INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH DARUL AMANNama : NUR FATIN SYAMIMI BINTI MUHAMADAngka Giliran : 2021182340281 No. K/P : 030825-11-0106 Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELINGKod & Nama Kursus : MPU 3441 a KOKURIKULUM- UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET1Tajuk Tugasan : PENULISAN Nama Pensyarah : MADAM AWATIF BINTI ZAINAL Tarikh Hantar : 8 FEBRUARI 2024 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilandan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar: _______________________ Tarikh: 8 FEBRUARI 2024 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki danfahami. Tandatangan Pelajar: _________________________ Tarikh:
MPU 3441 a: UNIT BERUNIFORM PANDU PUTERI KADET 1 TUGASAN 1: BUKU LOG PANDU PUTERI
BIODATA PATROL: ORKID NAMA: NUR FATIN SYAMIMI BINTI MUHAMAD NO K/P: 030825-11-0106 KAMPUS: IPG KAMPUS DARULAMAN PROGRAM: BIMBINGAN DAN KAUNSELING AMBILAN: JUN 2021/2026 ANGKA GILIRAN: 2021182340281
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PASUKAN ISI KANDUNGAN Pendaftaran Ahli Laporan Aktiviti Pembentukan Jawatankuasa Pakaian Seragam Takwim dan Perancangan Aktiviti Pasukan Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Pengurusan Badan Beruniform secara Sistematik dan Terancang BAB 1
PENDAFTARAN AHLI Ahli Seumur Hidup i) Isi Borang Ahli Seumur Hidup di laman sesawang Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ii) Yuran: RM 250.00 sekali bayar sahaja. iii) Kelayakan: a) Ahli PPPM yang berumur 35 tahun. b) Ahli PPPM yang kurang daripada 35 tahun perlu bayar pendahuluan RM 5.00 bagi setiap tahun sehingga umur 35 tahun. Contoh: Jika umur 30 tahun Bayaran (RM5.00 x 5 tahun) + RM250.00 = RM RM25.00 + RM250.00 = RM275.00 iv) Cetak/scan borang dan hantar ke Ibu Pejabat bersama bayaran atau bukti pembayaran. Pendaftaran Pasukan Baru / Semula i) Isi Borang Pendaftaran Pasukan/ Semula secara atas talian di laman sesawang PPPM. ii) Salinan borang yang telah ditandatangan hendaklah dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat bersama-sama bayaran atau bukti pembayaran.
Yuran Keahlian Kebangsaan Tahunan i) RM 2.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Tunas / Remaja / Renjer). ii) RM 5.00 seorang setiap tahun (untuk ahli Pandu Puteri Kadet / Siswi / Dewasa / Pemimpin / Guild Trefoil). iii) Dibayar setiap tahun semasa pendaftaran semula. iv) Dibayar sebelum 31 April setiap tahun. Untuk pendaftaran i) Bagi urusan pendaftaran boleh layari laman web: https://www.panduputeri.org.my ii) Segala urusan pendaftaran boleh melalui online sahaja menggunakan pautan tersebut dan boleh dilakukan oleh pemimpin iii) Catatan: Borang-borang tersebut boleh dimuat turunkan atau diperoleh daripada Pesuruhjaya Daerah Ketua Pesuruhjaya Cawangan atau Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Malaysia. Sertakan salinan Sijil Pendaftaran Pasukan / Guild (Untuk Pendaftaran Semula dan Pemberian Nama Baru Pasukan/Guild). Jelaskan pembayaran yuran yang berkenaan.
LAPORAN AKTIVITI CONTOH
PEMBENTUKAN JAWATANKUASA
PAKAIAN SERAGAM Pandu Puteri Kelip-Kelip ( 5 hingga 8 tahun )
Pandu Puteri Tunas ( 9 hingga 12 tahun )
Pandu Puteri Remaja ( 13 hingga 15 tahun )
Pandu Puteri Renjer ( 16 hingga 17 tahun )
Terdapat 5 jenis baju pemimpin: 1.Baju Kufung Berpesak 2.Baju Kebaya 3. Baju Perjalanan/Aktiviti 4.Baju Batik PPPM 5.Baju Perkhemahan/Aktiviti 1 Pandu Puteri Pemimpin ( mempunyai pasukan Pandu Puteri untuk diuruskan )
2
3 4
Pandu Puteri Kadet ( Pelajar IPG ) Pandu Puteri Klover ( 18 hingga 30 tahun termasuk Ting. 6, IPTA dan IPTS )
Pandu Puteri Guild ( 3o tahun ke atas ) 1
2 3
TAKWIM DAN PERANCANGAN AKTIVITI PASUKAN RUJUK LAMPIRAN
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN Sifat seorang pemimpin : Patuh kepada tujuan kepimpinan, membentuk generasi akan datang. Berminat, sabar, tabah, beryakinan serta jujur. Ikhlas, berfikiran terbuka, sedia memberi dan menerima teguran. Sentiasa menambah pengetahuan Tidak berkepentingan diri. Berkemampuan & berwibawa Tugas awal pemimpin : Menubuhkan kumpulan berenam Memilih, melantik dan membentuk Ketua Pasukan, Ketua Berenam dan Pen. Ketua Berenam. Menasihati Majlis Ketua Berenam. Merujuk kepada Pesuruhjaya Daerah, Negeri bagi mendapat nasihat serta pandangan. Mendaftarkan kumpulan dan keahlian setiap tahun. Menubuhkan jawatankuasa bagi pengendalian kumpulan dan berkerjasama dengan pemimpin lain. Merapatkan hubungan antara pemimpin. Merancang aktiviti tahunan, semester, mingguan. Menyediakan bilik untuk kumpulan/ latihan/ menyimpan alatan latihan kumpulan. Merancang aktiviti bersama JK kumpulan bagi mendapatkan sumber kewangan.
Penyesuaian : Hendaklah bijak menyesuaikan diri dan mempunyai kemahiran hubungan awam (PRO) yang baik. Bersifat ramah mesra, berfikiran terbuka, menerima buah fikiran daripada pihak lain seperti daripada pemimpinpemimpin lain. Tidak sombong, bersifat berwaspada, tenang serta sabar. Pemimpin menjadi teladan : Tunaikan kewajipan diri, keluarga, masyarakat. Berbudi pekerti sempurna, berhemah tinggi, baik tutur kata serta bersopan. Sentiasa berpakaian kemas, sopan. Memiliki perawakan yang baik, menawan Amanah, jujur, bertanggung jawab. Matlamat : Melahirkan generasi akan datang sebagai warganegara yang berguna. Membentuk disiplin yang baik Membentuk pelajar sebagai warganegara yang patriotis dan faham dasar-dasar negara. Tugas awal pemimpin: Merancang bersama JK kumpulan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan/ berkhemah/ mengembara serta lain-lain. Merekodkan semua aktiviti / perkara di dalam Buku Log.
PENGURUSAN BADAN BERUNIFORM SECARA SISTEMATIK DAN TERANCANG Pengurusan yang sistematik : Mewujudkan unit beruniform dengan kertas kerja penubuhan (bagi yang baharu) Mencari ahli baharu. Mengemaskini pendaftaran, mendaftar ahli baharu dan membuat bayaran keahlian. Melaksanakan aktiviti mengikut takwim yang ditetapkan Menyediakan fail dan merekod semua pelaksanaan aktiviti
Prinsip Asas Pandu Puteri BAB 2 Dasar Pertubuhan dan Undang-undang Am dan Pemimpin Persetiaan dan Undang-undang Pandu Puteri Cogan Kata dan Lambang Isyarat dan Hormat Pandu Puteri Berjabat Tangan dan Khidmat Pandu Puteri Isyarat Wisel serta Isyarat Tangan Lagu Pandu Puteri Bendera Malaysia, Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dan Bendera Dunia ISI KANDUNGAN
DASAR PERTUBUHAN DAN UNDANGUNDANG AM DAN PEMIMPIN VISI DAN MISI PPPM VISI: Meneraju perkembangan potensi gadis dan wanita untuk membawa perubahan. Taking The Lead In Developing The Potential Of Girls And Women For Change MISI: PPPM mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita, remaja dan dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa. Girl Guides Association Malaysia is committed to the development of girls and women of calibre through internationalization of Girl Guiding knowledge, skills and values to benefit the society, country and the world. PIAGAM Persatuan Pandu Puteri Malaysia sentiasa: Menyediakan latihan Pandu Puteri yang berkualiti Menerapkan sifat-sifat kepemimpinan yang tulen melalui Program Pandu Puteri Melahirkan ahli yang berkaliber Menonjolkan ahli yang mempunyai nilai-nilai murni Menampilkan ahli sebagai warga negara yang sihat dan berguna Menggalakkan ahli berbakti secara sukarela tanpa apa-apa ganjaran OBJEKTIF AM Objektif am PPPM ialah untuk membantu mendidik dan melatih wanita remaja dan dewasa supaya bersifat taat setia, berdikari, berdisiplin, sedia memberi khidmat, berinisiatif dan berdaya kreatif. Harapan PPPM adalah untuk menghasilkan warga negara yang peka, berguna, bersih, cekap, amanah dan bertimbangrasa terhadap orang lain
NILAI-NILAI TERAS PPPM percaya bahawa semua ahli perlu menonjolkan nilai-nilai seperti berikut setiap masa: Integriti Kejujuran Hormat-menghormati Tolerasi Kasih Sayang Bantu-membantu PROGRAM PANDU PUTERI Program Pandu Puteri adalah program pendidikan bukan formal untuk kanakkanak, remaja dan dewasa wanita di bandar dan di luar bandar. Oleh itu, hampir semua kegiatan Pandu Puteri bertapak di institusi pendidikan seperti sekolah, institusi pendidikan guru, institusi pendidikan tinggi atau tempat kerja. Untuk memenuhi keperluan yang pelbagai, program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia meliputi : 1. Kelip-Kelip 2. Pandu Puteri Tunas 3. Pandu Puteri Remaja 4. Pandu Puteri Renjer 5. Pandu Puteri Kadet 6. Pandu Puteri Siswi 7. Pandu Puteri Dewasa 8. Pemimpin 9. Guild Trefoil 10. Guild Pandu Puteri Raja 11. Guild Mantan Ketua Pesuruhjaya 12. Ahli Sukarela Pandu Puteri
PERSETIAAN DAN UNDANGUNDANG PANDU PUTERI UNDANG - UNDANG PANDU PUTERI Seorang Pandu Puteri seharusnya: 1. Boleh Dipercayai 2. Sentiasa Taat Dan Setia 3. Suka Menolong Orang Lain 4. Bersahabat Dengan Semua Orang Dan Bersaudara Dengan Ahli Pandu Puteri Yang Lain 5. Sentiasa Bersopan Santun 6. Melindungi Haiwan Dan Memelihara Alam Sekitar 7. Sentiasa Menurut Perintah 8. Bersemangat Dan Bergembira Walaupun Dalam Kesulitan 9. Sentiasa Berjimat Cermat 10. Suci Dalam Fikiran, Perkataan Dan Perbuatan PERSETIAAN PANDU PUTERI KADET Program Pandu Puteri Persatuan Pandu Puteri Malaysia berdasarkan Persetiaan dan Undang-Undang Pandu Puteri. Bahawa Dengan Sesungguhnya Saya Berjanji Dan Bersetia Dengan Sedaya Upaya Menunaikan Kewajipan Saya Kepada Tuhan Raja Dan Negara Saya Malaysia Menolong Orang Setiap Masa Dan Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri.
COGAN KATA DAN LAMBANG . LENCANA PANDU PUTERI MALAYSIA 1. Lencana PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan Pandu Puteri di bawahnya. 2. Lencana rasmi ini digunakan sebagai lambang pelantikan bagi semua kategori ahli aktif PPPM. 3. Lencana rasmi berwarna hitam dan putih seperti yang tertera di atas. 4. Warna lencana pelantikan bahagian adalah seperti yang berikut: a) Pandu Puteri Tunas adalah perang b) Pandu Puteri Remaja adalah biru c) Pandu Puteri Renjer adalah merah d) Pandu Puteri Kadet adalah putih e) Pandu Puteri Siswi adalah putih f) Pemimpin adalah berwarna emas g) Pesuruhjaya adalah berwarna perak Lencana perlantikan disematkan pada skaf ahli Pandu Puteri semasa istiadat perlantikan setelah lulus Prinsip Asas Pandu Puteri. COGAN KATA PPPM Selalu Sedia (Be Prepared) Setiap ahli Pandu Puteri hendaklah sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan sebarang imbuhan dan balasan.
LAMBANG PANDU PUTER . I MALAYSIA 1. PPPM mengandungi tiga kelopak dan bintang pecah empat belas di tengah-tengahnya serta tertulis perkataan “Persatuan Pandu Puteri Malaysia” di dalam bulatan di sekelilingnya. 2. Semua hakcipta dan harta intelek ke atas logo (keseluruhan atau sebahagian daripadanya), bersama dengan nama baik berkaitan dengannya dimiliki oleh PPPM. 3. Cawangan dan Daerah PPPM diberi kebenaran tidak eksklusif untuk menggunakan logo sepanjang tempoh keahlian tetapi tidak mempunyai hak ke atas logo. Cawangan dan Daerah PPPM tidak dibenarkan memberikan kebenaran kepada pihak lain untuk menggunakan logo tanpa kebenaran LEK melalui ibu pejabat kebangsaan. SIMBOL: 1. TREFOIL a) Tiga bahagian ikrar Pandu Puteri 2. BINTANG PECAH EMPAT BELAS a) 13 buah negeri di Malaysia dan 1 pecahan lagi yang menghala ke atas melambangkan jarum kompas yang bermaksud petunujuk jalan yang benar.
LENCANA PANDU PUTER . I DUNIA 1. Lencana trefoil dunia ( World Badge ) adalah lambang Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia ( WAGGS ). 2. Lencana ini boleh digunakan oleh ahli Pandu Puteri dalam kumpulan tenderfoot atau ahli penuh yang telah melafazkan ikrar. 3. Di peringkat dunia , lencana ini merupakan simbol perpaduan di kalangan Pandu Puteri Sedunia. SIMBOL & MAKSUD: Tanda/Simbol Maksud 1. Trefoil( tiga cabang ) Emas T angkai bawah daun Tiga bahagian persetian Pandu PuteriKasih sayang manusia sejagat 2. Bintang-bintang pada cabang trefoil Bintang penunjuk jalan iaitu persetiaan dan undang-undang Pandu Puteri 3. Jarum menghala ke atas Arah yang harus dituju dalam Pandu Puteri 4. Trefoil Emas Latar Belakang Biru Matahari yang menyinari seluruh kanakkanak dunia tanpa mengira bangsa, agama, kebudayaan dan warna kulit
ISYARAT DAN HORMAT PANDU PUTERI Cara Pandu Puteri memberi dan menerima hormat adalah sama seperti dalam gambar di atas. Semasa memberi hormat ini, tangan kanan dinaikkan ke paras bahu dan tangan kiri dirapatkan lurus ke badan. . ISYARAT HORMAT: Maksud Hormat Pandu Puteri: i) Tiga jari menunjukkan tiga bahagian Persetiaan Pandu Puteri ii) Ibu jari yang diletakkan di atas jari kelingking bermaksud yang kuat membantu yang lemah P . ENGGUNAAN HORMAT PANDU PUTERI Semasa berjumpa dengan D.Y.M.M Sultan-sultan negeri, raja-raja, pembesar-pembesar negara dan negeri, pemimpin Pandu Puteri negara, negeri, daerah dan kumpulan Semasa menerima hadiah dan kurniaan Semasa istiadat mengibar bendera Semasa memberi penghormatan kepada jenazah
BERJABAT TANGAN DAN KHIDMAT PANDU PUTERI BERJABAT TANGAN. 1. Pandu Puteri berjabat tangan menggunakan tangan kiri dengan ahli berpakaian seragam yang lain. Salam menerusi berjabat tangan adalah tanda hormat bagi Pandu Puteri di samping sebagai tanda untuk bertegur sapa sesama ahli dan antara ahli dengan pemimpin. 2. Perlakuan ini mempunyai kaitan dengan pengalaman Baden-Powell sebagai askar di Afrika. Ketua-ketua dan pahlawan daripada suku kaum yang selalu bermusuhan sering memegang senjata pada tangan sehingga tidak sanggup meletakkannya walaupun sebentar. Hanya tangan kiri sahaja yang boleh diangkat termasuk untuk berjabat tangan sebagai tanda persahabatan dan kepercayaan apabila mereka bertemu. Baden-Powell menerima idea berjabat tangan ini dan menjadikannya sebagai amalan tradisi Pengakap dan kemudiannya Pandu Puteri. 3. Di Malaysia, Pandu Puteri menggunakan kedua-dua belah tangan apabila berjabat tangan dengan orang kenamaan dan orang yang tidak berpakaian seragam, bersesuaian dengan budaya kita.
ISYARAT WISEL SERTA ISYARAT TANGAN 1. Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan. 2. Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit. 3. Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan. 4. Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai. ISYARAT WISEL
ISYARAT TANGAN
LAGU PANDU PUTERI LIRIK: Versi Bahasa Melayu Arah kita jelas ke depan, Bendera berkibar; Tidak berlipat di dunia Harapan abadi; Bersatu untuk kebenaran, Persahabatan kukuh; Selagi dunia masih ada Akan nyanyi lagu ini. Yang cintakan kebenaran, Menetapkan janji; Dengan rela berjasa, setia abadi; Kebebasan kita tepati, Bersedia sama; Untuk semua miskin kaya, kita beri, yang terdaya. Rantau Asia Pasifik Rangkaian kepulauan Benua dan lautan Yang beragaman Mari kita nyanyikan Lagu kepanduan Rantau Asia Pasifik Adalah tempat kita Pandu Puteri, Pramuka Berbilang negara Lain bangsa, budaya Sama bersetuju Satukan suara Nyanyikan lagu ini Rantau Asia Pasifik Adalah tempat kita LAGU DUNIA PANDU PUTERI LAGU ASIA PASIFIK PANDU PUTERI:
LAGU TAPS PANDU PUTERI: LAGU TAPS MALAM Day is done, gone the sun From the sea, from the hills, from the sky All is well, safely rest God is nigh Malam datang, siang hilang Dari laut, dari gunung, dari langit Semua selamat, sihat rehat Berkat Tuhan LAGU TAPS SIANG Thanks and praise, for our days ‘Neath the sun, ‘neath the stars, ‘neath the sky As we go, this we know God is nigh Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru Mana pergi hidup kami Tuhan saksi LAGU PANDU PUTERI TUNAS Puteri Tunas bertujuan Menolong dan Berkawan LAGU AHLI BARU Ahli Baru Suka Hati Menjadi Puteri Tunas
Kumpulan Teratai Teratai Nama Kami Bekerja Setiap Hari Kumpulan Cempaka Cempaka Bersuka Ria Menolong Orang Duka Kumpulan Kesidang Kami Kesidang Datang Menolong Pagi Petang Pasukan Siantan Siantan Datang Berkawan Berani Macam Pahlawan Pasukan Melur Melur Taat dan Setia Berusaha Setiap Masa Pasukan Kenanga Kami bernama Kenanga Berjasa Bertenaga LAGU-LAGU PASUKAN PANDU PUTERI
BENDERA MALAYSIA, BENDERA PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA (PPPM) DAN BENDERA DUNIA BENDERA PANDU PUTERI MALAYSIA Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persetiaan Pandu Puteri. Bintang pecah melambangkan 13 buah negeri serta Wilayah Persekutuan di Malaysia. Lencana Pandu Puteri Malaysia di tengah latar biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di dunia. BENDERA PANDU PUTERI DUNIA Tiga blok atau petak jingga menyerong sederet di bahagian kanan bawah melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru melambangkan komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Trefoil dunia dalam latar biru melambangkan matahari menyinari kanak-kanak di dunia. BENDERA MALAYSIA
Sejarah Perkembangan dan Struktur Organisasi BAB 3 Sejarah Perkembangan - Riwayat Hidup Pengasas - World Association Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) - Asia Pasifik - Persatuan Pandu Puteri Malaysia - Hari Peringatan Sedunia Struktur Organisasi - Persatuan Pandu Puteri Malaysia - Persatuan Pandu Puteri Cawangan - Pasukan Pandu Puteri Kadet - Pasukan Pandu Puteri Tunas - Pasukan Pandu Puteri Kelip-Kelip ISI KANDUNGAN
RIWAYAT HIDUP PENGASAS Pada tahun 1909, di satu perhimpunan Pengakap di Crystal Palace muncul sekumpulan remaja wanita yang meminta untuk menyertai perhimpunan tersebut. Keinginan mereka untuk menyertai Pengakap telah menarik perhatian pengasas pergerakan Pengakap Lord Robert Baden-Powell. Dalam masa beberapa bulan, beliau menubuhkan satu pergerakan untuk mereka dengan nama dan programnya sendiri di bawah pimpinan Agnes Smyth Baden-Powell. Robert Baden-Powell memilih nama Girl Guides dengan rujukan kepada Guides Corps di India. Girl Guides atau Pandu Puteri tidak mengambil masa yang lama untuk membawa impak. Pada tahun 1912, Agnes menulis The Handbook for the Girl Guides iaitu sebuah buku panduan yang diadaptasikan dari buku Scouting for Boys oleh abangnya Robert BadenPowell, untuk kegunaan Pandu Puteri. Pada tahun 1912, semasa satu lawatan promosi untuk Pengakap dan Pandu Puteri, Robert Baden-Powell berjumpa dengan Olave St Clair Soames dan seterusnya berkahwin dengannya. Olave dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri United Kingdom pada tahun 1918 dan sebagai World Chief Guide dalam tahun 1930. Lord dan Lady Baden-Powell telah berusaha untuk memperkembangkan pergerakan Pandu Puteri dan Pengakap ke seluruh dunia. Lord Baden Powell meninggal dunia pada tahun 1941. Lady Baden Powell tetap meneruskan agenda dengan melawat sebanyak 111 negara termasuk Malaysia. Beliau meninggal dunia pada tahun 1977. Lord Robert Baden-Powell Olave St Clair Soames
WORLD ASSOCIATION GIRL GUIDES AND GIRL SCOUTS (WAGGGS) Pada tahun 1919, Olave Baden-Powell membentuk Majlis Antarabangsa (International Council), perintis kepada WAGGGS untuk menyatukan semua ahli. Pada tahun 1924, Perkhemahan Sedunia yang pertama diadakan danpada tahun berikutnya, Buletin Dunia dikeluarkan. Buletin ini kini dikenali sebagai “Our World News”. Pasangan Baden-Powell meneruskan usaha mereka dalam mempromosikan Pengakap dan Pandu Puteri / Pengakap Puteri di seluruh dunia. Pada tahun 1930, Olave Baden-Powell dilantik sebagai Ketua Pandu Puteri Sedunia. Pada tahun 1928, Baden-Powell mendapatkan pendapat semua pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri yang terkenal dan meminta mereka mempertimbangkan perkara ini secara serius. Akhirnya, perwakilan persidangan dari 26 negara membuat keputusan untuk membentuk Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia. Persatuan ini akan bertempat di London dan berfungsi sebagai urusetia.
ASIA PASIFIK Walaupun pergerakan Pandu Puteri dilahirkan di Britain, tetapi perkembangannya ke tempat lain amat pantas. Pada tahun 1912, Pandu Puteri telah bertapak di 10 negara. Kumpulan-kumpulan ini mempunyai pakaian seragam, lencana, peraturan dan nama yang berbeza tetapi mereka berkongsi prinsip dan cita-cita yang sama. Pertumbuhan pesat ini adalah disebabkan oleh usaha ramai wanita yang bersemangat, mempunyai sumber dan berpandangan jauh. Mereka semua melihat ini sebagai peluang yang baik untuk pendidikan remaja wanita. Nama seperti Juliette Low (pengasas Pengakap Puteri di Amerika Syarikat), Olga Malkowska (pengasas di Poland) dan Antoinette Butte (pengasas di Perancis) membantu membentuk pergerakan yang kita kenali hari ini. Perang Dunia Pertama tidak menghalang perkembangan Pergerakan ini. Banyak kumpulan yang menawarkan diri sebagai sukarelawan dan menjelang tahun 1930, 15 lagi negara yang memperkenalkan kumpulan Pandu Puteri, termasuklah Brazil, China dan Estonia.
PERSATUAN PANDU PUTERI MALAYSIA
HARI PERINGATAN SEDUNIA Sambutan Hari Peringatan Sedunia diadakan setiap 25 & 26 Februari. CONTOH: Sambutan Hari Peringatan Sedunia di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu. Sambutan yang sangat meriah dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan. Antaranya: 1.Pelancaran Pengenalan Produk Celcom Digi Launching of PPPM x ASTRO Collaboration: Lagenda Puteri Qaseh Challenge. 2. 3.Pertandingan Laungan Semangat/ War Cry 4.Pertandingan Rube Golberg Machine 5.Pertandingan Melukis Poster World Thinking Day 6.Pertandingan Cabaran Tik Tok tema WTD 2023 7.Demonstrasi permainan tradisional - Congkak dan Dam 8.Reruai pameran dan demonstrasi Canting Batik kerjasama dengan Pusat Kraftangan Malaysia(projek WAGGGS)c. Jahitan / sulaman d.Seni Quilling 9. Program WAGGGS: Free Being Me, Surf Smart, Action on Body Confidence, No child Marriage under 18 10.