills
Program SPN

25 Ogos 2020

Dry Run Kursus Hire Me Now - Asas-Asas
Komunikasi

28 Ogos 2020

Dry Run Program Hire Me Now
9 Prinsip Memenangi Hati Org Lain

10 September 2020

Forum Penjaaan Ekonomi Keusahawanan
Dalam Sukan

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 95

24 hingga 26 September 2020
Kursus Peningkatan Profesionalisme Pegawai

Kluster Kerjaya

23 September 2020
Bual Bicara Eksklusif FB Live Kemahiran

Negosiasi Belia

96 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

29 hingga 30 September 2020
Program Career Starter For Youth

5 hingga 7 Oktober 2020
Bengkel Training Of Trainers (TOT) Modul

Kerjaya

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 97

24 hingga 26 November 2020
Karnival Penjana Kerjaya Belia 2020

8 Oktober 2020
Bengkel Post Mortem
#MyDigitalWorkForce Week

98 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020

KLUSTER KEPIMPINAN

Kluster Kepimpinan merupakan salah satu kluster di bawah Institut Pembangunan dan Kecemerlangan
Kepimpinan (i-LEAD) yang berperanan bagi merancang dan melaksanakan pembangunan kepakaran serta
membangunkan modul dalam bidang tadbir urus, jaringan dan kolaboratif. Selain itu, kluster ini juga
berperanan untuk memberi fokus tumpuan terhadap membina rangkaian, mengurus hal ehwal alumni
pelajar, mahasiswa, birokrat dan korporat. Menerusi kluster kepimpinan terdapat dua sub bidang iaitu
bidang kepimpinan dan bidang bina insan.
Pada tahun 2020, Kluster Kepimpinan telah berjaya melaksanakan sebanyak 236 program dengan bilangan
peserta 153,506 orang. Memandangkan tahun 2020 merupakan tahun yang penuh cabaran akibat pandemik
COVID-19, kluster ini telah menjalankan program mereka secara dwi mod iaitu secara bersemuka dan dalam
talian. Kaedah dalam talian ini dilaksanakan bagi memastikan program dapat dilaksanakan malahan ia dapat
meningkatkan pengetahuan pegawai dan kakitangan mengendalikan program secara dalam talian.
Antara program yang telah dilaksanakan secara bersemuka oleh Kluster Kepimpinan ialah Program Malaysia
Future Leaders School (MFLS) Tier 2 dan Tier 3 serta Seminar Kepimpinan Alumni MFLS.
Program MFLS yang merupakan program utama dalam kluster ini telah mula mendapat sambutan dalam
kalangan ibu bapa dan pelajar. Daripada maklum balas yang diterima mendapati program ini amat baik dalam
membentuk pemimpin dalam kalangan generasi muda. Program ini menggabungkan aktiviti ‘indoor’
dan ‘outdoor’ berimpak tinggi untuk menyerlahkan potensi anak muda sebagai rakan strategik dalam
membangunkan negara.
Pada tahun 2020 juga telah julung kalinya program MFLS Tier 3 dilaksanakan. Seramai 240 orang Alumni MFLS
Tier 2 telah terpilih mengikuti program ini. Semua peserta telah didedahkan dengan pelbagai program yang
merangkumi 7 elemen iaitu kepimpinan, kenegaraan, kesukarelawan, pembentukan watak dan jati diri,
komunikasi, keusahawanan dan pengantarabangsaan.
Manakala antara program secara dalam talian yang telah dilaksanakan ialah Program ABM MFLS-Kluster
Kepimpinan, Inspirasi Ramadan dan Dialog Kepimpinan serta Dialog Kepimpinan Masa Hadapan
Malaysia-Jepun. Program dalam talian yang dilaksanakan oleh Kluster ini mendapat sambutan yang
menggalakkan malahan ada program yang memperolehi ribuan tontonan.

LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020 99

6 hingga 8 Januari 2020
Temuduga Pemilihan Peserta Tier 3

17 hingga 23 Januari 2020
Kursus Kemahiran Rekreasi Tahap I Dan II Besut

100 LAPORAN TAHUNAN i-LEAD 2020


Click to View FlipBook Version