The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pisadmkdri12345, 2022-08-17 03:05:03

My Doctoral Journey 4

My-Doctoral-Journey-4

mempunyai cerita masing-masing yang berbeza. Ada yang indah seindah pelangi selepas hujan
yang menyegarkan. Tidak kurang juga seumpama New Orleans yang dilanda taufan Katrina.
Semuanya di dalam ilmu Allah yang Maha Bijaksana.

Antara fasa yang seingat saya agak mencabar sepanjang pengajian saya ialah sewaktu menyiapkan
proposal. Masa berlalu begitu pantas. Banyak perkara dan kemahiran yang perlu dikuasai dengan
cepat. Saya bernasib baik kerana mempunyai rakan-rakan ‘klik’ yang masing-masing bergerak
dengan laju secara berganding bahu. Dapatkan saya yang sederhana ini menumpang aura mereka.
Dengan susah payah akhirnya proposal yang dicadangkan diterima dengan pembetulan dan
penambahbaikan.

Fasa kedua yang getir juga ialah fasa menyempurnakan instrumen dan menguruskan pakar. Pada
tahap tersebut pelbagai kemahiran berkomunikasi secara tidak langsung dapat saya pelajari. Fasa
menjalankan ujian rintis juga memberi tekanan yang berat apabila keputusan hasil kajian rintis
tidak sebagaimana yang diharapkan. Episod demi episod yang dilalui sepanjang fasa ini hanya
Allah sahaja yang tahu. Fasa yang getir juga apabila mula memungut data kajian. Populasi dan
sampel kajian yang melibatkan seluruh Malaysia juga memberi pengalaman yang mahal buat saya.
Lebih mendebarkan apabila berada di fasa menganalisis data kajian. Dapatan kajian yang diperoleh
bukanlah sebagaimana yang dijangka. Proses-proses tersebut memberi banyak pengalaman baharu
kepada saya.

Fasa menyiapkan keseluruhan pelaporan kajian juga mengasah minda dan kepintaran penyelidik.
Dengan ketergantungan yang ‘solid’ kepada Allah, Allah telah merungkai seribu satu masalah yang
dialami. Akhirnya saya berjaya menyiapkan draf tesis untuk dihantar bagi pemeriksaan lisan atau
viva. Semuanya dilalui dengan penuh rasa cemas, resah dan lelah. Saya amat bersyukur dengan
pemberian Allah. Pada hujung perjalanan Ph.D saya, hari viva yang mencemaskan dapat saya lalui
dengan dipermudahkan Allah dengan penuh kesyukuran. Jarang air mata ini mengalir di hadapan
isteri, tetapi akhirnya pada pagi itu manik-manik jernih berguguran di sejadah semasa bersujud
syukur. Lebih memaksa saya berasa lebih terharu ialah apabila keputusan diumumkan, saya sedar
bahawa pada ketika itu insan yang memberi banyak inspirasi untuk saya menyambung pengajian
telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Al-Fatihah buat arwah ayah tercinta
Almarhum Haji Rani bin Harun.

Saya bukanlah individu yang layak untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar. Di luar sana terdapat
ramai lagi tokoh yang selayaknya dijadikan tauladan. Namun sekadar berkongsi sedikit
pengalaman peribadi yang mungkin boleh dijadikan ramuan tambahan kepada rakan-rakan yang
menanam cita-cita untuk lulus dengan baik dalam pengajian mereka. Di sini saya rumuskan
beberapa pesanan dan perkongsian antaranya;

Ikhlaskan niat dan sentiasa memperbaharui niat tersebut
Segalanya bermula dengan niat. Niat yang ikhlas akan memacu sikap, perasaan dan tumpuan dalam
setiap tindakan. Benarlah Sabda Baginda Nabi SAW yang mafhumnya “..setiap amalan seseorang
akan sempurna dengan niatnya..”. Nawaitu yang ikhlas menyambung pengajian hanya semata-
mata kerana Allah SWT. Kesedaran bahawa Allah yang memerintahkan kita untuk belajar dan
menambah ilmu. Banyak kebaikan yang akan dianugerahkan oleh-Nya lantaran kepatuhan kita
terhadap perintah Allah tersebut. Kebaikan-kebaikan yang bakal diperoleh adalah dalam

39

pengetahuan dan kasih sayang Allah. Berserahlah kepada-Nya untuk mengajarinya. Tugas kita
hanya menyahut perintahNya dengan penuh lapang dada dan berharap. Menyambung pengajian
bukan kerana inginkan kedudukan yang lebih baik dalam bidang akademik semata-mata. Bukan
kerana peluang yang lebih baik selepas memperoleh Ph.D. Bukan kerana ingin menunjukkan
keupayaan dan kehebatan kita dalam melayari perjalanan akademik tertinggi dengan penuh
bergaya. Bukan kerana ingin dipanggil dengan gelaran ‘Dr.’ setelah tamat pengajian. Bukan yang
selain daripada menunaikan tugas dan amanah Allah untuk terus menuntut ilmu.

Sentiasa istiqamah dengan niat yang ikhlas bukanlah sesuatu yang mudah. Sepanjang perjalanan
yang panjang dan payah itu, terkadang larian kita tidaklah semudah yang dijangka. Apabila diuji
dan ada kalanya dipuji dan dikagumi, kita mungkin hanyut dengan ujian tersebut. Oleh itu, amat
perlu untuk sentiasa memperbaharui niat kita. Setiap selepas fasa-fasa tertentu, ambillah sedikit
masa untuk muhasabah diri, merenung ke dalam hati yang dalam. Perbanyakkan berdialog dengan
hati dan sanubari, agar sepanjang langkah, nafas malah denyut nadi kita di sepanjang pengajian
tertulis pahala dan amal soleh asbab dari niat ikhlas kita yang tidak pernah luntur.

Dekatkan diri kepada Pencipta.
Bagi saya menyambung pengajian merupakan anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia secara
fitrahnya akan mencari tempat bergantung dan berharap apabila dihujani tekanan. Bagi yang
beragama Islam, tentunya akan lebih cenderung untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT
pada saat-saat sukar dan genting. Maka perjalanan Ph.D merupakan landasan yang positif untuk
berbuat demikian.

Dengan pengurusan masa yang sering ditambah baik, kita berusaha untuk istiqamah melaksanakan
solat fardhu berjamaah dan diiringi dengan solat-solat sunat Rawatib. Dalam kehidupan harian,
biarlah ada amalan-amalan khusus yang sering kita amalkan seperti Solat Dhuha, Solat Witir, solat-
solat Malam, zikir-zikir dan bacaan Al-Quran yang dibiasakan. Sebagai contoh jika biasanya kita
hanya menunaikan solat rawatib jika berkesempatan sahaja, namun semasa kita belajar, biasakan
dengan istiqamah sekurang-kurangnya Rawatib Muakkad. Sunat Dhuha enam hingga lapan rakaat
yang dilaksanakan dengan ikhlas, insya-Allah banyak keajaiban yang kita sendiri akan lalui.
Sebaiknya lidah dan bibir kita sentiasa basah dengan Istighfar, perbanyakkan Istighfar dan Selawat
khususnya tatkala kita benar-benar tertekan.

Amalan-amalan sunat tersebut kita anggap sebagai latihan hati di samping doa yang berpanjangan.
Dibuat dengan ikhlas dan sering ditambah baik serta akhirnya menjadi darah daging kehidupan
seharian kita. Dengan kesungguhan, keikhlasan dan sering diperbaiki, amalan-amalan
mendekatkan diri kepada Allah akan kekal diamalkan walaupun selepas tamat belajar. Itulah hadiah
yang paling manis kita akan peroleh. Semakin erat hubungan dengan Pencipta, semakin tunduk
hati dan perasaan kita, semakin merendah diri dengan rakan dan taulan.

Minta ibu, ayah dan mertua serta pasangan mendoakan kita
Ibu, ayah, ibu mertua, bapa mertua, isteri atau suami merupakan insan-insan yang mencintai dan
menyayangi kita tanpa syarat. Ketulusan hati mereka adalah nadi dan tali temali yang menyambung
keredhaan Allah. Oleh itu, sentiasalah meminta mereka untuk selalu mendoakan kita. Mungkin kita
boleh meminta mereka untuk mendoakan perkara-perkara yang lebih spesifik terhadap kita. Jika

40

kita telah memiliki anak-anak, kita akan lebih faham bagaimana kita berharap dan memohon
dengan Allah sepenuh hati untuk kebaikan anak-anak kita. Begitu lah ibu, ayah, ibu mertua, bapa
mertua, suami atau isteri kita berdoa dan berharap terhadap kita, malah lebih lagi. Doa yang ikhlas
dan sepenuh hati tersebut tentunya mendapat tempat di Allah SWT.
Menyantuni ibu ayah, mentua, isteri, suami, anak-anak, adik beradik dan keluarga
Keluarga adalah penting dalam kehidupan kita. Mereka merupakan insan yang sentiasa berada
disamping kita tidak mengira saat kita senang atau pun susah. Pengorbanan yang telah mereka
berikan tidak terbalas namun kekal kita semat kukuh dalam hati dan sanubari. Kita berusaha sedaya
mungkin dan sepenuh tenaga untuk membalas jasa dan budi mereka. Kita berusaha sehabis baik
untuk membahagiakan mereka. Namun, realiti yang kita hadapi ialah pelbagai kekangan.
Ikhlas membantu orang lain
Ikhlas membantu orang lain kerana Allah. Perbuatan tersebut bukanlah kerana kita tahu bahawa
Allah akan memudahkan kita apabila kita membantu orang lain, tetapi hadir dari hati yang benar-
benar ikhlas untuk membantu.
Merendah diri dan hati
Merendah diri dan hati serta diterjemahkan melalui sikap, tutur kata dan perlakuan kita. Sikap ini
lahir dari keikhlasan tanpa mengira kita berhadapan dengan sesiapa sahaja terutama penyelia,
pensyarah, pakar, rakan-rakan sepengajian dan rakan sekerja. Malah juga kepada rakan-rakan lama,
staf di fakulti, pakcik pengawal mahupun makcik cleaner.
Sebagai kesimpulan, pada pandangan saya Ph.D merupakan proses yang mematangkan hubungan
dengan Allah. Ph.D menyakinkan diri bahawa masa tidak pernah berehat. Ph.D walau sepahit mana
sekalipun, sebenarnya tidak pernah pahit, tetapi merupakan sebuah perjalanan dan kita ialah insan
terpilih yang diberikan anugerah untuk melaluinya.

41

SALAM PERKENALAN Ph.D…
Oleh

DR. RUBASHINI RAMAKRISHNAN
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Setelah bergelut tiga tahun dan setengah, akhirnya tesis saya telah siap dijilid tetapi masih belum
diserahkan di tempat pengajian. Kenapa??? Ini angkara pandemik COVID-19 yang semakin hari
semakin meningkat kesnya. Seperti yang kita sedia maklum, semua pusat pengajian tinggi
mahupun sekolah masih ditutup dan semua sedang bekerja dari rumah. Masih menunggu dengan
gigih agar segera tesis yang telah dijilid ini akan berada di tempat yang sepatutnya. Baiklah, biar
saya memperkenalkan diri dan berkongsi kisah menarik tentang perjalanan Ph.D saya.

Saya Rubashini Ramakrishnan merupakan seorang murid berpencapaian biasa pada peringkat
sekolah. Usaha yang cukup gigih perlu untuk saya mencapai keputusan yang cemerlang. Maka,
saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang baik dalam setiap
peperiksaan. Walaupun saya berasal daripada keluarga yang sederhana. Ayah saya ialah seorang
mekanik motor dan ibu saya pula ialah suri rumah, tetapi kehidupan saya cukup bahagia bersama
ayah, ibu dan kakak. Kehidupan yang penuh kesederhanaan yang kami lalui sehingga kini saya
amalkan.

Setelah tamat tingkatan 5, saya mendapat tempat untuk melanjutkan pelajaran di Sek Men Keb
Tinggi Kajang bagi meneruskan tingkatan 6. Pengalaman dan ilmu yang diperolehi di situlah
membawa perubahan besar dalam hidup saya. Ini adalah kerana, cita-cita untuk menjadi seorang
guru dan jika ingin mencapai sesuatu matlamat, kita perlu menentukan sasaran dalam hidup
(target), wujud ketika di tingkatan 6. Ketika berada di situ, saya mula mencintai profesion
perguruan apabila melihat guru-guru tingkatan 6 begitu akrab dan rapat dengan muridnya. Sifat
prihatin dan kasih sayang yang diberikan kepada kami semua membuatkan saya untuk memilih
profesion perguruan seperti mereka. Tidak lupa kepada Pn Hasrani Razali, guru BM saya yang
pernah menasihati kami agar sentiasa menetapkan target dalam kehidupan untuk mencapai sesuatu
yang diingini. Pada saat itu, saya berhasrat agar saya dapat menjadi seorang pendidik dan menjadi
seorang yang disegani sebelum umur 40 tahun. Syukur kepada Tuhan kerana ketika ini, saya telah
mencapai impian saya itu.

Dengan keputusan yang cemerlang, saya dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) dalam bidang Pendidikan Khas. Walaupun ketika itu, saya tidak mempunyai
pengetahuan tentang Pendidikan Khas tetapi pengalaman 4 tahun di situ mengajar saya erti
kehidupan. Ketika belajar di UKM, terdapat beberapa orang rakan yang memandang rendah
terhadap bidang pengajian saya. Bagi mereka, murid yang mendapat keputusan yang tidak baik
sahaja akan diberi peluang untuk mengikuti Pendidikan Khas. Rakan yang saya rasakan akrab
dengan saya pernah mentertawakan saya di hadapan rakan yang lain. Hanya Tuhan yang tahu
betapa sakitnya hati ini ketika itu. Saya hanya senyum tanpa berkata-kata dan terus menyingkirkan
rakan toksik tersebut dari hidup saya sehingga kini.

Pada tahun 2010, saya mendapat ilham untuk menyambung pengajian sarjana secara part time di
UKM. Bagaimanapun, saya tidak dapat melengkapkan pengajian saya seperti yang telah saya
rancang. Ini adalah kerana, ayah saya tiba-tiba jatuh sakit ketika saya di semester 2 dan saya

42

terpaksa menguruskan keluarga seorang diri bersama anak kecil yang berusia 6 bulan. Saya tidak
berjumpa penyelia dan tidak berbuat apa pun untuk 2 semester berturut-turut. Dengan keberkatan
Tuhan, ayah saya selamat menjalani pembedahan major dan semakin hari semakin sihat. Setelah
pelbagai rintangan, saya menyambung semula pengajian saya dengan bantuan rakan-rakan dan
penyelia yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan. Saya berjaya bergraduat pada tahun 2014
bersama keluarga tercinta saya. Selepas pulang daripada graduasi, secara tiba-tiba ibu saya
menyatakan hasratnya agar saya sambung belajar Ph.D. Maka saat itu, saya mensasarkan target
seterusnya iaitu saya perlu menunaikan hasrat ibu saya.

Pada tahun 2015, saya telah menghadiri temu duga HLP tetapi gagal dan pada tahun 2017, sekali
lagi saya mencuba nasib dan saya berjaya ditawarkan HLP dengan biasiswa dalam bidang
Pendidikan Khas. Sudah tentu, universiti pilihan ialah UKM. Saya masih ingat akan satu situasi
apabila ada yang memperlekehkan HLP yang saya terima dengan mengatakan bahawa saya
mendapat “gaji buta dengan hanya goyang kaki” kerana saya mendapat biasiswa. Peritnya telinga
ini untuk mendengar kata-kata itu dan sudah tentu hati dan mata mengalirkan air yang deras.
Biarlah apa orang nak kata kerana kita bukan hidup untuk orang lain bukan? Saya masih ada rakan-
rakan yang sangat baik dan rapat sehingga kini.

Perjalanan hidup sebagai pelajar Ph.D bukanlah sesuatu yang mudah dengan dua orang anak yang
kecil (4 tahun dan 6 tahun ketika itu). Proses belajar yang memerlukan komitmen 200% sehingga
saya tidak mempunyai masa untuk diri sendiri dan cukup memenatkan diri saya secara fizikal dan
mental. Tidak cukup dengan bengkel yang dihadiri pada hari minggu tetapi turut akan berbengkel
pada hujung minggu. Setiap minggu atau dua minggu sekali, hujung minggu dikorbankan untuk
berbengkel. Ilmu yang diperolehi dirasakan sangat bermakna sehingga perlu belajar dan belajar
lagi untuk memantapkan pengetahuan yang sedia ada. Ketika itu, saya hanya bergantung
sepenuhnya kepada ibu dan ayah saya untuk menjaga kedua-dua anak saya sepenuhnya. Mereka
tidak pernah meluahkan rasa tidak puas hati atau menegur saya yang tinggalkan anak-anak dengan
mereka setiap hari. Begitu juga dengan suami yang tidak pernah melarang saya menghadiri bengkel
khususnya pada hujung minggu. Kepercayaan ibu dan ayah serta suamilah yang membuatkan saya
lebih tabah dan menanam sifat berdisiplin yang sangat tinggi dalam diri ini. Duit yang dihabiskan
untuk berbengkel tidak pernah dikira kerana ilmu yang diperolehi adalah seperti lautan.

Penulisan yang dirasakan betul dan sempurna akan ditegur oleh penyelia setiap kali perjumpaan.
Diri yang bersemangat akan terus down bila komen sedemikian diberikan. Ini bermaksud saya
masih tidak mendalami apa yang ingin saya kaji dan saya perlu bertindak segera. Maka. pakar
kajian methodology, pakar statistic, pakar literature review, pakar PLS SEM, pakar penulisan
artikel, pakar pernyataan masalah, pakar bahasa dan bermacam-macam pakar lagi yang dicari untuk
menuntut ilmu. Pakar dari pelbagai universiti juga turut dihubungi melalui email, telefon mahupun
berjumpa secara fizikal bagi melengkapkan penulisan yang masih tidak sempurna. Hari-hari lain
diharungi dengan belajar bersama rakan-rakan dan juga secara berseorangan di PTSL, UKM.
Monyet-monyet yang berkeliaran di sekitar kampus dan PTSL menjadi saksi perjalanan Ph.D ini.

Sepanjang perjalanan Ph.D, kesedihan dan kekecewaan adalah lebih banyak berbanding
kegembiraan. Menangis secara berseorangan dan menangis dengan rakan menjadi ubat untuk
meneruskan perjalanan belajar ini. Perjalanan ini tidak akan lengkap tanpa rakan-rakan yang begitu
supportive dan sentiasa ada dengan saya ketika saya berada dalam kekecewaan yang teramat

43

sangat. Kata-kata semangat dan keikhlasan rakan-rakan untuk mendengar masalah adalah ubat
untuk saya bangkit semula setelah berkali-kali jatuh. Gelak ketawa bersama rakan-rakan menjadi
penawar kepada luka. Walaupun hati ini penuh kesedihan tetapi tidak pernah ditunjukkan kepada
keluarga kerana adanya rakan yang sangat memahami. Walaupun soalan mengapa sambung belajar
ditanya berkali-kali pada diri sendiri dan walaupun hati ini rasakan biarlah berhenti belajar, tetapi
kata-kata dan perasaan negatif itu diketepikan demi keluarga tersayang.
Viva diselesaikan dan pembetulan disahkan. Hati berasa gembira seperti dunia ini hanya untuk diri
ini. Sekelip mata, kesedihan, keperitan dan kesusahan 3 tahun setengah hilang dibawa arus
kegembiraan. Tanpa insan-insan istimewa, ayah, ibu, suami, kakak dan penyelia yang sentiasa
memberi kepercayaan kepada saya, mampukah saya memperoleh kejayaan ini? Tanpa sokongan
dan dorongan rakan-rakan seperjuangan, mampukah saya? Tanpa blessing daripada Tuhan,
mampukah saya? Sudah tentu tidak! Ini bukan kejayaan saya seorang, tetapi kejayaan yang
digabungjalinkan dengan keberkatan semua insan yang hadir dalam diri saya secara langsung dan
tidak langsung. Hanya satu permintaan saya kepada Tuhan, berilah umur yang panjang dan
kesihatan yang baik kepada kedua-dua ayah dan ibu saya agar saya dapat membalas jasa dan budi
mereka. Merekalah hidup saya, merekalah semangat saya, merekalah segala-galanya untuk saya
dan anak-anak saya. THEY ARE MY PILLARS OF LIFE!!!

Cukuplah setakat ini apa yang dikongsi walaupun terdapat banyak lagi ejekan dan sindiran yang
pernah dilalui. Hidup ini adalah sementara maka biarkan manusia toksik dan negative vibration
dibuang jauh-jauh dari hidup kita. Sepanjang tempoh belajar ini, pelbagai ragam manusia yang
dijumpai. Ada yang membantu tanpa mengharapkan apa-apa dan ada yang hanya membantu
dengan mengharapkan sesuatu. Ada juga manusia yang berjanji akan membantu tetapi hilang di
separuh jalan. Ingat, jangan sesekali menoleh ke belakang jika sudah memulakan. Jangan sesekali
memikirkan kata-kata manusia yang suka menyakitkan hati. Dan jangan sesekali bersaing dengan
orang kerana kita akan kehilangan kebahagiaan. Ph.D bukan Permanent Head Damage tetapi P-
Plan it well, H-Hope without doubt dan D-Don’t stop till it achieved. Sebelum berakhir, peringatan
untuk diri sendiri “STAY HUMBLE, STAY ORIGINAL AND STAY REAL”. Saya ialah Rubashini
yang sama walaupun bergelar Dr. dan tetap sama sampai bila-bila. Syukur kepada Tuhan untuk
segala-galanya!

44

AKU, Ph.D DAN CANCER
Oleh

DR. NOOR AZIZAH BINTI AZIZ
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim

Rawatan di hospital
Aku memandang laporan x-ray paru-paru dengan pandangan yang kosong. Tiada apa-apa yang
dapat ku fikirkan. kata-kata Doktor Noraini dari KPJ Puteri menjadikan perasaan aku kelam,
kosong dan dalam kekeliruan. Bagaimana aku hendak sampaikan berita ini pada keluarga dan anak.
Ya Allah bantulah aku. “paru-paru puan dan penuh air sampai ke seluruhan perut. Nampak gayanya
sel kanser datang dari ovari puan. Ada ketumbuhan pada kedua-dua belah ovari puan” terang doktor
pakar sakit puan sebentar tadi. Aku memandang wajah suamiku di sebelah. Aku dan suami beredar
dari klinik pakar sakit puan KPJ dan diminta untuk dipindahkan ke hospital yang mempunyai pakar
onkologi.

Aku keluar dari bilik doktor dengan linangan air mata. Bermacam-macam persoalan timbul dari
benak fikiran. Macam mana dengan keluarga, anak, Ph.D yang masih berbaki. Ya Allah apa yang
perlu aku lakukan saat ini. Aku memandang wajah suamiku. Aku berbisik lembut “ abang, saya
teringin nak anak lagi tapi tadi daktor bagi tahu yang saya kena kanser. Apa yang patut saya buat?
Macam mana dengan kerja saya, pengajian saya? Adakah saya ada peluang untuk terus hidup?”
soalku dengan linangan air mata. Dia terdiam seketika dan membalas dengan jawapan yang agak
ringkas “Doa pada Allah semoga cepat sembuh. Tiada daya dan upaya semuanya atas izin Allah”.
Terang suamiku dengan agak tenang.

Aku terdiam dan cuba untuk tenang. Kembali ke wad dalam keadaan serabut dalam menerima
takdir dan bersedia untuk meneruskan rawatan. Malam itu mata ku tidak boleh dipejam walaupun
ku cuba pejam erat. Perasaan risau menjadikan aku tidak boleh tidur sepanjang malam di wad.
Hati memikirkan apa yang perlu aku lalui selepas ini. Adakah aku diberi peluang untuk aku terus
hidup. Aku membuka surah yassin yang ku bawa tadi untuk menenangkan hati yang berkecamuk.
Aku membaca zikir-zikir yang terkandung dalam buku itu dengan linangan air mata. Mohon
diberikan Allah ketenangan dalam menghadapi ujian. Dr yang merawat ku datang ke wad pada
pukul 5 pagi. Aku terkejut tetapi menerima sapaannya dengan tenang. “Azizah, awak macam
mana?” Dr Noraini menyapa. Aku menjawab, “Alhamdulillah, sedang cuba menenangkan diri”
balasku. “Macam ni Azizah, saya cadangkan dua orang pakar onkologi untuk awak pilih. Awak
boleh meneruskan rawatan dengan kemoterapi dan pembedahan. Awak perlu dirawat dengan
segera. Awak perlu faham yang menyembuhkan kita bukan kemoterapi atau pembedahan. Yang
menyembuhkan kita Allah SWT. Kita hanya perlu berusaha” terang Dr Noraini sambil
menunjukkan kad nama dua orang doktor yang dicadangkan.

Aku bersyukur ketika ini kerana ada jalan untuk meneruskan rawatan. Ramai lagi pesakit di luar
sana yang menemui jalan buntu untuk mendapatkan rawatan. Aku kembali muhasabah diri ketika
ini. Allah SWT telah mengurniakan aku kesihatan sepanjang umur 40 tahun kehidupanku. Baru
sehari Allah uji dengan kesakitan aku perlu berlapang dada dan bertenang dalam menerima ujian.
Ya Allah, ampunilah aku Ya Allah. Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau beri yang patut aku
syukuri.

45

Menghubungi penyelia
Aku memandang skrin komputer riba dengan pandangan kosong. Tesis ini kalau tidak sempat
hendak diselesaikan macam mana ya kataku dalam hati. Sayang pulak bila amanah tidak dapat
diselesaikan. Itu belum lagi memikirkan amalan yang akan dibawa ke akhirat yang tak seberapa.
Nak kata banyak bersedekah pun tidak, nak kata banyak solat sunat pun tak lah sebanyak mana dan
nak kata banyak berpuasa sunat pun tidak juga. Nak kata banyak memberi manfaat kepada orang
lain pun tak sebanyak mana. Ya Allah ampunkanlah hamba mu ini. Aku hambamu yang lemah.
Tiada daya dan upaya semua atas izin Mu Ya Allah. Hati ini merintih dan berdoa supaya
dipanjangkan umur dengan iman dan dikurniakan kesihatan, betul lah seperti yang selalu kita
dengar iaitu 5 perkara sebelum 5 perkara.

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima
perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya
sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk.
Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

Hadis ini merupakan satu peringatan dan tarbiah terbaik agar kita sentiasa berwaspada dengan
waktu kehidupan yang banyak cabarannya. Kehidupan kita sebenarnya adalah pada ketika ini,
jika kita memilih untuk bersedih, maka sedih lah kita. Jika kita memilih untuk bahagia, maka
bahagialah kita. Kita mempunyai kuasa untuk memilih. Aku sedar di ketika ini aku berasa sedih
dengan ujian yang perlu ditempuh tetapi aku memilih untuk menjadi orang yang paling bahagia
jadi aku perlu berpijak di bumi nyata. Aku perlu memaklumkan hal ini pada penyelia ku dengan
segera supaya kami bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal tiba.

“Hello Doktor Amir, boleh saya berbincang sebentar” pintaku pada penyelia melalui telefon.
“Boleh Azizah” Jawab penyeliaku ringkas. “Saya didapati menghidap kanser tahap tiga dan perlu
dirawat dengan segera. Saya tak tahu umur saya setakat mana dan saya risau tidak sempat
menyelesaikan penulisan. Sekiranya saya pergi dulu dijemput Illahi mohon maafkan segala dosa
saya selama saya menjadi pelajar. Doktor boleh tolong semakkan tesis yang saya hantar pada
minggu lepas kerana penulisan saya telah hampir selesai,” terangku dengan panjang lebar.
Penyeliaku terdiam agak lama kemudian cuba mencelah. “Azizah, syarat untuk mati bukan
kanser, sesiapa yang hidup tetap akan mati seperti yang tertulis di loh mahfuz lagi. Buang
perkataan mati, sakit, kanser, hidup tak lama dalam fikiran awak. Awak mesti cakap pada diri
awak yang awak mesti sembuh, boleh terus menulis, boleh menamatkan pengajian, boleh
memberi manfaat pada orang lain. Ramai yang tak sakit pun mati bila sampai masanya” terang
penyelia ku dengan tegas. Aku terkesima. Tak terfikir yang aku masih ada harapan untuk terus
hidup ketika itu. “jangan lupa bagi tahu tarikh pembedahan dan tarikh kemoterapi awak pada
saya supaya senang saya nak aturkan sesi viva awak” sambung penyeliaku dengan yakin. Aku
termenung seketika. Persediaan untuk viva dan persediaan rawatan kemoterapi serentak
memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Bolehkah aku lalui situasi ini setenang air di kali.

46

Meneruskan Penulisan Ketika Kemoterapi
Aku melangkah tenang pulang dari rawatan kemoterapi. Urat tangan membengkak dan sakit-sakit
seluruh badan mulai terasa. Lemah, lembik, longlai semua perasaan ada ketika itu. Al Maklumlah
bahan radioaktif masuk ke dalam badan dalam jumlah dos yang agak tinggi. Masuk hari kedua aku
mula rasa pening kepala dan berjalan agak terhoyong hayang. Pada waktu solat subuh, tiba-tiba
pengsan dan tidak sedarkan diri. Kulit pula mula mengeluarkan bintik-bintik yang agak gatal. Aku
telah pun di ingatkan dengan kesan-kesan kemo yang akan aku lalui. Aku pasrah asalkan segera
sembuh dan boleh meneruskan kehidupan.
Aku cuba membuka komputer riba pada suatu pagi untuk meneruskan penulisan. Sebelum itu aku
telah pun membaca kesan-kesan kemoterapi yang akan dilalui oleh pesakit. Antara kesan
kemoterapi boleh menjadikan pesakit lupa. Aku membaca bait-bait perkataan satu persatu. Ya
Allah macam mana aku dapat pengiraan statistik ini. Aku menangis kerana aku lupa dengan
segala penulisan penyelidikan yang telah aku lengkapkan. Aku cuba untuk kembali menulis.
Ketika itu baru aku perasan yang jari - jari tangan kebas dan tidak boleh menaip seperti dulu.
Kebas sehingga memegang barang pun boleh terlepas. “Ya Allah macam mana nak menaip ni”
kataku dalam hati.

Kaki dan tangan tidak sekuat dulu. Kaki cuba melangkah meniti anak tangga juga terasa berat.
Aku menangis ketika itu. “macam mana aku nak memandu kereta sedangkan melangkah pun aku
lemah” kata hatiku. “Sabar Azizah kerana setiap kesusahan itu ada kemudahan” kata hatiku lagi.
Aku teringat ayat indah dari Surah Ash-Syarh ayat 5-6 yang bermaksud.

“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap
kesukaran disertai kemudahan”.

[Ash-Syarh: 5-6]
Oleh itu, bersabarlah kerana Allah SWT bersama orang-orang yang sabar, yang “sukar” itu, pasti
ada kemanisan selepasnya. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melengkapkan kajian aku ini
dengan mudah Ya Allah.

Hikmah disebalik ujian
Aku memandang ke langit. Langit kelihatan pekat dan kelam. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Aku
termenung seketika memikirkan segala rawatan yang aku tempuh dan proses pengajian Ph.D yang
telah aku lalui. Aku dapat merasakan dengan ujian yang datang ada hikmah yang tersembunyi. Aku
mengenal erti redha. Aku mengerti tentang kekuasaan Mu ya Allah. Aku ini hamba Mu yang sangat
lemah ya Allah. Kerana sayangnya Allah pada kita ujian diturunkan supaya kita tidak meletakkan
cinta kita pada dunia. Maka beralih lah cinta kita pada akhirat yang lebih bermakna. Alhamdulillah.
Saat dunia terus mengejar, disaat itulah kita perlu belajar meninggalkannya. Lagi kita berlari, lagi
ia akan terus mengejar dan terus menggenggam. Ya Allah bantulah aku supaya aku dapat kekal di
jalanmu yang lurus. Supaya aku terus ingat dan tidak lupa yang tersangat indah senang menanti di
sana. Aminnnn, ya rabbal alamin.

47

THERE’S ALWAYS A LIGHT AT THE END OF THE TUNNEL:
MY PATH TO A Ph.D
By

DR. VIVEMARLYNE F. MUDIN
Lecturer, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

“THE ROAD LESS TRAVELLED”: FACING THE UNKNOWN
I recalled one of my favourite poem’s conclusion by Robert Frost:

Two roads diverged in a wood, and I-
I took the one less traveled by,

And that has made all the difference.

These lines briefly summarised my Ph.D journey. I had the courage and conviction to take the less
travelled route in order to achieve unparalleled happiness. I have many dreams, but pursuing a Ph.D
was not one of them. It never crossed my mind. Shortly after I completed my master’s degree from
UMS in 2012, the Hadiah Latihan Perseketuan (HLP) Scholarship was advertised. A good friend
told me about it and encouraged me to apply. However, I was not even bothered to look at the
advertisement. It was a week before the deadline that I finally decided to apply for the scholarship
to do my Ph.D overseas. Come December 2013, to my utmost happiness, I received good news that
I managed to get the HLP scholarship. I could not believe it since it was my first attempt.

My Ph.D journey began once I agreed to take the offer. I remembered applying for five different
universities and finally decided to choose the offer from University of East Anglia, Norwich,
United Kingdom (UK). I was asked to register on the 1st of July 2014. Within less than six months,
despite the challenges and struggles, I managed to prepare everything necessary before flying to
the UK. En route to Norwich, UK from Sabah was a 21 hours journey. I had to transit in Brunei
and Dubai. Once I arrived in London, I had to take another 5 hours bus journey to Norwich.
Norwich was the furthest I had ever lived alone and I knew no one here. However, I was optimistic,
positive, and determined. But at the same time I was also terrified and anxious.

When you set out on a journey, you expect to make steady progress and move forward. It is very
easy to strive towards the attainment of our goals and objectives when the oceans are calm and
nothing appears to be standing in our way. But sometimes the exact opposite happens. My Ph.D
journey was a bit longer than I expected, even though I planned to finish my Ph.D within 4 years.
Yes, sometimes in life things don’t go according to your plan. I believe a valid reason hides behind
everything that happens. Every disappointment is a snapshot which prevents you from making a
wrong choice, or even a worse choice. And it is something which will occasionally challenge you
to become a better version of yourself.

Navigating hurdles
Indeed, the journey to a Ph.D may not be as smooth as one would expect. There will be twists and
turns as well as unexpected obstacles. My first year was simultaneously slow and fast. I began my
Ph.D during the summer where most of the lecturers and post-graduate students were on holiday
break. The only task given by my supervisors was to read and complete the literature review.
Throughout that period, doing the literature review helped to answer some questions, posed new

48

questions and gave me a starting direction. I was so blessed, within a year I managed to complete
and presented my procedural paper. This was a compulsory process we had to go through in order
to be qualified as a Ph.D student and to be able to go for fieldwork.

My second year went by faster than the first. I was doing my data collection in my second year.
This was when the ‘real’ work actually began for me. It was a process of exploration and
experimentation, trying out different ways of doing things and carving out my own way. After
getting my ethical clearance, I was able to go back to Malaysia to collect my data. The main
challenges that I had during this stage was time constraint. I was only given three months for the
data collection process. Hence, I had to properly plan on how I would conduct my data collection.
Gathering participants was also one of the challenges. Initially, I planned to have five teachers as
my participants. However, only four head teachers responded and gave me permission to conduct
my study in their school. I was really happy with the responses I received until half way through
the data collection process, one of the teachers decided to withdraw from the study. I was really
disappointed but it didn’t stop me.

In my third year I began to analyse my data. It took me over a year to complete my data analysis.
There were a lot of setbacks and delays during this time, though I also managed to get a lot of work
done. This was also the year when I finally decided to get married. Most people believe that
marriage is in the middle of Ph.D. would be a terrible idea. However, for me it was one of the
greatest decisions I made in my life.

The fourth year was the writing stage. Personally, the writing stage was hard work and it may be
easier for some people, but it was very difficult for me. The main downside in my Ph.D journey
was that the more I focused on my writing, the less time I spent on many other things, including
my family. I became increasingly alienated and often did not pay for the time and energy that other
people put into nurturing their relationship with me. This was one of my biggest regrets. So, in
December 2017, I decided to go back to Malaysia and spend some quality time with my family.
Fortunately, at this time, all the substantive chapters of my thesis had been completed, and I only
had to write the discussion and concluding chapters.

By the end of December 2017, I was pregnant! Despite knowing that I was 4 weeks pregnant, in
early January 2018, I decided to go back to the UK, with the hope to complete the two remaining
chapters and submit my thesis. But just when I thought my Ph.D was heading in the right direction,
grief and hard times intensified. In February 2018, I experienced a devastating miscarriage and it
took my strength away. My miscarriage was so sudden and unexpected. I went in for a 12 week
ultrasound scan to be told that there was no heartbeat. I felt the world around me crumbled. The
entire experience was traumatising from the moment I knew my child was no longer living, seeing
so much blood, the unbearable cramps and the recovery period which reminds you every moment
that your body is eliminating a pregnancy.

For the first two weeks, I lost the will to do anything. Worried about my condition, my family asked
me to go back to Malaysia and so I did. My supervisors were extremely kind. They gave me the
time I needed to grieve. The submission date was also approaching but I was not making any
progress with the two chapters. To make things worse, I had to go back to Malaysia and report duty

49

on the 29th of June, 2018. Hence, my supervisors and I decided it would be best if I requested for a
6 months study extension. I was relieved when my extension of study was approved.

I found out in May, 2018 that I was pregnant again and it was easily one of the most amazing and
terrifying moments of my life. Fortunately, although my supervisors were very surprised with my
pregnancy, they were very supportive. The pregnancy added a further layer of complexity to the
things I needed to prioritise in my life. Both my Ph.D and my pregnancy was my main priority.
Thank God, I managed to complete my first draft before the baby was born. On 19 February, 2019,
we welcomed our daughter into the world. As I quickly came to realise, no books or manuals can
adequately prepare you for motherhood. Every time the baby was asleep at night, I took this time
to immerse myself in my thesis.

Journey towards the end of the tunnel: putting the pieces together
I submitted my final thesis for examination on the 30th of May, 2019, during my birthday! Given
my mental state at the time, I was quite sure the completed thesis was not the best I could give. But
I was physically, mentally and emotionally drained. For my viva, I flew back to UK. The viva
proved to be a challenging, but overall pleasant experience. As I thought going in, I passed the
viva with minor corrections.

Over the course of the next few weeks, I made the final corrections to the thesis and submitted
them to my examiners. In the evening of 27 February 2020, I received the confirmation that my
thesis corrections were approved. Over five years in the making, I have little doubt that no one was
more surprised than me to actually see the lights at the end of the tunnel. Although having a child
meant that I completed a year later than I would otherwise have done, I was happy and proud of
my achievements. The pain, sweat and tears were over.

Support is the key
Pursuing a Ph.D is a difficult task where you attempt to push the boundaries of knowledge and
commitment over a period of a few years. You may think the world revolves around you, but the
fact is that life will go on no matter what. The necessities of daily life are always there. At such
times, having supervisors and colleagues that can empathise with you and your situation is key.

I am lucky to have very good supervisors. Their support has been critical in helping me to balance
my commitments. They understood my role as a daughter, daughter-in-law, wife and mother. This
was especially important when I needed to make urgent trips home or when I was unable to send
my drafts on time. The ability to work well with them and share my struggles outside of the
academic realm allow them to support me better in times of need.

Even with understanding supervisors, a journey towards a Ph.D can still be a lonely journey. I
would be lying if I said otherwise. Faced with endless reading and writing, there will be times when
you doubt your capabilities or harbour thoughts of quitting. Fortunate and thankful that I had a
group of colleagues that constantly motivate each other. I think my Ph.D experience wouldn’t have
been so positive without them.

50

Expectations vs reality
I knew the road to a Ph.D would be bumpy. There were moments of despair and frustration as well
as many ups and downs. ‘Am I happy with the journey’?. Yes, I am! ‘Will I do anything different,
if given the opportunity’?. Yes, I will! However, I strongly believe that every path I took has led
to my learning and brought me to where I am today. I am glad I took the road less travelled by and
able to reach the end of the tunnel. Some of my takeaways from this journey is that I am more
resilient and resolute than I thought I was. I’ve also come to realise that the more you know, the
more you realise how little you know. ‘Will I recommend this journey’?. Now that you have a
flavour of what was involved, I leave it to you to determine for yourself. For those who are
struggling with the Ph.D journey, be comforted that you are not alone… there’s always a light at
the end of the tunnel!

51

PAHIT MANIS AKHIRNYA
Oleh

DR. ROZIAH BINTI RUSDIN
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

Sejujurnya tidak pernah terfikir bahawa diri ini telah bergelar seorang Doktor Falsafah. Jika saya
merenung kembali perjalanan Ph.D ini terlalu banyak pengalaman, pengajaran, kenangan manis
dan pahit serta pengorbanan yang telah saya hadapi dan lalui. Saya bermula dari seorang Guru
Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) pada 1996 dan berjaya menamatkan Diploma Perguruan Malaysia
pada 2005 secara Kursus Dalam Cuti (KDC). Bermula dari titik itu, perspektif saya berubah dalam
mencari ilmu yang mana saya perlu buktikan bahawa bekerja bukanlah penghalang dalam
menuntut ilmu dan menggapai cita-cita. Bersama rakan-rakan guru lain saya berjaya memperoleh
Ijazah Muda Sains pada tahun 2010 secara PJJ dari USM, Pulau Pinang. Setahun berehat kemudian,
keinginan untuk memegang Ijazah Sarjana berkobar-kobar ditambah lagi dengan sokongan rakan-
rakan sekerja yang turut bersama-sama belajar secara separuh masa di UMS cawangan Tawau. Sijil
Ijazah Sarjana akhirnya menjadi milik saya pada tahun 2013.

Selepas mendapat Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Pendidikan, berlakulah satu peristiwa yang
hampir-hampir membuat saya berputus asa dengan hidup, perpecahan sebuah keluarga kecil saya
selama 15 tahun bersama hampir membuatkan saya tidak terfikir untuk kembali belajar lagi.
Namun, saya sedar saya harus bangkit, kesakitan itu perlu saya gantikan dengan sesuatu kejayaan
agar saya tidak meratapi kemusnahan lalu. Maka bertitik tolak dari itu, bermulalah perjalanan saya
untuk menggapai Ijazah Doktor Falsafah.

Bersama seorang rakan guru dari sekolah yang sama, kami bersama-sama memohon Ph.D melalui
Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) KPM secara separuh masa. Rezeki menyebelahi rakan saya
namun tidak bagi saya. Namun saya tetap mendaftarkan diri sebagai pelajar Ph.D lewat satu
semester dari rakan saya dengan menggunakan yuran pengajian dibiayai oleh diri sendiri. Saya
tidak berputus asa dalam tahun yang sama saya memohon lagi HLP untuk pengajian sepenuh masa,
ya memang saya berjaya tapi bukan dalam bidang yang saya ingini dan setelah merayu untuk
menukar bidang penyelidikan dari pihak KPM namun gagal, akhirnya saya terpaksa menolak
tawaran HLP ini. Bukan rezeki saya untuk kali kedua untuk merasa dibiayai oleh KPM.

Selepas itu, saya tidak mahu lagi berfikir mengenai beban kewangan untuk membayar yuran
pengajian. Saya mengambil langkah dengan merancang dan mengambil langkah yang bijak dalam
mengatur kewangan agar saya dapat membayar yuran pengajian setiap semester. Di UMS saya
memilih Prof. Madya Dr. Said bin Ambotang sebagai Penyelia saya. Beliau merupakan pensyarah
yang saya kenali dan pernah mengajar saya semasa saya mengambil Ijazah Sarjana di UMS
cawangan Tawau. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman, mempunyai kepakaran dalam
bidangnya, mesra dengan pelajar dan seorang yang sentiasa positif dan selalu memotivasikan
pelajar.

Di bawah bimbingan beliau, kami mempunyai satu kumpulan ‘telegram’ yang terdiri daripada
pelajar Ph.D dan pelajar Ijazah Sarjana dibawah penyeliaan beliau. Pelajar-pelajar dibawah seliaan
Prof. Madya Dr.Said terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan dan dari semester yang
berbeza. Saya boleh katakan tulang belakang serta rujukan saya menyiapkan Ph.D saya ialah kerana

52

adanya kumpulan ini yang ahlinya seramai 15 orang pelajar. Kekuatan kumpulan Ph.D ini terletak
pada sokongan yang kuat daripada rakan-rakan pada kala saya hilang arah dan semangat semasa
menyiapkan pneyelidikan.

Selain perkongsian ilmu, setiap semester kami akan mengadakan kolokium dan membentangkan
setiap kemajuan dalam penyelidikan kami. Semasa pembentangan rakan-rakan yang lain akan
berkongsi pendapat dan memberi pandangan untuk penambahbaikan penyelidikan kami. Dengan
demikian penyelidikan kami semakin berkembang dan berkualiti. Setiap tahun pelajar dibawah
seliaan beliau, sekurang-kurangnya empat orang graduan dapat menamatkan Ijazah Sarjana
ataupun Ph.D. Ini membuktikan bahawa ‘team work’ adalah sangat penting kerana sekiranya
penyelidikan itu dilakukan secara bersendirian kita akan berasa sunyi dan kekurangan bimbingan,
motivasi serta perkongsian ilmu yang boleh mempengaruhi kita dalam menyiapkan penyelidikan.

Berbalik kepada kisah saya, saya bernasib baik dapat bertukar sekolah mengajar ke Kota Kinabalu
iaitu SMK SANZAC dari SMK Agaseh, Lahad Datu pada hujung Julai 2016. Ini membuatkan saya
bersemangat menyiapkan penyelidikan saya kerana mudah berjumpa dengan penyelia dan rakan-
rakan. Selain itu perpindahan ini memudahkan saya berurusan di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
untuk mendapatkan data-data penyelidikan saya. Disebalik itu, perpindahan tempat bertugas ini
juga mengundang masalah lain. Tempat bekerja dahulu terletak tidak jauh dari rumah saya dan
tidak mengalami kesesakan lalu lintas. Di SMK SANZAC, saya mengajar sidang petang dan masa
pulang ialah 5.50 petang. Kawasan tempat tinggal saya ialah UUC, Telipok iaitu 20 km dari sekolah
tempat saya mengajar. Oleh kerana kesesakan yang teruk setiap hari semasa pulang yang
mengambil masa satu hingga dua jam hinggakan saya sampai ke rumah setiap hari hampir jam
7.30 malam. Keadaan ini membuatkan saya hidup dalam tekanan dalam tahun pertama berpindah
kerana penat dengan kesesakan lalu lintas ditambah melakukan aktiviti pengajaran di sekolah, ini
tidak mengambilkira lagi tugas saya menyiapkan penyelidikan saya. Walaupun demikian, semakin
hari saya beransur-ansur dapat menyesuaikan diri dan mengatur masa untuk diri, kerja dan
penyelidikan saya, Alhamdulillah.

Melalui ‘Proposal Depend’, ‘Praviva’ dan ‘Viva Voce’ banyak mengajar saya memperbaiki diri
dalam menyiapkan penyelidikan. Teringat kata keramat penyelia bahawa ‘semua ini adalah proses
yang perlu dilalui untuk pembelajaran’. Dalam melalui proses-proses tersebut juga, saya telah
melalui masalah kesihatan sehingga terpaksa di tahan di Hospital Likas. Alhamdullilah tidak ada
masalah kesihatan yang serius tetapi Doktor berpesan supaya tidak banyak berfikir dan ‘stressed’.

Perkara yang sangat mencabar sepanjang menyiapkan penyelidikan saya ini ialah selepas selesai
melakukan viva voce pada 18 Julai 2019. Untuk melayakkan saya bergraduasi pada konvokesyen
yang diadakan pada bulan November 2019 maka saya mepunyai masa yang sangat terhad iaitu tiga
bulan untuk membuat pembetulan atas penyelidikan saya sebelum diperakukan oleh pihak UMS
dan dibukukan. Pada masa ini lah saya rasa tidak cukup nafas dan setiap hari adalah sangat pendek
bagi saya. Yang paling mencabar bagi saya ialah menambah baik dapatan analisis yang berkaitan
Model SEM (Structural Equation Modelling) dan menyusun serta menambah baik bibliografi.
Dalam masa tiga bulan itu lebih kurang enam kali pembetulan dibuat dan akhirnya diterima secara
rasmi. Saat ini hanya Tuhan yang tahu betapa bahagianya setelah semua selesai seperti beban
seberat gunung kinabalu telah diangkat dari atas bahu saya. Alhamdulillah, alhamdulillah itu sahaja
saya mampu ucapkan.

53

Akhirnya tepat 13 November 2019, terpatrilah tarikh saya menerima segulung Ijazah Kedoktoran
di atas pentas UMS pada Majlis konvokesyen UMS Ke-21. Saya amat bertuah kerana konvokesyen
kali ini pandemik COVID-19 belum lagi menular ke dalam negara pada masa itu. Namun bagi
graduan yang telah menamatkan pengajian pada tahun 2020 mereka tidak berpeluang menghadiri
majlis konvokesyen pada tahun itu kerana bermula tahun 2020 konvokesyen secara fizikal telah
ditangguhkan kerana penularan pandemik COVID-19.
Sehingga kini, saya masih tidak dapat mempercayai saya berjaya mencapai perkara yang mustahil
yang dahulu saya rasakan saya hanya mampu bermimpi mendapatkannya. Saya dapat
membuktikan dan mencabar diri saya sendiri bahawa sesuatu perkara tidak perlu alasan untuk
mencapainya tetapi usaha dan kerja keras ialah kuncinya. Saya juga berpegang kepada prinsip
“Kalau orang lain boleh kenapa saya tidak?” Dalam mengejar impian ini juga, saya tidak mahu
melihat cabaran dan kesukaran menjadi halangan dan saya telah menetapkan bahawa saya perlu
“graduate on time” kerana saya tidak mahu membazirkan duit saya sendiri sekiranya saya
menangguh atau menambah semester pengajian.
Disini dapat saya simpulkan, perjalanan Ph.D ini walaupun penuh ranjau dan onak diri namun
apabila anda sudah berjaya memegang segulung Ijazah Kedoktoran akan hilanglah segala
kepahitan yang pernah dilalui dan akan wujudnya pelangi-pelangi indah yang pasti membuatkan
kita tersenyum dan bangga dengan keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Yang pastinya, janganlah
berputus asa dan sentiasa menanam sifat tidak mudah mengalah demi mencapai keinginan dan cita-
cita hidup. Sekian.

54

DREAM I HAD
By

DR. KANAKAMBAL VELUSAMY
Lecturer, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh

The scenic view that caught my eyes each time I passed by this university is the main reason why
I was adamant to continue my journey in obtaining another three scrolls. The grand bold letters on
the spectacular lush grass made me dream, a dream with uncertainties. “You have to dream before
your dreams can come true,” said Abdul Kalam, the 11th President of India. “You are the creator
of your own destiny,” wrote Swami Vivekananda, the chief disciple of the 19th-century Indian
mystic Ramakrishna. Little did I know that when your mind is packed with A DREAM that your
eyes have seen, it is a destiny you can achieve, if you keep dreaming positively!

I was not an academically brilliant student in school. However, I was good in my spoken skills, in
both Bahasa Malaysia and English languages. I have always been confident in delivering my
thoughts and ideas spontaneously. That was probably a plus point in my career too.

Everything about studies was a bit late for me but I pursued it. I was a senior (by age) when I
entered the Teacher Education College in Kota Baru, Kelantan. It was a splendid experience
studying in Kelantan as everything was beautiful; the people, the lecturers, my college mates etc. I
obtained my Teacher Training Certificate with flying colours at the age of 25. After nine years, I
pursued my first degree and that too, after getting married and having two children in 1998. It was
a painstaking experience. The bus travels, the family commitment, the money issues etc. were
matters of concern. In spite of all that, I persevered because I was able to pursue my studies in the
university that I dreamt of when I was younger. God has his ways to guide us if we are persistent
with our dreams.

"As you start to walk on the way, the way appears," wrote Rumi, the 13th-century Persian poet. I
obtained my B.A.(Hons.)ELLS and M.A.(TESOL) in University Science Malaysia (USM),
Penang. I encountered many hurdles and lost many family members in that phase of time during
my studies. I travelled the challenges though! Surprisingly I did pretty well while pursuing my
masters. I would say my best ever results in my entire field where studies is concerned. “A bend in
the road is not the end of the road…Unless you fail to make the turn,” is a great saying by Helen
Keller. My roads were often bent in the journey to obtain those two scrolls. It was tough yet I
endured it with the support of my husband. And Yes, it was because I continued dreaming!

The toughest journey to fulfill my dream was in completing my Ph.D. We may have read and heard
many versions of stories on how people went through struggles to achieve their success, especially
while pursuing their Ph.D. Mine is no more different than theirs! But there’s always a twist in
everyone’s story, right?

“Life is never fair, and perhaps it is a good thing for most of us that it is not,” wrote Oscar Wilde.
True enough! Since it’s not fair, it gave me the opportunity. It gave me a step forward to continue
my destiny. And I guess, it was faith. When I received the interview letter for the HLP scholarship,
I was elated. That means the study fees will be taken care of. I was quite confident that I would

55

easily get through the interview which I did even though I was unable to answer the interviewers’
statistical questions. Luck, I would say!

Commitment is the key to anyone who pursues his/her Ph.D. I was extremely committed in the first
2 years. I spent a lot of time reading journals in the Institute library but it took me nowhere because
I was alone. I had no reading friends or colleagues. It was a lonely journey. You see, when you
travel alone, you enjoy it only spiritually! Higher learning education needs partnership and
companionship, as it indulges in practicality. Later I ventured, by joining one of the University’s
Association, PERSILA. I would say, I was quite an active member. I met many students from
different states and countries. We conducted colloquiums, seminars and symposiums. But that did
not lead me to completing my studies. I was merely having fun. I watched some of my good friends
completing their viva and I was still at the starting point. I even helped my supervisor in a grant
study but I was still at the starting point!

Finally I managed to present my proposal. It was a tough one. After defending my proposal, I was
super active to proceed with my corrections. It was not that easy though as the workload was piling
up. In addition, my children were sitting for their major exams. It was an excuse for me to divert
my attention from my studies. I became ‘lazy’ and left my studies for another year. And trust me,
time flew fast. Every time when I return to my Chapters, I tend to read them from the beginning
and that takes up a lot of my time revising rather than proceeding. My referencing skills were
atrocious. I did everything manually. It was not appropriate at all.

2013 came with a stroke of health problems for me. I was diagnosed with multiple fibrosis which
was quite fatal. I survived though. I was a bit frail and sickly after the operation. I decided to take
off from my studies for two years. That was again another excuse for me to delay my studies. My
Chapters were lying dead! Very soon I realised my children were pursuing their higher education.
And I seem to be still at the starting point! At times they would ridicule my perseverance. I felt
hurt!

“It does not matter how slowly you go as long as you do not stop,” Confucius has mentioned. It
was a motivating quote for me at that moment. I picked up my guts and proceeded with my data
collection. I collected my data easily as there were many kind souls who helped me with it.
Sometimes when I pass my questionnaires to one teacher, she would help me to pass them to many
others. The schools that I visited to conduct my questionnaires had very pleasant administrators
who willingly helped me without any questions or doubts. I felt blessed.

I continued with my chapters with the help of my husband and children. My husband had spent
many sleepless nights sorting out the statistics for my research. He was my backbone the entire
time. Time flies at a speed. Sometimes it was ‘tired’ listening to colleagues and friends who
question, “Have you completed your studies?” “When is your viva?” I was not completely ready
for my viva but I had to do it because my term was coming to an end. My external examiners were
kind and helpful with their questions. My internal examiner, a Chinese lady Professor, was very
detailed. I owe her a BIG THANK YOU as she was very thorough with my thesis. She practically
corrected every page of my thesis. I felt doomed after reading her comments but that helped me to
complete my thesis within the stipulated time. However, after completing the correction, we need

56

to get the signature of the examiners and supervisors for approval before the submission of the
hardbound. My misery started once again. One of my internal examiners had travelled to London
and the other supervisor to Mauritus. My days were numbered! With God’s grace, I managed to
get all the approval. The waiting was a nightmare! Finally my Dean had to endorse my thesis.
Unluckily I was unable to get hold of him for a few days due to his tight schedule. That was again
another terrifying experience!
All the travelling to and fro to the university are the days that I will never forget in this journey to
obtain my last scroll! Anyway, I managed to get the endorsement from my dean, whom I had been
acquainted with during my days as a PERSILA committee member. I managed to submit my final
copies of the thesis to the School of Postgraduate Students just two days before my term of studies
ended. “It always seems impossible until it's done,” is one of the quotes by Nelson Mandela which
I will never forget. That quote rang in my ears as I walked down the stairs on that glorious day after
the submission. All the pressure, burden, pain and heavy heart beats seemed to leave my body
blissfully that day as I walked down the stairs. Convocation came a year later. “I am a slow walker,
but I never walk back,” the sixteenth President of the United States, Abraham Lincoln had once
said and I proved that. “Life is a journey, not a destination.” - Ralph Waldo Emerson

57

BERDAYUNG BERSAMA BIARLAH KARAM PUN BERSAMA
Oleh

DR. MOHD JIM BIN HAMZAH
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Kampus Ilmu Khas

Usai mengikuti pengajian sarjanaku dalam bidang Pendidikan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak pada tahun 2011, aku
menarik nafas lega seketika setelah selesai bergraduasi. Rasanya keletihan dan kelelahan memikul
beban selama tiga tahun itu belum pernah sirna dari minda dan jiwaku. Pahit getirku mengharungi
ranjau dan duri sepanjang mengikuti pengajian sarjana telah memahatkan erti ‘serik’ dalam jiwaku
apabila seorang demi seorang rakan yang kuharapkan dapat menemaniku hingga ke garisan
penamat kecundang seorang demi seorang sehingga aku ditinggalkan sendirian berdayung dengan
sisa-sisa kudrat yang tinggal membelah gelombang yang tidak pernah jemu membadai. Akhirnya,
setelah berjaya sampai ke pantai graduasi, aku menarik nafas panjang dengan penuh kesyukuran
kerana aku tidak pernah mengalah dengan waktu.

Dua tahun aku mengambil masa mengumpul azam dan kekuatan untuk menjejakkan semula kakiku
ke pantai ilmu menanti pula gelora dan gelombang doktor falsafah menghentak mindaku, memulas
waktuku dan membadai harapanku. Tersungkurkah aku nanti atau aku masih mampu tegak berdiri?
Sewaktu melahirkan hasratku kepada isteri tersayang, isteriku hanya memandang dengan
tersenyum kerana dia amat mengerti betapa getirnya aku mengharungi era sarjanaku kerana bangun
seawal jam 2.00 pagi setiap hari melayan tugasan demi tugasan sehingga jam 6.00 pagi kemudian
usai solat subuh bergegas pula bertugas di pejabat menunaikan pula tanggung jawabku sebagai
penolong pengarah, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Itulah rutinku
setiap hari yang kuulang-ulangi tanpa jemu sehingga tanganku mampu menggenggam segulung
ijazah sarjana. Kata isteriku, aku harus mengharungi gelora doktor falsafah ini sendirian seperti
sebelumnya kerana dia tidak mampu untuk membantu. Hanya doa dan restunya sahaja yang mampu
menemaniku hingga ke akhir perjalanan pengajianku. Kata-katanya itu membuatkan aku
termenung panjang. Aku tidak pernah mahu memohon biasiswa atau memohon cuti belajar kerana
aku senang sekali menyantuni pengajianku secara separuh masa tanpa terikat dengan apa-apa
syarat.

Suatu hari dalam tahun 2012, aku menghadiri Kongres Pengubatan Islam Nusantara di Universiti
Malaya kerana setelah selesai menamatkan pengajian sarjanaku, aku berminat meneroka ilmu
pengubatan Islam bersama sahabat karibku. Aku mula mendampingi Darussyifa’ di Bangi,
Selangor dan mengikuti pengajian di situ selama setahun. Dalam kongres tersebut aku telah
berkenalan dengan Dr. Mahyuddin bin Ismail, pengarah pusat Islam, Univerisiti Malaysia Pahang
(UMP) yang telah menggegarkan negara dengan karya beraninya, “Ahli Sihir ke Tali Gantung”.
Setelah berbincang seketika, aku terus ditawarkan untuk meneruskan pengajian doktor falsafah di
bawah seliaan beliau dalam bidang Teknologi Kemanusiaan di UMP. Menurut beliau, usaha sedang
dibuat oleh beliau untuk mencari pelajar-pelajar doktor falsafah yang mampu menjalankan kajian
dan membantunya membuktikan kewujudan sihir di mahkamah supaya undang-undang sihir ini
dapat ditegakkan di Malaysia dan ahli sihir mendapat hukuman yang setimpal terhadap perbuatan
syirik dan kejinya itu.

58

Usaha Dr. Mahyudddin ini telah berjaya mengumpulkan lapan orang calon pelajar doktor falsafah.
Dua kali pertemuan telah diadakan di Shah Alam untuk membincangkan bidang kajian masing-
masing. Walau bagaimanapun, hanya aku dan seorang hakim, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri
Selangor sahaja yang sanggup meneruskan kajian kami dan berazam mendaftar pengajian doktor
falsafah di UMP pada tahun 2013 manakala enam orang yang lain menarik diri. Maka bermulah
liku-liku hidupku bergelar pelajar doktor falsafah di UMP dengan berbekalkan ketabahan dan
pengalaman sewaktu mengharungi gelora dan badai era sarjana dahulu.

Tahun pertama aku bergelar pelajar doktor falsafah menyaksikan bahawa pengajian peringkat
sarjana dan doktor falsafah itu sangat berbeza. Lebih-lebih lagi bentuk pengajian yang kupilih
adalah pengajian dalam mod tesis tanpa kerja kursus dan peperiksaan. Iklim pengajian itu sangat
berbeza dan hanya ketabahan di peringkat sarjana sahaja yang mampu kusandarkan menemani
perjalanan pengajianku pada waktu itu. Lebih merumitkan lagi ialah bidang kajian yang kupilih
ini terlalu sedikit penyelidiknya dan hampir tiada rujukan yang dapat memandu untuk
melaksanakan kajianku. Maka berlakulah pertukaran tajuk tesis beberapa kali dan sepanjang
setahun itu hampir tiada progres langsung pengajianku melainkan mencari tajuk tesis yang sesuai.
Keadaan ini sebenarnya menyebabkan hubungan aku dengan kenalan pengajian doktor falsafahku
iaitu hakim mahkamah syariah di Klang itu semakin rapat kerana setiap kali menemui jalan buntu
maka kami akan bertemu dan berbincang sehinggakan rumahku menjadi rumah keduanya. Tidur
baring, makan minum, mendengus, mengeluh, berdengkur, melepaskan perasaan semuanya
berlaku di rumahku. Ada kalanya kami menghabiskan masa kami berhari-hari di masjid dan
perpustakaan UMP demi mendapatkan petunjuk dan jalan keluar untuk menyelesaikan masalah
kami. Kami tidak pernah berputus asa berdoa mohon petunjuk dari Allah moga perjalanan doktor
falsafah kami ini dipermudahkan.

Tahun kedua, aku berjaya menyiapkan proposalku pada bulan April 2014 dan aku berjaya lulus
semasa pembentangan mempertahankan proposalku pada bulan Mei 2014. Ini bermakna aku sudah
memperoleh lampu hijau untuk menggerakkan dan meneruskan kajianku. Walau bagaimanapun,
sahabat sepengajianku masih belum mampu menyudahkan proposalnya. Maka aku berhempas-
pulas pula membantunya siang dan malam untuk menyempurnakan proposalnya. Aku ketepiku
dahulu kajianku sehingga selesai aku membantu sahabatku ini menyempurnakan proposalnya.
Bagiku adat berkawan dan berjuang ini biar berdayung bersama dan karam pun bersama.
Meninggalkan sahabat seperjuangan di belakang akan menyanggah prinsip hidupku. Boleh
dikatakan sepanjang pengajian, sebenarnya kami menyempurnakan tesis kami bersama-sama.
Saling bekerjasama mencari rujukan, menentukan metodologi kajian, membina instrumen,
mengutip dan menganalisis data bersama-sama untuk kedua-dua kajian kami. Kesannya, kami
mula arif dengan kedua-dua kajian kami kerana kami melaksanakannya bersama-sama. Akhirnya
pada tahun ketiga, sahabatku lulus dalam mempertahankan proposalnya pada bulan Disember
2015.

Bab metodologi kajian merupakan bab yang paling sukar dalam menyempurnakan tesisku. Aku
perlu memahami kedua-dua pendekatan kajian iaitu pendekatan kuantitatif dan kualitatif kerana
aku memilih pendekatan gabungan (mixed method) dalam melaksanakan kajianku. Aku
menghadapi masalah untuk memahami prosedur kajian bagi kedua-dua pendekatan kajian ini.
Walau bagaimanapun, aku mula menelaah sendirian dan bertanya kawan-kawan. Hasilnya
kekeliruan demi kekeliruan menerjah minda pada waktu itu. Cuma aku belum pernah jemu berdoa

59

dan mohon petunjuk Allah. Suatu hari, aku menerima surat pertukaran dari Lembaga Peperiksaan
ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Sebagai penjawat awam aku reda
sahaja ke mana aku dihantar bertugas. Sesampai di IPGKIK pada bulan Jun 2014, aku ditempatkan
di Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Profesionalisme Keguruan. Rupanya inilah jalan yang Allah
bentangkan untukku agar aku dapat meneruskan perjuangan dalam pengajianku. Aku mendapat
tunjuk ajar dan bimbingan daripada rakan-rakan sejawatku yang sudah bergelar doktor di jabatan
tersebut khususnya Dr. Ismail bin Raduan. Bab metodologi yang menakutkanku dulu sekarang
sudah boleh kuhadamkan dengan baik.

Pada bulan Januari 2015 bermula pula dugaan baru dalam sejarah perjalanan pengajian
kedoktoranku apabila isteriku seorang pegawai imigresen di Putrajaya diarahkan bertugas sebagai
penolong atase di Konsulat Jeneral Malaysia di Shanghai, China selama tiga tahun. Jarak ribuan
batu dari negara sendiri pula kali ini menjadi kerikil-kerikil tajam menghampiri perjalanan
pengajian kedoktoranku. Aku berkorban dengan memohon cuti tanpa gaji selama tiga tahun untuk
menemani isteriku ke Shanghai. Aku sedar kekangan belajar yang akan aku hadapi di sana
khususnya dalam membuat rujukan. Aku membawa bersama-samaku 10 kotak besar buku-buku
rujukan yang telah kubeli dan kukumpulkan bagi membolehkan aku menelaah di Shanghai nanti.

Semasa di Shanghai, aku meneruskan pengajianku dan berhubung dengan penyeliaku melalui e-
mel dan aplikasi WhatsApp di samping aku terus mendapat bimbingan dan nasihat secara maya
daripada Dr. Ismail. Kejadian pelik yang sering berlaku kepadaku setiap kali aku menulis tesis di
Malaysia terus memburuku di Shanghai. Semasa di tanah air, setiap kali aku menulis tesis selepas
tengah malam, aku akan mendengar suara-suara halus berleter dengan bahasa yang tidak kufahami
kemudian telingaku akan dicuit-cuit dan sesekali dihembus-hembus perlahan. Apabila keadaan ini
berlaku, jantungku akan berdegup kencang dan bulu romaku akan meremang. Aku akan segera
memberhentikan kerja-kerja menulis tesisku. Mungkin inilah dugaan yang kuterima apabila cuba
mendedahkan rahsia makhluk halus ini kepada masyarakat. Ada makhluk yang berasa tidak senang
dan cuba menghalang usahaku. Kejadian pelik yang sama juga berlaku semasa aku di Shanghai.
Akhirnya aku membuat keputusan untuk tidak menulis tesis pada waktu malam lebih-lebih lagi
selepas tengah malam. Hampir setiap hari aku mengikuti isteriku ke pejabatnya di Konsulat Jeneral
Malaysia, Shanghai dan menulis tesisku di sana sepanjang waktu pejabat. Oleh kerana hubunganku
dengan ketua pejabat isteriku sangat rapat maka aku dibenarka menggunakan sebuah bilik kosong
di pejabat tersebut untuk menulis tesisku dan dibenarkan menggunakan semua kemudahan yang
ada seperti, komputer, printer, papan putih dan alat tulis.

Selama tiga tahun di Shanghai, aku menghabiskan kebanyakan masaku menulis tesis di pejabat
isteriku dan sepanjang tiga tahun tersebut aku akan pulang dua kali setahun untuk bertemu
penyeliaku dan mengutip data. Sahabat sepengajianku, hakim mahkamah syariah itu pernah
kuundang ke Shanghai dan kami menghabiskan masa selama dua minggu berbincang dan
memperbaiki penulisan tesisnya. Setiap kali aku pulang ke tanah air untuk bertemu penyelia dan
mengutip data, sahabatku ini tidak pernah jemu menemaniku dan sama-sama membantu mengutip
data. Aku tidak dapat menemaninya semasa pembentangan mempertahankan proposalnya kerana
aku berada di Shanghai tetapi aku sempat menemaninya semasa praviva tesisnya. Aku menjalani
pra viva tesisku pada bulan September 2020 manakala sahabatku itu pada bulan Disember 2020.
Akhirnya, setelah menempuh pelbagai rintangan dan cabaran serta berkat kecekalan, kesungguhan,
dan semangat setia kawan kami lulus pengajian ijazah kedoktoran kami pada tahun 2021 setelah

60

mengharungi tujuh tahun perjalanan berliku pengajian kami. Aku lulus pada bulan April 2021
manakala sahabatku pada bulan Mei 2021.
Pengajaran yang paling berharga sepanjang perjalananku mengharungi pengajian ijazah
kedoktoranku yang mudah-mudahan dapat menjadi pedoman buat semua pelajar kedoktoran yang
lain ialah Allah sentiasa membukakan jalan buat kita selagi kita yakin dengan pertolongan Allah.
Kita permudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan kita. Sentiasa
memperbetulkan niat kita iaitu belajar bukan untuk kemegahan dan kepentingan diri sendiri tetapi
kegigihan, kesabaran dan ketabahan kita menyambut, menarik, dan mengusung sahabat-sahabat
kita yang berjuang bersama-sama kita berjaya sampai ke puncak adalah satu kepuasan hidup
anugerah Allah yang tidak terhingga. Kita akan melihat betapa tangis, tawa dan senyum sahabat
kita itu akan sentiasa mekar menghiasi ruang hati kita yang harumnya semerbak mewangi hingga
ke akhir usia. Menikmati kejayaan bersama-sama itu lebih bermakna berbanding berbangga dengan
kejayaan diri sendiri. Dengan niat untuk berjaya bersama-sama maka Allah memudahkan
pemahaman kita dalam pengajian dan sentiasa membuka jalan dan memudahkan urusan pengajian
kita. Kita berjaya bukan kerana hasil titik peluh kita sendiri semata-mata tetapi kerana keberkatan
dan keizinan daripada Allah.

61

WARNA DI SEBALIK SEKEPING IJAZAH
Oleh

DR. KAMISAH BINTI HJ. BUANG
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

Hasrat untuk menuntut ilmu sentiasa mekar di hati. Kata-kata Lukman Al-Hakim, ‘Tuntutlah ilmu.
Saat kamu miskin, ilmu itu akan menjadi hartamu. Saat kamu kaya, ilmu itu akan menjadi
perhiasanmu,’ selalu hadir dan meniupkan semangat.

Sebaik menamatkan pengajian Ijazah Sarjana pada tahun 2005, saya ditempatkan bertugas sebagai
Guru Prasekolah. Cabaran bermula sebaik mendaftar pengajian pada 2006. Saya berhadapan
dengan Guru Besar yang prejudis kepada saya, satu-satunya guru berIjazah Sarjana dengan amaran
supaya tidak mencampuri urusan berkaitan kewangan, dan pentadbiran Prasekolah di sekolah itu.
Dengan jiwa pendidik, saya teruskan tugas sebagai guru prasekolah. Pada masa yang sama,
permohonan kebenaran mengikuti pengajian tidak disokong oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan
Pelajaran Negeri. Tanpa rasa putus asa, saya terus turun naik ke JPNJ membuat rayuan. Lambat,
penat tetapi dapat. Permohonan saya disokong setelah rayuan yang kelapan.

Kata-kata Ilmuan terkenal Za’ba, ‘Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju?’
menyuntik kekuatan. Perumpamaan ini bermaksud sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa ilmu tentu
tidak akan sempurna. Ilmu pula tidak akan datang sendiri tanpa dicari, bak kata peribahasa ‘Yang
bulat tidak akan datang menggolek dan yang pipih tidak akan datang melayang,’ Justeru saya
melanjutkan mujahid ilmu demi kelangsungan kerjaya sebagai pendidik.

Peringkat memilih fokus kajian sudah mula memberi tekanan. Berbeza pendapat dengan Penyelia
kerana faktor kehendak yang tidak sama. Penyelia cenderung kepada penyelidikan tinjauan yang
melibatkan responden di seluruh negara. Saya sebagai pengkaji mahu menghasilkan sesuatu yang
boleh memberi sumbangan kepada generasi prasekolah di seluruh negara untuk tempoh yang lebih
lama.

“Saya tidak menolak cadangan YBhg. Pn Sri. Saya berpandangan, dapatan tinjauan itu nanti dalam
bentuk rumusan dan cadangan yang akan dibaca sekali atau apabila perlu dan kemudian tesis itu
akan menjadi hiasan di fakulti. Saya ingin menyumbangkan sesuatu yang bermakna. Saya ingin
membangunkan modul melalui kajian ini. Hasil kajian itu boleh digunakan untuk beberapa tahun
selepas saya bergraduat, boleh ditambah baik dan boleh membantu ramai anak-anak untuk belajar
membaca.” Justifikasi saya diterima oleh Penyelia dengan bersyarat.

“Pastikan minggu hadapan jumpa saya dengan proposal selengkapnya beserta model, rujukan,
kerangka teori, kerangka kajian dan draf modul.” Sehelai kertas dengan lakaran grafik yang kurang
jelas dihulurkan. Saya sahut cabaran demi sebaris tajuk kajian. Seminggu itu saya gunakan secara
optimum untuk perjuangan membuka langkah pertama. Usaha saya tidak sia-sia dan memulakan
kajian tanpa percanggahan pendapat dengan penyelia.

Dalam pembentangan proposal, pembaca kedua mencadangkan supaya skop kajian di fokuskan
kepada salah satu, sama ada pembangunan atau pengujian. Ulasan penilai yang bertubi-tubi dengan
bahasa yang mengguris hati, ditambah kritikan rakan-rakan sepengajian yang tidak membantu, saya

62

down dan frustated. Tamat sesi pembentangan, saya keluar dari dewan, lari masuk ke dalam kereta
dan menangis bagai anak kecil. Hati cedera teruk dan merajuk kepada proposal berminggu-minggu.
Mujur cepat sedar bahawa saya berhutang janji kepada diri sendiri. Saya bangkit dan murnikan
kertas cadangan seperti yang dicatat dalam ulasan.

“Apa nilai sumbangan saya jika membangunkan modul tanpa menguji isi kandungan dan
kesahannya? Jika memilih pengujian, modul siapa yang akan saya uji? Jika menguji modul
pengkaji lain, siapa yang akan mengambil tindakan untuk menambah baik atau melaksanakan
tindakan lanjutan?” perbincangan dengan penyelia berjalan dengan baik.

“Boleh teruskan dengan cadangan. Pastikan tidak gagal semasa viva nanti! Seorang pelajar di
bawah seliaan saya gagal dalam sesi viva yang lalu” Kepercayaan Penyelia dan cadangan
penambahbaikan beberapa aspek daripada pembaca kedua memberi keyakinan untuk saya
meneruskan dengan tajuk yang sudah dipersetujui.

Tahun pertama pengajian, persekitaran kerja sangat tidak suportif. Guru Besar meletakkan saya
sebagai guru relief sepenuh masa kerana beberapa kali memohon Cuti Rehat Khas dan Cuti Tanpa
Rekod untuk memenuhi skedul pengajian. Saya diminta menyerahkan Buku Persediaan Mengajar
kepada guru pengganti. ‘Saya Yang Menurut Perintah’ dan tugas guru relief saya laksanakan sebaik
mungkin dengan buku nota lima koyar sebagai buku persediaan.

Pendidik tetap pendidik. Saya gunakan peluang ini untuk untuk menjalankan Kajian Tindakan dan
melaksanakan intervensi di Kelas Pemulihan menggunakan draf Modul Intervensi Membaca
terhadap 24 orang murid Tahap 1 yang belum menguasai kemahiran membaca. Pada akhir kajian
itu, tujuh orang telah menguasai kemahiran membaca dan kembali mengikuti kelas normal di bilik
darjah masing-masing.

Fasa pembangunan modul membuat saya teruja dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkan
sesuatu yang terbaik sebagai kenangan. Pengalaman menulis, menambahbaik buku aktiviti kanak-
kanak di taska UKM dan ilmu sepanjang pengajian Ijazah Sarjana memudahkan proses
menghasilkan Modul Intervensi Membaca. Ini adalah peluang keemasan bagi saya.

Perjalanan untuk membangunkan modul ini menuntut saya menguasai kemahiran menggunakan
Adobe FotoShop, Adobe Ilustrator, belajar mengedit gambar dan memahami aspek-aspek grafik
yang lain. Modul Intervensi Membaca seratus halaman itu perlukan sekurang-kurangnya lapan
ratus ilustrasi yang berkualiti. Saya perlu membayar ilustrator bertauliah untuk merealisasikannya.
Kewangan menjadi cabaran yang paling besar untuk mengimbangi gaji DG41 dengan komitmen
bulanan, kos pengajian tanpa pembiaya dan kos pembangunan modul.

Hasan al-Basri berpesan, “Barang siapa belajar sesuatu semata-mata kerana Allah, mencari ilmu
yang ada bersama-samaNya, maka dia akan menang,” dan saya ingin menjadi salah seorang yang
menang itu. Dalam tempoh seminggu itu, rutin kehidupan berubah 360°. Mod pengajian separuh
masa menjadi seperti sepenuh masa. Mengorbankan masa rehat untuk diri dan masa santai
berhujung minggu tanpa mengabaikan komitmen kepada keluarga dan kerjaya.

63

Ilham tidak terpasak dalam fikiran tanpa kurniaan daripada Illahi. Yakin bahawa ilham dan idea
itu milik Allah yang tidak akan hinggap dalam pemikiran manusia tanpa izinNya. Kunci sabar
berusaha dan berdoa itu sentiasa saya pegang untuk menambah helaian demi helaian naskah modul.
Setiap pertambahan helaian menjadi terapi tanpa saya sedari. Tekanan untuk melengkapkan modul
memberi motivasi yang sangat sukar untuk dipercayai. Modul berwarna dengan ilustrasi itu
menjadikan saya bersemangat untuk cepat melihat kemenjadiannya.

Modul Intervensi Membaca siap seperti yang dirancang dan bermula fasa Ujian Keesahan. Urusan
Ujian Kesahan mudah dengan bantuan Unit Prasekolah di JPNJ. Analisis lengkap dan beralih
kepada memindahkan modul dalam bentuk teks kepada multimedia interaktif. Sekali lagi saya
perlukan pakar dalam pengautoran dan perlu sediakan sejumlah kos sebagai sagu hati senilai
dengan waktu kerja tambahan baginya. There is no shortcut to success. Betul! Perlu lalui semua
proses tanpa ada pilihan untuk sampai ke destinasi.

Tiba kepada pelaksanaan pengujian, saya benar-benar kehilangan punca. Reka bentuk Kajian
Kuasi-Eksperimen terlalu banyak keperluan yang harus dipenuhi. Prosedur Pra Ujian dan Ujian
Pasca serta ciri-ciri homogeneous perlu dipenuhi bagi seratus orang murid prasekolah yang terlibat.
Lebih mencabar apabila keputusan Ujian Pra tidak sama bagi semua kumpulan. Proses mencari
penyelesaian inilah sebenarnya pertambahan ilmu yang diluar jangka berlaku.

Fasa pengujian menjerat saya dalam dilema. Berhenti setakat ini atau meneruskan pengajian? Saya
tidak mampu menampung pelbagai kos termasuk perjalanan, penginapan, yuran dan kos percetakan
modul. Percetakan modul untuk proses test retest menuntut peruntukan kos yang tinggi. Budget
lari kerana melibatkan cetakan berwarna dan menjilid modul Jilid 1 dan Jilid 2 untuk lima puluh
orang murid prasekolah bagi ujian rintis dan pengujian sebenar.

Alang-alang berdakwat, biarlah hitam. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan. Saya sudah sampai di pertengahan perjuangan, dan tidak sanggup melihat usaha ini terhenti
sekerat jalan. Walaupun tidak berhutang kepada pembiaya, tetapi saya bertanggung jawab
menunaikan amanah kepada usaha sendiri. Saya perlu selesaikan hingga berjaya untuk menghargai
pengorbanan insan-insan di sekeliling. Yakin, rezeki itu milik Allah dan Allah yang mencukupkan
untuk hambaNya.

Perancangan umpama arkitek kepada pelaksanaan. Dalam semester keenam, saya melangkah ke
fasa memproses data. Sekali lagi langkah saya tersangkut. Kaku menghadap skrin paparan data
dalam Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Termenung. Tidak bertemu titik untuk
mula menulis Bab 4. Berhari-hari tanpa pertambahan dan statik dalam halaman Bab Dapatan.
Bekerja dan berinteraksi dengan nombor, memberi interpretasi dapatan Independent Sample t-Test,
Paired Sample t-Test dan Analysis of Covariance sangat meletihkan.

Saya terima kekurangan diri yang tidak menyerlah dalam kecerdasan Logik Matematik. Saya boleh
menulis dan menghujah fakta tetapi tidak berupaya menggunakan nombor secara berkesan. Proses
menganalisis data dalam bentuk min dan nombor, memberi interpretasi dan menghubung kait
antara prinsip sebab dan akibat, tergantung. Saya bimbang menghasilkan rumus yang salah. Saya
mengalami keletihan fizikal, emosi dan mental. Saya mula ragu, adakah saya salah membuat
keputusan melanjutkan pengajian? Adakah ini tanda awal kegagalan? Adakah saya sedang

64

menghampiri burnout? Akhirnya saya menghadiri kursus Analisis Data Menggunakan SPSS secara
berbayar sekali lagi sebagai penyelesaian.

Semasa merancang, saya tidak menjangkakan data yang begitu banyak daripada SPSS. Saya
bertemu jalan buntu. Inilah proses pembelajaran. Belajar bertenang dalam berhadapan situasi
mencabar, berkomunikasi dengan SPSS, memilih data yang paling perlu untuk dibincangkan serta
memilih maklumat yang paling relevan dan tepat dengan objektif kajian.

Emosi dan fikiran saya semakin penat. Namun, setiap kali memandang wajah permata hati saya,
semangat akan membara untuk menjadi role-model bagi mereka. Setiap kali rebah, saya teringat
hajat allahyarham ayahanda untuk melihat salah seorang daripada sebelas orang anaknya berjaya.
Lebih tidak mampu untuk saya berhadapan dengan wajah ibu yang selalu menitipkan restu. Segala
pengorbanan insan yang mendoakan, akan sia-sia jika saya berhenti setakat ini. Mereka adalah
sumber inspirasi yang menyalakan kekuatan dalam jiwa.

Syukur! Saya jatuh hati kepada penulisan Bab 5. Bab Perbincangan itu sesuai dengan kecerdasan
Verbal Linguistik yang Allah anugerahkan. Pelaporan kajian lengkap dan saya mendaftar untuk
viva pada semester ketujuh. Allah uji dengan perkara yang saya tidak suka iaitu menunggu. Kali
ini saya diuji untuk menunggu pihak universiti mendapatkan external reader selama tiga semester.
Penantian ini cukup menyiksa dan menguji kesabaran. Namun, saya tidak membiarkan waktu itu
berlalu percuma. Dalam tempoh menunggu, saya terus membaca laporan, menambah baik dan
memahami penemuan kajian. Pada semester kesepuluh saya viva dan lulus dengan pembetulan dan
bergraduat pada 24 September 2011 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Warna-warni perjalanan dalam pengajian, suka-duka, senyum dan air mata tidak dapat diceritakan
semua. Laluan pelbagai halangan untuk mendapatkan sekeping Ijazah Doktor Falsafah jauh lebih
mudah berbanding sesetengah rakan mahasiswa yang lain. Benar kata-kata mutiara ‘Ilmu yang
sejati seperti barang berharga, tidak akan diperoleh dengan mudah. Harus diusahakan, dipelajari,
difikirkan dan lebih daripada itu harus selalu disertai dengan doa’.

Syukur! Saya dapat menamatkan pengajian dalam tempoh lima tahun sambil mengutip pelbagai
warna pengalaman disamping menjalankan beberapa kajian di IPG. Saya juga merasai kenangan
manis menerima anugerah Guru Inovatif daripada PPD Kulai, Anugerah Hari Kualiti JPNJ dan
Hari Kualiti IPG. Tahun 2021 genap sepuluh tahun detik perjuangan getir yang sarat dengan
pengertian, yang memberi kesedaran tentang makna intipati pengorbanan itu berlalu.

Terima kasih Allah atas begitu banyak nikmat indahnya warna-warni dalam perjuangan dan
mempermudahkan pengajian. Dengan izin-Nya saya dapat menggapai satu-satunya reward untuk
diri sendiri yang orang lain tidak dapat hadiahkan. Semua ini mengingatkan saya kepada surah Ar-
Rahman ayat 13 yang bermaksud “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?”
Allah mengingatkan hambaNya melalui ayat ini yang diulang sebanyak 31 kali daripada
keseluruhan tujuh puluh lapan ayat dalam Surah Ar-Rahman. Semoga saya berada dalam kalangan
hamba-Nya yang selalu bersyukur. Aamiin.

65

SETEGUH GUNTONG KERIUNG
Oleh

DR. NORSIAH BINTI BAHARI
Pensyarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu

Alhamdullillah aku telah berjaya mendaftar program Pengajian Ijazah Kedoktoran di Pusat
Pensiswazahan UKM mengikut surat tawaran yang telah kuterima. Syukur kehadrat Ilahi kerana
aku telah diberikan peluang sekali lagi oleh Ilahi untuk melanjutkan pelajaranku ke peringkat yang
lebih tinggi setelah berjaya di dalam temuduga Hadiah Latihan Persekutuan Sepenuh masa Bergaji
Penuh. Ramai yang tidak menyangka bahawa aku sebagai seorang guru ditempatkan di Fakulti
Sains Teknologi(FST) dan bukannya di Fakulti Pendidikan. Ya. aku ditempatkan di FST kerana
aku mengambil program Biologi dan bukannya Pendidikan Biologi. Ada juga beberapa orang guru
yang senasib denganku yang diletakkan di fakulti yang selain Fakulti Pendidikan. Ini kerana kami
mengambil bidang selain bidang pendidikan.

Kini aku telah bergelar pelajar. Aku perlu menanggalkan semua ‘topi’ yang aku pakai sebelum ini.
‘Topi’ seorang pensyarah, ‘topi’ seorang ketua dan ‘topi’ beberapa jawatan yang lain yang pernah
aku sandang perlu aku ‘sangkutkan’ di luar pagar UKM. Kini aku perlu memakai ‘topi’ seorang
pelajar pula. Aku perlu ikhlas dan berusaha keras untuk memperoleh sebanyak mungkin ilmu yang
boleh aku genggam dan seterusnya menyelesaikan misi pengajianku. Itulah tekad dan azamku
saatku melangkah masuk ke UKM.

Pertemuan pertamaku sebagai seorang pelajar dengan penyelia pertamaku membawa kepada
banyak perbincangan berkenaan kajian. Perbincangan kami tidak menimbulkan banyak masalah
dan banyak kata sepakat diperolehi . Mungkin kerana kami telah mengenali sebelum ini. Penyelia
pertama ku merupakan penyelia ku semasa aku mengambil program sarjana di FST. Manakala
penyelia kedua ku pula merupakan pensyarah yang sudah tidak asing lagi padaku. Kami telah
menjadi seperti rakan. Walaupun demikian aku tetap menghormati dan menyanjungi mereka
berdua sebagai guruku dan aku tetap beradab sebagai seorang pelajar yang sentiasa dahagakan
ilmu, Tutur dan kata perlu dijaga supaya mereka redha menjadikan aku pelajarnya dan
menghalalkan ilmu yang dicurahkan kepadaku.

Perbincangan pertama dengan penyelia telah membuatkanku untuk berfikir beberapa cadangan
lokasi untuk aku jalankan penyelidikan. Cadangan ini perlu aku kemukakan kepada pensyarah
penyelia pertama dan keduaku semasa perjumpaan yang selanjutnya. Tempat pertama yang dipilih
tentulah berdekatan dengan rumahku dengan alasan untuk mengurangkan kos kajian dan
memudahkan aku mengambil data. Persisiran sungai Linggi merupakan tempat pertama yang aku
pilih untuk menjalankan kajian flora. Namun setelah pihak perhutanan Negeri Melaka menyatakan
soal keselamatan dengan membangkitkan isu buaya di sungai tersebut, menyebabkan aku perlu
mencari beberapa tempat alternatif yang lain. Walaupun demikian aku masih mendapatkan
beberapa info berkenaan persisiran sungai Linggi dan kajian yang pernah dilakukan di sana untuk
memudahkan perbincangan semasa perjumpaan dengan penyelia nanti.

Perjumpaan dengan penyelia kali ini menjadi lebih ‘panas dan hangat’ dengan perbincangan yang
berbentuk ilmiah. Lokasi dan topik kajian perlu ditentukan. Banyak fakta telah dibincangkan dari
pelbagai sudut. Akhirnya kami sepakat untuk mengadakan satu pendakian di Taman Negeri Endau

66

Rompin, Pahang sebagai tinjauan awal bagi mendapatkan maklumat awal lokasi kajian dan flora
yang terdapat di hutan tersebut. Selepas satu tarikh dipilih aku, penyelia pertama ku, pembantu
makmal UKM dan beberapa orang ranger hutan Rompin telah melakukan ekspedisi masuk ke
Taman Negeri Endau Rompin, Pahang dan membuat pendakian di sana.

Setelah ekspedisi pertama di TNER tersebut, pensyarah penyelia aku telah bersetuju untuk aku
melakukan kajian flora di dalam hutan tersebut. Maka satu kajian rintis telah dilakukan bagi
mencari data awal flora di TNER. Kajian rintis memakan masa selam empat hari kerana ia
melibatkan pembinaan plot dan pengumpulan spesimen flora. Mujur terdapat beberapa orang
pelajar siswazah di bawah seliaan penyelia yang sama sudi membantuku. Aku turut dibantu oleh
seorang pemanjat yang merupakan orang asli yang akan memanjat pokok bagi mengambil
spesimen dan seorang pembantu makmal yang akan membantuku mengumpul data. Aku bersyukur
kerana penyeliaku sudi ‘meminjamkan’ pembantu penyelidiknya semasa aku membuat kajian
tersebut. Namun upah pemanjat, tempat tinggal, makan dan minum mereka perlu aku tanggung.
Alhamdullillah dengan biasiswa yang aku dapat daripada kerajaan, dapat aku gunakan untuk
menampung kos tersebut.

Namun bagaimana dengan perbelanjaan bagi kajian yang seterusnya? Inilah yang menjadi
persoalan pada diri ku. Aku mula mencongak sumber kewangan yang aku ada dan perbelanjaan
yang perlu aku lakukan. Banyak juga kewangan yang perlu aku lakukan. Jika mengharapkan
biasiswa dan gaji mungkin tidak mencukupi untuk meneruskan perjuanganku. Mungkin mencukupi
jika aku ‘mengikat perut’. Kerisauan aku meningkat dan dalam pada masa yang sama cuba mencari
penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Perjumpaan dengan penyelia bagi membincangkan kajian dan tindakan yang seterusnya telah
membuka sedikit pengharapan bagiku untuk meneruskan kajian di TNER. Penyeliaku telah
menyarankan supaya memohon geran penyelidikan. Malaysia Toray Science Foundation (MTSF)
dan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) telah ku mohon dengan pertolongan penyeliaku.
Hanya doa dan harapan mengiringi semasa penghantaran permohonan tersebut. Alhamdulillah
setelah beberapa bulan aku menghantar permohonan, aku telah menerima khabar gembira bahawa
aku telah berjaya mendapat geran penyelidikan FRGS sebanyak RM50,000.00. Sumber kewangan
dari FRGS dan biasiswa telah banyak membantuku dalam penyelidikan dan pengajianku. Melalui
sumber kewangan tersebut juga dapat membantuku untuk membentang hasil kajianku didalam dan
di luar negeri. Pengalaman membantangkan kajian di Universiti Madinah adalah satu pengalaman
yang tidak akan aku lupakan sehingga ke hari ini.

Data adalah perkara yang tidak boleh dipisahkan dalam sesuatu penyelidikan. Tanpa data tiadalah
penyelidikan. Data dan penyelidikan umpama “isi dengan kuku’, tidak boleh dipisahkan. Begitu
juga dengan penyelidikan ku. Mengumpul data adalah satu cabaran bagiku. Aku perlu mengumpul
data pokok dari anak pokok yang bersaiz kecil hinggalah pokok dewasa yang bersaiz besar. Data
pokok dari jenis herba, renek, memanjat dan berkayu keras perlu aku ambil. Sampel tanah juga
perlu dikumpulkan. Sampel daun, bunga dan buah perlu dikutip dan diawet sebelum dibawa ke
makmal untuk dikeringkan dan dibuat pengecaman spesies. Aku perlu mengambil data sepanjang
rintis yang terdapat dari kaki Gunung Guntong Keriung hingga ke Padang Tujuh yang terdapat di
TNER. Semua ini menuntut aku untuk bermalam di hutan dalam jangkamasa empat hingga hari
bagi setiap kunjungan ku ke TNER untuk mengumpul data. Kunjungan telah dilakukan sebanyak

67

dua kali dalam sebulan selama hampir dua tahun bagi melengkapkan pengumpulan data ku. Banyak
pengalaman pahit manis telah ku tempuh sepanjang aku di dalam hutan. Semangat untuk
menyiapkan tugasan mengumpul data mengatasi perasaan takutku apabila terpaksa berada di dalam
hutan bersama-sama dengan ahli pasukanku merangkap pembantuku yang kadangkala tidak
ditemani oleh ranger hutan. Hanya doa yang kumohon kepada-Nya semoga segala urusan kami
dipermudahkan dan kami dilindungi dari sebarang bahaya. Namun kini jika aku kenang kembali
peristiwa tersebut, aku seperti tidak percaya bahawa aku boleh melakukannya sehingga boleh
tinggal dalam hutan simpan tersebut dengan ditemani oleh rakan-rakan yang sepertiku dan alat
keselamatan serta senjata yang minima. Alhamdulillah dengan pertolongan dan perlindungan
daripada-Nya aku dapat mengumpul data dan spesimen mengikut jadual seperti yang ditetapkan.

Aku telah menyiapkan sembilan bab tesisku setelah semua spesimen dan data dianalisis mengikut
kaedah yang telah ditetapkan. Namun cabaran yang baharu pula bermula apabila draf tesis yang
telah disemak dan dipersetujui oleh penyelia pertamaku untuk semakan terakhir sebelum dihantar
untuk penilaian telah diminta oleh penyelia kedua untuk dirombak semula dari segi susunan bab
dan pengisian bab. Aku amat sedih sekali pada masa tersebut. Ini kerana apabila rombakan dibuat,
bermakna aku perlu membetulkan semula hampir kesemua tesis ku dari segi penyusunan ayat, cara
perbincangan, jadual, carta dan pelbagai lagi supaya mengikut cadangan yang baharu. Aku dan
penyelia pertamaku cuba mempertahankan penyusunan asal. Namun hujah dan alasan yang
diberikan oleh penyelia keduaku, membuatkanku terpaksa mengikut saranan supaya rombakan
dibuat. Maka masa penulisanku bertambah lagi. Aku amat sedih dan kecewa pada ketika itu tapi
aku perlu kuatkan semangat untuk menyelesaikan tanggung jawabku. Aku bersyukur penyelia
pertama dan keduaku masih memberikan semangat padaku untuk aku menyiapkan penulisan
tersebut. Akhirnya berjaya juga aku menyiapkan draf tesis yang baharu untuk semakan terakhir
sebelum dihantar untuk dinilai.

Alhamdulillah pada hari guru, 16 Mei 2016 aku telah lulus viva dan telah dikurniakan Doktor
Falsafah pada 5 November 2016 iaitu semasa sidang pertama Majlis Konvokesyen UKM ke-44.
Nasihatku pada semua sahabat yang sedang sambung belajar dan yang akan sambung belajar,
janganlah cepat berputus asa atas segala cabaran dan dugaan yang mendatang. Kuatkanlah
semangat untuk mengharung cabaran itu. Perbaikilah hubungan kita dengan semua penyelia kita.
Bersopan dan beradablah dengan mereka, sesuai dengan adab kita sebagai seorang pelajar dengan
guru. Jadikanlah mereka rakan dan teman untuk berbicara dan berbincang kerana mereka adalah
pakar rujuk yang yang boleh kita rujuk. Perbaikilah hubungan kita dengan sesama manusia dan
sesama makhluk yang lain. Dapatkan keredhaan daripada suami atau isteri, anak-anak dan ibu bapa.
Jangan sombong dan ego ketika menuntut ilmu. Banyakkan sedekah dan sedia membantu rakan-
rakan yang lain. Namun yang penting sekali perbaikilah hubungan kita dengan-Nya dan berdoalah
kepada-Nya. Ini kerana tiada sebaik-baik perlindungan dan pertolongan hanya daripada-Nya.
Wallahualam.

68

Penulis melepaskan lelah setelah mengambil Proses menyimpan spesimen di lokasi
data perkhemahan sebelum di keringkan

Mendaki ke lokasi penyelidikan Penulis bersama-sama para pembantu ketika
mengumpul data dan specimen

Sumber air yang dikumpul untuk digunakan Proses mengeringkan spesimen di dalam
sepanjang perkhemahan makmal

69

MON PARCOURS DOKTORAL
Oleh

DR. FAZIDAH BINTI NAZIRI
Penolong Pengarah, Pusat Kecemerlangan Akademik, IPGM

Liku kehidupan menjadi lumrah kehidupan kita sebagai hamba Allah di dunia. Keputusan yang
diperolehi membuatkan bibir mengukir senyuman indah dan pendaftaran di Universiti Kebangsaan
Malaysia bermula pada 5 September 2016 mengubah corak lakaran kehidupanku.

Norma baharu dalam kehidupan seorang guru berubah bersama rakan-rakan dan pensyarah
walaupun pernah melanjutkan pelajaran sebelum ini, namun situasinya agak berbeza. Jika dahulu
aku bekerja di dalam makmal menyiapkan tesis Use of bunch ash as a source of Potassium and to
Increase Soil pH for growing alfalfa (Medicago sativa sp) in Malaysia, namun kini membuat kajian
dalam bidang pendidikan yang ternyata begitu asing bagiku.

Penyeliaku Prof Ts. Dr Mohamad Sattar Rasul nampaknya amat tegas dari raut wajahnya
menimbulkan sedikit kecelaruan dalam diri ini. Aduh… penyesalan yang terbit di benak kecilku
kerana tidak memilih bidang kandungan bagi pendidikan teknik dan vokasional. Nasi telah menjadi
bubur katanya dan tak boleh membuat pusingan U hihihi…kelas kuhadiri dengan kerja kursus dan
pembelajaran secara kendiri dimulakan. Tiga fasa utama dalam pengajian iaitu fasa usulan, fasa
kemajuan dan fasa pemantapan perlu dilalui. Beratnya rasa dan mula menyesal kenapalah aku pilih
UKM….hahahaha. Walau bagaimanapun, ku gagahi jua untuk meneruskannya dan cuba mencari
alasan-alasan yang positif untuk diri.

Namun begitu, kegembiraanku tidak lama apabila pada waktu pagi yang hening menerima
panggilan dari Klinik Putrajaya Presint 9 agar aku datang dengan segera. Hati berdebar, peluh
panas telah mula terasa dan tanganku sudah mula kesejukan. Allah..apakah maksudnya ini…
Tarikh dan waktu yang ditetapkan, aku ke klinik, mengambil nombor dan menunggu di ruangan
dengan bibir tidak henti-henti berzikir. Allahu.. Mataku tertancap kepada keputusan swap
mengatakan terdapat kejanggalan so perlu meneruskan temu janji di Hospital Putrajaya.

Ringkasnya, temu janji dibuat bersama Klinik Pakar dan Ginekologi berlangsung ujian dibuat
sekaIi lagi dan sah bahawa aku terkena CNIII yang membawa kepada kanser servik. Tangan sejuk,
badan rasa kurang selesa dan peluh dingin mula merecik keluar. Tak dapat dinyatakan dalam
perkataan, mulut terkunci, hati membeku disaat doktor pakar membuat pengesahan. Namun begitu,
doktor memberikan temu janji setiap 3 bulan bagi memantau perkembangan CNIII tersebut dengan
scan dan beberapa ujian lain. Saat itu, duniaku rasakan melambai-lambai dan mengucapkan salam
kelam buat aku.

Akhirnya setelah dua bulan berlalu, kekuatan untuk berkongsi cerita bersama penyelia di UKM
dan ingin menarik diri dari menyambung pengajian ini dilaksanakan dengan jiwa yang kacau.
Namun penyeliaku memberi motivasi dengan menyatakan “dah nak sampai satu tahun, you boleh
buat sebab kajian u sangat jelas dan menarik”. Walau kutahu ianya menyedapkan hati namun ianya
menerbitkan rasa semangat baharu.

70

Rawatan dihospital diteruskan dan satu saat di mana doktor pakar meminta aku menjalani
pembedahan kerana terdapat bilik kosong yang telah dibatalkan disebabkan hal lain. Tarikh
keramat 13/01/2017 bersamaan hari Jumaat aku menjalani pembedahan dan proses
melaksanakannya tak boleh diceritakan kerana ruangan yang terhad ini. Selesai pembedahan,
doktor pakar mengatakan rahim dibuang malah bukan itu sahaja, ovariku turut terjejas sekali turut
dibuang. Maknanya aku tiada rahim dan ovari bagi penghasilan hormon dan pastinya gejala ‘hot
flush’ sentiasa berlaku…

Hari demi hari, semangat belajar aku teruskan kerana aku ada semangat dari arwah abah yang
sentiasa ada dihati dan minda. Aku juga ada Allah, mak, kakak, adik-adik, penyeliaku, anak-anak
dan kawan-kawan yang menyokong serta pensyarah lain. Ya Allah, aku bersyukur sangat kerana
pembaca dalaman aku Ts. Dr Mohd Effend @ Ewan sangat positif dan memberi kata semangat
pada aku. Tahun 2019, 29 September aku perlu menamatkan pengajian dan kelulusan untuk
menyambung cuti HLPku diluluskan.
Namun begitu, jawatan di Institut Pendidikan guru Malaysia telah aku perolehi. Makanya, dengan
berat hati ku tolak sambungan cuti belajar dan proses menulis sambil bekerja yang pastinya
menjadikan cabaran lebih besar. Walaubagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan bulan Mac
lepas telah memberi satu ruang yang cukup luas untuk aku memurnikan tesis untuk ke peringkat
viva.

71

Sepatutnya Tarikh viva aku bulan 3 namun PKP 1.0 memerlukan prosedur berbeza maka pada
tanggal 17 Ogos 2020 aku lulus viva dengan pembetulan selama 6 bulan. Oleh kerana masa PKP
ini maka aku bersungguh-sungguh menyelesaikan tesis dan menghantar dalam tempoh 3 bulan
sahaja. Penghantaran tesis dengan gaya UKM telah kubuat maka pada tanggal 26 Disember 2020
aku telah mendapat satu berita yang sangat menggembirakan aku dan seluruh keluarga besar
Ph.Dku.
Ya, aku telah dianugerahi Ijazah Kedoktoran Pendidikan Teknik dan Vokasional. Semoga setiap
ujian yang diberikan Allah kepada aku, ianya menjadi ladang pahala dan mempunyai hikmat yang
sangat besar. Ini kerana pengalaman adalah ilmu yang kita peroleh bukan melalui pembacaan tetapi
dengan jiwa, minda dan hati yang terbuka. Memetik kata Prof. Dr Hamka “hidup ini bukanlah suatu
jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata” maka “peluang yang
besar itu datang secara tiba-tiba…datang tidak menentu masa.datang saat kita kesempitan dan
kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu kerana
peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak
merebut peluang yang besar itu”.
Perkara yang paling diperlukan dalam menjalani kehidupan sebagai mahasiswa Ph.D adalah
semangat yang perlu sentiasa ditingkatkan melalui perjumpaan dengan kawan-kawan, pensyarah
dan mereka yang telah berjaya. Doa adalah senjata yang kita panjatkan kepada Allah SWT agar
diberikan hati yang kuat dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi setiap ranjau yang
mendatang. Bersedekah merupakan salah satu cabang untuk kita mendidik diri agar sentiasa redho
dan bersyukur atas setiap nikmat yang diberikan. Sokongan ahli keluarga terdekat adalah penentu
kepada semangat kita yang ada masanya akan jatuh dan perlu ditingkatkan semula. Maka pada
tarikh keramat 6 Disember 2021, Majlis Konvokesyen Kali Ke-49 dan pada umurku 49 tahun, aku
bergelar seorang “Doktor”. Inilah “mon parcours doctoral” ku sebagai pelajar siswazah di Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

72

AN OPEN LETTER TO MY ANGELS
By

DR. SYAMSINA ZAHURIN BINTI SHAMSUDDIN
Assistant Director, Training Development Centre, IPGM

Dearest Zaffri and Ziqri.

Indeed, Allah promises that the doa from our parents will be granted.

It has never been my intention to continue my studies and pursue a Ph.D. Never in my mind and
dreams. I'm not sure how to go about it; I don't believe I am smart enough to complete my Ph.D.,
and I am not willing to take any chances! I am getting old and tired, too! Mak Tok, on the other
hand, wants me to do my Ph.D. She expressed a strong desire for me to start my Ph.D and constantly
asked when I would like to begin.

Bee Choo and Li Li, two of my closest friends, convinced me to apply for Hadiah Latihan
Persekutuan (HLP), a Ministry of Education scholarship in January 2017. I went for the interview
in March. It nearly broke me to pieces just going for the interview, since I was in the middle of a
course in Kuala Lumpur and had to go to Johor Bahru for the interview and then return to Kuala
Lumpur to complete the course. I cried the entire way back to Kuala Lumpur because I was
exhausted and felt so alone for the first time in my life.

It was the best Aildilfitri for me that year when I received the wonderful news that I had been
chosen for the HLP. This, I believe, is because of Atok and Maktok's continuous doa for me, as I
just applied once and was accepted as the scholarship recipient.

Dear Zaffri and Ziqri,

I said my goodbyes to you two in September of that year, leaving you in the safe hands of Atok
and Mak Tok in Johor while I registered at Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. I had to
relocate to Kuala Lumpur and commute to UPM every day. After that, my chubby young boys
rarely slept in my arms as we occasionally met. We were very far apart at that time.

However, I was grateful to be in Kuala Lumpur as Daddy was also posted here. Alhamdulillah,
Allah blessed me angels from above who constantly shower me with love and affection here in
Kuala Lumpur: My siblings! Here, I have Chulap and Umie, who are always generous with their
homemade delicacies, constantly feeding me whenever I visit them. I am indeed thankful as Papa
and Mama Nofal, who always make Daddy and I feel welcome in their homes. I am forever
indebted to Pakcik for teaching me how to learn effectively and share everything he knows about
the theories and concepts that I need to understand and Ibu Fahim who generously bakes tasty
wonderful cookies and brownies for me.

And Daddy.. he is always there for me. He is always concerned about me and is always willing to
listen to all my woes and miseries. And of course, I have my adorable, huggable, and adoring

73

nephews and nieces who never fail to entertain me. Except for you two, Mak Tok and Atok, I have
everyone else here with me.

Dear Zaffri and Ziqri,

My Ph.D journey was not an easy one. It was full of tears, ups and downs, blood and sweat. There
were nights when I could not sleep because I could not see any light in the writing process of my
thesis and it was dark all over. And there were nights when I was so charged up that I could not
sleep as the theories and knowledge just kept on flowing and interconnecting. I could not help it
but write everything down in my notebook or phone.

Sometimes I texted Daddy what nonsense I remembered and he was so cool about it. At times I
pulled my hair. Oh! Why did I do it? WHYYYYY! But I did not give up. I called Mak Tok when
I was sad. I called Atok when I was scared. And, they listened. They still do. They always doa for
me, without fail. I always ask them to redha with me, to give their blessings. I doa too. I doa and I
am grateful for all the blessings I received. I doa that Allah gives me strength and shows me on the
right path, in my Ph.D and spiritually also. I recited the Qur’an every day. One of the surah, Al-
Inshirah becomes one of my favourites as Allah says in the surah:

“Then, surely with hardship comes ease:” “Surely, with hardship comes ease,”
(The Qur’an, 94: 5 - 6)

I seek solace and comfort when I read the surah and alhamdulillah, I am always at peace when I
recite this surah as I know that I will succeed if I continue to work hard to complete my Ph.D as
Allah has promised that for every hardship there will be ease. As I headed towards the end of my
Ph.D journey, I kept on asking Atok and Mak Tok to give their blessing and to redha with me. And
from Daddy too, I ask him then and now to doa for me and forgive me always... Redha please.

Dear Zaffri and Ziqri,

Alhamdulilah, I passed my viva with very minor corrections. I vividly remember how Daddy doa
for me during my viva as it was held online. I did not dare look at him during my viva presentation
but out of the corner of my eyes, I could see him praying and reciting the Qur’an for me. When the
examiners announced that I had passed my viva, Daddy was also there listening to every word of
the viva Chairman, the examiners and my supervisors who had so many sweet things to say at that
time. What is more joyful, my viva coincided with Daddy’s birthday. I cried again, silently, but
this time, it was happy tears. It so happened that both of you were not around to witness this happy
moment but I know that you both, Mak Tok and Atok did doa and recited the Qur’an too. All of
you did these just for me, and for that, I am forever indebted to you all. I know that you always
include me in your prayers and you have accepted long ago that I have to leave you in the good
hands of Atok and Mak Tok. For now.

74

Dear Zaffri and Ziqri,
I am very much grateful to Mak Tok and Atok for giving both of you much love and care and I
thank you for your understanding and love. Alhamdulillah. Allah is great.
These, I believe, are the most important things in life: to do good, doa and be grateful for all of
life's benefits. I doa that you will both be more successful than me. May Allah grace both of you
with better iman, wealth and health and maybe… one day, you will do your Ph.D too and graduate
with flying colours! To mommies and daddies out there, doa for your children. Every second.
May Allah bless,
❤ mommy

75

KEMESRAAN KAWAN-KAWAN Ph.D
Oleh

DR. ZALIFAH SIDEK
Penolong Pengarah, Pusat Pembangunan Latihan, IPGM

3 September 2016, Dewan Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi menjadi saksi saya
sebagai seorang pelajar Ph.D. Seorang diri memasuki dewan sambil mata mencari-cari rakan-rakan
kenalan yang mungkin juga melapor diri pada hari tersebut. Meneruskan prosedur dan proses
melapor diri sebagai pelajar mengambil masa selama 2 jam, dan jam 12 tengah hari siaplah semua
pendaftaran pada hari tersebut. Namun sedikit hampa kerana rakan-rakan kenalan tidak djumpai.

Pada hari berikutnya saya sekali lagi mendaftar diri sebagai pelajar Fakulti Pendidikan di Dewan
Sri Budiman. Disinilah baru berjumpa rakan-rakan kenalan terdekat dan kawan-kawan yang sama-
sama telah mengikuti kursus Intervensi Bahagian Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
semasa dua (2) minggu di Institut Aminuddin Baki Cameron Highlands.

Mulai pada tarikh tersebut bermulalah episod saya sebagai pelajar Ijazah Kedoktoran dalam bidang
Psikologi Pendidikan UKM. Pada borang pendaftaran dan semasa mendapat tawaran, saya telah
mendapat dua orang penyelia iaitu seorang penyelia utama dan penyelia ke-2. Pada minggu
pertama saya telah pergi berjumpa dan berkenalan dengan penyelia-penyelia yang akan
membimbing saya sepanjang menjadi pelajar Ph.D. Ketika berjumpa dengan penyelia utama, dia
terkejut kerana kenapa dia menjadi penyelia utama. Bukan kerana tidak mampu untuk membimbing
dan menyelia tetapi dia akan bersara tahun depan. Dia menasihati saya agar mencari penyelia
baharu. Nasihat yang begitu positif dan saya menerima dengan hati terbuka memandangkan laluan
Ph.D saya baru bermula. Walau pun begitu dia tidak melepaskan saya terumbang ambing berusaha
sendiri, dia sangat baik memberitahu pengurusan fakulti untuk tukarkan saya kepada penyelia
baharu. Dia juga telah mencadangkan agar penyelia ke-2 menjadi penyelia utama. Saya sebagai
pelajar freshie terima sahaja cadangannya dan menerimanya dengan hati terbuka. Berakhir episod
pertukaran penyelia utama dan penyelia ke-2 juga telah dilantik yang baharu. Maka penyelia utama
saya ialah Dr. Shahlan bin Surat dan penyelia kedua Dr. Faridah Mydin Kutty. Kedua-dua penyelia
ini saya telah mendapatkan maklumat sedikit daripada rakan-rakan senior. Dan alhamdulillah saya
telah mendapat penyelia yang baik, sangat membantu dan sangat ramah. Pertemuan antara enam
mata antara saya dan kedua-dua penyelia ini telah diatur dan terbukti mereka sangat komited untuk
membimbing saya dan seronok berkenalan dengan saya.

Dalam pertemuan pertama ini, saya telah ditanya tajuk dan fokus kajian saya. Dengan yakin saya
bentang proposal semasa temuduga Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Namun setelah di soal
dengan pelbagai soalan daripada kedua-dua penyelia, mereka berpandangan kajian ini terlalu biasa
dan tiada sumbangan. Saya diminta utk mencari fokus kajian lain dan diminta untuk bentang
minggu berikutnya. Saya rasa buntu dan sedikit stress kerana masa diberikan terlalu singkat. Apa
boleh buat, saya terus searching dan membaca kajian-kajian terkini. Saya telah jumpa satu bidang
kajian yang saya fikir sangat berminat untuk mengetahui dan mengkajinya. Bidang kajian itu
adalah mengenai pengaruh emosi ibu semasa mengandung terhadap kecerdasan emosi anak. Saya
mulakan pencarian artikel-artikel di dalam website dan buku-buku di perpustakaan tentang kajian
ini. Dalam masa yang sama juga saya telah berjumpa dengan seorang “abang” iaitu kawan lama

76

kepada suami. Dia banyak memberi sokongan kepada kajian ini dan mendorong saya untuk
melakukan kajian lanjut dalam tajuk ini. Dia telah memberi sumber-sumber rujukan untuk saya
baca dan mendapatkan bahan-bahan untuk kajian ini. Saya sangat teruja dengan kandungan bahan-
bahan rujukan yang dibaca. Selama 1 semester saya melakukan fokus kajian ini. Selama satu
semester jugalah saya merujuk kepada penyelia utama tetapi tiada apa-apa komen membantah
kajian saya. Sehingga akhir semester, sekali lagi saya dipanggil ke dua-dua penyelia. Sekali lagi
kajian saya ditolak oleh kedua-dua penyelia saya. Sangat tertekan dengan keadaan yang menimpa
saya ini.

Daripada detik inilah bermulanya keseronokan cuti belajar ini. Saya telah berkongsi kedukaan dan
tekanan proposal ditolak kepada kawan-kawan sepengajian saya. Rupa-rupanya bukan saya
seorang sahaja yang sedang bersedih dan tertekan tetapi kawan-kawan seperti Azlin, Kak Baizura,
Kak Wayhidah, Hidayah kecuali Aziah mengalami tekanan seperti saya kerana kajian tidak
diterima oleh penyelia. Seketika kami pergi berjalan-jalan mall ke mall melepaskan tension.
Lupakan sekejap pasal kajian dan pengajian. Kami bersuka ria dan shopping sampai ke petang.
Seronok sungguh bergelak ketawa bercerita pengalaman masing-masing dengan penyelia.
Bercerita tentang penyelia, kelebihan penyelia dan kelemahan diri sendiri.

Hari berganti hari, kami sangat akrab, belajar dan menelaah bersama di perpustakaan. Kemana-
mana sahaja pasti kami berenam bersama-sama. Sering bertukar-tukar idea dan memberi pendapat
dan pandangan kajian masing-masing. Kami sering juga berkumpul di bilik pengajian siswazah
untuk melakukan kajian.

Apa yang ingin dikongsi dalam ruangan ini, saya mendapat kawan-kawan yang sangat baik
sepanjang pengajian saya. Ikatan kemesraan ini kekal sehingga hari ini. Setiap kesusahan,
penderitaan, ketawa, menangis kerana masalah pengajian dan masalah peribadi di kongsi bersama.
Setiap inci masalah peribadi dikongsi bersama. Itulah prinsip kami berkawan. Setiap kali ada
perkembangan yang baik dalam setiap kajian antara kami, kami akan raikan di mana-mana kedai
makan atau berjalan-jalan di shopping mall. Begitulah setiap daripada kami selepas setiap penyelia
kami menerima penulisan dan pelaporan, kami akan raikan. Seronoknya… pada ketika itu… ke
mana-mana bersama-sama.

Seringkali kami berkongsi masalah rumah tangga masing-masing, bukannya untuk mendedahkan
keburukan dan kelemahan tetapi untuk mendapat pandangan dan nasihat utk kebaikan bersama.
Sebagaimana yang berlaku kepada salah seorang daripada rakan kami mengalami masalah
rumantangga yang sangat kritikal. Kami mendapat tahu bila empunya diri telah bercerita keadaan
rumah tangga yang sedang dialaminya sekarang. Barulah kami tahu keadaan sebenar dirinya.
Sedih, geram, benci, dan kasihan bermacam-macam bermain dalam fikiran kami semua.
Bagaimana dia boleh melalui saat-saat menyedihkan dalam kehidupan dia dan menghadapinya
sorang-sorang. Sangat menyedihkan dengan apa yang berlaku. Namun begitu kami sangat kagum
dengan sikapnya, masih kuat dan bersemangat untuk meneruskan pengajian. Malah dia tidak
pernah bercerita perkara-perkara yang menyedihkan ini kepada kami semua sebelum ini. Selama 2
tahun dia melaluinya dengan tabah dan sabar.

77

Kemesraan antara kami menyebabkan sesetengah rakan lain mempunyai perasaan tidak senang.
Namun kami sentiasa bersama untuk berkongsi pengalaman suka duka belajar sepanjang pengajian
kami di peringkat Ph.D ini. Saya rasa rakan-rakan lain yang berhajat dan sedang melanjutkan
pengajian saya nasihatkan agar mencari satu clique untuk kita dapat berkongsi idea dan pengalaman
serta keseronokan semasa belajar di peringkat Ph.D. Jangan terlalu tertekan sepanjang pengajian
ini. Kerana hidup kita bukan semata-mata untuk mendapatkan segulung Ijazah, tetapi kebahagiaan
itu paling penting dalam hidup kita.
Clique kami, kami gelarkan diri sebagai kepochie… ha a aha… semua kepoh dan banyak nak
bercakap dan bergosip… kenangan indah … semasa saya ingin melaksanakan ibadat haji, kawan-
kawan inilah yang telah membuat jamuan dan mengiringi saya hingga ke lapangan terbang..
Selamat tinggal kawan-kawan semua.. Ada umur yang panjang kita akan berjumpa lagi.
Terlalu banyak cerita ingin saya kongsikan di sini tetapi saya akan kongsi lagi di lain episod
penulisan nanti agar dapat menjadi sumber dan pedoman kepada rakan-rakan yang baharu ingin
melanjutkan pengajian.
Di sini sahaja saya dapat berkongsi pengalaman saya bersama-sama rakan-rakan sepanjang
pengajian saya di peringkat Ph.D ini. Alhamdulillah semua rakan-rakan saya telah berjaya tamat
pengajian dalam tempoh diberikan oleh universiti. Syukur kepadaMu ya Allah.

78

Ph.D DAN PERKENALAN KEPADA PLC
Oleh

DR. NOR’AIN BINTI SULAIMAN
Ketua Penolong Pengarah, Pusat Pembangunan Latihan, IPGM

Masih segar dalam ingatanku 1 Oktober 2014, jam 0700 aku melangkah ke perhentian bas untuk
ke pejabat Ph.D (markas perjuangan kami pelajar Ph.D). Aku menaiki bas untuk pertama kalinya
setelah sekian lama tidak menggunakan kenderaan awam. Perit juga untuk memulakan diri menjadi
pelajar setelah selesa di negara sendiri berkenderaan. Tapi bukan itu yang nak kutekankan untuk
artikel kali ini. Pertemuan pertama aku dengan PLC bertitik tolak dengan hari ini.

Ding dong, pelajar sekolah turun di sekolah pertama, mereka berlari ke pintu sekolah. Aku terdetik
di hati “Dah lambat agaknya”. Kemudian aku perhatikan barisan orang dewasa di hadapan pagar
sekolah, cikgu rasanya sebab memakai tag nama besar. Bas bergerak aku fokus Kembali kepada
dedaun kering musim luruh, indahnya ciptaan Allah. Ding dong destinasi kedua, pelajar sekolah
menengah turun, juga berlari ke pagar, dalam hati ini terdetik lagi mungkin budaya di sini aktif
perlu berlari. Sama seperti di destinasi pertama barisan guru berdiri di hadapan pintu masuk dan
memeluk setiap pelajar yang mendekati mereka. Dalam hati ini berkata lagi, unik juga budaya di
sini. Aku teruskan perjalanan ke universiti, setibanya aku di sana aku diberi kunci pejabat dan
berkenalan dengan warga Ph.d yang sepejabat denganku.

Tepat jam 1500 aku menguncikan semula pejabat dan melangkah pulang. Aku melalui sekolah
yang berhampiran dengan universiti, kulihat pelajar melambai-lambai guru mereka keluar dari
sekolah. “Eh, tidak pula berlari seperti pagi tadi.” Aku melangkah lagi ke hentian bas dan melihat
pelajar-pelajar ini, tidak mengira umur menunggu bas. Aku perhatikan dan mendengar perbualan
mereka yang rata-rata bercerita mengenai aktiviti yang mereka jalani di kelas masing-masing
dengan perasaan yang berkobar-kobar.

Begitulah situasi yang berulang kali menjadi tanda tanya buatku, kenapa mereka berlari ke sekolah,
apa yang berlaku dalam sekolah yang membuat mereka gembira dan anak-anak kecil dalam usia
lapan ke sepuluh tahun menaiki bas awam tanpa ibu bapa. Unik. Masih tiada jawapan dan aku pula
sibuk dengan pengajian dan membaca, membaca dan membaca.

Pada 25 November 2014, hari “thanksgiving”, kejiranan tempat tinggalku di Keal Avenue membuat
perjumpaan bagi meraikan hari kesyukuran mereka. Aku dan suami dijemput ke majlis berkenaan
yang diadakan di dewan serba guna. Ketika berada di sana aku melihat kejirananku walaupun
majoritinya warga Glasgow tetapi mereka amat mementingkan tetamu terutama kami warga baharu
dan bukan beragama Kristian. Seminggu sebelum majlis mereka telah memaklumkan makanan
mereka ditempah daripada restoran Arab untuk memastikan keselesaan kami agaknya. Kami
berbual dan makan malam bersama. Mereka bertanya pengalaman kami di sini, adakah kami selesa,
adakah kami perlu bantuan dan sebagainya. Seorang daripada jiranku bekas guru, Edna namanya.
Aku menggunakan kesempatan ini untuk merungkai persoalan di minda. Edna menjelaskan satu
persatu, bahawa setiap orang ialah tanggungjawab semua. Seperti anak-anak kecil yang ke sekolah
menaiki kenderaan awam, di Glasgow tiada bas sekolah, oleh itu bas awam bertanggungjawab
untuk memastikan mereka ke sekolah dengan selamat. Di setiap perhentian bas ada ibu bapa yang

79

bertugas untuk memastikan setiap pelajar melintas jalan dengan selamat. Selama ini aku ingatkan
itu pasukan RELA macam di Malaysia. Hal berlari ke sekolah pula adalah kerana mereka gembira
untuk ke sekolah dan berjumpa guru dan rakan-rakan. Perkara ini juga diceritakan oleh pelajar-
pelajar Malaysia yang membawa anak menyatakan perkara paling sukar nak buat ialah memaksa
anak untuk cuti untuk hal-hal yang tidak dapat dielakkan kerana mereka akan menangis untuk ke
sekolah. Allahu, indahnya perasaan itu, suka ke sekolah, saling membantu dan menjadikan
amalan.
Aku terus google apa yang mereka amalkan ini, baru ku kenal erti Professional Learning
Community (PLC), setiap daripada mereka, guru, pelajar dan komuniti saling bertanggungjawab.
Aku teruskan lagi bacaan dan pencarian untuk memahami erti PLC.
Sesungguh semakin banyak yang kita rasa kita tahu sebenarnya lebih banyak yang kita tidak tahu.
Ph.D bukan sahaja membuka dan meneroka ilmu yang kita ingini tetapi membuka kepada ilmu lain
yang tidak disangka.

80

LALUAN KITA BERBEZA, HALA TUJU KITA SAMA
Oleh

DR. SYARINA BINTI RAMLI
Penolong Pengarah, Pusat Pembangunan Latihan, IPGM

15 minit berlalu. Dengan hati berdebar-debar, sambil mengusap perutku, dan berkata dalam hati,
“InshAllah, rezeki anak ibu”….Ok, Syarina, dah bersedia? Sempat pergi toilet tak?Cool je tengak
awakni..”kata pengerusi viva, Prof Madya Dr. Hanafi. Dengan tergelak kecil, aku berkata “ Tak
sempat Dr..Bukan setakat tak lalu nak minum, pergi toilet pun tak jadi…Butterfly in my
stomach.”Gurau kecilku. Tatkala memandang suamiku sedang on camera hp, aku mendengar
dengan teliti pengumuman tersebut. “Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa
Pemeriksa Lisan Bil. 7/2021 pada hari ini iaitu 16 Februari 2021 telah memperakukan saudari
Syarina binti Ramli lulus dan layak dianugerah Ijazah Doktor Falsafah dengan tertakluk kepada
pembetulan selama 3 bulan”. Dalam masa satu jam suku bergelut dengan pelbagai persoalan dari
pemeriksa, ternyata Allah memudahkan urusanku.

Fikiranku terus melayang ke peristiwa 3 tahun lepas. Sewaktu aku membuka surat tertera lambang
UKM. Notis amaran pertama, semangat dan jiwaku menjunam disebabkan surat itu. Sambil
mendukung anak ketigaku, Haleef yang baru berusia 2 bulan, Aku terus snap surat itu dan hantar
mesej WhatsApp kepada suami ku dan rakan seperjuangan ku dalam group berjimba UKM. Seperti
biasa, suami ku tak suka diganggu waktu kerja, minta tunggu dia pulang ke rumah untuk
berbincang. Manakala rakan-rakan ku terus memberi semangat kepada ku. Ada juga sependapat
dengan ku dengan menyatakan penyelia ku kurang sensitif keadaan dan situasi ku. Gurauan dari
rakan-rakan di bawah penyeliaan Supervisor (SV) ku, hanya seorang dua sahaja tidak menerima
surat “cinta” tersebut, yang lain semua dapat. Aku sedikit lega. Namun tidak dinafikan aku terfikir
untuk tukar penyelia dan jika boleh nak tukar universiti. Malam itu, suami ku balik dan kami
berbincang perkara ini. Aku meluahkan yang aku tak boleh nak berhadapan dengan SV aku lagi.
Aku sangat terasa dan marah dengan surat itu. Suami ku hanya senyum dan minta aku bertenang.
“Boleh I komen, you sekarang student, bukan pegawai. You have to put your ego aside..being a
student, you kena banyak mengalah…salah you sebab you mendiamkan diri selepas
bersalin…salah SV you kerana tidak sensitif dengan keadaan you…Apa kata you mesej SV, you
tanya tentang ni…buat appointment dan pergi jumpa dia.”Aku terus membentak.. “No, I tak nak…I
nak tukar SV…ramai lagi SV lain yang ok…” Suami ku memeluk ku “You ambil masa bertenang,
suatu hari nanti percayalah, SV macamni yang akan tolong you….Dia seorang SV yang
bagus..percayalah…Dia akan back up you nanti berbanding SV kawan-kawan you…walaupun
diorang jarang jumpa SV, tapi SV diorang tetap bagi komen yang ok, tapi at the end tak pedulikan
studentnya…tapi SV you tak…Dia bukan jenis macamtu, dia akan back up…you ingat kata-kata I
ni…”

Bagai dihempap batu, kata-kata suamiku 3 tahun lepas menjadi kenyataan. Selepas aku menurut
nasihat suamiku dengan berjumpa dengan SV dan menurut semua cadangan yang diberikan. Aku
berjaya sampai ke titik akhir perjalanan PhD. Masih ku ingat betapa struggle lepas lahirkan Haleef,
aku hantar ke taska. Tapi tak berjaya, kerana dia menolak susu botol. Sebelum ni tak pernah taska
abang-abangnya call beritahu menangis yang sukar dipujuk. Sesungguhnya setiap kata-kata dan
niat kita Allah uji. Sebelum aku dapat cuti belajar, aku pernah berkata kepada rakan ku, “aku nak

81

tambah baby, bila cuti belajar boleh jaga anak”. Ternyata, selepas seminggu mendaftar diri
sebagai pelajar, aku disahkan mengandung. Progress PhD yang agak perlahan kerana melayan
mabuk mengandung di samping terpengaruh dengan istilah, first year is honeymoon year. Selepas
bersalin pula, anak seorang yang high demand, mengempeng sepanjang masa, tak boleh berjauhan
walaupun hanya ke tandas. Hanya hendak bersama ku, suami ku dukung pun tak mahu. Ianya
sangat memenatkan. Anakku perlu dijaga sepenuh masa sehingga umur dia hampir setahun baru
boleh menyesuaikan diri di taska. Aku perlu membahagikan masa sebaiknya antara baby, anak lain
yang masih kecil dan perlukan perhatian kerana mereka baru berumur 4 tahun dan 2 tahun dan juga
urusan pengajian ku. Tidak lupa juga, ibu bapa ku juga tinggal lama bersama ku kerana ibu ku
mengalami masalah CTS (Carpal Tunnel Syndrome). Siang hari aku akan menghabiskan masa
dengan menguruskan hal anak-anak, membawa ibuku ke pusat rawatan dan menguruskan hal
rumah tangga. Dengan tiada pembantu rumah di samping sikap ku yang mahu rumah sentiasa
dalam keadaan kemas dan tersusun. Aku akan mula fokus kepada penulisan jurnal dan tesis pada
waktu malam bermula jam 10.30 malam sehingga waktu subuh. Sesekali akan berhenti untuk
menyusukan baby. Selepas selesai urusan anak-anak ke tadika, aku akan ambil masa sehingga jam
11 pagi untuk tidur. Pada hari minggu pula, aku akan melawat keluarga mertua dan menghabiskan
masa bersama mereka kerana ibu mertua ku merupakan pesakit kanser payudara yang sedang
menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi. Sesungguhnya semua itu memberikan cabaran dan
tekanan buat ku pada waktu itu.

Sungguhpun begitu, Allah memberi cabaran dan dugaan mengikut kemampuan hamba-hambanya.
Alhamdulillah aku berjaya menempuhnya. Bukan kerana aku hebat, tetapi Allah itu Maha
penyayang, Dia memberikan cabaran, Dia juga memudahkan urusan ku dengan adanya suami yang
sentiasa menyokong dan memahami ku. SV yang aku marah sebelum ini, menjadi pemangkin
kepada ku untuk terus menyiapkan tesis dan publish paper sebanyak mungkin. Aku tidak perlu
memikirkan kos yang tinggi untuk publish paper dan urusan proofreading. Semuanya di bawah
tanggungan SV ku kerana beliau mempunyai geran penyelidikan yang banyak. Soal keluarga pula,
walaupun keluarga kurang memahami perjalanan pengajian ku kerana PhD tidak akan memberikan
kelebihan dalam soal kenaikan gaji. Gaji dan pangkat tetap sama. Namun, itu tidak mematahkan
semangat ku kerana bukan itu yang aku kejar. Tapi nilai sebuah ilmu dan nilai sebuah pengalaman
dalam proses menyiapkan PhD ini. Nilai ini tidak dapat dibeli, tapi boleh dikongsi sebagai
pemangkin kepada anak-anak ku.

Aku bersyukur kerana Allah itu baik, Dia hadirkan orang sekeliling ku yang sering membantu
ketika aku dalam kesusahan. Ketika aku membawa baby ku bersama untuk berjumpa SV, pasti ada
sahaja yang akan menawarkan diri untuk jaga baby ku sementara aku berbincang dengan SV
berkaitan tesis. Begitu juga ketika Aku ke perpustakaan fakulti untuk melihat contoh-contoh tesis.
Staf perpustakaan yang akan jaga baby ku. Semua ini sesungguhnya buatkan aku rasa terharu dan
besarnya rahmat Allah itu.

Urusan proposal defence tesis ku selesai dalam tempoh 1 semester iaitu dalam semester ketiga.
Manakala peringkat kemajuan dan pemantapan tesis selesai pada semester keenam. Urusan kutipan
data juga dipermudahkan tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Sebaik urusan pemantapan tesis
selesai, Allah memberi rezeki ku anak seorang lagi. Sekali lagi, Allah makbulkan kata-kata gurauan
ku kepada rakan-rakan ku yang Aku merancang untuk dapatkan seorang anak pada awal pengajian

82

dan pada akhir pengajian. Sebenarnya, semasa urusan analisis data, Aku telah mengandung tetapi
keguguran. Mungkin pada masa itu, Aku belum bersedia dan takut dengan cabaran seperti anak
ketiga dahulu. Namun Aku cepat-cepat beristighfar sekiranya anak ini rezeki dan amanah buat ku.
Aku mohon semoga Allah permudahkan urusan ku. Ternyata walaupun alahan mengandung yang
keempat lebih teruk, namun semangat untuk menulis dan menyiapkan pembetulan tesis sebelum
menghantar notis viva tidak pernah pudar. Malah Aku lebih komited dan konsisten
menyiapkannya.
Sesungguhnya, perjalanan PhD ini unik. Ada orang sempurna perjalanannya, mungkin tergelincir
sedikit dan mampu berjalan rata kembali seperti apa yang Aku hadapi. Ada orang perlu menghadapi
berjuta rasa dan halangan namun tetap utuh melalui setiap rintangan walaupun kadang terpaksa
merangkak sehingga tamat. Ada orang tidak mampu meneruskan rintangan yang dihadapi dan terus
berhenti di pertengahan jalan. Laluan kita berbeza, namun hala tuju kita sama. Jangan pernah
bandingkan diri anda dengan orang lain. Cepat atau lambat. GOT atau pun tidak bukan lagi satu
keutamaan kepada pejuang PhD. Selagi mampu berada pada garisan dan terus berjaya keluar dari
lorong dan menggapai cahaya “TAMAT” bermakna anda semua sudah berjaya di saat orang lain
mengalah. Apa yang dapat disimpulkan, cabaran bergelut dengan diri sendiri untuk terus konsisten
menamatkan pengajian PhD lebih susah berbanding dengan cabaran luar yang dihadapi. Semoga
kalian yang sedang berjuang dipermudahkan urusan. Percayalah rahmat Allah itu besar dan sentiasa
bersangka baik dengan Allah. Dhuha dan Zikir Nabi Yunus adalah kunci sesebuah urusan kita
dipermudahkan.

83

IKATLAH ILMU DENGAN MENULIS
Oleh

DR. ZANARIAH BINTI IBRAHIM
Ketua Penolong Pengarah, Pusat Pembangunan Latihan, IPGM

Benarlah kata-kata ahli ilmuan bahasa, menulis ialah tahap kemahiran paling sukar dalam
kemahiran berbahasa. Itulah kelemahanku. Aku terlalu kurang menulis. Bagiku, pengalaman
kehidupan tidak seharusnya dikongsikan dengan khalayak. Ilmu yang kumiliki pula hanya
sekelumit, tidak setinggi gunung apatah lagi sebanyak buih di lautan. Tidak layak untuk aku
menuliskan ilmu itu untuk bacaan umum. Kerap kali aku berfikir, apa-apa saja bahan yang kutulis
akan menyerlahkan kekuranganku. Seingat aku, jika ada pun bahan penulisanku hanyalah bacaan
ringan dan hasilnya pula kebanyakannya ditulis secara berkumpulan. Sebaliknya aku lebih banyak
menyemak bahan penulisan orang lain sebagai editor bahasa atau pembaca pruf. Namun bahan
penulisan terakhir yang kuedit ini telah mengubah gaya fikirku dengan sebaris ayat “Ikatlah ilmu
dengan menuliskannya” dipetik daripada kata-kata Khalifah Islam ke-4 iaitu Saidina Ali bin Abi
Talib. Klausa ini kutemui dalam satu daripada artikel My Doctoral Journey 4 yang kuedit untuk
diterbitkan oleh Pusat Pembangunan Latihan, IPGM. Terima kasih bosku iaitu YBrs. Dr. Yazid
Abdul Manap kerana tulisannya telah menyedarkan aku untuk menuliskan ilmu yang sekelumit
kumiliki ini buat perkongsian umum.

Dalam artikel ini, aku kongsikan dapatan kajianku sewaktu bergelar pelajar doktor falsafah. Bidang
pragmatik menemukan aku dengan nilai kehidupan berteraskan ilmu bahasa. Aku hanya mengkaji
bahasa arahan dalam komunikasi guru pelatih dan murid di bilik darjah. Disebabkan kajianku
menggunakan pendekatan kualitatif, maka data ujaran harus dianalisis secara verbatim. Bayangkan
segalanya kugunakan kudrat sendiri untuk analisis secara manual. Syukur alhamdulillah, biar jerih
menghadapinya, aku berjaya mencapai puncak jaya. Matlamat tercapai. Segulung ijazah doktor
falsafah menjadi milikku. Dapatan kajianku telah kubentangkan dalam beberapa seminar
penyelidikan peringkat kebangsaan dan atarabangsa serta dizahirkan dalam penulisan jurnal
berwasit.

Guru pelatih dan murid menjadi subjek kajianku. Sewaktu mengutip data, dapat kuperhatikan
perwatakan sebenar guru pelatih ketika menjalani praktikum. Rutin mereka berbahasa dengan
murid terakam kemas. Mereka beranggapan, pemerhatian pengajaran mereka tidak akan
menjejaskan reputasi praktikum. Lantas mereka lebih santai berbahasa. Segala kata kadang kala
diujarkan sesedap rasa. Cepatlah! Hai, lembablah awak ni. Antara ayat yang kudengar. Mereka
kelihatan tertekan apabila berdepan dengan anak-anak kecil yang banyak kerenahnya. Lontaran
kata bukan isunya walau mereka sedar aku sedang merakamkan pengajaran tersebut. Yang penting
objektif pengajaran tercapai. Ketika ini, aku terfikir tidak cukup ajarkah pensyarah kepada guru
pelatih? Masih kurangkan nilai-nilai adab komunikasi diberikan kepada mereka? Segalanya
bermain di benakku. Apapun ketika itu, matlamatku bukan mengajarkan adab kepada guru pelatih.
Namun, situasi itu, membuatkan aku amat menekankan adab berbahasa dalam komunikasi kepada
anak didik dan diriku sendiri. Bagiku, bahasa cerminan perilaku diri.

Melalui artikel ini, aku tertarik untuk kongsikan dapatan kajianku secara santai. Dalam ilmu
pragmatik, bahasa arahan dikenali sebagai Lakuan Bahasa Direktif (LBD). Mengikut teori lakuan

84

pertuturan dan komunikasi oleh Bach dan Harnish (1979), LBD dapat dikategorikan kepada enam
bentuk arahan iaitu, LB Pertanyaan, LB Permintaan, LB Suruhan, LB Nasihat, LB Permisif dan
LB Larangan. Daripada dapatan kajianku, kutemukan strategi tertentu untuk pastikan sesuatu
arahan dipatuhi terutama yang melibatkan kanak-kanak. Dapatan kajianku menunjukkan lakuan
suruhan paling dominan diujarkan guru pelatih sewaktu memberi arahan. Namun bentuk arahan
menyuruh tidak selalu berkesan. Rupa-rupanya, meminta dalam mengarah memberikan kesan
tindakan yang segera dalam komunikasi guru dengan murid. Mengapa aku katakan begini?
Perhatikan situasi ujaran ini:

(1) OK. Tolong duduk tempat masing-masing.
(2) Jadual tu…tolong buat pada ruangan kosong.

Apabila guru pelatih mengarahkan murid dengan menggunakan kata tolong, kelihatan murid segera
bertindak terhadap arahan tersebut. Namun lazimnya, perkataan tolong diujarkan setelah arahan
sebelum yang diberikan tanpa kata tolong tidak berkesan. Situasi ini kerap ditemukan dalam
pemerhatian pengajaran guru pelatih. Dalam budaya Melayu, kata tolong merupakan satu perintah
halus yang mempunyai nilai adab dalam komunikasi. Dari segi teori pragmatik, mengarah dalam
bentuk lakuan permintaan membuatkan pendengar berasa lebih dihargai, tugasan yang diarahkan
merupakan satu penghargaan bukan paksaan kepada pendengar. Penerima arahan tidak berasa
terbeban dengan tugasan yang diterima.

Rupa-rupanya bentuk lakuan arahan menggunakan kata tolong ini bukan sahaja berkesan kepada
murid sekolah tetapi juga berkesan kepada semua tahap umur. Dapatan ini aku aplikasikan dalam
komunikasi harianku di tempat kerja. Sememangnya, aku perhatikan strategi arahan bentuk
permintaan praktikal untuk staf di pejabat. Sebenarnya, terdapat banyak kata kunci permintaan
yang boleh digunakan sewaktu memberikan arahan yang membuatkan penerima arahan tidak
berasa terbeban. Sebagai contoh perkataan mari yang membawa maksud mempelawa. Apabila kata
mari digunakan, pendengar tidak berasa disuruh sebaliknya berasa perlu buat kerana penutur
meminta bantuan daripadanya. Tugasan tersebut akan dibuat secara bersama antara orang yang
menyuruh dan orang yang disuruh. Berbanding apabila mengarah dengan menggunakan lakuan
suruhan seperti pergi. Kata pergi merupakan satu kata perintah yang akan memberikan tekanan
kepada penerima arahan. Lihat contoh ayat ini:

(3) Mari kita draf surat ini.
(4) Awak pergi draf surat sekarang.

Ayat (3) dan (4) mengandungi kata kerja emotif mari dan pergi yang dapat menimbulkan emosi
yang berbeza kepada penerima arahan. Ayat (3) merupakan arahan bentuk permintaan manakala
ayat (4) merupakan arahan bentuk suruhan/perintah. Inilah antara bentuk arahan yang tanpa kita
sedar memberikan kesan sama ada positif atau negatif kepada pendengar/penerima arahan.
Terdapat banyak lagi bentuk arahan dalam komunikasi yang dapat diaplikasikan dalam rutin
kehidupan kita terutama dalam situasi tugasan rasmi.

Seperkara lagi dapatan kajianku yang sama dengan situasi di tempat kerja ialah dari segi jumlah
arahan yang diberikan dalam satu giliran komunikasi. Aku perhatikan keupayaan pendengar

85

menerima dan memahami jumlah arahan memberi kesan kepada pematuhan arahan. Lihat situasi
komunikasi di bilik darjah ini:

Terdapat empat arahan dalam satu ujaran guru tersebut iaitu (a) semua tulis dalam buku, (b) buat
peta minda, (c) tulis tajuk adab-adab semasa berada di masjid dan (d) lepas tajuk langkau satu baris.
Dapatan menunjukkan kebanyakan murid keliru. Implikasinya murid banyak bertanya kerana tidak
memahami arahan yang bertubi-tubi dalam satu masa. Berdasarkan teori lakuan pertuturan dan
komunikasi Bach dan Harnish, komunikasi berkesan apabila kuantiti maklumat diujarkan dalam
jumlah yang diperlukan oleh pendengar. Norasmah (2009) pula menjelaskan arahan yang tidak
jelas dan tepat serta melebihi tiga langkah akan menyebabkan murid sukar melaksanakan tugasan
yang diberikan.
Teori lakuan pertuturan dan komunikasi berkaitan lakuan bahasa direktif (arahan) bermanfaat
bagiku dalam melaksanakan rutin harian. Situasi yang sama kuperhatikan berlaku ketika
memberikan arahan kepada staf di pejabat. Arahan yang terlalu banyak dalam satu giliran
komunikasi menyebabkan staf tidak dapat melaksanakan tugasan tersebut sepenuhnya. Sama ada
mereka tidak faham dengan arahan tersebut atau mereka tidak dapat mengingati arahan yang
banyak dalam satu masa. Oleh hal yang sedemikian, aku amat berhati-hati untuk memberikan
arahan kepada staf di pejabat.
Coretanku ini hanyalah satu perkongsian ilmu nan sekelumit. Namun frasa daripada Saidina Ali
bin Abi Talib iaitu “ikatlah ilmu dengan menuliskannya” menyuntik rasa. Walau mungkin ilmu
memberikan arahan dalam coretan ini hanyalah sebesar zarah, harapanku moga dapat dimanfaatkan
oleh sesiapa yang membaca. Melalui ruang My Doctoral Journey 4, aku manfaatkan sedikit ilmu
pragmatik dalam bidang bahasa ini untuk tatapan umum. Moga ruangan ini menjadi jambatan
buatku untuk terus berkarya. Harapanku agar diberi kekuatan untuk berkongsi lebih banyak ilmu
bahasa dengan menuliskannya dalam pelbagai bentuk bahan bacaan. Insya-Allah.

86



INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia

ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
Tel: 03-83126600
Faks: 03-83126655
(www.ipgm.moe.edu.my)

87


Click to View FlipBook Version