i
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
My Doctoral Journey 4
2021
ii
MY DOCTORAL JOURNEY 4
Diterbitkan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia
ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
Tel: 03-83126600
Faks: 03-83126655
(www.ipgm.moe.edu.my)
e ISBN: 978-967-2999-38-6
Hak Cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia 2021
Sebarang bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau
dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Rektor, Institut
Pendidikan Guru Malaysia terlebih dahulu.
Dicetak oleh:
HR Sign Enterprise (JR 0075912-T)
Lot 12, Tingkat Atas, Bazar MARA Rengit,
83100 Rengit, Batu Pahat, Johor.
iii
KATA ALU-ALUAN
REKTOR
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Rasa syukur dirafakkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya buku ini dapat diterbitkan.
Tahniah diucapkan kepada barisan penulis dan editor atas kejayaan ini. Naskhah ini merupakan
himpunan pengalaman suka dan duka serta ilmu bernilai yang diperoleh oleh warga KPM
sewaktu melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Kedoktoran sehinggalah berjaya
menggengam segulung ijazah dan bergelar Dr.
Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Pusat Pembangunan Latihan, IPGM yang
mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku ini sebagai kesinambungan daripada buku My
Doctoral Journey 3 yang pernah dihasilkan sebelum ini. Kisah pengalaman yang dimuatkan
dalam buku ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas tentang jerih perih sewaktu
belajar.
Sejak penubuhan PROSPEN IPG pada tahun 2013 hingga kini, pensyarah yang memiliki Ijazah
Kedoktoran telah memberi bimbingan kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang
sedang melanjutkan pengajian pascasiswazah. Bimbingan diberikan secara sukarela tanpa
mengharapkan apa-apa balasan dan ganjaran. Pencapaian terbesar PROSPEN IPG bukan
sahaja bilangan PPP IPG yang berjaya menamatkan pengajian di bawah seliaan dan bimbingan
tetapi juga PPP KPM khususnya di sekolah-sekolah yang memberi kepercayaan kepada
kepakaran pensyarah IPG dalam membantu mereka menuju puncak kejayaan.
Akhir kata, semoga pembaca memperoleh manfaat daripada buku ini. Diharapkan barisan
penulis akan terus menghasilkan karya sebegini pada masa akan datang demi menambah baik
pembudayaan ilmiah dan memberi inspirasi kepada mereka yang akan atau sedang melanjutkan
pengajian pada peringkat Ph.D dalam konteks budaya pendidikan di Malaysia.
Insya-Allah.
Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
i
SIDANG EDITORIAL
PENAUNG
Dr. Rusmini binti Ku Ahmad
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
PENASIHAT
Dr. Yazid bin Abdul Manap
Timbalan Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
KETUA EDITOR
Dr. Syamsina Zahurin binti Shamsuddin
Jabatan Pengajian Siswazah dan Pembangunan Profesional
Pusat Pembangunan Latihan
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dr. Yee Bee Choo
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Kementerian Pendidikan Malaysia
EDITOR
Dr. Nor’Ain binti Sulaiman
Dr. Zanariah binti Ibrahim
Dr. Zalifah binti Sidek
Pusat Pembangunan Latihan
Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Dr. Zabedah binti Mohammed
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Kementerian Pendidikan Malaysia
EDITOR GRAFIK
Pn. Nazariah binti Hussein
Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Kementerian Pendidikan Malaysia
ii
PENGHARGAAN
Sidang Editorial Buku My Doctoral Journey 4 2021
merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada:
Rektor IPGM,
Timbalan-timbalan Rektor IPGM,
Pengarah-pengarah IPG,
Ketua-ketua Penolong Pengarah PPL,
Pensyarah-pensyarah,
Pegawai-pegawai IPGM,
dan semua warga IPGM, IPG Kampus dan ELTC
atas kerjasama serta sokongan yang tidak ternilai diberikan
dalam penerbitan buku My Doctoral Journey 4 2021.
TERIMA KASIH
iii
ISI KANDUNGAN HALAMAN
i
KATA ALU-ALUAN REKTOR ii
iii
SIDANG EDITORIAL
HALAMAN
PENGHARGAAN 1
BIL TAJUK/ NAMA PENULIS 3
1 HEBATNYA MENULIS 6
DR. YAZID ABDUL MANAP
Timbalan Rektor 9
Pusat Pembangunan Latihan
Institut Pendidikan Guru Malaysia 13
2 DR. ABAH YA… BUKAN DR. DEKYOY 16
DR. HAIRUL FAIEZI BIN LOKMAN
IPG Kampus Ilmu Khas
3 PENGAKHIRAN YANG INDAH
DR. ZAINAB NAWAB KHAN
IPG Kampus Keningau
4 I’M BLESSED THOUGH I’M MADE IN MALAYSIA
DR. YEE BEE CHOO
IPG Kampus Tun Hussein Onn
5 NEVER REGRET
DR. LIM CHIN YIN
IPG Kampus Ilmu Khas
6 MASAM MANIS PH.DKU
DR. FARIHAH BINTI HUSSAIN
IPG Kampus Darulaman
iv
BIL TAJUK/ NAMA PENULIS HALAMAN
20
7 TRAVELOG Ph.D : SATU KEMBARA ILMU
DR. MOHD AZOLMAN BIN ZULKIFLI
IPG Kampus Pulau Pinang
8 REZEKI LUAR KOTAK 24
DR. TENGKU NOR HUSNA BINTI TENGKU JAMIL 27
IPG Kampus Pendidikan Teknik 32
9 MY Ph.D JOURNEY
DR. KEE LI LI
IPG Kampus Ipoh
10 Ph.D: PERIT TAPI MANIS
DR. RAMLAN BIN MALA
IPG Kampus Tawau
11 FROM STENCILS TO CYBERSPACE: MY JOURNEY 34
BEYOND FEAR 37
DR JOY QUAH YIEN-LING 42
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa 45
12 CATATAN SEBELUM SUBUH: PERJALANAN ILMU
YANG MEMATANGKAN
DR. NOORAZI BIN RANI
IPG Kampus Bahasa Antarabangsa
13 SALAM PERKENALAN Ph.D…
DR. RUBASHINI RAMAKRISHNAN,
IPG Kampus Ilmu Khas
14 AKU, Ph.D DAN CANCER
DR. NOOR AZIZAH BT AZIZ
IPG Kampus Temenggong Ibrahim
v
BIL TAJUK/ NAMA PENULIS HALAMAN
15 THERE’S ALWAYS A LIGHT AT THE END OF THE 48
TUNNEL: MY PATH TO A Ph.D
DR. VIVEMARLYNE F. MUDIN
IPG Kampus Keningau
16 PAHIT MANIS AKHIRNYA 52
DR. ROZIAH BINTI RUSDIN
IPG Kampus Keningau
17 DREAM I HAD 55
DR. KANAKAMBAL VELUSAMY
IPG Kampus Ipoh
18 BERDAYUNG BERSAMA BIARLAH KARAM PUN 58
BERSAMA
DR. MOHD JIM BIN HAMZAH
IPG Kampus Ilmu Khas
19 WARNA DI SEBALIK SEKEPING IJAZAH 62
DR KAMISAH BINTI HJ BUANG
IPG Kampus Tun Hussein Onn
20 SETEGUH GUNTONG KERIUNG 66
DR. NORSIAH BINTI BAHARI 70
IPG Kampus Perempuan Melayu
21 MON PARCOURS DOKTORAL
DR. FAZIDAH BINTI NAZIRI
Institut Pendidikan Guru Malaysia
22 AN OPEN LETTER TO MY ANGELS 73
DR. SYAMSINA ZAHURIN BINTI SHAMSUDDIN
Institut Pendidikan Guru Malaysia
vi
BIL TAJUK/ NAMA PENULIS HALAMAN
76
23 KEMESRAAN KAWAN-KAWAN Ph.D 79
DR. ZALIFAH BINTI SIDEK
Institut Pendidikan Guru Malaysia 81
84
24 Ph.D DAN PERKENALAN KEPADA PLC
DR. NOR’AIN BINTI SULAIMAN
Institut Pendidikan Guru Malaysia
25 LALUAN KITA BERBEZA, HALA TUJU KITA SAMA
DR. SYARINA BINTI RAMLI
Institut Pendidikan Guru Malaysia
26 IKATLAH ILMU DENGAN MENULIS
DR. ZANARIAH BINTI IBRAHIM
Institut Pendidikan Guru Malaysia
vii
HEBATNYA MENULIS
Oleh
Dr. YAZID ABDUL MANAP
Timbalan Rektor
Pusat Pembangunan Latihan, Institut Pendidikan Guru Malaysia
Saya memohon dan mengisi borang permohonan untuk melanjutkan Ph.D dengan tajaan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Petang
di sebuah sekolah menengah di daerah Kluang. Ketika itu saya telah memegang jawatan tersebut
selama lebih kurang dua tahun lebih. Semangat membara untuk melanjutkan Ph.D telah bermula
ketika saya mengikuti Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH) pada
tahun 2000 di Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands, Pahang, semasa sesi minum
petang peserta program NPQH bersama Pengarah IAB ketika itu iaitu Dr. Ab Rahim Selamat di
sebuah hotel di Genting Highlands. Dr. Ab Rahim Selamat telah memberikan motivasi kepada
kami untuk melanjutkan pelajaran Ph.D dengan tajaan KPM. Beliau telah memberikan beberapa
panduan untuk mendapatkan hadiah latihan persekutuan, (HLP) KPM. Antara tip yang diberikan
ialah membuat persediaan bagi memenuhi maklumat-maklumat yang diperlukan dalam borang
permohonan HLP itu. Dalam banyak-banyak maklumat tersebut, penulisan, penyelidikan dan
penerbitan merupakan perkara yang diberikan perhatian oleh Dr. Ab Rahim Selamat. Mendengar
kata-kata Dr. Ab Rahim Selamat teringat saya kata-kata khalifah Islam ke-4 iaitu Saidina Ali bin
Abi Talib, “Ikatlah ilmu dengan menuliskannya”. Ungkapan ini membawa banyak maksud dan
satu daripada maksud yang tersirat ialah seseorang yang memiliki ilmu akan bertambah ilmunya
jika beliau menulis ilmu tersebut. Apakah akan terjadi jika ilmu tidak ditulis? Mari kita lihat apa
yang dikata oleh Pramoedya Ananta Toer, “ Orang boleh pandai setinggi langit, tapi selama ia
tidak menulis, ia akan hilang di dalam masyarakat dan daripada sejarah.” Kata-kata Pramoedya
jika dihayati akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada pencinta ilmu seperti mana bait-
bait puisi Guru Oh Guru karya Usman Awang dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Berbalik kepada program bersama Dr. Ab Rahim Selamat, ketokohan dan kewibawaan beliau
dalam bidang penulisan dan penerbitan memang tidak dapat disangkal lagi. Beliau banyak menulis
buku-buku bacaan umum dan khusus antaranya Geografi Kawasan STPM (1975), Kembara
Pengetahuan Alam (1976), Teknologi Sistem Pengajaran (1989), Kemahiran dalam Sekolah
Bestari (2000), Pengurusan Sekolah Bestari (2000) dan banyak lagi hasil karya beliau. Berdasarkan
tajuk-tajuk buku ini, Dr. Ab Rahim Selamat telah menulis mengikut kepakaran akademik yang
beliau miliki disamping pengalaman yang beliau miliki semasa memegang jawatan-jawatan di
organisasi yang beliau pernah berkhidmat. Benarlah ada bijak pandai mengatakan “kepakaran
seseorang itu diukur daripada penulisan yang beliau hasilkan”. Melihat kepakaran beliau, saya
berazam suatu hari nanti akan mengikut jejak langkah Dr. Ab Rahim Selamat sebagai penulis
buku. Semangat untuk menulis semakin membara apabila saya mendengar kata-kata John Erskine,
guru besar dalam sejarah Columbia, “mari kita katakan kepada orang-orang muda ini, buku yang
masih baik masih perlu ditulis, lukisan yang baik masih perlu diciptakan dan pemerintahan yang
lebih baik masih perlu dibentuk. Semua yang lebih baik itu perlu dilakukan oleh mereka.”
Mendengar kata-kata motivasi Dr. Ab Rahim Selamat supaya memperbanyak penulisan sebagai
persediaan sebelum memohon HLP, saya teringat kata-kata Pengetua SM Teknik Kluang Tn. Hj.
Mohd Fahmi pada tahun 1999 sebelum saya mengikuti program NPQH supaya guru-guru SM
1
Teknik menulis sementara pelajar-pelajar membaca. Tn. Hj. Fahmi mula memperkenalkan budaya
menulis dalam kalangan warga SM Teknik ketika mula-mula melapor diri sebagai pengetua dalam
satu daripada perhimpunan mingguan pada hari Ahad tahun 1999. Ketika itu saya memegang
jawatan sebagai Guru Kanan Sains. Apabila naik sahaja di atas pentas memberikan ucapan di
dataran, beliau terus melontarkan idea supaya guru-guru kanan menulis dan pelajar-pelajar
membaca. Saya merupakan guru kanan pertama yang diminta menulis artikel dan artikel tersebut
akan diletakkan di papan kenyataan di dataran perhimpunan untuk dibaca oleh semua pelajar.
Apabila mendapat tugasan ini, saya pun mula berfikir apakah tajuk yang saya ingin tulis. Bagi
mencari tajuk yang sesuai untuk ditulis, saya bertanya kepada diri sendiri apakah bidang yang saya
minati dan bidang kepakaran yang saya miliki. Berpandukan kepada pengetahuan dan kepakaran
yang saya ada, akhirnya saya memperoleh satu tajuk penulisan iaitu Kecemerlangan dari Sudut
Sains. Untuk itu, saya telah membaca beberapa buah buku berkaitan kecemerlangan bagi mencari
isi untuk dimasukkan dalam artikel tersebut. Akhirnya artikel tersebut dapat disiapkan dan
dilekatkan di papan kenyataan untuk dibaca oleh pelajar. Artikel yang telah siap itu saya baca sekali
lagi dan akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghantar artikel ini untuk dinilai dan
diterbitkan oleh sebuah majalah motivasi sains iaitu Majalah Arussains. Alhamdulillah artikel yang
saya tulis buat pertama kali telah diterbitkan dalam majalah Arussains pada bulan Ogos 1999 dan
saya berasa bangga kerana nama saya terpampang dalam majalah tersebut. Oleh sebab artikel itu
menarik, majalah Arussains telah melantik saya sebagai penulis tamu majalah tersebut. Sejak
menerima lantikan tersebut saya terus menulis artikel untuk keluaran bulanan majalah Arussains.
Hampir dua tahun saya menulis dengan majalah Arussains. Setiap kali artikel saya keluar saya akan
simpan salinan tersebut dan saya masukkan di dalam sebuah fail penulisan bagi dokumentasi hasil
penulisan saya. Momentum penulisan yang saya miliki daripada Tn. Hj. Fahmi dan Dr. Ab Rahim
Selamat saya teruskan dengan menulis artikel untuk Jurnal Bestari, Jabatan Pendidikan Negeri
Johor, Majalah Dewan Kosmik dan Institut Fizik Malaysia. Di samping penulisan, saya juga
melaksanakan penyelidikan. Penyelidikan yang saya hasilkan dikongsi dalam seminar sama ada
pada peringkat kebangsaan, negeri mahupun daerah. Budaya menulis dan penyelidikan ini saya
amalkan sebagaimana saranan Dr. Ab Rahim kerana sangat penting dijadikan budaya seorang guru.
Benarlah apabila Hamka mengatakan, saya banyak menulis sebab saya banyak membaca”. Kepler
seorang saintis Fizik Jerman juga menulis, “Aku telah menulis buku yang mengandungi pengetahuan
yang berharga. Aku tidak peduli sama ada dibaca atau tidak oleh orang sezamanku. Buku ini mungkin
menunggu sampai seratus tahun untuk dibaca oleh generasi akan datang sebagaimana Tuhan menunggu
6000 tahun untuk manusia memahami kebesarannya’.
Bertitik tolak daripada itu dan berdasarkan kata-kata hikmah para cendekiawan serta sokongan daripada
keluarga maka saya telah cuba untuk terus menulis walaupun mempunyai kekangan masa. Saya jadikan
budaya menulis ini sebagai sebahagian daripada rutin hidup saya. Daripada penulisan, penyelidikan
dan penerbitan yang saya hasilkan ia telah menjadi satu daripada faktor saya berjaya dalam temu duga
untuk mendapatkan HLP Ph.D dalam bidang Fizik. Semoga pengalaman saya ini dapat dijadikan
panduan kepada bakal-bakal calon HLP. Selamat menulis.
2
DR. ABAH YA… BUKAN DR. DEKYOY
Oleh
DR. HAIRUL FAIEZI BIN LOKMAN
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Abah saya, Lokman Bin Haji Yusof usianya hampir seratus tahun. Kini abah uzur dan tidak mampu
berjalan sejak lebih 10 tahun dahulu kerana pernah dilanggar oleh pembonceng motosikal ketika
mahu pergi ke Masjid. Selepas kejadian itu, abah susah mahu berjalan, kakinya menjadi lemah.
Alhamdulillah abah masih boleh menguruskan keperluan asas dirinya sendiri. Kami sebagai anak-
anak seramai tujuh orang (yang masih hidup, seorang meninggal dunia) bergilir menjaga abah
setiap hari. Kami bukan tidak pernah ajak abah tinggal dengan kami, tapi abah berkeras tidak mahu
tinggal di rumah anak-anak, katanya lebih selesa mahu duduk di rumah sendiri. Rutin menjaga
abah menjadikan kami sekeluarga memahami erti tanggungjawab sebagai anak-anak yang masih
mempunyai seorang ayah kesayangan harta dunia dan akhirat kami.
Bulan Februari 2017 saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian tertinggi iaitu
Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) setelah tamat Ijazah Sarjana (Master) pada Julai 2016 di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika itu saya belum layak memohon cuti serta biasiswa dari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana saya baru selesai menyambung Master secara
cuti belajar tajaan KPM tahun 2014 sehingga 2016. Jika ingin memohon biasiswa dan cuti belajar
tempoh masa sekitar dua hingga tiga tahun. Namun saya fikir jika terlalu lama momentum hendak
belajar akan hilang. Maka saya nekad sambung belajar sendiri secara separuh masa dan tanpa
pembiayaan. Kata orang “Clutch at straw” buat sahaja, redah sahaja Insya-Allah jika ada
kesungguhan semua boleh.
Ketika itu semua orang tahu saya sambung pengajian Ph.D secara separuh masa dengan
pembiayaan sendiri. Namun ada satu yang semua orang tidak tahu, bahawa pengajian saya ditaja
sepenuhnya oleh abah saya. Abah taja? wow sungguh mewah bunyinya bukan. Namun bukanlah
kerana mewah tetapi kerana rezeki yang Allah permudahkan. Rezeki yang tidak disangka-sangka.
Asalnya abah memberi wang cenderamata kepada semua adik-beradik. Wang tersebut dapat hasil
dari tunggakan penjualan tanah lebih 20 tahun dahulu. Betullah, kadang-kadang saya terfikir
rupanya 20 tahun dahulu duit tersebut tertangguh pemberiannya sebab mahu menaja saya pada
masa kini. Besar hikmahnya sebab itu jangan sesekali kita sangsi percaturan yang Maha Esa.
Hasil daripada pemberian wang tersebut, saya terus nekad untuk menginfakkan sebagai harta yang
cukup besar lagi bermakna untuk abah dan arwah emak. Saya hendak gunakan duit tersebut bagi
membiayai sepenuhnya pengajian Ph.D saya. Saya berharap ilmu yang saya bawakan, kajian yang
saya lakukan dan manfaat yang cuba saya ketengahkan dalam kajian dapat memberi ganjaran besar
buat abah dan arwah emak. Berharap bukanlah hanya sekeping sijil tetapi bermanfaat, umpama
harta-harta mengalir tanpa henti untuk seluruh manusia. Insya-Allah. Maka soal wang ringgit saya
langsung tidak menghadapi masalah sepanjang pengajian Ph.D.
Umpama adat menyambung pengajian tertinggi, memang akan ada cabaran dan dugaan yang perlu
ditempuhi. Namun begitu cabaran dan rintangan yang dilalui telah dapat diatasi dengan sebaik
mungkin. Di akhir semester kedua, saya telah berjaya menyiapkan kertas penulisan cadangan
(proposal) untuk dibentangkan. Tarikh 18 Mac 2018, alhamdulillah keputusannya saya telah
3
diperakukan lulus dan layak untuk mengutip data bagi menulis pelaporan sebanyak bab empat.
Disangka hujan sampai ke petang, tetapi hadir mendung nan suram. Pada semester ketiga,
momentum untuk belajar sedikit terganggu disebabkan oleh masalah-masalah peribadi dan juga
masalah kesihatan. Hampir empat bulan saya menyepikan diri dan tidak melakukan sebarang
penulisan bagi menulis penulisan Ph.D. Mujurlah ada penyelia yang sangat baik hati dan cukup
memahami memberikan pula kata-kata motivasi tanpa henti. Pada semester ketiga saya mula
mengutip data sehinggalah semester keempat. Alhamdulillah saya berjaya membentangkan proses
dapatan dalam bab empat dengan jayanya.
Dalam semester kelima saya telah berjaya menghantar pelaporan tesis terakhir untuk disemak oleh
pembaca. Ia seumpama mimpi kerana jika dihitung berdasarkan kepada tempoh berehat dan
tempoh tidak fokus dalam pengajian, tempohnya lebih kurang dua tahun sahaja. Namun saya
percaya ini semua ialah rezeki dan ketentuan Allah, yang telah memudahkan pengajian. Semasa
menunggu sesi ujian lisan, tarikh yang saya peroleh ialah sekitar bulan April 2020. Namun kerana
pandemik COVID-19, sesi penilaian ujian lisan terpaksa ditangguhkan. Tempoh keseluruhan saya
menunggu ujian viva ialah hampir tujuh bulan lamanya. Rasa seperti tidak punya semangat. Pun
begitu, alhamdulillah saya lulus dalam ujian lisan tersebut dan berjaya membuat pembetulan
selama sebulan. Tarikh 17 September 2020 yang juga merupakan ulang tahun kelahiran saya,
merupakan tarikh bermakna kerana saya berjaya menyerahkan tesis kepada pihak fakulti.
***Tamat sudah belajar Ph.D.
Konvokesyen UKM yang sepatutnya diadakan pada bulan November 2020 terpaksa ditangguhkan
akibat daripada pandemik COVID-19. Sesi yang dijadualkan telah ditunda pada bulan April tahun
2021. Alhamdulillah dengan rezeki Allah majlis konvokesyen yang dijadualkan pada 3 April 2021
selamat dilaksanakan. Saya telah dipilih sebagai graduan cemerlang dari Fakulti Pendidikan kerana
berjaya menyiapkan tesis dalam tempoh masa yang ditetapkan, sekaligus terpilih menghadiri sesi
konvokesyen dalam sidang Canselor iaitu pada hari pertama. Saya juga dijemput untuk menghadiri
sesi majlis penghargaan fakulti iaitu satu majlis yang mengumpulkan pelajar dan juga penyelia bagi
meraikan graduan Ph.D. Dalam majlis tersebut saya turut dianugerahkan anugerah Graduate On
Time daripada Fakulti Pendidikan.
Orang yang paling gembira tentulah abah. Sebab dia sendiri tidak menyangka anak beliau berjaya
menyelesaikan Ph.D dalam usia yang muda. Seminggu sebelum acara konvokesyen saya pulang
ke kampung dan bawakan abah jubah lalu memakaikan kepadanya. Maklumlah abah tidak boleh
berjalan, majlis konvokesyen pun terpaksa mengikut peraturan yang ketat kerana negara masih
dilanda wabak pandemik yang belum berkesudahan. Abah kata, dulu beliau pernah secara sukarela
membawa anak rakannya pergi sesi temu duga di Majlis Amanah Rakyat (MARA) hanya menaiki
motor. Ketika itu terpaksa berhujan, bergelap sampai pulang waktu malam dan jauh pula di Kuala
Lumpur. Abah cerita lagi, kini anak kawan beliau tersebut sudah menjadi Profesor di Universiti
Teknologi MARA (UiTM). Abah berseloroh pula, agaknya sebab tu engkau dapat Ph.D juga.
Seronok berborak dengan abah, abah sebenarnya tidak faham pun pengajian Ph.D. ni bagaimana,
kalau balik kampung dia akan selalu tanya "yoy bila kau nak habis belajar? hmmm tak tulis lagi
abah. “kau tulis apa? asik tulis je". Kadang ketawa saya mendengarnya. “alaaaa tulis buku abah”,
jawab saya mudah. Kemudian semasa ujian lisan (viva) saya beri tahu pada abah, “abah saya nak
4
periksa Dr”. “eh belajar pun nak kena cek kesihatan ya? Tergelak saya bila abah kata begitu.
“Bukan ini untuk tentukan lulus gagal Ph.D ni”. Ohhh baru dia faham. Kemudian bila saya viva
tertangguh selama tujuh bulan dia sangat risau, kenapa lama sangat tu. “Tak boleh jumpalah abah
sebab semua kena duduk rumah. Kebetulan pada ketika itu kaedah ujian lisan secara dalam talian
belum lagi dimuktamadkan.
Abah saya ini seorang yang bijak. Dahulu bersekolah Inggeris di Klang sampai menengah atas,
tetapi bak katanya kerana pengaruh rakan sebaya, menyebabkan pendidikan beliau pun jadi terabai.
Dapatlah juga beliau jadi askar wataniah dan kemudiannya berhijrah menjadi peneroka Felda
mengusahakan kebun getah bersama arwah emak. “Abah nama abah tau dapat Dr, bukan nama
Dekyoy pun, orang putih dia letak nama abah Lokman. H.F di depan dulu, baru nama Dekyoy”.
“Semua orang buat rujukan dalam jurnal tulis nama abah Lokman dahulu. Abah lah Dr. nya. Abah
faham tak? Apa-apa jelah kata jawab beliau.
Alhamdulillah kesempatan yang ada ini saya bawakan jubah sekaligus saya sarungkan pada beliau.
Kurusnya badan abah kan. Terima kasih abah. Dekyoy bukan anak yang baik tetapi dekyoy akan
jaga abah sampai akhir usia abah. Dekyoy janji. Abah kata “besarnya jubah ni, topinya besar bulat”.
Allah saya gembira tengok gambar abah memakai jubah tersebut. Alhamdulillah semoga segala
usaha saya lakukan selama ini dalam pengajian Ph.D. dapat memberi ganjaran pahala untuk abah.
Pada Allah, semoga abah terus dilindungi dan dikurniakan kesihatan yang baik. Dekyoy sayang
abah.
Nota : Perkongsian kisah abah dan dekrol
dalam Ph.D ini pernah tular di media sosial
Facebook sehingga dipetik dalam beberapa
hantaran dan telah dikongsikan lebih
ratusan ribu pembaca.
5
PENGAKHIRAN YANG INDAH
Oleh
DR. ZAINAB NAWAB KHAN
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau
Sebenarnya, tidak pernah saya mengimpikan untuk menjadi graduan peringkat ijazah kedoktoran.
Sebelum ini, saya hanya menjadi pendengar kepada ramai kenalan yang terdiri daripada orang-
orang bijak pandai yang bercerita mengenai pengalaman mengikuti program ijazah kedoktoran.
Pengalaman yang mereka kongsikan kelihatan seperti satu perjalanan yang tidak mampu saya
melaluinya. Penuh dengan liku-liku cabaran yang getir dan memerlukan kemahiran yang tinggi
dalam penyelidikan. Kian terpana saya apabila melihat kebanyakan daripada individu yang
mempunyai gelaran doktor itu mempunyai pelbagai kelebihan, khususnya dalam komunikasi dan
disiplin ilmu. Fasih berhujah, mempunyai keyakinan diri yang tinggi, berpengetahuan, memegang
tanggungjawab akademik yang penting dan nampak amat berwibawa. Semua itu menjadikan saya
begitu gementar untuk melangkah kaki ke peringkat ijazah kedoktoran.
Haruskah saya mendapat gelaran pemegang Ijazah Kedoktoran? Akan seperti apa kursus itu nanti?
Apakah saya mampu menulis disertasi kelak? Pelbagai soalan menerpa di fikiran saya. Saya tidak
fikir saya adalah jenis atau ‘type’ yang tepat sebagai graduan doktoral. Saya tidak yakin bahawa
tingkat pendidikan tersebut, sesuai untuk saya. Lagipun, saya akan memerlukan banyak tenaga
secara fizikal dan mental, untuk menghadapinya. Tekanan yang bukan alang kepalang itu nanti,
pasti akan membuatkan saya cemas. Sekali gus akan membuatkan saya hilang keyakinan diri untuk
menamatkan program kedoktoran itu nanti. Apatah lagi, pada masa yang sama, saya sedang sibuk
mengasah bakat dengan penulisan kreatif.
Saya benar-benar berada di persimpangan dalam membuat keputusan. Namun demikian, ternyata
tiada yang boleh mengubah suratan takdir Yang Maha Esa untuk saya. Tanpa mengambil tahu
secara mendalam struktur pengajian, saya menerima pimpinan tangan rakan bagi memulakan
langkah ke alam pengajian ijazah kedoktoran program “Doctor of Education” ataupun lebih
dikenali sebagai EdD sebagai pelajar ambilan Januari 2016. Mengikuti program ijazah kedoktoran
di bawah Open Universiti Malaysia memerlukan saya menghadiri kuliah selama enam semester
bersemuka dan sembilan semester tidak bersemuka.
Teringat kembali bagaimana berdebarnya saya saat mendaftar diri mengikuti pengajian ijazah
sarjana muda di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi dan Ijazah Sarjana di Universiti Malaysia
Sabah. Perasaan yang sama turut dirasai sejurus menjejakkan kaki melangkah ke pejabat OUM,
Keningau. Di sini, kemudahan agak sederhana, namun selesa. Bagaimanapun, bermula daripada
hari pertama menghadiri kuliah lagi, sudah begitu banyak perkara yang perlu saya pelajari. Khusus
dalam mengurus pengajian yang sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi dalam talian. Semua
maklumat mengenai kuliah, maklumat terkini, perbincangan dengan pakar bidang dan struktur
program, perlu dirujuk dalam laman web universiti. Banyak perkara yang perlu dipelajari, yakni
selain menghadapi isi kandungan kuliah yang diberikan pensyarah.Cukup menggerunkan.
Bagaimana tidak. Ramai dalam kalangan rakan sekuliah saya yang sudah mempunyai tajuk
penyelidikan yang bakal dilaksanakan dalam tahun akhir pengajian. Ternyata mereka sangat hebat.
Terasa betapa kerdilnya diri ini. Ramai dalam kalangan rakan sekuliah merupakan tenaga pengajar
6
jemputan program lain di OUM. Saya jauh ketinggalan daripada sudut informasi terkini,
dibandingkan dengan mereka.
Lalu, sekembali saya di rumah, saya duduk sejenak dan berfikir; mampukah saya menyiapkan
pengajian ini dengan sempurna? Bagaimana jika saya gagal? Namun saya segera memujuk diri
supaya bertenang. Saya langsung melihat keseluruhan pengalaman ini dari perspektif yang positif.
Setelah meneliti struktur program, ternyata memberi impak yang di luar jangkaan kepada saya.
Menulis dan membaca!
Saya mempunyai minat yang tinggi dalam penulisan. Melibatkan diri dengan aktiviti yang
memerlukan saya menulis, sesungguhnya amat menerujakan. Di hari pertama pengajian
bersemuka, saya dan rakan-rakan sekuliah diberi tugasan yang perlu diselesaikan pada tempoh
masa tertentu. Saya meneliti kertas tugasan yang perlu disiapkan. Melihat soalan-soalan yang
tercetak kemas dalam laman sesawang, tiba-tiba saya berasa program itu sangat menarik. Tercabar.
Bersemangat! Saya perlu banyak membaca dan perlu menyiapkan tugasan penulisan yang
diberikan. Paling penting meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mengenai penulisan
akademik bagi mencapai piawaian kedoktoran. Terbayang pelbagai rintangan, maklumlah kami
semua terdiri daripada pelajar berstatus bekerja sambil belajar. Namun saya masih dapat
merasakan keseronokan dalam menyiapkan tugasan mencabar yang disediakan pihak universiti.
Tanpa membuang masa, saya segera merangka jadual waktu peribadi bagi memenuhi keperluan
penghantaran tugasan. Pengalaman mengikuti program EdD menjadikan kehidupan saya menjadi
sibuk dan masa saya banyak terluang dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
tajuk-tajuk kursus yang ditawarkan tiap semester. Gaya hidup saya berubah. Sebelum ini banyak
memikirkan hal-hal remah dan juga tugas rasmi di pejabat. Kini saya mula memikirkan perkara-
perkara lain yang berkaitan dengan pengajian. Kebanyakannya pengetahuan dan kemahiran baharu
kepada saya. Setiap hari ada sahaja artikel jurnal dan buku yang saya baca. Komputer riba dan
internet menjadi sahabat dalam proses pembelajaran.
Terbukti, belajar dalam zaman ini cukup mudah jika dibandingkan dengan zaman saya berada di
UKM dan UMS. Kini semua bahan bacaan disediakan secara dalam talian. Teringat semasa belajar
tahun 80-an semuanya memerlukan mobiliti yang tinggi. Berulang alik ke perpustakaan dan
mendaki tangga-tangga agensi bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai topik yang dikaji.
Kini pelajar hanya perlu mahir mencari maklumat daripada sumber yang sahih. Berbekalkan
capaian internet yang baik, beratus artikel jurnal akademik boleh diakses pada bila-bila masa.
Begitu juga dengan platform sokongan secara dalam talian melalui media sosial yang boleh diakses
secara percuma sama ada dengan pelajar dalam atau luar negara. Perbincangan ilmiah melibatkan
individu tersohor dalam pendidikan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tidak perlu membuat
temu janji untuk berbincang, ataupun terpaksa menaiki kenderaan awam beratus batu untuk
berjumpa. Semuanya boleh dilakukan secara dalam talian. Pihak universiti juga menyediakan
pelbagai kemudahan seperti e-perpustakaan dan platform perbincangan dengan pakar bidang.
Boleh diakses sepanjang masa. Saya hanya perlu meluangkan masa menggunakan semua
kemudahan yang disediakan.
7
Begitupun, ada juga peristiwa yang menyayat hati. Ketika sibuk menyiapkan tugasan bagi
memenuhi dateline, saya menerima perkhabaran tentang rakan sekuliah yang menemui Illahi
kerana berdepan dengan masalah kesihatan. Kenangan bersama mereka, tidak mungkin boleh
terpadam daripada ingatan buat selama-lamanya. Gurau senda dan gelak ketawa serta kegigihan
mereka menekuni ilmu semasa mengikuti kuliah, sering terbayang-bayang di ruang mata saya.
Namun, saya sedari. Setiap pengalaman hidup pasti akan sampai ke titik persimpangan, termasuk
untuk saya. Semoga roh dicucuri rahmat. Al Fatihah untuk mereka berdua.
Menyiapkan disertasi merupakan cabaran paling hebat yang terpaksa saya hadapi. Semua tugasan
penulisan memerlukan saya membuat penaakulan dan mempamer tahap pemikiran kritis. Tidak
mengapalah jika perlu buat pembetulan berulang kali. Menulis disertasi dan berdepan dengan
penilai-penilai yang bijaksana dan berpengalaman bukan sesuatu yang mudah. Sesungguhnya
semua ini merupakan pengalaman dalam proses meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang ilmu yang dikaji.
Masa berjalan begitu pantas. Tanpa saya sedari, pengajian yang pada mulanya terasa lama akhirnya
sampai juga ke penghujung. Pada permulaan menyediakan kertas konsep, proposal dan laporan
disertasi, menyaksikan saya sedaya upaya menimba pengalaman yang tidak pernah ada noktah.
Saya berusaha menguasai pelbagai pengetahuan dan kemahiran baharu. Fikiran saya sentiasa
berputar ligat memikirkan jalan penyelesaian siang dan malam. Setiap hari sebelum tidur saya tidak
lupa berdoa agar jantung saya tidak berhenti berdenyut. Di samping itu penyelia merupakan tulang
belakang yang banyak memberi motivasi sepanjang masa. Masih teringat bagaimana penyelia
sanggup bersengkang mata hingga jam 2.00 pagi dalam talian, memberi bimbingan untuk
menyiapkan pembetulan aspek teknikal laporan penyelidikan di saat akhir dateline.
Alhamdulillah, berkat doa dan tunjuk ajar serta dorongan daripada semua pihak serta restu daripada
Yang Maha Esa, perjalanan saya melalui 15 semester sebagai graduan doktoral, akhirnya sampai
ke penghujung. Mei 2021, menyaksikan saya dianugerahkan “Doctor of Education” dengan izin
senat pada 22 April 2021”. Berita yang amat dinanti-nantikan dengan penuh debaran akhirnya
melerai semua kerunsingan. Transkrip sudah sampai di tangan. Mata kumulatif CGPA amat
membanggakan. Terasa semua keletihan dan kepayahan yang telah dilalui sebelum ini cair di
depan mata.
Begitupun, saya tetap sering mengingatkan diri agar sentiasa merendah diri. Kejayaan itu bukan
sahaja daripada usaha saya sendiri, tetapi turut disumbang atas belas kasihan daripada ramai yang
lain, iaitu selain daripada izin-Nya. Untuk itu, bagi yang ingin memulakan langkah sebagai pelajar
ijazah kedoktoran, apa yang perlu ada pada diri anda ialah ketekunan, kesabaran dan ada semangat
ingin berjaya. Walaupun pembelajarannya serba canggih dan sukar, namun sesungguhnya begitu
berjaya mengatasinya, ia akan berakhir dengan keindahan yang tidak anda jangkakan. Kejayaan,
kebahagiaan dan keamanan yang sebenar dalam kehidupan ini adalah terletak di hati kita sendiri,
percayalah!
8
I’M BLESSED THOUGH I’M MADE IN MALAYSIA
By
DR. YEE BEE CHOO
Lecturer, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn
Ph.D in TESL at UTM, Skudai (2020)
Master in TESL at UTM, Skudai (2010)
Bachelor in TESL at UPM, Serdang (2006)
Graduating with all my degrees locally in Malaysia, above are my academic qualifications. That’s
why I said I’m made in Malaysia. I did envy people who graduated and obtained their degree
overseas, they were fortunate to receive the scholarship to further their studies outside Malaysia.
For me, I had spent a lot of money, energy and time on pursuing these degrees, however my
achievements especially during my Ph.D journey make me proud to be made in Malaysia.
I furthered most of my studies using my own money except for my Bachelor degree. In 2003, I
received a half-pay scholarship to do Bachelor studies at Universiti Putra Malaysia (UPM). That
time my salary as a primary school teacher was only RM1266, after deducting half-pay and the
government housing loan, I was left with only RM210. I managed to get the PTPTN loan and
received extra RM500 every month. With this meagre sum of money, I used it to pay for the housing
rent and the babysitting fee for my 2-year-old son in Selangor. Yet, I survived it during the 3 years
of degree studies at UPM.
Then, I started studying part-time for my Master degree at Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
in 2008. It was not easy as I was teaching at a secondary school at that time. I took a taught course
for Master studies and needed to attend the course during weekdays. I remember the class was held
from 4-7 pm, so I had to drive to UTM after school at 2 pm to attend the class. The distance from
UTM to my home was 100 kilometres and I drove alone for two hours. I reached home at about 9
pm after the class. Then, I went to school the next morning and again drove to UTM in the afternoon
to attend another class. This routine went on for 3 days a week. Imagine how tired I was and how
much money I had spent on travelling during that time but I survived it for 2 years.
Later, I continued with my Ph.D studies, again part-time with my own money in 2013. I was a
lecturer at IPG that time and I had to go through the same routine as what I did for Master studies.
I took full research for Ph.D studies and I was required to attend one course on Advanced
Methodology. It was conducted during the school holidays, so I had no problem in attendance.
However, I found it hard to meet my supervisor to discuss my research proposal due to my work.
When I was a school teacher, my work ended at 2 pm but the IPG lecturer’s working hours lasted
until 5 pm. Though I had applied for the part-time study leave in which I was granted 30 days every
year, I could only use the study leave for attending short courses, seminars, progress reports and
viva presentations. Since I couldn’t use the study leave for supervising meetings, I had to take my
annual leave. But I only had 7 days of leave which are applicable for emergencies, religion, and
marriage. As IPG also followed the school for the mid-year and year-end holidays, I took the
opportunity to meet my supervisors during this time. As it was hard for me to take leave from work
to meet my supervisor, sometimes I sent my thesis drafts through emails. We had once discussed
9
online through Skype but we still preferred to meet face to face. This posed a challenge for me as
my meetings with the supervisor were not regular.
Besides, my workload never stopped during my Ph.D studies. I had to prepare lessons and materials
for my class and did lots of paperwork and reports as the secretary and committee members. I also
had to mark the students’ assignment and guided them in their final project for doing their action
research. Sometimes, I needed to go to school to observe the students during their practicum. Once
I had to visit 19 students at several different schools for practicum supervisions and observations.
Not to mention, my two children who were young when I began my Ph.D studies. They were 8 and
11 years old and attended the nearby primary school. Besides focusing on my studies and work, I
also had to pay attention to their studies. Sometimes, I had to help them with their homework until
midnight. I know I had little sleep, but a mother should sacrifice for the family and not neglect the
children’s studies. It’s not easy as I need to strike a balance between studies, work, and family.
How did I survive through the difficulties in finding money, energy and time during my studies?
As I didn’t obtain any scholarship, I had to fork out my own money to pay for the tuition fees, in
addition to the car petrol and toll for travelling. I didn’t have much savings and my husband was
not working, so what I did was to get a bank loan. I know I had to pay extra interest for it, but this
was the only way for me to find money to fund my own studies.
As age is catching up, my energy drains easily, so I took vitamins and supplements to help me stay
alert and be energetic at work and studies. I was 42 years old when I started my Ph.D studies.
Driving to UTM and completing my work took too much of my energy. Every morning, I consumed
three tablets of multivitamins. I was able to wake up early at 4.30 am to do reading for research
articles, then went to the workplace, and later continued to care for my family. I could find ways
to cope with money and energy but not time. Time is merciless and age is growing every year. As
a part-time Ph.D student, the maximum year given to complete the studies was 9 years. Many
supervisors hope their students will graduate on time (GOT), but I graduated after seven years.
However, the achievements during the Ph.D studies had made my time well spent.
I feel indebted to Dr. Tina binti Abdullah because she is an understanding supervisor, who had
never asked and pushed me for how much I should have done for my studies. The first thing she
would ask me during our meeting was “How are you?” not “What have you done?” I’m really
grateful for her understanding as I needed to juggle between studies, work, and family. I felt
relieved and stress free every time I had a discussion with her and felt motivated when I went home.
My turning point was when I told her my intention to present at the 2014 MELTA international
conference. She immediately supported and sponsored me the money for the registration fee. She
also helped to check my article for the proceeding and PowerPoint slides for presentation. She was
such a nice person and I thought I'd GOT…… Unexpectedly, she was diagnosed with cancer and
could not supervise me for some time. The faculty had arranged another lecturer, Dr. Abdullah bin
Mohd Nawi to be my co-supervisor. He was much younger than me but a nice man. I learnt a lot
from him as our common interest is in drama.
10
Ever since the first presentation, I have become an active participant at conference presentations.
In 2016, I was elated that I won the Best Presenter Award for the first time. In the same year, I got
my first paper publication in Scopus journal. Though I still had not presented my proposal defence,
this had motivated me to write more journal articles later. In the subsequent years, I won several
awards during conference presentations and published articles in Scopus and peer-reviewed
journals.
2016 The Best Presenter Award 2017 The Best Five Entries for Excellence in
International Conference on Science, Research Award (Ph.D Category)
Engineering, Management and Social
Sciences (ICSEMSS 2016), UTM, Johor Bahru 7th MELTA International Research Conference in
English Language Education (MIRCELE 2017),
IPGK Ilmu Khas, Kuala Lumpur
2018 The Best Paper Award 2019 The Finalist Award for Three Minute
5th International Education Postgraduates Thesis Competition 2019 (English)
Seminar (IEPS 2018), Double Tree Hilton
Hotel, Johor Bahru Research Week Carnival 2019, UTM, Johor Bahru
2020 The Best Presentation Award
(Social Sciences Category)
International Graduate Conference on
Engineering, Science and Humanities (IGCESH),
UTM, Johor Bahru
11
After going through all the hard and sweet time, finally I passed my viva presentation with minor
corrections on 19.12.19 and graduated in 2020. This took me seven years to complete the whole
Ph.D journey.
My viva session with the examiners Prof Dr Presented my hardbound thesis to my beloved
Supyan Hussin and Assoc Prof Dr Zaidah supervisor Dr. Tina binti Abdullah and co-
Zainal, the chairman Prof Dr Yeo Kee Jiar and supervisor Dr. Abdullah bin Mohd Nawi.
assistant chairman Dr Adjah Naqkiah Mazlan
Undeniably, I had spent lots of money, With my beloved family
energy and time in pursuing these studies.
What makes me persist and endure all these
for so long is the love of my husband and
the two children. Without the support given
by my husband, I would not have survived
this far. Seeing the children growing up day
by day has moved me not to give up. God’s
love has also sustained me throughout these
years. He had given me the power beyond
what is normal by blessing me with a
healthy body that allowed me to keep going
until now. My Ph.D was not a smooth
journey. Juggling between studies, work
and family was really a challenge for me,
but the achievements of the presentation
awards and paper publications are the
fruitful ones, so I don’t mind that I did not
obtain my degrees overseas. I’m blessed
though I’m made in Malaysia!
12
NEVER REGRET
By
DR. LIM CHIN YIN
Lecturer, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Why Ph.D?
When I continued my Ph.D studies, most people asked why I was still motivated to further studies
at this age? A straightforward answer from me: I would regret it if I didn't do it as I had promised
myself and my mentor. I still remember my mentor, Daisaku Ikeda Sensei's guidance; the essential
responsibility of education is to foster in the minds of youth a love of humanity and a spirit to
dedicate oneself for the sake of the people and society. Pursuing Ph.D has been in my mind since
I was completing my bachelor's degree. But with thousands of reasons, I did not have any courage
to further as my mindset keeps telling me Ph.D is the most challenging study. This dream was
buried after I got married. After a couple of years, married life and having two children should be
a beautiful life. But deep in my heart, I felt that I had not done it yet. I was not satisfied as I haven't
achieved my Ph.D dream yet. Due to this feeling, I put it as my objective. I keep praying that I will
have the fortune to achieve my goal one day.
My dream comes true
The key to turning dreams into reality is action. In 2017, my dream came true! It was super-duper
good news for me. I successfully received a scholarship from the Ministry of Education (Hadiah
Latihan Persekutuan). At that time, I pledged to myself that I could not give up no matter how
tough my journey would be. Pursuing Ph.D was such a golden opportunity that I have waited since.
I was 37 when I started my Ph.D journey. I was over the moon and looking forward to becoming a
student again. It was a new chapter in my life!
Challenges in my Ph.D journey
Winter always turns to spring
The first semester in my Ph.D journey, I encountered my supervisor's rejection of my thesis topic.
The rejection is not once but times, which made me question myself: am I on the right path? After
a few conversations, I found that my supervisor had a different perspective than me. I felt stressed
when she kept ignoring and rejecting my ideas until she didn't want to meet me and chase me out
of her room. After a few days of prayers, I decided to look for another supervisor, who shares the
same views and perspectives. Luckily, I met someone who can understand me and encourage me
in my Ph.D journey. She is my beloved Associate Professor, Dr. Rosadah. She is the one who can
listen to my voice, guide me, encourage me, give me hope when I am down. She doesn’t tell what
is right or wrong, but she guides, gives opinions, and opens your mind to solve problems. I felt so
comfortable having her as my supervisor. She is a very motherly and caring person, and always
shares with me about faith despite having different religions. Because of her, my Ph.D journey
became more meaningful.
Nothing is impossible
With the new supervisor, my proposal progress had gone successfully well. When I started to run
my research, I noticed the survey instrument that I was planning to use in my research has not yet
been published in the journal. My internal reader told me that it was less reliable to use it in my
13
Ph.D research unless it was published in a journal. To make it more reliable and valid, I decided
to publish this instrument in a journal, and it became another challenge that I needed to overcome.
Finally, I contacted the author of the survey instrument, Professor Dr. Tim Loreman from the
Concordia University of Edmonton. I was so lucky to get him! Dr. Tim is so kind and offered his
10-year research data and became my co-author for the article. That was the most fantastic news I
have ever received. But at the same time, I felt unconfident collaborating with him because I have
no experience writing a journal article. I spent about three months day and night writing the articles
without anyone's guide. I kept reading many articles in journals and tried to find out how to write
a good journal article. In my mind, I was so eager that the paper could be published, and it would
be "secure" to use in my research. Nothing is impossible for a willing heart. Finally, in the end, I
was able to complete the journal article with some advice from Dr. Tim and both of my supervisors.
After seven months of struggling, from the submission process to editor and reviewers, the article
was finally accepted in the high-impact journal Web of Science (Q1). I was so lucky that the
reviewers were very helpful in reviewing my thesis. I had no experience writing journal journal
articles, yet I made it! I was so thankful! The happiest thing is I received a congratulatory letter
from the Vice-Chancellor of UKM. Because of this paper, UKM is willing to pay for open access,
and I can claim for all my expenses on proofreading.
Be positive
Another challenge that I had faced during my Ph.D journey was my data analysis. My internal
reader requested me to analyze my data using Partial Least Squares Structural Equation Modeling
(PLS-SEM). I was blank when I heard this. I had no idea about PLS-SEM, and I started to worry.
I attended workshops on PLS-SEM trying to master the concept. I met many experts in this field
from UM, UKM, USM, and UPM. I bought a lot of books about PLS-SEM to study. I kept
searching and downloading articles to read. Although I sacrificed all my time, efforts, and money,
yet I learnt nothing. I noticed the more I sought a solution, the more I had no confidence in my
analysis. I was so down and unmotivated. Once again, I went back to my faith. I pray hard and ask
God to ease me with the analysis. After a few months of struggling, sleepless nights, finally, I was
able to get my answer. I found that there is no right or wrong in research as long as you have a
strong justification with acceptable and reliable research support.
Never give up until the end
I am a conscientious person. I planned everything well, including my Ph.D journey to get graduate
on time (GOT). Unfortunately, things didn't turn out well as I planned. At the beginning of the year
2020, the pandemic has hit the whole world. Malaysia is no exception, and our country started the
first Movement Control Order (MCO) in March 2020. All my kids at home started their online
classes, and my husband also started working from home. I had to take the responsibility as a
housewife, cooking for three meals, unfinished housework, etc. During MCO, I had to rearrange
my schedule. I tried to find my time to focus on my thesis writing, especially my chapter five which
is the discussion part. I used to do it early in the morning, 3 a.m., which I found the only time I
could concentrate on my writing. In the end, with persistence and perseverance, I successfully
submitted my pre-viva submission as scheduled, and I passed with minor corrections!
The next step was the submission for viva. Writing during MCO was not an easy task as a mother.
Again, I pushed myself to the limit, and I kept telling myself no matter how hard it was, I must
14
submit my thesis in no time. As a Ph.D student, there were no holidays in my calendar . Weekdays
and weekends were no different for me. I still woke up at 3 a.m. and did my writing daily. Finally,
with hard work, I submitted my thesis for viva in August 2020.
Things seemed smooth until I passed my viva with minor corrections. I was so glad that both my
internal and external examiners had given many positive comments and suggestions towards my
thesis. However, I still struggled to settle my thesis correction on time. Submission was the last
step but it was the hardest in my Ph.D journey. I have struggled so much when my 2nd supervisors
kept rejecting my corrections. During the time, I was so stressed and I cried out because my due
date of thesis submission was just around the corner, and I couldn’t concentrate much due to
working. After that, I realized the reason why I was being rejected so many times by my supervisor.
It is because she wanted to guide me to better the thesis. In the end, I tried all my best to meet her
requirements until she was satisfied with my corrections. I should say this is the most challenging
moment in my Ph.D journey.
My final words - Ph.D is not a lonely journey
Pursuing Ph.D is incredibly a daunting task. All the way, I am glad I met a group of Ph.D friends
that always encourage each other. We used to meet up and share our ideas, discuss our thesis, share
our progress, celebrate our achievements, etc. We are just like a big family that supports each other.
Ph.D typically takes at least three years, and it's hard for us to maintain the motivation throughout
the journey. Our family members and non-Ph.D friends won't understand what we are going
through. Having a support group is one of the factors that contributes to our success. Thank you to
Klik, Ph.D 2017 and HLP Pendidikan Khas 2017 ! It is great to have you all in my Ph.D journey!
Ph.D is not a lonely journey.
15
MASAM MANIS PH.DKU
Oleh
DR. FARIHAH BINTI HUSSAIN
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman
Memori permohonan pengajian
Aku tiba-tiba telah dikejutkan oleh sahabatku Nurwaina bt Rasit ketika aku bertugas di IPGK
Perempuan Melayu, Melaka agar mengisi borang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah
Kedoktoran dalam bidang Bahasa Arab. Aku sebenarnya telah bertukar bidang ketika menyambung
pengajian pada peringkat sarjana. Namun aku turuti juga memandangkan aku mengikut beberapa
pandangan sahabat lain agar mengikut bidang semasa Ijazah Sarjana Muda.
Proses mengisi borang berjalan lancar. Apabila tiba tarikh temu duga, sekali lagi aku dikejutkan
dengan tarikh dan masa untuk temu duga sama dengan tarikh penerbangan anak sulung aku untuk
melanjutkan pengajian di Rubat Tareem, Yaman. Aku mengambil keputusan untuk menolak
tawaran tersebut. Namun seorang pensyarah yang bernama Dr. Kamarudin Abu Hasan telah
memberi cadangan agar aku menghubungi pihak Bahagian Tajaan untuk meminta pertukaran tarikh
temu duga. Alhamdulillah dengan izin Allah dipermudahkan urusan tersebut. Ketika hari kejadian,
aku ditemani seorang anak perempuan kerana suamiku ada urusan lain bertolak dari Melaka ke
IPGKTHO.
Sesampai sahaja aku di sana aku terus ke tempat temu duga. Aku bercadang untuk berehat sekejap
kerana pada asalnya aku dijadualkan pada waktu petang. Tiba-tiba jawatankuasa pendaftaran
memaklumkan bahawa giliran aku akan tiba sebentar lagi. Subhanallah, Masya-Allah lidahku
dibasahi ucapan tersebut. Rasa nak pengsan pun ada. Baru sahaja sampai terus naik ke bilik temu
duga dalam keadaan keletihan namun aku kuatkan semangat. Alhamdulillah akhirnya proses
temuduga berjalan lancar. Dalam perjalanan pulang hari dan perasaan rasa tidak selesa, walau perut
rasa lapar namun keinginan untuk makan tidak ada. Namun aku gagahi juga berhenti untuk solat
dan makan kerana peneman aku kelaparan.
Selang beberapa bulan keputusan temu duga keluar, sahabatku memaklumkan bahawa dia telah
berjaya dalam temu duga untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa. Dapat Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP). Aku pun terus membuat semakan, Alhamdulillah aku juga berjaya.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah betapa seronoknya, terus aku memberitahu suamiku
dan meminta pandangannya sama ada hendak terima atau menolak memandangkan ketika itu aku
masih ada bayi yang berusia 2 tahun (anak ke-7). Persetujuan telah dibuat. Redha suami
diutamakan. Urusan anak-anak terus diambil alih oleh suamiku apabila aku memulakan pengajian
pada awal September 2016.
Bermulanya perjalanan pengajianku
Sebelum mendaftar aku telah menghadiri kursus wajib selama seminggu di Genting Highland.
Maka bermulalah langkah pertama meninggalkan suami dan anak-anak demi perjuangan.
Pemilihan untuk melanjutkan pengajian ke UKM juga atas saranan sahabat-sahabat di IPGKPM
memandangkan UKM agak mudah untuk aku berulang alik.
16
Semester pertama bermula dengan pengajian dua subjek utama iaitu Kaedah Penyelidikan
Kuantitatif dan kaedah Penyelidikan Kualitatif. Bermulalah perkenalan dengan sahabat-sahabat
baharu. Sepanjang satu semester aku bertemu dengan penyelia utamaku Prof. Dr. Nik Mohd
Rahimi bin Nik Yusoff untuk menyatakan tajuk proposalku. Beberapa kali aku berusaha
mencadangkan tajuk yang bersesuaian, namun belum mendapat atau menjentik hati prof. Apa yang
diberitahu ialah balik baca dan baca lagi. Setiap kali hendak bertemu penyelia mesti aku kecut
perut. Namun cara terbaik penyelia untuk membimbing aku ialah dengan cara meminta aku
membaca beberapa tesis di bawah seliaannya dan memberi sembilan untuk aku mengetahui apa isi
kajian tesis tersebut. Apabila selesai bacaan aku diminta untuk membentang di depannya. Kini baru
aku faham pentingnya kaedah tersebut.
Sepanjang tempoh satu semester pengajian, aku juga sentiasa mengikuti beberapa bengkel yang
berkaitan dengan kaedah kuantitatif dan kualitatif bagi memahami secara tepat sebelum membuat
pilihan sama ada hendak mengkaji dengan menggunakan kaedah mana. Akhirnya terhasillah
proposalku di bawah tajuk Efikasi Kendiri Guru Bahasa Arab dalam pengajaran Nahu Kurikulum
Bersepadu Dini (KBD) dengan gabungan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Namun akhirnya aku
memilih hanya satu iaitu Kaedah Kualitatif. Perlunya bengkel yang pelbagai bagi memahami cara
metod penyelidikan dalam kajian. Dalam proses pengajian kita perlu berkongsi idea dan perlu ada
group pengajian. Geng aku di beri nama ‘Mujahidah Ph.D Gengz’. Ahli group ini seramai enam
orang. Kini tinggal lima orang kerana seorang sahabatku telah dijemput Ilahi. Al-Fatihah.
Di samping itu, aku juga menyertai kumpulan bimbingan Dr. Isa bin Hamzah yang mana
perjumpaan akan diadakan sebulan sekali bagi membincang dan membentang proposal dan lain-
lain. Aku juga serta group viva Ph.D yang merupakan group umum, untuk membentang dan
mendengar bimbingan daripada Dato Prof. Ab Halim Tamuri. Selain itu, aku sertai juga kumpulan
kajian kualitatif bagi memahirkan lagi kajian kualitatif yang menjadi pilihanku. Prof. Madya Dr.
Mursyid bin Arshad merupakan pensyarah yang banyak membantu dan menyelesaikan masalah
berkaitan kajian kualitatif dalam group tersebut.
Fasa pembentangan
Fasa yang telah disusun oleh fakulti Pendidikan di UKM memudahkan pelajar mempercepatkan
pengajian. Terdapat tiga fasa pembentangan yang telah ditetapkan oleh pihak Fakulti Pendidikan.
Pertama fasa pembentangan proposal, pembentangan kemajuan (data) dan fasa pembentangan
pemantapan. Apabila pembetulan pemantapan diluluskan barulah pelajar akan diberi peluang untuk
menghantar draf tesis dan akhirnya akan diberi tarikh viva.
Sebelum viva aku ambil peluang peruntukkan masa untuk penulisan tesis. Ada kalanya aku dan
sahabatku Tengku Husna memilih hotel di Seremban untuk kami fokuskan dalam penulisan.
Membuat pembetulan dan membaca semula draf tesis tersebut. Mengupah profreed untuk
membaca dan memperbaiki penulisan.
Cabaran dan dugaan ketika pengajian
Asam garam pengajian mesti ada ujian dan dugaan adalah antara kata-kata sahabatku juga ketika
aku mula mendaftar. Awal pengajian aku tidak nampak di mana ujian dan dugaannya. Namun
setelah satu tahun pengajianku, aku telah diuji dengan kesihatan. Aku telah dimasukkan ke dalam
wad kerana tekanan darah tinggi dan setelah diperiksa akhirnya aku juga telah disahkan mendapat
17
kencing manis dan kolesterol. Ini juga nikmat sebenarnya. Walau bagimanapun aku tetap
bersemangat kerana sumber inspirasiku iaitu suami dan anak-ankaku kuat memberi semangat dan
dorongan untuk aku meneruskan pengajianku. Suamiku selalu meminta aku fokuskan penulisan
dan mengumpul data yang berkaitan. Beliau memberi keizinan sepenuhnya. Alhamdulillah berkat
kesabaran dan ketabahan aku lalui penyakitku dengan tenang. Di Oriental Hospital, kebetulan aku
mempunyai insuran kesihatan, aku juga tetap membawa laptopku agar aku sentiasa berterusan
dalam penulisan proposalku. Walau bagaimanapun aku antara yang awal membentang proposal.
Selalu berjumpa penyelia antara faktor proposal dapat dibentang awal. Semasa aku di hospital,
suamiku juga berada di hospital kerana mendapat penyakit batu karang. Seminggu selepas aku dan
suami sihat, anak bongsu pula demam. Itulah antara ujian semasa pengajian.
Ingatkan satu ujian sahaja yang menimpa diri, rupanya dua. Ketika aku menganalisis data, aku telah
diuji dengan kehilangan semua data. Hal ini terjadi kerana aku memformatkan semula laptop aku
kononya untuk bagi laju. Rupanya disebabkan format itu, perisian Atlas Ti 8 dan data yang telah
di koding dan di kategori telah hilang. Ya Allah, hanya Allah sahaja yang tahu. Salah satu sebabnya
ialah aku tidak’ save projek bundle’. Seingat aku ketika itu, aku tak belajar cara nak save sebegini.
Inilah kelemahan jika kita belajar tak habis. Bengkel analisis data menggunakan perisian Atlas ti
cukup mudah bagi menyusun data, namun kena belajar sehingga betul- betul faham agar mudah
bagi kita jika berlaku apa-apa masalah. Namun ujian bukanlah menjadi penghalang untuk aku
meneruskan perjuanganku.
Viva
Berkat doa dan kesabaran telah menjadikan aku akhirnya sampai ke tahap mendapat tarikh untuk
menghadiri ujian lisan atau viva voce. Walau sehebat mana pun, walau sesibuk mana pun, Allah
tetap di hati dan ingatan. Tarikh teramat yang ditunggu telah tiba. Tarikh viva aku telah ditetapkan
pada bulan Oktober 2019. Awal sehari aku dan family memilih untuk tinggal di hotel dalam
Kawasan UKM bagi memudahkan urusan viva. Pepagi aku bersiap sedia untuk ke bilik viva dengan
ditemani suami tercinta Mohammad Zamri bin Jusoh. Proses viva berjalan lancar. Alhamdulillah
berkat kesungguhan dan doa suami, anak-anak dan saudara mara serta sahabat semua akhirnya aku
lulus ujian lisan dengan sedikit pembetulan. Aku mengucapkan ucapan terima kasih kepada
penyelia utamaku Prof Nik Rahimi, pembaca tesis dalaman Dr. Harun bin Baharuddin dan pembaca
tesis luaran Prof Madya Dr. Ariffin bin Mamat Ucapan terima kasih juga aku lafazkan secara maya
kepada penyelia keduaku Prof. Madya Dr. Maimun Aqsa Lubis kerana ketika itu beliau telah
bersara.
Penghantaran tesis
Selepas selesai viva aku telah diperingatkan agar segera membuat pembetulan berdasarkan komen
daripada kedua-dua pembaca dan segera menghantar tesis ke fakulti supaya aku tergolong dalam
kumpulan yang akan menerima Anugerah GOT daripada Fakulti Pendidikan. Matlamat dan azam
inilah yang menjadikan aku bersemangat dan berusaha untuk mencapai GOT. Penyeliaku juga
mengharapkan aku mendapat GOT. Akhirnya pada tanggal 30 Disember 2021 aku telah berada di
kuanter Fakulti Pendidikan untuk menyerahkan tesis sebanyak dua naskah. Tarikh keramat ini
sempena hari kelahiranku. Terima kasih ibu dan ayahku tersayang. Inilah yang dapat anakanda
dapat buktikan kepada bonda dan ayahanda walaupun bonda kembali telah kepangkuan Ilahi pada
tahun 2005.
18
Majlis konvokesyen semasa pandemik COVID-19
Majlis konvokesyen yang dijangka pada November tahun 2020 terpaksa ditangguhkan akibat
pendamik covid 19 bermula bulan Mac 2020. Majlis konvokesyen UKM kali ke 48 dengan SOP
yang ketat akhirnya telah diizinkan Allah telah dapat dilaksanakan pada 3 April 2021. Nama aku
telah dijadualkan dalam sidang 1. Pertama kali kakiku melangkah ke dalam Dewan Canselor Tun
Abdul Razak, UKM. Masya Allah. Sidang 1 ialah sidang canselor. Alhamdulillah. Suasana amat
dijaga dengan rapi. Wajah wajib ditutup dengan face mask yang telah disediakan oleh UKM.
Graduan tidak bebas untuk mengambil gambar. Inilah suasana konvokesyen semasa pandemik
COVID-19. Semasa selesai majlis konvokesyen juga semua graduan tidak dibenarkan berkumpul
beramai-ramai untuk bergambar terutama sekali tempat-tempat yang biasa graduan mengambil
gambar. Pengawal keselamatan telah ditugaskan untuk mengawal tempat-tempat tersebut. Namun,
aku tetap bersyukur kerana majlis konvokesyen yang dirancang dapat dilaksanakan walaupun
dengan SOP yang sangat ketat. Pandemik COVID-19 hingga kini masih belum berakhir.
Syukur atas anugerah GOT tahun 2020
Hanya Allah SWT sahaja tempat aku menyatakan betapa aku bersyukur dengan segala nikmat yang
telah dikurniakan. Nama aku tersenarai dalam kumpulan yang akan dianugerahkan Graduate On
Time (GOT) daripada Fakulti Pendidikan pada 2 April 2021. Tanggal 1 April 2021 aku sekeluarga
berangkat daripada Kedah ke UKM dengan kereta setelah mendapat kelulusan daripada pihak polis.
Majlis penganugerahan ini hanya dibenarkan berlangsung selama 2 jam sahaja. Aku dan penyeliaku
sempat bergambar sejurus tamat majlis tersebut walau seketika.
Kejayaan ini ialah berkat redha suami dan anak-anak serta penyeliaku dengan izin Allah SWT.
Tepati masa dalam penulisan walaupun berada dalam cuti perlu diteruskan. Tip utama dalam
kejayaan antaranya selalu berjumpa dengan penyelia, berbincang setiap langkah penulisan dan
perlu susun jadual penulisan dengan baik. Mengikuti bengkel-bengkel yang bersesuaian dengan
metod penyelidikan kita. Membaca dan terus membaca pada awal pengajian supaya idea kita
bertambah. Satu lagi berkongsilah ilmu yang ada dengan sahabat seperjuangan.
Sebelum pena ini berakhir, aku sekali lagi
ingin merakamkan sekalung penghargaan
yang tidak terhingga buat pihak tajaan KPM,
suami dan anak-anak, ibu bapa dan kedua-dua
penyeliaku, pembaca tesisku, penilai tesisku
dan semua pensyarah UKM khususnya
pensyarah di Fakulti Pendidikan UKM atas
segala kerjasama dan bantuan yang telah
diberikan. Semoga Allah sahaja yang dapat
membalasnya. Tak lupa juga kepada semua
sahabat yang bertugas di IPG kampus
Perempuan Melayu, Melaka dan Pensyarah
IPG Kampus Darulaman. Aku mula
melangkah kaki ke IPGKDA pada awal
September 2019.
19
TRAVELOG Ph.D : SATU KEMBARA ILMU
Oleh
DR. MOHD AZOLMAN BIN ZULKUFLI
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang
Aku pernah memohon Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa(HLPS) pada tahun 2014
bersama dengan dua orang rakanku .Namun rezeki tidak menyebelahi kami bertiga untuk
mendapatkan biasiswa. Sekali gagal bukan penamatnya. Aku tetap menanam semangat untuk
menyambung pelajaran. Rutin sebagai pensyarah tetap ku langsungkan juga.
Pada tahun 2015, kedengaran isu penutupan IPG berlegar di ruang media. Aku mengorak
langkah sebagai survival di Institut Pendidikan Guru untuk menyambung pelajaran Ph.D. Aku
bersama rakan-rakanku mengisi borang Hadiah Latihan Persekutuan(HLP) pada awal tahun
2016. Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT), aku mengemukakan kertas cadangan tentang kajian KBAT Guru Pendidikan
Islam(GPI) untuk permohonan HLP.
Selang beberapa bulan, aku dipanggil temu duga di IPG Kampus Sultan Abdul Halim bersama-
sama rakan sejawatanku. Aku ialah orang yang pertama ditemu duga . Satu jam lebih aku
dihujani soalan bertubi-tubi daripada tiga orang panel. Aku cuba menjawab dengan tenang
mengikut pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Aku berharap sangat untuk mendapatkan
tawaran biasiswa. Hal ini kerana aku yakin bahawa aku memenuhi kriteria yang dikehendaki.
Selepas dua bulan, keputusan temu duga diperoleh. Pantas jari-jemari menyemak keputusan,
ternyata harapanku tidak sia-sia. Paling bahagia, rakan-rakan karibku juga turut diterima untuk
kembali bergelar pelajar falsafah kedoktoran. Bahagia kerana berjaya tetapi sedikit cuak bila
terfikir ramai juga pensyarah IPG yang tidak berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh
waktu yang sepatutnya.
Bermula saat itu aku sentiasa memeriksa kotak e-melku. Ternyata Bahagian Tajaan telah
menjadualkan bengkel persediaan HLP di Sungai Karangan bermula 17 hingga 23 Julai 2016.
Ramai kenalan baharu yang seangkatan denganku. Ada juga yang ditawarkan cuti belajar tanpa
biasiswa. Bermulalah perjalanan perjuangan Ph.D ku. Pendedahan tentang konsep dan reka
bentuk kajian diberikan oleh wakil PROSPEN zon utara manakala Bahagian Tajaan
memperincikan tentang biasiswa. Ku sematkan azam, sambil berharap agar diberikan jiwa yang
kental untuk aku menamatkan pengajian ini.
Setelah selesai kursus, aku balik terus mengorak langkah untuk mencari penyelia yang sesuai.
Aku meminta pandangan dari rakan sejawatanku. Beliau mencadangkanku agar memilih
universiti yang dekat dengan rumah agar memudahkan urusan perjumpaan dengan penyelia. Aku
merisik khabar universiti yang berdekatan iaitu Universiti Sains Malaysia(USM) dan penyelia di
situ. Rakanku mencadangkan seorang penyelia di situ. Aku terus menghubunginya untuk
mendapatkan maklumat. Penyelia tersebut bersetuju untuk menyeliaku.
Lalu, aku membuat permohonan ke USM. Alhamdulillah, permohonanku diterima. Pada 5
September 2016, aku melapor diri sebagai mahasiswa di USM.
20
Setelah selesai pendaftaran, aku mulakan perancangan dalam pengajian Ph.D. Bermula dengan
episod kertas cadangan, aku berjumpa penyelia membincangkan kertas cadangan. Beliau seorang
yang baik dan lemah lembut. Beliau memberi kebebasan kepadaku untuk membuat tajuk kajian
yang dicadangkan semasa temuduga HLP. Sebagai pengembara ilmu, aku meneroka dan
mengikuti pelbagai kursus dan bengkel di dalam dan luar universiti untuk memantapkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran dalam penyelidikan. Selain itu, aku mengumpul segala maklumat
kajian lepas tentang KBAT dalam pendidikan untuk menyiapkan kertas cadangan.
Kemudian, aku mengajukan kertas cadangan kepada penyelia. Beliau menyemak dan
mencadangkan agar membuat tinjauan awal untuk dibentangkan di mana-mana seminar sebelum
membuat kajian sebenar. Di sinilah bermula semangat untuk membuat kajian. Lalu aku
menghubungi beberapa guru pendidikan islam untuk ditemu bual bagi tinjauan awal.
Alhamdulillah, mereka membantuku dalam kajian tinjauan awal. Setelah dapatan diperolehi, aku
memulakan proses transkrip. Bukan senang melakukan kerja-kerja mentranskripsi audio.
Menguji dan menuntut kesabaran juga. Setelah selesai laporan, aku diminta oleh penyelia untuk
membentangkan dapatan kajian di seminar antarabangsa, anjuran pusat pengajian di USM. Inilah
pengalaman pertama dalam hidupku. Alhamdulillah, aku berjaya membentangkan kajian dengan
baik.
Selanjutnya, aku meneruskan hari-hari mengakses bahan-bahan di internet. Aktiviti memuat
turun artikel-artikel kajian lepas dan tesis aku minati telah menjadi perkara rutin dalam
kehidupanku. Kadang-kadang aku turut mengembara ke tengah tanahair, hanya sekadar mencari
bahan-bahan daripada kajian-kajian lepas dan teori-teori yang bersesuaian dengan pusat
pengajian di universiti- universiti tempatan sekitar ibu kota seperti Universiti Islam
Antarabangsa(UIA), Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Putra Malaysia(UPM),
dan Universiti Malaya(UM). Alhamdulillah aku diberi kekuatan dan semangat oleh Allah Maha
Esa untuk mengembara bagi mencari bahan kajian. Aku bertemu dengan rakan seperjuangan
dalam pengajian di UKM dan di UPM untuk mendapatkan sumber-sumber bagi penyediaan
kertas cadangan. Alhamdulillah, aku berjaya menyiapkan kertas cadangan mengikut kehendak
Bahagian Pengajian Islam. Lalu aku membentangkan kertas cadangan di awal bulan Mei 2017.
Kertas cadanganku diterima dengan minor pembetulan.
Setelah lulus pembentangan kertas cadangan, aku mengorak langkah untuk mendapatkan
kelulusan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar (BPPD). Sementara menunggu
kelulusan, aku sekali lagi mengembara ke tengah tanah air untuk bertemu seorang tokoh
sejarawan yang terkenal di UPM, Prof Dato Zaid bin Ahmad untuk mendapatkan penjelasan
tentang seorang tokoh yang aku kagumi, Ibnu Khaldun. Kajian beliau dalam pemikiran Ibn
Khaldun telah menarik minatku untuk mendapatkan maklumat. Aku juga bertemu dengan
pengkaji pemikiran Ibn Khaldun di UIA yang merupakan pengajar di situ untuk pengesahan
instrumen kajian.
Pihak BPPD telah memberiku kelulusan untuk membuat kajian di Pulau Pinang. Aku terus ke
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan kebenaran bagi kajian lapangan di
sekolah. Dengan berbekal pengalaman menjadi guru dan pensyarah, alhamdulillah aku
dimudahkan oleh Allah yang Maha Esa ketika pengumpulan data di Pulau Pinang. Aku
mengambil tempoh yang agak lama kerana kajianku berbentuk kualitatif. Aku dikehendaki
21
bersama guru di dalam bilik darjah untuk meneroka pengembangan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT). Berkat kesabaran, aku berjaya selesaikan kutipan data dalam perancangan.
Seterusnya, cabaran mentafsir data turut menguji kesabaran aku. Aku perlahan-lahan
mentranskripsi data-data secara verbatim. Aku mengambil masa yang lama kerana aku tidak
tahan mendengar sambil menaip. Semakin lama menaip, tanganku mulai cepat terasa lenguh.
Hari demi hari aku habiskan masaku dengan mentranskripsi data. Alhamdulillah, aku berjaya
menghabiskan transkrip data. Lalu aku terus menganalisis data mengikut tema yang ditetapkan.
Isu ketepuan mengganggu pemikiranku. Aku sambung lagi kutipan data untuk mencapai
ketepuan. Alhamdulillah, informan kajian sudi membantu tanpa jemu. Kemudian aku
mentranskripsi data yang baru diperolehi untuk dianalisis ketepuan.
Setelah selesai analisis data, aku menyediakan laporan hasil dapatan. Aku merujuk pelbagai tesis
tentang cara-cara laporan dibuat. Aku berjaya siapkan laporan dalam bab 4 dan perbincangan di
bab 5. Bab 2 menguji kemampuan pula. Aku meneruskan pengembaraan mencari bahan di UIA
seperti sumber dalam bahasa arab dan bahan Ibn Khaldun untuk melengkapkan bab 2.
Masa berlalu begitu pantas, bab 2 belum siap lagi. Penajaan aku sudah hampir tamat. Ogos makin
hampir. Makin terasa saat untuk mula bertugas kembali. Aku redha dan pasrah. Aku bersyukur
ditempatkan semula di jabatan yang dahulu. Rakan-rakan sejawatan asyik bertanya: “Sudah
habis kah?”. Hal ini meresahkanku dan menyebabkanku tertekan. Tambahan lagi, aku kena bayar
sendiri yuran pengajian universiti setelah tamat tempoh penajaan. Ini juga merungsingkan
kepalaku.
“Ya Allah bantulah aku menyelesaikan masalah ini”. Aku panjatkan doa kepadaNya agar diberi
jalan keluar. Allah S.W.T mengilhamkan ku agar aku meminjam duit ibu dan abangku. Aku
bersyukur kerana ibu dan abangku sudi membantu dalam pengajianku. Setelah selesai membuat
pembayaran, aku berusaha untuk menyiapkan penulisan tesis bab dua sambil bekerja. Hari demi
hari , minggu demi minggu, bulan demi bulan, aku berjaya menyiapkan draf pertama untuk
semakan penyelia. Beliau mendapati draf pertama perlu semakan transliterasi dan beberapa
pembetulan. Tekanan perasaan menerjah jiwa.
Sebelum ini, penyelia tidak menyemak secara teliti setiap bab yang dihantar. Hal ini
mengecewakanku. Aku berharap sangat penyelia akan mengisi borang notis untuk viva.
Harapanku meleset. Aku perlu bayar yuran pengajian untuk semester akan datang. Bagaimanaku
mencari duit untuk membayar yuran pengajian. Tiba-tiba Allah SWT mengilhamkan agar
menjual Motor Honda Wave 125 milikku. Aku rela melepaskan motor tu daripada meminjam
duit lagi. Alhamdulillah. Allah SWT membantuku mencari jalan keluar.
Aku mengikuti saranan dan cadangan penambahbaikan oleh penyeliaku. Hikmah COVID-19,
semua sektor ditutup kerana perintah kawalan pergerakan (PKP). Hal ini menyebabkan
maklumat notis penghantaran draf tidak dimaklumkan secara rasmi. Bulan Jun, penyelia
memaklumkan bahawa draf tesis boleh dihantar untuk diviva. Aku segera menghantar draf ke
Pusat Pengajian Siswazah.
Setelah tiga bulan menanti, aku dimaklumkan oleh penyelia bahawa tarikh viva pada 3 Disember
2020 secara dalam talian. Aku bersyukur kerana viva dalam talian akibat pandemik COVID-19
22
ada hikmahnya. Maka, aku membuat persediaan untuk viva melalui mock viva dengan rakan
pengajian disamping meminta doa ibu dan ayah serta ibu mertua agar dimudahkan urusan viva.
Hatiku risau dan bimbang kerana tiada pengalaman viva. Hari viva telah tiba. Aku bersiap sedia
untuk viva.Tepat jam 9 pagi aku dipanggil masuk ke ruang maya bersama panel dalam, panel
luar dan wakil-wakil dekan. Hampir 3 jam aku disoal tentang kajian. Aku diminta menunggu di
ruang menunggu untuk para panel membincangkan keputusan vivaku.
Kemudian pengerusi memanggilku dan mengucapkan: “Tahniah anda telah lulus dengan
skala 2 minor 6 bulan pembetulan dengan penyelia”. Rasa nak bercucur air mata apabila
mendengar perkhabaran itu. Alhamdulillah. Aku sujud syukur pada Allah yang Maha Esa atas
pertolongan sepanjang pengajian. Aku memaklumkan kepada ibu bapaku dan ibu mertua tentang
keputusan viva. Aku berterima kasih dengan mereka atas doa yang tidak putus-putus sejak
bermulanya pengajian .
Setelah selesai, aku berehat selama sebulan untuk hilangkan penat dan tekanan. Aku tengok
komen-komen ketiga -tiga panel. Aku perlahan-lahan menyusun komen-komen ketiga-tiga
panel. Alhamdulillah aku berjaya menyiapkan pembetulan yang dikomen oleh panel luar dan
panel dalam tempoh dua minggu. Lalu aku menghantar pembetulan kepada penyelia untuk
semakan. Selang beberapa hari, penyelia menandatangani borang tesis selepas pembetulan ke
Pusat Pengajian Siswazah. Aku bersyukur kerana penyeliaku memudahkan urusan pembetulan.
Seterusnya, penantian keputusan senat. 25 Mac 2021, e-mel Pusat Pengajian Siswazah memasuki
kotak. Aku membuka dan membaca Tahniah anda telah bergraduat. Alhamdulillah selesai
pengajian. Itulah kisah asam garam pengajianku. Aku ingin mengucapkan jazakumullahu
khairan kepada ayahanda, bonda-bonda, isteri tercinta, anak-anak, abang-abang, kakak-kakak
ipar, adik- adik, sahabat-sahabat dan penyelia yang membantu secara langsung dan tidak
langsung ketika pengajian. Moga Allah SWT membalas jasa kalian.
23
REZEKI LUAR KOTAK
Oleh
DR. TENGKU NOR HUSNA BINTI TENGKU JAMIL
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik
Masih ingat lagi angan-anganku ketika masih kecil. Ingin belajar sehingga peringkat Sarjana.
Bermula dengan SPM, STPM, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Apabila dikenangkan tidak
tahu bagaimana diri ini boleh berfikir begitu, seawal sekolah rendah. Namun hati yakin Allah akan
bantu untuk menjadikan impian menjadi kenyataan.
Dengan izin Allah SWT tahun 2003 impian menjadi kenyataan. Syukur tak terhingga kepada Allah
SWT, impian yang dibina dikabulkan Allah SWT. Yakin dan percaya semuanya adalah daripada
rahmat dan keberkatan daripada Allah serta doa dari insan tersayang yang berada disekeliling.
Setelah mendapat Sarjana, Allah SWT aturkan yang terbaik untuk diriku apabila ditawarkan
melanjutkan pelajaran di peringkat Diploma Pendidikan bagi melayakkan diriku menjadi guru
Pendidikan Islam sekolah rendah. Allah bagi rezeki dan nikmat lagi pada diri ku. Syukur yang tidak
terhingga kepada Maha Pencipta.
Alhamdulillah, proses pencarian ilmu berjalan dengan baik dan lancar. Rasa sangat bahagia, akan
ditempatkan sebagai guru di sekolah rendah. Rasa sangat berpuas hati, selepas ini hanya akan
tumpukan diri dalam bidang kerjaya. Sarjana yang dicita-citakan telah berada dalam genggaman,
cukuplah pencarian ilmu setakat itu dan diriku bersedia untuk menyumbang bakti kepada murid
dan masyarakat.
Dengan izin dari-Nya juga setelah lapan tahun berkhidmat di sekolah rendah, diri ini berpeluang
menjadi pensyarah Institut Pendidikan Guru (IPG). Sesuatu yang tidak pernah dibayangkan dalam
diri ini. Mampukah diri ini mengajar di IPG dengan hanya pengalaman mengajar di sekolah rendah
sebelum ini? Hanya mampu berserah diri kepada Allah SWT. Allah tentukan yang terbaik kepada
hambanya. Yakin dan percaya segala ketentuan ini ada hikmah di sebaliknya. Sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 54:
Maksudnya: Dan orang-orang (Yahudi yang kafir) itu pun merencanakan tipu daya
(hendak membunuh Nabi Isa), dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah),
Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.
Di IPG, terdengar visi IPG ingin melahirkan 33% pensyarah IPG yang mempunyai Doktor Falsafah
menjelang tahun 2020. Namun, ketika itu tidak terkesan dengan visi yang dinyatakan. Diri hanya
ingin fokus kepada kerjaya sahaja dan niat dihati hanya ingin melahirkan guru yang dapat
melahirkan generasi rabbani. Tidak terfikir untuk merealisasikan visi IPG, kerana tahu dan
memahami diri yang tidak mampu untuk belajar sambil bekerja. Takut juga untuk memohon cuti
belajar kerana takut juga jika tidak mampu menyiapkan tesis dalam tempoh tertentu.
24
Tiba-tiba pada tahun 2014, namaku terpilih untuk menyertai kursus Hadiah Latihan Persekutuan
yang dianjurkan oleh IPGM di Johor Bahru. Rasa tak mampu untuk menghadiri kursus tersebut
kerana memang tidak ada dalam hati untuk melanjutkan pelajaran, lebih-lebih lagi bila seorang
sahabat memaklumkan bahawa pembelajaran Ph.D sepuluh kali lebih susah daripada pembelajaran
sarjana. Namun, atas sebab arahan, diri ini menghadirkan diri juga kursus yang telah ditetapkan.
Ternyata kursus yang dianjurkan telah merubah 180 darjah pendirian dalam diriku. Macam tidak
percaya. Semuanya bermula apabila sedang berfikir-fikir tentang kursus yang dihadiri, tiba seorang
fasilitator mendatangi diri ini. Masih terbayang pertanyaan yang diberikan. “Berminat ingin
sambung belajar?” Tanpa berfikir terus diri ini menjawab, “Tidak Dr., rasanya saya tak mampu.”
Jawapan santai namun sangat berharap fasi ini memahami dengan baik. Redup matanya
memandang diri ini. Beliau berusaha mengikram diri ini untuk berminat menyambung pelajaran.
“Tak pe ustazah, saya bantu ustazah bagi tesis terbaik ya, untuk ustazah rujuk”. Allahu Akbar.
Galakan ini membuatkan diri ini terdiam dan berfikir. Lalu hari ketiga kursus diri ini cuba melihat
semula keputusan peperiksaan ijazah sarjana yang telah 10 tahun berlalu. Layakkah diri ini.
Alhamdulillah, Allah buka pintu hati untuk belajar. Setelah lima hari berkursus, diri ini menanam
janji. Hanya akan memohon HLP tiga kali sahaja. Selepas tiga kali permohonan tidak berjaya, diri
ini akan menarik diri. Perjanjian ini memberi semangat baru dalam diri untuk menyediakan
proposal yang terbaik dan menarik minat penilai untuk menerima cadangan tajuk yang diberikan.
Rezeki daripada Allah tiba depan mata apabila diri ini diterima belajar pada peringkat Doktor
Falsafah dengan mendapat Hadiah Latihan Persekutuan. Permohonan kali pertama telah
melayakkan diri ini menjadi pelajar Ph.D. Allah Maha Besar dan Allah Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. Tahun 2016, terpahat dalam ingatan, diri ini melangkahkan kaki ke Universiti
Kebangsaan Malaysia sebagai pelajar berdaftar. Segala puji bagi Allah.
Sebelum memulakan kajian, diri ini telah memikirkan strategi untuk belajar bagi memastikan
tempoh yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mencukupi dari segi masa
mahupun kos. Menjejaki kawan-kawan yang berjaya menyiapkan Ph.D, merupakan langkah
pertama yang dilakukan. Memohon pandangan, idea dan nasihat sahabat-sahabat hebat ini,
menjadikan diri ini sentiasa bersemangat, bersungguh-sungguh dan berani untuk melangkah ke
hadapan.
Ternyata kehidupan sebagai pelajar bukanlah mudah sebagai disangka. Benar kata pepatah nak
seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau keinginan melebihi segalanya, maka setiap cabaran akan
mampu dilalui dengan berkat izin dan pemberian Allah. Salah satu pegangan yang menjadi prinsip
ketika belajar adalah hadkan masa untuk sesuatu sama ada gembira, sedih dan suka. Pengalaman
membentang perkembangan kajian sangat menyedihkan, namun dengan prinsip ini, diri ini boleh
bangun semula selepas tiga hari meletakkan diri dalam kesedihan.
Kebergantungan dengan Allah, Allah yang memberi nikmat dan rezeki, maka Allah juga akan
memberikan jalan penyelesaiannya. Prinsip ini juga menjadikan kita kuat untuk berhadapan dengan
sebarang masalah, sama ada masalah pencarian bahan, masalah bersama orang sekeliling dan lain-
lain.
25
Syukur pada Allah, sepanjang pengajian Allah utuskan dua orang penyelia yang komited dan
efisien. Penyelia sentiasa memberi kata semangat dan bantuan kepada pelajarnya ini tanpa jemu.
Masih teringat kata-kata pensyarah penyelia ku, “ustazah, saya akan ke Mekah ya, saya doakan
ustazah di sana, dan saya harap bila saya pulang, ustazah dah hantar notis submit”. Allahu Akbar,
sesungguhnya ini membuatkan diri ini berusaha untuk kearah itu. Sedangkan satu lagi artikel belum
diterbitkan lagi. Alhamdulillah Allah hadirkan, insan-insan hebat ketika itu yang membantu untuk
memudahkan urusan. Syukur pada Allah.
Alhamdulillah, pada bulan Jun, tahun 2020 surat Senat pengiktirafan mendapat ijazah kedoktoran
dikeluarkan oleh pihak UKM. Pada April tahun 2021 diri ini dianugerahkan Ijazah Kedoktoran di
pentas akademik UKM. Semua ini ada ialah rezeki daripada Allah dan rezeki Ph.D ialah rezeki luar
kotak pemikiranku dan ia hadir dengan keizinan dan restu daripada Allah. Insya-Allah dengan
anugerah ini, diri ini akan cuba berbakti kepada pelajar dan masyarakat.
26
MY Ph.D JOURNEY
By
DR. KEE LI LI
Lecturer, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
A tenacious and persistent applicant I was; the fifth time applying for the Ministry of Education
scholarship was ultimately a success for me. “I’m going to continue my Ph.D studies!” The initial
attempt to pursue Ph.D studies on a part time basis was a flop, the reason being I was unable to
juggle between the overpowering work and studies demands. I enjoyed neither one, with the hard
decision made reluctantly, I was determined to focus solely on one task at a time, and I stopped
after a semester of struggle. Now, with this golden opportunity knocking on my door, I was on my
way to realising my dream to study Ph.D full-time, the dream rekindled with flames and passion.
“I want to pursue a Ph.D!” I screamed aloud from the depths of my being.
I applied to Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia and Universiti Kebangsaan Malaysia, all
of which are public research universities in Malaysia. I was hoping to gain admission into one of
these three prestigious Malaysian research universities. An email from Dr. Bakar of Universiti
Putra Malaysia arrived in my Gmail Inbox with great trepidation. I was ecstatic when he asked me
to attend a written interview to fulfill the application, which I preferred the most because it meant
I would not have to drive three hours to the university during my working hours. After gaining
offers of admission to the three universities I applied for and with much consideration, I opted for
Universiti Putra Malaysia since its main campus was the closest to my younger sister’s home. Not
to mention the most beautiful trees, skies and sunshine at the UPM main campus, which I absolutely
adored. Moreover, the university’s admission letter reached my hands the quickest.
Upon meeting Prof. Arshad, my hopes of pursuing Ph.D studies under his wings went bleak; his
plate was too full, he told me. However, Prof. Arshad suggested two Supervisors who were experts
in the field that I wanted to research on, Dr. Bakar for writing and Dr. Nooreen for educational
technology. Based on the recommendation, Dr. Bakar agreed to be my Advisor/Main Supervisor,
while Prof. Arshad and Dr. Nooreen were my Co-Supervisors. Though Prof. Arshad could not take
me under his wing, I was appreciative of his kind gestures in recommending the perfect person to
be my Advisor/Main Supervisor and Co-Supervisors.
27
At the beginning stage of my Ph.D studies, I tried to accumulate as much information as possible
for my research study. Knowing that pursuing a Ph.D degree may be a lonely endeavour, I was
determined to set myself apart from the majority of Ph.D candidates. I attended a few conferences
where I presented parts of my research study, ranging from the literature review of pertinent areas
to preliminary investigation and pilot study. A supportive Advisor/ Main Supervisor he was, when
I presented papers at conferences, Dr. Bakar would show himself to lend his moral support.
Each conference I attended began with an abstract that was altered, followed by a set of PowerPoint
slides with information that was discussed, and finally a paper or poster presentation that was given.
Though hiccups and hurdles were found along the way, there was nothing but sweet success at the
end of each attempt. I was neither lost nor alone at any of the stages because Dr. Bakar was always
there to guide me. Moreover, I communicated with many people in academic settings while
performing related tasks, which enriched my Ph.D journey; it was not lonely at all, but colourful
and cheerful at all times.
As publication was a necessity for all doctorate students, mustering my efforts to get the
requirements fulfilled as soon as possible during my tenure as a Ph.D student, I set a few criteria
for my intended journal publication; no publication fees, no predatory publications and at least of
Scopus-indexed journals. To meet all requirements, I knew that the publication journey would
definitely be a tough one. Nonetheless, it was the challenge I envisioned that motivated me. I do
not earn proficiency the easy way, but with hard work, I would definitely progress.
With initial input given by Dr. Nooreen on how to do a systematic literature review during a course
she conducted, I started to write article drafts in which I sent to Dr. Bakar in seeking for his
comments and feedback. Without a doubt, assuming that I had done a decent job due to my
diligence in writing, I was quite confident the article drafts I wrote met certain standards. However,
28
when the article drafts, carved by Dr. Bakar with his overflowing comments (in red and capital
letters, most of the time), reached my hands, there were many issues to address. Moving back and
forth the writing process and with close reference to the comments and feedback I obtained, I was
determined to complete the publication journey as soon as possible. Each article started with article
drafts that were commented and improved on, and then the submission of articles to different
journals that were identified, revisions that were done based on reviewers’ comments and finally
the article publication at journal sites.
I went from being a novice at writing journal articles to publishing four, all of which were Scopus-
indexed (Q1 and Q2) journals. Each time, knowing that the paper was published in a credible
publication made me delighted, at least for a whole week. Despite me acting rather selfishly in
demanding much of his time for my Ph.D studies, especially in the journal publication, Dr. Bakar
treated me with much kindness. I am greatly indebted to Dr. Bakar, for his kind and selfless gestures
in guiding me step-by-step until I was able to complete all publication requirements.
In pursuing my Ph.D studies, it was no laughing matter to embark on the journey of writing the
thesis from the first draft until reaching the final work, and publishing it as a hardbound copy.
Regardless of how busy he was, Dr. Bakar took time to read and comment on my thesis drafts.
When I initially received feedback from him and saw the changes he made, I was astounded. I was
stunned by his commitment in providing overflowing, detailed comments, noting that I had not
received such attention on my writing in a long time, save for when I was in primary school, and
my English teacher would make certain that I corrected every mistake detected in my grammar
exercises.
29
With one Ph.D comrade fretting over Dr. Bakar’s overwhelming comments, though helpful but
sharp enough to pierce into her heart and another expressing her concern when his e-mail arrived
in her Gmail inbox, she hesitated clicking on it despite knowing that he had given his feedback, I
felt otherwise. I appreciated every comment Dr. Bakar made on my writing. I longed for a
Supervisor who could truly provide many comments on my thesis, and my wish came true! The
comments and feedback, resembling antidotes, when being taken seriously and digested properly,
the thesis drafts would, no doubt, become better pieces of work. The feedback was thorough,
constructive and intertwined with suggestions for improvement.
Each time I sent in thesis drafts to Dr. Bakar, I waited patiently for his replies, and with much
anticipation. Every time I received an email from Dr. Bakar, I was thrilled to know that he read my
thesis drafts and provided comments and feedback. This went back and forth between the two
emails, continuously and for a long time. Dr. Bakar was persistent in giving me input and feedback
on my thesis, moving from the proposal to Chapters 1, 2, 3, 4 and 5. I was grateful to Dr. Bakar,
for with the given feedback and comments, I was able to improve my thesis from time to time.
I sat for my oral examination (i.e., viva), which was held five days after I was notified. Despite the
fact that it came at such a short notice, I was pleased that I only had to be worried for five days
rather than a month or more. The examination committee was happy with my thesis and the work
was commendable. Passing with minor corrections, I was so relieved and happy with the verdict I
received. I felt touched when Dr. Bakar had written notes of the examiners’ comments for me to
work on necessary corrections while waiting for the examination committee’s formal report. He
also took photos of the session, capturing the best moment of my oral examination.
30
I officially completed my Ph.D studies on 11 March 2021, the date imprinted in the senate letter I
received from Universiti Putra Malaysia. My thesis is readily printed, however, due to COVID-19
pandemic, I have yet to hand it personally to Dr. Bakar for his keeping. I hope that I will be given
the opportunity to do so and more importantly, to take a photo or two, together with my
Advisor/Main Supervisor, Dr. Bakar as a remembrance. Pursuing my Ph.D studies at Universiti
Putra Malaysia is simply great, but having Associate Professor Dr. Abu Bakar Mohamed Razali as
my Advisor/Main Supervisor is the best thing that has ever happened to me. I tell Dr. Bakar, that I
would still want to be his student if he allows, so I can continue learning from him even though I
have completed my Ph.D studies. I truly value the insights and guidance you provide for me, thank
you so much, Dr. Bakar!
31
Ph.D: PERIT TAPI MANIS
Oleh
DR. RAMLAN BIN MALA
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Pada 1 Februari 1991, saya dilantik sebagai penjawat awam secara tetap setelah berjaya melalui
liku pengajian bagi mendapatkan latihan ikhtisas Kursus Sijil Asas Perguruan (Kursus Dalam Cuti)
di Maktab Perguruan Sandakan. Ini telah menyuntik semangat untuk melanjutkan pelajaran ke
tahap lebih tinggi sebagai jaminan untuk mendapat gred yang terbaik dan jumlah gaji yang lebih
lumayan.
Bertugas di kawasan ladang sawit yang terletak jauh dari bandar Tawau laluan jalan berbatu kerikil.
Iklim persekitaran ladang dengan majoriti pekerja warga asing dan pekerja kontrak dari
semenanjung di samping peluang untuk melanjutkan pelajaran agak terbatas. Menduduki
peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di samping menjadi tiket untuk melanjutkan
pengajian ke menara gading sambil bekerja. Bahan rujukan yang terhad, internet merupakan satu
perkara yang mustahil dan belum dikenali. Setelah beberapa kali mencuba akhirnya STPM berjaya
digenggam. Hadiah Pergerakan Gaji (HPG) menjadi ganjaran yang memang tidak menjadi lintasan
di hati kerana tidak mengetahui akan hal yang demikian. Iklim tempat bekerja pada masa itu yang
guru-guru berminat untuk memohon Program Pensiswazahan Guru bagi menggarap peluang yang
ditawarkan oleh KPM dengan pemberian separuh gaji dengan pengajian sepenuh masa di universiti.
Saya memilih untuk melanjutkan pengajian secara jarak jauh di USM kerana inilah kaedah yang
terbaik dan pada masa yang sama isteri juga sedang belajar secara sambilan di UPM. Pembelajaran
pada masa itu bergantung kepada modul yang dibekalkan oleh pihak universiti dan kursus intensif
di USM pada setiap akhir tahun. Ini peluang saya untuk menggunakan ruang dan peluang menimba
ilmu di universiti. Alhamdulillah akhir pada tahun 2004 berjaya menggenggam segulung ijazah
dengan setahun penangguhan kerana menunaikan fardu haji.
Semangat untuk melanjutkan pelajaran tidak berhenti setakat di sini. Apabila saya bertukar ke
Institut Perguruan Tawau yang kini di kenali Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau pada 1
Julai 2006 sebagai Pegawai Grafik. Persekitaran bekerja dalam kelompok pensyarah akademik dan
pelajar yang pelbagai program kursus membuka minat untuk melanjutkan pengajian ke peringkat
sarjana secara sambilan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM). Pada masa yang sama saya
menjadi tutor sambilan di OUM Tawau. Kalau guru tidak akan lari daripada naluri hendak
mengajar. Saya memohon untuk menjadi pensyarah akademik setelah berjaya memperoleh Sarjana
Pendidikan (Pendidikan Am) pada tahun 2012. Permohonan menjadi pensyarah diterima pada
tahun 2014 dan mula terlibat dengan PISMP, KPLI, PDPM, JQAF dan pelbagai kursus yang
dijalankan di IPGM. Kegilaan pensyarah melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah
(Ph.D) secara sepenuh masa dengan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Sepenuh Masa dengan
bergaji penuh dengan biasiswa atau tanpa biasiswa. Oleh kerana saya masih baharu dalam bidang
akademik sebagai pensyarah dengan bilangan umur yang tidak melayakkan untuk memohon HLP.
Pengajian Secara Sambilan menjadi satu pilihan sahaja. Sokongan dan galakkan dari rakan sekerja
menjadikan saya lebih bermotivasi. Pada Tahun 2013 saya bersama tujuh orang pensyarah yang
lain mendaftar di Pusat Pengajian Siswazah sebagai pelajar baharu peringkat sarjana dan peringkat
kedoktoran. Semangat pada awal pengajian sangat tinggi. Pantang ada ruang, komputer riba akan
dibuka. Nampak sangat sedang belajar.
32
Memasuki semester dua pengajian sudah mula nampak rintangan terutama pembayaran yuran
pengajian yang terpaksa di tanggung sendiri. Yuran pengajian dan kos sara hidup anak sulung di
pusat pengajian tinggi swasta juga memerlukan bantuan kewangan. Tawaran dari Bahagian
Penajaan bagi Bantuan Yuran Pengajian bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang melanjutkan
pengajian peringkat sarjana dan kedoktoran secara sambilan. Cadangan kajian juga banyak perlu
dibaiki semasa pertemuan dengan penyelia. Tekanan semakin terasa dengan beban tugas hakiki
semakin bertambah. Kajian sudah mula lesu. Hampir sebulan kajian tidak diusik. Dewasa ini saya
banyak membuat kajian dan penyelidikan secara solo. Pembacaan dan penggalian bahan literatur
semuanya secara sendirian menjadikan badan dan fikiran menjadi letih dan mood semakin
menurun.
Pertengahan Semester ke-tiga, penyelia utama bersara wajib tanpa memaklumkan pelajar. Staf
Pusat Luar Kampus UMS (PLUMS) Tawau memaklumkan bahawa penyelia akan bersara wajib.
Saya menghubungi beliau dan meminta pengesahan persaraan beliau dan mencadangkan nama
cadangan penyelia yang akan menggantikan beliau. Permohonan lambat di luluskan kerana
permohonan dimajukan selepas mesyuarat senat bersidang. Satu semester saya tiada penyelia rasmi
walau bagaimanapun penyelia cadangan telah proaktif memberikan konsultasi dengan penuh
dedikasi. Kertas cadangan semasa penyelia terdahulu menjadi isu dan meminta saya mengubah
kajian melibatkan tugas di IPG bagi memudahkan membuat penyelidikan dijalankan kelak
terutama kajian di lapangan.
Isteri telah disahkan menghidapi rinorea memaksa saya menjaga beliau di hospital secara bergilir
dengan anak-anak selama 14 hari di hospital. Hikmah menjaga isteri yang memerlukan rawatan
telah menyuntik semangat menyiapkan cadangan kajian. Pembedahan dan rawatan lanjut di
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu memungkinkan kajian disiapkan dan dihantar untuk
kelulusan. Rawatan susulan menjadikan ruang dan peluang saya menambah baik dan mengutip
data setelah mendapat kelulusan bagi bab kajian selanjutnya.
Kolokium demi kolokium dijalankan oleh penyelia bagi pelajar di bawah jagaan memberi peluang
kepada pengkaji saling berkongsi maklumat dan pengetahuan kajian yang dijalankan. Kolokium
yang dilaksanakan setiap tiga bulan menjadi platform antara pelajar berkongsi dan bertukar
maklumat dan perbincangan kajian. Ini menjadikan jaringan antara pelajar dan penyelia semakin
luas serta jurang hubungan antara pelajar dan penyelia semakin dapat dirapatkan.
E-mel jemputan viva voce yang diadakan pada 25 Mac 2020. Oleh sebab pandemik COVID-19
melanda negara dan dunia maka viva voce dijalankan secara dalam talian pada 19 Jun 2020
bersamaan hari Jumaat pada jam 9.00 pagi hingga selesai dan dijalankan secara dalam talian setelah
tiga jam sesi tersebut berlangsung. Ini semua adalah hikmah pandemik COVID-19 dan ianya
merupakan satu norma baharu yang mula diamalkan. Akhirnya senat yang bersidang pada 22
Oktober 2020 telah mengesahkan dan menganugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Kurikulum dan
Pengajaran). Konvokesyen tidak dapat dijalankan kerana pandemik COVID-19.
Kesimpulannya para pelajar siswazah hendaklah membuka minda dan bergaul dengan pelajar
pascasiswazah yang lain bagi berkongsi maklumat dan ilmu di samping dapat mengurangkan stress
dan memulih semangat yang merosot. Melanjutkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah
memang perit tetapi setelah liku dan ranjau berjaya ditempuhi akhirnya kemanisan dapat dikecapi.
33
FROM STENCILS TO CYBERSPACE: MY JOURNEY BEYOND FEAR
By
DR. JOY QUAH YIEN-LING
Lecturer, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
“Fear is only as deep as the mind allows.”
Japanese proverb
My journey did not begin when I enrolled for the doctoral programme at the University at Albany
in New York. The journey began many years before, when I decided to free myself from a deep
and debilitating dread of computers. I really was petrified of those machines, where you had to
memorise and type lines of MS-DOS commands back in those dark days.
College mates who had known me during the B.Ed. TESL programme at what was then Maktab
Perguruan Ilmu Khas would have been astonished to discover that I would pursue a doctoral degree
in instructional technology in 2010. Technology? I can safely say that nobody would have predicted
the unlikely scenario, myself included.
Throughout my college years, I was filled with despair whenever contact with computers were
involved. I assiduously avoided word processing and would write assignments by hand.
Unsurprisingly, at my first posting, my new colleagues were completely underwhelmed by my lack
of technology skills. They had expected much more from a graduate from an overseas university.
Yet, my productivity was unimpeded despite my lack of technology skills. I managed to generate
a respectable number of worksheets, which I typed or wrote by hand onto stencil sheets and
cyclostyled for my students. Examination papers were grudgingly word processed thrice a year. As
such, I cannily managed to circumvent most contact with computers.
A sense of disquiet, however, gnawed at me. I knew the technology clock was ticking ever closer.
Aware that someday soon, I would be compelled to use those frightful machines by circumstances
beyond my control, I decided to solve the problem. My rudimentary knowledge of psychology
informed me that phobias are often cured through repeated exposure to the object of fear. For
example, arachnophobia (fear of spiders), is cured through progressively increasing amounts of
exposure to spiders. I decided the phobia of computers could be likewise alleviated through
repeated exposure to (what else?) computers.
So, to vanquish the “spider” blighting my life, I bought myself a laptop and ensured that I brought
it to school everyday to use at every opportunity. And sure enough, I became less fearful as weeks
and months went by, as I tapped away at the keyboard. A while later, while pursuing my Masters
degree, the phobia treatment continued. I ensured that I composed all assignments and the
dissertation directly on the laptop. This strategy proved highly effective. As my confidence and
ability increased, my fears were being replaced by a growing awareness of the pedagogical
possibilities afforded by technology.
As I concluded my graduate studies, a position became available at, of all places, the Language and
Technology Department of the English Language Centre. With a mixture of excitement and doubt,
I decided to take up the post, unsure if I was sufficiently skilled for the job. I was determined,
34
however, to learn in-situ. The steep learning curve I had expected turned out to be an excruciating
vertical climb. What was evident, though, was that the decision to liberate myself of a debilitating
fear several years prior had, at the very least, enabled me to work in that particular department,
which then set the trajectory for a new career path. This path, in turn, led me to pursue a doctoral
degree in instructional technology.
When I enrolled for the doctoral programme at UAlbany, New York, I had assumed that my
research would combine areas of multimedia, pedagogy and teacher professional learning, since
these had been my primary focus at ELTC. A summer course I enrolled in during my first year of
studies, however, completely upended the area of research. That course, ETAP640 Introduction to
Online Teaching, revealed a new dimension of learning for me. It was conducted asynchronously
by an instructor named Alexandra Pickett. Unbeknown to me, the online learning trend had gained
traction in the United States and was becoming mainstream in higher education there.
I had no idea. I was indignant that I had actually signed up for a fully (probably second-rate) online
course. Since there were limited courses offered during the summer term, I reluctantly enrolled. I
thought, surely this must be a joke. I had travelled half-way around the planet, for this? An online
course? My resistant stance towards online learning stemmed from the numerous horror stories I
had heard about the poor quality of teaching and learning, not to mention the abysmal work done
by disengaged students in online classes. I was convinced I would waste time and effort in that
course.
Soon after I enrolled, the students of ETAP640 received detailed instructions from the instructor
about how to set up a shell for an online course we would produce as part of coursework.
Surprisingly, the instructions were so well-structured that I actually managed to set up a course
shell in Moodle independently. There were also instructions on how to introduce ourselves to
course mates using a tool called VoiceThread. I managed to complete the task, based solely on my
instructor’s written procedures and exemplars from my classmates. All these had been
accomplished without ever having met my instructor face-to-face. It dawned on me that concrete
and meaningful outcomes could be accomplished by learning online, if the instructor was skillful.
My interest was piqued.
As the course progressed, I found that I was literally learning something new every day. Besides
the set readings assigned by the instructor, content was shared every single day by my classmates
through social bookmarking. We were required to reflect upon and respond to the shared content
through threaded discussions. As such, we simultaneously adopted roles as teachers and learners
in the course. Together, we deepened our understanding of the course content and so much more
as we engaged in dialogue with one another. It was collaborative learning like I had never
experienced until then. Through these extensive and intensive online discussions, I gained insights
into my classmates’ and instructor’s thinking to a level that might not have been possible through
face-to-face interaction.
As we learned about the principles of online teaching and learning, we were directly applying them
as we built our own online courses. We also toured a series of sample programmes conducted by
experts in the field. Similarly, we applied elements from our observations into the development of
our own courses. At the end of the semester, each of us had built a fully-functional online course!
35
All these had been accomplished without ever having met my instructor or classmates face-to-face.
I was intrigued. I began online learning as a sceptic and ended up a convert.
I was inspired to learn what was beneath the amazing art of this “sifu”. So, I duly switched my
topic and developed my dissertation proposal to learn more about how she wove her magic. This
was how I came to study expert guidance in online learning environments.
Exploring teaching and learning at the cutting edge of technology was beyond my imagination in
the days I was churning out worksheets on stencils to avoid using computers. I had learned since
then to never be held hostage by fear. By destroying those deep anxieties that impede our growth,
we will forever be free to venture with courage and confidence onto paths we never thought were
possible.
36
CATATAN SEBELUM SUBUH: PERJALANAN ILMU YANG MEMATANGKAN
Oleh
DR. NOORAZI BIN RANI
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
Kehidupan kita pada masa hadapan adalah antara dua pilihan. Sama ada kita ingin mencapai apa
yang kita impikan atau pun kita lena dan selesa dengan apa yang kita telah jalani pada hari ini.
Antara sanggup mengambil risiko dan derita sepanjang menuntut ilmu atau menanggung peritnya
kejahilan kerana takut untuk berasa susah dan cemas. Ramai yang telah berjaya dan tidak kurang
juga yang pulang dengan kecewa.
Saya akui, saya bukanlah dalam kalangan pelajar yang pintar. Namun, impian untuk menggenggam
ijazah tertinggi dalam bidang akademik telah lama terpahat kukuh dalam minda dan sanubari saya.
Kisahnya bermula semenjak menjejakkan kaki ke alam universiti. Bumi Syuhada’ Mu’tah Jordan
begitu memberi ‘bekas’ dan kesan yang mendalam terhadap kembara ilmu saya. Haruman pohon
tin dan zaitun seakan masih ‘basah’ dalam ingatan. Angin dan debu di musim ‘soifi’ seringkali
menyapa wajah malah menusuk ke kalbu dengan membawa bersama aroma ‘syawarma’, ‘kibdah’,
‘syai bi na’na’ dan ‘qahwah arabi’ tatkala turun dari bas ke dewan kuliah. Susunan dan deretan
buku-buku di maktabah kekal dalam ingatan. Lunak dan kadang-kala garaunya suara para professor
di bilik-bilik kuliah seolah-olah masih terdengar di telinga.
Tenggelam dalam keasyikan berlari di denai-denai ilmu, membakar lagi semangat untuk
meneruskan cita-cita menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kita merancang dan
Allah juga merancang. Malah rencana Allah mengatasi segala-galanya. Perjalanan akademik dan
ilmu saya bukanlah sesuatu yang mudah. Berhempas pulas untuk menamatkan pengajian pada
peringkat Sarjana Muda dengan penuh rasa cemas, linangan air mata di malam-malam musim syita’
dan seribu satu ujian. Alhamdulilah semuanya disusun rapi dan indah oleh Allah.
Setelah tamat pengajian peringkat Sarjana Muda, saya tidak terus segera pulang ke tanah air.
Mencuba beberapa peluang menyambung pengajian di bumi Syam dan tanah Utsmani, tetapi
semuanya tidak menyebelahi saya. Akhirnya terpaksa pulang ke tanah air dengan hati yang
berbelah-bahagi. Pulang dengan membawa bersama semangat untuk tetap terus menyambung
pengajian. Namun kesulitan dan kesibukan dengan kerjaya sedikit sebanyak membatasi peluang
untuk meneruskan cita-cita. Pernah berkhidmat sebagai guru di sekolah dan seterusnya diberi
peluang menimba pengalaman mengajar di Institut Pendidikan Guru, memberi harapan kepada
saya untuk tidak memadamkan api semangat meneruskan perjalanan ilmu.
Aturan Allah adalah yang terbaik. Alhamdulillah sekali lagi diberi peluang mendapat biasiswa
untuk melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana. Syukur yang tidak terhingga. Kali ini saya memilih
UKM sebagai medan menelusuri barakah ilmu. Satu perjalanan yang bukan mudah juga rupanya.
Sekali lagi berhempas pulas menamatkan pengajian. Hampir-hampir berputus asa. Syukur kepada
Allah dengan keberkatan doa ibu dan ayah serta isteri dan anak-anak yang sentiasa setia memberi
dorongan. Akhirnya perjalanan ilmu tiba juga ke destinasinya.
Benarlah ujian sebagai tanda Allah sayangkan kita. Dengan ujian tersebut kita menjadi insan yang
lebih menghampirkan diri kepada Allah. Bersama-sama dengan kesukaran itu, Allah hadirkan
37
hadiah dan anugerah. Alhamdulillah, tanpa perlu menunggu masa yang lama, Allah dengan sifat
Pengasihnya telah sekali lagi memberi peluang kepada saya mendapat biasiswa untuk meneruskan
pengajian ke peringkat doktor falsafah. Satu peluang yang saya sendiri seakan-akan tidak percaya.
Namun itulah yang tertulis pada catatan takdir saya.
Dalam kesyukuran dan kegembiraan dengan peluang HLP, terselit rasa ragu-ragu untuk menerima
tawaran tersebut. Bimbang dan risau dengan bermacam-macam perkara. Fikiran mula bercampur.
Pasang dan surut emosi mula saya rasai apabila menghadiri sesi Kursus Intervensi oleh Bahagian
Biasiswa dan Pembiayaan KPM. Masih terbayang perit dan sakitnya menamatkan pengajian
peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Terasa ingin berehat seketika dari lelahnya bersengkang mata
menghadap komputer riba. Mahu berehat seketika dari cemas dan gundah takkala menyiapkan
penulisan tesis. Terasa ingin menghirup aroma ‘qahwah’di malam-malam hari tanpa resah
memikirkan pelajaran. Hasrat hati cuma ingin berehat seketika.
Dalam kecamuk perasaan, saya mengambil tindakan mengadu kepada Allah agar diberikan
petunjuk. Ibu dan ayah serta mentua juga tempat berkongsi rasa. Arwah ayah walaupun tidak
berpendidikan tinggi, namun semangat dan jiwa menuntut ilmunya amat saya kagumi. Kalimah-
kalimah nasihat daripada ayah cukup memberi nafas dan nyawa untuk saya meneruskan hasrat.
Terima kasih juga kepada sang isteri dan rakan-rakan sekerja yang sememangnya tidak pernah
lokek memberi semangat dan nasihat. Dengan petunjuk daripada Allah, saya memulakan langkah
yang pertama dengan penuh debaran. Akhirnya saya sekali lagi mendaftar di Fakulti Pendidikan
UKM sebagai siswazah.
Memulakan pengajian peringkat Doktor Falsafah merupakan detik yang paling bersejarah dalam
memori hidup peribadi saya. Dengan berbekalkan sedikit pengalaman pada peringkat Sarjana
Muda dan Sarjana, saya berazam untuk tidak mengulangi episod sukar yang pernah dilalui. Rupa-
rupanya perjalanan Ph.D jauh lebih mencabar berbanding yang pernah ditempuh sebelum ini. Hal
ini ditambah dengan tugas dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga, menguruskan anak-anak,
kedudukan kewangan semasa dan seribu satu ujian lain yang datang bertimpa-timpa. Umpama
ombak membadai pantai pada musim tengkujuh. Saya memohon maaf kepada rakan-rakan
pembaca jika coretan ini meresahkan anda. Ini sekadar catatan pengalaman peribadi sendiri, terasa
pahit juga untuk dilalui namun amat manis apabila dikenang setelah tamat belajar. Yakinlah, aturan
Allah adalah yang terbaik. Manakala perkara yang paling penting dan utama adalah
kebergantungan tanpa berbelah-bahagi kepada Allah setelah puas berusaha dan berdoa.
Saya tidak mampu memberi gambaran setiap inci cabaran dan ujian yang dilalui sepanjang tempoh
pengajian di ruang yang terlalu kecil ini. Apa yang saya coretkan ini adalah apa yang terlintas
secara spontan dalam ingatan dan selebihnya tersimpan kukuh dalam lipatan ingatan serta sejarah
peribadi.
Pada awal pengajian bersama rakan-rakan, tidaklah terasa tekanan yang berat. Maklumkan masing-
masing belum betul-betul menyelam ke dasar lautan yang sebenar. Semuanya terasa indah bila
dapat ke sama-sama minum di kafetaria Pusanika selepas kelas Metodologi Kajian, dapat
memegang tesis-tesis berjilid keras di Perpustakaan Tun Seri Lanang dan dapat sama-sama
berdiskusi tentang perancangan masing-masing. Namun apabila mula mengenali penyelia masing-
masing dan mula terjun ke dalam lautan penyelidikan yang sebenar, pada ketika itu setiap orang
38