The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-03-23 21:19:30

FOCUS SPM Pendidikan Seni Visual (2023)

WM: RM34.95
EM: RM34.95

Format 190mm X 260mm Extent : 400pg (19.5mm) Confirmed (All 4C/70gsm) Status CRC Date 14/3

PELANGI BESTSELLER




SPM
CC038853



TINGKATAN FOCUS
4∙5 KSSM

Pendidikan Seni Visual SPM








FOCUS SPM KSSM Tingkatan 4 • 5 – siri teks rujukan yang lengkap dan padat Pendidikan SPM
dengan ciri-ciri istimewa untuk meningkatkan pembelajaran murid secara menyeluruh. TINGKATAN
Siri ini merangkumi Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang baharu
serta mengintegrasikan keperluan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Seni Visual 4∙5 KSSM
Pastinya satu sumber yang hebat bagi setiap murid!


REVISI PENGUKUHAN CIRI-CIRI Pendidikan Seni Visual
› Infografik & PENTAKSIRAN EKSTRA • Norhalida Jamalud-din
› Kata Kunci
› Praktis SPM › Aktiviti PAK-21
› Nota Komprehensif
› Praktis Amali › Info Seni
› Peta Konsep
› Projek Folio › Resos Digital Kod QR
› Tip Seni
› Kertas Model SPM
› Glosari
› Jawapan
JUDUL-JUDUL DALAM SIRI INI

• Bahasa Melayu • Matematik • Mathematics
• Karangan • Matematik Tambahan • Additional Mathematics TINGKATAN 4•
• English • Sains • Science
• Bahasa Cina • Biologi • Biology
• Sejarah • Fizik • Physics
Beli eBook • Pendidikan Islam • Kimia • Chemistry 5

• Pendidikan Seni Visual • Prinsip Perakaunan
di sini! • Ekonomi • Perniagaan

RESOS DIGITAL
KSSM
› › Info

› › Video


W.M: RM34.95 / E.M: RM35.95
W.M: RM??.?? / E.M: RM??.??
CC038853
ISBN: 978-629-7537-53-5
Berdasarkan

PELANGI FORMAT SPM TERKINI


Seni Reka Grafik Infografik

(Ilustrasi) Tingkatan 4 Tajuk 8









Media
Teknik
• Dakwat dan Cat Air
• Gouche dan Akrilik • Teknik Kering
• Pensel dan Pensel Warna • Teknik Basah
• Pen dan Marker Pen • Teknik Digital
• Peranti Digital dan Perisian CGI
(Computer-Generated Imagery)



Ilustrasi
Industri Ilustrasi
dan Teknikal Pengiklanan







Ilustrasi
Sains dan Ilustrasi Ilustrasi
Perubatan Fesyen







Ilustrasi Ilustrasi
Dekoratif Jenis Penerbitan
(Editorial)






Ilustrasi Ilustrasi Flora
dan Fauna
Imaginatif (Alam)






Ilustrasi
Ilustrasi Komik dan
Ekspresi Animasi















Infografik.indd 9 07/03/2023 4:41 PM


Seni Foto Infografik

(Genre Fotografi) Tingkatan 4 Tajuk 9























Fotografi Mikro dan
Fotografi Potret atau Fotografi Jalanan Tangkap Dekat (Close-up)
Portraiture








Genre


Fotografi






Fotografi Dokumentari dan Fotografi Alam dan
Kewartawanan Landskap


















Fotografi Seni Halus Fotografi Perkahwinan
Fotografi Makanan














Infografik.indd 10 07/03/2023 4:41 PM


Infografik
Seni Bina Tingkatan 5 Tajuk 1








Seni Bina
di Malaysia










































































Infografik.indd 11 07/03/2023 4:41 PM


Infografik
Seni Lukisan Tingkatan 5 Tajuk 2


























Henri Manguin Ernst Ludwig Albert Gleizes

Cousant, 1899, dakwat dan Kirchner Toul, 1914, dakwat
pastel Street Scene, 1914, pastel


















Lee Krasner David Hockney

Imperative, 1976, arang dan Study of Water in a Pool, 1966,
cat krayon dan grafit








André Breton

Cadavre Exquis, 1930,
pastel


Karl Schmidt-Rottluff M.C.Escher

Uberschwemmung (Flooding), 1935, Fish and Scales Drawing 3,
kapur warna 1959, krayon








Infografik.indd 12 07/03/2023 4:41 PM


Format: 190mm X 260mm TPTV Focus SPM 2023 PSV_pgi CRC












Pendidikan SPM





Seni Visual TINGKATAN KSSM
4∙5






• Norhalida Jamalud-din




















© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2023
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini
boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran, atau
ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa jua
pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar,
rakaman, atau sebagainya, tanpa kebenaran daripada
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

ISBN: 978-629-7537-53-5
eISBN: 78-629-7537-54-2 (eBook)


Cetakan Pertama 2023




Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 E-mel: [email protected]
Pertanyaan: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh Herald Printers Sdn. Bhd.
Lot 508, Jalan Perusahaan 3, Bandar Baru Sungai Buloh, 47000 Selangor Darul Ehsan.
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).


KANDUNGAN





TINGKATAN 4

Bidang Sejarah dan Apresiasi Tajuk
Tema Seni Cetakan 64
Seni Visual 4
Tajuk Alat Kebesaran dan
1 Perhiasan Diraja 1 4.1 Pengenalan 65
4.2 Seni Cetakan Barat Mengikut
Abad Pilihan dari Aspek Aliran,
1.1 Pengenalan 2 Gaya, pelukis dan Karya 65
1.2 Jenis Alat Kebesaran Diraja dan 4.3 Pelukis dan Karya Seni Cetakan di
Perhiasan Diraja 2 Eropah 72
1.3 Fungsi dan Peranan Alat 4.4 Tokoh Seni Cetakan Barat 75
Kebesaran Diraja 7
1.4 Peranan Pemerintah dan Rakyat 7 Peta Konsep 78
Peta Konsep 11 Praktis SPM 4 79

Praktis SPM 1 12

Tema Bidang Reka Bentuk
Tema Bidang Seni Halus
Tajuk
Tajuk Reka Bentuk Landskap 85
2 Seni Lukisan 18 5

2.1 Pengenalan 19 5.1 Pengenalan 86
2.2 Seni Lukisan Barat Mengikut Abad 5.2 Prospek dan Hala Tuju Pereka
Pilihan dari Apek Aliran, Gaya, Bentuk Landskap 86
Pelukis dan Karya 21 Peta Konsep 90
2.3 Pelukis dan Karya 29 Praktis SPM 5 91
2.4 Tokoh Seni Lukis Eropah 31
Peta Konsep 34
Praktis SPM 2 35 Tajuk 97
6 Reka Bentuk Dalaman
Tajuk
3 Seni Catan 41 6.1 Pengenalan 98
6.2 Prospek dan Hala Tuju Pereka
3.1 Pengenalan 42 Bentuk Dalaman 98
3.2 Seni Catan Barat Mengikut Abad 6.3 Produk Akhir dari Pereka
Pilihan dari Aspek Aliran Gaya, Bentuk Dalaman Komersial 102
Pelukis dan Karya 43 6.4 Ciri-ciri Peribadi Seorang
3.3 Pelukis dan Karya Seni Catan Pereka Bentuk 103
Eropah 52 6.5 Inovasi dalam Reka Bentuk
3.4 Tokoh Seni Catan Barat 55 Dalaman 103
Peta Konsep 58 Peta Konsep 104
Praktis SPM 3 59 Praktis SPM 6 105





ii





00 KANDUNGAN.indd 2 14/03/2023 4:37 PM


TINGKATAN 5
Tema Bidang Seni Kraf
Tajuk Tema Bidang Sejarah dan Apresiasi
7 Seni Ukiran 110 Seni Visual

Tajuk
7.1 Pengenalan 111 1 Seni Bina 177
7.2 Prinsip Asas Seni Ukiran 111
7.3 Alatan dan Bahan Seni Ukiran 114 1.1 Pengenalan 178
7.4 Motif Ukiran Kayu 120 1.2 Jenis Seni Bina di Malaysia 179
7.5 Jenis Ukiran Kayu 123 1.3 Mencirikan Seni Bina di
7.6 Bentuk-bentuk Silat 125 Malaysia dari Aspek Reka 193
Bentuk dan Ragam Hias
7.7 Proses Seni Ukiran 127
7.8 Seni Ukiran Kaum-kaum Lain 128 Peta Konsep 196
Peta Konsep 131 Praktis SPM 1 197
Praktis SPM 7 132
Tema Bidang Seni Halus
Tajuk
Tema Bidang Komunikasi Visual Seni Lukisan 202
2
Tajuk Seni Reka Grafik
8 (Ilustrasi) 136 2.1 Pengenalan 203
2.2 Seni Lukisan Barat Mengikut
8.1 Pengenalan 137 Pilihan Abad dari Aspek Aliran,
8.2 Jenis Ilustrasi 139 Gaya, Pelukis dan Karya 204
8.3 Media dan Teknik 144 Peta Konsep 220
8.4 Penjanaan Idea Bergambar 148 Praktis SPM 2 221
Peta Konsep 150
Tajuk
Praktis SPM 8 151 3 Seni Catan 226

Tajuk Seni Foto 3.1 Pengenalan 227
9 (Genre Fotografi) 158 3.2 Seni Catan Barat Mengikut
Pilihan Abad dari Aspek Aliran,
9.1 Pengenalan 159 Gaya, Pelukis dan Karya 227
9.2 Jenis dan Fungsi Komunikasi dalam
Genre Fotografi 159 Peta Konsep 247
9.3 Kepelbagaian Genre Fotografi 159 Praktis SPM 3 248
9.4 Media Fotografi 164
Tajuk
9.5 Teknik dalam Fotografi 165 4 Seni Arca 253
9.6 Ikon Fotografi Malaysia 168
Peta Konsep 170 4.1 Pengenalan 254
Praktis SPM 8 171 4.2 Seni Arca Barat Mengikut Pilihan
Abad dari Aspek Aliran, Gaya,
Pengarca dan Karya 255
Peta Konsep 273
Praktis SPM 4 274




iii





00 KANDUNGAN.indd 3 14/03/2023 4:37 PM


Tema Bidang Reka Bentuk Tema Bidang Komunikasi Visual

Tajuk Tajuk Seni Reka Grafik
5 Reka Bentuk Industri 278 7 (Infografik) 324

5.1 Pengenalan 279 7.1 Pengenalan 325
5.2 Prospek dan Hala Tuju Pereka 7.2 Definisi dan Fungsi Infografik 326
Bentuk Industri 280 7.3 Elemen dan Fungsi Visual
5.3 Konsep Produk dalam Reka Infografik 327
Bentuk Industri dan 7.4 Jenis Graf dan Carta 333
Kepelbagaian Model Produk 284 7.5 Penjanaan Idea Infografik 334
Peta Konsep 291 Peta Konsep 335
Praktis SPM 5 292
Praktis SPM 6 336

Tajuk Seni Foto (Manipulasi
8 Imej dan e-Portfolio) 342
Tema Bidang Seni Kraf
8.1 Pengenalan 343
Tajuk
6 Seni Batik 297 8.2 Definisi Manipulasi Imej 343
8.3 Teknik Asas Manipulasi Imej 343
6.1 Pengenalan 298 8.4 Kepelbagaian Teknik Asas
6.2 Prinsip Asas Seni Batik 299 Manipulasi Imej 345
6.3 Motif-motif Seni Batik 302 8.5 Definisi Portfolio dan
6.4 Jenis Alatan, Bahan dan e-Portfolio 353
Proses Seni Batik 305 8.6 Kepelbagaian Aplikasi
6.5 Contoh-contoh Produk e-Portfolio 356
Seni Batik 316 Peta Konsep 358
Peta Konsep 318 Praktis SPM 8 359
Praktis SPM 6 319
Kertas Model SPM 364

Jawapan 369

Glosari 371























iv





00 KANDUNGAN.indd 4 14/03/2023 4:37 PM


Sejarah dan Apresiasi Seni Visual Tingkatan 4
Tajuk
1 Alat Kebesaran dan Perhiasan


Diraja







































KATA KUNCI


Identiti
Istiadat
Mess Kit
Muskat
Ragam hias
Solek
Tengkolok
Mahkota
Tanjak
Tiara
Keris



Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Persekutuan negara kita.
Ketua Negeri pula ialah Sultan, Raja, Yang di-Pertuan Besar atau Yang di-Pertua
Negeri. Terdapat alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang masih diguna pakai dalam
adat istiadat atau majlis tertentu. Sejauh manakah pengetahuan anda mengenai alat
kebesaran dan perhiasan Diraja?




1





01 Fok PSV Ting 4.indd 1 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja


1.1 Pengenalan

1. Alat kebesaran dan perhiasan Diraja melambangkan identiti pemimpin dalam sesuatu
kerajaan.
2. Setiap pemimpin dalam kerajaan mempunyai alat-alat kebesaran tertentu bermula dari Raja
sehingga ke barisan kepimpinannya.
3. Setiap alat kebesaran melambangkan tanggungjawab dan tugas yang dipikul oleh setiap
pemimpin.
4. Setiap negeri juga mempunyai alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang Pakaian
berbeza dengan keunikan tersendiri serta dijaga rapi sejak dahulu hingga adat istiadat
ke hari ini. Diraja
Tingkatan
INFO
4
1.2 Jenis Alat Kebesaran Diraja dan Perhiasan Diraja


A Alat Kebesaran Diraja
1. Setiap negeri mempunyai alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang berbeza.
2. Alat kebesaran dan perhiasan Diraja ini menjadi simbol kedaulatan raja dan negeri yang
diperintah.
3. Berikut merupakan alat kebesaran Diraja yang digunakan dalam Istiadat Pertabalan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.


Keris Panjang Diraja
• Keris Panjang Diraja merupakan kebesaran negara yang utama
dalam istiadat pertabalan.
• Bahagian hulu keris hingga ke sarung keris ini bersalut emas.
• Di atas sampirnya diukir lambang Kerajaan Persekutuan dan
lambang 11 buah negeri Tanah Melayu bertujuan menunjukkan
naungan dan kekuasaan Yang di-Pertuan Agong ke atas negara
Malaysia.
• Mata keris ditempa daripada besi waja yang diambil dari 11
bilah keris negeri di Tanah Melayu.
• Bahagian hulu atau kepala keris ini berbentuk tapak kuda
dengan motif hiasan buah jering.




Cokmar
• Cokmar merangkumi dua batang tongkat pendek.
• Cokmar diperbuat daripada perak dan panjangnya adalah 81.32
sentimeter.
• Bahagian hulu cokmar ini berbentuk kubah.
• Alat kebesaran ini berfungsi sebagai alat perang pada zaman
dahulu.





2





01 Fok PSV Ting 4.indd 2 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja


Cogan Agama

• Cogan Agama diperbuat daripada perak.
• Panjang tongkat ini ialah 155.04 sentimeter berupa sebatang tongkat bulat berhulu besar.
• Terdapat ukiran anak bulan di atas hulu tongkat dengan bintang pecah lima yang diperbuat
daripada emas.
• Pada batang dan hulunya diterapkan dengan
ayat-ayat suci Al-Quran.





Cogan Alam Tingkatan
dan Cogan
Agama 4
INFO


Cogan Alam

• Cogan Alam diperbuat daripada perak.
• Panjang cogan alam ialah 162.66 sentimeter dan mempunyai
struktur bulatan pada bahagian hulu tongkat.
• Di atas bulatan ini terdapat ukiran anak bulan dan bintang
daripada emas.
• Di sekeliling bulatan ini terdapat lambang 11 buah negeri Tanah
Melayu yang diperbuat daripada emas.
• Bulatan tersebut dikelilingi oleh empat ekor harimau yang
berdiri manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi
yang diperbuat daripada emas.




Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja
• Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja merupakan tiga
senjata Melayu lama yang dijadikan sebahagian daripada alat
kebesaran Diraja.
• Alat kebesaran ini diambil daripada mata pedang, keris
panjang dan sundang zaman dahulu.
• Keris Panjang dan Sundang Diraja disalut dengan perak serta
terdapat ukiran pada bahagian hulu dan sarungnya.




Payung Ubur-ubur Kuning
• Terdapat dua puluh kaki Payung Ubur-ubur Kuning yang
diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning Diraja
yang menjadi lambang kebesaran raja-raja Melayu.
• Di bahagian puncak payung ini dipasangkan anak bulan dengan
bintang.






3





01 Fok PSV Ting 4.indd 3 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja


Tombak Berambu

• Terdapat dua puluh batang Tombak Berambu.
• Mata tombak ini berlok tiga dan diperbuat daripada
tombak-tombak pusaka dari 11 buah negeri di Tanah Melayu.




Lambang
Beraja
INFO

Tingkatan
4
B Perhiasan Diraja
1. Perhiasan Diraja dipakai sebagai pelengkap kepada pakaian Diraja semasa istiadat rasmi.
2. Berikut merupakan perhiasan Diraja yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri
Agong.


Tengkolok Diraja
• Pada bahagian hadapan tengkolok ini dipasangkan anak
bulan dan bintang pecah empat belas yang diperbuat daripada
emas putih.
• Di tengah-tengah bintang pecah empat belas ini terletak
lambang Kerajaan Persekutuan yang berwarna-warni.
• Tengkolok Diraja diperbuat daripada kain yang ditenun dengan
sutera berwarna hitam dan bersulam benang emas.
• Pada bahagian hulu terdapat bentuk solek dinamakan ‘Dendam
Tak Sudah’ yang berasal dari Negeri Sembilan.




Pending Diraja
• Diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatahkan permata
delima.
• Di tengah-tengahnya pula tertera lambang Kerajaan
Persekutuan.
• Tali bengkungnya diperbuat daripada kain sakhlat bertekat
berbunga-bunga dengan benang emas.





INFO
INFO SENI

Tengkolok Diraja berwarna hitam bersulam benang emas yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan, Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi, lawatan-lawatan
rasmi Baginda ke negeri-negeri di Malaysia dan semasa Perasmian Pembukaan Sesi Penggal Persidangan
Parlimen.



4





01 Fok PSV Ting 4.indd 4 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja


Muskat

• Muskat merupakan pakaian rasmi Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong.
• Muskat mendapat ilham daripada pakaian tradisi Muskat,
Oman dan pakaian rasmi pegawai kerajaan Negeri Kedah.
• Baju ini telah diubah suai daripada pakaian rasmi Pegawai-
pegawai kerajaan Negeri Kedah.
• Baju ini diperbuat daripada benang bulu berwarna hitam yang
dijahit dengan sulaman benang emas bercorak ragam hias awan
larat dan bunga raya yang melambangkan bunga kebangsaan Tingkatan
Malaysia.
• Baju ini labuh hingga ke paras paha dan berlengan panjang.
• Muskat dipakai bersama-sama seluar panjang yang bersulam 4
di kaki dan tengkolok.




Mess Kit
• Mess Kit mendapat inspirasi daripada reka bentuk dan corak
pakaian muskat Yang di-Pertuan Agong.
• Reka bentuk Mess Kit dihiasi dengan awan larat pada kolar
dan lengan baju serta bunga raya yang mencerminkan identiti
kebangsaan.
• Mess Kit dipakai sekali dengan vest dan kemeja putih serta
seluar panjang hitam yang mempunyai jalur berwarna
keemasan di bahagian tepi.
• Aksesori tambahan ialah epolet, keris bersilang dan lima
bintang pecah lima yang disusun secara bulatan bertujuan
menggambarkan baginda sebagai pemerintah tertinggi
dalam angkatan tentera.
• Aigullette berwarna keemasan bertujuan menambah
kesegakan terletak pada bahagian kanan dada.




Keris Pendek Diraja
• Diperbuat daripada mata keris lama yang berhulu dan
bersarungkan gading yang bertatahkan emas.
• Hulu keris ini dinamakan ‘Hulu Pekaka’ dan berbentuk
kepala ‘Geroda’.
• Pada bahagian sampir keris ini diterapkan dengan lambang
Kerajaan Persekutuan.
• Keris ini merupakan pelengkap kepada pakaian kebesaran
Diraja.










5





01 Fok PSV Ting 4.indd 5 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja


Gandik Diraja

• Gandik Diraja (Pemeles) adalah pakaian ulu bagi Raja Permaisuri
Agong.
• Gandik Diraja diperbuat daripada emas putih bertatah penuh
dengan permata berlian bermotif awan larat.
• Pada bahagian tengah, terdapat anak bulan dengan bintang.
• Anak bulan dan bintang diperbuat daripada emas putih.
• Gandik ini boleh diceraikan menjadi loket atau kerongsang.




Tingkatan
Kalung Diraja
4
• Rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong.
• Kalung Diraja diperbuat daripada emas putih bertatah penuh
dengan permata berlian.
• Kalung ini merupakan sebahagian daripada pakaian kebesaran
yang dipakai oleh Raja Permaisuri Agong dalam istiadat-istiadat
kebesaran Diraja dan pada waktu pertabalan Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong.
• Kalung ini juga boleh diceraikan menjadi sepasang subang,
kerongsang dan kerabu.





INFO
INFO SENI
Sepanjang tempoh sistem Yang di-Pertuan Agong diwujudkan, terdapat dua versi kalung Diraja yang menjadi
perhiasan pakaian Raja Permaisuri Agong. Kalung Diraja pertama dibuat pada tahun 1957 untuk dipakai
oleh Raja Permaisuri Agong Tanah Melayu yang pertama, iaitu Almarhumah Tuanku Khursiah binti Almarhum
Tunku Besar Burhanuddin hingga Raja Permaisuri Agong ke-8. Kalung Diraja baharu dibuat untuk Seri
Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-9.



Aktiviti 1
P AK - 21
PAK-21
Tugasan: Membincangkan mengenai alat kebesaran dan perhiasan Diraja.
Objektif: • Mengetahui jenis-jenis alat kebesaran Diraja
• Mengetahui jenis-jenis alat perhiasan Diraja
• Menghargai warisan institusi Diraja

Langkah: 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2. Cari maklumat tentang alat kebesaran dan perhiasan Diraja dalam Internet, majalah, surat khabar
dan buku rujukan.
3. Bincangkan keunikan alat kebesaran dan perhiasan tersebut.
4. Gunakan peta i-THINK untuk membuat persembahan hasil kerja setiap kumpulan.





6





01 Fok PSV Ting 4.indd 6 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja


1.3 Fungsi dan Peranan Alat Kebesaran Diraja


A Alat Kebesaran Diraja

Alat Kebesaran Diraja Fungsi Peranan
Keris Panjang Diraja • Alat kebesaran negara • Simbol kebesaran dan
yang utama dalam istiadat kekuasaan.
pertabalan.

Cokmar • Alat perang pada zaman • Simbol kekuasaan, kekuatan Tingkatan
dahulu dan menjadi alat dan kebesaran.
kebesaran negara.
Cogan Agama • Digunakan semasa istiadat • Simbol kesepaduan antara 4
rasmi raja-raja Melayu di negeri di Malaysia yang
negara ini. berteraskan Islam.
Cogan Alam • Digunakan semasa istiadat • Simbol keteguhan dan
rasmi raja-raja Melayu di keutuhan serta kesepaduan
negara ini. antara negeri di Malaysia.

Pedang, Keris Panjang • Tiga jenis senjata Melayu lama. • Simbol kekuatan, kebesaran
dan Sundang Diraja dan kekuasaan.

Payung Ubur-ubur • Digunakan semasa majlis • Lambang kebesaran raja-raja
Kuning istiadat-istiadat rasmi. Melayu.
Tombak Berambu • Digunakan semasa majlis • Alat kebesaran Diraja.
istiadat-istiadat rasmi.


B Fungsi dan Peranan Perhiasan Diraja


Perhiasan Diraja Fungsi Peranan
Tengkolok Diraja • Dipakai oleh Seri Paduka Baginda Yang • Lambang kebesaran
di-Pertuan Agong pada Hari Pertabalan, raja-raja Melayu.
Sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan
Rasmi, lawatan-lawatan rasmi Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong ke negeri-
negeri di Malaysia dan semasa Perasmian
Pembukaan Sesi Penggal Persidangan
Parlimen.
Muskat • Muskat merupakan pakaian rasmi Seri • Lambang kebesaran
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong raja-raja Melayu.
dan Pegawai-Pegawai Istiadat Istana
Negara.
Pending Diraja • Sebagai kepala tali pinggang yang dipakai • Sebagai pakaian Diraja
oleh Yang di-Pertuan Agong. yang merupakan
simbol kebesaran.




7





01 Fok PSV Ting 4.indd 7 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja


Keris Pendek Diraja • Dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong • Lambang kekuasaan
semasa majlis istiadat Diraja. baginda.
• Salah satu pelengkap kepada pakaian
kebesaran Diraja.
Gandik Diraja • Perhiasan kepala bagi Raja Permaisuri • Sebagai perhiasan
Agong yang dipakai semasa istiadat Diraja dan simbol
kebesaran Diraja dan semasa pertabalan kebesaran.
Yang di-Pertuan Agong.
Kalung Diraja • Dipakai oleh Raja Permaisuri Agong dalam • Sebagai perhiasan
istiadat-istiadat kebesaran Diraja dan Diraja dan simbol
pertabalan Yang di-Pertuan Agong. kebesaran.
Tingkatan
Mess Kit • Dipakai ketika menghadiri majlis santapan • Sebagai pakaian Diraja
4
malam beristiadat. yang merupakan
simbol kebesaran.







Tengkolok
Diraja

Gandik Diraja









Muskat
Kalung Diraja


Keris Pendek
Diraja





Pending Diraja




Keris Panjang
Diraja






Pakaian rasmi sempena pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-16


8





01 Fok PSV Ting 4.indd 8 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

C Contoh Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
1. Negeri-negeri yang mempunyai sultan atau raja mempunyai alat kebesaran dan perhiasan Diraja
tersendiri. Cara pemakaian peralatan ini juga berbeza untuk di setiap negeri.
2. Berikut merupakan contoh tengkolok, mahkota atau tanjak Diraja:













4


Tengkolok Diraja Pahang Tengkolok Diraja Kedah Tengkolok Diraja Tingkatan
menggunakan solek menggunakan solek Terengganu menggunakan
“Sekelongsong Bunga” “Dendam Tak Sudah” solek “Belalai Gajah”


















Tengkolok Diraja Negeri Tengkolok Diraja Selangor Tanjak Diraja Perak
Sembilan menggunakan menggunakan solek menggunakan solek
solek “Dendam Tak Sudah” “Setanjak Balung Raja” “Ayam Patah Kepak”




INFO
INFO SENI
Reka bentuk Mahkota Kerajaan
Johor adalah bercirikan
ketimuran dan dihiasi dengan
intan dan batu permata.
Mahkota ini mengandungi 6 biji
berlian besar, 3 biji batu delima
merah, 4 batu zamrud besar
dan 4 bjji batu nilai biru besar.
Jumlah berlian kecil ialah Mahkota Kerajaan Johor Tengkolok Diraja Perlis
1 450 biji. menggunakan solek
“Dendam Tak Sudah”




9





01 Fok PSV Ting 4.indd 9 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

3. Berikut merupakan keris Diraja:















Keris Taming Sari Perak Keris Pendek Diraja Perlis Keris Panjang Beruk
Berayun Selangor
Tingkatan
4


INFO SENI
INFO
Keris Taming Sari adalah keris kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka. Keseluruhan sarung keris ini
diselaputi oleh dedaun emas. Keris ini dipercayai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana
haluan untuk mengejar musuh. Mengikut legenda, keris Taming Sari yang pernah dimiliki Hang Tuah, mampu
menjadikan pemiliknya kebal.





4. Berikut merupakan Mahkota Diraja/Tiara/Gandik:

















Mahkota Permaisuri Johor Mahkota Tengku Ampuan Tiara Raja Permaisuri Perak
Selangor



(a) Mahkota Permaisuri Johor mengandungi 5 biji berlian besar, seutas rantai yang mengandungi
671 butir berlian dan sebuah tiara emas putih bertatahkan berlian.
(b) Mahkota Tengku Ampuan Selangor bertatahkan berlian, batu delima merah dan diikat
dengan emas tulen.
(c) Tiara Raja Permaisuri Perak mengandungi 312 berlian digabungkan menggunakan platinum.
Tiara ini dibuat di Hong Kong sekitar tahun 1960-an.





10





01 Fok PSV Ting 4.indd 10 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

PETA KONSEP





Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja






Alat Kebesaran Diraja Perhiasan Diraja Tingkatan

• Cogan Alam • Tengkolok Diraja
• Cogan Agama • Keris Pendek Diraja 4
• Cokmar • Pending Diraja
• Keris Panjang Diraja • Gandik Diraja
• Pedang, Keris Panjang dan Sundang • Kalung Diraja
Diraja • Muskat
• Payung Ubur-ubur Kuning • Mess Kit
• Tombak Berambu







Alat kebesaran dan perhiasan Diraja mengikut negeri

• Tengkolok Diraja Pahang menggunakan solek “Sekelongsong Bunga”
• Tengkolok Diraja Kedah menggunakan solek “Dendam Tak Sudah”
• Tengkolok Diraja Terengganu menggunakan solek “Belalai Gajah”
• Tengkolok Diraja Negeri Sembilan menggunakan solek “Dendam Tak Sudah”
• Tengkolok Diraja Selangor menggunakan solek “Setanjak Balung Raja”
• Tanjak Diraja Perak menggunakan solek “Ayam Patah Kepak”
• Mahkota Kerajaan Johor
• Tengkolok Diraja Perlis menggunakan solek “Dendam Tak Sudah”
• Keris Taming Sari Perak
• Keris Pendek Diraja Perlis
• Keris Panjang Beruk Berayun Selangor
• Mahkota Permaisuri Johor
• Mahkota Tengku Ampuan Selangor
• Tiara Raja Permaisuri Perak













11





01 Fok PSV Ting 4.indd 11 14/03/2023 4:40 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

Praktis SPM 1



PRAKTIS OBJEKTIF

1. Apakah yang dimaksudkan dengan alat perhiasan 5. Apakah maksud motif bunga raya yang terdapat
diraja? pada Mess Kit?
A Alat utama yang dipakai semasa istiadat rasmi A Perpecahan
Diraja B Keberanian
B Alat perhiasan pilihan bagi kaum kerabat C Kelemahan
diraja dalam majlis istiadat Diraja D Ketakutan
C Alat sampingan yang dipasang bersama alat
kebesaran diraja semasa adat istiadat Diraja 6. Apakah perhiasan Diraja yang menjadi pakaian
Tingkatan
D Alat yang menjadi kegemaran kaum kerabat rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Diraja yang digunakan semasa majlis adat Agong?
4
istiadat Diraja A Muskat
B Mess Kit
2. Apakah kepentingan alat kebesaran diraja? C Tengkolok Diraja
A Menggambarkan rakyat yang berbilang kaum D Keris Pendek Diraja
B Simbol kedaulatan raja dan negeri yang
diperintah 7. Apakah fungsi perhiasan Diraja berikut?
C Meningkatkan semangat patriotik kepada
generasi muda
D Melambangkan sejarah peperangan sesebuah
kerajaan
3. Apakah fungsi alat kebesaran Diraja berikut?





A Kepala tali pinggang yang dipakai oleh Yang
di-Pertuan Agong
B Pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong
C Perhiasa ulu bagi Raja Permaisuri Agong
D Rantai leher yang dipakai oleh Raja Permaisuri
Agong
8. Apakah lambang yang tertera pada pending
A Senjata Melayu lama Diraja?
B Alat perang pada zaman dahulu A Kerajaan Negeri
C Digunakan semasa majlis istiadat rasmi B Perdana Menteri
D Pelengkap kepada pakaian kebesaran Diraja C Parlimen Malaysia
D Kerajaan Persekutuan
4. Apakah nama alat kebesaran berikut?
9. Apakah alat kebesaran Diraja yang menjadi keris
utama dalam istiadat pertabalan?
A Pedang
B Sundang Diraja
C Keris Panjang Diraja
D Payung Ubur-ubur Kuning

10. Tengkolok Diraja Terengganu menggunakan solek
.
A Cokmar
B Cogan Alam A ‘Belalai Gajah’
C Cogan Agama B ‘Dendam Tak Sudah’
D Keris Panjang C ‘Setanjak Balung Raja’
D ‘Sekelongsong Bunga’


12





01 Fok PSV Ting 4.indd 12 14/03/2023 4:41 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

11. ialah rantai leher yang dipakai 13. Antara berikut, pernyataan yang manakah betul
oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. tentang Mess Kit?
A Muskat I Dipakai ketika menghadiri majlis santapan
B Mess Kit malam beristiadat
C Gandik Diraja II Dipakai sekali dengan vest dan kemeja
D Kalung Diraja berwarna putih
III Dipakai bersama-sama seluar panjang yang
12. Apakah alat kebesaran Diraja berikut?
bersulam di kaki dan tengkolok
Perhiasan ulu bagi Raja Permaisuri Agong dan IV Diubah suai berdasarkan baju kemeja menteri
dipakai dalam adat istiadat kebesaran Diraja. besar
A I dan II
A Gandik Diraja B I dan IV
B Keris Taming Sari C II dan III Tingkatan
C Keris Pendek Diraja D III dan IV
D Keris Panjang Diraja 4




PRAKTIS KERTAS 2

1. Gambarkan satu aksi pertarungan seorang Sultan melawan musuhnya. Sultan sudah sedia membuka langkah
silat sambil menghunus keris di tangannya. Beri penekanan kepada unsur bentuk, jalinan, ton dan warna.
2. Lukiskan seorang adiwira. Adiwira tersebut hendaklah bertubuh sasa lengkap berpakaian seorang pahlawan
Melayu, berambut paras bahu serta memakai tengkolok. Beri penekanan kepada bentuk, ton dan jalinan.
3. Bayangkan anda di dalam sebuah istana. Bersemanyam seorang raja dan permaisuri di atas singgahsana
yang indah kekuningan. Terdapat juga dua orang jejawat memegang tombak di kedua-dua belah singgahsana.
Gambarkan keadaan tersebut. Beri penekanan kepada bentuk, jalinan, ton dan warna serta penegasan
kepada subjek utama, iaitu raja dan permaisuri.




PRAKTIS AMALI

Ekspresi Seni dalam Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja
1. Pilih salah sebuah negeri. Anda dikehendaki membuat carian tentang alat kebesaran dan perhiasan Diraja
negeri tersebut. Berdasarkan hasil carian tersebut, anda dikehendaki fotostat alat kebesaran atau perhiasan
Diraja. Kemudian, jadikan gambar tersebut sebagai jigsaw puzzle.
Berikut adalah langkah-langkah penghasilan:
Langkah 1 – Secara berkumpulan, anda dikehendaki membuat carian daripada pelbagai sumber seperti
Internet, majalah, surat khabar dan bahan bacaan lain.
Langkah 2 – Catatkan semua maklumat yang diperoleh dan berdiskusi sesama ahli kumpulan.
Langkah 3 – Cetak atau lukis alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang dipilih bersaiz A4 atau bebas.
Langkah 4 – Kemudian jadikan gambar tersebut sebagai jigsaw puzzle. Tampal gambar tersebut di atas
kertas keras sebelum memotongnya menjadi jigsaw puzzle.
Langkah 5 – Setelah siap, setiap kumpulan perlu bertukar-tukar hasil kerja bagi menyelesaikan jigsaw
puzzle ahli kumpulan lain dan menyatakan nama alat kebesaran dan perhiasan tersebut.
Kemudian mereka perlu kembali kepada kumpulan pereka jigsaw puzzle tersebut dan meminta
kumpulan tersebut memberi penerangan tentang alat kebesaran dan perhiasan Diraja itu
sambil membuat catatan daripada penerangan yang diberi.










13





01 Fok PSV Ting 4.indd 13 14/03/2023 4:41 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

Potongan gambar yang dicetak
kepada kepingan puzzle

Contoh jigsaw puzzle yang telah siap













Tingkatan
4



2. Hasilkan sebuah artist book yang mengandungi kajian dan penelitian pelbagai alat kebesaran dan perhiasan
Diraja negeri yang dipilih itu.
Langkah-langkah penghasilan Artist book:
Langkah 1 – Secara berkumpulan, setiap ahli membuat carian di Internet atau mana-mana rujukan tentang
salah satu alat kebesaran dan perhiasan Diraja.
Langkah 2 – Klasifikasikan setiap dapatan dari segi ciri-ciri, fungsi serta peranan alat kebesaran dan
perhiasan Diraja beserta huraian.
Langkah 3 – Setelah itu hasilkan satu lukisan bagi alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang dipilih.
Langkah 4 – Kumpul kesemua hasil lakaran setiap kumpulan menjadi artist book.
Contoh lukisan yang dihasilkan dan dimasukkan ke dalam artist book:





















Pending Diraja
Pakaian rasmi ini mula digunakan pada tahun 1960 semasa pertabalan Yang di-Pertuan Agong ketiga yang
diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman. Pada kebiasaannya, baju itu dipakai sekali
dengan seluar panjang bersulam di kaki dan tengkolok pada majlis-majlis sempena Hari Pertabalan dan
Hari Keputeraan serta semasa lawatan rasmi Baginda ke negeri-negeri di seluruh Malaysia dan perasmian
persidangan Parlimen. Tengkolok yang turut dipakai pada hari pertabalan adalah berwarna hitam bersulam
benang emas. Soleknya dinamakan “Dendam Tak Sudah” yang berasal dari Negeri Sembilan.








14





01 Fok PSV Ting 4.indd 14 14/03/2023 4:41 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

PROJEK FOLIO
Secara berkumpulan, hasilkan salah satu model alat kebesaran dan perhiasan Diraja. Rekaan anda hendaklah
memenuhi syarat-syarat berikut:

Saiz : Bebas
Bentuk : Seperti objek sebenar (3 dimensi)
Motif hiasan : Alat kebesaran dan perhiasan Diraja
Bahan : Bebas
Teknik : Bersesuaian dengan pilihan anda

Garis Panduan
1. Kulit folio Tingkatan
(a) Gunakan kadbod manila untuk membuat reka bentuk folio.
(b) Keseluruhan folio hendaklah berukuran 40 cm x 30 cm serta mengandungi dua poket untuk menyimpan
kertas lukisan. 4
(c) Setiap poket haruslah berukuran 40 cm x 27 cm dan dilekatkan dengan teguh di halaman dalam kulit
folio.
(d) Tulis tajuk projek, butir nama dan tingkatan dengan jelas di kulit folio.

2. Kajian
(a) Membuat koleksi keratan gambar foto dari akhbar, majalah, risalah atau Internet tentang alat kebesaran
dan perhiasan Diraja.
(b) Pilih beberapa contoh yang menarik dan buat kajian tentang rupa bentuk, jalinan serta warna setiap
contoh. Catat nota ringkas bagi contoh-contoh yang sesuai dijadikan sumber motif bagi penghasilan
model alat kebesaran dan perhiasan Diraja kelak.
(c) Membuat koleksi contoh-contoh model atau arca yang dihasilkan oleh seniman terkenal.
(d) Perhatikan ciri-ciri istimewa yang wujud pada setiap contoh, kemudian membuat catatan ringkas tentang
bahan dan teknik yang diaplikasikan.

3. Lakaran
(a) Tentukan bahan dan teknik yang akan digunakan untuk membuat karya anda.
(b) Membuat beberapa lakaran alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang dipilih beserta catatan.
(c) Jika warna digunakan, buat variasi skim warna pada lakaran poses (b).

4. Rangka sebenar
(a) Pilih lakaran yang paling baik.
(b) Lukis rangka sebenar mengikut ukuran yang tepat.
(c) Buat lukisan bagi alat kebesaran dan perhiasan diraja yang dipilih daripada pelbagai sudut pandangan
iaitu, hadapan, belakang, atas dan sisi.
(d) Jika jalinan diperlukan, tunjuk pada bahagian berkenaan.
(e) Buat catatan ringkas bagi setiap bahagian badan model alat kebesaran dan perhiasan diraja yang dipilih.

5. Hasil
(a) Sediakan alat dan bahan pilihan anda.
(b) Buatkan rangka kasar model alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang dipilih.
(c) Setiap model alat kebesaran dan perhiasan Diraja yang dihasilkan hendaklah kemas, kukuh dan stabil.
(d) Hasil model yang menggunakan kayu hendaklah disapu syelek atau spray clear.
(e) Jika menggunakan menggunakan simen, pastikan bancuhan simen sesuai dan tidak mudah retak.

6. Lain-lain
(a) Buat lukisan tentang
– Alat dan bahan yang digunakan.
– Proses dan teknik penghasilan mengikut urutan.
– Cadangan persembahan hasil karya digunakan dalam situasi sebenar.
(b) Buatkan kotak menggunakan plastik keras bagi pembungkusan hasil karya. Tulis butir nama dan tingkatan
di halaman luar.



15





01 Fok PSV Ting 4.indd 15 14/03/2023 4:41 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja

(c) Lengkapkan juga halaman
– Kandungan
– Kos perbelanjaan
– Penghargaan

7. Persembahan
(a) Susun atau menjilid catatan bukti kajian mengikut urutan isi kandungan, kemudian masuk ke dalam poket
folio.
(b) Bungkus hasil karya mengikut langkah 6(b).
(c) Hasil karya lukisan dimasukkan ke dalam poket yang lain.
(d) Hantar folio bersama-sama hasil karya anda.



Proses kerja:
Tingkatan
4



















1 Gosok batang aiskrim hingga licin. 2 Gam untuk mencantum dua batang
aiskrim.

























3 Biarkan gam kering dengan mengikat kedua-dua batang aiskrim tersebut menggunakan gelang
getah.







16





01 Fok PSV Ting 4.indd 16 14/03/2023 4:41 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 1 Alat Kebesaran dan Perhiasan Diraja















4 Tekapkan bentuk mata keris pada batang aiskrim tadi, kemudian cantumkan kedua-dua bahagian
tersebut. Pisahkan bahagian hulu dengan mata keris. Potong menggunakan pisau dengan cermat. Tingkatan




4











5 Potong batang aiskrim mengikut bentuk yang telah ditekap kemudian siapkan hulunya pula.
















6 Gosok hulu hingga licin dan masukkan jarum halus atau apa sahaja yang sesuai untuk
mencantumkan hulu keris nanti.

















7 Cantumkan hulu dan mata keris, kemudian gosok bahagian lekuk mata keris hingga licin dan kemas.

Setelah siap, murid hendaklah membuat apresiasi karya dengan cara Gallery Walk.



17





01 Fok PSV Ting 4.indd 17 14/03/2023 4:41 PM


Seni Halus Tingkatan 5
Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan
Tajuk
3 Seni Catan




















KATA KUNCI



Abstrak
Figuratif
Primitif
Cat minyak
Cat tempera
Painterly























Tingkatan
5





Sepanjang abad ke-20 hingga hari ini, muncul beberapa aliran seni catan dan kelahiran
tokoh-tokoh seni catan dengan hasil karya yang mengagumkan. Catan membolehkan
sesorang artis meluahkan perasaan dan merakamkan gambaran pemikiran melalui
imej visual yang diterjemahkan dalam bentuk nyata atau abstrak. Sejauh manakah
penghasilan karya seni mampu menjana pendapatan? Bagaimanakah pelukis dapat
menyampaikan mesej mereka dalam karya yang dihasilkan?




226
226




03 Fok PSV Ting 5.indd 226 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan


3.1 Pengenalan

1. Catan terawal telah dijumpai di dinding gua yang dihasilkan oleh manusia pada zaman
purba. Sejarah catan bermula pada Zaman Yunani Purba. Pada masa itu, aktiviti catan hanya
menggambarkan kisah-kisah keagamaan menggunakan media mozek dan fresko. Zaman
Renaissance pada abad ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga abad
ke-18. Media yang digunakan ialah cat minyak, air, tempera dan fresko. Pada abad ke-19 dan
ke-20 pula, muncul beberapa aliran baharu yang menentang pemikiran tradisi.
2. Subjek catan kebanyakannya menggambarkan peristiwa-peristiwa yang berkaitan dengan adat
istiadat dan agama. Pelukis-pelukis Yunani yang terkenal pada zaman tersebut ialah Polygonotos,
Zeuxis, Protogenes, dan Apelles.
3. Zaman Renaissance atau Zaman Pembaharuan (zaman pemulihan kegemilangan budaya dengan
pengembalian unsur-unsur budaya klasik Yunani dan Romawi Lama pada abad ke-14 hingga
abad ke-16) merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah. Zaman tersebut dibahagi kepada
tiga peringkat yang pertama, iaitu “Renaisans” peringkat awal (1378 – 1500 TM), yang kedua
“Renaisans” peringkat kemuncak (1500 – 1530 TM), yang terakhir ialah “Renaisans” peringkat
akhir (1530 – 1600 TM). Media catan yang popular pada zaman itu ialah fresko, cat tempera, cat
minyak, dan cat air.
4. Subjek catan kebanyakannya menggambarkan peristiwa kitab suci agama Kristian, potret dan
peperangan. Gaya catan zaman tersebut semuanya dalam bentuk realistik. Terdapat ramai
pelukis Realisme yang masyhur pada zaman itu. Antaranya ialah Tommaso di Giovanni Masaccio
(Itali 1401 – 1428) dengan karyanya ‘The Tribute Money’, 1427, fresko; Leonardo da Vinci (Itali
1452 – 1519) karyanya ‘Mona Lisa’, cat minyak; Albrecht Dürer (Jerman 1471 – 1528) karyanya
‘The Great Piece of Turf’ dan Paolo Uccello (Itali 1379 – 1475) karya beliau ‘The Battle of San
Romano’.
5. Pada abad ke-19 dan ke-20, muncul aliran catan baharu, iaitu gaya semi abstrak dan abstrak.
Media yang digunakan ialah cat enamel, cat aluminium dan cat campuran. Subjek utama yang
digunakan ialah alam benda, pemandangan atau landskap, kegiatan manusia dan objek yang
tiada kaitan di dalam satu situasi yang tidak dijangka.
6. Pelbagai aliran dan gaya muncul mempunyai ciri-ciri tertentu dan boleh dilihat dalam karya-karya
yang dihasilkan. Antara aliran yang utama ialah Fauvisme, Ekspresionisme, Kubisme, Surealisme,
Ekspresionisme Abstrak, Seni Pop dan Seni Op.


3.2 Seni Catan Barat Mengikut Pilihan Abad dari Aspek Aliran, Gaya, Pelukis dan Tingkatan
Karya
A Fauvisme (1900 – 1910)

1. Aliran Fauvisme menolak idea peniruan terhadap alam. Aliran seni ini menggambarkan suasana 5
yang hendak dilukis melalui ekspresi. Pelopor aliran seni ini ialah Henri Matisse dan André
Derain. Pelukis lain aliran ini ialah Maurice de Vlaminck, Kees van Dongen dan Raoul Dufy.
2. Kebanyakan karya aliran ini menggunakan warna yang tidak terikat dengan warna alam lebih
memperlihatkan hubungan peribadi antara pelukis dengan alam tersebut. Sapuan berus yang
tidak rata (painterly), bebas dan penggunaan garisan yang sederhana digunakan dalam karya ini.
Di samping itu, penggunaan warna penggenap yang ketara dan pelbagai mampu menghasilkan
kesan kasar dan bercanggah.
3. Kandungan hasil catan ini digambarkan secara emotif dan imaginatif, berbeza dengan aliran
Naturalisme yang bersifat objektif dan realistik. Terdapat juga karya yang dihasilkan berdasarkan
seni primitif Afrika, Pra-Columbia Amerika dan Oceania.


227





03 Fok PSV Ting 5.indd 227 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan



Sapuan berus yang tidak
rata (painterly)




Warna yang bukan mewakili
warna sebenar



Warna yang terang dan
pelbagai




‘Restaurant at Marly-le-Roi, ca Mu’, 1905, cat minyak oleh
Maurice de Vlaminck
Pelukis dan Karya
1. Henri Matisse

• Henri Matisse dilahirkan pada 31 Disember 1869 di Le
Cateau, Perancis dan meninggal dunia pada 3 November
1954 di Nice, Perancis.
• Beliau merupakan seorang seniman Perancis yang terkenal
dengan penggunaan warna yang asli.
• Pada tahun 1952, beliau telah mendirikan Muzium Matisse
di Le Cateau.
• Catan beliau yang terkenal ialah The Woman with the Hat
(1905), Portrait of Madame Matisse (Green Stripe) (1905)
dan The Open Window (1905).
• Catan yang lain ialah Dishes and Fruit (1901), Landscape
at Collioure (1905), Le Bonheur de Vivre (The Happiness of
Living) (1905) dan The Riverbank (1907).
Henri Matisse



• Henri Matisse telah menghasilkan karya ini
dengan menonjolkan unsur warna.
Tingkatan
• Warna ungu menggambarkan keadaan yang
kompleks dan warna oren menyerap panas
5
matahari.
• Manakala lemon kuning di bawah kawasan
sejuk dan pemegang berwarna merah terang.
• Warna keseluruhan pembinaan kanvas
menggambarkan keceriaan.




‘Dishes and Fruit’, 1901 oleh Henri Matisse




228





03 Fok PSV Ting 5.indd 228 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

2. Maurice de Vlaminck
• Maurice de Vlaminck dilahirkan pada 4 April 1876 di Paris,
Perancis dan meninggal dunia pada 11 Oktober 1958 di Rueil-
la-Gadeliére, Perancis.
• Beliau merupakan seorang pelukis Perancis dan dianggap
sebagai salah satu tokoh utama dalam gerakan Fauvisme.
• Beliau terkenal dengan karya catan landskap.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah The Seine at Chatou
(1906) dan Le Pont de Poissy (The Poissy Bridge) (1910). Catan
yang lain ialah Village (1912) dan The Gardener (1904).


Maurice de Vlaminck


• Maurice de Vlaminck memilih secara spontan
unsur bentuk dan warna asas yang mudah untuk
meluahkan perasaannya.
• Menurutnya beliau “saya cuba melukis dengan
hati tanpa perlu bimbang tentang gaya”.
• Beliau menggabungkan warna biru utama dan
merah dengan putih.
• Selain itu, menerapkan secara langsung dari
tiub dan pusaran pigmen dengan menggunakan
warna konvensional untuk rumah berwarna
putih, daun hijau, batang pokok oren
kemerahan dan berlatarbelakangkan biru,
merah dan putih.

‘The Seine at Chatou’, 1906 oleh Maurice de Vlaminck

INFO
INFO SENI
Maurice de Vlaminck mula menceburi bidang melukis semasa usia belasan tahun. Pada tahun
1893, beliau belajar melukis dengan pelukis, Henri Rigalon di Ile de Chatou.



3. André Derain Tingkatan

• André Derain dilahirkan pada 10 Jun 1880 di Yvelines, Perancis
dan meninggal dunia pada 8 September 1954 di Garches, 5
Perancis.
• Beliau mengikuti kelas melukis di bawah Eugène Carrière dan
bertemu dengan Matisse.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Le Séchage des Voiles
(The Drying Sails) (1905) dan L’Estaque (Turning Road) (1905).
• Hasil catan lain ialah The Houses of Parliament (1905-1906), The
Last Supper (1911) dan Pinéde a Cassis (Landscape) (1907).

André Derain




229





03 Fok PSV Ting 5.indd 229 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan


• Warna dan komposisi yang berani, Derain
melukis banyak gambar Thames dan Tower
Bridge. Lukisan London ini tetap menjadi
antara karya paling popularnya.
• André Derian menggunakan teknik pointillist
dari beberapa titik, yang mana titik-titik yang
diaplikasi jauh lebih besar berbanding teknik
pointilisme sebenar, ia lebih sekadar pemisahan
warna yang disebut Divisionism dan sangat
efektif dalam menyampaikan fragmentasi
warna dalam menggerakkan air di bawah sinar
matahari.



‘Le Séchage des Voiles (The Drying Sails)’, 1906
oleh André Derain

B Ekspresionisme (1905 – 1925)

1. Sepanjang akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, aliran ini telah berkembang di Jerman. Pelukis
aliran ini berusaha mewujudkan pengalaman emosional.
2. Antara pelukis aliran ini ialah Ernst Ludwig Kirhner, Erich Heckel dan Karl Scmidt Rottluff serta
kumpulan Die Brucke (The Bridge) yang bermula di Dresden pada tahun 1905.
3. Karya catan aliran ini menggunakan warna yang terang dan dramatik bertujuan menyampaikan
mesej. Pelukis aliran ini menolak ciri-ciri tradisi klasik catan yang berasaskan Realisme. Aliran
seni ini menggambarkan manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis, luahan perasaan
secara spontan dan bebas.
4. Perubahan bentuk, dilebih-lebihkan atau diubah terhadap hal benda bagi menekankan aspek
pengalaman emosional. Kadang kala tidak ada imej yang jelas dan lebih bersifat organik. Pelukis
aliran ini turut menolak peniruan terhadap alam.


Pelukis dan Karya
1. Edvard Munch


• Edvard Munch dilahirkan pada 12 Disember 1863 di
Adalsbruk, Norway dan meninggal dunia pada 23 Januari
Tingkatan
1944 di Oslo, Norway.
• Beliau belajar di Sekolah Seni dan Reka Bentuk Diraja di
5
Kristiania.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah The Scream (1893)
dan Springtime (1913).
• Catan yang lain dihasilkan oleh beliau ialah The Dance of
Life (1899), The Day After (1895-1896), The Sun (1912-1913)
dan Vampire (1893).



Edvard Munch




230





03 Fok PSV Ting 5.indd 230 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan


• Karya ‘The Scream’ merupakan pengalaman
sebenar Edvard Munch tentang jeritan yang
menembus alam ketika sedang berjalan-jalan.
• Kelihatan dua rakannya berada di belakang
meninggalkannya.
• Karya ini menggambarkan suara jeritan
didengari ketika seseorang itu mempunyai fikiran
bercelaru.
• Jeritan tersebut ditafsirkan sebagai menyatakan
penderitaan, mengerikan dan diputarbelitkan
oleh aliran alam yang subjektif.
• Karya ini berlatarbelakangkan lengkung seni
nouveau yang mengalir mewakili gabungan
linear subjektif yang dikenakan ke atas alam, di
mana banyaknya butir-butir disatukan menjadi
keseluruhan cadangan organik dengan gaya
feminin.



‘The Scream’, 1893 oleh Edvard Munch



INFO
INFO SENI
Karya Edvard
Karya ‘The Scream’ merupakan karya terawal Edvard Munch yang Munch
dihasilkan pada tahun 1893. Karya ini memperoleh harga lelongan
tertinggi dalam sejarah Seni Visual dengan harga USD 120 juta. VIDEO




2. Paul Klee



• Paul Klee dilahirkan pada 18 Disember 1879 di Switzerland
dan meninggal dunia pada 29 Jun 1940 di Muralto,
Switzerland. Tingkatan
• Gaya keperibadiannya dipengaruhi oleh pergerakan seni
Ekspresionisme, Kubisme dan Surealisme.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Cat and Bird 5
(1928), Castle and Sun (1928) dan Twittering Machine
(1922).
• Catan yang lain ialah Flower Myth (1918), Angelus Novus
(1920), Fish Image (1925), Strong Dream (1929), Refuge
(1930), Fish Magic (1925), Nocturnal Festivity (1921) dan
Death and Fire (1940).




Paul Klee




231





03 Fok PSV Ting 5.indd 231 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan
























‘Nocturnal Festivity’, 1921 oleh Paul Klee ‘Castle and Sun’, 1928 oleh Paul Klee

• Paul Klee menghasilkan karya ini dengan • Karya ‘Castle and Sun’ adalah ekspresi
fantasinya secara tersendiri. dalam semi abstrak.
• Terdapat bulan yang berwarna oren, • Sentuhan realisme, sudut dan penggunaan
percikan-percikan cahaya menghiasi warna mewujudkan bandar yang
langit malam. berbentuk geometri.
• Paul Klee telah menggunakan bentuk • Imej berjaya dihasilkan daripada pelbagai
segi tiga sebagai bumbung rumah. bentuk geometri dan pelbagai warna.
Atap berwarna oren pada bahagian • Matahari yang sepi bersinar di langit
tengah lukisan telah memberi kesan direka dengan bijak yang diciptakan oleh
keseimbangan. garis dan struktur yang kuat.
• Keseluruhan imej dalam karya telah
memberi kesan abstrak.



3. Wassily Kandinsky



• Wassily Kandinsky dilahirkan pada 4 Disember 1866 di
Moscow, Rusia dan meninggal dunia pada 13 Desember
1944 di Neuillysur-Seine, Perancis.
• Merupakan pelukis terpengaruh berasal dari Rusia dan
Tingkatan
seorang seniman pertama yang melukis karya seni abstrak
murni.
5
• Mulai melukis sketsa, gambar makhluk hidup dan
anatomi pada usia 30 tahun. Wassily merupakan pelukis
terkenal dengan karya abstrak dan penggunaan geometri
yang hebat.
• Kompisisi setiap lukisan Wassily memiliki garis yang
sangat unik dan kompleks. The Blue Rider adalah salah
satu karyanya yang sangat terkenal.
Wassily Kandinsky





232





03 Fok PSV Ting 5.indd 232 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan



• Karya ini menggambarkan seorang
penunggang kuda berpakaian jubah biru
melalui kawasan padang rumput.
• Warna biru melambangkan kerohanian.
• Catan ini mewakili tonggak penting
dalam peralihan Wassily Kandinsky
dari aliran Impresionisme kepada seni
abstrak moden.






‘The Blue Rider’, 1903 oleh Wassily Kandinsky


C Kubisme (1907 – 1922)
1. Aliran Kubisme merupakan yang dipelopori oleh Pablo Picasso dan Georges Braque. Aliran
Kubisme menampilkan objek gaya abstrak berbentuk geometri. Gaya aliran ini tidak terikat
dengan edisi catan, sebaliknya banyak menggunakan bentuk dan satah seperti segi tiga, kubus,
segi empat, kon, silinder, bulat serta bentuk kotak. Ciri utama aliran ini ialah penggunaan warna
yang terang dan mempunyai perspektif. Pelukis mengubah bentuk sebenar objek kepada bentuk
geometri.
2. Haiwan dan manusia dijadikan sebagai objek dengan latar belakang semula jadi atau bangunan.
Objek disusun semula dalam bentuk abstrak. Latar belakang dan objek menembusi satu dengan
yang lain untuk membentuk ruang cetek.
3. Ciri-ciri aliran Kubisme:
(a) Tidak terikat dengan kongkongan tradisi catan.
(b) Model atau realiti luaran tidak diperlukan kerana catan merupakan peniruan realiti.
(c) Struktur geometri adalah asas kepada objek yang terdapat pada alam semula jadi.
(d) Penggunaan bentuk dan satah geometrik.
(e) Merupakan penyelesaian permasalahan tiga dimensi dalam ruang dua dimensi dengan
keinginan untuk mengekalkan sifat-sifat dua dimensi.

Pelukis dan Karya
1. Pablo Picasso Tingkatan

• Pablo Picasso lahir pada 25 Oktober 1881 di Malaga, Sepanyol
dan meninggal dunia pada 8 April 1973 di Mougins, Perancis. 5
Beliau merupakan seorang seniman yang terkenal dalam aliran
Kubisme dan dikenali sebagai pelukis revolusi pada abad ke-20.
• Selama 80 tahun, dia menciptakan lebih daripada 50 000 karya
lukisan.
• Contoh catan beliau yang terkenal ialah Les Demoiselles
D’Avignon (1907) dan Boy with a Pipe (1905) dan Girl Before a
Mirrow (1932).
• Karya catan yang lain ialah Dora Maar au Chat (1940), Portrait
de Ambroise Vollard (1910), Guernica (1937) dan Three Musicians
(1921).
Pablo Picasso



233





03 Fok PSV Ting 5.indd 233 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan


INFO SENI
INFO
Bapa Pablo Picasso merupakan seorang profesor dalam bidang lukisan dan mendorong beliau dalam bidang
seni. Bakat beliau muncul ketika usia muda dan menjadi pelukis yang mahir semasa umur belasan tahun.


• Lukisan aliran Kiubisme ini berbentuk gitar.
• Bagi lukisan ini, Pablo Picasso menggunakan
pelbagai bentuk dan sedikit warna yang
digabungkan untuk menghasilkan lukisan yang
indah.
• Warna biru merupakan warna yang dominan pada
lukisan ini.
• Melalui gabungan warna biru tua, biru muda dan
putih menjadikan lukisan ini kelihatan harmoni
dan selesa dipandang bagi waktu yang lama.



‘The Guitar’, 1912 oleh Pablo Picasso

2. Georges Braque

• Georges Braque merupakan seorang pelukis Perancis pada
awal abad ke-20.
• Beliau juga merupakan pengukir patung bersama Pablo
Picasso.
• Mereka berdua telah menggabungan artistik yang melahirkan
bentuk seni revolusi baharu yang dinamakan Kiubisme.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Glass on a Table (1909)
dan The House at l’Estaque (1908).
• Catan lain ialah Fishing Boat (1909), The Viaduct at L’Estaque
(1908) dan Still Life with Mandola and Metronome (1909).
Georges Braque


• Karya ini menandakan perubahan gaya ke arah palet warna
yang diredam dan bentuk geometri yang sederhana.
• Georges Braque mengurangkan segala yang ada di lukisannya
menjadi kiub. Karya ini adalah salah satu daripada beberapa
Tingkatan
lukisan yang dihasilkan Braque dari perkampungan L’Estaque
5
di Perancis.
• Rumah-rumah di l’Estaque menggunakan palet warna
bersahaja yang menjadi bahan utama karya Braque.
• Penyederhanaan rumah dan pokok dalam lukisan kepada
bentuk geometri yang paling kecil, di samping menggunakan
bayangan secara paradoks untuk membuat kedalaman bagi
bentuk-bentuk yang dihasilkan.


‘The House at I’Estaque’, 1908 oleh Georges Braque




234





03 Fok PSV Ting 5.indd 234 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

3. Albert Gleizes


• Albert Gleizes dilahirkan pada 8 Disember 1881 di Paris,
Perancis dan meninggal dunia pada 23 Jun 1953 di Avignon,
Perancis.
• Albert Gleizes merupakan pelukis Perancis dan mempunyai
latar belakang keluarga seniman.
• Setelah tamat persekolahan, beliau menghabiskan empat
tahun latihan ketenteraan di Perancis.
• Kemudian, Albert meneruskan kariernya sebagai pelukis
yang dimulakan dengan gaya Impresionisme.
• Beliau banyak menghasilkan lukisan-lukisan bertemakan
landskap pada usianya 21 tahun ketika itu.




Karya Albert Gleizes
Albert Gleizes
INFO




• Albert Gleizes telah mengarang buku mengenai
Kubisme dengan rakannya, iaitu Jean Metzinger.
• Buku ini berkisarkan pernyataan terbuka
mengenai prinsip-prinsip lukisan Kubisme.
• Beliau menghasilkan karya ‘Man on The Balcony’
yang memperlihatkan gaya Kubisme dari garis
patah dan perspektif terpotong-potong seperti
yang diterapkan pada format tradisional potret
panjang penuh.
• Walau bagaimanapun, lukisan tersebut cukup
representatif untuk membolehkan tubuh yang
tinggi dan bergaya elegan dikenali sebagai Dr.
Théo Morinaud.
• Latarnya pula menonjolkan latar belakang
cerobong asap yang kompleks, trek kereta Tingkatan
api dan jambatan-jambatan yang merupakan
pemandangan dari balkoni pejabat pakar bedah
pergigian di Avenue de l’Opéra di Paris. 5







Fernand Léger

INFO
‘Man on a Balcony’, 1912 oleh Albert Gleizes





235





03 Fok PSV Ting 5.indd 235 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

D Surealisme (1924 – 1966)

1. Mulai tahun 1920-an, aliran Surealisme telah lahir sebagai suatu aliran seni terpenting di Paris.
Aliran ini menggambarkan hal benda dan situasi seperti dalam mimpi atau alam bawah sedar
manusia.
2. Gaya aliran seni ini merangkumi dua, iaitu abstrak dan figuratif. Karya ini lebih menggunakan
kesan emosi daripada bentuk organik sama ada nyata atau imaginasi. Penghasilan karya aliran
ini tidak menitikberatkan penggunaan warna.
3. Kandungan karya aliran ini memfokuskan imaginasi berbanding realiti dan memberi tumpuan
kepada hal benda yang wujud dalam kehidupan dan lingkungan manusia. Antara pelukis-pelukis
utama aliran ini ialah Giogio de Chirico, René Magritte, Salvador Dali, Joan Miró, Jean Arp, Max
Ernst, Andre Masson, Ynes Tanguy, Pierre Roy dan Paul Delvaux.

Pelukis dan Karya

1. Salvador Dali


• Salvador Dali dilahirkan pada 11 Mei 1904 di Figueres,
Sepanyol dan meninggal dunia pada 23 Januari 1989 di
Figueres, Sepanyol.
• Beliau seorang tokoh seniman aliran Surealisme yang aktif
berkarya pada abad ke-20. Beliau dikatakan pelopor artis
yang memahami bahawa minat dalam bidang komersial
juga penting bagi seseorang seniman.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah The Persistence of
Memory (1931) dan Tuna Fishing (1967).
• Catan yang lain ialah Galatea of the Spheres (1952),
Metamorphosis of Narcissus (1937), Swans Reflecting
Elephants (1937) dan Allegory of an American Christmas
(1934).


Salvador Dali




• Lukisan ini menggambarkan pelbagai jam
dinding yang meleleh. Jam dinding yang
bersifat konkrit menjadi cair.
Tingkatan
• Kehadiran pohon di atas blok kayu yang mirip
5
seperti meja menonjolkan prinsip kontra
dalam karya yang terjadi antara realiti dan
alam mimpi.
• Permukaan yang luas namun kelihatan
kosong ditambah dengan tebing yang diukis
secara jelas meskipun jaraknya tidak dekat
membuatkan latar belakang lukisan kelihatan
seperti alam mimpi atau hanya ilusi.

‘The Persistence of Memory’, 1931 oleh Salvador Dali



236





03 Fok PSV Ting 5.indd 236 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

2. René Magritte


• René Magritte merupakan salah seorang seniman Belgium
yang paling terkenal pada abad ke-20.
• Pada tahun 1927, beliau telah mengadakan pameran solo
pertamanya di Brussels.
• Epal hijau dijadikan ikon utama dalam penghasilan karyanya.
• Catan beliau yang terkenal ialah The Pleasure Principle
(Portrait of Edward James) (1937), Personal Values (1952)
dan The Son of Man (1964).
• Catan yang lain ialah The False Mirror (1928), The Infinite
Recognition (1963), The Dawn of Cayenne (1926) dan
Decalcomania (1966).

René Magritte





• René Magritte menerangkan objek dan
hubungan antara objek sedemikian rupa
sehingga tidak ada konsep atau perasaan
terhadap sesuatu hubungan.
• Karya ini menggambarkan ruangan
yang penuh dengan hal-hal biasa tetapi
mewujudkan kekeliruan kepada penonton
yang melihat karya ini.
• Lukisan dinding yang menggambarkan
langit memberi maksud bilik tersebut bebas
daripada imaginasi fizikal manusia.




“Personal Values’ 1952 oleh René Magritte

3. Giorgio de Chirico Tingkatan


• Giorgio de Chirico dilahirkan pada 10 Julai 1888 di Volos, Greek Tingkatan
dan meninggal dunia pada 20 November 1978 di Rom, Itali. 5
• Beliau merupakan seorang seniman dan penulis Itali yang 5
dilahirkan di Yunani.
• Beliau turut menjadi pengkritik seni moden pada tahun 1919.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah The Red Tower (1913),
The Disquieting Muses (1947), The Enigma of the Hour (1911),
The Song of Love (1914) dan The Soothsayers Recompense (1913).



Giorgio de Chirico





237





03 Fok PSV Ting 5.indd 237 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan





• Bangunan besar dalam lukisan ini menggambarkan
pengalaman hidup dan emosional yang sangat
mempengaruhi dirinya dalam tempoh beliau
sebagai tentera, kesihatannya dan ketidakadilan
perang ketika itu serta peristiwa kematian ayahnya.
• Karya seni ini memberi beberapa aspek objek
realistik namun tidak dinyatakan dengan jelas.
• Karya ini menampilkan ruangan yang penuh dengan
objek.




‘Great Metaphysical Interior’, 1917 Karya seni
oleh Giorgio de Chirico Giorgio de
Chirico
INFO






E Ekspresionisme Abstrak (1943 – 1965)
1. Aliran Ekspresionisme Abstrak merupakan gerakan seni yang muncul pada sekitar tahun
1940-an hingga 1960-an selepas Perang Dunia Kedua. Aliran ini berkembang di Amerika Syarikat
dan menular ke seluruh dunia serta berpusat di New York.
2. Pada tahun 1946, pengkritik bebas, iaitu Robert Coates telah menggunakan istilah Ekspresionisme
Abstrak buat pertama kali. Pelukis menggunakan berus yang besar dan sapuan yang kasar bagi
menghasilkan karya aliran ini. Mereka menggunakan warna terus dari bekas cat. Ciri-ciri utama
aliran ini ialah titisan, percikan dan lelehan cat secara spontan. Pelukis Jackson Pollock dan
Willem de Kooning menghasilkan karya dengan menggunakan aksi spontan ini.
3. Kandungan karya aliran ini menfokuskan hal benda mereka berbentuk abstrak dan luahan emosi
berdasarkan kesedaran bawah minda.
Pelukis dan Karya
1. Arshile Gorky

• Arshile Gorky dilahirkan pada 15 April 1904 dan meninggal
Tingkatan
dunia pada 21 Julai 1948.
5
• Nama sebenar beliau ialah Vostanik Manoug Adoian.
• Beliau merupakan seorang pelukis Armenia-Amerika
yang mempunyai pengaruh penting pada Ekspresionisme
Abstrak.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah How My Mother’s
Embroidered Apron Unfolds in My Life (1944).
• Catan yang lain ialah Soft Night (1947), Hitler Invades
Poland (1939), Waterfall (1943), One Year the Milkweed
(1944) dan The Liver in the Cock’s Comb (1944).
Arshile Gorky




238





03 Fok PSV Ting 5.indd 238 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan




• Karya beliau yang inovatif dan terkenal ini
menggunakan perbendaharaan kata abstrak
untuk menyampaikan kenangan masa
kecilnya di samping pemerhatian langsung
terhadap alam.
• Beliau banyak menggunakan unsur garisan
dalam menonjolkan rupa yang diingini.
Warna yang digunakan pula adalah terhad.
• Penggunaan setiap warna hanyalah sedikit
pada bahagian-bahagian tertentu sahaja.


‘How My Mother’s Embroidered Apron Unfolds in
My Life’ 1944 oleh Arshile Gorky




2. Willem de Kooning

• Willem de Kooning dilahirkan pada 24 April 1904 di
Rotterdam, Belanda dan meninggal dunia pada 19 Mac
1997 di New York.
• Pada tahun 1926, beliau telah berhijrah ke Amerika Syarikat.
• Beliau merupakan salah seorang pelukis yang terkenal pada
abad ke-20.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Interchange (1955).
Karya tersebut telah dijual hampir USD 300 juta pada tahun
2015 dan Abstraction (1949).
• Catan yang lain ialah The Wave (1942-1944), Fire Island
(1946), Police Gazette (1955), Woman-Ochre (1955), Standing
Man (1942), Composition (1955), Judgment Day (1946) dan
Excavation (1950).
Willem de Kooning




• Lukisan terbesar Willem de Kooning, Tingkatan
menunjukkan gaya inovatif karya saintis
ekspresif dan organisasi ruang yang longgar 5
dengan kontur terbuka.
• Struktur mudah alih garis kaligrafi yang
berpautan menggambarkan bentuk burung
dan ikan, hidung manusia, mata, gigi, leher
dan rahang.
• Kemahiran melukis secara teknikal dilihat
dalam pembentukan permukaan yang
intensif dan kikisan lapisan cat.


‘Excavation’ 1950 oleh Willem de Kooning



239





03 Fok PSV Ting 5.indd 239 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan


• Karya ini menonjolkan salah satu pemandangan
abstrak de Kooning.
• Beliau tidak menekankan visual kiasan yang jelas.
• Sapuan berus yang spontan digunakan bagi
menghasilkan karya ini.
• Warna merah yang digunakan memberi kesan
kontra, ditambah sedikit kekuningan untuk menarik
perhatian audiens.
• de Kooning menghasilkan strok dengan sapuan
berus menggunakan cat hitam bagi menghasilkan
bentuk abstrak dalam karya.
• Warna asas seperti biru masih dicalit walaupun
sedikit. Sebahagian besar ruang diwarnakan dengan
warna terang dengan kesan sapuan berus yang
kasar.


‘Interchange’, 1955 oleh Willem de Kooning




3. Jackson Pollock

• Jackson Pollock dilahirkan pada 28 Januari 1912 di Wyoming,
Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada 11 Ogos 1956
di New York.
• Beliau merupakan pelukis Amerika dan tokoh utama dalam
gerakan aliran ini.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Number 17A (1948)
dan Composition with Red Strokes (1950).
• Catan yang lain ialah Number 3 (1949), Moon Woman
(1942), Autumn Rhythm (1950), Convergence (1952), Blues
Poles (Number 11) (1952) dan The Deep (1953).


Jackson Pollock




• Terdiri daripada putaran dan corak warna yang saling berkait
dan menghasilkan corak dari segi bentuk dan jalinan daripada
Tingkatan
tenaga pelukis yang bergerak dan semakin berkembang serta
5
kompleks.
• Komposisi dengan strok merah adalah dunia yang dilihat
lengkap dengan kosmos irama pelukis yang serba lengkap
bersama komposisi dengan renjisan cat merah.
• Komposisi dengan strok merah memaparkan drama yang
yang luar biasa kerana perkaitan yang rapat dan membuktikan
kemampuan tertinggi artis untuk mencipta dunia alternatif
yang berbeza dengan diri mereka sendiri.

‘Composition with Red Strokes’, 1950 oleh Jackson Pollock



240





03 Fok PSV Ting 5.indd 240 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

F Seni Pop (1950-an – 1970-an)

1. Pada sekitar tahun 1950-an, Seni Pop muncul di England dan Amerika Syarikat. Seni ini dianggap
reaksi kepada aliran Ekspresionisme Abstrak apabila menggunakan imej bergambar dan teknik
hard-edge serta fotografi. Pelukis terawal dalam aliran ini ialah Robert Rauschenberg dan Jasper
Johns.
2. Teknik yang digunakan dalam penghasilan karya aliran ini ialah warna primer, warna kontras
dan terang. Ciri utama aliran ini ialah gabungan foto dan simbol bagi menyampaikan mesej
pengkarya. Catan aliran ini menggunakan teks berukuran besar dengan sapuan berus yang tebal.
3. Budaya popular dan dunia pengiklanan menjadi sumber tema aliran ini. Objek-objek yang jarang
mendapat perhatian diangkat secara serius sebagai karya seni rupa yang penting.
4. Pelukis aliran ini menfokuskan imej-imej biasa budaya popular seperti billboards, komik daripada
lukisan, pengiklanan majalah dan produk pasar raya. Aliran ini biasanya mengaplikasikan pada
kasut dan ikon seperti reka letak komik.
5. Pelukis terawal aliran ini ialah Robert Rauschenberg dan Jasper Johns. Pelukis lain ialah Andy
Warhol, David Hockney, Roy Lichtenstein, James Rosenquist, Richard Hamilton, Peter Blake dan
Allen Jones.

Pelukis dan Karya

1. Andy Warhol


• Andy Warhol dilahirkan pada 6 Ogos 1928 di Pittsburgh,
Amerika Syarikat dan meninggal dunia pada 22 Februari
1987 di New York.
• Andy Warhol adalah seorang pereka bentuk iklan yang
berjaya dan setelah itu beralih ke bidang seni halus.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Turquoise Marilyn
(1964), Michael Jackson Green (1984) dan Campbell’s Soup
I (1968).
• Catan beliau yang lain ialah Marilyn Diptych (1962), Silver
Car Crash (Double Disaster) (1963), Banana (1966), Shot
Marilyns (1964), Richard Weisman (1985) dan Last Supper
(1986).


Andy Warhol Tingkatan

5

INFO
INFO SENI
Andrew Warhola (1928 – 1987), dikenali sebagai Andy Warhol merupakan seorang pelukis catan Amerika
Syarikat, pembuat seni cetak dan pembuat filem yang mejadi figura utama dalam pergerakan seni visual
dikenali sebagai Seni Pop (Popular Culture).









241





03 Fok PSV Ting 5.indd 241 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan


• Andy Warhol telah menghasilkan catan potret salah seorang
rakannya bernama Richard Weisman.
• Potret ini kelihatan menarik dengan kedudukan subjek
yang mengiring bahunya ke hadapan dengan kepala
memandang ke hadapan.
• Wajahnya dirakam dengan reaksi yang natural menonjolkan
perwatakan Richard Weinsman. Warna latar berwarna biru
laut adalah sama dengan kot yang dipakai oleh Weinsman.
Manakala tali lehernya yang berwarna kuning telah
memberi kesan kontra.
• Bagi penghasilan potret ini, warna yang digunakan
adalah terhad bagi menonjolkan bentuk potret yang ingin
dipersembahkan kepada audien.
‘Richard Weisman’, 1985 oleh
Andy Warhol


2. Robert Rauschenberg

• Robert Rauschenberg dilahirkan pada 22 Oktober 1925
dan meninggal dunia pada 12 Mei 2008 di Florida,
Amerika Syarikat.
• Beliau mendapat banyak penghargaan sepanjang
kerjaya seninya selama 60 tahun.
• Beliau dianugerahkan National Medal of Arts pada
tahun 1993 dan Leonardo da Vinci World Award of Arts
pada tahun 1995.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Retroactive II
(1963), Rebus (1955) dan Skyway (1964).
• Catan beliau yang lain ialah Hyme (1956), Signs (1970)
dan Sky Garden (1969).
Robert Rauschenberg




• Retroactive II (1963) termasuk dalam rangkaian lukisan
silkscreen yang dibuat oleh Rauschenberg antara tahun
1962 dan 1964.
• Beberapa panel yang dihasilkan secara mekanik
membolehkannya mencetak gambar dan gambarnya
Tingkatan
sendiri yang diambil dari akhbar popular kepada skala
5
yang lebih besar.
• Beliau telah menggabungkan ke semua imej subjek
dengan menarik yang memberikan penceritaan yang
tersendiri.
• Beliau juga telah mengaplikasi teknik monokrom warna
bagi karya ini.


‘Retroactive II’, 1963 oleh Robert Rauschernberg





242





03 Fok PSV Ting 5.indd 242 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

3. Jasper Johns

• Jasper Johns dilahirkan pada 15 Mei 1930 di Georgia,
Amerika Syarikat.
• Beliau merupakan pelukis, pengukir dan pembuat cetakan
di Amerika.
• Karyanya sering dikaitkan dengan aliran Ekspresionisme
Abstrak dan Seni Pop.
• Beliau memperoleh jutaan dollar hasil penjualan karyanya
pada tahun 2010.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Flag (1954-1955),
Numbers (1960) dan Maps (1961).
• Catan beliau yang lain ialah White Flag (1955), Numbers in
Colour (1958-1959), False Start (1959), Three Flags (1958),
Jasper Johns 0 Through 9 (1961) dan Coat Hanger (1960).

































‘0 Through 9’, 1961 oleh Jasper Johns ‘False Start’, 1959 oleh Jasper Johns Tingkatan

• Aplikasi cat dicirikan oleh penggunaan • Karya seni abstrak menonjolkan konsep dan 5
berus besar dan bahantara minyak, emosi menarik yang ditimbulkan oleh sapuan
bersama dengan impasto secara berus, bentuk dan komposisi seni. Ia mewakili
keseluruhan. objek dan idea secara interpretif.
• Kawasan warnanya banyak diaplikasikan • Karya ini memaparkan gambar yang jelas
dan dicampurkan dengan nombor dan terang dengan tahap ketepatan warna
bertindih. yang tinggi. Sebagai ahli keluarga cetakan
• Pertindihan ini dapat dilihat bagi seni serba boleh, penghasilan karya berkualiti
keseluruhan komposisi serta pelbagai tinggi ini mewakili yang terbaik dari aspek
arah sapuan berus. Aksi linier telah kualiti dan kemampuan. Cetakan seni dibuat
ditambahkan dengan penggunaan arang. menggunakan akhbar litografi digital.




243





03 Fok PSV Ting 5.indd 243 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

G Seni Op (1964 hingga kini)
1. Pada tahun 1964, aliran ini muncul dan dikaitkan dengan ilusi optikal. Sekitar tahun 1960-an,
aliran ini lahir dan berkembang di Amerika Syarikat dan dianggap sebagai reaksi kepada ‘action
painting’.
2. Penghasilan karya aliran ini biasanya menitikberatkan pemilihan garisan, warna dan bentuk
bagi mendapatkan kesan yang maksimum pada karya. Pelukis menghasilkan karya tiga dimensi
(3D) daripada permukaan dua dimensi (2D) dengan menampakkan unsur ruang dan prinsip
pergerakan.
3. Kebanyakan karya yang dihasilkan menggunakan rupa geometri bagi mendapatkan ilusi
pergerakan melalui penggunaan warna dan corak geometri. Imej yang dihasilkan memberikan
kesan kepada penglihatan penonton.


Pelukis dan Karya
1. Victor Vasarely


• Victor Vasarely dilahirkan pada 9 April 1906 di Pecs,
Austria-Hungary dan meninggal dunia pada 15 Mac
1997 di Paris, Perancis.
• Pada mulanya, beliau telah mengikuti pengajian
perubatan di Eötvös Loránd University. Namun, keluar
daripada universiti tersebut dan menceburi bidang
lukisan di Podolini-Volkmann Academy.
• Beliau merupakan salah seorang pelukis utama aliran
Seni Op.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Uyte (1991),
VEGA-Or (1969), Stri Dio Nr. 873 (1970) dan A Black
(1989).
• Catan beliau yang lain ialah Berly (1966), Xanor (1979),
Duo-2 (1967) dan Saluces (1947).
Victor Vasarely





• Victor Vasarely meletakkan kepentingan utama
pada pengembangan bahasa visual yang
menarik dan dapat difahami secara universal.
Tingkatan
• Beliau berjaya menghasilkan karya abstrak
geometri yang lebih dikenal sebagai Op Art.
5
• Melalui kombinasi garis, bentuk geometri,
warna, dan bayangan yang tepat, beliau
membuat lukisan yang menarik, penuh dengan
ilusi kedalaman, pergerakan dan tiga dimensi.





‘Xanor’, 1979 oleh Victor Vasarely





244





03 Fok PSV Ting 5.indd 244 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

2. Julian Stanczak

• Julian Stanczak dilahirkan pada 5 November
1928 dan meninggal dunia pada 25 Mac 2017.
• Beliau dikatakan pengasas aliran Seni Op.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Low
Filtering (1978), The Confrontation in the Light
(black) (2002) dan Lights (1976).
• Catan beliau yang lain ialah Harmony Green
(1991), Blue Translation (1971) dan See Through
Dark (1983).




Julian Stanczak


• Dengan menggunakan garis getaran dan
skema warna bebas, Julian Stanczak mencipta
kesan optik yang canggih.
• Unsur geometri tepatnya dikaburkan oleh
lapisan warna lut sinar.
• Pemacu utama warna adalah melahirkan
cahaya. Tetapi cahaya yang dihasilkan sentiasa
berubah.
• Beliau menggunakan tenaga fluks ini kerana
memberi kesan aksi plastik yang hebat di atas
kanvas.



‘Blue Translation’, 1971 oleh Julian Stanczak


• Kesan ilusi optik wujud dengan imej bentuk
empat segi yang seolah-olah bertindih-tindih.
• Warna-warna yang digunakan telah memberi
kesan kedalaman imej antara satu sama lain.
• Warna paling gelap adalah warna ungu dilapisi Tingkatan
warna biru dan merah.
• Pertindihan rupa yang berlaku ini juga telah
mewujudkan rupa-rupa segi tiga kelihatan 5
bertindih-tindih.



INFO
INFO SENI
Seni Op hanya muncul pada separuh kedua abad
ke-20. Pengasas Seni Op ialah Victor Vazarelli. Karya
Seni Op tidak hanya terbentuk dan tidak banyak pada
kanvas atau selembar kertas, tetapi di minda penonton.

‘See Through Dark’, 1983 oleh Julian Stanczak


245





03 Fok PSV Ting 5.indd 245 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

3. Bridget Riley

• Bridget Riley dilahirkan pada 24 April 1931 di London,
England.
• Beliau merupakan pelukis Inggeris yang terkenal dengan
seni lukisannya yang unik.
• Antara catan beliau yang terkenal ialah Close By (1992),
Primitive Blaze (1963 – 1964) dan Tambourine (1988).
• Catan beliau yang lain ialah Gaillarde 2 (1989), Cataract 3
(1967) dan Orient 4 (1970).



Bridget Riley




• Sepasang jalur berwarna membentang seperti
pita melintasi kanvas putih, melebar dan
menipis dalam urutan lengkung cetek - garis,
tepi yang kemas, memaksimumkan interaksi
kromatik.
• Lekuk melengkung secara menyerong, seolah-
olah angin selatan-barat yang lembut bertiup
melintasi lembaran sutera, tetapi pada tahap
yang lain cahaya bergerak dengan kelajuan
yang berbeza dan ke arah yang tidak dapat
dikendalikan.
• Pigmen diubah menjadi keadaan aktif,
audiens dapat melihat ‘cahaya tanpa cahaya
yang bercahaya dan berwarna-warni’.




‘Cataract 3’, 1967 oleh Bridget Riley



• Setiap jalur dalam lukisan jalurnya yang
berwarna menggabungkan di dalamnya
dengan evolusi warna yang berbeza
Tingkatan
menyatukan satu sama lain dengan cara yang
5
tepat. Evolusi itu menimbulkan rasa gerak
ketika mata bergerak ke seluruh permukaan.
• Garis-garis mudah memperhatikan kajian
pengulangan, yang dianggap penting oleh
Riley untuk menarik pandangan mata
audiens.
• Bentuk jalur memberikan kesan stabil
bergantung kepada faktor lain seperti cahaya
‘Orient 4’, 1970 oleh Bridget Riley dan warna di sekitarnya.





246





03 Fok PSV Ting 5.indd 246 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

PETA KONSEP




• Menolak idea peniruan terhadap alam.
(1900 – 1910) • Menggunakan sapuan berus yang tidak rata, bebas dan
Aliran Fauvisme penggunaan garisan yang sederhana.
• Kesan kasar dan bercanggah dihasilkan melalui penggunaan
warna penggenap.



• Menggunakan warna yang terang dan dramatik bagi
(1905 – 1925) menyampaikan mesej.
Aliran Ekspresionisme • Menolak ciri-ciri tradisi klasik catan yang berasaskan Realisme.
• Karya menggambarkan luahan perasaan secara spontan dan
bebas.



• Gaya abstrak geometri.
(1907 – 1922) • Menggunakan bentuk dan satah seperti segi tiga, kubus, segi
Aliran Kubisme empat, kon, silinder, bulat serta bentuk kotak.
• Menggunakan haiwan dan manusia dengan latar belakang
semula jadi atau bangunan sebagai objek utama dalam karya.



• Menggambarkan hal benda dan situasi seperti dalam mimpi
(1924 – 1966) atau bawah sedar manusia.
Aliran Surealisme • Menggunakan kesan emosi sama ada nyata atau imaginasi.
• Berfokuskan imaginasi daripada realiti.



• Gerakan aliran ini berpusat di New York.
(1943 – 1965) • Menggunakan berus yang besar dan sapuan yang kasar.
Aliran Ekspresionisme • Ciri-ciri utam aliran ini ialah titisan, percikan dan lelehan cat
Abstrak secara spontan.
• Objek utama ialah hal benda berbentuk abstrak.



• Menggunakan imej bergambar dan teknik hard-edge serta Tingkatan
(1950-an – 1970-an) fotografi.
Aliran Seni Pop • Menggunakan warna primer, warna kontras dan terang. 5
• Ciri utama ialah gabungan foto dan simbol bagi
menyampaikan mesej pengkarya.



• Menitikberatkan pemilihan warna, garisan dan bentuk.
• Menghasilkan karya tiga dimensi (3D) daripada permukaan
(1964 hingga kini)
Aliran Seni Op dua dimensi (2D) dengan menampakkan unsur ruang dan
prinsip pergerakan.
• Menggunakan rupa geometri melalui penggunaan warna dan
corak geometri bagi menghasilkan ilusi pergerakan.




247





03 Fok PSV Ting 5.indd 247 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

Praktis SPM 3



PRAKTIS OBJEKTIF

1. Apakah jenis aliran berikut? 6. Siapakah pelukis berikut?

Menghasilkan karya yang menggambarkan
luahan perasaan secara spontan dan bebas.
A Post Impresionisme
B Ekspresionisme
C Surealisme
D Kiubisme
2. Siapakah pelukis berikut?
Antara catan beliau yang terkenal ialah The
Scream (1893) dan Springtime (1913). A Mark Tobey C Salvador Dali
B Philip Guston D Willian Baziotes
A Edvard Munch
B Jackson Pollock 7. Apakah tajuk karya catan berikut?
C Vincent van Gogh
D Willem de Koooning
3. Apakah jenis aliran berikut?
Pelukis mengubah bentuk sebenar objek
kepada bentuk geometri.
A Kubisme C Seni Pop
B Futurisme D Fauvisme
4. Siapakah tokoh yang telah menghasilkan karya A The Persistence of Memory
berikut?
B The Memory of Clock
C The Clock
D Golconda
8. Willem de Kooning merupakan pelukis aliran
.
A Ekspresionisme Abstrak
B Seni Pop
C Seni Op
D Kubisme
Portrait de Ambroise Vollard, 1910, cat minyak 9. Apakah jenis aliran yang dimaksudkan?
A Albert Glazez
Tingkatan
B Claude Monet Memberi fokus kepada imej-imej budaya
5
C George Braque popular seperti billboards, komik daripada
D Pablo Picasso lukisan, pengiklanan majalah dan produk pasar
raya.
5. Apakah jenis aliran berikut?
A Seni Pop
Aliran seni ini menfokuskan hal benda dan B Kiubisme
situasi dalam mimpi atau alam bawah sedar C Pasca Moden
manusia. D Post Impresionisme

A Ekspresionisme Abstrak 10. Siapakah pelukis aliran Seni Pop?
B Post Impresionisme A Andy Warhol C Rene Magrita
C Surealisme B Arshile Gorky D Paul Klee
D Dadaisme


248





03 Fok PSV Ting 5.indd 248 14/03/2023 4:54 PM


Pendidikan Seni Visual SPM Tajuk 3 Seni Catan

PRAKTIS KERTAS 2

1. Hasilkan satu catan dengan gaya dan aliran Ekspresionisme. Hasil kerja anda hendaklah menggambarkan
kesedihan atau ketakutan yang pernah dialami. Anda hendaklah mementingkan warna yang dramatik dan
garisan yang digunakan.
2. Penggunaan bentuk dan satah geometrik merupakan antara ciri karya aliran Kiubisme. Hasilkan satu catan
dengan gaya dan aliran ini. Lukisan anda hendaklah bertemakan buah-buahan. Anda hendaklah mementingkan
warna dan bentuk.

3. Gaya dan aliran Kubisme mementingkan struktur dari imej gambar. Hasilkan satu catan dengan gaya dan
aliran tersebut. Anda hendaklah mementingkan unsur warna dan jalinan dalam penghasilan karya.


PRAKTIS AMALI

Ekspresi Seni dalam Seni Catan
Lakukan aktiviti ini secara berpasangan. Pilih karya dan aliran yang anda gemari. Kemudian hasilkan dua imitasi
karya yang berbeza dengan inovasi dari segi penggunaan media.
Contoh:
Penentuan tema dan tajuk
Tema : Imaginasi
Tokoh : Salvador Dali
Tajuk : The Persistence of Memory
Aliran : Surelisme
Media : Cat minyak

Langkah 1 – Sediakan alat dan bahan.
Langkah 2 – Buat lakaran dengan menggunakan pensel dan bancuh warna yang dirancang.
Langkah 3 – Warnakan lakaran tersebut mengikut karya asal.
Langkah 4 – Kemasan.


Contoh karya Tingkatan








5


















249





03 Fok PSV Ting 5.indd 249 14/03/2023 4:54 PM


Click to View FlipBook Version