KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
KETETAPAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEKOLAH 1. ARAHAN AM • Selaku pegawai kerajaan, guru-guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan dan Pekeliling-pekeliling Tambahan (Perkhidmatan, Ikhtisas, Perbendaharaan dan lain-lain) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa. • Semua guru dan staf sokongan dinasihati dan dikehendaki membaca, memahami dan boleh mentafsir dengan tepat kandungan dan arahan-arahan perintah am dan pekeliling-pekeliling tersebut. • Guru-guru dikehendaki menghayati tatasusila profesion keguruan dan etika perkhidmatan awam serta menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata. • Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan cemerlang. • Guru-guru hendaklah mengamal dan menghayati falsafah dan matlamat pendidikan negara. • Guru-guru perlu meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. • Guru-guru perlu bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. • Guru-guru juga perlu sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. • Guru-guru perlu akur dengan Aku Janji Perkhidmatan Awam. 2. KEDATANGAN GURU • Hendaklah ‘thumb print’ kehadiran sebaik sahaja tiba di sekolah. • Hendaklah ‘thumb print’ kehadiran sekali lagi apabila hendak pulang. • Guru-guru yang lewat datang hendaklah berjumpa dengan Guru Besar atau pentadbir lain untuk mencatat sebab lewat. Kelewatan hadir ke sekolah tidak harus menjadi amalan. • Satu surat amaran dan tunjuk sebab perlu disediakan kepada guru yang terbabit • Hubungi pihak sekolah dengan segera jika guru tidak dapat hadir/lewat supaya jadual guru ganti boleh disediakan. • Guru perlu akur dan mematuhi sistem kehadiran elektronik yang dilaksanakan di sekolah. • Guru tidak dibenarkan mengisi kehadiran untuk guru lain.
3. MENINGGALKAN KAWASAN SEKOLAH • Guru-guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran guru besar. Sekiranya guru besar tiada, hendaklah meminta kebenaran keluar daripada pentadbir lain. Tulis dalam buku rekod “Meninggalkan Tugas” dan dapatkan tandatangan guru besar/ penolong kanan. • Guru-guru yang membawa murid keluar atau menghantar murid balik, hendaklah memberitahu GB/Penolong Kanan dan mencatat ke dalam buku rekod “Meninggalkan Tugas” dan buku rekod “Murid Balik Awal”. • Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk murid melalui Guru Penolong Kanan dengan menggunakan konsep jadual ganti. 4. CUTI CUTI REHAT/CUTI PENGGAL • Mengikut surat pekeliling Kementarian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh guru besar tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada tugas mengajar. • Guru-guru tidak dibenarkan mengerjakan umrah pada cuti pertengahan penggal (cuti seminggu) supaya sesi PdPc tidak terjejas. CUTI SAKIT • Bagi pegawai menerima rawatan sebagai pesakit luar dan pesakit dalam di hospital atau klinik swasta sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tanpa tandatangan timbal oleh Pegawai Perubatan Kerajaan boleh diterima jika ia memberi jumlah cuti sakit yang tidak melebihi 180 hari dalam satu tahun Kalender. • Jumlah cuti sakit sama ada berasaskan sijil sakit swasta atau sijil sakit Kerajaan yang boleh diberikan adalah tidak melebihi 180 hari dalam suatu tahun Kalender, di mana 90 hari pertama boleh diluluskan oleh ketua Jabatan dan 90 hari seterusnya hendaklah diluluskan oleh Ketua Setiausaha.
CUTI TANPA GAJI • Mengikut Perintah Am Bab (C), Cuti Tanpa gaji boleh dipohon atas sebabsebab persendirian yang mustahak. • Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis cuti rehatnya. • Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari. • Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 3 tahun. • Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementarian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pelajaran Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti. CUTI REHAT KHAS • Cuti rehat khas ialah bergaji penuh untuk guru sahaja. • Cuti ini boleh diluluskan oleh Guru Besar hanya atas sebab-sebab kecemasan dan upacara keagamaan bagi tempoh lima belas hari dalam setahun. • Cuti rehat khas tidak dibenarkan digunakan untuk tujuan umrah atau lawatan ke luar negara. CUTI KELUAR NEGARA • Semua guru yang hendak bercuti ke luar negara perlu mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewatlewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.
5. PAKAIAN • Garis panduan pakaian guru ketika bertugas di sekolah merujuk kepada SPI Bil.7/2001, SPI Bil.6/1985, SPP Bil.1/2006 & SPP Bil.1/2008, antaranya : o Jubah dan serban bukan pakaian rasmi o Lelaki hendaklah berseluar panjang dan berbaju kemeja o Setiap hari Khamis hendaklah berbaju batik. o Baju Melayu bersamping dan bersongkok hitam boleh dipakai pada hari Jumaat. o Guru-guru dikehendaki memakai baju unit beruniform pada setiap hari Rabu. • Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur. • Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan. Pakaian hendaklah yang tidak mencolok mata dan bersopan. • Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang bersesuaian. • Guru yang mengajar mata pelajaran pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian seperti yang termaktub dalam arahan dan pekeliling. • Guru perempuan – seluar trek/panjang yang sesuai, kemeja t, kemeja sukan, baju trek, kasut sukan atau kasut tanpa tumit. • Guru lelaki-seluar trek atau seluar panjang yang sesuai, kemeja t, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit. • Baju yang berkonsep santai tidak dibenarkan dipakai ketika mengajar. 6. PERHUBUNGAN SESAMA GURU • Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan professional yang baik dan sihat sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharap dapat mewujudkan perasaan kekitaan. • Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa fahaman/pendapat/kepercayaan kepada guru atau pun murid atau staf sokongan sekolah yang lain. • Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status, sosioekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah. • Guru perlu menjaga adab sopan dan tutur kata ketika berkomunikasi dengan pentadbir, pelawat, sesama rakan guru, ibu bapa, kakitangan sokongan, pekerja sekolah, dan murid-murid.
7. BILIK GURU • Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di bilik guru. • Guru hendaklah berada di bilik guru dan tidak dibenarkan berada di bilik-bilik lain semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai ‘non teaching period’ dan bukannya’free period’. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja seperti yang termaktub dalam Surat Pekeliling ikhtisas Bil.3/1981. • Murid-murid tidak dibenarkan berada di di bilik guru. • Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman manamana pihak. • Tidak dibenarkan membuang sisa makanan di dalam bakul sampah di dalam bilik guru. Sebelum pulang, pastikan tong sampah bebas dari sebarang sisa makanan untuk mengelak lipas, lalat dan tikus membiak. 8. PENJAWATAN DAN PENGAJARAN • Jikalau guru-guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang penjawatan, mereka boleh berurusan dengan guru besar atau pembantu tadbir sekolah. • Guru-guru yang menghadapi masalah dalam bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Panitia. • Segala maklumat dan dokumen berkaitan dengan perjawatan perlu dihantar segera ke pejabat apabila diminta. Pastikan dokumen lengkap dan dihantar ke pejabat dalam tempoh yang ditetapkan. 9. TUGAS • Guru-guru akan diberi tugas dalam bidang Kurikulum, HEM, Kokurikulum dan Pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab. • Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pelajaran atau ke sekolah lain, guruguru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakan tugas tersebut tanpa pengetahuan guru besar. Jika sesuatu itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan bersama, maka pertukaran tersebut mestilah dalam pengetahuan dan telah dipersetujui oleh guru besar.
10. FAIL REKOD MENGAJAR • Setiap guru akan diberi fail rekod mengajar atau fail RPH dan bertanggungjawab terhadap pengisian fail tersebut. Semua butiran di dalamnya hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. • Rancangan pengajaran harian (RPH) perlu ditulis sebelum sesi pembelajaran dan pengajaran bermula. • Fail RPH hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari Jumaat untuk disemak dan ditandatangani oleh guru besar. • Untuk tujuan penghantaran tersebut guru-guru perlulah menyiapkan rekod mengajar harian untuk hari Isnin atau hari tertentu di mana sekolah akan memulakan sesi pembelajaran berikutnya. • Jikalau seseorang guru bercuti, fail tersebut hendaklah diserahkan kepada pentadbir sebelum bercuti. • Selepas menghantar Fail Rekod Mengajar, guru perlu menandatangani rekod penghantaran RPH yang disediakan. Kegagalan berbuat demikian boleh diambil tindakan tatatertib. • Guru-guru yang tidak menghantar Fail Rekod Mengajar tiga kali sama ada berturut-turut atau sebaliknya perlu menghantar surat tunjuk sebab dan boleh diambil tindakan tatatertib. • Fail rekod mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan • Refleksi wajib ditulis mengikut bilangan murid yang menguasai dan tindakan susulan berupakan pengayaan ataupun pemulihan perlu diberikan kepada murid-murid. 11. KESELAMATAN HARTA BENDA SEKOLAH • Semua guru hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Murid yang merosakkan harta benda sekolah sama ada sengaja atau tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah. • Ketua-ketua panitia dan ketua-ketua unit hendaklah memastikan ada peraturan-peraturan mengenai penggunaan bilik khas masing-masing dan penggunaan alatan-alatan di bilik tersebut serta ditampal dalam setiap bilik sebagai panduan.
12. SURAT SEKOLAH DAN PEKELILING SEKOLAH • Semua surat pekeliling sekolah kepada ibubapa/ penjaga murid mesti ditandatangani oleh guru besar. Sekiranya guru besar tiada dan surat itu perlu dikeluarkan segera, Penolong Kanan Pentadbiran hendaklah menandatangani surat berkenaan bagi pihak guru besar dengan persetujuan guru besar. • Surat jemputan penceramah oleh panitia mata pelajaran hendaklah melalui guru besar. • Surat kepada ibubapa/ penjaga mengenai lawatan akademik mesti ditandatangani oleh guru besar. • Surat pekeliling PIBG kepada ibubapa/ penjaga hendaklah ditandatangani oleh YDP PIBG dan sesalinan perlu diserahkan kepada guru besar. • Semua surat kepada pihak luar untuk tujuan memohon sumbangan derma mesti ditandatangani oleh guru besar. 13. SURAT YANG DITERIMA • Sekiranya ada surat yang diterima oleh sekolah diedarkan kepada guru untuk diambil tindakan, guru berkenaan hendaklah bertindak segera terhadap suratsurat tersebut. • Jikalau surat itu ditujukan kepada guru besar dan guru besar mengedarkannya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah: o Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak ada dalam simpanannya. o Mengambil tindakan yang diperlukan. o Memulangkan semula fail itu ke pejabat. 14. PERGI KE JABATAN PELAJARAN DAERAH/ NEGERI/ KPM • Guru-guru tidak dibenarkan pergi ke KPM / JPN / PPD untuk urusan peribadi tanpa keizinan guru besar. • Sekiranya guru-guru perlu juga pergi KPM / JPN / PPD, dapatkan surat berkenaan daripada guru besar untuk dibawa bersama. 15. PELAWAT • Semua pelawat dimestikan berjumpa dengan guru besar/ penolong kanan terlebih dahulu sebelum berjumpa guru-guru, staf sokongan dan murid-murid. • Guru-guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjualpenjual kecuali dengan kebenaran Guru Besar atau wakilnya.
• Setiap guru perlu memastikan pelawat mendapat kebenaran bertulis daripada pihak pentadbir sebelum membuat sebarang urusan 16. MEMBELI BARANG • Pastikan guru mengetahui baki peruntukan sebelum membuat sebarang pembelian. Isi borang Nota Minta dan minta kelulusan guru besar sebelum dihantar ke PT kewangan. • Buat pesanan barang keperluan mengikut nota minta dari pembekal. • Tugas-tugas Ketua Panitia Dalam Pengurusan Pembelian Barangan o Sila pastikan barang yang diterima sama seperti yang bertulis di dalam invoice dan tandatangani invoice. o Ketua Panitia dikehendaki memasukkan jumlah bahan dan peralatan yang diterima ke dalam buku daftar stok dan inventori. o Peralatan elektrik dan peralatan yang memerlukan penyelenggaraan perlu mengisi Kad Kew.PA2 (Harta Modal) di pejabat. • Ketua Panitia mesti mempunyai buku stok penggunaan panitia masing-masing. • Peralatan yang dibeli sudah boleh digunakan jikalau semua perkara di atas diselesaikan. • Sediakan kertas kerja sebanyak 2 salinan. Jangan di binding lagi sebelum mendapat kebenaran. • Anggaran perbelanjaan perlu dibuat dan disertakan dalam kertas kerja. • Setiap aktiviti yang hendak dilaksanakan guru adalah berdasarkan kertas kerja yang diluluskan. • Sertakan senarai nama murid yang terlibat dalam aktiviti dan ditantandatangani oleh murid tersebut. • Dokumentasi program mesti disediakan selepas program selesai dijalankan. • Post-mortem program hendaklah disediakan untuk penambahbaikan. 17. KEGIATAN KOKURIKULUM • Semua guru yang ditugaskan menjadi pembimbing/ penyelaras kegiatan kokurikulum hendaklah menjalankan tugas dengan cekap dan teratur. • Setiap guru akan terlibat dengan ketiga-tiga bidang komponen kegiatan kokurikulum dan wajib hadir pada hari, tarikh dan masa kegiatan tersebut. • Guru-guru yang telah dilantik bagi melaksanakan tugas melatih pasukan elit sekolah perlu memastikan pasukan elit sekolah dilatih dengan sempurna dan membuahkan hasil kejayaan yang disasarkan. • Guru perlu memastikan mendapat surat kebenaran ibu bapa bagi setiap program di luar sekolah.
18. PERHIMPUNAN MINGGUAN • Perhimpunan rasmi diadakan pada setiap hari Isnin pukul 7.40 pagi . • Semua guru wajib hadir di tapak perhimpunan tepat pada masanya dengan berpakaian kemas dan guru lelaki perlu bertali leher. • Pada masa perhimpunan, guru-guru bertugas hendaklah menentukan muridmurid beratur dalam keadaan teratur dan berdisplin dan memastikan pengawas-pengawas bertugas. • Perkara yang mahu diumumkan kepada murud-murid hendaklah diberitahu kepada guru bertugas dan guru bertugas akan mengumumkannya. • Acara perhimpunan: o Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Wilayah ( Maju dan Sejahtera ) dan lagu sekolah. o Bacaan doa o Lafazkan Ikrar Murid dan Rukun Negara o Ucapan Guru Bertugas o Ucapan guru disiplin/Kaunseling (bergilir) o Ucapan Pihak Pentadbiran (Guru Besar / Guru Penolong Kanan) 19. GURU BERTUGAS / MINGGUAN • Guru bertugas harian hendaklah sampai ke sekolah sekurang-kurangnya 15 minit awal dan pulang sekurang-kurangnya 15 minit lewat setelah sekolah berakhir (setelah memastikan semuanya dalam keadaan baik). • Perlu melaksanakan Program Guru Penyayang dengan mengalu-alukan kehadiran murid-murid di pintu pagar sekolah pada awal pagi. • Memastikan bilik-bilik darjah telah dibersihkan, sampah sarap dibuang serta lampu dan kipas/ tingkap telah ditutup setelah tamat persekolahan. • Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. Tandas murid hendaklah diperiksa kebersihannya setiap pagi pada setiap hari. Bertindak segera memberitahu pekerja pembersihan jika tandas didapati kotor pada hari berkenaan (kebersihan lantai, mangkok tandas dan sinki). • Memeriksa dan memastikan kebersihan kantin dan makanan yang dijual di kantin sekolah. • Menguruskan rawatan murid yang sakit dan menghantar mereka ke hospital/ ke rumah. • Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang sekolah serta mengawasi disiplin murid pada masa rehat dan waktu pertukaran guru.
• Menguruskan hal-hal bersabit dengan kehilangan barang-barang. • Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah. • Mencatatkan kegiatan-kegiatan sekolah seperti sukan, peraturan-peraturan, unit beruniform dan aktiviti-aktiviti yang lain. • Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas Harian. • Segala ucapan dan pengumuman semasa perhimpunan rasmi hendaklah ditulis dalam Buku Laporan dengan lengkap dan terperinci untuk rujukan di masa hadapan. • Guru bertugas juga hendaklah membuat laporan terus kepada guru besar/ penolong kanan sekiranya ada perkara/ masalah penting berlaku pada hari tersebut. • Menguruskan majlis perhimpunan mingguan/ harian. Peralatan perlu disedia awal supaya perhimpunan dijalankan mengikut masa. 20. MESYUARAT GURU • Semua mesyuarat rasmi sekolah hendaklah dihadiri oleh semua guru-guru berkenaan dan berpakaian rasmi waktu bekerja. 21. BUKU STOK / INVENTORI • Ketua Panitia dan Penyelaras bertanggungjawab menguruskan buku stok / inventori dan memastikan data dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh guru besar / penolong kanan. 22. TANDA NAMA • Semua guru hendaklah memakai tanda nama sepanjang masa pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah atau di luar sekolah. 23. KEAHLIAN KELAB GURU (TASC) / PIBG • Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. • Jumlah yuran kelab guru dan PIBG tertakluk kepada keputusan mesyuarat. 24. PENGGUNAAN ALAT-ALAT • Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta megikut peraturan. • Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga stok. • Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan kembali dengan segera serta berkeadaan baik.
• Jikalau berlaku kerosakan hendaklah dilaporkan dengan serta-merta. • Setiap penggunaan peralatan perlu direkodkan dalam Buku Rekod Penggunaan Peralatan Bilik atau unit masing-masing. 25. ARAHAN DAN PEKELILING • Setiap arahan dan pekeliling dikeluarkan oleh guru besar hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya. • Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus kepada guru, guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. • Sekiranya pekeliling itu daripada Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri atau PPD, guru-guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil. 26. KUNCI • Semua kunci bilik dan almari mesti disimpan di pejabat. • Jikalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, mestilah mendapat kebenaran daripada guru besar. Guru tersebut mesti bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya. • Pada akhir tahun, pastikan semua kunci diserahkan kepada pentadbir sekolah. 27. ACARA ATAU MAJLIS SEKOLAH • Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi. Mengisi kehadiran masuk dan balik adalah wajib. • Sekiranya ada sebarang keuzuran, sila maklumkan kepada guru besar. 28. MENANGANI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) • Guru wajib masuk ke kelas mengantikan rakan-rakan guru yang tidak hadir atas sebab bertugas di luar, cuti, maupun cuti sakit. • Guru bertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini disebabkan kecuaian guru tidak masuk ke kelas mengantikan guru lain yang tidak hadir. • Berhubung dengan Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengambil bahan yang ditinggalkan oleh guru-guru yang tidak hadir. • Guru-guru yang telah merancang cuti atau dikehendaki bertugas di luar perlu meninggalkan bahan untuk digunakan oleh guru ganti sepanjang tempoh tersebut. • Bahan-bahan tersebut boleh diserahkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran atau ketua darjah kelas yang diajar.
JADUAL WAKTU • Guru Kelas hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu kelas yang disahkan oleh Guru Besar untuk dipamerkan di dalam kelas sendiri. • Guru-guru juga dikehendaki menyediakan satu salinan jadual waktu kelas dan peribadi untuk diletakkan di dalam buku rekod mengajar. • Guru-guru tidak dibenarkan sama sekali mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran. Sekiranya terpaksa berbuat demikian, sila maklumkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. • Ketua-ketua unit dan ketua-ketua panitia yang mengurus bilik-bilik khas perlu menyediakan jadual penggunaan bilik khas masing-masing kepada semua guru terlibat dan sesalinan pula perlu ditampalkan di dalam setiap kelas dan bilik khas tersebut untuk rujukan.
KETETAPAN KURIKULUM
1.0 LATAR BELAKANG Kurikulum adalah ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan status sekolah ini yang telah ditentukan sebagai sekolah TS25 .Ketetapan ini akan menjadi garis panduan kepada perjalanan dan pengurusan akademik sekolah ini. 2.0 OBJEKTIF 2.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. 2.2 Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah. 2.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Jabatan Pelajaran Negeri. 3.0 DASAR 3.1 Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem dan dasar pendidikan kebangsaan. 3.2 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. 3.3 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa. 3.4 Pada setiap masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program akademik mestilah diberikan keutamaan. KETETAPAN PELAKSANAAN KURIKULUM SEKOLAH
4.0 MESYUARAT 4.1 Mesyuarat Induk Kurikulum dan Panitia Mata Pelajaran akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat 4 kali setahun mengikut takwim sekolah. 4.2 Notis panggilan mesyuarat mestilah diedarkan 7 hari sebelum mesyuarat. Borang kehadiran menggunakan , Rekod Edaran dan Borang Maklum Balas Mesyuarat(PK 11/2). 4.4 Minit mesyuarat disediakan mengikut format (PK 11/1). Minit mesyuarat perlu disediakan selepas mesyuarat dalam tempoh (3/7/14). Minit mesyuarat disemak oleh pengerusi mesyuarat. 4.5 Agenda mesyuarat merangkumi berdasarkan format berikut I. Perutusan pengerusi II. Membentangkan dan Pengesahan minit sebelum III. Perkara-perkara berbangkit IV. Perkara-perkara baharu/Laporan unit V. Hal-hal lain VI. Penangguhan mesyuarat/Penutup 4.6 Minit mesyuarat induk kurikulum perlu dibuat 3 salinan dan disimpan dalam fail induk Kurikulum/Fail Minit GB/Fail Penolong Kanan. 4.7 Minit mesyuarat panitia dibuat 2 salinan. Satu salinan disimpan dalam fail panitia dan satu salinan diserahkan kepada SU Kurikulum untuk disimpan dalam fail induk kurikulum. Semua mesyuarat panitia perlu dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum. 4.8 Agenda Laporan Unit@ Perkara Baharu merangkumi : a. Mesyuarat Pertama (Kurikulum/Panitia) 1. Matlamat dan Objektif Kurikulum/Visi Misi 2. Dasar/Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum termasuk Pengagihan Tugasan 3. Post Mortem PBD (mengikut kesesuaian) 4. Perancangan Strategik Kurikulum 5. Anggaran Belanja Mengurus (PCG Mata Pelajaran)
b. Mesyuarat Kedua/Ketiga 1. Dasar/Ketetapan (dibangkit jika perlu/ada) 2. Laporan • Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan Penambahbaikan (Program Induk@Panitia/Pencerapan/Kewangan) 3. Post Mortem PBD (mengikut kesesuaian) c. Mesyuarat Keempat 1. Laporan • Pemantauan/Penilaian/Keberkesanan/Tindakan Penambahbaikan (Program Induk@Panitia/Pencerapan/Kewangan) 2. Post Mortem PBD/UASA 3. Penyediaan/Pemurnian/Kemaskini Dokumen/Laporan 4. Penarafan Kendiri Sekolah (SKPM Kualiti@Sekolah) 5. Perancangan Tahun Hadapan 5.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN 5.1 Pengurusan panitia mata-mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Iktisas Bil 4 / 1986 . 5.2 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasaan Ketua Panitia Mata Pelajaran. 5.3 Penolong Kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun. 5.4 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dan diletakkan di bilik fail sekolah. (Audit Kurikulum) 5.5 Ketua Panitia perlu memastikan dokumen berikut disediakan; 5.5.1 Sukatan Pelajaran & DSKP 5.5.2 Rancangan Pelajaran Tahunan 5.5.3 Anggaran Perbelanjaan Tahunan berdasarkan peruntukan kewangan bagi pembelian bahan bantu mengajar dan program/aktiviti panitia.
5.6 Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi. 5.7 Panitia mata pelajaran menjalankan aktiviti/program yang diputuskan di dalam mesyuarat dan menyediakan laporan pelaksanaan program menggunakan borang (PK 04/1). 5.8 Maklumat pemantauan dan penilaian perlulah dilaporkan dandibincangkan dalam mesyuarat panitia dan mesyuarat kurikulum untuk dibuat penambahbaikan. 5.9 Ketua Panitia hendaklah mencatatkan hasil laporan dan perbincangan serta direkodkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4 Perancangan Strategik. 5.10 Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV,ETR Kohort tertentu. 6.0 PENGURUSAN FAIL KURIKULUM/PANITIA 6.1 Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Setiausaha Kurikulum. 6.2 Semua fail panitia diletakkan di Bilik GPK Pentadbiran. Kunci dipegang oleh GPK Pentadbiran. 6.3 Senarai kandungan fail panitia mengikut garis panduan yang diberikan (SPSK PK 01/1) 6.4 Sebarang aktiviti untuk mengambil dan menyimpan fail ke dalam Bilik GPK Pentadbiran mestilah di bawah pengetahuan dan mendapat keizinan GPK Pentadbiran atau SU Kurikulum. Fail tidak boleh dibawa keluar dari Bilik GPK Pentadbiran kecuali untuk pemantauan rasmi. 6.5 Fail Jawatankuasa Kurikulum akan disemak dua kali setahun (bulan Mac dan Oktober) semasa Audit Kurikulum.
7.0 PAKEJ MATA PELAJARAN 7.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah melalui proses transformasi. KSSR merupakan kurikulum KBSR yang telah diperkukuh dan ditambah baik dilaksanakansecara berperingkat bermula Tahun 1. 7.2 Warna-warna mata pelajaran adalah seperti berikut: MATA PELAJARAN WARNA PERHIMPUNAN UNGU MUDA BAHASA MELAYU MERAH JAMBU BAHASA INGGERIS BIRU MUDA MATEMATIK UNGU SAINS/DST KUNING PEND.ISLAM HIJAU MUDA BAHASA ARAB KOMUNIKASI HIJAU TUA PENDIDIKAN MORAL JINGGA PENDIDIKAN SENI VISUAL JALUR BIRU TUA PEND. JASMANI COKLAT TUA PEND. KESIHATAN COKLAT MUDA RBT MERAH SEJARAH KELABU PENDIDIKAN MUZIK BIRU TURQUOISE 7.3 Berikut ialah mata pelajaran dan peruntukan masa KSSR yang akan dilaksanakan di sekolah ini berdasarkan kesediaan sekolah dalam aspek penyediaan guru, permintaandaripada murid serta prasarana sekolah.
A) TAHAP 1 (TAHUN 1,2 & 3) MATA PELAJARAN MINIMUN JAM SETAHUN BAHASA MELAYU 192 BAHASA INGGERIS 160 MATEMATIK 98 DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI 48 PEND.ISLAM 96 PENDIDIKAN MORAL 96 PENDIDIKAN KESENIAN 48 PEND. JASMANI & KESIHATAN 48 TASMIK 32 MATA PELAJARAN TAMBAHAN PERHIMPUNAN 16 BAHASA ARAB 48 JUMLAH JAM SETAHUN ** B) TAHAP 2 (TAHUN 4,5 & 6) MATA PELAJARAN MINIMUN JAM SETAHUN BAHASA MELAYU 160 BAHASA INGGERIS 160 MATEMATIK 96 SAINS 64 PEND.ISLAM 96 PENDIDIKAN MORAL 96 PENDIDIKAN SENI VISUAL 48
PEND. JASMANI & KESIHATAN 48 TASMIK 32 RBT 32 SEJARAH 32 MATA PELAJARAN TAMBAHAN BAHASA ARAB 48 PERHIMPUNAN 16 JUMLAH JAM SETAHUN ** 8.0 MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN KURIKULUM YANG BERKUALITI 8.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum diadakan minimum 4 kali. 8.2 Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Mata Pelajaran diadakan minimum 4 kali setahun dan mematuhi SPI 4/86. 8.3 Jadual waktu sekolah mematuhi Akta Pendidikan 1996. 8.4 100% guru dicerap sekurang-kurangnya 2 kali setahun. 8.5 100% guru memiliki, memahami dan menghayati SKPM Kualiti@Sekolah Standard 4 8.6 100% guru menghadiri kursus, bengkel, seminar, persidangan dan sebagainya minimum 5 hari setahun. 8.7 Guru Besar mengajar sekurang-kurangnya 5 waktu seminggu. 8.8 Guru-guru Penolong Kanan mengajar tidak melebihi 15 waktu seminggu. 8.9 Penilaian kajian impak bagi setiap program untuk penambahbaikan dijalankan selewat- lewat seminggu selepas program.
9.0 RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN & RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 9.1 RPT disediakan sebelum sesi persekolahan tahun semasa bermula dari hari pertama hingga kehari terakhir persekolahan. Penulisan RPH mengandungi sekurang-kurangnya perkara berikut :(SPI Bil : 3/1999) Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. • Kelas, masa dan mata pelajaran • Tajuk/Tema, objektif pembelajaran dan aktiviti : (KBAT/Peta i-THINK/Vle) ~sekurang-kurangnya dua kali seminggu. • Bahan batu mengajar (BBB) dan Impak • Aspek-aspek tambahan seperti aspek kemahiran dalam mata pelajaran bahasa, aspek nilai dalam Pendidikan Moral/PJK dan Elemen Merentas Kurikukulm (EMK) dimasukkan. • Contoh Penulisan Impak: Seramai 35 orang murid boleh menyenaraikan peranan mereka dirumah bagi membantu keluarga. 5 orang murid menghadapi masalah menulis ayat. Murid ini diberi latihan bimbingan seperti isi tempat kosong. ** Nyatakan bilangan murid yang mencapai objektif pdp dan tindakan susulan seperti pemulihan, pengukuhan & pengayaan. ** Impak mestilah ditulis dengan tangan menggunakan pen berwarna biru. ** Penulisan impak menggunakan cap atau ditaip tidak dibenarkan.. ** Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi penulisan impak wajib ditulis dalam rumi. ** Guru mata pelajaran perlu mencatatkan kehadiran murid dan nama murid yang tidak hadir di kolum kiri buku rekod mengajar dan perkaratersebut perlu ditulis menggunakan pen berdakwat biru. 9.3 Satu salinan DSKP dan RPT mestilah disimpan di dalam fail panitia. 9.4 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran Harian didalam Fail Rekod Mengajar sebelum masuk ke dalam kelas bagi tujuan pengajaran. Oleh itu, Fail Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk ke kelas setiap waktu pengajaran.
9.5 Fail Rekod Mengajar mestilah dihantar kepada pihak pentadbiran sekolah setiap hari Jumaat persekolahan minggu berkenaan untuk disemak dan disahkan. (tertakluk kepada perubahan) 9.6 Semua guru wajib menghabiskan Sukatan Pelajaran untuk setiap kelas yang diajar dalam tempoh tahun semasa. Peratus kandungan asas kurikulum (KAK) pelajaran diajar perlu diisi oleh guru. 9.7 Pendidikan Bestari – Kaedah pengajaran hendaklah terarah kepada “student centered” / berpusatkan murid dan menggunakan ABM serta kemudahan ICT yang disediaka. Kualiti pengajaran guru haruslah dipertingkatkan dengan guru juga harus menguasai kaedah-kaedah terkini pengajaran yang didedahkan setiap masa melalui aktiviti perkembangan staff. 9.8 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) yang disediakan meliputi sepanjang tahun persekolahan berdasarkan sukatan dan huraian sukatan pelajaran (dokumen standard kurikulum) terkini dan sesuai dengan takwim sekolah. Diolah mengikut kesesuaian kelas dan potensi murid. 9.9 Salinan Rancangan Pelajaran Tahunan bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru yang telah disahkan oleh Guru Besar mestilah dilampirkan bersama di dalam Fail Rekod Mengajar . 9.10 Rancangan Pelajaran Harian yang disediakan berdasarkan RPT. Objektif Pelajaran dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur dan sesuai dengan keupayaan murid. Aktiviti yang dirancang ke arah untuk mencapai objektif pelajaran. 9.11 Impak dicatatkan bagi setiap pelajaran dengan merujuk kepada objektif pelajaran. 9.12 Impak pdpc haruslah ditulis setiap kali selesai aktiviti pengajaran untuk menilai tahap pembelajaran murid dan tahap keberkesanan pengajaran guru bagi tujuan penambahbaikan. Ianya digunakan sebagai panduan untuk merancang RPH yang seterusnya.
10.0 FAIL REKOD MENGAJAR (FRM) 10.1 Mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999 Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. 10.2 Penyediaan Rekod PdPc boleh disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dengan teknologi semasa. FRM diuruskan dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. 10.3 Penggunaan/Penyediaan Fail Rekod Mengajar (FRM) 10.3.1 Membaca dan memahami semua arahan dan pekeliling yang terkandung dalam FRM 10.3.2 Melengkapkan semua maklumat yang dikhendaki mengikut tarikh yang ditetapkan oleh pengurusan sekolah. (Maklumat Peribadi Guru/ Jadual Waktu/Maklumat Murid) 10.3.3 DSKP disisipkan dalam bahagian yang berkaitan. 10.3.4 RPT disediakan mengikut ketetapan penyediaan RPT. RPT boleh dituliskan/disisipkan dalam bahagian yang berkaitan. 10.3.5 Penyediaan RPH mengikut ketetapan RPH dan mematuhi SPI Bil.3/1999. Mengandungi objektif, cara bagaimana untuk mencapai objektif dan kenyataan sejauhmana objektif itu tercapai, 10.3.6 FRM hendaklah disemak dan ditandatangani oleh Guru Besar. 10.3.7 Penghantaran FRM kali pertama bagi setiap tahun selewatlewatnya minggu ketiga bulan Januari. 10.3.8 Penghantaran FRM perlu dibuat pada hari Jumaat setiap minggu. FRM hendaklah diambil semula pada hari Isnin kecuali bagi guru yang tidak hadir. 10.3.9 FRM adalah dokumen rasmi dan disimpan di temoat yang selamat. Ianya mesti dibawa setiap kali guru melaksanakan PdPc. Penyediaan RPH hendaklah dibuat sehari sebelum PdPc dilaksanakan. 10.3.10 Penghantaran FRM hendaklah direkodkan dan dipantau secara berkala.
10.3.11 FRM hendaklah diserahkan kepada pengurusan sekolah sebelum cuti akhir tahun dan disimpan di tempat yang selamat sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun. 11.0 JADUAL WAKTU 11.1 PENYEDIAAN JADUAL WAKTU/INDUK 11.1.1 Jadual waktu disediakan mematuhi peraturan pendidikan dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang berkuatkuasa. (SPI Bil 3/1979, SPI Bil 17/1988, SPI Bil 8/1990, SPI Bil 25/1998, SPI Bil 5/2002, SPI Bil 11/2010) 11.1.2 Mengenalpasti mata pelajaran yang ditawarkan, bilangan kelas, bilangan guru dan opsyen serta mematuhi peruntukan masa untuk setiap mata pelajaran (SPI Bil 17/1988, SPI Bil 8/1990, SPI Bil 25/1998) 11.1.3 Jadual waktu PdPc guru 28-30 waktu seminggu, Guru Besar minimum 5 waktu, Penolong Kanan minimum 12 waktu, Guru Media minimum 10 waktu da Guru Data minimum 12 waktu. (SPI Bil 8/1990) 11.1.4 Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan sekolah dengan persetujuan dalam mesyuarat kurikulum. 11.1.5 Dasar pengagihan mata pelajaran,keutamaan diberikan kepada guru opsyen dan kepakaran guru. 11.1.6 Perancangan dan penyediaan jadual waktu dilakukan pada akhir tahun persekolahan. Jadual waktu guru diserahkan kepada semua guru seminggu sebelum sesi persekolahan bermula dan jadual waktu kelas diserahkan kepada murid pada hari pertama persekolahan. 11.1.7 Jumlah waktu telah siap dicetak perlu disahkan dan ditandatangan. 11.1.8 Salinan Jadual Waktu Induk dipamerkan di papan kenyataan jadual waktu dan salinan jadual waktu kelas dipamerkan di dalam kelas. 11.1.9 Jadual waktu kelas dan persendirian perlu dihantar sebanyak tiga salinan kepada Setiausaha Jadual Waktu setelah 2 minggu jadual waktu diedarkan. 11.1.10Jadual waktu yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya supaya masa instruksional dapat dimanfaatkan.
11.2 PENYEDIAAN JADUAL GURU GANTI 11.2.1 Mengenal pasti guru yang tidak hadir 11.2.2 Mana-mana guru yang Cuti Rehat Khas (CRK) / berkursus perlu merekod dan memaklumkan Guru Besar, PKP dan Setiausaha Jadual Waktu serta mencatat pada papan notis dan Fail Pergerakan Staf. 11.2.3 Merekodkan dalam buku rekod ganti dan menyediakan slip guru ganti atau menyebarkan secara media sosial (Telegram) 11.2.3 Penyediaan Guru ganti disediakan dan direkod oleh SU Jadual Waktu. 11.2.4 Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual waktu kpada guru –guru lain dengan membuat tawaran. 11.2.5 Guru yang pergi berkursus atau mesyuarat perlu menyediakan bahan/ modul mengikut subjek. Bahan/modul perlu diserahkan kepada SU Jadual Waktu. 11.2.6 Guru matapelajaran yang perlu memeriksa hasil kerja murid. 11.2.7 Semua guru perlu mempratikkan amalan MMI d isekolah mengikut tugas dan tanggungjawab masing-masing. Guru yang mengganti perlu memastikan proses PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kehadiran guru subjek. 11.3 PENYEDIAAN JADUAL WAKTU BILIK KHAS 11.3.1 Menyediakan, mengedarkan dan mempamerkan jadual penggunaan bilik-bilik khas. 11.3.2 Merekodkan penggunaan bilik khas mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan penggunaannya secara optimum menggunakan buku Penggunaan Bilik Khas. 11.3.3 Memantau penggunaan bilik khas.
12.0 WAKTU PERSEKOLAHAN 12.1 Tahap 1 (a) Isnin-Selasa : 7.40 pagi – 1.10 petang (b) Rabu-Khamis : 7.40 pagi – 12.40 tengah hari (c) Jumaat : 7.40 pagi – 11.40 pagi 12.2 Tahap 2 (a) Isnin-Khamis : 7.40 pagi – 1.10 petang (b) Jumaat : 7.40 pagi – 11.40 pagi ** Waktu berubah mengikut akta/Pekeliling Ikhtisas semasa. 13.0 PENILAIAN &PEPERIKSAAN 13.1 Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) – 2 kali setahun 13.2 Pentaksiran Sumatif – 2 kali setahun 13.3 Ketua Panitia mata pelajaran perlu membuat agihan penggubal soalan untuk penilaian & peperiksaan dalam satu tahun persekolahan. Satu salinan agihan penggubal soalan mesti diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan. 13.4 Penggubal soalan perlu menyerahkan JSU , draf soalan dan skema jawapan kepada ketua panitia untuk semakan. 13.5 Ketua Panitia perlu merekod penyerahan draf soalan dan skema jawapan yang dihantar oleh penggubal soalan. Penyediaan draf soalan yang mencakupi: a) Berpandukan JSU b) Meliputi sukatan pelajaran – DSKP Item Penilaian yang standard dan berkualiti c) Menggunakan tatabahasa dan laras bahasa yang betul d) Grafik jelas e) Mengelakkan pengunaan unsur-unsur sensitif f) Kertas ujian mestilah ditaip atas kertas A4 secara optimum
g) Penyediaan soalan secara cut and paste tidak dibenarkan h) Kertas ujian mestilah dihantar untuk disemak oleh Ketua Panitia i) Format penyediaan diselaraskan (font,muka hadapan kertas soalan) j) Kertas ujian mestilah dihantar kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman untuk diperbanyakkan sebelum atau pada tarikh yag ditetapkan (3 minggu sebelum peperiksaan) k) Kertas ujian yang dicetak perlu diselenggara (ketip/susun/bungkus agihan kelas) oleh penggubal soalan dan mengikut SOP yang ditetapkan. l) Kertas ujian hendaklah disimpan di Bilik Peperiksaan. Pengedaran kertas ujian perlu mematuhi ketetapan yang telah ditetapkan. 13.7 Format Ujian 13.7.1 Ujian topikal – mengikut kesesuaian subjek 13.7.2 Penilaian Sumatif 13.7.3 Ujian Akhir Sesi Akademik 13.7.4 Masa mengikut kertas Ujian Akhir Sesi Akademik 13.7.5 Format- mengikut format Ujian Akhir Sesi Akademik 13.7.6 Semua pengendalian mengikut Standard Ujian 13.8 Jadual Pengawasan 13.8.1 Ujian diadakan serentak selama satu minggu bagi semua kelas 13.8.2 Jadual Pengawasan mengikut jadual peribadi 13.8.3 Masa mengikut keperluan guru matapelajaran 13.8.4 Guru yang mengambil kertas ujian di dalam Bilik Operasi Peperiksaan perlu membuat catatan di dalam Rekod Pengambilan Kertas Ujian 13.9 Rekod Markah 13.9.1 Markah ujian dimasukkan dalam komputer (Sistem Pengurusan Identiti (idme) & PBD Offline) 13.9.2 Laporan prestasi murid diadakan semasa Hari Bicara Akademik yang dijalankan selepas ujian sumatif
13.9.2 Guru kelas perlu mencetak laporan PBD untuk diberikan kepada murid pada Hari Bicara Akademik 13.10 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 13.10.1Guru merekod penguasaan murid menggunakan modul perekodan offline. 13.10.2 Setiap guru matapelajaran perlu menanda pada Tahap Penguasaan (TP) yang telah dikuasai oleh murid setelah selesai sesuatu tajuk atau tema yang ditaksir. 13.10.3 Dalam PBD pencapaian murid dilaporkan berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) Tahap Penguasaan TAFSIRAN 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif. 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik. 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 2 Tahu dan Faham Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi. 1 Tahu Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
13.10.4 Guru matapelajaran perlu ada Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran bersama rekod pelaporan di dalam Fail PBD. 13.10.5 Guru kelas perlu mencetak pelaporan PBD setelah semua guru matapelajaran selesai merekod tahap penguasaan murid. 13.10.6 Guru-guru PJK perlu melaksanakan pentaksiran PAJSK sebanyak dua kali setahun dan mengisi markah tersebut secara dalam talian (online). 13.10.7 Guru Bimbingan dan Kaunseling melaksanakan Ujian Psikometrik seperti yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan sebanyak sekali setahun dan markah direkodkan. 14.0 PEMANTAUAN 14.1 Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran /Pemudahcaraan (PdPc) 14.1.1 Pencerapan PdPc dilaksanakan mengikut surat Pekeliling Ikhtisas 3/1987 : Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. Instrumen pencerapan menggunakan Standard 4 SKPM: Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). 14.1.2 Pencerapan dilaksanakan oleh Guru Besar dibantu oleh Guru Penolong Kanan. Surat Penurunan Kuasa disediakan bagi setiap pencerap yang dilantik. Jadual Pencerapan dan agihan tugas pencerapan disediakan. 14.1.3 Setiap guru akan dicerap dua kali dalam tempoh setahun. 14.1.4 Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar/ Guru Penolong Kanan. Jadual Induk Pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun. 14.1.5 Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh, masa dan kelas yang sesuai untuk dicerap. Maklum balas pencerapan/ coaching dilaksanakan kepada guru oleh pihak pencerap.
Maklum balas/Coaching dari segi peratusan skor, kekuatan dan kelemahan disampaikan sama ada secara lisan/bertulis dan secara individu/berkelompok. 14.1.6 Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah panitia masing-masing 14.1.7 Semua Penolong kanan dan ketua panitia akan dicerap oleh Guru Besar. 14.1.8 Borang pencerapan disediakan dalam dua salinan untuk disimpan dalam fail pencerapan, fail panitia dan salinan kepada guru yang dicerap. 14.1.9 Maklumat/data pencerapan perlu dilaporkan dan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum sekolah dan panitia mata pelajaran. 14.2 Peperiksaan dan Penilaian 14.2.1 Penolong Kanan akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu Guru Besar dalam pengurusan dan penyeliaan peperiksaan dan ujian. 14.2.2 Jawatankuasa Unit Penilaian dan Peperiksaan sekolah dibentuk seperti dalam senarai tugas tahunan. 14.3 Bilik-bilik Khas 14.3.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah. Peraturan dan tatacara penggunaan bilik khas perlu dipameran di tempat yang sesuai dan ditaklimatkan kepada semua guru dan murid pada awal tahun. 14.3.2 Pelan bilik khas dan pelan kecemasan disediakan dan dipamerkan untuk memastikan keselamatan murid. 14.3.3 Guru yang menggunakan bilik khas perlu membuat catatan pada Buku Rekod Penggunaan Bilik Khas .
14.3.4 Pengambilan dan pemulangan alatan di bilik khas perlu direkodkan. Keselamatan bahan dan peralatan hendaklah diutamakan pada setiap masa. 14.3.5 Murid hanya dibenarkan masuk dengan kehadiran guru dan guru perlu mengawasi murid sepanjang waktu penggunaan bilik tersebut. 14.3.6 Guru perlu memastikan bilik-bilik khas sentiasa kemas, bersih dan selamat digunakan. 14.3.7 Memastikan kunci bilik khas dilabelkan mengikut nombor bilik dan satu (1) salinan kunci disimpan di pejabat. 14.3.8 Menampalkan Jadual Penggunaan Bilik Khas di dalam/luar bilik 14.4 Jawatankuasa Pemantauan 14.4.1 Jawatankuasa Tetap Pemantauan Akademik 14.4.2 Guru Besar 14.4.3 Guru Penolong Kanan Pentadbiran & Kurikulum 14.4.4 Guru Penolong Kanan HEM 14.4.5 Guru Penolong Kanan Kokurikulum 14.4.6 Guru Penolong Kanan Petang 14.4.6 Ketua Panitia 14.5 Tugasan dan latihan 14.5.1 100% hasil kerja murid disemak oleh guru mata pelajaran. Latihan/ tugasan kepada murid perlu diberikan bagi memastikan pengukuhan konsep dan pengayaan dalam topik-topik yang diajar. 14.5.2 Tugasan dan buku latihan murid akan dicerap oleh pentadbir 2 kali setahun bagi memastikan penyemakan dilakukan secara
konstruktif. 14.5.3 Guru mata pelajaran perlu menyerahkan borang ( PK 05/1) setelah merekod 20 aktiviti/latihan kepada pentadbir. 14.5.4 Guru mata pelajaran perlu menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap kelas yang diajar untuk semakan Guru Penolong Kanan dan rekod penghantaran direkodkan . 14.5.5 Guru Penolong Kanan akan menganalisis rekod penghantaran semakan kerja murid oleh guru mata pelajaran . 14.5.6 Buku latihan/aktiviti dipulangkan kepada murid selepas pengesahan pemantauan. 14.5.7 Hasil kerja murid yang betul ditanda √ dan yang tidak betul ditanda dengan simbol yang sesuai menggunakan pen berdakwat merah. 14.5.8 Guru meminta murid membuat pembetulan bagi latihan bertulis yang salah. 14.5.9 Guru mata pelajaran perlu memberi ulasan yang membina terhadap hasil kerja murid. 14.5.10 Latihan/tugasan perlu berfokus kepada soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) sekurang-kurangnya 30% keatas mengikut tahap keupayaan/kebolehan murid. 14.5.11 Bilangan buku latihan/lembaran ditetapkan dalam Mesyuarat Panitia mengikut aras kesukaran 5:3:2 dan perlu dipatuhi oleh semua ahli panitia. 14.5.12 Tugasan berbentuk individu/pasangan/kumpulan dilaksanakan Dengan menerapkan peta pemikiran (i-THINK) perlu dibuat sekurang-kurangnya seminggu sekali.
15.0 ANGGARAN BELANJA MENGURUS/PCG MATA PELAJARAN 15.1 Semua Ketua Panitia dikehendaki menyediakan Anggaran Perbelanjaan/Perancangan Kewangan berdasarkan peruntukan yang diberi. 5.2 Anggaran Belanja Mengurus dibuat mengikut format (PK 15/1). Anggaran Belanja Urus perlu disimpan dalam fail panitia, fail kurikulum dan fail Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT)@PT 15.3 Peruntukan kewangan mata pelajaran digunakan secara optimum untuk sumber pendidikan. (60% hingga 80%) melibatkan semua tahun. Peruntukan untuk program peningkatan pembelajaran murid (20% hingga 30%) melibatkan semua tahun. 15.4 Setiap Panitia boleh mengemukakan cadangan pembelian sumber/ program kepada Guru Besar menggunakan nota minta. Kegagalan mematuhi prosedur tidak akan diluluskan oleh Guru Besar. 15.5 Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan mesti mengikut Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa. 15.6 Peruntukan untuk sumber pendidikan mesti dibelanjakan sebelum sesi cuti pertengahan tahun bermula. Keseluruhan Peruntukan mesti dibelanjakan sehingga 90.0% sebelum bulan Disember bagi tahun semasa. Semua panitia menyumbang 5.0% untuk pembelian hapus kira. 15.7 ABM panitia diserah kepada Setiausaha Kurikulum seminggu selepas mesyuarat panitia pertama. ABM disemak untuk memastikan telah dibuat dengan tepat. 15.8 Ketua Pembantu Tadbir Kewangan (KPT)/ Pembantu Tadbir Kewangan (PT) memastikan pembelian barang yang dibelioleh panitia sama seperti barang/sumber/program yang dirancang dalam anggaran perbelanjaan panitia. 15.9 Sumber Pendidikan/program yang tidak tersenarai dalam perancangan/anggaran perbelanjaan tidak boleh diluluskan pembelian kecuali mendapat keizinan/kelulusan daripada Guru Besar.
15.10 Status Perbeanjaan PCG dipantau untuk memastikan peruntukan diurus dengan berkesan. Maklumat status dibawa dalam mesyuarat kewangan/mesyuarat kurikulum/panitia mengikut takwim sekolah. 16.0 BUKU TEKS/BUKU KERJA/BUKU LATIHAN 16.1 Buku teks yang dibekalkan haruslah dimaksimumkan penggunaannya oleh setiap pelajar dan guru. 16.2 Jumlah buku latihan bagi setiap mata pelajaran diputuskan dalam mesyuarat panita. 16.3 Buku kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat tidak menggantikan Buku Teks mematuhi SPI Bil 10/1991. 16.4 Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun oleh guru bertanggungjawab. 17.0 PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN RUJUKAN 17.1 PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu PdPc bagi mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk Program NILAM. 17.2 Guru-guru yang menerima jadual kelas ganti bagi guru yang tidak hadir digalakkan membawa murid ke Pusat Sumber Sekolah untuk mencari maklumat atau menonton video berkaitan pelajaran. 17.3 Program NILAM di Pusat Sumber akan dijalankan sepenuhnya oleh guru-guru Bahasa. 17.4 Penyemakan buku NILAM murid dilakukan juga oleh guru Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu mengikut Jadual NILAM. 17.5 Buku Rekod Bacaan bagi Program NILAM haruslah dilengkapkan oleh guru terlibat dan diserahkan kepada Guru Penyelaras Pusat Sumber mengikut tarikh yang ditetapkan. 17.6 Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset panitia.
18.0 BUDAYA MEMBACA BERIMPAK TINGGI / PROGRAM NILAM 18.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti/projek menggalakkan amalan membaca dalam kalangan murid. 18.2 Memastikan Program NILAM dilaksanakan dengan berkesan mengikut perancangan. 18.3 Buku NILAM murid perlu diperiksa oleh guru sekurang-kurangnya 2 kali sebulan. 18.4 Setiap kelas yang meminjam kotak bacaan pukal mestilah merekodkan peminjaman dalam buku yang disediakan. 18.5 Koleksi buku di PSS memenuhi nisbah 1 murid : 15 buku. 18.6 100% murid meminjam buku, 50% murid menerima anugerah bintang NILAM. 18.7 Sekurang-kurangnya 3 program galakan membaca. Contohnya: Program Pengumpulan Data & Maklumat,Laluan Akhbar, 1 Buku 1 Murid dan sebagainya. 18.8 GPM dan Guru NILAM perlu memastikan Program NILAM dilaksanakan dengan berkesan mengikut perancangan. Anugerah Budaya Membaca dan NILAM perlu dijalankan. 19.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK 19.1 Panitia mata pelajaran perlu merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kuali PdPc. Perancangan program dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum dan panitia pertama. 19.2 Panitia hendaklah menyediakan Perancangan Strategik (PS) bagi program peningkatan. PS meliputi program peningkatan prestasi bagi semua murid untuk semua tahun dan program peningkatan kualiti PdPc. 19.3 Panitia diminta merancang sekurang-kurangnya satu program kualiti PdPc guru dilaksanakan setahun. Ketua Panitia perlu mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk program akademik panitia berkenaan.
19.4 Program panitia mata pelajaran yang dilaksanakan hendaklah disediakan kertas kerja. Kertas kerja disediakan dan dihantar kepas SU/PK sebelum pelaksanaan program untuk kelulusan. Kertas kerja program disimpan dalam fail panitia dan sesalinan dalam fail kurikulum. 19.5 Penglibatan HEM dan guru kaunseling adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik. 19.6 Status pelaksanaan program panitia perlu dipantau mengikut jadual pemantauan yang ditetapkan. Hasil pemantauan hendaklah dianalisis dengan menggunakan borang yang disediakan bagi program yang dijalankan. 19.7 Maklumat pemantauan dan penilaian perlulah dilaporkan dan dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum untuk dibuat penambahbaikan. 19.8 Panitia hendaklah mencatatkan hasil laporan dan perbincangan serta direkodkan dalam Jadual 3 dan Jadual 4 Perancangan Strategik. 19.9 Program hendaklah dilaporkan dan didokumentasikan sebagai bahan rujukan guru mengikut format yang telah ditetapkan. 20.0 PROGRAM LATIHAN PERSONAL 20.1 Kursus Dalaman 20.1.1 Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat ringkas kepada Guru Besar /Penolong Kanan Pentadbiran apabila pulang berkursus dengan menggunakan format minit curai. 20.1.2 Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut keperluan dan budi bicara Pengetua / Penolong Kanan apabila dirasakanperlu atau atas arahan penganjur kursus. 20.1.3 Bahan kursus boleh diperbanyak untuk keperluan guru lain sekiranya perlu. 20.2 Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi 20.2.1 Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan kursus dalam LNPT guru. 20.2.2 Lawatan ke sekolah cemerlang boleh diadakan dalam kumpulan yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
20.2.3 Lawatan boleh dirancang oleh panitia dan kelab guru. 20.3 Bahan-bahan Ilmiah Kursus 20.3.1 Diperbanyak untuk keperluan guru lain berdasarkan keperluan. 20.3.2 Disimpan untuk rujukan panitia. 21.0 KAJIAN TINDAKAN 21.1 Semua Panitia mata pelajaran digalakkan membuat satu kajian tindakan setiap tahun. 21.2 Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk penyertaan sekolah. 22.0 DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK PdPc & UJIAN 22.1 Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan menggunakan Font 9/10 Times New Romen, set-up kertas kiri & kanan 0.5, atas dan bawah pada 0.5. 22.2 Percetakan 100 helai ke bawah hendaklah menggunakan mesin fotostat. 22.3 Bahan untuk cetakan 100 helai ke atas hendaklah direzo -Tempoh serahan mestilah 3 hari sebelum penggunaannya. 22.4 Guru dilarang mencetak atau fotostat sendiri di bilik cetak. 23.0 TARGET PENTAKSIRAN DALAMAN DAN PBD 23.1 Semua murid menguasai sekurang-kurangnya TP3 bagi setiap mata pelajaran. 23.2 Ujian Sumatif – semua murid menguasai TP setiap mata pelajaran.
24.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK 24.1 Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. 24.2 Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama sekolah. 25.0 MEMBUDAYAKAN PENGURUSAN PdPc YANG BERKUALITI 25.1 100% guru menjadikan Elemen 9 sebagai rujukan dalam dokumen pengajaran dan pembelajaran. 25.2 100% guru menulis Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian mengikut keupayaan murid. 25.3 100% guru melaksanakan sesi set induksi ke arah kesediaan minda murid menghadapi PdP. 25.4 100% guru melaksanakan Pendekatan PdP yang berpusatkan murid. Semua murid diberikan peluang untuk terlibat dalam PdP. Semua jawapan murid mesti dihargai. 25.5 100% guru melaksanalkan proses PdP yang menarik, menyeronokkan dan berkesan (Mastery Learning Intelligence, Konstruktivisme, Belajar Cara Belajar, KBKK,KMD, Pembelajaran Akses Kendiri dan Penggunaan ICT) 25.6 100% guru dapat mengenall pasti budaya pembelajaran semasa murid 25.7 100% guru melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah semasa guru mengajar dan semasa murid belajar mengikut Manual Pengurusan dan Pengendalian Berasaskan Sekolah. 25.8 100% guru melaksanakan sesi klinikal (pemulihan, pengukuhan dan pengayaan) 25.9 100% guru melaksanakan penutupan kognitif dan sosial 25.10 Semua mata pelajaran mencapai sasaran (ETR).
26.0 GURU BERPRESTASI TINGGI 26.1 100% guru mematuhi Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam(PKPA) 26.2 15% guru menyumbang kepakaran dalam bidang di luar sekolah 26.3 100% guru berpengalaman lebih 5 tahun dan guru yang menghadiri (kursus,bengkel,seminar,persidangan dan sebagainya) berkongsi maklumat dan pengetahuan dengan warga sekolah secara formal dan tidak formal. 26.4 100% guru mahir menggunakan ICT. “AMALAN REFLEKTIF KE ARAH PENINGKATAN PROFESIONALISME DIRI GURU” Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai penyampai ilmu dan kemahiran kepada murid-murid dan mencorak mereka. ➢ Guru adalah seorang yang peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. ➢ Guru adalah seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. ➢ Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk murid membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahanperubahan yang berlaku disekeliling mereka. ➢ Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka.
KETETAPAN HAL EHWAL MURID
KETETAPAN PELAKSANAAN DASAR HAL EHWAL MURID 1. LATAR BELAKANG Unit Hal Ehwal Murid merupakan satu unit yang diwujudkan di bawah pengelolaan Penolong Kanan HEM di sekolah untuk menguruskan perkhidmatan hal ehwal murid. Peranan unit ini mengendalikan pelbagai program dan perkhidmatan serta pengurusan yang tersirat dalam kurikulum sekolah sama ada berupa akademik atau kokurkulum dengan merancang program aktiviti dan teknik pelaksanaan semua aktiviti untuk perkembangan sahsiah murid, menyelaras, menyelia, dan menilai pelaksanaan aktiviti murid, mempertingkatkan akhlak dan nilai hidup murid, membina personaliti dan membentuk sikap murid yang positif dan progresif, mengawasi keselamatan, menjaga kesihatan dan memelihara kebajikan murid dan membina semangat kasih sayang kepada diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, agama dan negara. 2. OBJEKTIF 1. Memahami konsep dan peranan bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid. 2. Melahirkan individu yang berdisiplin, berketrampilan, dan berdaya saing untuk mencapai kejayaan. 3. Memupuk sikap penyayang dan prohatin terhadap diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat dan persekitaran. 4. Meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan kebajikan, kesihatan, dan keselamatan untuk memastikan kesejahteraan murid. 5. Menghasilkan peningkatan kualiti pengurusan disiplin dalam membentuk sikap dan peribadi positif dalam kalangan murid. 6. Melahirkan murid yang bersahsiah, beretika dan patuh pada ajaran agama dan negara menjadi insan yang berakhlak. 7. Meningkatkan kemahiran berbahasa murid dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam aktiviti. 8. Meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dalam membantu dan membimbing murid dari segi akademik, kokurikulum, sahsiah dan kerjaya. 9. Melahirkan murid yang mempunyai semangat kekitaan yang kukuh untuk memelihara keceriaan dan kecantikan sekolah. 10. Melahirkan murid yang boleh mengurus masa dengan baik.
3. PENETAPAN PELAKSANAAN DASAR UNIT HAL EHWAL MURID • Setiap unit HEM mempunyai KPI, perancangan strategik dan mempunyai fail dokumentasi yang dikemaskini. • Mesyuarat Jawatan Hal Ehwal Murid sekurang-kurangnya 3 kali. • Setiap aktiviti/program yang dirancang dapat dilaksanakan dan disediakan laporan bergambar. • Mesyuarat bagi kes-kes perlanggaran disiplin dan kecemasan mesti diadakan dalam tempoh 24 jam selepas laporan diterima. • Ke arah disiplin sifar. • Menyediakan laporan secara kronologi bagi kes perlanggaran disiplin. • Hukuman bagi kesalahan disiplin mesti merujuk kepada Pekeliling Disiplin 1968- 2002. • Mengenal pasti potensi pelajar dan memupuknya hingga ke tahap cemerlang. • Memberikan khidmat bantuan kepada pelajar yang bermasalah. • Mengelolakan program latihan kepimpinan dan organisasi murid. • Mengendalikan program orientasi murid. • Memberi galakan dan pedoman agar murid berdikari. • Mendedahkan murid terhadap sumber-sumber pengetahuan bermasyarakat. • Mengeratkan hubungan antara institusi sekolah dengan ibu bapa. • Mengorientasikan pandangan ibu bapa supaya selaras dengan maklumat sekolah dan maklumat pendidikan negara. • Merancang dan melaksanakan program kendiri untuk mengenal kelemahan dan kekuatan diri. • Mengatur dan mengelola aktiviti untuk mencapai kecemerlangan diri. • Perancangan dan jadual kerja yang rapi mengikut jangka pendek dan jangka panjang. • Pengelolaan program secara terperinci bagi menentukan kejayaan. • Penyelarasan kerja staf bagi menjamin kelicinan perjalanan organisasi.
4. MESYUARAT 1. Mesyuarat induk Pengurusan Hal Ehwal Murid dilaksanakan sebanyak 4 kali dan unit di bawahnya bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali setahun mengikut Standard Piawaian Jabatan Pelajaran. 2. Agenda mesyuarat perlu mengikut garis panduan yang diberikan 3. Menyediakan senarai kehadiran mesyuarat. 4. Menyediakan minit mesyuarat. 5. Mengedar minit mesyuarat dan maklum balas dalam tempoh 1 minggu kepada semua ahli mesyuarat. 6. Mengumpul dan menyatukan maklum balas dalam tempoh 2 minggu. 7. Minit mesyuarat perlu disediakan dalam 3 salinan dan disimpan ke fail induk Unit Pengurusan HEM/Fail minit Guru besar/Fail Penolong Kanan HEM. 8. Minit mesyuarat setiap unit dibuat dalam 2 salinan untuk simpanan fail unit HEM dan fail induk. 5. PENGURUSAN UNIT HAL EHWAL MURID 1. Menandakan Kehadiran dalam APDM pada setiap hari sebelum pukul 8.00 Pagi. 2. Fail peribadi murid mestilah dilengkapkan dengan butiran maklumat murid. 3. Memastikan Borang Maklumat murid (Borang SMM) dilengkapkan oleh ibubapa/penjaga. 4. Menguruskan keluar masuk murid dari masa ke semasa. 5. Memastikan Pengurusan dan Organisasi kelas dijalankan dan diuruskan dengan baik. 6. Memastikan dan melaksanakan Pengurusan Disiplin mengikut Penetapan Pelaksanaan Dasar Pengurusan Disiplin. 7. Mematuhi Penetapan Pelaksanaan Dasar Kebajikan Murid. 8. Mematuhi Penetapan Pelaksanaan Dasar Kebersihan dan Kesihatan. 9. Mematuhi Penetapan Pelaksanaan Dasar Keselamatan Sekolah. 10. Mematuhi Pengurusan Maklum Balas pelanggan.
6. SISTEM FAIL 1. Fail Jawatankuasa Hal Ehwal Murid diurus dan disimpan oleh Setiausaha Hal Ehwal Murid. 2. Semua fail unit HEM hendaklah diletakkan di Bilik PK HEM. 3. Senarai kandungan fail unit HEM mengikut garis panduan yang diberikan. 4. Sistem keluar masuk fail perlu dipatuhi dan dimaklumkan kepada pentadbir sekolah dengan keizinan. 7. PROSEDUR TINDAKAN KETIDAKHADIRAN MURID KE SEKOLAH 1. Guru kelas memastikan semua murid yang tidak hadir memberikan SURAT DOKTOR atau SURAT IBU BAPA/ PENJAGA DENGAN TANDATANGAN YANG SAH bagi tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Murid yang tidak hadir selama dua hari TANPA surat itu dikehendaki MEMBAWA PENJAGA ke sekolah berjumpa pihak sekolah (kecuali ada bukti yang nyata bahawa ketidakhadiran pelajar itu ada sebab munasabah). Sila tanda (S) sekiranya ada surat dan (0) jika tidak memberikan surat sebelum hujung minggu. 2. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk murid yang tidak datang ke sekolah selama tiga hari berturut-turut atau pada hari kesepuluh pelajar tidak hadir bukan secara berturut-turut tanpa surat. 3. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika murid tidak datang ke sekolah 7 hari berturut-turut selepas Surat Amaran Pertama. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar juga sekiranya telah ditandai (0) sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut. 4. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar sekiranya tiada apa-apa komunikasi 7 hari selepas Surat Amaran Kedua. Sila hantar surat tersebut juga untuk murid yg ditandai (0) sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.
Semua surat doktor, surat daripada ibu bapa/penjaga dan surat keluar kawasan sekolah hendaklah disimpan dengan baik di dalam fail. Sila pastikan nama, kelas/Tahun, dan tarikh tidak hadir ternyata dalam surat-surat. Sila susun surat mengikut tarikh dan bulan (kumpulkan semua surat untuk satu bulan bersama-sama untuk kemudahan rujukan apabila perlu). Untuk makluman, murid yang balik dengan kebenaran/ kenyataan sebelum masa ketiga dianggap tidak hadir (S). Murid yang keluar kawasan sekolah untuk mewakili sekolah dalam pertandingan rasmi dianggap hadir pada hari itu. Penghantaran surat-surat adalah seperti berikut: SURAT HARI TIDAK HADIR (0) BERTURUT-TURUT HARI TIDAK HADIR (0) BUKAN BERTURUTTURUT AMARAN PERTAMA PADA HARI 3 PADA HARI KE 10 AMARAN KEDUA 7 HARI SELEPAS AMARAN PERTAMA 10 HARI SELEPAS AMARAN KEDUA AMARAN TERAKHIR 7 HARI SELEPAS AMARAN KEDUA 20 HARI SELEPAS AMARAN KEDUA JUMLAH HARI TIDAK HADIR 31 HARI 60 HARI BUKAN BERTURUT-TURUT
8. PROSEDUR AM KEMASUKAN KE SK PUTRAJAYA PRESINT 8(3) 1. Mengisi borong pertukaran P.U.(A)275 yang terdapat di sekolah asal. 2. Borang tersebut perlu disahkan dan diluluskan oleh Guru Besar di sekolah asal. 3. Borang pengesahan penempatan oleh JPN WP Putrajaya. 4. Penetapan jumlah enrolmen yang optimum dapat menyokong kepada pembentukan saiz kelas sehingga 35 orang murid dalam satu kelas. 5. Bagi murid-murid Tahun 1: - i) Ibubapa membuat pengesahan dalam sistem online. ii) Had bagi setiap kelas antara 30 hingga 35 orang. 6. Guru kelas mengisi maklumat murid dalam Buku Kemasukan Murid. 7. Guru kelas mendaftar murid dalam sistem APDM. 8. Murid membawa fail peribadi dari sekolah lama. Jika tiada ibu bapa/ penjaga perlu wujudkan fail baharu. 9. Fail peribadi murid hendaklah diletakkan di pejabat sekolah. 10. Kandungan Fail Peribadi : - Sijil lahir murid - Salinan Mykad bapa - Salinan Mykad ibu - Salinan Mykad penjaga - Salinan sijil nikah - Salinan suntikan imunisasi - Salinan penyata gaji - Borang maklumat murid - 2 keping gambar pasport - Kad gigi - Pelaporan PBD - Bil utiliti terkini
KETETAPAN KOKURIKULUM
KETETAPAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(3) 1.0 MESYUARAT ITEM KETETAPAN TINDAKAN MESYUARAT 1.1 Mesyuarat Induk Kokurikulum dan mesyuarat sub unit kokurikulum dirancang dan dilaksanakan tiga/empat kali setahun. (Surat Siaran PKPA Bil 2: 1991)- Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-jawatankuasa Kerajaan) 1.2 Mesyuarat Unit Kokurikulum (Jawatankuasa Murid) dirancang dan dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali* setahun termasuk Mesyuarat Agung 1.3 Mencatat minit dan menyediakan minit mesyuarat 1.4 Notis panggilan mesyuarat disediakan 7 hari bekerja sebelum mesyuarat menggunakan format SPSK PK07-1 dan diedarkan setelah ditandatangani oleh Guru Besar / GPK Kokurikulum 1.5 Mesyuarat Induk Kokurikulum hendaklah dipengerusikan oleh Guru Besar (GB) dan boleh dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi (GPK Kokurikulum) dengan penurunan kuasa 1.6 Agenda mesyuarat Induk berdasarkan SPSK PK07-3 • Ucapan Pengerusi • Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas • Perkara perkara berbangkit • Perkara Baharu / Laporan Unit • Hal-hal Lain • Penangguhan mesyuarat 1.7 Minit mesyuarat disediakan mengikut format SPSK PK07-03 dan disemak oleh pengerusi mesyuarat. BK/01.1 : Borang Pemantauan BK/01.2 : Borang Rumusan Pemantauan 1.8 Minit mesyuarat perlu disiapkan dalam tempoh 3 : 7 : 14 selepas mesyuarat mengikut SPSK. SU Kokurikulum SU sub unit kokurikulum SU Kokurikulum/ Ketua Guru Penasihat/Pemimpin SU unit ( Murid ) Guru Besar/ PK Kokurikulum SU Kokurikulum SU Kokurikulum SU Kokurikulum/ Penyelaras Unit SU Kokurikulum