Format: 190mm X 260mm Extent= 456 pgs (22.02 mm) 70gsm Status: Cover Master BM vervion_2nd imp
PRA-U PELANGI BESTSELLER
TeksSTPM Semester 3 ditulis berdasarkan PRA-U
R60% PRA-U Teks STPM Sejarah CC039062c
sukatan pelajaran terbaharu Sejarah
Sejarah STPM yang disediakan oleh Majlis PRA-U
Peperiksaan Malaysia. Buku ini amat
sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan TeksSTPM
(Malaysia dan Asia Tenggara) Sejarah STPM Kertas 3 sebagai
rujukan.
SEMESTER 3 Judul-judul Pra-U & STPM kami: Teks STPM Sejarah
› Success with MUET
› MUET My Way
CIRI-CIRI ISTIMEWA › Pengajian Am Semester 1, 2, & 3 (Malaysia dan Asia Tenggara)
› Bahasa Melayu Semester 1, 2, & 3
› Biology Semester 1, 2, & 3
■ Nota dan Latihan yang Komprehensif › Physics Semester 1, 2, & 3
■ Peta Konsep › Chemistry Semester 1, 2, & 3 Ong Loo Chen
■ Hasil Pembelajaran, Petua Pemeriksa, › Mathematics (T) Semester 1, 2, & 3 3
Kuiz, Galeri Info, Akses Ilmu, dan › Sejarah Semester 1, 2, & 3
Petunjuk STPM › Geografi Semester 1, 2, & 3 Sejarah SEMESTER
■ Rumusan › Ekonomi Semester 1, 2, & 3 Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
› Pengajian Perniagaan Semester 1, 2, & 3
■ Praktis STPM
■ Kertas Model STPM Semester 3
■ Jawapan Lengkap
■ Glosari
SEMESTER
3
Beli eBook
di sini!
1
W.M: RM38.95 / E.M: RM39.95
CC039062c
ISBN: 978-967-2720-49-2
PELANGI
28/10/2021 3:29 PM
CVR_Pra U_STPM_2022 Sejarah (Semester 3).indd 1-3
CVR_Pra U_STPM_2022 Sejarah (Semester 3).indd 1-3 28/10/2021 3:29 PM
KANDUNGAN
BAHAGIAN A: Sejarah Malaysia 2.4.1 Masyarakat Indonesia
di Tanah Melayu 131
Bab 2.4.2 Masyarakat India di Tanah Melayu 132
1 Masyarakat 1 2.4.3 Masyarakat Cina di Tanah Melayu,
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Sarawak, dan Sabah 134
1.1 Institusi Pemerintahan 3 2.4.4 Perubahan Kependudukan
1.1.1 Raja 3 di Tanah Melayu, Sarawak, dan
1.1.2 Pembesar 5 Sabah 137
1.2 Hukum Adat dan Undang-undang 16 Rumusan 140
1.2.1 Hukum Adat 16 Praktis STPM 140
1.2.2 Undang-undang 20 Nasionalisme dan Pembentukan
1.3 Sistem Sosial 26 Bab Negara Bangsa 141
3
1.3.1 Konsep dan Susun Lapis • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Masyarakat 26 3.1 Gerakan Nasionalisme 142
1.4 Sistem Ekonomi 32 3.1.1 Faktor Kemunculan
1.4.1 Ekonomi Tradisional 32 Gerakan Nasionalisme 142
1.4.2 Ekonomi Komersial 36 3.1.2 Gerakan, Persatuan, Kelab, dan
Rumusan 40 Kesatuan yang Berkaitan dengan
Praktis STPM 40 Agama, Ekonomi, Sosial, dan
Politik 150
Bab Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2 Transformasi Masyarakat 41 3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan 155
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • 3.2.1 Pendudukan Jepun (1941 – 1945) 155
2.1 Peluasan Kuasa Asing 42 3.2.2 Perjuangan Secara Berperlembagaan
2.1.1 Faktor Peluasan Kuasa Asing (1946 – 1960) 166
di Negeri-negeri Melayu, Sabah, 3.2.3 Kemerdekaan 184
dan Sarawak 42 Rumusan 203
2.1.2 Cara Peluasan Kuasa Asing Praktis STPM 203
di Negeri-negeri Melayu 46
2.1.3 Cara Peluasan Kuasa Asing Bab Pengisian Kemerdekaan 204
4
di Sabah 64 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
2.1.4 Cara Peluasan Kuasa Asing 4.1 Sistem Pemerintahan 205
di Sarawak 65 4.1.1 Persekutuan 205
2.2 Penentangan terhadap Kuasa Asing 67 4.1.2 Raja Berperlembagaan 206
2.2.1 Penentangan terhadap Kuasa 4.1.3 Demokrasi Berparlimen 209
Asing di Negeri-negeri Melayu 67 4.2 Pembinaan Negara dan Bangsa 214
2.2.2 Penentangan terhadap Kuasa 4.2.1 Pembangunan Sosial 214
Asing di Sabah 84 4.2.2 Pembangunan Ekonomi 231
2.2.3 Penentangan terhadap Kuasa 4.3 Wawasan 2020 261
Asing di Sarawak 89 4.3.1 Cabaran Wawasan 2020 262
2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran, 4.4 Perhubungan Luar 265
Ekonomi, dan Pendidikan 94 4.4.1 Asas-asas Dasar Luar Negara 265
2.3.1 Perubahan Pentadbiran 94 4.4.2 Komanwel 266
2.3.2 Perubahan Ekonomi 106 4.4.3 Pertubuhan Bangsa-bangsa
2.3.3 Perubahan Sistem Pendidikan 120 Bersatu (PBB) (United Nations) 269
2.4 Masyarakat Pelbagai Kaum 131
v v
iii.KAND PraU SEJ P3 2P.indd 5 28/10/2021 4:09 PM
4.4.4 Association of South East Asian 2.3.2 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran
Nations (ASEAN) 272 Tempatan di Myanmar 331
4.4.5 Pergerakan Negara-negara 2.3.3 Pengubahsuaian dalam Ekonomi
Berkecuali (NAM) 276 di Indonesia 333
4.4.6 Pertubuhan Persidangan Islam 2.3.4 Pengubahsuaian dalam Ekonomi
(OIC) 278 di Myanmar 338
Rumusan 281 2.3.5 Pengubahsuaian dalam Pendidikan
Praktis STPM 281 di Indonesia dan Myanmar 341
Rumusan 344
BAHAGIAN B: Sejarah Asia Tenggara Praktis STPM 344
Bab Bab Nasionalisme dan Pembentukan
1 Masyarakat 283 3 Negara Bangsa 345
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
1.1 Institusi Pemerintahan 284 3.1 Gerakan Nasionalisme 346
1.1.1 Raja 284 3.1.1 Faktor Kemunculan Nasionalisme 346
1.1.2 Pembesar 288 3.1.2 Parti Politik dan Persatuan 350
1.2 Sistem Sosial 291 3.2 Perjuangan Mencapai Kemerdekaan 357
1.2.1 Konsep dan Susun Lapis 3.2.1 Pendudukan Jepun 1941 – 1945 357
Masyarakat Vietnam 291 3.2.2 Perjuangan Secara Berperlembagaan
1.2.2 Konsep dan Susun Lapis dan Bersenjata 367
Masyarakat Indonesia 292 3.2.3 Kemerdekaan 372
1.3 Sistem Ekonomi 293 Rumusan 382
1.3.1 Sistem Ekonomi di Vietnam 294 Praktis STPM 382
1.3.2 Sistem Ekonomi di Indonesia 296
298
Rumusan Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab
Praktis STPM 298 4 Pengisian Kemerdekaan 383
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Bab 4.1 Sistem Pemerintahan 384
2 Transformasi Masyarakat 299 4.1.1 Sistem Pemerintahan di Thailand 384
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • 4.1.2 Sistem Pemerintahan di Filipina 386
2.1 Peluasan Kuasa Asing 300 4.2 Pembangunan 388
2.1.1 Peluasan Kuasa Asing 4.2.1 Pembangunan Ekonomi 388
di Indonesia 300
2.1.2 Peluasan Kuasa Asing 4.3 Pembinaan Negara Bangsa 396
di Myanmar 305 4.3.1 Bentuk Pemerintahan 396
2.2 Penentangan terhadap Kuasa Asing 314 4.3.2 Sumbangan Tokoh 406
2.2.1 Sebab-sebab Penentangan 4.4 Perhubungan Luar 411
Masyarakat Indonesia terhadap 4.4.1 Penglibatan dalam Organisasi
Kuasa Belanda 314 Antarabangsa 411
2.2.2 Sebab-sebab Penentangan Rumusan 415
Masyarakat Myanmar terhadap Praktis STPM 415
Kuasa British 320
2.2.3 Peranan Diponegoro 321 Kertas Model STPM 416
2.2.4 Peranan Thibaw 323 Jawapan 417
2.3 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran,
Ekonomi, dan Pendidikan 326 Glosari 448
2.3.1 Pengubahsuaian dalam Pentadbiran
Tempatan di Indonesia 326 Bibliografi 450
vi vi
iii.KAND PraU SEJ P3 2P.indd 6 28/10/2021 4:09 PM
BAB
1
SEJARAH MALAYSIA
SEJ ARAH MALA YSIA
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bab 1 : Masyarakat
Bab 2 : Transformasi Masyarakat
Bab 3 : Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
Bab 4 : Pengisian Kemerdekaan
1
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 1 28/10/2021 3:54 PM
BAB
1 MASYARAKAT
PENGENALAN
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
PENGENALAN
Bab ini membincangkan corak kehidupan tradisional masyarakat peribumi dari segi politik, sosial, dan ekonomi
pada abad ke-19. Topik yang dibincangkan ialah institusi raja dan pembesar, hukum adat dan undang-undang,
konsep dan susun lapis masyarakat, serta ciri-ciri ekonomi tradisional dan ekonomi komersial.
Peta Konsep
MASYARAKAT
Institusi pemerintahan Hukum adat dan Sistem sosial Sistem ekonomi
(Abad ke-19) undang-undang (Abad ke-19) (Abad ke-19)
(Abad ke-19)
Raja
Hukum adat Konsep Ciri-ciri
• Bentuk ekonomi
• Pelaksanaan tradisional
Susun lapis
Konsep
Peranan Ciri-ciri
Adat Adat ekonomi
Perpatih Temenggung komersial
Undang-undang
Pembesar • Prinsip-prinsip
umum
Konsep Peranan Hierarki Undang-undang Undang-undang
99 Perak Tubuh Johor
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 2 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
1.1 Institusi Pemerintahan ‘16
BAB
1 Sistem pemerintahan sesebuah negeri dibahagikan kepada tiga unit politik. 1
2 Unit politik terbesar ialah negeri yang diketuai oleh raja atau sultan atau Raja/Sultan/Yang Dipertuan
Besar
Yang Dipertuan Besar. Baginda merupakan ketua kepada negeri itu secara
keseluruhan.
Pembesar
3 Unit politik seterusnya ialah daerah atau jajahan. Unit politik ini diketuai peringkat daerah
oleh seorang pembesar daerah yang bukannya dari golongan kerabat diraja. atau jajahan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
4 Unit politik yang paling kecil ialah kampung. Kampung berada di bawah
seorang penghulu atau penggawa (Tok Kweng di Kelantan). Penghulu peringkat
kampung
1.1.1 Raja Rajah 1.1 Struktur
pemerintahan
1 Biasanya raja akan mendirikan pusat pemerintahan dan pentadbiran di muara Negeri-negeri
sungai dan kuasa baginda terhad di kawasan diraja tersebut. Melayu
2 Dari segi teori, raja dikatakan mempunyai kuasa mutlak. Akan tetapi,
kekuasaan politik sebenarnya dipegang oleh pembesar daerah. Raja sangat
bergantung kepada pembesar untuk menjamin kedudukan, kewibawaan, dan
kekuasaan. Misalnya, pembesar di Perak berkuasa melantik bakal sultan yang
disukai dan menyingkirkan calon tidak disukai.
3 Dari segi realiti, terdapat pembahagian kuasa dalam kalangan pembesar
daerah di sesebuah negeri. Raja menjadi lambang perpaduan rakyat dan
baginda menjalankan tugas yang lebih berat kepada hal ehwal keagamaan
dan adat istiadat Melayu. Sebenarnya, baginda tidak memainkan peranan
penting dalam sistem politik negeri kecuali di kawasan diraja.
4 Namun, raja diiktiraf sebagai ketua negeri tertinggi, berdaulat, dan harus
dihormati oleh segenap lapisan masyarakat.
Keistimewaan Raja / Pengukuhan Kedaulatan Raja
1 Raja atau sultan mempunyai beberapa keistimewaan seperti bahasa, warna,
alat, dan lambang kebesaran untuk membezakan kedudukan seorang raja
dan kerabatnya daripada rakyat biasa.
2 Bahasa yang digunakan oleh raja ialah bahasa istana atau bahasa dalam
seperti beta, baginda, santap, gering, mangkat, berangkat, dan sebagainya.
3 Dari segi warna, warna diraja ialah warna kuning untuk pakaian rasmi dan
peralatan istana. Payung putih dikhaskan kepada raja dan payung kuning
digunakan oleh putera raja.
4 Alat-alat kebesaran merupakan peralatan yang hanya boleh digunakan di
istana seperti ketur, kendi, tombak berambu, tepak, kipas besar berambu,
dan lain-lain.
5 Lambang kebesaran ialah peralatan yang digunakan untuk memperlihatkan Foto 1.1 Alat kebesaran diraja
kekuasaan baginda seperti tengkolok, pending, mahkota, cap mohor, dan
nobat. Misalnya, Negeri Sembilan mempunyai alat-alat kebesaran diraja yang
menjadi lambang kekuasaan dan pengesahan Yang Dipertuan Besar. Antara
alat kebesaran tersebut ialah 16 kaki payung kuning, 16 bilah pedang, 16
bilah keris panjang, 16 batang tombak benderang, lapan buah tepak sirih,
lapan buah tempat abu, lapan batang tiang lilin, empat panji-panji berwarna
kuning, dua panji-panji berwarna merah, dan dua panji-panji berwarna
hitam. Foto 1.2 Cap mohor
3
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 3 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
Tulah ialah bencana yang 6 Cap mohor diraja yang tercatat nama baginda membuktikan kekuasaan raja
BAB menimpa individu, masyarakat, dan digunakan dalam urusan rasmi seperti mengesahkan perintah kerajaan
atau negara.
dan semua rakyat wajib mematuhinya.
1 Derhaka merujuk kepada 7 Segala perintah raja mesti dilaksanakan. Perintah raja ada kaitannya dengan
tindakan seseorang yang tidak
mematuhi perintah sultan konsep derhaka dan daulat. Seseorang yang tidak menurut perintah raja akan
dianggap telah menderhaka. ditimpa tulah.
Daulat bermaksud seseorang
raja mempunyai kuasa tertentu 8 Raja juga mempunyai alat muzik diraja, iaitu nobat yang dimainkan
yang membolehkan sesiapa dalam upacara pertabalan raja, kemangkatan raja dan kerabatnya atau
sahaja yang melanggar keberangkatan raja ke balairung seri. Alat-alat muzik nobat terdiri daripada
tidak tergugat. Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
arahannya (derhaka) akan semambu yang dibawa oleh ketua nobat, gong, nafiri, serunai, dua gendang
menerima akibat (tulah). besar (nakara) dan dua gendang kecil (tabal).
Peranan Raja
Hasil Pembelajaran A Politik
1 Raja hanya berkuasa di kawasan dirajanya. Selain itu, dari aspek teori, baginda
Menjelaskan konsep dan merupakan ketua negeri yang berkuasa mutlak.
peranan raja.
2 Baginda mempunyai kuasa dari aspek hal ehwal luar negeri, bertindak
sebagai ketua hakim dan perundangan, serta berkuasa melantik pembesar
di peringkat daerah / jajahan.
3 Terdapat keadaan saling bergantung antara raja dengan pembesar daerah.
Apakah yang dimaksudkan Raja memerlukan pembesar daerah kerana kedudukan raja tidak sah dan
dengan konsep saling terjamin tanpa sokongan pembesar daerah.
bergantung antara raja dengan 4 Bagi pembesar daerah, kekuatan dan pengaruh mereka tidak begitu kuat
pembesar?
tanpa gelaran dan tauliah yang dikurniakan oleh raja kepada mereka.
Gelaran dan tauliah ini penting kerana tanpanya, kedudukan pembesar
tidak akan diiktiraf oleh golongan bangsawan. Dalam kata lain, raja menjadi
sumber gelaran, pangkat, dan kewibawaan pembesar di daerah mereka.
B Ekonomi
1 Raja menguasai sumber ekonomi negeri seperti cukai dan percukaian
terhadap hasil pertanian dan perlombongan di kawasan dirajanya.
2 Raja berkuasa mengeluarkan surat kebenaran membeli, menjual, dan
memajak cukai kepada pedagang.
3 Pembesar yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan mesti
terlebih dahulu mendapat kebenaran raja.
Peranan raja amat penting 4 Raja berhak ke atas sebahagian daripada hasil cukai yang dipungut di daerah-
kerana memelihara dan daerah di bawah pemerintahan pembesar.
menjamin keamanan agar
kepentingan ekonomi negeri C Sosial
yang menjadi sumber
pendapatan utama bagi 1 Raja bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja
pembesar daerah dan mengurniakan anugerah kepada rakyat yang berjasa serta mengesahkan
pekerjaan utama bagi rakyat
keputusan Majlis Penasihat Raja.
2 Raja dianggap sebagai lambang perpaduan dan penyatuan rakyat.
Perubahan Sistem Pemerintahan Beraja Selepas Campur Tangan
British
A Politik
1 Pelaksanaan Sistem Residen menyebabkan sultan kehilangan kuasa kerana
Residen yang menjalankan semua urusan pentadbiran negeri. Residen
merupakan pentadbir sebenar dalam negeri.
4
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 4 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
2 Selepas termeterainya Perjanjian Pangkor 1874, British menempatkan
Residen di Negeri-negeri Melayu. Ini selaras dengan campur tangan British BAB
secara tidak langsung. Residen menasihati sultan dalam semua perkara
pentadbiran kecuali berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan 1
terpaksa mematuhi dan melaksanakan nasihat Residen seperti yang berlaku
kepada Sultan Abdullah di Perak pada tahun 1875.
3 Sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh British bercorak birokrasi.
Pentadbiran negeri ditadbir oleh golongan pegawai British. Jabatan dibentuk
untuk melaksanakan tugas pentadbiran seperti pencukaian, perundangan,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
dan kehakiman. Dalam kata lain, sultan telah kehilangan kuasa dalam semua
bidang tersebut.
4 Sultan juga kehilangan kuasa sebagai pihak tunggal untuk menjatuhkan
hukuman bunuh. Tugas baginda diambil alih oleh British yang
memperkenalkan sistem perundangan berdasarkan kehakiman Barat. British
melantik hakim untuk menjalankan tugas perundangan dan kehakiman.
5 Majlis Mesyuarat Negeri dibentuk untuk menggantikan Majlis Sultan. Sultan
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Mesyurat Negeri tetapi ironinya baginda
tidak mempunyai sebarang kuasa pentadbiran. Segala keputusan Majlis
Negeri dibuat oleh Residen.
6 British juga campur tangan dalam pelantikan sultan baharu. Sebelum
itu, bakal sultan adalah waris sultan yang memerintah dan pelantikan
sultan baharu mendapat persetujuan daripada pembesar. Kini, British telah
membuat keputusan dalam pelantikan sultan. Biasanya, pihak yang tidak
menentang British akan dilantik misalnya di Perak, Raja Yusuf dilantik
sebagai sultan menggantikan Sultan Abdullah selepas Perang Larut.
B Sosial
1 Sultan tidak lagi menyimpan hamba. Residen telah menghapuskan amalan
perhambaan. Ini telah menjejaskan kedudukan dan kewibawaan sultan dalam Bagi sultan, amalan
perhambaan merupakan
masyarakat Melayu tradisional. adat turun-temurun dalam
masyarakat Melayu tradisional.
Amalan ini mencerminkan
C Ekonomi kedudukan raja selain menjadi
aset ekonomi kepada sultan.
1 Residen British telah mengambil alih kuasa dan hak mengutip cukai yang
selama ini dipegang oleh Sultan.
2 British telah melantik Pegawai British yang digelar Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil bagi menjalankan tugas memungut cukai.
3 Tindakan British telah mencabar tanggungjawab sosial raja kerana
pemungutan cukai dianggap sebagai salah satu adat Melayu.
4 Sultan hanya bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu
di negeri baginda.
1.1.2 Pembesar
Konsep
Hasil Pembelajaran
1 Pembesar merupakan golongan yang terdiri daripada kerabat diraja dan
bukan kerabat diraja. Mereka membantu sultan atau Yang Dipertuan Besar Menghuraikan konsep,
dalam pentadbiran di peringkat negeri, daerah, jajahan atau kampung. hierarki, dan peranan
pembesar.
2 Pembesar di institusi pemerintahan peringkat daerah atau jajahan ialah
pembesar daerah.
5
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 5 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
3 Pembesar daerah dibahagikan kepada beberapa lapisan yang mencerminkan
BAB kedudukan, keistimewaan, dan kuasa mereka dalam sistem politik dan
masyarakat.
1 4 Mereka dilantik terus oleh sultan melalui pemberian surat tauliah. Mereka
amat menghormati dan mentaati sultan.
5 Pembesar di peringkat kampung ialah ketua kampung atau dikenali sebagai
penghulu atau penggawa. Di Kelantan, penghulu dikenali sebagai Tok Kweng.
Petua Pemeriksa
6 Golongan ini penting sebagai perantara antara pembesar dengan rakyat.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Calon tidak boleh
mengemukakan peranan Hierarki
pembesar zaman Kesultanan
Melayu Melaka pada abad 1 Pada amnya, pembesar dibahagikan kepada Pembesar Berempat, Pembesar
ke-15 kerana skop masa Berlapan, Pembesar Enam Belas, dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
bagi Sejarah Malaysia ialah
1800 – 2000.
Peranan Pembesar Peringkat Daerah / Jajahan
Kedudukan dan kekuatan A Politik
pembesar disokong oleh
sultan melalui pemberian 1 Pembesar daerah memperoleh hak memerintah sebuah kawasan melalui surat
gelaran dan cap mohor. tauliah daripada sultan atau Yang Dipertuan Besar. Kawasan pentadbiran
pembesar ini dikenali sebagai “kawasan pegangan” yang merupakan anugerah
daripada sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka atau
menjadi pentabir daerah atau jajahan.
2 Misalnya, di Perak, pembesar seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim
mendapat hak memerintah Larut, Dato’ Maharaja Lela di Pasir Salak, dan
Dato’ Sagor di Kampung Gajah. Di Selangor, Raja Jumaat mentadbir kawasan
Lukut, di Kelantan, Temenggung Aria Pahlawan Long Tua di Galas dan
di Pahang pula, Dato’ Bahaman mendapat kawasan Semantan. Kawasan
pentadbiran pembesar ini dikenali sebagai “kawasan pegangan”.
3 Pembesar tersebut akan memegang jawatan seumur hidup atau sepanjang
hayat pemerintah yang menganugerahkan jawatan tersebut. Apabila
pembesar meninggal dunia, maka jawatan tersebut akan diwarisi oleh
anaknya.
4 Sebagai balasan terhadap anugerah sultan tersebut, pembesar menunjukkan
ketaatan melalui istiadat menjunjung duli. Istiadat ini dilakukan di balairung
seri ketika menghadap dan menyembah sultan.
5 Pembesar memainkan peranan penting dalam bidang politik. Mereka
merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan
sehingga mempunyai kuasa untuk melantik raja. Misalnya, empat orang
Majlis Pembesar di Perak Undang di Negeri Sembilan (Undang Jelebu, Undang Rembau, Undang Johol
terlalu kuat sehingga mampu dan Undang Sungai Ujong) akan melantik Yang Dipertuan Besar.
campur tangan dalam sistem 6 Pada pertengahan abad ke-19, peranan pembesar semakin menonjol dan
pewarisan takhta. Selepas mereka mempunyai cap mohor sendiri dalam melaksanakan tugas. Mereka
kemangkatan Sultan Ali pada
tahun 1871, Raja Ismail, mempunyai hubungan erat dengan rakyat. Oleh demikian, pembesar ibarat
iaitu Raja Bendahara dilantik “jambatan” yang menghubungkan rakyat dengan pemerintah.
sebagai sultan oleh pembesar- 7 Pembesar juga bertanggungjawab menyediakan dan membekalkan tenaga
pembesar Perak. Raja Abdullah
sebagai Raja Muda sepatutnya ketenteraan untuk mempertahankan negara. Mereka juga memastikan
ditabal menjadi sultan penduduk di bawah jagaan mereka taat kepada pemerintah.
mengikut sistem pewarisan 8 Para pembesar menjadi penasihat atau ahli Jemaah Penasihat Sultan.
takhta. Raja Yusuf yang pernah
memegang jawatan Raja Di Misalnya, di Kelantan, Sultan Muhammad I (1801 – 1836) telah melantik
Hilir diketepikan kerana tidak beberapa orang pembesar membantu pentadbiran baginda. Di Johor, Sultan
disukai oleh pembesar Perak. Abu Bakar (1862 – 1895) telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati
Sultan dalam pentadbiran negeri.
6
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 6 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
9 Para pembesar juga memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan
dan keselamatan negeri. Misalnya, di Negeri Sembilan, Lembaga menguruskan BAB
dan menjaga keselamatan dan keamanan kawasan anak buahnya. Di Kelantan,
hal ehwal pertahanan dan keamanan negeri diuruskan oleh Jemaah Menteri 1
Peperangan.
10 Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan hukuman terhadap kes-kes
jenayah di daerah mereka. Namun, hukuman mati hanya boleh dijatuhkan
oleh sultan.
B Sosial
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1 Pembesar bertanggungjawab menjaga kebajikan anak buah dan memastikan
seluruh masyarakat di kawasannya taat kepada sultan.
2 Pembesar menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan bagi menyelesaikan
perselisihan anak buah di daerah jagaannya.
3 Pembesar dikehendaki membekalkan tenaga buruh untuk membina istana Sistem kerah merupakan
baharu, kapal untuk sultan, panggung atau pentas serta perhiasan istana sesuatu pekerjaan yang dibuat
untuk sesuatu perayaan. Pembesar melaksanakan tugas tersebut melalui tanpa diberi upah.
sistem kerah di kawasannya.
C Ekonomi Gelaran Orang Kaya-Kaya
1 Pembesar memungut cukai di kawasan pentadbiran mereka. Tugas ini diberikan kepada pembesar.
diserahkan kepada penghulu dan pemungut cukai. Kegiatan perdagangan Misalnya di Perak, gelaran
Orang Kaya-Kaya Sri Adika
di daerah pembesar akan dikenakan cukai. Cukai selalunya dipungut di Raja Syahbandar Muda yang
pangkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai. Biasanya, barang mendapat royalti daripada hasil
dikenakan cukai sebanyak 10% dan dibayar dengan barang. Pembesar akan bijih timah dan getah perca.
menyerahkan sebahagian daripada hasil cukai (ufit) kepada pemerintah
sebagai tanda kesetiaan. Misalnya, Sultan Perak mendapat $6 daripada setiap
bahara (400 paun) bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di
Perak.
2 Dari segi ekonomi, pembesar lebih berkuasa daripada sultan. Mereka
menguasai hasil perlombongan bijih timah dan menjalankan kegiatan
perlombongan melalui sistem serah dan sistem kerah. Mereka memperoleh
sumber pendapatan lumayan yang mampu menyara anak buah mereka.
Didapati bahawa ada dalam kalangan pembesar yang lebih berkuasa dan
berwibawa di daerah masing-masing berbanding dengan sultan.
3 Hal ini jelas menunjukkan bahawa kekayaan ekonomi juga bermakna
kekuasaan politik. Kekayaan ekonomi terletak pada pembesar dan bukannya
sultan. Kekayaan ekonomi inilah yang memperkukuhkan kekuasaan dan
kewibawaan pembesar di daerah dan negeri.
4 Dari segi ekonomi, pembesar juga menjalankan kegiatan perdagangan tetapi
dengan izin sultan. Namun, mereka tidak terlibat secara langsung kerana
mereka hanya mengeluarkan modal. Urusan perdagangan dijalankan oleh
wakil-wakil yang dilantik.
5 Para pembesar juga membantu membangunkan ekonomi negeri. Mereka
memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan lancar. Mereka
menentukan timbangan dan sukatan yang betul. Misalnya, Jemaah Menteri
Perbendaharaan di Kelantan mengendalikan harta benda dan hasil mahsul
negeri.
6 Pembesar juga bertanggungjawab menjaga kawasan perniagaan daripada
pencerobohan lanun, mengawasi pedagang, menjaga hal ehwal pedagang
asing, mengaturkan tempat perniagaan, dan menyediakan gudang untuk
menyimpan barang-barang.
7
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 7 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
’10 Sistem dan Peranan Pembesar di Negeri-negeri Melayu Sebelum
BAB Campur Tangan British
1 A Sistem Pembesar di Perak
1 Di Perak, pembesar merupakan ketua bagi unit politik daerah. Pembesar
Perak berkuasa melantik bakal sultan. Mereka berpengaruh dalam pelantikan
bakal pemerintah. Sebagai contoh, Raja Yusof diketepikan daripada jawatan
Raja Di Hilir dan gagal menjadi Sultan pada tahun 1873 kerana beliau tidak
mendapat sokongan daripada pembesar Perak.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2 Pembesar Perak terbahagi kepada beberapa lapisan. Majlis Orang Besar
Berempat terdiri daripada empat orang pembesar, iaitu Raja Bendahara,
Orang Kaya Besar Diraja Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung,
dan Orang Menteri Paduka Tuan.
3 Orang Besar Berempat merupakan orang kanan dalam pentadbiran negeri.
Mereka berkuasa di daerah masing-masing dan pentadbiran kerajaan negeri.
Raja Bendahara bertugas sebagai pemangku dan pelantik raja. Orang Kaya
Besar Diraja Penghulu Bendahari menyelenggara istana raja. Orang Kaya
Temenggung bertugas sebagai ketua mukim Kota Lama manakala Orang
Menteri Paduka Tuan berkuasa di Larut.
4 Di bawah lapisan Orang Besar Berlapan ialah Orang Besar Enam Belas dan
Orang Besar Tiga Puluh Dua. Pembesar-pembesar ini mendapat gelaran
daripada pihak yang mempunyai hubungan dengan Orang Besar Berempat
dan Orang Besar Berlapan. Kedua-dua golongan tersebut memainkan
peranan penting dalam pentadbiran negeri.
(a) Orang Kaya-Kaya Maharaja
Lela Tan Lela Putra (a) Bendahara (sehingga abad ke-18)
(b) Orang Kaya-Kaya Laksamana Orang (b) Penghulu Bendahari
Raja Mahkota Besar (c) Temenggung
(c) Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja Berempat (d) Menteri
Syahbandar Muda
(d) Orang Kaya-Kaya Syahbandar Orang Besar
Paduka Indra Berlapan
(e) Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta
Sri Amar Bangsa Diraja Muncul pada awal
(f) Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Orang Besar abad ke-20
Gantang Sri Amar Diraja Enam Belas
(g) Orang Kaya-Kaya Sri Agar Diraja Mendapat gelaran
(h) Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Orang Besar daripada Orang Besar
Tuan Tiga Puluh Dua Berempat dan Orang
Besar Berlapan
5 Kesemua pembesar tersebut dilantik oleh sultan melalui surat kuasa atau
surat tauliah. Ini bermakna terdapat hubungan dua hala, iaitu sultan melantik
pembesar negeri manakala pembesar negeri melantik sultan.
6 Apabila pembesar dilantik dan diberi surat tauliah, mereka mempunyai kuasa
untuk menguruskan pentadbiran hal tempatan, perundangan, pertahanan,
dan pemungutan cukai di daerah masing-masing. Pembesar juga mempunyai
tanggungjawab terhadap adat istiadat. Pembesar akan dibantu oleh timbalan
mereka dalam melaksanakan tugas harian.
8
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 8 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
7 Dari segi ekonomi, pembesar mempunyai punca pendapatan sendiri.
Contohnya: BAB
(a) (i) Raja Bendahara mengenakan cukai terhadap barang yang
dibawa melalui Kuala Kinta, contohnya cukai getah ialah $1.00 1
bagi setiap satu pikul, $12 1/2 sen bagi setiap satu pikul kulit
haiwan, $4.00 bagi setiap satu bahara bijih timah, $16.00 bagi
setiap satu koyan beras, $2.00 bagi setiap satu pikul tembakau,
$4.00 bagi candu, dan 10% bagi setiap jenis minyak.
(ii) Setiap tahun Raja Bendahara akan menghantar ‘Orang Kalur’
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
melawat kampung-kampung untuk memungut cukai sebanyak
50 sen bagi setiap keluarga sebagai tanda kekuasaan terhadap
mereka. Hasil-hasil ini dipanggil “Beman Kalut”.
(b) Orang Kaya Temenggung mendapat hasil daripada pajakan geran,
atap, wang penebus cupak, gantang, kati, dan pikul.
(c) Orang Kaya-Kaya Sri Adika Raja Syahbandar Muda mendapat royalti
daripada hasil bijih timah dan getah perca. Beliau juga menerima ufti
tahunan sebanyak 70 gantang beras daripada setiap keluarga di kawasan
jagaannya.
(d) Orang Kaya-Kaya Menteri mendapat hasil di daerah Larut.
(e) Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota mendapat kebenaran
membawa keluar seratus bahara timah setahun tanpa cukai dan
menguasai pinggir laut jajahan Perak.
(f) Orang Kaya-Kaya Syahbandar Paduka Indra boleh membawa keluar Pembesar-pembesar di Negeri-
sebanyak 50 bahara timah setahun tanpa cukai. negeri Melayu memainkan
(g) Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Sri Amar Bangsa Diraja berkuasa peranan yang sama, hanya
dari kuala hingga hulu Sungai Kinta. Semua hasil yang dipungut terdapat perbezaan dari segi
menjadi kepunyaannya. Beliau juga mengenakan cukai dan mendapat gelaran dan jawatan di setiap
negeri.
royalti sebanyak 10% ke atas semua bijih timah di Kinta.
(h) Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Sri Amar Diraja
berkuasa di Sungai Lima. Semua hasil yang dipungut di situ menjadi
haknya.
(i) Orang Kaya-Kaya Sri Agar Diraja mendapat hasil daripada setiap • Mengikut J.M. Gullick dalam
perahu yang keluar masuk. Semua barang yang dibawa oleh beliau bukunya, Malay Society in
dikecualikan daripada cukai. the Late Nineteenth Century,
(j) Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan mendapat hasil melalui golongan pembesar di Johor
pungutan cukai, zakat fitrah, sedekah, kematian, dan perkahwinan. yang bergelar Dato’ atau
“Tuan” mempunyai pengikut
B Sistem Pembesar di Johor dan berkuasa di jajahan yang
diletakkan di bawah jagaan
1 Pembesar di Johor memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan mereka. Pada tahun 1880,
pada abad ke-19. Pada tahun 1860 dan 1870-an, pembesar Johor dipilih hanya Datuk Penggawa
berdasarkan tahap pendidikan, kebolehan, keupayaan, pengalaman, Barat dan Datuk Penggawa
kelayakan, kecekapan, dan keakraban dengan pemerintah. Timur yang menguasai
jajahan tertentu.
2 Pembesar Johor dilantik oleh sultan. Baginda akan mempertimbangkan • Satu ciri unik yang terdapat
faktor keturunan dalam pelantikan tersebut. Pembesar bertindak sebagai di Johor ialah pembesarnya
pegawai kerajaan yang diberi gaji, mempunyai tugas khas, dan menjalankan yang bergelar Dato’
merupakan pegawai kerajaan
tugas berdasarkan peraturan yang ditetapkan dalam sistem pemerintahan yang dibayar gaji. Mereka
negeri. tidak mempunyai kawasan
3 Pada abad ke-19, pegawai-pegawai kerajaan menjalankan tugas dalam pegangan yang autonomi.
sistem birokrasi baharu yang mempunyai sedikit perbezaan dengan sistem • Gelaran Dato’ yang
diberikan kepada pembesar
pemerintahan Melayu tradisional. Namun, dalam sistem birokrasi ini, merupakan simbol
pembesar masih di bawah kawalan sultan dan berkhidmat untuk sultan. penghormatan negeri supaya
Sultan yang melantik pembesar negeri. Ini bermakna peranan, kedudukan, pembesar ini berada di
dan kewibawaan yang ada pada pembesar datang daripada sultan. Ini kedudukan yang tinggi dan
menyebabkan pembesar sedia berkhidmat untuk sultan. dihormati.
9
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 9 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
4 Golongan pembesar di Johor terdiri daripada kerabat diraja, iaitu Tengku,
BAB Ungku, Raja, dan Wan serta golongan Tuan / Dato’ (bukan berdarah
Raja). Mereka dilantik menjadi ahli Lembaga Penasihat atau Majlis Negeri.
1 Pembesar kanan seperti kerabat diraja, Menteri Besar, dan Setiausaha Negeri
sering bermesyuarat dengan sultan, menasihati dan membantu baginda
dalam melaksanakan tugas pentadbiran negeri.
5 Pembesar yang terkemuka di Johor ialah:
(a) Dato’ Jaafar bin Muhammad merupakan Menteri Besar Johor yang
Foto 1.3 Dato’ Jaafar bin pertama dan bertanggungjawab menjalankan pentadbiran negeri Johor.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Muhammad (b) Dato’ Muhammad Salleh bin Perang dikenali sebagai Dato’ Bentara
Luar. Beliau merancang dan mengawal pembangunan negeri serta
merancang pengurusan kewangan negeri Johor.
(c) Dato’ Abdul Rahman bin Andak digelar Dato’ Seri Amar Diraja
menjadi pembantu kepada Menteri Besar. Tugas utama beliau ialah
mengawal hubungan Johor dengan British, mengeratkan hubungan
Johor dengan pegawai British dan pedagang asing, serta memastikan
British tidak menguasai Johor.
(d) Dato’ Muhammad Ibrahim Munshi digelar Dato’ Bentara Dalam
dan Bapa Pendidikan Melayu Johor. Beliau merupakan Ketua Jabatan
Foto 1.4 Dato’ Muhammad Pendidikan Johor yang pertama pada tahun 1883. Beliau mendirikan
Salleh bin Perang banyak sekolah dan mendesak supaya pendidikan diwajibkan kepada
semua rakyat Johor. Beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri yang
pertama pada tahun 1893.
C Sistem Pembesar di Pahang
1 Di Pahang, Bendahara memainkan peranan penting dalam pemerintahan.
Beliau bertanggungjawab mengendalikan urusan perhubungan luar,
mengetuai peperangan, mengadili kes-kes perbicaraan, serta menjadi
lambang perpaduan rakyat.
2 Bendahara sangat bergantung kepada peranan Orang Besar Berempat seperti
Orang Kaya Indera Shahbandar, Orang Kaya Indera Maharaja Perba, Orang
Kaya Indera Segara, dan Orang Kaya Indera Pahlawan. Orang Besar Berempat
akan mengenakan cukai atau kutipan lain apabila keadaan memerlukan.
Contohnya, pembesar boleh memungut cukai daripada setiap penduduk
di daerah mereka untuk membiayai perbelanjaan ke Pekan bagi tujuan
mengadap sultan.
Foto 1.5 Dato’ Abdul Rahman 3 Pembesar boleh mengenakan cukai terhadap barang yang diimport dan
bin Andak
dieksport di daerah masing-masing. Kadangkala, mereka memegang hak
monopoli terhadap barang tertentu yang kemudian dijual kepada rakyat
dengan harga yang lebih tinggi.
4 Orang Besar Berempat juga mengadili kes jenayah dan awam. Pada teorinya,
hukuman mati hanya boleh dijatuhkan oleh sultan tetapi secara praktiknya,
pembesar berkuasa penuh di daerah mereka. Biasanya semakin jauh daerah
itu dari Pekan, semakin kuat kuasa dan kebebasan Orang Besar Berempat.
Mereka menjadi ahli dalam Majlis Penasihat Istana. Sultan memerlukan
mereka dalam perundingan tentang hal-hal negeri yang penting.
5 Di bawah Orang Besar Berempat ialah Orang Besar Berlapan. Ini diikuti
oleh Orang Besar Enam Belas. Pembesar di kedua-dua lapisan ini mempunyai
Foto 1.6 Dato’ Muhammad hak kuasa pencukaian dan kehakiman tetapi tertakluk kepada hak kuasa
Ibrahim Munshi
pembesar yang lebih atas daripada mereka. Terdapat dua Orang Pembesar
Berlapan yang mempunyai hak kuasa yang sama dengan Orang Besar
Berempat. Mereka ialah Orang Kaya Lipis dan Orang Kaya Semantan.
10
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 10 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
6 Satu lagi kumpulan pembesar yang memegang kuasa yang luas di Pahang
ialah Orang Besar Raja. Mereka biasanya adalah orang kesayangan di istana BAB
yang menjadi terkenal semasa peperangan. Contohnya, Imam Perang Rasul.
Beliau berjuang di pihak sultan semasa perang saudara di Pahang dan telah 1
meningkatkan imej pasukan tentera Pahang dalam peperangan tersebut.
Oleh sebab jasa tersebut, maka beliau telah dianugerahkan gelaran Orang
Kaya Imam Perang Indera Gajah Pahang atau Tok Gajah. Tok Gajah juga
dikurniakan kawasan Pulau Tawar dan Budu.
7 Seorang pembesar Pahang yang tidak kurang pentingnya ialah Dato’
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Bahaman. Beliau merupakan panglima perang yang banyak berjasa kepada
sultan Pahang. Beliau telah membantu Bendahara Wan Ahmad dalam tiga
siri peperangan saudara di Pahang, iaitu pada tahun 1858, 1860, 1862,
serta Perang Klang di Selangor. Disebabkan kegagahan tersebut, beliau
dianugerahkan gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan.
Beliau juga dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang Kaya
Indera Segara.
D Sistem Pembesar di Kelantan
1 Di Kelantan, Sistem Jemaah Menteri wujud sejak pemerintahan Sultan
Muhammad 1 (1801 – 1836). Baginda telah melantik tujuh orang pembesar
untuk memudahkan dan melicinkan pentadbiran. Dapatkan maklumat tentang
2 Tujuh orang pembesar ialah: Sistem Jemaah Menteri
di Kelantan di laman web
(a) Long Kenal yang digelar Raja Bendahara Banggol. berikut:
(b) Long Ismail yang digelar Raja Kampung Laut. https://ms.wikipedia.org/
(c) Long Yusof yang digelar Raja Bukit Banor. wiki/Corak_pemerintahan_
(d) Long Tan yang digelar Tengku Aria Pahlawan. Kelantan_lampau
(e) Anak Penghulu Adas yang digelar Dato’ Kaya Hulubalang Kaduk.
(f) Anak Mandor Mes yang digelar Dato’ Panglima Perang Londang.
(g) Tengku Long Muda yang digelar Tengku Kota.
3 Sultan Muhammad II (1836 – 1886) telah memperkemaskan lagi sistem INFO
pemerintahan dengan membentuk lapan badan Jemaah Menteri dan setiap
satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. Setiap Jemaah Menteri
mempunyai bidang tugas masing-masing seperti berikut:
Jawatan Tugas
Jemaah Penasihat Raja Menguruskan perkara dan urusan penting yang
bukan rahsia.
Jemaah Menteri Istana Menguruskan istiadat diraja dan istiadat rasmi di
seluruh Kelantan.
Jemaah Menteri Mengendalikan urusan penting tentang keadilan
Keadilan dan Kehakiman dan kehakiman.
Jemaah Menteri Dalam Menjaga keamanan negeri.
Negeri
Jemaah Menteri Luar Menguruskan dasar dan hal-ehwal luar negeri.
Jemaah Menteri Mengendalikan harta benda dan hasil mahsul.
Perbendaharaan
Jemaah Menteri Menguruskan pertahanan dan keamanan negeri.
Peperangan
Jemaah Menteri Menguruskan kemajuan dan pembangunan
Pentadbiran dan negeri.
Pengimarahan Negeri
11
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 11 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
4 Penubuhan Sistem Jemaah Menteri menunjukkan bahawa Kelantan telah
BAB Golongan pembesar Nik dan mempunyai sistem pentadbiran yang mantap sejak abad ke-19 lagi.
1 Wan membantu mengukuhkan 5 Sultan Muhammad II melaksanakan beberapa perubahan dalam struktur
pentadbiran Kelantan dengan menyingkirkan kerabat diraja yang terlibat
kuasa dan kedudukan Sultan
Muhammad II. Mereka dalam pertikaian merebut kuasa dan menggantikan mereka dengan golongan
memberikan taat setia yang pembesar yang bergelar Nik dan Wan.
tidak berbelah bagi kepada
baginda. E Sistem Pembesar di Negeri Sembilan
1 Negeri Sembilan dibahagikan kepada daerah atau jajahan yang dipanggil luak.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Empat luak yang utama ialah Rembau, Sungai Ujong, Jelebu, dan Johol. Luak
utama ini diperintah oleh pembesar yang digelar Undang. Undang dipilih
oleh Lembaga. Keempat-empat Undang ini dipertanggungjawabkan untuk
melantik ketua yang dipanggil Yang Dipertuan Besar atau Yamtuan Besar.
2 Struktur dan organisasi politik yang diamalkan di Negeri Sembilan dapat
Adat Perpatih dilihat daripada perbilangan adat berikut:
Undang memilih Yang Alam beraja
Dipertuan Besar Luak berpenghulu
Suku berlembaga
Anak buah berbuapak
Lembaga memilih Undang
3 Undang berada di puncak hierarki politik dan kepimpinan adat. Beliau
merupakan ‘raja’ dalam luaknya. Undang berkuasa penuh dalam luaknya.
Buapak memilih Lembaga
Walau bagaimanapun, sebelum beliau membuat keputusan, beliau
dikehendaki meminta nasihat daripada Majlis Lembaga, iaitu Lembaga
Anak Buah memilih Buapak Tiang Balai yang terdiri daripada lapan orang pembesar.
4 Undang atau Penghulu yang mengetuai pentadbiran di luak akan dibantu
Rajah 1.2 Sistem pembesar di oleh Datuk-datuk Lembaga. Misalnya, Dato’ Kelana Putera (Undang Sungai
Negeri Sembilan
Ujong) sebelum membuat sesuatu keputusan, beliau perlu berunding dengan
Dato’ Syahbandar (Waris di Air) sebelum berunding dengan Lembaga Tiang
Balai Sungai Ujong.
U
PAHANG
SELANGOR 5 Setiap Undang mesti berbincang dan mendapatkan pandangan daripada
Jelebu
ketua-ketua adat (Lembaga) dalam hal-hal berkaitan dengan luaknya.
Jempol
Dalam menjatuhkan hukuman seperti hukuman mati, Undang harus merujuk
Sungai Terachi Muar
Ujong kepada Majlis Lembaga untuk mendapat kebenaran.
Gunung Pasir Johol Gemas
Inas Gemencheh JOHOR
Rembau 6 Lembaga ialah ketua suku. Pemilihan Lembaga berdasarkan konsep
Linggi Tampin Air
Kuning
muafakat semua ahli suku dan bukan majoriti ahli suku. Pemilihan ini
SELAT
MELAKA
MELAKA
Peta 1.1 Kedudukan luak di mesti dipersetujui oleh Undang. Lembaga bertanggungjawab atas kebajikan
Negeri Sembilan ahli-ahli sukunya dan beliau dibantu oleh Buapak dalam menjalankan tugas-
tugasnya. Lembaga memerintah suku manakala Buapak memerintah anak
buah.
7 Sebagai pembesar, Lembaga harus hadir di Balai Undang apabila dipanggil
untuk membincangkan masalah luak. Lembaga juga bertindak sebagai
hakim dan orang tengah tentang hal-hal peribadi dan masalah setempat
yang melibatkan anggota sukunya.
8 Buapak ialah Ketua Perut dan setiap anggota perut dikenali sebagai Anak
Buah. Buapak dipilih oleh anggota perut. Pelantikan Buapak mesti disahkan
oleh Lembaga. Buapak hanya berkuasa dalam kalangan ahli perutnya sahaja.
9 Tugas Buapak ialah menjalankan adat istiadat berkaitan dengan perkahwinan,
upacara bercukur rambut, berkhatan, dan penceraian.
10 Buapak diberi penghormatan memilih dan melantik Lembaga.
12
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 12 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
F Sistem Pembesar di Sarawak
1 Semasa Kesultanan Brunei, tiga orang pembesar dilantik di Sarawak: BAB
(a) Datu Patinggi berperanan seperti Ketua Menteri pada hari ini. Beliau 1
bertanggungjawab untuk menyerahkan hasil kepada kerajaan Brunei
sebagai ufti.
(b) Datu Temenggung mengawal keselamatan.
(c) Datu Bandar mengurus hal-ehwal perdagangan.
2 Semasa pemerintahan Brooke di Sarawak, jawatan Ketua Melayu Sarawak,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
iaitu Datu Patinggi, Datu Temenggung, dan Datu Bandar dikekalkan. Mereka
dibenarkan memungut cukai di kawasan masing-masing tetapi dikehendaki
menyerahkan sebahagian daripada hasil tersebut kepada kerajaan Brooke.
Pembesar-pembesar tempatan ini memberi nasihat dalam hal undang-
undang dan adat Melayu.
G Sistem Pembesar di Sabah
1 Di Sabah, Pegawai Daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri yang
bertanggungjawab menjaga keamanan, mengendalikan keadilan, mengutip
cukai, membahagikan tanah, dan memastikan pertanian berjalan dengan
lancar.
2 Di peringkat kampung pula, ketua kampung yang digelar Orang Tua
ditugaskan menguruskan hal-ehwal kampung masing-masing.
3 Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh hakim yang dilantik di kalangan Ketua
Anak Negeri yang bertanggungjawab dalam adat dan hukum Islam.
4 Dalam Majlis Penasihat Pembesar-pembesar Peribumi, hanya Ketua Anak
Negeri yang bergelar Orang Kaya-Kaya dibenarkan menghadirinya. Antara
pembesar yang terlibat ialah Pangeran Mohamad Abbas, Pangeran Haji
Omar, dan Haji Mohamad Saman.
Perubahan Peranan Pembesar Daerah Selepas Campur Tangan
British (1874)
Campur tangan British di
1 Selepas campur tangan British, kedudukan dan kewibawaan pembesar daerah Negeri-negeri Melayu mulai
sedikit demi sedikit dikurangkan. Seorang pegawai Britih yang dikenali tahun 1874 menandakan
sebagai Pegawai Daerah telah mengambil alih tugas utama pembesar permulaan proses perubahan
daerah, iaitu mengutip cukai. Cukai merupakan sumber pendapatan utama dalam sistem dan institusi
pembesar daerah dan mencerminkan kedudukan dan kewibawaannya pemerintahan masyarakat
Melayu tradisional. Pengenalan
dalam masyarakat Melayu tradisional. Hasil negeri kini diletakkan di bawah Sistem Residen (1874),
tanggungjawab Pegawai Daerah British yang akan membahagikannya kepada Negeri-negeri Melayu
sultan dan pembesar daerah melalui bayaran elaun dan pencen. Ini bermakna Bersekutu (1896), dan Majlis
pembesar daerah kehilangan kewibawaannya selepas campur tangan British. Mesyuarat Persekutuan (1909)
membuktikan kemerosotan
2 Pembesar daerah tidak dibenarkan menyimpan hamba atau orang berhutang. peranan pembesar daerah di
Oleh yang demikian, pembesar daerah tidak lagi mempunyai pengikut yang Negeri-negeri Melayu.
ramai seperti sebelum tahun 1874. Sistem kerah juga dihapuskan melalui
campur tangan British. Pembesar daerah tidak boleh menggunakan buruh-
buruh kerah untuk urusan peribadinya. Sistem kerah kini dihadkan untuk
tugas kerajaan sahaja.
3 Pegawai daerah British telah mengambil alih kebanyakan daripada tugas
pentadbiran tempatan yang dijalankan oleh pembesar daerah. Sebelum
campur tangan British, pembesar daerah mengawasi pentadbiran daerah
dan hal-ehwal kampung melalui penghulu. Kini, kawalan ke atas penghulu
dijalankan oleh pegawai daerah British walaupun jawatan penghulu masih
dikekalkan.
13
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 13 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
4 Pegawai daerah British berkuasa penuh atas segala daerah dan residensi
BAB yang ada. Mereka bertanggungjawab ke atas hal kutipan hasil, pentadbiran,
kehakiman, tanah, kawalan ke atas penghulu, dan menguruskan segala aduan
1 rakyat. Mereka berhak melantik calon-calon untuk jawatan penghulu yang
dahulunya dibuat oleh pembesar daerah.
5 Tugas pembesar daerah dalam hal kehakiman juga diambil alih oleh pegawai
daerah British. Pihak British telah memperkenalkan satu sistem kehakiman
dalam mahkamah berdasarkan undang-undang jenayah British.
6 Walaupun kebanyakan daripada tugas penting pembesar daerah diambil
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
alih oleh pegawai daerah British, tetapi jawatan pembesar daerah masih
dikekalkan. Mereka ditanggung oleh British melalui pemberian elaun
dan pencen sebagai ganti rugi kepada penyerahan dan pengambilan tugas
mengutip cukai dan kawalan hasil.
7 Pembesar daerah tidak diketepikan sama sekali daripada mengambil bahagian
dalam hal-ehwal negeri walaupun kewibawaan mereka dalam hal ini sudah
hilang. Sebagai contoh, di Sabah, pegawai daerah dibantu oleh Ketua Anak
Negeri Sabah. Di Sarawak, jawatan Ketua Melayu Sarawak, iaitu Datu
Patinggi, Datu Temenggung, dan Datu Bandar masih dikekalkan. Pembesar-
pembesar ini membantu kerajaan Brooke dalam memberi nasihat mengenai
undang-undang dan adat Melayu.
8 Pembesar daerah juga diberi gelaran Majistret Tempatan. Hakim, atau
Penguasa Penghulu. Mereka duduk bersama-sama dengan pegawai British
atau pegawai daerah dalam Mahkamah Daerah dan Residensi untuk
membincangkan kes-kes jenayah tetapi mereka tidak mempunyai apa-apa
kuasa.
Peranan Pembesar Peringkat Kampung
1 Setiap kampung di Negeri-negeri Melayu (kecuali Negeri Sembilan)
merupakan unit politik terkecil yang ditadbir oleh seorang penghulu atau
penggawa.
2 Penghulu memainkan peranan sebagai perantara antara pembesar daerah
dengan penduduk kampung. Penghulu mempunyai kuasa mutlak di peringkat
kampung.
A Politik
1 Menjaga keamanan dan keselamatan kampung di bawah jagaannya dengan
menyelesaikan perselisihan orang kampung melalui perundingan. Menjaga
keamanan kampung dengan menangkap penjenayah.
2 Melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pembesar daerah dari masa
ke semasa. Penghulu terletak di bawah kawalan pembesar daerah dan
bukannya sultan. Walaupun beliau dilantik oleh sultan melalui surat tauliah
bercap mohor tetapi pada nama sahaja kerana kelulusan datang daripada
pembesar daerah. Penghulu bertanggungjawab kepada pembesar daerah.
Namun, di Terengganu, pada zaman pemerintahan Sultan Omar, penghulu
bertanggungjawab terus kepada sultan.
3 Berkuasa penuh terhadap anak buah. Penghulu biasanya dilantik dalam
kalangan orang kampung yang tertua dan paling dihormati di kampungnya.
Pelantikan penghulu secara turun-temurun. Hubungan penghulu dengan
orang kampung sangat rapat kerana kebanyakan penduduk kampung adalah
saudara-mara beliau. Penghulu berkuasa penuh terhadap anak buahnya dan
memastikan penduduk kampung taat setia kepada sultan.
14
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 14 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
B Sosial
1 Kadangkala, penghulu diarah untuk membekalkan dan menyediakan tenaga BAB
buruh kepada pembesar atau sultan. Penghulu akan mendapatkan penduduk 1
kampung untuk menjalankan kerja-kerja membina istana, jambatan, terusan,
kapal, mengerjakan sawah, dan menghiaskan istana. Semua kerja ini
dilakukan melalui sistem kerah.
2 Penghulu juga bertanggungjawab untuk mengerahkan dan mengumpulkan
penduduk kampung bagi membantu pembesar daerah atau sultan dalam
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
menghadapi peperangan atau ancaman musuh luar.
C Ekonomi
1 Penghulu memastikan kegiatan ekonomi berjalan lancar. Penghulu
memperoleh sumber pendapatan daripada pelbagai sumber misalnya anak
buah menyerahkan sebahagian daripada hasil mereka kepadanya atau anak
buah akan membantunya dalam penanaman padi. Pendapatan penghulu
juga diperoleh daripada hasil cukai pendapatan.
2 Selain itu, penghulu juga melaksanakan sistem pungutan cukai di kampung
jagaannya. Akan tetapi, sebahagian cukai yang dipungut itu akan diserahkan
kepada pembesar daerah dan yang lain akan menjadi pendapatannya.
Perubahan Peranan Penghulu Selepas Campur Tangan British ’11
(1874)
1 British mengekalkan institusi penghulu kerana pengaruh penghulu dalam British mengekalkan institusi
pemerintahan kerajaan kolonial amat penting bagi melaksanakan kemajuan. penghulu untuk meluaskan
2 Penghulu menjadi wakil kerajaan di kampung-kampung mereka. Mereka dasar imperialisme.
tidak hanya mentadbir kampung mereka, tetapi beberapa buah kampung
atau mukim. Kampung ditadbir oleh seorang ketua kampung yang terletak
di bawah jagaan seorang penghulu.
3 Sebelum itu, penghulu menjadi perantara antara pembesar daerah dengan
rakyat, kini penghulu menjadi penghubung antara pentadbiran British
dengan rakyat.
4 Penghulu dilantik oleh kolonial British. Surat kuasa masih dikeluarkan oleh
sultan tetapi atas nasihat Residen British dan bukannya pembesar daerah.
Penghulu tidak lagi dikawal oleh pembesar daerah tetapi oleh Pegawai
Daerah.
5 Residen British Perak, iaitu Hugh Low telah menetapkan peranan penghulu
seperti berikut:
(a) Menjaga keselamatan.
(b) Menyelesaikan perselisihan antara anak buahnya. Dapatkan maklumat tentang
Hugh Low di laman web
(c) Mengutip cukai bagi pihak British dengan kebenaran menyimpan 10% berikut:
untuk kegunaan sendiri. https://en.wikipedia.org/wiki/
(d) Melaksanakan undang-undang British di dalam mukim jagaannya. Hugh_Low
(e) Menghakimi kes-kes kesalahan yang kecil.
(f) Menguruskan pemberian tanah kepada pemohon.
6 Bidang kuasa penghulu diperkemaskan lagi melalui surat kuasa yang
dibenarkan oleh undang-undang. Surat kuasa Perak yang dikeluarkan pada INFO
tahun 1890-an terbahagi kepada sembilan bahagian. Penghulu diberikan
tugas mengutip segala hasil, memberikan nasihat kepada anak buah,
mendaftar penduduk di kawasannya, menahan orang yang bersalah, dan
menyelesaikan aduan kecil.
15
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 15 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
7 Jawatan penghulu bukan lagi sesuatu yang berasaskan warisan tetapi
BAB kelayakan. Seseorang penghulu akan dilantik berdasarkan kebolehan,
kelayakan, dan tahap pendidikannya.
1 8 Penghulu merupakan pegawai yang dibayar gaji dan diberi pencen. Beliau
boleh ditukarkan untuk berkhidmat di mana-mana mengikut keperluan.
Selain menjalankan tugas Walaupun penghulu menerima gaji tetap tetapi beliau masih boleh mendapat
rasmi, penghulu dikehendaki sumber pendapatan daripada sistem cabut. Mengikut Perak Order in Council,
menjalankan tugas tidak rasmi. penghulu boleh menerima sebanyak 10% daripada cukai yang dipungut oleh
Misalnya, jika pegawai dari pejabat kastam atau daripada hasil bijih timah di kawasannya.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
luar datang ke kawasannya,
beliau mesti menguruskan dan 9 Pencalonan, pelantikan, pemecatan, pengagihan tugas, dan tanggungjawab
melayan pegawai tersebut penghulu diuruskan oleh Residen British dalam Majlis Mesyuarat Negeri.
sehingga selesai.
10 Penghulu memainkan peranan penting sebagai agen dan penghubung
antara kerajaan British dengan penduduk di kampungnya. Penghulu ialah
kakitangan kerajaan yang bergaji tetap dan tertakluk di bawah undang-
undang negeri.
1.2 Hukum Adat dan Undang-
undang
1 Sistem perundangan dalam masyarakat Melayu tradisional amat penting
dalam menjaga hak dan kepentingan golongan pemerintah, mengekalkan
amalan tradisi, menentukan bidang kuasa dan tanggungjawab pembesar,
menjamin keharmonian hidup masyarakat, dan mengawal tingkah laku
individu dalam masyarakat.
2 Masyarakat Melayu mempunyai peraturan hidupnya yang tersendiri.
Peraturan tingkah laku yang dipersetujui ini kemudiannya telah digubal
menjadi undang-undang.
3 Undang-undang ini terbahagi kepada dua, iaitu undang-undang tidak bertulis
yang juga dikenali sebagai hukum adat dan undang-undang bertulis.
’12 1.2.1 Hukum Adat
Hasil Pembelajaran 1 Adat merujuk kepada peraturan tidak bertulis tetapi menjadi undang-undang
yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat secara turun-temurun sehingga
Menerangkan bentuk dan menjadi hukum yang mesti dipatuhi oleh semua.
pelaksanaan Adat Perpatih 2 Undang-undang ini disebut hukum adat dan sesiapa yang melanggarnya
dan Adat Temenggung.
boleh dihukum.
3 Sebagai contoh, seseorang yang menghadap sultan mestilah berpakaian
lengkap, berpancung, dan berkeris di depan. Beliau tidak dibenarkan
mengadap sultan sekiranya berkeris di belakang.
4 Adat seperti ini tidak pernah tertulis tetapi telah menjadi peraturan istana.
Peraturan tersebut dinamakan hukum adat.
Bentuk dan pelaksanaan Adat
Perpatih dan Adat Temenggung 5 Hukum adat berdasarkan dua sumber, iaitu resam atau adat turun-temurun
menunjukkan masyarakat dan hukum syarak mengikut mazhab Syafie.
Melayu tradisional bijak dalam
menguruskan kehidupan. 6 Hukum adat tidak pernah ditulis tetapi dihafal oleh Ketua Adat.
Perubahan yang ketara dalam 7 Terdapat dua jenis hukum adat di Negeri-negeri Melayu, iaitu Adat Perpatih
struktur politik dan kuasa dan Adat Temenggung.
dalam Adat Perpatih dan Adat
Temenggung berlaku selepas 8 Adat Perpatih dan Adat Temenggung mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan
campur tangan British. serta pelaksanaan dari segi politik, sosial, dan ekonomi.
16
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 16 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
9 Kedua-dua Adat Perpatih dan Adat Temenggung berasal dari Sumatera.
Menurut Terombo, dua orang adik-beradik, iaitu Datuk Perpatih Nan BAB
Sebatang dan Datuk Ketemenggungan telah merangka undang-undang
sendiri. 1
Perbandingan antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung
Aspek Adat Perpatih Adat Temenggung
Pengasasan • Datuk Perpatih Nan Sebatang berkuasa di Pagar • Datuk Ketemenggungan berkuasa di
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Ruyung dan merangka undang-undang sendiri yang Palembang dan merangka undang-undang
dinamakan Adat Perpatih. yang dinamakan Adat Temenggung.
• Dibawa oleh orang Minangkabau ke Negeri Sembilan • Dibawa masuk ke Melaka pada awal abad
pada abad ke-17. ke-15.
• Diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning. • Diamalkan di Negeri-negeri Melayu kecuali
Negeri Sembilan.
Bentuk • Diwarisi secara lisan melalui peribahasa dan puisi • Mempunyai pengaruh agama Hindu dan
tradisional. kemudiannya dipengaruhi unsur-unsur
• Bersifat matrilineal, iaitu kaum wanita mempunyai Islam mengikut mazhab Shafie.
kedudukan yang utama dalam masyarakat. Hanya • Bersifat patrilineal, iaitu kaum lelaki
kaum wanita mewarisi harta dan keturunan anak diutamakan. Kaum lelaki dianggap
mengikut suku ibu. Ini bermakna mereka mendapat meneruskan keturunan sesebuah keluarga.
nama dan gelaran daripada suku ibu. Anak perempuan Ini sejajar dengan prinsip hukum faraid yang
menjadi asas wujudnya suku. mengiktiraf lelaki sebagai ketua keluarga.
Anak lelaki mewarisi harta ayahnya.
Pelaksanaan Adat Perpatih
A Politik
Sistem pemerintahan
1 Sistem pemerintahan menekankan unsur demokrasi, permuafakatan, dan Mengapakah sistem
musyawarah sebagai asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah. pemerintahan berdasarkan
2 Setiap suku mempunyai wakil dalam pemerintahan. Ini bermakna kedaulatan Adat Perpatih dikatakan
berunsur demokrasi?
berada di tangan rakyat.
3 Mengikut hierarki pemerintahan Adat Perpatih, pelantikan pemimpin dibuat
daripada peringkat paling bawah, iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak,
Lembaga, dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
4 Yang Dipertuan Besar merupakan pemerintah tertinggi tetapi baginda
tidak berhak memilih pembesar. Setiap keputusan baginda dibuat setelah Yamtuan Besar
berunding dengan Undang.
5 Sistem pemerintahan berasaskan Adat Perpatih tidak mengamalkan kuasa Undang
mutlak tetapi mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut
peringkat.
Lembaga
Perundangan / Hukuman
1 Undang-undang jenayah bersifat pemulihan, berperikemanusiaan, dan
bertimbang rasa. Orang yang membuat kesalahan akan didenda berdasarkan Buapak
kesalahannya dan mangsa diberi ganti rugi.
2 Contohnya, seseorang yang cedera akan diberi ganti rugi dalam bentuk ayam Anak Buah
atau kambing bergantung kepada keadaan lukanya.
3 Sekiranya berlaku pembunuhan, si pembunuh mesti menanggung kehidupan Rajah 1.3 Struktur
keluarga si mati. pemerintahan di
Negeri Sembilan
17
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 17 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
4 Hukuman mati hanya akan dikenakan bagi kes yang serius seperti
BAB penderhakaan yang dijalankan oleh Undang atau Yang Dipertuan Besar.
5 Hukuman lain ditentukan oleh Buapak atau Lembaga.
1
B Ekonomi
Pembahagian harta
1 Dari segi pembahagian harta, harta bukan hak perseorangan, tetapi adalah
hak milik kelompok kekeluargaan secara bersama.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
2 Harta dalam masyarakat tidak boleh dijual kepada kelompok keluarga lain
dengan syarat-syarat tertentu.
3 Warisan harta adalah seperti berikut:
(a) Harta pusaka, iaitu harta perempuan yang diwariskan kepada keturunan
perempuan.
(b) Harta pembawa, iaitu harta suami yang dibawa ke dalam keluarga
baharu setelah berkahwin. Apabila berlaku penceraian, harta ini kekal
menjadi milik pihak lelaki. Jika lelaki tersebut mati, harta ini diwariskan
kepada anak perempuannya.
(c) Harta dapatan, iaitu harta orang perempuan yang diperoleh sebelum
berkahwin.
(d) Harta sepencarian, iaitu harta suami isteri setelah berumah tangga.
Jika berlaku penceraian, harta ini dibahagikan sama rata. Harta ini
akan menjadi harta pusaka apabila pasangan suami isteri mati. Jika
seseorang wanita meninggal dunia tanpa anak, hartanya akan diwarisi
oleh saudara perempuannya.
C Sosial
Kekeluargaan
1 Setiap ahli suku adalah bersaudara.
2 Dari segi jurai keturunan, keluarga sebelah ibu diutamakan kerana jurai ini
melahirkan suku.
Perkahwinan
1 Apabila seorang anak perempuan berkahwin, suaminya akan digelar orang
semenda. Orang semenda berkuasa terhadap isterinya.
2 Menurut adat, jika berlaku perselisihan rumah tangga, isteri seharusnya
memohon maaf.
3 Saudara-mara isteri tidak boleh campur tangan dalam masalah perselisihan
orang semenda dengan isteri dan anak-anaknya, atau dalam apa-apa perkara
berhubungan dengan rumah tangganya.
4 Lelaki semenda dikehendaki mendirikan rumah bagi isteri dan anak-anaknya
di atas tanah yang dimiliki oleh keluarga sebelah isterinya. Dengan demikian,
rumah tersebut akan menjadi hak milik isterinya.
5 Adat Perpatih mengamalkan perkahwinan eksogami, iaitu perkahwinan
mesti dengan suku yang berbeza kerana hubungan antara ahli suku amat
erat dan dianggap bersaudara.
Kemasyarakatan
1 Ahli-ahli dikelompokkan ke dalam kelompok kekeluargaan seperti suku.
Ikatan kekeluargaan dalam kalangan ahli masyarakat erat dan kuat.
18
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 18 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
2 Di Negeri Sembilan, terdapat 12 suku dan setiap suku dianggap sebuah
keluarga yang besar. BAB
3 12 suku tersebut ialah Anak Acheh, Anak Melaka, Batu Belang, Batu Hampar,
Biduanda, Mungkal, Paya Kumbuh, Seri Lemak, Seri Melenggang, Tanah 1
Datar, Tiga Batu, dan Tiga Nenek.
Pelaksanaan Adat Temenggung
A Politik
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
Sistem pemerintahan
Sistem pewarisan takhta
1 Sistem pemerintahan bercorak autokratik. berbeza di Perak yang
mengamalkan sistem
2 Kuasa tertinggi terletak di tangan raja atau sultan. penggantian raja berdasarkan
3 Baginda menjadi ketua pentadbir, ketua agama, dan simbol kedaulatan dan sistem penggiliran seperti
perpaduan rakyat. dalam rajah berikut:
Raja / Sultan
4 Menekankan kuasa dan kedudukan istimewa pemerintah serta kaum
bangsawan. Raja Muda
Raja Di Hilir
5 Di puncak struktur politik ialah raja atau sultan. Raja Kecil Besar
6 Diikuti oleh kerabat diraja, pembesar negeri, dan pembesar daerah atau Raja Kecil Muda
jajahan. Raja Kecil Tengah
7 Mereka dilantik oleh sultan dan memerintah sebagai wakil sultan. Raja Kecil Bongsu
8 Pembesar daerah bertugas pada peringkat mukim.
9 Lapisan paling bawah ialah ketua kampung yang mentadbir sebuah atau
beberapa buah kampung.
10 Sistem pewarisan takhta:
(a) Pelantikan seseorang sultan berdasarkan warisan.
(b) Seseorang raja yang mangkat akan digantikan oleh putera sulung.
(c) Jika raja tidak mempunyai putera, adindanya akan mengambil alih
takhta.
(d) Jika kedua-dua pihak tiada, Raja Bendahara akan dilantik menjadi raja.
Perundangan / Hukuman
1 Undang-undang jenayah keras dan berpegang kepada prinsip pembalasan.
2 Ini bertujuan memberi iktibar, amaran, dan pengajaran kepada orang
lain.
3 Hukuman mati merupakan hukuman yang paling berat dan dijatuhkan ke
atas kesalahan seperti membunuh, memfitnah, atau menderhaka terhadap
raja.
4 Undang-undang dalam Adat Temengung memerlukan bukti yang kukuh
terhadap sesuatu kesalahan. Dalam kes jenayah, saksi amat penting.
B Ekonomi
Pembahagian harta
1 Harta ialah hak kepunyaan individu dan melibatkan pembayaran cukai dan
sebagainya kepada penguasa tempatan atau negeri.
2 Sistem pewarisan menjadi hak milik tetap bagi seseorang individu.
3 Harta diwarisi lebih kepada anak lelaki.
19
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 19 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
C Sosial
BAB
Kekeluargaan
1
1 Sistem kekeluargaan mengikut sebelah ibu dan ayah.
2 Selaras dengan hukum syarak, lelaki diberikan keutamaan kerana mereka
menjadi ketua keluarga dan nasab keturunan dikira daripada sebelah bapa.
Perkahwinan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
1 Apabila seorang lelaki berkahwin, isterinya dikehendaki tinggal bersama-
sama dengan keluarga ibu bapa suaminya. Isterinya akan menjadi ahli
keluarga suaminya.
2 Adat Temenggung mengamalkan perkahwinan endogami (selari dengan
hukum syarak), iaitu perkahwinan hanya boleh dilangsungkan sekiranya:
(a) Tidak melanggar hukum agama Islam.
(b) Tidak ada pertalian darah atau pertalian perkahwinan.
(c) Pasangan tidak berkahwin dengan orang lain.
(d) Pasangan bukan daripada saudara susuan.
(e) Larangan berkahwin dengan dua orang perempuan yang bersaudara.
Kemasyarakatan
1 Pengkelompokan seperti dalam Adat Perpatih tidak wujud.
Hasil Pembelajaran 1.2.2 Undang-undang
Menghuraikan prinsip- Undang-undang 99 Perak
prinsip umum Undang-
undang 99 Perak. 1 Undang-undang 99 Perak ialah undang-undang tertua sekali di Perak
berkaitan dengan hal ehwal agama dan tradisi masyarakat Melayu tradisional.
2 Undang-undang 99 Perak dikanunkan pada tahun 1867 dan berkuatkuasa
sehingga tahun 1900 apabila digantikan dengan undang-undang lain, iaitu
bab Federated Malay States (FMS) 197.
3 Para pengkaji sejarah bersetuju bahawa Undang-undang 99 Perak bukanlah
undang-undang yang digubal dan berasal dari Perak tetapi dibawa dari luar.
Dipercayai bahawa undang-undang tersebut dibawa oleh Syed Hassan dari
Hadramaut pada zaman pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin marhum
Tanah Abang (1577 – 1584) dan Tuan Syed Abdul Majid sebagai menterinya.
Teks Undang-undang 99 Perak disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus
dengan membuat perubahan bersesuaian dengan masyarakat Perak.
4 Undang-undang 99 Perak memperlihatkan format undang-undang yang
tersusun dalam bentuk soalan dan jawapan antara Raja Nasruan Adil dengan
menterinya, Khoja Berza Amir Makim. Terdapat ciri-ciri keislaman, unsur
bertimbang rasa, dan kompromi dalam Undang-undang 99 Perak.
5 Undang-undang Perak dikenali sebagai Undang-undang 99 Perak kerana
mengandungi 99 perkara berkaitan undang-undang dalam pelbagai aspek.
Undang-undang ini membuktikan masyarakat Melayu telah mempunyai
sistem kehakiman berkaitan dengan kes-kes yang biasa berlaku dalam
masyarakat pada zaman tradisional. Oleh demikian, Undang-undang 99
Perak dapat dijadikan bukti gambaran masyarakat Melayu tradisional dan
tamadun Melayu di Perak.
20
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 20 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
6 Prinsip-prinsip umum
(a) Penzinaan BAB
(i) Fasal 6
Hukuman bagi pesalah yang mengambil isteri orang. 1
Fasal 6 memperuntukkan seorang pesalah yang mengambil isteri
orang lain akan dibuang daripada mukimnya. Sekiranya tidak
dibuang, dia hanya dikehendaki membayar denda (emas). Bagi
perempuan pula, hukumannya adalah dicukur rambutnya tetapi
dia akan dilepaskan sekiranya membayar denda.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(ii) Fasal 50
Hukuman bagi pesalah yang melakukan zina.
Fasal 50 adalah tentang penzinaan. Jika kedua-dua penzina
mengakuinya, mereka hanya diperintahkan bernikah dan
membayar denda sepaha emas. Jika penghulu mendapati tiada
kesalahan, maka kesalahan itu boleh dibincangkan atau dimaafkan.
(b) Perkahwinan
(i) Fasal 65
Undang-undang 99 Perak memperuntukkan bahawa pasangan Undang-undang ini tidak
yang baharu bernikah. Pasangan suami isteri tidak dibenarkan memperlihatkan unsur Islam.
bersama selama lebih kurang 40 hari atas alasan untuk menjaga Undang-undang ini lebih
keimanan masing-masing. kepada adat tempatan.
(c) Pembunuhan
(i) Fasal 23
Hukum membunuh – pembunuhan sesama orang Islam.
Fasal 23 memperuntukkan hukuman terhadap orang Islam. Orang Diat ialah hukuman yang
berbentuk denda atau ganti rugi
Islam yang membunuh orang Islam tidak boleh dijatuhi hukuman dengan harta. Mengikut Islam,
bunuh kerana kedua-duanya akan binasa. Cuma orang yang hukuman ini dikenakan kepada
membunuh itu menjadi kafir. Hukuman yang boleh dikenakan pembunuh yang membunuh
ialah denda empat tahil dua paha emas (dua dirham) dan tanpa sengaja.
disedekahkan setahil sepaha emas.
(ii) Fasal 4
Hukum membunuh – orang kafir membunuh orang Islam.
Fasal 4 memperuntukkan seorang kafir membunuh seorang
Islam. Orang kafir yang membunuh itu tidak boleh dibunuh
balas kerana jika kafir ini dibunuh balas, tiada peluang bagi kafir
tersebut memeluk Islam. Sebaliknya, pewaris si pembunuh hanya
dikehendaki membayar sejumlah wang (dalam bentuk emas)
kepada keluarga simati.
(d) Protokol / Peraturan Raja / Orang Besar
(i) Fasal 24
Protokol istana
Di bawah Fasal 24, seseorang itu perlu mematuhi beberapa
peraturan jika mengadap raja atau pembesar seperti menundukkan
kepalanya semasa duduk dalam balai balairung seri, menumpukan
perhatian (tidak boleh menolehkan pandangannya), tidak boleh
memandang muka raja atau pembesar, tidak boleh bercakap atau
bertutur kata dalam nada suara yang tinggi, dan perlu duduk diam
berdasarkan adat menghadap raja atau pembesar.
(ii) Fasal 77
Peraturan raja
Fasal 77 menetapkan jika seseorang raja atau pemerintah di
negeri tersebut mangkat, maka takhta pemerintahan tersebut
akan diwarisi oleh anak raja yang paling tua umurnya. Jika tiada,
maka anak raja yang umurnya paling kecil akan mewarisi takhta
21
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 21 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
raja tersebut. Berdasarkan undang-undang tersebut, syarat utama
BAB Berdasarkan fasal tentang bagi anak raja untuk mewarisi takhta pemerintahan ialah anak
raja tersebut mesti anak gahara, iaitu anak yang dilahirkan oleh
1 hukuman terhadap raja dan permaisurinya daripada golongan diraja.
pembunuhan, penzinaan, dan (e) Peperangan
penceraian, didapati bahawa
tidak selaras dengan pengaruh (i) Fasal 74
hukum Islam. Ini bermakna Fasal 74 menyatakan sekiranya sesebuah negeri ingin berperang
Undang-undang 99 Perak dengan negeri lain, strategi untuk menang ialah meningkatkan
berkaitan dengan hukuman belanja, tenaga tentera, senjata, menggunakan akal fikiran,
bagi kesalahan tidak merujuk mempunyai ilmu yang luas, meminta bantuan daripada negeri
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kepada undang-undang
Islam seperti yang termaktub yang berhubung, mempunyai semangat berani, menggunakan
dalam Hukum Kanun Melaka. muslihat, memperkukuhkan kewangan, mendapatkan seorang
Mengikut hukum Islam, jenayah pemimpin yang mendapat sokongan ramai, dan tidak mengikut
bunuh dibalas dengan hukum kata-kata orang.
bunuh tetapi hukuman yang (f) Pembahagian harta
dikenakan dalam Undang- (i) Fasal 33
undang 99 Perak lebih
kepada mengenakan denda Fasal 33 memperuntukkan bahawa dalam pembahagian harta
sahaja. Hukuman denda simati, anak perempuan akan diberikan rumah, kebun, pinggan-
wang dalam bentuk emas mangkuk, dan peralatan dapur. Alatan besi atau senjata, sawah
menjadi hukuman utama dalam padi, atau lombong diberikan kepada anak lelaki. Segala hutang
Undang-undang 99 Perak. dan harta dibahagikan seperti berikut: anak lelaki mendapat
Hukuman yang dikenakan
atas kesalahan jenayah sangat bahagian dua kali lebih daripada anak perempuan. Harta lain akan
ringan. Begitu juga hukuman dibahagikan sama rata kepada semua anak secara adil. Anak yang
ringan terhadap mereka belum berkahwin mesti mendapat sepuluh peratus lebih daripada
yang melakukan penzinaan anak lain.
(Fasal 50) diperintahkan (g) Hal ehwal di kampung
bernikah. Hukuman paling
keras ialah hukuman dicukur (i) Fasal 21
rambut seperti dalam fasal Fasal 21 mengatakan jika penduduk kampung mendakwa
6. Berbanding dengan Adat penduduk kampung yang lain melakukan kesalahan, iaitu
Temenggung, Undang-undang kesalahan dari segi perlakuan atau pertuturan, maka dia tidak
99 Perak bersifat bertimbang boleh dijatuhkan hukuman dari segi denda. Jika orang itu
rasa. Seorang pembunuh melakukan kesalahan buat kali kedua, baharulah pesalah itu
hanya dikenakan denda dan
perlu membawa seekor kerbau boleh diambil tindakan yang sesuai.
atau kambing putih sebagai (h) Orang dagang
kenduri pengebumian. (i) Fasal 51
Fasal 51 menyatakan sekiranya orang dagang masuk ke dalam
kampung dan meminta kebenaran untuk bermalam tetapi tidak
dibenarkan atau dibenarkan bermalam tetapi hanya diberi
makanan cukup hingga satu kali pada satu malam, mereka
dianggap bersalah.
(i) Hal ehwal agama
(i) Fasal 58
Di bawah Fasal 58 syarat menjadi imam atau khatib ialah
mempunyai sifat mulia, pertuturan yang baik, menguasai
maklumat tentang hari bulan dan tahun, sanggup bersusah-payah
demi kebaikan orang lain, bersikap pemurah, menjadi orang yang
awal masuk ke masjid pada hari Jumaat, dan sanggup membaiki
masjid yang rosak.
(j) Hakim / Kadi
(i) Fasal 79
Fasal 79 manyatakan syarat menjadi Kadi di dalam negeri atau
mukim ialah perlu menguasai segala hukum Allah s.w.t. dan
Nabi Muhammad s.a.w., mengetahui adat dan hukum negeri,
mempunyai suara yang merdu, mempunyai tubuh badan yang
sihat, tidak cacat, dan memiliki sifat yang mulia.
22
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 22 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(k) Perlembagaan
(i) Fasal 99 BAB
Fasal 99 memperuntukkan hubungan antara raja dengan pembesar
serta rakyat dan hubungan antara rakyat dengan pembesar. 1
Raja mesti memberitahu semua perkara sama ada baik atau
buruk kepada pembesar-pembesar baginda. Begitu juga dengan
pembesar negeri yang mesti memaklumkan segala perkara baik
dan buruk kepada raja.
(l) Ternakan / tanaman
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(i) Fasal 14
Ternakan
Fasal 14 mengatakan jika binatang itu dicederakan oleh orang lain,
hukumannya ialah orang yang mencederakan binatang itu perlu
membayar separuh harga binatang tersebut kepada tuan punya
binatang tersebut. Jika seseorang itu memelihara binatang yang
haram dan binatang itu mencederakan orang lain, hukumannya
ialah binatang itu akan dibuang dan tuan binatang tersebut
perlu membayar sepaha emas kepada orang yang dicederakan
oleh binatangnya. Jika orang yang dicederakan oleh binatang
tersebut mati, maka binatang tersebut perlu dipulangkan kepada
waris simati dan tuan punya binatang tersebut perlu membayar
denda sebanyak setahil sepaha emas. Jika binatang yang haram
mencederakan orang lain dan orang tersebut meninggal dunia,
maka tuan punya binatang tersebut hanya perlu membayar denda
sebanyak sepaha emas sahaja.
(ii) Fasal 15
Fasal 15 mengatakan jika sesuatu tanaman dimusnahkan oleh
seseorang dan tanaman yang tinggal itu tidak berguna lagi,
walaupun tuan punya tanaman itu tidak meminta sebarang
pampasan, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu
membayar separuh harga tanaman itu dan denda sebanyak sepaha
emas. Tetapi, jika tanaman yang dimusnahkan oleh orang tersebut
masih berguna, orang yang memusnahkan tanaman tersebut perlu
membayar harga tanaman tersebut dan denda sebanyak sepaha
emas.
Undang-undang Tubuh Johor Hasil Pembelajaran
1 Atas nasihat Datuk Sri Amar Diraja Abdul Rahman Andak, Penasihat Khas, Menghuraikan prinsip-
Sultan Abu Bakar telah memasyhurkan perlembagaan negeri yang dinamakan prinsip umum Undang-
Undang-undang Tubuh Johor pada 14 April 1895. undang Tubuh Johor.
2 Undang-undang Tubuh Johor merupakan perlembagaan bertulis yang teratur
dan lengkap yang dikuatkuasakan pada tahun 1896.
3 Undang-undang Tubuh Johor mengandungi perkara tentang keturunan
sultan sebagai pewaris takta, pengiktirafan orang Melayu sebagai rakyat
Johor, hak-hak Raja dan kerabatnya, bidang kuasa Mesyuarat Kerajaan dan
Jemaah Negeri, serta agama Islam sebagai agama negeri.
4 Daripada 64 fasal dalam Undang-undang Tubuh Johor, 20 fasal mengenai
hak-hak Raja dan kerabatnya.
Foto 1.7 Undang-undang
Tubuh Kerajaan Johor
23
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 23 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
‘15 5 Prinsip-prinsip umum
BAB • Waris ialah anak raja yang (a) Raja dan kerajaan / Pewaris takhta
Fasal 2
(i)
bakal menggantikan raja.
1 • Waris yang kedua ialah Fasal 2 menetapkan bahawa raja dan pewaris takhta kerajaan
anak raja yang setingkat Johor mestilah berbangsa Melayu, lelaki, dan beragama Islam.
bawah waris. Fasal ini penting kerana dapat mengelakkan perebutan takhta
• Waris yang lain ialah atau sebarang perselisihan tentang pewarisan takhta kerajaan. Ini
seorang anak raja yang dapat memperkukuhkan institusi Kesultanan Johor.
boleh mengambil tempat (ii) Fasal 3
waris yang kedua dan boleh Fasal 3 menetapkan keturunan Sultan Abu Bakar sebagai waris
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
menjadi “bakal” jika tempat
dan pangkat yang demikian takhta kerajaan Johor. Fasal ini penting supaya takhta kerajaan
itu tidak terisi. Johor tidak jatuh ke pihak lain dan secara tidak langsung
mempertahankan kedaulatan negeri Johor.
(b) Larangan terhadap bakal raja
(i) Fasal 8
Fasal 8 menetapkan bahawa bakal raja tidak boleh campur tangan
dalam perkara negeri. Ini penting untuk mengelakkan kekacauan
dalam hal ehwal negeri.
(c) Larangan raja menyerahkan negeri kepada kuasa luar
(i) Fasal 15
Fasal 15 menjadi benteng
utama dalam usaha Fasal 15 meletakkan sultan sebagai pemerintah sebuah negeri
menyelamatkan Johor daripada yang merdeka. Raja memerintah disifatkan sebagai indvidu
ancaman penjajahan British. yang diamanahkan oleh rakyat untuk menjaga dan memelihara
kemerdekaan negeri dan dilarang menyerahkan negeri kepada
kuasa atau kerajaan lain.
(d) Larangan terhadap bekas raja
(i) Fasal 20
Fasal 20 memperuntukkan bekas raja tidak boleh mencampuri
perkara-perkara negeri untuk mengelakkan ketidakstabilan
politik. Ini juga merupakan satu usaha memelihara kedaulatan
negeri.
(e) Anugerah sultan kepada kerabatnya
(i) Fasal 23
Fasal 23 menetapkan sultan dengan persetujuan Mesyuarat
Kerajaan boleh menganugerahkan gelaran Raja Muda, Bendahara,
dan Temenggung kepada kerabatnya. Raja juga berhak melucutkan
gelaran tersebut sekiranya dibuktikan mereka telah melakukan
kesalahan.
(f) Jemaah Menteri / Menteri-menteri
(i) Fasal 28
Fasal 28 menetapkan ahli Jemaah Menteri daripada pegawai-
pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Mesyuarat Kerajaan
dilantik oleh sultan.
(ii) Fasal 30
Fasal 30 memperuntukkan bahawa menteri-menteri Johor mestilah
berbangsa Melayu, rakyat Johor, dan beragama Islam. Ini adalah
penting supaya tidak muncul perselisihan dan perebutan kuasa
dari mana-mana pihak. Ini secara tidak langsung memastikan
kestabilan dan kekukuhan politik.
(iii) Fasal 16
Fasal 16 memperuntukkan bahawa Ahli Jemaah Menteri dan
Mesyuarat Kerajaan dilarang menyerahkan negeri kepada
kerajaan lain. Sekiranya mereka menyerahkan negeri atau cuba
menyerahkan kerajaan Johor kepada kuasa atau kerajaan lain,
maka dianggap mereka menderhaka dan berdosa.
24
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 24 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(g) Angkat sumpah dalam kalangan pegawai
(i) Fasal 31 BAB
Fasal 31 memperuntukkan setiap pegawai kerajaan yang dilantik
menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan 1
taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada raja dan kerajaan.
Upacara angkat sumpah atau lafaz taat setia ini selaras dengan
konsep baiah. Di sini, jelaslah Undang-undang Tubuh Johor
mempunyai pengaruh undang-undang Islam.
(h) Hak raja dalam pemilihan Menteri Besar
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(i) Fasal 34
Fasal 34 memperuntukkan raja berhak memilih Menteri Besar
manakala jawatan Naib Menteri Besar ditentukan oleh Jemaah
Menteri dengan perkenan raja.
(i) Gelaran menteri
(i) Fasal 39
Fasal 39 menetapkan tidak wajib bagi seseorang pegawai kerajaan Gelaran Datuk yang
yang menjadi Menteri Besar atau Naib Menteri Besar mempunyai dikurniakan di Johor
gelaran Datuk. berasaskan darjah kebesaran
(j) Hak raja mengeluarkan menteri negeri bermula pada 31 Julai
1886 sempena kemahkotaan
(i) Fasal 40 Maharaja Abu Bakar sebagai
Fasal 40 menetapkan hak raja mengeluarkan seorang menteri Sultan Johor. Negeri Johor
yang telah berbuat sesuatu kesalahan yang berat seperti melanggar merupakan kerajaan Melayu
hukum syariah, undang-undang negeri, adat istiadat kehormatan, yang pertama mengurniakan
anugerah seperti ini. Tujuannya
menderhaka atau cuba menderhaka, melakukan rasuah atau adalah untuk mengenang
cuba berbuat demikian, dan berdosa pada hukum Allah. Fasal jasa kerabat diraja, pegawai-
ini mengkehendaki menteri yang bersih, cekap, amanah, serta pegawai kerajaan, dan ahli
sanggup mematuhi hukum Allah. Kewibawaan dan kepemimpinan Mesyuarat Kerajaan.
menteri penting dalam memastikan kerajaan berfungsi dengan
lancar bagi memelihara kedaulatan negeri.
(k) Fungsi Jemaah Menteri
(i) Fasal 42
Fasal 42 menetapkan fungsi Jemaah Menteri dalam membantu raja
dari segi pentadbiran. Raja menerima nasihat Jemaah Menteri bagi
kebaikan negeri dan rakyat. Perkara ini memperlihatkan unsur
kolektif dalam membuat sesuatu keputusan. Raja dan menteri
saling memikirkan sesuatu yang baik bagi negeri dan rakyat.
(l) Persidangan Jemaah Menteri
(i) Fasal 43
Fasal 43 menetapkan bahawa Persidangan Jemaah Menteri
diadakan sebulan sekali dan pada bila-bila masa sahaja apabila
diperintah oleh raja atau diminta oleh Menteri Besar atau Naib
Menteri Besar atau dengan permintaan tiga orang ahli Jemaah
Menteri. Jemaah Menteri berfungsi memantapkan pentadbiran
dengan mengadakan persidangan sekurang-kurangnya sebulan
sekali atau berdasarkan permintaan pihak berkuasa.
(m) Pelantikan ahli Mesyuarat Kerajaan Fasal 45 dan 46 menunjukkan
(i) Fasal 45 dan Fasal 46 Johor mengamalkan
Fasal 45 dan Fasal 46 menetapkan fungsi Mesyuarat Kerajaan sistem pemerintahan raja
sebagai “timbalan yang am kepada kerajaan”. Ahli-ahli mesyuarat berperlembagaan. Sultan
memerintah negeri dengan
ini dilantik oleh Sultan atas nasihat Jemaah Menteri. Jumlah nasihat Jemaah Menteri dan
ahli Mesyuarat Kerajaan Johor dihadkan kepada 16 orang Mesyuarat Kerajaan.
sahaja.
25
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 25 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(n) Ahli-ahli Mesyuarat Kerajaan
BAB (i) Fasal 47
Fasal 47 memperuntukkan bahawa adalah tidak wajib bagi semua
1 ahli Mesyuarat Kerajaan daripada bangsa Melayu atau beragama
Islam tetapi yang penting semua ahli mestilah daripada rakyat
Johor.
(o) Tugas dan kuasa Mesyuarat Kerajaan
(i) Fasal 49
Fasal 49 menetapkan tugas dan bidang kuasa Mesyuarat Kerajaan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
seperti:
– Membantu raja dan Jemaah Menteri dalam hal pentadbiran
negeri dan rakyat.
– Mempunyai kuasa perundangan.
– Memajukan ekonomi negeri.
– Menjaga dan membaiki taraf hidup rakyat.
– Mencadangkan cara mengekalkan keamanan negeri dan
jajahan Johor.
– Menjalin hubungan erat dengan kerajaan asing.
Mesyuarat Kerajaan memainkan peranan penting dalam aspek
politik, sosial, dan ekonomi. Mesyuarat Kerajaan penting dalam
“memanjangkan muhibah dan perdamaian dengan kerajaan-
kerajaan asing” demi memelihara kemerdekaan negeri dan
menjadi benteng mengelakkan penjajahan British.
(p) Agama Islam
(i) Fasal 57
Fasal 57 memperuntukkan agama Islam sebagai agama negeri
dalam kerajaan Johor serta segala jajahannya. Namun, kebebasan
beragama dibenarkan secara aman dan sempurna. Ini jelas
menunjukkan Undang-undang Tubuh Johor dipengaruhi undang-
undang Islam di samping terdapat unsur pemodenan dari segi
kebebasan beragama secara aman.
(q) Hubungan dengan kerajaan lain
(i) Fasal 59
Fasal 59 memperuntukkan bahawa raja dan kerajaan Johor
menjalin hubungan baik dengan kerajaan-kerajaan lain khasnya
dengan kerajaan British. Ini membuktikan tujuan pengenalan
Undang-undang Tubuh Johor sebagai memelihara kedaulatan
negeri melalui hubungan baik dengan British.
1.3 Sistem Sosial
’12, ’14
Hasil Pembelajaran 1.3.1 Konsep dan Susun Lapis Masyarakat
Menerangkan konsep dan 1 Masyarakat Melayu merujuk kepada kumpulan rakyat yang tinggal di
susun lapis masyarakat sesebuah negeri di bawah naungan seorang sultan atau raja.
Melayu pada abad ke-19.
2 Susun lapis masyarakat merujuk kepada stuktur sosial masyarakat. Susun lapis
masyarakat Melayu berbentuk piramid bermula dengan sultan, pembesar,
rakyat, dan hamba.
3 Susun lapis ini mencerminkan kedudukan, taraf, dan peranan individu dalam
masyarakat.
26
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 26 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
4 Masyarakat Melayu tradisional memaparkan ciri-ciri sebuah masyarakat Petua Pemeriksa
feudal khasnya dari aspek politik. Dari segi struktur, masyarakat Melayu BAB
tradisional terbahagi kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Calon mesti berhati-hati
dalam membincangkan
Golongan pemerintah terdiri daripada sultan/raja, kerabat diraja (bangsawan), topik ini. Tempoh masa ialah 1
pembesar daerah, golongan ulama dan penghulu. Golongan diperintah pula abad ke-19 dan bukannya
terdiri daripada golongan merdeheka dan hamba. abad ke-15. Maka, calon
5 Pembahagian kepada golongan pemerintah dan golongan diperintah itu juga tidak boleh membincangkan
susun lapis masyarakat
menentukan aspek-aspek tertentu seperti ekonomi, politik, dan nilai hidup. Melayu pada zaman
6 Hubungan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah Kesultanan Melayu Melaka
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
berasaskan kepada hubungan timbal-balik dan saling melengkapi. atau membincangkan
golongan pemerintah seperti
7 Pemerintah menyediakan kepimpinan dan keselamatan kepada rakyat dan Bendahara, Penghulu,
sebagai balasan, rakyat menyerahkan taat setia dan tenaga (perkhidmatan) Bendahari, Laksamana, dan
mereka kepada pemerintah. Dalam sistem feudal, kedudukan politik Temenggung.
tidak dipersoalkan, malah lebih kukuh kerana rakyat menerima sesuatu
arahan tanpa soal. Rakyat memberi taat setia kepada pemerintah dan tidak
mempunyai dorongan untuk bekerja keras dalam bidang ekonomi kecuali
untuk kepentingan sultan.
8 Tindakan rakyat selaras dengan nilai masyarakat. Masyarakat Melayu
tradisional merestui dan mengkehendaki orang Melayu supaya taat dan
setia kepada pemerintah. Individu yang taat dan setia dianggap tidak
mementingkan diri.
Golongan Pemerintah
A Sultan
1 Politik feudal menentukan kuasa mutlak sultan. Kedudukan sultan
diperkukuh dengan sistem kepercayaan dan agama yang memberi
kewibawaan kepada golongan ini. sultan menjadi lambang kebesaran dan
perpaduan rakyat. Golongan ini mempunyai kuasa politik dan ekonomi
secara mutlak. Kadangkala pembesar daerah lebih kuat kedudukan ekonomi
mereka daripada sultan seperti yang berlaku di Selangor pada tahun 1880-an
dan 1890-an.
2 Unsur-unsur kepercayaan seperti mitos, daulat, dan legenda memantapkan
lagi kedudukan sultan. Konsep daulat dan derhaka mempunyai kekuatan
tradisi yang dapat memperkukuh kedudukan sultan. Istana sultan menjadi Pada abad ke-19 terutamanya
lambang perpaduan, kedaulatan, dan pucuk pimpinan kepada masyarakat selepas kedatangan British,
Melayu, serta kekuatan kerajaan Melayu. golongan ulama tidak
memainkan peranan penting
3 Sultan merupakan ketua kepada unit politik terbesar dalam organisasi dalam pentadbiran dan tidak
sesebuah negeri. Sultan atau Yang Dipertuan Besar dalam negerinya secara dianggap sebagai golongan
keseluruhannya. Ini selaras dengan konsep bahawa sultan ialah khalifah yang pemerintah seperti mana
memerintah umat Islam. peranan mereka pada zaman
Kesultanan Melayu Melaka.
4 Dari segi teori, sultan mempunyai kuasa mutlak dalam segala bidang tetapi Golongan ulama termasuk
dari segi realiti, sultan terpaksa bergantung kepada sokongan pembesar dalam golongan diperintah
daerah untuk menjamin kedudukannya. yang berperanan sebagai kadi,
5 Sultan sangat memerlukan sokongan pembesar daerah untuk menjamin mufti, dan imam.
kedudukannya. Misalnya, di Perak, pembesar daerah mempunyai kuasa
untuk menyingkirkan seseorang sultan atau memilih bakal sultan kerana
Majlis Pembesar Perak sentiasa campur tangan dalam pelantikan seseorang
bakal sultan. Terdapat pengagihan kuasa pusat setelah kemangkatan sultan.
Ini jelas di Selangor selepas kemangkatan Sultan Abdul Samad pada tahun
1857. Kuasa pemerintahan bukan lagi dipusatkan di istana tetapi telah
diagihkan kepada pembesar daerah Selangor seperti Raja Bot di Lukut dan
Raja Mahadi di Klang.
27
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 27 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
6 Secara realiti, tugas sultan lebih menumpukan hal ehwal agama dan
BAB adat istiadat Melayu dalam negeri. Baginda tidak memainkan peranan
penting dalam sistem politik negeri. Ini kerana kuasa politiknya hanya
1 terbatas di daerah diraja sahaja. Walaupun kedudukan dan kuasa sultan
adalah lemah dari aspek politik tetapi sultan masih dianggap sebagai ketua
negeri yang tertinggi, mempunyai daulat, dan harus dihormati. Baginda
dianggap sebagai pemimpin kepada semua rakyat dari segi budaya dan
agama, bertanggungjawab meluaskan pengaruh dalam ekonomi, dan hal-hal
berkaitan dengan kehakiman.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
7 Secara umumnya, tugas sultan merangkumi aspek seperti berikut:
(a) Melaksanakan kuasa kerajaan pusat yang terhad.
(b) Menguruskan hubungan luar negeri.
(c) Menyatupadukan rakyat.
(d) Memberi pinjaman dalam peperangan luar.
(e) Menjaga keamanan dan kemakmuran negeri.
8 Sultan memiliki pelbagai keistimewaan yang membezakan kedudukan
baginda dengan rakyat jelata. Antara keistimewaan tersebut ialah:
(a) Warna-warna tertentu hanya boleh digunakan oleh sultan dan
anakandanya, iaitu payung putih digunakan oleh sultan, dan payung
kuning digunakan oleh anakandanya.
(b) Sultan menggunakan “bahasa dalam” sebagai bahasa pertuturan harian
dan tempat kediamannya digelar istana.
(c) Kuasa sultan terbukti dengan adanya cap mohor diraja yang tercatat
nama baginda. Cap mohor digunakan dalam urusan rasmi untuk
mengesahkan arahan dari kerajaan dan semua rakyat mesti mematuhi
arahan tersebut.
(d) Alat kebesaran yang digunakan oleh sultan ialah kendi, ketur, kipas,
tepak, dan senjata tradisional.
(e) Sultan juga mempunyai alat muzik tradisional, iaitu nobat.
9 Walaupun pembesar mempunyai kuasa penuh di daerah mereka, sultan atau
institusi kesultanan masih diperlukan. Terdapat keadaan saling bergantung
antara sultan dengan pembesar daerah. Sultan memerlukan pembesar daerah
kerana kedudukan Sultan tidak akan sah dan terjamin tanpa sokongan dan
persetujuan pembesar daerah.
10 Bagi pembesar daerah, kekuatan dan pengaruh mereka tidak mencukupi
tanpa gelaran dan lencana yang dikurniakan oleh sultan. Ini bermakna
kewibawaan dan kedudukan pembesar daerah sangat bergantung kepada
institusi kesultanan. Sultan menjadi lambang perpaduan dan penyatuan
rakyat. Dalam perkataan lain, atas sebab-sebab perdagangan, ekonomi,
pertahanan negeri, keamanan, dan kesejahteraan negeri, institusi kesultanan
perlu dikekalkan.
11 Institusi kesultanan sangat diperlukan demi kemajuan negara dalam kegiatan
perdagangan, pertahanan negeri, keamanan, kesejahteraan rakyat, dan
Mengapakah masyarakat perpaduan.
Melayu sangat memerlukan 12 Dalam masyarakat Melayu tradisional, sultan dibantu oleh kerabatnya dan
institusi kesultanan?
golongan bangsawan terutamanya di istana. Jawatan Raja Muda diberikan
kepada anak lelaki sulung atau adindanya jika sultan tidak mempunyai anak
lelaki. Namun, sistem pewarisan ini tidak diamalkan di Perak (mengikut
sistem penggiliran) dan Negeri Sembilan (mengikut Adat Perpatih).
28
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 28 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
B Kerabat Diraja
1 Kerabat diraja menduduki lapisan kedua dalam masyarakat feudal. Mereka BAB
mempunyai pertalian darah dengan sultan yang memerintah. Golongan ini 1
menggunakan gelaran raja, tengku, dan engku.
2 Memandangkan mereka mempunyai hubungan rapat dengan sultan, maka
mereka amat berpengaruh.
3 Mereka mempunyai beberapa keistimewaan seperti menjadi pemerintah di
jajahan takluk.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
C Golongan Pembesar
1 Pembesar dilantik oleh sultan untuk membantu di peringkat negeri,
daerah, dan jajahan. Pembesar ini dibahagikan kepada beberapa lapisan
yang mencerminkan kedudukan, keistimewaan, dan kuasa mereka dalam
masyarakat Melayu tradisional. Biasanya mereka terdiri daripada keturunan
yang sudah lama mempunyai hubungan dengan daerah tersebut. Pada
amnya, pembesar terdiri daripada kerabat diraja. Mereka memperoleh hak
memerintah sesebuah daerah melalui tauliah daripada pemerintah. Biasanya
mereka menerima surat yang bercap mohor daripada pemerintah. Pembesar
memegang jawatan mereka seumur hidup atau seumur hidup pemerintah
yang memberi mereka jawatan itu. Apabila seorang pembesar meninggal
dunia, anaknya akan menggantikannya. Pembesar mesti menunjukkan taat
setia mereka kepada pemerintah. Pada masa upacara penting, pembesar
daerah dikehendaki pergi ke istana. Pada masa itu, pembesar akan melakukan
istiadat mengadap.
2 Pembesar mempunyai kuasa penuh dalam kawasan pentadbiran mereka.
Kedudukan pembesar sangat penting dalam sistem pemerintahan kerajaan.
Pembesar sangat rapat dengan rakyat. Oleh yang demikian, mereka menjadi
perantara antara sultan dengan rakyat. Ini menyebabkan terdapat kes di mana
pembesar lebih berkuasa daripada sultan.
3 Tugas utama pembesar ialah menjaga keamanan dan memungut cukai di
kawasan pentadbiran mereka yang dipanggil kawasan pemakanan. Pembesar
menggunakan pemungut cukai untuk menjalankan tugas penting ini. Segala
aktiviti perdagangan yang melalui daerah itu akan dikenakan cukai di
pangkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai. Biasanya barang-barang
itu dikenakan cukai sebanyak 10% dan dibayar dengan barang. Sebahagian
daripada hasil cukai diberi kepada pemerintah sebagai ufti. Sebagai contoh,
Sultan Perak berhak mengambil $6 daripada tiap-tiap bahara (400 paun)
bijih timah yang dieksport dari mana-mana daerah di Perak. Pemberi hasil
ini melambangkan taat setia pembesar terhadap sultan.
4 Pembesar bebas menjalankan kegiatan ekonomi. Seseorang pembesar
boleh mengekalkan pengaruh, kedudukan, dan kuasanya apabila mentadbir
sebuah kawasan yang kaya. Contohnya, Menteri Larut mendapat $180 000
setahun dari lombong di Larut dan Raja Jumaat di Lukut mempunyai
pendapatan sebanyak $120 000 setahun pada awal tahun 1860. Kekayaan
ekonomi bermakna kekuasaan politik. Kekayaan ekonomi terletak dalam
tangan pembesar daerah dan bukan sultan. Kekayaan ekonomi penting bagi
menampung keperluan anak buah yang ramai.
5 Tugas yang tidak kurang pentingnya ialah tugas menjatuhkan hukuman
dan denda dalam kes jenayah di daerah mereka. Hukuman mati hanya
boleh dijatuhkan oleh pemerintah, iaitu sultan. Sebelum tahun 1874, tidak
terdapat satu badan kehakiman yang bebas daripada badan pemerintahan.
29
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 29 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
Pada teorinya, kuasa terletak pada sultan dan pada praktiknya pembesar
BAB yang menjalankan undang-undang sebagai sebahagian daripada tugas dan
tanggungjawab mereka memelihara keamanan.
1 6 Selain tugas penting yang mesti dijalankan oleh pembesar, mereka juga
dikehendaki membekalkan tenaga buruh untuk membina istana baru,
membina kapal untuk sultan, dan membina panggung dan pentas serta
perhiasan istana apabila menyambut perayaan adat resam, dan agama.
Pembesar mendapatkan tenaga buruh daripada penduduk di daerahnya.
Semasa peperangan, pembesar juga mesti membekalkan tenaga ketenteraan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
kepada kerajaan. Dalam hal ini, pembesar akan menjalankan sistem kerah
untuk khidmat negeri dan peribadi.
D Penghulu
1 Penghulu mentadbir dan mengawal unit politik terkecil, iaitu kampung dan
menjadi orang perantaraan antara pembesar daerah dengan rakyat.
2 Tugas penghulu adalah seperti berikut:
(a) Memungut cukai dan hasil-hasil.
(b) Menjaga keamanan kampung.
(c) Menyelesaikan sebarang perselisihan.
(d) Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan.
(e) Menyediakan tenaga buruh dari kampung di bawah sistem kerah.
(f) Memastikan penduduk kampung taat setia kepada sultan.
(g) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pembesar daerah.
3 Penghulu menjalin hubungan baik dengan anak buah di kampung. Ini
penting untuk memastikan anak buahnya tidak berpindah ke tempat lain
kerana jika mobiliti rakyat berlaku, sedikit sebanyak kedudukan dan sumber
pendapatan penghulu akan terjejas.
E Golongan Ulama
1 Masyarakat Melayu tradisional menganggap golongan ini sebagai golongan
cerdik pandai.
2 Golongan ulama adalah pakar dalam bidang agama Islam.
3 Golongan ini dilantik menjadi guru, penasihat sultan, dan kadi.
4 Mereka berperanan menyebarkan agama Islam dan bertanggungjawab
menasihati sultan dan kerajaan dalam urusan agama.
5 Golongan ini turut mempunyai kepakaran dalam bidang kesenian,
kebudayaan, kesusasteraan, adat istiadat, dan salasilah raja.
6 Mereka menggunakan gelaran seperti Maharaja Kadi, Dato’ Mufti Seri Utama,
dan Imam Maharaja.
Golongan Diperintah
A Rakyat
1 Rakyat jelata dalam masyarakat Melayu tradisional kebanyakannya tinggal
di tebing sungai yang menjadi sumber perhubungan utama tempat mereka
Imam, Syed, dan Haji
merupakan pemimpin agama mencari rezeki.
yang mempunyai kedudukan 2 Rakyat jelata menjalankan kegiatan ekonomi pertanian dan perikanan secara
mulia dalam kalangan rakyat kecil-kecilan selain menternak, berkebun, dan sebahagian kecil melibatkan
jelata.
diri dalam perlombongan dan perdagangan.
30
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 30 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
3 Rakyat jelata dalam sesebuah kampung selalunya mempunyai pertalian
kekeluargaan dan mengamalkan tradisi hidup secara bergotong-royong, BAB
bekerjasama, dan bermuafakat.
4 Rakyat menjunjung perintah sultan atau pembesar daerah, namun demikian Institusi perhambaan 1
mereka boleh berpindah beramai-ramai jika mereka tidak sukakan sultan merupakan amalan
atau pembesar daerah. Mobiliti seperti ini tidak dapat disekat. kemasyarakatan yang telah
diwarisi dari zaman pro-Melaka
5 Rakyat membayar cukai kepada sultan atau pembesar daerah. Mereka taat dan pra-Islam lagi.
setia kepada kedua-dua golongan ini.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
B Hamba
1 Hamba ialah rakyat jelata tetapi mereka tidak bebas. Mereka menduduki
lapisan paling bawah dalam susun lapis masyarakat Melayu tradisional.
2 Terdapat beberapa jenis hamba. Golongan hamba terbahagi kepada beberapa
hierarki yang membezakan taraf kedudukan antara mereka. Adakah masyarakat Melayu
tradisional merupakan
3 Golongan hamba terdiri daripada hamba raja, hamba abdi, dan hamba masyarakat feudal? Sarjana
berhutang. Barat seperti T.J. Newbold
(a) Hamba raja dalam bukunya, A Political
and Statistical Account
(i) Dikenali sebagai biduanda. of the British Settlements
(ii) Terdiri daripada individu yang rela menyerah diri kepada raja in the Straits of Malacca
setelah melakukan sesuatu kesalahan. telah menyamakan sistem
(iii) Melakukan pekerjaan di istana untuk raja dan kerabat diraja. masyarakat Melayu tradisional
dengan sistem feudal
(iv) Hanya akan dilepaskan dengan izin raja. masyarakat Eropah. Anggapan
(b) Hamba abdi menjadi hamba seumur hidup kepada sipemiliknya. ini disebabkan wujudnya
Terdapat pelbagai jenis hamba abdi. susun lapis dan hubungan
(i) Hamba serah merupakan orang miskin dan susah yang rela antara pembesar dengan anak
buahnya dalam masyarakat.
menyerah diri kepada orang yang sanggup memberikan mereka • Wujud sistem politik yang
makanan dan tempat tinggal dengan balasan mereka melakukan mempunyai hierarki, iaitu
kerja yang diarahkan. sistem politik peringkat
(ii) Hamba tawanan ialah orang yang ditawan dalam peperangan dan negeri, daerah atau jajahan,
dan kampung.
dibawa balik sebagai hamba. • Adanya pengagihan kuasa
(iii) Anak hamba/keluarga hamba merupakan isteri dan anak kepada pusat (sultan) kepada
hamba abdi yang dijadikan hamba abdi. pembesar-pembesar negeri,
(iv) Hamba diranggah merupakan orang tawanan bukan Islam yang daerah atau jajahan.
ditawan oleh lanun atau orang Batak. Mereka kemudiannya dijual • Wujud penindasan dan
pemerasan pembesar
menjadi hamba abdi. terhadap rakyat bawahan
(v) Hamba Habsyi ialah hamba kulit hitam yang dibeli oleh orang terutamanya golongan
Melayu semasa mereka menunaikan haji. Hamba Habsyi termasuk hamba melalui pelbagai
hamba yang dibawa oleh orang Arab. cukai dan sistem kerah.
(vi) Hamba hulur merupakan pesalah yang menyerah diri kepada • Wujud hubungan saling
bergantung antara sultan
pemerintah kerana tidak mampu membayar hutang atau denda. dengan pembesar dan
(c) Hamba berhutang merupakan rakyat biasa yang menjadi hamba antara rakyat dengan
kerana gagal melangsaikan hutang dalam tempoh masa yang ditetapkan. pembesar mereka.
Mereka menjadi hamba kepada sipemiutang. Taraf sebagai hamba Namun, sarjana tempatan
seperti Muhd. Yusuf Ibrahim
berhutang akan luput apabila mereka dapat menyelesaikan hutang. dan Cheah Boon Kheng
Status hamba akan kekal selagi mereka tidak dapat membayar hutang. berpendapat bahawa konsep
Hamba berhutang termasuk golongan berikut: feudalisme yang berasal dari
(i) Hamba waris, iaitu isteri dan anak kepada hamba berhutang. Eropah hanya ketara dalam
(ii) Orang berhutang, iaitu orang yang tidak dapat menyelesaikan aspek politik sahaja dan tidak
pada keseluruhan kehidupan
hutang dan mereka akan dilepaskan apabila hutang dibayar. masyarakat Melayu tradisional.
31
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 31 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(iii) Anak emas, iaitu hamba lelaki dan hamba perempuan yang
BAB berkahwin dan terikat dengan tuan mereka.
(iv) Hamba bayar, iaitu hamba abdi yang diserahkan kepada orang
1 lain sebagai cara menjelaskan hutangnya.
Perubahan Susun Lapis Masyarakat Melayu Kesan Campur Tangan
British
• Susun lapis masyarakat 1 Struktur dan susun lapis masyarakat Melayu tidak banyak berubah dengan
Melayu tradisional campur tangan British.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
mencerminkan kedudukan,
kekuasaan, dan kewibawaan 2 Golongan raja dan kaum kerabat masih kekal. Jawatan pembesar Melayu
seseorang dalam dan institusi penghulu juga masih kekal.
masyarakat. Walaupun susun
lapis masyarakat Melayu 3 Perubahan yang ketara ialah dari segi kekuasaan dan hubungan antara
tradisional ini kompleks golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah.
tetapi teratur.
• Setiap golongan dalam 4 Penghulu tidak lagi terikat dengan pembesar daerah, malah menjadi
masyarakat mempunyai kakitangan kerajaan British yang menerima gaji dan terdiri daripada
kedudukan dan fungsi golongan berpendidikan dan berkelayakan.
masing-masing serta saling 5 Secara prinsipnya, rakyat biasa bukan lagi berada di bawah kuasa dan kawalan
bergantung antara satu sama
lain. golongan pemerintah. Dengan kedatangan British, raja dan pembesar tidak
dibenarkan memungut cukai, tidak boleh melaksanakan sistem kerah, dan
tidak boleh menyimpan hamba.
6 Amalan perhambaan menjadi isu hangat dalam kalangan penjajah British.
Mereka menganggap amalan perhambaan akan menjatuhkan maruah dan
merosakkan nilai moral dan akhlak masyarakat Eropah. Oleh demikian,
mereka bertindak melarang amalan tersebut.
7 Raja dan pembesar Melayu membantah campur tangan British dalam soal
perhambaan kerana penyimpanan hamba adalah penting dari segi politik
dan sosial masyarakat Melayu. Amalan perhambaan merupakan warisan
tradisi yang berperanan menyumbang tenaga dan memberikan status kepada
tuannya. Bilangan hamba yang dimiliki oleh seseorang sultan atau pembesar
menunjukkan status sosial dalam masyarakat dan mengukuhkan kedudukan
ekonomi.
8 Tindakan J.W.W. Birch (1875) yang memberikan perlindungan kepada hamba
berhutang terutamanya hamba wanita dianggap oleh pembesar Melayu
merampas hak mereka.
9 Pada tahun 1884, institusi perhambaan diisytiharkan sebagai amalan yang
diharamkan di Tanah Melayu.
10 Institusi perhambaan terus lenyap setelah Persekutuan Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
1.4 Sistem Ekonomi
‘17
1.4.1 Ekonomi Tradisional
Hasil Pembelajaran
1 Sebelum kedatangan British, masyarakat peribumi menjalankan pelbagai
Menjelaskan ciri-ciri kegiatan ekonomi seperti melombong, bercucuk tanam, memungut hasil
ekonomi tradisional. hutan, menternak binatang, dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.
Kegiatan ini dikenali sebagai kegiatan ekonomi sara diri.
32
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 32 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
2 Kegiatan ekonomi tradisional dijalankan untuk mendapatkan bahan makanan Ekonomi sara diri ialah
dan hasil lain untuk memenuhi keperluan harian. kegiatan ekonomi yang tidak BAB
mengeluarkan lebihan hasil bagi
3 Keperluan asas ekonomi kehidupan tradisional masyarakat peribumi ialah tujuan perdagangan. 1
secukup hidup, iaitu menyara keluarga sahaja. Ini jelas menunjukkan
keperluan hidup mereka adalah sederhana.
4 Tidak menggunakan teknologi moden. Alatan pertanian adalah mudah
dan tradisional, iaitu penggunaan haiwan atau binatang dan manusia tanpa
teknologi moden.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
5 Kegiatan ekonomi berkait rapat dengan kawasan penempatan masyarakat
peribumi. Mereka mendirikan penempatan berhampiran laut, pinggir
sungai, atau hutan. Oleh yang demikian, kegiatan ekonomi tradisional yang
utama ialah pertanian selain daripada menangkap ikan dan memungut
hasil hutan.
6 Tanaman utama ialah padi sawah dan tanaman sampingan seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan. Hasil pertanian bergantung kepada
keluasan tanah yang diusahakan, jumlah keperluan keluarga, dan tenaga
kerja keluarga.
7 Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas, malah masyarakat peribumi Foto 1.8 Sawah padi
bekerja sebagai petani, nelayan, pengayuh sampan, dan semua kerja yang
perlu dilaksanakan serentak. Ini bermakna orang yang sama melakukan
kerja menghasilkan makanan dan orang yang sama melakukan kerja lain.
Pembahagian kerja hanya melibatkan perbezaan jantina dan umur.
8 Tenaga ahli keluarga adalah penting dari peringkat awal sehingga ke Mengapakah unit keluarga
peringkat pengeluaran. Unit keluarga merupakan unit pengeluar dan unit amat penting bagi kegiatan
pengguna. Keluarga bukan sahaja merupakan unit sosial tetapi juga unit ekonomi tradisional?
ekonomi.
9 Bagi masyarakat peribumi, jika terdapat lebihan hasil, biasanya akan
digunakan semula untuk tujuan pertukaran barangan, kenduri-kendara,
pembayaran zakat, sedekah, atau hadiah. Kadang-kala, lebihan pengeluaran
disimpan untuk satu tempoh tertentu seperti penanaman padi bertujuan
untuk memastikan kelangsungan bekalan makanan.
10 Dalam sistem ekonomi tradisional, wujud amalan gotong-royong, berderau,
dan bentuk kerjasama yang lain. Amalan gotong-royong dan tolong-
menolong berhubung kait dengan nilai-nilai masyarakat peribumi, pertalian
kekeluargaan, dan kegiatan ekonomi. Semua penduduk kampung mempunyai
tanggungjawab sosial antara satu sama lain dalam melaksanakan sesuatu
tugas secara bersama, misalnya semasa penanaman padi dan musim menuai.
11 Sebab-sebab masyarakat peribumi tidak dapat mengeluarkan lebihan hasil: Bentuk perdagangan
(a) Kekurangan tenaga buruh. pertukaran barangan atau
(b) Menanggung beban kerja kerah bagi pihak pemerintah. sistem barter membuktikan
(c) Sistem serah di mana ada petani yang terpaksa menyerahkan satu bahawa masyarakat peribumi
persepuluh hasil mereka kepada pembesar. telah terlibat dalam kegiatan
(d) Keluasan tanah yang kecil. perdagangan dalam kalangan
masyarakat sekampung.
(e) Corak kehidupan tradisional masyarakat peribumi yang sederhana dan
ringkas.
(f) Penggunaan sistem barter – penggunaan mata wang terhad.
(g) Cukai yang tinggi dikenakan oleh raja dan pembesar terhadap
penduduk.
(h) Tiada persaingan dari segi ekonomi.
33
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 33 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
Ciri-Ciri Ekonomi Tradisional
BAB A Penangkapan Ikan
1 1 Lokasi di paya, sungai, laut, dan sawah padi.
2 Peralatan
(a) Nelayan menggunakan alatan tradisional seperti serampang, tombak,
tali kail, jala, bubu, pukat, pancing, jaring, tangguk, kelong, gawai,
jeramal, serkat ikan, dan lukah.
(b) Jika menangkap ikan di laut, nelayan akan menggunakan pukat, jala,
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
jaring, kelong, dan rawai.
(c) Jika di sungai, mereka menggunakan pancing, jala, tangguk, kail, lukah,
tombak, dan serampang.
Foto 1.9 Alat menangkap ikan 3 Tenaga kerja terdiri daripada ahli keluarga.
4 Penggunaan lebihan hasil
(a) Ditukar untuk memperoleh barangan lain.
(b) Dibuat keropok, ikan masin, budu, dan sebagainya.
B Penanaman Padi Sawah dan Padi Huma
1 Lokasi penanaman padi sawah di kawasan berhampiran dengan sungai kerana
tanahnya subur dan mudah mendapatkan bekalan sumber air.
(a) Kawasan delta sungai di Kedah, Kelantan, Pahang, dan Negeri Sembilan.
(b) Di Sabah, penanaman padi di Tuaran dan Penampang. Diusahakan
oleh orang Kadazandusun.
(c) Di Sarawak, kegiatan penanaman dilakukan oleh kaum Kelabit yang
tinggal di kawasan bukit di hulu Sungai Baram.
(d) Padi sawah ditanam di kawasan tanah rata yang subur. Tanah
dibahagikan kepada beberapa petak sawah padi. Sistem tali air dibina
untuk mengairi sawah padi.
2 Lokasi padi huma di kawasan tanah tinggi atau di lereng bukit kerana tidak
memerlukan air yang banyak.
(a) Di Sabah, orang Murut menanam padi huma sebagai kegiatan pertanian
pindah di bukit dan kawasan kurang subur.
(b) Di Sarawak, padi huma merupakan tanaman makanan utama bagi
sebilangan besar kumpulan etnik seperti orang Iban, Bidayuh, dan
Kenyah. Kawasan di rumah panjang dikhaskan untuk penanaman padi
Foto 1.10 Kegiatan membajak dan dijalankan secara bergotong-royong.
3 Peralatan
(a) Tajuk, cangkul, tugal, tenggala, bajak, penyisir, dan kuku kambing.
(b) Pembinaan terusan dan sistem pengairan secara bergotong-royong.
4 Tenaga kerja
(a) Seisi keluarga dan dilakukan secara bergotong royong,
(b) Tenaga binatang seperti kerbau untuk membantu kerja-kerja membajak.
5 Penggunaan lebihan hasil
(a) Tujuan pertukaran barangan seperti garam.
(b) Disimpan untuk satu tempoh tertentu bertujuan untuk memastikan
kelangsungan bekalan makanan.
C Perlombongan
1 Lokasi
Foto 1.11 Melampan (a) Emas dilombong di Kuala Selinsing, di Sungai Jelai (Pahang).
34
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 34 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(b) Bijih timah dilombong di Lembah Kinta, Larut, Dinding dan Beruas
di Perak, Sungai Bernam, dan Sungai Klang di Selangor. BAB
2 Peralatan
(a) Bijih timah dilombong dengan cara mendulang atau melampan (secara 1
kecil-kecilan).
3 Tenaga kerja terdiri sebagai kerja sambilan sementara menunggu musim
menuai padi.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
D Pertukangan
Foto 1.12 Menganyam tikar
1 Lokasi
(a) Dilakukan di rumah bagi kegunaan sendiri.
(b) Penting di pantai timur seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang.
2 Peralatan sumber dari alam sekitar seperti daun mengkuang, daun pandan,
daun nipah, dan tanah liat.
3 Tenaga kerja terdiri daripada ahli keluarga.
4 Hasil dan kegunaan
(a) Barangan dibuat bagi keperluan keluarga atau saudara-mara. Kadangkala
dijadikan hadiah perkahwinan.
(b) Bertukang, bertenun, menganyam kain, dan menghasilkan kraf tangan.
(c) Melibatkan pertukangan kayu seperti membuat rumah dan sampan.
(d) Kegiatan pertukangan logam seperti membuat alat-alat senjata.
(e) Kegiatan membuat periuk belanga daripada tanah liat. Foto 1.13 Menenun songket
(f) Kegiatan menenun kain songket.
(g) Kegiatan membuat alat penangkapan ikan terutamanya pada musim
tengkujuh.
(h) Kegiatan membuat tikar, bakul, dan tudung saji dari daun mengkuang,
daun pandan, dan daun nipah.
(i) Kegiatan menghasilkan perhiasan daripada emas dan perak.
E Pengumpulan Hasil Hutan
1 Lokasi
(a) Di hutan.
(b) Hasil hutan dikeluarkan secara tradisional.
2 Hasil hutan yang dikutip seperti damar, rotan, getah perca, jelutung, akar
kayu, buluh, dan madu lebah.
3 Kegunaan Foto 1.14 Rotan
(a) Hasil hutan digunakan bagi keperluan keluarga seperti akar kayu dan
madu lebah sebagai ubat-ubatan tradisional.
(b) Buluh dan rotan digunakan untuk membina rumah dan sebagai bahan
untuk membuat perabot.
F Kegiatan Lain
1 Kegiatan lain ialah menternak binatang, menanam sayur-sayuran, dan buah-
buahan.
2 Lokasi di halaman rumah atau di kebun kecil.
3 Tenaga kerja terdiri daripada ahli keluarga.
4 Hasil dan kegunaan Foto 1.15 Menanam pisang
35
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 35 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(a) Binatang seperti ayam, itik, kambing, dan lembu.
BAB (b) Tanaman seperti tembakau, sagu, pisang, jagung, tebu, ubi kayu, dan
ubi keledek.
1 (c) Buah-buahan eperti kelapa, durian, langsat, manggis, dan rambutan.
(d) Hasil digunakan sebagai sumber makanan bagi keluarga atau sebagai
buah tangan apabila melawat saudara-mara.
(e) Digunakan semasa kenduri-kendara atau ditukar dengan keperluan
lain seperti garam dan pakaian.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
’10 1.4.2 Ekonomi Komersial
1 Ekonomi komersial merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menjurus kepada
Hasil Pembelajaran lebihan pengeluaran. Hasil yang dikeluarkan itu akan dieksport dan dijual
Menerangkan ciri-ciri kepada pedagang bagi mendapatkan keuntungan.
ekonomi komersial. 2 Tidak dapat dinafikan bahawa kegiatan ekonomi masyarakat peribumi lebih
tertumpu kepada kegiatan ekonomi tradisional tetapi terdapat juga kegiatan
ekonomi komersial. Hal ini berlaku kerana sistem ekonomi masyarakat
Melayu bersifat terbuka.
3 Sejak abad ke-15, corak ekonomi masyarakat peribumi memasuki era
komersial. Ini disebabkan golongan pemerintah seperti sultan dan pembesar
sudah lama bergiat dalam perdagangan dengan India, Siam, Pegu, China,
Petua Pemeriksa Tanah Arab, dan kerajaan serantau.
4 Bukti hubungan dagang dalam kalangan masyarakat peribumi dengan
Calon seharusnya dapat rangkaian perdagangan antarabangsa membuktikan ekonomi Tanah Melayu,
menerangkan corak
kehidupan tradisional Sabah, dan Sarawak bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya berciri tradisional.
masyarakat peribumi dari 5 Kegiatan menternak, memburu binatang, mengumpul hasil hutan, dan
segi ekonomi. Calon mesti menanam padi yang dianggap sara diri sebenarnya menjurus ke arah ekonomi
mengemukakan kegiatan
ekonomi komersial yang komersial. Misalnya, terdapat petani menternak lembu dan mengeksportnya
dijalankan oleh golongan ke Singapura dan Siam.
pemerintah seperti sultan 6 Pada abad ke-19, Kedah dan Perak mengekspot gajah ke India.
dan pembesar Melayu,
bukan usaha British dalam 7 Kegiatan ekonomi komersial lebih tertumpu kepada kegiatan perdagangan
menggalakkan kegiatan dan perlombongan. Pertanian dagangan diperkenalkan oleh pembesar yang
ekonomi komersial.
menggunakan pengeluaran secara tradisional tetapi menggunakan buruh
asing. Kegiatan ekonomi komersial dimonopoli oleh golongan pemerintah,
iaitu raja dan pembesar.
Masyarakat peribumi bukanlah
masyarakat berorientasikan Ciri-ciri Ekonomi Komersial
ekonomi tradisional semata-
mata. Golongan raja dan A Perdagangan
pembesar Melayu memainkan
peranan penting dalam 1 Kegiatan perdagangan dilakukan secara jual beli dan secara eksport.
kegiatan perdagangan dan
perlombongan. Mereka 2 Pemodal terdiri daripada raja dan pembesar dan memonopoli kegiatan
menjadi ”pusat pengumpulan” perdagangan.
barang sebelum barang 3 Penglibatan masyarakat peribumi
tersebut diperdagangkan
kepada masyarakat luar atau (a) Rakyat menjalankan kegiatan perdagangan secara berjaja di pasar atau
orang asing. Kedatangan di luar kawasan.
British menyebabkan monopoli (b) Mereka menjual barang seperti rempah-ratus, sayur-sayuran, hasil kraf
golongan pemerintah dalam tangan, hasil laut, dan sebagainya.
kegiatan ekonomi komersial
mulai merosot. (c) Kumpulan etnik di Sabah menjalankan urusan jual beli di pasar
tamu.
36
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 36 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(d) Orang Bajau, Melayu-Brunei, dan Suluk memperdagangkan hasil laut
dan beras. BAB
(e) Orang Kadazandusun dan Murut memperdagangkan hasil hutan.
4 Lokasi/pusat perdagangan 1
(a) Di pelabuhan yang berhampiran dengan muara sungai.
(b) Pelabuhan menjadi pusat pengumpulan dan pengedaran barang.
(c) Contohnya, Pelabuhan Kedah, Klang, dan Singapura.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
B Penanaman Lada Hitam dan Gambir
1 Penglibatan pembesar Melayu dan orang Cina
(a) Pemerintah Johor, iaitu Temenggung Ibrahim telah memperkenalkan
Sistem Kangcu pada tahun 1833 dan memajukan perdagangan lada
hitam dan gambir. Foto 1.16 Lada Hitam
(b) Beliau mengawal dan mengawasi penanaman lada hitam dan gambir
melalui Sistem Kangcu.
(c) Melalui sistem ini, orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali
sebagai surat sungai untuk menetap dan mengusahakan tanaman lada
hitam dan gambir di tebing sungai.
(d) Setiap kangkar diketuai oleh seorang kangcu yang memerintah dan
memungut cukai.
(e) Penanaman lada hitam dan gambir dilakukan secara komersial dan
membawa kepada peningkatan eksport.
2 Mendapat sambutan yang baik di pasaran Singapura dan Eropah.
Foto 1.17 Tanaman gambir
C Pemungutan Hasil Hutan
1 Penglibatan pembesar Melayu
(a) Catatan Munsyi Abdullah mengatakan bahawa terdapat orang Jakun
yang mengutip hasil hutan seperti damar, rotan, dan kayu wangi untuk
diperdagangkan dengan orang Melayu di Pahang pada tahun 1838.
(b) Pada tahun 1844, Bendahara Ali melantik seorang ketua orang Asli
sebagai wakil di penempatan orang Asli di Pahang untuk mengawal
kegiatan pemungutan hasil hutan.
(c) Di Johor, Temenggung Ibrahim memonopoli kawasan getah perca.
Dengan bantuan orang Melayu dan orang Asli, beliau berjaya membawa
bahan ini ke pelabuhan dan dieksport ke luar negara.
2 Hasil hutan mendapat pasaran yang baik di China.
D Penanaman Padi
Foto 1.18 Temenggung
1 Penglibatan rakyat Ibrahim
(a) Masyarakat peribumi mengusahakan penananam padi secara tradisional
tetapi telah menjurus ke arah tahap komersial apabila padi dieksport
ke negeri lain.
2 Pasaran
(a) Padi diekspot ke negara jiran terutama dari kawasan yang subur.
(b) Kedah dan Kelantan menjadi pembekal padi utama.
(c) Kedah membekalkan 2 000 koyan padi ke Pulau Pinang.
(d) Kelantan membekalkan padi ke Singapura.
(e) Begitu juga dengan Selangor, Perak, dan Terengganu.
(f) Pada abad ke-19, Selangor menjadi pengeluar padi dan tidak perlu
mengimportnya lagi.
37
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 37 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
E Sistem Pajak di Kedah
BAB
Pengenalan Sistem Pajak 1 Penglibatan golongan pemerintah dan pengusaha luar
1 di Kedah membuktikan (a) Padi
masyarakat Melayu bergiat (i) Sultan Abdul Hamid memajak tanah kepada pemodal bagi
aktif dalam ekonomi komersial. penanaman hasil padi untuk dieksport.
Golongan pemerintah seperti (ii) Sultan Abdul Hamid memonopoli kegiatan penanaman padi
raja dan pembesar menguasai
kegiatan ekonomi komersial dengan menguasai sumber tanah untuk dijadikan kawasan sawah
sebelum campur tangan British. padi yang digelar sebagai “bendang raja”.
(iii) Baginda memilih tanah bendang yang subur lalu mengerahkan
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
rakyat mengusahakannya dan melantik wakil menjaga serta
mengutip hasil penanaman padi pada tiap-tiap musim.
(iv) Baginda berkuasa penuh dalam urusan penjualan dan
pengeksportan hasil padi kepada pihak luar melalui wakil yang
dilantik oleh baginda.
(v) Baginda bertindak menyerahkan hak dan kuasa pengutipan
hasil pertanian dari tanaman padi kepada individu tertentu yang
berjaya mendapat konsesi berkenaan melalui sistem pajakan
dalam tempoh masa yang ditetapkan.
(vi) Kegiatan pengeksportan bekalan beras ke luar negeri dijalankan
di pelabuhan Kuala Kedah, Kuala Muda, dan Pulau Langkawi.
Foto 1.19 Wan Mat Saman (vii) Pembinaan terusan atau tali air. Contohnya, terusan utama di
Kedah ialah Terusan Wan Mat Saman yang dibina pada tahun
1885.
(b) Ubi kayu
(i) Penanaman ubi kayu merupakan kegiatan pertanian penting yang
dijalankan secara komersial dan secara ladang di kawasan selatan
Kedah khususnya di Kulim.
(ii) Perkembangan kegiatan penanaman ubi kayu berlaku apabila
Sultan Abdul Hamid memberikan konsesi tanah dan hak pajakan
kepada pengusaha asing yang terdiri daripada bangsa Cina dan
Eropah.
(iii) Seorang pengusaha Cina, iaitu Lim Lan Chek dari Pulau Pinang
berjaya mendapatkan pajakan lalu membuka dan memajukan
ladang ubi kayu di Kulim pada tahun 1892.
(iv) Lim Lan Chek merupakan saudagar Cina yang berpengaruh dan
Foto 1.20 Ubi kayu mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Abdul Hamid.
(c) Getah
(i) Sultan Abdul Hamid memberikan konsesi dan hak pajakan
memungut hasil getah kepada beberapa individu Cina seperti
Beng Loon.
(ii) Pihak British di Pulau Pinang mengemukakan permohonan untuk
membuka tanah bagi penanaman getah.
(iii) Baginda telah memberi kebenaran kepada pegawai British untuk
membuka ladang getah di Kedah.
(d) Kegiatan perhutanan
(i) Kegiatan perhutanan tersenarai dalam sumber hasil pajakan
sebagai kayu larangan.
Foto 1.21 Pokok getah (ii) Kayu larangan terdiri daripada kayu-kayan yang bernilai
dan bermutu tingggi seperti pokok merbau, pokok cengal, dan
lain-lain.
(iii) Hanya individu tertentu yang telah mendapat pajakan sahaja yang
boleh mengambil dan menebang pokok tersebut.
38
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 38 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
(iv) Hasil pajakan ini meningkatkan sumber pendapatan negara.
Contohnya, pada bulan Februari 1885, hasil kutipan pajakan BAB
bertambah kepada $4 6832.24 dengan penerimaan hasil pajakan
kayu larangan daripada Wa Chiew untuk tempoh setahun 1
sebanyak $600.00.
(v) Selain hasil pajakan kayu larangan, terdapat juga hasil pajakan
untuk buluh, rotan, getah damar, getah hutan, serta tahi kelawar.
(e) Kegiatan perlombongan
(i) Kegiatan perlombongan secara komersial tertumpu kepada hasil
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
bijih timah.
(ii) Pada mulanya, kegiatan tersebut dilakukan oleh masyarakat Foto 1.22 Pokok cengal
peribumi secara kecil-kecilan dengan menggunakan kaedah
mendulang.
(iii) Kemudiannya, perlombongan bijih timah diusahakan secara
komersial apabila Sultan Abdul Hamid memajakkan kegiatan
melombong bijih timah kepada seorang pengusaha, iaitu Syed
Abdullah yang memajak lombong bijih timah di Kuala Muda dan
Karangan pada nilai $1 033.16.
F Perlombongan Antimoni dan Emas
1 Penglibatan pembesar Foto 1.23 Sultan Abdul Hamid
(a) Sejak abad ke-19, kegiatan melombong antimoni dan emas di Sarawak
ditadbir oleh Datu Patinggi Ali.
2 Penglibatan rakyat peribumi
(a) Kaum Bidayuh memainkan peranan aktif dalam mengusahakan kedua-
dua jenis perlombongan ini.
G Perlombongan Bijih Timah
1 Penglibatan rakyat peribumi
(a) Orang Melayu menganggap kegiatan perlombongan bijih timah sebagai
kerja sambilan sahaja.
(b) Masyarakat Melayu telah memasarkan hasil bijih ke China, Jepun,
dan India sebelum kedatangan British. Selain dipasarkan, bijih juga Foto 1.24 Datu Patinggi Ali
digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,
alatan senjata, dan alatan muzik seperti gong.
2 Kaedah perlombongan
(a) Kaedah tradisional seperti mendulang dan melampan.
(b) Permintaan terhadap bijih timah semakin meningkat kesan berlakunya
Revolusi Perindustrian di Britain.
(c) Para pembesar yang selama ini bergantung kepada orang Melayu tidak
berjaya membekalkan bijih timah secukupnya.
(d) Tambahan pula, cara pengeluaran orang Melayu tidak dapat
mengeluarkan hasil yang banyak.
(e) Orang Melayu hanya kerja di lombong secara sambilan sahaja.
(f) Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat, para pembesar
membawa masuk pelombong Cina mulai tahun 1830-an.
(g) Buktinya Long Jaafar membawa masuk orang Cina ke Larut bagi tujuan Foto 1.25 Ngah Ibrahim
mengerjakan lombong bijih timah.
39
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 39 28/10/2021 3:54 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 1 Masyarakat (Bhg. A)
Kawalan dan kuasa para 3 Penglibatan pembesar Melayu
BAB pembesar Melayu dalam (a) Penghasilan bijih timah terletak di bawah kawalan raja dan pembesar
kegiatan perlombangan bijih
Melayu seperti:
1 timah menunjukkan keterlibatan (i) Long Jaafar dan Ngah Ibrahim (Perak).
mereka dalam kegiatan
ekonomi komersial. (ii) Raja Bongsu dan Raja Jumaat di Lukut (Perak).
(iii) Dato’ Kelana dan Dato’ Bandar di Sungai Ujong.
(b) Para pembesar memainkan peranan penting dalam sektor perlombongan
bijih timah sebelum kedatangan British sehingga pertengahan abad
ke-19.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
(c) Pengusaha dari China dipantau dan dikawal sepenuhnya oleh para
pembesar Melayu.
(d) Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
para pembesar Melayu sebelum mengusahakan lombong bijih timah.
(e) Para pembesar akan memastikan hasil bijih yang telah dilombong dijual
semula kepada mereka.
(f) Para pembesar Melayu menentukan harga bijih timah.
Foto 1.26 Dato’ Kelana Sungai (g) Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan lombong mereka kepada
Ujong saudagar-saudagar China dari Negeri-negeri Selat.
(h) Contohnya, Raja Jumaat mengambil Chee Yam Chuan sebagai rakan
kongsi dalam sektor perlombongan bijih timah.
1 Institusi pemerintahan pada abad ke-19 memperlihatkan raja, sultan, atau Yang Dipertuan Besar sebagai
kuasa tertinggi dalam negeri.
2 Para pembesar memainkan peranan penting dalam pentadbiran pusat dan wilayah.
3 Institusi penghulu menjadi perantara antara raja atau pembesar dengan rakyat.
4 Amalan Adat Perpatih dan Adat Temenggung membuktikan bahawa masyarakat peribumi mempunyai
sistem perundangan tersendiri.
5 Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Tubuh Johor diperkenalkan demi memelihara keharmonian
rakyat dan kedaulatan negeri.
6 Susun lapis masyarakat terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Setiap individu dalam masyarakat memainkan peranan masing-masing.
7 Masyarakat peribumi sebelum kedatangan British bukannya masyarakat pertanian semata-mata.
Terdapat bukti mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi komersial melalui kegiatan jual beli dan kegiatan
pengeksportan tanaman dan hasil galian. Satu unsur unik kegiatan ekonomi komersial ialah Sistem
Pajakan yang dilaksanakan oleh Sultan Abdul Hamid di Kedah.
PRAKTIS STPM
1 Huraikan peranan pembesar peringkat kampung dalam masyarakat Melayu pada abad ke-19. [20]
2 Huraikan prinsip-prinsip umum Undang-undang 99 Perak dalam mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat Melayu pada abad ke-19. [20]
3 Jelaskan susun lapis masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British pada tahun 1874.
[20]
4 Jelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional masyarakat peribumi pada abad ke-19. [20]
40
01(A) PraU SEJ P3 1P.indd 40 28/10/2021 3:54 PM
BAB NASIONALISME DAN
3 PEMBENTUKAN
NEGARA BANGSA
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
PENGENALAN
Tajuk ini menganalisis faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19.
PENGENALAN
Kemunculan nasionalisme membawa kepada penubuhan persatuan dan parti politik yang mendukung
gerakan nasionalisme. Parti politik ini memberi impak yang berkesan terhadap perjuangan kemerdekaan di
Indonesia dan Myanmar. Kedua-dua buah negara melalui zaman pahit di bawah pendudukan Jepun (1941
–1945). Namun, zaman pahit ini memberi pengajaran yang bermakna terhadap perjuangan kemerdekaan
mereka. Tuntutan kemerdekaan Indonesia merupakan satu perjuangan rakyat secara bersenjata manakala
di Myanmar, perjuangan kemerdekaannya adalah secara berperlembagaan.
Peta Konsep
NasioNalisme daN PembeNtukaN Negara baNgsa
gerakan nasionalisme (abad ke-19) Perjuangan mencapai kemerdekaan
(abad ke-20)
Faktor kemunculan
Pendudukan Jepun 1941 – 1945
Pengaruh agama • Dasar Jepun
• Kesan pendudukan Jepun
Peranan bahasa dan kesusasteraan
Perjuangan/penentangan rakyat
Pengaruh kewartawanan terhadap penjajah
Pengaruh pendidikan
Berperlembagaan Bersenjata
BAB
Peranan golongan intelektual
Kemerdekaan 3
Pengaruh luar
Langkah-langkah mencapai kemerdekaan
Parti politik dan persatuan
• Sarekat Islam Indonesia
• Partai Nasional Indonesia Indonesia Myanmar
• Young Men Buddhist Association
(YMBA) Myanmar
• Poor Man’s Party
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 345 28/10/2021 4:04 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
3.1 Gerakan Nasionalisme
1 Gerakan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar berlaku pada awal abad
ke-20. Namun, bibit-bibit nasionalisme telahpun berlaku pada abad ke-19
lagi.
2 Di Indonesia, contohnya, penentangan di Sulawesi yang dilakukan oleh Lavi
Bone, Perang Paderi (1819) di bawah pimpinan Imam Bonjol, dan Perang
Jawa (1825) di bawah pimpinan Pangeran Dipo Negoro.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
3 Gerakan kesedaran pada abad ke-19 lebih bercorak setempat kerana tidak
dianggotai oleh segenap masyarakat dan tidak bercorak kebangsaan.
4 Gerakan kesedaran lebih bercorak kedaerahan. Gerakan ini berpunca
daripada keinginan untuk memajukan kaum atau masyarakat tertentu kerana
dasar dan pembaharuan penjajah,
3.1.1 Faktor Kemunculan Nasionalisme pada Abad ke-19
’13 Indonesia
Hasil Pembelajaran A Sejarah Kejayaan Masa Lampau Sebagai Inspirasi 006 / 2009
Menganalisis faktor-faktor 1 Gerakan kesedaran Indonesia pada abad ke-19 mendapat inspirasi daripada
kemunculan nasionalisme. kegemilangan empayar Srivijaya dan Majapahit pada zaman lampau.
2 Pejuang gerakan nasionalisme menggunakan sejarah kegemilangan Srivijaya
dan Majapahit sebagai inspirasi dan pedoman supaya dapat mendorong
semangat perjuangan bangsa.
3 Empayar Srivijaya
(a) Empayar Srivijaya diasaskan pada sekitar abad ketujuh Masihi. Srivijaya
berjaya menguasai Selat Melaka, Selat Sunda, dan Laut Jawa disebabkan
keunggulan angkatan lautnya.
(b) Dengan ini, Srivijaya dapat mengawal kegiatan perdagangan maritim
di Kepulauan Melayu.
(c) Srivijaya berperanan sebagai pelabuhan entrepot dalam kegiatan
perdagangan antara China, India, dan Barat.
4 Empayar Majapahit
(a) Empayar Majapahit pula adalah sebuah kerajaan yang pernah dibentuk
pada sekitar tahun 1293 hingga 1500 Masihi. Empayar Majapahit
pernah menguasai Pulau Jawa, Sumatera, Tanah Melayu, Borneo,
Sulawesi, Madura, Bali, dan wilayah lain di Nusantara.
BAB (b) Majapahit menjadi sebuah kerajaan yang paling berkuasa di Asia
Tenggara dan mencapai kegemilangan semasa pemerintahan Hayam
3 Wuruk yang dibantu oleh Perdana Menterinya, iaitu Patih Gajah Mada.
(c) Pada abad ke-15, Majapahit menjadi pusat perdagangan utama.
Pelabuhan utama ialah Kataha (Kedah Tua) (atau Chiecha dalam
rekod China) dan Temasik yang sering dikunjungi oleh pedagang dari
Asia Tenggara, China, India, dan Timur Tengah.
346
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 346 28/10/2021 4:04 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
B Lahirnya Golongan Cendekiawan
1 Perkembangan pendidikan menyebabkan kemunculan golongan
cendekiawan.
2 Mereka menjadi penggerak dan pemimpin dalam gerakan nasionalisme
menentang penjajah.
C Kesengsaraan Ekonomi dan Sosial
1 Pelaksanaan Sistem Tanaman Paksa (1830) dan Dasar Liberal (1870)
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
amat menyedihkan bagi peribumi Indoneisa. Di bawah Sistem Tanaman
Paksa, kaum tani diperas dengan begitu kejam sehingga berlakunya
kebuluran yang dahsyat di Jawa Tengah. Mereka diperhambakan untuk
mengeluarkan tanaman komersial yang amat menguntungkan pihak penjajah
Belanda.
2 Pegawai Belanda dan pembesar Jawa juga memaksa kaum tani
membayar cukai tanah bagi tanah yang dikhaskan untuk penanaman
tanaman komersial. Bahagian tanah ini sepatutnya dikecualikan daripada
pembayaran cukai.
3 Di bawah Dasar Liberal pula, golongan swasta telah menindas kaum tani
dengan kejam demi mengaut keuntungan yang lebih. Kedua-dua sistem
ekonomi Belanda ini boleh diumpamakan sebagai satu bentuk penindasan
dan pemerasan terhadap peribumi Indonesia. Mereka hidup sengsara dan
terhimpit. Tidak hairanlah mengapa ramai kaum tani telah menyertai Perang
Jawa di bawah pimpinan Dipo Negoro.
4 Peribumi Indonesai juga tidak puas hati atas dasar diskriminasi yang
diamalkan oleh Belanda dalam bidang pendidikan dan peluang pekerjaan.
Mereka juga benci terhadap Belanda yang telah menyerahkan kuasa mengutip
cukai kepada orang Cina. Orang Cina telah memaksa golongan peribumi
membayar cukai yang lebih tinggi daripada yang telah ditetapkan. Orang
Cina juga berfungsi sebagai orang tengah dalam ekonomi komersial. Mereka
telah membeli hasil-hasil keluaran kaum tani dengan harga yang amat
rendah. Di sebaliknya, mereka menjual barangan mereka kepada peribumi
dengan harga yang tinggi sehingga ada petani yang terpaksa berhutang
dengan mereka.
5 Kekejaman dan penindasan orang Cina telah membangkitkan kemarahan
peribumi Indonesia. Mereka telah menyalahkan penjajah Belanda yang
membenarkan kemasukan orang Cina. Maka lahirlah sentimen anti-Cina
dan anti-Belanda.
D Persamaan Agama STPM 2004
BAB
1 Walaupun penduduk peribumi terpisah dari segi geografi, namun hampir
90% daripada mereka beragama Islam. Agama Islam menjadi satu unsur 3
penting dalam perpaduan, penyatuan, dan persaudaraan penduduk peribumi
dalam menentang penjajahan.
2 Ini terbukti semasa gerakan nasionalisme pada abad ke-19 dan awal abad
ke-20.
347
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 347 28/10/2021 4:04 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
E Peranan Karya Kesusasteraan STPM 2
1 Pada abad ke-19, karya yang paling menonjol ialah novel Jose Rizal, iaitu Noli
Me Tangere dan El Filibusterismo. Kedua-dua novel ini menyampaikan mesej
tentang penindasan dan kekejaman penjajah Sepanyol terhadap peribumi
Filipina.
2 Karya-karya tersebut menjadi inspirasi kepada peribumi Indonesia untuk
menentang penjajah Belanda.
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
F Pengaruh Luar
1 Pergerakan nasionalisme Filipina
(a) Gerakan dakyah di bawah pimpinan Jose Rizal. Beliau menuntut
agar bangsa Filipina diberi layanan yang sama dengan bangsa
Sepanyol.
(b) Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan
mendesak kerajaan Sepanyol melaksanakan pembaharuan politik,
ekonomi dan sosial bagi penduduk tempatan. Beliau ditangkap dan
dibuang negeri ke Dapitan. Akhirnya, beliau dikenakan hukuman
bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan revolusi.
(c) Selepas itu, perjuangan gerakan nasionalisme diteruskan oleh Andres
Bonifacio dan Emilio Aquinaldo.
2 Pergerakan nasionalisme Mesir
(a) Pergerakan ini di bawah pimpinan Arabi Pasha. Gerakan ini bertujuan
untuk menentang kekuasaan bangsa Eropah khasnya bangsa British
terhadap Mesir.
(b) Pelajar-pelajar Indonesia yang menuntut di Mesir amat terpengaruh
dengan gerakan tersebut. Demi perpaduan dan persaudaraan, mereka
telah menyertai gerakan kesedaran untuk menentang Belanda dan
menuntut pembaharuan.
Myanmar
1 Seperti Indonesia, gerakan kesedaran di Myanmar pada abad ke-19
juga dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kesengsaraan hidup di
bawah pemerintahan British, pengaruh golongan agama, usaha golongan
cendekiawan, dan pengaruh luar.
A Kesengsaraan Hidup di Bawah Pemerintahan British
1 Peribumi Myanmar sentiasa ditindas oleh ceti-ceti India. Demi
memajukan kegiatan penanaman padi, kaum tani meminjam daripada
BAB ceti India dengan kadar bunga yang tinggi. Selain itu, ada yang terpaksa
menyerahkan hak milik tanah mereka kepada ceti India sebagai cagaran.
3 Biasanya, tanah kaum tani tergadai dan menjadi milik ceti ini kerana kaum
tani tak dapat melangsaikan hutang pinjaman mereka dalam tempoh yang
dipersetujui.
2 Masyarakat tradisional juga ditindas di bawah perundangan British seperti
cukai yang tinggi dan pengenalan ekonomi komersial.
3 Kedudukan sosial dan ekonomi masyarakat peribumi semakin merosot
sehingga mereka bangun menentang British.
348
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 348 28/10/2021 4:04 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
B Peranan Golongan Agama
1 Gerakan nasionalisme Myanmar pada peringkat awal bersifat keagamaan
dan kebudayaan di bawah pimpinan golongan agama. Ini disebabkan semasa
pemerintahan British, agama Buddha telah merosot.
2 Golongan agama ingin menghidupkan kembali kegemilangan agama
Buddha semasa di bawah pemerintahan raja-raja Dinasti Konbaung.
3 Dengan ini, tertubuhnya Persatuan Sasanadara pada tahun 1897 di Mandalay
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
oleh U Shwy Thwin. Persatuan agama ini bertujuan untuk memajukan
kehidupan sosial orang Myanmar dengan menubuhkan sekolah agama
Buddha.
4 Apabila Myamar Hulu jatuh ke tangan British, Raja Myanmar yang terakhir,
iaitu Raja Thibaw dibuang negeri ke India. Sebelum itu, Raja Myanmar
merupakan pelindung kepada agama Buddha. Kini, agama Buddha telah
kehilangan pelindungnya.
5 Tambahan pula, peranan golongan sami Buddha kini terletak di bawah
pengawasan undang-undang British. Golongan sami Buddha telah kehilangan
kedudukan sosial mereka dalam masyarakat tradisional Myanmar.
C Usaha Golongan Cendekiawan
1 Golongan cendekiawan yang berpendidikan agama dan Barat memainkan
peranan penting dalam membangkitkan kesedaran kebangsaan.
2 Mereka telah menjadi pemimpin, ejen perubahan, dan perintis dalam gerakan
kesedaran peringkat awal.
D Pengaruh Luar
1 Pergerakan nasionalisme Filipina
(a) Gerakan nasionalisme di Filipina menentang Sepanyol memberi
inspirasi kepada gerakan kesedaran Myanmar.
(b) Pemimpin utama gerakan nasionalisme Filipina, iaitu Jose Rizal telah
menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan tujuan mendesak
kerajaan Sepanyol melaksanakan pembaharuan politik, ekonomi, dan
sosial bagi penduduk tempatan. Akan tetapi, beliau ditangkap dan
dibuang negeri ke Dapitan. Akhirnya, beliau dikenakan hukuman
bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan revolusi.
(c) Selepas itu, perjuangan gerakan nasionalisme diteruskan oleh Andres
Bonifacio dan Emilio Aquinaldo. Para nasionalis ini telah merancang
revolusi pada tahun 1898 untuk menggulingkan rejim Sepanyol tetapi gagal.
Kesimpulan BAB
3
1 Gerakan kesedaran Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19 didorong oleh
faktor yang agak sama. Masyarakat peribumi kedua-dua negara ini hidup
tertindas dan terhimpit. Mereka diumpamakan sebagai hamba di tanah air
mereka sendiri.
2 Gerakan kesedaran para peringkat awal memberi inspirasi kepada gerakan
nasionalisme ke arah perjuangan yang lebih radikal yang akhirnya berjaya
membebaskan tanah air daripada penjajahan Barat.
349
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 349 28/10/2021 4:04 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
Hasil Pembelajaran 3.1.2 Parti Politik dan Persatuan
Menerangkan sebab 1 Kesan daripada penjajahan Belanda di Indonesia dan British di Myanmar
penubuhan dan matlamat muncul pelbagai persatuan dan parti politik yang mendukung gerakan
persatuan dan parti politik nasionalisme.
yang mendukung gerakan
nasionalisme. 2 Pada peringkat awal, persatuan yang wujud tidak berunsur politik, lebih
kepada perjuangan ingin membaiki kehidupan masyarakat peribumi yang
tertindas di bawah penjajahan Barat.
3 Gerakan nasionalisme mula radikal apabila parti-parti politik
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
memperjuangkan kemerdekaan mutlak.
4 Di Indonesia, Sarekat Islam dan Partai Nasional Indonesia penting sebagai
penggerak dan pelindung kepada masyarakat peribumi.
5 Begitu juga dengan parti di Myanmar seperti Young Men Buddhist Association
(YMBA) dan Poor Man’s Party.
’12 Sarekat Islam
A Latar Belakang
1 Perniagaan batik dalam kalangan masyarakat tempatan agak penting di
Indonesia. Pada awal abad ke-20, pedagang Cina turut terlibat dalam
perniagaan ini. Mereka membekalkan kain, pewarna, dan lilin kepada
pedagang batik di Jawa. Pedagang tempatan tidak dapat bersaing dengan
mereka.
2 Oleh itu, pedagang tempatan yang beragama Islam telah bergabung untuk
Foto 3.1 Mesyuarat Sarekat melindungi kepentingan mereka. R.M. Tirtoadisurjo telah menubuhkan
Islam
Sarekat Dagang Islam pada tahun 1909.
3 Agama Islam digunakan sebagai alat penyatuan, persefahaman, dan
persaudaraan dalam kalangan pedagang batik di Jawa. Haji Samanhoedi
menubuhkan cawangan Sarekat Dagang Islam di Bogor pada tahun 1911.
4 Tujuan asal Sarekat Dagang Islam adalah untuk melindungi kepentingan
pedagang batik Islam supaya mereka dapat bersaing dengan pedagang-
pedagang batik Cina. Maka, boleh dikatakan bahawa Sarekat Dagang Islam
merupakan pertubuhan batik anti-Cina.
5 Pada tahun 1912, nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat
Islam. Omar Said Tjokroaminoto menjadi Presiden. Kebanyakan ahli Sarekat
Memandangkan Sarekat
Islam menggunakan agama Islam di Borneo dan Sulawesi menganggapnya sebagai langkah pertama
Islam sebagai alat perpaduan, perang jihad Indonesia terhadap orang kafir, iaitu orang Cina dan orang
maka masyarakat tempatan Belanda.
melihatnya sebagai jalan
BAB penyelesaian mengatasi B Sebab dan Matlamat Penubuhan
masalah sosioekonomi dan
3 perang jihad menentang orang 1 Penubuhan Sarekat Islam dipengaruhi oleh:
kafir.
(a) Persaingan daripada pedagang-pedagang Cina dalam perniagaan batik.
(b) Gerakan Reformis Islam di Timur Tengah mempengaruhi pemikiran
golongan intelektual Islam dalam Sarekat Islam.
(c) Kegiatan penyebaran agama Kristian pada awal abad ke-20 di Indonesia
menuntut penyatuan orang Indonesia di bawah satu pertubuhan
untuk mempertahankan tradisi mereka daripada dicemari oleh agama
Kristian.
350
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 350 28/10/2021 4:04 PM
Sejarah Semester 3 STPM Bab 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa (Bhg. B)
2 Antara matlamat asal penubuhan Sarekat Islam:
(a) Mengukuhkan agama Islam bagi menyaingi perkembangan agama
Kristian.
(b) Mengembangkan kebudayaan Indonesia.
(c) Memajukan kebajikan masyarakat tempatan khasnya dalam bidang
pendidikan.
(d) Memajukan ekonomi masyarakat tempatan.
3 Sehingga tahun 1916, Sarekat Islam tidak berunsur politik. Sarekat Islam
lebih memperjuangkan kebajikan masyarakat tempatan dalam aspek
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd. All Rights Reserved.
pendidikan, agama, pekerjaan, dan ekonomi. Pada Kongres Nasional Sebenarnya, matlamat politik
perjuangan Sarekat Islam
tahun 1913, pemimpinnya, Omar Said Tjokroaminoto menegaskan bahawa diselindungi dengan matlamat
Sarekat Islam bukan sebuah parti politik dan masih menyokong kerajaan sosioekonominya. Ini terbukti
Belanda. dalam kata-kata Omar Said
Tjokroaminoto semasa
4 Sarekat Islam menjadi popular sehingga ahli-ahlinya datang dari segenap mesyuarat di Surabaya pada
lapisan masyarakat Indonesia. Mereka terdiri daripada golongan ulama, tahun 1913 bahawa matlamat
elit, intelektual, peniaga, pelajar, kaum tani, dan buruh. Sarekat Islam Sarekat Islam ialah:
membuka pintunya kepada semua lapisan masyarakat. Keanggotaan Sarekat “ membangkitkan nasionalisme,
menuntut balik hak-hak asasi
Islam meningkat daripada 12 000 orang pada tahun 1913 menjadi 800 000 yang dianugerahkan oleh
orang pada tahun 1916. Tuhan, meninggikan kedudukan
Indonesia yang rendah,
5 Selaras dengan matlamat untuk melindungi kepentingan masyarakat dan memperbaiki keadaan
tempatan, Sarekat Islam telah mengemukakan beberapa tuntutan dari aspek Indonesia yang buruk.”
politik, sosial, dan ekonomi kepada kerajaan Belanda.
(a) Tuntutan politik
(i) Majlis Daerah dibentuk.
(ii) Volksraad diberi kuasa yang lebih luas supaya menjadi satu badan
perwakilan yang mempunyai fungsi legislatif. Mulai tahun 1916, Sarekat
Islam menunjukkan perjuangan
(iii) Bagi pemilihan ahli Majlis Kampung, hak mengundi diberikan politik secara terbuka apabila
kepada kaum lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan bagi menuntut pemerintahan
majlis-majlis lain, hak mengundi diberikan kepada kaum lelaki sendiri. Pada tahun 1917,
yang berumur 21 tahun ke atas. Sarekat Islam menuntut
(iv) Pemberian taraf pemerintahan sendiri kepada Indonesia. kemerdekaan mutlak. Sarekat
Islam juga jelas menentang
(b) Tuntutan sosial kapitalisme.
(i) Undang-undang yang menghalang perkembangan agama Islam
dibatalkan.
(ii) Kiyai dan penghulu diberikan gaji tetap.
(iii) Hari kebesaran Islam diisytiharkan sebagai hari kelepasan atau
cuti.
(iv) Institusi pendidikan Islam diberi subsidi.
(v) Sistem diskriminasi dalam pendidikan dihapuskan.
(vi) Pendidikan percuma untuk kanak-kanak Indonesia yang berumur
15 tahun ke bawah.
(vii) Maktab Undang-undang dan Maktab Perubatan dinaik taraf BAB
menjadi universiti. 3
(viii) Biasiswa diberikan kepada pelajar Indonesia supaya dapat
menuntut di luar negara.
(c) Tuntutan ekonomi
(i) Memiliknegarakan bidang industri seperti kilang tekstil,
perusahaan kertas, industri besi, pengangkutan, dan elektrik.
(ii) Membaiki dan meluaskan kemudahan pertanian dan tali air.
(iii) Memberi perhatian tentang isu tanah.
351
03(B) PraU SEJARAH P3 1P.indd 351 28/10/2021 4:04 PM