1.9 Minit Mesyuarat Induk Kokurikulum dibuat salinan dan disimpan dalam fail induk Kokurikulum dan fail SPSK. 1.10 Mesyuarat Unit Kokurikulum (termasuk mesyuarat agung) dipengerusikan oleh pengerusi unit dan dihadiri oleh Guru Penasihat / Guru Pemimpin 1.11 Minit mesyuarat Unit Kokurikulum dibuat dua salinan dan disimpan dalam fail unit dan fail Guru Penasihat 1.12 Agenda Laporan Unit @ Perkara Baharu : 1.12.1 Mesyuarat Pertama a. KPI, Visi & Misi, matlamat dan Objektif Kokurikulum b. Dasar dan Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum / Post Mortem c. Perancangan Strategik Kokurikulum d. Anggaran Belanjawan Mengurus (BKK, BTP, BSS) e. Agihan tugas tahun semasa. 1.12.2 Mesyuarat Kedua a. Dasar dan Ketetapan (dibangkit jika perlu) b. Laporan Pemantauan / Penilaian / Keberkesanan / Tindakan Penambahbaikan (Program/ /Pencapaian / PAJSK / Kewangan) a. Pascanilai c. Penarafan Kendiri Sekolah SKPM Kualiti@Sekolah 1.12.3 Mesyuarat Ketiga b. Laporan pemantauan / penilaian / keberkesanan / penambahbaikan (Program / Kewangan) c. Pascanilai / PAJSK d. Penyediaan / Kemaskini dokumen / Laporan e. Penarafan Kendiri Sekolah SKPM Kualiti@Sekolah f. Perancangan tahun hadapan SU Kokurikulum SU sub unit kokurikulum SU sub unit kokurikulum Dasar Utama Kokurikulum KPM Pemantauan oleh Jawatankuasa pemantau
2.0 PENUBUHAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH ITEM KETETAPAN TINDAKAN PENUBUHAN UNIT KOKURIKULUM 2.1 Penubuhan dan pengurusan apa-apa kelab atau persatuan di sekolah adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) bertarikh 21 Mei 1998. 2.2 Jawatankuasa Penaja ditubuhkan. 2.3 Mesyuarat Jawatankuasa Penaja diadakan untuk menghasilkan draf perlembagaan,peraturan,aktiviti dan syarat keahlian. dalam tempoh tiga hari selepas jawatankuasa penaja ditubuhkan. 2.4 Surat permohonan penubuhan Kelab dan persatuan(Unit Kokurikulum) disedia dan dikemukakan kepada Guru Besar (GB) untuk mendapatkan kelulusan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat Jawatankuasa Penaja. 2.5 Mesyuarat Agung Penubuhan di adakan setelah surat kelulusan penubuhan diterima daripada pengetua/guru besar. 2.5.1 Merumuskan perlembagaan dan peraturan Kelab dan persatuan (Unit Kokurikulum) 2.5.2 Menetapkan aktiviti utama Kelab dan persatuan (Unit Kokurikulum) 2.5.3 Melantik ahli jawatankuasa 2.6 Surat permohonan pengesahan pendaftaran Kelab dan persatuan (Unit Kokurikulum) diajukan kepada GB beserta dengan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab atau persatuan, senarai aktiviti utama dan senarai ahli jawatankuasa (Untuk menghasilkan sebuah rekod atau daftar ahli yang kemaskini) dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat agung. Jawatankuasa Kokurikulum Jawatankuasa Kokurikulum Jawatankuasa Kokurikulum PK Kokurikulum/ SU Kokurikulum PK Kokurikulum/ SU Kokurikulum PK Kokurikulum/ SU Kokurikulum SU Kokurikulum SU Kokurikulum SU Kokurikulum Jawatankuasa kokurikulum sekolah
2.7 Ahli persatuan didaftarkan setelah surat kelulusan dan pengesahan pendaftaran diterima daripada GB. 2.8 Perlembagaan dan peraturan- peraturan kelab dan persatuan, senarai ahli jawatankuasa dan senarai aktiviti utama difailkan . 2.9 Rekod atau daftar ahli kelab atau persatuan dikemukakan kepada GB untuk pengesahan. 2.10 Rekod atau daftar ahli difailkan untuk rujukan dan panduan serta pemeriksaan oleh Penolong Pendaftar (GB). 2.11 Guru penasihat dilantik bagi Kelab dan persatuan (Unit Kokurikulum) 2.12 Takwim Aktiviti Tahunan disediakan dan mendapatkan pengesahan daripada GB sebagai panduan aktiviti mingguan. 2.13 Jadual kedatangan ahli disediakan dalam setiap aktiviti yang dijalankan. 2.19 Surat permohonan untuk menjadi ahli gabungan dengan badan luar perlu dikemukakan kepada GB. 2.20 Surat permohonan menjadi ahli gabungan dikemukakan kepada badan induk setelah mendapat kelulusan daripada GB. 2.21 Menyediakan laporan tahunan. 2.22 Penubuhan persatuan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada GB, laporan lengkap mengenai perkaraperkara berikut dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat pertama persatuan. 2.22.1 Perlembagaan persatuan 2.22.2 Senarai ahli jawatankuasa 2.22.3 Senarai aktiviti utama persatuan Jawatankuasa Kelab dan persatuan. Jawatankuasa Kelab dan persatuan. Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat
3.0 PENDAFTARAN KOKURIKULUM MURID ITEM KETETAPAN TINDAKAN PENDAFTARAN KOKURIKULUM MURID 3.1 Kegiatan Kokurikulum adalah wajib dilaksanakan di semua sekolah.(Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996)-Akta 550 3.2 Semua murid tahap dua hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam,satu kegiatan persatuan atau kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.(SPI: Bil1/1985) Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah. (Perkara 5.1: Penyertaan ) iaitu: 3.2.1 Pasukan Badan Beruniform 3.2.2 Kelab / Persatuan 3.2.3 Sukan / Permainan 3.3 Pendaftaran ahli hendaklah dijalankan pada awal tahun (Januari) mengikut takwim sekolah/ Kokurikulum. 3.4 Pemilihan unit Kokurikulum oleh murid berdasarkan minat / kecenderungan / kebolehan dan keperluan sekolah. 3.5 Pemilihan ahli berdasarkan analisis borang BK/02. (Borang Pemilihan Keahlian Unit Kokurikulum).Hanya melibatkan murid tahun 4 sahaja dan murid baharu.Tahun 5 dan 6 kekal dalam unit sedia ada.(Tertakluk kepada keputusan pengurusan sekolah). 3.6 Jumlah ahli bagi setiap unit adalah ditentukan oleh jawatankuasa kokurikulum sekolah mengikut nisbah atau keperluan sekolah. Tahun 3 digalakkan menyertai sukan / permainan. 3.7 (BK/03) Borang kebenaran Waris disedia, diedar dan dikembalikan bersama borang (BKK/02) bagi semua murid tahap 2 kepada SU Kokurikulum dalam tempoh lima hari selepas pendaftaran. 3.8 Murid / ibubapa yang tidak bersetuju dengan pilihan pihak sekolah, surat rayuan rasmi perlu dihantar Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah SU Kokurikulum /Jawatankuasa Kokurikulum. SU Kokurikulum Guru Penasihat SU Kokurikulum/ /Penyelaras Unit kokurikulum/ Guru Kelas Jawatankuasa Kokurikulum Jawatankuasa Kokurikulum/ Ketua Guru Penasihat SU Kokurikulum/ Guru Kelas Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah Guru Besar/ PK Kokurikulum SU Kokurikulum/ Penyelaras unit
kepada pihak sekolah dalam tempoh satu minggu selepas keputusan jawatankuasa pemilihan. 3.9 Murid / ibubapa yang tidak bersetuju untuk menyertai aktiviti Kokurikulum ibubapa perlu mengemukakan surat rasmi dan berbincang dengan GB. (Keputusan pihak sekolah adalah muktamad). 3.10 Senarai muktamad keahlian unit-unit kokurikulum murid dimaklumkan kepada murid dan dipaparkan pada Papan Kenyataan Kokurikulum dua minggu selepas mesyuarat pemilihan. 3.11 Senarai maklumat berkaitan keahlian perlu disimpan dalam fail Induk Kokurikulum (BK/04) Borang Rumusan Keahlian Unit . (dibuat dalam dua salinan) dan diisi dalam sistem APDM( MPM) dalam tempoh tiga minggu selepas pendaftaran. 3.12 Data keahlian kokurikulum perlu dihantar ke Unit Kokurikulum JPWPP pada bulan Mac menggunakan tapak DKKS01(Data Kelab Persatuan dan Unit Beruniform) yang telah disahkan oleh GB. Satu salinan disimpan dalam fail data kokurikulum sekolah. 3.13 Pendaftaran rumah sukan menggunakan formula nombor pendaftaran murid/ pengagihan guru kelas/nisbah murid mengikut jantina/ bilangan rumah sukan. SU Kokurikulum/ Penyelaras unit/ Guru Kelas PK Kokurikulum/ SU Kokurikulum/ Guru Data kokurikulum
4.0 PEMILIHAN GURU PENASIHAT/PEMIMPIN ITEM KETETAPAN TINDAKAN PEMILIHAN GURU PENASIHAT/ GURU PEMIMPIN 4.1 Setiap guru ditetapkan memegang jawatan sekurang-kurangnya 2 unit kokurikulum: 4.1.1 Unit uniform 4.1.2 kelab/persatuan 4.1.3 sukan/permainan 4.2 Pemilihan dan Pelantikan berdasarkan kepada kepakaran/kebolehan guru sedia ada dan mengikut keperluan sekolah. (BK/05) Borang Maklumat Guru Rujuk Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb.Januari 1985 4.3 Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untuk melantik guru sebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan peruntukan yang sedia ada dalam tahun semasa. Rujuk dalam Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550 ), Bahagian 2. 4.4 Surat dikeluarkan kepada guru penasihat unit -unit kokurikulum pada mesyuarat kokurikulum yang pertama mengikut takwim sekolah meliputi : 4.4.1 (SKK/01) Surat pelantikan guru penasihat 4.4.2 (SKK/02) Surat penerimaan Tugas 4.5 Surat penerimaan tugas dikembalikan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas surat lantikan dikeluarkan. 4.6 Lantikan Ketua Guru Penasihat/ Pemimpin Badan Beruniform di sandang sekurangkurangnya 3 tahun. 4.7 Seorang guru hanya memegang SATU jawatan sebagai Ketua Guru Penasihat/Pemimpin sahaja bagi manamana unit kokurikulum (mengikut keperluan sekolah) Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah S/U Kokurikulum S/U Kokurikulum Jawatankuasa Kokurikulum Jawatankuasa Kokurikulum Semua guru penasihat/ pemimpin
4.8 (SKK/03) Surat serah tugas unit kokurikulum bertarikh pada 31 Disember tahun semasa perlu diserahkan pada hari akhir sesi persekolahan tahun tersebut KEENGGANAN guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan adalah suatu KESALAHAN daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan TINDAKAN DISIPLIN dan DIDENDA TIDAK MELEBIHI RM 5,000 ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI 6 BULAN ATAU KEDUADUANYA ( Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996:Penalti Am) (Perintah-perintah Am Pegawai Awam( Kelakuan dan tatatertib) ( Bab D)
5.0 PERJAWATAN MURID ITEM KETETAPAN TINDAKAN PERJAWATAN MURID 5.1 Murid hanya dibenarkan memegang hanya satu (1) jawatan tertinggi sahaja. 5.2 Bilangan Ahli Jawatankuasa adalah dalam bilangan ganjil (9/11/13/15 jawatan) 5.3 Pelantikan Jawatan 5.3.1Jawatan tertinggi (Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dilantik dalam kalangan murid tahun 6). 5.3.2 Naib Pengerusi, Naib Setiausaha, Naib Bendahari dilantik dalam kalangan murid tahun 5/6. 5.3.3 Ahli Jawatankuasa (AJK) dilantik tidak melebihi 3 orang bagi setiap tahun 4,5 dan 6. 5.4 Pelantikan jawatankuasa dibuat semasa mesyuarat agung pada tahun semasa. 5.5 (BK/06) Borang Jawatankuasa Unit Kokurikulum mestilah dilengkapkan dan diserahkan kepada SU Kokurikulum dalam tempoh 14 hari selepas mesyuarat agung untuk difailkan. 5.6 Watikah perlantikan dikeluarkan kepada semua AJK yang terpilih dan diserahkan semasa perhimpunan bulanan kokurikulum kali pertama (mengikut keperluan sekolah). 5.7 Markah penilaian kokurikulum diberikan berdasarkan jawatan yang disandang dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun semasa. 5.8 Jawatan yang disandang oleh murid boleh dilucutkan sekiranya terlibat dengan masalah disiplin (serius) dan kehadiran aktiviti kokurikulum kurang daripada 50%. Ketua Guru Penasihat/Pemimpin Ketua Guru Penasihat/Pemimpin Guru Penasihat Guru Penasihat/ SU Unit SU Kokurikulum/ Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat Jawatankuasa Kokurikulum Guru Penasihat Guru Penasihat
5.9 Perlucutan jawatan diputuskan dalam Mesyuarat Induk Kokurikulum. 5.10 AJK baharu dilantik menggantikan ajk yang dilucutkan jawatan / lantikan baharu mengikut hirarki dalam perjumpaan / mesyuarat unit masingmasing. 6.0 PERJUMPAAN MINGGUAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN PERJUMPAAN MINGGUAN 6.1 Peruntukan waktu pelaksanaan kegiatan kokurikulum 180 minit seminggu berdasarkan SPI Bil. 2/2007:Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan kokurikulum Di sekolah Rendah dan Menengah 6.2 Bilangan perjumpaan setahun sebanyak 12 kali mengikut ketetapan dalam dasar PAJSK bagi setiap unit Pasukan Badan Beruniform, Sukan dan Permainan serta Kelab dan Persatuan (BK07) Borang Rumusan Perjumpaan Mingguan) 6.3 Kod Etika Pakaian 6.3.1 Murid wajib memakai pakaian Pasukan Badan Beruniform (lengkap/separa lengkap) semasa hari perjumpaan mengikut kesesuaian aktiviti* 6.3.2 Semasa perjumpaan sukan permainan, murid memakai tshirt sekolah dan track bottom. 6.3.3 Murid perempuan Islam dibenarkan memakai tudung sekolah / tudung hitam / tudung Pasukan Badan Beruniform. 6.3.4 Semua murid mesti memakai kasut sekolah/kasut sukan / kasut Badan Beruniform 6.3.5 Guru perlu mematuhi etika pemakaian semasa aktiviti / perhimpunan bulanan kokurikulum. PK Kokurikulum S/U Kokurikulum Penyelaras Guru Penasihat Penyelaras Unit Guru Penasihat PK Kokurikulum Penyelaras Unit Guru Penasihat PK Kokurikulum SU Kokurikulum/ Penyelaras Unit
6.4 Keselamatan 6.4.1 Mematuhi SOP (Standard Operating Procedure) semasa melaksanakan aktiviti 6.4.2 Memastikan semua lokasi perjumpaan dan peralatan selamat sebelum aktiviti dijalankan 6.4.3 Melaporkan kes-kes kecemasan dan mengambil tindakan segera 6.4.4 Guru Penasihat wajib berada bersama dengan murid sepanjang aktiviti dijalankan 6.5 Pengurusan Kad / Buku PAJSK 6.5.1 Semua murid mesti memiliki Kad / Buku PAJSK pada awal tahun 6.5.2 Kad PAJSK diurus dan disimpan di tempat yang selamat dan sesuai 6.5.3 Kehadiran murid direkodkan pada setiap kali perjumpaan 6.5.4 Rekod penglibatan dan pencapaian dikemas kini dari semasa ke semasa 6.5.5 Analisis kehadiran bulanan disediakan berdasarkan Borang Kehadiran Bulanan 6.6 Pengurusan Laporan Aktiviti Kokurikulum 6.6.1 Laporan disediakan dan diserahkan kepada guru penasihat pada awal tahun 6.6.2 Melengkapkan dokumen dan item yang diperlukan dalam laporan dalam tempoh 2 minggu selepas Mesyuarat Agung. 6.6.3 Laporan perlu disahkan oleh Guru Besar. 6.6.4 Laporan mingguan direkod pada setiap kali perjumpaan Guru Kelas/ Guru Penasihat Guru Penasihat/ Penyelaras PAJSK Setiausaha Unit Guru Penasihat/ Penyelaras PAJSK SU Kokurikulum/ Penyelaras Unit SU Kokurikulum /Penyelaras Unit Setiausaha Unit Setiausaha /Guru Penasihat J/K Pemantauan PK Kokurikulum SU Kokurikulum/
(Kehadiran, laporan aktiviti mingguan) 6.6.5 Laporan mingguan disemak dan disahkan. 6.6.6 Laporan disemak sekurangkurangnya 3 kali setahun 6.6.7 Laporan Dapatan Pemantauan disediakan (Borang Dapatan Pemantauan) 6.6.8 Laporan / dapatan dibawa ke Mesyuarat JK Induk Kokurikulum 6.7 Kehadiran Guru Penasihat 6.7.1 Guru penasihat wajib hadir setiap kali perjumpaan mingguan Perkara 5.2 dalam SPI Bil 1/1985 : Penglibatan Guru dalam Aktiviti Kokurikulum 6.7.2 Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diperuntukkan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggunjawaban penjawat awam ataupun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut “ Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)- Bab D 6.7.3 Borang/buku kehadiran guru disediakan dan direkodkan setiap kali perjumpaan (tanda tangan guru) 6.7.4 Ketidakhadiran guru penasihat mestilah dimaklumkan awal kepada GB/ PK Kokurikulum Penyelaras GPK Kokurikulum SU Kokurikulum/ Penyelaras PK Kokurikulum/Ketua Guru Penasihat SU Kokurikulum/ Penyelaras PK Kokurikulum
6.7.5 Data kehadiran guru perlu dianalisis dan dibentangkan dalam Mesyuarat JK Induk Kokurikulum (Borang Analisis Kehadiran Guru) 6.7.6 Guru yang tidak hadir 3 kali tanpa alasan diminta menghantar surat tunjuk sebab kepada GB dan Salinan kepada PK Kokurikulum 7.0 KEWANGAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN KEWANGAN 7.1 Pematuhan prosedur penggunaan kewangan berdasarkan SPK Bil 8/2012 : Garis Panduan Penggunaan Pengurusan Kewangan, Peruntukan Bantuan Persekolahan ke sekolah berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid. 7.2 (BK/08) ABM Kokurikulum, peruntukan Kokurikulum bagi program induk dan unit disediakan pada awal tahun dan dibentangkan / dimaklumkan dalam mesyuarat induk bil. 1 Kokurikulum. 7.2.1 Mesyuarat Pertama 7.2.2 ABM menggunakan format yng berikut: i) Bilangan ii) Program/aktiviti iii) Tarikh iv) Sasaran v) Item vi) Kos vii) Sumber * Lampiran Borang BKK/08 Anggaran Belanja Mengurus. (BK/09) DATA KEWANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH – DKKS) PK Kokurikulum PK Kokurikulum Rujuk Pegawai Meja PPD PK Kokurikulum PK Kokurikulum
7.3 Bantuan Kokurikulum Sekolah (BK) 7.3.1 Perbelanjaan yang dibenarkan menggunakan ( BKK ) meliputi : i) Pasukan badan beruniform ii) Kelab dan persatuan (tidak termasuk sukan dan permainan) iii) Aktiviti sokong pembentukan pemupukan dan pembangunan sahsiah murid seperti perkhemahan seminar, kolokium dan kursus kepimpinan (tidak termasuk aktiviti bimbingan dan kaunseling serta kecemerlangan akademik). 7.3.2 Perbelanjaan yang dibenarkan berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti di para 7.3.1 adalah seperti berikut: i) Pengendalian dan pengurusan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan; ii) Urusan makan minum, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring; iii) Perolehan /penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; iv) pembelian dan penyelenggaraan peralatan Kokurikulum sekolah; v) pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti); vi) pembayaran yuran pendaftaran / penyertaan dan vii) pembelian hadiah aktiviti 7.4 Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) 7.4.1 Kokurikulum: i) Pengendalian dan pengurusan pasukan badan beruniform, kelab dan persatuan; ii) urusan makan minum, penginapan, sewaan dan PK Kokurikulum GB/PK Kokurikulum / PT Kewangan PT Kewangan PK Kokurikulum/ PT kewangan
pengangkutan murid serta guru pengiring; iii)perolehan /penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; iv) pembelian dan penyelenggaraan peralatan Kokurikulum sekolah; v) pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah bagi tujuan perbelanjaan makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti); vi) pembayaran yuran pendaftaran /penyertaan; dan vii) pembelian hadiah aktiviti 7.4.2 Sukan Tahunan Sekolah: i) Urusan makan minum, sewaan dan, ii) pengangkutan. iii) Perolehan/penyediaan bahan iv) cetak dan bahan habis guna; v) Pembelian cenderahati, pingat dan piala; dan vi) Bayaran kepada pengangkutan luar. vii) Sekiranya peruntukan masih viii) berbaki setelah sukan tahunan sekolah dilaksanakan, baki tersebut dibenarkan dibelanjakan untuk aktiviti sukan yang lain. 7.5 Bantuan Sukan Sekolah ( BSS ) i) Kejohanan sukan tahunan sekolah; ii) Aktiviti pra kejohanan seperti sukan tara dan merentas desa iii) Karnival permainan antara rumah, kelas dan sebagainya; dan iv) Program-program sukan lain sepanjang tahun v) pengendalian dan pengurusan kelab- kelab sukan dan permainan; vi) kursus pendedahan sukan dan permainan kepada murid; vii) urusan makan minum/sajian, penginapan, sewaan dan pengangkutan murid serta guru pengiring; penyediaan bahan cetak dan bahan habis guna; GPK Kokurikulum
viii) pembelian dan penyelenggaraan peralatan sukan sekolah; ix) pemberian wang saku kepada murid dalam kadar yang munasabah (makan minum semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat aktiviti); x) pembayaran yuran pendaftaran/penyertaan; dan xi) pembelian hadiah aktiviti 7.6 Permohonan pembelian barang dan peralatan mematuhi prosedur kewangan sedia ada seperti: i) Menyediakan kertas kerja ii) Membuat nota minta iii) Mendapatkan sebut harga iv) Invois bayaran (selepas pembelian) 7.7 Resit pembelian setiap barang/peralatan diserahkan kepada Pejabat (PT) dalam tempoh masa 14 hari selepas pembelian dilakukan untuk dibuat pembayaran. 7.8 Bayaran untuk yuran penyertaan yang menggunakan PCG Kokurikulum dan Sukan sama ada dalam bentuk tunai/cek hendaklah dikemukakan tujuh (7) hari sebelum aktiviti tersebut dijalankan. 7.9 Permohonan yang dikemukakan mestilah lengkap dengan perkara berikut: i) Borang Penyertaan ii) Senarai nama peserta iii) Surat jemputan pertandingan /aktiviti iv) Minit mesyuarat penyelarasan ( yang menyatakan jumlah bayaran/sumbangan penyertaan) v) Resit pembayaran penyertaan 7.10 Tuntutan Wang Saku/makan minum murid dibuat mengikut kadar M5.00/RM6.00/RM8.00/RM10.00 mengikut ketetapan sekolah. 7.11 Prestasi perbelanjaan hendaklah dilaporkan dalam Mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Bil. 2 dan /Bil. 3 dan/ Bil.4 (BK/10) Borang Semakan Kewangan Kokurikulum
7.12 Data Kewangan Kokurikulum Sekolah (BKK dan BBTP) dihantar ke PPD menggunakan tapak data yang disediakan/standardkan pada bulan Jun dan Oktober setiap tahun. * Lampiran BK/08: Borang DKKS
8.0 SUKATAN PELAKSANAAN AKTVITI KOKURIKULUM ITEM KETETAPAN TINDAKAN SUKATAN KOKURIKULUM 8.1 Sukatan bagi setiap unit Badan Beruniform , Kelab/ Persatuan dan Sukan / Permainan disediakan / diperolehi/diusahakan pada awal tahun semasa. (BK/11) Borang Semakan Sukatan Kokurikulum) 8.2 Sukatan setiap unit WAJIB digunakan dalam perancangan aktiviti tahunan yang direkodkan dalam Laporan Aktiviti Kokurikulum. 8.3 Pemilihan sukatan setiap unit mengikut kesesuaian dan keperluan sekurang-kurangya 12 aktiviti (kemahiran, pengetahuan dan sahsiah). 8.4 Sukatan yang dibuat/ diperolehi disimpan dalam Fail Induk Sukatan dan satu salinan disimpan dalam fail setiap unit. 8.5 Sukatan yang telah dipilih dalam perancangan perlu dilaksanakan dalam perjumpaan setiap unit. Ketua /Guru Penasihat Ketua /Guru Penasihat Guru Penasihat SU Kokurikulum / Ketua Guru Penasihat Ketua Guru Penasihat / Penyelaras Unit
9.0 MEKANISME PEMANTAUAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN MEKANISME PEMANTAUAN 9.1 Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Sekolah terdiri daripada Guru Besar, semua PK, setiausaha, penyelaras dan ahli yang dilantik. 9.2 Surat Lantikan tahun semasa diberikan kepada ahli jawatankuasa pemantauan yang dilantik . 9.3 Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah (JKKS) menyediakan jadual pemantauan mengikut takwim Kokurikulum. 9.4 Penyediaan Borang Pemantauan : 9.4.1 BKK/01.1 - BORANG PEMANTAUAN (MESYUARAT) 9.4.2 BKK/01.2 - BORANG RUMUSAN PEMANTAUAN (MESYUARAT) 9.4.3 BKK/02 - BORANG PEMILIHAN KEAHLIAN UNIT KOKURIKULUM (PENDAFTARAN) 9.4.4 BKK/03 - BORANG KEBENARAN WARIS (PENDAFTARAN) 9.4.5 BKK/04 - BORANG RUMUSAN KEAHLIAN UNIT (PENDAFTARAN) 9.4.6 BKK/05 - BORANG MAKLUMAT GURU 9.4.7 BKK/06 - BORANG JAWATANKUASA UNIT KOKURIKULUM (PERJAWATAN MURID) 9.4.8 BKK/07 - BORANG RUMUSAN PERJUMPAAN MINGGUAN (PERJUMPAAN MINGGUAN) 9.4.9 BKK/08 - ABM KOKURIKULUM 9.4.10 BKK/09 - DATA KEWANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH (DKKS) 9.4.11 BKK/10 - BORANG SEMAKAN KEWANGAN KOKURIKULUM (KEWANGAN) 9.4.12 BKK/11 - BORANG SEMAKAN SUKATAN KOKURIKULUM (SUKATAN PELAKSANAAN AKTIVITI) 9.4.13 BKK/12 - BORANG REKOD SEGAK 9.4.14 BKK/13 - BORANG REKOD PENCAPAIAN MURID 9.4.15 (PENGIKTIRAFAN) 9.4.16 BKK/14 - BORANG PEMANTAUAN PROGRAM KOKURIKULUM (PROGRAM KOKURIKULUM) Guru Besar dan PK SU Kokurikulum/ Penyelaras Unit SU Kokurikulum/ Penyelaras Unit Penyelaras Unit/ SU Kokurikulum Ketua Guru Penasihat
10.0 KESELAMATAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN KESELAMATAN Sebelum aktiviti: 10.1 Pematuhan kepada SPI 5/2016 : Panduan Keselamatan Diri Pelajar semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan di dalam dan di luar kawasan. 10.2 Pematuhan kepada SOP untuk bidang kokurikulum dan diedarkan kepada guru (Rujuk SOP) 10.3 Surat makluman kepada Balai Polis/Pejabat Kesihatan/ Renjer Hutan/ Balai Bomba dan lain-lain agensi mengikut keperluan dalam tempoh sebulan *sebelum aktiviti. 10.4 Pematuhan SOP keselamatan dan penggunaan peralatan dibentangkan kepada guru semasa mesyuarat kokurikulum yang pertama. 10.5 Taklimat SOP keselamatan kepada murid Pada minggu pertama persekolahan dan pada setiap perjumpaan/ aktiviti secara berterusan. 10.6 Surat makluman aktiviti kepada ibu bapa / penjaga murid disediakan dan diedarkan dalam tempoh 2 minggu PK Kokurikulum, PK Kokurikulum, Guru Penasihat, Jurulatih SU Kokurikulum / SU Sukan Guru Penasihat/ guru pengiring Guru Penasihat/ guru pengiring Guru Penasihat/ guru pengiring Guru Penasihat. Jurulatih 9.5 Pelaporan penilaian dan analisis Pemantauan dibuat bagi setiap aktiviti yang dijalankan secara berkala(Mac / Julai / Oktober).Data dan maklumat Pelaporan diserahkan kepada PK Kokurikulum untuk dibentang/maklum dalam mesyuarat Pengurusan Kokurikulum Bil.2,Bil.3 dan Bil.4 . 9.6 Tindakan susulan diambil berdasarkan maklumbalas mesyuarat bagi unit yang terlibat. Laporan tindakan dibuat dan diserah kepada SU Kokurikulum.
10.7 Semua aktiviti kokurikulum dan sukan yang dijalankan perlu mendapat kelulusan Guru Besar / pemangku Guru Besar. 10.8 Memastikan dokumen-dokumen sokongan lengkap: a. Borang kebenaran waris b. Borang perakuan kesihatan murid c. Borang Pelancongan (Undang-undang Pelancongan Sekolah 1957) d. Surat Lantikan Tugas Pegawai e. Surat Pelepasan Murid (jika perlu) f. Kebenaran menggunakan kenderaan (mengikut format sekolah masingmasing) 10.9 Permohonan pelancongan untuk aktiviti luar anjuran sekolah perlu dihantar ke PPD bagi mendapatkan kelulusan dalam tempoh 5 minggu. (Undang-undang Pelancongan Sekolah 1957) 10.10 Tempat aktiviti selesa dan selamat digunakan. 10.11 Semua peralatan berfungsi dan selamat digunakan berdasarkan keadaan fizikal dan tempoh guna (warranty). Semasa aktiviti: 10.12 Taklimat aspek keselamatan semasa aktiviti dijalankan kepada murid. 10.13 Guru mesti mematuhi jadual bertugas dan SOP sepanjang aktiviti yang dijalankan dan peka kepada persekitaran bagi mematuhi keberadaan dan keselamatan 10.14 Sebarang aktiviti luar (kawasan terbuka/ padang / hutan /air)ditangguhkan sekiranya berlaku cuaca buruk atau terlampau panas. (Akur surat siaran dari semasa ke semasa) 10.15 Aspek pemakaian seperti kasut, pakaian sukan atau seragam yang lengkap, sesuai dengan aktiviti. Guru Penasihat. Jurulatih Guru Penasihat/ Guru Pengiring Penyelaras Unit Koku SU Sukan / Penyelaras Sukan Guru Penasihat / Guru Pengiring/ Jurulatih Guru Penasihat / Guru Pengiring/ Jurulatih Guru Penasihat / Guru Pengiring/ Jurulatih Guru Penasihat / Guru Pengiring/ Jurulatih JK Program
10.16 Murid yang terlibat dengan aktiviti berada dalam keadaan sihat. 10.17 Ibu bapa/penjaga perlu dihubungi dengan segera sekiranya berlaku kecemasan / kecederaan murid dan menghantar ke klinik/hospital yang berhampiran. 10.18 Makanan murid dipantau setiap hari dan sampel makanan yang disimpan (dilabel). 10.19 Pematuhan kepada tugas dan tanggungjawab sepanjang pelaksanaan aktiviti. Selepas aktiviti: 10.20 Taklimat keselamatan kepada murid sebelum program berakhir (Rujuk SOP) 10.21 Memastikan bilangan peserta mencukupi dan dalam keadaan baik/sihat sebelum bersurai. Guru Penasihat/ Guru Pengiring Guru Penasihat / Guru Pengiring/ Jurulatih
11.0 PENILAIAN PAJSK ITEM KETETAPAN TINDAKAN PENILAIAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK) 11.1 Menubuhkan Jawatankuasa PAJSK yang terdiri daripada Guru Besar, Semua Pentadbir, Guru Bimbingan dan Kaunseling, Guru Pendidikan Jasmani dan beberapa orang guru ( mengikut keperluan sekolah) 11.2 Pelaksanaan PAJSK berpandukan Carta Alir PAJSK dalam manual PAJSK Lampiran 1: Carta Alir Borang Kehadiran Lampiran 2: Carta Alir Pengisian Rekod Aktiviti Lampiran 3: Carta Alir Pengisian Rekod Aktiviti Ekstra Kurikulum 11.3 PAJSK dijadikan agenda dalam Mesyuarat Induk Jawatankuasa Kokurikulum. 11.4 Data kokurikulum murid dimasukkan dalam sistem Modul Pengurusan Murid (MPM) 11.5 Semua murid mempunyai kad / buku rekod PAJSK (SPI Bil. 2/1986 Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar) pada awal tahun. 11.6 Kad/Buku* Rekod PAJSK diisi oleh murid dan disahkan oleh Guru Penasihat serta disimpan oleh Guru Penasihat pada setiap kali perjumpaan. 11.7 Taklimat PAJSK (pengisian markah) kepada Guru Penasihat/pemimpin dari semasa ke semasa Guru Besar PK Kokurikulum Jawatankuasa PAJSK Guru Data / Guru Kelas Setiausaha Kokurikulum / Guru Kelas Guru Kelas Setiausaha Kokurikulum Penyelaras Guru Penasihat Guru Penasihat / Pemimpin Guru Kelas Guru Penasihat/ Pemimpin Guru Kelas PK Kokurikulum Guru Penasihat Penyelaras Guru Kelas
11.8 Pengisian PAJSK dilaksanakan mengikut arahan semasa 11.9 Penilaian PAJSK perlu mematuhi Manual Pengurusan PAJSK, KPM yang meliputi aspek berikut: • Kehadiran (40 Markah) • Jawatan (10 markah) • Penglibatan (20 markah) • Pencapaian (20 markah) • Komitmen (10 markah) • Khidmat Sumbangan (10 markah) • Ekstra Kurikulum (10 markah) 11.10 Menyemak dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam Kad / Buku Rekod PAJSK 11.11 Markah penilaian diisi dalam sistem PAJSK dalam tempoh tiga minggu selepas sistem atas talian dibuka 11.12 Pengisian markah PAJSK dipantau dan disemak secara berterusan. 11.13 Pelaporan dicetak untuk tahun 6 sebanyak 2 salinan (salinan asal untuk murid dan salinan sekolah)******* 11.14 Pelaporan disahkan oleh Guru Besar secara atas talian 11.15 Semua salinan pelaporan perlu disimpan dalam fail pelaporan PAJSK murid sehingga tamat persekolahan. 11.16 Pihak sekolah perlu memastikan murid yang berpindah masuk membawa rekod PAJSK dari sekolah asal (sekolah harian KPM). Maklumat kokurikulum juga perlu disediakan untuk murid yang berpindah sekolah Guru Besar PK Kokurikulum SU Kokurikulum Guru Kelas Guru Besar SU Kokurikulum Guru Kelas
Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) 11.17 Pentaksiran SEGAK diwajibkan kepada setiap murid pada bulan Mac dan Ogos kecuali murid berkeperluan khas/ sakit kronik. SPI Bil. 2/2016 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) 11.18 Pengisian pentaksiran SEGAK bagi kedua-dua penggal persekolahan dalam Borang SEGAK (BK/12) Borang Rekod Segak 11.19 Pentaksiran SEGAK diisi dalam sistem PAJSK dalam tempoh tiga minggu selepas sistem dibuka Guru PJ Guru PJ Guru PJ
12.0 PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN ITEM KETETAPAN TINDAKAN PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN 12.1 Pengiktirafan kepada murid dan guru Dalam aktiviti kokurikulum dan sukan perlu dilaksanakan (SPI Bil 1/1985 Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah : Sub Perkara 8.2.4, memberi penghargaan kepada guru-guru dan pelajar atau orang perseorangan) 12.2 Menubuhkan jawatankuasa Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan. 12.3 Menyediakan anggaran perbelanjaan AnugerahKecemerlangan Kokurikulum dan Sukan menggunakan peruntukan 12.3.1 Bantuan Kokurikulum (BKK) 12.3.2 Bantuan Sukan Sekolah (BSS) 12.3.3 Bantuan Tambahan Persekolahan (BTPKK) 12.3.4 Bantuan Tambahan Persekolahan Sukan (BTPS) 12.4 Kertas kerja disediakan sebulan sebelum program dilaksanakan dan mendapat kelulusan daripada pengetua. 12.5 Pemilihan calon untuk diberi pengiktirafan dan penghargaan mengikut kriteria yang ditetapkan oleh sekolah. (BKK/13) : Borang Rekod Pencapaian Murid Dan Guru 12.5.1 Murid cemerlang kokurikulum dan sukan peringkat daerah/ negeri/ kebangsaan / antarabangsa 12.5.2 Unit cemerlang kokurikulum dan sukan 12.5.3 Guru cemerlang kokurikulum dan sukan 12.5.4 Tokoh murid / murid harapan dalam kokurikulum dan sukan PK Kokurikulum, S/U Kokurikulum, S/U Sukan PK Kokurikulum SU Kokurikulum/ SU Sukan J/K Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Sukan.
12.5.5 Tokoh Guru dalam kokurikulum dan sukan 12.5.6 Individu / agensi luar 12.5.7 Ahli Jawatan kuasa tertinggi setiap unit kokurikulum dan sukan 12.6 Bentuk penghargaan (cadangan) 12.6.1 Sijil pencapaian / penghargaan 12.6.2 Plak / Piala 12.6.3 Hamper 12.6.4 Wang tunai 12.6.5 Baucer tunai / barang 12.7 Dokumentasi disediakan dalam tempoh 4 minggu selepas program dilaksanakan. J/K Program J/K Dokumentasi
13.0 PROGRAM KOKURIKULUM ITEM KETETAPAN TINDAKAN PROGRAM KOKURIKULUM 13.1Perancangan Strategik ( 5 tahun sekali ) dan Perancangan Tahunan disediakan pada akhir tahun/awal tahun semasa 13.2 Pelan Taktikal (Jadual 2) disediakan pada akhir /awal tahun semasa 13.3 Pelan Operasi (Jadual 3) program induk dan unit disediakan pada awal tahun semasa 13.4 Perancangan Aktiviti Tahunan setiap unit disediakan dan dicatatkan dalam Laporan Aktiviti kokurikulum dan Salinan diserahkan kepada penyelaras / Setiausaha sebelum akhir tahun 13.5 Perancangan Strategik dan perancangan aktiviti tahunan disimpan dalam Fail Unit dan Fail Induk Kokurikulum 13.6 Cadangan Aktiviti Induk dalam Perancangan Strategik 13.6.1 Kejohanan Merentas Desa 13.6.2 Sukan tara 13.6.3 Kejohanan Balapan dan Padang 13.6.4 Pertandingan Sukan antara kelas/rumah sukan /kelab sukan 13.6.5 Perkhemahan Tahunan 13.6.6 Anugerah Kokurikulum 13.6.7 Kursus Kepimpinan Kokurikulum 13.6.8 Karnival Kokurikulum Setiausaha kokurikulum Setiausaha/ Penyelaras/ Ketua Guru/ Penasihat Setiausaha unit / Ketua Guru Penasihat S/U Kokurikulum S/U Kokurikulum Setiausaha/ Penyelaras/ Guru Penasihat PK Kokurikulum/ Setiausaha
13.7 Kertas kerja program induk dan unit disediakan dua bulan sebelum pelaksanaan dan disimpan dalam fail Induk dan fail unit 13.8 Pelantikan AJK induk dan AJK pelaksana dimaklumkan dalam taklimat program . Minit Curai disediakan 13.9 Prosedur pelaksanaan diuruskan oleh AJK pelaksana berdasarkan SOP kokurikulum 13.9.1 Surat Kebenaran Waris (SKK/04) 13.9.2 (BKK/15) Borang Perakuan Kesihatan 13.9.3 Surat jemputan berdasarkan program yang akan dijalankan 13.9.4 Jika melibatkan lawatan surat pelancongan diuruskan lima minggu sebelum program dijalankan 13.10Pascanilai program Induk/Unit disediakan dan dilaporkan dalam Mesyuarat Induk Bil 2 & Bil 3 BK/14 13.11Laporan /Dokumentasi Program disediakan sebulan selepas program mengikut format PK Kokurikulum/ SU Kokurikulum SU Kokurikulum/ J/K Program
SENARAI SURAT KOKURIKULUM (SKK) 1. SKK/01 - SURAT LANTIKAN GURU PENASIHAT 2. SKK/02 - SURAT PENERIMAAN TUGAS 3. SKK/03 - SURAT SERAH TUGAS 4. SKK/04 - SURAT KEBENARAN WARIS (PROGRAM KOKURIKULUM) SENARAI BORANG KOKURIKULUM (BKK) 1. BK/01.1 - BORANG PEMANTAUAN MESYUARAT (MESYUARAT) 2. BK/01.2 - BORANG RUMUSAN PEMANTAUAN (MESYUARAT) 3. BK/02 - BORANG PEMILIHAN KEAHLIAN UNIT KOKURIKULUM (PENDAFTARAN) 4. BK/03 - BORANG KEBENARAN WARIS (PENDAFTARAN) 5. BK/04 - BORANG RUMUSAN KEAHLIAN UNIT (PENDAFTARAN) 6. BK/05 - BORANG MAKLUMAT GURU 7. BK/06 - BORANG JAWATANKUASA UNIT KOKURIKULUM (PERJAWATAN MURID) 8. BK/07.1 - BORANG RUMUSAN PERJUMPAAN MINGGUAN (PERJUMPAAN MINGGUAN) 9. BK/07.2 - BORANG RUMUSAN KEHADIRAN 10. BK/08 - ABM KOKURIKULUM 11. BK/09 - DATA KEWANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH (DKKS) 12. BK/10 - BORANG SEMAKAN KEWANGAN KOKURIKULUM (KEWANGAN) 13. BK/11 - BORANG SEMAKAN SUKATAN KOKURIKULUM (SUKATAN PELAKSANAAN AKTIVITI) 14. BK/12 - BORANG REKOD SEGAK (PENILAIAN PAJSK) 15. BK/13 - BORANG REKOD PENGLIBATAN DAN PENCAPAIAN MURID (PENGIKTIRAFAN) 16. BK/14 - BORANG PEMANTAUAN PROGRAM KOKURIKULUM (PROGRAM KOKURIKULUM) 17. BK/15 - BORANG PERAKUAN KESIHATAN (PROGRAM KOKURIKULUM) SENARAI LAMPIRAN 1. LAMPIRAN 1 : CARTA ALIR BORANG KEHADIRAN 2. LAMPIRAN 2 : CARTA ALIR PENGISIAN REKOD AKTIVITI 3. LAMPIRAN 3 : CARTA ALIR PENGISIAN REKOD AKTIVITI EKSTRA KOKURIKULUM