The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cdeansly, 2021-01-29 08:29:26

Kumpulan Latihan

Kumpulan Latihan

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Wayang kulit merupakan satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya
dan bayang. Wayang kulit bukan sahaja mencerminkan unsur kebudayaan, tetapi juga menjadi
hiburan bagi masyarakat Melayu. Persembahan wayang kulit lazimnya dilakukan di sebalik tabir
putih. Patung-patung kulit ditayangkan dengan digerak-gerakkan di antara tabir dengan pelita
minyak. Cahaya pelita akan menjadikan bayang-bayang patung bergerak-gerak di atas layar
putih.

Dalam setiap persembahan wayang kulit, Tok Dalang memainkan peranan yang amat
penting. Tok Dalang akan diiringi oleh satu kumpulan pemuzik yang memainkan alat-alat muzik.
Satu keistimewaan Tok Dalang ialah dia dapat mengubah-ubah suaranya mengikut watak-watak
penting yang dimainkannya.

Wayang kulit telah melalui banyak perubahan serta penyesuaian selari dengan
penerimaan dan cara hidup masyarakat setempat. Perubahan ini disebabkan wayang kulit
merupakan satu alat perhubungan masyarakat Melayu melalui kesenian. Wayang kulit jelas
menonjolkan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan peristiwa-peristiwa yang disentuh
dalam persembahannya. Aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak terdapat adegan-adegan
kelakar disepanjang cerita wayang kulit itu.

a. Gelaran kepada orang yang memainkan wayang kulit ialah
___________________________

[ 1 markah ]

b. Mengapakah persembahan wayang kulit menggunakan pelita minyak?

___________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________

[ 2 markah

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Wayang kulit merupakan satu bentuk teater betul
tradisional. salah

Tok Dalang boleh memainkan pelbagai alat
muzik.

Tok Dalang mengubah-ubah suaranya
mengikut keperluan watak.

Persembahan wayang kulit biasanya [ 2 markah ]
dilakukan di sebalik dinding putih.

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-solan berikutnya.

Pada cuti persekolahan yang lalu, aku dan keluarga pergi berkelah di Batu Ferringhi. Kami
turut membeli-belah di situ sempena pesta pantai musim cuti persekolahan. Ketika kami sampai
di situ, orang ramai sudah membanjiri kawasan pantai tersebut. Kami terus menuju ke tapak pesta
yang diadakan di pesisir pantai. Suasana di tapak pesta itu sungguh meriah. Selain menyaksikan
pertunjukan hiburan, orang ramai turut mengunjungi gerai jualan barangan cenderahati, pakaian,
permainan dan gerai makanan. Aku tidak melepaskan peluang untuk membeli cenderahati untuk
kenangan. Aku berasa seronok mengunjungi pesta itu kerana terdapat banyak jenis gerai jualan
serta pelbagai jenis makanan dijual. Kami meninggalkan tapak pesta tersebut setelah tidak cukup
tangan untuk membawa barangan yang telah dibeli. Kami pulang dengan gembira.

a. Perkataan cenderahati dalam petikan boleh diganti dengan perkataan

___________________ (1 markah)

b. Apakah tujuan penulis dan keluarganya pergi ke Batu Ferringhi?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Gambarkan kemeriahan di tapak pesta pantai itu.

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
( 2 markah )

d. Selain daripada bercuti, apakah aktiviti lain yang boleh dilakukan ketika cuti
persekolahan?
______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
( 3 markah )

Soalan 25

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-solan berikutnya.

Tidak layu si mawar merah,
Buat menghias tepian kolam,

Bahasa Melayu mencatat sejarah,
Luas tersebar seluruh alam.

Gadis ayu bagaikan ratu,
Cantik menawan bersih pakaian,

Bahasa Melayu bahasa penyatu,
Bahasa Kebangsaan bahasa perpaduan.

Lembut bicara Puteri Salju,
Bergurau senda bersama rakan,

Jika berjaya ingin maju,
Bahasa Ibunda jangan dipinggirkan.

Hati terpikat memendam rasa,
Suara merdu pandai bergaya,

Mari mengangkat martabat bahasa,
Tekad dipadu pasti berjaya.

a. Jika kita ingin negara maju, kita __________________________________________
( 1 markah )

b. Apakah maksud rangkap kedua pantun tersebut?

______________________________________________________________________

_____________________________________________________________________
( 2 markah )

c. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul berdasarkan pantun tersebut.
Bahasa Melayu menyatukan bangsa
Bahasa Melayu bahasa dunia
( 1 markah)

d. Pada pendapat kamu, mengapakah kamu perlu menguasai bahasa Melayu?
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
( 3 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

SET 2
BAHAGIAN B

[30 markah]
Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

dari untuk dengan kepada
daripada bagi terhadap ke

5. Kasih saying Mariana ______________ ibu bapanya elok dicontohi.
6. Dia menghulurkan daun pisang _________________ ibunya.
7. Penceramah terdiri ________________ kalangan ibu bapa sendiri.
8. Ayah membeli kereta baharu untuk ibu.

[ 4 markah ]

Soalan 22

d. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
________________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Jawapan : Senaman akan menjadikan kita lebih berkeyakinan dan menjadikan minda
lebih cerdas.
[ 2 markah ]

e. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

Boleh kamu beritahu kepada
kawan-kawan sekelas kamu
supaya beratur untuk pergi ke
padang selepas rehat.

Cikgu Malar Sara

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

f. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Soalan 23

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Labah-labah merupakan haiwan yang paling awal wujudnya di dunia. Raja Sulaiman amat
menyayangi labah-labah sehinggakan baginda tidak teragak-agak untuk menghukum sesiapa
sahaja yang memindah atau merosakkan sarang serangga itu yang terdapat di sekitar istananya.

Labah-labah tergolong dalam kumpulan arkanida atau dalam nama sainsnya
arachnophobia. Labah-labah wujud di mana-mana sahaja di muka bumi ini.

Ia berbeza daripada serangga lain. Labah-labah mempunyai lebih sepasang mata dan lapan
kaki yang terdapat dalam berwarna-warni. Bentuk dan wajahnya mempunyai ciri-ciri yang
menakutkan. Ia bertujuan untuk menghindari musuhnya seperti burung dan sebagainya.

Apa yang menarik tentang labah-labah ini ialah bentuk dan sarangnya dibina. Anyaman
sarang pula berbeza antara satu jenis labah-labah dengan jenis yang lain.

Contohnya labah-labah rumah. Labah-labah ini menganyam sarangnya sebegitu halus
hinggakan nyamuk tidak dapat membolosi jaring-jaring sarangnya itu. Sementara labah-labah
yang lebih besar saiznya menganyam jaring sarangnya jarang-jarang bertujuan hanya untuk
memerangkap serangga yang lebih besar dan sekaligus dapat mengelak daripada bebenangnya
putus ditiup angin.

Bagaimanapun matlamat pembinaan sarang itu adalah sama iaitu untuk memerangkap
mangsa dan dijadikan sebagai makanan.

a. Tujuan utama labah-labah membina sarang adalah untuk_______________________
[1 markah]

b. Apakah yang membezakan labah-labah dengan serangga lain?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

[2 markah]

c. Tuliskan Betul atau Salah bagi pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu
daripadanya telah ditunjukkan sebagai contoh.

Labah-labah mempunyai lapan kaki dan banyak mata.

Labah-labah ialah haiwan yang paling awal wujud di muka bumi.

Sarang labah-labah sama antara setiap jenis. Salah
Labah-labah rumah menganyam sarangnya dengan kasar.

[2 markah]

Soalan 24

Baca petikan di bawah , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada suatu hari, sedang Mak Kintan dan Melur berjaja kuih, mereka terdengar suara
tangisan. Puas dicari suara tangisan itu. Akhirnya mereka tiba di belakang sebuah rumah.
Kelihatan nasi bertaburan di atas tanah. Rupa-rupanya nasi itulah yang menangis.

“Mengapakah kau menangis, nasi?” tanya mak Kintan.
“Aku berasa sedih akan sikap manusia yang tidak menghargaiku,” ujar nasi.
Maka, Mak Kintan dan Melur pun memungut nasi itu lalu dikarang menjadi bunga. Nasi
yang telah dikarang itu mengeluarkan bauan yang harum semerbak. Apabila dibawa ke pekan,
ramai yang membelinya. Sejak itu, Mak Kintan dan Melur akan mengutip nasi yang dibuang dan
mengarangnya menjadi bunga.
Mak Kintan teringin untuk mempersembahkan bunga yang dikarangnya itu kepada Tuan
Puteri Ratna Sari. Malangnya, apabila tiba di pintu istana, dia dihalang oleh pengawal istana.
Pada waktu yang sama, Tuan Puteri Ratna Sari sedang berada di taman. Tuan puteri terhidu bauan
yang semerbak harumnya itu. Puas dicari puncanya, namun tidak jua ditemukan. Hatta, oleh sebab
terlalu rindu akan haruman itu, tuan puteri pun jatuh gering.
Raja Aminulrashid amat masyghul. Baginda berjanji akan mencarikan tuan puteri bauan
yang wangi itu. Sepurnama baginda berkelana, akhirnya baginda tiba di rumah Mak Kintan.
Alangkah terkejutnya baginda apabila melihat Mak Kintan sedang mengarang butir-butir nasi
menjadi bunga. Tahulah baginda punca bau harum yang dicari-carinya itu datang daripada
karangan bunga itu.
Mak Kintan dan Melur dibawa ke istana. Dia membawa bersama-sama bunga yang telah
dikarangnya itu. Bunga itu dipersembahkan kepada Tuan Puteri Ratna Sari yang sedang gering.
Setelah menghidu bau bunga tersebut, maka sembuhlah tuan puteri daripada penyakit ganjilnya
itu. Sebagai tanda menghargai jasa Mak Kintan dan cucunya, maka raja memerintahkan kedua-
duanya tinggal di istana.

(a) Perkataan masyghul dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

________________________________

[1 markah]

(b) Bagaimanakah tuan puteri sembuh daripada penyakit ganjilnya itu?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[2 markah]

(c) Mengapakah kita perlu sentiasa berbuat baik?

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[2 markah]

(d) Huraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita tersebut.

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

[3 markah]

Soalan 25
Baca pantun di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hendak membeli buah delima,
Dijual orang di tepi jalan;

Berbilang kaum hidup bersama,
Bersatu padu jadikan amalan.

Kalau mengambil buah berangan,
Elok disimpan di dalam guni;

Amalan berbudi jadikan pegangan,
Tentu kita hidup harmoni.

Manis sungguh buah kuini,
Apa kurangnya buah belimbing;

Bantu-membantu amalan murni,
Bagai aur dengan tebing.

Kalau memetik buah keranji,
Berilah sedikit kepada teman;

Sikap toleransi amat terpuji,
Masyarakat berani negara aman.

a. Apakah maksud yang hendak disampaikan bagi rangkap pertama pantun di atas?
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

[2 markah]

b. Nyatakan satu nilai murni yang terdapat dalam pantun.

__________________________________________________________________________
[1 markah]

c. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah berdasarkan
pantun tersebut.

Sikap bertoleransi menjamin keamanan negara.

Kita hendaklah mementingkan diri sendiri.

[1 markah]

Bantu-membantu amalan murni,
Bagai aur dengan tebing.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

[3 markah]

BAHAGIAN B
(30 markah )

Soalan 21
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan
yang diberi.

pada untuk bagi demi
akan dalam kepada antara

Kelab Alumni berfungsi sebagai penyokong _________________ Persatuan Ibu

Bapa dan Guru-guru (PIBG). Selain itu, Kelab Almuni berfungsi ______________merapatkan
jurang _____________________ bekas-bekas pelajar, guru-guru serta badan PIBG itu
sendiri. Kelab Almuni sedia memberi sebarang bantuan kepada pihak sekolah
________________________ kebaikan bersama. Pelbagai aktiviti bermanfaat dijalankan dan
dapat memberi inspirasi dan contoh yang baik kepada pelajar.

( 4 markah)
Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.

______________________________________________________________

Jawapan : Rancangan Laluan Sutera itu disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia
(RTM).

( 2markah)

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

Mustafa

Ramli

Mustafa : Sejak bilakah kamu mempunyai hobi memancing, Ramli?
Ramli : ______________________________________________________________

_______________________________________________________________
(2 markah)

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
____________________________________________________________

(2 markah)

Soalan 23
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Keistimewaan sejarah yang terdapat di Teluk Intan ialah Menara Condong.
Menara ini terletak di Jalan Selat bersebelahan dengan Jalan Pasar dan sudah
berusia lebih daripada seratus tahun. Bangunan ini dikenali sebagai Jam Tinggi
sewaktu mula-mula dibina pada tahun 1885. Jam yang dimaksudkan, masih berfungsi
hingga kini.

Menara ini ialah menara condong yang kedua selepas Menara Pisa di Itali.
Menara ini dibina oleh Choong Cheong atau Ah Cheong, pemborong yang mendapat
inspirasi reka bentuk pagoda di negara China. Pada mulanya menara ini dibina
bertujuan untuk menempatkan tangki bagi mengisi air.

Menara ini menjadi condong disebabkan beberapa perkara. Pada tahun 1889
dan 1895, banjir besar berlaku di Teluk Anson dan menenggelamkan menara ini.
Malapetaka inilah yang menjadi punca menara ini condong. Selain punca tersebut,
menara ini juga dibina di atas tanah gambut dan menyebabkan menara ini condong
sedikit demi sedikit.

Bangunan ini mempunyai 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras
yang setinggi lima meter. Bangunan ini sebenarnya terdiri daripada tiga tingkat
walaupun pada pandangan awam kelihatan seperti tujuh tingkat. Bahan yang
digunakan untuk membuat bangunan ini ialah batu dan kayu. Memandangkan
keunikan bangunan ini yang menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan, maka wajarlah
bangunan ini dipelihara.

a. Bangunan seakan-akan Menara Condong terdapat di negara _________________________
(1 markah)

b. Menara Condong itu condong sedikit demi sedikit kerana ___________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
(2 markah)

c.Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah ditunjukkan
sebagai contoh.

Menara Condong terletak di Jalan
Selat itu telah berusia 100 tahun.

Menara itu dibina untuk menempatkan betul
tangki mengisi air. salah

100 anak tangga dibina bagi (2 markah)
menghubungkan setiap aras yang
setinggi 5 meter.

Bahan yang digunakn untuk membuat
bangunan itu ialah batu, besi an kayu.

Soalan 24

Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Insan yang selalu mendampingi aku ketika diri ini berada dalam kesusahan mahu pun
dalam situasi gembira selain ibu bapa ialah sahabat karib.Aku mempunyai seorang sahabat karib
yang amat baik budi pekertinya. Dalam ruangan muka buku ini, aku ingin berkongsi cerita dengan
rakan-rakan tentang sahabat karib yang aku kenali semenjak kecil lagi. Nadira berkulit cerah dan
mempunyai paras rupa yang agak cantik, comel lote. Dia sebaya dengan aku, kami telah
berkawan sejak dari kecil dan tinggal sekampung.

Nadira seorang kawan yang penyabar, penyayang, peramah dan amat rajin belajar.Dia
sudi dan sanggup mendengar segala masalah yang melanda diriku. Dia sangat prihatin untuk
menghulurkan pertolongan bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang aku alami.
Aku berasa gembira sungguh setiap kali menerima pertolongan daripadanya. Kami sering
berkongsi suka duka kehidupan. Dia sanggup mengorbankan masa lapangnya untuk mengajar
dan membimbing aku sehingga aku mahir dan dapat memahami sesuatu topik atau subjek yang
sukar untuk aku menguasainya.

Peristiwa yang tidak boleh aku lupakan dalam sejarah hidup ini ialah pengorbanannya
yang agak besar untuk diriku.Peristiwa tersebut masih segar terpahat dalam kotak minda aku
seolah-olah perkara itu baru terjadi semalam. Semasa aku dan kawan-kawan sekelas sedang
bermain hoki di padang sekolah tiba-tiba, seorang pemain telah merempuh aku secara tidak
sengaja dengan rempuhan yang kuat sehingga menyebabkan aku tersungkur dan tersembam.
Kaki kanan aku tergeliat, kedua-dua bahagian lutut aku luka, berlumuran dengan darah.Aku tidak
dapat lagi menahan kesakitan ketika itu, aku hanya mampu menangis.

Kawan karib aku memapah aku keluar padang. Dia merawat lutut aku dengan cermat.
Aku dibawa oleh guru bertugas mingguan ke klinik untuk mendapatkan rawatan lanjut. Aku
diizinkan pulang dan berehat di rumah oleh Guru Besar. Nadira menolong mengangkatkan beg
sekolah aku dan menemani aku pulang ke rumah. Aku berasa sungguh terharu. Tiba sahaja di
rumah, aku mengucapkan terima kasih kepadanya Dia hanya tersenyum dan terus kembali ke
sekolah semula bersama-sama Cikgu Nurhawati, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah
kami. Keesokan harinya, dia datang menjenguk aku untuk mengajar aku pelajaran yang tidak
dapat aku ikuti di sekolah. Perbuatan itu diulanginya sehingga aku sembuh semula.

Terlalu banyak kenangan manis yang telah aku pelajari daripada persahabatan ini.
Mempunyai teman yang baik akan membawa kebahagiaan dalam hidup kita. Kawan yang baik
dapat meleraikan sedikit sebanyak masalah yang kita hadapi. Aku juga telah menyelami erti
sebuah persahabatan, kasih sayang, sikap saling menghormati dan faham-memahami. Hidup
seseorang itu tidak akan menjadi sunyi dan sepi jika adanya kawan karib yang sanggup berkongsi
susah senang dalam kehidupan ini. Aku berasa bertuah kerana mendapat seorang kawan yang
setia dan baik hati.

a. Apakah hubungan penulis dengan Nadira? ___________________________
(1 markah)

b. Bagaimanakah penulis boleh mengalami kecederaan serius ketika bermain hoki?

________________________________________________________________
( 2 markah)

c. Mengapakah penulis begitu menyenangi Nadira?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(2 markah)

d. Pada pendapat kamu, apakah pengertian sahabat karib?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(3 markah)

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya,

Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang;

Ilmu pengetahuan penyuluh diri,
Agar menjadi insan terbilang.

Dalam semak ada duri,
Ayam kuning buat sarang;

Jangan kita meninggi diri,
Agar tidak dibenci orang.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan;

Hendaklah kita banyak bersabar,
Agar kita disenangi rakan.

Sorong papan tarik papan,
Buah keranji dalam perahu;

Nasihat guru jangan dilupakan,
Agar hidup sentiasa berilmu.

a. Mengapakah kita dilarang meninggi diri ?

_____________________________________________________________________
______________________________________________________________________

( 2 markah )

b. Apakah yang perlu kita lakukan jika ingin disenangi oleh rakan ?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

( 2 markah )

a. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang salah

berdasarkan pantun tersebut.

Kita hendaklah sentiasa bersabar menghadapi cabaran dan dugaan. ( 1 markah )
Malas belajar menjadikan kita orang yang terbilang.

b. Terangkan maksud baris-baris pantun di bawah.

Nasihat guru jangan dilupakan,
Agar hidup sentiasa berilmu.

. ___________________________________________________________________

____________________________________________________________________

______________________________________________________________________
( 3 markah )

KERTAS SOALAN TAMAT

BAHAGIAN B
( 30 markah)

Soalan 21.
Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberikan.

pertama buah pada berapa
pelbagai semua patah utas

Pada 5 Mac 2015, suatu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia telah diadakan di Balai
Raya Kampung Delima. Mesyuarat itu bermula pada pukul 3.00 petang. ___________ ahli
jawatankuasa persatuan hadir pada petang itu. ____________ perkara dibincangkan dalam
mesyuarat ini. Perkara ___________ yang dibincangkan ialah yuran persatuan. Semua ahli
jawatankuasa persatuan bersetuju untuk menetapkan bayaran sebanyak RM10 seorang. Yuran ini
akan dibayar __________ setiap bulan oleh semua ahli persatuan.

( 4 markah )

Soalan 22.
a) Tuliskan ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberikan.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________?

Kesan negatif aktiviti pembalakan haram kepada alam sekitar ialah berlakunya hakisan
tanah.

(2 markah)
b) Tuliskan jawapan yang sesuai dengan soalan yang diberikan.

Bilakah kamu mulai menghias rumah berkonsepkan kedesaan Inggeris?

_____________________________________________________________________

_____________________________________________________________________

( 2 markah)

c) Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.
_______________________________________________________________________
________________________________________________________________________

( 2 markah)

Soalan 23
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang diberikan.

Penduduk Kampung Serai bersepakat untuk menjadikan Si Babau sebagai umpan untuk
menangkap seekor harimau yang sering berkeliaran di kampung mereka. Si Babau terpilih
sebab susuk tubuhnya yang pejal dan sihat. Si Babau berasa sedih tetapi tidak dapat berbuat
apa-apa. Hatinya tidak rela untuk menjadi umpan harimau itu. Tiba masanya, Si Babau
dibawa ke tengah hutan. Dia ditambat pada sebatang pokok. Orang kampung pula
bersembunyi di atas ran.

Apabila harimau tiba, Si Babau berpura-pura mati. Harimau tidak berselera apabila
melihat Babau sudah mati. Ketika harimau membelakangi Si Babau, Si Babau dengan
secepat kilat menanduk perut harimau. Si Babau bertekad untuk menghapuskan harimau
itu. Disebabkan harimau itulah, dirinya menjadi taruhan. Tanduknya yang tajam telah
menyebabkan perut harimau cedera teruk. Harimau berguling-guling kesakitan. Akhirnya,
harimau itu mati.

a) Apakah maksud ditambat?

____________________________________________________________________
( 1 markah)

b) Mengapakah Si Babau dijadikan umpan untuk menangkap harimau itu?

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
( 2 markah)

c) Padankan pernyataan di bawah ini berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Penduduk kampung membina ran.

Si Babau dibiarkan di bawah sebatang pokok Ya
untuk menarik perhatian harimau itu. Tidak

Harimau itu mati setelah ditanduk oleh Si (2 markah)
Babau.

Hilang selera harimau melihat Si Babau yang
berpura-pura mati itu.

Soalan 24.
Baca dialog di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Atikah : Ibu bapa kamu memberikan kebenaran kepada kamu untuk menyertai klinik
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah minggu hadapan, Asilah?

Asilah : Ya, ibu bapa saya membenarkan saya menyertai klinik tersebut. Walau
bagaimanapun, ibu bapa Mimi masih belum memberikan kebenaran kepadanya.

Atikah : Benarkah seperti yang diperkatakan oleh Asilah itu, Mimi?
Mimi
: Benar kata-kata Asilah itu. Ibu bapa saya mahu saya membantu mereka di kebun
pada hari tersebut.

Asilah : Ha! Saya ada cadangan untuk membantu Mimi mengatasi masalahnya.
Mimi
Asilah : Bagaimana?
Atikah
: Saya cadangkan agar kita berjumpa dengan ibu bapa Mimi.

: Saya setuju. Kita boleh menjelaskan tentang kepentingan klinik ini kepada ibu
bapa Mimi.

Mimi : Bagus juga cadangan kamu itu. Cuma, mahukah ibu bapa saya menerima
penjelasan kamu?

Asilah : Kita mesti berusaha. Kalau berjaya, syukurlah. Tetapi jika tidak, kita usahalah
cara lain.

Mimi : Kalau begitu, saya setuju. Bila kamu hendak berjumpa dengan ibu bapa saya?
: Lagi cepat, lagi baik.
Atikah : Saya cadangkan pada petang ini juga.

Mimi : Saya setuju dengan cadangan itu.

Asilah dan
Atikah

Mimi : Terima kasih kerana sudi membantu saya.

a) Perkataan kepentingan dalam dialog di atas boleh juga digantikan dengan perkataan
____________________________________________________________________
(1 markah)

b) Mengapakah ibu bapa Mimi masih belum membenarkan anaknya menyertai klinik Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
(2 markah)

c) Apakah tujuan Asilah dan Atikah hendak berjumpa dengan ibu dan bapa Mimi?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
( 2 markah)

d) Pada pendapat kamu, apakah kebaikan menyertai program Klinik Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
( 3 markah)

Soalan 25
Baca puisi di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Syukur aku dilahirkan di sini,
Suasana nyaman indah sekali,
Perutmu sarat dengan hasil bumi,
Yang pastinya mampu meningkatkan ekonomi.

Syukur aku dibesarkan di sini,
Hidup bersama fauna berwarna-warni,
Yang jarang-jarang kita temui,
Yang kadang-kadang menimbulkan misteri.

Syukur aku miliki pertiwi ini,
Yang membiarkan flora yang amat bererti,
Selain menjadi sumber rezeki,
Pelbagai penyakit dapat kuubati.

Akan kupertahankan khazanah ini,
Akan kucantas tangan-tangan liar,
Yang berhasrat menguburkan hayatmu,
Kerana kau amat kuhargai,
Jasamu nan luhur lagi abadi.

a) Mengapakah penyajak gembira berada di bumi ini?

__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

( 2 markah)
b) Mengapakah penulis bersyukur dengan flora yang terdapat di tanah airnya?

________________________________________________________________

________________________________________________________________
(1 markah)

c) Tandakan ( /) bagi pernyataan yang betul dan ( X) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan sajak di atas.

Tanah dipenuhi sumber yang amat berharga.

Menjadi tempat mengubati penyakit.

( 1 markah)

Akan kupertahankan khazanah ini,
Akan kucantas tangan-tangan liar,
Yang berhasrat menguburkan hayatmu,

d) Terangkan maksud baris-baris sajak di atas.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
( 3 markah)


Click to View FlipBook Version