BUKU LOG UNIT
BERUNIFORM
PENGAKAP
DISEDIAKAN OLEH:
HANI NUR BATRISYIA BINTI A HAMID
2020142340152
SEKAWAN UNGU
PISMP PENDIDIKAN ISLAM 1 AMBILAN JUN 2020
MPU3062 – KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM
BIODATA
NAMA: HANI NUR BATRISYIA BINTI A HAMID
NO. KAD PENGENALAN: 000718-04-0352
TARIKH LAHIR: 18 JULAI 2000
NO TELEFON: 019-6015507
ALAMAT E-MAIL: [email protected]
ALAMAT KEDIAMAN: KM 12, KAMPUNG
BUKIT PEGOH, PERNU, 75460, MELAKA
NAMA PATROL: SEKAWAN UNGU
BENDERA MALAYSIA
SEJARAH
PENGAKAP
SEJARAH PENUBUHAN
PENGAKAP
Sejarah pengakap bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pergerakan
Pengakap bermula apabila satu perkhemahan untuk budak-budak lelaki dilaksanakan di pulau
berkenaan dan perkhemahan ini telah diilhamkan oleh Robert Stephenson Smith Baden
Powell. Beliau merupakan seorang bekas Mejar Tentera British yang penuh pengalaman dari
medan pertempuran. Dengan kejayaan menganjurkan perkhemahan untuk budak lelaki,
beliau telah mengarang sebuah buku berjudul “Scouting For Boys” pada tahun 1908. Buku
yang dikarang oleh Baden Powell ini telah memikat hati budak-budak, maka dengan itu,
wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap telah
berkembang di England, Autralia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Seterusnya,
pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap telah ditubuhkan di Amerika Syarikat, Ghana, India
dan berkembang di seluruh dunia. Pada tahun 1919, Baden Powell telah mewujudkan satu
tapak perkhemahan pertama di dunia yang dikenali sebagai Gillwell Park di London dan
setahun kemudian, Jambori Pengakap Sedunia yang pertama telah diadakan di Olympiad,
Old Deer Park, Richwood, London. Semasa Jambori tersebut Baden Powell telah dilantik
sebagai Pengakap Agung (Chief Scout) bagi seluruh dunia.
BIODATA BADEN POWELL
Nama Penuh: Robert Stephenson Smith Baden
Powell
Tarikh Lahir: 22 Februari 1857
Tempat Lahir: London, England
Nama Isteri: Lady Olive Baden Powell
Pekerjaan: Bekas Mejar Tentera British
Tarikh Meninggal Dunia: 8 Januari 1941
SEJARAH PENGAKAP DI MALAYSIA
Pengakap mula berkembang di Malaysia apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengakap
Kanak-kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 iaitu dua tahun selepas Baden Powell
mengasaskan Pergerakan Pengakap ini di England. Negeri Melayu pertama yang memulakan
Pergerakan Pengakap ialah Pahang oleh G.M Laidlow. Akan tetapi, pergerkan ini terus
terkubur setelah G.M Laidlow meninggal. Seterusnya, pada tahun 1927, Pergerakan
Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran
Pahang dan mereka memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman iaitu seorang ahli pendidikan
yang terkenal telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free
School pada tahun 1915
Di Perak pula, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada
tahun 1926 oleh I.R.Wheeler. Setersunya, pada tahun 1922, Pergerakan Pengakap telah
bermula di Kedah dan di Johor pula, Pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan
kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu Bakar. Manakala negeri Melaka dan Negeri
Sembilan telah memulakan Pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brustone. Selangor
menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan
Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu
ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913
dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak
Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun
1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar
kepada Persekutuan Pengakap Malaysia
Secara ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura (1910)
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang (1915) dan Johor (1928)
3. I.R Wheeler di Perak (1926)
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R.Brunnston di Melaka (1925)
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan (1925)
7. Ameen Akhbar di Selangor (1926)
8. A.J Cracle di Terengganu (1926)
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan (1927)
10. Perlis dibawah naungan Kedah (1931)
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexander di Sabah (1913)
12. Sarawak (1915)
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang Dunia Ke-
2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh Persidangan
Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak Pengakap Tanah
Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia dimana
dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1964. Pada tahun
Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Budak Pengakap Malaysia
sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia
BENDERA PENGAKAP
LOGO PENGAKAP
Bintang pecah 14 melambangkan Anak panah pecah tiga
14 buah negeri di Malaysia melambangkan persetiaan
pengakap
Dua bintang pecah 5 Anak bula dan bintang
melambangkan 10 undang- melambangkan agama
undang pengakap rasmi Malaysia iaitu Islam
Ikatan buku sila mela,bangkan
paersaudaraan Pengkap
UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Seorang Pengakap itu adalah:
1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan
mempunyai kehormatan diri
2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada DYMM Yang di-Pertuan
Agong serta raja-raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya,
ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya
3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna berguna dan
menolong orang pada setiap masa
4. Pengakap adalah sahabat kepada sekalian orang dan saudara kepada
pengakap lain walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun
5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sempurna budi pekertinya
dan sentiasa berbudi
6. Pengakap adalah baik dan kasih kepada segala binatang
7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan
suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-peminpin
pengakapnya tanpa apa-apa soalan
8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air
mukanya walau dalam masa kesusahan
9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat
10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan
perbuatannya
PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa Dengan Sesungguhnya
Saya Berjanji Dan Bersetia
Yang Saya
Dengan Seberapa Daya Upaya Saya
Akan Taat Kepada Tuhan, Raja Dan
Negara
Menolong Orang Pada Setiap Masa
Menurut Undang-Undang Pengakap
HORMAT PENGAKAP
1. Hormat pengakap dilakukan apabila:
o Menemui ahli Pengakap lain, sama ada dalam atau luar negara yang
menunjukkan perdaudaraan Pengakap
o Menemui Pemimpin Pengakap dan penolong-penolongnya serta Ketua
Kumpulan dan Ketua Patrol / Sekawan
o Semasa menerima sijil, anugerah dan sebagainya di dalam satu istiadat
o Selepas bendera dikibarkan dalam Istiadat Bendera (Ladam Kuda)
o Ketika menjalankan Istiadat Agung
2. Cara hormat Pengakap
3. Makna hormat Pengakap:
o Tiga jari yang dirapatkan menunjukkan tiga Persetiaan Pengakap iaitu:
i. Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara
ii. Menolong orang pada setiap masa
iii. Menurut undang-undang Pengakap
o Ibu jari menunjukkan Undang-undang Pengakap
o Jari kelingking menunjukkan ahli Pengakap
o Ibu jari bertaut pada jari kelingking menunjukkan Pengakap adalah beraudara
tanpa mengira pangkat, darjah ataupun keturunan
Cogan Kata Pengakap
o BUAT HABIS BAIK (Pengakap Kanak-Kanak)
o SELALU SEDIA (Pengakap Muda)
o BERKHIDMAT (Pengakap Remaja)
o PANDANG LUAS (Pengakap Kelana)
LAGU PENGAKAP
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia
ORGANISASI
PENGAKAP
ORGANISASI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Ketua Pengakap / Yang Dipertua
Naib Yang Dipertua
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara
Timbalan Ketua Pesuruhjaya Timbalan Ketua Pesuruhjaya
Pengakap Negara Pengakap Negara
Ketua Setiausaha Penolong-penolong Ketua Pesuruhjaya-
Kerja Pesuruhjaya Pengakap pesuruhjaya Ibu
Negara
Setiausaha Kerja Pejabat
Latihan Pesuruhjaya Antarabangsa Pengakap Khas
Pesuruhjaya Latihan Negara
Bendahari Kesihatan dan Bencana Alam Pengakap Kanak-kanak
Pendaftaran dan Keahlian Pengakap Muda
APR Liason Officer Pengakap Kelana
Pembangunan Kepengakapan Pengakap Laut
Pengakap Udara
Sumber Dewasa
Media dan ICT Unit Antarabangsa
Logistik Tugas-tugas Khas
Program
Tugas-tugas Khas Hal Ehwal Wanita
ORGANISASI PENGAKAP NEGERI
Pesuruhjaya Pengakap
Negeri
JK Pasukan Latihan Pesuruhjaya Pengakap JK Program Negeri
Negeri Daerah
Penolong
Pesuruhjaya
Pengakap Daerah
JK Pasukan Latihan JK Program Daerah
Daerah
Pemimpin-Pemimpin
Unit
Unit-Unit PKK Unit-Unit PM Unit-Unit PR Unit-Unit PK
ORGANISASI PENGAKAP SEKOLAH
Kumpulan Pengakap Sekolah
Majlis Kumpulan
Penaung: Pengetua / Guru Besar
Pengerusi: Penolong Kanan Kokurikulum
Setiausaha: Pemimpin Kumpulan
Bendahari: Pen. Pemimpin Kumpulan
Jawatankuasa: Semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin
Kepimpinan Kumpulan Pengakap
Pemimpin Pengakap Kanak-kanak
Penolong Pemimpin Pengakap Kanak-kanak
Ketua KumpulanKepimpinan Kumpulan
Pengakap Kanak-kanak
Majlis Ketua Patrol (COH)
Ketua Patrol / Sekawan
Penolong Ketua Patrol / Sekawan
Kuarter Master Patrol / Sekawan
Ahli-ahli
ORGANISASI PENGAKAP IPGK PEREMPUAN MELAYU
Pengerusi - Pengarah
Timbalan Pengerusi - Timbalan Pengarah
Pesuruhjaya - Ku Koku
Pen. Pesuruhjaya - En. Hishamuddin
Pen. Pesuruhjaya - Pn. Zaimawati
Ketua Majlis sekawan
Ketua-ketua Sekawan
STRUKTUR ORGANISASI SEKAWAN
Juruhlati
Ketua Sekawan
Penolong Ketua Sekawan
Quarter Master
Ahli-ahli
OBJEKTIF PENGAKAP
Menggalakkan lebih ramai golongan muda
remaja menyertai pengakap
Untuk menjadi program pembangunan manusia
yang berkesan dan berkualiti bagi golongan
muda remaja
Untuk melatih jurulatih yang berkeupayaan dan
berkualiti di semua peringkat
Menerapkan nilai-nilai murni di dalam program
kepengakapan berpandukan prinsip dan
undang-undang pengakap
Menjadi sebuah organisasi yang berdikari dan
diurus dengan berkesan
VISI MISI
Menjelang tahun 2023, Misi kepengakapan adalah
Persekutuan Pengakap Malaysia menyumbang kepada pendidikan
akan menjadi pertubuhan generasi muda melalui satu
pendidikan golongan muda sistem nilai yang berdasarkan
terunggul, moden, berdikari yang kepada Persetiaan dan Undang-
akan melatih golongan muda undang Pengakap, membantu
negara menjadi warganegara membina dunia yang lebih baik,
dimana rakyatnya boleh berdikari
aktif yang menjadi agen sebagai individu dan memainkan
perubahan positif kepada peranan yang berguna kepada
masyarakat melalui nilai-nilai
masyarakat
kepengakapan
PENGURUSAN
DAN
PENTADBIRAN
1. MENUBUHKAN 2. BILANGAN 3. PENDAFTARAN
KUMPULAN ANGGOTA
Satu kumpulan bagi Sekurang-kurangnya Setiap kumpulan perlu
sebuah sekolah 18 orang didaftarkan dengan PPM
Boleh ditubuhkan Paling ramai 48 orang Gunakan beberapa jenis
beberapa pasukan Dengan dua orang borang
dalam kumpulan pemimpin # Borang PPM 8
tersebut Jika melebihi 48 orang (Pendaftaran Kumpulan)
anggota perlu # Borang PPM 1B (Borang
pecahkan kepada dua Kawalan)
buah pasukan # Borang PPM 9A
(Permohonan Tauliah
Pemimpin/Penolong)
Borang boleh diperolehi
daripada Pesuruhjaya
Daerah, Negeri atau Ibu
Pejabat PPM
4. YURAN PENDAFTARAN 5. TAULIAH PEMIMPIN 6. KEGIATAN
Kumpulan/Anggota yang Setiap pemimpin Semua kegiatan
baru perlu didaftarkan dan wajib memiliki dua dijalankan berdasarkan
kumpulan/anggota yang jenis tauliah daripada kepada Skim Latihan
lama perlu diperbaharui PPM: yang dikeluarkan PPM:
pendaftaran kumpulan
dengan PPM o Tauliah sementara o Program Latihan PKK
o Tauliah tetap untuk murid-murid
Yuran pendaftaran: Tauliah sementara sekolah rendah
o Kumpulan: RM30 (setahun)
o Anggota Pengakap: RM5 diberikan kepada o Program Latihan PM
pemimpin yang telah untuk pelajar tingkatan
(setahun) lulus kursus 1-3
o Pemimpin/Penolong Kepimpinan
Manikayu Peingkat o Program Latihan PR
Pemimpin: RM10 (setahun) satu dan Dua untuk pelajar tingkatan
Kumpulan/Anggota yang Tauliah tetap 4-5
diberikan kepada
tidak menjelaskan yuran pemimpin yang telah o Program Latihan PK
pendaftaran tidak lulus Kursus untuk pelajar tingkatan 6
dibenarkan menjalankan Kepimpinan
aktiviti pengakap Manikayu Peringkat o Semua kegiatan di luar
Tiga kawasan sekolah perlu
Perlu pohon tauliah mendapat kelulusan dan
baru serta sokongan daripada
mengembalikan kuasa penganjur (Guru
tauliah lama kepada Besar/Pengetua), ibu
PPM sekiranya bapa/penjaga dan
pemimpin bertukar ke Pemimpin Unit PKK, PM
sekolah lain dan PR
7. PENTADBIRAN KUMPULAN
Dilaksanakan oleh kuasa penganjur (guru besar/pengetua)
dan pemimpin
Surat menyurat dibuat secara rasmi dan ditandatangani
oleh kuasa penganjur/ketua pemimpin bagi pihak pelajar
Anggota tidak dibenar menjalankan urusan pentadbiran
Pihak sekolah perlu memilik/menyediakan satu fail
pengakap
8. JAWATANKUASA KUMPULAN 9. TUGAS MAJLIS PEMIMPIN
Memeriksa dan menyemak buku
Jawatankuasa kumpulan
Jawatankuasa pemimpin log kumpulan
Mengambil kedatangan anggota
kumpulan
Jawatankuasa Majlis Ketua kumpulan dan pemimpin
Memeriksa stok alatan kumpulan
Patrol (bagi Budak-budak Membuat persediaan mengajar
Pengakap)
(program mingguan)
Mengeluarkan surat kebenaran
ibu bapa/penjaga
10. BUTIRAN PERIBADI 11. REKOD-REKOD 12. BILIK PERJUMPAAN
ANGGOTA PENGAKAP
•Rekod kehadiran •Carta organisasi
•Nama dan no. kad •Rekod prestasi (kegiatan, •Gambar-gambar dan poster-
pengenalan anggota sijil, lencana) poster (lencana/pangkat)
•No pendaftaran •Rekod perancangan •Buku-buku rujukan
•Nama ibu bapa/penjaga semester dan mingguan •Model-model hasilan kerja
•Alamat dan no. telefon ibu •Rekod kewangan (model tapak
bapa/penjaga •Fail surat-menyurat perkhemahan/gajet/ikatan
•Tarikh lahir •Fail minit mesyuarat dan simpulan)
•Bangsa dan agama •Laporan aktiviti •Peralatan latihan
•Kesihatan dan alergi •Peralatan perkhemahan
pemakanan •Meja dan kerusi untuk
•Kecenderungan/minat bermesyuarat
Pakaian Seragam Pengakap Kanak-kanak, Muda dan Remaja
LENCANA KEAHLIAN
o KRAF PERKHEMAHAN
o IKATAN DAN SIMPULAN
o ASAS KAWAD KAKI
o PERTOLONGAN CEMAS
KRAF PERKHEMAHAN
PENGURUSAN DAN PENJAGAAN KHEMAH
Sentiasa melindungi pancang khemah dan memastikan pancang/tiang khemah
berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk memudahkan
memasukkan dan mengeluarkan tiang/pancang
Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip dari jem dan
menyebabkan susah untuk dibuka
Jangan menyimpan makanan didalam khemah untuk mengelakkan daripada
binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha mencari
makanan tersebut
Sebelum menyimpan pastikan khemah dalam keadaan kering
Sekiranya khemah basah elakkan daripada menekan, menarik atau dengan
apa cara sekalipun untuk mengelakkan daripada terkoyak
Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka berdekatan
dengan khemah
Gajet-Gajet Perkhemahan
Peralatan yang dibuat untuk keselesaan
sepanjang masa perkhemahan
Bina gajet-gajet yang diperlukan sahaja
diperingkat awal semasa perkhemahan
Mengenal gajet perkhemahan:
Lazimnya gajet ialah alat yang
dibuat atau didirikan semasa
perkhemahan daripada bahan
sekitar perkhemahan
Kedudukan gajet
Aktiviti membuat gajet
merupakan pertandingan semasa
perkhemahan di antara patrol
Tujuan Membuat Gajet
o Meninggikan taraf kehidupan di
kem seperti kebersihan,
kemudahan dan keselesaan
o Dalam membina gajet semangat
kekitaan dalam kumpulan dapat
diterapkan
o Dapat melahirkan idea-idea yang
baru
o Meninggikan mutu perkhemahan
o Mengisi masa terluang semasa
perkhemahan dengan membuat
gajet-gajet yang berfaedah
Jenis / Cara Membuat Gajet
Yang boleh dibeli
Yang dibuat di rumah terlebih
dahulu kemudian dibawa ke
kem
Yang dibuat di kem, tetapi
bahan dibawa daripada rumah
Yang dibuat di kem, tetapi
bahan dibawa daripada luar kem
Yang dibuat di kem daripada
bahan semulajadi yang boleh
didapati di kawasan kea tau
yang berhampiran
Jenis-Jenis Gajet
Gajet kawasan pintu
Gajet kawasan dapur dan yang
berkaitan
Gajet kawasan tempat
basuhan
Gajet kawasan tempat tinggal
Gajet kawasan pengeringan
Lain-lain gajet
Gajet Kawasan Pintu
o Gajet pintu terletak dibahagian hadapan sekali di sesuatu kawasan
perkhemahan iaitu:
Bahagian pintu hadapan
Bahagian pagar
Bahagian pintu belakang
o Variasi-variasi pintu hadapan
Tulis nama patrol/sekawan dengan bahan-bahan semulajadi
Bahagian pintu yang boleh tertutup sendiri (self closing type)
Pintu gerbang bukan gajet tetapi projek perintis
o Bahagian pagar
Menandakan kawasan sempadan, suasana perkhemahan yang teratur
dan kemas dan adanya kawalan keselamatan
Berjenis pagar boleh dibuat. Teknik menggunakan pokok-pokok kecil,
pokok menjalar dan menggunakan batang kayu
Gajet-Gajet Kawasan Dapur
o Buat dari bahan semulajadi
o Selain membuat gajet-gajet dapur, gajet sampingan di dapur juga dibuat
seperti:
Rak pinggan mangkuk
Rak alatan tajam seperti pisau, parang dan kapak
Meja makan
Penyangkut cawan / gelas
Rak menyimpan kayu api / tong gas
Gajet gerobok (camp larder)
Gajet lubang basah dan kering
Gajet Kawasan Tempat Membasuh
Gajet tempat meletak besen air
Gajet tempat menyimpan alat pergigian
Gajet tempat menyimpan sabun
Gajet mengantung tuala mandi
Gajet kawasan tempat basuhan
Gajet Kawasan Tempat Tinggal
o Semua gajet yang dibuat hendaklah diatyr / disusun dengan baik, disamping
menjaga kebersihan dan kekemasan diri di kawasan perkhemahan
o Gajet-gajet yang biasa dibuat di kawasan tempat perkhemahan seperti tempat
kasut, penyangkut baju, meja tulis, kerusi, gajet katil, papan kenyataan,
buaian, penyangkut lampu, penyapu, tempat letak beg, tempat ampaian, tiang
bendera dan lain-lain
Gajet Tempat Menjemur Kain
o Ampaian yang kekal tidak boleh bergerak dibina di kawasan tempat
membasuh
Gajet-Gajet Lain
o Tiang bendera
o Menara memerhati
o Gendang / kantung kem
o Gajet pembawa barang (Indian Travois)
o Gajet pondok lalang (tempat berteduh)
MASAKAN RIMBA
Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memasak tanpa menggunakan
perlatan seperti periuk dan sevagainya
Terdapat empat cara penyediaan makanan cara masakan rimba
Cara Masak Contoh Bahan Makanan Yang Sesuai
Memanggang Daging, ayam, ikan
Merebus Ubi, telur, sayur
Membakar Ubi, ikan
Mengukus Ubi, ikan, daging, ayam
Memasak Nasi Dalam Buluh
o Potong bahagian atas sebatang ruas buluh
o Bersihkan dan basuh beras serta masukkan ke dalam buluh
o Masukkan air secukupnya dan letakkan buluh berhampiran api seperti memasak
lemang
o Pusingkan buluh dari masa ke semasa untuk memastikan semua bahagian masak
Merebus Telur Dalam Tanah
o Gali lubang sedalam 4 inci
o Masukkan sebiji telur dan tutup lubang dengan tanah
o Nyalakan api di atasnya
o Telur akan masak dalam jangka masa 15-20 minit
Merebus Telur Dalam Tanah Liat
o Balut sebiji telur dengan tana liat yang basah pastikan semua bahagian telur ditutup
o Nyalakan api dan masukkan telur yang telah bersalut tanah liat ke dalam bara api
o Apabila tanah liat merekah, menandakan telur telah masak, ketuk perlahan-lahan
dan keluarkan telur
Memangang Daging Atas Batu
o Basuh sebiji batu yang leper dengan bersih
o Nyalakan api dan letak batu di atas batu dan biarkan batu benar-benar panas
o Potong dan hiris daging setebal 1cm dan letakkan di atas batu
o Jika mempunyai garam dan kunyit, lumurkan pada daging sebelum dipanggang
o Tunggu hinggan daging masak
Membakar Ubi Kayu/Keledek/Pisang
o Nyalakan api dan biarkan ia berbara
o Masukkan ubi ke dalam bara api
o Tunggu lebih kurang 15 minit
o Keluarkan ubi dan kikis bahagian yang hitam
IKATAN DAN SIMPULAN
Simpul adalah ikatan pada tali atau tambang yang dibuat dengan
sengaja untuk keperluan tertentu
BUKU SILA
Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali
yang sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua
punca atau hujung tali tersebut senang dibuka semula
SIMPUL MANUK
o Mengikat tali pada batang kayu atau mengikat tali sampan atau bot semasa
berlabuh
o Mengikat khemah pada tiang kayu
o Memulakan ikatan pada kayu
TINDIH KASIH
o Menyekamatkan orang di dalam kecemasan (menaikkan atau menurukan
orang)
o Mengikat atau menarik kayu
BUNGA GETI
o Menyambung dua tali yang tidak sama besar
o Menyambungkan penjuru kain dengan tali seperti mengikat bendera dengan
tali
SIMPUL BALAK
o Ikatan sementara untuk menurunkan atau menarik beban seperti tongkol kayu
dan sebagainya
SIMPUL BELIT
o Digunakan untuk mengikat tali pada tinag untuk mematikan ikatan ke pokok
atau pancang
o Digunakan kerana mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal
IKATAN SERAYA
o Digunakan untuk mengikat dua batang kayu atau dua batang buluh yang
bersilang
IKATAN SERONG
o Digunakan untuk membuat jamabatan, menara, gajet dan menyambung kayu
o Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang
LILIT KACANG
o Digunakan untuk mengikut kayu atau buluh bagi membuat lantai sesuatu
gadjet
KAWAD KAKI