The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-01-02 19:22:59

Supreme Model Penulisan KSSM Tingkatan 1, 2 & 3

Harga - WM: RM19.95 EM: RM19.95

ii KANDUNGAN Kriteria Penting dalam Penulisan vii – viii Bahagian 1 Pemindahan Maklumat 1 Panduan Umum Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 1 Bahagian C 2 1 Ringkasan 3 Panduan Menjawab Soalan Ringkasan 3 Model 1 Fenomena Kepala Air 4 Model 2 Pengurusan Sisa Pepejal 5 Model 3 Ancaman Jenayah Siber 7 Model 4 Minat Membaca Semakin Menurun 8 Model 5 Faedah Pertanian Bandar 10 Model 6 Kepentingan Bandar Bersejarah 12 Model 7 Penggunaan Skrin Secara Berlebihan 14 Model 8 Kebaikan Media Sosial 15 Model 9 Integriti dalam Pengurusan Kewangan 17 Model 10 Gejala Negatif dalam Kalangan Remaja 19 Model 11 Obesiti 20 Model 12 Impak Amalan Rasuah 22 Model 13 Amalan Merokok 24 Model 14 Masalah Jerebu 25 Model 15 Perpaduan Kaum 27 Model 16 Penyalahgunaan Bahasa Melayu 29 Model 17 Krisis Bekalan Air 31 Model 18 Peningkatan Kos Sara Hidup 32 Model 19 Budaya Membaca 34 Model 20 Semangat Kejiranan 35 2 Rumusan 37 Panduan Menjawab Soalan Rumusan 37 Model 1 Faedah Bersukan 38 Model 2 Rokok Elektronik 40 Model 3 Pusat Sumber Sekolah 42 Model 4 Peranan Media Massa 43 Model 5 Permainan Video 45 Model 6 Makanan Ringan 47 Model 7 Destinasi Menarik di Malaysia 48 Model 8 Bilik Darjah yang Kondusif 50 Model 9 Budaya Menabung 51 Model 10 Pusat Tuisyen 53 3 Ulasan 55 Panduan Menjawab Soalan Ulasan 55 Model 1 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad Ke-21 57 Model 2 Kepentingan Suntikan Vaksin COVID-19 58 Model 3 Jenayah Siber 59 Model 4 Golongan Muda Muflis 61


iii Model 5 Karnival Kerjaya 62 Model 6 Ciri-ciri Perniagaan Secara dalam Talian 63 Model 7 Kebaikan Mengambil Makanan Berkhasiat 64 Model 8 Kehadiran Murid ke Sekolah 65 Model 9 Tujuan Murid Menggunakan Internet 66 Model 10 Cara-cara Mengurangkan Kesesakan Jalan Raya 67 Model 11 Karnival Rukun Negara 68 Model 12 Kelebihan Kereta Elektrik 69 Model 13 Ketagihan Internet dalam Kalangan Remaja 70 Model 14 Bahasa Kebangsaan 71 Model 15 Bekal ke Sekolah 72 Model 16 Bebanan Kos Hidup 73 Model 17 Budaya Lepak dalam Kalangan Murid 74 Model 18 Keluarga Cemerlang 75 Model 19 Kemalangan Jalan Raya 76 Model 20 Kebaikan Amalan Gotongroyong 77 Model 21 Keburukan Makanan Ringan 78 Model 22 Eksploitasi Hutan 79 Model 23 Amalan Gaya Hidup Sihat 80 Model 24 Kepentingan Air dalam Kehidupan 81 Model 25 Internet dalam Dunia Pendidikan 82 Model 26 Penjagaan Kesihatan Diri 83 Model 27 Kesan Peperangan 85 Model 28 Gejala Ponteng Sekolah 86 Model 29 Faktor Kelunturan Budi Bahasa 87 Model 30 Bidang Pekerjaan Penduduk 88 Model 31 Kitar Semula 89 Model 32 Industri Kraf Tangan 90 Model 33 Ramalan Kaji Cuaca 92 Model 34 Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya di Malaysia 94 Model 35 Perkembangan Sektor Pelancongan Negara 95 Model 36 Ketagihan Rokok 96 Model 37 Belilah Barangan Buatan Malaysia 97 Model 38 Menjaga Kebersihan Sungai 98 Model 39 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya 99 Model 40 Buah-buahan Tempatan Pilihan Tepat 100 Bahagian 2 Penulisan 101 4 Karangan Respons 102 Terhad Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 2 Bahagian A 102 Panduan Menulis Karangan Respons Terhad 102 Model 1 E-dompet 106 Model 2 Tragedi Kepala Air 107 Model 3 Kebaikan Media Sosial 108 Model 4 Kepolisan Masyarakat 109 Model 5 Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan 110 Model 6 Amalan Menyimpan dan Menabung Wang 111 Model 7 Inovasi Teknologi Hijau 112 Model 8 Integriti dalam Kehidupan 113 Model 9 Pencemaran Bahasa Melayu 114 Model 10 Program Ziarah Komuniti 115 Model 11 Demam Denggi 116 Model 12 Kepentingan Amalan Menabung 117


iv Model 13 Masalah Jenayah dalam Kalangan Remaja 118 Model 14 Aku Sebuah Basikal 119 Model 15 Semangat Kejiranan 120 Model 16 Menjaga Kesihatan 121 Model 17 Tun Hussein Onn 122 Model 18 Mencegah Kebakaran 123 Model 19 Kepentingan Hutan 124 Model 20 Membanteras Vandalisme 125 5 Karangan Respons 126 Terbuka Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 2 Bahagian B 126 Panduan Menulis Karangan Respons Terbuka 126 A Surat Rasmi Pengenalan 132 1 Program Bulan Bahasa Melayu 134 2 Permohonan Lawatan ke Syarikat Penerbitan 135 3 Aduan tentang Sungai Dicemari Sisa Buangan Kilang 137 4 Cadangan Memajukan Koperasi Sekolah 138 5 Permohonan Bantuan dan Sumbangan bagi Program Gotong-royong Perdana 140 6 Aktiviti Demonstrasi Pencegahan Kebakaran 142 B Surat Tidak Rasmi Pengenalan 144 7 Kegiatan Ekonomi 145 8 Tempat-tempat Menarik di Malaysia 147 9 Pengalaman Menyertai Kursus Motivasi 149 10 Berkongsi Kejayaan Akademik dan Kokurikulum 151 11 Ucapan Tahniah atas Penerimaan Anugerah Olahragawati Harapan 153 12 Tempat Tinggal Sahabat Dilanda Banjir 154 C Berita Pengenalan 156 13 Mengharumkan Nama Sekolah 157 14 Kejayaan dalam Pertandingan Reka Cipta Peringkat Kebangsaan 158 15 Keracunan Makanan di Sekolah 160 16 Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah 161 17 Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan Sekolah 162 D Laporan Pengenalan 164 18 Lawatan sambil Belajar 165 19 Hari Keusahawanan di Sekolah 167 20 Perasmian Sekolah oleh Menteri Pendidikan 169 21 Kejayaan Peserta Kuiz Sejarah Peringkat Negeri 170 22 Pertandingan Reka Cipta Robotik 172 23 Perjalanan Program Kem Kepimpinan Pengawas 173 E Perbahasan Pengenalan 175 24 Semangat Patriotisme dalam Kalangan Remaja 176 25 Pekerja Asing Meningkatkan Pembangunan Ekonomi Negara 178 26 Nilai Murni Kian Terhakis 180 27 Sikap Pemandu Punca Utama Kemalangan Jalan Raya 181


v 28 Ibu Bapa Berperanan untuk Membentuk Akhlak Remaja 183 29 Penerokaan Alam Sekitar Menyebabkan Bencana Alam 184 F Ucapan Pengenalan 187 30 Murid Berdisiplin Tonggak Kejayaan Sekolah 189 31 Minggu Membaca Peringkat Sekolah 190 32 Meraikan Kunjungan Sekumpulan Murid dari Negeri Lain 192 33 Sambutan Hari Guru 193 34 Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat Kebangsaan 195 35 Majlis Meraikan Pengetua Sekolah 197 G Syarahan Pengenalan 199 36 Kepentingan Mewujudkan Bandar Rendah Karbon 200 37 Kepentingan Penguasaan Bahasa Melayu 202 38 Langkah-langkah Memelihara Alam Sekitar 204 39 Murid Cemerlang Penggerak Kemajuan Negara 205 40 Rakyat Bersatu, Negara Maju 207 41 Perbelanjaan dalam Rumah Tangga 209 42 Kepimpinan Berkualiti Teras Pembangunan Negara 210 43 Mencegah Penyakit Lebih Baik daripada Merawat 212 H Ceramah Pengenalan 214 44 Pencegahan Jenayah Tanggungjawab Bersama 215 45 Pengurusan Masa Asas Kecemerlangan Murid 217 46 Faedah-faedah Menyertai Persatuan Seni Pertahanan Diri 219 47 Cara-cara Belajar Secara Berkesan 221 48 Kesan-kesan Obesiti terhadap Kesihatan 223 49 Kepentingan Menjaga Kebersihan Alam Sekitar 224 50 Kepentingan Pemanduan Berhemah 226 I Wawancara/ Temu Bual/ Temu Ramah Pengenalan 228 51 Pertandingan Catur Remaja Peringkat Antarabangsa 229 52 Kisah Perjuangan Tokoh Kemerdekaan 231 53 Punca Peningkatan Masalah Jenayah Membabitkan Remaja 233 54 Gejala Lumba Haram 235 55 Penerima Anugerah Peladang Jaya 237 56 Masalah Pencemaran Sungai 239 J Dialog/ Perbualan Pengenalan 241 57 Melancong ke Luar Negara Semasa Era Endemik COVID-19 242 58 Anugerah Murid Terbaik Sekolah 244 59 Kebaikan Amalan Berbudi Bahasa 246 60 Remaja Kurang Mempunyai Semangat Patriotik 247 61 Juara Pertandingan Perbahasan 249 62 Kebaikan Mengamalkan Sikap Berbudi Bahasa dan Bersopan Santun 250


vi K Fakta Pengenalan 252 63 Etika Semasa Menggunakan Media Sosial 253 64 Persiapan yang Perlu Dilakukan oleh Belia bagi Membangunkan Negara 255 65 Langkah Menggalakkan Remaja Aktif dalam Bidang Sukan 256 66 Kebaikan Permainan Tradisional 258 67 Amalan Gaya Hidup Sihat 259 68 Usaha Kerajaan Memupuk Amalan Bersopan Santun dan Berbudi Bahasa 261 69 Kepentingan Sungai dalam Kehidupan 262 70 Penyertaan Murid dalam Aktiviti Kokurikulum 264 71 Kemahiran bagi Menghadapi Cabaran Globalisasi 266 72 Langkah Menangani Pembalakan Haram 268 73 Masalah Disiplin Murid 269 74 Remaja Masa Ini Kurang Hormat terhadap Orang-orang Tua 271 L Perbincangan/ Pendapat Pengenalan 273 75 Kebaikan Pembelajaran Secara Bersemuka 274 76 Mengawal Ketagihan Internet 276 77 Kebaikan Amalan Rumah Terbuka 278 78 Cara Menarik Minat Murid dalam Kegiatan Kokurikulum 279 79 Amalan Menabung 280 80 Amalan Berjimat Cermat 282 81 Kedatangan Pekerja Asing 284 82 Jati Diri Dapat Mengekang Remaja daripada Terjerumus dalam Pelbagai Masalah 285 83 Pembentukan Akhlak Anak-anak Bermula dari Rumah 286 M Gambaran/ Keperihalan Pengenalan 288 84 Permainan Rakyat 290 85 Situasi Pertandingan Kawad Kaki 291 86 Kesesakan Jalan Raya Akibat Kemalangan 293 87 Pengalaman Melancong 294 88 Pengalaman Terlibat dalam Hari Keusahawanan 296 89 Tempat Tinggal Dilanda Banjir Besar 297 N Cereka Pengenalan 299 90 Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak Berguna 300 91 Malam yang Menakutkan 302 92 Persahabatan 303 93 Usaha Gigih Menentukan Kejayaan 305 94 Prinsip Hidup 307 95 Pengorbanan 309 O Peribahasa Pengenalan 311 96 Sesat di Hujung Jalan, Balik ke Pangkal Jalan 312 97 Bagai Aur dengan Tebing 314 98 Hidup Dikandung Tanah, Mati Dikandung Adat 315 99 Di Mana Ada Kemahuan, di Situ Ada Jalan 317 100 Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya 318


Bahagian 1 Pemindahan Maklumat Bab 1 Ringkasan Bab 2 Rumusan Bab 3 Ulasan


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 2 Panduan Umum Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 1 Bahagian C PEMINDAHAN MAKLUMAT Pengenalan 1. Dalam Bahagian C, iaitu aspek pemindahan maklumat, satu soalan dikemukakan bagi tingkatan 1, 2, dan 3. Anda dikehendaki untuk menjawab soalan tersebut. 2. Bentuk soalan yang dikemukakan bagi tingkatan 1, 2, dan 3. Tingkatan Bentuk Soalan Tingkatan 1 Ringkasan Tingkatan 2 Ringkasan atau Rumusan Tingkatan 3 Ringkasan atau Ulasan 3. Masa yang dicadangkan untuk menulis pemindahan maklumat ini ialah 20 minit. 4. Panjang jawapan bagi bahagian ulasan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Manakala bagi bahagian rumusan dan ringkasan, panjangnya hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. 5. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah. Kriteria Penilaian dan Pemarkahan Bahagian Pemindahan Maklumat Perkara yang diberikan perhatian oleh pemeriksa semasa membaca jawapan anda: (a) pemeriksa perlu memberikan penekanan terhadap idea yang anda tulis (b) bahasa dinilai secara tanggapan berdasarkan kriteria (c) pemeriksa diminta untuk menandakan kesalahan bahasa seperti penandaan jawapan karangan (d) peringkatan markah anda berdasarkan kriteria yang berikut: PERINGKAT MARKAH KRITERIA Cemerlang (80 – 100 patah perkataan) 13 – 15 Idea Bahasa • Isi yang relevan dengan bahan • Idea ulasan/ rumusan/ ringkasan jelas dan matang • Ayat gramatis • Kosa kata luas dan tepat • Ejaan, tanda baca, dan penanda wacana betul • Kesalahan bahasa yang minimum Baik (60 patah perkataan) 9 – 12 Idea Bahasa • Isi yang relevan dengan bahan • Ulasan/ rumusan/ ringkasan jelas dan matang • Ayat gramatis • Kosa kata luas dan tepat • Ejaan, tanda baca, dan penanda wacana betul • Kesalahan bahasa yang minimum Memuaskan *Idea sendiri tanpa merujuk kepada gambar tetapi ayat gramatis 5 – 8 Idea Bahasa • Isi yang relevan dengan bahan • Ulasan/ rumusan/ ringkasan jelas dan matang • Ayat kurang gramatis • Kosa kata terhad • Kesalahan bahasa yang ketara Penguasaan minimum (lemah) 1 – 4 –


3 Panduan Menjawab Soalan Ringkasan 1. Dalam bahagian ringkasan, anda diminta untuk menulis ringkasan berdasarkan petikan yang diberikan. 2. Sebelum menulis ringkasan, baca arahan soalan dengan telitinya dan fahami kehendak soalan. Contoh soalan: Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 3. Baca petikan yang diberikan dengan telitinya. Garisi isi-isi penting yang diperlukan dengan berdasarkan kata kunci soalan. 4. Pada umumnya, anda harus mengemukakan lima isi penting. Namun begitu, anda digalakkan supaya mengemukakan enam isi asalkan panjang ringkasan anda tidak melebihi jumlah patah perkataan yang dibenarkan. 5. Setelah anda pasti tentang isi-isi yang digarisi itu, barulah anda mula merancang dan menulis ringkasan anda. 6. Susun isi mengikut turutan sebagaimana yang terdapat dalam petikan. 7. Gunakan ayat-ayat yang ringkas, padat, dan tepat. Sebaik-baiknya satu isi ditulis dalam satu ayat. 8. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 9. Untuk kesinambungan ayat dengan ayat atau isi dengan isi, gunakan penanda wacana seperti selain itu, di samping itu, namun demikian, hal ini dikatakan demikian kerana, dalam pada itu, dan sebagainya. 10. Ringkasan anda hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja. 11. Janganlah anda memasukkan isi-isi yang tidak dinyatakan dalam petikan asal atau pendapat anda sendiri dalam ringkasan anda. 12. Setelah selesai menulis ringkasan, anda hendaklah menyemak ringkasan tersebut dari segi tatabahasa, ejaan, dan tanda baca. 13. Akhir sekali, anda hendaklah mengira jumlah perkataan dalam ringkasan anda itu agar tidak melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan, iaitu tidak melebihi 100 patah perkataan. 14. Semasa membuat pengiraan, kata nama khas, kata ganda, kata majmuk, kata sendi, penanda wacana, tarikh, dan angka dikira sebagai satu perkataan. 1 Ringkasan


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 4 Model 1 Fenomena Kepala Air Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang langkah-langkah bagi mengurangkan risiko fenomena kepala air. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dewasa ini, kerap kali berlakunya perubahan cuaca yang melampau dan sukar dijangka. Selain keadaan cuaca yang panas dengan suhu yang tinggi, Malaysia juga tidak terkecuali menerima jumlah hujan yang lebih banyak. Taburan hujan yang tinggi dan tidak menentu menyebabkan kebanyakan kawasan sungai di Malaysia berisiko tinggi untuk berlakunya fenomena kepala air, terutamanya ketika hujan lebat. Fenomena ini berupaya untuk menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa seperti yang berlaku di Gunung Jerai dan Gunung Inas, Kedah pada 18 Ogos 2022. Bagi mengatasi masalah ini, pelan pengurusan dan pemantauan secara bersepadu dalam pengurusan fenomena kepala air perlu diwujudkan di kawasan berisiko bagi menangani fenomena itu dengan berkesan. Antara tindakan yang disyorkan menerusi pelan ini termasuklah memasang papan tanda amaran kejadian fenomena kepala air, sistem ramalan dan amaran pada masa nyata, sistem pemasangan sensor pergerakan tanah, dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kritikal. Di samping itu, kumpulan pasukan petugas untuk memantau kejadian kepala air juga perlu diwujudkan. Kaedah pelan pencarian, menyelamat, serta pemindahan semasa kejadian fenomena kepala air perlu disediakan mengikut kepentingan dan keselamatan pelancong serta penduduk setempat. Pada masa yang sama, pembinaan lorong kecemasan untuk pengunjung melarikan diri dari kawasan sungai atau air terjun yang berlaku kejadian fenomena kepala air turut disarankan. Seterusnya, kerjasama antara semua jabatan dan agensi di setiap negeri diperlukan bagi memastikan kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul akibat fenomena kepala air. Di Kedah misalnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mewujudkan pasukan khas yang dikenal sebagai Bomba Komuniti. Pasukan ini terdiri daripada ketua kampung, penghulu, dan penduduk yang diberikan latihan asas menyelamatkan mangsa sekiranya berhadapan dengan bencana seperti fenomena kepala air. Dipetik dan diubah suai daripada “Mengurangkan Risiko Fenomena Kepala Air”, Dewan Kosmik Sudut Kata • melampau – keterlaluan • kepala air – penghabisan air bah • bersepadu – berkaitan erat • disyorkan – dicadangkan • sensor – alat yang dapat mengesan perubahan haba, tekanan, cahaya, dan sebagainya


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 5 Rangka Ringkasan Langkah-langkah bagi mengurangkan risiko fenomena kepala air • mewujudkan pelan pengurusan dan pemantauan secara bersepadu di kawasan berisiko tinggi • mewujudkan kumpulan petugas khas bagi memantau kejadian kepala air • mewujudkan kaedah pelan pencarian semasa kejadian kepala air berlaku • kaedah menyelamat serta pemindahan mangsa semasa kejadian kepala air juga perlu diwujudkan • lorong kecemasan bagi mangsa melarikan diri juga perlu dibina • kerjasama semua jabatan dan agensi amat diperlukan bagi menghadapi masalah ini Model Ringkasan Mantap Fenomena kepala air amat berbahaya kerana dapat menyebabkan kerosakan harta benda dan mengorbankan nyawa manusia. Di Malaysia, fenonema ini terjadi disebabkan oleh faktor taburan hujan yang terlalu tinggi. Untuk mengurangkan risiko yang disebabkan oleh fenomena ini, pelbagai langkah perlu diambil seperti mewujudkan pelan pengurusan dan pemantauan secara bersepadu di kawasan berisiko tinggi. Selain itu, kumpulan petugas khas bagi memantau kejadian kepala air, kaedah pelan pencarian, menyelamat serta pemindahan mangsa semasa kejadian kepala air juga perlu diwujudkan. Seterusnya, lorong kecemasan bagi mangsa melarikan diri juga perlu dibina. Akhir sekali, kerjasama semua jabatan dan agensi amat diperlukan bagi menghadapi masalah ini. Kesimpulannya, fenomena kepala air tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya amat buruk. (100 patah perkataan) Model 2 Pengurusan Sisa Pepejal Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan mengurus sisa pepejal secara mampan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sisa domestik ialah apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti isi rumah dan komersial seperti kertas, kadbod, plastik, sisa makanan, dan sisa restoran. Premis perumahan menghasilkan sisa pepejal paling tinggi disebabkan jumlahnya yang besar berbanding premis lain seperti pusat komersial dan institusi. Terkini, pembuangan sisa pepejal negara meningkat secara mendadak akibat pandemik dengan peningkatan besar sisa perubatan disebabkan penggunaan pelitup muka, sarung tangan, kelengkapan pelindung diri (PPE), dan ujian calitan.


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 6 Kegagalan mengurus sisa pepejal jenis ini sudah pasti mengundang malapetaka dan menyebabkan kesan buruk terhadap keselamatan dan kesihatan awam serta alam sekitar. Dalam pada itu, penghujung Disember 2021 menyaksikan beberapa buah negeri dilanda musibah banjir. Rentetan itu, 77 465 tan sampah dikutip dan dibersihkan di lima buah negeri yang terjejas teruk disebabkan oleh bencana ini. Sampah seperti plastik dan bekas makanan dibuang semberono dan tidak diurus dengan baiknya sehingga mencetekkan sistem saliran seperti longkang, parit, dan sungai yang seterusnya menjadi punca berlakunya banjir kilat khususnya di kawasan bandar. Realiti harus diterima, sikap kita sendiri yang kurang kesedaran sivik, bersikap tidak endah selain kurang menitikberatkan kebersihan dan kurang pendidikan tentang kesannya terhadap alam sekitar menjadi punca utama. Hakikatnya, manusialah yang menjadi punca utama kepada penghasilan dan pembuangan sampah. Di Malaysia, dengan anggaran pertumbuhan populasi 2.4 peratus atau 600 000 orang setiap tahun (sejak 1994), lebih banyak sampah akan dihasilkan. Untuk menangani masalah ini, peranan dapat dilakukan masyarakat dalam mengurus sisa pepejal di kediaman masing-masing, dengan membudayakan amalan kitar semula. Selain itu, penggunaan teknologi mesra alam dalam aktiviti perawatan dan pelupusan sisa pepejal, seperti plasma pirolisis dan tapak sisa lengai serta proses menukarkan sisa tidak boleh dikitar semula ke dalam bentuk tenaga yang dapat digunakan termasuk haba, bahan api, dan elektrik. Seterusnya, dasar dan undang-undang dalam pengurusan sisa sampah perlu sentiasa diperhalusi dari semasa ke semasa supaya kekal relevan dan berkesan terutama yang berkaitan dengan pemantauan, penguatkuasaan, dan hukuman yang berkaitan. Dipetik dan diubah suai daripada “Urus Sisa Pepejal Secara Mampan, Elak Alam Sekitar Terbeban”, Berita Harian Rangka Ringkasan Kepentingan mengurus sisa pepejal secara mampan • masalah pembuangan sisa pepejal – kegagalan mengurus sisa pepejal menimbulkan pelbagai masalah – semakin membimbangkan – pandemik COVID-19 – meningkatkan jumlah sisa perubatan • kegagalan mengurus sisa pepejal – menimbulkan pelbagai masalah – banjir kilat di kawasan bandar – sikap manusia – membuang sampah sesuka hati • masyarakat perlu membudayakan amalan kitar semula • menggunakan teknologi mesra alam sekitar – aktiviti perawatan dan pelupusan sisa pepejal • menambah baik dasar dan undang-undang dalam pengurusan sampah Sudut Kata • komersial – berkaitan dengan atau bersifat perdagangan • premis – bangunan atau tempat untuk menguruskan perniagaan • sisa pepejal – apa-apa yang tertinggal sesudah dimakan, dipakai, dan lain-lain yang bersifat pepejal • pelupusan – penghapusan • relevan – ada kaitan atau ada hubungannya


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 7 Model Ringkasan Mantap Masalah pembuangan sisa pepejal di negara kita semakin membimbangkan. Akibat pandemik COVID-19, jumlah pembuangan sisa pepejal makin meningkat kerana pembuangan sisa perubatan seperti pelitup muka, sarung tangan, dan sebagainya. Kegagalan mengurus sisa pepejal ini menimbulkan pelbagai masalah seperti banjir kilat. Masalah ini berlaku terutamanya di kawasan bandar disebabkan sikap manusia yang suka membuang sampah sesuka hati. Oleh sebab itu, masyarakat perlu mengurus sisa pepejal dengan baiknya. Mereka perlu membudayakan amalan kitar semula. Selain itu, teknologi mesra alam dalam aktiviti perawatan dan pelupusan sisa pepejal perlu digunakan. Dasar dan undang-undang dalam pengurusan sampah juga perlu ditambah baik dari semasa ke semasa. Kesimpulannya, kita perlu mengurus sisa pepejal secara mampan bagi menjaga keselamatan diri dan alam sekitar. (100 patah perkataan) Model 3 Ancaman Jenayah Siber Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang ancaman jenayah siber terhadap golongan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Jenayah penipuan dalam talian melibatkan pengguna media sosial yang dilaporkan semakin berleluasa pada peringkat global dan di negara ini dengan kerugian berjumlah ribuan juta ringgit dikhuatiri turut menyasarkan golongan remaja dan murid-murid di Malaysia. Di Malaysia sendiri, kes penipuan jenayah siber semakin meningkat sejak tahun 2019 hingga bulan Julai 2022 dengan mencatatkan 63 723 kes melibatkan kerugian berjumlah RM2 025.8 juta. Di samping khalayak dewasa, fenomena ini juga berpotensi melibatkan remaja dan muridmurid kerana mereka merupakan pengguna utama media sosial terutamanya melalui telefon bimbit dan pelbagai peranti mudah alih yang kini turut menjadi keperluan dalam proses pembelajaran peringkat menengah dan pengajian tinggi. Sebagai pengguna media sosial, mereka berpeluang mengakses pelbagai laman sosial popular termasuk Facebook, WhatsApp, dan Instagram yang turut digunakan oleh penjenayah untuk menipu dan menjerat mangsa. Bagi mengelakkan masyarakat daripada mudah terpedaya dan menjadi mangsa, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah berkata, Bank Negara menyarankan semua pengguna agar sentiasa berpegang pada kata kunci 3S, iaitu Soal, Sekat, dan Sebar. Pertama, ‘soal’ setiap perkara yang meragukan serta ‘sekat’ diri daripada melakukan langkah seterusnya seperti yang diarahkan sekiranya melibatkan transaksi kewangan yang mencurigakan. Seterusnya, ‘sebar’ maklumat kepada keluarga dan rakan untuk dikongsi bersama-sama serta melaporkan kepada pihak berkuasa melalui saluran yang disediakan untuk tindakan selanjutnya.


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 8 Memandangkan golongan muda dan muridmurid turut memiliki pelbagai peranti mudah alih, beliau menasihati ibu bapa agar turut memantau, mengawasi, dan menasihati anak masing-masing agar tidak mudah terpengaruh dengan penipuan ini. Bagi beliau, pendekatan dua hala dengan sifat saling memperingatkan dan memberikan nasihat sebegini lebih baik agar masing-masing sentiasa berwaspada. Dipetik dan diubah suai daripada “Penipuan Siber Sasar Golongan Remaja”, Dewan Masyarakat Model Ringkasan Mantap Ancaman jenayah siber terhadap golongan remaja di Malaysia semakin berleluasa. Hal ini terjadi kerana golongan remaja merupakan pengguna utama media sosial terutamanya menerusi telefon bimbit dan peranti mudah alih. Golongan remaja sering mengakses pelbagai laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, dan Instagram yang turut digunakan oleh penjenayah siber untuk memperdaya mangsa. Oleh hal yang demikian, golongan remaja perlu berwaspada agar tidak menjadi mangsa penjenayah siber. Untuk mengelakkan diri daripada tertipu, mereka perlu berpegang pada kata kunci 3S, iaitu Soal, Sekat, dan Sebar. Selain itu, golongan ibu bapa perlu memantau, mengawasi, dan menasihati anak-anak mereka agar tidak tertipu. Kesimpulannya, ancaman jenayah siber perlu dipandang serius dan para remaja perlu berhati-hati sentiasa agar tidak menjadi mangsa jenayah siber. (100 patah perkataan) Model 4 Minat Membaca Semakin Menurun Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca minat membaca dalam kalangan remaja semakin menurun. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0, permintaan terhadap teknologi terutamanya telefon pintar semakin bertambah. Peningkatan ini dikaitkan dengan populariti media sosial yang semakin mendaki minat dalam hati kalangan masyarakat Malaysia. Variasi kandungan visual dalam media sosial seperti Instagram, Youtube, dan TikTok mengubah horizon pemikiran para remaja daripada membaca kepada melayani kandungan-kandungan visual tersebut. Kebebasan bermain gajet menyebabkan remaja banyak menghabiskan masa di depan telefon pintar peribadi. Sudut Kata • menyasarkan – menunjukkan • menjerat – melakukan tipu muslihat • transaksi – penyelesaian pembayaran dalam urusan jual beli


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 9 Walau bagaimanapun, fenomena ini menyebabkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya remaja semakin menurun. Lebih membimbangkan, kajian oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan 72.1 peratus anak muda memilih untuk tidak menyambung pelajaran mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekiranya keadaan ini berterusan, negara akan menghadapi kekurangan pakar yang merencatkan produktiviti industri tertentu dalam lima hingga 10 tahun akan datang. Pepatah Melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Dalam hal ini, perhatian terhadap kebolehan membaca perlu diutamakan kepada murid-murid sejak zaman sekolah lagi. Budaya 3M (membaca, mengira, menulis) merupakan senjata ampuh bagi mewujudkan bangsa membaca dan mencintai ilmu sejak bangku sekolah. Keciciran murid dalam menguasai ilmu 3M menyebabkan semangat mereka untuk belajar semakin menurun. Mereka bukan sahaja tidak berminat untuk membaca atau belajar, bahkan turut berasa rendah diri kerana gagal menguasai tiga elemen asas tersebut. Hal ini sekali gus menyebabkan mereka berasa tersisih daripada rakan-rakan sekelas serta meragut semangat mereka untuk belajar bersama dengan rakan yang lain. Di samping itu, peningkatan penggunaan aplikasi TikTok menyebabkan remaja lebih tertarik dengan kandungan visual berbanding dengan penulisan kandungan. Hal ini menyebabkan aplikasi media sosial seperti Facebook kurang mendapat tempat dalam hati golongan muda walaupun Facebook menjadi platform kepada para cendekiawan, sasterawan, pensyarah, dan ahli politik untuk mengemukakan pendapat tentang sesuatu isu. Dipetik dan diubah suai daripada “Memperkasakan Budaya Membaca di Malaysia”, Dewan Budaya Sudut Kata • variasi – kelainan daripada keadaan biasa • horizon – lingkungan atau batas • elemen – sesuatu yang menjadi bahagian dalam keseluruhan unsur • tersisih – terasing • aplikasi – atur cara atau program komputer yang direka untuk kegunaan tertentu Rangka Ringkasan Punca budaya membaca dalam kalangan remaja semakin menurun • kewujudan media sosial seperti Instragram, Youtube, dan TikTok telah mengubah minat remaja • masalah keciciran murid dalam menguasai ilmu 3M (membaca, mengira, menulis) pada peringkat persekolahan • peningkatan penggunaan aplikasi TikTok yang semakin digilai remaja • lebih berminat menonton video yang dimuat naik di aplikasi TikTok daripada membaca buku


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 10 Model Ringkasan Mantap Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja semakin menurun. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti menjadi punca kepada masalah ini. Antaranya, kewujudan media sosial seperti Instagram, Youtube, dan TikTok telah mengubah minat remaja daripada membaca bahan bacaan kepada melayani kandungan visual. Hal ini telah menyebabkan remaja lebih gemar menghadap telefon bimbit daripada membaca buku atau majalah. Selain itu, masalah keciciran murid dalam menguasai ilmu 3M (membaca, mengira, menulis) pada peringkat persekolahan turut menjadi punca mereka tidak berminat untuk belajar dan membaca. Seterusnya, peningkatan penggunaan aplikasi TikTok yang semakin digilai remaja menyebabkan remaja lebih berminat untuk menonton video yang dimuat naik di aplikasi tersebut daripada membaca buku. Kesimpulannya, usaha perlu dilakukan bagi mengatasi masalah ini agar minat membaca dalam kalangan remaja dapat disuburkan semula. (100 patah perkataan) Model 5 Faedah Pertanian Bandar Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah pertanian bandar kepada masyarakat. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Secara umumnya, pertanian bandar merupakan satu aktiviti yang mampu menghasilkan bahan makanan, pemprosesan makanan, dan pemasaran produk makanan dalam kawasan bandar mahupun pinggir bandar. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) mentakrifkn pertanian bandar sebagai aktiviti pertanian secara menanam, menaikkan, memproses, dan mengedarkan produk pertanian tanpa mengira saiz tanah dan jumlah sumber manusia di bandar dan pekan. Jumlah yang meningkat saban tahun menyebabkan proses urbanisasi juga bergerak seiring dengannya. Kepesatan ini mengakibatkan masyarakat di bandar sukar mendapatkan bekalan bahan makanan yang mencukupi dan berkualiti. Maka demikian, pertanian bandar merupakan langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini bukan sahaja bagi memenuhi keperluan sendiri tetapi juga masyarakat sekitar. Pertanian bandar bukan sahaja menambahkan pendapatan masyarakat, tetapi juga memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum memerlukan program seperti ini untuk terus menyatupadukan hubungan antara kaum selain memupuk semangat kejiranan yang semakin luntur dalam


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 11 kalangan masyarakat bandar Malaysia. Pertanian bandar yang diusahakan secara bersama dengan ahli keluarga masing-masing di sekitar rumah juga mampu merapatkan hubungan antara ahli keluarga. Selain itu, pertanian bandar sedikit sebanyak mampu menjadi medium penting bagi mengekalkan kelestarian kawasan bandar dengan meningkatkan jumlah kawasan hijau. Aktiviti ini bukan sahaja mencantikkan suasana pemandangan, malah menambahkan kawasan teduhan dan mengawal suhu pada persekitaran kawasan bandar. Tumbuhan hijau mampu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau. Aktiviti bercucuk tanam juga memberikan peluang kepada masyarakat bandar mendekatkan diri dengan alam semula jadi. Manfaat yang paling besar melibatkan diri dalam pertanian bandar sudah tentulah dalam aspek mengurangkan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri selain mampu menjanakan pendapatan tambahan. Menurut kajian Pengguna Pulau Pinang (CAP), sebuah keluarga membelanjakan RM350 secara puratanya sebulan untuk membeli sayur-sayuran. Kajian lain pula menyatakan bahawa 50 peratus hingga 70 peratus pendapatan keluarga di bandar digunakan untuk mendapatkan makanan sehingga ada antara mereka berhadapan dengan situasi miskin bandar. Dipetik dan diubah suai daripada “Pertanian Bandar Manfaat Besar Buat Masyarakat”, Dewan Ekonomi Rangka Ringkasan Faedah pertanian bandar kepada masyarakat • dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan bagi masyarakat bandar • dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada masyarakat bandar • hubungan yang erat antara anggota keluarga dan jiran tetangga dapat dijalinkan • perpaduan kaum juga dapat diwujudkan dalam masyarakat • dapat menambahkan kawasan hijau, mencantikkan suasana, menambahkan kawasan teduhan, mengawal suhu, dan mengurangkan kesan gas rumah hijau • dapat menjimatkan belanja kerana penduduk dapat mengeluarkan hasil sendiri seperti sayur-sayuran Segmen Info Objektif Pertanian Bandar • Memberikan khidmat nasihat, perundingan teknikal, dan latihan pertanian yang sesuai di kawasan bandar • Mengaplikasikan, mengesyorkan, dan mempromosikan kaedah pertanian di kawasan bandar • Merancang, menyelaras, dan memantau program serta aktiviti pertanian di kawasan bandar • Mempromosikan produk yang dihasilkan serta membuka laluan pasaran Sudut Kata • urbanisasi – proses dan usaha untuk menjadikan sesuatu kawasan bersifat bandar • seiring – bergerak secara bersama-sama • luntur – turun • medium – bahan atau sesuatu yang menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 12 Model Ringkasan Mantap Pertanian bandar amat digalakkan kerana membawa faedah kepada kita. Antara faedah pertanian bandar termasuklah dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan bagi masyarakat bandar. Selain itu, amalan pertanian ini dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada masyarakat bandar. Seterusnya, menerusi pertanian bandar, hubungan yang erat antara anggota keluarga dan jiran tetangga dapat dijalinkan. Perpaduan kaum juga dapat diwujudkan dalam masyarakat. Dari sudut alam sekitar, usaha ini amat baik kerana dapat menambahkan kawasan hijau, mencantikkan suasana, menambahkan kawasan teduhan, mengawal suhu, dan mengurangkan kesan gas rumah hijau. Akhir sekali, pertanian bandar dapat menjimatkan belanja kerana penduduk dapat mengeluarkan hasil sendiri seperti sayursayuran. Kesimpulannya, pertanian bandar amat digalakkan kerana membawa manfaat yang besar kepada penduduk. (100 patah perkataan) Model 6 Kepentingan Bangunan Bersejarah Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Sejak negara mencapai kemerdekaan, Malaysia semakin maju meniti arus kemodenan. Generasi hari ini semakin bijak mereka cipta dan membina bangunan pencakar langit. Walaupun banyak bangunan pencakar langit ini wujud, namun bangunan bersejarah tidak pernah dilupakan. Bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Kota A Famosa di Melaka, dan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar tetap utuh berdiri dengan sejarah dan nilai komersialnya yang tersendiri. Kepentingan utama memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini ialah bangunan ini dapat dijadikan sumber maklumat sejarah kepada generasi akan datang. Dengan adanya maklumat tentang sejarah negara kita, sudah pasti golongan muda nanti akan lebih terdidik dan akan timbul kesedaran dalam diri mereka tentang kepentingan menjaga dan menghargai sejarah tanah air. Selain itu, dengan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini, kita dapat menarik pelancong asing untuk melancong ke negara kita. Setiap bangunan bersejarah di negara kita mempunyai cerita sejarahnya yang tersendiri. Dengan ini, para pelancong asing pastinya akan tertarik untuk mengunjungi Malaysia kerana adanya warisan sejarah negara yang dapat dilawati bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Hasilnya, ekonomi negara kita bukan sahaja akan meningkat, malah secara tidak langsung nama negara kita juga akan terkenal di serata dunia.


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 13 Seterusnya, kita juga dapat mengekalkan keunikan seni bina bangunan bersejarah ini apabila kita memelihara dan memuliharanya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap bangunan bersejarah di negara ini memiliki bentuk seni binanya yang berbeza-beza dan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Oleh sebab itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu berbangga dengan negara kita dan memastikan semua bangunan bersejarah ini dipelihara agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Memelihara Bangunan Bersejarah”, Dewan Siswa Koridor Peribahasa • pencakar langit – bangunan-bangunan yang tinggi • tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas – adat yang tidak berubah, sesuatu yang tetap utuh Rangka Ringkasan Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah • bangunan bersejarah merupakan warisan yang tidak ternilai harganya • perlu dipelihara dan dipulihara agar tidak hilang ditelan zaman • bangunan ini dapat dijadikan sumber maklumat sejarah kepada generasi akan datang • bangunan ini dapat menarik kunjungan pelancong asing ke negara kita dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negara • keunikan seni bina bangunan ini juga dapat dikekalkan Model Ringkasan Mantap Bangunan bersejarah merupakan warisan yang tidak ternilai harganya. Oleh sebab itu, bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Kota A Famosa di Melaka, dan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar perlu dipelihara dan dipulihara agar tidak hilang ditelan zaman. Usaha memelihara dan memulihara, bangunan bersejarah ini sewajarnya dilakukan kerana dengan adanya bangunan ini, kita akan memperoleh manfaatnya. Antaranya, bangunan ini dapat dijadikan sumber maklumat sejarah kepada generasi akan datang. Selain itu, bangunan ini dapat menarik kunjungan pelancong asing ke negara kita dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negara. Seterusnya, dengan terpeliharanya bangunan bersejarah ini, keunikan seni bina bangunan ini juga dapat kita kekalkan. Kesimpulannya, bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara kerana manfaatnya amat besar kepada negara dan rakyat Malaysia. (100 patah perkataan)


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 14 Model 7 Penggunaan Skrin Secara Berlebihan Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang keburukan penggunaan skrin secara berlebihan kepada kesihatan manusia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Teknologi digital merupakan penyimpanan, penjanaan, atau pemprosesan data melalui penggunaan peranti elektronik. Terdapat pelbagai jenis peranti elektronik dengan sambungan Internet yang memudahkan komunikasi dan interaksi secara maya, terutamanya di platform media sosial. Beberapa jenis skrin peranti elektronik yang biasa digunakan dalam kehidupan seharian seperti telefon pintar, komputer tablet, komputer riba, televisyen, jam pintar, dan papan iklan televisyen. Menurut kajian, penggunaan skrin yang berlebihan dikatakan dapat memberikan impak yang besar kepada kesihatan fizikal seseorang individu. Masa berhadapan dengan skrin yang berlebihan dikaitkan dengan masalah obesiti dan kelesuan. Penggunaan skrin dalam kehidupan seharian menyebabkan pergerakan fizikal manusia menjadi terhad, lalu menyebabkan proses pembakaran lemak di dalam badan tidak dapat berlaku. Hal ini menjadikan seseorang itu lebih terdedah dengan risiko obesiti. Obesiti turut menyebabkan masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi. Selain itu, penggunaan skrin yang berlebihan juga mampu menjejaskan kesihatan mental seperti masalah psikologi, emosi yang kurang stabil, kemurungan, dan kerisauan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan individu mudah berasa tertekan dan berlumbalumba apabila terdedah dengan aktiviti media sosial yang berlebihan. Kebanyakan individu terutamanya golongan remaja gemar membandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan orang lain yang ditonjolkan melalui media sosial. Hal ini menyebabkan mereka berasa tewas dengan kehidupan masing-masing jika dibandingkan dengan kehidupan orang lain yang jauh lebih baik. Sementara itu, pendedahan skrin yang terlalu awal kepada bayi dan kanak-kanak dapat menyebabkan proses perkembangan otak kanakkanak menjadi terbantut dan mengakibatkan masalah lambat bertutur, kemahiran motor yang perlahan seperti lambat berjalan, dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak yang diberikan pendedahan skrin digital sejak awal usia dikatakan mempunyai masalah tingkah laku seperti masalah hiperaktif dan kesukaran kawalan emosi. Dipetik dan diubah suai daripada “Awasi Pendedahan Skrin Berpanjangan”, Dewan Kosmik Sudut Kata • maya – berkaitan dengan komputer dan Internet • skrin – permukaan yang rata berupa kaca tempat memaparkan gambar, teks, grafik, dan sebagainya • impak – kesan • hiperaktif – terlampau cergas pergerakannya sehingga sukar dikawal


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 15 Rangka Ringkasan Keburukan penggunaan skrin secara berlebihan kepada kesihatan manusia • akan menjejaskan kesihatan fizikal seseorang • menimbulkan masalah kelesuan dan obesiti • mampu menjejaskan kesihatan mental seseorang juga • menimbulkan masalah psikologi, emosi terganggu, kemurungan, dan kerisauan • pendedahan skrin yang terlalu awal bagi bayi dan kanak-kanak dapat mengganggu perkembangan otak, mengakibatkan masalah lambat bertutur, menjejaskan kemahiran motor, dan menimbulkan masalah tingkah laku Model Ringkasan Mantap Penggunaan skrin secara berlebihan ternyata membawa keburukan kepada kesihatan manusia. Berdasarkan kajian, penggunaan skrin secara berlebihan akan menjejaskan kesihatan fizikal seseorang. Apabila masa seseorang itu banyak dihabiskan di hadapan skrin, masalah kelesuan dan obesiti akan timbul. Selain itu, penggunaan skrin yang berlebihan mampu menjejaskan kesihatan mental seseorang juga. Masalah psikologi, emosi terganggu, kemurungan, dan kerisauan terjadi disebabkan penggunaan media sosial yang keterlaluan. Bagi bayi dan kanak-kanak pula, pendedahan skrin yang terlalu awal dapat mengganggu perkembangan otak, mengakibatkan masalah lambat bertutur, menjejaskan kemahiran motor, dan menimbulkan masalah tingkah laku. Kesimpulannya, penggunaan skrin secara berlebihan perlu dielakkan bagi mengurangkan kesan buruk terhadap kesihatan. (98 patah perkataan) Model 8 Kebaikan Media Sosial Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan media sosial kepada pengguna. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Peranan media sosial dalam bidang politik, masyarakat, perdagangan, dunia pekerjaan, latihan dan pembangunan, serta perhubungan sosial sememangnya luas dan tidak dapat dinafikan. Satu daripada peranan media sosial termasuklah dengan menggalakkan orang ramai membentuk dan menghargai hubungan. Media sosial telah membantu pengguna kekal berhubung dan meredakan kejutan apabila melihat individu dan persekitaran secara fizikal selepas bertahun-tahun terpisah. Dengan


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 16 adanya media sosial, pengguna dapat berhubung dengan keluarga dan rakan dengan kaedah lebih mudah. Oleh itu, keberadaan media sosial dapat mengurangkan kesulitan dalam memikirkan perubahan yang telah berlaku. Selalunya, seseorang itu membayangkan perihal orang dan persekitaran yang telah berubah, terutamanya selepas bertahun-tahun berada di luar negara asal mereka. Selain itu, satu daripada impak positif media sosial termasuklah dalam penyebaran maklumat di dunia pada hari ini. Platform seperti Facebook, LinkedIn, Twitter, WhatsApp, dan lain-lain membolehkan pengguna untuk mengakses dan berkongsi maklumat dengan cara mengklik butang pada paparan peranti masing-masing. Maklumat merupakan kuasa dan perlu ada cara terbaik untuk menyebarkannya supaya masyarakat dapat memanfaatkan kuasa. Seterusnya, media sosial juga berfungsi sebagai saluran maklumat, sekali gus membuka jalan kepada inovasi dan kejayaan melalui pembangunan pengetahuan dan kebolehan. Media sosial dapat melaporkan acara global dengan baiknya, menjadikan masyarakat lebih sedar tentang persekitaran mereka dari dalam dan di luar negara. Berbeza daripada televisyen, radio, atau akhbar, media sosial memudahkan penyampaian maklumat tentang apa-apa yang berlaku di lapangan dengan cepatnya. Media sosial juga merupakan satu daripada platform terbaik untuk meluahkan perasaan dan pendapat kita, terutamanya dengan keluarga dan rakan-rakan sama ada di dalam atau di luar negara. Di samping itu, pengguna juga dapat mengasah kreativiti mereka melalui media sosial dan seterusnya dapat memberikan manfaat kepada orang lain. Dipetik dan diubah suai daripada “Media Sosial: Pedang Bermata Dua?”, Dewan Masyarakat Rangka Ringkasan Kebaikan media sosial kepada pengguna • media sosial dapat membantu kita mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan • memungkinkan pengguna untuk menyebarkan, mengakses, dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantasnya • dapat menghasilkan inovasi dan kejayaan lebih mudah dan terbuka • dapat menggunakan media sosial untuk meluahkan pendapat dan perasaan • dapat mengasah kreativiti Sudut Kata • sosial – berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti masa lapang • dinafikan – disangkalkan • mengakses – dapat mencapai, memperoleh, atau menggunakan data atau maklumat dalam komputer • global – berkenaan dunia seluruhnya • mengasah – memupuk dan mengembangkan bakat


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 17 Model Ringkasan Mantap Media sosial memainkan peranan yang sangat signifikan dalam kehidupan kita pada hari ini. Pelbagai kebaikan dapat kita peroleh menerusi penggunaan media sosial. Antaranya, media sosial dapat membantu kita mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan walaupun terpisah jauh dan dalam tempoh yang lama. Selain itu, media sosial memungkinkan pengguna untuk menyebarkan, mengakses, dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantasnya.Seterusnya, dengan adanya media sosial, peluang untuk menghasilkan inovasi dan kejayaan lebih mudah dan terbuka. Pengguna juga dapat menggunakan media sosial untuk meluahkan pendapat dan perasaan selain mengasah kreativiti. Kesimpulannya, media sosial banyak membawa kebaikan kepada kita selagi digunakan secara bijak dan bertanggungjawab. (94 patah perkataan) Model 9 Integriti dalam Pengurusan Kewangan Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kepentingan integriti dalam pengurusan kewangan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Memang benar bahawa skop integriti merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Nilai integriti melangkaui perbezaan agama dan budaya. Pergilah ke pelosok dunia mana-mana pun, pastinya tiada sesiapa yang menafikan kepentingan integriti dalam kehidupan. Walau bagaimanapun, integriti dalam kewangan dilihat sebagai antara aspek yang paling mencabar. Buktinya, statistik tangkapan rasuah di Malaysia telah mencatatkan peningkatan sebanyak 11.63 peratus dari tahun 2018 hingga 2020. Jenayah tersebut merangkumi kesalahan menerima dan memberikan rasuah, tuntutan palsu, salah guna kedudukan, pengubahan wang haram, dan lain-lain. Susulan daripada itu, jelaslah bahawa nilai integriti dalam kewangan perlu diambil perhatian oleh setiap individu bagi memerangi endemik rasuah dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, bagaimanakah nilai integriti ini dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat agar menjadi satu budaya yang seterusnya menjadi identiti negara? Setakat ini, jelas Malaysia perlu memperbaiki imej negara apatah lagi dengan kedudukan terkini di tangga ke-57 pada tahun 2020 berbanding dengan tangga ke-51 pada tahun sebelumnya dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI). Secara asasnya, nilai integriti harus dipupuk daripada institusi kekeluargaan itu sendiri. Pembangunan peribadi dalam persekitaran kekeluargaan dilihat sebagai jalan yang lebih efektif berbanding dengan pendidikan formal. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan 18 lingkungan keluarga, penyampaian adalah lebih dekat dan mesra, sekali gus memberikan impak yang lebih mendalam terhadap individu. Walau bagaimanapun, penerapan nilai integriti secara formal di institusi pendidikan akan menjadikannya lebih menyeluruh. Bahkan, pelbagai kajian kes boleh dijadikan rujukan dan diterapkan dalam rangka perancangan pendidikan. Integriti merupakan elemen yang kritikal dalam urusan yang berkaitan dengan kewangan. Jika ditanya tentang harga sebuah integriti, jawapannya tidak ternilai harganya. Integriti harus tetap dipegang utuh kerana itulah tuntutan moral dan agama yang tidak seharusnya dikompromikan. Dipetik dan diubah suai daripada “Integriti dalam Pengurusan Kewangan”, Dewan Ekonomi Rangka Ringkasan Kepentingan integriti dalam pengurusan kewangan • tanpa integriti, pelbagai jenayah seperti rasuah, tuntutan palsu, salah guna kedudukan, dan pengubahan wang haram akan berlaku dalam masyarakat • nilai integriti perlu dipupuk dalam diri setiap individu dan usaha ini perlulah bermula daripada institusi keluarga • penerapan nilai integriti secara formal tetap perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kesan yang menyeluruh • integriti dalam pengurusan kewangan amat penting agar kita terhindar daripada amalan rasuah yang menjijikkan Model Ringkasan Mantap Integriti merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap urusan yang kita lakukan, terutamanya yang berkait dengan kewangan. Tanpa integriti, pelbagai jenayah seperti rasuah, tuntutan palsu, salah guna kedudukan, dan pengubahan wang haram akan berlaku dalam masyarakat. Masalah ini amat ketara di Malaysia kerana statistik menunjukkan tangkapan rasuah meningkat dari tahun 2018 hingga 2020. Oleh sebab itu, nilai integriti perlu dipupuk dalam diri setiap individu dan usaha ini perlulah bermula daripada institusi keluarga. Hal ini penting kerana pendidikan yang diberikan oleh keluarga lebih berkesan. Namun begitu, penerapan nilai integriti secara formal tetap perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kesan yang menyeluruh. Kesimpulannya, integriti dalam pengurusan kewangan amat penting agar kita terhindar daripada amalan rasuah yang menjijikkan. (100 patah perkataan) Sudut Kata • skop – bidang yang diliputi • integriti – kejujuran • penggubahan wang haram – proses menukarkan wang yang dijana daripada pendapatan haram menjadi seolah-olah daripada pendapatan yang bersih • imej – gambaran • persepsi – anggapan • efektif – berkesan • formal – rasmi • dikompromikan – dinyatakan persetujuan


37 Panduan Menjawab Soalan Rumusan 1. Dalam bahagian rumusan, anda diminta untuk menulis rumusan berdasarkan petikan yang diberikan. Contoh soalan: Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 2. Petikan yang diberikan itu pula mungkin pelbagai bentuknya seperti fakta, perbualan, cerpen, ucapan, syarahan, ceramah, dan sebagainya. 3. Sebelum membuat rumusan, baca petikan yang diberikan dengan telitinya untuk memahami keseluruhan petikan tersebut. 4. Kenal pasti isu yang dibincangkan dalam petikan tersebut, contohnya kebaikan mengamalkan gaya hidup sihat. 5. Pada masa yang sama, garisi idea atau isi yang berkaitan dengan isu yang telah dikenal pasti itu. 6. Berdasarkan isi atau idea yang telah digarisi itu, buatlah satu rumusan dalam satu perenggan sahaja. 7. Penggunaan bahasa dalam rumusan anda haruslah sesuai dengan jenis petikan yang diberikan. 8. Selain itu, gunakan bahasa yang ringkas, padat, dan tepat. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. 9. Pilih kata yang tepat, ejaan, dan tanda baca yang betul, serta menggunakan penanda wacana yang sesuai bagi menyambungkan setiap isi dan idea daripada petikan. 10. Setelah selesai menulis rumusan, anda hendaklah menyemak rumusan tersebut dari segi tatabahasa, ejaan, dan tanda baca. 11. Sekiranya terdapat kesalahan, sila betulkan kesalahan tersebut. 12. Akhir sekali, anda hendaklah mengira jumlah perkataan dalam rumusan anda itu agar tidak melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan, iaitu tidak melebihi 100 patah perkataan. 2 Rumusan


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 38 Model 1 Faedah Bersukan Baca petkan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tesebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Minda yang cerdas ada pada badan yang sihat. Kata-kata ini berkait rapat dengan aktiviti bersukan kerana satu daripada cara untuk mendapatkan badan yang sihat adalah melalui aktiviti bersukan. Bersukan ialah aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh kita. Secara tidak langsung, aktiviti ini akan mengeluarkan sisa toksin di dalam badan dan menjadikan seseorang itu sihat. Selain itu, bersukan dapat juga membantu kita untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Kehidupan pada zaman moden ini lebih banyak menggunakan tenaga dalaman dan pemikiran. Golongan profesional dan separa profesional sering kali sibuk dengan pekerjaan manakala remaja dan murid sibuk dengan aktiviti harian sehingga terpaksa mengabaikan kegiatan fizikal kerana kekurangan waktu untuk tujuan tersebut. Hal ini membawa kepada masalah kesihatan fizikal dan mental. Oleh hal yang demikian, penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam pelbagai kegiatan sukan dapat mengurangkan pelbagai masalah kesihatan. Kegiatan sukan menjadi langkah awal dalam mengawal obesiti dan penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes, dan penyakit jantung. Bersesuaian dengan kata orang, sediakan payung sebelum hujan, kegiatan sukan yang kerap dilakukan akan dapat melancarkan perjalanan darah, mengurangkan lemak berlebihan di dalam tubuh, dan membantu sistem perkumuhan. Dalam ajaran Islam, aktiviti bersukan dapat membantu badan membuang sisa makanan dengan cara semula jadi. Hal ini menjadikan badan aktif, meningkatkan imuniti badan, dan melindungi badan daripada penyakit. Tambahan lagi, setiap organ tubuh kita ada jenis sukan yang sesuai dengan fungsinya. Aktiviti sukan menunggang kuda, memanah, berlumba lari, dan berenang adalah antara aktiviti sukan yang memberikan manfaat kepada seluruh badan kita. Di samping itu, bersukan dapat juga mengisi masa lapang seseorang. Masa yang kosong amat berharga bagi setiap individu atau masyarakat kerana Masa Ibarat Emas. Seseorang yang melibatkan diri dalam bidang sukan ternyata dapat menghindarkan diri Sudut Kata • riadah – gerak badan/ senaman • toksin – bahan beracun yang dihasilkan oleh bakteria dalam organisma hidup atau mati yang dapat menyebabkan penyakit tertentu • profesional – orang yang mengamalkan pengetahuan dan kemahiran sesuatu bidang kerjaya • separa – sebahagian sahaja/ separuh • perkumuhan – pembuangan benda yang tidak berguna oleh badan manusia, haiwan, dan tumbuhan • imuniti – keimunan


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 39 daripada melakukan perkara negatif dan membuang masa seperti melepak, merokok, dan terlibat dalam kegiatan jenayah. Pada masa yang sama, aktiviti sukan menjadi salah satu instrumen penting untuk mengeratkan hubungan perpaduan antara masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana kegiatan sukan dapat melahirkan semangat berpasukan. Sifat bersatu padu dapat juga dipupuk melalui penglibatan dalam kegiatan sukan. Dengan itu, nilai-nilai perpaduan seperti bekerjasama, bertoleransi, dan meletakkan kepentingan negara dan pasukan melebihi kepentingan diri dapat dilahirkan melalui penglibatan diri dalam bidang sukan. Intihanya, semua individu amat digalakkan untuk melakukan aktiviti sukan kerana pelbagai manfaat diperoleh daripada kegiatan ini. Marilah kita menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas. Koridor Peribahasa • minda yang cerdas ada pada badan yang sihat – kesihatan yang baik membolehkan seseorang melahirkan idea yang bernas • sediakan payung sebelum hujan – bersiap sedia sebelum menghadapi musibah • Masa Ibarat Emas – masa itu sangat berharga Rangka Rumusan • bersukan banyak membawa faedah kepada kita • kita dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh • membantu untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental • dapat mengawal obesiti dan penyakit kronik • membantu badan membuang sisa makanan secara semula jadi • mengisi masa lapang • perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat dieratkan • kita haruslah bersukan – badan cergas dan minda cerdas Model Rumusan Mantap Bersukan banyak membawa faedah kepada kita. Antaranya ialah kita dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh kita melalui aktiviti sukan. Selain itu, bersukan dapat juga membantu untuk mengekalkan kesihatan fizikal dan mental kita. Seterusnya, aktiviti sukan membolehkan kita mengawal obesiti dan penyakit kronik. Di samping itu, aktiviti bersukan dapat membantu badan membuang sisa makanan secara semula jadi. Pada masa yang sama, kita dapat mengisi masa lapang dengan bersukan. Akhir sekali, perpaduan dalam kalangan masyarakat dapat dieratkan melalui kegiatan sukan. Kesimpulannya, kita haruslah bersukan supaya badan cergas dan minda cerdas. (84 patah perkataan)


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 40 Model 2 Rokok Elektronik Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tesebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Rokok elektronik atau lebih dikenal sebagai vape kini digemari oleh perokok belia atas alasan mengikut trend. Mereka percaya dan yakin bahawa vape kurang memberikan impak terhadap kesihatan mereka berbanding dengan rokok. Namun demikian, adakah tanggapan mereka itu benar? Hakikatnya, menghisap vape turut mengundang kesan buruk terhadap kesihatan sesiapa sahaja yang menghisapnya. Hal ini dikatakan demikian kerana vape mempunyai nikotin yang merosakkan paru-paru. Berbanding dengan rokok, ada yang beranggapan bahawa vape lebih sihat kerana dikatakan vape hanya mempunyai nikotin, air, dan perisa semula jadi. Selain itu, kebanyakan belia menjadikan perbuatan menghisap vape sebagai batu loncatan untuk berhenti daripada merokok. Namun begitu, mereka tetap sukar untuk berhenti. Vape mampu membuatkan seseorang ketagih dengan adanya pelbagai jenis perisa seperti rasa coklat, vanila, buah-buahan, dan lain-lain. Penelitian ringkas menunjukkan kadar bahan kimia yang terdapat di dalam vape adalah kecil berbanding dengan kandungan bahan kimia di dalam rokok tembakau. Walau bagaimanapun, penggunaan vape menurunkan sistem kekebalan tubuh penghisapnya. Tubuh mereka kurang aktif untuk melawan infeksi kerana cairan vape yang berfungsi untuk mencipta wap memberikan efek kepada tubuh. Cairan vape mengandungi zat-zat kimia yang berbahaya kepada kanak-kanak. Kandungan nikotin cair di dalam vape sangat tinggi. Kanak-kanak yang duduk berdekatan dengan penghisap vape lama-kelamaan menghadapi detak jantung meningkat, muntah, dan berpeluh. Malahan, apabila cairan vape terkena kulit, akan menyebabkan sensasi terbakar. Selain itu, kandungan logam seperti timah, nikel, perak, besi, aluminium, silikat, dan kromium yang terkandung dalam asap vape didapati sama besar bahkan lebih besar daripada yang ditemukan dalam asap rokok tradisional. Partikel-partikel tersebut dapat merosakkan sistem pernafasan di samping menimbulkan risiko kanser dan pertumbuhan sel yang abnormal. Seorang profesor kimia dan teknik di Universiti Portland State di Oregon menemukan adanya formaldehid dalam cairan vape. Formaldehid ialah bahan pembuatan gam dan alat pelekat serta pelapis produk kertas dan bahan bangunan, bahkan dijadikan sebagai bahan pengawet di kamar jenazah.


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 41 Kesimpulannya, penggunaan rokok elektronik ternyata membawa keburukan dalam jangka pendek dan jangka panjang. Mungkin sekarang pengguna vape belum mengalami masalah kesihatan, tetapi dalam jangka panjang semua itu mungkin akan berubah. Koridor Peribahasa • batu loncatan – orang atau sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat Rangka Rumusan • beberapa keburukan terhadap kesihatan bagi penghisap vape atau rokok elektronik • mempunyai nikotin yang merosakkan paru-paru • penghisap vape ketagih akan pelbagai perisa vape • menurunkan sistem kekebalan tubuh penghisapnya • mengandungi zat-zat kimia yang berbahaya kepada kanak-kanak • merosakkan sistem pernafasan dan menimbulkan risiko kanser serta risiko pertumbuhan sel yang abnormal • digunakan dalam pembuatan gam, alat pelekat, pelapis produk kertas dan bahan bangunan, serta sebagai bahan pengawet di kamar jenazah • penghisap vape patut berhenti daripada melakukan perbuatan ini – mendatangkan masalah kesihatan Model Rumusan Mantap Petikan membincangkan keburukan terhadap kesihatan bagi penghisap vape atau rokok elektronik. Antaranya, vape mempunyai nikotin yang merosakkan paru-paru. Selain itu, penghisap vape ketagih akan pelbagai perisa vape. Di samping itu, penggunaan vape menurunkan sistem kekebalan tubuh penghisapnya. Seterusnya, cairan vape mengandungi zat-zat kimia yang berbahaya kepada kanak-kanak. Kandungan logam dalam asap vape dapat merosakkan sistem pernafasan dan menimbulkan risiko kanser serta risiko pertumbuhan sel yang abnormal. Akhir sekali, formaldehid dalam cairan vape digunakan dalam pembuatan gam, alat pelekat, pelapis produk kertas dan bahan bangunan, serta sebagai bahan pengawet di kamar jenazah. Kesimpulannya, penghisap vape patut berhenti daripada melakukan perbuatan ini kerana mendatangkan masalah kesihatan. (96 patah perkataan) Segmen Info Rokok elektronik atau vape menggunakan pengewap berkuasa bateri untuk menghasilkan suatu aerosol daripada cecair berperisa khas yang disedut penggunaannya untuk mendapatkan rasa seakan menghisap rokok tanpa membakar sebarang tembakau. Cecair khas ini biasanya diperbuat daripada nikotin (tidak semuanya), propilena glikol, gliserin, dan bahan perisa. Sudut Kata • trend – perkembangan yang seolah-olah menuju ke suatu arah • nikotin – sejenis bahan beracun yang terdapat dalam tembakau • infeksi – jangkitan


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 42 Model 3 Pusat Sumber Sekolah Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tesebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pusat sumber sekolah memainkan peranan penting sebagai agen penyebar ilmu pengetahuan dalam kalangan murid. Di pusat sumber sekolah terkumpul pelbagai jenis bahan bacaan seperti buku rujukan, buku cerita, kamus, ensiklopedia, dan lain-lain lagi. Bahan bacaan ini pula dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina, dan sebagainya. Pusat sumber berfungsi sebagai penyimpan pelbagai media rujukan. Malahan, muridmurid boleh meminjam buku-buku tertentu sebagai bahan rujukan tambahan. Sesungguhnya, Membaca Jambatan Ilmu. Pusat sumber sekolah juga berperanan untuk melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, mengulang kaji pelajaran lebih selesa di pusat sumber kerana bahan rujukan ada di sekeliling kita. Pelbagai aktiviti yang bercorak akademik boleh dilaksanakan di pusat sumber sekolah. Antaranya, kuiz bahasa, pertandingan mengarang, pertandingan bercerita, dan pertandingan berbalas pantun. Oleh itu, memang tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan pusat sumber bertujuan untuk mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah tersebut. Kini, penggunaan teknologi maklumat seperti komputer dan jaringan Internet di pusat sumber sekolah dapat memberikan informasi dengan lebih mudah dan pantas. Penggunaan komputer juga jelas menunjukkan bahawa pusat sumber sekolah telah menuju ke arah pusat sumber digital ataupun pusat sumber elektronik. Selain itu, kerajaan juga telah meneruskan program bacaan yang dikenal sebagai Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM). Program ini membina tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan murid sekolah rendah. Pelbagai ganjaran diberikan kepada murid-murid yang terlibat secara aktif dalam menjayakan program NILAM. Kesimpulannya, pusat sumber sekolah memainkan peranan penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Tanpa pusat sumber sekolah, pengajaran mungkin tidak akan mencapai matlamatnya dengan menyeluruh. Rajin membaca, ilmu akan berganda. Koridor Peribahasa • Membaca Jambatan Ilmu – amalan membaca dapat membantu kita menambahkan pengetahuan Sudut Kata • agen – sesuatu yang menyebabkan tindak balas • ensiklopedia – buku yang biasanya dalam banyak jilid


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 43 Rangka Rumusan • pelbagai fungsi pusat sumber sekolah • agen penyebar ilmu pengetahuan dalam kalangan murid • sebagai penyimpan pelbagai media rujukan • membantu bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran • mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan • memberikan informasi dengan lebih mudah dan pantas melalui penggunaan teknologi maklumat • program bacaan NILAM di pusat sumber sekolah membina tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan murid • pusat sumber sekolah memainkan peranan penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran Model Rumusan Mantap Petikan membincangkan pelbagai fungsi pusat sumber sekolah. Antaranya, pusat sumber sekolah sebagai agen penyebar ilmu pengetahuan dalam kalangan murid. Di samping itu, pusat sumber sekolah berperanan sebagai penyimpan pelbagai media rujukan. Pada masa yang sama, pusat sumber sekolah juga membantu bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, kewujudan pusat sumber dapat mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di situ. Selain itu, pusat sumber sekolah dapat memberikan informasi dengan lebih mudah dan pantas melalui penggunaan teknologi maklumat. Akhir sekali, program bacaan NILAM di pusat sumber sekolah membina tabiat membaca yang berterusan dalam kalangan murid sekolah rendah. Intihanya, pusat sumber sekolah memainkan peranan penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. (96 patah perkataan) Model 4 Peranan Media Massa Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tesebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Pada era teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kini, peranan media massa sangat penting sebagai alat perhubungan masyarakat. Media massa merangkumi radio, televisyen, surat khabar, majalah, dan Internet. Semua alat media massa ini mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam usaha membentuk masyarakat yang bermaklumat dan berilmu pengetahuan.


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 44 Melalui media massa, maklumat dan ilmu pengetahuan dapat disebarluaskan semaksimumnya. Satelit yang kita miliki telah meletakkan Malaysia sebaris dengan negara maju dalam bidang komunikasi. Oleh itu, kita dapat menerima berita atau maklumat baik di dalam mahupun luar negara dalam masa yang singkat. Media massa turut menjadi medium pengiklanan. Iklan yang disiarkan melalui media massa memudahkan orang ramai mengetahui sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Maka, para peniaga dapat memasarkan produk atau perkhidmatan mereka dengan mudah kerana semua maklumat di hujung jari sahaja. Di samping itu, media massa juga memainkan peranan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Hal ini dapat dilihat apabila semua anggota keluarga berkumpul di rumah untuk menonton televisyen atau membaca surat khabar bersama-sama. Melalui tontonan rancangan televisyen yang berinformasi dan berunsur hiburan, ahli keluarga dapat berkongsi idea dan bertukar-tukar pendapat. Masyarakat berpeluang untuk menambahkan perbendaharaan kata melalui maklumat atau rancangan yang diperoleh daripada media massa. Setiap hari, mereka membaca dan menonton pelbagai rancangan dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan lain-lain. Dengan ini, mereka mempelajari pelbagai perkataan baharu. Rancangan yang bertemakan pendidikan membolehkan masyarakat membetulkan kesilapan bahasa mereka. Hakikatnya, media massa merupakan alat penyalur maklumat yang utama. Namun demikian, sebagai pengguna maklumat yang bijak dan beretika, kita seharusnya mengelak daripada membaca dan menonton bahan yang negatif agar tidak terjebak dalam budaya yang tidak sihat. Rangka Rumusan • media massa mempunyai pelbagai kepentingan kepada masyarakat • alat perhubungan masyarakat • membentuk masyarakat yang bermaklumat dan berilmu pengetahuan • menyebarluaskan maklumat dan ilmu pengetahuan semaksimumnya • sebagai medium pengiklanan • mengeratkan hubungan kekeluargaan • dapat menambahkan perbendaharaan kata • media massa mempunyai kepentingan tertentu kepada masyarakat tetapi masyarakat haruslah menggunakan media massa dengan bijak Sudut Kata • disebarluaskan – dikembangkan secara meluas dengan pelbagai cara • medium – bahan yang menjadi perantara • perbendaharaan kata – keseluruhan kata-kata dalam bahasa Melayu • beretika – berakhlak


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 45 Model Rumusan Mantap Petikan membincangkan kepentingan media massa kepada masyarakat. Antaranya, media massa berfungsi sebagai alat perhubungan masyarakat. Selain itu, media massa membentuk masyarakat yang bermaklumat dan berilmu pengetahuan. Media massa menyebarluaskan maklumat dan ilmu pengetahuan semaksimumnya dalam masa yang singkat. Di samping itu, media massa penting sebagai medium pengiklanan. Hal ini dikatakan demikian kerana melalui media massa, maklumat sesuatu barangan atau perkhidmatan dapat disebarkan dengan mudah dan cepat. Seterusnya, kepentingan media massa adalah untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Akhir sekali, media massa membolehkan masyarakat menambahkan perbendaharaan kata melalui maklumat dan rancangan yang ditonton oleh mereka. Kesimpulannya, media massa mempunyai kepentingan tertentu kepada masyarakat tetapi masyarakat haruslah menggunakan media massa dengan bijak. (88 patah perkataan) Model 5 Permainan Video Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tesebut, tulis satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Di mana-mana permainan video kini mendapat tempat dalam hati penggunanya, termasuk murid-murid. Aktiviti bermain video berleluasa dalam kalangan murid kerana kebanyakan ibu bapa kini memberikan telefon pintar kepada anak-anak mereka. Tambahan pula, kafe siber yang menyediakan pelbagai permainan video kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan, termasuk di luar bandar. Aktiviti bermain permainan video yang kerap merugikan murid-murid kerana banyak masa terbuang begitu sahaja. Murid-murid terlalu leka bermain permainan tersebut sehingga tidak sedar bahawa mereka telah mensia-siakan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah walhal Masa Itu Emas. Keasyikan bermain permainan video juga mendorong murid-murid untuk ponteng sekolah. Mereka ketagih akan permainan tersebut sampai sanggup meluangkan masa menghadap permainan video sepanjang hari. Murid-murid berpakaian biasa sewaktu mengunjungi kafe siber. Oleh sebab itu, perbuatan mereka sukar dihidu oleh pihak yang berwajib. Ternyata, murid-murid sanggup mengabaikan pelajaran semata-mata untuk bermain permainan video. Selain itu, banyak wang dihabiskan untuk bermain pemainan video. Malahan, ada murid yang sanggup menipu ibu bapa mereka untuk mendapatkan wang belanja yang lebih. Wang tersebut digunakan untuk mengunjungi pusat permainan video.


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 2 Rumusan 46 Di samping itu, kegiatan bermain permainan video menjerumuskan murid-murid kepada pergaulan bebas. Mereka lebih gemar melepak, merokok, dan berpelesiran di pusat beli-belah yang terdapat pusat permainan video. Akibatnya, gejala sosial negatif ini terus menular sehingga sukar dibendung. Apabila murid-murid terlibat dalam aktiviti yang tidak sihat, mereka juga mudah terjerumus dalam kegiatan jenayah. Jelas dan terbuktilah bahawa permainan video lebih banyak membawa keburukan kepada muridmurid. Oleh itu, semua pihak perlu memberikan perhatian terhadap masalah ini agar kesan negatif yang dinyatakan dapat dihindarkan. Koridor Peribahasa • bagai cendawan tumbuh selepas hujan – jumlah yang terlalu banyak dalam sesuatu masa • Masa Itu Emas – masa itu sangat berharga Rangka Rumusan • aktiviti bermain permainan video banyak membawa keburukan • membuang masa murid-murid • mendorong murid-murid untuk ponteng sekolah • menjejaskan prestasi pelajaran mereka • banyak menghabiskan wang • menjerumuskan murid-murid kepada pergaulan bebas dan kegiatan jenayah • semua pihak perlu memberikan perhatian terhadap masalah ini – kesan negatif yang dinyatakan dapat dihindarkan Model Rumusan Mantap Petikan membincangkan aktiviti bermain permainan video yang berleluasa dalam kalangan murid banyak membawa keburukan kepada mereka. Aktiviti ini membuang masa murid-murid kerana mereka terlalu leka bermain permainan video. Ketagihan terhadap permainan video ini juga telah mendorong murid-murid untuk ponteng sekolah yang akhirnya menjejaskan prestasi pelajaran mereka. Pada masa yang sama, mereka banyak menghabiskan wang untuk bermain pemainan video. Di samping itu, kegiatan bermain permainan video menjerumuskan murid-murid kepada pergaulan bebas dan kegiatan jenayah. Kesimpulannya, semua pihak perlu memberikan perhatian terhadap masalah ini agar kesan negatif yang dinyatakan dapat dihindarkan. (84 patah perkataan) Sudut Kata • berleluasa – tidak terbatas/ bebas • menjerumuskan – memperdayakan orang dalam kesengsaraan


55 Panduan Menjawab Soalan Ulasan 1. Baca dan fahami arahan soalan. Kenal pasti kehendak soalan. Garisi kata kunci soalan agar isi ulasan anda tidak mudah terpesong. 2. Kenal pasti tema atau mesej utama yang dikehendaki dalam soalan tersebut. 3. Sediakan rangka ulasan. Dahulukan isi penting. Melalui penyediaan rangka, isi dapat ditulis dengan kemas, tiada kesilapan pengulangan isi, dan tiada isi yang tercicir. 4. Bahan rangsangan yang diberikan hendaklah dicatat isi-isi penting yang berkaitan. Ambil fakta yang nyata atau yang tersurat seperti yang tertera dalam bahan. Setelah memperoleh isi tersurat (apa?), dapatkan pula isi tersirat (mengapa?). 5. Jika terdapat maklumat bertulis yang diberikan dalam gambar rajah tersebut, pastikan anda memasukkan maklumat tersebut dalam ulasan sebagai isi. 6. Analisis dan tafsiran kritis tentang gambar serta pembacaan yang meluas dapat membantu anda menulis ulasan dengan baik. 7. Pastikan rangka ulasan mempunyai tiga komponen, iaitu pendahuluan, isi-isi penting (tersurat, tersirat berserta huraian dan contoh), serta penutup. Anda perlu menulis dalam satu perenggan sahaja. 8. Bahagian pendahuluan: (a) Ayat yang ditulis mestilah membincangkan tema atau mesej dengan ringkas, gramatis, dan tepat. (b) Ayat yang ringkas dalam bahagian ini lebih menarik kerana dapat menyampaikan mesej dengan jelas. (c) Panjang pendahuluan hendaklah tidak melebihi 15 patah perkataan kerana jumlah perkataan keseluruhannya ialah 100 patah perkataan sahaja. (d) Peribahasa dan cogan kata juga boleh dimuatkan dalam bahagian ini kerana hanya satu patah perkataan sahaja yang dikira. (e) Contoh ayat pendahuluan: • Air ialah kehidupan. Tanpa air semua makhluk di dunia ini akan mati. (11 patah perkataan) • Banyak faedah yang akan kita peroleh daripada amalan membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu. (11 patah perkataan) • Kebakaran merupakan tragedi. Kemusnahan akibat kebakaran merangkumi harta benda dan jiwa. (10 patah perkataan) • Akhlak itu cerminan diri. Akhlak mulia boleh dikaitkan dengan pendidikan dari rumah. (9 patah perkataan) 3 Ulasan


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 3 Ulasan 56 9. Bahagian isi-isi penting: Anda dicadangkan agar menulis sekurang-kurangnya tiga isi tersurat/ tersirat yang mengandungi contoh atau huraian yang menyokong tema atau tajuk yang diberikan. Contoh Tajuk : Kepentingan Budaya Membaca Isi 1 (tersurat) : Pembacaan dapat mencerdaskan minda Impak (tersirat) : Tahukah anda bahawa individu yang banyak membaca dapat menangani masalah dengan mudah, rasional, dan menepati sasaran lantaran ketajaman mindanya? 10. Bahagian penutup: Anda boleh menyertakan satu perkataan yang memberikan maksud penulisan karangan ulasan akan berakhir seperti tegasnya, deduksinya, kesimpulannya, natijahnya, jelaslah, tuntasnya, akhirul kalam, dan konklusinya. Oleh sebab bilangan perkataan ulasan adalah terhad, jadi anda boleh menggunakan peribahasa, cogan kata, atau kata-kata hikmat yang berkaitan dengan tajuk sebagai kesimpulan. Kaedah ini dapat menjimatkan bilangan perkataan. Contoh: Tajuk ulasan Contoh ayat (penutup) Nilai-nilai murni Tegasnya, nilai-nilai murni itu pakaian orang budiman, contohilahnya. (8 patah perkataan) Faktor-faktor gejala ponteng sekolah Natijahnya, gejala ponteng sekolah merugikan semua pihak, bertindaklah sebelum nasi sudah menjadi bubur. (10 patah perkataan) Peranan individu dalam menangani pemanasan global Sedarlah bahawa bumi sedang sakit, rawatlah segera fenomena ini. (9 patah perkataan) Kesan-kesan kemasukan pendatang asing ke Malaysia Kesimpulannya, tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang berkesan perlu diambil, jangan sampai sudah terhantuk baru tengadah. (14 patah perkataan) Menjaga kemudahan awam tanggungjawab bersama. Natijahnya, kemudahan awam disediakan untuk kegunaan kita. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menjaganya. (13 patah perkataan) 11. Anda perlu menyemak keseluruhan jawapan ulasan dari segi ejaan, tanda baca, dan struktur ayat dengan teliti. 12. Catat jumlah perkataan antara 80 hingga 100 patah perkataan. Patuhi arahan tersebut.


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 3 Ulasan 57 Model 1 Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Lihat rajah di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Ciri-ciri Pembelajaran Abad Ke-21 Pembelajaran berpusatkan murid Pembelajaran secara kolaboratif Mementingkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Mengaplikasikan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir, dan kemahiran reka cipta Rangka Ulasan Isi tersurat/ isi tersirat • kaedah pembelajaran ini berpusatkan murid – murid akan lebih aktif semasa melakukan aktiviti pembelajaran dan tidak bergantung kepada guru semata-mata • pembelajaran ini menekankan pembelajaran secara kolaboratif – murid akan bantu-membantu dan bekerjasama • pembelajaran ini mengaplikasikan pelbagai kemahiran – kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir, dan kemahiran reka cipta • pembelajaran ini amat mementingkan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – dapat membantu murid berfikir secara lebih kritis dan kreatif Model Ulasan Mantap Pembelajaran Abad Ke-21 amat dititikberatkan kepada murid. Kaedah pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Antaranya, kaedah pembelajaran ini berpusatkan murid. Menerusi pembelajaran ini, murid akan lebih aktif semasa melakukan aktiviti pembelajaran dan tidak bergantung kepada guru semata-mata. Selain itu, pembelajaran ini menekankan pembelajaran secara kolaboratif. Hal ini bermakna, murid akan bantumembantu dan bekerjasama sesama mereka atau dengan guru untuk menyelesaikan tugasan. Seterusnya, pembelajaran ini mengaplikasikan pelbagai kemahiran seperti kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir, dan kemahiran reka cipta. Akhir sekali, pembelajaran ini amat


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 3 Ulasan 58 mementingkan aspek Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dapat membantu murid berfikir secara lebih kritis dan kreatif. Kesimpulannya, Pembelajaran Abad Ke-21 amat penting kerana dapat melahirkan modal insan yang cemerlang. (98 patah perkataan) Model 2 Kepentingan Suntikan Vaksin COVID-19 Lihat gambar di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. KEPENTINGAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19 COVID-19 vaksin COVID-19 vaksin Suntikan vaksin COVID-19 penting bagi mengawal penularan penyakit COVID-19. Suntikan ini amat penting terutama bagi golongan yang berikut: • petugas barisan hadapan • warga emas • penghidap penyakit kronik petugas barisan hadapan warga emas penghidap penyakit kronik Rangka Ulasan Isi tersurat/ isi tersirat • dapat mengawal penularan penyakit COVID-19 – amat berbahaya • perlu diambil terutamanya oleh golongan yang berisiko tinggi seperti petugas barisan hadapan – amat terdedah kepada virus COVID-19 ketika mengendalikan pesakit • golongan warga emas perlu diberikan suntikan vaksin ini – mereka mempunyai ketahanan badan yang lemah untuk melawan penyakit • penghidap penyakit kronik seperti pesakit yang menghidap sakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis – bagi mengelakkan kesihatan mereka bertambah teruk jika dijangkiti virus COVID-19 Sudut Kata • dititikberatkan – diutamakan • aktif – giat bekerja atau berusaha; cergas • kolaboratif – erat dari segi kerjasama


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 3 Ulasan 59 Model Ulasan Mantap Suntikan vaksin COVID-19 amat penting kepada kita kerana dapat mengawal penularan penyakit COVID-19 yang amat berbahaya. Suntikan ini perlu diambil terutamanya oleh golongan yang berisiko tinggi seperti petugas barisan hadapan. Petugas perubatan seperti doktor dan jururuwat perlu mendapatkan suntikan ini kerana mereka amat terdedah kepada virus COVID-19 ketika mengendalikan pesakit. Selain itu, golongan warga emas perlu diberikan suntikan vaksin ini kerana mereka mempunyai ketahanan badan yang lemah untuk melawan penyakit. Seterusnya, penghidap penyakit kronik seperti pesakit jantung, darah tinggi, dan kencing manis juga perlu mendapatkan suntikan vaksin ini. Hal ini amat penting bagi mengelakkan kesihatan mereka bertambah teruk jika dijangkiti virus COVID-19. Kesimpulannya, suntikan vaksin COVID-19 amat penting bagi melindungi kita daripada ancaman virus COVID-19. (100 patah perkataan) Segmen Info Vaksin Vaksin ialah satu produk yang dihasilkan daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan, atau daripada protein subunit pada virus. Antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus. Vaksin membantu sistem imun dengan melatih antibodi ini untuk mengenal pasti kuman-kuman tertentu supaya sistem imun cukup bersedia apabila tiba masa kuman sebenar menyerang badan anda. Model 3 Jenayah Siber Lihat poster di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Kerugian wang ringgit Mengalami tekanan perasaan yang teruk Maruah diri tercemar Maklumat peribadi terdedah Awas, Jenayah Siber! Jangan Jadi Mangsa Jenayah Siber


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 3 Ulasan 60 Rangka Ulasan Isi tersurat/ isi tersirat • mangsa jenayah siber akan mengalami kerugian wang ringgit – penjenayah siber akan menggunakan taktik yang licik sehingga mangsa terpedaya • mangsa jenayah siber akan mengalami tekanan perasaan yang teruk • mencetuskan masalah yang lebih teruk seperti masalah kesihatan mental dan fizikal • maklumat peribadi mangsa akan terdedah – maruah diri mangsa juga akan tercemar Model Ulasan Mantap Jenayah siber merupakan satu isu yang serius kerana jenayah ini berpotensi untuk mencetuskan impak yang besar dalam pelbagai aspek. Antara kesan tersebut termasuklah mangsa jenayah siber akan mengalami kerugian wang ringgit. Biasanya, penjenayah siber akan menggunakan taktik yang licik sehingga mangsa terpedaya. Apabila maklumat kewangan mangsa terdedah, penjenayah siber akan mencuri wang di dalam akaun bank mangsa. Selain itu, mangsa jenayah siber akan mengalami tekanan perasaan yang teruk. Hal ini dapat mencetuskan masalah yang lebih teruk seperti masalah kesihatan mental dan fizikal. Seterusnya, maklumat peribadi mangsa akan terdedah dan maruah diri mangsa juga akan tercemar. Kesimpulannya, jenayah ini memberikan kesan yang amat buruk kepada mangsa. Oleh sebab itu, berhati-hati semasa berinteraksi di alam siber agar tidak menjadi mangsa jenayah siber. (100 patah perkataan) Sudut Kata • taktik – cara atau kaedah untuk memperoleh sesuatu • licik – pandai memperdaya orang lain • mencetuskan – menimbulkan sesuatu keadaan • maruah – harga; kehormatan • berinteraksi – bertindak atau berhubungan secara aktif antara satu sama lain Penggunaan kata laluan sangat penting bagi melindungi data peribadi anda ketika melayari laman web tertentu. Anda digalakkan untuk menggunakan kata laluan kukuh yang mengandungi huruf, nombor, dan simbol agar memastikan maklumat sulit atau peribadi terpelihara daripada capaian pengguna yang tidak sah. Selain itu, anda juga digalakkan untuk menukar kata laluan secara berkala, iaitu sekurang-kurangnya enam bulan sekali dan elakkan penggunaan kata laluan yang sama agar akaun kewangan, rekod kredit, dan aset lain tidak mudah dicerobohi oleh sesiapa. Tip


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 3 Ulasan 61 Model 4 Golongan Muda Muflis Lihat peta pelbagai qlir di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Berbelanja melebihi kemampuan Ghairah menggunakan kad kredit Gagal mengawal dan mengurus hutang Akaun bank dibatalkan Aset seperti rumah dan kereta dirampas Dilarang ke luar negara Golongan Muda Muflis Rangka Ulasan Isi tersurat/ isi tersirat • sikap golongan muda berbelanja melebihi kemampuan – keinginan mereka untuk mengamalkan gaya hidup mewah • golongan ini terbeban dengan hutang – masalah ini menjadi lebih parah apabila mereka gagal mengawal dan mengurus hutang secara berkesan • setelah diisytiharkan muflis, mereka akan menanggung pelbagai masalah – akaun bank dibatalkan, aset seperti rumah dan kereta dirampas, serta dilarang ke luar negara Model Ulasan Mantap Berdasarkan definisi Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), kebankrapan merujuk satu proses seorang penghutang diisytiharkan muflis melalui perintah mahkamah. Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca golongan muda muflis. Satu daripada faktor tersebut ialah sikap golongan muda berbelanja melebihi kemampuan. Hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh keinginan mereka untuk mengamalkan gaya hidup mewah. Selain itu, sikap ghairah menggunakan kad kredit turut menyebabkan golongan ini terbeban dengan hutang. Masalah ini menjadi lebih parah apabila mereka gagal mengawal dan mengurus hutang secara berkesan. Apabila diisytiharkan muflis, mereka akan menanggung masalah seperti akaun bank dibatalkan, aset seperti rumah dan kereta dirampas, serta dilarang ke luar negara. Kesimpulannya, masalah ini perlu dielakkan terutamanya bagi golongan muda kerana kesannya amat buruk dalam kehidupan. (100 patah perkataan) Sudut Kata • muflis – tidak mampu membayar hutang; bankrap • mewah – serba-serbinya banyak (wang, makanan, harta, dan lainlain) • parah – teruk benar • aset – wang tunai dan harta benda


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 3 Ulasan 62 Model 5 Karnival Kerjaya Lihat iklan di bawah ini dengan telitinya. Kemudian, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. KARNIVAL KERJAYA Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Tarikh: 12 Februari 20XX Masa: 8:00 pagi hingga 4:00 petang Tempat: Dewan Sejahtera, Kuala Lumpur • Lebih daripada 10 000 peluang pekerjaan ditawarkan • Peluang temu duga terus bersama dengan bakal majikan • Bawa maklumat diri secukupnya • Pakai pakaian yang sesuai Anjuran: Yayasan Harmoni Malaysia Daftar sekarang, www.karnivalkerjaya.com.my Rangka Ulasan Isi tersurat/ isi tersirat • Karnival Kerjaya dianjurkan oleh Yayasan Harmoni Malaysia – diadakan pada 12 Februari 20XX di Dewan Sejahtera, Kuala Lumpur • bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 4:00 petang • amat bermanfaat kepada peserta – lebih daripada 10 000 peluang pekerjaan ditawarkan • peserta berpeluang untuk ditemu duga secara terus oleh bakal majikan • peserta perlu membawa maklumat diri secukupnya dan memakai pakaian yang sesuai – urusan berjalan lancar dan peserta menampilkan imej yang baik kepada bakal majikan • untuk menyertai karnival – peserta perlu berdaftar menerusi laman sesawang yang diberikan Model Ulasan Mantap Iklan menunjukkan maklumat tentang Karnival Kerjaya yang dianjurkan oleh Yayasan Harmoni Malaysia. Karnival tersebut diadakan pada 12 Februari 20XX di Dewan Sejahtera, Kuala Lumpur. Karnival itu akan bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 4:00 petang. Karnival itu amat bermanfaat kepada peserta kerana lebih daripada 10 000 peluang pekerjaan ditawarkan. Selain itu, peserta berpeluang untuk ditemu duga secara terus oleh bakal majikan. Peserta perlu membawa maklumat diri secukupnya dan memakai pakaian yang sesuai. Hal ini penting agar segala urusan berjalan lancar dan peserta menampilkan imej yang baik kepada bakal majikan. Untuk menyertai karnival tersebut, peserta perlu berdaftar menerusi laman sesawang www.karnivalkerjaya.com.my. Kesimpulannya, karnival ini amat bermanfaat dan peluang ini perlu direbut oleh golongan pencari kerja. (100 patah perkataan)


Bahagian 2 Penulisan Bab 4 Karangan Respons Terhad Bab 5 Karangan Respons Terbuka


102 Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 2 Bahagian A 1. Soalan bentuk karangan respons terhad atau dikenal juga sebagai karangan pendek dikemukakan pada Bahagian A dalam Kertas 2 (02/2), Ujian Bertulis. 2. Hanya satu soalan dikemukakan dan anda wajib menjawabnya. 3. Satu bahan rangsangan dikemukakan dan anda dikehendaki untuk menulis karangan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan yang diberikan. 4. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 15 minit. 5. Jumlah markah yang diperuntukkan dalam bahagian ini ialah 10 markah. 6. Panjang karangan anda hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan. Panduan Menulis Karangan Respons Terhad 1. Baca dan fahami tugasan soalan. 2. Kenal pasti kehendak soalan dan teliti maklumat, situasi, atau bahan rangsangan yang diberikan. 3. Analisis bahan yang diberikan secara kritis. Fokus hendaklah diberikan kepada skop tajuk dan isu yang berkaitan dengan perkara yang ingin dibincangkan. 4. Bina rangka karangan bagi memudahkan anda menulis serta mengelak daripada berlakunya pengulangan isi. 5. Karangan hendaklah mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup. (i) Pendahuluan • Perenggan pendahuluan mestilah membincangkan tema bahan secara khusus. Pendahuluan hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat. Contoh perenggan pendahuluan: Isu pencemaran alam sekitar semakin serius akhir-akhir ini. Banyak faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. (ii) Isi/ Idea • Anda hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya tiga isi/ idea yang relevan dengan topik. Setiap isi/ idea hendaklah disusun mengikut kepentingan. 4 Karangan Respons Terhad


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad 103 • Isi/ idea mestilah menjawab soalan yang diberikan dan diolah dengan jelas, iaitu mengandungi fakta, huraian, dan contoh. • Isi/ idea yang kurang jelas akan menyebabkan anda mendapat markah yang rendah. Contoh perenggan isi/ idea: Selain itu, kegiatan penebangan hutan yang tidak terkawal menjadi punca pencemaran alam. Kemusnahan hutan menyebabkan pelbagai bencana alam, seperti banjir dan tanah runtuh. (iii) Penutup • Anda hendaklah menulis penutup karangan dalam satu perenggan. • Anda mestilah merumuskan tema/ topik yang dibincangkan. • Penutup mestilah padat dan berkesan. Contoh perenggan penutup: Kesimpulannya, semua pihak haruslah membendung masalah ini segera sebelum nasi menjadi bubur. 6. Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan anda. 7. Anda boleh memasukkan peribahasa dalam karangan, tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi/ topik yang dibincangkan. Contoh peribahasa: Peribahasa Contoh Simpulan bahasa • Kaki bangku • Batu api • Kera sumbang • Berat sebelah • Ayam tambatan • Cahaya mata • Otak cair • Campur tangan • Anak emas • Hidung tinggi • Buah tangan • Kacang hantu • Ajak-ajak ayam • Lipas kudung Perumpamaan • Seperti katak di bawah tempurung • Seperti air di dalam kolam • Laksana pohon kayu tiada berbuah • Seperti kerbau dicucuk hidung • Bagai itik pulang petang • Bagai menatang minyak yang penuh


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad 104 Bidalan • Biar putih tulang, jangan putih mata • Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya • Membuang garam ke laut • Berjagung-jagung dahulu, sementara menantikan jagung masak • Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain • Alah bisa tegal biasa Pepatah • Ditelan mati emak, diluah mati bapak • Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing • Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat • Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga • Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung • Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang • Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Kata-kata hikmat/ Cogan kata • Bahasa Jiwa Bangsa • Muafakat Membawa Berkat • Pandu Cermat, jiwa Selamat • Bersatu Teguh, Bercerai Roboh • Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang • Kata mesti dikota, janji mesti ditepati 8. Gunakan penanda wacana untuk menghubungkan ayat. Contoh penanda wacana: • selain itu • selepas itu • oleh hal yang demikian • oleh itu • di samping itu • sehubungan dengan itu • akhirnya • seterusnya • hal ini dikatakan demikian kerana 9. Elakkan daripada melakukan kesalahan bahasa seperti kesalahan ejaan, imbuhan, dan tatabahasa. 10. Gunakan kosa kata yang luas dan bahasa yang gramatis.


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad 105 Contoh Soalan Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. Isu Alam Sekitar Pencemaran alam sekitar semakin serius Penebangan hutan yang tidak terkawal Berlakunya bencana alam Air sungai menjadi kotor Pembebasan asap kenderaan dan kilang-kilang perindustrian Udara tercemar Membuang sampah sarap ke dalam sungai Banyak hidupan air musnah Membendung masalah ini dengan segera Internet Guru Majalah Buku Teks Jawapan Lengkap Isu pencemaran alam sekitar semakin serius akhir-akhir ini. Banyak faktor yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Antaranya ialah pembebasan asap kenderaan dan kilang-kilang perindustrian. Faktor ini menyebabkan udara tercemar. Selain itu, kegiatan penebangan hutan yang tidak terkawal menjadi punca pencemaran alam. Kemusnahan hutan menyebabkan pelbagai bencana alam, seperti banjir dan tanah runtuh. Seterusnya, sikap segelintir masyarakat yang membuang sampah sarap ke dalam sungai telah mencemari air sungai. Kesannya, air sungai menjadi kotor dan banyak hidupan air musnah. Kesimpulannya, semua pihak haruslah membendung masalah ini dengan segera sebelum nasi menjadi bubur. Pendahuluan Penutup Isi/ Idea + Huraian Contoh


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad 106 Model 1 E-dompet Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. E-dompet ialah aplikasi yang berfungsi seperti dompet fizikal. Penggunaan e-dompet semakin meluas kerana banyak kebaikan kepada pengguna. Antara kebaikan e-dompet termasuklah kita tidak perlu membawa wang tunai ke manamana. Risiko wang kita dicuri dapat dielakkan. Selain itu, urusan kita menjadi lebih mudah kerana transaksi wang dapat dilakukan dengan lebih pantas kerana transaksi wang dilakukan secara digital. Seterusnya, kita juga dapat menyimpan segala rekod perbelanjaan dengan menggunakan aplikasi ini. Oleh yang demikian, pengurusan wang kita menjadi lebih teratur. Kesimpulannya, e-dompet amat berguna kerana dapat membantu kita mengurus kewangan dengan lebih mudah dan selamat. (80 patah perkataan) Sudut Kata • transaksi – urus niaga • digital – beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad 107 Model 2 Tragedi Kepala Air Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. beberapa orang pengunjung yang sedang mandi-manda terperangkap di sungai mengikut keluarga berkelah di Lata Payung berehat sambil makan-makan di tebing sungai tiba-tiba aliran air sungai menjadi deras dan melimpahi tebing mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa naik ke tebing orang ramai segera menghulurkan tali untuk menyelamatkan mangsa Pada minggu lalu, saya mengikut keluarga berkelah di Lata Payung. Kami ke sana kerana mahu bersuka ria sambil menenangkan fikiran. Ketika kami berehat sambil makan-makan di tebing sungai, berlaku tragedi kepala air. Tiba-tiba, aliran air sungai menjadi deras dan melimpahi tebing. Terdapat beberapa orang pengunjung yang terperangkap di sungai. Mereka berisiko untuk dihanyutkan air deras jika tidak diselamatkan. Mujurlah, orang ramai menghulurkan tali kepada mangsa lalu menarik mangsa tersebut beramai-ramai. Akhirnya, mangsa berjaya dibawa naik ke tebing sungai. Kami bersyukur kerana terselamat dalam kejadian itu. Namun begitu, kejadian tersebut telah mengingatkan kami agar sentiasa berhati-hati kerana malang tidak berbau. (80 patah perkataan) Koridor Peribahasa • malang tidak berbau – kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya Sudut Kata • tragedi – peristiwa yang menyedihkan • kepala air – pemulaan atau penghabisan air bah • bersyukur – berterima kasih


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad 108 Model 3 Kebaikan Media Sosial Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara 50 hingga 80 patah perkataan. 15:15 p.m. Lorem_ipsum 1 Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, dan WhatsApp sangat popular pada masa kini. Media ini membawa kebaikan kepada kita jika digunakan dengan cara yang bijak. Antara kebaikan media sosial kepada kita termasuklah kita dapat memperoleh pelbagai berita dan maklumat. Hal ini menjadikan kita celik maklumat seiring dengan perkembangan semasa. Selain itu, media sosial memudahkan kita berinteraksi dengan rakan-rakan. Kesannya, hubungan erat akan terjalin. Seterusnya, peniaga pula dapat mempromosikan produk jualan dan menerima tempahan. Cara ini amat berkesan kerana pengaruh media sosial amat besar dan pasarannya luas. Kesimpulannya, media sosial amat penting dalam kehidupan kita dan perlulah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. (80 patah perkataan) Sudut Kata • celik – pandai atau tahu • mempromosikan – melakukan usaha untuk sesuatu yang hendak dipasarkan


Click to View FlipBook Version