reliabiliti diuji bagi mengesahkan kesahan item yang digunakan bagi mengukur
pembolehubah Keagresifan adalah reliable untuk digunakan. Nilai Cronbach’s Alpha
menunjukkan nilai 0.889 (lihat Jadual 2). Menurut Sekaran (2005), semakin hampir realibility
coefficient kepada 1.0, kebolehpercayaannya adalah tinggi. Secara kasarnya, realibility
kurang dari 0.60 boleh ditakrifkan kebolehpercayaannya adalah rendah, jika dalam
lingkungan 0.70 ianya boleh diterima manakala melebihi 0.80 menunjukkan
kebolehpercayaannya adalah tinggi. Oleh itu, soal selidik dalam kajian ini boleh dikategorikan
sebagai tinggi untuk digunakan dalam kajian ini.
Jadual 2: Reliabiliti Analisis
Pembolehubah Cronbach's Alpha Items
Keagresifan .889 28
Dapatan Kajian
Mengenalpasti tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar SMA berdasarkan
jenis keagresifan
Analisis bahagian ini dibentangkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan analisa
menggunakan skor min. Untuk mengukur tahap responden dikelaskan kepada tiga markat
skor min dengan tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi seperti dalam jadual 3 di
bawah. Jadual 3 Interpretasi Skor Min Dimensi Tingkah Laku Agresif.
Jadual 3: Interpretasi Skor Min Dimensi Tingkah Laku Agresif
Skor Min Tahap Kecenderungan
1.00 - 2.33 Rendah
2.34 - 3.66 Sederhana
3.67 - 5.00 Tinggi
Sumber: Mohd Majid Konting (1990)
Bahagian ini meliputi data-data hasil respon pelajar SMA dengan tahap keagresifan.
Terdapat 28 soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini. Jadual 4 dibawah menunjukkan
tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar SMA berdasarkan jenis-jenis keagresifan
iaitu keagresifan fizikal, keagresifan verbal, keagresifan kemarahan dan keagresifan sifat
melawan. Nilai min bagi keagresifan fizikal (2.4467), keagresifan verbal (2.9071), keagresifan
kemarahan (2.6571) dan keagresifan sifat melawan (3.1736) adalah pada tahap sederhana.
Jadual 4: Statistik Deskriptif (Tahap Min)
Jenis Keagresifan Mean Std. Deviation
Keagresifan Fizikal 2.4467 .75720
Keagresifan Verbal 2.9070 .64125
Keagresifan Kemarahan 2.6571 .80226
Keagresifan Sifat Melawan 3.1736 .79402
99 | M u a d d i b 2 0 2 1
Mengenalpasti perbezaan tahap tingkah laku agresif dalam kalangan pelajar SMA
berdasarkan jenis keagresifan dan demografi
Bahagian ini membentangkan hasil analisis varians menggunakan kaedah T-test. Ujian -T
sampel bebas dilakukan bagi menguji adakah terdapat perbezaan tahap tingkah laku agresif
dalam kalangan pelajar SMA berdasarkan jenis keagresifan dan demografi faktor seperti
jantina dan juga lokasi sekolah.
Perbezaan Yang Signifikan antara Tahap tingkah laku agresif dengan Jantina Dalam
Kalangan Pelajar SMA.
Jadual 5: Ujian-T sampel bebas Faktor Jantina
Jenis Agresif Jantina N Min t Sig
0.465
Keagresifan fizikal Lelaki 78 2.4957 0.732
0.284
Perempuan 122 2.4153
.032
Keagresifan Verbal Lelaki 78 2.8462 -1.073
.000
Perempuan 122 2.9459
Keagresifan Kemarahan Lelaki 78 2.5055 -2.157
Perempuan 122 2.7541
Keagresifan sifat Lelaki 78 2.9304 -3.563
melawan Perempuan 122 3.3290
Berdasarkan ujian-T sampel bebas (Jadual 5) didapati nilai t=0.732 dan Sig=0.465 bagi
keagresifan fizikal dan t=-1.073 dan Sig=0.284 bagi kegresifan verbal, dan apabila nilai Sig
lebih daripada 0.05 ini bermaksud tidak terdapat perbezaan yang significant antara
keagresifan fizikal dan kegresifan verbal antara pelajar lelaki dan perempuan di SMA.
Manakala bagi keagresifan kemarahan didapati nilai t=-2.157 dan Sig =0.032 dan
keagresifan sifat melawan (t=-3.563 dan Sig=0.000) (Jadual 5). Nilai signifikan adalah kurang
daripada nilai Sig 0.05 dan ini menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara
keagresifan kemarahan dan keagresifan sifat melawan antara pelajar lelaki dan perempuan
di SMA.
Perbezaan Yang Signifikan antara Tahap tingkah laku agresif Dengan lokasi sekolah
Dalam Kalangan Pelajar SMA.
Jadual 6: Ujian-T Sampel Bebas Faktor Lokasi Sekolah
Jenis Keagresifan Lokasi Sekolah N Min t Sig
.850
Keagresifan fizikal Bandar 147 2.4528 .75023 .153
Luar bandar 53 2.4298 .78326 .112
Keagresifan Verbal Bandar 147 2.8680 .64553 .765
Luar bandar 53 3.0151 .62246
Keagresifan kemarahan Bandar 147 2.7114 .82769
Luar Bandar 53 2.5067 .71295
Keagresifan sifat melawan Bandar 147 3.1837 .81157
Luar Bandar 53 3.1456 .74993
100 | M u a d d i b 2 0 2 1
Jadual 6 menujukkan nilai sig bagi keagresifan fizikal, keagresifan verbal, keagresifan
kemarahan dan keagresifan sikap melawan adalah melebihi nilai sig 0.05. Ini menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis keagresifan mengikut lokasi sekolah
sama ada sekolah menengah agama di bandar mahupun sekolah menengah agama di luar
bandar.
Kesimpulan
Daripada kajian ini, dapatlah dirumuskan beberapa perkara seperti berikut bagi menjawab
objektif kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap tingkah laku agresif pelajar sekolah
menengah agama (n=200) di daerah Terengganu berada pada tahap yang sederhana.
Namun jika dirujuk berdasarkan setiap item, tingkah laku agresif yang paling dominan
dilakukan oleh pelajar adalah daripada jenis keagresifan fizikal iaitu “sekiranya saya terpaksa
menggunakan kekerasan untuk melindungi hak saya, saya akan lakukannya” (4.23).
Manakala, bagi tingkah laku agresif sifat melawan pula, dapatan kajian menunjukkan “saya
tahu rakan-rakan mengata tentang saya di belakang saya” (4.00) paling dominan yang
dilakukan oleh pelajar. Berdasarkan hasil analisis melihat tahap perbezaan antara jenis
keagresifan berdasarkan jantina didapati tidak terdapat perbezaan yang significant antara
keagresifan fizikal dan kegresifan verbal antara pelajar lelaki dan perempuan di SMA. Namun
terdapat perbezaan yang signifikan antara keagresifan kemarahan dan keagresifan sifat
melawan antara pelajar lelaki dan perempuan di SMA. Hasil analisis data juga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jenis keagresifan mengikut lokasi sekolah
sama ada sekolah menengah agama di bandar mahupun sekolah menengah agama di luar
bandar. Tingkah laku agresif pelajar di sekolah menengah agama didapati masih lagi berada
pada tahap sedehana dan masalah ini boleh diperbaiki lagi dengan kerjasama antara pihak
ibu bapa dan guru. Walaupun dapatan kajian mendapati tingkah laku agresif pelajar di
sekolah menengah agama masih berada pada tahap sederhana, akan tetapi terdapat
kecenderungan pelajar untuk bertingkah laku agresif berdasarkan dapatan kajian. Maka
adalah dicadangkan supaya kajian ini diperluaskan lagi dengan menghubungkaitkan dengan
pembolehubah yang lebih meluas tetapi lebih terperinci seperti masyarakat persekitaran,
emosi, psikologi dan lain-lain lagi. Selain itu, kajian secara gabungan antara kualitatif dan
kuantitatif perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat bagi mengenali
punca kepada masalah tingkah laku agresif pelajar. Kajian ini telah memfokuskan kepada
sekolah menengah agama di daerah Terengganu, maka disarankan agar kajian selanjutnya
dilakukan pada banyak sekolah termasuk yang di bandar dan luar bandar dengan status
ekonomi persekitarannya yang pelbagai.
Rujukan
Abdul Razak Noruzzaman. (2010). Perbandingan Tahap Tingkah Laku Agresif Antara Atlet
dan Bukan Atlet Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Hilir Perak,
Malaysia. In Universiti Putra Malaysia.
Abdullah, C. H. (2014). Intervensi Modul Bimbingan Islam Terhadap Masalah Kecelaruan
Kebimbangan Umum dalam Kalangan Pelajar Universiti: Satu Kajian Kes. In Universiti
Sains Malaysia. https://doi.org/10.1016/j.cell.2009.01.043
Ali, N. H. M., & Elias, N. (2016). Menggunakan Pendekatan Kognitif Tingkah Laku Islam
(ICBT) Untuk Menangani Prasangka Antara Pasangan Suami Isteri. Malaysian Journal
101 | M u a d d i b 2 0 2 1
of Social Sciences and Humanities, 1(3), 124–131.
Aslina Ahmad. (2013). Kesan Intervensi Psiko-Pendidikan Terhadap Tingkah Laku Murid
Sekolah Menengah Oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling. Universiti Malaya.
Azemi Shaari. (2014). Kesan Kaunseling Individu Terapi Rasional Emosi dan Tingkah Laku
(REBT), Kaunseling Sedia Ada (KSA) dan Kumpulan Kawalan (KK) Terhadap Tingkah
Laku Agresif Murid Sekolah Menengah [Universiti Sains Malaysia].
http://eprints.usm.my/29862/1/AZEMI_SHAARI.pdf
Azizi Hj. Yahaya. (2015). Gejala Buli Di Kalangan Pelajar- Pelajar - pelajar Sekolah Kajian- -
kajian Buli.
Azizi Hj. Yahaya, YusofBoon, Shahrin Hashim, Mohamad Sharif Mustaffa, & Zurhana
Muhamad. (2008). Indeks Perlakuan Buli Di Kalangan Pelajar-Pelajar Di Sekolah
Menengah Dan Rendah Di Malaysia (Bully Action Index Among Students in Secondary
and Primary School in Malaysia). Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Yahaya, & Faizah Idris. (2011). Tingkah Laku Agresif.
Azizi Yahaya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Shahrin Hashim, & Faizah Idris. (2010).
Persepsi Pelakuan Agresif dan Faktor yang Mempengaruhi di Lima Buah Sekolah di
Kawasan Bandar Johor Bahru. Jurnal Teknologi (Social Sciences), 53, 75–94.
Berita Harian Online. (2018, June). Kementerian Pendidikan perlu kekang gejala buli.
Berita Harian Online. (2019). PPS bantu cegah, pantau jenayah pelajar sekolah. Berita.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/02/528703/pps-bantu-cegah-pantau-
jenayah-pelajar-sekolah
Buss, A. H., & Perry, M. (1992). The Aggression Questionnaire. Journal of Personality and
Social Psychology, 63(3), 452–459. https://doi.org/10.1037/0022-3514.63.3.452
Chin, L. S. (2016). Effect of Cognitive Behavioral Therapy (CBT) Anger Management Module
On Anger Expressions Among Adolescents. Universiti Sains Malaysia.
Harian Metro. (2019). Lemah dan kesan lebam pada badan, pelajar tahfiz usia 7 tahun maut
dipukul.
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/11/515161/pelajar-tahfiz-maut-
dipukul-metrotv
Howard, D.E., Wang, M. Q., & Yan, F. (2008). Psychosocial factors associated with reports
in physical dating violence victimization among U. S. Adolescent males. Adolescence,
43, 449–460.
Hsieh, I. J., & Chen, Y. Y. (2017). Determinants of aggressive behavior: Interactive effects of
emotional regulation and inhibitory control. PLoS ONE, 12(4), 1–9.
https://doi.org/10.1371/journal.pone.0175651
Husman, B.F., & Silva, J. M. (n.d.). Aggression in sport: Definitional and theoretical
conderation. In J.M. Silva & R.S. Weinberg (Eds.),. Psychological Foundations of Sport,
Champaign, IL: Human Kinetics., (pp 246-260).
Hussin, Z. (2017). Faktor Risiko Tingkah Laku Agresif : Simbol Pemberontakan Jiwa Mat.
December.
102 | M u a d d i b 2 0 2 1
Ida Kruti, & Erika Melonashi. (2015). Aggression Among Albanian Adolescents. International
Journal of Academic Research and Reflection, 3(6), 16–24. www.idpublications.org
Kastner, J. w. (1998). clial change in adolescent aggressive behaviour: A Group Therapy
Approach. Journal of Child & Adolescent group therapy. 8, 22–33.
Kementerian Pendidikan. (2016). Laporan Khas Sabtu. 22.
Lonchman, J. E. (1992). Cognitive-behavioral intervention with aggressive boys. three year
follow up and preventive effects. Journal of Consulting and Clinical Psychology, 60(3),
426–432.
Mohd Zaheran Md Zahir, Md Noor Saper, & Mohammad Nasir Bistamam. (2019). Kesahan
dan Kebolehpercayaan Modul Kelompok Bimbingan Integrasi REBT- Tazkiyah An-Nafs.
Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 9(1), 58–69.
Muhammad Ali Husni. (2018). Efektivitas Pelatihan Empati Untuk Meningkatkan
Keterampilan Sosial Pada Bystander Dalam Peristiwa Bullying di SMP “X” Yogyakarta.
Universitas Islam Indonesia.
Norzihan Ayub, Rohany Nasir, Mohd Suhaimi Mohamad, & Nor Ba’yah Abdul Kadir. (2016).
Keberkesanan Kaunseling Kelompok Tingkah Laku Kognitif Terhadap Kemarahan dan
Agresif Dalam Kalangan Banduan Penjara Lelaki. Jurnal Psikologi Malaysia, 30(1), 40–
51.
Olweus, D. (1993). Bullying at school : Long-term outcomes for the victims and an effective
school-based intervention program (Teoksessa).
Parens, H. (1987). Aggression in our children. Northvale, NJ: Jason. Aronson.
Raji, N. A. A., Mansor, N., M.K, A.-F., Mansor, S., & Raji, N. H. A. (2019). The Use of
Cognitive-Behavioural Therapy (CBT) in Smoking Cessation: A Case Study. 7(2), 11–
15.
Ramli, M. R. (2009). Hubungan Faktor Dalaman dan Luaran dengan Tingkah Laku Agresif
Dalam Kalangan Remaja. In Universiti Malaysia Terengganu.
https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Rozaliza Abdul Manap. (2015). Pemahaman Guru Pendidikan Islam Mengenai Perlakuan
Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Kerian Perak. Universiti
Pendidikan Sultan Idris.
Shahreen Alias. (2006). Satu Kajian Tentang Tingkah Laku Agresif di Kalangan Pelajar
Universiti Malaysia Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak.
Tharshini, N. K., & Ibrahim, F. (2018). Analisis Trend Bagi Pesalah Muda Yang Telah
Menjalani Hukuman Perintah Khidmat Masyarakat Di Malaysia. Jurnal Psikologi
Malaysia, 32(1), 114–124. https://doi.org/10.1017/CBO9781107415324.004
Wan Anor Wan Sulaiman. (2016). Keberkesanan modul intervensi terapi kognitif dan terapi
tingkah laku dalam kaunseling kelompok menangani tekanan terhadap jururawat.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wann, D.L., Haynes, G., McLean, B., & Pullen, P. (n.d.). Sport team identification and
willingness to consider anonymous act of hostile aggression. Aggressive Behavior, 29,
103 | M u a d d i b 2 0 2 1
406-413.
Yahya, A., Maakip, I., & Voo, P. (2018). Pengaruh Media Berunsur Agresif dan Kesannya
Terhadap Tingkah Laku Pelajar Sekolah Menengah.
104 | M u a d d i b 2 0 2 1
TAHAP KEPUASAN GURU PELATIH TERHADAP KUALITI PERKHIDMATAN DI IPG KAMPUS DATO’
RAZALI ISMAIL DALAM ASPEK FASILITI DAN PERKHIDMATAN
Nur Ruzaini binti Che Mansor
Wan Zaidi bin Wan Nawi
Rodhiana binti Rosli
Mas Norbany binti Abu Samah, Phd
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepuasan guru pelatih terhadap kualiti
perkhidmatan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail dalam aspek fasiliti dan
perkhidmatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan
menggunakan instrumen soal selidik dengan nilai alpha Cronbach, 0.94. Kajian ini melibatkan 333
orang guru pelatih sebagai responden kajian yang dipilih melalui teknik persampelan rawak mudah.
Hasil kajian mendapati, guru pelatih selaku pelanggan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail berpuas hati
dengan perkhidmatan dan fasiliti di IPG berkenaan. Namun begitu, kemudahan di kafetaria perlu
ditambah baik bagi menggalakkan guru pelatih menggunakan kemudahan di kafetaria secara lebih
optimum. Kajian ini juga mencadangkan pihak yang mengendalikan perkhidmatan penyampaian
maklumat untuk sentiasa peka dengan apa jua perubahan yang berlaku agar dapat memberikan
informasi yang tepat kepada pihak pelanggan sekiranya diperlukan.
Kata kunci: perkhidmatan, fasiliti, kepuasan pelanggan
Pengenalan
Kepuasan pelanggan di sesebuah institusi khususnya institusi perkhidmatan merupakan kunci kepada
standard kualiti perkhidmatan institusi berkenaan. Ini kerana, pelanggan selaku penilai utama berhak
menerima perkhidmatan berkualiti sejajar dengan apa yang mereka hasratkan. Justeru, setiap
institusi yang menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan perlu memberi penekanan terhadap
kualiti perkhidmatan mereka agar pihak pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang
diberikan (Mohd Abdullah & Norazura, 2020). Malah, pihak kerajaan amat mengambil berat isu
berkaitan kepuasan pelanggan berdasarkan usaha kerajaan dalam mencetuskan transformasi
perkhidmatan dengan merangka strategi-strategi khusus bagi meninggikan kualiti perkhidmatan
sesebuah institusi khususnya institusi kerajaan (Zarina et al., 2013). Keprihatinan tersebut
digambarkan melalui strategi transformasi perkhidmatan awam yang terkandung dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK-10)
Bagi menjayakan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
berdaya saing dan mampu menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, pihak kerajaan telah
105 | M u a d d i b 2 0 2 1
merangka lima strategi transformasi perkhidmatan iaitu merangka perkhidmatan awam yang
berorientasi rakyat, mempercepat penyampaian melalui pengurusan outcomes utama yang telus dan
bertanggungjawab, memperkukuh peranan kerajaan sebagai pemudah cara efektif bagi
pertumbuhan yang dipacu oleh sektor swasta, memacu produktiviti bagi memastikan penggunaan
kewangan yang berhemah dan merasionalisasi dan membangun kapasiti kerajaan (RMK-10, 2011-
2015).
Sejajar dengan hasrat RMK-10 ini, kualiti perkhidmatan pengurusan di Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kampus Dato’ Razali Ismail juga perlu dipertingkatkan. Sebagai sebuah institusi
pendidikan, kelestarian pengurusan kualiti di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail adalah penting untuk
menghasilkan pendidikan yang berkualiti untuk pelanggan. Pengurusan di IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail mengguna pakai Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) sebagai panduan dalam memastikan
perkhidmatan yang disediakan menepati kehendak pelanggan. Sistem ini disediakan berdasarkan
keperluan MS ISO 9001:2015 yang bertujuan untuk memastikan penyediaan dan penghasilan
perkhidmatan kepada pelanggan iaitu guru pelatih selaras dengan keperluan standard yang telah
ditetapkan. Panduan SPK mengandungi maklumat organisasi, dasar kualiti, objektif kualiti dan
pengurusan berasaskan risiko berdasarkan empat peringkat dokumen iaitu Manual Kualiti, Prosedur
Kualiti, Arahan Kerja dan Dokumen Sokongan.
Penyataan Masalah
Prosedur kualiti MS ISO oleh IPG Kampus mula dilaksanakan secara serius pada tahun 2000.
Pelaksanaan prosedur tersebut bertujuan untuk mengaplikasikan MS ISO secara menyeluruh bagi
meningkatkan prestasi perkhidmatan ke tahap yang cemerlang. Walaupun pelaksanaan prosedur
kualiti MS ISO sudah menjangkau dua dekad, aduan daripada guru pelatih selaku pelanggan utama
masih diterima. Sehubungan itu, wajarlah kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauh mana isu
pengurusan perkhidmatan diurus dengan baik. Ini kerana pihak pengurusan perlu memainkan
peranan penting dalam aspek pembangunan potensi diri guru pelatih selaku siswa di IPG Kampus
(Chickering, 2003). Pembangunan potensi diri guru pelatih dipengaruhi oleh visi dan misi, kurikulum,
pengajian dan penilaian serta budaya yang dibentuk dan diamalkan dalam kalangan guru pelatih.
Kajian ini ingin mengenal pasti sejauh mana guru pelatih berpuas hati dengan kualiti perhidmatan
yang disediakan oleh pihak pengurusan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Kajian–kajian dalam bidang kualiti pengurusan mendapati amalan pengurusan dipengaruhi
oleh beberapa faktor yang wujud secara bersama. Antara faktor tersebut termasuklah komitmen
pengurusan (Asante & Ngulube, 2020; Idris, 2019; Alghamdi, 2018), aduan pelanggan (Madihatun &
Sharifah Hayati, 2020; Nur Hamizah & Sern, 2020; Alghamdi, 2018; Abdul Raheem, 2017), pengurusan
sumber (Nor Eeza et al., 2019; Siti Zurina et al., 2019; Alghamdi, 2018; ISO, 2015), penambahbaikan
berterusan (Lyssa et al., 2020; Alghamdi, 2018; ISO, 2015) dan sistem maklumat (Power, 1995;
Sanchez-Rodriguez & Martinez-Lorente, 2004). Ringkasnya, dapatan kajian lepas mendapati terdapat
banyak faktor yang mempengaruhi kualiti perkhidmatan sesebuah institusi tetapi impaknya berbeza
berdasarkan fungsi dan jenis perkhidmatan sesebuah institusi. Justeru, bagi mengenal pasti sejauh
mana kualiti pengurusan dalam konteks IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, kajian ini wajar dilaksanakan
bagi mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan iaitu guru pelatih dalam aspek kemudahan fasiliti dan
perkhidmatan.
Objektif Kajian
106 | M u a d d i b 2 0 2 1
Objektif kajian ini memberi tumpuan terhadap tahap kepuasan guru pelatih terhadap kualiti
perkhidmatan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail dalam aspek fasiliti dan perkhidmatan. Oleh itu
terdapat dua objektif utama kajian ini iaitu:
i. mengenal pasti tahap kepuasan guru pelatih terhadap perkhidmatan di Unit Penilaian dan
Peperiksaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Perpustakaan.
ii. mengenal pasti tahap kepuasan guru pelatih terhadap kemudahan sistem iTEMS, kafetaria
serta fasiliti pembelajaran dan pengajaran.
iii. mengenal pasti tahap kepuasan guru pelatih terhadap kualiti perkhidmatan dan fasiliti di IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail berdasarkan aspek fizikal, kebolehpercayaan, responsif, jaminan
dan empati
Kajian Literatur
Kualiti perkhidmatan merupakan komponen penting yang perlu diutamakan dalam sesebuah institusi
pendidikan. Ini bersesuaian dengan peranan institusi pendidikan dalam menyumbang kepada
pembangunan negara kerana sistem pendidikan yang baik akan melahirkan pelajar yang berkualiti
dan seterusnya memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi negara (Mochammad Jasin et
al., 2019). Kualiti perkhidmatan didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan
pelanggan (Mohd Abdullah et al., 2020; Mochammad Jasin et al., 2019; Alghamdi, 2018; Sigma &
Shadrul Hassan, 2018). Justeru, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan di IPG Kampus Dato’ Razali
Ismail, kepuasan pelanggan khususnya guru pelatih harus diberi perhatian. Ini bertujuan untuk
memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan memenuhi kehendak guru pelatih dan dapat
menggalakkan mereka untuk menggunakan kemudahan di institusi secara lebih optimum.
Sebagai pelanggan, guru pelatih akan mencapai kepuasan apabila sesuatu perkhidmatan
memenuhi mereka. Perkhidmatan akan dianggap berkualiti jika layanan yang diterima melebihi
jangkaan yang mereka harapkan (Anitha et al., 2017). Kebanyakan kajian berkaitan kepuasan
pelanggan sering menggunakan model kualiti perkhidmatan SERVQUAL yang dibangunkan oleh
Parasuraman et al. (1988) sebagai asas kajian (Nur Hamizah et al., 2020: Nor Eeza et al., 2019; Sigma
& Shadrul Hassan, 2018; Anitha et al., 2017). SERVQUAL yang mengandungi lima konstruk seperti
aspek fizikal, kebolehpercayaan, responsif, jaminan dan empati berfungsi utuk mengenal pasti jurang
potensi antara jangkaan dan kualiti sebenar perkhidmatan (Nur Hamizah et al., 2020). Kajian oleh
Nor Eeza et al. (2019) dan Sigma et al. (2018) mendapati nilai min kelima-lima konstruk berada pada
tahap tinggi yang menunjukkan responden berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan
oleh institut yang dikaji. Kajian oleh Anitha et al. (2017) pula mendapati hanya tiga konstruk yang
mempengaruhi kepuasan pelanggan iaitu responsif, kebolehpercayaan dan empati.
Dapatan daripada kajian-kajian tersebut mendorong pengkaji untuk mengenal pasti tahap
kepuasan guru pelatih selaku pelanggan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Kajian ini akan memberi
tumpuan terhadap sejauh mana guru pelatih berpuas hati dengan kualiti perkhidmatan dan fasiliti
yang disediakan di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail berdasarkan aspek fizikal, kebolehpercayaan,
responsif, jaminan dan empati. Fokus utama kajian tertumpu kepada kemudahan dan fasiliti Unit
Penilaian dan Peperiksaan (UPP), Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), sistem iTEMS, perpustakaan,
fasiliti pembelajaran dan pengajaran, perpustakaan serta kafetaria.
Metodologi
107 | M u a d d i b 2 0 2 1
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan dengan menggunakan
instrumen soal selidik. Instrumen soal selidik diubahsuai daripada instrumen oleh Silverberg et al.
(2001) dan Parasuraman et al. (1988) yang mengandungi lima konstruk iaitu aspek fizikal,
kebolehpercayaan, responsif, jaminan dan empati untuk mengukur tahap kepuasan guru pelatih
terhadap perkhidmatan dan fasiliti di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Soal selidik ini mengandungi 27
soalan yang diubahsuai daripada instrumen asal untuk disesuaikan dengan perkhidmatan dan fasiliti
di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Bagi memudahkan responden untuk menjawab soalan, skala Likert
1 hingga 5 digunakan untuk membolehkan responden menyatakan darjah persetujuan mereka
terhadap setiap item
Kajian ini dijalankan melalui tiga fasa. Fasa pertama bermula dengan proses pemerhatian dan
perbandingan ilmiah mengenai isu perkhidmatan dan fasiliti institusi. Melalui tinjauan terhadap
kajian literatur sedia ada, pengkaji mengambil kira aspek persamaan antara pembolehubah yang
dikaji untuk tujuan penjanaan item instrumen soal selidik. Instrumen yang terhasil seterusnya melalui
ujian kebolehpercayaan menggunakan analisis statistik dengan pendekatan model pengukuran
Rasch. Hasil yang diperoleh menunjukkan nilai kebolehpercayaan item/person adalah 0.80 dan 0.92
yang mana kedua-duanya melebihi nilai 0.8. Ini menunjukkan menunjukkan item yang dibina
mempunyai kebolehpercayaan yang kuat (Bond & Fox, 2007). Nilai alpha Cronbach (KR20) melalui
person raw score reliability pula menunjukkan nilai 0.94 dan ini menunjukkan instrumen yang dibina
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan diterima kuat kerana nilai alpha melebihi 0.90
(Hopkins, 1998).
Fasa kedua kajian pula melibatkan proses pengedaran instrumen kajian kepada guru pelatih
di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail menerusi Google Form. Seramai 333 orang guru pelatih telah dipilih
untuk menjadi responden kajian menggunakan teknik persampelan rawak mudah. Seterusnya, fasa
ketiga ialah proses analisis data menggunakan Winsteps. Hasil analisis adalah penting untuk
mendapatkan maklum balas daripada responden berkaitan tahap kepuasan mereka terhadap
perkhidmatan dan fasiliti di institusi ini dan boleh dijadikan asas perancangan pengurusan bagi
memperbaiki kualiti perkhidmatan institusi khususnya bagi memenuhi kehendak pelanggan iaitu
guru pelatih.
Dapatan dan Perbincangan Kajian
Analisis Demografi
Maklumat demografi responden kajian ditunjukkan dalam Jadual 1. Seramai 333 orang responden
kajian telah mengisi borang soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Majoriti responden kajian
terdiri daripada guru pelatih perempuan (76.3%) berbanding guru pelatih lelaki (23.7%). 35.1%
responden terdiri daripada guru pelatih PPISMP dan 64.9% adalah guru pelatih PISMP. Bagi kategori
ambilan guru pelatih pula, 68.4% responden merupakan guru pelatih ambilan Jun 2020 melibatkan
35.1% responden program PPISMP dan 33.3% responden program PISMP. Bagi ambilan lain pula,
kesemua responden merupakan guru pelatih PISMP yang mana 9.7% daripada ambilan Jun 2019,
11.1% ambilan Jun 2018 dan 10.8% ambilan Jun 2017.
Bagi kategori opsyen pengajian pula, 32.4% adalah daripada opsyen Pendidikan Islam, 25.8%
opsyen Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), 21.9% opsyen Bahasa Melayu, 9.6%
opsyen Sejarah, 4.5% opsyen Sains, 3.3% opsyen Pendidikan Seni Visual, dan hanya 2.5% opsyen
Pendidikan Jasmani. Data demografi ini merangkumi semua ambilan dan semua opsyen major yang
ditawar di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
108 | M u a d d i b 2 0 2 1
Jadual 1: Maklumat Demografi Responden
Perkara Kekerapan Peratus
Jantina (%)
79 23.7
Lelaki 254 76.3
Perempuan
Program Pengajian 117 35.1
Peringkat Persediaan 216 64.9
Ijazah
Ambilan Pengajian 36 10.8
Ambilan Jun 2017 37 11.1
Ambilan Jun 2018 32 9.6
Ambilan Jun 2019 111 33.3
Ambilan Jun 2020 117 35.1
Ambilan Jun 2020 (PP)
Opsyen Pengajian 108 32.4
Pendidikan Islam 86 25.8
TESL 73 21.9
Bahasa Melayu 32 9.7
Sejarah 15 4.5
Sains 11 3.3
Pendidikan Seni Visual 8 2.4
Pendidikan Jasmani
Analisis Deskriptif
Analisis deksriptif dilakukan bagi memenuhi objektif kajian dengan mendapatkan nilai min. Jadual 2
menunjukkan nilai min tahap kepuasan guru pelatih terhadap perkhidmatan di Unit Penilaian dan
Peperiksaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Perpustakaan.
Jadual 2: Nilai min tahap kepuasan guru pelatih terhadap perkhidmatan di Unit Peperiksaan
dan Penganugerahan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Perpustakaan
Perkhidmatan Min
Unit Peperiksaan dan Penganugerahan 4.20
Jabatan Hal Ehwal Pelajar 4.14
Perpustakaan 4.14
Berdasarkan Jadual 2, tahap kepuasan guru pelatih terhadap perkhidmatan di Unit Penilaian dan
Peperiksaan, Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Perpustakaan adalah tinggi dengan nilai min antara 4.14
109 | M u a d d i b 2 0 2 1
hingga 4.20 (Landell, 1997). Nilai min paling tinggi adalah tahap kepuasan guru pelatih terhadap
perkhidmatan di Unit Peperiksaan dan Penganugerahan.
Seterusnya jadual 3 menunjukkan nilai min tahap kepuasan guru pelatih terhadap
kemudahan sistem iTEMS, kafetaria serta fasiliti pembelajaran dan pengajaran.
Jadual 3: Nilai min tahap kepuasan guru pelatih terhadap kemudahan sistem iTEMS, kafetaria
serta fasiliti pembelajaran dan pengajaran
Kemudahan Min
Sistem iTEMS 4.35
Kafetaria 3.70
Fasiliti Pembelajaran dan Pengajaran 4.00
Berdasarkan Jadual 3, tahap kepuasan guru pelatih terhadap kemudahan sistem iTEMS, fasiliti
pembelajaran dan pengajaran serta kafetaria adalah tinggi dengan nilai min antara 3.70 hingga 4.35
(Landell, 1997). Ini menunjukkan guru pelatih di IPGKDRI berpuas hati dengan kemudahan dan fasiliti
di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail.
Seterusnya jadual 4 menunjukkan nilai min tahap kepuasan guru pelatih terhadap kualiti
perkhidmatan dan fasiliti di IPG Kampus Dato’ Razali Ismail berdasarkan aspek fizikal,
kebolehpercayaan, responsif, jaminan dan empati.
Jadual 4: Nilai min tahap kepuasan guru berdasarkan konstruk kualiti perkhidmatan
Konstruk Kualiti Perkhidmatan Min
Aspek fizikal 4.06
Kebolehpercayaan 3.98
Responsif 4.22
Jaminan 3.92
Empati 4.31
Berdasarkan Jadual 4, tahap kepuasan guru pelatih terhadap kualiti perkhidmatan setiap
konstruk adalah tinggi dengan nilai min antara 3.92 hingga 4.31 (Landell, 1997). Nilai min paling tinggi
adalah pada konstruk empati yang menunjukkan guru pelatih berpuas hati dengan keprihatinan dan
perhatian yang diberikan oleh pihak pengurusan IPG Kampus Dato’ Razali Ismail. Walaupun nilai min
konstruk jaminan menunjukkan nilai min yang paling rendah tetapi nilai tersebut masih berada pada
tahap tinggi menunjukkan guru pelatih masih berpuas hati dengan keupayaan pihak pengurusan IPG
Kampus Dato’ Razali Ismail dalam menyampaikan maklumat serta kemampuan pihak pengurusan
menanam kepercayaan dan keyakinan pada guru pelatih.
Kesimpulan
Melalui kajian ini, tahap kepuasan guru pelatih terhadap fasiliti dan perkhidmatan di institut ini dapat
dikenal pasti. Di samping itu, pihak pengurusan yang terlibat boleh mengetahui permasalahan yang
dihadapi oleh guru pelatih dan mengambil tindakan yang proaktif untuk meningkatkan lagi kualiti
110 | M u a d d i b 2 0 2 1
perkhidmatan agar dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Sebagai contoh, nilai min yang
sedikit rendah dalam aspek kemudahan di kafetaria memerlukan tindakan lanjut daripada pihak
pengurusan kafetaria bagi memastikan kemudahan yang ada menepati kehendak pelanggan
terutamanya guru pelatih. Sebagai balasan, pelanggan akan memanfaatkan kemudahan yang ada
secara lebih optimum. Selain itu, daripada aspek kualiti perkhidmatan, nilai min yang rendah bagi
konstruk jaminan berbanding konstruk lain menunjukkan pihak yang mengendalikan perkhidmatan
penyampaian maklumat perlu peka dengan situasi semasa agar dapat memberikan informasi yang
tepat kepada pihak pelanggan.
Rujukan
Abdul Raheem Muhammad Yusof. (2017). Kualiti Perkhidmatan dan Kepuasan Pelanggan Kafeteria
Fiverules Dynamic Sdn. Bhd. Tarbawi: Jurnal Keilmuan Manajemen Pendidikan, 1(01), 111-
118.
Alghamdi, F. (2018). Total quality management and organizational performance: A possible role of
organizational culture. International Journal of Business Administration, 9(4), 186-200.
Anitha Rosland, Muhamad Husni Hasbulah & Mohamad Zaim Ismail. (2017). Perkhidmatan
perbankan internet: kajian terhadap kepuasan pelanggan. Labuan e-Journal of Muamalat
and Society (LJMS).
Asante, E., & Ngulube, P. (2020). Critical success factors for total quality management
implementation and implications for sustainable academic libraries. Library Management.
Bond, T. G., & Fox, C. M. (2007). Applying the Rasch model: Fundamental measurement in the human
sciences (2nd ed.). Lawrence Erlbaum Associates Publishers.
Chickering, A.W. (2003). Education and Identify. San Fransisco: Jossey-Basss.
Hopkins, K. D. (1998). Educational and psychological measurement and evaluation. Allyn & Bacon, A
Viacom Company, 160 Gould Street, Needham Heights, MA 02194; Internet: http://www.
abacon. com.
Idris, I. (2019). Exploring organizational culture, quality assurance, and performance in higher
education. MEC-J (Management and Economics Journal), 3(2), 166-181.
ISO Standard. 2015. Quality Management System (QMS) Requirements. Geneva: International
Organization for Standardization.
Landell, K. (1997). Management by menu. London: Wiley & Sons Inc.
Lyssa Daud, FaizalAmin Nur Yunus, Mohd Bekri Rahim, Mohd. Zulfadli Rozali, Khairul Anuar
AbdulRahman & Arasinah Kamis. (2020). Pelaksanaan Continuous Quality Improvement
(CQI) dalam Kalangan Pensyarah di Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Online Journal for TVET
Practitioners, 5(2), 57-62.
Madihatun Zainuddin, Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy. (2019). Aduan awam terhadap
pengurusan halal: analisis pencapaian piagam pelanggan di JAKIM. e-Bangi, 17(2).
111 | M u a d d i b 2 0 2 1
Mochammad Jasin, Yusro Hakimah, Rudianto & Ahmad Faisal. (2019). Role of sustainable quality
management to promote employee performance and customer satisfaction among
educational institutions. Polish Journal of Management Studies, 20.
Mohd Abdullah Jusoh & Norazura Mohd Sulaiman. (2020). Kualiti perkhidmatan, kepuasan pelanggan
dan kesetiaan terhadap firma audit. Management Research Journal, 9(2), 59-69.
https://doi.org/10.37134/mrj.vol9.2.5.2020
Nor Eeza Zainal Abidin, Tajul Arifin Muhamad, Jamil Ahmad. (2019). Kualiti Perkhidmatan Fasiliti
Sukan di Universiti Awam Malaysia (Quality of Malaysian Public Universities’ Sports Facilities
Services). Jurnal Pendidikan Malaysia (Malaysian Journal of Education), 44(1SI), 55-66.
Nur Hamizah Hayat & Tham Jen Sern. (2020). Kajian Rintis Faktor Peramal Kepuasan Pelanggan
Tentang Kualiti Perkhidmatan Dan Imej Perbankan Komersial Dalam Kalangan Pelajar
Universiti Putra Malaysia. KnE Social Sciences, 96-115.
Rancangan Malaysia ke -10, https. epu.gov.my/ms/rmk/rancangan –malaysia-kesepuluh.
Sigma Islam & Shadrul Hassan Himel. (2018). Services Quality and Students’ Satisfaction: A Study on
the Public Higher Education Institutions (HEIs) of Bangladesh. Journal of Business, 39(2).
Siti Zurina Aziz, Amizawati Mohd Amir & Sofiah Md Auzair (2019). Tadbir Urus Baik dan Peranan
Amalan Perakaunan Pengurusan: Tinjauan di Organisasi Pelancongan Negara. Asian
Journal of Accounting and Governance, 11.
Zarina Ismail, Salniza Md. Salleh & Juhary Ali. (2013) Kesan langsung prinsip transformasi
perkhidmatan ke atas kualiti perkhidmatan di sektor awam. In: Conference on Business
Management Research 2013, December 11, 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok.
112 | M u a d d i b 2 0 2 1
PEMIKIRAN TUAN MINAL DALAM KITAB ‘AQIDAH AL-NAJIN: SUATU
PENGENALAN
Pauzi bin Yusoff1
Mohd Fauzi bin Hamat Phd2
Mohamad Azrien bin Mohamed Adnan Phd3
[email protected]
[email protected]
[email protected]
1 IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
2,3 University of Malaya
Abstrak
Tuan Minal merupakan salah seorang ulama nusantara yang sangat gigih menulis kitab
khususnya dalam bidang akidah. Kitab beliau yang berjudul ‘Aqidah al-Najin Fi Ilm Usul al-
Din masih digunapakai sehingga sekarang. Oleh yang demikian, artikel ini terlebih dahulu
akan memperkenalkan biodata tokoh ini dan menjelaskan secara ringkas berkenaan dengan
kitab ‘Aqidah al-Najin. Seterusnya akan membincangkan berkenaan dengan pemikiran Tuan
Minal berkenaan dengan akidah ketuhanan, kenabian, perkara ghaib dan tasawuf.
Metodologi yang digunakan ialah kaedah pengumpulan data yang diambil dari kitab ‘Aqidah
al-Najin sebagai sumber primer. Proses menganalisis data adalah menggunakan metode
analisis kandungan terhadap penafsiran dalam kitab tersebut. Kesimpulannya, Tuan Minal
merupakan seorang ulama yang sangat rajin menuntut ilmu dan tidak pernah jemu
menyebarluaskan ilmu agama walaupun berdepan dengan suasana yang tidak tenteram di
Patani. Dalam kitab ‘Aqidah al-Najin beliau telah mengaitkan akidah ketuhanan, kenabian,
perkara al-samiyyat dan tasawuf saling berkait antara satu sama lain dan tidak boleh
dipisahkan dari akidah Islam.
Kata kunci: Tuan Minal, Kitab ‘Aqidah al-Najin, konsep ketuhanan, kenabian, perkara ghaib
dan tasawuf.
Biodata Tuan Minal
Nama sebenar Tuan Minal ialah Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad bin Muhammad
Dahhan bin Syeikh Wan Syamsuddin bin Syeikh Jaafar (1820-1915M) (Ahmad Fathy al-
Fatani 2002). Dalam kalangan kaum keluarganya yang terdekat, Tuan Minal dikenali dengan
nama Zyn al-‘Abidin bin Muhammad al-Fatani. (Sheikh Zainal Abidin t.t). Selain itu, ada yang
menggelarnya dengan nama Wan Zainal Abidin bin Wan Muhammad bin Wan Muhammad
Dahhan bin Wan Syamsuddin bin Wan Jaafar bin Wan Husein bin Ali (Muhammad Rashidi
2019).
Para ahli sejarahwan juga tidak dapat mengenalpasti dengan tepat bilakah tarikh lahir
dan kematiannya. Namun dianggarkan beliau dilahirkan antara tahun 1820-an dan
meninggal pada 1910-an iaitu sekitar umurnya 85 hingga 95 tahun (Ahmad Fathyal-Fatani
2013). Tuan Minal dikatakan lahir di Kampung Bendang Badang iaitu sebuah tempat yang
terletak di lembangan Sungai Patani, berdekatan dengan Pekan Binjai Lima, di tengah
perjalanan antara Bandar Patani dengan Bandar Yala (Haji Yusuf 1991 & Mohd Shaghir
Abdullah 2007). Tetapi catatan yang dibuat oleh Hj. Yusuf (1991) menyatakan beliau lahir di
Kampung Kerisisk atau Angkro dalam jajahan Patani. Manakala catatan yang dibuat oleh
Wan Mohd Shaghir (2007) menyatakan beliau lahir di Kampung Anak Ru Patani. Walaupun
113 | M u a d d i b 2 0 2 1
banyak kekeliruan dalam kalangan pengkaji sejarah dalam menentukan dengan tepat di
manakah tempat beliau dilahirkan, namun secara umumnya beliau dilahirkan di negeri Patani
iaitu suatu tempat yang sangat terkenal dengan lahirnya ramai ulama tersohor.
Dalam mementukan tarikh kematiannya pula, para pengkaji sejarah telah mengambil
pendekatan lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Fathy al-Fatani (2013),
menjelaskan isyarat tersebut diambil dari sumber kitab ‘Aqidah al-Najin cetakan kedua tahun
1332H (1913M) yang mengatakan;
“bahawa hak cetak kitab berkenaan “terpelihara” pada anak
pengarangnya, Syeikh Umar ibn al-Marhum Zainal ‘Abidin al-
Fatani, maka tidak harus seseorang mencetaknya tanpa izin dan
redhanya.”
Berdasarkan catatan pada kitab berkenaan yang selesai dicetak pada 17 Zulkaedah
1332H atau 6 Oktober 1914, maka diandaikan waktu kitab tersebut dicetak, Tuan Minal
sudah meninggal dunia. Lazimnya, masa yang diambil adalah setahun sebagai batas waktu
untuk memperoleh izin cetak daripada anaknya untuk mengatur semula huruf-huruf yang
diperlukan bagi mencetak ulang sesebuah kitab pada zamannya.
Beliau sangat dikenali dengan gelaran ‘Tuan Minal’ (Ahmad Fathy Fatani 2013).
Gelaran tersebut diberikan kepada beliau disebabkan apabila beliau berasa marah atau
rungsing terhadap anak muridnya, beliau akan membacakan surah al-Nas. Apabila sampai
kepada ayat (min al-jinnati wan nas), beliau akan meninggikan nada suaranya (Wan Mohd
Shaghir 1991) & (Faizuri 2020). Justeru, seringkali menyebut ayat tersebut, maka
melekatkah kalimah min al-jinnah menjadi gelarannya dan kalimah tersebut disingkatkan
menjadi ‘Minal’ (Ahmad Fathy al-Fatani 2002). Dalam bahasa Thai, Tuan Minal dikenali
sebagai ‘Toh Meena’ (Ahmad Fathy al-Fatani 2013).
Tidak ramai yang mengetahui bahawa Tuan Mina berdarah kacukan Arab dari
keturunan ulama mulia dari Hadrulmaut. Hal ini dapat dibuktikan melalui moyang beliau yang
bernama Syeikh Ja’far merupakan menantu kepada seorang ulama yang terkenal dari
Hadhrulmaut iaitu Syeikh Ibrahim al-Hadhrami. Moyangnya itu telah berkahwin dengan anak
perempuan kepada Syeikh Ibrahim al-Hadhrami yang bernama Wan Jamilah al-Syandaniah
dikatakan telah berkahwin dengan Syeikh Ja’far (Ahmad Fathy al-Fatani 2013).
Tuan Minal mendapat pendidikan secara informal di Madrasah Kampung Bendang
Badang dan meneruskan pengajian di Pondok Bendang Daya dan telah berguru dengan
beberapa tokoh ulama pondok yang terkenal pada waktu itu seperti Sheikh Wan Mustafa bin
Muhammad Faqih al-Patani @ Tok Wan Pa yang merupakan pengasas pondok tersebut
(Farid Mat Zain, et al. 2006) dan Sheikh Abdul Rashid al-Fatani yang terkenal dengan gelaran
‘Keramat Pulau Bidan’ serta sempat belajar ilmu Usuluddin dengan Syaikh Muhammad
Thaiyib bin Mas’ud al-Banjari al-Qadhi (Kedah) (Wan Wan Mohd Shaghir 2007).
Beliau pernah mendirikan rumahtangga sebanyak 3 kali dan hasil perkahwinan
tersebut, beliau mendapat tujuh orang cahaya mata. Hasil daripada perkahwinan pertama
dengan Hajjah Maryam, beliau dikurniakan lima anak iaitu Haji Husain (Wak Hj. Hasan),
Hajah Aisyah (Tok Ngah Aosyah), Hajah Fatimah (Tok Fatimah), Haji Husin (Pak Lang Husin)
dan Haji Daud (Pak Cu Daud). Hajah Mariam dikatakan pernah berkahwin dan mempunyai
seorang cahaya mata perempuan yang bernama Hajah Sofaih. Selepas kematian suaminya,
beliau telah bertemu jodoh dengan Tuan Minal (Hj Yusuf 1991).
Dalam kalangan anak-anak beliau, anak sulung beliau iaitu Haji Husain adalah yang
paling akhir meninggal dunia. Beliau juga dikatakan berkesempatan bersama bapanya
berhijrah ke Seberang Perai, Pulau Pinang (Ahmad Fathy al-Fatani 2002). Haji Husain juga
114 | M u a d d i b 2 0 2 1
pernah menulis sebuah risalah yang berjudul Pungutan Kanak-Kanak, namun tidak diketahui
lebih lanjut tentang kandungan risalah tersebut. Manakala anak ketiga beliau (Hajah
Fatimah) dikatakan telah berkahwin dengan seorang ulama Patani yang bernama Hj. Abdul
Rashid. Hj. Abd. Rashid turut membuka sebuah pondok di Kampung Bandar yang terletak
lima kilometer dari Bandar Patani. Beliau meninggal dunia di atas kapal dalam perjalanan ke
Mekah pada tahun 1357H. Manakala Hajah Fatimah pula meninggal dunia di Mekah pada
tahun 1363H (Hj Yusuf 1991).
Tuan Minal juga pernah belajar di Masjid al-Haram dan ketika berada di Mekah beliau
sempat menimba ilmu dengan beberapa tokoh ulama Arab dan Patani yang terkenal pada
waktu itu, antaranya Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasb Allah al-Makki, Sheikh Wan Ali
bin Ishak al-Fatani, Sheikh Abdullah bin Abd al-Rahim al-Fatani dan lain-lain lagi. Beliau juga
sempat berguru dengan Sheikh Daud al-Fatani (Mohd Zamberi 1994). Sekembalinya beliau
dari menuntut ilmu di Tanah al-Haram, beliau meneruskan tugas-tugas dakwah dengan
mengajar di Pondok Bendang Daya. Beliau juga pernah ditawarkan jawatan kadi serta
beberapa jawatan penting dalam bidang agama di Patani. Penghijrahan Sheikh Zainal Abidin
ke Pulau Pinang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya namun menjangkakan ia berlaku
pada dekad 1880-an atau awal dekad 1890-an (Ahmad Fathy al-Fatani 2013) & (Hj. Yusuf
1991). Namun, faktor penghijrahan Tuan Minal ke Pulau Pinang masih menjadi tanda tanya.
Hal ini tidak dapat diketahui oleh pengkaji sejarah mengapa beliau berbuat demikian
sedangkan beliau sangat diperlukan ditempatnya iaitu Patani. Persoalannya mengapakah
beliau bertindak berhijrah ke Tanah Melayu?.
Teori yang dikemukakan oleh Hj Yusuf (1991) mengatakan keadaan sosio politik yang
tidak berkesudahan di Patani dikatakan menjadi satu sebab sebilangan besar ulama Patani
termasuklah juga Sheikh Zainal Abidin berhijrah untuk mencari tempat yang lebih aman untuk
beliau menyebarkan agama Islam. Hal yang sama juga dinyatakan oleh Masyhurah (2015)
yang berpendapat faktor ketidapuasan hati orang Melayu Patani terhadap kerajaan Siam
yang beragama Buddha yang tidak berlaku adil dan kezaliman menyebabkan berlakunya
peperangan dan punca ramai ulama Patani berhijrah ke serata tempat. Oleh itu, mereka
terpaksa meninggalkan negara mereka dan berhijrah ke Timur Tengah atau ke negeri-negeri
jiran termasuk Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Ketidakpuasan ini ada asasnya kerana menjadi amalan pemerintah Bangkok yang
meletakkan pegawai-pegawai yang makan rasuah dan tidak cekap di Selatan Thai sebagai
tempat ‘pembuangan’ yang akhirnya mencetuskan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
orang Melayu Patani (Nik Anuar 1999). Oleh yang demikian, tercetuslah peperangan yang
dipimpin oleh Raja Patani pada tahun 1827 dan Raja Sulong pada tahun 1832 (Ahmad Fathy
al-Fatani 1994).
Sejarah telah membuktikan peperangan yang berlaku di antara Patani dengan Siam
tercatat sebanyak 12 kali, pertamanya pada tahun 1563 di mana Patani menyerang Ayuthia,
diikuti pada tahun 1603 Siam menyerang Patani buat kali pertama, seterusnya Siam
menyerang Patani pada tahun 1632, 1634, 1678, 1709 M dan Patani menerima kekalahan
pada tahun 1786. Walaupun begitu, Patani terus bangkit menentang Siam pada tahun-tahun
berikutnya iaitu pada tahun 1789, 1808, 1832. 1838 dan 1848 M (Mohd Zamberi 1994).
Walaupun faktor ketidaktentuan sosial politik di Selatan Thailand pada masa tersebut
dalam situasi tegang di sana dan kesibukan menguruskan Pondok di Permatang Sungai Dua
(Ahmad Fathy al-Patani 2013). Namun, Tuan Minal masih mampu menulis dan menghasilkan
beberapa kitab dalam berbagai bidang. Lima judul kitab dan dua manuskrip yang dikarang
oleh beliau telah dikenalpasti. Kitab-kitab tersebut ialah kitab Kasy al-Ghaybiyyat (1883M),
Kasy al-Litham an ‘As’ilah al-‘Anam (1890M), ‘Aqidah al-Najin (1890M), (Faedah) Pada
Menyatakan Fidyah Sembahyang dan Puasa atas Mazhab Abi Hanifah (1904M), Miftah al-
115 | M u a d d i b 2 0 2 1
Murid fi ‘ilm al-Tawhid (1912M), Irsyad al-‘Ibad ila Sabil al-Rasyad (1927M), Tabassum al-
Syaribin dan Sembahyang Juma’at dan Tahqiq al-Kalam fi bayan Ibtida’ al-Siyam (Hasbullah
2000, Ahmad Fathy al-Fatani 2018 & Faizuri 2020).
Ringkasnya, Tuan Minal mempunyai sejarah perjalanan yang panjang dalam
usahanya menuntut ilmu sehinggalah menyambung ilmu pengetahuan di Mekkah. Tuan
Minal sudah memiliki ilmu yang mantap di pondok-pondok sebelum berangkat ke Mekkah
dan telah berguru dengan ulama-ulama di sana. Biarpun berdepan dengan masalah
kekacauan dan ketidaktentuan sosial politik di Selatan Patani namun ia tidak mematahkan
semangat untuk Tuan Minal terus menyampaikan risalah mulia sebagai penulis dan pendidik.
Kitab ‘Aqidah Al-Najin
Kitab ‘Aqidah al-Najin merupakan sebuah kitab lama bertulisan Jawi dan telah siap dikarang
pada bulan Jamadil Akhir 1308H bersamaan tahun 1890M dengan tujuan untuk
menyebarluaskan ilmu akidah karangan Syeikh Sanusi yang sangat terkenal (Zain al-‘Abidin
Muhammad Al-Fatani (t.t)). Kitab ‘Aqidah al-Najin dikenalpasti sebagai salah satu kitab yang
diajar dalam peringkat pertengahan di beberapa pusat pengajian pondok di Malaysia dan
sebaris dengan kitab-kitab Usuluddin terkenal yang lain seperti Bidayah al-Hidayah, Faridat
al-Faraid dan Minhaj al-Qarib (Masyhurah et al. 2015).
Kitab ini dianggap sebagai kitab terbesar tentang akidah dalam bahasa Melayu
selepas War al-Zawahir karya Syeikh Daud Abdullah al-Fatani dan masih digunakan sebagai
rujukan di masjid-masjid, surau-surau dan pondok-pondok (Muhammad Rashidi Abd Wahab
2016 & Kamaluddin Ibrahim 2019) Kitab ‘Aqidah al-Najin tersenarai antara kitab Jawi yang
paling banyak dipelajari di Malaysia dan tersenarai di kedudukan ke-tujuh dari 26 buah kitab
Jawi lama paling popular (Syed Salim Syed Shamsuddin 2018).
Kitab ini juga menggunakan pendekatan logik mantik dalam menggerakkan
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis bagi mendorong umat Islam agar sentiasa berfikir,
mengkaji dan memahami ajaran Islam dengan lebih mendalam seperti membawakan konsep
sains fizik seperti zarah dan atom dalam membincangkan hakikat jirim dan ‘aradh bagi
membezakan Allah S.W.T. sebagai Pencipta dengan manusia yang dicipta (Syed Salim Syed
Shamsuddin 2019). Kitab yang menjadi rujukan kajian penyelidik ialah berdasarkan versi
cetakan yang keempat oleh Matbaah bin Halabi, Fatani, mengandungi 140 halaman (Zain al-
‘Abidin Muhammad Al-Fatani (t.t)).
Kitab ‘Aqidah al-Najin merupakan sebuah karya usuluddin yang selesai dikarang
pada tahun 1308H/1890M. Karya ini merupakan terjemahan daripada kitab Muqaddimah
atau Matn al-Sanusiyyah karangan Imam al-Sanusi yang turut diiringi dengan penjelasan dan
pengolahan yang panjang lebar oleh pengarangnya (Zain al-‘Abidin Muhammad Al-Fatani
(t.t)). Pemikiran Tuan Minal dalam kitab ini memberi penekakanan kepada empat konsep
akidah. Empat perkara tersebut ialah akidah ketuhanan, kenabian, perkara ghaib dan
tasawuf.
Ketuhanan
Sebelum memahami tentang akidah ketuhanan seseorang perlu menjauhi tiga penyakit
akidah iaitu kejahilan, bid’ah dan taklid. Penyakit jahil sememangnya berlaku dalam
kehidupan masyarakat Islam. Kedua, mengutarakan bahaya pemikiran bid’ah yang berupaya
merosakkan akidah dan ketiga ialah penyakit taklid yang dianggap ketiga-tiganya mampu
menjadi barah kepada akidah (Zain al-‘Abidin Muhammad Al-Fatani (t.t)).
116 | M u a d d i b 2 0 2 1
Sehubungan itu, pemikiran ketuhanan yang diketengahkan oleh Tuan Minal ini
meliputi persoalan tentang sifat-sifat Allah S.W.T, asma’ Allah, perbahasan tentang ayat-ayat
mutasyabihat, perbuatan hamba dan pengertian kalimah syahadah. Oleh yang demikian,
seseorang muslim wajib berguru dan memahami dengan baik lima isu utama yang menjadi
tonggak dalam akidah ini. Isu pertama yang diutarakan oleh Tuan Minal ialah tentang
istighna’ dan iftiqar. Istighna’ (Allah S.W.T Maha Kaya berbanding segala yang lain) dan
iftiqar (berhajat sesuatu kepada-Nya). Menurut Tuan Minal konsep istighna’ dan iftiqar ini
perlu dikemukakan dengan bukti bahawa Allah S.W.T layak dengan sifat sedemikian. Oleh
itu, akan terbahagilah sifat-sifat Allah S.W.T sama ada berada dalam kategori istighna’ atau
iftiqar.
Kedua, perbahasan tentang sifat dua puluh ini amat diberi perhatian oleh Tuan Minal
dalam kitab ‘Aqidah al-Najin kerana baginya, mengenali sifat-sifat Allah S.W.T akan
membawa seseorang kepada mengenali Allah S.W.T secara tepat. Memandangkan akal
manusia sangat terhad, maka metode untuk mengenalinya hanyalah melalui sifat-sifat
tersebut sama ada sifat nafsiyah, salbiyyah, ma’ani dan ma’nawiyyah. Sehubungan itu, Tuan
Minal turut menyatakan terdapat dua puluh sifat lain yang berlawanan dengannya seperti
mustahil dan harus bagi Allah S.W.T.
Ketiga, nama-nama Allah S.W.T dilihat oleh Tuan Minal sebagai satu perkara yang
penting. Biarpun perkara sedemikian dibincangkan tidak sampai satu halaman sahaja,
namun terdapat tiga persoalan utama yang dibahaskannya. Pertama, nama-nama Allah
S.W.T adakah qadim atau hadith?.Kedua, berkenaan dengan kedudukan keseluruhan nama-
nama Allah S.W.T yang telah ditentukan oleh syarak secara ijma’ atau sebaliknya. Ketiga,
membincangkan kekeliruan dalam memahami makna seperti al-Syakur, al-Halim, dan al-
Sabur.
Keempat, perbincangan mengenai perbuatan hamba. Dalam perbahasan ini, beliau
mengutarakan isu-isu yang menjadi perdebatan hangat seperti adakah manusia yang
mencipta perbuatannya atau ia datang bersama dengan ciptaan Allah S.W.T. Dalam
persoalan tersebut, Tuan Minal mendatangkan beberapa pandangan daripada aliran yang
masyhur seperti Ahl Sunnah wa al-Jamaah, Jabariyyah, Qadariyyah dan Muktazilah.
Akhirnya, Tuan Minal membawa pandangan yang terbaik dari semua pandangan yang
dinyatakan.
Kelima, perbincangan mengenai ayat dan hadith mutasyabihah. Dalam hal ini,
dinyatakan beberapa isu berkenaan dengan ayat yang membicarakan Allah S.W.T tidak
beranggota, bertempat, bersifat seperti makhluk dan sebagainya. Beliau turut mendatangkan
beberapa pandangan dari aliran masyhur seperti salaf dan khalaf.
Kenabian
Tuan Minal meletakkan persoalan tentang kenabian sebagai perkara kedua yang wajib
dipelajari dengan sebaik-baiknya. Perkara tentang kenabian ini sangat jelas berkait rapat
dengan ketuhanan. Hal ini dibuktikan melalui perbahasan beliau berkenaan dengan selawat
dan salam yang dibincangkan selepas beliau menjelaskan tentang rukun puji terhadap Allah
S.W.T pada awal perbincangan lagi. Ini sekali gus memperlihatkan bahawa persoalan
tentang kenabian ini mempunyai perkaitan dengan ketuhanan. Dalam membina kefahaman
tentang konsep kenabian ini, Tuan Minal menyusun perbahasan ini dengan jelas dan
tersusun. Perbahasan awal dimulakan dengan memperkenalkan maksud nabi dan rasul,
diikuti dengan menjelaskan bahasa-bahasa yang digunakan. Seterusnya, beliau membawa
perbahasan tentang nama para rasul sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Qur’an berserta
dengan nama kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka.
117 | M u a d d i b 2 0 2 1
Menurut Tuan Minal, dalam membina keyakinan terhadap para rasul, ia bukan
sekadar seseorang perlu memahami pengertian dan sejarah para rasul semata-mata, tetapi
yang lebih penting ialah memahami sifat-sifat yang ada pada diri nabi dan rasul. Oleh yang
demikian, beliau membahagikan perkara tersebut kepada tiga kriteria. Kriteria pertama ialah
setiap individu wajib menyakini perkara yang wajib bagi rasul seperti meyakini kebenaran
dakwah dan risalah, membenarkan segala hukum yang dibawa oleh para nabi dan rasul dan
membenarkan segala perkataan yang berkait dengan hal-hal keduniaan. Kriteria kedua ialah
memahami perkara-perkara yang mustahil bagi rasul dan ini merupakan lawan kepada sifat
yang tiga tadi iaitu dusta, khianat dan menyembunyikan. Kriteria ketiga ialah memahami
perkara-perkara yang mustahil bagi rasul. Sehubungan itu, setiap mukallaf mesti
mengetahuinya kerana ia akan dapat membezakan dengan sifat-sifat ketuhanan.
Seterusnya, Tuan Minal membincangkan mukjizat nabi Muhammad S.A.W dan
membawakan kisah mukjizat nabi Ibrahim a.s dan kisah sekumpulan cicak dan bentuk-
bentuk yang boleh membezakan di antara mukjizat dengan perkara selain mukjizat.
Perkara samiyyat
Tuan Minal menghubungkan perkara-perkara al-ghaybiyyat selepas membincangkan hal
yang berkaitan dengan kenabian kerana berpandangan bahawa setiap apa yang wajib
dipercayai tentang perkara-perkara al-ghaybiyyat ini tidak lain dan bukan jika ia hanya
disampaikan oleh nabi Muhamaad S.A.W. Tuan Minal memulakan perbincangan ini
berkenaan dengan alamat kiamat. Tuan Minal berpandangan terdapat dua bentuk alamat
kiamat iaitu alamat dekat dan alamat jauh. Tuan Minal mendatangkan contoh seperti
wafatnya nabi Muhammad S.A.W, berlakunya fitnah, kezaliman, pembunuhan, lahirnya
dajal-dajal, munculnya api yang jelas dari Madinah pada tahun enam ratus lima puluh empat,
perang di Turki dan pengembala kambing yang miskin lagi hina dahulunya kini membina
bangunan yang tinggi.
Kemudian, Tuan Minal membahaskan kewajiban mempercayai para malaikat dan
tugas-tugas mereka. Perbincangan lain ialah mengenai alam barzakh yang dinyatakan
sebagai dinding di antara dunia dengan akhirat dan dalam masa yang sama wajib seseorang
mukmin percaya adanya azab kubur dan nikmatnya. Selain itu, Tuan Minal membawa
perbahasan tentang neraca timbangan yang akan diperhitungkan seadil-adilnya oleh Allah
S.W.T sama ada kebajikan dan kejahatan. Tuan Minal turut membincangkan tentang titian
al-Mustaqim, Haudh iaitu telaga nabi S.A.W, ‘Arasy al-Rahman, kursi, qalam, malaikat
pencatit dan lawh mahfuz.
Syurga dan neraka menurut Tuan Minal merupakan dua benda yang wajib
diiktikadkan oleh setiap orang Islam. Seterusnya Tuan Minal turut membicarakan tentang
dosa besar dan kecil dan membawakan perbahasan berkenaan tentang rukun-rukun taubat.
Menurut Tuan Minal, rukun taubat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu meninggalkan dosa
yang telah dilakukan, kedua ialah menyesal di atas apa yang telah dilakukannya dan ketiga
ialah bersungguh-sungguh untuk meninggalkannya.
Tasawuf
Perkara-perkata tentang tawasuf diletakkan dalam pola pemikiran yang ketiga selepas
perkara ghaib. Sebelum memulakan perbincangan tentang definisi ilmu tasawuf, Tuan Minal
terlebih dahulu membincangkan persoalan kehidupan dunia yang berkait dengan alam
akhirat. Tuan Minal menyifatkan dunia sebagai tempat untuk mengumpulkan harta yang
diinginkan seperti kemewahan dan kesenangan serta keseronokkan. Oleh itu, Tuan Minal
118 | M u a d d i b 2 0 2 1
membawakan contoh kehidupan nabi yang sangat bersederhana biarpun baginda seorang
rasul.
Menurut Tuan Minal, semulia-mulia kalimah adalah ucapan kalimah la ila ha illallah
dan beliau menyarankan kalimah ini disebut selepas setiap kali solat sekurang-kurangnya
tiga ratus kali atau paling banyak sebanyak dua belas ribu kali sehari dan semalam. Jelas
Tuan Minal, orang yang mempunyai akal akan sentiasa berkehendak kepada kemenangan
maka hendaklah memperbanyakkan zikir sama ada di setiap kelakuan seperti berdiri, duduk,
tidur, berjalan, ketika sihat, ketika sakit dan suka serta duka. Kemenangan yang sebenarnya
ialah apabila ucapan zikir itu sudah sebati dalam hidup seumpama bercampurnya air di
dalam pokok kayu hidup atau tulennya manisan kerana ia tidak bercampur di antara air
dengan manisan madu.
Hasil dari amalan zikir ini akan lahirlah sifat zuhud di mana Tuan Minal
membahagikan zuhud ini kepada dua bahagian iaitu zuhud fardu iaitu meninggalkan segala
yang haram dan terakhir ialah zuhud sunat iaitu meninggalkan semua yang halal yang lebih
daripada hajat yang tertunai. Selain itu, Tuan Minal turut membincangkan perkara yang
berkaitan dengan seruan melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran, di mana setiap
manusia hendaklah berperanan mencegah kemungkaran berdasarkan kepada keupayaan
dah tahap kemampuan masing-masing. Terdapat juga beberapa perbuatan buruk yang wajib
dijauhkan seperti namimah, ghibah, dhimah, riya’, takabbur, hasad dan berbantah-bantah.
Beberapa sifat mahmudah yang wajib diamalkan sebagaimana yang disebut oleh
Tuan Minal ialah tawakkal, zuhud, syafaqah, tawadu’, hilm dan haq. Inilah sebahagian yang
disebut oleh Tuan Minal sebagai jalan untuk memelihara segala anggota dan pancaindera
manusia bagi mendapatkan kasih sayang Allah S.W.T. Justeru, mengingati mati merupakan
salah satu jalan untuk menghapuskan nafsu yang dikuasai syaitan dan dengan mengingati
mati ia menjadi jalan untuk memutuskan sifat cintakan keduniaan dan tidak mahu bertaubat.
Rumusan
Tuan Minal merupakan seorang ulama nusantara yang berwibawa sejak dari abad ke 18 dan
dan awal abad ke 19. Beliau mula mendapat pendidikan awal dari sistem pengajian pondok
yang sangat mementingkan kitab-kitab thuras. Hasilnya beliau berkemampuan untuk
menguasai kitab-kitab klasik apatah lagi beliau berguru dengan alim ulama yang sangat
terkenal pada masa tersebut. Keberangkatan beliau ke Mekah adalah untuk menajamkan
lagi ilmunya dan sekembalinya ke tanah air membolehkan beliau memimpin Pondok
Bendang Daya yang sangat terkenal. Biarpun beliau sibuk dengan mengajar di pondok
namun tidak menghalang untuk beliau menghasilkan kitab-kitab yang terkenal termasuklah
kitab ‘Aqidah al-Najin.
Sehingga sekarang kitab ‘Aqidah al-Najin masih menjadi rujukan dalam bidang
akidah. Hal ini membuktikan bahawa pemikiran beliau masih relevan kerana kerangka asal
idea ini diambil dari Kitab Umm al-Barahim iaitu karangan Sheikh al-Sanusi. Kekuatan kitab
ini dapat dilihat dari aspek penghuraiannya yang panjang lebar ini dari naskah asal kitab
Umm al-Barahim yang sangat ringkas dan padat. Maka tidak hairanlah kitab ini masih lagi
masih bertahan sehingga abad ke 21.
119 | M u a d d i b 2 0 2 1
Rujukan
Ahmad Fathy al-Fatani. 2013. Ulama Besar Dari Patani. Kota Baharu: Majlis Agama Islam
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
Ahmad Fathy al-Fatani. 1994. Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darussalam.
Ahmad Fathy al-Fatani. 2002. Ulama Besar Dari Patani. Bangi: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Faizuri Abd.Latif. 2020. Tafsiran Sifat Allah Menurut Pemikiran Tuan Minal Berdasarkan Kitab
‘Aqidah al-Najin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Farid Mat Zain, et al. 2006. Nadwah Ulama Nusantara III, Bangi: Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Haji Yusof Haji Mustafa Bandar Patani. 1991. Dari Hal Sejarah dan Silsilah Keturunan Tuan
Minal (Syeikh Zainal Abidin bin Ahmad). Pattani: Naskhah Taip.
Hasbullah Mohamad 2000 Hasbullah Mohamad. 2000. “Hadith-Hadith Akidah dalam Kitab-
Kitab Jawi: Tumpuan Kepada Kitab ‘Aqidah al-Najin”. Disertasi Sarjana Usuluddin,
Universiti Malaya.
Kamaluddin Ibrahim. 2019. “Kata Penerbit,” dalam Kitab ‘Aqidah Al-Najin Fi Ilm Usul Al-Din.
Batu Caves: Al-Hidayah Publication.
Masyhurah Mohamad Rawi et. Al. 2015. Institusi Pondok Dalam Sistem Pendidikan Islam
Di Malaysia. Proceeding The 7th International Workshop And Conference Of Asean
Studies On Islamic And Arabic Education And Civilization (Poltan-Ukm-Polimed) 3
June.
Wan Wan Mohd Shaghir. 1991. Zainal Abidin al-Fatani, Majalah Dakwah. April.
Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2007. Tuan Minal al-Fatani, Karangannya Rujukan Ulama
Melayu. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah.
Mohd Zamberi A. Malik. 1994. Patani Dalam Tamadun Melayu. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka.
Muhammad Rashidi Wahab. 2019. “Pendalilan Mantik Al-Ash’ari Dalam Akidah Ketuhanan”.
Tesis Kedoktoran, Universiti Malaya.
Muhammad Rashidi Abdul Wahab et al. 2016. “Kata-Kata Aluan,” dalam Nafisah al-Faizin,
Kuala Terengganu: Yayasan Islam Terengganu.
Nik Anuar Nik Mahmud. 1999. Sejarah Perjuangan Melayu Patani: 1785-1954. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sheikh Zainal Abidin al-Fatani. (t.t). ‘Aqidah al-Najin Fi Ilm Usul al-Din. Matbaah bin Halabi.
Fatani.
120 | M u a d d i b 2 0 2 1
Syed Salim Syed Shamsuddin. 2018. “Pemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi
Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap
Perlaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia”, Jurnal Sains
Insani, (vol. 03).
TAHAP PENGETAHUAN, AFEKTIF DAN MOTIVASI GURU PELATIH SAINS
TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) STEM DALAM SUBJEK
SAINS DI SEKOLAH RENDAH
Yusalina binti Yusof
Badrul Muin binti Muhamad Adam Phd
Sazli bin Abdul Aziz
Norihan binti Mat Zin
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
Abstrak
Kejayaan pengintegrasian pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran disokong
oleh keupayaan guru untuk merangka pengajaran STEM yang baik untuk memacu pemikiran
kritis dan kreatif dalam kalangan murid. Sehubungan itu, motivasi dan keyakinan diri guru
pelatih baharu perlu dikaji bagi memastikan kesediaan mereka untuk menjadi proaktif dan
kreatif dalam merancang pengajaran yang mengintegrasikan pendidikan STEM terutama di
peringkat sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan, afektif
dan motivasi guru pelatih sains IPGK Dato’ Razali Ismail terhadap PdP sains sekolah rendah.
Instrumen yang digunakan adalah soal selidik yang berbentuk objektif dan skala likert 5. Data
dianalisis menggunakan Statistical Package of Social Sciences for Windows 25.0 (SPSS).
Data deskriptif berkenaan pengetahuan PdP STEM menunjukkan bahawa majoriti
responden berada pada tahap pengetahuan yang baik dengan 23 (58.1%) responden dan
diikuti dengan tahap kepujian iaitu 7 (18.6%) dan tahap motivasi yang tinggi dengan 36
(90.7%). Hasil ujian korelasi Pearson antara pengetahuan dan motivasi guru menunjukkan
bahawa pengetahuan tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan motivasi guru
(r=0.050, p=0.748. Latihan yang berterusan dalam amalan terbaik pedagogi STEM adalah
dicadangkan untuk meningkatkan motivasi dan sikap kendiri guru pelatih supaya menjadi
lebih proaktif dalam melaksanakan PdP STEM di sekolah rendah.
Kata kunci: STEM, pengetahuan, afektif, motivasi
Pendahuluan
Seiring dengan arus globalisasi dan modenisasi, bidang pendidikan juga tidak harus
ketinggalan dalam pelaksanaan pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang lebih
kolektif. Pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah perlu ditransformasikan dan
diberikan nafas baharu. Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) STEM mula diperkenalkan
dalam Gelombang 1 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
melalui pengukuhan kurikulum dan latihan guru. Pelaksanaan STEM dalam pengajaran dan
121 | M u a d d i b 2 0 2 1
pembelajaran dapat memupuk pemikiran kreatif pelajar seiring dengan matlamat STEM yang
diperkenalkan dalam kurikulum. Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan kelas
pertama menerusi tenaga penggerak yang berkualiti dengan adanya tahap pengetahuan dan
motivasi yang tinggi adalah selari dengan pengintegrasian STEM dalam latihan guru yang
profesional.
Pernyataan Masalah
Menurut Thomas dan Watters (2015), banyak kajian penyelidikan pendidikan STEM telah
dibuat dan keputusan menunjukkan bahawa minat dan motivasi pelajar terhadap
pembelajaran STEM telah menurun terutama di negara-negara barat dan Asia. Kurangnya
pendedahan tentang aktiviti STEM dalam kalangan pelajar di peringkat rendah secara
langsung menyumbang kepada kurangnya pengetahuan, kesedaran dan minat terhadap
pembelajaran STEM apabila mereka dewasa (Shahali, 2017). Sikap pelajar, minat murid dan
strategi pengajaran guru mempunyai hubungan yang positif dengan pencapaian pelajar
dalam Subjek STEM iaitu sains dan Matematik (Noor Erma & Leong Kwan Eu, 2014).
Kejayaan pengintegrasian pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran disokong
oleh beberapa faktor. Keupayaan guru untuk merangka pengajaran STEM yang baik dapat
memacu pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid (Shahari, 2020; Nyet & Norjanah,
2018; Mayasari et al. 2016). Aspek kesediaan guru merupakan cabaran utama dalam
melaksanakan PdP STEM (Aminah & Crispina, 2020). Guru pelatih pengkhususan sains
sekolah rendah di IPG kampus Dato Razali telah diberi sokongan dalam aspek pengetahuan
dan pengalaman berkaitan pendidikan STEM melalui kurikulum dan program-program
seperti bengkel STEM digital Maker, bengkel Arduino, modul creative circuit dan bengkel
Inquiry Based in Science Education (IBSE). Program- program sokongan tersebut adalah
untuk meningkatkan keyakinan diri dan motivasi untuk menjadi guru STEM. Sehubungan itu
motivasi dan keyakinan diri guru pelatih baharu perlu dikaji bagi memastikan kesediaan
mereka untuk menjadi proaktif dan kreatif dalam merancang pengajaran yang
mengintegrasikan pendidikan STEM terutama di peringkat sekolah rendah. Kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti;
i Tahap pengetahuan guru pelatih sains terhadap PdP STEM dalam subjek sains di
sekolah rendah
ii Tahap motivasi guru pelatih sains terhadap PdP STEM dalam subjek sains di sekolah
rendah
iii Hubungan pengetahuan dan motivasi guru pelatih sains terhadap PdP STEM dalam
subjek sains di sekolah rendah
Metodologi
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini ialah kajian kuantitatif berbentuk korelasi. Dalam pendekatan ini, data diperolehi
dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian korelasi akan digunakan bagi mengukur
kekuatan hubungan antara pemboleh ubah tidak bersandar (pengetahuan dan motivasi guru
pelatih sains) dengan pemboleh ubah bersandar (PdP STEM) berdasarkan persepsi guru
pelatih.
Populasi dan Sampel Kajian
122 | M u a d d i b 2 0 2 1
Sampel kajian merupakan semua guru pelatih opsyen sains di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail ambilan Jun 2017 iaitu seramai 40 orang. Semua guru pelatih
ini telah pun menjalani praktikum fasa 1 selama 12 minggu dan telah dibimbing oleh
pensyarah serta guru pembimbing di sekolah masing-masing.
Instrumen Kajian
Pengkaji telah menggunakan instrumen kajian yang telah dibina oleh Aminah et. al, 2019
dan telah diterbitkan dalam International Journal of Education, Psychology and Counceling.
Soal selidik ini mempunyai lima bahagian iaitu Bahagian A berkaitan demografi guru pelatih,
Bahagian B berkaitan dengan pengetahuan PdP STEM, Bahagian C berkaitan dengan afektif
guru melaksanakan PdP STEM, Bahagian D berkaitan dengan motivasi guru melaksanakan
PdP STEM dan Bahagian E berkaitan dengan pelaksanaan PdP STEM dalam subjek sains.
Soal Selidik ini berbentuk objektif dengan empat pilihan jawapan bagi bahagian B manakala
berbentuk skala Likert 1 – 5 bagi bahagian C, D dan E. Soal selidik diedar kepada pelajar
secara dalam talian menggunakan Google Form.
Analisis Data
Semua data yang telah dikumpul telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package
of Social Sciences for Windows 25.0 (SPSS) mengikut keperluan soalan kajian. Statistik yang
digunakan ialah statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Korelasi Pearson.
Bagi menentukan nilai tahap kecenderungan analisis melalui nilai min dalam kajian ini,
pengkaji menggunakan jadual kecenderungan seperti Jadual 1.
Jadual 1: Jadual Penentuan Tahap
Julat Skor Min Tahap
1.00 – 2.39 Rendah
2.40 – 3.79 Sederhana
3.80 – 5.00 Tinggi
Kekuatan perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam kajian ini dianggar
dengan menggunakan skala kekuatan yang dicadangkan oleh Davies (1971) seperti di
Jadual 2
Jadual 2: Jadual Penentuan Kekuatan Korelasi
Nilai Kekuatan
0.70 – 1.00 Amat tinggi
0.50 – 0.69 Tinggi
0.30 – 0.49 Sederhana Tinggi
0.10 – 0.29 Abaikan
123 | M u a d d i b 2 0 2 1
Dapatan Penyelidikan
Berdasarkan 17 soalan yang dikemukakan berkenaan pengetahuan PdP STEM
menunjukkan bahawa majoriti responden berada pada tahap pengetahuan yang baik dengan
23 (58.1%) responden dan diikuti dengan tahap kepujian iaitu 7 (18.6%) responden.
Manakala minoriti responden adalah berada pada tahap lulus dan gagal dengan masing-
masing mencatatkan 5 (11.6%) responden.
Secara keseluruhan, responden bersetuju terhadap motivasi guru pelatih Sains
terhadap PdP STEM (M=4.28, SP=0.405). Seterusnya responden menunjukkan pelbagai
respon terhadap motivasi guru pelatih Sains terhadap PdP STEM. Majoriti responden sangat
bersetuju dengan “Saya suka melaksanakan PdP STEM walaupun tanpa sebarang ganjaran”
(62.8%) dan diikuti dengan “Saya suka dengan perasaan puas hati selepas berjaya
menjalankan PdP STEM” (58.1%). Selain itu, responden juga bersetuju dengan “Saya
memilih PdP STEM kerana dipengaruhi oleh rakan sekerja” (53.5%). Bagi dapatan di atas,
pernyataan “Saya suka melaksanakan PdP STEM walaupun tanpa sebarang ganjaran”
mencatatkan min yang tertinggi (M= 4.604, SP=0.54) dan “Saya melaksanakan PdP STEM
untuk tujuan pemantauan sahaja” mencatatkan min yang terendah (M=3.325, SP=1.392).
Hasil dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden berada pada tahap motivasi yang
tinggi dengan 36 (90.7%) responden. Manakala minoriti responden berada pada tahap
sederhana mencatatkan 4 (9.3%). Hasil ujian korelasi Pearson antara pengetahuan dan
motivasi guru menunjukkan bahawa pengetahuan tidak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan motivasi guru (r=0.050, p=0.748). Hal ini menunjukkan pengetahuan tidak
mempunyai hubungan dengan motivasi guru.
Perbincangan
Dalam memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan STEM
bergantung pada kebolehan guru dalam mengintegrasikan konsep-konsep STEM dalam
kelas. Oleh itu, guru memiliki tanggungjawab yang besar bagi menjayakan pengajaran dan
pembelajaran yang berasaskan STEM (Maulana, Helms-Lorenz & Van de Grift, 2015).
Seperti kajian ini, tahap pengetahuan guru pelatih Sains dikaji bagi menilai kebolehan
mereka terhadap pengintegrasian STEM dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara
keseluruhannya, tahap pengetahuan guru berada pada tahap yang baik. Guru berkebolehan
untuk menguasai teknologi dalam mengaplikasikan STEM dalam pengajaran dan
pembelajaran serta mewujudkan suasana yang harmonis.
STEM adalah elemen penting dalam kemahiran sains abad ke-21 (Ceylan & Ozdilek,
2015). STEM merupakan pendekatan pengajaran yang menyepadukan empat disiplin ilmu
secara bersamaan iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik. Secara terperincinya,
guru menunjukkan sikap yang positif terhadap pendekatan yang dijalankan dengan
memastikan pelajar turut sama menyumbang ke arah keberkesanan pendekatan
pembelajaran yang dilakukan. Guru merancang aktiviti yang mendorong pelajar bekerja
dalam kumpulan dalam memupuk sikap kerjasama dan meningkatkan tahap komunikasi
124 | M u a d d i b 2 0 2 1
pelajar. Selain itu, guru juga menyatakan bahawa pendekatan STEM membolehkan mereka
menguasai pendekatan secara inkuri.
Tambahan pula, tahap motivasi guru turut dinilai dalam memastikan pendekatan
STEM dapat mencapai objektifnya. Dapatan kajian menunjukkan tahap motivasi guru berada
pada tahap yang tinggi dengan sikap yang positif ditunjukkan ketika menjalankan sesi
pengajaran dan pembelajaran. Ianya jelas dilihat apabila guru melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran STEM tanpa sebarang ganjaran dan tahap kepuasan hati yang ditonjolkan
dengan kejayaan menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan STEM. Ianya
merupakan satu kejayaan yang besar kepada guru yang berjaya melaksanakan STEM dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana cabaran utama pembelajaran abad ke-21 adalah cara
guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta maklumat bagi
melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran yang efektif, berkualiti, dan relevan dengan
perkembangan semasa seperti pelaksanaan STEM.
Kesimpulan
Kajian ini memfokuskan pengajaran dan pembelajaran STEM dalam subjek Sains menerusi
tahap pengetahuan, afektif dan motivasi guru. Pendekatan ini diperkenalkan dalam kurikulum
di Malaysia agar dapat melahirkan modal insan yang berkualiti. Pendekatan STEM dilihat
menjadi teras kepada pembinaan kurikulum baru Sains kearah pengintegrasian pelbagai
jenis bidang ilmu dan amalan menerusi ejen penggerak yang berdaya saing. Kurikulum
mempunyai impak besar kepada sistem pendidikan kerana guru-guru pastinya perlu
mengajar dengan menggunakan sukatan pelajaran yang terkandung dalam kurikulum.
Dapatan dalam kajian ini memberi gambaran dan saranan bahawa tahap pengetahuan dan
motivasi guru terhadap pelaksanaan STEM dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah
memberangsangkan. Ianya merupakan satu indikator yang positif kearah keberkesanan
pelaksanaannya. Dapatan kajian ini menyokong kajian terdahulu yang dijalankan di dalam
mahupun di luar negara di mana pelaksanaan STEM perlu menjadi fokus utama dalam
memastikan sekolah terus cemerlang dan berdaya saing kea rah melahirkan generasi
pelapis yang berkebolehan serta berfikiran di luar kotak. Kajian ini menyumbang kepada
analisi pandangan pihak berkepentingan dalam bidang pendidikan iaitu Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam merangka pelan-pelan yang proaktif dalam melahirkan individu
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa latihan pembangunan professional
Pedagogi STEM yang berkualiti adalah tidak hanya berfokuskan kepada pengetahuan dan
kemahiran tetapi perlu menggabungjalinkan faktor afektif dan motivasi guru dalam objektif
kursus yang dirangka. Burton, M (2020) berpendapat aspek pengalaman pembelajaran dan
persekitaran pembelajaran (fizikal dan sosial) memainkan peranan penting kepada guru
pelatih untuk pengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran pengajaran STEM. Persekitaran
pembelajaran seperti penggunaan teknologi dalam STEM akan menjadikan guru pelatih lebih
bersemangat dan bermotivasi untuk meningkatkan amalan pengajaran mereka dari semasa
ke semasa.
Cadangan
Kajian mengenai tahap pengetahuan, afektif dan motivasi guru pelatih Sains terhadap
pengajaran dan pembelajaran STEM dalam subjek sains dapat dilaksanakan dengan lebih
lanjut dengan membuat perbandingan terhadap pelaksanaan bagi subjek lain juga yang
meliputi guru pelatih subjek lain. Berikutan itu, pengaplikasian STEM terhadap subjek lain
seperti Matematik juga dapat dilihat keberkesanannya berdasarkan tahap pengetahuan,
afektif dan motivasi guru. Kajian ini juga boleh dikaji dengan melihat impak faktor demografi
125 | M u a d d i b 2 0 2 1
terhadap pengajaran dan pembelajaran STEM. Kajian ini juga menunjukkan bahawa sampel
yang dipilih adalah sedikit maka bagi mendapatkan dapatan yang lebih tepat dan jitu, maka
sampel yang dipilih perlu ditambah. Dalam kajian lanjutan juga, pengkaji boleh
menambahkan kaedah untuk meningkatkan tahap pengetahuan, afektif dan motivasi guru
pelatih dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran STEM. Selain itu, pengkaji juga
boleh mempelbagaikan method kajian yang dijalankan dengan menjalankan kaedah temu
bual serta pemerhatian di setiap pusat kajian yang dipilih.
Rujukan
Thomas, B., & Watters, J. 2015. Perspectives on Australian, Indian and Malaysia approaches
to STEM education. International Journal of Educational Development, 42-53.
Maulana, R., Helms-Lorenz, M., & van de Grift, W. 2015. A longitudinal study of induction on
the acceleration of growth in teaching quality of beginning teachers through the eyes
of their students. Teaching and Teacher Education, 51, 225–245.
Ceylan, S., & Ozdilek, Z. 2015. Improving a Sample Lesson Plan for Secondary Science
Courses within the STEM Education *. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
177(July 2014), 223–228.
Noor Erma Abu & Leong Kwan Eu (2014), Hubungan Antara Sikap, Minat, Pengajaran Guru
dan Pengaruh Rakan Sebaya terhadap Pencapaaian Matematik. Jurnal Kurikulum &
Pengajaran Asia Pasifik. 2 (1),
Aminah Jekri & Crispina Gregory K Han (2020), Pembinaan dan Pengesahan Instrumen
Pengetahuan, Afektif dan Motivasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran STEM.
International Journal of Education, Psychology and Counselling, 5(34) 79-89
Nyet, M. S., & Norjanah Ambo. (2018). Development and evaluation of an integrated project-
based and STEM teaching and learning module on enhancing scientific creativity
among fifth graders. Journal of Baltic Science Education, 17(6), 1017-1033.
Mayasari, T., Kadarohman, A., Rusdiana, D., & Kaniawati, I. (2016). Exploration of students’
creativity by integrating STEM knowledge into creative products. AIP Conference
Proceedings 1708, 080005-1-080005-5. doi: 10.1063/1.4941191
Shahali, E. H. M., Halim, L., Rasul, M. S., Osman, K., & Zulkifeli, M. A. 2017. STEM Learning
through Engineering Design: Impact on Middle Secondary Students’ Interest towards
STEM. EURASIA Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 13(5),
1189-1211.
Burton, M. 2020. Multiple perspective of mathematics in STEM among preservice teachers.
Journal of Research in Innovative Teaching & Learning, 13(1), 147-148
126 | M u a d d i b 2 0 2 1