The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-01-24 02:50:47

Focus UASA KSSM (T1,2 & 3) 2024 SEJARAH

Harga - WM : RM35.95 EM : RM36.95

KOD QR ► Kertas Model UPSA & UASA Tingkatan 1.2.3 serta Jawapan 6 set • Lee Sin Lian • Nazril Aiman • Akashah Ismail • Masariah Mispari • Abdul Hakim Samuri • Norsaliza Mohd Zain • Rama Chendra Govindasamy PELANGI BESTSELLER RESOS DIGITAL PERCUMA INFO VIDEO INFOGRAFIK SEJARAH UASA 1∙2∙3 KSSM TINGKATAN


iii KANDUNGAN Tema Sejarah Kita dan Dunia Mengenali Sejarah 1 1 Bab Peta Konsep 1 1.1 Pengertian Sejarah 2 1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan 2 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah 3 1.4 Sumber Sejarah 4 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah 5 1.6 Tafsiran dalam Sejarah 7 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah 7 Praktis UASA 1 9 Zaman Air Batu 11 2 Bab Peta Konsep 11 2.1 Dunia Kita 12 2.2 Zaman Air Batu 14 2.3 Garis Masa Zaman Air Batu 15 2.4 Ciri-ciri Zaman Air Batu Akhir 16 2.5 Perubahan Zaman Air Batu Akhir 16 2.6 Kesan Perubahan Zaman Air Batu di Asia Tenggara 17 Praktis UASA 2 19 Zaman Prasejarah 21 3 Bab Peta Konsep 21 3.1 Maksud Zaman Prasejarah 22 3.2 Lokasi Zaman Prasejarah di Dunia 23 3.3 Ciri-ciri Kehidupan Manusia Zaman Prasejarah 25 3.4 Kesinambungan Sumbangan Zaman Prasejarah kepada Kemajuan Kehidupan Manusia 29 3.5 Zaman Prasejarah di Malaysia 31 Praktis UASA 3 34 TINGKATAN 1 Mengenali Tamadun 36 4 Bab Peta Konsep 36 4.1 Maksud Tamadun 37 4.2 Konsep Tamadun 37 4.3 Ciri-ciri Tamadun Awal Dunia 38 Praktis UASA 4 42 Tamadun Awal Dunia 44 5 Bab Peta Konsep 44 5.1 Empat Lokasi Tamadun Awal Dunia 45 5.2 Perbandingan Sumbangan Tamadun Awal 50 Praktis UASA 5 54 56 Peningkatan Tamadun Yunani 6 dan Rom Bab Peta Konsep 56 6.1 Tamadun Yunani 57 6.2 Peningkatan Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Yunani 58 6.3 Tamadun Rom 60 6.4 Peningkatan Seni Bina dalam Tamadun Rom 61 Praktis UASA 6 64 66 Peningkatan Tamadun India 7 dan China Bab Peta Konsep 66 7.1 Tamadun India 67 7.2 Tamadun China 69 Praktis UASA 7 73


iv 75 Tamadun Islam dan 8 Sumbangannya Bab Peta Konsep 75 8.1 Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum Kedatangan Islam 76 8.2 Kemunculan dan Perkembangan Tamadun Islam 78 8.3 Ketokohan Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin 82 8.4 Sumbangan Tamadun Islam kepada Dunia 84 8.5 Sumbangan Tamadun Islam dalam Bidang Seni Bina 89 Praktis UASA 8 92 Tema Warisan Negara Kerajaan Alam Melayu 94 1 Bab Peta Konsep 94 1.1 Konsep Alam Melayu 95 1.2 Kewujudan Kerajaan di Alam Melayu 97 1.3 Kerajaan di Alam Melayu yang Masyhur 98 1.4 Kerajaan di Alam Melayu dan Kerajaan Luar yang Sezaman 100 Praktis UASA 1 105 107 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat 2 Kerajaan Alam Melayu Bab Peta Konsep 107 2.1 Sistem Pemerintahan 108 2.2 Kegiatan Ekonomi 109 Praktis UASA 2 114 116 Sosiobudaya Masyarakat 3 Alam Melayu Bab Peta Konsep 116 3.1 Bahasa dan Tulisan 117 3.2 Persuratan 118 3.3 Seni Bina 120 3.4 Struktur Sosial 121 Praktis UASA 3 122 TINGKATAN 2 124 Agama, Kepercayaan dan Keunikan Warisan Masyarakat 4 Kerajaan Alam Melayu Bab Peta Konsep 124 4.1 Agama dan Kepercayaan 125 4.2 Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 127 Praktis UASA 4 132 Kesultanan Melayu Melaka 134 5 Bab Peta Konsep 134 5.1 Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka 135 5.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka 135 5.3 Pengakhiran Kesultanan Melayu Melaka yang Berpusat di Melaka 144 Praktis UASA 5 146 Kesultanan Johor Riau 148 6 Bab Peta Konsep 148 6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau 149 6.2 Kegemilangan Kesultanan Johor Riau 152 Praktis UASA 6 156 158 Kesultanan Melayu Pahang, 7 Perak, Terengganu dan Selangor Bab Peta Konsep 158 7.1 Pengasasan Kesultanan Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 159 7.2 Warisan Kesultanan Melayu Melaka di Pahang, Perak, Terengganu dan Selangor 161 Praktis UASA 7 166 168 Kerajaan Kedah, Kelantan, 8 Negeri Sembilan dan Perlis Bab Peta Konsep 168 8.1 Pengasasan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis 169 8.2 Hubungan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan dan Perlis dengan Negeri-negeri Melayu yang Lain 172 Praktis UASA 8 175


v 177 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, 9 Negeri Sembilan dan Perlis Bab Peta Konsep 177 9.1 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan dan Perlis 178 9.2 Keunikan Adat dan Pemerintahan Negeri Sembilan 182 Praktis UASA 9 184 Sarawak dan Sabah 186 10 Bab Peta Konsep 186 10.1 Sarawak dan Sabah dalam Alam Melayu 187 10.2 Kemunculan Pemerintahan Tempatan 188 10.3 Kegiatan Ekonomi Masyarakat Sarawak dan Sabah 189 10.4 Keunikan Masyarakat Bumiputera Sarawak dan Sabah 190 Praktis UASA 10 196 Tema Kedatangan Kuasa Asing Kedatangan Kuasa Barat 198 1 Bab Peta Konsep 198 1.1 Kestabilan dan Kemakmuran Negara Kita 199 1.2 Faktor Kedatangan Kuasa Barat ke Negara Kita 204 1.3 Persaingan Kuasa Barat untuk Mendapatkan Tanah Jajahan 207 1.4 Perbezaan Strategi Kuasa Barat untuk Menguasai Negara Kita 209 Praktis UASA 1 212 Pentadbiran Negeri-negeri Selat 214 2 Bab Peta Konsep 214 2.1 Peluasan Kuasa British di Pulau Pinang, Singapura dan Melaka 215 2.2 Perjanjian London 1824 dan Kesannya terhadap Alam Melayu 223 2.3 Pembentukan Negeri-negeri Selat 225 2.4 Pentadbiran Negeri-negeri Selat 227 Praktis UASA 2 228 TINGKATAN 3 230 Pentadbiran Negeri-negeri 3 Melayu Bersekutu Bab Peta Konsep 230 3.1 Kekayaan Hasil Bumi di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang 231 3.2 Peluasan Kuasa British di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang 234 3.3 Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 242 3.4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu 244 Praktis UASA 3 245 247 Pentadbiran Negeri-negeri 4 Melayu Tidak Bersekutu Bab Peta Konsep 247 4.1 Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor 248 4.2 Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu 252 4.3 Peluasan Kuasa British di Johor 255 4.4 Sistem Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 256 Praktis UASA 4 260 262 Pentadbiran Barat di Sarawak 5 dan Sabah Bab Peta Konsep 262 5.1 Latar belakang Pemerintahan Tempatan di Sarawak dan Sabah 263 5.2 Peluasan Kuasa Dinasti Brooke di Sarawak 265 5.3 Peluasan Kuasa Syarikat Borneo Utara British di Sabah 270 5.4 Bentuk Pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah 272 Praktis UASA 5 276 278 Kesan Pentadbiran Barat 6 terhadap Ekonomi dan Sosial Bab Peta Konsep 278 6.1 Pengenalan Ekonomi Moden oleh kuasa Barat di Negara Kita 279 6.2 Pentadbiran Barat berkaitan dengan Ekonomi 285 6.3 Kesan Ekonomi akibat Pentadbiran Barat di Negara Kita 288 6.4 Kesan Sosial akibat Perkembangan Ekonomi di Negara Kita 291 Praktis UASA 6 296


vi 298 Penentangan Masyarakat 7 Tempatan Bab Peta Konsep 298 7.1 Matlamat dan Bentuk Penentangan Masyarakat Tempatan 299 7.2 Sistem Pentadbiran Barat Memberikan Kesan terhadap Kuasa Pemerintahan dan Kehidupan Masyarakat Tempatan 305 7.3 Penentangan Masyarakat Tempatan terhadap Kuasa Barat 308 7.4 Kesan Penentangan Masyarakat Tempatan 311 Praktis UASA 7 312 314 Kebijaksanaan Raja dan Pembesar Melayu Menangani 8 Cabaran Barat Bab Peta Konsep 314 8.1 Reaksi Pemerintah Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor terhadap Tindakan Barat 315 8.2 Tindakan Raja Melayu Menangani Cabaran Barat 318 8.3 Usaha Pembesar Melayu dalam Pemodenan Negeri 323 8.4 Keberkesanan Peranan Pemerintah Tempatan dalam Menangani Cabaran Barat 325 Praktis UASA 8 326 Tema Kajian Kes Panduan Kajian Kes 328 Pengenalan 329 Kaedah Melaksanakan Kajian Kes 330 Kerangka Pelaksanaan Kajian Kes 332 Contoh Kajian Kes 333 JAWAPAN 341 IMBAS ● Kertas Model UPSA Tingkatan 1 ● Kertas Model UASA Tingkatan 1 ● Kertas Model UPSA Tingkatan 2 ● Kertas Model UASA Tingkatan 2 ● Kertas Model UPSA Tingkatan 3 ● Kertas Model UASA Tingkatan 3 ● Jawapan • Kertas Model UPSA Tingkatan 1 • Kertas Model UASA Tingkatan 1 • Kertas Model UPSA Tingkatan 2 • Kertas Model UASA Tingkatan 2 • Kertas Model UPSA Tingkatan 3 • Kertas Model UASA Tingkatan 3 • Jawapan https://plus.pelangibooks.com/Resources/FocusKSSM2024/SejarahT1-3/ KertasModel.html


Tingkatan 1 1 1 Mengenali Sejarah Bab INFOGRAFIK Akses kepada PETA KONSEP Pengertian sejarah Masa silam dan ruang dalam sejarah Sumber sejarah Kaedah penyelidikan dalam sejarah Tafsiran dalam sejarah • Menurut Kamus Dewan, sejarah ialah asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa yang benarbenar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, dan tambo. Sejarah merupakan kajian atau pengetahuan tentang peristiwa yang telah lalu. • Dalam bahasa Inggeris, sejarah ialah history yang bermaksud cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada perkataan Yunani, iaitu historia yang bermaksud penyelidikan. • Rentetan peristiwa. • Mengikut urutan. • Dekad (10 tahun), abad (100 tahun), alaf (1000 tahun). • Pembahagian penulisan mengikut tema politik, ekonomi dan sosial. • Pembahagian mengikut tema tertentu memudahkan sejarawan membuat penyelidikan sebelum menulis karya sejarah. • Pembahagian mengikut tema tertentu juga akan menambahkan kepelbagaian dalam pengkajian dan penulisan sejarah. • Sumber primer belum diolah atau diterbitkan. • Sumber sekunder telah diolah dan diterbitkan. • Sumber primer perlu dikaji untuk mencari maklumat dan bukti sahih tentang sesuatu peristiwa. • Sumber sekunder membantu untuk mencari maklumat dan membuat perbandingan dapatan penyelidikan sejarah yang diterbitkan. • Artifak ialah peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian, dan perdagangan. • Kaedah lisan ialah proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. • Kaedah bertulis ialah kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis. • Kaedah arkeologi ialah kaedah yang digunakan secara saintifik daripada bahan tinggalan sejarah. • Arkeologi bawah air ialah kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai, atau tasik. • Contoh mengkaji kapal dagang yang tenggelam dan karam di dasar laut. • Berbeza disebabkan ideologi, tujuan penulisan dan pandangan yang berlainan. • Matlamat sejarawan untuk menghasilkan pentafsiran dan penerangan yang tepat. • Menggalakkan kita supaya menggunakan pelbagai sumber dalam menghasilkan penulisan sejarah dengan bukti yang kukuh. • Mendorong kita berfikiran terbuka dalam mengkaji peristiwa sejarah. • Menilai sesuatu peristiwa sejarah yang sama dari sudut yang berbeza. Mengenali Sejarah Sejarah Kita dan Dunia Tingkatan 1


2 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 1.1 Pengertian Sejarah 1. Perkataan sejarah dikatakan berasal daripada perkataan Arab, iaitu syajaratun yang bermaksud pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan, dan asal usul. 2. Menurut Kamus Dewan, sejarah bermaksud asal usul (keturunan) salasilah, dan peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, dan tambo serta kajian, atau pengetahuan mengenai peristiwa-peristiwa yang telah lalu. 3. Perkataan history dalam bahasa Inggeris bererti cerita tentang seseorang. Perkataan historia berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud penyelidikan. 4. Secara umumnya, sejarah merujuk kepada peristiwa yang telah berlaku pada masa lalu. 5. Individu yang melakukan penyelidikan dinamakan sejarawan. Sejarawan mengkaji rekod masa lalu untuk menghasilkan kajian dalam bentuk penulisan buku, monograf (rencana), foto, filem, dan sebagainya. Asal istilah Sejarah Bahasa Inggeris Bahasa Arab Bahasa Yunani Syajaratun History Historia Sejarah ialah peristiwa masa lalu yang benar-benar berlaku pada masa lampau. Praktis Formatif 1.1 1. Apakah maksud sejarah mengikut Kamus Dewan? 2. Nyatakan perkataan Yunani yang merujuk kepada sejarah. 1.2 Pengertian Sejarah Mengikut Pandangan Sejarawan 1. Beberapa orang tokoh sejarah telah memberikan pengertian tentang sejarah: Herodotus • Sejarah ialah penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa. • Karya terkenal ialah Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War) yang ditulis berdasarkan kajian terhadap peristiwa yang benar-benar berlaku. • Sejarawan yang pertama menggunakan istilah sejarah atau historia yang bermaksud penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman. E.H. Carr • Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan. • Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau. • Karya terkenal ialah What is History? • Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. • Karya terkenal ialah Muqaddimah mengandungi enam bab yang mengupas perihal kehidupan manusia bermula pada zaman primitif hingga kehidupan di bandar. • Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah merupakan catatan atau rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu. • Merupakan sejarawan tempatan yang mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah. • Karya terkenal ialah Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi. Muhd Yusof Ibrahim Ibn Khaldun 2


3 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 1.3 Masa Silam dan Ruang dalam Sejarah 1. Masa silam merujuk kepada: (a) Rentetan peristiwa yang telah berlaku. (b) Dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi. 2. Kronologi merujuk kepada rentetan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga akhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus. 3. Ruang dalam sejarah yang luas mendorong sejarawan membahagikan penulisan mereka mengikut tema seperti ekonomi, politik, dan sosial. Ruang masa dalam sejarah Alaf / Milenium Tempoh masa 1,000 tahun Zaman Jangka masa tertentu yang mempunyai keistimewaan Dekad Jangka masa sepuluh tahun Sebelum Masihi Zaman sebelum kelahiran Nabi Isa AS Kurun / Abad Jangka waktu seratus tahun Masihi Zaman selepas kelahiran Nabi Isa AS 4. Pembahagian mengikut tema tertentu memudahkan sejarawan membuat penyelidikan sebelum menulis karya sejarah dan menambahkan kepelbagaian dalam pengkajian dan penulisan sejarah. 5. Ruang masa dalam Sejarah Malaysia dibahagikan kepada beberapa tempoh masa seperti: (a) Era Kesultanan Melayu Melaka (b) Kemunculan kuasa-kuasa luar (c) Kemerdekaan negara Praktis Formatif 1.2 1. Berikan pengertian sejarah oleh Ibn Khaldun. 2. Namakan dua tokoh sejarawan Malaysia yang anda ketahui. Praktis Formatif 1.3 1. Apakah maksud kronologi? 2. Nyatakan perbezaan antara alaf dengan abad. Konsep masa dalam sejarah boleh diukur mengikut zaman seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M). Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS. INFO INFO SEJARAH SEJARAH Profesor Emeritus Tan Sri Dato` Dr. Khoo Kay Kim dilahirkan pada 28 Mac 1937. Beliau merupakan sejarawan terkemuka yang mengkaji Sejarah Malaysia. Menurut beliau, sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang. Harian Setiap individu mengalami pelbagai peristiwa bersejarah yang membawa suka duka dalam kehidupan. Contohnya, peristiwa kelahiran, kematian, perpindahan, atau mencapai kejayaan. Apakah peristiwa bersejarah yang menjadi kenangan dan tidak boleh anda lupakan?


4 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 1.4 Sumber Sejarah 1. Sejarah ditulis berasaskan kajian terhadap sumber sejarah. 2. Sumber sejarah terbahagi kepada dua, iaitu sumber primer dan sumber sekunder. 3. Ciri-ciri sumber primer: (a) Sumber yang bersifat asli, belum ditafsir, diolah, atau dicetak. (b) Contoh sumber primer ialah fosil, artifak, fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip yang belum dicetak, dan batu bersurat. Batu nisan Akhbar Majalah Ensiklopedia Batu bersurat 4. Ciri-ciri sumber sekunder: (a) Sumber yang telah diolah, dicetak, dan disebar kepada umum. (b) Contoh sumber sekunder ialah bahan bertulis seperti risalah, akhbar, buku, majalah, jurnal, ensiklopedia, dan laporan tahunan. Buku Praktis Formatif 1.4 1. Di manakah sumber sejarah negara disimpan? 2. Namakan tiga muzium di Malaysia yang anda tahu. INFO INFO SEJARAH SEJARAH • Artifak merupakan peralatan ciptaan manusia diperbuat daripada batu, kaca, atau logam yang digunakan untuk perburuan, pertanian, dan perdagangan. Contoh, loceng gangsa yang ditemui di Kampung Pencu, Muar, Johor menjadi sumber sejarah untuk mengkaji hubungan perdagangan dengan kerajaan Funan. • Bukan Artifak merupakan data arkeologi berkaitan budaya manusia di bawah tanah atau di atas permukaan tanah seperti dinding gua, dinding kota, dan struktur binaan. Contoh, candi Lembah Bujang menjadi sumber kajian untuk mengkaji pengaruh Hindu-Buddha dan hubungan perdagangan antara Kedah dengan India. Tembikar Fosil Tugasan: Pilih salah satu muzium di Malaysia. Anda dikehendaki menghasilkan risalah tentang sumber sejarah primer dan sekunder yang terdapat di muzium tersebut. Hasilkan dengan gambar foto dan penerangan yang menarik. Objektif: • Mengetahui jenis sumber sejarah. • Mengenal warisan tinggalan bangsa. • Memupuk semangat cinta akan khazanah negara. PAK-21 Aktiviti 1


5 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 1.5 Penyelidikan dalam Sejarah 1. Terdapat tiga kaedah yang lazim dalam penyelidikan sejarah, iaitu kaedah lisan, kaedah bertulis, dan kaedah arkeologi. Kaedah Lisan 1. Merupakan proses mendapatkan maklumat melalui temu bual. 2. Tokoh yang ditemu bual digelar orang sumber. Orang sumber memberikan maklumat melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri. 3. Tahap dalam kaedah lisan: Tahap Huraian Pertama Persediaan • Menentukan tokoh. • Menentukan skop, tajuk atau perkara yang akan ditemu bual. • Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah. Kedua Rakaman temu bual • Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang ingin dikaji dengan mengkaji sumber bertulis terlebih dahulu. • Memberi keyakinan kepada orang sumber untuk bekerjasama dan menghargai tujuan kajian dilakukan. Ketiga Memproses rakaman • Membuat senarai, menyalin, dan menyunting rakaman. • Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis. • Menyimpan rakaman dengan baik. 4. Sejak tahun 1960-an, Arkib Negara Malaysia telah menjalankan proses pendokumentasian sejarah lisan. Laman Kenali Tokoh diwujudkan bagi memantapkan sejarah lisan di negara kita. Kaedah Bertulis 1. Merupakan kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang ditulis, dipahat, dan dilakar. 2. Tulisan tertua di Asia Tenggara dikesan di dinding gua, dipahat pada batu, ditulis pada kulit kayu, gading, dan daun lontar. 3. Kaedah bertulis juga dikaji daripada catatan harian seseorang, diari, catatan pengembara, dan fail rasmi kerajaan. 4. Proses kaedah bertulis: (a) Mengenal pasti sumber peristiwa, tokoh, atau institusi Sumber bertulis sejarah Malaysia boleh didapati di negara kita, Portugal, dan Belanda serta boleh ditemui dalam bahasa Sanskrit, Cina, dan Inggeris. (b) Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis Pengkaji akan ke muzium, arkib, dan perpustakaan untuk mendapatkan sumber bertulis tersebut. Kadangkala, bantuan ahli paleografi (pengkaji tulisan kuno) dan epigrafi diperlukan untuk mentafsir maklumat pada sumber bertulis tersebut. (c) Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh Sumber rujukan yang diperoleh dikumpul di suatu tempat, dicatat, dan disimpan bagi memudahkan pengkaji membuat rujukan semula kelak. Praktis Formatif 11 Bagaimanakah sejarawan memilih kaedah penyelidikan sejarah? • Menganalisis Kaedah lisan Kaedah bertulis 2. Melalui kaedah atau kombinasi kaedah-kaedah ini, ahli sejarah menghasilkan kajian atau tafsiran sejarahnya untuk diterbitkan.


6 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 (d) Menggunakan peralatan yang sesuai Penggunaan peralatan arkeologi dan komputer digunakan untuk menganalisis data dan sumber, menyunting penulisan, menyusun bibliografi, dan membuat statistik. (e) Membuat analisis hasil dapatan Pengkaji akan menganalisis maklumat yang diperoleh dan memberikan perspektif baharu terhadap sesuatu peristiwa sejarah dengan mengupas dan menjelaskan pertentangan yang wujud pada kajian sebelumnya. Hasil dapatan tersebut perlu disebarkan bagi mengukuhkan teori, pemahaman, dan penghayatan tersehadap sesuatu peristiwa sejarah. 5. Sumber catatan daripada daun lontar membantu kita mengetahui sejarah masyarakat tradisional di Asia Tenggara dalam bidang kebudayaan, keagamaan, dan perubatan. 6. Sumber bertulis daripada Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702 Hijrah bersamaan 1303 Masihi menceritakan tentang hukum Islam menjadi bukti Islam bertapak di negara kita lebih awal dari tarikh itu. Kaedah Arkeologi 1. Merupakan kajian secara saintifik untuk mencari maklumat daripada bahan tinggalan sejarah. 2. Menggunakan kaedah gali cari atau ekskavasi terhadap bahan tinggalan sejarah seperti fosil, tembikar, bahan logam, dan binaan daripada batu. 3. Proses aktiviti gali cari di tapak penemuan: (a) Perancangan grid, iaitu penandaan kawasan di tapak arkeologi dilakukan. (b) Setiap petak grid akan diberikan nombor rujukan. Kaedah arkeologi Tugasan: Anda dikehendaki membuat kajian tentang sejarah asal usul sekolah. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 150 patah perkataan. Objektif: • Mengetahui sejarah sekolah. • Menggunakan kaedah penyelidikan sejarah yang sesuai. • Memupuk nilai menyayangi dan menghargai peranan sekolah dan pentadbir sekolah. Praktis Formatif 1.5 1. Apakah maksud arkeologi? 2. Nyatakan kaedah penyelidikan yang sesuai untuk mengkaji sejarah sekolah anda. Kajian arkeologi bawah air (c) Menandakan kawasan berdasarkan pelan. (d) Melakukan ekskavasi, iaitu proses mengumpulkan data dengan mencatatkan semua penemuan. 4. Kerja-kerja di makmal arkeologi: (a) Melakukan tugas pemunggahan dan pengisihan. (b) Pengisihan dibuat mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak yang ditemui. (c) Melakukan pembersihan sebelum membuat kajian. (d) Membuat katalog bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan. (e) Membuat analisis bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak. 5. Arkeologi bawah air ialah kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai, atau tasik. Contoh, mengkaji kapal dagang yang tenggalam dan karam di dasar laut. PAK-21 Aktiviti 2 VIDEO Arkeologi


7 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 1.6 Tafsiran dalam Sejarah 1. Tafsiran dalam sejarah bermaksud menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya. 2. Tafsiran dalam sejarah perlu dibuat untuk menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah, atau sebaliknya. Bagi membuat tafsiran yang betul dan tepat, sejarawan perlu membuat penyelidikan terhadap peristiwa yang dikaji. 3. Sejarawan hendaklah jujur dan bertanggungjawab dalam membuat penyelidikan dan penilaian tentang sesuatu peristiwa sejarah supaya maklumat dan tafsiran yang dihasilkan tepat dan benar. 4. Matlamat utama seseorang sejarawan ialah menghasilkan pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat. 5. Sebab wujudnya perbezaan tafsiran dalam sejarah: (a) (c) (b) (d) Pemilihan sumber yang pelbagai Perbezaan ideologi Perbezaan pendapat Tujuan penulisan 6. Contoh tafsiran dalam sejarah: (a) Peristiwa penentangan Tok Janggut terhadap British di Pasir Puteh, Kelantan • Sejarawan tempatan mengatakan Tok Janggut sebagai pejuang tanah air yang menentang dasar British, iaitu peraturan cukai tanah dan hasil hutan yang membebankan penduduk tempatan. • Sejarawan Barat menganggap Tok Janggut sebagai pemberontak kerana menentang dan enggan mematuhi dasar British. (b) Pembunuhan J.W.W. Birch • Sejarawan A mengatakan beliau dibunuh kerana memperkenalkan sistem cukai. • Sejarawan B mengatakan beliau dibunuh kerana campur tangan dalam budaya tempatan, iaitu amalan perhambaan. 7. Kepentingan tafsiran dalam sejarah: (a) Meminta kita menilai sesuatu peristiwa sejarah yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza. (b) Menggalakkan kita berfikiran terbuka dan kritis dalam mengkaji peristiwa sejarah dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah. (c) Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam menghasilkan penulisan sejarah dengan bukti yang kukuh. Praktis Formatif 12 Mengapakah sering wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah antara sejarawan Barat dengan sejarawan tempatan? • Menilai Praktis Formatif 1.6 1. Nyatakan kesan jika sejarawan membuat tafsiran yang berat sebelah. 2. Apakah ciri-ciri sejarawan yang jujur dan bertanggungjawab? 1.7 Kepentingan Mempelajari Sejarah 1. Setiap warganegara perlu memahami dan menghayati sejarah tanah air supaya mereka berbangga menjadi warganegara. 2. Dengan memahami dan menghayati sejarah, kita akan lebih bertanggungjawab mempertahankan negara.


8 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 Tujuan Mempelajari Sejarah 1. Kita boleh mendapat pelbagai pengetahuan melalui pelajaran sejarah. 2. Melalui pengetahuan ini, kita dapat memahami serta membuat penilaian tentang kepentingan peristiwa sejarah. 3. Mempelajari sejarah akan menjadikan kita warganegara yang bertanggungjawab kerana kita dapat memahami dan menghayati sejarah tanah air. 4. Kita dapat mengenal asal usul keluarga, bangsa, dan negara dengan mempelajari sejarah. Kita dapat memahami tradisi, adat istiadat, dan budaya bangsa sendiri. 5. Kita perlu menghayati sejarah tamadun bangsa bagi melahirkan perasaan jati diri yang tinggi. 6. Pemahaman terhadap sejarah tanah air sendiri dapat membentuk keperibadian bangsa serta menghapuskan rasa rendah diri dengan bangsa lain di dunia. 7. Kita juga boleh mengambil iktibar daripada perjuangan tokoh dan pemimpin negara yang telah menyumbang khidmat bakti mereka demi mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. 8. Kita haruslah menghargai jasa Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin lain yang telah memperjuangkan kemerdekaan negara pada tahun 1957. 9. Selepas merdeka, pemimpin-pemimpin negara telah berusaha memajukan negara dari segi ekonomi dan sosial untuk meningkatkan taraf hidup rakyat. 10. Sejarah juga banyak mengajar kita agar berhati-hati untuk mengelakkan kesilapan yang pernah kita lakukan. 11. Melalui sejarah, kita dapat mengetahui kehidupan dan pencapaian masyarakat pada zaman dahulu. Kehidupan masyarakat pada zaman dahulu mempengaruhi kehidupan masyarakat pada zaman sekarang. Praktis Formatif 1.7 1. Terdapat segelintir murid yang menganggap Sejarah sebagai subjek yang membosankan. Berikan pendapat anda. 2. Bagaimanakah cara meminati subjek Sejarah di sekolah? Praktis Formatif 13 Segelintir remaja dianggap “buta sejarah” kerana tidak mengetahui sejarah tanah air. Cadangkan cara mengelakkan diri daripada menjadi “buta sejarah”. • Mencipta Faedah Mempelajari Sejarah 1. Kita mempelajari sejarah kerana sejarah boleh dijadikan panduan untuk memberi iktibar supaya tidak mengulangi kesilapan. 2. Keagungan Kesultanan Melayu Melaka boleh dijadikan perangsang untuk kita mencapai kemajuan negara kerana keagungan itu boleh diulangi dengan kegigihan. 3. Sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme kerana melalui sejarah, kita dapat mengetahui siapa diri, bangsa, dan negara kita. Kepentingan mempelajari sejarah Mengenal asal usul Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah Memupuk patriotisme Mengukuhkan perpaduan Mengambil iktibar Membangunkan negara dan bangsa Tugasan: Anda dikehendaki membuat kajian tentang peristiwa bersejarah di Malaysia yang memberi kesan. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 150 patah perkataan. Objektif: • Mengetahui peristiwa sejarah negara. • Mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa tersebut. • Memupuk semangat cinta akan negara dan bangga akan negara sendiri. PAK-21 Aktiviti 3 INFO Kepentingan mempelajari sejarah


9 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 BAHAGIAN A Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Jadual berikut merujuk kepada konsep masa dalam sejarah. Konsep masa Maksud X Jangka masa sepuluh tahun Apakah X? A Dekad C Hijrah B Zaman D Masihi 2. Mengapakah sejarawan perlu mengumpul sumber sejarah? A Memberi hujah B Menulis rujukan C Mendapat ilham D Membuat laporan 3. Gambar berikut menunjukkan sumber sejarah. Apakah sumber sejarah tersebut? A Fosil C Manuskrip B Artifak D Ensiklopedia 4. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber sejarah. The Encyclopedia of Malaysia Antara berikut, yang manakah ciri-ciri sumber sejarah tersebut? I Bersifat asli II Belum ditafsir III Diterbitkan IV Diolah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 5. Apakah kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada Batu Bersurat Terengganu? A Kaedah lisan B Kaedah bertulis C Kaedah arkeologi D Kaedah multimedia 6. Mengapakah Arkib Negara Malaysia mewujudkan Laman Kenali Tokoh? A Memantapkan sejarah lisan B Memperkenalkan tokoh negara C Menghargai sumbangan pemimpin D Memupuk semangat cinta akan negara 7. Apakah tahap pertama dalam aktiviti gali cari? A Memilih orang sumber B Membuat perancangan grid C Melakukan pengisihan artifak D Mencatatkan semua penemuan 8. Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah? I Perbezaan ideologi II Pemilihan sumber yang pelbagai III Mencontohi tafsiran sejarawan Barat IV Mematuhi peraturan penulisan sejarah A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9. Bagaimanakah sejarah mampu menjadi pengajaran dan iktibar? A Mempelajari tradisi budaya bangsa B Tidak mengulangi kesilapan masa lalu C Memahami peristiwa sejarah secara empati D Membandingkan zaman dahulu dengan masa kini 10. Apakah peristiwa sejarah yang boleh dijadikan iktibar? A Peristiwa 13 Mei 1969 B Pembinaan Muzium Negara C Penemuan lukisan di Gua Niah D Pengeluaran kereta nasional pertama Praktis UASA 1


10 Sejarah Tingkatan 1 Bab 1 Mengenali Sejarah Tingkatan 1 BAHAGIAN B 1. Ilustrasi berikut menunjukkan kaedah penyelidikan dalam sejarah. (a) Nyatakan tiga tahap yang terdapat dalam kaedah penyelidikan tersebut. [3 markah] (b) Senaraikan tiga ciri tokoh yang dipilih menjadi orang sumber. [3 markah] (c) Pada pendapat anda, apakah kelemahan kaedah penyelidikan tersebut dan bagaimanakah mengatasinya? Menganalisis [4 markah] 2. Tafsiran dalam sejarah bermaksud menerangkan sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya. (a) Nyatakan tiga sebab wujudnya perbezaan tafsiran dalam sejarah. [3 markah] (b) Senaraikan tiga kepentingan tafsiran dalam sejarah. [3 markah] (c) Bagaimanakah sejarawan dapat membuat tafsiran dalam sejarah dengan betul dan tepat? [4 markah] Menilai BAHAGIAN C 1. (a) Jelaskan ciri-ciri sumber sejarah berikut: (i) Sumber primer [3 markah] (ii) Sumber sekunder [3 markah] (b) Berdasarkan gambar berikut, bandingkan kaedah arkeologi yang digunakan. Kaedah arkelologi Arkeologi bawah air [6 markah] (c) Jelaskan kepentingan memelihara warisan sejarah negara. [8 markah]


Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu 2 Bab INFOGRAFIK Akses kepada PETA KONSEP Beraja Pusat Pemerintahan • Kerajaan Funan • Kerajaan Majapahit • Kerajaan Champa • Kerajaan Kedah Tua • Kerajaan Srivijaya • Kerajaan Gangga Nagara • Kerajaan Angkor Wilayah Kegiatan ekonomi Pertanian Perdagangan Hasil hutan dan laut Perlombongan dan pembuatan Sistem pemerintahan • Hasil hutan – Gaharu – Sarang burung – Rotan – Kapur barus • Hasil laut – Gamat – Mutiara – Rumpai • Kerajaan Funan – Oc Eo • Kerajaan Champa – Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti • Kerajaan Srivijaya – Palembang • Kerajaan Angkor – Yasodharapura • Kerajaan Majapahit – Tuban, Sidayu, Gresik dan Surabaya • Kerajaan Kedah Tua – Sungai Mas dan Pangkalan Bujang • Kerajaan Gangga Nagara – Pangkalan, Lembah Kinta. Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput Perdagangan Hasil hutan dan laut • Perlombongan – Emas – Perak – Bijih besi • Pembuatan – Barang perhiasan – Tembikar – Garam – Cuka kelapa Perlombongan dan pembuatan Sistem pemerintahan dan kegiatan ekonomi masyarakat Alam Melayu 107 Warisan Negara Tingkatan 2


108 Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 2.1 Sistem Pemerintahan 1. Kerajaan Alam Melayu mengamalkan pemerintahan bercorak sistem beraja. 2. Sistem beraja ini terbahagi kepada dua, iaitu pusat dan wilayah. 3. Maklumat berikut menggambarkan ciri-ciri kerajaan Alam Melayu yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Kerajaan Funan Raja Pemerintahan pusat dan wilayah • Raja-raja Funan menggunakan pelbagai gelaran. • Contohnya, Kurung Bnam bermaksud raja gunung, Rajadhiraja melambangkan raja Funan sebagai raja segala raja dan Cakravatin bermaksud pemerintah alam sejagat. • Raja dibantu oleh golongan agama dan golongan tentera. • Terdapat tujuh buah wilayah. • Ketua wilayah ini terdiri daripada putera-putera raja yang turut digelar sebagai Raja Kecil. Kerajaan Champa Raja Pemerintahan pusat dan wilayah • Raja-raja Champa menggunakan gelaran Rajadhiraja. • Diiktiraf sebagai pemerintah yang mulia dan suci serta dikaitkan dengan Dewa Siva. • Raja Champa dibantu oleh para pembesar yang bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga keamanan, dan mengukuhkan pertahanan. • Peringkat wilayah Champa dibahagikan lima wilayah, iaitu Indrapura, Amaravati, Vijaya, Kauthara dan Panduranga. Kerajaan Srivijaya Raja Pemerintahan pusat dan wilayah • Raja-raja Srivijaya menggunakan unsur kesaktian. • Dianggap sebagai Bodhisattva yang merujuk peranan raja sebagai Buddha di bumi. • Digelar sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Inskripsi pada Telaga Batu tentang sistem pemerintahan kerajaan Srivijaya • Raja dibantu oleh Putera Mahkota, Pratiyuraja sebagai Raja Muda dan Rajakumara. • Raja turut dibantu oleh golongan agama, tentera, pemungut cukai, hakim dan penjaga harta kerajaan. • Pentadbiran wilayah terbahagi kepada dua, iaitu Kedatuan yang ditadbir oleh Datu berketurunan raja dan Pradatuan yang ditadbir oleh Datu bukan berketurunan raja. Kerajaan Angkor Raja Pemerintahan pusat dan wilayah • Raja-raja Angkor menggunakan gelaran Dewaraja yang mengaitkan raja sebagai dewa. • Kuasa kedua ialah Permaisuri. • Kuasa ketiga ialah Raja Muda. • Raja-raja Angkor dibantu oleh pembesarpembesar yang bertanggungjawab dalam bidang keagamaan, kehakiman, keselamatan dan perbendaharaan. • Pada peringkat wilayah, Angkor dibahagikan kepada wilayah, daerah, daerah kecil dan kampung. Harian Kita harus menghargai kestabilan dan keamanan negara supaya kita dapat hidup makmur dan maju. Sebagai murid, bagaimanakah cara anda menghargainya?


109 Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 Kerajaan Kedah Tua Raja Pemerintahan pusat dan wilayah • Kerajaan ini banyak dibayangi kerajaan Srivijaya. • Hanya ada seorang ketua. • Ketua menguruskan hal perdagangan dan keagamaan. • Apabila Kedah Tua menjadi sebahagian daripada kerajaan Srivijaya, corak pemerintahannya berubah. • Kedah Tua menjadi sebahagian daripada Pradatuan kerajaan Srivijaya. Kerajaan Majapahit Raja Pemerintahan pusat dan wilayah • Raja-raja Majapahit menggunakan gelaran Maharaja, Sri Maharaja dan Sri Bathara. • Raja dibantu oleh Sapta Prabu dan pembesar. • Sapta Prabu ialah Majlis Penasihat Diraja yang terdiri daripada kerabat diraja. • Majapahit dibahagikan kepada 14 wilayah. • Setiap wilayah ini dipecahkan kepada Kabupaten, Kawadanan, Pakuwuan dan Kebuyutan, iaitu daerah dan daerah kecil serta kampung. Kerajaan Gangga Nagara Raja Pemerintahan pusat dan wilayah • Struktur pemerintahan kerajaan Gangga Negara tidak jejas. • Kajian menunjukkan kerajaan Gangga Negara mengamalkan sistem pemerintahan beraja. • Dalam pemerintahan, raja berperanan membangunkan kemajuan perdagangan dan bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan. Praktis Formatif 11 Apakah kebaikan sistem pemerintahan beraja? • Menilai Praktis Formatif 2.1 1. Nyatakan gelaran yang digunakan oleh raja-raja dalam kerajaan Majapahit. 2. Apakah corak sistem pemerintahan kerajaan Alam Melayu? 2.2 Kegiatan Ekonomi 1. Petempatan awal dan peranan sungai telah membantu kegiatan ekonomi kerajaan Alam Melayu. 2. Masyarakat kerajaan Alam Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti dalam rajah di bawah: • Pertanian • Perdagangan • Mengutip hasil hutan dan laut • Perlombongan dan pembuatan Kegiatan ekonomi Pertanian 1. Kerajaan Alam Melayu melaksanakan kegiatan pertanian kerana kesuburan tanah. 2. Tujuan kegiatan pertanian pada peringkat awal adalah untuk menyara diri. 3. Lebihan hasil pertanian akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam kegiatan pertanian. 4. Sebahagian besar kawasan Alam Melayu terlibat dalam kegiatan pertanian padi.


110 Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 Padi Kerajaan Perkembangan Angkor dan Funan • Terletak di Lembah Sungai Mekong yang tanahnya subur. • Hujan membekalkan air ke tasik-tasik besar seperti Tasik Tonle Sap yang digunakan untuk mengairi kawasan padi sawah. • Pemerintah Angkor telah membina kolam yang dikenali sebagai baray untuk menyimpan air. Champa • Mempunyai Ketua Air dalam setiap kampung di Champa bertujuan menyelenggara terusan dan daik. Majapahit • Pulau Jawa mempunyai tanah yang subur untuk pertanian. • Sungai Bengawan Solo dan Sungai Brantas membekalkan air untuk pengairan padi sawah. • Peranan pemerintah Majapahit telah membina sistem pengairan untuk meningkatkan pengeluaran padi sawah. Srivijaya • Padi merupakan tanaman utama kerajaan ini. • Ditanam di kawasan pedalaman Palembang. • Dua kawasan utama ialah di Tanah Tinggi Pasemah dan Hulu Musi. Rempah-ratus 1. Alam Melayu kaya dengan rempah-ratus. 2. Berikut adalah tiga jenis rempah-ratus yang terdapat di Alam Melayu: Bunga cengkih Buah pala Lada hitam • Ditanam di Kepulauan Maluku • Ditanam di Pulau Banda • Ditanam di Sumatera dan Jawa Kegiatan Pertanian yang Lain 1. Masyarakat Alam Melayu turut menanam tanaman seperti pisang, tebu, bijan, kekacang, kelapa, sayur-sayuran dan buah-buahan. 2. Masyarakat ini juga menjalankan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai. 3. Mereka juga berusaha mendapatkan kulit kura-kura. 4. Nasi merupakan makanan ruji penduduk Alam Melayu. Oleh itu, masyarakat Alam Melayu aktif menjalankan kegiatan menanam padi. Pisang Kelapa Tebu


111 Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 Perdagangan 1. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi kerajaan Alam Melayu. 2. Dua faktor yang membantu kegiatan perdagangan di Alam Melayu, iaitu: (a) Kedudukan Alam Melayu (b) Kemudahan pelabuhan 3. Jadual berikut menerangkan tentang perkembangan pelabuhan-pelabuhan di Alam Melayu: Kerajaan Funan Pelabuhan Oc Eo Barangan didagangkan Damar, kapur barus, kayu cendana dan gaharu. Damar Kerajaan Champa Pelabuhan Turan, Kam ran, Sri Banoy dan Maliti Barangan didagangkan Beras, emas, perak, gading gajah dan gaharu. Emas Kerajaan Srivijaya Pelabuhan Palembang Barangan didagangkan Damar, kapur barus, gaharu, madu, rotan, rempah, mutiara, rumpai laut, gading gajah dan sumbu badak. Mutiara Kerajaan Angkor Pelabuhan Yasodharapura Barangan didagangkan Gaharu, buah pelaga, lilin lebah, minyak sayuran, damar dan gading gajah. Buah pelaga Kerajaan Majapahit Pelabuhan Tuban, Sidayu, Gresik dan Surabaya Barangan didagangkan Rempah, beras, rotan, kayu cendana, gaharu, ikan, kulit penyu dan mutiara. Rempah Kerajaan Kedah Tua Pelabuhan Sungai Mas dan Pangkalan Bujang Barangan didagangkan Rotan, damar, kayu cendana dan gading gajah. Gading gajah Kerajaan Gangga Nagara Pelabuhan Pangkalan, Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput Barangan didagangkan Emas, bijih timah, rempahratus, kapur barus dan damar.


112 Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 Pedagang Luar 1. Nama pedagang luar yang berdagang di kerajaan Alam Melayu dan barangan yang mereka bawa serta barangan yang mereka perlukan dari Alam Melayu adalah seperti berikut: Pedagang Barangan yang dijual di Alam Melayu Barangan yang ingin diperolehi China • Sutera • Tembikar • Pinggan dan mangkuk • Payung • Gula • Gendang • Dari Alam Melayu pedagang mendapatkan barangan yang mempunyai nilai perubatan. India • Kain kapas • Tembikar • Pelbagai jenis batu berharga seperti akik dan karnelian. • Dari Alam Melayu pedagang mendapatkan rempah, gaharu dan kapur barus manakala dari China pula mereka mendapatkan kain sutera. Arab dan Parsi • Pelbagai jenis tembikar • Minyak wangi • Barangan kaca • Manik • Dari Alam Melayu pedagang membeli rempah dan kayu wangi. Barangan tersebut kemudian didagang semula ke Tanah Arab dan Rom. Hasil Hutan dan Laut 1. Alam Melayu kaya dengan hasil hutan dan laut. 2. Masyarakat Alam Melayu menjalankan kegiatan ekonomi awal seperti mengutip hasil hutan dan hasil laut untuk kegunaan mereka sahaja. 3. Lebihan hasil ini telah didagangkan dalam kalangan petempatan tersebut. 4. Kawasan pertempatan ini telah berkembang menjadi kawasan perdagangan. 5. Senarai hasil hutan yang mendapat permintaan tinggi daripada pedagang asing adalah seperti berikut: Kapur barus Gaharu Rotan Sarang burung layang-layang • Ditemui di Sumatera dan Borneo. • Digunakan sebagai bahan pewangi. • Digunakan sebagai bahan pewangi dan perubatan. • Terdapat di hutan Sungai Mekong, Tanah Melayu dan Sumatera. • Mudah didapati di seluruh Alam Melayu. • Digunakan sebagai bahan binaan dan barang kraf tangan. • Terdapat banyak di utara Pulau Borneo. • Digunakan untuk kesihatan dan perubatan. 112


113 Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 6. Senarai hasil laut juga mendapat permintaan tinggi daripada pedagang asing seperti berikut: Hasil laut Perkembangan Rumpai laut Dijadikan sebagai makanan. Mutiara Dijadikan barang perhiasan. Gamat Dijadikan bahan makanan dan perubatan. Perlombongan dan Pembuatan 1. Antara aktiviti perlombongan di Alam Melayu ialah emas, perak dan bijih besi. 2. Kegiatan awal masyarakat Alam Melayu menjalankan aktiviti melombong dengan cara mendulang yang dilakukan secara kecil-kecilan. 3. Kegiatan pembuatan ialah membuat barang harian dan mewah seperti: (a) Perhiasan emas (b) Cuka kelapa (c) Pembuatan garam (d) Pembuatan tembikar 4. Perkembangan kegiatan perlombongan di Alam Melayu adalah seperti berikut: Kerajaan Perkembangan Champa • Kegiatan melombong emas di kawasan pergunungan Hue. • Kegiatan melombong perak di Indrapura dan kawasan di antara Amaravati dan Vijaya. Angkor • Bijih besi dilombong di pergunungan Phnom Dek. 5. Berikut adalah perkembangan kerajaan Alam Melayu dalam kegiatan pembuatan: Kerajaan Perkembangan Funan dan Angkor • Masyarakat kerajaan Funan dan Angkor menghasilkan pelbagai barangan daripada bijih besi dan emas seperti barang perhiasan. Champa • Masyarakat Champa mahir dalam pembuatan barangan tembikar. • Masyarakat ini juga mengusahakan pembuatan cuka kelapa. Majapahit • Masyarakat ini mengusahakan pembuatan garam, gula dan minyak. • Mereka turut mengusahakan pembungkusan daging kerbau dan membuat mi daripada beras. Praktis Formatif 2.2 1. Senaraikan kegiatan ekonomi masyarakat kerajan Alam Melayu. 2. Apakah kesan pemerintah Majapahit membina sistem pengairan? 3. Apakah tugas Tuhan Vatakvurah dalam pelabuhan kerajaan Srivijaya?


114 Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 1. Apakah sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Alam Melayu? A Beraja B Autokrasi C Demokrasi D Monopoli 2. Antara berikut, golongan yang manakah membantu sistem pemerintahan pusat dan wilayah di Funan? I Tentera II Pendeta III Bangsawan IV Penguasa bandar A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Rajah berikut berkaitan dengan corak pemerintahan oleh kerajaan Alam Melayu. Kerajaan X Rajanya dibantu oleh pembesar yang bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga keamanan dan mengukuhkan pertahanan. Apakah kerajaan X? A Funan B Angkor C Champa D Srivijaya 4. Rajah berikut menunjukkan sistem pemerintahan peringkat wilayah. Wilayah Daerah Daerah Kecil Kampung Apakah kerajaan yang mengamalkan sistem pemerintahan tersebut? A Angkor B Majapahit C Kedah Tua D Gangga Nagara 5. Antara berikut, yang manakah golongan utama dalam struktur sosial masyarakat kerajaan Alam Melayu? I Golongan istana II Golongan hamba III Golongan diperintah IV Golongan pemerintah A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Apakah faktor yang membantu perkembangan kegiatan ekonomi masyarakat Alam Melayu? A Kemudahan pendidikan B Kemajuan kesihatan C Petempatan bandar D Peranan sungai 7. Apakah makanan ruji penduduk Alam Melayu? A Nasi C Gandum B Barli D Ubi kayu 8. Maklumat berikut mengenai rempah-ratus di Alam Melayu. • Buah pala • Lada hitam • Bunga cengkih Apakah kepentingan rempah-ratus tersebut? A Perhiasan C Makanan ruji B Perubatan D Tanaman dagangan 9. Apakah peranan Sapta Prabu dalam kerajaan Majapahit? A Majlis Penasihat Diraja B Penasihat raja soal ekonomi C Pembesar utama dalam istana D Pendakwah agama yang berpengaruh 10. Antara berikut, yang manakah kepentingan gamat kepada peniaga Alam Melayu? I Pewangi II Perhiasan III Perubatan IV Bahan makanan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Praktis UASA 2 BAHAGIAN A Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat.


115 Sejarah Tingkatan 2 Bab 2 Sistem Pemerintahan dan Kegiatan Ekonomi Masyarakat Kerajaan Alam Melayu Tingkatan 2 BAHAGIAN B 1. Kerajaan Alam Melayu mempunyai sistem pemerintahan tersendiri, iaitu sistem beraja. (a) Nyatakan dua gelaran yang digunakan oleh Raja-raja Funan. [2 markah] (b) Bagaimanakah sistem pemerintahan yang diamalkan oleh kerajaan Srivijaya? [4 markah] (c) Pada pandangan anda, mengapakah kita harus mengekalkan sistem beraja di negara kita? Menilai [4 markah] 2. Gambar berikut menunjukkan kegiatan perlombongan dan pembuatan masyarakat kerajaan Alam Melayu. (a) Nyatakan perkembangan kegiatan pembuatan dalam masyarakat kerajaan Majapahit. [3 markah] (b) Apakah hasil hutan yang didagangkan oleh masyarakat kerajaan Alam Melayu? [3 markah] (c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah masyarakat kerajaan Alam Melayu berjaya dalam pelbagai kegiatan ekonomi? Menilai [4 markah] BAHAGIAN C 1. Perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang penting bagi kerajaan Alam Melayu. Barangan dari Alam Melayu menjadi tarikan kepada pedagang luar seperti dari China, India, Arab dan Parsi. (a) Nyatakan faktor kejayaan kegiatan perdagangan di Alam Melayu. [4 markah] (b) Huraikan aktiviti perdagangan yang melibatkan pedagang tempatan dengan pedagang dari luar di Alam Melayu. [8 markah] (c) Berikan cadangan anda untuk memajukan pelabuhan di negara kita. Menganalisis [8 markah]


Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Tingkatan 3 PETA KONSEP Pentadbiran Negeri-negeri Melayu 4 Tidak Bersekutu Bab INFOGRAFIK Akses kepada Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Pemerintahan Kesultanan Melayu Peluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu Peluasan kuasa British di Johor Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu • Kesultanan Perlis • Kesultanan Kedah • Kesultanan Kelantan • Kesultanan Terengganu • Kesultanan Johor – Latar belakang, – Institusi pentadbiran – Hubungan luar – perundangan • Faktor peluasan kuasa – Kedudukan yang strategik – Menghalang kemaraan kuasa Barat lain – Kemakmuran dan kekayaan sumber hasil – Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang – Beban orang Putih • Strategi peluasan kuasa – Perjanjian dengan Siam • Kemajuan dan kemakmuran Johor – Pertanian komersial – Kebijaksanaan pemimpin – Permodenan pentadbiran – Golongan pentadbir komited • Strategi British menguasai Johor – Perjanjian – Manipulasi • Latar belakang Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu – Tiada gabungan – Di bawah Pesuruhjaya Tinggi British – Raja kuasa lebih besar / Autonomi • Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu – Penasihat British – Peranan sultan dan pembesar – Menteri Besar – Setiausaha kerajaan – Majlis Mesyuarat Negeri • Perkembangan pentadbiran – Pengekalan kedudukan Sultan – Penerusan sistem pentadbiran tradisional – Pengenalan birokrasi Barat Perlis Kedah Kelantan Terengganu Johor Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Pengekalan kedudukan sultan Penerusan sistem pentadbiran tradisional Pengenalan birokrasi Barat Perkembangan Pentadbiran 247 Kedatangan Kuasa Asing Tingkatan 3


Sejarah Tingkatan Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 248 Tingkatan 3 4.1 Pemerintahan Kesultanan Melayu di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor 1. Sistem kesultanan diamalkan dalam pemerintahan di negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Sultan berada di puncak kuasa teratas dan kedaulatan turut diperkuat oleh para pembesar. 2. Sebelum kedatangan British, pemerintahan kesultanan merupakan asas terpenting yang membawa kemakmuran di negeri tersebut. Pemerintahan Kesultanan Melayu 1. Pemerintahan Kesultanan Melayu telah membentuk sistem pentadbiran yang tersusun. 2. Kebijaksanaan pemerintah membolehkan perkembangan ekonomi, sosial dan politik berlaku di setiap negeri. Kerajaan Perlis Latar Belakang 1. Pada tahun 1842, Perlis merupakah wilayah yang diasingkan daripada Kedah. 2. Pada tahun 1843, Maharaja Siam mengiktiraf Syed Hussin Jamalulail di Bangkok sebagai Raja Perlis yang pertama. 3. Baginda diberikan gelaran Phya Songkhram Rama Witchit Willis Asmara Phya Pelit. 4. Istiadat pengisytiharan diadakan di istana Arau sebagai pemberitahuan kepada rakyat. Hubungan Luar 1. Hubungan dengan Siam berjalan dengan baik. 2. Sebagai strategi Perlis untuk tidak diganggu gugat oleh kuasa lain. Pentadbiran 1. Raja Syed Hussin Jamalulail membentuk pasukan pentadbiran dengan melantik pembesar tempatan. 2. Antara pembesar tempatan berikut: (a) Tuan Syed Abdullah Ibni Syed Harun Jamalulail memegang jawatan Raja Muda Perlis. (b) Dato’ Arau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri atau Dato’ Belat Paduka Seri Perdana Menteri. 3. Perlis dibahagikan kepada 22 buah mukim. Perundangan 1. Merujuk Undang-undang Kesultanan Kedah. 2. Pelaksanaan menitikberatkan kebajikan terhadap rakyat. Kesultanan Kedah Latar Belakang 1. Kesultanan Kedah bermula sejak abad ke tujuh. 2. Islam bertapak di Kedah sejak abad ke-12 dan memulakan sistem pemerintahan Islam. 3. Pusat pemerintahan bermula di Kota Bukit Meriam. 4. Pemerintahan pertama bergelar Sultan Mudzaffar Shah. Pentadbiran 1. Sultan dan pembesar mengetuai sistem pentadbiran 2. Disokong oleh undang-undang yang kemas dan teratur. 3. Membolehkan negeri ditadbir dengan berkesan. 4. Wujud pembahagian wilayah yang diletakkan di bawah pengawasan pembesar daerah. Kerajaan Perlis


Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 249 Tingkatan 3 Pembesar Peranan Pembesar Peringkat Negeri (i) Melaksanakan perintah Sultan. (ii) Mentadbir dan mengutip cukai di kawasan tertentu. Pembesar Peringkat Jajahan atau Daerah (i) Menjaga keamanan. (ii) Mempertahankan kedaulatan negeri. (iii) Menyerahkan sebahagian hasil cukai kepada kerajaan. (iv) Menyediakan tenaga kerja. Pembesar Peringkat Kampung (dikenali sebagai Penggawa atau Penghulu) (i) Memungut cukai. (ii) Membekalkan tenaga tentera. (iii) Mengekalkan taat setia masyarakat. (iv) Perantara antara pembesar dengan rakyat. INFO INFO SEJARAH SEJARAH Pembesar memainkan peranan penting dalam membantu pentadbiran kerajaan negeri. Dalam tradisi Kesultanan Melayu, terdapat beberapa kategori pembesar. Praktis Formatif 11 Bagaimanakah pembahagian wilayah dapat mewujudkan kecekapan pentadbiran? • Menilai Kesultanan Kelantan Latar belakang 1. Kesultanan Kelantan wujud sejak sebelum abad ke-17. 2. Semasa pemerintahan Long Yunus pada tahun 1776 hingga tahun 1794, kerajaan Kelantan berjaya disatukan. 3. Baginda menaiki takhta dengan gelaran Yang Dipertuan. 4. Berlaku pertelingkahan antara Kelantan dengan Terengganu pada tahun 1812. 5. Terengganu, Sultan Muhammad I membuat persetiaan dengan Siam sebagai strategi mengelakkan ancaman. 6. Sultan Muhammad I dikurniakan gelaran Phya Pipit Pakdi oleh Maharaja Siam. 7. Kesannya, Siam meluaskan pengaruhnya di Kelantan sehingga tahun 1909. 5. Di setiap daerah, diwujudkan mukimmukim yang diketuai penghulu. 6. Terdapat 128 mukim di Kedah pada abad ke-19. Hubungan Luar 1. Menjalinkan hubungan luar dengan Siam. 2. Sebagai strategi mempertahankan negeri daripada ancaman Burma. 3. Menjadikan status Kedah lebih tinggi dan dapat mengelakkan gangguan politik pihak luar. 4. Hubungan dua hala berlaku dalam pelbagai cara seperti hubungan diplomatik, pentadbiran dan kewangan. Perundangan 1. Kanun undang-undang Kedah yang pertama ditulis pada tahun 1650. 2. Memberikan hak dan kuasa kepada raja dan golongan pemerintah demi kesejahteraan rakyat. 3. Mengandungi lima bab, iaitu: (a) Undang-undang 1060H (1650). (b) Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan 1075H (1667). (c) Hukum kanun Dato’ Kota Setar, Adat Bunga Emas. (d) Adat kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besar. (e) Adat Meminang dan Undang-undang 1199H (1704). INFO Peranan Pembesar


Sejarah Tingkatan Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 250 Tingkatan 3 Pentadbiran 1. Sultan dibantu oleh pembesar. 2. Sistem dikenali sebagai Sistem Jemaah Menteri. 3. Sistem Jemaah Menteri dibentuk oleh Sultan Muhammad II (1839 – 1886) 4. Di peringkat wilayah, Kelantan dibahagikan kepada jajahan tertentu. 5. Pada tahun 1904, terdapat tiga jajahan, iaitu Selatan Batu Mekebang, Pasir Puteh dan Pasir Mas. 6. Pada peringkat paling bawah, pentadbiran dijalankan oleh Tok Kweng yang turut dibantu oleh imam. Hubungan luar 1. Semasa pemerintahan Sultan Muhammad I terjalin hubungan luar dengan kerajaan Siam. 2. Kelantan turut menjalin hubungan dengan Terengganu, Kedah, Patani dan negerinegeri Melayu yang lain. Perundangan 1. Pelaksanaan undang-undang syarak di Kelantan semasa pemerintahan Sultan Muhammad II. 2. Mewujudkan suasana aman dan makmur sebagai pusat perdagangan. Gelaran Phya Pipit Pakdi yang diberikan oleh Raja Siam kepada Sultan Kelantan bagi mengakui peranan serta kedudukan baginda sebagai pemerintah Kelantan. INFO INFO SEJARAH SEJARAH Kelantan memiliki 11 tanah jajahan, iaitu: • Jajahan Kota Bharu • Jajahan Pasir Mas • Jajahan Tumpat • Jajahan Pasir Puteh • Jajahan Bachok • Jajahan Kuala Krai • Jajahan Machang • Jajahan Tanah Merah • Jajahan Jeli • Jajahan Gua Musang • Jajahan Kecil Lojing Tugasan: Guru meletakkan tajuk ‘bagaimanakah pembahagian wilayah dapat mewujudkan kecekapan pentadbiran?’ di tengah-tengah meja bulat perbincangan. Setiap ahli perbincangan akan memberikan pandangan tentang tajuk yang diberikan. Setiap ahli akan mencatatkan butiran perbincangan. Pada akhir perbincangan, seorang ahli perbincangan akan membuat dan menyatakan rumusan. Objektif: • Memahami cara pembahagian wilayah. • Memahami kesan daripada pembahagian wilayah. PAK-21 Kesultanan Terengganu Latar Belakang 1. Diasaskan oleh Sultan Zainal Abidin I yang menaiki tahkta pada tahun 1708 – 1733. 2. Membawa kemajuan dan memelihara kedaulatan kerajaan. 3. Sistem kesultanannya di Terengganu yang berwibawa merupakan negeri paling akhir menerima Penasihat British. Pentadbiran 1. Sultan dibantu oleh pembesar yang menjadi penasihat dalam urusan pentadbiran wilayah dan daerah. 2. Sistem penghulu diperkemaskan oleh Sultan Omar (1839-1876). 3. Pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dibantu oleh Tengku Musa, Tuan Hitam dan Che Abdul Rahim. Aktiviti 1


Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 251 Tingkatan 3 4. Pembesar digelar Dato’ Mata-Mata berperanan menyambut kedatangan pelawat atau orang kenamaan Terengganu. 5. Sistem Jemaah Mesyuarat Kerajaan dibentuk bagi memutuskan sesuatu hukuman atau perisytiharan negeri. 6. Anggotanya dikenali sebagai Ahli Mesyuarat. Hubungan Luar 1. Menjalinkan hubungan dengan Siam sejak abad ke-18. 2. Turut menjalinkan hubungan dengan Kelantan, Patani dan Johor. 3. Hubungan ini membolehkan negeri-negeri yang lain mengakui kedaulatan Terengganu. Perundangan 1. Sultan Zainal Abidin I melaksanakan sistem perundangan dan kehakiman berasaskan prinsip keadilan Islam. 2. Sultan Zainal Abidin III melantik Tengku Musa sebagai Ketua Jabatan Mahkamah untuk menjalankan urusan berkaitan keadilan dan perundangan. 3. Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu digubal dan diamalkan pada tahun 1911. 4. Hakim mahkamah dipilih secara teliti daripada individu yang berkebolehan dan pengetahuan agama yang luas. Kesultanan Johor Latar Belakang 1. Institusi Kesultanan di Johor mempunyai sejarah yang panjang. 2. Berlaku setelah institusi Kesultanan Johor daripada jurai Kesultanan Melaka berakhir pada tahun 1699. 3. Kesultanan Johor diperintah oleh keturunan Bendahara. 4. Konflik politik yang berlaku membolehkan keturunan Temenggung Daeng Ibrahim menjadi pemerintah di Johor. 5. Pada tahun 1885, anakanda baginda, iaitu Daeng Abu Bakar yang menjadi Sultan Johor. Pentadbiran 1. Johor mengalami zaman pemodenan semasa zaman pemerintahan Maharaja Abu Bakar. 2. Maharaja Abu Bakar mengasaskan sistem pentadbiran moden yang cekap dan berkesan. 3. Baginda mewujudkan Majlis Jemaah Diraja Johor, Jemaah Menteri dan jabatan-jabatan kerajaan. 4. Jawatan Menteri Besar dan Setiausaha kerajaan diwujudkan bagi melicinkan pentadbiran. 5. Pembesar-pembesar kerajaan seperti Dato’ Seri Amar Diraja dan Dato’ Bentara Dalam bertanggungjawab membantu pemerintahan Sultan. Hubungan Luar 1. Maharaja Abu Bakar menjalinkan hubungan dengan Terengganu, Perak, Pahang dan Selangor. 2. Mengadakan hubungan dengan negaranegara luar melalui lawatan ke Eropah dan Jepun. 3. Kesannya, kuasa-kuasa ini mengiktiraf kedudukan Johor. Perundangan 1. Pada tahun 1895, pemasyhuran UndangUndang Tubuh Kerajaan oleh Kesultanan Johor. 2. Digunakan sebagai aturan dalam pemerintahan. Undang-undang telah membawa keharmonian kepada negara. Apakah undang-undang yang patut anda patuhi demi menjamin kesejahteraan negara? Harian


Sejarah Tingkatan Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 252 Tingkatan 3 Praktis Formatif 4.1 1. Bagaimanakah negeri Perlis ditubuhkan? 2. Apakah faedah negeri Kedah menjalin hubungan dengan Siam? 3. Bagaimanakah Sultan Muhammad I, Kelantan menghadapi ancaman negeri Terengganu? 4. Mengapakah British sangat sukar untuk meluaskan pengaruh ke Terengganu? 4.2 Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu 1. Negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berhadapan dengan pengaruh Siam sebelum kehadiran British. Pada abad ke-19, berlaku hubungan British dengan Siam dan telah memberi kesan besar kepada negeri-negeri ini. 2. Faktor kedudukan strategik dan kemakmuran negeri-negeri ini menarik minat British. Namun, British tidak mampu untuk meluaskan kuasa ke negeri ini jika kawasan tersebut masih diletak di bawah naungan Siam. Faktor Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu Phnom Penh Saigon INDOCHINA Ujung Salang Segenting Kra Pulau Langkawi PULAU PINANG KELANTAN Kuala Terengganu SINGAPURA LAUT CHINA SELATAN AMERIKA SYARIKAT ingin meluaskan pengaruhnya di Terengganu PERANCIS ingin meluaskan pengaruhnya di IndoChina PERANCIS ingin meluaskan pengaruhnya di Timur Siam SIAM menerima tekanan daripada British dan Perancis RUSIA ingin membuka petempatan di Ujung Salang JERMAN ingin mendapatkan pulau Langkawi PERANCIS bercadang membuka sebuah terusan Tasik Tonle Sap U Peta menunjukkan kemaraan Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu Menghalang kemasukan kuasa Barat lain 1. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi penampan menghalang campur tangan kuasakuasa Barat lain. 2. British perlu menguasai negeri tersebut untuk menghalang kemaraan kuasa Barat tersebut. Apakah peranan anda sebagai warganegara bagi menghalang peluasan kuasa negara luar ke negara kita? Harian Praktis Formatif 12 Mengapakah British ingin membina rangkaian perhubungan dengan India? • Menganalisis


Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 253 Tingkatan 3 Kedudukan yang strategik 1. Kedudukan yang strategik di laluan perdagangan antara Timur dengan Barat sangat penting kepada British. 2. Perlis dan Kedah strategik kerana berhampiran dengan Burma dan Siam. 3. Kelantan dan Terengganu strategik di laluan perdagangan antara Siam dengan Singapura. Kemakmuran dan kekayaan sumber hasil 1. Bagi Kedah dan Perlis, hasil pertanian dan penternakan menjadi sumber bekalan makanan kepada penduduk Pulau Pinang. 2. Kelantan dan Terengganu menjadi pembekal pelbagai barang dagangan kepada perdagangan Singapura seperti pertukangan dan pembinaan kapal. Menghubungkan Burma dengan Pulau Pinang 1. British berhasrat menghubungkan wilayahnya Burma dengan Pulau Pinang dan Singapura. 2. Pembinaan jalan raya, kereta api dan telegraf di antara Burma dan Pulau Pinang membolehkan British mempunyai rangkaian terus perhubungan dengan India. 3. Menjamin kepentingan perdagangan dan keselamatan British. Beban Orang Putih 1. Britih merasakan Siam melakukan kekejaman di negeri Melayu utara. 2. Slogan “Beban Orang Putih” digunakan dalam usaha mewajarkan British meluaskan kuasanya. Strategi Peluasan Kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu 1. Peluasan kuasa British di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dijalankan secara berperingkat. Negeri-negeri ini berada di bawah naungan Siam dan tindakan agresif akan menimbulkan masalah dengan Siam. 2. British menggunakan strategi perjanjian untuk memastikan kejayaannya. Kedudukannya di Pulau Pinang memudahkan British memantau perkembangan yang berlaku di negeri-negeri Melayu sebelum bertindak mengadakan perjanjian dengan Siam. Ke Arah Perjanjian Bangkok 1909 1. Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu mempunyai hubungan rapat dengan Siam. Bagi Siam, negeri-negeri ini adalah di bawah naungannya. 2. Negeri-negeri tersebut dikehendaki menghantar bunga emas dan perak setiap tiga tahun sekali. Bunga emas dan perak sebagai tanda pertuanan Siam serta kepatuhan kepada kuasa Siam. 3. Negeri-negeri ini pula menganggap penghantaran bunga emas dan perak merupakan tanda persahabatan. 4. British kurang senang dengan pengaruh Siam ke atas negeri-negeri ini. 5. Matlamat British adalah untuk memastikan laluan perdagangan antara India dan China selamat. 6. Menyedari konfrontasi secara bersemuka akan merugikannya, British menggunakan strategi perjanjian bagi meluaskan kuasa. 7. Sejak tahun 1826, beberapa siri perjanjian melibatkan British dan Siam yang menyentuh hal ehwal negeri-negeri Melayu. 8. Perjanjian ini diakhiri dengan Perjanjian Bangkok 1909 yang membolehkan British meluaskan kuasa di negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Perjanjian Burney 1826 Perjanjian Sempadan 1899 Perjanjian Bangkok 1909 Perjanjian Sulit 1897 Perjanjian 1902 Siri perjanjian British-Siam yang melibatkan Negerinegeri Melayu Utara


Sejarah Tingkatan Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 254 Tingkatan 3 April 1907 • Rundingan antara pihak British dengan Siam bermula selepas Perjanjian Perancis-Siam. • Perjanjian diusahakan oleh Penasihat Am bagi kerajaan Siam, E.H. Strobel dengan Raplh Paget, iaitu wakil British di Bangkok. Jun 1907 • Pejabat Tanah Jajahan membenarkan usaha perundingan. 13 September 1907 • Strobel menyampaikan hasrat British kepada Putera Damrong, Menteri Dalam Negeri kerajaan Siam. November 1907 • Hasrat disampaikan kepada Raja Siam. 10 Mac 1909 • Perjanjian ditandatangani antara wakil British, Raplh Paget dan wakil Siam, iaitu Putera Devawongse Varaprakar, Menteri Hal Ehwal Luar kerajaan Siam. Januari 1908 – Januari 1909 • Draf perjanjian dirangka pada bulan Januari 1908 dan dipersetujui pada tahun 1909. INFO INFO SEJARAH SEJARAH Perjanjian Sulit 1897 • British mahu memastikan tidak ada kuasa lain meluaskan pengaruhnya ke atas Kedah, Kelantan dan Terengganu. • British mengakui hak pertuanan Siam ke atas negeri tersebut. Perjanjian Bangkok 1909 1. Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani oleh British dan Siam pada 10 Mac 1909 telah memberikan kesan besar kepada negeri-negeri Melayu, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 2. Perjanjian ini telah membuka laluan kepada British untuk menguasai negara kita tanpa gangguan daripada kuasa luar yang lain. 3. Rentetan Peristiwa Perjanjian Bangkok 1909. Praktis Formatif 13 Mengapakah British menggunakan strategi perjanjian untuk meluaskan kuasanya? • Menilai Kesan Perjanjian Bangkok 1909 1. Kesan Perjanjian Bangkok ialah (a) Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menerima seorang penasihat British. (b) Dalam sistem ini, Sultan hendaklah meminta nasihat dan mematuhinya dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat istiadat agama Islam. (c) Antara penasihat British: (i) George Maxwell – Kedah (ii) Kapten Meadowe Frost – Perlis (iii) J. S. Mason – Kelantan (iv) J.L. Humphreys – Terengganu 2. Pada peringkat awal, Kelantan dan Terengganu menolak kehadiran penasihat British dan menerima penasihat British pada tahun 1911. Praktis Formatif 4.2 1. Mengapakah British ingin meluaskan kuasa ke Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu? 2. Namakan kuasa Barat lain yang ingin meluaskan kuasa ke Negeri-negeri Melayu Utara. 3. Apakah kesan perjanjian British dan Siam ke atas Negeri-negeri Melayu Utara?


Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 255 Tingkatan 3 4.3 Peluasan Kuasa British di Johor 1. Sebelum campur tangan British, Johor memiliki sistem pentadbiran yang teratur dan mencapai tahap kemakmuran. 2. Hal ini kerana kebijaksanaan pemerintah Johor membangunkan negeri hingga British tiada alasan meluaskan kuasa ke Johor. 3. Namun, penguasaan British terhadap Singapura menyebabkan kedudukan Johor terancam. Kemajuan dan Kemakmuran Johor 1. Kemajuan kemakmuran dan permodenan dalam pentadbiran membolehkan Johor mengekalkan kedaulatannya hingga tahun 1914. 2. Johor menerima kesan tidak langsung terhadap pelaksanaan sistem pentadbiran Barat di Singapura. 3. Faktor kemajuan Johor ialah (a) Perkembangan pesat ekonomi komersial terutamanya sektor pertanian. (b) Pemodenan dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, infrastruktur dan sosial membawa kemajuan dan kemakmuran yang menyeluruh. (c) Kebijaksanaan dan kecekapan pemerintah menyebabkan British tidak dapat memanipulasi keadaan untuk campur tangan pentadbiran negeri Johor. (d) Kemunculan golongan pentadbir yang komited dan menjalankan tugas dengan berkesan. Strategi British Menguasai Johor 1. Kemajuan ekonomi di Johor menyebabkan British merangka strategi seperti perjanjian dan manipulasi bagi mengelakkan Johor menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa Barat lain. 2. Antara strategi British ialah (a) Perjanjian 1855 antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim. (b) Antara kandungan perjanjian tersebut ialah sekiranya jajahan Kesang hendak dijual oleh Sultan, Kesang hendaklah terlebih dahulu ditawarkan kepada pihak British. (c) Perjanjian Setia 1885 antara Johor dengan British. (d) Antara perjanjian tersebut ialah (i) Johor menerima sebarang ejen yang peranannya menyamai pegawai Konsul dan lebih rendah daripada Penasihat. (ii) Hal ehwal luar dikawal oleh British. (e) Pada tahun 1879, Gabenor NNS mencadangkan kepada British menempatkan Residen British di Johor. (f) British memanipulasi kedudukan kewangan Johor dengan menawarkan pinjaman sebanyak 200,000 dolar kepada Johor bagi membiayai pembinaan kereta api. (g) Usaha ini tidak berjaya apabila cadangan tersebut tidak diterima kerana kesannya akan menjejaskan ekonomi Johor. (h) Pada 12 Mei 1914, perjanjian Sultan Ibrahim dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-negeri Selat ditandatangani. (i) Antara kandungan perjanjian tersebut ialah Jawatan Konsul yang sebelumnya ditempatkan di Johor ditukarkan kepada Penasihat Am British. (j) Douglas Campbell dilantik sebagai Penasihat British pertama di Johor. (k) Pelantikan telah menukarkan taraf Johor daripada negeri berdaulat kepada sebuah negeri naungan British. (l) Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak menjejaskan kedudukan Sultan Johor. Pihak British masih mengakui kedudukan dan kedaulatan Sultan. (m) Kemampuan anak tempatan yang diterajui oleh Sultan Johor dengan gandingan pemimpin berwibawa berjaya mengekang asakan British menguasai Johor. (n) Asakan yang berterusan gagal dihalang hingga menyebabkan British berjaya meluaskan kuasanya di Johor.


Sejarah Tingkatan Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 256 Tingkatan 3 (o) Sikap jujur dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab pembesar memastikan kedaulatan Johor terus terjamin. (p) Jelaslah kewibawaan pemimpin amat penting dalam memperjuangkan maruah bangsa. INFO Kedatangan kuasa Barat di Johor INFO INFO SEJARAH SEJARAH Semasa abad ke-14, kawasan Johor menjadi wilayah Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400 – 1511). Pada tahun 1511, Portugis menguasai Melaka dan Sultan Mahmud melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Johor dan secara tidak langsung. Johor bukan sahaja mempunyai hasil bumi yang banyak tetapi juga mempunyai permukaan tanah yang subur untuk kegiatan pertanian komersial. Faktor ini ditambah dengan kedudukan geografinya yang sangat strategik. Tugasan: Secara berkumpulan, kaji kegiatan pertanian komersial. Seorang wakil kumpulan akan tampil di depan kelas dan membentangkan dapatan kajian menggunakan persembahan multimedia. Murid lain boleh bertanya soalan kepada wakil kumpulan ini. Objektif: • Mengetahui faktor tarikan Johor yang menyebabkan kuasa Barat berminat untuk menguasainya. • Memahami faktor hasil bumi merupakan salah satu tarikan. PAK-21 Praktis Formatif 14 Nyatakan faktor kejayaan Johor berjaya mengekalkan kedaulatan? • Menilai Praktis Formatif 4.3 1. Senaraikan faktor kemajuan Johor. 2. Mengapakah British ingin menguasai Johor? 3. Jelaskan usaha British untuk menguasai Johor. 4. Apakah kesan pelantikan penasihat British di Johor? 4.4 Sistem Pentadbiran Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu 1. Perjanjian Bangkok 1909 membawa perubahan penting dalam sejarah di negeri-negeri Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. 2. Pada tahun 1914, kedudukan Johor berubah apabila menerima Penasihat Am British. Latar Belakang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 1. Pentadbiran bersifat longgar kerana tidak ditadbir sebagai satu unit pentadbiran yang tunggal. 2. Tidak ada perjanjian khas bagi mewujudkan “gabungan” ini, sebaliknya lebih bersifat membezakan pentadbiran negeri-negeri ini dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 3. Raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu mempunyai kuasa yang lebih besar berbanding dengan kuasa raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Bagaimanakan anda mengaplikasikan sikap jujur dalam melaksanakan tanggungjawab anda sebagai murid di sekolah? Harian Aktiviti 2


Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 257 4. Negeri-negeri ini terletak di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat. 5. Mengamalkan pemerintahan beraja yang bebas dan mempunyai kuasa autonomi di bawah pemerintahan raja masing-masing. 6. Usaha British untuk menggabungkan kedua-dua sistem pentadbiran turut gagal kerana adanya tentangan daripada raja Melayu di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. 7. Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu yang berasingan dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu berterusan hingga Perang Dunia Kedua. Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Pentadbiran di Perlis 1. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang turut melibatkan pembesar tempatan. 2. Majlis Mesyuarat Negeri menjalankan pentadbiran sejak tahun 1905. 3. Kedah tidak akan diserahkan kepada mana-mana negeri lain tanpa keizinan bertulis sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri. 4. Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada kalangan orang Melayu yang berkebolehan. 5. Setiausaha kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting. Pentadbiran di Kedah Wisma Darul Aman 1. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran yang turut melibatkan pembesar tempatan. 2. Raja mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri yang berperanan menjalankan urusan pentadbiran. 3. Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada kalangan orang melayu. 4. Pada tahun 1931, hanya terdapat tiga orang Eropah dalam pentadbiran di Perlis. 5. Setiausaha kerajaan merupakan pegawai tadbir terpenting. Praktis Formatif 15 Bagaimanakah British merangka strategi untuk menguasai Johor? • Menilai Kompleks Dewan Undangan Negeri Perlis Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, bagaimanakah cara anda untuk menjamin kestabilan keamanan negara? Harian Tingkatan 3


Sejarah Tingkatan Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 258 Pentadbiran di Johor 1. Berlandaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895. 2. Sultan tidak dibenarkan menyerahkan negerinya kepada kuasa asing. 3. Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri membantu sultan menjalankan pentadbiran. 4. Menteri Besar menjalankan urusan pentadbiran. Setiausaha negeri terdiri daripada orang Melayu yang menjadi jurucakap kerajaan yang rasmi. 5. Orang Eropah dan Melayu dalam perkhidmatan Johor dilayan sama taraf dan keutamaan diberikan kepada orang Melayu yang berkelayakan bagi memenuhi jawatan pentadbiran. Iskandar Puteri Pentadbiran di Terengganu Pentadbiran di Kelantan 1. Pentadbiran negeri berlandaskan UndangUndang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang diluluskan pada tahun 1911. 2. Undang-undang menetapkan bahawa hukum syarak dilaksanakan dan tidak boleh dipinda. 3. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan melibatkan pembesar tempatan. 4. Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri diwujudkan bagi melaksanakan pentadbiran kerajaan. 5. Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada kalangan orang Melayu. 6. Penglibatan pegawai Eropah dihadkan dalam pentadbiran. 1. Penasihat British terlibat secara langsung dalam pentadbiran dan turut melibatkan pembesar tempatan. 2. Sultan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Negeri dan Penasihat British menjadi anggota Majlis. 3. Menteri Besar berperanan penting dalam pentadbiran negeri. 4. Kakitangan perkhidmatan awam terdiri daripada kalangan orang Melayu. 5. Pegawai Eropah dihadkan memegang jawatan tertentu sahaja. Wisma Darul Iman Kota Darul Naim Tingkatan 3


Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 259 Tingkatan 3 Perkembangan Pentadbiran 1. Pembentukan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu membawa kesan besar kepada tiga aspek utama dalam pentadbiran, iaitu: (a) Pengekalan kedudukan sultan. (b) Penerusan sistem pentadbiran. (c) Pengenalan birokrasi Barat. Pengekalan kedudukan Sultan Penerusan sistem pentadbiran Pengenalan Birokrasi Barat • Sistem pentadbiran di Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu tidak mengubah kedudukan Sultan. • Sultan masih kekal sebagai puncak kuasa dalam pentadbiran negeri. • Sultan mempunyai kuasa terutama dalam agama Islam dan adat istiadat Melayu. • Selain itu, kedudukan pembesar turut dikekalkan, meskipun bidang tugasnya telah berubah. • Pembesar tidak lagi mengutip cukai dan pajak seperti sebelum ini, sebaliknya diberikan elaun dan pencen. • Sistem pentadbiran tradisional seperti Sistem Jemaah Menteri dan Majlis Negeri dan peraturan yang terdapat dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan diteruskan. • Sistem pentadbiran negeri diterajui oleh pembesar Melayu. • Pihak British membantu melalui peminjaman pegawai daripada Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. • Negeri-negeri ini mempunyai sistem perkhidmatan awamnya sendiri. • Kerajaan Kedah dengan kerajaan British menyatakan perjanjian semua jawatan perkhidmatan awam terdiri daripada pegawai Melayu Kedah. • Penasihat British menentukan dasar pentadbiran negeri hingga mengurangkan kuasa sultan dan pembesar. • Jabatan-jabatan baharu diperkenalkan di setiap negeri. • Pasukan polis diwujudkan. • Urusan pentadbiran negeri mengamalkan cara Barat. • Mahkamah sivil diperkenalkan. • Pegawai-pegawai British dilantik sebagai pegawai pentadbiran kerajaan. Praktis Formatif 4.4 1. Nyatakan latar belakang Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. 2. Namakan Menteri Besar pertama bagi Negerinegeri Melayu Tidak Bersekutu. 3. Terangkan ciri pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. 4. Bagaimanakah kedudukan Sultan setelah menerima Penasihat British? INFO INFO SEJARAH SEJARAH Antara amalan pentadbiran Barat di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ialah: • Peluasan kuasa British di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyebabkan berlaku perubahan dalam sistem pentadbiran. • Pembentukan sistem Penasihat British menjadi asas peluasan kuasa British di negeri-negeri ini. • Walaupun kedaulatan negeri masih dipegang oleh Sultan, namun kuasa yang ada semakin terhakis. Tugasan: Bincangkan dalam kumpulan anda pelaksanaan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan hasilkan satu carta pengurusan grafik untuk untuk merumuskan persamaan dan perbezaan pelaksanaan pentadbiran di setiap negeri. Objektif: • Mengetahui pelaksanaan pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. • Memahami persamaan dan perbezaan pelaksanaan pentadbiran di setiap negeri. PAK-21 Aktiviti 3


Sejarah Tingkatan Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 260 Tingkatan 3 Praktis UASA 4 BAHAGIAN A Arahan: Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Maklumat berikut berkaitan dengan perlembagaan negeri. • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor • Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu Apakah persamaan perlembagaan tersebut? A Menerap pengaruh Barat B Memelihara adat Melayu C Menjadi panduan pentadbiran D Mengelakkan kebangkitan rakyat 2. Senarai berikut merupakan negeri di bawah naungan Siam. • Perlis • Kedah • Kelantan • Terengganu Bagaimanakah Siam berjaya mengukuhkan pengaruhnya di negeri tersebut sebelum tahun 1909? A Meminta ufti B Melantik penasihat C Menempatkan pasukan tentera D Menggalakkan perkahwinan diraja 3. Antara berikut, yang manakah peranan penghulu? I Memungut cukai II Menjaga keselamatan III Mengutip cukai kawasan IV Menyediakan tenaga tentera A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 4. Bagaimanakah British mengukuhkan kuasa di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu? A Menghapuskan pentadbiran tradisional B Memperkenalkan jawatan Residen C Melaksanakan pentadbiran Barat D Melucutkan jawatan pembesar 5. Jadual berikut menunjukkan persaingan kuasakuasa Barat dari tahun 1897 hingga tahun 1909. Kuasa Tempat Perancis Segenting Kra Jerman Pulau Langkawi Amerika Syarikat Terengganu Apakah usaha British dalam menghadapi persaingan tersebut? A Mengukuhkan pertahanan B Membahagikan kawasan pengaruh C Mendapatkan bantuan tentera Bugis D Menandatangani perjanjian dengan Siam 6. Jadual berikut menunjukkan pegawai British yang dilantik ke dalam pentadbiran negeri mengikut Perjanjian 1909. Negeri Tokoh Kelantan J.S. Mason Kedah George Maxwell Perlis Meadowe Frost Apakah tanggungjawab pegawai British tersebut? A Menasihati sultan B Melindungi pelaburan C Mengurus hal ehwal luar D Menjamin keselamatan negeri 7. Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan yang dilakukan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. Pada tahun 1879, Gabenor Negeri-negeri Selat mengemukakan cadangan kepada British untuk meluaskan pengaruh ke Johor. Apakah cadangan tersebut? A Melantik seorang ejen B Menempatkan Residen British C Menawarkan pinjaman kewangan D Membiayai pembinaan landasan kereta api


Sejarah Tingkatan 3 Bab 4 Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu 261 Tingkatan 3 BAHAGIAN B 1. Sistem kesultanan diamalkan di Negeri-negeri Melayu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Negeri Pengasas Perlis Syed Hussin Jamalullail Johor Maharaja Abu Bakar Kedah X Kelantan Y Terengganu Sultan Zainal Abidin I (a) Berdasarkan jadual di atas, namakan pengasas negeri tersebut: (i) X: (ii) Y: [2 markah] (b) Apakah peranan sistem perundangan di negeri Melayu tersebut? [4 markah] (c) Mengapakah negeri-negeri tersebut menjalin hubungan luar dengan negara lain? Menilai [4 markah] BAHAGIAN C 1. Perjanjian berikut ditandatangani oleh British sebagai langkah untuk menguasai Negeri Melayu Utara. • Perjanjian 1902 • Perjanjian Sulit 1897 • Perjanjian Bangkok 1909 • Perjanjian Sempadan 1899 (a) Jelaskan kesan perjanjian yang ditandatangani antara tahun 1897 hingga 1909 tersebut terhadap Negeri Melayu Utara. [4 markah] (b) Perjanjian Bangkok 1909 telah membuka laluan luas kepada British untuk menguasai negeri-negeri tersebut. Bincangkan pernyataan tersebut. [8 markah] (c) Siri perjanjian yang ditandatangani antara British dan Siam mengenai Negeri Melayu Utara adalah tidak wajar. Berikan alasan anda. Menganalisis [8 markah]


Kajian Kes 328 PANDUAN Kajian Kes


Sejarah Tingkatan 1.2.3 Panduan Kajian Kes 329 Pengenalan 1. Kajian kes merupakan kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk penerangan mengenai sesuatu isu atau persoalan berkaitan tokoh, institusi, tempat, peristiwa dan dokumen. 2. Kajian kes bertujuan memberi pengalaman dan kemahiran kepada murid mengenai pengetahuan sejarah diri, negara dan bangsa. 3. Kajian kes melibatkan aktiviti penyelidikan secara langsung apabila murid didedahkan dengan pelbagai kaedah dan kemahiran seperti pencarian, pengumpulan dan menganalisis maklumat. 4. Dapatan kajian dalam pelbagai bentuk seperti kerja projek, pelaporan, pembentangan dan sebagainya dapat dihasilkan oleh murid. 5. Melalui kajian kes, murid dapat mengaplikasikan disiplin ilmu Sejarah, Elemen Kewarganegaraan dan Nilai Sivik serta mengaplikasikan kreativiti. Tugasan bertulis Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan dan gubahan dalam bentuk tulisan. Ujian amali Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja atau menghasilkan sesuatu produk. Projek Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan sesuatu produk dan membuat pelaporan tentang produk atau artifak yang dihasilkan. Persembahan Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan/melakukan/beraksi/mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan. Demonstrasi Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan. Kajian lapangan Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk mendapatkan data dan maklumat serta membuat laporan. Kajian kes Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data atau maklumat yang diperoleh dan membuat laporan.


Sejarah Tingkatan 1.2.3 Panduan Kajian Kes 330 Kaedah Melaksanakan Kajian Kes 1. Kajian kes melibatkan aktiviti pembelajaran seperti membuat pemerhatian, penyelidikan dan eksplorasi sama ada dalam kerja lapangan, kajian bahan dan dokumen. 2. Guru perlu membimbing murid dengan menggunakan kaedah tersebut supaya pembelajaran berkesan dapat dilaksanakan. 3. Pentaksiran kajian kes merupakan proses mendapatkan maklumat mengenai sejauh mana murid mengetahui, memahami dan keupayaan melaksanakan perkara yang dipelajari berdasarkan pernyataan SPi yang ditetapkan mengikut dokumen kurikulum. 4. Guru dapat membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses PdP melalui pelaksanaan kajian kes. 5. Pentaksiran ini memerlukan guru membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan pencapaian murid. 6. Guru boleh mengambil kiran peratusan markah daripada kajian kes sebagai sebahagian daripada jumlah keseluruhan markah murid dalam peperiksaan. 7. Guru perlu mengenal pasti tema atau tajuk kajian yang akan dilaksanakan. 8. Murid dibimbing oleh guru bagi menentukan skop kajian dan membina soalan yang dapat mencungkil maklumat mengenai tajuk yang dikaji. 9. Murid dibantu oleh guru dalam membuat perancangan dan menyusun atur proses kerja berdasarkan senarai semak yang disediakan. 10. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan murid perlu mengetahui tugasan masing-masing. 11. Guru berperanan membuat tindakan susulan bagi memantau hasil kerja murid dan memastikan murid menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan. BORANG AKUAN PENGESAHAN PERAKUAN CALON TENTANG KETULENAN TUGASAN Saya memperakui bahawa tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri, melainkan petikan, grafik, dan gambar rajah yang dinyatakan sumber rujukannya. RESPONDEN NAMA TANDATANGAN TARIKH Murid Pentaksir (Guru) Ketua Pentaksir Sekolah / Pentaksir Luar


Sejarah Tingkatan 1.2.3 Panduan Kajian Kes 331 Pengertian 1. Satu kajian secara mendalam tentang situasi, isu, subjek, dokumen, atau peristiwa. 2. Berdasarkan sumber secara terperinci yang dikumpulkan dalam jangka masa tertentu. Ciri 1. Data yang mendalam dan teliti dari pelbagai sumber. 2. Pemerhatian dan empati. 3. Makna dan iktibar yang boleh dipelajari daripada kes tertentu. Tujuan 1. Mengilustrasi gambaran, menganalisis dan menginterpretasi kehebatan tokoh, keunikan monumen, situasi, dan peristiwa melalui maklumat yang diperoleh. 2. Mengenal pasti tingkah laku yang kompleks dalam situasi tertentu. 3. Mempersembahkan dapatan sebenar. 4. Pengesahan dapatan. Fokus 1. Individu, situasi tempatan, atau peristiwa. 2. Kejadian atau peristiwa yang unik dan utama atau kes tunggal. 3. Perkara berkaitan tokoh, komuniti, pertubuhan, institusi, peristiwa, tempat, fakta/mitos/legenda, dan monumen. Langkah-langkah pelaksanaan kajian kes Pernyataan masalah Objektif kajian Analisis data Kajian literatur Kaedah kajian Laporan kajian Sumber rujukan 1 3 4 6 7 5 2


Sejarah Tingkatan 1.2.3 Panduan Kajian Kes 332 Kerangka Pelaksanaan Kajian Kes Bil. Senarai Semak Tugasan Aktiviti / Tindakan 1 Perancangan 1.1 Tajuk 1.2 Jadual kerja / Senarai semak 1.3 Objektif kajian 1.4 Kaedah kajian Menyediakan perancangan yang sangat lengkap, tepat, dan realistik serta menunjukkan kesungguhan. [8 markah] 2 Proses awal 2.1 Mengumpul maklumat berdasarkan pelbagai sumber rujukan Mengumpul maklumat yang sangat tepat, lengkap, dan sangat sesuai dengan tugasan daripada pelbagai sumber. [10 markah] 2.2 Menyediakan kerangka kasar penulisan Menyediakan kerangka penulisan yang sangat lengkap, tepat, dan realistik serta menunjukkan kesungguhan. [10 markah] 3 Pelaporan 3.1 Pengenalan Menulis pengenalan yang sangat sesuai dengan tugasan dan menggambarkan keseluruhan kandungan hasil penulisan. [5 markah] 3.2 Menjelaskan perkembangan empat tamadun awal dunia. Menjelaskan perkembangan empat tamadun awal dunia. [15 markah] 3.3 Menerangkan ciri-ciri tamadun awal dunia. Menerangkan ciri-ciri tamadun awal dunia dengan terperinci dan menunjukkan kesungguhan. [20 markah] 3.4 Menjelaskan sumbangan tamadun awal dunia dalam seni bina. Menjelaskan sumbangan tamadun awal dunia dalam seni bina dengan terperinci, sangat tepat, serta menunjukkan pengetahuan dan pemahaman yang sangat luas terhadap fakta sejarah. [10 markah] 3.5 Menjelaskan sikap yang perlu ada pada generasi muda hari ini untuk menjamin kecemerlangan tamadun bangsa Malaysia. Menjelaskan sikap yang perlu ada pada generasi muda hari ini untuk menjamin kecemerlangan tamadun bangsa Malaysia dengan sangat terperinci serta menunjukkan kesungguhan. [10 markah] 3.6 Rumusan, pengetahuan, nilai, unsur patriotisme, dan harapan. Rumusan yang merangkumi keseluruhan aspek dan sangat releven dengan tugasan. [5 markah] 3.7 Rujukan Sumber rujukan autentik, releven, dan pelbagai. [2 markah] 4 Penilaian umum Kemas, tersusun, dan penggunaan bahasa yang gramatis. [5 markah]


Sejarah Tingkatan 1.2.3 Panduan Kajian Kes 333 Contoh Kajian Kes Contoh 1 Teliti peta berikut. Sg.Nil Sg.Euphrates Sg.Tigris Sg.Indus Sg.Ganges Sg.Huang He Pusat tamadun awal Tamadun Mesir Purba Tamadun Mesopotamia Tamadun Indus Tamadun Huang He U Anda dikehendaki membuat kajian tentang tamadun awal dunia. Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 150 patah perkataan. Laporan anda hendaklah mengandungi aspek berikut: (a) Tajuk kajian (b) Nama penulis (c) Isi kandungan: (i) Pengenalan – Menjelaskan lokasi pembentukan tamadun awal dunia (ii) Menjelaskan perkembangan empat tamadun awal dunia. (iii) Menerangkan ciri-ciri tamadun awal dunia. (iv) Menjelaskan sumbangan tamadun awal dunia dalam seni bina. (v) Menjelaskan sikap yang perlu ada pada generasi muda hari ini untuk menjamin kecemerlangan tamadun bangsa Malaysia (d) Rumusan (e) Sumber rujukan


Sejarah Tingkatan 1.2.3 Panduan Kajian Kes 334 Panduan Jawapan Tajuk laporan: Perkembangan Tamadun Awal Dunia Nama: Nama murid Isi kandungan: (i) Lokasi pembentukan tamadun awal manusia Tamadun awal dunia, iaitu Mesopotamia, Mesir Purba, Indus, Huang He bermula dan berkembang di kawasan lembah sungai. Kepentingan sungai kepada manusia ketika itu ialah membekalkan air bagi keperluan harian, menjadi alat perhubungan, menjadi kawasan pertanian yang subur, membekalkan sumber makanan seperti ikan, dan sesuai dijadikan kawasan petempatan. (ii) Perkembangan empat tamadun awal dunia Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun terawal dunia yang terletak di barat daya Asia. Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Iraq. Bermula sejak Zaman Neolitik (5,000 SM – 700 SM). Wilayah Mesopotamia berkembang menjadi pusat tamadun awal sekitar tahun 3,500 SM.Terdapat beberapa kerajaan dalam tamadun ini seperti Sumeria, Babylon, Akkad, Asyria, dan Chaldea. Tamadun Mesopotamia bermula di Sumer, iaitu di wilayah selatan. Orang Sumeria membina petempatan dan menjalankan pertanian. Mereka menebus guna tanah, membina sistem pengairan, dan membentuk sistem perbandaran. Di lembah Sungai Tigris dan Sungai Euphrates, terdapat kawasan subur yang luas dalam oasis di tengah gurun dan gunung yang diipanggil Bulan Sabit Subur yang terletak di antara Laut Mediterranean dan Teluk Parsi. Kawasan ini berkembang menjadi sebuah bandar yang besar. Tamadun Mesir Purba terletak di lembah Sungai Nil. Mesir dianggap sebagai Hadiah Sungai Nil kerana Sungai Nil membanjiri kawasan sekitarnya setiap tahun dengan membawa lumpur hitam yang subur untuk pertanian. Kawasan lembah terbesar di dunia ini menjadi kawasan subur dan berkembang menjadi negarakota. Sungai Nil menjadi sumber perhubungan dan pengangkutan serta membekalkan sumber makanan seperti ikan. Terdapat tiga tahap pemerintahan kerajaan dalam tamadun Mesir Purba, iaitu Kerajaan Purba, Kerajaan Pertengahan, dan Kerajaan Baru. Tamadun Indus bermula pada 2,500 SM dan terletak di Lembah Sungai Indus, di barat laut dan utara India. Kawasan ini dikelilingi Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara. Di barat laut India, terdapat penduduk yang mengamalkan kehidupan nomad. Mereka membina petempatan kekal di sepanjang Lembah Sungai Indus. Lembah Sungai Indus mengalami dua musim yang ekstrem, iaitu musim hujan yang membawa banjir dan musim kering yang menyebabkan kemarau. Penduduk Lembah Sungai Indus menanam gandum, kapas, dan barli. Mereka juga menghasilkan barangan daripada kapas dan besi. Hubungan perdagangan wujud


Sejarah Tingkatan 1.2.3 Panduan Kajian Kes 335 antara penduduk Lembah Sungai Indus dengan penduduk di selatan Mesopotamia. Kawasan Lembah Sungai Indus akhirnya berkembang menjadi bandar. Dua bandar terancang ialah Mohenjo-Daro dan Harappa. Tamadun Huang He bermula kira-kira 4,000 SM. terletak di dua sungai utama yang mengalir dari pergunungan di sebelah barat ke Lautan Pasifik, iaitu Sungai Huang He (Sungai Kuning yang membawa lumpur kuning yang subur) di utara China dan Sungai Yangtze di tengah China yang mengalir ke timur hingga ke Laut Kuning. Masyarakat awal China membina petempatan di sepanjang Sungai Huang He dan menjalankan kegiatan pertanian, penternakan, mengumpul hasil hutan, dan berburu. Limpahan air Sungai Huang He telah membawa banjir dan menenggelamkan kampung. Oleh sebab lokasi tamadun ini terpencil, maka penduduk menghasilkan makanan sendiri dan tidak berdagang dengan orang luar. Terdapat tiga kerajaan awal, iaitu Kerajaan Xia, Kerajaan Shang, dan Kerajaan Zhou. Perkembangan petempatan penduduk membawa kepada pembentukan beberapa buah bandar seperti Anyang yang menjadi pusat kerajaan semasa Dinasti Shang. Tamadun Huang He tersebar hingga ke selatan Sungai Yangtze semasa Dinasti Zhou. Penduduk menjalankan aktiviti pertanian, membuat tembikar, membina kapal, menghasilkan varnis, sutera, sulaman, dan ukiran. Kemajuan dalam aktiviti pertanian dibuktikan melalui penciptaan peralatan pertanian yang diperbuat daripada kayu dan logam. (iii) Ciri-ciri tamadun awal dunia Pertanian dan perdagangan – Kegiatan pertanian dalam tamadun awal telah meningkatkan kehidupan masyarakat. Perkembangan kegiatan pertanian seperti pembinaan saliran, pengenalan kincir air, penciptaan pelbagai peralatan, dan pembinaan teres di tanah tinggi. Lebihan daripada hasil pertanian telah mewujudkan kegiatan perdagangan. Perdagangan terbahagi kepada perdagangan tempatan dan perdagangan jarak jauh. Pembentukan bandar – Perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan manusia membina petempatan kekal. Perkembangan petempatan kekal bermula dengan kampung. Apabila berlaku pertambahan penduduk, kampung berkembang dan disatukan menjadi bandar. Bandar menjadi pusat pentadbiran, ekonomi, dan kebudayaan. Bandar pertama dibina pada tahun 4,000 SM. Antara bandar utama dalam tamadun awal ialah Ur dan Uruk di Sungai Tigris dan Euphrates, Memphis di Sungai Nil, Mohenjo-Daro di Sungai Indus, dan Anyang di Sungai Huang He. Sistem pemerintahan – Kesan daripada pembentukan bandar, kerajaan telah dibentuk untuk menguruskan pemerintahan di negara-kota. Pada peringkat awal, pendeta mengetuai pemerintahan dan kemudiannya diganti oleh raja. Raja yang memerintah negara-kota akan dibantu oleh golongan bangsawan dan pendeta. Sistem undang-undang dibentuk untuk melicinkan dan melancarkan pentadbiran negara. Pengkhususan pekerjaan – Kesan pembentukan dan perkembangan bandar ialah meningkatkan jumlah penduduk, mewujudkan pengkhususan pekerjaan, dan menawarkan banyak peluang pekerjaan. Antara pekerjaan yang wujud dalam tamadun awal ialah pengutip cukai, jurutera, tentera, petani, dan pentadbir. Artisan melakukan kerja mengukir, menempa besi, dan membuat tembikar. Golongan pedagang akan bertukar barang dengan hasil yang dikeluarkan oleh artisan. Organisasi sosial – Kemunculan golongan pekerja dalam tamadun Mesir Purba telah membentuk kelas sosial. Kelas sosial dibentuk berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan, dan pengaruh. Contoh organisasi sosial


341 TINGKATAN 1 1 Mengenali Ilmu Sejarah Bab Praktis Formatif 1.1 1. Maksud Sejarah menurut Kamus Dewan ialah asal usul, (keturunan), salasilah, dan peristiwa yang benarbenar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat, dan tambo serta kajian, atau pengetahuan mengenai peristiwa yang telah lalu. 2. Perkataan Yunani yang merujuk kepada sejarah ialah Historia. Praktis Formatif 1.2 1. Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu. 2. (i) Abdul Rahim Kajai (ii) Buyong Adil Praktis Formatif 1.3 1. Kronologi bermaksud berurutan mengikut masa kejadian. 2. Alaf bermaksud tempoh masa seribu tahun. Abad bermaksud tempoh masa seratus tahun. Praktis Formatif 1.4 1. Sumber sejarah disimpan di muzium, arkib, dan perpustakaan. 2. (i) Muzium Negara Malaysia (ii) Muzium Negeri Sabah (iii) Muzium Samudera, Melaka (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 11 Sejarawan memilih kaedah penyelidikan sejarah dengan cara menentukan tajuk dan skop kajian sejarah yang ingin dikaji. Contohnya jika dia ingin mengkaji tentang kehidupan manusia Zaman Prasejarah, dia boleh menggabungkan kaedah bertulis dan kaedah arkeologi. Sumber maklumat yang didapati daripada kaedah bertulis dan kaedah arkeologi itu akan menguatkan lagi kajian yang dibuatnya. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 1.5 1. Arkeologi bermaksud kaji purba mengenai asalusul sesuatu kebudayaan (terutamanya kebudayaan manusia Zaman Prasejarah) dengan cara-cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalan prasejarah. 2. Kaedah lisan (temu bual dengan guru atau kakitangan sekolah) dan kaedah bertulis (majalah sekolah). Praktis Formatif 12 Perbezaan tafsiran dalam sejarah sering wujud dalam kalangan sejarawan Barat dengan sejarawan tempatan disebabkan pandangan yang berlainan. Selain itu, penggunaan sumber sejarah yang berbeza juga boleh menimbulkan tafsiran yang berbeza. Sejarawan Barat juga sering menggunakan propaganda dan menonjolkan kelebihan mereka sebagai kuasa besar yang maju. Terdapat juga unsur bias dan berat sebelah dalam tafsiran sejarah untuk menjaga kepentingan bangsa masing-masing. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 1.6 1. (i) Masyarakat akan mendapat fakta sejarah yang palsu. (ii) Wujud salah faham dan buruk sangka antara kaum. (iii) Masyarakat tidak mendapat iktibar dan pengajaran daripada peristiwa sejarah. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) 2. Sejawaran yang jujur dan bertanggungjawab akan memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat. Sejarawan tidak akan berat sebelah dan menyokong mana-mana pihak demi kepentingannya. Sejarawan akan mematuhi dan tidak melanggar etika penulisan demi memastikan maklumat yang disampaikan tepat dan benar. Praktis Formatif 1.7 1. Sejarah dianggap subjek yang membosankan kerana menghafal tarikh dan peristiwa. Pengajaran Sejarah tidak menarik dan hanya di dalam kelas. Murid tidak dapat menghayati peristiwa sejarah. 2. Cara meminati subjek Sejarah di sekolah ialah dengan mengadakan perbincangan dalam kumpulan, membuat nota sejarah dalam bentuk peta minda, menghasilkan buku skrap tentang peristiwa sejarah, dan membuat mini album tentang tokoh-tokoh sejarah. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 13 Cara mengelakkan diri daripada menjadi “buta sejarah” ialah mengetahui peristiwa sejarah negara dengan membaca karya sejarah, ensiklopedia, surat khabar, melayari laman sesawang, menonton dokumentari di televisyen, dan menonton filem patriotik. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis UASA 1 BAHAGIAN A 1. A 2. B 3. B 4. D 5. B 6. A 7. B 8. A 9. B 10. A BAHAGIAN B 1. (a) (i) Tahap pertama – Persediaan JAWAPAN


342 Sejarah Tingkatan 1.2.3 Jawapan (ii) Tahap kedua – Rakaman temu bual (iii) Tahap ketiga – Memproses rakaman (b) (i) Mempunyai pengalaman. (ii) Terlibat dalam peristiwa tersebut. (iii) Mempunyai maklumat tentang peristiwa tersebut. (c) Kelemahan (i) Wujud unsur tokok tambah seperti mitos, dongeng dan legenda. (ii) Orang sumber mungkin memberi maklumat yang berat sebelah atau kurang tepat. Cara mengatasi (iii) Fakta yang diterima haruslah dipilih, ditafsir (iv) Fakta hendaklah dibandingkan dengan sumber bertulis bagi memastikan kebenarannya. 2. (a) (i) Perbezaan tujuan penulisan. (ii) Pemilihan sumber yang pelbagai. (iii) Perbezaan ideologi dan pandangan. (b) (i) Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber. (ii) Mendorong berfikiran terbuka dan kritis. (iii) Menilai peristiwa yang sama dari sudut yang berbeza. (c) (i) Sejarawan hendaklah menjalankan kajian secara menyeluruh. (ii) Sejarawan perlu jujur dan bertanggungjawab semasa memilih, mentafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu peristiwa sejarah. (iii) Sejarawan tidak harus berat sebelah dan menyokong mana-mana pihak yang berkepentingan. (iv) Sejarawan harus mematuhi etika penulisan demi memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat betul dan tepat. BAHAGIAN C 1. (a) (i) Sumber primer Sumber ini bersifat asli, belum ditafsir, belum diolah, atau diterbitkan. Contohnya, fosil, artifak, fail rasmi jabatan, surat peribadi, diari, manuskrip, batu bersurat, dokumen rasmi dan keterangan lisan. (ii) Sumber sekunder Bahan yang telah diolah dan diterbitkan. Bahan tersebut tersebar kepada umum. Contohnya risalah, akhbar, buku, majalah, jurnal dan ensiklopedia. (b) Kaedah arkeologi Kaedah arkeologi digunakan untuk mengkaji rangka manusia Perak Man. Merupakan kajian secara saintifik untuk mencari maklumat daripada bahan tinggalan sejarah. Menggunakan kaedah gali cari atau ekskavasi terhadap bahan tinggalan sejarah. Proses aktiviti gali cari di tapak penemuan ialah membuat perancangan grid, iaitu penandaan kawasan di tapak arkeologi dilakukan. Setiap petak grid akan diberikan nombor rujukan. Menandakan kawasan berdasarkan pelan. Melakukan ekskavasi, iaitu proses mengumpulkan data dengan mencatatkan semua penemuan. Kerja- kerja di makmal arkeologi melibatkan pemunggahan dan pengisihan. Pengisihan dibuat mengikut jenis artifak atau lapisan tanah di tapak artifak yang ditemui. Melakukan pembersihan sebelum membuat kajian. Membuat katalog bagi setiap artifak dengan nombor pengenalan dan membuat analisis bagi mendapatkan maklumat tentang sesuatu artifak. Kaedah arkeologi bawah air Kaedah arkeologi bawah air digunakan untuk mengkaji kapal karam. Arkeologi bawah air ialah kajian saintifik tentang sejarah peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik. Peralatan menyelam digunakan untuk membantu ahli arkeologi bekerja di dalam air. Paip udara digunakan untuk menyedut mendapan yang menutupi hasil penemuan. Fotografi dibuat untuk merekod butiran ekskavasi. Grid ekskavasi untuk merekod lokasi penemuan dengan tepat. Kaedah arkeologi bawah air hampir sama seperti di daratan. Perbezaanya ialah menggunakan peralatan khusus yang biasanya dikendalikan oleh pakar, teknologi dari luar negara serta melibatkan kos yang tinggi. (c) Warisan sejarah negara merupakan khazanah penting yang diwarisi sejak zaman-berzaman seperti A Famosa, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Stadium Merdeka. Warisan kebangsaan ini perlu dipelihara kerana mempunyai seribu satu makna di sebaliknya. Warisan negara menjadi daya tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun antarabangsa. Pengekalan tinggalan penjajah menggamit hati pelancong untuk melihat sendiri tentang keunikan seni bina masyarakat lama. Warisan negara juga dapat memupuk semangat patriotik dalam jiwa generasi pada kini dan akan datang. Usaha memelihara warisan negara ini dapat mengenang sejarah penting yang berlaku di negara kita seperti Stadium Merdeka yang menjadi saksi peristiwa kemerdekaan negara. Sekiranya bangunan ini tidak dipelihara kemungkinan besar generasi muda akan melupakan sejarah penting negara. 2 Zaman Air Batu Bab Praktis Formatif 2.1 1. Dunia bermaksud tempat tinggal manusia dan berjutajuta hidupan yang lain. 2. Bumi dianggarkan melebihi 4.6 bilion tahun. Praktis Formatif 2.2 1. Zaman Air Batu ialah garis masa geologi yang menunjukkan suhu bumi menurun pada tahap membeku dalam jangka masa yang lama. 2. Zaman Air Batu berakhir apabila berlaku perubahan iklim suhu panas. Praktis Formatif 2.3 1. Hidupan di bumi bermula sejak 545 juta tahun dahulu. 2. Trilobite, Eurypterids, dan Crinoid Stone-lily. Praktis Formatif 2.4 1. Suhu dunia terlalu sejuk. Salji menutupi kawasan kutub dan Benua Eropah. 2. Tumbuhan yang wujud ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar.


343 Sejarah Tingkatan 1.2.3 Jawapan Praktis Formatif 11 Jika dipilih ke Benua Antartika, saya akan membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Saya akan membawa bekalan ubat untuk memastikan aspek kesihatan diri terjamin. Saya juga akan memastikan peralatan kajian berada dalam keadaan baik dan lengkap. Saya juga akan membuat kajian dan mendapatkan maklumat daripada mereka yang pernah menjejakkan kaki di Benua Antartika. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 2.5 1. (i) Tasik Bera (ii) Tasik Dayang Bunting (iii) Tasik Kenyir (iv) Tasik Chini (Mana-mana dua) 2. Kesan radiasi bumi menyebabkan bumi mengalami perubahan iklim daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk. Radiasi bumi yang berlaku daripada sinaran matahari dan pemanasan pada bumi menyebabkan peningkatan suhu bumi. Praktis Formatif 2.6 1. Peningkatan suhu menyebabkan berlaku pencairan air batu. 2. Pentas Sunda ditenggelami air dan membentuk Kepulauan Melayu. Praktis Formatif 12 Kita harus bersyukur dengan alam ciptaan Tuhan kerana dapat hidup dengan aman, makmur, sihat, dan bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis UASA 2 BAHAGIAN A 1. D 2. D 3. C 4. A 5. C 6. B 7. D 8. A 9. D 10. D BAHAGIAN B 1. (a) (i) Zaman Miosen (ii) Zaman Pliosen (iii) Zaman Pleistosen (iv) Zaman Holosen (b) (i) Suhu bumi menurun pada tahap membeku dalam jangka masa yang lama. (ii) Air batu tebal yang dikenali sebagai lapisan ais menutupi Kutub Utara dan Kutub Selatan. (iii) Lapisan ais ini menyebabkan kawasan air batu menjadi luas di kawasan kutub dan pergunungan. (c) (i) Mengamalkan kitar semula. (ii) Mengurangkan penggunaan beg plastik. (iii) Menggunakan air dan elektrik dengan berhemah. BAHAGIAN C 1. (a) (i) Zaman Miosen Berlaku 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu. Gunung-ganang terbentuk secara fizikal. Wujud mamalia, hidupan di laut dan di air. Suhu dunia panas dan kering. (ii) Zaman Pliosen Berlaku 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu. Berlaku penyejukan global Zaman Miosen yang lebih panas. Penyejukan dan pengeringan alam sekitar global pada masa itu menyumbang kepada penyebaran padang rumput dan savana. Terbentuk jambatan darat Panama antara Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mendorong penghijrahan tumbuhan dan haiwan ke habitat baharu. Terbentuk dataran tinggi seperti di Colorado, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Grand Canyon. (b) Glasier Glasier telah mengubah bentuk fizikal bumi. Air batu yang cair dari kawasan tanah tinggi dan gunung akan membawa batu dan tanah semasa menuruni tanah tinggi. Lebihan air yang dibawa akan melimpahi ke kawasan laut. Kesannya berlaku perubahan paras air laut dengan kedalaman 100 meter. Tasik Kecairan air batu membentuk tasik air tawar seperti Tasik Dayang Bunting di Malaysia dan Great Lakes di Kanada. Bentuk saliran sungai turut berubah kepada bentuk yang wujud pada hari ini. (c) Kegiatan manusia yang boleh menyebabkan berlakunya peningkatan suhu bumi ialah pembakaran terbuka, penebangan pokok, pembakaran hutan, kegiatan perindustrian, pembalakan haram dan pelepasan karbon dioksida. Cadangan untuk mengatasi masalah tersebut ialah penggunaan teknologi hijau, penanaman pokok, penguatkuasaan undang-undang alam sekitar yang lebih ketat dan memupuk nilai cinta akan alam sekitar kepada masyarakat. 3 Zaman Prasejarah Bab Praktis Formatif 3.1 1. Zaman Prasejarah dikaji melalui kaeadah arkeologi menggunakan kaedah gali cari atau ekskavasi. 2. Kita mengkaji Zaman Prasejarah untuk mengetahui ciri kehidupan manusia masa lampau, mengetahui teknologi yang digunakan pada Zaman Prasejarah, dan mencontohi semangat berusaha manusia Zaman Prasejarah. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 3.2 1. Penemuan rangka manusia Perak Man membuktikan Zaman Prasejarah di Lenggong, Perak. 2. Lokasi Zaman Prasejarah di Thailand ialah Ban Chiang. Praktis Formatif 11 Manusia Zaman Prasejarah meneruskan kelangsungan hidup dengan cara berpindah-randah untuk mencari makanan dan mencipta peralatan daripada batu, tanah liat, dan logam untuk memudahkan kegiatan harian mereka.


Click to View FlipBook Version