J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 93
Razak, K. A., Othman, T.N., Hamzah, M. I. & Zulkifli, H. (2014). Information and
communication technology among excellent islamic education Teachers in
Selangor Malaysia. International Education Studies, 7(13), 146-156.
Razalli, A. R., Ahmad, N. A & Kamaliah, A. (2005). “Aplikasi pengajaran dan
pembelajaran komputer untuk pelajar berkeperluan khas”. Putrajaya:
Universiti Multimedia.
Siti Zaleha, H. & Siti Mistima, M. (2017). Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru Matematik di Zon
Kajang, Selangor. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Vespanathan, S. (2015). Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)
dalam kalangan guru-guru mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah
rendah buar bandar negeri Johor. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Zakaria, S. R., Hamzah, M. I., & Razak, K. A. (2017). Penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran pensyarah pendidikan islam di Politeknik Zon
Selatan. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 3(1), 29-41.
Zhang, C. (2013). A Study of internet use in EFL teaching and learning in Northwest
China. Asian Social Science, 9(2), 48-52.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 94
TAHAP PENGETAHUAN, KESEDIAAN DAN AMALAN PELAKSANAAN
PEDAGOGI ABAD KE-21 PELAJAR GURU
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG
1Helen Khoo Chooi Sim, PhD ([email protected])
1Ahmad Zohri bin Hj. Ishak, PhD ([email protected])
1Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP)
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kesediaan dan amalan
pelaksanaan Pedagogi Abad Ke-21 (PAK21) pelajar guru Institut Pendidikan Guru
Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Kajian berbentuk kuantitatif menggunakan instrumen
borang soal selidik melibatkan 170 orang responden dari IPGKPP. Hasil kajian
menunjukkan bahawa terdapat seramai 83 (41.2%) orang responden tidak pernah
menghadiri kursus PAK21 dan seramai 23 (13.5%) orang responden yang tidak
mempunyai pengetahuan tentang PAK21. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak
terdapat perbezaan min yang signifikan dalam tahap pengetahuan antara kumpulan
responden lelaki dengan kumpulan responden perempuan dalam Ujian t yang
dilaksanakan. Min-min yang dicatat oleh responden adalah tinggi untuk kesemua 14 item
dalam dimensi Kesediaan Responden Dalam Pelaksanaan PAK21 dan dimensi
Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21 ialah antara 3.37 dengan 3.62 dan antara 3.36
dengan 3.61 masing-masing. Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi positif yang
sederhana tinggi antara keempat belas item untuk dimensi Kesediaan Amalan
Pelaksanaan PAK21 dengan dimensi Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21.
Kata Kunci: Pembelajaran Abad Ke-21, Kesediaan Pelaksanaan PAK21, Kekerapan
Amalan Pelaksanaan PAK21, Pelajar Guru, Praktikum
Abstract
This study aimed to examine the level of knowledge, readiness and practice of 21st
Century Pedagogy (PAK21) amongst students of Teacher Education Institute Penang
Campus (IPGKPP). This quantitative study employed the questionnaire instrument
involving 170 respondents from the IPGKPP. The results showed that 83 (41.2%) of the
respondents had never attended the PAK21 course and 23 (13.5%) of the respondents
had no knowledge of PAK21. The results showed that there were no significant
differences in the level of knowledge between the male and female respondents in the t-
test. The mean scores recorded by the respondents were high for all 14 items in the
Respondent Readiness in Implementation PAK21 dimension and the Frequency of
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 95
PAK21 Implementation Practices Dimension that were between 3.37 and 3.62 and
between 3.36 and 3.61 respectively. The results showed that there was a relatively high
positive correlation between the fourteen items for the Readiness in Implementation
PAK21 dimension and the Frequency of PAK21 Implementation Practices Dimension.
Keywords: 21st Century Learning, Readiness in Implementation PAK21, Frequency of
PAK21 Implementation Practices, Student Teachers, Practicum
PENDAHULUAN
Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang dalam pelbagai aspek termasuk kurikulum dan
kokurikulum menjadi matlamat utama dalam usaha melahirkan generasi alaf baharu yang
mampu menangani cabaran Abad ke-21 (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, KPM 2013). Faktor ini menyebabkan pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) telah memberi penekanan terhadap Pedagogi Abad Ke-21 (PAK21)
dalam sistem persekolahan. Menurut Noraini (2010) guru dianggap aset yang
mempunyai kompetensi tertentu untuk mengembangkan kemahiran, bakat, potensi dan
pengetahuan pelajar dalam pelbagai bentuk. Oleh itu, PAK21 merupakan kemahiran
pembelajaran yang penting dan sangat diperlukan oleh pelajar guru untuk berdaya saing
pada abad ini. Pelajar guru perlu menguasai PAK21, kandungan kurikulum, mahir dan
berketrampilan dalam pedagogi ketika sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP),
memahami perkembangan murid dan menyayangi mereka, memahami psikologi
pembelajaran, memiliki kemahiran kaunseling dan menggunakan teknologi terkini dalam
dan di luar sesi PdP.
PAK21 dapat dikaitkan dengan pelbagai elemen yang diperlukan pada zaman
teknologi ini. Ia meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran sains dan teknologi,
kemahiran berfikir, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran 3M
(Membaca, Mengira dan Menulis), dan sebagainya. Kajian Nurazidawati (2011)
mendapati bahawa pengetahuan, kesediaan dan amalan kemahiran Abad ke-21
mempunyai hubungan korelasi yang positif dengan sikap pelajar terhadap mata
pelajaran. Penekanan dalam menguasai PAK21 dalam proses Pembelajaran dan
Pemudahcara (PdPc) haruslah bermula dengan menerapkan konstruk kemahiran Abad
ke-21 dalam proses PdP.
Kajian Ng Lay Khuan (2010) menunjukkan bahawa hubungan sikap murid
terhadap mata pelajaran mempunyai kolerasi yang positif dan signifikan. Murid yang
berminat terhadap mata pelajaran akan memperolehi prestasi yang tinggi dalam
pentaksiran mata pelajaran tersebut. Hasil pencapaian murid sentiasa menjadi ukuran
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 96
kepada keberhasilan proses pembelajaran yang dialami murid dalam bilik darjah. Oleh
itu, PdP yang bermakna sangat membantu murid meningkatkan minat dan serta motivasi
mereka untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Pendidikan yang berkualiti
dan cemerlang merupakan usaha dalam membangunkan generasi alaf baharu.
Kepelbagaian teknik dan pengajaran guru sangat penting untuk melahirkan para pelajar
yang cemerlang daripada pelbagai bidang terutama bidang pembelajaran dan insaniah.
Keputusan kajian Nurul Ain dan Azizi Yahaya (2012) menunjukkan terdapat
hubungan yang positif antara sikap dengan pengetahuan, kesediaan dan amalan
kemahiran PAK21. Oleh itu, adalah amat penting untuk para guru memperoleh dan
menguasai kemahiran merancang dan melaksanakan PAK21. Adalah sangat penting
aktiviti PdP dalam kelas berlaku dalam keadaan yang menyeronokan. Guru perlu memiliki
sikap yang positif dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan pelaksanaan pedagogi
dalam kelas. Walau bagaimanapun pelaksanaan PdP pada Abad ke-21 masih tetap
berpusatkan guru. Guru perlu memainkan peranan penting untuk melibatkan murid
secara aktif dalam pembelajaran di bilik darjah. Perancangan kaedah pengajaran yang
lebih kreatif dan inovatif, menarik serta mempunyai ciri-ciri pembelajaran Abad ke-21
menjadi keutamaan seperti yang disarankan oleh KPM.
Kajian Nur Khaizatul Fateha dan Zamri (2016) mendapati terdapat hubungan yang
signifikan dan positif antara sikap dan motivasi pelajar dengan pengetahuan, kesediaan
dan amalan pelaksanaan kemahiran PAK21. Perubahan dalam pedagogi PdP perlu
menitikberatkan penguasaan kemahiran PAK21. Guru perlu merancang dan
melaksanakan lebih banyak aktiviti yang berpusatkan murid dan mendedahkan mereka
dengan kehendak global pada masa kini. Guru juga harus meningkatkan kemahiran
insaniah pelajar untuk menghadapi cabaran dalam dunia sebenar. Justeru, pelajar guru
yang merupakan bakal guru perlu dilengkapi dengan pelbagai kemahiran asas dalam
bidang pendidikan serta latihan yang kukuh dan mempunyai pelbagai kemahiran umum
termasuk kebolehan dalam berkomunikasi, menguasai pelbagai bahasa, berfikiran kritis
dan berinovatif.
PERNYATAAN MASALAH
Sistem pendidikan negara sering mengalami perubahan yang menuntut para guru
melakukan tranformasi dalam pendidikan. Menurut Hii (2007), kemahiran Abad ke-21
merupakan kemahiran yang perlu diaplikasikan di dalam pelbagai situasi dan keadaan
yang menuntut pelaksanaan adalah lebih berkesan jika program pembangunannya
dijalankan semenjak dari peringkat sekolah lagi. Menurut Fenstermacher (1994)
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 97
pengetahuan guru dibahagikan kepada dua kategori iaitu pengetahuan formal dan
pengetahuan praktikal. Pengetahuan formal merupakan pengetahuan yang lahir
daripada kajian saintifik tentang pengajaran berkesan, manakala pengetahuan praktikal
merupakan pengetahuan yang dijana guru hasil daripada pengalaman dan refleksi
mereka berinteraksi dengan pelajar dalam konteks bilik darjah. Pengetahuan praktikal
juga merupakan antara sumber pengetahuan guru yang dinamakan sebagai kearifan
yang dijana daripada amalan, hasil daripada pengalaman mereka dan refleksi yang
dilakukan ke atas pengalaman tersebut (Chou, 2008).
Menurut Rost (2006) dan Arbaa, Jamil dan Razak (2010), maklum balas guru atas
tugasan yang dilakukan dapat membantu pelajar memperbaiki lagi prestasi mereka.
Bimbingan serta maklum balas daripada guru sangat penting dalam membina keyakinan
diri pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP dan akhirnya
meningkatkan kemahiran Abad ke-21. Menurut Chithra (2003), pengetahuan guru dan
kearifan profesional mereka mempengaruhi setiap aspek amalan pengajaran guru. Oleh
itu, kajian yang dijalankan pengkaji adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan,
kesediaan dan amalan pelaksanaan PAK21 pelajar guru IPGKPP.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah seperti berikut:
1. Meninjau tahap pengetahuan PAK21 pelajar guru IPGKPP.
2. Meninjau kesediaan responden dalam pelaksanaan PAK21.
3. Meninjau kekerapan amalan pelaksanaan PAK21.
PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian yang dikemukakan dalam kajian ini ialah seperti berikut:
1. Apakah tahap pengetahuan PAK21 responden kajian?
2. Adakah terdapat perbezaan min yang signifikan antara responden lelaki dengan
responden perempuan dalam tahap pengetahuan PAK21?
3. Adakah responden bersedia untuk melaksanakan PAK21?
4. Apakah kekerapan amalan pelaksanaan PAK21 dalam kalangan responden?
5. Adakah terdapat korelasi antara tahap kesediaan dan kekerapan amalan PAK21?
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 98
METODOLOGI KAJIAN
Tahap pengetahuan yang tinggi serta kemahiran pelajar guru dalam pengaplikasian
PAK21 adalah penting bagi menaikkan kualiti pembelajaran murid-murid sekolah di
Malaysia. Kedua-dua aspek ini adalah prasyarat bagi meningkatkan mutu pendidikan
negara. Justeru, pelajar guru perlu memantapkan pengetahuan dan kefahaman
pelaksanaan PAK21 semasa latihan mereka di Institut Pendidikan Guru (IPG).
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik
dalam proses pengumpulan data. Instrumen kajian adalah merupakan borang soal selidik
yang dibina berdasarkan elemen kemahiran PAK21. Sampel kajian ialah seramai 170
orang pelajar guru Semester 1 Tahun 3 dan Semester 1 Tahun 4 di IPGKPP.
Reka Bentuk Kajian
Instrumen soal selidik ini mengandungi 3 bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan
maklumat Profil Responden seperti jantina, tahap praktkum serta kumpulan akademik
responden. Bahagian B mengandungi 2 item yang berkaitan dengan pengalaman
responden menghadiri kursus PAK21 serta tahap pengetahuan PAK21. Bahagian C
mengandungi 2 sub bahagian iaitu Bahagian C1 dan C2 masing-masing mengandungi
14 item berkaitan dengan kesediaan guru dalam pelaksanaan PAK21 dan kekerapan
amalan pelaksanaan PAK21. Skala pengukuran ini mengandungi item-item skala likert
berjulat 1 hingga 4 (1=Sangat Tidak Setuju, 2=Tidak Setuju, 3=Setuju dan 4=Sangat
Setuju).
Instrumen kajian dalam bentuk Google Forms telah diedarkan kepada responden
kajian selepas selesai Praktikum I dan Praktikum II iaitu pada awal bulan November 2018.
Responden diminta untuk menjawab item-item dalam soal selidik dalam jangka masa
yang telah ditetapkan bersama. Hasil kajian dianalisis dengan menggunakan SPSS
(Statistical Package for Social Sciences) versi 19.
Kesahan Alat Ukur
Kebolehpercayaan Alpha Cronbach instrumen dalam kajian rintis ialah 0.976.
Kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk dimensi Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan
PAK21 ialah 0.962 dan dimensi Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21 ialah 0.966.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 99
Persampelan
Persampelan kajian melibatkan 170 orang pelajar guru yang telah menjalani Praktikum I
atau Praktikum II selama 12 minggu di sekolah-sekolah rendah di sekitar negeri Pulau
Pinang. Asas penentuan jumlah sampel kajian ini adalah berdasarkan pandangan
Scheaffer, Mendenhall dan Ott (2009) yang menyatakan bahawa had minima peserta
kajian bagi kajian tinjauan adalah seramai 30 orang berdasarkan taburan normal.
DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Maklumat Demografi
Kajian yang dijalankan melibatkan 170 orang pelajar guru Semester 1 Tahun 3 dan
Semester 1 Tahun 4 di IPGKPP. Jadual 1 menunjukkan maklumat demografi responden.
Bilangan responden lelaki adalah seramai 25 (14.7%) orang. Bilangan responden
perempuan adalah lebih ramai iaitu 145 (85.3%) orang. Jadual 1 menunjukkan terdapat
seramai 104 (61.2%) orang responden menjalani Praktikum I dan seramai 66 (38.8%)
orang responden menjalani Praktikum II. Responden kajian terdiri daripada 29 (17.1%)
orang pelajar guru berpengkhususan Bimbingan dan Kaunseling, 35 (20.6%) orang
pelajar guru berpengkhususan Matematik; 24 (14.1%) orang pelajar guru
berpengkhususan Muzik; 23 (13.5%) orang pelajar guru berpengkhususan Sejarah, 9
(5.3%) orang pelajar guru berpengkhususan Sains, 11 (6.5%) orang pelajar guru
berpengkhususan Pengajian Melayu dan 39 (22.9%) orang pelajar guru
berpengkhususan TESL.
Jadual 1: Maklumat Demografi
Bil. Item Bilangan Peratus
1. Jantina:
25 14.7
Lelaki 145 85.3
Perempuan
2. Praktikum: 104 61.2
Praktikum I 66 38.8
Praktikum II
3. Kumpulan Akademik 29 17.1
Bimbingan dan Kaunseling 35 20.6
Matematik 24 14.1
Muzik 23 13.5
Sejarah 9 5.3
Sains 11 6.5
Pengajian Melayu 39 22.9
TESL
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 100
Tahap Pengetahuan PAK21
Jadual 2 menunjukkan tahap pengetahuan PAK21 responden kajian. Terdapat seramai
87 (48.8%) orang responden pernah menghadiri kursus PAK21 dan bilangan responden
yang tidak pernah menghadiri kursus PAK21 ialah seramai 83 (41.2%). Berhubung
dengan tahap pengetahuan PAK21, seramai 23 (13.5%) orang responden menyatakan
bahawa mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang PAK21. Seramai 107 (62.9%)
menyatakan bahawa mereka mempunyai pengetahuan tentang PAK21 dan 40 (23.5%)
orang responden menyatakan bahawa mereka sangat mengetahui tentang PAK21.
Dalam kajian ini, seramai 147 (86.4%) responden memiliki pengetahuan
berhubung PAK21 dan ia merupakan satu petanda yang positif. Min tahap pengetahuan
responden terhadap PAK21 adalah 3.10 dengan sisihan piawai .602. Justeru, adalah
disyorkan agar peluang diberikan kepada responden yang tidak pernah menghadiri
kursus PAK21 serta mereka yang kurang pengetahuan untuk menghadiri kursus PAK21
untuk berbuat demikian supaya mereka mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk
mengaplikasikannya dalam proses PdP. Pihak pentadbiran IPGKPP perlu merangka
langkah untuk melaksanakan kursus-kursus PAK21 agar semua pelajar guru didedahkan
kepada PAK21 sebelum pelajar guru menjalani praktikum.
Jadual 2: Tahap Pengetahuan PAK21
Bil. Item Bilangan Peratus
1. Menghadiri kursus PAK21:
87 48.8
Ya 83 41.2
Tidak
2. Tahap Pengetahuan: 0 0
Sangat Tidak Tahu 23 13.5
Tidak Tahu 107 62.9
Tahu 40 23.5
Sangat Tahu
Jadual 3 menunjukkan perbandingan min tahap pengetahuan kumpulan
responden lelaki dan perempuan terhadap PAK21. Min tahap pengetahuan kumpulan
responden perempuan adalah lebih tinggi iaitu 3.13 (SP=.615) berbanding dengan min
tahap kumpulan responden lelaki iaitu 2.92 (SP=.493). Terdapat perbezaan min
sebanyak 0.21. Walau demikian, tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam
tahap pengetahuan antara kumpulan responden lelaki dengan kumpulan responden
perempuan dalam ujian t yang dilaksanakan. Ini menandakan bahawa tahap
pengetahuan kumpulan responden lelaki dengan kumpulan responden perempuan
adalah tidak berbeza secara signifikan.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 101
Jadual 3: Perbandingan Min Tahap Pengetahuan PAK21 Kumpulan Responden Lelaki dan
Perempuan-Ujian t
Bil. Item Jantina Bilangan Min Sisihan F Signifikan
1. Pengetahuan PAK21 Piawai
Responden
.493 3.31 0.071
Lelaki 25 2.92
.615
Perempuan 145 3.13
Kesediaan Responden Dalam Pelaksanaan PAK21
Jadual 4 menunjukkan kesediaan responden dalam pelaksanaan PAK21. Hasil
kajian menunjukkan bahawa min yang dicatat oleh responden adalah tinggi untuk
kesemua 14 item yang dikaji. Min-min yang dicatat oleh kesemua empat belas item
adalah antara 3.37 dengan 3.62 seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4 dan Rajah 1.
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden bersedia untuk menggalakkan murid
bertanyakan soalan (min=3.62; SP=.53). Responden kajian juga bersedia untuk
mengaplikasi bahan multimedia dalam PdPc untuk meningkatkan pembelajaran murid
dan melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan dengan melibatkan murid
pelbagai kebolehan. Kedua-dua item tersebut mencatat min kedua tertinggi iaitu 3.53
dengan sisihan piawai 0.57. Tambahan lagi, responden kajian adalah bersedia untuk
membimbing murid mencari penyelesaian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan
melalui aktiviti berkumpulan (min=3.50; SP=.57), bersedia untuk mengemukakan soalan
pelbagai aras pemikiran (min=3.49; SP=.67) serta mengemukakan soalan yang
menggalakkan murid berfikir dengan lebih kreatif (min=3.49; SP=.67).
Jadual 4: Kesediaan Responden dalam Pelaksanaan PAK21
Bil. Item Min Sisihan
3.46 Piawai
1. Saya bersedia menggunakan pengetahuan tentang PAK21 yang 3.53
diperoleh dalam PdPc. 3.53 0.59
3.50
2. Saya bersedia mengaplikasi bahan multimedia dalam PdPc untuk 3.41 0.57
meningkatkan pembelajaran murid.
0.57
3. Saya melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan dengan
melibatkan murid pelbagai kebolehan. 0.57
4. Saya membimbing murid mencari penyelesaian terhadap soalan-soalan 0.65
yang dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan.
0.53
5. Saya mengemukakan soalan KBAT.
0.67
6. Saya menggalakkan murid bertanyakan soalan. 3.62
7. Saya mengemukakan soalan pelbagai aras pemikiran. 3.49
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 102
8. Saya mengemukakan soalan yang tidak berulang. 3.42 0.62
0.68
9. Saya mengemukakan soalan melangkaui silibus buku teks. 3.39 0.57
0.60
10. Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual. 3.37 0.64
0.64
11. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir lebih 3.44 0.56
mendalam. 3.46
3.41
12. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir aras 3.49
tinggi (KBAT).
13. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan
lebih kritikal
14. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan
lebih kreatif
Dalam kajian ini, didapati bahawa responden kurang bersedia untuk mengemukakan
soalan berbentuk kontekstual (min=3.37; SP=.57) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
1. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden adalah kurang bersedia untuk
mengemukakan soalan melangkaui silibus buku teks (min=3.39; SP=.68). Responden
juga kurang bersedia mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan
lebih kritikal (min=3.41; SP=.64) dan mengemukakan soalan KBAT (min=3.41; SP=.65).
Justeru, langkah-langkah yang lebih komprehensif harus diambil oleh pihak IPGKPP
untuk melengkapkan pelajar guru dengan kemahiran PAK21 agar mereka lebih bersedia
untuk mengamalkannya dengan berkesan dalam proses PdP.
3.8 3.62
3.6 3.46 3.53 3.53 3.5 3.41
Min 3.49 3.42 3.39 3.37 3.44 3.46 3.41 3.49
3.4
3.2
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Item
Rajah 1: Kesediaan Responden dalam Pelaksanaan PAK21
Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21
Jadual 5 menujukkan kekerapan amalan pelaksanaan PAK21. Hasil kajian
menunjukkan bahawa min yang dicatat oleh responden adalah tinggi untuk kesemua 14
item yang dikaji untuk dimensi kekerapan amalan pelaksanaan PAK21. Min-min yang
dicatat oleh kesemua empat belas item adalah antara 3.36 dengan 3.61 seperti yang
ditunjukkan dalam Jadual 5 dan Rajah 2. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden
bersedia untuk menggalakkan murid bertanyakan soalan (min=3.62; SP=.53). Item ini
juga telah mencatat min yang tertinggi untuk dimensi Kesediaan Responden dalam
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 103
Pelaksanaan PAK21. Responden kajian juga kerap membimbing murid mencari
penyelesaian terhadap soalan-soalan yang dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan
(min=3.56; SP=.53) dan melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan dengan
melibatkan murid pelbagai kebolehan (min=3.54; SP=.59).
Jadual 5: Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21
Bil. Item Min Sisihan Piawai
1. Saya bersedia menggunakan pengetahuan tentang PAK21 3.36 0.64
3.44 0.65
yang diperoleh dalam PdPc. 3.54 0.59
2. Saya bersedia mengaplikasi bahan multimedia dalam PdPc 3.56 0.53
3.44 0.64
untuk meningkatkan pembelajaran murid. 3.61 0.52
3. Saya melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan 3.46 0.59
3.46 0.58
dengan melibatkan murid pelbagai kebolehan. 3.40 0.64
4. Saya membimbing murid mencari penyelesaian terhadap 3.39 0.61
3.44 0.59
soalan-soalan yang dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan. 3.42 0.62
3.42 0.62
5. Saya mengemukakan soalan KBAT. 3.43 0.59
6. Saya menggalakkan murid bertanyakan soalan.
7. Saya mengemukakan soalan pelbagai aras pemikiran.
8. Saya mengemukakan soalan yang tidak berulang.
9. Saya mengemukakan soalan melangkaui silibus buku teks.
10. Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual.
11. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir
lebih mendalam.
12. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir
aras tinggi (KBAT).
13. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir
dengan lebih kritikal
14. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir
dengan lebih kreatif
Dalam kajian ini didapati bahawa responden kurang bersedia menggunakan
pengetahuan tentang PAK21 yang diperoleh dalam PdPc (min=3.36; SP=.64) seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2. Hasil kajian menunjukkan bahawa responden adalah
kurang mengemukakan soalan berbentuk kontekstual (min=3.39; SP=.61) dan
mengemukakan soalan melangkaui silibus buku teks (min=3.30; SP=.64). Justeru,
langkah-langkah harus diambil oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing
semasa praktikum untuk menggalakkan pelajar guru untuk kerap mengamalkan PAK21
semasa mengajar. Bimbingan dan galakkan yang berterusan harus diberi oleh guru
pembimbing dan pensyarah pembimbing agar pelajar guru membiasakan diri dengan
amalan tersebut.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 104
3.7 3.54 3.56 3.61
3.6
Min 3.5 3.36 3.44 3.44 3.46 3.46 3.4 3.39 3.44 3.42 3.42 3.43
Min3.4
3.3
3.2
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Item
Rajah 2: Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21
Rajah 3 menunjukkan kesediaan dan kekerapan amalan pelaksanaan PAK21
responden kajian. Rajah menunjukkan bahawa item yang mendapat min yang tinggi
dalam dimensi Kesediaan Amalan Pelaksanaan PAK21 juga memperolehi min yang
tinggi dalam dimensi Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21. Item keenam iaitu
‘Saya menggalakkan murid bertanyakan soalan’ mencatat min yang tertinggi untuk
kedua-dua dimensi tersebut. Item kesembilan iaitu ‘Saya mengemukakan soalan
melangkaui silibus buku teks’ dan item kesepuluh iaitu ‘Saya mengemukakan soalan
berbentuk kontekstual’ mencatat min yang terendah untuk kedua-dua dimensi.
3.65
3.6
3.55
3.5
3.45
3.4
3.35
3.3
3.25
3.2
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14
Kesediaan 3.46 3.53 3.53 3.5 3.41 3.62 3.49 3.42 3.39 3.37 3.44 3.46 3.41 3.49
Amalan 3.36 3.44 3.54 3.56 3.44 3.61 3.46 3.46 3.4 3.39 3.44 3.42 3.42 3.43
Item
Rajah 3: Kesediaan dan Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21
Jadual 6 menunjukkan korelasi antara Kesediaan Amalan Pelaksanaan PAK21 dengan
Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21. Analisis korelasi yang dilaksanakan
menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang positif dan sederhana tinggi antara
Kesediaan Amalan Pelaksanaan PAK21 dengan Kekerapan Amalan Pelaksanaan
PAK21. Ini bermaksud responden yang memiliki tahap kesediaan yang tinggi terhadap
amalan pelaksanaan PAK21 telah kerap mengamalkannya dalam proses PdP dan
sebaliknya. Kesemua empat belas item yang menunjukkan korelasi positif. Item ‘Saya
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 105
mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir dengan lebih kreatif’ mencatat
korelasi yang positif dan signifikan yang tertinggi iaitu r=.829 (Sig=.000). Item ini diikuti
dengan item ‘Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir aras tinggi
(KBAT) (r=.822 Sig=.000)’ dan item ‘Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual
(r=.816; Sig=.000).
Jadual 7: Korelasi antara Kesediaan Pelaksanaan PAK21 dan Kekerapan Amalan Pelaksanaan
PAK21
Bil. Item r Signifikan
1. Saya bersedia menggunakan pengetahuan tentang PAK21 yang .625** .000
diperoleh dalam PdPc. .708** .000
2. Saya bersedia mengaplikasi bahan multimedia dalam PdPc untuk
.770** .000
meningkatkan pembelajaran murid.
3. Saya melaksanakan aktiviti berkumpulan yang berkesan dengan .686** .000
melibatkan murid pelbagai kebolehan. .739** .000
4. Saya membimbing murid mencari penyelesaian terhadap soalan- .746** .000
.741** .000
soalan yang dikemukakan melalui aktiviti berkumpulan. .741** .000
5. Saya mengemukakan soalan KBAT. .812** .000
6. Saya menggalakkan murid bertanyakan soalan. .816** .000
7. Saya mengemukakan soalan pelbagai aras pemikiran. .704** .000
8. Saya mengemukakan soalan yang tidak berulang.
9. Saya mengemukakan soalan melangkaui silibus buku teks. .822** .000
10. Saya mengemukakan soalan berbentuk kontekstual.
11. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir .785** .000
lebih mendalam. .829** .000
12. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir
aras tinggi (KBAT).
13. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir
dengan lebih kritikal
14. Saya mengemukakan soalan yang menggalakkan murid berfikir
dengan lebih kreatif
**Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05
CADANGAN
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terdapat seramai 83 (41.2%) orang responden
yang tidak pernah menghadiri kursus PAK21 dan seramai 23 (13.5%) orang responden
yang tidak mempunyai pengetahuan tentang PAK21. Min tahap pengetahuan responden
terhadap PAK21 adalah 3.10 dengan sisihan piawai .602. Maka, adalah disyorkan agar
pihak IPGKPP mengenal pasti kumpulan pelajar guru yang telah menjalani praktikum
yang memerlukan ilmu pengetahuan berhubung PAK21. Keutamaan harus diberi kepada
pelajar guru yang akan menjalani praktikum supaya kumpulan pelajar guru ini akan dapat
mempraktikkan PAK21 yang dipelajari semasa praktikum. Guru pembimbing di sekolah
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 106
serta pensyarah pembimbing perlu sering menggalakkan pelajar guru agar
mempraktikkan PAK21 untuk meningkatkan lagi keberkesanan proses PdP.
Dalam kajian ini, hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min
yang signifikan dalam tahap pengetahuan antara kumpulan responden lelaki dengan
kumpulan responden perempuan dalam ujian t yang dilaksanakan. Ini adalah petanda
yang baik kerana ia menandakan bahawa tahap pengetahuan kumpulan responden lelaki
dengan kumpulan responden perempuan adalah tidak berbeza secara signifikan.
Namun, usaha yang lebih gigih harus diambil oleh pihak IPGKPP untuk meningkatkan
lagi tahap pengetahuan PAK21 kepada semua pelajar guru di kampus. Pihak pentadbiran
IPGKPP perlu merangka langkah untuk melaksanakan kursus-kursus PAK21 agar
semua pelajar guru didedahkan kepada PAK21 sebelum mereka menamatkan pengajian.
Hasil kajian menunjukkan terdapat korelasi positif yang sederhana tinggi antara
keempat belas item untuk dimensi Kesediaan Amalan Pelaksanaan PAK21 dengan
dimensi Kekerapan Amalan Pelaksanaan PAK21. Ini bermaksud responden yang
memiliki tahap kesediaan yang tinggi terhadap amalan pelaksanaan PAK21 telah kerap
mengamalkannya dalam proses PdP dan sebaliknya. Keadaan ini menunjukkan bahawa
kesediaan pelaksanaan PAK21 dapat meningkatkan amalannya dalam bilik darjah. Hal
ini adalah petanda positif dalam pencapaian salah satu aspirasi dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Kemahiran Berfikir. Adalah
disyorkan kepada pihak pentadbiran IPGKPP merancang program secara berterusan
agar dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan PAK21 dalam kalangan warga pelajar
guru.
Pelajar guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang
diperlukan untuk menjadi seorang guru yang profesional. Semua pelajar guru harus
didedahkan kepada pengetahuan PAK21. Adalah disyorkan agar para pensyarah di
IPGKPP mengamalkan PAK21 semasa proses PdP secara berterusan agar dapat
mendedahkan tatacara pelaksanaan PAK21 kepada pelajar guru. Pendedahan secara
berterusan ini akan memanfaatkan pelajar guru kerana mereka dapat mengaplikasikan
PAK21 yang dipelajari melalui pengalaman proses PdP di IPG dalam kelas masing-
masing semasa praktikum. Semasa praktikum, pelajar guru dapat merancang dan
melaksanakan pengajaran masing-masing berpandukan pengetahuan dan kemahiran
PAK21 yang diperolehi oleh mereka di IPG.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 107
KESIMPULAN
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, kesediaan dan
amalan pelaksanaan pedagogi Abad ke-21 dalam proses PdP adalah sangat tinggi dalam
kalangan responden kajian. Amalan PAK21 dalam kalangan guru adalah penting dalam
meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Semua pelajar guru perlu diberi
pendedahan dan digalakkan untuk melaksanakan sesi PdP berpandukan PAK21
semasa latihan mereka di IPG. Selain pelajar guru di IPG, semua guru seluruh negara
perlu diberi pendedahan dan digalakkan untuk mengamalkan PAK21 semasa
menjalankan sesi PdP. Pucuk kepimpinan sekolah, khususnya guru besar perlu
memainkan peranan dalam memantau agar PAK21 diamalkan sepanjang sesi PdP. Guru
harus merancang kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan inovatif, menarik serta
mempunyai ciri-ciri pembelajaran Abad ke-21. Komitmen semua warga sekolah dalam
membudayakan PAK21 akan membantu dalam merealisasikan hasrat pendidikan negara
serta membantu menjayakan wawasan pendidikan negara.
Rujukan
Arbaa, R., Jamil. H. & A. Razak. N. (2010). Hubungan guru-pelajar dan kaitannya dengan
komitmen belajar pelajar: Adakah guru berkualiti menghasilkan perbezaan. Jurnal
Pendidikan Malaysia 35(2): 61-69.
Chithra a/p Raju. (2003). Sikap dan motivasi pelajar India dalam pembelajaran Bahasa
Melayu sebagai Bahasa kedua. Kertas Projek Sarjana Pendidikan. Bangi: Fakulti
Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Chou, C.H. (2008). Exploring elementary English teachers’ practical knowledge: A case
study of EFL teachers in Taiwan. Asia Pacific Education Review, 9(4): 529-541.
Fenstermacher, G.D. (1994). The knower and the known: The nature of knowledge in
research on teaching. In L. Darling-Hammond (Eds.) Review of Research in
Education, 20: 1-54.
Hii. D.C. (2007). Soft skills essential for success in todays workplace. The Star. Hwa, Q.A.
2005. Learning for the workplace: A case study in.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 108
Ng Lay Khuan. (2010). Sikap dan persepsi pelajar tingkatan empat terhadap mata
pelajaran Kimia serta kesepaduannya dengan kemahiran abad ke-21. Tesis Sarjana
Pendidikan. Bangi: Falkuti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill
Education.
Nurazidawati Mohamad Arsad. (2011). Penyepaduan kemahiran-kemahiran abad ke-21
dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Nur Khazinatul Fateha Kamaruddin & Zamri Mohamod. (2016). Sikap, motivasi dan
kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar Bahasa Melayu. Prosiding Seminar
Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Pendidikan Kesusasteraan Melayu
Kali Kelima, 2016, 373-392.
Nurul Ain Hamsari & Azizi Yahaya. (2012). Peranan motivasi pembelajaran, gaya
keibubapaan dan sikap dengan pencapaian akademik. Journal of Education
Phycology & Counseling, 5.
Rost, M. (2006). Generating student motivation. Series Editor of World View. Retrieved
from http://www.longmanhomeusa.com/content/WorldView-Motivation.pdf on
24/06/2014.
Scheaffer, R. L., Mendenhall, W. & Ott, L (2009). Elementary survey sampling (14th ed.).
Boston Massachusetts: Duxbury Press.
J u r n a l P e n y e l i d i k a n I l m u P e n d i d i k a n I P G M J i l i d 4 / 2 0 1 9 | 109