The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cdeansly, 2021-01-29 08:29:26

Kumpulan Latihan

Kumpulan Latihan

BAHAGIAN A
[20 markah]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “ _________________ tidak akan memberikan keampunan kepada tuan hamba !” titah

Tuanku Muadzam dengan murka.

A. Beta C. Patik

B. Saya D. Baginda

2. Kassim ___________________ bola dengan kuat hingga terkena pasu bunga neneknya.

A. menolak C. menggelecek

B. menyepak D. memegang

3. Beberapa ekor burung murai __________________ di atas dahan pokok di belakang rumah
Amran.

A. berdesir C. berkicau

B. berkokok D. bersiul

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Mereka ________________ sambil minum petang di anjung rumah.

A. bertitah C. bergurau

B. berfikir D. bersembang

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Pak Samad ____________________ basikalnya ketika menuruni bukit yang agak curam
itu.

A. menonton B. memegang

B. mengheret D. menuntun

6. Kereta yang dipandu oleh ibu bergerak dengan _______________ kerana jalan sesak.

A. lancar C. lajak

B. perlahan D. cermat

7. Pak Abu menggunakan ________________ gergaji untuk memotong buluh bagi membuat
tabung yang diminta anak saudaranya.

A. sepucuk C. sebilah

C. sebatang D. selaras

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Kamil dan rakannya sedang mengait beberapa __________________ buah rambutan
dengan sebatang galah.

A. ikat C. cekak

B. gugus D. tangkai

9. Tulisan Zaim seperti _________________ dan selalu ditegur oleh guru kelasnya.

A. kaki ayam C. ayam tambatan

B. cakar ayam D. berat mulut

10. Mak Cik Esah ________________ melihat barang permainan yang berselerak di ruang
tamu itu.

A. sakit mata C. main mata

B. sengkang mata D. putih mata

11. Puan Salwa bersetuju _______________ harga beg tangan yang ditawarkan oleh peniaga
itu.

A. dengan C. untuk

B. kepada D. daripada

12. Nahas helikopter itu telah ______________________ juruterbang dan penumpang yang
dipercayai berpunca daripada kerosakan enjinnya.

A. mengorbankan C. memusnahkan

B. mematikan D. menguburkan

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

13. Ayah telah ______________ sebentuk cincin kepada ibu pada hari ulang tahun
perkahwinan mereka.

A. dihadiahi C. menghadiahi

B. dihadiahkan D. menghadiahkan

14. I Cuaca buruk menyebabkan permainan ini terpaksa dibatalkan.

II Rumah yang buruk itu kelihatan baharu setelah dicat semula.

III Menjual besi buruk juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.

IV Salman tidak mempunyai banyak kawan kerana sikunya buruk.

A. I dan III C. I, II dan III
B. III dan IV D. I, II, III dan IV

15. I Pihak polis telah berjaya menahan penjenayah yang kejam itu.

II Kamilah berjalan tergesa-gesa lalu menahan sebuah teksi.

III Bekalan makanan untuk mangsa banjir itu menahan untuk seminggu.

IV Ayah menahan pagar yang condong itu dengan sebatang kayu.

A. I, II dan III B. II, III dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

16. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Mengapakah kamu gemar mengulang kaji pelajaran pada waktu malam ?
A. Saya gemar mengulang kaji pelajaran di bilik bacaan.
B. Saya lebih tenang mengulang kaji pelajaran pada waktu itu.
C. Saya lebih suka mengulang kaji pelajaran secara bersendirian.
D. Saya mengulang kaji semua mata pelajaran penting pada masa itu.

Soalan 17 hingga 20
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN BERCERITA
Persatuan Bahasa Malaysia SK Tun Abdullah Badawi akan menganjurkan pertandingan
bercerita sempena Minggu Bahasa Malaysia. Butir-butir pertandingan adalah seperti yang
berikut :

Tarikh : 12 Mac 2016
Masa : 8.00 pagi
Tema : Kasih Sayang

Tempat : Dewan Sekolah Wawasan
Peserta : Terbuka kepada murid Tahap 2
Tarikh tutup penyertaan : 28 Februari 2016

Hadiah :
Pemenang pertama – Hadiah wang tunai sebanyak RM 100.00
Pemenang kedua - Hadiah wang tunai sebanyak RM 80.00
Pemenang ketiga - Hadiah wang tunai sebanyak RM 50.00
5 pemenang sagu hati – Hadiah wang tunai sebanyak RM 20.00

Semua pemenang akan diberi sijil penghargaan

Sesiapa yang berminat hendaklah mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Hayati.

17. Mengapakah pertandingan itu diadakan ?
A. Untuk menyemai semangat kasih sayang dalam kalangan guru dan murid.
B. Untuk memupuk bakat murid-murid dalam bercerita.
C. Untuk memilih murid yang bakal mewakili sekolah ke peringkat daerah.
D. Untuk memenuhi aktivti sempena Minggu Bahasa Malaysia di sekolah.

18. Siapakah yang tidak layak menyertai pertandingan bercerita tersebut ?
A. Ahmad Zawir dari Kelas Empat Kuning.
B. Jaffery Shah dari Kelas Tiga Ungu
C. Jamilah dari Kelas Lima Hijau
D. Sashveen dari Kelas Enam Merah.

19. Berapakah jumlah wang tunai yang ditawarkan untuk pemenang sagu hati ?

A. RM 20.00 C. RM 80.00

B. RM 60.00 D. RM 100.00

20. Bagaimanakah cara untuk menyertai pertandingan bercerita tersebut ?
A. Mendapatkan borang penyertaan daripada guru kelas masing-masing.
B. Mendapatkan borang penyertaan daripada guru penasihat persatuan.
C. Mendapatkan borang penyertaan daripada Cikgu Hayati.
D. Mendapatkan borang penyertaan daripada wakil persatuan.

SET 1
BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “ Tuan Puteri Kesuma Dewi sedang bersantap bersama-sama keluarga ____________,” kata
dayang kepada Bendahara.

A beta
B patik
C tuanku
D baginda

2 Nakhoda kapal itu mengarahkan anak-anak kapalnya agar ___________ sauh untuk
membolehkan mereka naik ke darat.
A meletakkan
B melabuhkan
C menjatuhkan
D mencampakkan

3 Wajah ibu bapanya yang amat dikasihi sering ____________ dalam ingatan Jian Ling
sepanjang penerbangannya ke tanah air.
A meniti
B merindui
C menjelma
D melingkar

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Anak kecil itu ____________ dari pangkuan ibunya kerana hendak bermain-main.
A berlungsur
B melungsur
C melungsuri
D melungsurkan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Mak Limah duduk di bawah rumah sambil ______________ lidi untuk dibuat penyapu.
A meraut
B melarik
C mengikis
D menghiris

6 Pertarungan _______________ antara kedua-dua pasukan bola sepak itu menyebabkan
Stadium Bukit Jalil riuh –rendah dengan sorakan penonton.
A hebat
B sengit
C hangat
D dahsyat

7 “Dengan menggunakan se____________ kata ini, kamu dikehendaki menulis __________
se_____________ ayat.” Kata Cikgu Linda kepada murid-muridnya.
A patah ...baris
B buah ...buah
C cebis ...deret
D kerat ...perenggan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Beberapa ______________ cendawan tumbuh pada batang pokok getah yang reput itu.
A kaki
B kuntum
C tangkai
D kelopak

9 Peniaga itu seorang yang ___________ kerana tidak pernah menghulurkan derma untuk kerja
kebajikan.
A hati batu
B makan suap
C kepala angin
D tangkai jering

10 Oleh sebab tidak tahan oleh leteran ibunya, dia terus ___________ dari tempat itu.
A angkat kaki
B angkat muka
C angkat bakul
D angkat tangan

11 Pesta buku yang diadakan di Dewan Tasik Putih itu akan berlangsung _________ hujung
bulan ini.
A di
B pada
C untuk
D hingga

12 Kementerian Pelajaran sedang __________ usaha untuk memastikan murid-murid dapat
menguasai kemahiran membaca dan menulis.
A mengemaskinikan
B menguatkuasakan
C melipatgandakan
D menambahbaikan

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Amran ternampak sebatang pokok tumbang
_____________ jalan.
A melintasi
B merentasi
C merintangi
D menyusuri

Soalan 14 - 15
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14 I Murid-murid prasekolah menyertai acara merebut pundi kacang ke dalam bakul.

II Dia gagal merebut undi terbanyak bagi pemilihan pengerusi belia di kampongnya.
III Penulis itu berjaya merebut hati pembaca dengan gaya bahasa yang indah.
IV Ali ingin merebut kembali gelaran Raja Pecut Asia yang perna dimenanginya dahulu.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15 I Jambatan itu sudah siap bina.
II Yoong ambil bina terhadap nasihat gurunya.
III Nina mengikuti kursus seni bina di universiti.
IV Bangunan baharu itu akan kami bina tidak lama lagi.

A I dan II
B II dan III
C I dan III
D III dan IV

Soalan 16.
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah .

Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menambahbaikan kelazatan masakan ikan patin?

16 A Selain ikan patin, ikan sungai juga sangat lazat untuk dimakan.

B Rempah ratus yang cukup dan ikan patin segar menjadikan masakan itu lazat.
C Masakan ikan patin akan menjadi lazat sekiranya ikan itu tidak hanyir.

D Masakan asam pedas memang menambahkan kelazatan ikan patin.

Soalan 17 - 20
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

National / panasonic
Matshusita Electronics Corporation (M) Sdn. Bhd.

Matshusita Electronics Corporation (M) Sdn. Bhd adalah merupakan peneraju ulung
dalam pengeluaran Tiub Gambar Berwarna yang terletak di Shah Alam. Untuk memenuhi
keperluan pembesaran, kami memerlukan warganegara Malaysia yang rajin dan bercita-cita
tinggi untuk mengisi kekosongan bagi jawatan berikut:
Kakitangan Pengeluaran
Menamatkan pengajian Tingkatan 5 atau memiliki PT3 dengan 2 tahun pengalaman
Lelaki, berumur 24 tahun ke bawah
Sedia bekerja 3 shif
Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
Antara Kemudahan yang kami sediakan ialah:
Elaun Intensif
Pengangkutan Percuma
Kenaikan gaji selepas disahkan jawatan
Kemudahan sukan dan riadah

Kepada calon-calon yang berminat, anda dijemput untuk menghadiri temu duga terbuka

seperti butiran yang berikut :

Tarikh : 26hb Ogos hingga 28hb , 2016 (Setiap hari)

Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari

Tempat : Matshusita Electronics Corporation (M) Sdn . Bhd.

Lot 1, Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 21, Shah Alam, Selangor Darul

Ehsan.

Tel : 03 5416988

17 Berapa harikah temu duga terbuka itu dijalankan?
A Dua hari
B Tiga hari
C Empat hari
D Lima hari

18 Mengapakah syarikat tersebut mengambil pekerja-pekerja baru?
A Memajukan negara
B Menambahkan hasil pengeluaran
C Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia
D Mengekalkan dirinya sebagai pemimpin ulung dalam pengeluaran Tiub Gambar
Berwarna

19 Siapakah yang layak bekerja di syarikat tersebut?
A Warganegara Malaysia
B Pemuda Melayu sahaja
C Pemuda berusia lebih 24 tahun
D Warganegara Malaysia yang menamatkan persekolahan hingga ke Tingkatan Lima

20 Mengapakah syarikat tersebut menyediakan pelbagai kemudahan kepada pekerjanya?
A Pengeluaran dapat ditambah
B Mengekalkan imej syarikat
C Pekerja dapat bekerja dengan mudah
D Agar orang ramai tertarik bekerja dengan syarikat tersebut

BAHAGIAN A
(20 markah)

Soalan 1 hingga Soalan 19

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1 “Beta ingin __________ sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada

pegawai istana baginda.

A beradu
B bertitah
C bersiram
D berangkat

2 Puan Jastin sedang sibuk __________ juadah makan tengah hari untuk keluarganya yang
akan pulang tidak lama lagi.

A menyudipkan
B mencedokkan
C menyusunkan
D menghidangkan

3 Tapak tangan emak saya __________ selepas mencangkul tanah untuk membuat batas
di kebun sayurnya petang tadi.

A melecet
B meretak
C merekah
D menggerutu

Soalan 4berdasarkan gambar di bawah.

4 Opah Kamariah __________ adunan tepung itu bulat-bulat lalu dimasukkan ke dalam air
yang sedang mendidih.
A menguli
B menebar
C mencanai
D menggentel

5 Aliran air sungai itu menjadi semakin perlahan apabila sampai di kawasan ________ sungai
yang dipenuhi sampah sarap.
A hulu
B kuala
C tebing
D pinggir

6 Sebelum majlis bermula, keadaan di luar dewan agak ________ dengan paluan kompang
sebagai persediaan menyambut tetamu kehormat.

A huru-hara
B kucar-kacir
C kacau-bilau
D hiruk-pikuk

7 Pasukan tentera terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah se __________
lanun yang cuba menggugat keselamatan nelayan Malaysia di perairan Selat Melaka.

A kawan
B deretan
C angkatan
D gerombolan

8 Harga ________ pisang emas ialah seringgit lima puluh sen manakala _______pisang
emas pula ialah lapan ringgit.

A sebiji ... sesisir
B sebutir ... sesikat
C sesisir ... setandan
D sebutir ... setandan

9 Semasa bergotong-royong membersihkan kawasan persekitaran sekolah, janganlah pula
ada yang mengambil kesempatan untuk __________.

A mandi peluh
B langkah kiri
C akal kancil
D curi tulang

10 Para penonton tidak berpuas hati dan mempertikaikan keputusan pengadil pertandingan
bola sepak itu _________________ .

A berat sebelah
B berat tangan
C berat tulang
D berat hati

11 Drama “Rindu Bertamu Di Abu Dhabi” telah ditayangkan di TV3 ________ minggu lepas.

A dari
B pada
C sejak
D selama

12 Pokok renek yang rimbun dan berwarna-warni itu ________ rumah bangle Datin Zawiyah.

A dipagari
B memagari
C dipagarkan
D memagarkan

13 Baru-baru ini Persatuan Bahasa Melayu SK Telok Bakong telah berjaya ________ lawatan
sambil belajar ke Kuala Lumpur yang ________ oleh empat puluh orang murid.

A diadakan ... disertai
B keadaan ... disertakan
C mengadakan ... disertai
D pengadaan ... disertakan

Soalan 14 dan 15

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

14 I Pertanyaan wartawan hiburan itu sulit untuk dijawab.
II Opah Leha menyimpan barang kemasnya di tempat sulit.
III Abdul Rahman sulit wang selepas dia diberhentikan kerja.
IV Maklumat sulit itu tidak boleh dihebohkan kepada orang ramai.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan IV
D I, III dan IV

15 I Sejak akhir-akhir ini cuaca pada waktu senja sangat cerah .
. II Pakaian berwarna cerah yang dikenakan amat sesuai dengan kulitnya itu.

III Berikan penerangan itu dengan cerah supaya mudah difahami oleh murid-murid.
IV Masa hadapannya cerah apabila berjaya mendapat ijazah dalam bidang perubatan.
A I dan III
B II dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

Pilih soalan yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

16 Setiap hari Isnin murid-murid akan menyanyikan lagu “Malaysia Berjaya” di Ujana Minda.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

A Bilakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?
B Di manakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?
C Bila dan di manakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?
D Bila dan mengapakah lagu “Malaysia Berjaya” dinyanyikan?

Soalan 17 hinggaSoalan 20

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

CUTI-CUTI MALAYSIA
Keindahanmu Mempesona

PAKEJ ISTIMEWA

2 Hari Di Tasik Banding - RM300.00
2 Hari Di Pulau Redang - RM450.00
2Hari Di Pulau Perhentian - RM450.00
2Hari Di Taman Negara - RM230.00
3 Hari Di Kota Kinabalu - RM900.00

Pakej istimewa ini hanya ditawarkan untuk tempoh sebulan dari tarikh iklan ini. Kadar
yang berbeza akan dikenakan selepas tamat tarikh promosi.

Kami menawarkan pakej percutian dan pakej pelancongan yang mudah, murah, dan
meriah. Pilihlah destinasi yang menawan hati anda.Destinasi yang mengembalikan keceriaan
hidup anda! Pihak kami akan menguruskan tentang pengangkutan, penginapan dan makanan.

Habiskan percutian anda dan keluarga anda bersama-sama kami. Buatlah tempahan
anda sekarang. (Tempahan boleh dibuat mulai 7 November 2005).

Hubungi kami di alamat berikut: Pejabat cawangan kami

Syarikat KembaraSdn. Bhd. Negeri Sembilan – 06-4573439
No. 240, Lorong Tengah,
Taman Tun Dr. Ismail, Pulau Pinang - 04-7245688
54000 Kuala Lumpur.
Johor Bahru - 07- 2229770
Kuala Terengganu – 09 – 5654422

Telefon : 03-28222468/019-5432775 (cuti-cuti Malaysia – Keindahan Mempersona

17 Kos percutian di Kota Kinabalu tiga kali ganda daripada kos percutian di Tasik Banding

A kerana jumlah hari percutian yang berbeza.
B kerana jarak serta tempoh bercuti yang berbeza.
C kerana terdapat pelbagai kemudahan di Kota Kinabalu.
D kerana tambang pesawat untuk ke Kota Kinabalu mahal.

18 Perkhidmatan yang disediakan oleh agensi pelancongan itu ialah

A Makanan, penginapan, dan perhubungan.
B Pengangkutan, penginapan, dan makanan.
C Pengangkutan, tempat tinggal, dan hiburan.
D Tempat tinggal, makanan, dan penginapan.

19 Perkataan keceriaan dalam petikan bermaksud

A keriangan.
B kecantikan.
C kebersihan.
D ketenangan.

20 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas.

A Pelancong dijangka akan ramai kerana tawaran yang diberikan amat istimewa.
B Kebanyakan tempat pelancongan terletak di Pantai Barat Semenanjung

Malaysia.
C Tempahan ke tempat pelancongan itu juga boleh dibuat melalui pejabat

cawangan.
D Pelancong bebas memilih destinasi yang diminati serta tawaran pakej yang

menarik.

KERTAS SOALAN TAMAT
SET 2

BAHAGIAN A

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 “Biarlah ____________ yang menghapuskan lanun-lanun itu,” kata Laksamana Bijaya
kepada Sultan Mahmud.

A beta
B saya
C patik
D hamba

2 Cikgu Abu Bakar telah ______________ pendapat yang bernas tentang cara mendisiplinkan
murid-murid kepada Cikgu Haslinda.
A meluahkan
B memberikan
C memberitahu
D mengemukakan

3 Air mata Nurainul kelihatan ____________ memenuhi kelopak matanya yang kuyu itu.
A bertitisan
B bercucuran
C berlinangan
D bergenangan

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4 Kambing itu ___________ pada pangkal pokok oleh ayah.
A ditambat
B tambatan
C menambat
D penambat

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Puan Shimatul sedang ___________ permaidani yang baru dibelinya itu di ruang tamu
rumahnya.
A membuka
B mengulung
C menghampar
D mendedahkan

6 Pihak pencadang telah menyampaikan hujah-hujahnya tentang kebaikan memelihara alam
sekitar dengan _____________ sekali sewaktu perbahasan sedang berlangsung.
A keras
B kuat
C terang
D lantang

7 Sarjan Hussin dan anak buahnya bersembunyi di belakang ____________ buluh apabila
dikejar oleh _______________ askar Jepun .
A serawan ... sepasukan
B sebuah ... sekawan
C serumpun ... sekumpulan
D sebatang ... segerombolan

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Adik hanya makan beberapa __________ sate dan se _____________ kek semasa majlis
hari jadi rakannya.
A bilah ... biji
B cucuk ... buah
C cucuk ... potong
D batang ... potong

9 “Dengar cakap emak, jangan ___________ supaya kawan _____________ untuk bersahabat
dengan kamu,” kata ibu kepada Salman.
A berat tulang ... buta hati
B buang diri ... geli hati
C keras kepala ... senang hati
D tajam lidah ... gelap mata

10 Sarjimi menerima tawaran kerja sementara itu sebagai ___________ untuk mendapat
pekerjaan yang lebih baik pada masa hadapan.
A buah tangan
B batu loncatan
C membuka jalan
D tulang belakang

11 Zulhelmi tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan kawan karibnya. _______________
,
dia telah mengirimkan hadiah kepada kawannya itu.
A Kalau begitu
B Namun begitu
C Di samping itu
D Oleh kerana itu

12 Ketua kampung mengarahkan kami agar bekerjasama menangkap pencuri yang
_______________ di kawasan kampung ini.
A berserakan
B berkeliaran
C berhamburan
D bertempiaran

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13 Baginda diberi persalinan pakaian keemasan __________ ratna mutu manikam.
A bertaburan
B bersulamkan
C bertekadkan
D bertatahkan

Soalan 14 - 15
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14 I Murid – murid menyusun buku-buku itu dengan kemas.

II Wanita itu sedang memilih barang kemas.
III Kemas barang-barang kamu sebelum pulang.
IV Ubat batuk itu kemas rasanya.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15 I Amira sentiasa berusaha mencungkil pelajarannya.
II Datuk Ariff cuba mencungkil rahsia kejayaan daripada Datuk Seri Mala.
III Abang sedang mencungkil batu kecil yang terlekat pada tapak kasutnya.
IV Aktiviti mencungkil emas di sungai itu giat dijalankan oleh penduduk setempat.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

16 Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

Berapa lamakah Karnival Bahasa itu berlangsung?

A Karnival Bahasa itu akan berlangsung tidak berapa lama lagi.
B Karnival Bahasa itu akan berlangsung dua minggu lagi.
C Karnival Bahasa itu berlangsung selama dua minggu.
D Karnival Bahasa itu berlangsung tidak lama.

Soalan 17 - 20
Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

CUTI-CUTI 1MALAYSIA “DEKAT JE”

Pakej 1: SAFARI PAYA BAKAU LANGKAWI

(2 hari/1malam)-Bertolak dari Langkawi. Kadar terendah RM199.

• Kemudahan : Penginapan, pengangkutan pergi dan balik dari jeti/lapangan terbang ke hotel dan
makanan.

• Aktiviti : memberi helang makanan, melawat ke kilang arang, safari di sungai paya bakau,
melawat kolam air, berenang di pantai tersembunyi, dan meneroka gua – Gua Kelawar, Gua
Legenda dan Gua Buaya.

Pakej 2: TAMAN NEGARA ENDAU- ROMPIN

(3 hari/2 malam) – Bertolak dari Kahang. Kadar terendah RM440.

• Kemudahan : penginapan, makanan dan pengangkutan.
• Aktiviti : merentas hutan, berenang, memancing, berkayak, berjalan pada waktu malam, dan

melawat ke Taman Herba

Pakej 3: AIR TERJUN SEKAYU

Bermula di Kuala Terengganu. Lawatan harian dengan kadar terendah RM55
(Minimum 3 orang )

• Kemudahan : makan tengah hari, pengangkutan dan pemandu pelancong.
• Aktiviti : bersiar-siar dan melawat ke pusat penerangan, menikmati pemandangan tasik dan

Sungai Terengganu, menikmati buah-buahan di dusun buah-buahan tropika Sekayu, dan
merentas Air Terjun Sekayu hingga sampai ke puncaknya.

Pakej 4: SUNGAI REJANG
(Lawatan separuh hari) - Bertolak dari Sibu. Kadar terendah RM150.

• Kemudahan : pengangkutan bot laju menyusuri Sungai Rejang.
• Aktiviti : menikmati pemandangan Bandar Sibu, melawat ke kilang membina kapal, kilang

kayu balak, kilang papan lapis, perkampungan nelayan dan rumah panjang.

Ayuh,bercuti dan berehatlah bersama-sama keluarga tersayang! Pilihlah mana-mana
destinasi hebat kami yang andai sukai. Bersedialah untuk perjalanan yang hebat cabarannya.
Hubungi kami, Agensi Pelancongan Rafflesia di talian 03- 7299114 untuk keriangan anda.

17 Apakah perkara utama berkaitan iklan di atas?

A Destinasi pelancongan di Malaysia
B Agensi pelancongan yang menawarkan pakej percutian
C Program khusus untuk menjayakan kempen Cuti-cuti 1Malaysia
D Pakej pelancongan bersempena dengan kempen Cuti-cuti 1Malaysia

18 Pakej pelancongan manakah yang sesuai untuk keluarga yang tidak menggemari aktiviti
lasak?
A Pakej 1
B Pakej 2
C Pakej 3
D Pakej 4

19 Mengapakah kemudahan penginapan tidak disediakan dalam Pakej 3 dan Pakej 4?

A Kerana kadar bayaran yang dikenakan agak rendah
B Kerana tempoh lawatan kurang daripada semalam
C Kerana pengunjungnya dalam kalangan penduduk tempatan
D Kerana menjalankan aktiviti bersiar-siar dan melawat kilang

20 Secara keseluruhannya, semua pakej pelancongan tersebut menggalakkan para pengunjung

A melawat sambil berhibur
B menghilangkan tekanan perasaan
C menjamu selera di samping berpesta
D beriadah dan menikmati keindahan alam

BAHAGIAN A
[ 20markah ]
Soalan 1 hingga 1
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. Sultan Iskandar akan berangkat ke Kota Sayong esok. ……………… diiringi oleh
Bendahara Paduka Raja.

A Dia
B Beliau
C Hamba
D Baginda

2. Cikgu Syarifah ___________ Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsan Seri Masai,
dengan sokongan para ahli.
A menjalankan
B menggerakkan
C mempopularkan
D menyatupadukan

3. Pihak polis sedang mempergiat usaha memburu penjenayah yang masih
__________________ di dalam negara.

A bertitisan
B bertaburan
C berkeliaran
D bertempiaran

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Sebelum ke sekolah Nuzul Hakim akan____________lencana sekolah pada
kemejanya.

A menyemat
B menampal
C meletak
D melekat

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5. Pokok kelapa di belakang rumah itu telah tumbang dan ____________bumbung rumah Pak
Cik Malik.
A dikenai
B terkena
C mengena
D mengenai

6. Tiang lampu isyarat yang baru dipasang itu _________________ kerana
dilanggar oleh kereta yang terbabas pagi tadi.
A senget
B serong
C bengkok
D condong

7. Guru Besar memulakan ucapannya dengan se_____________ pantun nasihat.
A rangkap
B potong
C patah
D baris

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah
8

Encik Fariz dan anaknya membawa ______________ buntil yang berisi dokumen penting
semasa mengharungi banjir untuk berpindah.
A sehelai
B sebuah
C segulung
D senaskah
9. Ahmad sering mendapat pujian daripada guru-gurunya kerana dia merupakan
_________________ Pasukan Pantun Sekolah Kebangsaan Kota Jaya.

A tulang belakang
B tulang rawan
C tulang rusuk
D tulangitik

10. Farouk ___________ apabila Nabil menuduhnya memancitkan tayar basikalnya.

A naik muka
B naik angin
C naik kepala
D naik tocang

11. Dia terpaksa bekerja siang dan malam _________ sesuap nasi untuk keluarganya.
A bagi
B akan
C demi
D dengan

12. Kapal KD Mutiara milik Tentera Laut Malaysia __________ sauhnya di Perairan
Pengerang.

A meletakkan
B melabuhkan
D mencampakkan
C membongkarkan

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.

13. Air mata wanita itu___________ apabila beg tangannya diragut oleh dua orang peragut.

A bertempiasan
B berhamburan
C bertaburan
D bertitisan

Soalan 14 dan 15

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

14. I Pasukan Pidato itu bekerja keras untuk menjuarai pertandingan tersebut.
II Kepalanya cedera kerana hentakan objek yang keras.
III Air Sungai Plentong mengalir dengan keras akibat hujan lebat semalam.
IV Murid-murid kesejukan kerana kipas di dalam makmal computer itu berputar
keras.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

15. I Ukuran bidang permaidani ini kira-kira 2 meter lebar.
II Tubuhnya menjadi bidang kerana sering membanting tulang di sawah.
III Ibu menghamparkan dua bidang alas meja di ruang tamu.
IV Perancang Perkahwinan merupakan bidang pekerjaan yang diminati oleh
Zara Batrisyia.
A
B I dan II
C II dan III
D III dan IV
I dan IV

Soalan 16

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

16. Cikgu Fauziah pulang lewat ke rumah kerana menghadiri Kursus Menggubal
Soalan Negeri Johor.

A Mengapakah Cikgu Fauziah pulang lewat ke rumah?
B Siapakah yang pulang lewat ke rumah?
C Bagaimanakah Cikgu Fauziah pulang ke rumah?
D Di manakah Cikgu Fauziah berkursus?

Soalan 17 hingga 20

Baca petikan iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN DESA

Tarikh dan hari : 03 Februari 2016, Rabu Masa : 9.00 – 11.00 pagi
Tempat
Syarat-syarat : Dewan sekolah
Pertandingan
: 1. Terbuka kepada semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6.
Tema karangan
Panjang karangan 2. Karangan mestilah asli.
Tujuan Pertandingan
3. Karangan mestilah disiapkan dalam masa yang ditetapkan.
Hadiah
: Cintailah Alam Sekitar.

: Tidak kurang daripada 180 patah perkataan.

: a. Menambahkan ilmu pengetahuan murid-murid.

b. Merangsang dan mengembangkan kemahiran menulis.

c. Mencungkil bakat dan kemahiran menulis yang lebih

tersusun dan kreatif.

: Tempat pertama : RM100, hamper dan sijil penyertaan.

Tempat kedua : RM 50, hamper dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga : RM 30, hamper dan sijil penyertaan.

Lima Pemenang : RM 15 setiap seorang

Saguhati

17. Bilakah pertandingan menulis karangan itu diadakan?

A Hari Rabu, 01 Februari 2016
B Hari Rabu, 13 Februari 2016
C Hari Rabu, 30 Februari 2016
D Hari Rabu, 03 Februari 2016

18. Siapakah yang boleh menyertai pertandingan menulis karangan tersebut ?

A Terbuka kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Taman Desa.
B Terbuka kepada murid-murid sekolah Sekolah Kebangsaan Taman Desa.
C Terbuka kepada semua murid Tahap 2, Sekolah Kebangsaan Taman Desa.
D Terbuka kepada semua murid Tahun 2, Sekolah Kebangsaan Taman Desa.

19. Berapakah jumlah wang tunai yang disediakan untuk semua pemenang?

A RM 195.00
B RM 225.00
C RM 255.00
D RM 250.00

20. Berikut merupakan tujuan pertandingan tersebut diadakan kecuali.

A Ilmu pengetahuan murid-murid dapat ditingkatkan.
B Kemahiran menulis murid-murid dapat dirangsang dan dikembangkan.
C Murid-murid dapat menulis karangan mengikut masa yang ditetapkan.
D Dapat mencungkil bakat dan kemahiran menulis murid-murid dengan

lebih tersusun dan kreatif.

BAHAGIAN B

[ 30 markah ]

Soalan 21

Isikan perkataan yang paling sesuai pada tempat kosong dalam petikan di bawah.

demi dari seperti

kepada supaya hingga

Puan Kumari berjalan mundar-mandir sambil sesekali mendonagk kepalanya ke luar tingkap. Jam
pada dinding sudah pun berdenting sebanyak lapan kali. Namun kelibat Sammy masih belum
kelihatan. Sammy pergi ke kedai yang terletak hanya satu kilometer _______________ rumah.
Berbagai-bagai persoalan bermain di kepala Puan Kumari. Tiba-tiba datang seorang pemuda
memberitahu yang Sammy terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Puan Kumari tidak dapat menahan
sedih. Dia _______________ dirasuk hantu meraung sekuat hati. Dia mengangkat tangan
memohon _______________ Tuhan agar menyelamatkan Sammy. Namun segalanya telah
ditakdirkan. Sammy telah meninggal dunia. _____________ anak kesayangannya, Puan Kumari
telah mengadakan majlis pengebumian secara besar-besaran.

[ 4 markah ]
22.
a) Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi

Ayat Tanya :

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

Jawapan : Guru-guru perlu mengambil perhatian terhadap keselamatan semasa kejohanan
sukan berlangsung.
(2 markah)

22.b) Tulis dialog yang sesuai bagi situasi yang terdapat dalam gambar di bawah.

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

(2 markah)

c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Apakah simpulan bahasa yang paling sesuai berdasarkan gambar di atas ?
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Aktiviti ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum di sekolah yang penting
dalam memberi sumbangan penting terhadap penyuburan fizikal, mental, emosi, dan sosial pelajar.
Meskipun kegiatan kokurikulum ini telah dianggap sesuatu yang penting, tetapi penglibatan
pelajar agak mengecewakan. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu
melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini menyebabkan kerajaan
mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat untuk pemilihan ke universiti.

Pelajar yang terlibat dalam kokurikulum dapat menyihatkan tubuh badan mereka melalui
peluh yang keluar yang dapat menghilangkan toksik badan. Kegiatan yang dijalankan itu mampu
mengalihkan fikiran pelajar sejenak daripada tekanan yang dihadapi semasa belajar yang penuh
dengan penghafalan dan latihan. Jadi, ternyatalah minda mereka dapat berehat sebentar apabila
melakukan sesuatu aktiviti yang berbeza seperti kegiatan kokurikulum.

Selain itu, pelajar turut dapat meningkatkan tahap keyakinan mereka melalui aktiviti
seperti ini. Kokurikulum menyediakan sebuah ‘medan’ yang sesuai kepada para pelajar untuk
memimpin dan mengetuai sesuatu pertubuhan. Suasana ini dapat membangkitkan sauatu
keyakinan mereka terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu.

Tambahan pula, aktiviti kokurikulum dapat membuka minda dan mata pelajar tentang erti
persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan orang yang berbeza dalam menjalankan
aktiviti kokurikulum itu. Malahan dapat mengenali sikap sebenar terutama apabila menghadapi
masalah dalam menganjurkan sesuatu aktiviti dan dapat mengenali erti persahabatan sejati yang
mereka tidak dapat peroleh di luar.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang
masalah. Kegiatan ini juga tidak seharusnya dianggap sebagai penghalang kemajuan mereka dalam
peperiksaan dan menyalahkan aktiviti kokurikulum sekiranya mereka tidak memperoleh
keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Pelajar seharusnya melihat perkara ini sebagai salah satu
proses pembelajaran yang harus dijalani oleh setiap pelajar sebagai sebahagian daripada kehidupan
kita sebagai manusia.

a. Di manakah aktiviti kokurikulum dijalankan ?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 1 markah]

b. Apakah syarat untuk pemilihan ke universiti ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Apakah ‘medan’ yang disediakan dalam kokurikulum yang sesuai kepada para pelajar ?

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 24

Pada cuti sekolah yang lalu , saya telah pergi bercuti di kampung datuk saya di Kelantan. Saya
berada di sana selama dua minggu. Pelbagai pengalaman menarik yang saya dapati semasa berada
di kampung.

Datuk membawa saya pergi memancing ikan di kolam yang terdapat di belakang
rumahnya. Saya berasa gembira kerana mendapat ikan talapia yang besar. Nenek memasak ikan
yang saya tangkap itu sebagai hidangan makan malam.

Datuk juga membawa saya ke majlis perkahwinan anak kawan datuk. Kawan datuk itu
berbangsa cina. Saya berasa gembira kerana dapat menyaksikan majlis perkahwinan itu yang
sungguh meriah.

Kami juga pergi berkelah di kawasan air terjun yang terletak di hujung kampung. Pada hari
itu , ramai orang berkunjung ke sana untuk berkelah di situ kerana airnya sejuk dan jernih.

Saya juga melawat kebun buah-buahan datuk. Di situ ada pelbagai jenis buah seperti durian
, manggis , rambutan dan ciku. Rasa buah-buah itu sangat manis dan enak.

Saya berasa sangat seronok kerana dapat bercuti di kampung.

a. Perkataan hidangan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

________________. [ 1 markah ]

b. Apakah aktiviti pertama yang dilakukan oleh penulis apabila tiba di kampung datuknya ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Mengapakah ramai orang berkunjung ke kawasan air terjun ?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

d. Mengapakah penulis mengatakan bahawa dia berasa seronok ketika berada di kampung ?
Berikan pandangan kamu.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 3 markah ]

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

SEKOLAHKU
Sungguh seronok bermain rakit,

Singgah berteduh di bawah titi;
Sekolahku ini di atas bukit,

Tamannya indah memikat hati.

Burung ketitir terbang rendah,
Hinggap seekor di rumah Pak Mat;

Menggunakan komputer memang mudah,
Hanya “klik” terpaparlah maklumat.

Sungguh menarik bahan ciptaan,
Apabila dilihat tidaklah jemu;

Sekolah Bestari menjadi kebanggaan,
Tempat kita menimba ilmu.

Mari memetik bunga raya,
Tolong petik dengan cermat;

Banyak sungguh murid berjaya,
Kerana guru sedia berkhidmat.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas ?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 2 markah ]

Banyak sungguh murid berjaya,
Kerana guru sedia berkhidmat.

b. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 3 markah ]

c. Bagaimanakah menggunakan komputer ?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
[ 1 markah ]

d. Bagaimanakah murid boleh berjaya ?
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
[ 1 markah ]
KERTAS SOALAN TAMAT

SET 1
BAHAGIAN B

[30 markah ]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

pada untuk dari kepada
di kerana daripada ke

1. Aktiviti unit beruniform penting ____________ dapat membentuk disiplin diri.
2. Rumput yang terkumpul itu segera diberikan ____________ kepada lembunya.
3. Borang permohonan biasiswa itu boleh diapati ____________ Kementerian Pendidikan.
4. Rozi menampal jadual waktu kelas ____________ papan kenyataan.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
________________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Jawapan : Sebagai rakyat yang mengenang budi, kita perlulah berpadu tenaga untuk
menjayakan dasar dan program yang direncanakan oleh para pemimpin.

[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Mak harap kamu
belajar bersungguh-

sungguh supaya
mendapat 6A dalam

UPSR.

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[ 2 markah ]
Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Rumah-rumah yang bertiang tinggi merupakan perkara biasa di perkampungan nelayan,
terutamanya di Kampung Air. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada kaum Cina dan
pendatang dari Filipina. Rumah-rumah papan itu luas dan moden. Ini menunjukkan penduduknya
tergolong dalam golongan pertengahan.

Menangkap ikan merupakan pekerjaan utama di perkampungan air tetapi tidak di Kampung
Air. Rata-rata penduduk kampungnya bekerja sebagai tukang kayu, tukang elektrik, tukang paip,
manakala selebihnya bekerja di pejabat kerajaan atau swasta. Mereka tinggal di Kampung Air ini
kerana mereka sukakan suasana di tepi laut. Bagi mereka, memancing ikan sekadar kegemaran
sahaja oleh sebab laut di muka pintu rumah mereka.

Suatu masa dahulu kampung-kampung air di Sandakan ini amat kotor. Apabila bandar
Sandakan membangun, kerajaan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengubah wajah

kampung-kampung air itu. Kampung ini dimodenkan oleh kerajaan dengan menyediakan
pelbagai kemudahan asas.

Adakah kewujudan kampung-kampung air kerana masalah kekurangan tanah? Negeri
Sabah tidak mempunyai masalah dalam hal ini. Sebab utama mungkin kerana cukai tanah yang
tinggi di negeri itu. Oleh sebab itu adalah lebih murah mendirikan rumah-rumah di atas air.
Kedua, kehidupan di perkampungan air lebih sihat. Udaranya bersih, tidak mengalami kesesakan
lalu-lintas dan bebas daripada pencemaran.

a. Pekerjaan utama penduduk di perkampungan air ialah _________________________.
[1 markah]

b. Mengapakah wujudnya kampung-kampung air di negeri Sabah?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
____________________________________________________________
[2 markah]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Kampung air wujud akibat kekurangan tanah BETUL
di Sabah SALAH

Kampung air itu mempunyai kemudahan
elektrik dan air

Menangkap ikan bukan bukan pekerjaan
utama penduduk Kampung Air

Rumah-rumah di Kampung Air bertiang [2 markah]
tinggi

Soalan 24
Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada zaman dahulu, ada sebuah tempat di negeri Selangor telah didatangi oleh enam orang
pemuda yang berdagang.

Enam orang anak muda itu amat rajin bercucuk tanam. Mereka mengerjakan sawah. Selain
itu, mereka juga mengambil nira kelapa untuk dijadikan gula. Pada mulanya, nira kelapa itu
diusahakan oleh mereka secara kecil-kecilan sahaja. Namun, oleh sebab kerajinan mereka, maka
dapatlah mereka mengumpulkan nira yang sangat banyak. Keenam-enam orang anak muda itu
berfikir bagaimana hendak memasak air nira kelapa yang banyak itu.

“Bagaimana kita hendak memasak air nira kelapa yang banyak ini? Kita mesti cari jalan
supaya air nira kelapa ini tidak rosak begitu sahaja,” kata seorang pemuda kepada rakan-rakannya.

“Kita mesti masak air nira kelapa ini menggunakan kawah. Kita tidak boleh lagi
menggunakan kuali. Kita mesti membuat sabak,” cadang salah seorang daripada pemuda itu.

Keenam-enam orang pemuda itu mulalah membuat sabak. Mereka mengorek tanah untuk
membuat lubang. Setelah lubang itu siap, mereka mula meletakkan kayu api di dalam lubang itu.
Akhirnya, siaplah sabak yang dibuat oleh enam orang pemuda itu. Dapatlah mereka memasak nira
menggunakan kawah. Penduduk kampung kagum akan kebijaksanaan pemuda-pemuda itu.

Demikianlah akhirnya orang di kampung itu turut membuat sabak untuk memasak nira
kelapa masing-masing. Jika mereka mengadakan kenduri, mereka juga memasak nasi dan gulai
dengan menggunakan dapur sabak. Akhirnya, banyaklah sabak yang ada di tempat itu. Tempat
itu akhirnya dikenali dengan nama Sabak Berenam yang diambil sempena asal sabak yang dibuat
oleh enam orang pemuda tersebut.

(a) Rangkai kata cari jalan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan
________________________________
[1 markah]

(b) Apakah tujuan enam orang pemuda itu membuat sabak?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Pada pendapat kamu, mengapakah semangat kerjasama perlu dalam masyarakat?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Bagaimanakah semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat?
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
[3 markah]

Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Atas para si kacang parang,
Tumbuh rendah sulur berpaut;

Minta pelihara terumbu karang,
Agar indah alam laut.

Kacang sepat lebat bercadung,
Memanjat lukah menjalar tanah;

Karang tempat habitat berlindung,
Usah diserakah jangan dimusnah.

Pacak taut pikat si tapah,
Umpan bersaksi si burung bayan;

Di karang laut rezeki melimpah,
Baik dikongsi bersama nelayan.

Ikan parang si ikan bawal,
Selar papan disambar helang;

Cemar karang tidak dikawal,
Kelak hidupan tinggal menghilang.

Ke sana ke sini bergerak perlahan,
Tampak alga cantik terkesan;

Terumbu ini anugerah Tuhan,
Baik dijaga sebagai warisan.

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan bagi rangkap pertama pantun di atas?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[2 markah]
b. Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam pantun.

__________________________________________________________________________
[1 markah]

d. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan pantun tersebut.

Batu karang punca rezeki utama bagi para nelayan.

Kita hendaklah melindungi habitat hidupan laut.

[1 markah]

Cemar karang tidak dikawal,
Kelak hidupan tinggal menghilang.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

[3 markah]

SKEMA BETUL
SALAH
Set 1
Bahagian B
SOALAN 21

1. oleh
2. pada
3. dalam
4. dari

SOALAN 22
a. Apakah yang perlu dilakukan sebagai rakyat yang mengenang budi.
b. Baiklah mak, saya akan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh.
c. – melentur buluh biarlah daripada rebungnya.
- Merdu bak buluh perindu

* Idea-idea lain yang berkaitan boleh diterima.

SOALAN 23
a. menangkap ikan / nelayan
b. - cukai tanah yang tinggi di negeri Sabah
- kehidupan di perkampungan air lebih sihat
- tidak mengalami kesesakan lalu lintas
- bebas daripada pencemaran

c.
Kampung air wujud akibat kekurangan tanah
di Sabah

Kampung air itu mempunyai kemudahan
elektrik dan air

Menangkap ikan bukan bukan pekerjaan
utama penduduk Kampung Air

Rumah-rumah di Kampung Air bertiang
tinggi

SOALAN 24

a. menyelesaikan masalah / menyelesaikan sesuatu / ikhtiar / berusaha

b. untuk memasak air nira kelapa dalam kuantiti yang banyak/memasak menggunakan
kawah kerana kuantiti air nira kelapa yang banyak

c. (Jawapan berserta huraian)
– pupuk semangat perpaduan

- Kerja yang berat menjadi ringan

- Kerja lebih cepat dapat disiapkan

- Mengeratkan silaturahim

d. (Jawapan berserta huraian)
- Mengadakan aktiviti gotong-royong
- Lawatan / ziarah-menziarahi
- Kawalan / rondaan keselamatan penduduk
* Idea-idea lain yang berkaitan b0leh diterima

SOALAN 25
a. Kita hendaklah memelihara terumbu karang negara agar keindahan hidupan laut terus

terpelihara.
* Idea-idea lain yang berkaitan boleh diterima.
b. -menghargai alam
- berhemah tinggi
-bersyukur
-bertanggungjawab
- cinta akan alam sekitar
- baik hati
c.

Batu karang punca rezeki utama bagi para nelayan. X

d. Sekiranya pencemaran terumbu karang tidak dikawal, hidupan laut akan pupus / mati.
* Idea-idea lain yang boleh berkaitan diterima.

Kita hendaklah melindungi habitat hidupan laut. √

BAHAGIAN B
[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

dari daripada oleh dengan
kepada hingga tentang demi

Media massa ialah alat komunikasi yang penting dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu,
media massa memainkan peranan penting dalam usaha mewujudkan masyarakat
berpengetahuan. Setiap hari pelbagai maklumat penting disebarkan ________________ media
massa ________________ rakyat. Hal ini amat penting dalam usaha kerajaan ingin mewujudkan
masyarakat berpengetahuan _________________mencapai Wawasan 2020. Selain itu, media
massa mestilah menyampaikan maklumat yang tepat, padat, dan berasas agar pemikiran
masyarakat negara kita tidak terpesong ______________ landasan kebenaran.

Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

Ayat Tanya
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
Jawapan : Kerugian yang dialami oleh mangsa banjir di negeri Johor melebihi RM1
juta.

( 2 markah )

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

( 2 markah )
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

( 2 markah )


Click to View FlipBook Version