“Ju, Ju belum kenal secara dekat siapa Remie tu.”
Terpacul kata-kata itu dari bibir Lisa yang comel itu.
“Mengapa, kak?” soal Julia pantas sambil merenung
Lisa.
Kali ini, Lisa bangun dari sofa dan mundar-mandir di
hadapan Julia. Julia terus menanti apakah yang hendak
diceritakan oleh pegawai perhubungan awam yang baik
dan peramah itu.
“Remie tu memanglah komposer yang bagus dan
menghasilkan kerja yang memuaskan di syarikat ini. Tapi
dia mempunyai satu tabiat buruk, iaitu suka
mempedayakan orang, terutamanya penyanyi-penyanyi
yang baru seperti Ju,” jelas Lisa tanpa berselindung kerana
sangat bersimpati terhadap Julia yang menjadi mangsa
komposer itu.
“Maksud kak, saya telah tertipu?” Julia sungguh
terkejut.
“Entahlah, Ju. Kak Lisa pun tak tahu nak kata sama
ada Ju sudah tertipu atau tidak.” Lisa seperti serba salah.
“Tapi apa pula yang Ju rasa?”
Julia diam. Semenjak dia berada di Kuala Lumpur
hampir dua minggu yang lalu, dia begitu banyak mendapat
undangan menyanyi dan mengadakan pertunjukan pentas
sehinggakan dia berasa sungguh penat. Apa yang
96
dikesalkan, dia tidak merasa langsung duit hasil penat
lelahnya di pentas. Semua bayaran yang diterimanya telah
diuruskan oleh Remie. Dia cuma disediakan tempat tinggal
dan diuruskan makanan dan perbelanjaan membeli
pakaian untuk mengadakan persembahan. Nasib baiklah
wang sakunya masih ada.
“Kak Lisa rasa, lebih baik Ju jumpa ibu dan ayah Ju
dan pulang semula ke asrama. Memanglah syarikat
rakaman ini gembira jika Ju dapat berpindah ke sini kerana
lebih memudahkan segala urusan. Tapi memandangkan Ju
tinggal di sini sendirian, banyak risiko yang akan Ju terima
nanti, kerana Ju masih muda.” Lisa rasa bertanggungjawab
untuk menasihati Julia.
Julia diam. Kata-kata Lisa itu memang ada
kebenarannya. Julia berasa sungguh menyesal kerana tidak
mendengar nasihat ibu dan ayah serta kawan-kawannya.
“Terima kasih, kak, kerana telah menasihati saya,”
ucap Julia dengan suara sebak kerana terharu. “Saya akan
dengar nasihat kak.”
97
11 Pengajaran Berharga
Julia menangis tersedu-sedu. Dia sungguh sedih
dan malu membaca cerita yang disiarkan dalam sebuah
majalah hiburan. Cerita panas itu ialah gosip kononnya dia
sekarang sedang bercinta dengan Remie, komposernya.
Sementara dalam ruangan yang lain pula, wartawan
majalah hiburan itu menyiarkan cerita tentang penyanyi
remaja, Eka Mayasari, yang baru menceburi dunia hiburan.
Eka Mayasari sebaya dengan Julia. Gambar-gambar Eka
Mayasari memenuhi majalah tersebut. Keadaan yang
serupa pernah berlaku kepada Julia ketika dia mula-mula
diperkenalkan ke dalam dunia hiburan.
Dalam tulisannya, wartawan itu ada mengaitkan Julia
dengan Eka Mayasari. ‘KEMUNCULAN EKA MAYASARI
MENGGUGAT POPULARITI JULIA.’ Begitulah tajuk rencana
yang terdapat di dalam majalah tersebut. Bukan itu sahaja,
lebih menyakitkan hati Julia apabila wartawan itu menulis
kononnya, Julia dan Eka Mayasari bermusuh-musuhan.
“Kenapa menangis ni?” Azlin sungguh terperanjat
kerana sebaik-baik sahaja masuk ke bilik itu tiba-tiba dia
98
melihat Julia sedang terbaring di atas katilnya sambil
menangis tersedu-sedu.
Shida yang baru pulang bersama-sama dengan Azlin
dari bilik air itu turut tergamam melihat keadaan Julia.
Azlin menghampiri Julia. “Kenapa, Ju? Ju sakit?”
Julia tidak menjawab, sekadar menggeleng-gelengkan
kepalanya. Sedunya kian jelas kedengaran. Kedua-dua
orang rakan sebiliknya itu berasa sungguh risau.
“Kak Alin,” cetus Shida sambil memuncungkan
mulutnya ke arah sebuah majalah hiburan yang terdapat di
sisi Julia.
Azlin segera mencapai majalah itu. Gambar penyanyi
baru Eka Mayasari menjadi cover majalah berkenaan. Azlin
segera membelek-belek majalah tersebut. Kemudian, dia
terpandang artikel yang menyiarkan gosip Julia dengan
komposernya, Remie. Azlin segera menunjukkan artikel itu
kepada Shida dan mereka sama-sama membacanya.
Azlin dan Shida berpandangan sesama sendiri
selepas membaca artikel itu. Mereka sungguh terkejut
dengan berita itu. Namun begitu, mereka sedar gosip itu
tidak benar kerana Julia kini sudah kembali semula ke
asrama setelah dipujuk oleh kedua-dua orang ibu bapanya.
“Adakah awak menangis kerana berita ini, Ju?” Azlin
ingin tahu.
99
Julia bangun dan menyeka air matanya. Dia duduk
berjuntai kaki di birai katil, di hadapan Shida dan Azlin
yang masih tercegat di situ.
“Berita itu tidak benar. Saya sungguh malu,” kata
Julia dengan suara yang masih serak. “Hubungan baik saya
dengan Remie tu sudah renggang kerana dia menipu saya.
Duit bayaran menyanyi di pertunjukan pentas yang saya
terima dikebasnya. Satu sen pun saya tak terima!”
Azlin dan Shida diam seketika. Mereka berasa
sungguh simpati terhadap nasib yang diterima oleh rakan
sebilik mereka itu setelah bergelar artis.
“Lagipun, dia sekarang rapat dengan penyanyi baru,
Eka Mayasari,” ujar Julia lagi.
“Oh, Eka Mayasari yang menjadi cover majalah ni?”
kata Shida lalu menatap gambar-gambar Eka Mayasari
yang dimuatkan di dalam majalah hiburan itu.
“Adakah kerana artikel ini membuat Ju marah?” Azlin
menduga setelah membaca artikel yang mengaitkan Julia
dengan Eka Mayasari itu.
“Ya, saya marah dan sedih kerana dalam artikel tu
Eka Mayasari mendakwa saya bermusuhan dengan dia.
Kononnya, saya cemburu akan dirinya lantaran dia lebih
hebat daripada saya.” Julia marah-marah.
100
“Padahal, saya tidak pernah bersua dengannya. Hanya
Abang Remie yang banyak menceritakan tentang penyanyi
itu kepada saya. Itupun sebelum albumnya meletup seperti
sekarang!”
“Kalau perkara itu tidak benar tak apalah, Ju. Ju
diamkan sahaja.” Azlin menyarankan.
“Tapi, Kak Alin, saya sungguh malu!” Julia bertambah
kecewa dan sedih.
“Kalau begitu, Ju jumpa wartawan ni, dan
perbetulkan semula semua berita yang tidak benar ini.”
Shida pula mencadangkan Julia berbuat demikian.
Julia diam sejenak. Dia sedang memikirkan cadangan
kedua-kedua orang rakannya itu.
“Saya berasa sungguh menyesal kerana melibatkan
diri dalam dunia hiburan. Banyak cabaran yang tidak
mampu saya tempuhi. Sekarang saya akan tumpukan
sepenuh perhatian terhadap pelajaran saya,” akui Julia
dengan bersungguh-sungguh.
“Mana boleh begitu, Ju. Awak kan dah bergelar artis,”
kata Shida sambil mengerutkan dahinya.
Julia diam. Dia mengenangkan kembali bagaimana
kehidupannya yang bergelar artis selama beberapa bulan.
101
102
“Saya tidak berdaya lagi mengejar bintang yang mula
bersinar itu kerana jaraknya terlalu jauh.” Julia mengeluh
penuh kekecewaan.
“Tapi tidakkah bintang itu akan terus malap?” Shida
ingin menduga hati Julia.
“Biarlah bintang itu malap. Saya tidak sanggup lagi
berada di dunia hiburan yang membuat saya terpedaya,
tertipu, dan difitnah. Biarlah saya ikut nasihat ayah dan ibu
saya serta kawan-kawan semua, menumpukan perhatian
terhadap pelajaran. Kerana pelajaran akan menjamin masa
depan kita.” Julia kini mula sedar akan pentingnya
pelajaran dalam hidupnya.
“Nasib baiklah awak diterima masuk semula ke
asrama ini, Ju,” ujar Azlin.
“Ya. Ini semua adalah usaha ibu bapa saya yang
bersungguh-sungguh membuat rayuan kepada pihak
Lembaga Asrama Kemboja supaya saya diterima semula
untuk menduduki asrama ini. Kalau ikutkan peraturan yang
sedia ada, memang saya dah disingkir dari asrama ini,”
keluh Julia bersungguh-sungguh.
“Ya, Ju..., ibu bapa mana yang tidak sayang akan
anak mereka. Mereka sanggup lakukan apa saja demi
membahagiakan kehidupan anak-anak,” tambah Azlin lagi
sambil memeluk bahu Julia.
103
“Saya sungguh menyesal kerana perbuatan saya
yang membelakangkan kedua-dua orang ibu bapa saya
meninggalkan asrama ini semata-mata kerana terpedaya
dengan Remie, tu.” Julia tidak jemu-jemu melahirkan
kekesalannya.
“Sudahlah. Perkara dah berlalu dan Ju kini pun dah
kembali semula ke asrama.” Azlin terus memujuk Julia.
“Saya ada terbaca dalam surat khabar semalam
bahawa syarikat rakaman yang menerbitkan album Ju tu
terpaksa gulung tikar gara-gara lanun cetak rompak.
Syarikat itu mengalami kerugian yang besar kerana cakera
padat dan kaset original yang diterbitkan masih berlambak
di pasaran. Hal ini disebabkan orang ramai lebih suka
membeli produk cetak rompak,” beritahu Shida mengenai
berita yang dibacanya itu. “Betulkah begitu, Ju?”
“Betul, Shida,” jawab Julia dengan hampa. “Awak
tengoklah, lagu-lagu saya meletup dan sering ke udara di
radio serta mendapat sambutan. Jika diukur dari situ
tentulah album tersebut laris. Tapi royalti yang saya terima
tidak berbaloi.”
“Saya tidak faham mengapa pengguna lebih suka
membeli album cetak rompak daripada album yang
original.” Azlin yang duduk di sebelah Julia merungut.
“Entahlah, saya pun tak faham. Mungkin mereka
tidak mementingkan kualiti,” balas Julia.
104
“Jika begitu, awak penat-penat menyanyi tetapi
lanun cetak rompak tu yang mengaut keuntungan.” Shida
mencebikkan bibirnya tanda geram.
“Sebenarnya, perkara yang sama juga berlaku
kepada artis-artis lain. Mereka lebih bergantung kepada
bayaran hasil pertunjukan pentas dan undangan di majlis-
majlis tertentu daripada mendapat bayaran hasil jualan
album.” Julia berterus terang.
Suasana sepi sejenak apabila Juren dan Era masuk.
“Ada surat untuk awak, Ju.” Juren menghulurkan
sampul surat berwarna coklat itu kepada Julia.
Julia segera mengoyak sampul surat dan membaca isi
di dalamnya.
“Surat daripada siapa?” tanya Shida.
“Daripada syarikat rakaman,” balas Julia malas.
“Dapat bayaran royalti ke?” Juren mengusik.
“Tidak,” jawab Julia lalu memasukkan surat itu ke
dalam sampulnya semula.
“Apa syarikat rakaman tu nak?” tanya Azlin.
“Sebuah syarikat rakaman lain menawarkan kontrak
untuk saya.” Julia berterus terang tetapi nada suaranya
hambar.
105
“Dapat tawaran baru? Tentu awak seronok bukan,”
Era menunjukkan rasa gembiranya.
“Tidak,” balas Julia selamba.
Era mengerutkan dahinya. “Macam mana boleh
mendapat tawaran baru sedangkan kontrak dengan
syarikat lama belum tamat?”
“Agaknya, syarikat rakaman yang baru ini dah tahu
syarikat rakaman yang menerbitkan album saya tu sudah
ditutup. Itulah sebabnya dia manawarkan kontrak ini
kepada saya,” beritahu Julia.
“Apa, syarikat rakaman yang menerbitkan album
awak tu ditutup?” Era yang baru mengetahui cerita itu
menunjukkan rasa terkejutnya. “Bukankah baru enam
bulan awak merakamkan album dengan syarikat itu?”
“Ini semua kerana ancaman lanun cetak rompak
yang sedang berleluasa sekarang. Walaupun kerajaan telah
melakukan beberapa usaha untuk membanterasnya namun
masih tidak berhasil.” Azlin turut mengutuk kegiatan lanun
cetak rompak itu.
Julia diam. Dia mencapai majalah hiburan yang
masih ada di situ. Dia merenung wajah penyanyi baru, Eka
Mayasari, yang menghiasi kulit majalah itu. Julia tidak tahu
sampai bila Eka Mayasari dapat bertahan sebagai
penyanyi.
106
Adakah penyanyi yang sudah tidak bersekolah lagi itu
akan menerima nasib sepertinya? Menjadi mangsa lanun
cetak rompak dan menjadi mangsa Remie yang sering
mengambil kesempatan mempengaruhi penyanyi-penyanyi
baru.
“Awak ni dikira laku jugalah, Ju. Belum lagi
dilepaskan oleh syarikat rakaman yang lama, dah disambar
pula oleh syarikat rakaman yang baru.” Shida memuji Julia.
“Kalau kegiatan lanun cetak rompak tu masih belum
dihapuskan, ke syarikat rakaman mana saya pergi pun saya
akan tetap menjadi mangsa cetak rompak,” akui Julia
sambil menghela nafas panjang.
“Jadi, macam mana dengan tawaran kontrak ini?”
tanya Juren bersungguh-sungguh.
“Saya tidak mahu menerimanya,” jawab Julia dengan
nada tegas.
“Tapi, tidakkah awak akan berasa rugi?” Juren ingin
tahu pendapat Julia.
“Tidak. Saya tidak akan berasa rugi. Saya tidak akan
mengejar bintang yang mula bersinar itu. Saya akan berasa
rugi jika saya tinggalkan asrama ini dan mengabaikan
pelajaran saya,” akui Julia dengan terharu.
“Jadi, memang awak tetap tidak mahu menerima
tawaran yang baru ni?” Azlin seperti tidak percaya.
107
“Betul. Keputusan saya muktamad. Saya tetap tidak
akan menerima kontrak ini walaupun dipujuk oleh
sesiapa,” kata Julia dengan bersungguh-sungguh.
“Jadi, awak tak mahu menyanyi lagikah?” soal Shida.
“Darah seni yang mengalir dalam diri saya ini tidak
akan hilang. Saya akan terus menyanyi tapi untuk
menghibur penghuni-penghuni Asrama Kemboja ini
sahaja,” kata Julia dengan wajah berseri-seri.
Rakan-rakan sebilik Julia sungguh gembira dengan
keputusan itu. Julia kini kembali ke Asrama Kemboja dan
menjalani hidup seperti biasa, seperti sebelum bergelar
artis. Perhatiannya lebih ditumpukan kepada pelajaran. Dia
mahu melupakan kehidupan sebagai seorang artis yang
penuh dengan tipu daya.
108
Julia mengambil bahagian dalam Mengejar
Pertandingan Sinaran Bakat Kemboja yang Bintang
menjadi acara tahunan di Asrama Kemboja.
Atisya yang sudah dua tahun menjuarai
pertandingan itu membuat rancangan untuk
menggagalkan Julia. Walau bagaimanapun, rancangan
itu tidak berjaya. Julia akhirnya muncul sebagai juara
menewaskan Atisya.
Tidak lama selepas itu, Julia menyertai pertandingan
nyanyian anjuran sebuah stesen televisyen swasta. Sekali
lagi, Julia muncul sebagai juara lalu mendapat tawaran
untuk merakamkan album.
Julia mula tenggelam dalam angan-angannya untuk
menjadi penyanyi terkenal. Dia sanggup meninggalkan
Asrama Kemboja dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk
bergiat secara aktif dalam bidang nyanyian.
Berjayakah Julia mengejar impiannya? Berbaloikah
tindakan Julia mengorbankan pelajarannya Judul-judul
demi impiannya itu? Anda akan dapat dalam siri ini:
mempelajari sesuatu yang amat
berharga daripada pengalaman
yang dilalui Julia. Meniti Dendam
Mencari Kepastian
Alice Aisyah
Mengejar Bintang
Korban Kasih
Penghujung Rindu
3–4–20, Jalan 3/149B, Taman Sri Endah, 983-111-263-6 (Set)
Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur.
ISBN 983-111-267-9
9 789831 112670