The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1- BUKU LOG PENGAKAP

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hani13-302, 2021-08-13 12:29:26

buku log pengakap

TUGASAN 1- BUKU LOG PENGAKAP

ASAS PERBARISAN

Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul
dan serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai
ketua perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatih
melakukan pergerakan asas perbarisan

MASUK BARIS

Arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali sebagai
jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang diberikan
oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan, pengakap
berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap dikehendaki
berada dalam keadaan ’sedia’.

SEDIA

Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih
kurang 12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan,
genggaman tangan diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu
didongakkan ke atas supaya dapat memandang ke hadapan

SENANG DIRI

Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah
sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri,
ibu jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke
paras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh

REHATKAN DIRI

Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan
diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh

KE KANAN LURUS DAN PANDANG HADAPAN

Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali
tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap
yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke
hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan
diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan
kedua-dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama
angkat genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah
kanan. Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan
menjadi lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan
tengah dan barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya
kedudukannya yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan
dan hadapan masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila
barisan sudah menjadi lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam
keadaan diam. Apabila mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan
kanan dan dengan serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti
dalam keadaan ’sedia’

KE KANAN PUSING

Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke
kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke
kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki
kanan dan hujung kaki kiri.

KE KIRI PUSING

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke
kiri pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri.
Angkat kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri
dan hujung kaki kanan.

KE BELAKANG PUSING

Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke
belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180°
ke belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri
di sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.

BUKA BARISAN

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan
dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak
melakukan sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia.
Apabila mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua
langkah ke hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah
ke belakang. Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya
hentak kaki kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

TUTUP BARISAN

Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang.
Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang
pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar
hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah
ke belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan.
Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki
kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.

LANGKAH KE SEBELAH

Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu
langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada
dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah
kanan, Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di
sebelah kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di
sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar
hukuman langkah ke sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan
meletakkan kaki kiri disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki
kanan dan hentak di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.

PARAS

Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan
senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat
dan jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh
diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.

KELUAR BARIS

Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan
aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah
berpusing ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak
dahulu dan akhirnya berpecah.

BERSURAI

Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat.
Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan,
memberi hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri
bergerak dahulu dan akhirnya berpecah

HUKUM KAWAD

1. Baris, baris sedia…
2. Baris, senang diri….
3. Rehatkan diri…..
4. Scout….
1. Luruskan barisan,
2. Scout,
3. Buka barisan, Gerak…,
1. Ke kanan lurus,
2. Pandang depan….,
1. Bergerak ke kanan, kanan sing..,
2. Menghadap kehadapan, kiri Sing…,
1. Bergerak ke kiri, kiri Sing…,
2. Menghadap kehadapan, kanan

Sing…,
1. Menghadap kebelakang, belakang

sing…,
2. Menghadap ke hadapan, belakang

sing…,
1. Dua langkah ke kiri, Gerak…,
1. Tutup barisan, Gerak…,
2. Keluar……….Baris

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Bantuan segera kepada seseorang yang
tersecera / jatuh sakit dengan tiba-tiba di tempat
kejadian dengan menggunakan apa jua yang
ada sebelum ketibaan bantuan yang sebenar

MATLAMAT • menyelamatkan nyawa
PRINSIP • mengelakkan keadaan mangsa bertambah tenat
• menggalakkan pemulihan
• menjaga mangsa yang tidak sedar

• menyelamatkan nyawa
• memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau
memerlukan rawatan perubatan
• melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa
apabila ada sesuatu nemcana berlaku
• menghadkan kesan-kesan kecederaan
• menggalakkan pemulihan

PEMBEBATAN DAN BALUTAN
BEBAT

 Adalah kain kasa berlapis yang digunakan untuk menutup luka supaya terhindar
daripada jangkitan kuman

JENIS BEBAT
 Bebat medan (field dressing)
 Bebat luka (wound / compress dressing)
 Bebat hospital (gauze / hospital dressing)

FUNGSI DAN CIRI PEMBEBATAN
 Mengawal pendarahan
 Elakkan jangkitan kuman
 Membantu menyerap bendalir tubuh badan
 Mencegah kecederaan yang selanjutnya

PEMBALUT

 Adalah kain kasa bergulung yang dibuat sebagai pengikat dibahagian yang terdapat
luka

JENIS PEMBALUT
 Pembalut gulung (roller bandage)
 Pembalut tiga segi (triangular bandage)

FUNGSI PEMBALUTAN
 Mengekalkan tekanan secara langsung terhadap pembebatan untuk mengurangkan
pendarahan

FUNGSI BEBAT DAN BALUTAN
o Mengawal pendarahan
o Menghindarkan jangkitan kuman
o Menyerap discaj seperti darah, nanah
o Melindungi luka daripada kecederaan lain

TATACARA AM MEMBEBAT LUKA

 Tangan penolong kecemasan perlu bersih sebelum
melakukan pembebatan luka (gunakan sarung tangan)

 Tentukan saiz bebat yang sesuai bagi menutup luka (saiz
mesti lebih besar sedikit daripada luka)

 Bersihkan luka di kawasan sekeliling sebelum melakukan
pembebatan

 Menetapkan serta mengemaskan bebat di bahagian luka

KAIN ANDUH TIGA SEGI
 Sesuai dibuat dari kain jenis belacu
 Berukuran 90cm x 90cm x 130cm

JENIS ANDUH
1) Anduh besar

bucu kain atas anduh hendaklah diletakkan pada
siku lengan yang cedera

kemudian ikatan buku sila diikatkan pada atas
bahu

bucu atas kain anduh yang diletkkan pada siku
tadi boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian
dalam supaya nampak lebih kemas

2) Anduh kecil

letakkan tapak tangan yang
tercedera di atas kain anduh

kemudian tarik dan letakkan bucu
atas kain anduh di atas tangan

silangkan kedua-dua bucu
hujung kain anduh di atas dan

bawah

ikatan buku sila kemudiannya
diikat pada atas pergelangan

tangan

3) Anduh menaik dasar segi tiga
ditarik sehingga
kedua hujung yang bahagian bahu
baru dibuat dililitkan
secara longgar ke yang cedera
leher, lalu diikat ke tertutup

belakang

lalu kedua hujung
dasar segi tiga

dililitkan ke lengan
dan diikat


Click to View FlipBook Version