The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-15 00:43:30

MUADDIB 2019

Muaddib 2019

Jurnal Penyelidikan MUADDIB Jilid 13

Terbitan: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala
Terengganu

© Hak Cipta Terpelihara

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian, artikel,
ilustrasi dan isi kandungan dalam jurnal ini dalam apa jua bentuk dan
dengan cara apapun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman dan cara lain sebelum mendapatkan keizinan dari Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail, Kuala
Terengganu. Perundingan tertakluk kepada royalti atau honorarium.

Diatur huruf: Dr. Hj. Muhammad Irfan Nyia bin Abdullah

Muka taip teks Arial 11
ISSN: 1675-4026
Percetakan: ETM PRIMA SDN BHD

1|Muaddib 2019

JURNAL PENYELIDIKAN MUADDIB JILID 13, 2019
JOURNAL OF RESEARCH MUADDIB

KETUA EDITOR Jabatan Pengajian Melayu,
Dr. Hj. Muhammad Irfan Nyia bin IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
Abdulah 21030 Kuala Nerus, Terengganu.
SIDANG EDITOR
Dr. Hj. Ibrahim bin Taib Jabatan Ilmu Pendidikan,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
Dr. Yuslaini binti Yunus 21030 Kuala Nerus, Terengganu.

Hj. Amir Hamzah bin Ya’akub Jabatan Penyelidikan & Inovasi
Profesionalisme Keguruan,
Bahtiar bin Omar IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.
EDITOR PERUNDING
Prof. Madya Dr. Muhammad Zaid Jabatan Pengajian Melayu,
bin Ismail IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.
Dr. Siti Rahaimah binti Ali
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.

Pusat Pengajian Pendidikan,
Dakwah & Peradaban Islam,
Fakulti Pengajian Kontemporari
Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak, 21030 Kuala
Nerus, Terengganu.

Jabatan Pengajian Pendidikan,
Fakulti Pembangunan Manusia,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim, Perak.

2|Muaddib 2019

Dr.Hjh Tasnim binti Mohd Annuar Fakulti Pengajian Kontemporari
Dr. Azman bin Rahmat Islam,
Universiti Sultan Zainal Abidin
Kampus Gong Badak,
21030 Kuala Nerus, Terengganu.

Jabatan Persuratan Melayu,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
Lembah Pantai,
59200 Kuala Lumpur.

3|Muaddib 2019

DARI MEJA KETUA EDITOR
Jurnal Penyelidikan MUADDIB Jilid 13 merupakan satu wadah pembinaan
adab merujuk kepada kajian ilmiah secara intelek dalam bidang pendidikan.
Selain itu, diharapkan Jurnal Penyelidikan MUADDIB ini berupaya menjadi
satu medan ilmiah kepada para penyelidik untuk menyebar luas hasil
penyelidikan mereka dan berupaya menjadi satu mekanisme membudayakan
penyelidikan serta penulisan untuk dirkongsi kepada semua warga pendidik.
Penerbitan Jurnal Penyelidikan MUADDIB Jilid 13 ini memuatkan 9 hasil
penyelidikan yang dijalankan oleh pensyarah merentas pelbagai jabatan
sama ada secara perseorangan atau berkumpulan. Kandungan jurnal kali ini
berfokuskan kepada kualiti pendidikan, strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah dan perbincangan isu-isu terkini dalam dunia pendidikan.
Sekalung ucapan terima kasih wangian kasturi kepada pihak pengurusan
khususnya Pengarah,Timbalan Pengarah, Ketua Kluster, Ketua Jabatan,
para pensyarah yang telah memberi kerjasama dan sokongan sehingga
terbitnya Jurnal Muaddib Jilid ke-13. Terima kasih juga dirakamkan buat para
Editor Perunding yang sudi terlibat dalam proses meningkatkan kualiti artikel
Jurnal Muaddib tahun 2019.
Penerbitan Jurnal MUADDIB ini akan diusahakan secara berterusan dan
mengharapkan semua pensyarah institut dapat menyumbangkan hasil
penyelidikan mereka. Diharapkan juga penerbitan jurnal ini akan
menambahkan lagi koleksi ilmu dalam bidang pendidikan yang boleh
dijadikan bahan rujukan bagi pihak-pihak yang memerlukan.

4|Muaddib 2019

KANDUNGAN

1 Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja : Satu 6
Kajian Perbandingan Antara Guru Besar Lelaki Dan Guru Besar
Perempuan
Ibrahim bin Taib, Ph.D

2 Hubungan Motif Dengan Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti 19
Permainan Bola Tampar
Wan Azlan bin Wan Ismail Ph.D, Zul Aizam bin Yassin Ph.D

3 Matlamat Kerjaya Dalam Kalangan Murid Peribumi Di Terengganu 29
Fouziah binti Mohd, Ph.D, Azmi bin Sulaiman

4 Pengetahuan Pendidikan Inklusif Dalam Kalangan Siswa Guru 39
Semester Enam Ipgkdri
Sukri bin Berahim, Ph.D

5 Analisis Nilai Yang Terkandung Dalam Cerpen Kategori Remaja 54

Buku Antologi Cerpen Kuroshio
Rosli bin Ab. Rahman, Phd, Bahtiar bin Omar, Amir Hamzah bin Ya’akub

6 Personaliti Keusahawanan Sebagai Satu Keperluan Kesediaan 74
Penerapan Elemen Keusahawanan Dalam Pendidikan
Rosmani binti Ali, Ph.D, Nor Aishah binti Buang, Phd

7 Perubahan Pemikiran Dalam Puisi-Puisi Muhammad Haji Salleh 90
Dr. Muhammad Irfan Nyia bin Abdullah, Ph.D, Nordin bin Shaari ,
Che Mansor bin Che Tom ,YM Tengku Nor Faizul bin Tengku Embong

8 Tahap Kesediaan Pengetahuan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi 105
Dalam Mendepani Revolusi Industri 4.0
Idrul Hisham bin Ismail, Ph.D

9 Using Bloom’s Taxonomy And Peer Socratic Questioning (Psq) 115
Technique In Group Discussion
Zainab binti Ab. Rahman, Ph.D

5|Muaddib 2019

GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA: SATU
KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA GURU BESAR LELAKI DAN GURU

BESAR PEREMPUAN
Ibrahim Taib, Ph.d

[email protected]
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perbezaan antara gaya
kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar perempuan. Perbezaan
kepuasan kerja guru di bawah kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar
perempuan.Kajian ini dijalankan di sekolah kebangsaan di negeri
Terengganu ,Kelantan dan Pahang. Sebanyak 3 buah sekolah kebangsaan
yang diurus oleh guru besar lelaki dan 3 buah sekolah kebangsaan yang
diurus oleh guru besar perempuan dilaksanakan sebagai sampel kajian.
Jumlah sampel ialah sebanyak 180 orang. Dapatan kajian ini mendapati
bahawa gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar lelaki ataupun
guru besar perempuan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan berdasarkan ujian t yang telah dijalankan. Dapatan ini juga
mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Guru Besar lelaki
dan perempuan dalam mengamalkan gaya kepimpinan dimensi struktur
tugas dan bertimbang rasa. kajian yang dilakukan juga mendapati bahawa
kepimpinan pentadbir lelaki lebih mendapat maklumat yang baik berbanding
perempuan di samping keutamaan terhadap pencapaian matlamat
berbanding dengan pentadbir perempuan.
Kata kunci : Daya kepimpinan,dimensi struktur tugas,dimensi timbang rasa
dan kepuasaan kerja

6|Muaddib 2019

PENGENALAN

Pada zaman mutakhir ini terdapat banyak isu yang dipaparkan di media
massa mahu pun elektronik berkaitan tentang institusi pendidikan sama ada
berbentuk prestasi sekolah, masalah pelajar, masalah guru dan sebagainya.
Isu ini menjadi semakin hangat diperkatakan sehingga muncul pelbagai
kajian oleh kebanyakan pensyarah universiti ataupun pensyarah bukan
universiti. Dalam dunia pendidikan di Malaysia, sekolah merupakan agen
yang sangat penting dalam melahirkan modal insan yang bertaraf dunia serta
memiliki minda kelas pertama dalam bersaing dengan bangsa-bangsa di
negara luar. Hal ini menyebabkan kebanyakan pemimpin dunia sentiasa
memberi fokus yang tinggi dalam meningkatkan mutu pendidikan negara.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa berusaha
memilih calon-calon yang sesuai untuk memimpin institusi pendidikan. Untuk
itu pemilihan calon pemimpin perlulah melepasi syarat yang telah ditetapkan.

PERNYATAAN MASALAH

“Pembuat dasar wanita boleh cetus implikasi, dan “Cuepacs risau
kepincangan sistem penyampaian awam” (Berita Harian 25 Feb. 2010).
Kedua-dua tajuk ini memberi gambaran bahawa kebanyakan posisi tertinggi
hingga rendah dalam sektor awam kebanyakannya diisi oleh wanita. Ini
mencetuskan idea kepada penulis bagi mengkaji fenomena yang dianggap
serius oleh Cuepacs. Pengkaji ingin membuat perbandingan antara guru
besar lelaki dan guru besar perempuan dan hubungannya dengan tahap
kepuasan kerja guru-guru biasa di sekolah kebangsaan di negeri
Terengganu. Oleh itu menimbulkan tanda tanya adakah terdapat hubungan
yang signifikan di antara gaya kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar
perempuan dengan tahap kepuasan kerja di kalangan guru-guru di enam
buah sekolah kebangsaan di negeri Terengganu

TUJUAN KAJIAN

Secara khususnya kajian ini juga bertujuan untuk :

1. Mengkaji perbezaan antara gaya kepimpinan guru besar lelaki dan guru
besar perempuan.
2. Mengkaji perbezaan kepuasan kerja guru di bawah kepimpinan guru
besar lelaki dan guru besar perempuan.

GAYA KEPEMIMPINAN

Ismail (2008) menyatakan bahawa gaya kepimpinan ialah satu struktur
kemahuan yang terselindung dalam diri seseorang pemimpin yang
mempengaruhi tindakan atau sebarang perlakuannya dalam usaha
mempengaruhi kakitangan bagi mencapai matlamat yang diingini. Bagi tujuan
kajian ini, dua gaya kepimpinan akan dikaji iaitu gaya kepimpinan dimensi
struktur tugas dan dimensi timbang rasa yang telah dilakukan oleh Universiti

7|Muaddib 2019

Ohio. Mohd Nor (2003) merumuskan kepemimpinan ialah kemampuan
mempengaruhi minda dan gelagat anggota organisasi untuk mencapai tujuan
organisasi melalui struktur dan prosuder baru. Pada kebiasaannya seseorang
pemimpin menggunakan hanya teknik pengaruh yang tidak ada unsur paksa.
Penggunaan pengaruh tanpa unsur paksaan ini membawa kepada hubungan
yang positif di antara pemimpin dan pengikut. Ini bermakna subordinat
menerima pengaruh dari pemimpin kerana mereka menghormati, menyukai
atau mengagungi pemimpin tersebut.

Dimensi Struktur Tugas

Fleishman (1973) dalam Aminudin (1990), menyatakan mementingkan tugas
yang berstruktur ialah tindakan yang membawa implikasi bahawa pemimpin
yang menyusun dan mendefinisikan hubungan dalam kelompok cenderung
menetapkan pola dan saluran komunikasi serta cara menjalankan kerja yang
nyata.

Dimensi Timbang Rasa

Robbins (1993) dalam AIzat, Intan dan Zainal (2006) menyatakan timbang
rasa adalah merujuk kepada darjah sejauhmana seseorang pemimpin itu
berkecenderungan untuk menjalinkan perhubungan kerja yang bercirikan
saling percaya-mempercayai dan hormat pada idea pekerja bawahan serta
perasaan mereka.

KEPUASAN KERJA

Menurut Klein dan Kitti (1984) dalam Mohd Nor (2003) mendefinisikan
kepuasan kerja sebaggai perasaan yang positif selepas menilai situasi kerja.
dalam kajian ini, penyelidik akan melihat kepada keadaan emosi dan
persepsi responden terhadap pekerjaannya sama ada menyenangkan atau
menyusahkan tahap persepsi mereka terhadap pentadbiran dan gaya
kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar.

METODOLOGI KAJIAN

Reka Bentuk Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, rekabentuk tinjauan rentasan akan digunakan.
Kajian tinjauan bermatlamat untuk mengumpulkan maklumat mengenai
pembolehubah-pembolehubah dan digunakan untuk mengukur
pembolehubah-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena.
Kaedah ini juga akan dapat mengumpul maklumat dari sampel yang kecil
bagi membuat generelisasi terhadap populasi yang lebih besar. Untuk
mendapatkan maklumat yang dikehendaki pengkaji menggunakan soal
selidik sebagai instrumen kajian.

8|Muaddib 2019

Alat Ukur Kajian

Kajian ini menggunakan dua alat ukur bagi mengukur hubungan di antara
gaya kepimpinan dengan tahap kepuasan kerja. Alat ukur yang pertama ialah
soal selidik “Leadership Behavior Description Questionaire” (LBDQ) yang
dibentuk oleh Universiti Ohio State (Halpin, 1957). Alat ukur LBDQ ini
mengandungi instrumen berkaitan dengan gaya kepimpanan dimensi struktur
tugas dan dimensi timbang rasa. Kedua, soal selidik Minnesota Satisfaction
Questionnaire (MSQ) yang dibentuk oleh Weiss, England dan Lofquitst
(dipetik dalam Khalid, 1997) bagi mengukur tahap kepuasan kerja guru.

Sampel Kajian

Kajian ini dijalankan di sekolah kebangsaan di negeri Terengganu ,Kelantan
dan Pahang. Sebanyak 3 buah sekolah kebangsaan yang diurus oleh guru
besar lelaki dan 3 buah sekolah kebangsaan yang diurus oleh guru besar
perempuan dilaksanakan sebagai sampel kajian. Jumlah sampel ialah
sebanyak 180 orang dari jumlah populasi 330 orang berdasarkan Krajie &
Morgan (1970). Namun begitu penulis mengedarkan semua soal selidik
berjumlah 330 dan penulis berjaya memperoleh 303 soal selidik.

Kajian Rintis

Hasil kajian rintis terhadap 30 orang respoden di sekolah yang tidak terlibat
dalam kajian ini, penulis berjaya mendapatkan hasil kebolehpercayaan
instrumen. Bagi instrumen LBDQ penulis mendapat nilai Alpha Cronbachs
0.87 manakala bagi instrumen MSQ ialah sebanyak 0.86

DAPATAN KAJIAN

Pendahuluan
Penyelidikan ini bertujuan bagi melihat perbezaan dan perbandingan di
antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar lelaki dan guru
besar perempuan dalam dimensi struktur tugas dan dimensi timbang rasa
serta hubungannya dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah
kebangsaan di negeri Perlis dan Kedah.

Analisis Statistik Infritial Pembolehubah Kajian

Analisis statistik infritial yang digunakan dalam kajian ini ialah ujian t, ujian
ANOVA dan korelasi Pearson. Jadual 3.2.1 menunjukkan ujian yang diguna
pakai bagi menjawab soalan kajian.

9|Muaddib 2019

Jadual 3.2.1
Ujian Yang Digunakan Dalam Soalan Kajian

Soalan Kajian Ujian Yang Digunakan

Apakah terdapat perbezaan antara Ujian t
gaya kepimpinan guru besar lelaki
dan guru besar perempuan?

Apakah terdapat perbezaan Ujian t
kepuasan kerja guru di bawah
kepimpinan guru besar lelaki dan
guru besar perempuan?

Adakah terdapat hubungan yang Korelasi Pearson
signifikan di antara gaya kepimpinan
dimensi struktur tugas dan
bertimbang rasa dengan tahap
kepuasan kerja guru?

Adakah terdapat perbezaan Ujian t dan ANOVA
kepuasan kerja guru mengikut
jantina, umur, kategori perkhidmatan
dan pengalaman mengajar?

Analisis Gaya Kepimpinan Guru Besar

Apakah terdapat perbezaan antara gaya kepimpinan guru besar lelaki dan
guru besar perempuan?

Berdasarkan Ujian t bebas, ujian Levene didapati tidak signifikan (p>.05).
Oleh itu varians telah memenuhi andaian kehomogenan antara guru besar
lelaki dan guru besar perempuan dalam gaya kepimpinan dimensi struktur
tugas. Dapatan ujian t menunjukkan bias gaya kepimpinan guru besar lelaki
dan guru besar perempuan dalam dimensi struktur tugas adalah tidak
signifikan secara statistik [ t (301) = 2.038, p>.05]. Keputusan kajian ini
menunjukkan bahawa gaya kepimpinan dimensi struktur tugas tidak bias
antara guru besar lelaki dan guru besar perempuan berdasarkan jadual 4.6.
Jadual 3.3.1 juga menunjukkan guru besar lelaki mengamalkan gaya
kepimpinan dimensi struktur tugas yang tinggi iaitu min 3.86 (SP = .45)
berbanding guru besar perempuan iaitu min 3.75 (SP = .42).

10 | M u a d d i b 2 0 1 9

Jadual 3.3.1
Keputusan ujian t bebas bagi gaya kepimpinan dimensi struktur tugas
berdasarkan persepsi guru

Gaya kepimpinan Bilangan Min SP T P
dimensi
struktur tugas

Guru besar lelaki 167 3.86 .45 2.038 .104
136 3.75 .42
Guru besar
perempuan

* signifikan pada 0.05
** signifikan pada 0.01

Berdasarkan Ujian t bebas, ujian Levene didapati tidak signifikan (p>.05).
Oleh itu varians telah memenuhi andaian kehomogenan antara guru besar
lelaki dan guru besar perempuan dalam gaya kepimpinan dimensi
bertimbang rasa. Dapatan ujian t menunjukkan bias gaya kepimpinan guru
besar lelaki dan guru besar perempuan dalam dimensi bertimbang rasa
adalah tidak signifikan secara statistik [ t ( 301) = 8.433, p>.05]. Keputusan
kajian ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan bertimbang rasa tidak bias
antara guru besar lelaki dan guru besar perempuan berdasarkan jadual 3.3.2.
Jadual 3.3.2 juga menunjukkan guru besar lelaki mengamalkan gaya
kepimpinan dimensi bertimbang rasa yang tinggi iaitu min 3.90 (SP = .56)
berbanding guru besar perempuan iaitu min 3.35 (SP = .57).

Jadual 3.3.2
Keputusan ujian t bagi gaya kepimpinan dimensi bertimbang rasa
berdasarkan persepsi guru

Gaya kepimpinan Bilangan Min SP T P
dimensi bertimbang
rasa

Guru besar lelaki 167 3.90 .56 8.433 .963

Guru besar perempuan 136 3.35 .57

* signifikan pada 0.05
** signifikan pada 0.01

Analisis Kepuasan Kerja Berdasarkan Gaya Kepimpinan Guru Besar
11 | M u a d d i b 2 0 1 9

Apakah terdapat perbezaan kepuasan kerja guru di bawah kepimpinan guru
besar lelaki dan guru besar perempuan?

Berdasarkan Ujian t bebas, ujian Levene didapati signifikan (p<.05). Oleh itu
varians tidak memenuhi andaian kehomogenan antara guru besar lelaki dan
guru besar perempuan dalam kepuasan kerja guru. Dapatan ujian t
menunjukkan bias gaya kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar
perempuan dalam kepuasan kerja guru adalah signifikan secara statistik [
t ( 301) = 7.860, p<.05]. Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa kepuasan
kerja guru bias kepada gaya kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar
perempuan berdasarkan jadual 3.8. Jadual 3.4.1 juga menunjukkan
kepuasan kerja guru adalah lebih tinggi di bawah gaya kepimpinan guru
besar lelaki iaitu min 4.03 (SP = .45) berbanding guru besar perempuan iaitu
min 3.53 (SP = .64).

Jadual 3.4.1
Keputusan ujian t bagi kepuasan kerja guru berdasarkan gaya kepimpinan
guru besar mengikut persepsi guru

Kepuasan kerja guru berdasarkan Bilangan Min SP T P
gaya
kepimpinan guru besar

Guru besar lelaki 167 4.03 .45 7.860 .000*
Guru besar perempuan 136 3.53 .64

* signifikan pada 0.05
** signifikan pada 0.01

Analisis Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Dengan Kepuasan Kerja

Adakah terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan
dimensi struktur tugas dan dimensi bertimbang rasa dengan tahap kepuasan
kerja guru?

Jadual3.5.1
Keputusan ujian korelasi Pearson antara gaya kepimpinan dimensi struktur
tugas dengan kepuasan kerja

(1) (2)
12 | M u a d d i b 2 0 1 9

Gaya kepimpinan dimensi (1) 1 .40(**)
struktur tugas

Kepuasan kerja (2) .40(**) 1

* signifikan pada 0.05
** signifikan pada 0.01

Berdasarkan jadual 3.5.1 gaya kepimpinan dimensi struktur tugas
mempunyai hubungan yang positif dan didapati signifikan ( r = .40, p <.01)
dengan kepuasan kerja. Ini menunjukkan bahawa sekiranya guru besar
mengamalkan gaya kepimpinan dimensi struktur tugas yang tinggi maka
kepuasan kerja guru juga akan semakin tinggi dan sekiranya gaya
kepimpinan dimensi struktur tugas adalah rendah maka kepuasan kerja guru

juga semakin rendah. Dapatan ini juga menunjukkan hubungan yang
sederhana ( r = .40, p<.01). Kesimpulannya gaya kepimpinan dimensi
struktur tugas yang diamalkan oleh guru besar mempunyai hubungan yang
sederhana dengan kepuasan kerja guru.

Jadual 3.5.2
Keputusan ujian korelasi Pearson antara gaya kepimpinan
dimensibertimbang rasa dengan kepuasan kerja

Gaya kepimpinan dimensi bertimbang (1) (1) (2)
rasa (2) 1 .66(**)
Kepuasan kerja .66(**)
1
* signifikan pada 0.05
** signifikan pada 0.01

Berdasarkan jadual 3.5.2 gaya kepimpinan dimensi bertimbang rasa
mempunyai hubungan yang positif dan didapati signifikan ( r = .66, p <.01)
dengan kepuasan kerja. Ini menunjukkan bahawa sekiranya guru besar
mengamalkan gaya kepimpinan dimensi bertimbang rasa yang tinggi maka
kepuasan kerja guru juga akan semakin tinggi dan sekiranya gaya
kepimpinan dimensi bertimbang rasa adalah rendah maka kepuasan kerja
guru juga semakin rendah. Dapatan ini juga menunjukkan hubungan yang
tinggi ( r = .66, p<.01). Kesimpulannya gaya kepimpinan dimensi bertimbang
rasa yang diamalkan oleh guru besar mempunyai hubungan yang tinggi
dengan kepuasan kerja guru. Peraturan biasa yang digunakan dan
dipersetujui oleh ramai penyelidik sebagai rule of thumb untuk menyatakan
hubungan dua hala pembolehubah adalah seperti yang diinterpretasikan oleh
Darvies (1971) ditunjukkan pada jadual 3.5.3 di bawah :

13 | M u a d d i b 2 0 1 9

Jadual 3.5.3
Interpretasi Mengikut Saiz Pekali Korelasi

Saiz Pekali Korelasi Interpretasi

.70 hingga 1.00 Terlalu Tinggi

.50 hingga .69 Tinggi

.30 hingga .49 Sederhana

.10 hingga .29 Rendah

.01 hingga .09 Diabaikan

Kesimpulannya, berdasarkan ujian korelasi yang ditunjukkan pada jadual

3.5.2 menunjukkan bahawa gaya kepimpinan dimensi struktur tugas

mempunyai hubungan yang sederhana dan signifikan dengan kepuasan kerja

guru iaitu (r = .40, p<.01). Ujian korelasi juga menunjukkan bahawa gaya

kepimpinan dimensi bertimbang rasa mempunyai hubungan yang tinggi dan

signifikan dengan kepuasan kerja guru iaitu (r = .66, p <.01) seperti mana

yang telah ditunjukkan dalam jadual 3.5.3.

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Merujuk kepada soalan pertama kajian iaitu apakah terdapat perbezaan yang
signifikan antara gaya kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar
perempuan. Dalam kajian yang dijalankan, penyelidik cuba mengkaji
perbezaan dari sudut dimensi struktur tugas. Hasil kajian menunjukkan
bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara guru besar lelaki dan
guru besar perempuan dalam mengamalkan gaya kepimpinan dimensi
struktur tugas secara statistik iaitu [ t (301) = 2.038, p>.05]. Dapatan ini
menjelaskan bahawa gaya kepimpinan dimensi struktur tugas antara guru
besar lelaki dan guru besar perempuan adalah sama. Namun begitu, dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa min bagi gaya kepimpinan guru besar lelaki
dalam dimensi struktur tugas adalah tinggi iaitu 3.86 berbanding guru besar
perempuan iaitu 3.75. Ini memberi gambaran bahawa guru besar lelaki lebih
mengamalkan gaya kepimpinan dimensi struktur tugas berbanding guru
besar perempuan.

Kesimpulannya, persepsi guru cenderung menyatakan bahawa guru besar
lelaki lebih mendahului gayakepimpinan wanita dari sudut dimensi struktur
tugas berdasarkan min yang diperolehi. Natijahnya, guru besar lelaki
mempunyai kemahiran yang sangat baik dalam menguruskan hal-hal

14 | M u a d d i b 2 0 1 9

pentadbiran serta tugas-tugas guru secara sistematik dan berstruktur.
Menurut Norhannan & Jamaliah (2006) dalam kajian mereka mendapati
pengetua wanita lebih mendominasi dimensi struktur tugas berbanding
bertimbang rasa. Kajian juga mendapati bahawa 62.11% menunjukkan
bahawa pentadbir perempuan lebih efisyen berdasarkan kualiti pentadbiran
sekolah sebagaimana kajian yang dilakukan di Nigeria (Francisca & Tony
Idowa 2005). Ini bermakna guru besar perempuan juga mempunyai
kemahiran struktur tugas yang sama dengan guru besar lelaki.

Seterusnya penyelidik cuba melihat perbezaan gaya kepimpinan guru besar
lelaki dan guru besar perempuan dalam dimensi bertimbang rasa.
Berdasarkan ujian t yang telah dijalankan, didapati bahawa tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara guru besar lelaki dan guru besar
perempuan dalam dimensi bertimbang rasa secara statistik iaitu [ t (301) =
8.433, p>.05]. Ini menunjukkan bahawa gaya kepimpinan dalam dimensi
bertimbang rasa adalah sama antara guru besar lelaki dan guru besar
perempuan. Namun begitu, jadual 4.7 menunjukkan bahawa min bagi guru
besar lelaki dalam dimensi bertimbang rasa adalah lebih tinggi iaitu 3.90
berbanding dengan guru besar perempuan iaitu 3.35.

Dapatan dalam bentuk min menjelaskan bahawa gaya kepimpinan dimensi
bertimbang rasa adalah sangat menonjol di kalangan guru besar lelaki
berbanding guru besar perempuan. Kesimpulannya, persepsi guru terhadap
gaya kepimpinan guru besar lelaki dalam dimensi bertimbang rasa adalah
sangat domain dan mendahului berbanding persepsi guru terhadap gaya
kepimpinan guru besar perempuan. Ini memberi satu kesimpulan bahawa
guru besar lelaki sangat bijak dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran
serta memiliki kemahiran komunikasi serta interpersonal yang baik
dalammenguruskan pentadbiran sekolah dengan banyak memberi budi
bicara serta jalan penyelesaian yang baik kepada guru. Menurut Aizat, Intan
dan Zainal (2006) kepimpinan berorientasikan manusia merupakan pemimpin
jenis yang lebih suka menekankan aspek perhubungan antara individu.

Kesimpulan dalam dapatan kajian ini mendapati bahawa gaya kepimpinan
yang diamalkan oleh guru besar lelaki ataupun guru besar perempuan
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan ujian t
yang telah dijalankan. Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan
oleh Nordin (2003) yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara pengetua lelaki dan pengetua perempuan dalam
mengamalkan gaya kepimpinan dimensi struktur tugas dan bertimbang rasa.
Menurut Francisca & Tony Idowa (2005) kajian yang dilakukan mereka di
Nigeria mendapati bahawa kepimpinan pentadbir lelaki lebih mendapat
maklumat yang baik berbanding perempuan di samping keutamaan terhadap
pencapaian matlamat berbanding dengan pentadbir perempuan.

Kebanyakan pentadbir perempuan dilihat mampu menguruskan hal
pentadbiran tetapi dilihat berbeza dari sudut gaya kepimpinan berbanding

15 | M u a d d i b 2 0 1 9

pentadbir lelaki. Eakle (1995) menyimpulkan bahawa masyarakat melihat
ketegasan pentadbir lelaki dan perempuan dengan pandangan yang berbeza.
Pentadbir lelaki dilihat akan mengamalkan gaya kepimpinan autokratik
mengikut situasi tertentu berbanding pentadbir perempuan. Selain itu juga,
pentadbir perempuan dilihat sebagai mampu mengurus sekolah dengan baik
melalui kaedah dan teknik yang berbeza dengan pentadbir lelaki. Kajian
Hurty (1995) menyatakan bahawa pentadbir perempuan menggunakan kuasa
secara konsisten bagi memastikan sesuatu kerja sempurna.

Seterusnya, dapatan yang diperolehi telah menjelaskan kepada soalan kajian
yang kedua iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan
kerja guru dengan gaya kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar
perempuan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang
signifikan antara kepuasan kerja guru di bawah kepimpinan guru besar lelaki
dan guru besar perempuan secara statistik iaitu [ t (301) = 7.860, p<.05].
Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa kepuasan kerja guru adalah bias
kepada gaya kepimpinan guru besar lelaki dan guru besar perempuan. Selain
ujian t bebas yang telah dijalankan, keputusan min juga menunjukkan
bahawa kepuasan kerja guru di bawah kepimpinan guru besar adalah lebih
tinggi iaitu 4.03 berbanding guru besar perempuan iaitu 3.53. Ini
membuktikan walaupun ujian t yang telah dijalankan terhadap gaya
kepimpinan dalam kedua dimensi adalah sama secara statistik kerana tidak
mempunyai perbezaan yang signifikan namun persepsi guru terhadap
kepuasan kerja menunjukkan mereka lebih selesa dan sangat berpuas hati di
bawah kepimpinan guru besar lelaki berbanding guru besar perempuan
berdasarkan ujian t dan juga min yang diperolehi.

Kesimpulannya, kebanyakan responden memberi “markah” yang tinggi
terhadap guru besar lelaki walaupun responden bagi guru besar perempuan
memberi gambaran mereka berpuas hati terhadap kerja mereka namun
hanya memberi “markah” yang sederhana sahaja terhadap guru besar
perempuan. Ini sekali lagi membuktikan gaya kepimpinan guru besar lelaki
berjaya diterima oleh kebanyakan responden sehinggakan mereka berasa
mendapat kepuasan kerja di bawah pentadbiran guru besar lelaki. Keadaan
ini sekali gus menjadikan kepimpinan guru besar lelaki cemerlang dalam
memberi tahap kepuasan kerja yang tinggi kepada guru-guru berbanding
guru besar perempuan. Ini bermakna guru besar lelaki berjaya memenuhi
kepuasan kerja guru sebagaimana yang dinyatakan oleh Calhoon (1963)
bahawa keperluan pekerja dapat dipenuhi selari dengan perasaan manusia
yang selalu berubah.

Ini membuktikan guru besar lelaki mampu memenuhi segala kehendak dan
perasaan guru-guru bawahan mengikut perubahan semasa. Hal ini
menunjukkan bahawa gaya kepimpinan guru besar lelaki adalah lebih baik
berbanding gaya kepimpinan guru besar perempuan dalam hal berkaitan
dengan kepuasan kerja. Kajian Zawawi (1997) menyatakan corak penyeliaan

16 | M u a d d i b 2 0 1 9

dengan pengalaman terhadap kepuasan kerja menunjukkan bahawa guru
lebih suka seliaan pengetua dibuat untuk memperbetulkan kesalahan yang
dilakukan bukan mencari kesalahan.

PENUTUP

Kesimpulan yang dapat dibuat oleh penulis dalam kajian ini ialah gaya
kepimpinan yang diperkenalkan oleh Universiti Ohio iaitu gaya kepimpinan
dimensi struktur tugas dan dimensi bertimbang rasa adalah sangat sesuai
diamalkan di sekolah. Kajian mendapati gaya kepimpinan ini boleh diamalkan
oleh semua guru besar tidak kira guru besar lelaki mahupun guru besar
perempuan. Walaupun kedua dimensi ini mampu dilakukan, namum penulis
ingin mengingatkan semua pihak khususnya pihak pentadbir bahawa gaya
kepimpinan bukanlah satu-satunya perkara yang dinilai oleh guru-guru
bahkan masih banyak faktor yang mendorong kepada kepuasan kerja guru di
sekolah.

RUJUKAN

Aminudin Mohd Yusof (1990). Siri analisis psikologi : Kepimpinan.
KualaLumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Calhoon, R.P. (1963). Managing Personel. USA : Haper and Row Publisers.

Eakle, S. A. (1995). Going where few women have gone. Thrust for
Education Leadership, 24 (6), 16-21.

Halpin, A. W (1966). Theory And Research In Administration. New York :
McMillan Co.

Hurty, K. S. (1995). Women leading in education. Albany, NY : State
University of New York Press.

Ismail Mustafa. (2008). Kepimpinan Pendidikan Teori dan Amalan. Pure
Honey Enteprise: Kuala Lumpur.

Khalid Ashari . (1997). Hubungan gaya kepimpinan dan gaya kepemimpinan
transformasi pengetua dengan kepuasan dan motivasi.Usul kajian
Master Pendidikan Universiti Sains Malaysia .Tidak diterbitkan.

Krejcie, R.V. & D. W. Morgan. (1970). Determining size for research activities.
Educational and Psychological Measurement 30 : 607-610.

Nik Pa, N. A. (2003). Pendidikan Matematik di Malaysia dalam Abad Ke-21:
Cabaran dan Harapan. Kuala Lumpur: AND Multi Works.

17 | M u a d d i b 2 0 1 9

Zawawi Mokhtar. (1997). Kepuasan kerja di kalangan guru teknik, vokasional
dan guru akademik : Satu kajian di sekolah-sekolah teknik dan
vokasional di negeri Kedah darul Aman. Tesis Master Universiti Utara
Malaysia.Tidak diterbitkan.

Zuraina Zainol Abidin. (2006). Motivasi dan kepuasan kerja di kalangan para
pensyarah kolej matrikulasi perlis. Tesis Master Universiti Utara
Malaysia. Tidak diterbitkan.

HUBUNGAN MOTIF DENGAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM
AKTIVITI PERMAINAN BOLA TAMPAR

Wan Azlan bin Wan Ismail Ph.D 2019
Zul Aizam bin Yassin Ph.D
[email protected]

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,

18 | M u a d d i b

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail, Terengganu

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan motif dengan penglibatan
pelajar sekolah rendah dalam aktiviti permainan bola tampar. Kajian ini juga
bertujuan untuk mengenal pasti motif utama yang menyumbang kepada
tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti permainan bola tampar tersebut.
Responden kajian terdiri daripada 150 orang murid yang berumur dalam
lingkungan 12 tahun iaitu terdiri daripada 6 buah sekolah rendah di daerah
Kuala Nerus, Terengganu. Bagi tujuan kajian ini, soal selidik yang diubah
suai berdasarkan instrumen “Motives For Physical Activities Measure-
Revised (MPAM-R)” diambil daripada Ryan et al. (1996) diguna bagi menguji
motif penglibatan murid sekolah rendah terhadap aktiviti permainan bola
tampar. Kajian ini menggunakan analisis deskriptif (min dan sisihan piawai)
serta analisis inferensi (Kolerasi). Hasil kajian menunjukkan bahawa motif
adalah faktor yang signifikan meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti
permainan bola tampar di sekolah rendah.
Kata kunci : Motif Penglibatan, Penglibatan Murid, Sukan Bola Tampar

PENGENALAN
Permainan bola tampar merupakan salah satu acara permainan yang
dipertandingkan di peringkat sekolah di bawah kelolaan Majlis Sukan
Sekolah - Sekolah Malaysia (MSSM). Permainan bola tampar nampak agak
unik jika dibandingkan dengan permainan bola yang lain seperti bola
keranjang, bola jaring, dan bola baling. Ciri unik ini dapat dilihat dari segi cara

19 | M u a d d i b 2 0 1 9

bola itu dimainkan oleh para pemainnya. Kemahiran menghantar bola yang
ditunjukkan oleh pemain-pemain dalam permainan ini adalah luar biasa dan
bukan cara biasa kelihatan dalam permainan yang menggunakan bola seperti
permainan bola sepak, hoki dan bola jaring. Tambahan pula,
permulaan permainan ini dilakukan dari luar gelanggang.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk meneliti secara terperinci motif
penglibatan pelajar untuk menarik minat mereka dalam permainan bola
tampar serta perkara-perkara yang dapat memotivasikan mereka untuk terus
aktif bersukan. Menurut Nelfianty (2004), aspek psikologi merupakan salah
satu faktor utama selain fizikal, teknikal dan strategi yang diperlukan oleh
atlet untuk mencapai kejayaan dalam sukan. Motif penglibatan merupakan
salah satu faktor yang penting untuk seseorang individu melibatkan diri dalam
aktiviti atau kegiatan sukan. Contohnya, baru-baru ini diadakan Sukan
SUKMA 2018 di Ipoh, Perak. Kalau dilihat dari sudut pencapaian, atlit kita
belum lagi mencapai sasaran yang dikhendaki oleh Majlis Sukan Negara
(MSN). Oleh itu, pelbagai persoalan serta isu mula timbul dan menyatakan
sebab-sebab kemerosotan prestasi. Terdapat beberapa faktor yang menjadi
penyebab kepada penurunan prestasi dan juga persembahan atlet di negara
ini. Salah satu faktornya ialah tiadanya motif penglibatan yang jelas dalam
kalangan atlit ini. Mengapa pula motif ini di anggap penting ?. Ianya dianggap
penting kerana boleh mempengaruhi penglibatan dalam permainan sukan-
sukan tertentu.

Keperluan menyelidik motif penglibatan pelajar akan membantu
mempertingkatkan dan menggalakkan penglibatan pelajar sekolah rendah
dalam permainan bola tampar. Terdapat banyak motif yang menyebabkan
seseorang itu melibatkan diri dalam aktiviti sukan khasnya permainan bola
tampar. Kajian mengenai motif penglibatan menyertai sukan oleh Gill, Gross
dan Huddleston (1983), mendapati lapan faktor utama motif penglibatan iaitu
untuk meningkatkan status, memupuk semangat sepasukan, kecergasan,
pengeluaran tenaga, persekitaran, perkembangan kemahiran, persahabatan
dan keseronokan. Mohd Nizam, Zakiah, Mohd Khairuddin dan Anuar (2008),
menegaskan bahawa kajian mengenai motif penglibatan dalam permainan
sukan merupakan satu cara berkesan bagi menyediakan persekitaran optima
yang dapat menarik minat seseorang pelajar.

LATAR BELAKANG

Bagi mengentahui motif penglibatan pelajar dalam permainan bola tampar ini,
maka satu kajian yang terperinci mengenai motif sebenar pelajar melibatkan
diri dalam aktiviti permainan bola tampar perlu dijalankan. Dengan
memahami motif mereka, dapat membantu memenuhi kehendak dan
tuntutan pelajar dalam aktiviti permainan bola tampar di sekolah (Shaharudin

20 | M u a d d i b 2 0 1 9

2001). Menurut Ramlesh (1988) motif adalah alat atau sumber atau daya
yang merangsang minat terhadap sesuatu aktiviti dan berusaha gigih bagi
mencapai matlamat tersebut. Motif ini juga dilihat sebagai titik tolak
penglibatan mereka dalam aktiviti sukan bola tampar di sekolah (Shukiman,
Henry & Irwan 2015). Shaharudin (2001) juga menyenaraikan enam motif
utama penglibatan remaja dalam sukan mengikut urutan kepentingannya iaitu
keseronokan, meningkatkan kemahiran, menjalin persahabatan,
kegembiraan, kejayaan dan meningkatkan kecergasan fizikal. Beberapa
kajian berkaitan dengan motif telah dijalankan oleh pengkaji seperti
Shukiman et al. (2015), Molanorouzi, Khoo dan Morris (2015).

PENYATA MASALAH

Segala tingkah laku individu didorong oleh satu atau lebih motif, maka kajian
mengenai motif penglibatan dalam permainan bola tampar akan dapat
memberi gambaran jelas mengenai sebab-sebab pelajar sekolah rendah
menyertai sukan ini. Dalam bidang sukan bola tampar, perasaan untuk
memenangi sesuatu pertandingan seringkali dilihat sebagai satu-satunya
faktor penting untuk melihat pencapaian prestasi dan pengekalan penyertaan
individu dalam aktiviti tersebut (Shukiman, Henry & Irwan 2015). Sehubungan
itu, tumpuan kajian ini adalah untuk mengkaji motif penglibatan pelajar bagi
menarik minat pelajar ini, kajian yang terperinci mengenai motif mengapa
pelajar melibatkan diri dalam aktiviti permainan bola tampar dan matlamat
penglibatan mereka perlu dijalankan (Nelfianty 2004). Justeru itu, kajian ini
begitu penting kerana dapat memberi maklumat kepada warga pendidik dan
jurulatih tentang motif penglibatan pelajar sekolah rendah dalam permainan
bola tampar di daerah Kuala Nerus.

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenal pasti motif penglibatan murid
sekolah rendah dalam permainan bola tampar. Melalui kajian ini diharapkan
dapat memberikan gambaran sebenar dan faktor motif manakah menjadi
pilihan pelajar untuk terlibat dalam sukan bola tampar. Di antara objektif yang
dikaji ialah:

i. Mengenal pasti tahap motif penglibatan pelajar dalam permainan bola
tanpar.

ii. Mengenal pasti perbezaan motif penglibatan pelajar dalam permainan
bola tampar berdasarkan jantina

METODOLOGI

Kajian ini dijalankan secara kaedah tinjauan yang menggunakan soal selidik
untuk mendapatkan maklumat kajian. Bilangan sampel dalam kajian ini ialah
seramai 150 orang pelajar sekolah rendah di daerah Kuala Nerus. Sebanyak
6 buah sekolah rendah kebangsaan terlibat dengan kajian ini. Hanya pelajar
darjah empat hingga enam sahaja dipilih untuk kajian ini. Soal selidik yang

21 | M u a d d i b 2 0 1 9

digunakan adalah diadaptasi dan diubahsuai daripada soal selidik Motives
For Physical Activities Measure-Revised (MPAM-R) oleh Ryan et al. (1996).
Ia adalah inventori 30-item dibahagikan kepada lima sub-skala yang
mengukur kecergasan peserta (5 item-item: 1, 13, 16, 19,23), penampilan (6
item: 5,10,17,20,24,27), kecekapan (7 item-item: 3,4,8,9,12,14,25),
keseronokan (7 item-item: 2, 7, 11, 18, 22, 26, 29), dan sosial (5 item-item: 6,
15, 21, 28, 30). Soal selidik ini diubahsuai berdasarkan pemboleh ubah motif
terhadap penglibatan dalam sukan bola tampar dengan Nilai Alpha Cronbach
yang dihasilkan menunjukkan semua item dalam soal selidik mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan dalam kajian sebenar
iaitu faktor kecergasan (0.839), penampilan (0.765), kecekapan (0.857),
keseronokan (0.740) dan sosial (0.731). Soal selidik ini juga telah diuji
kesahan muka dan kesahan kandungan melalui penilaian (expert judgement)
oleh tiga orang pakar yang arif dalam bidang sukan.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menerangkan hasil analisis data dan keputusan kajian.
Analisis yang dibuat untuk menjawab objektif kajian yang digariskan. Analisis
deskriptif digunakan bagi kategori soalan yang berkaitan penglibatan, tahap
motif, nilai min dan juga sisihan piawai.

Tahap motif penglibatan pelajar sekolah rendah dalam sukan bola
tampar

Jadual 1 menunjukkan sebaran interprestasi skor min dalam menentukan
tahap komponen-komponen motif terhadap penglibatan pelajar sekolah
rendah dalam permainan bola tampar berdasarkan Jamil (2002).

Jadual 1: Interprestasi skor min

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.0 hingga 2.33 Rendah

2.34 hingga 3.67 Sederhana

3.68 hingga 5.00 Tinggi

Sumber: Jamil (2002)

Manakala Jadual 2 di bawah pula menunjukkan komponen-komponen motif
terhadap penglibatan pelajar sekolah rendah dalam permainan bola tampar.
Komponen kecekapan adalah merupakan komponen yang tertinggi dengan
(min=28.80, SP=4.31). Komponen kedua tertinggi adalah keseronokan (min
24.76, SP=3.81). Komponen sosial menjadi komponen terendah dengan
(min=20.04, SP=3.18).

22 | M u a d d i b 2 0 1 9

Jadual 2: Skor min bagi motif penglibatan pelajar sekolah rendah
dalam sukan bola tampar

Motif N Min SP Tahap
Penglibatan
21.57 3.00 Tinggi
Kecergasan 23.76 4.06 Tinggi
Penampilan 150 28.80 4.31 Tinggi
Kecekapan 24.76 3.81 Tinggi
Keseronokan 20.04 3.18 Tinggi
Sosial

Jika dilihat dari sudut pengkategorian julat skor min instrumen kajian, dapatan
kajian menunjukkan kesemua komponen motif terhadap penglibatan pelajar
darjah empat hingga enam berada pada tahap tinggi dalam sukan bola
tampar. Ini menunjukkan bahawa motif merupakan salah satu elemen yang
penting dalam mempengaruhi penglibatan pelajar dalam permainan bola
tampar pelajar sekolah rendah di daerah Kuala Nerus.

Perbezaan motif pelajar sekolah rendah berdasarkan jantina

Ujian-t digunakan untuk menguji perbezaan min bagi dua kumpulan sampel
kajian (Pallant 2011). Perbezaan besar di antara dua kumpulan akan
memberikan nilai t yang tinggi. Sehubungan itu, ujian t dilaksanakan dalam
kajian ini adalah untuk melihat melihat perbezaan motif terhadap penglibatan
pelajar dalam permainan bola tampar berdasarkan jantina. Komponen motif
terbahagi kepada lima bahagian, iaitu kecergasan, penampilan, kecekapan,
keseronokan dan sosial.

Jadual 3: Ujian t terhadap motif berdasarkan jantina

Levens Test t-test for equality of

Motif Jantina N Min SP for equality means
Penglibatan of variances
Kecergasan
F Sig. t df Sig.
Penampilan
Lelaki 80 21.35 2.98 0.612 0.435 - 148 0.332
Kecekapan
Keseronokan Perempuan 70 21.83 3.04 0.973
Sosial
Lelaki 80 24.01 4.05 0.000 0.989 0.811 148 0.418
p>0.05
Perempuan 70 23.47 4.10

Lelaki 80 28.60 4.23 0.325 0.570 - 148 0.533

Perempuan 70 29.04 4.44 0.623

Lelaki 80 24.46 3.82 0.053 0.818 - 148 0.298

Perempuan 70 25.11 3.81 1.044

Lelaki 80 19.73 3.39 0.887 0.348 - 148 0.205

Perempuan 70 20.40 2.92 1.272

23 | M u a d d i b 2 0 1 9

Dalam jadual 3, nilai signifikan bagi ujian Levene untuk semua konstruk motif
lebih besar daripada 0.05. Ini bermaksud varian bagi dua kumpulan ini adalah
sama. Oleh itu, ujian t boleh dilakukan. Hasil analisis Ujian t pula
menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara penglibatan
bagi kumpulan pelajar lelaki dan perempuan bagi motif kecergasan,
penampilan, kecekapan, keseronokan dan sosial. Kumpulan pelajar
perempuan memperoleh min lebih tinggi berbanding kumpulan pelajar lelaki
bagi komponen kecergasan (min=21.83, t=-0.97, p>0.05), kecekapan
(min=29.04, t=-0.62, p>0.0.05), keseronokan (min=28.11, t=-0.04, p>0.05)
dan sosial (min=20.40, t=-1.27, p>0.05). Hanya penampilan (min=23.42,
t=0.41, p>0.05) min kumpulan pelajar lelaki lebih tinggi daripada kumpulan
pelajar perempuan. Ini bererti perbezaan jantina tidak mempengaruhi motif
penglibatan pelajar dalam sukan bola tampar di sekolah rendah mengikut
komponen kecergasan, penampilan, kecekapan, keseronokan dan sosial.

PERBINCANGAN

Hasil kajian menunjukkan tahap komponen motif secara keseluruhannya
adalah berada pada tahap tinggi. Ini membuktikan bahawa motif merupakan
salah satu elemen yang terpenting dalam mempengaruhi penglibatan pelajar
dalam aktiviti permainan bola tampar di sekolah rendah. Dapatan kajian ini
selari dengan kajian Azemi (2004) mendapati tidak terdapat perbezaan motif
penglibatan dengan jantina di daerah Kubang Pasu bagi pelajar sekolah
menengah terhadap kegiatan sukan. Kajian Azemi juga mendapati pelajar
sekolah menengah menunjukkan motif penglibatan utama adalah kecekapan,
kecergasan dan semangat berpasukan. Ini sesuai dengan tujuan aktiviti ko
kurikulum sukan di sekolah yang merupakan peluang untuk para pelajar
meningkatkan kecekapan semasa bermain bola tampar dan meningkat
kecergasan serta mengurangkan tekanan (Muhammad Nizam 2008). Begitu
juga kajian Shukiman, Henry dan Irwan (2015) juga mendapati motif
penglibatan pelajar Sekolah Sukan Malaysia (SSM Bukit Jalil dan SSM
Tengku Mahkota Ismail) dalam sukan bermotifkan kemahiran, semangat
berpasukan, kecergasan, persahabatan, pencapaian, persekitaran,
pembebasan tenaga dan keseronokan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan
tidak terdapat perbezaan motif penglibatan pelajar lelaki dan pelejar
perempuan di Sekolah Sukan Malaysia.

Sehubungan itu, dapatan kajian ini membuktikan faktor kecekapan dan
keseronokan merupakan faktor yang sangat kuat mempengaruhi penglibatan
para pelajar di dalam permainan bola tampar. Ini bersesuaian dengan
kenyataan Cox (2002), yang menyatakan motif utama seseorang pelajar
melibatkan diri dengan aktiviti sukan adalah kerana keseronokkan yang
dikecapi dan sekiranya keseronokkan itu hilang maka mereka akan berhenti
menyertainya. Namun begitu, dapatan kajian ini adalah berbeza dengan
kajian oleh Lee et al. (2014) yang mengkaji motivasi intrinsik pelajar dalam

24 | M u a d d i b 2 0 1 9

sukan, mendapati komponen keseronokan adalah komponen utama motif
pelajar terhadap penglibatan dalam sukan. Selain itu, terdapat juga beberapa
faktor lain yang menyebabkan seseorang terlibat dalam sukan bola tampar
antaranya ialah untuk mendapatkan kemahiran baru, menganggotai sesuatu
pasukan, cabaran dan keghairahan bersukan, kesihatan badan serta
bertanding untuk mencapai kemenangan (Mohd. Sofian 2001).

Menurut Biddle (1997), untuk menerangkan mengapa golongan pelajar aktif
dalam aktiviti fizikal melalui sukan permainan, ‘motif penglibatan’ ini sangat
berguna dan merupakan titik mula untuk memahami motivasi mereka.
Justeru itu, apabila kita membicarakan tentang isu penglibatan secara tidak
langsung ianya menyentuh peranan motivasi penglibatan individu dalam
sukan kerana motif dan motivasi saling berkaitan. Terdapat begitu banyak
motif yang dapat mempengaruhi kekerapan permainan dalam sukan seperti
motif fizikal, motif persekitaran dan motif psikologi (Kerr et al. 2008). Namun
begitu menurut Cox (1998), remaja melibatkan diri dalam bidang sukan
disebabkan oleh: (1) mempelajari kemahiran baru, (2) keseronokan diri, (3)
kesihatan dan kecergasan, (4) cabaran sukan dan (5) bersama rakan
sepasukan. Oleh itu, motif yang wujud ini adalah sebagai faktor pendorong
yang memotivasikan seseorang untuk mengarah atau melakukan apa yang
diingininya.

Kajian oleh Lim (2007) menjelaskan bahawa motif untuk setiap penglibatan
sukan atau apa-apa aktiviti permainan adalah berbeza mengikut hasil yang
diharapkan dan ia menunjukkan bahawa semua jenis motivasi berkaitan
dengan hasil psikologi positif. Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa
pelajar perempuan mempunyai motif yang lebih tinggi berbanding pelajar
lelaki bagi komponen kecergasan, kecekapan, keseronokan dan sosial. Ini
berbeza dengan kajian oleh Rozita (2009) yang mendapati remaja lelaki lebih
aktif berbanding dengan remaja perempuan. Kajian Gill (1986) pula
mendapati motif penglibatan wanita dalam sukan adalah untuk mengekalkan
bentuk badan, menjadi kuat dan sihat. Walau bagaimana pun, perbezaan
motif di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kajian tidaklah
begitu ketara.

Secara keseluruhan kajian ini mendapati motif utama penglibatan pelajar
sekolah rendah dalam permainan bola tampar kerana motif kecekapan yang
merupakan faktor penyumbang yang paling tinggi terhadap penglibatan
pelajar dalam sukan bola tampar. Diikuti oleh motif keseronokan, motif
penampilan, motif kecergasan dan seterusnya motif sosial. Sehubungan itu,
motif kecekapan dan keseronokan mempunyai pengaruh terpenting terhadap
penglibatan pelajar dalam permainan bola tampar di sekolah rendah di
Daerah Kuala Nerus.

Implikasi Kajian

25 | M u a d d i b 2 0 1 9

Kajian ini diharapkan dapat memberikan implikasi kepada pihak-pihak yang
terlibat dengan pembangunan sukan di sekolah. Oleh itu, sangat penting
memahami aspek motif penglibatan pelajar dalam permainan bola tampar di
sekolah rendah bagi menarik minat mereka terhadap sukan ini. Tambahan
pula banyak kajian menunjukkan kelemahan dalam pelaksanaan Ko
kurikulum sukan di sekolah (Desma 2001). Hasil dapatan kajian ini boleh
digunakan untuk membantu pihak pengurusan berkaitan sukan bola tampar
dalam mempromosi, merancang dan melaksanakan program pembangunan
sukan bola tampar bagi memenuhi motif pelajar untuk terus terlibat dalam
sukan ini. Selain itu, guru-guru perlu mencungkil kesedaran, memupuk sikap,
dan menjelaskan kepentingan bersukan untuk kesihatan (Mohamad Nizam et
al 2008). Seterusnya sokongan kepada pelajar daripada pihak-pihak yang
terlibat juga penting supaya permainan bola tampar ini menjadi peneraju
dalam menggalakkan rakyat pelajar di sekolah mengamalkan gaya hidup
sihat sepanjang hayat (Santosa & Dikdik 2017). Hasrat ini dapat dicapai
melalui perancangan dan pelaksanaan strategi atau gaya pengajaran yang
berkesan dan holistik di sekolah (Zulkifli Awang 2012)

KESIMPULAN

Pelaksanaan kokurikulum permainan sukan umumnya perlulah dilihat
sebagai satu wadah yang terpenting dalam sistem persekolahan di Malaysia,
tambahan pula program 1M1S (1 murid 1 sukan) wajib diikuti oleh semua
pelajar di sekolah. Jika pelaksanaan permainan 1M1S, khasnya permainan
bola tampar di sekolah dipandang remeh oleh pihak pengurusan, guru-guru
dan para pelajar sudah tentulah hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia
untuk melahirkan insan yang seimbang dan kuat fizikal hanya tinggal angan-
angan. Jadi dengan memahami motif penglibatan pelajar dalam permainan
bola tampar merupakan faktor yang sangat penting dalam usaha menarik
minat pelajar menyertai sukan-sukan lain juga. Sehubungan itu, pihak
kementerian, jabatan dan PPD patut meninjau pelaksanaan ko kurikulum
sukan di sekolah secara kerap dan bersistematik supaya matlamat yang ingin
dicapai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu pelajar
menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan kecergasan tercapai.
Di samping itu, pihak kementerian perlu menganjurkan kursus-kursus
kejurulatihan dan sains sukan untuk meningkatkan mutu kejurulatihan dan
pengentahuan guru-guru sukan di sekolah supaya mengikut peredaran
semasa, khasnya penggunaan teknologi dan peralatan sukan terkini.

RUJUKAN

Ani Mazlina Dewi Abdul Latif, Rozita Kada, Lily Omar Fauzee, Mohd. Sofian
Jamalis Marjohan. 2008. Faktor yang menggalakkan penglibatan siswi

26 | M u a d d i b 2 0 1 9

di dalam sukan wanita: satu tinjauan kualitatif. Asian Journal of
University Education, 4(2): 123-140.

Biddle, S. J., and Bailey, C. I. 1985. Motives for Participation and Attitudes
Toward Physical Activity of Adult Participants in Fitness Programs.
Perceptual and Motor Skills , 61, 831 – 834.

Cox, R.H. 2002. Sport psychology: Concepts and applications (5th ed.).
Boston: Mc Graw Hill Companies.

Eleanor Ann, Tan Lye Neo, Munira Mohsin, Chia Chiow Ming & Gananathan
M. Nadarajah. 2014. Kurikulum dan Pedagogi PJ. Kuala Lumpur:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Gill, D.L, Gross, B & Huddlesstone, S. 1983. Participation Motivation in Youth
Sport. International Journal of Sport Psychology 14, 1-14.

Gill, D.L. 1986. Psychology dynamics of sport. Champaign IL: HumanKinetics
Publishers.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru di
sekolah: Satu Penilaian. Tesis Dr. Fal. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Kerr, M., Stattin, H., & Pakalniskiene, V. 2008. Parents react to adolescent
problem behaviors by worrying more and monitoring less. In M. Kerr, H.
Stattin, & R. C. M. E. Engels (Eds.), What can parents do? New insights
into the role of parents in adolescent problem behavior (pp. 91–112).
West Sussex, England: Wiley.

Kim Y. H. 2006. Application of transteoritical model to identify psychological
constructs influencing exercise behavior: a questionnaire survey.
International Journal of Nursing Studies, 8: 1-9

Mohad Anizu Mohd. Nor. 2011. Kecergasan Fizikal Ke arah Hidup Sihat
Sepanjang Hayat. Johor Bharu: Penerbit UTM Press.

Mohd Sofian Omar Fauzee. 2002. Sosial-Psikologi sukan dan kegiatan fizikal.
Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Molanorouzi K., Khoo S. & Morris T. 2015. Motives for adult participation in
physical activity: type of activity, age, and gender. BMC Public Health.
2015; 15:66

Muhamad Nizam Nazaruddin, Zakiah Noordin, Mohd Khairuddin Abdullah &
Anuar Din. 2008. Orientasi matlamat motif penyertaan pelajar
menengah luar bandar di Sabah dalam PJ dan sukan. Jurnal Pemikir
Pendidikan, 1(1): 123-134.

27 | M u a d d i b 2 0 1 9

Nelfianty Mohd Rashid. 2004. Motif penglibatan dan corak orientasi matlamat
atlet hoki lelaki sekolah Sukan Malaysia dalam permainan hoki.
Seminar Kebangsaan Sukan & Rekreasi. Bangi: Penerbit UKM

Nur Indri Rahayu. 2000. Motif penglibatan mahasiswa UPI dan UKM dalam
aktiviti sukan dan rekreasi satu kajian perbandingan. Tesis Master.
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Pallant, J. 2011. SPSS Survival Manual: A Step By Step Guide to Analysis
Using SPSS for Windows (Version 18). Ed ke-4. Australia: Allen &
Unwin.

Ramlesh. 1988. Psychology in physical education and sport (2nd Ed). New
Delhi. Metropolitan Book.

Ryan, R. M., Frederick, C.M., Lepes, D., Rubio, N. & Sheldon, K. M. 2006.
Intrinsic motivation and exercise adherence. Unpublised manuscript,
Universiti of Rochester.

Rozita Abdul Latif. 2009. Pengaruh sokongan interpersonal, ibu bapa, rakan
sebaya, sekolah dan persekitaran fizikal terhadap penglibatan remaja
dalam aktiviti fizikal. Tesis Dr. Fal. Pengurusan Sukan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shaharudin Abd Aziz. 2001. Mengaplikasikan Teori Psikologi dalam sukan.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Shukiman Sukardi, Henry Goh & Irwan Isdup. 2015. Motif penglibatan pelajar
atlet Sekolah Sukan Malaysia. Jurnal penyelidikan. Kementerian
Pendidikan Malaysia (jilid 16). Bahagian perancangan dan penyelidikan
dasar pendidikan.

Virra, R & Koka, A. 2012. Participation in afterschool sport: Relationship to
perceived need support, need satisfaction, and motivation in physical
education. Kinesiology, 44(2): 199-208.

MATLAMAT KERJAYA DALAM KALANGAN MURID PERIBUMI DI
TERENGGANU

Fouziah Mohd, Ph.D 2019
28 | M u a d d i b

Azmi Sulaiman
[email protected]
Jabatan penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK
Pemilihan kerjaya yang tepat serta memberi hasil pulangan yang setimpal
menjadi fokus utama murid dan keluarga dalam merancang kerjaya.
Matlamat yang jelas dalam pemilihan kerjaya mendorong murid untuk
berusaha dan mengatur strategi bagi mencapainya. Kajian berbentuk
kualitatif ini mencungkil dan meneroka matlamat pemilihan kerjaya dalam diri
murid peribumi di Sungai Pergam, Kemaman, Terengganu. Kajian berbentuk
kualitatif ini melibatkan temu bual dengan murid, guru dan ibu. Dapatan
kajian menunjukkan faktor luaran dan dalaman diri murid menentukan
pemilihan kerjaya. Semua peserta kajian mempunyai konsepsi yang sama
terhadap pemilihan kerjaya dengan tidak yakin untuk meneruskan pengajian
ke peringkat yang lebih tinggi. Persekitaran keluarga dan masyarakat yang
tidak menggalakkan serta tidak mempunyai maklumat yang jelas dalam
kerjaya. Implikasi dapatan kajian mencadangkan agar pihak sekolah,
masyarakat dan agensi yang terlibat secara langsung dalam pembangunan
masyarakat peribumi meningkatkan usaha dalam menyampaikan maklumat
kerjaya agar mereka mempunyai matlamat yang jelas dalam kerjaya.
Kata kunci: peribumi, matlamat kerjaya, faktor dalaman, faktor luaran,

PENGENALAN
Peluang pendidikan yang diterima secara formal seperti sistem persekolahan
rendah dan menengah menyumbang kepada pola kerjaya masyarakat masa

29 | M u a d d i b 2 0 1 9

kini. Pendidikan menyediakan peluang yang luas kepada semua lapisan
masyarakat sebagai landasan mencapai kerjaya yang diingini melalui
kelayakan yang ditetapkan. Menurut Amla et al. (2006), terdapat peluang
pekerjaan yang sangat luas di Malaysia dalam sektor pengeluaran, pertanian,
jualan, perkhidmatan, perkeranian, profesional dan teknikal serta pentadbiran
dan pengurusan.

Pemilihan kerjaya yang dilakukan oleh individu akan mempengaruhi seluruh
kehidupan mereka. Kesilapan dalam melakukan pilihan kerjaya bukan sahaja
mempengaruhi psikologi dan emosi tetapi turut menjejaskan ekonomi
seseorang. Namun begitu pemilihan kerjaya adalah sesuatu yang dinamik.
Proses pemilihan kerjaya boleh berlaku berulang kali sehingga mencapai
tahap kesesuaian dan kepuasan yang diingini. Menurut Ginzberg et al.
(1966) pemilihan kerjaya memberi kesan kepada individu dan masyarakat.
Kepentingan pemilihan kerjaya yang tepat sangat penting. Banyak
keputusan penting dilakukan oleh murid sekolah sepanjang masa
persekolahan sehinggalah menghadapi alam kerjaya. Keputusan yang
dilakukan berdasarkan pendapatnya sendiri, guru, ibu bapa, rakan-rakan dan
pengaruh persekitaran.

Keputusan untuk memilih bidang kerjaya yang bersesuaian dilakukan selepas
menamatkan persekolahan samada darjah enam, tingkatan tiga, lima atau
enam. Pada usia yang muda, semua pihak harus memandang serius
terhadap pemilihan kerjaya supaya tahap kepuasan yang maksima dapat
dicapai dalam kerjaya yang dipilih. Panduan serta maklumat yang diterima
juga mestilah terkini dan bermakna kerana laluan yang akan diikuti
berpandukan maklumat serta panduan yang diterima. Keputusan untuk
memilih sesuatu kerjaya yang tepat memerlukan bimbingan yang sewajarnya
daripada semua pihak yang bertanggungjawab samada di rumah mahupun di
sekolah. Mohamed Sharif dan Roslee (2006) menekankan pemilihan kerjaya
memerlukan penglibatan keluarga. Walaubagaimana pun alasan pemilihan
kerjaya yang dilakukan berbeza bagi setiap individu.

Memilih kerjaya merupakan proses penentuan masa depan yang terpenting
dalam kehidupan. Pemilihan kerja adalah sesuatu yang sukar dan berat
untuk dilakukan (Amla et al. 2006). Kesukaran yang dihadapi dalam
menentukan kesesuaian antara kerjaya yang dipilih dengan individu
memerlukan penelitian daripada segenap aspek. Mengenal aspek diri setiap
individu adalah elemen penting dalam pemilihan kerjaya. Aspek diri
seseorang merupakan teras dalam menentukan hala tuju kerjaya murid.
Aspek diri ditentukan oleh efikasi kendiri seseorang, serta jangkaan terhadap
apa yang akan diperolehi selain daripada minat. Efikasi kendiri adalah aspek
yang boleh dipupuk melalui peningkatan pencapaian diri, pembelajaran
melalui pemerhatian, penyesuaian diri dengan sosial dan tindakan diri.
Begitu juga dengan jangkaan tentang apa yang perlu dilakukan sebelum

30 | M u a d d i b 2 0 1 9

memilih kerjaya dan hasil akan perolehi setelah mencapai kerjaya tersebut.
Maklumat kerjaya yang tepat dan terkini sangat diperlukan. Manakala
matlamat terhadap pemilihan kerjaya merupakan penetapan fokus individu
dengan cara mengurus, mengarah dan mengekalkan matlamat dalam
sesuatu pemilihan kerjaya.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini ialah untuk mencungkil dan meneroka matlamat pemilihan
kerjaya dalam diri. Maklumat lanjut tentang faktor yang mempengaruhi
matlamat pemilihan kerja murid.

LITERATUR

Matlamat Pemilihan Kerjaya

Bidang pemilihan kerjaya ini sangat penting untuk dikaji kerana mempunyai
perkaitan yang erat antara kerjaya dalam bidang teknikal dan ekonomi.
Menurut Noraziah (2000) tahap pendidikan bermaksud tahap status
pekerjaan yang dipegang. Matlamat memainkan peranan yang penting
dalam pembentukan sikap. Penetapan terhadap matlamat yang jelas
menjadikan seseorang lebih berfokus serta mengambil tindakan yang perlu
bagi mencapai matlamat yang diingini tersebut. Melalui penetapan matlamat,
individu akan menyusun dan mengarah sikap untuk mengekalkannya dalam
tempoh yang panjang. Matlamat yang tetap sukar berubah walaupun
terdapat gangguan daripada pihak luar seperti persekitaran. Matlamat ialah
keputusan untuk melibatkan diri dengan sesuatu atau memberi kesan
terhadap hasil masa depan (Fouziah et al 2010). Penetapan matlamat
berlaku melalui proses pembentukan kepercayaan individu terhadap
pencapaian jangkaan hasil dalaman atau luaran yang diharapkan. Matlamat
ialah elemen yang menjadi utama dalam pemilihan kerjaya. Matlamat
kerjaya menjadi aspirasi atau impian kerjaya shaja sekiranya tidak ada
komitmen, hasil sebenar dan tindakan. Matlamat kerjaya menggambarkan
pilihan, perancangan atau keputusan dalam sesuatu minat yang spesifik
(Lent et al. 1994). Matlamat dan ketetapan kerjaya yang dibentuk semasa
alam persekolahan akan diterjemahkan dalam pemilihan kerjaya walaupun
faktor sosial dan ekonomi memberi kesan kepada tahap dan kandungan
pilihan yang dihadapi.

Pengaruh Dalam Pemilihan Kerjaya

Pemilihan kerjaya dipengaruhi oleh tiga aspek dalam diri individu iaitu,
kepercayaan terhadap efikasi kendiri, jangkaan hasil dan matlamat (Lent et

31 | M u a d d i b 2 0 1 9

al. 1994). Matlamat dibentuk daripada efikasi kendiri dan jangkaan hasil.
Seseorang itu akan membentuk matlamat akhir terhadap perkara yang
mampu dilakukan dan mendatangkan hasil yang diingini. Menurut Lent et al.,
teori ini adalah sebahagian daripada model sikap terhadap kerjaya dan
bukannya pembangunan keseluruhan kerjaya sepanjang hayat seperti yang
diperkenalkan oleh Super (1990). Kepelbagaian individu, persekitaran dan
sikap yang berkaitan dengan akademik dan minat dalam kerjaya.

Teori Kerjaya Kognitif Sosial membahagikan pengaruh terhadap pemilihan
kerjaya kepada dua, iaitu aspek diri dan persekitaran. Aspek diri terdiri
daripada efikasi kendiri, jangkaan hasil dan minat. Manakala persekitaran
dibahagikan kepada persekitaran yang mendorong dan menghalang.
Persekitaran mendorong bertindak positif terhadap pemilihan dan
menyumbang terhadap pemilihan. Manakala faktor persekitaran yang
menghalang dalam pemilihan kerjaya menyebabkan individu mengelakkan
diri daripada memilih kerjaya yang dianggapkanya sukar dan tidak sesuai
(Lent et al. 2003). Menurut Nauta dan Epperson (2003), Teori Kerjaya
Kognitif Sosial ini menekankan kepada faktor sumber kewangan dan
pengaruh keluarga dalam mempengaruhi murid perempuan memilih kerjaya
yang bukan tradisional. Asas Teori Kerjaya Kognitif Sosial menjadikan
pemikiran terhadap diri individu memainkan peranan dalam motivasi dan
perlakuan seseorang (Lent et al. 1994). Pencapaian akademik dan matlamat
kerjaya yang akan dipilih dipengaruhi oleh minat, efikasi kendiri dan jangkaan
hasil yang diharapkan selain daripada faktor persekitaran. Menurut Lent et al.
lagi, persekitaran yang menghalang dan menyokong yang dialami akan
memberi ruang pilihan kepada individu. Manakala efikasi kendiri dan
jangkaan hasil merupakan dua elemen utama dalam pencapaian dan
pembangunan akademik atau kerjaya seseorang.

Efikasi kendiri adalah penilaian terhadap kemampuan untuk mengurus atau
mengikuti kursus yang diperlukan bagi mengekalkan prestasi. Efikasi kendiri
menjadi penentuan terhadap pemilihan aktiviti yang akan dilakukan,
manakala persekitaran pula menjadi penyokong samada negatif atau positif.
Efikasi kendiri tidak pasif atau statik tetapi sentiasa berubah terhadap
kepercayaan diri seseorang dan berkaitan dengan orang lain, sikap dan
persekitaran (Lent et al. 2003). Peningkatan dalam efikasi kendiri
memerlukan tindakan padu daripada murid itu sendiri, ibu bapa, guru, rakan
dan persekitaran lain.

Jangkaan hasil ialah kepercayaan terhadap hasil daripada sesuatu tindakan.
Ianya melibatkan bayangan atau jangkaan yang diharapkan jika melakukan
sesuatu seperti memilih kerjaya (Lent et al. 1994), Manakala Bandura
(1986) membahagikan jangkaan hasil kepada aspek fizikal, sosial dan
penilaian diri seperti kepuasan diri. Jangkaan hasil memberi kesan terhadap
pemilihan kerjaya dan sangat mempengaruhi sikap. Jangkaan hasil yang

32 | M u a d d i b 2 0 1 9

diharapkan daripada sesuatu kerjaya akan menjadi pendorong dalam
mencapai matlamat. Jangkaan hasil yang jelas dan berbentuk kebendaan
mudah untuk dinilai oleh murid yang ingin mengikuti jejak langkah dalam
kerjaya seumpamanya. Halangan dalam pemilihan kerjaya dalam bidang
teknikal juga dinilai daripada aspek Halangan dalan pembelajaran di sekolah
iaitu interaksi bias gender dalam kelas dan stereotaip gender. Penerimaan
maklumat kerjayamengenai kerjayaakan membentukan kemahiran dan sikap
positif murid dalam memilih kerjaya.

KAEDAH KAJIAN

Kajian berbentuk kualitatif ini melibatkan temu bual murid dan ibu dalam
masyarakat peribumi. Kajian dilakukan di Sungai Pergam, Kemaman,
Terengganu. Responden kajian terdiri daripada masyarakat peribumi Jakun.

DAPATAN KAJIAN

Efikasi Kendiri
Hasil dapatan kajian yang dijalankan mendapati murid yang ditemubual
mempunyai efikasi kendiri yang rendah. Mereka mempunyai sifat malu dan
rendah diri yang tinggi. Mereka bergaul dalam masyarakat yang tidak mampu
membimbing mereka untuk membentuk kerjaya dan seterusnya tidak berjaya
mengukuhkan ekonomi keluarga. Namun begitu mereka berminat untuk
meningkatkan efikasi kendiri mereka. Hasil temu bual pengkaji dengan ibu
murid yang dikenali sebagai Norma, beliau sedar bahawa pentingnya efikasi
kendiri, namum ibu berkenaan tidak mampu untuk membantu dan
membekalkan maklumat mengenai kerjaya kepada anaknya. Kebanyakan ibu
menyerahkan perkembangan diri anak mereka kepada keadaan dan
persekitan masyarakat. Ibu yang mempunyai tahap pendidikan yang rendah
menghadkan ruang mencari ilmu melalui pembacaan.

Faktor Keluarga
Terdapat ibu yang tidak mempunyai kesedaran tentang peranan yang perlu
dimainkan sebagai ketua keluarga yang membentuk kerjaya anak-anak.
Tahap kesedaran terhadap matlamat kerjaya dalam kalangan peserta kajian
rendah kerana kekurangan maklumat dan rujukan dalam keluarga. Tidak
mempunyai kesedaran dalam menentukan matlamat kerjaya anak masing-
masing. Mereka menyerahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah dalam
menentukan kerjaya anak-anak mereka. Kajian yang dilakukan oleh Joseph
(2012) mendapati penjaga yang teridiri daripada ibu, bapa atau penjaga
kepada murid tidak mempengaruhi pemilihan kerjaya anak-anak mereka.
Namun begitu, murid mendapat maklumat daripada guru bimbingan,menerusi
kajian dan pemerhatian yang mereka lakukan.

Kewangan

33 | M u a d d i b 2 0 1 9

Hasil dapatan kajian juga mendapati faktor tarikan kewangan bukanlah
matlamat utama dalam pemilihan pekerjaan kerana mereka telah mendapat
bantuan sara hidup yang mencukupi dalam kehidupan seharian mereka. Ibu-
ibu yang ditemu bual meneguhkan lagi pendapat bahawa mereka sudah
selesa dan berpuas hati dengan keadaan mereka sekarang.

Motivasi
Kesedaran untuk memotivasikan diri anak untuk memilih kerjaya yang
menyumbang kepada ekonomi dan masyarakat tidak berlaku dalam
masyarakat peribumi yang dikaji. Hasil temu bual dengan ibu kepada murid
yang dikaji didapati kehidupan mereka dalam keadaan sederhana. Ibu yang
terlibat dalam kajian tidak pernah memotivasikan anak-anak mereka untuk
terus belajar sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Mereka menyerahkan
kepada anak mereka untuk membuat keputusan samada untuk meneruskan
pelajaran dan memilih kerjaya.

Jangkaan Hasil
Murid yang ditemubual menunjukkan respon yang sangat pasif. Murid tidak
dapat menjangkakan apakah faedah yang bakal diperolehi mereka dalam
kerjaya. Kekurangan pendedahan terhadap jangkaan hasil dalam kerjaya
tidak mencapai pemikiran mereka menyebabkan mereka tidak dapat
memberi respon yang tentang jangkaan hasil dalam kerjaya. Dapatan
daripada temu bual dengan ibu pula menunjukkan mereka lebih selesa jika
pengekalan kepada kerjaya yang dilalukan oleh ibu bapa serta ahli keluarga
yang lain berlaku dalam keluarga. Mereka juga tidak gusar jika anak-anak
mereka memilih untuk bekerja di sektor perladangan seperti mereka.
Kesinambungan kerjaya ibu bapa dilihat sebagai peluang kerjaya yang perlu
dicapai oleh anak-anak mereka. Hasil dapatan temu bual juga menunjukkan
masyarakat peribumi yang dikaji mempunyai jangkaan hasil yang rendah.
Matlamat utama kerjaya yang dipilih ialah untuk meneruskan kesinambungan
kehidupan seharian termasuklah cukup makanan dan minuman serta
keperluan asas yang minima.

Maklumat Kerjaya
Hasil dapatan kajian juga menunjukkan, masyarakat peribumi tidak
menerima maklumat yang sewajarnya daripada pihak sekolah dan agensi
yang terlibat secara langsung. dengan mereka berkenaan dengan maklumat
kerjaya. Kekurangan maklumat tentang kerjaya menjadikan murid yang
ditemubual tidak mempunyai maklumat tentang kerjaya yang hendak dipilih.
Ibu-ibu yang ditemubual juga berpendapat mereka tidak tahu langsung
tentang keperluan dan laluan kerjaya anak-anak mereka.
RUMUSAN DAN CADANGAN

Efikasi kendiri perlu ditingkatkan dalam kalangan murid peribumi. Efikasi
kendiri adalah kepercayaaan yang terbentuk dalam diri seseorang setelah

34 | M u a d d i b 2 0 1 9

melalui pengalaman, pembelajaran dan pemerhatian. Gambaran efikasi
kendiri adalah perbuatan, pernyataan, penyertaan, penolakan dalam bentuk
isyarat verbal ataupun bukan verbal. Perkaitan efikasi kendiri dengan sejarah
yang dilalui seseorang membolehkannya berubah mengikut masa dan
keadaan. Menurut Wender (2004), penampilan dalam efikasi kendiri dapat
digambarkan melalui pelbagai cara seperti kognitif, motivasi, afektif dan
proses membuat keputusan. Wender turut menggariskan ciri individu yang
mempunyai tahap efikasi yang rendah iaitu menarik diri daripada tugas atau
tanggungjawab yang sukar, aspirasi yang rendah, komitmen yang lemah,
mudah putus asa, menilai sesuatu yang rendah sebagai kekurangan diri dan
hilang keyakinan terhadap keupayaan diri. Efikasi kendiri berubah melalui
proses pendidikan yang diterima. Pemilihan kerjaya dan aktiviti lain
ditentukan oleh efikasi kendiri. Menurut Lent et al. (1994), efikasi kendiri tidak
pasif atau statik dan sentiasa berubah mengikut kepercayaan diri seseorang,
orang lain, sikap serta persekitaran. Efikasi kendiri juga menjadi dorongan
kepada sikap dan perubahan sikap seseorang terutamanya dalam pemilihan
kerjaya (Day & Luzzo 1997).

Penerangan yang jelas tentang kepentingan pemilihan kerjaya yang
mendatangkan hasil kepada individu dan masyarakat. Pemilihan kerjaya
yang dilakukan mengambilkira hasil yang bakal diperolehi daripada kerjaya
berkenaan. Tanggapan tersebut ialah jangkaan hasil yang diharapkan
daripada sesuatu tindakan atau keputusan memilih kerjaya. Lent at al. (1994)
turut menekankan bahawa jangkaan hasil lebih dianggap sebagai nilai yang
diharapkan dalam sesuatu kerjaya itu. Jangkaan hasil luaran dan dalaman
yang diharapkan oleh murid menjadi elemen utama kajian. Jangkaan hasil
luaran menjurus kepada gambaran yang diperolehi secara visual seperti
mempunyai kenderaan atau rumah yang mewah, bergaya, kedudukan
kewangan yang kukuh dan mendapat kedudukan yang istimewa dalam
masyarakat. Manakala jangkaan hasil dalaman yang diuji lebih berbentuk
kepuasan dalaman, sanjungan, prestij, kesedaran terhadap alam sekitar dan
keinginan untuk berdikari.dalam kerjaya. Keperluan utama yang diharapkan
daripada pekerjaan yang dilakukan ialah ganjaran berbentuk kewangan,
prestij dan juga kepuasan dalaman iaitu keseronokan berkerja (Ginzberg
1966).

Faktor persekitaran merangkumi persekitaran murid di rumah dan sekolah.
Pengaruh role model, stereotaip gender, penerimaan maklumat kerjaya dan
interaksi bias gender dalam bidang teknikal adalah elemen yang dinilai dalam
aspek persekitaran. Persekitaran murid di rumah turut dipengaruhi oleh
pengaruh role model daripada ahli keluarga seperti ayah dan ibu dalam
menentukan pemilihan kerjaya. Begitu juga dengan penyampaian maklumat
mengenai kerjaya, penglibatan serta usaha keluarga sebagai individu yang
berada dalam persekitaran murid turut dikaji. Elemen lain yang dilihat sebagai
faktor persekitaran murid ialah stereotaip daripada ibu bapa dan guru serta
penerimaan maklumat kerjaya semasa murid berada di sekolah.

35 | M u a d d i b 2 0 1 9

Faktor persekitaran adalah kuasa yang wujud di luar diri individu berfungsi
mengawal tingkah laku individu di samping berperanan dalam membentuk
perkembangan mental dan fizikal (Sidek 2002). Pesekitaran yang positif
dengan individu berbentuk relatif dan sukar ditentukan. Persekitaran yang
sesuai dan selesa bergantung keperluan dan kebiasaan individu itu.
Stereotaip gender boleh menjadi faktor persekitaran yang positif kepada
individu yang ingin memilih kerjaya yang menyokong jantinanya dalam
penglibatan kerjaya itu.

Peranan persekitaran membentuk keputusan yang dilakukan oleh murid.
Persekitaran yang paling rapat dengan murid ialah rumah dan sekolah.
Rumah adalah persekitaran pendidikan pertama yang diterima oleh murid.
Pendidikan awal di rumah menjadi asas dalam pengukuhan di sekolah.
Menurut Amla et al. (2006), murid tidak meninggalkan masalah keluarga
mereka di rumah tetapi turut membawanya ke kelas. Ginzberg (1966) juga
telah menyatakan bahawa keluarga merupakan faktor persekitaran yang
penting dalam pemilihan kerjaya. Pengalaman proses yang melalui beberapa
peringkat operasi secara sistematik bermula daripada penerimaan
rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti pembentukan konsep dan
diakhiri dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi.
Pengalaman pembelajaran boleh berlaku di rumah, masyarakat, dan sekolah
tanpa mengira masa. Aktiviti yang membentuk pengalaman pembelajaran
seperti belajar, pemerhatian, kerja amali, penilaian dan penerokaan.
Pengalaman pembelajaran yang diterima oleh murid mempengaruhi mereka
dalam membuat sesuatu keputusan.

Menurut Amla et al. (2006), proses pembelajaran di sekolah perlu dilihat
sebagai persediaan keseluruhan kehidupan murid. Ini menunjukkan
pengalaman yang ditimba membawa kesan yang sangat besar dalam hidup
seseorang. Faktor persekitaran yang menyenangkan dalam membentuk dan
memburu kerjaya seperti dorongan, sumber kewangan dan role model
(Swanson & D’Achiardi 2005). Sokongan yang diterima daripada persekitaran
menyumbang kepada pemilihan kerjaya yang dilakukan. Sokongan berbentuk
pengukuhan akan mengekalkan tindakan dan meningkatkan tindakan yang
perlu dilakukan.

Maklumat kerjaya menyediakan pakej yang lengkap dalam membekalkan
maklumat yang diperlukan murid untuk meneroka sesuatu kerjaya. Melalui
maklumat kerjaya murid akan membuat pertimbangan dalam aspek
kesesuaian, kelulusan, keselesaan terhadap kerjaya yang akan dipilih.
penerimaan maklumat kerjaya daripada semua pihak samada di rumah dan
sekolah menjadi pengukur utama murid dalam memilih kerjaya. Maklumat
yang tepat berkenaan kerjaya dalam bidang teknikal diperolehi secara terus
daripada individu yang terlibat secara langsung dalam bidang tersebut.

36 | M u a d d i b 2 0 1 9

Namun begitu pihak kedua seperti guru dan ibu bapa turut memainkan
peranan penting dalam menentukan pemilihan kerjaya murid. Maklumat yang
diperolehi daripada guru dan ibu bapa mendorong murid untuk menetapkan
matlamat kerjaya masing-masing. Kepelbagaian kaedah penyampaian
maklumat kerjaya kepada murid seperti menggunakan pamplet, membawa ke
tempat kerja, lawatan dan ceramah. Melalui lawatan yang dilakukan, murid
mendapat maklumat mengenai persekitaran sebenar kerjaya dalam bidang
teknikal. Skop maklumat yang diperlukan oleh murid seperti gaji, pencapaian
akademik, bidang tugas, perjawatan, kemudahan yang disediakan, program
peningkatan kerjaya yang ditawarkan akan mendorong murid untuk
menetapkan matlamat kerjaya masing-masing.

RUJUKAN

Amla, S. et al. 2006. Bimbingan dan Kaunseling Sekolah. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Day, M.E. & Luzzo, D.A. 1997. Effect of strong interest inventory feedback on
career beliefs. Paper Presented at The Annual Meeting of American
Psycological Association ( Chicago, 15 August):13.

Fouad, N.A, Kim, S & Ghosh,K (2015), Family Influence on Career Decision
Making Validation in India and the United States. Journal of Career
Assessment,
http://journals.sagepub.com/doi/full/10.1177/1069072714565782

Fouziah,M., Amla, M.S. & Ramlee,M. (2010). The Influence of Contextual
Aspects on Career Decision Making of Malaysian Technical Students.
Procedia Social and Behavioral Sciences 7(C) (2010) 369–375.

Ginzberg, E, Ginsburg, S. W., Axelrad, S., & Herma, J. L. 1966. Occupational
choice: An approach to a general theory. New York: Columbia
University Press.

Joseph, L.L. 2012. Doctor of Education, in the College of Education,
University of Central Florida Orlando, Florida.

Lent, R. W., Brown, S. D., & Hackett. G. 1994. Toward a unifying social
cognitive theory of career and academic interest, choice, and
performance. Journal of Vocational Behavior, 45, 79-122.

Lent, R.W., Brown, S. D., Schmidt, J., Brenner, B., Lyons, H., & Treistman, D.
2003. Relation of contextual supports and barriers to choice behavior
in engineering majors: Test of alternative social cognitive models.
Journal of Counseling Psychology, 50 (4) : 458-465.

37 | M u a d d i b 2 0 1 9

Mohamed Sharif & Roslee Ahmad.2006. Bimbingan dan Kerjaya: konsep dan
Amalan Kontemporari. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi.

Nauta , M.M & Epperson, D.L. 2003. A longitudinal Examination of the Social-
Cognitive Model Applied to High School Girls. Choices of
Nontraditional College Major and Aspirations. Journal of Counseling
Psycology. 30(4): 448-457.

Swanson, J. L.& D'Achiardi, C. 2005. Beyond Interests, Needs/Values, and
Abilities: Assesing Other Important Career Construct over the Life
Span. Career Development and Counseling: Putting Theory and
Research to Work. S. D. Brown and R. W. Lent. USA, John Wiley &
Sons,Inc.

PENGETAHUAN PENDIDIKAN INKLUSIF DALAM KALANGAN
SISWA GURU SEMESTER ENAM IPGKDRI

Sukri bin Berahim, Ph.D 2019
38 | M u a d d i b

[email protected]
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

Abstrak
Pendidikan Inklusif merupakan suatu program pendidikan untuk murid
berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan
khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Kecaknaan terhadap
program ini merupakan salah satu faktor keberkesanan dalam
melaksanakannya. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi memastikan
tahap pengetahuan tentang Pendidikan Inklusif dalam kalangan siswa
guru IPGKDRI. Sampel yang dipilih terdiri dalam kalangan siswa guru
daripada PISMP Semester Enam IPGKDRI seramai 66 orang. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa Pengetahuan Pendidikan Inklusif dalam
kalangan Siswa Guru Semester Enam IPGKDRI berada pada tahap
sederhana tinggi (Min=3.17,Sisihan Piawai=0.31). Kajian ini
menggunakan penyelidikan kuantitatif berbentuk kajian tinjauan. Data-
data dalam kajian ini dikumpul melalui soal selidik yang disediakan.
Kemudian, proses penganalisisan data menggunakan perisian
Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 22.
Kata kunci: Pendidikan Inklusif, Pengetahuan, Siswa Guru

PENGENALAN
Pendidikan Inklusif adalah suatu program pendidikan untuk murid
berkeperluan pendidikan khas yang dihadiri oleh murid berkeperluan

39 | M u a d d i b 2 0 1 9

khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di
sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan (Lee. K. C dan
Sailajah, 2018). Secara rasminya, Program Pendidikan Inklusif (PPI)
diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1995 oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) (Norshidah et. al, 2009). Sebelum ini,
amalan inklusif telah lama dilaksanakan tetapi program ini tidak
diperkenalkan secara terus dan hanya melalui rancangan pendidikan
integrasi dan kelas pencantuman sahaja. Pada asasnya, dasar
Pendidikan Inklusif di Malaysia telah menggunakan Akta Orang Kurang
Upaya 2008. Akta ini telah memberikan akses peluang pendidikan yang
sama kepada semua kanak-kanak kurang upaya yang mana telah
termaktub dalam undang-undang Malaysia, Akta 685 di bawah seksyen
28 (1) di mana kanak-kanak ini tidak boleh dikecualikan daripada
sistem pendidikan atas sebab ketidakupayaan mereka. Hal ini
menunjukkan bahawa setiap kanak-kanak di Malaysia wajib
mendapatkan pendidikan tanpa mengira kekurangan mereka.

Kanak-kanak kurang upaya ini ditempatkan sama ada di Sekolah Khas,
Program Integrasi atau Program Pendididkan Inklusif (Lee. K. C dan
Sailajah, 2018). Sekolah khas adalah merupakan sekolah untuk murid
bermasalah penglihatan dan pendengaran yang menawarkan
pembelajaran di peringkat rendah, menengah dan vokasional. Program
Integrasi atau dikenali sebagai Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) telah bermula pada tahun 1962 untuk murid bermasalah
penglihatan dan pendengaran di peringkat rendah dan menengah. PPI
pula adalah program yang diperkenalkan untuk memberi peluang
kepada murid berkeperluan khas (MBK) untuk bersama-sama dengan
murid lain dalam mengikuti program akademik dan bukan akademik
dalam arus perdana. Ketiga-tiga program Pendidikan Khas KPM ini
adalah merupakan usaha yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam
memastikan tidak ada murid yang ketinggalan dalam mendapatkan
pendidikan dan menjadi insan yang berguna kepada negara.

Menurut Zalizan (2009), institusi pendidkan terutamanya sekolah dan
guru perlu memainkan peranan dalam menyediakan persekitaran yang
kondusif dan selamat serta sesuai untuk MBK supaya potensi mereka
dapat dikembangkan ke tahap yang maksima. Oleh itu, menjadi satu
kewajipan untuk guru dalam memahami PPI ini dengan lebih mendalam
supaya PPI dapat berjalan dengan lancar sesuai dengan hasrat KPM.
Oleh itu, pendedahan awal terhadap PPI ini amat diperlukan
terutamanya bagi siswa guru sama ada di Institut Pendidikan Guru
mahupun Institut Pendidikan Tinggi Awam. Pendedahan kepada
Pendidikan Inklusif ini perlu dilihat sebagai satu perkara yang amat

40 | M u a d d i b 2 0 1 9

penting kepada bakal guru sebelum menempuh alam pekerjaan. Oleh
sebab itu, kajian ini sangat penting untuk melihat sejauh mana
pengetahuan siswa guru dalam memahami Pendidikan Inklusif ini
dengan lebih mendalam sebelum berkhidmat di sekolah kelak.

MASALAH KAJIAN

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, didapati bahawa siswa guru
semester enam IPGKDRI tidak begitu memahami akan Pendidikan
Inklusif sebelum mempelajari kursus ini pada semester enam. Dalam
proses mengikuti kursus ini, pengetahuan siswa guru masih pada tahap
sederhana kerana pendedahan yang jelas dan terperinci tidak diberikan
dan masa yang diperuntukkan untuk mempelajarinya amat terhad.
Selain itu, disebabkan Pendidikan Inklusif ini adalah merupakan suatu
program baru telah menyebabkan ramai siswa guru yang tidak begitu
meminati akan kursus ini kerana mereka merasakan bahawa mereka
tidak akan berhadapan dengan situasi ini di sekolah kelak.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Banyak kajian yang telah dilakukan menunjukkan bahawa masih ramai
yang tidak memahami tentang Pendidikan Inklusif (Abdul Rahim et. al,
2019; Mohd Najib & Sanisah, 2006; Maizatul Asmah et. al, 2015; Saiful
Azam, 2019; Pratiwi & Annisa, 2018; Endis, 2010; Abdul Razaq et. al,
2010; Othman et. al, 2008; Supiah, 2019; Muhammad Radhana, 2017;
Nissa, 2016; Mohamad Sugiarmin, 2010). Kekurangan pengetahuan
dan pendedahan terhadap Pendidikan Inklusif ini tidak hanya berlaku di
negara kita malah negara-negara lain juga seperti negara Indonesia.
Hal ini menunjukkan bahawa kesedaran orang ramai tentang
Pendidikan Inklusif ini masih kurang dan tidak ramai yang mengetahui
akan wujudnya program ini secara khusus.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan
umum siswa guru semester enam IPGKDRI terhadap Pendidikan
Inklusif. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk melihat pengetahuan siswa
guru terhadap teknik pengajaran terhadap murid MBK dan penggunaan
bahan bantu mengajar yang sesuai untuk mereka. Seterusnya, kajian
ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan siswa guru
tentang kolaborasi dalam Pendidikan Inklusif. Di samping itu, kajian ini
adalah untuk melihat bagaimana persepsi siswa guru terhadap
Pendidikan Inklusif.

METODOLOGI

41 | M u a d d i b 2 0 1 9

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif secara tinjauan melalui soal
selidik dengan tujuan untuk mengenal pasti secara menyeluruh sejauh
mana Pengetahuan Siswa Guru Semester Enam IPGKDRI terhadap
Pendidikan Inklusif. Kajian ini dijalankan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail yang melibatkan responden dalam
kalangan guru pelatih dari semester enam dan hasil dari soal selidik
dibahagikan kepada beberapa pengkelasan.

Kajian ini menggunakan soal selidik sebagai alat untuk pengumpulan
data. Semua soal selidik ini telah dijadikan sebagai asas kepada
pembinaan item bagi kajian ini. Walau bagaimanapun soal selidik ini
telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian yang dilakukan. Sebanyak
60 item telah digunakan untuk mengukur pengetahuan Pendidikan
Inklusif dalam kalangan siswa guru.

ANALISIS DATA
Data-data soal selidik untuk kajian ini diproses dengan menggunakan
‘Statistical Package for the Sosial Science’ versi 22 (SPSS). Statistik
seperti kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai akan digunakan
dalam analisis deskriptif. Analisis deskriptif digunakan dalam kajian ini
untuk menjelaskan tentang Pengetahuan Pendidikan Inklusif dalam
kalangan Siswa Guru Semester Enam IPGKDRI. Bagi menjawab
persoalan tersebut pengkaji menggunakan interpretasi skor min seperti
dalam Jadual 1.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min

Skor Min Interpretasi Skor Min
1.00 – 2.00 Rendah (R)
2.10 – 3.00
3.10 – 4.00 Sederhana Rendah (SR)
4.10 – 5.00 Sederhana Tinggi (ST)

Tinggi (T)

DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa terdapat seramai 66 orang
siswa guru semester enam IPGKDRI yang terdiri daripada 13 orang
siswa guru dengan peratusan sebanyak 19.7% manakala siswi guru
adalah seramai 53 orang dengan peratusan sebanyak 80.3%. Siswa
guru semester enam IPGKDRI terbahagi kepada empat pengkhususan
iaitu Pengajian Islam, Sejarah, Bahasa Melayu dan TESL. Bagi siswa
guru Pengajian Islam terdiri daripada 16 orang dengan peratusan
sebanyak 24.2% manakala Sejarah pula terdiri daripada 17 orang
siswa guru dengan peratusan sebanyak 25.8%. Seterusnya, siswa guru
Bahasa Melayu seramai 9 orang dengan peratusannya 13.6%. Akhir

42 | M u a d d i b 2 0 1 9

sekali adalah siswa guru TESL iaitu seramai 24 orang dengan bilangan
peratusnya sebanyak 36.4%.

PENGETAHUAN PENDIDIKAN INKLUSIF

Soal selidik dalam bahagian ini mengandungi 60 item yang berkaitan
dengan Pengetahuan Pendidikan Inklusif dalam kalangan Siswa Guru
Semester Enam IPGKDRI. Min keseluruhan semua item adalah 3.17
dengan sisihan piawai 0.31 berada pada tahap interpretasi min
sederhana tinggi (3.10-4.00).

Dapatan menunjukkan 39 daripada 60 item berada pada tahap
sederhana tinggi (3.10-4.00) dengan nilai min antara 3.68 hingga 3.05.
Ini menjelaskan bahawa pengetahuan siswa guru semester enam
terhadap Pendidikan Inklusif adalah pada tahap sederhana tinggi iaitu
siswa guru berupaya memahami tentang Pendidikan Inklusif. Di
samping itu, 21 item lagi berada pada tahap sederhana rendah (2.10-
3.00) dengan nilai min antara 3.09 hingga 2.14.

60 item ini dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Pengetahuan
Umum terhadap Pendidikan Inklusif, Teknik Pengajaran Pendidikan
Inklusif dan Bahan Bantu Mengajar, Kolaborasi dalam Pendidikan
Inklusif serta Persepsi Siswa Guru Terhadap Pendidikan Inklusif.
Keempat-empat bahagian soalan ini bertujuan untuk menguji sejauh
mana siswa guru semester enam IPGKDRI mengetahui dan memahami
akan Pendidikan Inklusif.

Jadual 2
Kekerapan

Ringkasan Kekerapan
Kekerapan
Sangat Tidak Bersetuju
STB Tidak Bersetuju
Bersetuju
TB Sangat Bersetuju
B

SB

Jadual 3
Taburan Kekerapan, Min, Sisihan Piawai dan Interpretasi Min
Pengetahuan Pendidikan Inklusif

Pengetahuan Umum terhadap Pendidikan Inklusif 2019
43 | M u a d d i b

Kekerapan Min S.P Tahap

Penyataan STB TB B SB 0.53 ST
3.44 SR
Tahu tentang Program 0 1 35 30
Pendidikan Inklusif (PPI) 0% 1.5% 53.0% 45.5% 2.83 0.74

Yakin dapat menentukan 2 18 35 11
pedagogi yang berkesan 3.0% 27.3% 53.0% 16.7%
bagi PPI

Memahami secara jelas 3 19 33 11 2.79 0.77 SR
mengenai setiap topik 4.5% 28.8% 50.0% 16.7%
dan item PPI

Mempunyai kemahiran 2 17 36 11 2.85 0.73 SR
memotivasikan murid 3.0% 25.8% 54.5% 16.7% 3.08 0.59 SR
dalam PPI
0 9 43 14
Mengetahui matlamat 0% 13.6% 65.2% 21.2%
dan objektif PPI dengan
jelas

Memahami asas dan 1 16 34 15 2.95 0.73 SR
sejarah PPI 1.5% 24.2% 51.5% 22.7% 2.91 0.72 SR

Mampu untuk 2 14 38 12
melaksanakan pedagogi 3.0% 21.2% 57.6% 18.2%

Pendidikan Inklusif

Dapat menganalisis 0 11 46 9 2.97 0.55 SR
halangan dalam
melaksanakan PPI 0% 16.7% 69.7% 13.6%

Mampu mengatur 1 21 37 7 2.76 0.66 SR
strategi untuk mengatasi 1.5% 31.8% 56.1% 10.6% 2.95 0.77 SR
halangan
3 12 36 15
Mengetahui proses 4.5% 18.2% 54.5% 22.7%
pemilihan murid bagi
PPI

Maklum tentang peranan 0 10 40 16 3.09 0.63 SR
0% 15.2% 60.6% 24.2%
dan tanggungjawab

dalam pelaksanaan PPI

Tahu badan bukan 5 25 25 11 2.64 0.85 SR
kerajaan terlibat dalam 7.6% 37.9% 37,9% 16.7%
PPI

44 | M u a d d i b 2 0 1 9

Boleh mengendalikan 4 27 24 10 2.92 2.64 SR
ujian-ujian khas dan 6.1% 40.9% 36.4% 15.2% 2.82 0.76 SR
membuat analisis hasil
ujian dengan cekap 12 2.92 0.66 SR
18.2% 3.56 3.72 ST
Mempunyai 2 20 32 3.05 0.64 ST
pengetahuan dan 3.0% 30.3% 48.5% 11
kemahiran untuk 16.7% 2.97 0.58 SR
mengenal pasti murid 3.08 0.64 SR
berkeperluan khas 1 3.12 0.60 ST
(MBK) dan masalah 1.5%
secara khusus
15
Mempunyai 1 14 40 22.7%
pengetahuan dan 1.5% 21.2% 60.6%
10
kemahiran dalam 15.2%

kaedah serta teknik 16
24.2%
pengajaran yang sesuai 16
24.2%
dan berkesan

Boleh berkongsi 7 44 14
maklumat dengan rakan- 10.6% 66.7% 21.2%
rakan lain untuk
mengembangkan
pengetahuan

Mempunyai 0 12 39
pengetahuan dan 0% 18.2% 59.1%

kemahiran untuk

menghasilkan dan

mengendalikan bahan

bantu mengajar (BBM)

untuk MBK

Mempunyai 0 12 44
pengetahuan dan 0% 18.2% 66.7%
kemahiran teknologi
untuk menyediakan alat
berbantu dalam
pedagogi Inklusif

Perlu menyediakan 0 11 39
0% 16.7% 59.1%
Rancangan Pendidikan
Individu untuk MBK

Perlu mengadaptasi 0 8 42
kurikulum dan bahan 0% 12.1% 63.6%
pengajaran dalam
pelaksanaan PPI

45 | M u a d d i b 2 0 1 9

Min Keseluruhan 2.98

Hanya terdapat empat item sahaja yang berada pada tahap sederhana tinggi
manakala item yang lain berada pada tahap sederhana rendah. Ini
menunjukkan bahawa pengetahuan umum siswa guru terhadap Pendidikan
Inklusif masih pada tahap sederhana rendah sahaja.

Teknik Pengajaran Pendidikan Inklusif dan Bahan Bantu Mengajar

Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap

Guru aliran perdana STB TB B SB ST
perlu berkolaborasi
dengan guru Pendidikan 01 25 40 3.59 0.53
Khas 0% 1.5% 37.9% 60.6%

Guru perlu mengenal 01 19 46 3.68 0.50 ST
pasti tahap keupayaan 0% 1.5% 28.8% 69.7% ST
MBK
22 43 3.62 0.58
Teknik pengajaran 10 33.3% 65.2%
langkah demi langkah 1.5% 0%
dan perbanyakkan
ulangan diaplikasi dalam
bilik darjah

Kekuatan murid 01 24 41 3.61 0.52 ST
digunakan untuk 0% 1.5% 36.4% 62.1% ST
mengajar mereka
01 25 40 3.59 0.53
Rancangan Pendidikan 0% 1.5% 37.9% 60.6%
Individu mengandungi
matlamat jangka masa
pendek dan panjang
berdasarkan keperluan
individu murid

Murid bermasalah 3 12 26 25 3.11 0.86 ST
pendengaran 4.5% 18.2% 39.4% 37.9%
menggunakan alternate
keyboards dan extra
large keys

46 | M u a d d i b 2 0 1 9

Tracking ball mouse 0 10 30 26 3.24 0.70 ST
diperlukan untuk 0% 15.2% 45.5% 39.4%
mengurangkan
pergerakan tangan

Pihak sekolah perlu 0 1 27 38 3.56 0.53 ST
menyediakan mesin 0% 1.5% 40.9% 57.65
braille untuk murid
bermasalah penglihatan

Guru Pendidikan Khas 0 1 30 35 3.52 0.53 ST
45.5% 53.0% ST
berperanan memberi 0% 1.5%
18 41 3.50 0.73
maklumat khusus untuk 27.3% 62.1%

menghasilkan BBM

efektif bagi MBK

BBM bersaiz besar lebih 16
memudahkan MBK 1.5% 9.1%
dalam bilik darjah

Min Keseluruhan 3.50

Bagi item dalam bahagian ini, siswa guru semester enam semuanya
berada pada tahap sederhana tinggi.

Kolaborasi dalam Pendidikan Inklusif

Penyataan Kekerapan Min S.P Taha

p

STB TB B SB

Pihak sekolah mesti 21 19. 44 3.59 0.68 ST

menyediakan infrastruktur 3.0% 1.5% 28.8% 66.7%

yang “mesra kurang

upaya”

Susur landai (ramp) amat 0 2 17 47 3.68 0.53 ST

diperlukan bagi MBK 0% 3.0% 25.8% 71.2%

berkerusi roda

Pakar pediatrik mengesan 37 25 31 3.27 0.83 ST
punca masalah MBK
berkaitan baka 4.5% 10.6% 37.9% 47.0%

Fisioterapi menjalankan 9 6 20 31 3.11 1.05 ST
ujian untuk diagnosis 13.6 9.1% 30.3% 47.0%
tahap kerosakan %
pendengaran

47 | M u a d d i b 2 0 1 9

Kementerian Kesihatan 26 17 11 12 2.14 1.14 SR
Malaysia tidak perlu 39.4 25.8% 16.7% 18.2% ST
menyediakan program- % ST
program imunisasi kepada ST
bayi dan kanak-kanak ST
berkeperluan khas ST

MBK mempunyai masalah 7 4 27 28 3.15 0.95
sumbing perlu berjumpa 10.6 6.1% 40.9% 42.4%
pakar perkhidmatan %
Bahasa dan Pertuturan 27 36 3.48 0.64
12 40.9% 54.5%
Personel berperanan 1.5% 3.0%
mewujudkan perkongsian
maklumat, pengetahuan
dan kemahiran antara
pihak sekolah dan ibu
bapa

Institut Pembangunan 27 31 26 3.23 0.76

Kanak-Kanak dan 3.0% 10.6% 47.0% 39.4%

Keluarga (NURI)

memberikan perkhidmatan

sokongan kepada ibu

bapa murid sumbing bibir

Pertubuhan Pembangunan 1 5 23 37 3.45 0.71
Orang Buta Malaysia 1.5% 7.6% 34.8% 56.1%
(PPOBM) sepatutnya
membantu murid buta
untuk mendapatkan mesin
braille

Kolaborasi dan khidmat 1 2 21 42 3.58 0.63
sokongan badan kerajaan 1.5% 3.0% 31.8% 63.6%
dan badan bukan kerajaan
penting dalam kejayaan
PPI

Min Keseluruhan 3.27

Pada bahagian ini hanya satu item sahaja yang berada pada tahap
sederhana rendah iaitu pada item kelima manakala item lain berada pada
tahap sederhana tinggi.

Persepsi Siswa Guru Terhadap Pendidikan Inklusif

48 | M u a d d i b 2 0 1 9

Penyataan Kekerapan Min S.P Tahap

Yakin terhadap STB TB B SB 3.30 0.72 ST
kebolehan MBK
2 4 32 28
3.0% 6.1% 48.5% 42.4%

Tidak bersemangat dan 24 19 12 11 2.15 1.10 SR
kecewa untuk mengajar 36.4% 28.8% 18.2% 16.7% 0.72 ST
MBK
2 3 28 33 3.39 ST
Percaya dengan 3.0% 4.5% 42.4% 50.0% ST
kebolehan MBK
bersaing dengan kelas
aliran perdana

Yakin dengan 2 1 36 27 3.33 0.66
kebolehan akademik 3.0% 1.5% 54.5% 40.9%
bersandarkan kepada
tahap kebolehan belajar 1 6 32 27 3.29 0.70
1.5% 9.1% 48.5% 40.9%
Percaya bahawa
pencapaian MBK akan
meningkat dalam PPI

Lebih yakin mengajar 11 18 20 17 2.65 1.05 SR
MBK yang mengalami 16.7% 27.3% 30.3% 25.8%

kecacatan fizikal sahaja

Menganggap mengajar 16 17 21 12 2.44 1.05 SR
MBK dengan tahap 24.2% 25.8% 31.8% 18.2%
kognitif rendah sebagai
satu masalah

Hanya boleh mengajar 9 26 24 7 2.44 0.86 SR
murid inklusif yang 13.6% 39.4% 36.4% 10.6%
bermasalah tingkah
laku sederhana sahaja

Percaya MBK 2 6 36 22 3.18 0.72 ST
memerlukan 3.0% 9.1% 54.5% 33.3% ST
pembelajaran sosial
yang wujud di dalam 2 5 35 23 3.65 3.61
kelas aliran perdana 3.0% 7.6% 53.0% 34.8%

Percaya MBK boleh
mencapai tahap
akademik yang lebih
baik jika diinklusifkan
lebih awal

49 | M u a d d i b 2 0 1 9


Click to View FlipBook Version