The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2024-01-24 02:50:47

Focus UASA KSSM (T1,2 & 3) 2024 SEJARAH

Harga - WM : RM35.95 EM : RM36.95

344 Sejarah Tingkatan 1.2.3 Jawapan Praktis Formatif 3.3 1. Manusia Zaman Logam hidup menetap di dalam rumah, mencipta perlatan daripada besi dan gangsa, menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti bercucuk tanam, menternak, dan menangkap ikan, berdagang, dan mengamalkan pengkhususan pekerjaan. Mereka mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup tertentu serta wujud sistem pentadbiran yang sistematik. 2. Kegiatan perdagangan dijalankan secara tukar barang (sistem barter). Praktis Formatif 12 Nilai yang boleh kita contohi daripada manusia Zaman Prasejarah ialah gigih mengharungi kehidupan yang serba kekurangan, kreatif menghasilkan pelbagai peralatan, inovatif memanfaatlkan sumber alam dan persekitaran, berusaha menyusun kehidupan yang lebih baik dan selesa, serta tidak mudah berputus asa meneruskan kehidupan walaupun berada dalam kesusahan. Praktis Formatif 3.4 1. Tanaman yang ditanam pada Zaman Neolitik ialah padi, gandum, dan barli. 2. Mayat diurus dengan teliti dan sempurna serta dikebumikan bersama-sama dengan pelbagai peralatan. Praktis Formatif 3.5 1. Gua Niah, Gua Cha, dan Gunung Runtuh. 2. Bukti tingggalan di Gua Niah ialah lukisan gua dan tembikar. Praktis UASA 3 BAHAGIAN A 1. C 2. B 3. A 4. B 5. A 6. B 7. D 8. A 9. D 10. D BAHAGIAN B 1. (a) (i) Hidup secara nomad dan dalam kelompok kecil. (ii) Menggunakan peralatan batu, kayu dan tulang haiwan. (iii) Bergantung sepenuhnya pada sumber alam semula jadi (b) (i) Lukisan gua (ii) Tembikar dan manik (iii) Peralatan batu dan logam (c) (i) Mewartakan lokasi Zaman Prasejarah. (ii) Membina galeri dan muzium arkeologi. (iii) Membuat dokumentari tentang lokasi Zaman Prasejarah. (iv) Menjadikan lokasi Zaman Prasejarah sebagai tempat pelancongan. BAHAGIAN C 1. (a) (i) Kepercayaan Melakukan ritual bagi mewujudkan hubungan baik dengan kuasa alam dan amalan penyembahan. Wujud kepercayaan kehidupan selepas mati dan mayat diuruskan dengan teliti serta dikebumikan dengan sempurna. (ii) Organisasi sosial Hidup menetap dan sistem sosial lebih baik. Terdapat ketua yang dipilih daripada kalangan mereka. Bermulanya pembahagian sosial, iaitu wujud kelas atasan dan kelas bawahan. Kemunculan organisasi sosial membentuk kehidupan yang lebih baik. (b) Peralatan Zaman Batu Manusia Zaman Prasejarah menggunakan peralatan daripada batu, kayu dan tulang dalam kehidupan mereka. Peralatan manusia Zaman Prasejarah dalam bentuk ringkas, sedia ada dan kasar pembuatannya. Peralatan yang dicipta lebih mengutamakan fungsi. Peralatan gangsa dan besi dicipta apabila manusia mula mengetahui tentang campuran logam, acuan, dan suhu pembakaran. Peralatan masa kini Pedang, parang, cangkul, keris, kapak, dan tombak merupakan peralatan besi yang dicipta dan masih digunakan hingga kini. Manusia moden pada hari ini menggunakan pelbagai peralatan moden dan mempunyai pelbagai fungsi seperti mesin dan jentera. Seiring dengan perkembangan teknolgi masa kini, pelbagai peralatan dicipta untuk memudahkan tugas dan kehidupan manusia. (c) Inovasi membolehkan sesuatu pekerjaan menjadi lebih mudah. Inovasi menjimatkan masa. Tugas menjadi lebih cekap dan produktif. Membolehkan kerja dilakukan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Menjamin kualiti kerja yang lebih baik. Inovasi mempelbagaikan jenis peralatan untuk memudahkan tugas dan memberikan keselesaan kepada kehidupan manusia. 4 Mengenali Tamadun Bab Praktis Formatif 4.1 1. Kehidupan manusia berubah disebabkan sikap inovatif dan kreatif masyarakat utnuk meningkatkan diri. 2. Kemajuan kebendaan bermaksud pencapaian dalam penciptaan seni bina seperti bangunan dan empangan, sistem ekonomi seperti percukaian dan kewangan, serta hasil cipta seperti membuat ukiran, kertas, dan lukisan. Praktis Formatif 4.2 1. Tamadun ialah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. 2. Sarjana Barat mementingkan lahiriah kerana masyarakat bertamadun diukur melalui pencapaian dalam ilmu, teknologi, ekonomi, struktur politik, kemasyarakatan, dan petempatan di bandar. Menurut pandangan Barat, tamadun merupakan suatu sistem masyarakat yang memperkasakan sistem politik, ekonomi, sosial, kesenian, dan kebudayaan seperti kesenian, penulisan, undang-undang, dan perbandaran.


345 Sejarah Tingkatan 1.2.3 Jawapan Praktis Formatif 4.3 1. Organisasi sosial masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. 2. Pengkhususan pekerjaan telah mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan baharu dan membentuk kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan. Praktis UASA 4 BAHAGIAN A 1. D 2. C 3. A 4. D 5. B 6. C 7. D 8. D 9. A 10. D BAHAGIAN B 1. (a) (i) Firaun (ii) Golongan agama (iii) Golongan bangsawan (b) (i) Buruh (ii) Pembantu rumah (iii) Tentera paksaan (c) (i) Peningkatan jumlah penduduk (ii) Keperluan penduduk yang pelbagai. (iii) Kemampuan dan kemahiran penduduk yang berbeza. (iv) Iklim dan bentuk muka bumi yang mempengaruhi aktiviti harian. BAHAGIAN C 1. (a) (i) Pertanian dan perdagangan Kegiatan pertanian dalam tamadun awal telah meningkatkan kehidupan masyarakat. Pembinaan saliran, pengenalan kincir air, penciptaan pelbagai peralatan dan pembinaan teres di tanah tinggi telah menggalakkan kegiatan pertanian. Lebihan daripada hasil pertanian telah mewujudkan kegiatan perdagangan yang terbahagi kepada perdagangan tempatan dan perdagangan jarak jauh. (ii) Agama dan kepercayaan Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan. Mereka menyembah tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai. Institusi agama diwujudkan untuk menguruskan upacara keagamaan seperti korban binatang atau memberi makanan kepada kuasa roh. Tempat ibadat yang besar dibina bagi menghormati tuhan. Masyarakat Mesir Purba mempercayai kehidupan selepas mati. (b) Bandar Mohenjo-Daro Ciri bandar Mohenjo-Daro ialah susun atur bangunan dan kediaman sistematik. Rumah mempunyai perigi, tandas, dan bilik mandi. Pembinaan sistem perparitan dan pembentungan. Terdapat kemudahan seperti pasar, rumah ibadat dan kawasan kediaman. Kota atau tembok dibina untuk mengelak serangan luar dan menjadi kawasan sempadan. Bandar Putrajaya Bandar Putrajaya merupakan sebuah bandar raya pintar dan terancang yang dibina dalam taman. Bandar Putrajaya mempunyai ciri futuristik dan budaya tempatan. Wetland Putrajaya telah dibina untuk menyingkirkan sedimen dan membersihkan aliran permukaan yang tercemar sebelum memasuki tasik. Putrajaya mengandungi pusat pentadbiran kerajaan, kawasan perumahan, kemudahan ruang komersial, kemudahan rekreasi dan rumah ibadat. Kedua-dua bandar tersersebut mempunyai persamaan fungsi, iaitu menjadi pusat kegiatan politik, ekonomi dan kebudayaan serta tumpuan penduduk. (c) Cadangan untuk menjadikan bandar di negara kita sebagai tempat yang selesa, sihat dan selamat ialah dengan menanam pokok agar persekitaran hijau, menjaga kebersihan, menjalin hubungan baik antara penduduk pelbagai kaum, kerjasama erat antara agensi swasta dan kerajaan, dilengkapi kemudahan dan perkhidmatan awam yang moden dan lengkap, sistem perparitan yang terurus, kadar jenayah yang rendah dan kawalan anggota keselamatan seperti bomba dan polis. 5 Tamadun Awal Dunia Bab Praktis Formatif 5.1 1. Kesuburan tanah untuk kegiatan pertanian, sesuai untuk petempatan, membekalkan sumber air dan makanan (ikan), serta kemudahan pengangkutan dan perhubungan. 2. Kebijaksanaan pemerintah, kekayaan sumber alam, keamanan dalam negeri, perpaduan rakyat, kerjasama rakyat dengan pemerintah, dan hubungan baik dengan kuasa luar. Praktis Formatif 5.2 1. Terdapat sistem paip dan pembentungan yang canggih, dikelilingi dinding yang tebal untuk mengelakkan banjir, jalan raya yang lebar, dan benteng keselamatan di dalam kota untuk melindungi keluarga diraja. 2. Sumbangan tamadun awal menjadi inspirasi kepada perkembangan dan peningkatan kehidupan manusia. Iktibar yang diperoleh daripada kegemilangan tamadun masa lalu ialah pentingnya keamanan dan perpaduan, nilai kreatif dan inovatif, gigih berusaha meningkatkan kehidupan, dan saling bekerjasama antara rakyat dan pemerintah. Praktis UASA 5 BAHAGIAN A 1. D 2. D 3. A 4. C 5. C 6. C 7. D 8. A 9. D 10. D BAHAGIAN B 1. (a) (i) Mohenjo-Daro (ii) Harappa (b) (i) Jalan raya dibina selebar 30 kaki. (ii) Sistem paip dan pembentungan yang canggih. (iii) Dikelilingi dinding bata tebal sepanjang 4.8 kilometer. (iv) Dinding memisahkan daerah perumahan antara satu sama lain. (c) (i) Memberikan keselesaan hidup. (ii) Mengelakkan bencana alam.


346 Sejarah Tingkatan 1.2.3 Jawapan (iii) Menyediakan pelbagai kemudahan. (iv) Menjadikan suasana aman dan harmoni. BAHAGIAN C 1. (a) (i) Terletak di barat daya Asia. Mesopotamia bermaksud tanah di antara dua sungai, iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang mengalir dari kawasan pergunungan Turki sehingga tanah pamah di Iraq. (ii) Tamadun Indus terletak di Lembah Sungai Indus, di barat laut dan utara India. Kawasan ini dikelilingi Banjaran Makran, pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan di bahagian timur, serta Kathiawar dan Gujerat di bahagian tenggara. (b) Sumbangan tamadun Mesir Purba dalam seni bina ialah pembinaan sfink, piramid dan tempat ibadat. Piramid dibina sebagai kawasan perkuburan raja Mesir. Sumbangan tamadun Mesir Purba dalam teknologi ialah pembinaan terusan dan pengairan, pengenalan sistem kalendar 365 hari, perkembangan pesat dalam bidang perubatan, kemajuan matematik, geometri dan astronomi, penghasilan kertas yang dipanggil papirus dan penciptaan dakwat hitam dan pengenalan tulisan hieroglif untuk menulis teks agama, peristiwa dan dokumen penting. (c) Kebijaksanaan pemerintah dalam mentadbir kerajaan. Kepentingan keamanan dalam negeri. Sokongan padu rakyat terhadap pemerintah. Mengamalkan nilai kreatif dan inovatif. Memanfaatkan sumber alam dengan baik. Menjalin hubungan baik dengan kuasa luar. Mengukukhan ketenteraan dan memajukan ekonomi. 6 Peningkatan Tamadun Yunani dan Rom Bab Praktis Formatif 6.1 1. Polis merupakan ibu kota dan menjadi pusat tumpuan penduduk. 2. (i) Putrajaya (ii) Nusajaya Praktis Formatif 11 Sistem demokrasi memberi kuasa kepada rakyat untuk terlibat dalam pemerintahan dan pentadbiran negara. Sistem demokrasi tidak memberi pemerintah berkuasa secara mutlak dan menindas rakyat. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 12 Badan pentadbiran di Malaysia yang mempunyai fungsi yang sama dengan Dewan Perhimpunan di Athens ialah Dewan Rakyat. Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen. Satu pilihan raya diadakan setiap lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat. Tugas utama Dewan Rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Praktis Formatif 6.2 1. Masyarakat Athens memilih sistem demokrasi kerana sistem tersebut melibatkan semua warganegara Athens dalam perbincangan dan perdebatan bagi menentukan dasar dan peraturan yang berkaitan dengan Athens termasuk hal ehwal ekonomi, sosial, dan politk. Hal ini dapat mengelakkan pembolotan kuasa pemerintah dan menghindar perasaan tidak puas hati rakyat. 2. Amalan demokrasi di Malaysia ialah kebebasan asasi, pembentukan parti-parti politik, sistem pilihan raya, pengasingan kuasa pemerintah kepada badan perundangan, badan pelaksana, dan badan kehakiman. Praktis Formatif 6.3 1. Tamadun Rom terletak di Lembah Latium berhampiran Sungai Tiber. 2. Lembah Latium merupakan kawasan pertanian, membekalkan sumber air utama, dan menjadi laluan utama kapal belayar ke laut. Praktis Formatif 6.4 1. Masyarakat tamadun awal mampu membina binaan yang mengagumkan disebabkan: (a) Kepakaran – Arkitek seperti Marco Vitruvius yang mengarang buku On Architecture pada 46 SM. (b) Pendidikan – Melahirkan warganegara yang mahir dalam bidang seni bina. (c) Dasar pemerintahan – Marcus Visanius Agrippa menggalakkan perkembangan seni bina. (d) Kewangan – Kerajaan Rom memberi bantaun kewangan agar projek seni bina berjalan lancar. (e) Teknologi – Gabungan teknologi Yunani-Rom seperti penggunaan simen, penekanan aspek ketahanan, dan nilai estetika. (f) Sumber alam dan buruh – Golongan hamba menjadi tenaga buruh. 2. Menawarkan lebih banyak kursus seni bina di institusi pengajian tinggi / Menjalinkan kerjasama dengan pakar luar negara / Membina bangunan bercirikan pengaruh tempatan / Mengadakan pertandingan / Menawarkan pinjaman kepada syarikat pembinaan tempatan. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis UASA 6 BAHAGIAN A 1. A 2. A 3. A 4. A 5. D 6. A 7. A 8. B 9. A 10. C BAHAGIAN B 1. (a) (i) Melantik Ahli Majlis. (ii) Menggubal undang-undang. (iii) Menerima duta dari negara asing. (iv) Membuat deklarasi peperangan. (v) Menjalin perjanjian dengan negara lain. (vi) Membincangkan hal kewangan dan percukaian. (Mana-mana tiga) (b) (i) Anggotanya terdiri daripada semua warganegara lelaki Athens. (ii) Memegang jawatan selama enam bulan hingga setahun.


347 Sejarah Tingkatan 1.2.3 Jawapan (iii) Bersidang sekurang-kurangnya tiga kali sebulan. (c) (i) Menolak amalan rasuah. (ii) Mengundi dalam pilihan raya. (iii) Memilih pemerintah yang berwibawa. (iv) Tidak terlibat dalam demontrasi dan rusuhan. BAHAGIAN C 1. (a) (i) Juri menjadi pemutus kepada sesuatu kes. Pesalah akan merayu terus kepada warganegara. Kuasa pengadilan terletak pada warganegara Athens. (ii) Merupakan kakitangan kerajaan. Melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan oleh Majlis. Mengurus hal pendidikan, percukaian dan sebagainya. (b) Colosseum Tempat mengadakan persembahan dan pertandingan gladiator. Ketinggian mencapai 50 meter, lebar 156 meter dan luas 2.5 hektar. Luas kawasan arena ialah 85 meter × 54 meter. Mampu memuatkan kira-kira 50 000 orang pada satu-satu masa. Mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada zaman moden. Terdapat 80 pintu masuk dan tempat duduk penonton dibina bertingkat-tingkat. Akueduk Berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam empayar Rom. Air dari Akueduk juga disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan utama seperti Colosseum semasa diadakan acara gladiator. Dibina berdasarkan kajian mendalam terhadap mutu sumber air yang ada, aliran alir, dan lokasinya. Akueduk pertama dibina pada tahun 312 SM di Aqua Appia sepanjang 16 kilometer. Akueduk terkenal ialah Pont du Gard di Perancis yang mempunyai tiga tingkat. (c) Pengajaran yang boleh diambil daripada pemerintah Rom ialah pemerintah Rom seorang yang bijaksana, berwawasan dan mementingkan kesejahteraan rakyat. Pemerintah Rom turut meningkatkan taraf hidup rakyat, menjamin kestabilan politik dan memakmurkan negara. Pemerintah Rom mementingkan ilmu pengetahuan dan melahirkan rakyat Rom yang mahir dalam pelbagai bidang. 7 Peningkatan Tamadun India dan China Bab Praktis Formatif 11 Menghormati kedaulatan negara lain, melanggar hak asasi manusia, mematuhi piagam PBB, mengelakkan kematian, mengelakkan kemusnahan alam, dan mengekalkan keamanan sejagat. Praktis Formatif 7.1 1. Menyatukan kerajaan-kerajaan kecil, membentuk empayar, meluaskan kawasan takluk, mendapatkan bahan mentah, menguasai perdagangan, dan menyebarkan budaya. 2. Mencetuskan peperangan, membawa kematian, mendatangkan kecederaan, memusnahkan harta benda, menjejaskan keamanan, dan menghapuskan budaya tempatan. Praktis Formatif 12 Pemerintah tidak melantik terus pegawai kerajaan disebabkan ingin memilih calon yang benar-benar layak, mengelak pilih kasih, dan mengamalkan ketelusan serta adil kepada semua rakyat. Praktis Formatif 7.2 1. Menguji kefahaman, menilai kebolehan, membandingkan tingkat pencapaian seseorang, dan memperbaiki kelemahan. 2. Mengurangkan persaingan antara murid, murid akan malas belajar, murid tidak mempunyai motivasi untuk mencapai kejayaan, dan guru tidak dapat menilai kejayaan proses pengajaran-pembelajaran. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis UASA 7 BAHAGIAN A 1. B 2. D 3. D 4. A 5. A 6. D 7. B 8. B 9. C 10. A BAHAGIAN B 1. (a) (i) 9,000 tentera bergajah (ii) 30,000 kavairi (iii) 600,000 infantri (b) Jumlah nyawa yang terkorban begitu besar. Seramai 150,000 orang telah kehilangan harta benda dan 100,000 orang telah terbunuh. Keadaan tersebut memberi kesedaran kepada Asoka. Dasar pemerintahannya berubah menjadi lebih toleran dan bertanggungjawab. (c) (i) Meningkatkan kemahiran ketenteraan. (ii) Menggunakan teknologi pensenjataan canggih. (iii) Menjalin kerjasama ketenteraan dengan negara jiran. (iv) Mengadakan latihan ketenteraan dengan negara maju. BAHAGIAN C 1. (a) Matlamat sistem pendidikan dalam tamadun China ialah untuk memilih pegawai kerajaan, memupuk nilai moral dan etika dan lulus peperiksaan perkhidmatan awam. Sistem pendidikan bertujuan mengekalkan ajaran Konfusianisme. Selain itu, membezakan golongan elit dengan golongan rakyat. Malahan, membolehkan negara ditadbir dengan cekap dan berkesan. (b) Ciri-ciri sistem peperiksaan perkhidmatan awam ialah peperiksaan yang kompetitif dan mencabar. Melarang sebarang bentuk perubahan demi mengekalkan keaslian tradisi China. Mengekalkan tradisi dan budaya China khususnya ajaran Konfusianisme. Hanya lelaki dibenarkan menduduki peperiksaan tanpa mengira status sosial dan latar belakang. Dijalankan dengan ketat, calon akan


348 Sejarah Tingkatan 1.2.3 Jawapan dikurung sebelum peperiksaan berlangsung dan mereka yang meniru akan dikenakan hukuman. Mereka yang lulus dengan cemerlang akan diserapkan dalam sistem perkhidmatan kerajaan. Kepentingan sistem peperiksaan perkhidmatan awam ialah menaikkan nama keluarga, kaum dan kampung. Membolehkan seseorang menerima penghormatan. Meningkatkan taraf hidup yang lebih baik. Melahirkan pelajar dan sarjana yang bertanggungjawab menjadi pentadbir dalam kerajaan. (c) Kepentingan sistem peperiksaan ialah mengukur keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran, menilai pencapaian murid, menggalakkan persaingan antara murid, mengilap bakat semula jadi, menjadi dorongan untuk mencapai kejayaan, memperbaiki kelemahan, meningkatkan taraf pendidikan dan mendapatkan kenaikan pangkat. 8 Tamadun Islam dan Sumbangannya Bab Praktis Formatif 11 Menguatkan keimanan, mengamalkan ajaran agama, menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, mendengar nasihat ibu bapa dan guru, dan mengukuhkan jati diri. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 8.1 1. Yahudi, Hunafa’, Majusi, Wathani, Nasrani, dan animisme. 2. Wanita menjadi pemuas nafsu lelaki. Seorang lelaki boleh mengahwini beberapa wanita. Malah, anak perempuan ditanam hidup-hidup kerana dibimbangi akan menjatuhkan maruah keluarga. Praktis Formatif 8.2 1. Pelantikan khalifah penting kepada umat Islam kerana khalifah menjadi pengganti yang akan melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW. 2. Kebijaksanaan pemimpin, kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi negara. Praktis Formatif 8.3 1. Sifat terpuji Nabi Muhammad SAW ialah siddiq (berkata benar), amanah (dipercayai), tabliq (menyampaikan), dan fatanah (bijaksana). 2. Bijaksana dalam membuat keputusan, sabar dan tidak berputus asa, berfikiran strategik, berhemah dalam tindakan, berwawasan jauh, mengamalkan kepemimpinan cemerlang, mementingkan musyawarah, bertoleransi, bersifat pemaaf, dan menekankan kemurnian akhlak. Praktis Formatif 8.4 1. Baitulmal berfungsi seperti perbendaharaan negara yang mengurus kewangan untuk pembangunan negara. 2. Meningkatkan mutu dan produktiviti, mewujudkan tenaga manusia yang pakar dan mahir, melahirkan masyarakat minda kelas pertama, memperkukuh ekonomi, dan menjadi asas kemajuan bidang lain. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 12 Iktibar daripada tokoh ilmuan Islam ialah mencintai ilmu pengetahuan, rajin berusaha, bijaksana, melakukan penyelidikan, serta berusaha meningkatkan kemajuan diri, agama, dan negara. (Mana-mana jawapan yang sesuai diterima) Praktis Formatif 8.5 1. Mempunyai ruang solat utama yang ditutupi kubah setengah lingkaran dan mempunyai banyak menara di sisi masjid. 2. Tempat imam membaca khutbah atau memberi ceramah. Kedudukannya tinggi untuk membolehkan imam mengadap jemaah. Praktis UASA 8 BAHAGIAN A 1. A 2. C 3. B 4. C 5. B 6. B 7. A 8. A 9. A 10. C BAHAGIAN B 1. (a) (i) Hidup secara nomad (ii) Memelihara binatang ternakan (iii) Mengamalkan sistem tukar barang (b) (i) Wathani (ii) Majusi (iii) Nasrani (iv) Animisme (v) Hunafa’ (vi) Yahudi (Mana-mana empat) (c) (i) Mematuhi suruhan agama. (ii) Mengelak daripada terlibat dengan gejala sosial. (iii) Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. (iv) Meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. BAHAGIAN C 1. (a) (i) Syura ialah mesyuarat yang diadakan untuk mencapai keputusan mengikut suara ahli yang terbanyak (suara majoriti). Dibuat secara muafakat. Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh pemerintah Islam selepasnya. (ii) Merupakan konsep masyarakat. Melalui konsep ummah, masyarakat disatukan tanpa mengira keturunan dan agama. Setiap anggota masyarakat bertanggungjawab untuk bekerjasama demi memajukan negara.


Beli eBook di sini! SEJARAH UASA 1∙2∙3 KSSM TINGKATAN PELANGI PelangiPublishing PelangiBooks ISBN: 978-629-470-418-3 W.M: RM35.95 / E.M: RM36.95 CC037064 • Matematik • Sains • Sejarah • Mathematics • Science • Geografi JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI • Infografik • Nota Komprehensif • Peta Konsep • Panduan Kajian Kes KOD QR REVISI • Praktis Formatif • Praktis UASA • Kertas Model UPSA & UASA Tingkatan 1.2.3 • Jawapan PENGUKUHAN & PENTAKSIRAN KOD QR • Info Sejarah • Cabaran KBAT • Aplikasi Harian • Aktiviti PAK-21 • Resos Digital CIRI-CIRI EKSTRA KOD QR FOCUS KSSM Tingkatan 1.2.3 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu serta mengintegrasikan keperluan Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA). Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid!


Click to View FlipBook Version