The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-15 00:43:30

MUADDIB 2019

Muaddib 2019

Murid Pendidikan 7 21 26 11 3.08 3.72 ST
Inklusif sukar bersaing 10.6% 31.8% 39.4% 16.7% ST
dengan murid aliran SR
perdana ST

Self-esteem MBK akan 3 8 34 21 3.11 0.79 ST
meningkat jika terus 4.5% 12.1% 51.5% 31.8%
berada dalam kelas ST
aliran perdana ST
ST
MBK akan mengganggu 12 25 19 10 2.41 0.96 ST
18.2% 37.9% 28.8% 15.2%
murid aliran perdana

Guru perlu menghadiri 0 4 23 39 3.53 0.61
kursus untuk 0% 6.1% 34.8% 59.1%
meningkatkan
kemahiran mengajar 5
dalam PPI 7.6%

Perubahan fizikal dalam 0 3 28 33 3.42 0.63
kelas mampu 0% 4.5% 42.4% 50.0%
dilaksanakan sekiranya
terdapat MBK yang 1
memerlukannya 1.5%

Bersedia menyediakan 0 33 30 3.41 0.58
BBM mengikut masalah 0% 50.0% 45.5%
MBK

Tahu tentang ketetapan 1 22 42 3.59 0.61
semua murid berhak 1.5% 33.3% 63.%
untuk mendapatkan
pendidikan sama rata

Tahu tentang hak MBK 0 3 31 32 3.44 0.59
untuk menduduki 0% 4.5% 47.0% 48.5%
peperiksaan awam

Keputusan peperiksaan 1 7 27 31 3.33 0.73
awam MBK tidak 1.5% 10.6% 40.9% 47.0%
mengganggu prestasi
sekolah

50 | M u a d d i b 2 0 1 9

Sedar tentang 0 1 25 40 3.59 0.53 ST
tanggungjawab 0% 1.5% 37.9% 60.6%
menerima MBK dan
memberi kesedaran
kepada orang lain juga

Min Keseluruhan 3.14

Bagi item kedua, keenam, ketujuh, kelapan dan ketiga belas berada pada
tahap sederhana rendah manakala item yang selebihnya berada pada tahap
sederhana tinggi.

Penyataan Min S.P Tahap

Pengetahuan Umum 2.98 0.48 SR
terhadap Pendidikan Inklusif

Teknik Pengajaran 3.50 0.43 ST
Pendidikan Inklusif dan

Bahan Bantu Mengajar

Kolaborasi dalam 3.27 0.48 ST
Pendidikan Inklusif

Persepsi Siswa Guru 3.14 0.37 ST

Terhadap Pendidikan
Inklusif

Min Keseluruhan 3.17

Secara kesimpulannya, antara keempat-empat bahagian ini, didapati bahawa
siswa guru memahami akan kepentingan teknik pengajaran Pendidikan
Inklusif serta penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai terhadap MBK
di sekolah kerana berada pada tahap sederhana tinggi bagi kesemua item.
Hasil dapatan ini menjelaskan bahawa siswa guru semester enam IPGKDRI
berada pada tahap sederhana tinggi.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan mengenai hasil dapatan kajian yang telah
dianalisis. Perbincangan tersebut melibatkan aspek dapatan kajian daripada
analisis yang telah dijalankan berdasarkan objektif kajian. Dalam konteks
kajian ini, secara keseluruhannya Pengetahuan Pendidikan Inklusif dalam
kalangan Siswa Guru IPGKDRI berada pada tahap sederhana tinggi.
Dapatan kajian mendapati aspek yang paling dikuasai adalah tentang teknik
pengajaran Pendidikan Inklusif dan Bahan Bantu Mengajar.

51 | M u a d d i b 2 0 1 9

Pada masa yang sama, dapatan kajian juga menunjukkan kelemahan dilihat
daripada aspek pengetahuan umum siswa guru terhadap Pendidkan Inklusif.
Hal ini terjadi disebabkan siswa guru tidak mendapat pendedahan yang jelas
tentang Pendidikan Inklusif dengan baik seperti matlamat, asas serta
pedagogi yang digunakan terhadap MBK. Oleh itu, siswa guru perlulah
sentiasa cakna dan mengambil berat tentang Pendidikan Inklusif ini supaya
tidak menjadi satu masalah apabila siswa guru berhadapan dengan situasi ini
kelak apabila turun ke lapangan.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati siswa guru semester enam
IPGKDRI mempunyai pengetahuan yang baik terhadap Pendidikan Inklusif.
Hasil dapatan pula menunjukkan bahawa siswa guru semester enam
IPGKDRI berada pada tahap sederhana tinggi. Tindakan seterusnya perlu
diambil adalah dalam usaha memahamkan lagi siswa guru tentang
kepentingan Pendidikan Inklusif supaya apabila berhadapan dengan
suasana pekerjaan yang sebenar kelak, siswa guru sudah bersedia dan
mempunyai pengetahuan serta pengalaman tentang Pendidikan Inklusif.

RUJUKAN

Abdul Rahim et. al. (2019). Tahap Minat, Pengetahuan dan Kemahiran,
Latihan Guru dan Beban Tugas Guru Program Pemulihan Khas
Sekolah Kebangsaan Daerah Pontian, Johor. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Abdul Razaq Ahmad et. al. (2010). Kepelbagaian Pelajar dan Sekolah: Satu
Kajian Kes di Negeri Pahang. Jurnal Pendidikan
Malaysia35(2)(2010):87-95.

Endis Firdaus. (2010). Pendidikan Inklusif dan Implementasinya di Indonesia.
Seminar Nasional Pendidikan Universiti Jenderal Soedirman
(UNSOED) Purwokerto, 24 Januari 2010.

Lee. K. C dan Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inklusif.
Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Maizatul Azmah Ab. Latif et. al. (2015). Implementation of Inclusive
Education for Special Needs Learners with Learning Disabilities.
Procedia - Social and Behavioral Sciences Volume 204, 24 August
2015, Pages 81-87.

Mohamad Sugiarmin. (2010). Pengembangan Teknologi Asistif Bagi Anak
Berkebutuhan Khusus Dalam Seting Pendidikan Inklusif.

52 | M u a d d i b 2 0 1 9

http://file.upi.edu/Direktori/FIP/JUR._PEND._LUAR_BIASA/19540527
1987031MOHAMAD_SUGIARMIN/PENGEMBANGAN_TEKNOLOGI
_ASISTIF.pdf.

Mohd Najib Ghafar dan Sanisah Jahaya. (2006). Bias Pengajaran Guru
dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia.

Muhammad Radhana Alfaris. (2017). Dukungan Sosial dan Aksesibilitas
Pendidikan Inklusi di Perguruan Tinggi Berorientasi Masa Depan dan
Kontinuitas. Universitas Widyagama Malang.

Nissa Tarnoto. (2016). Permasalahan-Permasalahan yang dihadapi Sekolah
Penyelenggara Pendidikan Inklusi Pada Tingkat SD. Humanitas
Vol.13 No. 1. 50-61.

NorShidah Salleh et. al. (2009). Sejarah Pendidikan Khas di Malaysia:
Pendidikan Khas Kanak-Kanak Berkeperluan Khas: Konsep
dan Amalan. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.

Othman et. al. (2008). Faktor ibu bapa dalam kecemerlangan akademik
pelajar pekak: Kajian kes retrospektif. Malaysian Journal of Learning
& Instruction, 5. pp. 79-98. ISSN 2180-2483.

Pratiwi Widyasari dan Annisa Ainina Novara. (2018). Peran Strategi
Pengajaran Guru dalam Relasi antara Efikasi Guru dan
Penerimaan Teman Sebaya Terhadap Siswa di Sekolah
Inklusif. Jurnal Psikologi Sosial, 16(2), 101-113.

Saiful Azam Khoo Abdullah. (2019). Program Pendidikan Inklusif bagi Murid-
Murid Berkeperluan Khas di Malaysia. KPM: Bahagian
Pembangunan Kurikulum.

Supiah Saad. (2019). Komitmen dan Peranan dalam Pelaksanaan
Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. International Islamic
University Malaysia.

Zalizan Mohd Jelas. (2009). Pendidikan Inklusif dan Murid Berkeperluan
Khas. Bangi: UKM.

ANALISIS NILAI YANG TERKANDUNG DALAM CERPEN KATEGORI
REMAJA BUKU ANTOLOGI CERPEN KUROSHIO

Rosli Ab. Rahman, PhD 2019
Bahtiar Omar

53 | M u a d d i b

Amir Hamzah Ya’akub
[email protected]
[email protected]
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan untuk menganalisis nilai-nilai murni yang terdapat dalam
cerpen kategori remaja yang terkandung dalam buku antologi cerpen
Kuroshio. Sebanyak lapan cerpen kategori remaja yang terkandung dalam
buku antologi cerpen Kuroshio iaitu Dongeng Tongak Sembilan dan Cerita
Februari, Rahmat Bahgia, Perginya yang Tercinta dan Indahnya Legenda,
Bujang Berani, Hikayat Pesan Ibu, Imam Air Mata, Rimba Nan Satu dan
Semarak Jiwa Wardah. Aspek nilai yang dikupas ialah nilai pemikiran, nilai
kreativiti, nilai bahasa, nilai kognitif, nilai akhlak, nilai keprihatinan dan nilai
keseimbangan. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah
analisis kandungan. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori
Analisis Kandungan oleh Zhang dan Wildermuth (2009). Dapatan daripada
kajian menunjukkan bahawa cerpen-cerpen yang terkandung dalam dalam
antologi Kuroshio ini sarat dengan nilai iaitu nilai pemikiran, nilai kognitif, nilai
kreativiti, nilai bahasa, nilai akhlak, nilai keseimbangan, dan nilai
keperihatinan.

Kata kunci: Kuroshio, cerpen remaja, nilai murni, analisis kandungan

PENGENALAN
Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) merupakan salah satu sayembara
sastera yang diadakan di Malaysia dan dianjurkan oleh Kumpulan Utusan.
Setiap penyertaan dibahagikan kepada beberapa jenis kategori. HSKU

54 | M u a d d i b 2 0 1 9

berkonsepkan pemberian hadiah yang diasaskan kepada karya yang didapati
panel mencapai tahap mutu seni kreatif yang membanggakan. HSKU mula
diperkenalkan pada tahun 1985 dan memberi penelitian khusus kepada karya
kreatif yang diterbitkan dalam ruangan sastera pelbagai terbitan Kumpulan
Utusan, majalah dan akhbar mingguan. Karya kreatif yang dimaksudkan
meliputi genre puisi dan cerpen umumnya pada tahun awal diperkenalkan
sebelum berkembang kepada genre-genre lain.

Antologi cerpen Kuroshio telah mendapat pengiktirafan di peringkat
kebangsaan dan mendapat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) bagi
tahun 2017. Sebanyak lapan cerpen kategori remaja yang terkandung dalam
buku antologi cerpen Kuroshio iaitu Dongeng Tongak Sembilan dan Cerita
Februari, Rahmat Bahgia, Perginya yang Tercinta dan Indahnya Legenda,
Bujang Berani, Hikayat Pesan Ibu, Imam Air Mata, Rimba Nan Satu dan
Semarak Jiwa Wardah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk:
1. Menganalisis nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen kategori remaja
yang terkandung dalam buku antologi cerpen Kuroshio.
2. Menjelaskan elemen nilai pemikiran, nilai kreativiti, nilai bahasa, nilai
kognitif, nilai akhlak, nilai keprihatinan dan nilai keseimbangan yang
terkandung dalam buku antologi cerpen Kuroshio.
3. Menghuraikan kekuatan yang terdapat dalam buku antologi cerpen
Kuroshio berdasarkan Teori Analisis Kandungan oleh Zhang dan Wildermuth
(2009).

SOALAN KAJIAN

Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan kajian iaitu:
1. Apakah nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen kategori remaja yang
terkandung dalam buku antologi cerpen Kuroshio?
2. Apakah elemen nilai pemikiran, nilai kreativiti, nilai bahasa, nilai kognitif,
nilai akhlak, nilai keprihatinan dan nilai keseimbangan yang terkandung
dalam buku antologi cerpen Kuroshio?
3. Apakah kekuatan yang terdapat dalam buku antologi cerpen Kuroshio
berdasarkan Teori Analisis Kandungan oleh Zhang dan Wildermuth (2009)?

KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian analisis nilai-nilai murni yang terdapat dalam cerpen kategori remaja
yang terkandung dalam buku antologi cerpen Kuroshio ini penting bagi guru.
Cerpen yang terdapat dalam antologi Kuroshio ini adalah antara yang

55 | M u a d d i b 2 0 1 9

bermutu tinggi kerana telah mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan
dan mendapat Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) bagi tahun 2017.
Oleh itu, karya ini perlu didedahkan kepada murid sebagai bacaan meluas
atau digunakan sebagai karya untuk dikupas dalam kelas. Hal ini
memudahkan guru untuk menerapkan nilai murni dalam kalangan murid.

Kajian ini penting kepada murid kerana nilai-nilai murni yang terkandung
dalam antologi Kuroshio dapat membina jati diri dan menerapkan nilai-nilai
murni dalam kalangan murid-murid. Apatah lagi, lapan cerpen yang dianalisis
dalam antologi Kuroshio adalah cerpen bagi kategori remaja. Oleh itu,
cerpen-cerpen yang terdapat dalam antologi Kuroshio amat sesuai dengan
jiwa dan kehidupan murid yang tergolong dalam kategori remaja.

Kajian ini penting kepada ibu bapa kerana melalui cerpen yang terkandung
dalam antologi Kuroshio, ibu bapa akan lebih memahami kehendak dan
naluri remaja zaman kini. Hal ini akan membantu ibu bapa untuk menyuntik
nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak mereka pada masa kini.

KAJIAN LITERATUR

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menghuraikan Teori Analisis Kandungan
oleh Zhang dan Wildermuth (2009) yang digunakan sebagai asas dalam
menganalisis dapatan kajian ini. Di samping, beberapa kajian yang telah
dilakukan oleh pengkaji berkaitan dengan nilai dalam cerpen turut disorot
untuk mengukuhkan penganalisisan data.

Zhang dan Wildermuth (2009) telah membahagikan cara penganalisisan data
kepada lapan langkah penting yang terkandung dalam proses analisis
kandungan kualitatif. Lapan langkah penting tersebut ialah:
i) persediaan data
ii) mentakrifkan unit analisis
iii) membina kategori dan skema pengekodan
iv) menguji skema pengekodan melalui teks sampel
v) pengekodan teks
vi) menilai ketekalan pengekodan
vii) kesimpulan daripada data yang telah dikod
viii)laporan kaedah dan hasil kajian

Muhamad Pujiono (2006) telah menganalisis nilai-nilai religious dalam cerpen
Miyazawa Kenji. Nilai-nilai religi yang ada dalam dalam cerpen Miyazawa
Kenji adalah : Mari kita pergi dan menolong teman kita, semua perlahan-
lahan mendekati gajah putih melepaskan rantai. Sikap memberikaan
pertolongan kepada orang lain merupakan sifat yang terpuji. Dalam cerita
tersebut, teman-teman sang gajah putih memberikan pertolongan kepadanya
pada saat dia betul-betul memerlukan pertolongan dan melepaskannya dari

56 | M u a d d i b 2 0 1 9

sel yang dibuat oleh atseberu, sehingga ia terlepas dari maut. Hal ini juga
mencerminkan salah satu dari ajaran Jodo Shinshu yang dianut pengarang
cerpen tersebut. Dalam ajaran agama tersebut mengajarkan saling
memberikan pertolongan kepada siapa saja yang membutuhkan.

Dalam cerpen Laba-Laba, Lintah dan Cerpelai, nilai-nilai religius yang ada
ialah berdoa terhadap Tuhan. Hal ini dapat dilihat apabila cerpelai berdoa
atas segala anugerah yang diberikan Tuhan kepadanya. Di sini kita dapat
mengambil hikmah bahwa kita sebagai manusia makhluk ciptaann-Nya,
pastilah sangat erat hubungannya dengan pencipta-Nya. Bentuk hubungan
itu bisa berupa doa. Doa tersebut dilakukan oleh manusia karena adanya
satu kesedaran atau merasa sedar bahawa semua yang ada di alam raya ini
ada yang menciptakannya.

Sumarni (2013) telah menganalisis unsur nilai moral dan nilai sosial terhadap
kumpulan cerpen “Delapan Peri” karya Sitta Karina. Metode yang digunakan
dalam penelitian ini adalah metode deskriptif. Metode deskriptif adalah suatu
metode dalam penelitian status kelompok manusia, suatu objek, suatu set
kondisi, suatu sistem pemikiran, ataupun suatu kelas peristiwa pada masa
sekarang. Dalam analisis kumpulan cerpen “Delapan Peri” karya Sitta Karina
ini, banyak mengandung nilai moral dan nilai sosial yang dapat di ambil dan
di pelajari oleh para pembaca.

Antara 11 cerpen yang yang terkandung dalam antologi “Delapan Peri” ini
ialah “Setoples Kemabang Gula Bernama Pilihan”, “Thong” , “Wish You
Were Here...” , “Gips Cinta Buat Jehan”,“50:50” ,“Tujuh Cupcake Spesial”,
“Sekolah Kehidupan”, “Sparkling Ran” , “BFF” , “Goth Is Me” , dan “Huruf-
huruf yang Melayang” . Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan, dapat
dikemukakan beberapa kesimpulan penelitian ini sebagai berikut: a) Nilai-nilai
moral yang terdapat dalam kumpulan cerpen “Delapan Peri” karya Sitta
Karina kebanyakan mengandung moral buruk tapi ada juga moral baiknya.
Maka ambillah sisi baiknya, jangan ikuti sisi buruknya, b) Nilai-nilai sosial
yang terdapat dalam kumpulan cerpen “Delapan Peri” karya Sitta Karina
sangat beragam. Ada yang memiliki hubungan sosial yang baik ada juga
yang tidak baik, ada yang mudah untuk bersosialisasi ada juga yang menutup
dirinya untuk bersosialisasi dengan orang lain, dan c) Kumpulan cerpen
“Delapan Peri” karya Sitta Karina sangat cocok untuk pembelajaran sastra di
tingkat SMA karena isi ceritanya menceritakan semua tentang apa-apa saja
yang terjadi pada kehidupan anak sekolah terutama tingkat SMA.

Dalam membaca sebuah cerpen sebaiknya kita tidak hanya sekedar
membaca saja, kita harus bisa menganalisis unsur-unsur yang terdapat
dalam cerpen tersebut. Terutama unsur nilai-nilai yang terkandung di
dalamnya agar kita bisa lebih memahami isi cerita tersebut dan dapat

57 | M u a d d i b 2 0 1 9

menjadikannya sebagai bahan pertimbangan untuk pembelajaran dalam
kehidupan.

Amanah Adi Purnami (2016) telah menganalisis nilai moral dalam cerpen
yang ada dalam majalah Bobo Edisi Januari hingga Disember 2015. Jenis
penelitian adalah analisis konten. Objek penelitiannya adalah nilai moral yang
terkandung dalam 12 cerita pendek pada Majalah Bobo. Instrumen penelitian
adalah peneliti sendiri dengan alat bantu kartu data. Teknik pengumpulan
data menggunakan teknik baca dan teknik catat. Data yang diperoleh
dianalisis dengan menggunakan induksi komparasi, kategorisasi, tabulasi,
dan pembuatan inferensi. Uji keabsahan data dengan meningkatkan
ketekunan serta reliabilitas keakuratan.

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: (1) wujud nilai moral hubungan

manusia dengan diri sendiri terdiri dari rajin, introspeksi diri, pantang

menyerah, kerja keras, kesadaran, mandiri, pemberani, rasa ingin tahu,

bertekad kuat, berpikir kritis, tekun, hemat, optimis, berkomitmen dan nilai

moral yang paling mendominasi adalah nilai moral rasa ingin tahu. (2) wujud

nilai moral hubungan manusia dengan sesama terdiri dari kasih sayang,

toleransi, rasa hormat, simpati, kepedulian, patuh, suka menolong,

kerjasama, suka memberi, bergaya hidup sehat, santun, kejujuran,

bertanggung jawab, pemaaf, mudah bergaul, bersahabat dan nilai moral yang

paling mendominasi adalah nilai moral rasa hormat. (3) wujud nilai moral

hubungan manusia dengan Tuhan hanya terdapat nilai moral ketakwaan. (4)

wujud nilai moral hubungan manusia dengan lingkungan alam hanya terdapat

nilai moral cinta tanaman. (5) teknik penyampaian nilai moral secara

langsung menggunakan teknik penyampaian berupa uraian pengarang serta

melalui tokoh dan yang paling mendominasi adalah penyampaian melalui

tokoh. (6) teknik penyampaian nilai moral secara tidak langsung hanya

melalui peristiwa yang terdapat pada cerita.

DAPATAN KAJIAN

Berdasarkan analisis nilai-nilai murni dalam lapan cerpen remaja yang
terkandung dalam antologi Kuroshio, pengkaji telah menstrukturkan analisis
bagi setiap cerpen tersebut berdasarkan elemen nilai pemikiran, nilai
kreativiti, nilai bahasa, nilai kognitif, nilai akhlak, nilai keprihatinan dan nilai
keseimbangan.

Cerpen Tonggak Sembilan dan Cerita Februari

Nilai Pemikiran

58 | M u a d d i b 2 0 1 9

Cerpen ‘Dongeng Tonggak Sembilan dan Cerita Februari’ mengetengahkan
persoalan suatu usaha dan memupuk semangat penduduk kampung untuk
memajukan dan membina kampung halaman yang makmur seperti yang
diimpikan oleh penduduk kampung termasuk tiga orang remaja yang sering
digelar tiga serangkai di kampung tersebut. Isu yang ditimbulkan adalah
tentang kesedaran dan kesungguhan remaja tiga serangkai iaitu ‘Aku’,
Rasyid dan Samran yang berusaha menyahut seruan Pak Narator yang
menegaskan bahawa anak muda perlu berusaha menjaga akal budi, sahsiah
dan jati diri dalam usaha merealisasikan kampung halaman mereka. Namun
begitu, meniti tahun-tahun yang menjelma, terdapat anak muda yang ‘ingkar’
dengan pedoman dan tonggak yang diseru oleh Ppak Narator. Rentetan itu,
rata-rata terdapat anak muda yang hanyut dalam fantasi romantis bulan
Februari dengan memadu kasih dan melakukan perkara yang tidak berakhlak
serta menjatuhkan maruah antara perempuan dan lelaki.

Nilai Kognitif
Nilai kognitif yang mencungkil pemikiran pembaca melalui pelbagai input
serta informasi yang dissisipkan dalam cerita pendek ini. Cerpen ini disulam
dengan pelbagai pedoman yang mempamerkan semangat dan cita-cita yang
berkobar untuk membina dan merealisasikan kampung halaman impian
seperti yang diimpikan mereka. Terdapat elemen kognitif yang mencungkil
pengetahuan atau tafsiran pembaca dalam memahami pedoman serta
tonggak yang diutarakan dalam cerpen ini. Sebagai contoh, sembilan
tonggak yang dicanang oleh Pak Narator boleh ditafsir dalam beberapa
tafsiran dan kefahaman pembaca. Tafsiran pertama, sembilan tiang pada
replika rumah agam yang mewakili sembilan tonggak boleh menjadi simbolik
kepada sembilan daerah di dalam kawasan berkenaan. Tafsiran lain pula,
pembaca boleh membayangkan bahawa sembilan tonggak tersebut sebagai
sembilan manifesto atau sembilan saranan yang digesa oleh Pak Narator
yang dilihat mempunyai niat ingin memajukan kampung berkenaan.

Nilai Kreativiti
Nilai Kreativiti penulis dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan
pengalaman estetika kepada pembaca dengan cara yang unik. Sebagai
contoh, cerpen ini banyak disulami dengan pelbagai bentuk simbolik serta
mesej yang berfalsafah dan tinggi serta makna yang mendalam. Misalnya
fokus pada istilah sembilan tonggak yang sentiasa diulang dalam penulisan
karya ini namun setiapnya membawa makna yang mendalam bagi
menyedarkan anak muda tentang pentingnya membina anak muda yang
bersahsiah tinggi, tinggi akal budi dan jati diri dalam usaha membina sebuah
bangsa yang berjaya, maju dan makmur. Selain itu, penulis menyelitkan
unsur tulisan tradisional iaitu tulisan jawi yang mengeja : wau, alif, wau, sin,
nun yakni disebut wawasan. Lima aksara jawi yang terpahat pada replika
rumah agam yang membawa makna dan simbolik pengharapan serta iltizam
yang kuat ditunjukkan oleh penduduk kampung khususnya orang tua
kampung itu.

59 | M u a d d i b 2 0 1 9

Nilai Bahasa
Nilai bahasa yang dipamerkan dalam karya ini boleh dibahagikan kepada dua
kategori. Yang pertama olahan bahasa yang tinggi laras bahasanya,
bombastik perbendaharaan kata, mempunyai unsur kiasan dan falsafah serta
mengandungi makna yang mendalam ditonjolkan dalam setiap bait bicara
Pak Narator. Olahan bahasa ini untuk menunjukkan taraf dan latar belakang
Pak Narator yang fasih berbicara di hadapan masyarakat tanpa rasa kekok,
mudah menerima perhatian dan kepercayaan masyarakat dengan kemahiran
berbahasa serta lisan yang ditonjolkan, ditambah pula dengan sifat
kepimpinannya yang berfikiran futuristik. Selain itu, terdapat juga olahan
bahasa yang lebih bersifat terus dan selapis yang digunakan dalam
perbualan remaja tiga serangkai. Olahan bahasa tersebut menonjolkan
perkembangan bahasa serta tahap kognitif remaja tiga serangkai tersebut
yang sentiasa mempunyai ruang untuk berbincang, melakukan sumbang
saran, perdebatan dan bersifat mencungkil rasa ingin tahu mereka. Namun
olahan bahasa remaja tiga serangkai ini semakin berkembang tahap
berbahasa dan perbendaharaan kata mereka. Hal ini ditonjolkan pada
bahagian akhir karya ini yang menjelaskan bahawa mereka juga meragui
aspirasi kampung itu akan menjadi suatu kenyataan atau hanya sekadar
kisah dongeng sahaja setakat tiga tahun lagi menjelang 30 tahun peristiwa
tonggak sembilan hanya tinggal replika rumah agam yang terkopak dan
usang.

Nilai Akhlak
Nilai akhlak yang terkandung dalam karya ini ialah menyeru anak muda
untuk menjaga maruah dan akhlak dengan cara bersahsiah, menjaga akal
budi dan mengukuhkan jati diri. Anak muda digesa untuk menjauhi perkara-
perkara yang tidak bermoral dan tidak berakhlak seperti pergaulan bebas dan
hanyt dalam asmara darah muda yang bakal menjadi toksik dalam generasi
muda dan bakal menjadi barah dalam membina sesebuah bangsa.

Nilai Keseimbangan
Nilai keseimbangan yang diselitkan dalam karya ini lebih menonjolkan
impian dan angan-angan penduduk kampung yang ingin memajukan
kampung mereka dan ingin mengubah ‘imej’ kampung mereka dengan penuh
pengharapan dan berkobar-kobar diiringi dengan manifesto Pak Narator yang
menyemai benih harapan pada masa yang tepat.

Nilai Keprihatinan
Nilai keprihatinan cerpen ‘Dongeng Tonggak Sembilan dan Cerita Februari’
mendukung usaha yang dilakukan oleh remaja tiga serangkai iaitu ‘Aku’,
Rasyid dan Samran yang mengambil inisiatif menyahut cabaran yang
menduga zaman remaja mereka dengan memperteguhkan jati diri,
memperbaiki sahsiah, serta menajamkan akal budi mereka serta menempuh

60 | M u a d d i b 2 0 1 9

cabaran mereka sebagai remaja yang penuh dengan kisah cinta monyet
demi merealisasikan impian mereka dan menjadikan kampung halaman
impian mereka menjadi suatu yang nyata.

Cerpen Rahmat Bahgia

Nilai pemikiran
Cerpen ‘Rahmat Bahgia’ mengetengahkan persoalan tentang guru yang
mengubah tanggapan anak muridnya terhadap hidupnya sehingga murid itu
berjaya dan membanggakan negara. Karya ini menjelaskan pemikiran yang
ingin pembaca menyelami pengalaman seorang guru yang meletakkan
kepercayaan dan keyakinan terhadap muridnya walaupun setelah
mengetahui kisah hidup murid yang bernama Rahmat Bahgia tersebut dan
makna di sebalik namanya yang juga merupakan frasa dalam baris kelima
lagu Negaraku. Karya ini membawa pembaca menghayati makna Rahmat
Bahgia yang terkandung dalam lagu Negaraku serta mengubah persepsi
pembaca dengan kisah tragis di sebalik nama murid Rahmat Bahgia yang
dirahsiakan oleh datuknya selama ini.

Nilai Kognitif
Nilai kognitif yang mencungkil pemikiran pembaca apabila pembaca dapat
membaca kandungan dan intipati surat datuk Rahmat Bahgia kepada cikgu
yang mengandungi rahsia tentang dua wanita yang amat disayangi oleh
datuk Rahmat. Menerusi surat tersebut, diceritakan konflik yang terjadi antara
datuk Rahmat dengan atuk kandung Rahmat yang bersikap dayus sebagai
seorang suami. Pembacaan cerpen ini juga mencungkil pemikiran apabila
cikgu menjadikan kisah di sebalik nama Rahmat Bahgia sebagai simbolik
tentang perjuangan mempertahankan maruah Tanah Air kita.

Nilai Kreativiti
Nilai kreativiti yang terdapat dalam karya ini ialah penulis menyelitkan unsur
tanda tanya dan saspen kepada pembaca. Sebagai contoh, ketika Supian
memberitahu bahawa ibu Mat meninggal kerana digigit nyamuk, manakala
ayah mat menemui ajalnya kerana jatuh pokok, serta ketika cikgu menerima
sepucuk surat bertulisan jawi daripada datuk Mat. Plot yang tersusun kemas
dalam penceritaan cerpen ini memberikan impak yang lebih jelas dan
berkesan menyampaikan mesej kepada pembaca. Siapa sangka seorang
murid bernama Rahmat Bahgia yang pernah dibuli disekolah kerana seorang
yatim piatu mampu membanggakan datuk dan gurunya apabila menjadi
seorang doktor seterusnya membanggakan negara dengan kemahiran seni
silat yang mengalir dalam darah dalam badannya.

Nilai Bahasa
Nilai bahasa yang diolah dalam karya ini membuatkan penyampaian mesej
yang jelas dan mudah difahami serta senang diterima dan berkesan untuk

61 | M u a d d i b 2 0 1 9

pelbagai lapisan khususnya kumpulan sasaran remaja awal. Penceritaan
yang terbina melalui jiwa dan kepercayaan seorang guru terhadap seorang
anak yatim piatu yang mempunyai nama yang sangat unik dan mempunyai
kisah disebalik nama itu menjadi rahsia datuknya tidak menjadi halangan
untuk anak yatim piatu itu berjaya dalam profesion yang menjadi cita-cita dan
medan seni silat yang dibanggakan.

Nilai Akhlak
Nilai akhlak dalam pelbagai bahagian coretan cerpen ini. Akhlak yang ingin
ditonjolkan dan disemai khususnya kepada kumpulan remaja awal melalui
akhlak dan peribadi watak Rahmat Bahgia disampaikan dengan jelas dan
terperinci sebagai seorang yang penyabar walaupun diejek dan diherdik oleh
rakan sebayanya, serta motivasi yang tinggi tertanam dalam jiwa anak yatim
itu untuk membanggakan cikgu dan datuknya yang mempercayainya dan
menjadi pendorong semangat untuk dia melangkah mencapai kejora
kejayaannya di pentas dunia. Dalam masa yang sama, akhlak datuk sebagai
seorang pesilat berani menegakkan kebenaran, membela maruah, serta
ikhlas dalam menyayangi seseorang yang disampaikan melalui kandungan
surat kepada cikgu juga merupakan antara mesej nilai akhlak yang disisipkan
dalam karya ini.

Nilai keseimbangan
Nilai keseimbangan yang diselitkan dalam karya ini dapat diperhatikan watak
Rahmat Bahgia yang dianggap kurang bernasib baik kerana kurang
menerima kasih sayang daripada ibu bapanya kerana menjadi yatim piatu
diusia kecil tetap mempunyai harapan dan masa depan yang cerah selagi
mana wataknya sebagai watak putih yang membawa peribadi dan suri
teladan kepada remaja yang menyelami karya ini.

Nilai Keprihatinan
Cerpen ‘Rahmat Bahgia’ mendukung sifat prihatin dan ambil berat guru
terhadap anak muridnya yang berpotensi untuk digilap menjadi mutiara yang
bersinar dengan hanya memberi dorongan, kata-kata semangat,
kepercayaan dan keyakinan serta bimbingan yang sewajarnya membuahkan
hasil apabila jasa guru itu sentiasa tersemat dalam jiwa sanubari Rahmat
Bahgia walaupun di pentas dunia dia teguh berdiri, jasa guru dan
pengorbanan datuknya tetap tidak akan luntur daripada dirinya.

Cerpen Perginya Yang Tercinta dan Indahnya Legenda

Nilai pemikiran

62 | M u a d d i b 2019

Cerpen ‘Perginya Yang Tercinta dan Indahnya Legenda’ mengetengahkan
persoalan tentang kasih sayang berkeluarga antara seorang ibu saudara
dengan anak saudaranya. Dalam konteks cerpen ini, ‘Aku’ sentiasa
menghormati dan mentaati ibu saudaranya seperti dia menyayangi ibunya
sendiri. Peranan ibu saudara dalam karya ini menjadi pencorak dan memberi
nasihat kepada kanak-kanak tentang kepercayaan tahyul, lalu diceritakan
pula kisah legenda bagaimana kepayahan generasi datuk nenek mereka
hidup dalam keadaan serba tiada teknologi dan kemudahan yang tersedia
pada zaman ini,

Nilai Kognitif
Nilai kognitif yang mencungkil pemikiran pembaca apabila pembaca mampu
menjana pemikiran dengan membayangkan kepayahan dan perit getir
generasi terdahulu bergelut untuk melangsungkan kehidupan dengan
merentas belukar, dan bertarung dengan pelbagai penyakit tanpa
kemudahan seperti hospital seperti zaman moden kini. Selain itu juga, karya
ini memberi ruang untuk menelaah dan menilai sifat kepercayaan tahyul dan
khurafat yang mungkin masih tersisa dalam hidup bermasyarakat sekarang
yang tidak relevan dan menyimpang daripada ajaran agama. Malah, watak
ibu saudara yang sentiasa membetulkan sesuatu amalan dan kepercayaan
karut dapat memberi penjelasan kepada golongan remaja khususnya untuk
membuat sintesis, memahami dan menilai perbuatan yang melanggar hukum
agama.

Nilai kreativiti
Nilai kreativiti dalam karya ini ialah apabila penulis menyelitkan unsur
mengujakan dalam struktur cerpen apabila cerepen disisipkan dengan kisah-
kisah legenda nenek moyang mereka terdahulu yang mempunyai
pengorbanan yang besar mengharungi pelbagai cabaran dan kepayahan
untuk melangsungkan kehidupan dan meneruskan zuriat sehingga terlahirlah
generasi ‘Aku’ yang dikira sudah hidup dalam serba keuntungan. Sehingga
bahagian terkahir karya ini, barulah pembaca dapat mengetahui bahawa
deskriptif tentang ibu saudara adalah kerana ‘Aku’ mengenang dan
mengimbau kenangannya bersama ibu saudaranya sehingga hari ibu
audaranya kembali menghadap Ilahi.

Nilai Bahasa
Nilai bahasa yang diolah dalam karya ini membuatkan penyampaian mesej
yang jelas dan mudah difahami serta senang diterima dan berkesan untuk
pelbagai lapisan khususnya kumpulan sasaran remaja awal. Penceritaan
yang terbina melalui watak ‘aku’ yang menceritakan pengalaman dan
kenangan dirinya bersama ibu saudaranya sehingga dia kehilangan insan
yang tercinta itu yakni ibu saudaranya. Olahan bahasa yang digunakan lebih
mirip dalam bentuk nasihat seorang ibu yang penuh kasih sayang serta
mudah diterima dah difahami oleh kumpulan sasaran khususnya remaja
awal.

63 | M u a d d i b 2 0 1 9

Nilai akhlak
Nilai akhlak dalam pelbagai bahagian coretan cerpen ini. Akhlak yang ingin
ditonjolkan dan disemai khususnya kepada kumpulan remaja awal melalui
akhlak dan peribadi watak ibu saudara yang baik hati, pemurah, bersyukur,
mentaati perintah agama, berdakwah melalui nasihat, serta kasih sayangnya
terhadap kanak-kanak disampaikan melalui pesanan dan teguran. Nilai
akhlak lain yang juga boleh didapati dalam karya ini ialah watak ‘Aku’ yang
mentaati dan mendengar kata ayahnya agar menghormati dan mentaati ibu
saudaranya seperti dia melayani ibu kandungnya sendiri.

Nilai keseimbangan
Nilai keseimbangan yang diselitkan dalam karya ini dapat diperhatikan
dengan susunan plot dan penglibatan watak yang seimbang dan menjadikan
mesej yang ingin disampaikan lebih jelas dan bermakna. Watak kanak-kanak
yang suka bermain dan kurang mmahami adab dan perlakuan yang
sepatutnya dilakukan diseimbangkan dengan watak ibu saudara yang
penyayang, baik, lembut dan suka bercerita dan memberi nasihat dengan
berhikmah sehingga disayangi oleh kanak-kanak yakni ‘Aku’ walaupun
setelah kematian ibu saudaranya itu.

Nilai keprihatinan
Cerpen ‘Perginya Yang Tercinta dan Indahnya Legenda’ mendukung sifat
prihatin dan ambil berat ibu saudara yang sentiasa membuat kebaikan seperti
menyediakan bubur pisang untuk dihidangkan kepada orang ramai dan
keprihatinan ibu saudara membetulkan kepercayaan karut dan tahyul yang
menyimpang darpada ajaran agama. Dalam pada masa yang ama, ibu
saudara juga memberi perluang kepada kanak-kanak termasuk ‘Aku’ untuk
mengetahui latar belakang dan pengorbanan nenek moyang mereka untuk
meneruskan hidup dan jasa mereka mencari sinar kehidupan sehingga
mereka lahir sebagai keturunan yang beruntung berbanding generasi
terdahulu mereka yang bergelut untuk hidup.

Cerpen Bujang Berani

Cerpen Bujang Berani oleh Clayton Robert menceritakan kesungguhan
Babok Nyaong menasihati cucu-cucunya agar menghormati dan menghargai
kemerdekaan negara. Babok Nyaong menceritakan tentang kisah perjuangan
dan bakti yang dicurahkan beliau ketika mempertahankan negeri Sarawak
daripada ancaman komunis ketika bergelar Boarder Scout semasa usia
mudanya agar cucu-cucunya menghargai keringat yang dicurahkan oleh
generasi terdahulu untuk mempertahankan negara.
Nilai Pemikiran
Cerpen Bujang Berani memaparkan nilai pemikiran positif dan nasionalisme.
Semangat cinta akan negara yang ditunjukkan oleh Babok Nyaong

64 | M u a d d i b 2 0 1 9

menggambarkan nilai nasionalisme yang tinggi apabila beliau bersungguh-
sungguh menasihati cucu-cucunya yang tidak mengerti erti sebenar
kemerdekaan yang dikecapi. Pemikiran nasionalisme yang dibawa oleh
pengarang menunjukkan bahawa ramai generasi muda kini tidak benar-benar
merdeka sebaliknya masih dijajah mindanya oleh kuasa asing. Erti
kemerdekaan sebenar dapat dilihat menerusi nasihat Babok Nyaong
terhadap cucu-cucunya iaitu :

“Merdeka bukan sahaja bermaksud bebas daripada penjajahan kuasa
asing. Makna merdeka cukup luas. Biar babuk ambil satu contoh
mudah. Merdeka minda. Minda kita juga harus merdeka sama seperti
negara kita yang merdeka. Jangan mudah terikut-ikut dengan
fahaman fahaman laluan kiri yang akhirnya boleh membinasakan
kmeredekaan yang telah dibina. Harus mampu berdiri di atas kaki
sendiri. Ini barulah merdeka minda… ”

Nilai Kreativiti
Karya ini menonjolkan perbezaan pemikiran dan ideologi antara dua generasi
iaitu generasi terdahulu dan generasi moden kini. Perbezaan pemikiran yang
dibawa oleh pengarang dipaparkan menerusi watak Babok Nyaoung dan
cucu-cucunya. Karya ini juga mengetengahkan realiti generasi muda yang
semakin dijajah mindanya oleh kuasa asing menerusi perkembangan
teknologi seperti permainan video game. Hal ini dapat dilihat menerusi
ungkapan yang dituturkan salah seorang cucu Babuk Nyaong “Bosan…Main
permainan game lebih menghiburkan. Lagipun, buat apa kibarkan lagi
bendera-bendera di sekitar kawasan rumah panjang. Bukankah negara kita
telah lama merdeka…”

Nilai Bahasa
Karya ini memaparkan penggunaan bahasa yang mudah dan ringkas agar
pembaca dapat memahami idea, pemikiran dan ideologi nasionalisme yang

ingin dibawa oleh pengarang. Namun, pengarang tetap menggunakan
bahasa yang gramatis, indah dan berkias di samping penggunaan bahasa
yang mudah agar pemikiran yang dibawa dapat memberi kesan yang

mendalam kepada pembaca.

Nilai Kognitif
Karya ini mampu membawa pembaca untuk berfikir dan menelaah erti
kemerdekaan yang sebenar menerusi pemikiran yang dibawa oleh

pengarang. Pengarang juga berjaya membawa pembaca menyelami realiti
sebenar masyarakat kini yang kurang prihatin terhadap nilai kemerdekaan

dan perit jerih perjuangan tokoh terdahulu. Kesedaran nasionalisme dapat
diraih oleh pembaca menerusi watak Babok Nyaong yang diketengahkan

oleh pengarang.

Nilai Akhlak

65 | M u a d d i b 2 0 1 9

Karya ini semestinya dapat menyemai semagat cinta akan negara dan nilai
patriotik dalam kalangan pembaca. Kisah perjuangan Babuk Nyaong yang
berjuang mempertahankan negara sehingga kakinya terpaksa dipotong
akibat daripada terkena peluru sesat komunis semasa beliau menyertai
operasi memburu askar komunis dapat dijadikan teladan kepada generasi
muda. Babok Nyaong juga dikurniakan pingat Bentara Bintang Sarawak
(B.B.S) sebagai penghargaan atas jasa dan keringat yang dicurahkannya.
Ketaatan dan nilai kecintaan seharusnya diteladani oleh generasi muda
dalam mempertahankan kemerdekaan negara.

Nilai Keprihatinan
Karya ini mengangkat keprihatinan Babok Nyaong terhadap sikap acuh dan
pemikiran cetek cucu-cucunya yang tidak mahu mengibarkan jalur gemilang
pada hari kemerdekaan kerana menganggap ianya tidak membawa sebarang
erti. Cucu-cucunya juga lebih gemar bermain permainan video daripada
membantu ketua kaum mengibarkan bendera di rumah panjang mereka.
Keprihatinan yang dipaparkan oleh pengarang terhadap pemikiran cetek
generasi muda yang tidak menghargai kemerdekaan dapat menyedarkan
generasi muda terhadap pahit jerih perjuangan tokoh terdahulu.

Nilai Keseimbangan
Karya ini menunjukkan nilai keseimbangan yang harmonis antara watak
Babuk Nyaong dengan teknik pengolahan cerita. Pengarang membawa kisah
perjuangan Babok Nyaong secara teknik imbas kembali. Pada permulaan
cerita, pengarang memaparkan kisah anak muda yang tidak memahami dan
menghargai kemerdekaan yang dikecapi. Kisah perjuangan Babok Nyaong
pula disampaikan secara teknik imbas kembali untuk memberi kesedaran
kepada generasi muda. Kepelbagaian teknik dan pendekatan yang
digunakan oleh pengarang berjaya membawa idea dan pemikiran secara
mendalam kepada pembaca.

Hikayat Pesan Ibu

Cerpen Hikayat Pesan Ibu oleh Husna Nazri ini mengisahkan seorang ibu
yang berusaha memelihara tanah kebun milik keluarganya sehingga sanggup
membanting tulang pada usia mudanya demi memastikan anak cucunya
mengecapi kebahagiaan dan keselesaan dalam kehidupan. Ibu sering
berpesan kepada anak cucunya supaya menjaga dusun pusaka milik
keluarga Haji Melan yang berada nun di seberang sungai dan di timur laut itu.
Namun, terdapat segelintir ahli keluarga yang iri hati dan berasa dengki
terhadap ibu kerana memiliki tanah kebun tersebut.

Nilai Pemikiran
Karya ini mengangkat konflik yang timbul di dalam sesebuah keluarga akibat
daripada sikap iri hati dan tamak haloba. Pengarang membawa pembaca

66 | M u a d d i b 2 0 1 9

untuk menghayati nilai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu demi
menjaga keluarga serta memelihara tanah pusaka milik keturunannya pada
akhir cerita.

Nilai Kreativiti
Karya ini mengaitkan ideologi zaman penjajahan yang mengamalakan prinsip
pecah dan perintah untuk memecah belahkan masyarakat dengan institusi
kekeluargaan yang turut akan musnah sekiranya sikap iri hati, benci
membenci dan prasangka masih diamalkan dalam sesebuah perhubungan.
Simbolik perpecahan yang digambarkan pada zaman penjajahan dahulu
dapat memberi kesan kepada pembaca untuk menghargai kemakmuran
supaya sejarah hitam tidak lagi berulang.

Nilai Bahasa
Karya ini menggunakan nilai bahasa yang tinggi kerana mengandungi
falsafah dan pemikiran yang jitu terhadap kemakmuran dan kesejahteraan
sesebuah keluarga daripada berpecah belah. Pengarang menggunakan ayat-
ayat yang gramatis dan berfalsafah untuk menyampaikan mesej di dalam
karya ini sebagaimana pesan ibu “ Ibu menamakan prinsip itu dengan gelar
piagam ibu. Di dalamnya termaktub taat setia terhadap kebenaran dan
ketuhanan”.

Nilai Kognitif
Karya ini mampu menjana pembaca untuk lebih berfikir. Pengarang cuba
menyelitkan unsur konflik apabila salah seorang cucu ibu cuba memecah
belahkan keluarga dengan menanam duri dan api kemarahan dengan
mempertikaikan tindakan ibu yang memiliki tanah secara tidak sah dari sisi
undang-undang. Pembaca akan tertanya-tanya akan rasional ibu memiliki
tanah kebun tersebut dengan cara yang tidak sepatutnya. Persoalan yang
timbul ini akan merangsang pembaca untuk mengetahui kesudahan cerita
sama ada keluarga tersebut kembali harmoni atau berpecah belah
keadaannya.

Nilai Akhlak
Dalam karya ini, terdapat banyak nilai akhlak yang dipaparkan oleh
pengarang. Hal ini dapat dilihat melalui watak ibu yang berusaha menyemai
nilai persaudaraan dan menerapkan rukun kehidupan yang harmonis dalam
kalangan ahli keluarga. Ibu sering berpesan supaya menjaga keamanan
keluarga daripada berpecah belah akibat daripada sikap iri hati dan tamak
haloba. Nilai akhlak yang dipaparkan oleh pengarang dapat dilihat melalui
pesan ibu iaitu “Peliharalah keharmonian dan kestabilan keluarga kita”

Nilai Keprihatinan
Karya ini memaparkan nilai keprihatin seorang ibu terhadap nasib dan masa
depan keluarganya. Ibu amat mengambil berat terhadap nasib anak dan
cucunya dan sentiasa berpesan supaya saling menghormati dan berkasih

67 | M u a d d i b 2 0 1 9

sayang agar hubungan kekeluargaan yang dibina tidak berantakan. Nilai
keprihatinan yang dibawa oleh watak ibu menunjukkan bahawa kasih ibu
tiada tolok bandingnya.

Nilai Keseimbangan
Keseimbangan karya ini dapat dilihat melalui plot cerita yang
berkesinambungan dengan baik. Perjalanan cerita kisah pesanan ibu
disampaikan secara teratur dan mempunyai kesinambungan yang utuh. Pada
mulanya, ibu menasihati keluarganya untuk menjaga tanah kebun milik
keluarga, kemudian timbul konflik apabila terdapat ahli keluarga yang
berprasangka sehinggalah mencapai peleraian apabila ibu menceritakan
sebab dan akibat ibu memiliki tanah pusaka tersebut.

Cerpen Imam Air Mata

Karya Ramli Abdul Halim ini mengisahkan seorang imam yang amat disegani
dengan jolokan “imam air mata” kerana dia sering menangis ketika
mengimamkan solat terawih di Masjid Darul Ma’arif ketika bulan Ramadhan.
Kesyahduan imam air mata ketika menunaikan solat dapat menarik perhatian
makmum untuk lebih ramai beribadah di masjid berkenaan. Namun, disebalik
kehebatannnya sebagai seorang imam muda yang digelar “imam air mata”,
beliau mempunyai kisah silam yang gelap. Berkat doa ibu, bapa dan
keluarganya, imam air mata atau Amirul telah kembali ke jalannya selepas
satu peristiwa pahit.

Nilai Pemikiran
Karya ini memaparkan nilai pemikiran islam yang berpandukan al-Quran dan
as-Sunnah dalam menjalani kehidupan, Imam air mata sering menangis
ketika mengimamkan solat terawih sehingga menyebabkan masjid tersebut
dibanjiri makmum untuk mendapatkan rasa khusyuk dan syahdu ketika solat.
Malah, makmum juga menyatakan bahawa mereka sanggup menunaikan
solat sunat terawih sehingga dua ratus rakaat sekalipun kerana suara imam
yang amat merdu serta bacaan ayat al-Quran yang menyentuh hati dan
mengasyikkan.

Nilai Kreativiti
Karya ini banyak menggunakan dialog sebagai teknik penceritaan. Teknik
dialog yang digunakan oleh pengarang dapat menarik minat pembaca kerana
bahan bacaan tersebut lebih ringkas dan santai. Pada pertengahan sehingga
akhir cerita, teknik dialog diterapkan dalam jalan cerita iaitu melalui perbualan
diantara Mazlan dan seorang makmum sebagai medium kepada pengarang
untuk menyampaikan mesej dan jalan cerita yang dikarang. Misalnya, dialog
ayah imam air mata iaitu “ Antara ilmu yang dituntut kita supaya belajar dari
buaian hingga liang lahad adalah ilmu al-Quran” menunjukkan bahawa

68 | M u a d d i b 2 0 1 9

pengarang ingin menyampaikan mesej bahawa menuntut ilmu amatlah
ditekankan di dalam islam melalui dialog yang diujarkan.

Nilai Bahasa
Karya ini menggunakan bahasa yang ringkas dan mudah difahami oleh
pembaca. Hal ini kerana, pengarang menggunakan kosa kata yang sering
digunakan dan dituturkan oleh pembaca dalam hidupnya sehari-hari.
Pendekatan yang dibawa oleh pengarang berasa lebih santai dan dapat
memberi kesan ke dalam hati pembaca kerana penggunaan struktur ayat
yang mudah dan ringkas. Pengarang juga banyak menggunakan kata-kata
pinjaman bahasa Arab seperti terawih, alim, ulama, tajwid dan doa.

Nilai Kognitif
Karya ini mampu menjana daya pemikiran dan pengamatan pembaca.
Pengarang pada mulanya, menyelitkan unsur tertanya-tanya apabila
makmum yang berbual-bual dengan Mazlan mengatakan bahawa ibu bapa
imam tersebut banyak menangis, berdukacita dan kecewa dengan sikap
imam air mata sebelum dia diberi kepeercayaan untuk mengimamkan solat
terawih di sebuah masjid akibat sikapnya yang nakal ketika usia mudanya.
Rupa-rupanya makmum tersebut ialah ayah imam air mata itu sendiri. Oleh
itu, pembaca akan tertanya-tanya bagaimana imam air mata tersebut boleh
berubah menjadi seorang insan yang berilmu dan disegani oleh masyarakat.
Maka, pembaca lebih bersemangat untuk membaca dengan lebih lanjut untuk
mengetahui pengakhiran dan kisah disebalik perubahan Amirul.

Nilai Akhlak
Nilai akhlak yang dapat diangkat di dalam karya ini dapat dilihat melalui
watak imam air mata yang merupakan seorang anak yang degil dan nakal
sebelum berubah menjadi manusia yang baik dan berakhlak. Seawal usia
remajanya, imam air mata menjalani kehidupan yang liar seperti ponteng
sekolah, merokok, mengambil pil kuda dan sering memprotes apabila ditegur.
Perubahan sikap yang dipaparkan oleh pengarang menunjukkan bahawa
setiap manusia mampu berubah ke jalan yang benar selepas ternoda dalam
dosa dan kemaksiatan.

Nilai Keprihatinan
Nilai keprihatinan yang boleh dipetik melalui karya ini ialah keprihatinan ibu
bapa terhadap masa depan anaknya. Ayah dan Ibu imam air mata selalu
berdoa dan mengharapkan bahawa Amirul kembali ke pangkal jalan supaya
dia menjadi manusia yang berguna dan bertakwa pada masa hadapan.

Nilai Keseimbangan
Karya ini menunjukkan keseimbangan yang baik antara jalinan plot cerita
yang dikarap oleh pengarang. Pada awalnya, pengarang memaparkan kisah

69 | M u a d d i b 2 0 1 9

seorang imam muda yang disegani dan disukai oleh para makmum apabila
beliau mengimamkan solat terawih. Seterusnya, pengarang mengaitkan kisah
silam imam air mata di dalam perbualan antara Mazlan dan seoarang
makmum yang merupakan ayah imam tersebut. Maka, terdapat
kesinambungan yang baik antara satu plot ke satu plot untuk membentuk
sebuah cerita yang menarik.

Cerpen Rimba Nan Satu

Cerpen Rimba Nan Satu oleh Seroja Salim menceritakan semangat dan
perjuangan kental Badun, anak kepada Batin Tam mempertahankan tanah
saka nenek moyang mereka iaitu Bekau Tawang daripada pencerohohan
orang asing.

Nilai Pemikiran
Cerpen Rimba Nan Satu mengungkapkan nilai pemikiran positif dan
bervariasi. Kesunggguhan Badun ingin mempertahankan tanah saka nenek
moyang mereka iaitu Bekau Tawang daripada pencerohohan orang asing
menggambarkan jati diri yang cukup kuat dalam diri Badun. Meskipun
persoalan yang diungkapkan dalam cerpen ini bersifat lokal iaitu
mengisahkan kehidupan orang asli yang semakin tertekan dengan
perubahan arus pemodenan namun nilai positif dan jati diri yang ada dalam
diri Badun seharusnya diteladani oleh generasi muda.

Nilai Kreativiti
Karya ini mengungkapkan idealisme dan pemikiran yang asli tentang
perjuangan hidup kaum asli di Malaysia yang tergolong dalam kalangan
minoriti. Gambaran kehidupan orang asli diungkapkan dengan latar yang asli
menjadikan cerpen ini ‘hidup’. Pembaca dapat merasai denyut nadi
keresahan orang asli yang semakin terhimpit dalam arus pemodenan.

Nilai Bahasa
Nilai bahasa yang digunakan dalam cerpen ini cukup tinggi kerana
penggunaan bahasa yang indah, kreatif,imaginatif, berkesan untuk membawa
idea, pemikiran dan ideologi yang ingin dibawa oleh pengarang. Penggunaan
bahasa orang asli seperti apak, atak, anyok,berhalaq,bulus, cegar,
chinchemm,nyok, ruai,saka dan tulung memperkaya perbendaharaan kosa
kata pembaca terhadap bahasa orang asli. Daftar glosari yang disertakan
pada akhir cerpen tersebut membantu pembaca memahami kosa kata
tersebut dengan mudah.

Nilai Kognitif
Karya ini mampu menjana daya taakulan pembaca dan menawarkan
pengalaman estetik. Penulis mampu menimbulkan semangat ingin tahu

70 | M u a d d i b 2 0 1 9

dalam kalangan pembaca tentang apa yang akan berlaku pada akhirnya
kepada Bekau Tawang dan Badun. Pengalaman estetik dapat diraih oleh
pembaca melalui karya ini kerana pengarang menggambarkan kehidupan
orang asli secara latar natural. Kehidupan orang asli yang dikelilingi oleh
hutan rimba dan binatang digambarkan dengan jayanya oleh pengarang
karya ini.

Nilai Akhlak
Karya ini sudah tentu dapat menyemai nilai akhlak dalam kalangan pembaca.
Semangat dan jati diri yang ada dalam diri Badun sewajarnya diteladani oleh
generasi muda. Tindakan bijak, tidak mengikut emosi dan tidak melulu Badun
dalam menyelesaikan masalah seharusnya dicontohi oleh generasi muda.
Ketaatan dan kepatuhan memegang janji ayahnya juga sewajarnya
diteladani oleh generasi muda.

Nilai Keprihatinan
Karya ini peka kepada isu nasional negara iaitu penjagaan dan pemuliharaan
alam sekitar. Isu tanah adat yang dicerobohi sewenang-wenangnya oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab diangkat menjadi isu penting dalam karya
ini. Kesedaran agar tidak membunuh hidupan liar dengan sewenang-
wenangnya juga diungkapkan oleh pengarang karya melalui ungkapan Batin
Tam kepada Badun “Kau harus jaga tanah ini. Walau sekangkang kera,
rimba nan satu ini warisan kita. Jangan dimusnah, jangan ditinggal.”

Nilai Keseimbangan
Karya ini terbina secara harmonis antara subjek dengan teknik pengolahan.
Penceritaan antara watak Badun dan Batin Tam disampaikan secara imbas
kembali. Penulis menggunakan beberapa teknik yang berbeza dalam
menghubungkan plot cerita yang disampaikan. Kepelbagaian teknik yang
digunakan tersebut berjaya menarik minat pembaca untuk membaca untuk
membaca karya ini sehingga tamat.

Semarak Jiwa Wardah

Cerpen karya Bahtiar Omar ini mengisahkan Wardah atau nama
singkatannya Wawa yang terpaksa meninggalkan pengajiannya di luar negeri
kerana perlu mengambil alih tugas ayahnya untuk menguruskan syarikat milik
ayahnya yang meninggal dunia. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh Wawa
dalam menguruskan syarikat ayahnya termasuklah bengkel bas syarikatnya
terbakar. Namun, ketegasan dan kecekalan Wawa dalam mengurus syarikat
ayahnya menjadikan dia sebagai ahli perniagaaan yang berjaya.

Nilai Pemikiran
Cerpen Semarak Jiwa Wardah mengungkapkan nilai pemikiran positif dan
bervariasi. Kecekalan dan keberanian Wawa menguruskan syarikat ayahnya

71 | M u a d d i b 2 0 1 9

sepatutnya dicontohi kerana nilai pemikiran positif yang ada dalam diri Wawa
menjadikan dia usahawan yang berjaya. Sikap bertanggungjawab yang ada
dalam diri Wawa menyebabkan dia berani mengambil risiko dalam
menguruskan syarikat ayahnya.

Nilai Kreativiti
Karya ini mengungkapkan idealisme dan pemikiran dunia perniagaan. Dalam
dunia perniagaan, risiko dan cabaran adalah perkara biasa. Jatuh bangun
dalam dunia adalah perkara biasa. Wawa diuji dengan bengkel basnya
terbakar melibatkan empat buah bas milik syarikatnya turut sama terbakar.
Namun, Wawa tabah menghadapinya sebagaimana ayat yang diungkapnya,
“Sedih, kecewadan hampis putus asa bersarang dalam hati kami.”

Nilai Bahasa
Karya ini menggunakan bahasa yang mudah untuk difahami oleh pembaca.
Tidak ada kosa kata yang memerlukan glosari kata kerana bahasa yang
diginakan oleh pengarang dalam karya ini adalah bahasa yang digunakan
sehari-hari oleh pembaca.

Nilai Kognitif
Karya ini mampu menjana daya taakulan pembaca. Pembaca mungkin akan
tertanya-tanya adakah Wawa akan berjaya menguruskan syarikat ayahnya
kerana dia belum sempat menamatkan pengajiannya di luar negeri?Pembaca
mungkin akan tertanya-tanya juga apakah kesudahan kisah ini kerana Wawa
belum ada pengalaman untuk menguruskan sebuah syarikat? Persoalan
demi persoalan yang berlegar di minda pembaca akan merangsang pembaca
untuk terus membaca bagi mengetahui kesudahan kisah ini. Jelasnya,
pembaca perlu menganalisis dan mensintesis maklumat yang ada untuk
meramalkan kesudahan kisah ini.

Nilai Akhlak
Dalam karya ini, nilai akhlak yang dapat dipetik sangat banyak. Pada awal
kisah ini telah dinyatakan bahawa bukan mudah kerana terlalu banyak yang
perlu diperjuangkan dan dikorbankan. Apa pun Wawa bersyukur kerana apa
yang dilaluinya dianggap anugerah Tuhan yang terhimpun hikmah dan
ketentuan. Hal ini bermakna, Wawa percaya dan menerima setiap apa yang
berlaku dalam hidupnya sebagai ketentuan qada dan qadar Tuhan. Begitu
juga peristiwa bengkel syarikatnya terbakar yang mengakibatkan empat buah
bas terbakar dan musnah juga diterima oleh Wawa dengan reda.

Nilai Keprihatinan
Karya ini mengangkat isu kecekalan dan ketabahan seorang wanita muda
untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Hal ini selaras dengan dasar kerajaan

72 | M u a d d i b 2 0 1 9

untuk menggalakkan wanita berjaya dalam hidup melalui pelbagai cara sama
ada bekerja di sektor awam mahupun menguruskan perniagaan sendiri.
Kesungguhan Wawa menguruskan perniagaannya terbukti apabila dia telah
terpilih menerima beberapa anugerah daripada KPDNKK, bakal menerima
anugerah Usahawan Cemerlang DPMM dan penghargaan daripada agensi
luar seperti Singapura dan Brunei.

Nilai Keseimbangan
Karya ini menunjukkan nilai keseimbangan yang baik antara watak Wawa
dengan plot cerita tersebut. Perjalanan hidup Wawa digambarkan dari satu
plot ke satu slot secara bersahaja mengikut perjalanan masa. Teknik
imbasan kembali digunakan dalam pengakhiran kisah ini apabila ibu Wawa
memperkenalkan Wawa kepada Khalis, anak Lebai Johar. Memori zaman
kanak-kanak Wawa dan Khalis muncul semula mengingatkan Wawa kepada
Khalis, budak nakal yang selalu mengejeknya sebagai budak kudung.

PENUTUP

Lapan cerpen remaja yang terkandung dalam antologi Kuroshio perlu dihayati
oleh segenap lapisan masyarakat kerana di dalamnya terkandung banyak
nilai murni. Nashah ini wajib dimiliki oleh pelbagai pihak kerana naskhah ini
wajar dijadikan rujukan untuk semua pihak menghayati contoh-contoh karya
yang berkualiti dan telah diiktiraf di peringkat kebangsaan.

RUJUKAN

Amanah Adi Purnami. (2016). Analisis nilai moral dalam cerita pendek pada
majalah Bobo edisi Januari hingga Disember 2015. Universitas Negeri
Yogyakarta: Tesis Sarjana Pendidikan.

Nor Asmah Zakaria, Shahidan Jaafar dan Mad Rusli Mohd. Jamain. (2019).
Kuroshio. Kuala Lumpur: Tintarona Publication Sdn. Bhd.

Muhammad Pudjiono : Analisis Nilai-Nilai Religius dalam Cerita Pendek
(Cerpen) Karya Miyazawa Kenzi, 2006 USU Repository © 2006

Sumarni. (2013). Analisis unsur nilai moral dan nilai sosial terhadap
kumpulan cerpen “Delapan Peri” karya Sitta Karina. Artikel Universiti
Bale, Bandung.

Rujukan Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Hadiah_Sastera_Kumpulan_Utusan

PERSONALITI KEUSAHAWANAN SEBAGAI SATU KEPERLUAN
KESEDIAAN PENERAPAN ELEMEN KEUSAHAWANAN DALAM

PENDIDIKAN

73 | M u a d d i b 2 0 1 9

Rosmani Ali Ph.D
Nor Aishah Buang, PhD

[email protected]
[email protected]
Jabatan Ilmu Pendidikan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail

&
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Transformasi pendidikan sekarang yang sangat dinamik memerlukan
tuntutan kesediaan para pengajar untuk menjalankan tugas dengan
berkesan. Justeru kajian ini memaparkan aspek personaliti keusahawanan
sebagai satu keperluan kesediaan dalam penerapan elemen keusahawanan
dalam pendidikan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan antara
personaliti keusahawanan dari aspek sikap keusahawanan dalaman,
kompetensi keusahawanan dan kesediaan penerapan yang terdapat dalam
kalangan pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG). Kaedah
pengumpulan data adalah secara tinjauan dengan menggunakan borang soal
selidik yang dilaksanakan terhadap 220 orang pensyarah IPG. Data kajian
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan Amos. Keputusan
analisis menunjukkan bahawa aspek personaliti keusahawanan yang dikaji
mempunyai hubungan yang signifikan antara sikap keusahawanan dalaman,
kesediaan penerapan elemen keusahawanan dan kompetensi
keusahawanan dalam kalangan pensyarah IPG. Secara keseluruhannya
kajian ini memberikan jawapan alternatif bahawa personaliti yang profesional
dapat menghasilkan pendidikan berkualiti. Situasi pengajaran yang efektif
sebegini dapat memastikan mereka sentiasa bersedia kepada cabaran dan
kehendak perubahan pendidikan yang dinamik. Para pensyarah berupaya
menyediakan nilai yang kukuh, kepercayaan, kemahiran membuat keputusan
dan tindakan yang lebih tepat dalam melaksanakan tugas denga berkesan.

Kata Kunci: Personaliti keusahawanan, sikap keusahawanan dalaman,
kompetensi keusahawanan, kesediaan, elemen keusahawanan.

PENGENALAN

Tuntutan kehidupan abad ke 21 memerlukan reaksi pantas manusia untuk
berubah mengikut keadaan dan situasi agar tidak ketinggalan (Zahri 2014;
Czerniawski 2011). Mereka diharapkan mempunyai kemampuan untuk

74 | M u a d d i b 2 0 1 9

mendukung pentadbiran kepimpinan negara dari aspek ekonomi, sosial dan
persekitaran. Pemacu perkembangan pendidikan abad terkini perlu
memaparkan kepentingan elemen keusahawanan sebagai keperluan
memperkembangkan potensi pelajar untuk menguasai kemahiran kreatif,
inovatif, bekerja sebagai satu pasukan, memahami budaya orang lain dan
berkomunikasi dengan baik serta mempunyai kemahiran keusahawanan
(Barnett, Byrd & Wieder 2013; Bunker 2012; Jake 2013).

Abad ke-21 dipacu oleh teknologi ekonomi berasaskan ilmu pengetahuan,
pertukaran maklumat yang pantas dan kederasan arus teknologi komunikasi
yang menghendaki sistem pendidikan baru di seluruh dunia. Perkembangan
Revolusi Industri 4.0 yang rancak berlaku di seluruh dunia juga memerlukan
semua pihak bertindak pantas seiring dengan pembangunan pesat dalam
produk berteknologi dan sistem automasi pintar (Sharon 2018).
Perkembangan penggunaan teknologi automasi sebegini memberi cabaran
baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka
melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal
berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden. Klaus
Schwab (2016), menjelaskan Industri 4.0 mengubah cara kita bekerja dan
hidup

Pendidikan adalah pemangkin ekonomi. Dalam dunia globalisasi yang
berasaskan ilmu pengetahuan, rakyat yang berilmu menjadi aset memacu
kemajuan ekonomi sesebuah negara. Justeru, sistem pendidikan yang
dirangka sering berteraskan untuk memperkembangkan potensi setiap
individu. Perkembangan pendidikan perlu menggarap pemikiran semua dan
menjadi tunjang kepada transformasi negara agar pemerkasaan
kecemerlangan pendidikan negara tidak usang (Fullan 2011). Justeru
pendidikan di abad ke-21 mesti memfokuskan untuk membentuk personaliti
pelajar secara menyeluruh dari segi moral, intelektual, fizikal, sosial dan
estetik. Pelajar perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran baru bagi
memastikan survival dan kejayaan bagi sebuah negara. Para pengajar pula
perlu memiliki bukan sahaja pengetahuan tetapi kemahiran untuk
menyediakan suasana pembelajaran yang menumpukan kepada
pelajar (student centred), mendorong pelajar yang berpotensi tinggi sambil
tidak mengabaikan pelajar yang memerlukan bimbingan dan intervensi. Nilai
personaliti yang sebegini dapat mengekalkan amalan pembudayaan
kecemerlangan jati diri seseorang individu.

Di samping itu, pengajar perlu dapat mewujudkan pembelajaran yang
menyuburkan daya kreatif, inovatif, komunikasi, boleh menyelesaikan
masalah dan bekerja secara kumpulan (Rosnani & Noazali 2011; Ibrahim,
Masrul ‘Aine, Norhidayah, Aissa Mosbah & Zunirah 2019). Sikap
keusahawanan dalaman dan kompetensi keusahawanan yang dimiliki dapat
menghasilkan suatu tindakan yang berkesan untuk kecemerlangan institusi.
Namun masih terdapat jurang yang perlu dipenuhi untuk memastikan
keperluan pendidikan hari ini dapat dilaksanakan dengan berkesan. Aspek

75 | M u a d d i b 2 0 1 9

keusahawanan perlu diberi perhatian serius dan merupakan komponen
penting dalam menjana masyarakat yang kreatif dan berinovasi seperti yang
dihasratkan di bawah pelan pembangunan pendidikan sesebuah negara.
Justeru kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti hubungan antara
personaliti keusahawanan dari aspek sikap keusahawanan dalaman,
kompetensi keusahawanan dan kesediaan penerapan yang terdapat dalam
kalangan pensyarah IPG.

LATAR BELAKANG KAJIAN

Kemahiran pendidikan di abad ke 21 kini memerlukan para pengajar
berupaya melahirkan generasi yang kaya maklumat, memiliki kekuatan minda
yang kreatif dan inovatif, mempunyai nilai-nilai luhur dan murni, semangat jati
diri, mengamalkan pembudayaan keusahawanan dan keterampilan (IPGM
2014; Boyatzis 2008; Bunker 2012). Kemahiran sebegini perlu dikuasai oleh
para pengajar dengan sebaiknya agar pelaksanaan dapat memberi kesan
yang terbaik. Individu yang berjaya lazimnya mempunyai daya inisiatif yang
tinggi kerana dengannya mereka mempunyai kecenderungan untuk melihat
dan menganalisis sesuatu situasi atau keadaan dengan cekap (Hana &
Marcela 2018). Hasil daripada sikap tanpa menunggu diarahkan atau dipaksa
melakukan sesuatu untuk kejayaan sendiri, individu yang berinisiatif dapat
melihat perkara-perkara yang perlu dilakukan melalui intuisi dan
imaginasinya. Personaliti sebegini membawa diri individu tersebut selangkah
lebih maju daripada orang lain. Dengan daya inisiatif, seseorang itu akan
mencari peluang tanpa mengharapkan peluang tersebut datang bergolek.
Oleh itu, untuk mempertingkat daya inisiatif, seseorang itu perlu personaliti
sebagai penggerak dan menanamkan sikap atau tabiat memulakan usaha-
usaha dan tindakan-tindakan walaupun dalam bidang yang belum pernah
diterokai atau belum ada jejak-jejak yang boleh ditiru atau diikuti (Ab. Aziz
2009; Fayolle & Kyro 2008; Hussein 2012; Lynch & Smith 2016).

76 | M u a d d i b 2 0 1 9

Kebanyakan pengkaji terdahulu merumuskan bahawa mereka yang berjaya
perlu mempunyai personaliti dan bersedia untuk berdikari, mempunyai
keyakinan diri, mempunyai keazaman dan tabah, berorientasikan matlamat,
mempunyai keinginan untuk mencapai kejayaan, kreatif dan cepat bertindak
terhadap peluang yang ada (Sung, Wan, Young, & Youngjo, 2017; Mohd
Sani & Mohd Nizam 2012). Dunia pendidikan sekarang yang penuh cabaran
memerlukan personaliti para pensyarah bersikap yakin terhadap kemampuan
diri untuk membuat keputusan atau menyahut sesuatu cabaran. Mereka
perlu berpendirian teguh dalam segala keputusan yang diambil dan perkara
yang dilakukan. Untuk meningkatkan keyakinan diri, para pensyarah perlu
mengikis perasaan takut akan kegagalan, sebaliknya perlu sentiasa komited
terhadap tanggungjawab yang digalas.

i) Sikap Keusahawanan Dalaman
Keusahawanan dalaman (Intrapreneur), adalah satu istilah yang diilhamkan
oleh MacRae (1982) dan dibangunkan oleh Pinchot (1985) dalam Antoncic &
Hisrich (2003). Menurut Pinchot, 'Intrapreneur’ adalah "pemimpi yang
dilakukan," iaitu orang-orang yang mengambil tanggungjawab untuk
mewujudkan inovasi dalam apa jua bentuk dalam sesebuah organisasi.
Inovasi adalah pengenalan sesuatu yang baru, merangkumi idea, proses,
produk atau kaedah. Secara umumnya keusahawanan dalaman menjelaskan
tentang bagaimana individu itu dapat mengenal pasti dan memburu peluang-
peluang yang wujud berdasarkan ciri-ciri dalaman yang dimiliki (Antoncic &
Hisrich 2001). Ahli-ahli dalam organisasi menyumbang idea-idea
pembaharuan secara berterusan, inovatif, dapat mempertimbangkan risiko,
mencipta konsep-konsep baru serta memburu peluang-peluang baru
melangkaui tugas dan peranan rutin mereka (Antoncic & Hisrich 2001; 2003).

Walau bagaimanapun, keusahawanan dalaman menurut Nor Aishah (2013)
merupakan satu proses di mana individu mengintergrasikan keusahawanan
dalam profesionnya. Manakala Ab. Aziz dan Zakaria (2004) menjelaskan
bahawa sikap merupakan gabungan antara fikiran dan perasaan terhadap diri
sendiri, orang lain, sistem, peralatan, idea-idea dan buah fikiran yang
mempengaruhi tindakan yang diambil oleh seseorang. Dalam kajian ini, sikap
keusahawanan dalaman merujuk kepada elemen tingkah laku dorongan
dalaman yang dimiliki oleh pensyarah di IPG seperti keberanian mengambil
risiko, komitmen terhadap perubahan persekitaran, keinginan untuk
cemerlang, dan kreatif dan berinovasi.

ii) Kompetensi Keusahawanan Pensyarah
Menurut Boyatzis (1982) kompetensi merujuk kepada kualiti yang dimiliki oleh
seseorang untuk melaksanakan sesuatu tugas. Seseorang individu dikatakan
mempunyai kompetensi yang baik apabila dapat menghasilkan sesuatu
tugasan dengan cemerlang. Manakala kompetensi keusahawanan
diterjemahkan sebagai penggabungjalinan antara elemen-elemen tingkah
laku, perwatakan, ciri-ciri peribadi, pengetahuan, peranan sosial, hasrat dan
kemahiran seseorang yang mendasari tindakannya dalam meneroka,

77 | M u a d d i b 2 0 1 9

membina dan mengembangkan sesuatu usaha (Haziah et al. 2013). Ia juga
ditakrifkan sebagai kebolehan mengintergrasi aktiviti-aktiviti merancang,
memimpin, menggunakan teknik terkini, mengurus waktu dan menyesuaikan
diri dengan perubahan semasa ke arah melipatgandakan keuntungan (Inyang
& Enuoh 2009).

Dalam konteks kajian ini, kompetensi keusahawanan pensyarah merujuk
kepada kualiti komponen tingkah laku, perwatakan, ciri-ciri peribadi dan
kemahiran pensyarah IPG merealisasikan perubahan yang berlaku dalam
struktur kurikulum pengajaran PISMP. Penilaian kompetensi keusahawanan
pensyarah dilakukan berdasarkan modifikasi konstruk kompetensi
keusahawanan diri oleh McClellend (1985).

iii) Kesediaan Penerapan Elemen Keusahawanan
Kesediaan menurut Norashidah et al. (2009) merujuk kepada; (1)keadaan
individu berkemahiran; (2)berkebolehan untuk melakukan sesuatu tanpa
usaha yang ketara (3)menunjukkan kemahuan atau kesanggupan untuk
melakukan sesuatu; (4)keadaan yang telah disediakan sebelumnya. Rosnani
& Norazli (2011) menyatakan persediaan untuk mencapai sesuatu objektif
melibatkan perubahan sikap, peningkatan kemahuan dan kemahiran. Mohd
Izham dan Noraini (2007) juga menjelaskan tahap kesediaan boleh dilihat
dari aspek sejauh mana perlengkapan pensyarah dari segi pengetahuan dan
sikap terhadap sesuatu ilmu. Faktor kesediaan sangat membantu dalam
mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih aktif, mudah,
seronok dan berkesan. Manakala Norasmah et al. (2012a) mentafsirkan
kesediaan sebagai kesanggupan dan keupayaan seseorang untuk
melakukan sesuatu; ia juga merujuk kepada persekitaran individu atau
institusi untuk melaksanakan sesuatu tugas yang akan datang.

Pengkaji terdahulu mendefinisikan penerapan sebagai suatu proses atau
usaha yang dijalankan oleh seseorang kepada individu yang lain bagi
menerapkan ciri-ciri, nilai atau elemen tertentu yang dikaji (Mohd Asri &
Ahmad Esa 2012; Nik Zaharah 2007; Ezaiddin 1998). Manakala Sufean
(1995) mendefinisikan penerapan sebagai penyerapan dan pemantapan nilai.
Pengukurannya dibuat dengan cara memerhatikan sikap dan tindakan dalam
menjalankan berbagai-bagai aktiviti. Manakala elemen keusahawanan
merupakan segala-gala yang berkaitan dengan usahawan atau kegiatan dan
kemahiran untuk menjadi seseorang mempunyai sikap keusahawanan yang
melibatkan proses-proses dalam membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah berfikir
dan nilai dalaman seseorang murid (KPM 2010a).

Dalam konteks kajian ini, kesediaan penerapan elemen keusahawanan
merujuk kepada kesanggupan dan kebolehan pensyarah IPG menerapkan
elemen keusahawanan dari segi sikap keusahawanan dalaman dan
kompetensi keusahawanan yang dimiliki kepada pelajar. Aspek kesediaan
yang dikaji ialah dari segi pengetahuan, kemahiran dan niat. Manakala aspek

78 | M u a d d i b 2 0 1 9

penerapan elemen keusahawanan yang dimaksudkan dalam kajian ini
merujuk proses atau usaha pensyarah IPG untuk menterjemahkan sikap
keusahawanan dalaman dan kompetensi keusahawanan yang dimiliki
dalam tingkah laku yang mereka hasilkan. Proses penerapan ini melibatkan
pengintegrasian, penggabungjalinan dan penyebatian yang berlaku dalam diri
pensyarah yang akan dipindahkan kepada pelajar.

METODOLOGI

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah tinjauan. Persampelan
terdiri daripada 220 orang pensyarah IPG Zon Timur yang melibatkan tiga
buah IPG di negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang. Bagi data kompetensi
keusahawanan, maklumat kajian ini diperoleh melalui soal selidik yang
diadaptasi daripada instrumen kompetensi keusahawanan yang
diadaptasikan daripada ‘Test for Personel Entrepreneurial Competencies’
oleh McBer & Co (1985). Soal selidik ini telah diterjemahkan oleh
Kementerian Pengajian Tinggi dengan kerjasama Majlis Keusahawanan
Mahasiswa Universiti-Universiti Malaysia (MAKMUM) dan Universiti Awam
(KPT, 2010). Walau bagaimanapun, soal selidik bahagian inti telah diolah dan
diubahsuai semula mengikut keperluan kajian berdasarkan ujia EFA dan
persetujuan pakar. Sementara itu, data sikap keusahawanan dalaman dan
kesediaan penetapan elemen keusahawanan pensyarah IPG dikumpul
menggunakan soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan
Model Keusahawanan dalaman oleh Antoncic dan Hisrich (2003), temu bual
panel pakar dan tinjauan literatur.

Kajian rintis juga telah dijalankan untuk menentukan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen kajian. Seramai 133 orang pensyarah IPG yang
tidak terlibat dengan kajian sebenar telah dipilih dalam kajian rintis.
Keputusan ujian berdasarkan Hair et al. (2010) menunjukkan semua konstruk
yang dikaji dalam instrumen kajian mempunyai nilai kebolehpercayaan yang
tinggi iaitu sikap keusahawanan dalaman (α=0.93), kompetensi
keusahawanan (α=0.94) dan kesediaan penerapan elemen keusahawanan
(α=0.91). Manakala seramai lapan orang pakar yang terdiri daripada
pensyarah IPG dan IPTA yang berpengalaman dan pakar dalam bidang
kajian juga telah memberi maklum balas mereka tentang kepentingan,
kesesuaian dan ketepatan isi kandungan serta kejelasan maksud setiap item
dalam instrumen kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah statistik deskriptif
SPSS dan SEM-AMOS untuk menganalisis data. Rumusan kandungan
borang soal selidik adalah seperti Jadual 1:

79 | M u a d d i b 2 0 1 9

Jadual 1
Instrumen Soal Selidik

Bahagian KONSTRUK YANG DIUKUR BILANGAN ITEM
11
Bahagian A: Maklumat Demografi 22

Bahagian B: Sikap keusahawanan dalaman 30
(Intrapreneur) 15

Bahagian C: Kompetensi Keusahawanan 78

Bahagian D: Kesediaan Penerapan Elemen
Keusahawanan

Jumlah Item Keseluruhan

DAPATAN

i) Profil Responden

Analisis statistik berbentuk frekuensi dan peratus digunakan bagi
menerangkan profil responden. Keseluruhan maklumat demografi responden
kajian adalah seperti Jadual 2. Berdasarkan Jadual 2, responden yang dikaji
adalah seramai 65.5 peratus pensyarah lelaki dan 34.5 peratus adalah
pensyarah perempuan. Dari segi umur, kategori responden yang paling ramai
terdiri daripada pensyarah yang berumur antara 46 hingga 55 tahun (62.7%),
manakala kumpulan yang paling sedikit ialah pensyarah yang berumur di
bawah 35 tahun (1.4%). Selebihnya adalah pensyarah di dalam kategori
antara 36 hingga 45 tahun (22.7%) dan kategori umur lebih daripada 55
tahun (13.2%). Berdasarkan dapatan berkaitan profil umur responden, lebih
separuh (62.7%) daripada responden adalah berumur lebih antara 46 hingga
55 tahun dan ini menunjukkan majoriti pensyarah adalah terdiri daripada
mereka yang dianggap mempunyai pengalaman dan berkemahiran di dalam
bidang tugas mereka.

Jadual 2
Taburan Demografi Responden

Pemboleh Ubah Kekerapan (%)

IPG IPG IPG
KDRI KKB TAA

80 | M u a d d i b 2 0 1 9

Jantina: Lelaki 52(23.6%) 47 (21.4%) 45 ((20.5%) 144 (65.5%)
Perempuan 33(15.0%) 22 (10.0%) 21 (9.5%) 76 (34.5%)

Umur: Kurang 35 tahun 2 (0.9%) 1 (0.5%) 0 (0.0%) 3 (1.4%)
36 – 45 tahun 17 (7.7%) 17 (7.7%) 16 (7.3%) 50 (22.7%)
46 – 55 tahun 55 (25.0%) 40 (18.2%) 43(19.5%) 138 (62.7%)
Lebih 55 tahun 11 (5.0%) 11 (5.0%) 7 (3.2%)
29 (13.2%)
38 (17.3%)
Pengalaman Mengajar: 25 (11.4%) 37 (16.8%) 41 (18.6%) 116 (52.7%)
Kurang 9 tahun 21 (9.5%) 22 (10.0%) 17 (10.0%)
10 – 19 tahun 1 (0.5%) 7 (3.2%) 6 (3.2%) 64 (29.1%)
20 – 29 tahun 3 (1.3%) 2 (1.3%) 34 (15.5%)
Lebih 29 tahun 55 (25.0%) 6 (2.7%)
30 (13.6%)
Bidang Pengajaran 39 (17.7%) 30 (13.6%) 124 (56.3%)
Kemanusiaan 30 (13.6%) 36 (16.5%) 96 (43.7%)

Bukan Kemanusiaan 220

JUMLAH

ii) Hubungan Antara Sikap Keusahawanan Dalaman, Kompetensi
Keusahawanan Dan Kesediaan Penerapan Yang Terdapat Dalam

Kalangan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG)

Jadual 3 Hubungan Antara Sikap Keusahawanan Dalaman,
Kompetensi Keusahawanan dan Kesediaan Penerapan Elemen

Keusahawanan

Estimate S.E. C.R. P Keputusan

Kesediaan Sikap .465 .067 6.889 ** Signifikan
Penerapan
Elemen Keusahawanan *
Keusahawanan
Dalaman
Kesediaan
Penerapan Kompetensi .370 .074 5.023 ** Signifikan
Elemen Keusahawanan *
Keusahawanan
Sikap .466 .071 6.540 ** Signifikan
Kompetensi Keusahawanan *
Keusahawanan Dalaman

1: Sikap keusahawanan dalaman mempunyai kesan positif yang besar
dengan kompetensi keusahawanan

81 | M u a d d i b 2 0 1 9

Berdasarkan Jadual 3, kebarangkalian menunjukkan nilai CR adalah besar
iaitu 6.889 berbanding nilai mutlak kurang dari 0.001. Dalam erti kata lain,
hubungan antara sikap keusahawanan dalaman dengan kompetensi
keusahawanan pensyarah IPG adalah signifikan (p<0.001; two-tailed).

2: Kompetensi keusahawanan mempunyai kesan positif yang besar dengan
kesediaan penerapan elemen keusahawanan

Jadual 3 juga menggambarkan kebarangkalian menunjukkan nilai CR adalah
besar iaitu 5.023 berbanding nilai mutlak kurang dari 0.001. Dalam erti kata
lain, hubungan antara kompetensi keusahawanan dengan kesediaan
penerapan elemen keusahawanan pensyarah IPG adalah signifikan
(p<0.001; two-tailed).

3: Sikap keusahawanan dalaman mempunyai kesan positif yang besar
dengan kompetensi keusahawanan pensyarah.

Data kajian berdasarkan Jadual 3 turut menggambarkan kebarangkalian
menunjukkan nilai CR adalah besar iaitu 6.540 berbanding nilai mutlak
kurang dari 0.001. Dalam erti kata lain, hubungan antara sikap
keusahawanan dalaman dengan kesediaan penerapan elemen
keusahawanan pensyarah IPG adalah signifikan (p<0.001; two-tailed).
Secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa data kajian yang
dibincangkan menjawab persoalan kajian iaitu sikap keusahawanan
dalaman, kesediaan penerapan elemen keusahawanan dan kompetensi
keusahawanan mempunyai hubungan yang signifikan dan saling
mempengaruhi antara satu sama lain.

PERBINCANGAN

Kesediaan diri merupakan asas atau pendorong kepada perlakuan positif
dalam pelaksanaan dan penghasilan sesuatu kerja. Seseorang yang
mempunyai kesediaan diri yang berkualiti dapat menghindarkan diri daripada
melakukan sesuatu yang bercanggah dengan peraturan dan nilai yang
ditetapkan serta menerima perubahan dengan positif. Pensyarah yang
sebegini meletakkan personaliti ‘High Impact–High Performance’ untuk
prestasi kecemerlangan mereka. Untuk menempa kejayaan yang sebegini ia
berkait dengan sikap, cara berfikir dan cara seseorang itu bertindak (Kuratko
2010; Fullan 2011).

Situasi sebegini menunjukkan gambaran yang serupa dengan kajian yang
dijalankan. Dapatan kajian menunjukkan hubungan yang signifikan antara
sikap keusahawanan dalaman dan kompetensi keusahawanan yang dimiliki
oleh pensyarah dengan kesediaan mereka menerapkan elemen
keusahawanan. Seseorang yang berjaya suka untuk mengetahui prestasi
mereka. Mereka memiliki keinginan yang kuat untuk menggunakan

82 | M u a d d i b 2 0 1 9

pengetahuan bagi membaiki prestasi mereka agar sentiasa lebih cemerlang.
Malahan kajian terdahulu telah menunjukkan seseorang yang bersikap
keusahawanan berupaya mencipta peluang apabila berlakunya perubahan
terhadap persekitarannya. Mereka akan menghadapi pelbagai cabaran dan
halangan apabila berlaku perubahan (Ab. Aziz 2009; Fullan 2011; Hall &
Hord 2011; Nor Aishah 2013). Dengan memiliki daya kekuatan mental, fizikal
dan emosi yang tinggi mereka terus bertahan di samping menangani segala
masalah yang dihadapi dengan tabah sehingga berjaya. Pensyarah yang
bersikap sebegini berjaya melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif
dan inovatif kerana mereka perlu mengenal peluang-peluang dalam
persekitaran mereka melalui pemerhatian supaya boleh menjana idea,
gambaran atau langkah-langkah ke arah sesuatu tindakan untuk
menyelesaikan sesuatu situasi yang mudah.

Dengan mempunyai personaliti keusahawanan, para pensyarah dapat
memberi kesan positif pengajaran yang lebih baik. Mereka yang bersikap
sebagai usahawan boleh menjadi satu pengalaman yang dapat memberi
kuasa kepada mereka. Sikap seperti berani mengambil risiko, sentiasa kreatif
dan berinovatif, bersedia dan komitmen dengan situasi yang sering berubah
dan mempunyai keyakinan diri untuk terus cemerlang dapat menjadikan
seseorang yang dapat membentuk nilai kualiti peribadi yang berkesan.
Dapatan kajian ini bertepatan dengan pandangan Ramkummar & Rajini
(2018) yang menjelaskan bahawa para pensyarah berupaya bertindak
sebagai pemikir, pemangkin, pendorong dan penyuntik untuk kejayaan
pelajar. Kesedaran para pensyarah terhadap aspek ini dapat menggalakkan
pelajar bertindak secara lebih proaktif, sensitif, kreatif dan inovatif kerana
mampu mengambil faedah daripada kekuatan yang dimiliki, bersedia
memperbaiki dan menilai kelemahan diri sendiri, cepat merebut peluang dan
lebih berkemampuan untuk berhadapan dengan pelbagai ketidakpastian
yang bakal muncul.

Pensyarah yang berpersonaliti keusahawanan juga dapat menjamin kualiti
pengajaran serta mencorakkan pengajaran negara mencapai pengajaran
bertaraf dunia. Aspirasi ini memerlukan pensyarah yang lebih komited dan
perlu sentiasa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berguna dan
sekali gus dapat memajukan pengajaran negara. Seperti diperjelaskan
dengan dapatan kajian Syed Ismail dan Ahmad Subki (2011) menyatakan
bahawa, seseorang yang berpengetahuan ialah individu yang
berketerampilan, berdaya maju, berhemah, berdedikasi, serba boleh dari segi
pengajaran, professional dan mempunyai status yang tinggi dalam
masyarakat. Pensyarah yang berpengetahuan sebegini perlu mempunyai
minat membaca, cintakan kegiatan intelektual, mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat, dapat menyumbang pengetahuan kepada masyarakat
melalui pengkajian dan penulisan ilmiah, dapat mempengaruhi hala tuju
masyarakat, berani memimpin berasaskan kekuatan ilmu pengetahuan dan
mempunyai jati diri berasaskan kekuatan intelektual yang tinggi (Sugeng,
Udin, Ahyar & Edy 2019).

83 | M u a d d i b 2 0 1 9

Personaliti keusahawanan pensyarah yang dapat dijana dengan baik mampu
memberi faedah yang optimum kepada pelajar terutama dari aspek memiliki
daya saing yang tinggi, berinsentif pengetahuan dan sedia berperanan
sebagai penggerak dan pemangkin. Kepakaran, kemahiran dan pengetahuan
yang tinggi dimiliki oleh pengajar akan melahirkan pelajar yang memiliki
kelebihan yang tersendiri (Nor Aishah 2013; Barnett, Byrd & Wieder 2013;
Fullan 2011). Di samping itu, kelebihan kompetitif yang dibangunkan dalam
kalangan pelajar akan meningkatkan keupayaan mereka untuk mengambil
faedah daripada penggunaan teknologi, penjanaan kreativiti dan inovasi
seterusnya lebih bersedia untuk menceburkan diri dalam cabaran
persekitaran.

Justeru, berdasarkan kajian ini pengkaji mendapati bahawa pensyarah yang
mempunyai personaliti keusahawanan berupaya menjadi nadi kepada
institusi pengajaran agar dapat memastikan pelajar memiliki kelebihan
kompetitif yang tersendiri bagi menghadapi persaingan pendidikan di abad
ke-21 ini. Sebagai pensyarah, adalah sangat perlu mempunyai sikap sentiasa
bersedia daripada sebarang perubahan. Para pensyarah menghadapi
pelbagai liku dalam perkhidmatan. Cabaran adalah suatu rentak irama dalam
kehidupan, dengan suasana yang mencemaskan dan mendebarkan, namun
senantiasa perlu ditempuh. Rata-rata halangan yang para pensyarah alami
terdapat perimbangan untuk ketidaktentuan. Para pensyarah perlu sedar
bahawa bersama-sama cabaran tentu ada peluang dan ruang. Dalam
konteks pendidikan, para pensyarah perlu ada sikap keberanian menghadapi
risiko dan keberanian untuk gagal. Kegagalan itu ibarat pensyarah yang
mampu menabur bakti dan harus dijadikan pendorong. Belajar daripada
kegagalan dan menjadikan setiap kegagalan itu satu peluang adalah sebaik-
baik sikap.

Fullan (2011) menegaskan, perubahan pendidikan yang signifikan hanya
berlaku apabila wujud proses peningkatan personel dalam konteks sosial.
Oleh itu, dengan kewujudan personaliti keusahawanan dalam kalangan
pensyarah, untuk menjayakan sesuatu perubahan pensyarah IPG sebagai
agen pelaksana perlu diberi kefahaman dan latihan yang mencukupi.
Pengkaji berpendapat dengan memiliki personaliti keusahawanan seperti
sikap keusahawanan dalaman dan kompetensi keusahawanan membolehkan
pensyarah IPG meningkatkan kesediaan penerapan elemen berkenaan
melalui pendekatan terkini dan berasaskan bantuan teknologi maklumat.
Individu yang mempunyai sikap keusahawanan dalaman dan kompetensi
keusahawanan yang cemerlang umumnya cenderung untuk bertindak ke
arah menggunakan imaginasi dan gerak hati dengan mengambil risiko yang
sederhana. Individu yang sebegini juga cenderung untuk mencari kepuasan
hasil daripada penyelesaian tugas yang cemerlang. Malahan mereka juga
mampu untuk mengubah persekitaran dengan mengambil inisiatif dan

84 | M u a d d i b 2 0 1 9

menganalisis situasi dan mewujudkan rancangan untuk bertindak (Barnett et
al 2013; Antoncic & Hisrich 2003; Hall & Hold 2011; Nor Aishah 2013).

Sebagai agen pelaksana, para pensyarah yang dikaji mempunyai kesediaan
untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan cenderung mencari jalan
penyelesaian tersendiri. Mereka peka terhadap situasi yang berlaku dan
berupaya menganalisis keadaan persekitaran untuk membuat keputusan
dengan cepat dan tepat dengan memikirkannya secara analitis dan objektif.
Pada pandangan pengkaji, pensyarah yang bersikap sebegini mempunyai
keyakinan dorongan dan keinginan yang tinggi untuk berjaya. Mereka
mempunyai keyakinan untuk mengambil risiko, membuat keputusan,
membuat inovasi dalam perubahan serta berfikir secara kritis. Dengan sikap
keyakinan yang sebegini berupaya menghasilkan suatu bentuk kepuasan dan
kecemerlangan dalam perkhidmatan yang diberikan kepada para pelajar.

Situasi sebegini pastinya dapat menjana suatu bentuk organisasi yang
mampan dalam mengembeleng segala manfaat potensi dan sumber-sumber
yang ada untuk keperluan masyarakat keseluruhannya.

PENUTUP

Kajian ini memberi sumbangan bermakna terhadap literatur elemen
keusahawanan terutamanya dalam konteks institusi latihan pendidikan di
Malaysia memandangkan kajian tentang keusahawanan di IPG masih tidak
banyak dijalankan. Kajian ini juga memberi pendedahan dan penjelasan
tentang fungsi kompetensi keusahawanan sebagai salah satu mediator untuk
kesediaan penerapan elemen keusahawanan pensyarah IPG. Implikasi
kajian menyokong kepentingan sikap keusahawanan dalaman dan
kompetensi keusahawanan dalam memberi kesan terhadap kesediaan
penerapan elemen keusahawanan pensyarah IPG. Justeru langkah-langkah
sewajarnya seperti menjadikan model struktur cadangan ini sebagai panduan
dan rujukan oleh pihak pengurusan IPG dalam melaksanakan pendekatan
dan amalan penerapan elemen kemahiran insaniah yang bersesuaian bagi
memantapkan sumber manusia ke arah pembangunan modal insan berkualiti
dan bertaraf dunia.

Pensyarah yang berpengetahuan menjamin kualiti pengajaran serta
mencorakkan pengajaran negara mencapai pengajaran bertaraf dunia.
Aspirasi ini memerlukan mereka yang lebih komited dan perlu sentiasa
melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan berguna dan sekali gus dapat
memajukan pengajaran negara. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2011)
menyatakan, seseorang yang berpengetahuan ialah individu yang
berketerampilan, berdaya maju, berhemah, berdedikasi, serba boleh dari segi
pengajaran, professional dan mempunyai status yang tinggi dalam
masyarakat. Mereka yang berpengetahuan juga mempunyai minat
membaca, cintakan kegiatan intelektual, mengamalkan pembelajaran
sepanjang hayat, dapat menyumbang pengetahuan kepada masyarakat

85 | M u a d d i b 2 0 1 9

melalui pengkajian dan penulisan ilmiah, dapat mempengaruhi hala tuju
masyarakat, berani memimpin berasaskan kekuatan ilmu pengetahuan dan
mempunyai jati diri berasaskan kekuatan intelektual yang tinggi (Syed Ismail
& Ahmad Subki 2011; Akin & Ed 2013; Lynch, Smith & Meter 2016).

Antara kaedah yang boleh dilaksanakan oleh pensyarah untuk meningkatkan
pengajaran bersifat intelligent problem sewaktu perbincangan tutorial
akademik. Dalam sesi tutorial pelajar mendapat bimbingan dan mentoring
sepenuhnya bersama pensyarah. Menurut Bunker (2012) sesi tutorial yang
baik secara individu atau kumpulan merupakan tulang belakang kepada
pengajian tinggi. Kaedah tutorial merupakan satu kaedah yang amat
berkesan untuk melatih kemahiran berfikir secara kritis serta teknik
mengemukakan kritik yang konstruktif dalam kalangan pelajar. Pelajar juga
dapat menggunakan sesi tutorial untuk meneroka serta mendalami ilmu yang
dipelajari dalam bilik kuliah melalui interaksi yang dinamik antara mereka
dengan pensyarah dan rakan kuliah. Berbanding dengan kaedah pengajaran
lain, kaedah tutorial dapat mewujudkan peluang bagi pelajar untuk membina
hubungan sosial dengan pensyarah dalam suasana yang lebih bersantai dan
tenang. Tutorial boleh menghasilkan pembelajaran yang berkesan apabila
pensyarah memberi bantuan yang personel kepada pelajar melalui
perjumpaan yang tetap. Melalui tutorial pelajar digalakkan berfikir, membina
dan menyampaikan idea mereka secara bebas. Pelajar juga perlu bersedia
menerima dan menghargai kritikan negatif sebagai panduan untuk
memperbaiki kelemahan dan membentuk sikap pembelajaran yang matang.

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof. 2009. Pendidikan Keusahawanan Dalam Konteks
Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof. 2004. Prinsip Keusahawanan. Kuala
Lumpur: Prentice Hall.

Antoncic B. 2001. Organizational processes in intrapreneurial: A conceptual
Intergration. Journal of Enterprising Culture. Vol. 9. No. 2:221-235.

Antoncic, B., & Hisrich, R. D. 2003. Clarifying the intrapreneurship concept.
Journal of Small Business & Enterprise Development. 2003, pp. 7- 24

Armanurah Mohmad. 2014. Penilaian Pelaksanaan Program Siswaniaga
Universiti Utara Malaysia. Tesis PhD. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

86 | M u a d d i b 2 0 1 9

Armenakis, A.. & Harris. 2002. Crafting a change message to create
transformational readiness. Journal of Organizational Change
Management, 15(2), 169–183.

Bandura A. 2000. Cultivated Self-Efficacy For Personal And Organizational
Effectiveness. The Balckwell Handbook of Organizational Behavior.
Oxford: Maiden. 120-136.

Barnett B., Byrd A. & Wieder A. 2013. Teacherpreneurs: Innovative Teachers
Who Lead But Don’t Leave. San Francisco: Jossey-Bass.

Baron, R.M. & Kenny, D.A. 1986. The moderator-mediator variable distinction
in social psychological research: Conceptual, strategic and statiscal
considerations. Journal of Personality and Social Psychology. 51(6):
1173-1182.

Barjoyai Bardai. 2000. Keusahawanan dan Perniagaan: Bahagian 1. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Boyatzis, R. 1982. The Competent Manager. New York: John Wiley & Sons.
Inc.

Boyatzis, R. 2008. Competencies in the 21st century. Journal of Management
Development. Vol. 27 No. 1, 2008. pp. 5-12

Bunker, D. H. 2012. Teachers’ orientation to teaching and their perceived
readiness for 21st Century Learners. Tesis Dr Fal. Faculty of the
Graduate School of The University of Texas.

Czerniawski, G. 2011. Emerging Teachers and Globalisation. New York:
Routledge.

Fayolle, A. & Kyro, P. 2008. The Dynamics Between Entrepreneurship,
Environment and Education. UK: Edward Elgar Publishing.

Fullan, M. 2011. Makna Baru Perubahan Pendidikan: The New Meaning of
Educational Change. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara
Malaysia Berhad,

Hair, J. F., Black, W. C., Babin, B. J., & Anderson, R. E. 2010. Multivariate
data Analysis (7th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Hall, G. E., & Hord, S. M. (2011). Implementing change: Patterns, principles,
and potholes (3rd ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson.

87 | M u a d d i b 2 0 1 9

Hana, M. & Marcela, S. 2018. Management Approaches For Industry 4.0 –
The Organizational Culture Perspective. Technological And Economic
Development Of Economy. Issn: 2029-4913 / Eissn: 2029-4921 2018
Volume 24 Issue 6: 2225–2240.

Hayes, A. F. 2009. Beyond Baron and Kenny: Statistical Mediation Analysis
In The New Millennium. Routledge Taylor & Francis Group. Vol.76,
No.4, pp:408 – 420.

Haziah Sa’ari, Jafalizan Md Jeli, Marlia Idrus & Hafiza Adenan. 2013.
Mengukur Kompetensi Keusahawanan: Penanda Aras Prestasi
Inovasi Pustakawan. Proceeding of The International Conference on
Social Science Research. ICSSR. 4 – 5 Jun 2013. Penang,
MalaysiaHussein Ahmad. 2012. Mission of Public Education in
Malaysia: The Challenge of Transformation. Kuala Lumpur: University
of Malaya Press.

Ibrahim Al-Jubari, Masrul ‘Aine Khalid, Norhidayah Azmane, Aissa Mosbah &
Zunirah Talib. 2019. How Do Entrepreneurship Education and Self-
Efficacy Influence Entrepreneurship Intention? International Journal of
Innovation, Creativity and Change. Volume 5, Issue 2, Special Edition,
2019. Pg: 949 – 966.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. 2010. Pelan Strategik Institut Pendidikan
Guru Malaysia 2011-2015. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. 2014. Buku Panduan Program Ijazah
Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Kuala Lumpur:
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jake M. Laguador. 2013. A Correlation Study of Personal Entrepreneurial
Competency and the Academic Performance in Operations
Management of Business Administration Students. International
Journal of Academic Research in Business and Social Sciences.
May 2013, Vol. 3, No. 5 ISSN: 2222-6990

Kementerian Pengajian Tinggi. 2010. Asas Pembudayaan Keusahawanan.
Edisi ke-10. Kedah: Universiti Utara Malaysia

Kuratko, D. F. 2010. Corporate Entrepreneurship: An Introduction and
Research Review. International Handbook Series an Entrepreneurship.
Volume 5. Part 2, pp:129-163.

88 | M u a d d i b 2 0 1 9

Lynch, D. and Smith, R. 2016. Readiness for School Reform. International
Journal of Innovation, Creativity and Change. Volume 2, Issue 3, May
2016. Pg: 1-12.

Lynch, D., Smith, R. & Menter, I. 2016. Reforming Teacher Education: From
‘Partnership to ‘Syndication’. International Journal of Innovation,
Creativity and Change. Volume 2, Issue 3, May 2016. Pg: 27-40.

McClelland. D.C. 1985. Characteristics of successful entrepreneurs. Journal
of Creative Behaviour. 21(3): 219-233.

Mohamed Sani Ibrahim & Mohd Nizam Mohd Hamzah. 2012. Pengurusan
Perubahan Makro Dalam Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia Nor Aishah Buang. 2013. Pendidikan Keusahawanan. Bangi:
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Izham B. Mohd Hamzah & Noraini Attan. 2007. Tahap kesediaan guru
sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E)
Jun 2007: 45-60.

Norashidah Binti Hashim. 2009. Kesediaan keusahawanan pelajar dan
persekitaran dalaman institusi pengajian tinggi awam Malaysia dalam
melaksanakan pendidikan keusahawanan. Tesis PhD. Fakulti
Pendidikan UKM.

Norasmah Othman, Nor Hafiza Othman, Poo Bee Tin & Rahmah Ismail.2012.
Impak Globalisasi dan Tingkah Laku Pemilihan Kerjaya
Keusahawanan dalam Kalangan Pelajar Universiti. Prosiding Perkem
Vii, Jilid 1 (2012) 435 – 445 ISSN: 2231- 962X

Ramkummar, A & Rajini, G. 2018. Personality and Success Level Prediction
of Individuals Using Soft Skills Measures and its Performance
Evaluation. International Journal of Innovation, Creativity and Change.
Volume 4, Issue 1, May, 2018. Pg: 112 – 131.

Rosnani Jusoh & Noazali Shahak. 2011. Kesediaan guru terhadap
pengajaran & pembelajaran pendidikan keusahawanan di sekolah
rendah. Prosiding Seminar Majlis Dekan-Dekan Pendidikan IPTA.
2011.

Sharon, D. 2018. Using 4IR Technology for the Greater Good. University
World News (Africa Edition).

Sufean Hussin. 2004. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia. Teori dan
Analisis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

89 | M u a d d i b 2 0 1 9

Sugeng Wahyudi, Udin Udin1, Ahyar Yuniawan & Edy Rahardja. 2019.
Person-Organization Fit, Knowledge Sharing Behaviour, and Innovative
Work Behaviour: A Self-determination Perspective. International
Journal of Innovation, Creativity and Change. Volume 4, Issue 4, May,
2019. Pg: 145 – 161.

Sung, H. P. Wan, S. S., Young, H. P. & Youngjo, L. 2017. Building a new
culture for quality management in the era of the Fourth Industrial
Revolution. Total Quality Management. Vol. 28, No. 9, 934–945.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon. 2011. Guru dan Cabaran
Semasa. (Cetakan ke-3). Selangor: Penerbitan Multimedia. Zainuddin
Awang. 2015. SEM Made Simple: A Gentle Approach to Learning
Structural Equation Modeling.

PERUBAHAN PEMIKIRAN DALAM PUISI-PUISI MUHAMMAD
HAJI SALLEH

Dr. Muhammad Irfan Nyia bin Abdullah, Ph.D
YM Tengku Nor Faizul bin Tengku Embong

Nordin bin Shaari
Che Mansor bin Che Tom

[email protected]
[email protected]
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail,

ABSTRAK

Muhammad Haji Salleh merupakan Sasterawan Negara yang keenam.
Seorang penyair yang berjaya menghasilkan banyak puisi melalui ketajaman
pengamatan, himpunan pengalaman kembara dan persekitaran yang pernah
dilalui beliau. Pada puisi diluahkan segala belenggu jiwa, pedoman dan
saranan sebagai didaktik kepada golongan pembaca. Hal ini dilihat selari
dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang menerusi perubahan pemikiran. Namun begitu, kajian
perubahan pemikiran dalam genre puisi tidak dilaksanakan secara
berterusan. Kesusasteraan Melayu terutama genre puisi diyakini mampu
menerapkan perubahan pemikiran kepada generasi muda. Justeru, kertas
kerja ini akan memperlihatkan persoalan peubahan pemikiran yang terdapat
dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh. Hasil Kajian mendapati puisi-puisi
Muhammad Haji Salleh mengajak khalayak supaya sentiasa berfikir secara
positif, sanggup berubah demi kejayaan, berfikir sebelum berkata-kata dan

90 | M u a d d i b 2 0 1 9

menggunakan kebijaksanaan fikiran untuk menyelesaikan segala
pemasalahan yang timbul.

Kata kunci : sasterawan negara, perubahan pemikiran, khalayak.

PENGENALAN

Kesusasteraan tidak dapat dipisahkan daripada manusia. Sastera adalah
cerminan budaya sesebuah masyarakat dan kemanusiaan. Pemasalahan
manusia dan budaya menjadi intipati utama dalam penghasilan
kesusasteraan. Kesusasteraan dianggap sebagai satu ekspresi hidup;
ekspresi yang penting tentang kebudayaan berlandaskan kemanusiaan yang
digunakan sebagai alat untuk menyempurnakan kehidupan manusia. Hal ini
bertepatan dengan pandangan Shahnon Ahmad (1992:147) yang
menyatakan kesusasteraan adalah bertonggakan kemanusiaan dalam segala
dimensinya. Ertinya, karya sastera merupakan cerminan budaya dan
kemanusiaan yang dihasilkan oleh manusia.
Muhammad Haji Salleh adalah antara penyair yang masih produktif sejak
penglibatan awal beliau pada tahun 1970-an. Pada tahun 1991, beliau
memperoleh gelaran Sasterawan Negara yang ke-6. Muhammad Haji Salleh
memperoleh pengiktirafan tertinggi negara dalam usaha beliau
memartabatkan genre puisi dan anyaman pemikiran yang bersifat silang
budaya. Beliau bukan sahaja gah di peringkat negara, rantau Asia malah
antarabangsa. keunikan pemikiran yang disajikan, keilmuan dan keindahan
puisi beliau meninggalkan kesan positif kepada para khalayak.

PENYATAAN MASALAH

Kajian ini dilakukan untuk memperlihatkan secara khusus budaya perubahan
pemikiran yang terdapat di dalam puisi-puisi Sasterawan Negara,
Muhammad Haji Salleh. Puisi-puisi Muhammad Haji Salleh memiliki paparan
budaya perubahan pemikiran yang kuat kerana latar kehidupan beliau yang
sentiasa merantau dan menetap di luar negara. Kehidupan, adat resam dan
ragam manusia yang pelbagai menjadi ilham kepada beliau untuk

91 | M u a d d i b 2 0 1 9

mengabadikan segala pengalaman hidup di perantauan ke dalam puisi-puisi
beliau.

Kajian-kajian sebelum ini tidak memfokuskan kepada budaya perubahan
pemikiran global yang terdapat di dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh.
Hal tersebut pada pandangan pengkaji merupakan satu elemen penting
yang perlu diteroka secara total untuk tatapan khalayak. Selain itu, sebagai
seorang Sasterawan Negara yang telah berjaya menempatkan diri beliau di
persada dunia puisi tanah air dan antarabangsa, sewajarnya kajian-kajian
akademik tentang Muhammad Haji Salleh banyak dilaksanakan. Sehubungan
itu, kajian ini diyakini dapat menambah bilangan kajian ilmiah tentang
Muhammad Haji Salleh.

KAJIAN LITERATUR

Berdasarkan penelitian, hanya terdapat satu sahaja kajian peringkat Ph.D
mengenai Muhammad Haji Salleh yang dilakukan oleh Awang Azman Awang
Pawi (UKM, 2007) melalui tesis beliau bertajuk “Muhammad Haji Salleh
Sebagai Pengarang Pascakolonial: Analisis Teks dan Konteks.” Kajian ini
menganalisis karya kreatif, non kreatif dan tindakan Muhammad Haji Salleh
daripada perspektif pascakolonial.

Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1991 memaparkan riwayat hidup,
ketokohan Muhammad Haji Salleh sebagai seorang penyair dwibahasa iaitu
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penterjemah, pengkritik sastera dan
ilmuan dalam dunia sastera negara. Pelbagai kejayaan yang dirangkul
membuktikan kehebatan beliau di peringkat negara dan antarabangsa. Puisi-
puisi yang dihasilkan amat mementingkan mesej atau ilmu. Hal ini bertepatan
dengan status penyair intelektual yang dilabelkan kepada beliau.

Buku Sastera Wadah Integrasi Budaya (2006) merupakan buku khas yang
menghimpunkan 20 kertas kerja yang telah dibentang para ilmuan sempena
Hari Sastera ke-12 di Santubong Resort, Kuching, Sarawak pada 17-20 Ogos
2001. Buku ini membicarakan pelbagai genre seperti puisi, novel, cerpen dan
akhbar serta kepentingannya merakam idea dan gagasan; meletakkan
keupayaan sastera sebagai wadah integrasi budaya dalam kepesatan sains
dan teknologi pada masa kini. Buku ini turut membicarakan silang budaya
secara umum dalam konteks masyarakat Malaysia. Puisi-puisi Muhammad
Haji Salleh yang memfokuskan persoalan budaya tidak dibicarakan dalam
buku ini.

92 | M u a d d i b 2 0 1 9

Umar Junus dalam buku Sikap dan Pemikiran dalam Puisi Melayu Moden
(1980:173-198) menyatakan Muhammad Haji Salleh merupakan seorang
penyair serba boleh dan idealis. Umur Junus menyifatkan Muhammad Haji
Salleh tersepit antara dua dunia iaitu dunia alam dan dunia kota. Perbicaraan
beliau terhadap puisi-puisi Muhammad Haji Salleh tidak menyentuh langsung
hal budaya bersifat global.

Mana Sikana dalam esei “Penyair-penyair Mutakhir Malaysia Yang Terbaik”
(Dewan Sastera, April 1978) menyatakan terdapat pemikiran intelektual
dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh yang digabung dengan seni supaya
tidak kering dan kehilangan estetikanya. Lima sifat puisi Muhammad Haji
Salleh yang ditemui dalam puisi-puisi beliau ialah intelek, alamiah, universal,
tradisi dan bersahaja. Puisi-puisi tersebut berjaya menimbulkan imej-imej
baharu dan memberi daya berfikir kepada pembaca.

Manakala Siti Hajar Che Man menerusi esei “Kembara Seorang Penggeledah
Sastera Dunia” (Dewan Sastera, Januari 2002) melihat Muhammad Haji
Salleh sebagai seorang penyelidik, pengkritik, pemerhati dan pengkaji dalam
konteks dunia sastera antarabangsa. Kembara ke serata dunia menemukan
beliau dengan ramai tokoh penulis dan membolehkan beliau mengkaji karya-
karya besar dunia. Selain itu, Muhammad Haji Salleh turut dilabel sebagai
seorang penterjemah yang ulung kerana penguasaan bahasa Inggeris beliau
yang cemerlang. Puisi-puisi yang dihasilkan beliau kadang-kadang bernada
sinis secara halus sehingga pihak yang disindir langsung tidak terasa.

OBJEKTIF KAJIAN

Fokus utama kajian ini ialah tentang budaya perubahan pemikiran yang
tersirat di dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh. Antara objektif kajian
seperti berikut.

i. Menganalisis secara mendalam paparan perubahan pemikiran
yang terdapat di dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh.

ii. Menambah kajian puisi dalam kalangan Sasterawan Negara.

KEPENTINGAN KAJIAN

Berdasarkan kajian lepas yang telah dilaksanakan, kajian ini merupakan satu
kajian khusus yang bertujuan memperlihatkan budaya perubahan pemikiran
yang terdapat di dalam puisi-puisi Muhammad Haji Salleh. Kajian ini diyakini
dapat menonjolkan kewibawaan dan keistimewaan puisi-puisi Muhammad
Haji Salleh berkaitan hal-hal budaya yang bersifat global. Hal ini amat berkait
rapat dengan kehidupan Muhammad Haji Salleh yang sering merantau ke
seantero dunia.

93 | M u a d d i b 2 0 1 9

Persoalan budaya perubahan pemikiran amat luas cakupannya. Persoalan ini
diperkatakan dalam banyak disiplin ilmu termasuk ilmu kesusasteraan. Kajian
yang memperlihatkan budaya masyarakat Timur dan Barat di dalam puisi-
puisi Muhammad Haji Salleh dilihat sebagai sesuatu usaha positif dalam
meningkatkan jati diri bangsa Malaysia. Menerusi kajian budaya perubahan
pemikiran yang bersifat global, kekuatan bangsa dunia dapat dikenal pasti;
aspek-aspek budaya yang baik dijadikan teladan oleh bangsa Malaysia untuk
menyaingi bangsa dunia yang telah berjaya di mata dunia.

Kajian berkaitan perubahan pemikiran dalam puisi-puisi Muhammad Haji
Salleh oleh pengkaji diharap dapat memberi inspirasi kepada semua
golongan untuk turut serta mengkaji aspek-aspek budaya lain yang terdapat
di dalam puisi-puisi penyair Malaysia yang lain. Hal ini dapat memperlihatkan
gambaran budaya yang pelbagai dan meningkatkan tamadun sesuatu
bangsa dunia. Karya sastera bukan sahaja dilihat memiliki dokumen sosial
tetapi turut memaparkan nilai-nilai yang menjadi pegangan sesuatu
masyarakat. Menerusi kajian budaya terhadap karya sastera terutama puisi,
pengkaji berupaya memaparkan hal-hal budaya yang ditemui kepada para
pembaca. Usaha murni ini mampu menjadi wadah kepada para pembaca
untuk berfikir dan menyumbang kepada peningkatan tamadun bangsa.

METODOLOGI

Kaedah
Bagi menjayakan kajian ini, kaedah penelitian kepustakaan akan
dilaksanakan di beberapa institusi yang merangkumi pembacaan dan
pengumpulan sumber-sumber yang berkaitan dengan puisi-puisi Muhammad
Haji Salleh. Selain itu, temu bual turut dilaksanakan untuk mendapatkan
maklumat-maklumat tambahan berkaitan Muhammad Haji Salleh.
Sehubungan itu, temu bual tidak berstruktur akan dilaksanakan. Temu bual
dengan penyair yang dikaji iaitu Muhammad Haji Salleh bertujuan untuk
mendapatkan maklumat secara langsung daripada penyair yang dikaji

Batasan Kajian
Kajian ini membataskan kajian kepada tujuh Buah buku puisi Muhammad
Haji Salleh iaitu Sajak-sajak Pendatang (1973), Buku Perjalanan Si
Tenggang ii (1975), Sajak-sajak Sejarah Melayu (1992), Watak Tenggara
(1993), Aksara Usia (1999), Salju Shibuya (2004) dan Setitik Darah di Bilik
Bundar (2008). Hanya puisi-puisi yang memperlihatkan perubahan pemikiran
global akan dibicarakan dalam kajian ini.

Definisi Operasional: Perubahan Pemikiran

94 | M u a d d i b 2 0 1 9

Perkataan perubahan merujuk Kamus Dewan, Edisi Keempat (2010) hal.
1752, Dewan Bahasa dan Pustaka, ialah “perihal berubah (mengubahkan),
peralihan atau pertukaran kepada sesuatu yang lain “. Menurut Kamus Besar
Bahasa Indonesia; perubahan bermaksud keadaan yang berubah.
Perubahan ini melibatkan perubahan daya fikir dan juga perilaku. ( Rujukan :
https://www.kamusbesar.com/perubahan ) Manakala Kamus Webster Online
menjelaskan Perubahan atau change bermaksud “to make a different in
some particular” , “ to make a radically different “, to undergo a modification
of.. .

Perkataan pemikiran menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia ialah proses,
cara dan perbuatan memikir. Berdasarkan Kamus Merriam-Webster Online
menyatakan bahawa pemikiran ialah “ the intelectual products or the
organized views or the principles of a people, pace or group. Manakala Zainal
Kling (1993 : 400), menjelaskan bahawa konsep pemikiran sebagai satu
kegiatan untuk membentuk sesuatu sistem tanggapan yang akan menjadi
rangka berfikir yang wajar bagi semua anggota masyarakat. Selain itu,
Socrates dlm Joe Lau (2011 : 2) dan Ainon Mohd & Abdullah Hassan (2003 :
2-5) menjelaskan konsep pemikiran yang dikenali sebagai “Socrates
questioning” atau “Penyoalan Socrates” masih dianggap sebagai cara terbaik
dalam pengajaran berfikir secara kritis dan kreatif untuk membawa
perubahan dalam cara melalkukan sesuatu.

Dalam konteks kajian ini, pengkaji ingin membuktikan bahawa puisi-puisi
Muhammad Haji Salleh sarat dengan persoalan perubahan pemikiran bersifat
global. kembara diri Muhammad Haji Salleh yang lama di perantauan
membolehkan diri beliau membawa persoalan perubahan pemikiran yang
berbentuk nyata yang mendorong para pembaca karyanya untuk berubah
dari aspek pemikiran. Muhammad Haji Salleh menggunakan daya
imiginasinya secara total unutuk menghasilkan pusi berkualiti yang berada
dalam kelompok atau aliran yang di luar daripada kebiasaan pengkarya
sezamannya.

DAPATAN

Puisi yang dibina oleh penyair meskipun hanya himpunan baris perkataan,
tidak sepanjang cerpen atau novel tetapi mampu memaparkan makna yang
padat tentang kehidupan manusia hasil pengamatan jujur diri penyair. Syed
Hossein Nasr (1990:36-37) turut menjelaskan peranan seniman
sebagaimana berikut:

Seniman mencipta bayangan-bayangan penghidupan bagi
memasukkan ke dalam karyanya akan apa yang difahaminya
tentang makna penghidupan yang digarap daripada
pengalaman. Ahli Karta sastera peka bertindak balas ke atas
fakta-fakta penghidupan dan mempersembahkan kepada

95 | M u a d d i b 2 0 1 9

pembaca, hasil kesedaran intuitif akan apa yang dikatakan
‘Hakikat Kebenaran’. Kesedaran ini dipamerkan melalui
penulisan dengan menggunakan bayangan-bayangan
penghidupan yang menarik yang dilambangkan kerana realiti
yang dialami. Puisi, novel dan drama adalah antara bentuk-
bentuk yang paling menarik setakat ini yang terbina ibarat
acuan kepada bayangan-bayangan itu.

Puisi-puisi Muhammad Haji Salleh jelas memperlihatkan gagasan perubahan
pemikiran kepada bangsa Malaysia terutamanya kepada bangsa Melayu
yang dilihat masih ketinggalan berbanding dengan bangsa lain. Beliau ingin
melihat bangsa Melayu Lama ditransformasikan menjadi Melayu
Antarabangsa. Pengembaraan ke serata dunia dan pergaulan dengan
pelbagai bangsa dunia mencelikkan mata hati beliau peri penting perubahan
pemikiran kepada bangsa sendiri. Kesediaan perubahan pemikiran sesuatu
bangsa menjadi pemangkin utama kekuatan bangsa tersebut bersaing
dengan bangsa lain di mata dunia.

Puisi “pulang si tenggang” (MHS, 1975:3-5) mengangkat watak cerita rakyat
popular Melayu iaitu Si Tenggang daripada kaca mata Muhammad Haji
Salleh. Si Tenggang yang digambarkan oleh Muhammad Haji Salleh masih
lagi berbangsa Melayu, tetapi bukan seorang anak yang menderhaka kerana
tidak mengakui ibunya lantas disumpah oleh ibunya menjadi batu. Beliau
memperlihatkan Si Tenggang, berbangsa Melayu daripada perspektif baharu
adalah seorang yang berkarisma, berpengalaman dan berpandangan luas
hasil kembara yang dilalui, baik budi pekerti, berani, optimis serta berfikiran
positif. Setelah lama di perantauan, akhirnya ‘Si Tenggang’ pulang ke tanah
kelahirannya. Kepulangannya sebagai seorang Melayu Antarabangsa
mengalas cita-cita berkongsi pengalaman hidupnya, mengubah tatacara
hidup dan pemikiran bangsanya yang masih jauh ketinggalan. Muhammad
Haji Salleh menerusi Si Tenggang menyeru bangsa Malaysia amnya dan
bangsa Melayu khususnya melakukan anjakan paradigma pemikiran yang

dilihat sebagai kunci utama kemajuan sesebuah bangsa dunia.

…ke negeri yang dikumpul oleh mata dan akal.
ilmu yang datang darinya
adalah ilmu pendatang
yang belajar melihat, berfikir
dan memilih di antara kenyataan
yang selalu berobah.

…perjalanan membuat aku pemilih 2019
pencari yang selalu tidak menerima
apa yang diberi tanpa kejujuran
atau yang meminta bayaran dari pribadi.
bertahun di lautan dan negeri pesisiran

96 | M u a d d i b

aku telah belajar membeza
mengambil hanya yang teruji bandingan
atau yang sesuai dengan katakata datukku,
yang membuat aku sering memikirkan
kampong dan kesempurnaannya.

(buku perjalanan si tenggang ii,1975: 3-4)

Muhammad Haji Salleh menegaskan bahawa Si Tenggang yang pulang
merupakan manusia yang masih mengamalkan nilai-nilai ketimuran, kenal
asal-usul, matang dan tidak dipengaruhi emosi dalam menghadapi sebarang
pemasalahan. Penyelesaian sebarang pemasalahan perlu berteraskan
kebijaksanaan, analisis dan logik akal kerana tindakan sedemikian
melambangkan ketinggian martabat dan darjat sesuatu bangsa. Sebaliknya,
sebarang tindakan yang berteraskan emosi dan perasaan marah
melambangkan kerendahan martabat dan darjat sesuatu bangsa kerana tidak
menggunakan anugerah pemikiran Allah dalam menyelesaikan pemasalahan
secara bijaksana.

…aku sudah belajar
jadi kurang ajar,
memeluk kenyataan dengan logika baru,
berdebat dengan hujahhujah pejal dan nyaring.
tapi juga
bersopansantun, menghormati
manusia dan kehidupan.
(buku perjalanan si tenggang ii,1975:4)

Kepulangan Si Tenggang ke tanah tumpah darahnya tidak disenangi dan
dipandang serong oleh bangsanya sendiri. Segalanya kerana perubahan
pemikiran Si Tenggang hasil kembara dan pengalaman yang beraneka di
negara asing. Pembaharuan yang dibawanya tidak disenangi bangsa sendiri.
Lalu Si Tenggang menegaskan bahawa dirinya masih lagi Melayu yang
berpaksikan kepada tradisi dan nilai-nilai Timur. Si Tenggang yang pulang
merupakan bangsa Malaysia yang mampu menangani dan menyelesaian
sesuatu isu, pemasalahan secara bijaksana berdasarkan pengalaman hidup
dan cara hidup pelbagai bangsa yang ditemui sepanjang kembaranya. Hal ini
dapat dilihat menerusi kata-kata “…aku bukan manusia baru/ tidak terlalu/
berlainan darimu/ aku adalah kau/ yang dibebaskan dari kampung/ tanah dan
kebiasaan/ merdeka kerana aku/ telah menemui diri…” (buku perjalanan si
tenggang ii, 1975:5).

Menerusi puisi “sekarang masanya” (MHS,1974:1), Muhammad Haji Salleh
mengajak masyarakat mengubah sikap dan melepaskan segala pemikiran
lama yang tidak menguntungkan. Perubahan sikap dan pemikiran perlu
diterima dengan hati terbuka demi kemajuan bangsa. Penyair menegaskan

97 | M u a d d i b 2 0 1 9

untuk mendepani zaman bukanlah tugas beliau seorang tetapi adalah usaha
bersama seluruh rakyat Malaysia. Hal ini dapat diperhalusi menerusi
perkataan `kita´. Penyair turut memberi peringatan bahawa kegagalan
mengubah pemikiran bangsa akan menyebabkan pemikiran bangsa Malaysia
berada pada takuk lama umpama “…menjemput ke belakang/ ialah meraba
bunga kering…” (sajak-sajak pendatang,1974:1). Frasa `bunga kering´
memperlihatkan bunga sebagai satu lambang keindahan, kecantikan dan
kesegaran yang disukai ramai yang tiada lagi bernilai; masyarakat yang tidak
berusaha seiring dengan kemajuan semasa akan mundur dan tertinggal di
belakang berbanding bangsa dunia lain. Hal ini jelas diperlihatkan beliau
menerusi stanza di bawah:

…sekarang masanya
untuk berlalu
dan tinggalkan apa yang
tak mungkin dibawa
kerana kita tak akan di sini
menjemput ke belakang
ialah meraba bunga kering.

(sajak-sajak pendatang,1974:1)
Muhammad Haji Salleh menegaskan diri beliau dan bangsa Malaysia secara
khasnya tiada pilihan lain selain menerima pembaharuan untuk terus menjadi
bangsa yang berfikiran matang. Tanpa kematangan pemikiran, bangsa
Malaysia akan terus ketinggalan ditelan zaman berbanding bangsa-bangsa
lain. Justeru, bangsa Malaysia perlu memutuskan segera sama ada ingin
terus bersaing dengan bangsa dunia yang lain menerusi paradigma minda
atau terus selesa dengan gaya hidup sekarang. Segalanya dapat
diperhatikan menerusi kata-kata yang ringkas dan padat maknanya.

…jadi sekarang kita putuskan
makna kekinian ini, di sini
atau kita akan di sini saja.

(sajak-sajak pendatang,1974:1)

Puisi “aku tak tau” (MHS,1982:55) turut mengetengahkan hal yang sama.
Puisi ini memperlihatkan kejatian diri Muhammad Haji Salleh sebagai individu
Melayu Antarabangsa yang sentiasa berpandangan ke hadapan. Beliau
merelakan diri terpisah jauh daripada budaya, keluarga dan tanah tumpah
darahnya demi memenuhi keinginannya merantau ke negara asing. Hal ini
jelas pada ungkapan “…bawalah aku ke airmu…” yang bermakna ke daerah
yang fleksible; bersesuaian dengan sifat air yang lembut, lentur dan tiada
batasan untuk bergerak. Manakala ungkapan “…tidak diikat oleh pantai…”
memperlihatkan sifat beliau yang sentiasa berfikiran positif dan berusaha
memecahkan tembok yang menghalang untuk maju setanding dengan
bangsa dunia yang lain. Segala-galanya dilakukan beliau secara sedar untuk

98 | M u a d d i b 2 0 1 9

memenuhi “…banjir keinginan…”; banyak kemahuan dan matlamat hidup
yang ingin dicapai. Hal ini terungkap jelas menerusi kata-kata di bawah.

aku anak teluk
pasang-surut
di lengkung dan garam ini.

bawalah aku ke airmu
supaya aku bebas
tidak diikat oleh pantai
yang selalu mempenjarakan
banjir keinginan.

(dari seberang diri,1982:55)

Selain itu, Muhammad Haji Salleh turut mengapresiasikan puisi kepada Jose
Rizal iaitu seorang tokoh nasionalisme Filipina yang berjaya menyedarkan
bangsa Filipina untuk melancarkan revolusi demi menuntut kemerdekaan
negara. Meskipun peristiwa tersebut telah lama berlalu dan Jose Rizal telah
meninggal dunia, namun sejarah negara, jasa dan baktinya tetap diingati oleh
penduduk Filipina. Malah, Jose Rizal tetap menjadi kebanggaan rakyat
Filipina kerana kejayaan beliau mengubah pemikiran rakyat Filipina dan
melancarkan keberanian beliau melancarkan revolusi untuk membebaskan
negaranya daripada penjajahan Sepanyol. Segalanya dapat dihayati pada
puisi “malam terakhir rizal”.

…gelap pun turun
tiada darah
tiada jeritan.

tetapi bangsanya
telah berdengus
dengan berontaknya.

(aksara usia,2002:187)

Puisi “rizal” (MHS,2002:77) turut memperlihatkan liku-liku kehidupan terakhir
Jose Rizal yang telah ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh oleh pihak
penjajah Sepanyol. Jose Rizal sehingga ke akhir hayatnya tetap dengan
perjuangan untuk membebaskan Filipina daripada belenggu penjajah.
Kejayaan beliau mengubah pemikiran bangsa untuk menentang penjajah
telah menghadirkan rasa gelisah dan ancaman kepada pihak kolonial
Sepanyol. Demi mengukuhkan kedudukan Sepanyol di bumi Filipina, Jose
Rizal dihukum bunuh. Namun, pembunuhan Jose Rizal oleh pihak penjajah
Sepanyol telah membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Filipina untuk
menuntut kemerdekaan negara.

…ayam dicekik

99 | M u a d d i b 2 0 1 9


Click to View FlipBook Version