The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2023-02-15 03:50:30

Model Penulisan 1&2&3

WM & EM: RM19.95

KANDUNGAN







Kriteria Penting dalam Penulisan vii – viii Model 16 Penyalahgunaan Bahasa Melayu 29
Model 17 Krisis Bekalan Air 31
Bahagian 1 Pemindahan Maklumat 1
Model 18 Peningkatan Kos Sara Hidup 32
Panduan Umum Model 19 Budaya Membaca 34
Format Ujian Akhir Sesi Akademik Model 20 Semangat Kejiranan 35
Kertas 1 Bahagian C 2


1 Ringkasan 3 2 Rumusan 37
Panduan Menjawab Soalan Rumusan 37
Panduan Menjawab Soalan Ringkasan 3
Model 1 Faedah Bersukan 38
Model 1 Fenomena Kepala Air 4
Model 2 Rokok Elektronik 40
Model 2 Pengurusan Sisa Pepejal 5
Model 3 Pusat Sumber Sekolah 42
Model 3 Ancaman Jenayah Siber 7
Model 4 Peranan Media Massa 43
Model 4 Minat Membaca Semakin Model 5 Permainan Video 45
Menurun 8
Model 5 Faedah Pertanian Bandar 10 Model 6 Makanan Ringan 47
Model 6 Kepentingan Bandar Model 7 Destinasi Menarik di Malaysia 48
Bersejarah 12 Model 8 Bilik Darjah yang Kondusif 50
Model 7 Penggunaan Skrin Secara Model 9 Budaya Menabung 51
Berlebihan 14 Model 10 Pusat Tuisyen 53
Model 8 Kebaikan Media Sosial 15
Model 9 Integriti dalam Pengurusan Ulasan 55
Kewangan 17 3
Model 10 Gejala Negatif dalam
Kalangan Remaja 19 Panduan Menjawab Soalan Ulasan 55
Model 11 Obesiti 20 Model 1 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad 57
Ke-21
Model 12 Impak Amalan Rasuah 22 Model 2 Kepentingan Suntikan Vaksin

Model 13 Amalan Merokok 24 COVID-19 58
Model 14 Masalah Jerebu 25 Model 3 Jenayah Siber 59
Model 15 Perpaduan Kaum 27 Model 4 Golongan Muda Muflis 61



ii





00 Kandungan.indd 2 06/01/2023 11:59 AM


Model 5 Karnival Kerjaya 62 Model 34 Kebaikan Pembinaan Lebuh
Model 6 Ciri-ciri Peniagaan Secara Raya di Malaysia 94
dalam Talian 63 Model 35 Perkembangan Sektor
Model 7 Kebaikan Mengambil Makanan Pelancongan Negara 95
Berkhasiat 64 Model 36 Ketagihan Rokok 96
Model 8 Kehadiran Murid ke Sekolah 65 Model 37 Belilah Barangan Buatan
Model 9 Tujuan Murid Menggunakan Malaysia 97
Internet 66
Model 10 Cara-cara Mengurangkan Model 38 Menjaga Kebersihan Sungai 98
Kesesakan Jalan Raya 67 Model 39 Bangsa Membaca Bangsa
Model 11 Karnival Rukun Negara 68 Berjaya 99
Model 12 Kelebihan Kereta Elektrik 69 Model 40 Buah-buahan Tempatan Pilihan
Model 13 Ketagihan Intermet dalam Tepat 100
Kalangan Remaja 70
Model 14 Bahasa Kebangsaan 71 Bahagian 2 Penulisan 101
Model 15 Bekal ke Sekolah 72
Model 16 Bebanan Kos Hidup 73 Karangan Respons 102
Model 17 Budaya Lepak dalam Kalangan 4 Terhad
Murid 74
Model 18 Keluarga Cemerlang 75 Format Ujian Akhir Sesi AKademik
Model 19 Kemalangan Jalan Raya 76 Kertas 2 Bahagian A 102
Model 20 Kebaikan Amalan Gotong- Panduan Menulis Karangan Respons
royong 77 Terhad 102
Model 21 Keburukan Makanan Ringan 78 Model 1 E-Dompet 106
Model 22 Eksploitasi Hutan 79 Model 2 Tragedi Kepala Air 107
Model 23 Amalan Gaya Hidup Sihat 80 Model 3 Kebaikan Media Sosial 108
Model 24 Kepentingan Air dalam Model 4 Kepolisan Masyarakat 109
Kehidupan 81 Model 5 Penggunaan Teknologi dalam
Model 25 Internet dalam Dunia Pendidikan 110
Pendidikan 82 Model 6 Amalan Menyimpan dan
Model 26 Penjagaan Kesihatan Diri 83 Menabung Wang 111
Model 27 Kesan Peperangan 85 Model 7 Inovasi Teknologi Hijau 112
Model 28 Gejala Ponteng Sekolah 86 Model 8 Integriti dalam Kehidupan 113
Model 29 Faktor Kelunturan Budi Bahasa 87 Model 9 Pencemaran Bahasa Melayu 114
Model 30 Bidang Pekerjaan Penduduk 88
Model 31 Kitar Semula 89 Model 10 Program Ziarah Komuniti 115
Model 32 Industri Kraf Tangan 90 Model 11 Demam Denggi 116
Model 33 Ramalan Kaji Cuaca 92 Model 12 Kepentingan Amalan 117
Menabung


iii





00 Kandungan.indd 3 06/01/2023 11:59 AM


Model 13 Masalah Jemayah dalam 10 Berkongsi Kejayaan Akademik dan
Kalangan remaja 118 Kokurikulum 151
Model 14 Aku Sebuah Basikal 119 11 Ucapan Tahniah atas Penerimaan
Model 15 Semangat Kejiranan 120 Anugerah Olahragawati Harapan 153
Model 16 Menjaga Kesihatan 121 12 Tempat Tinggal Sahabat Dilanda 154

Banjir
Model 17 Tun Hussein Onn 122
Model 18 Mencegah kebakaran 123 C Berita
Model 19 Kepentingan Hutan 124 Pengenalan 156
Model 20 Membanteras Vandalisme 125 13 Mengharumkan Nama Sekolah 157

14 Kejayaan dalam Pertandingan Reka
Karangan Respons 126 Cipta Peringkat Kebangsaan 158
5
Terbuka 15 Keracunan Makanan di Sekolah 160
16 Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat
Format Ujian Akhir Sesi AKademik Daerah 161
Kertas 2 Bahagian B 126
17 Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan
Panduan Menulis Karangan Respons Sekolah 162
Terbuka 126
D Laporan
A Surat Rasmi
Pengenalan 164
Pengenalan 132
18 Lawatan sambil Belajar 165
1 Program Bulan Bahasa Melayu 134 19 Hari Keusahawanan di Sekolah 167
2 Permohonan Lawatan ke Syarikat 20 Perasmian Sekolah oleh Menteri
Penerbitan 135 Pendidikan 169
3 Aduan tentang Sungai Dicemari 21 Kejayaan Peserta Kuiz Sejarah
Sisa Buangan Kilang 137 Peringkat Negeri 170
4 Cadangan Memajukan Koperasi 22 Pertandingan Reka Cipta Robotik 172
Sekolah 138 23 Perjalanan Program Kem
5 Permohonan Bantuan dan Sumbangan Kepimpinan Pengawas 173
bagi Program Gotong-royong
Perdana 140 E Perbahasan
6 Aktiviti Demonstrasi Pencegahan Pengenalan 175
Kebakaran 142
24 Semangat Patriotisme dalam
B Surat Tidak Rasmi Kalangan Remaja 176
25 Pekerja Asing Meningkatkan
Pengenalan 144 Pembangunan Ekonomi Negara 178
7 Kegiatan Ekonomi 145 26 Nilai Murni Kian Terhakis 180
8 Tempat-tempat Menarik di Malaysia 147
9 Pengalaman Menyertai Kursus 27 Sikap Pemandu Punca Utama 181
Kemalangan Jalan Raya
Motivasi 149

iv





00 Kandungan.indd 4 06/01/2023 11:59 AM


28 Ibu Bapa Berperanan untuk 45 Pengurusan Masa Asas
Membentuk Akhlak Remaja 183 Kecemerlangan Murid 217
29 Penerokaan Alam Sekitar 46 Faedah-faedah Menyertai
Menyebabkan Bencana Alam 184 Persatuan Seni Pertahanan Diri 219
47 Cara-cara Belajar Secara
F Ucapan Berkesan 221

Pengenalan 187 48 Kesan-kesan Obesiti terhadap
30 Murid Berdisiplin Tonggak Kejayaan Kesihatan 223
Sekolah 189 49 Kepentingan Menjaga Kebersihan
31 Minggu Membaca Peringkat Alam Sekitar 224
Sekolah 190 50 Kepentingan Pemanduan Berhemah 226
32 Meraikan Kunjungan Sekumpulan
Murid dari Negeri Lain 192 I Wawancara / Temu Bual / Temu Ramah
33 Sambutan Hari Guru 193 Pengenalan 228
34 Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat
Kebangsaan 195 51 Pertandingan Catur Remaja
35 Majlis Meraikan Pengetua Sekolah 197 Peringkat Antarabangsa 229
52 Kisah Perjuangan Tokoh
G Syarahan Kemerdekaan 231
Pengenalan 199 53 Punca Peningkatan Masalah
Jenayah Membabitkan Remaja 233
36 Kepentingan Mewujudkan Bandar
Rendah Karbon 200 54 Gejala Lumba Haram 235
37 Kepentingan Penguasaan 55 Penerima Anugerah Peladang Jaya 237
Bahasa Melayu 202 56 Masalah Pencemaran Sungai 239
38 Langkah-langkah Memelihara Alam
Sekitar 204 J Dialog/ Perbualan
39 Murid Cemerlang Penggerak
Kemajuan Negara 205 Pengenalan 241
40 Rakyat Bersatu, Negara Maju 207 57 Melancong ke Luar Negara Semasa
41 Perbelanjaan dalam Rumah Tangga 209 Era Endemik COVID-19 242
42 Kepimpinan Berkualiti Teras 58 Anugerah Murid Terbaik Sekolah 244
Pembangunan Negara 210 59 Kebaikan Amalan Berbudi Bahasa 246
43 Mencegah Penyakit Lebih Baik
daripada Merawat 212 60 Remaja Kurang Mempunyai
Semangat Patriotik 247
H Ceramah 61 Juara Pertandingan Perbahasan 249
Pengenalan 214 62 Kebaikan Mengamalkan Sikap Berbudi 250

Bahasa dan Bersopan Santun
44 Pencegahan Jenayah Tanggungjawab
Bersama 215


v





00 Kandungan.indd 5 06/01/2023 11:59 AM


82 Jati Diri Dapat Mengekang Remaja
K Fakta
daripada Terjerumus dalam
Pengenalan 252 Pelbagai Masalah 285
63 Etika Semasa Menggunakan Media 83 Pembentukan Akhlak Anak-anak
Sosial 253 Bermula dari Rumah 286
64 Persiapan yang Perlu Dilakukan oleh M Gambaran/ Keperihalan
Belia bagi Membangunkan Negara 255 Pengenalan 288
65 Langkah Menggalakkan Remaja 84 Permainan rakyat 290
Aktif dalam Bidang Sukan 256
85 Situasi Pertandingan Kawad Kaki 291
66 Kebaikan Permainan Tradisional 258 86 Kesesakan Jalan Raya Akibat
67 Amalan Gaya Hidup Sihat 259 Kemalangan 293
68 Usaha Kerajaan Memupuk Amalan 87 Pengalaman Melancong 294
Bersopan Santun dan Berbudi 88 Pengalaman Terlibat dalam Hari
Bahasa 261 Keusahawanan 296
69 Kepentingan Sungai dalam 89 Tempat Tinggal Dilanda Banjir
Kehidupan 262 Besar 297
70 Penyertaan Murid dalam Aktiviti
Kokurikulum 264 N Cereka
71 Kemahiran bagi Menghadapi Pengenalan 299
Cabaran Globalisasi 266
72 Langkah Menangani Pembalakan 90 Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal 300
Kemudian Tidak Berguna
Haram 268 91 Malam yang Menakutkan 302
73 Masalah Disiplin Murid 269 92 Persahabatan 303
74 Remaja Masa Ini Kurang Hormat 93 Usaha Gigih Menentukan Kejayaan 305
terhadap Orang-orang Tua 271
94 Prinsip Hidup 307
L Perbincangan/ Pendapat 95 Pengorbanan 309

Pengenalan 273 O Peribahasa
75 Kebaikan Pembelajaran Secara Pengenalan 311
bersemuka 274 96 Sesat di Hujung Jalan, Balik ke

76 Mengawal Ketagihan Internet 276 Pangkal Jalan 312
77 Kebaikan Amalan Rumah Terbuka 278 97 Bagai Aur dengan Tebing 314
78 Cara Menarik Minat Murid dalam 98 Hidup Dikandung Tanah, Mati
Kegiatan Kokurikulum 279 Dikandung Adat 315
79 Amalan Menabung 280 99 Di Mana Ada Kemahuan, di Situ
Ada Jalan 317
80 Amalan Berjimat Cermat 282
100 Melentur Buluh Biarlah dari
81 Kedatangan Pekerja Asing 284 Rebungnya 318



vi





00 Kandungan.indd 6 06/01/2023 11:59 AM


KRITERIA PENTING

DALAM PENULISAN




Petua Mahir Mengarang


1. Mengarang bukan suatu tugasan yang mudah. Menghasilkan suatu karangan diibaratkan seperti
membina sebuah bangunan yang sempurna dan kukuh. Karangan merupakan cantuman ayat-ayat
yang lengkap yang akan membentuk satu binaan wacana yang menarik.
2. Dalam penulisan karangan, idea-idea yang abstrak dijanakan dalam beberapa ayat dan ditulis
menggunakan kaedah-kaedah yang khusus agar karangan yang dipersembahkan menarik.
3. Pemilihan idea amat penting kerana tidak semua idea yang terbit daripada pemikiran dapat
dicatatkan. Penulisan idea atau fakta tertakluk kepada soalan karangan yang dikemukakan. Anda
perlu menulis karangan berdasarkan kehendak soalan, bukan menulis apa-apa sahaja yang diketahui
tentang tajuk yang berkenaan.
4. Pengetahuan tentang isu-isu semasa serta kepakaran anda dalam tatabahasa mampu melahirkan
sebuah karangan yang baik dan berkesan.
5. Kecemerlangan sesebuah karangan bergantung pada isi yang tepat, bahasa yang gramatis, pengolahan
yang menarik, dan keupayaan anda memberikan contoh-contoh yang sesuai yang dapat menguatkan
isi utama dan huraian yang dibuat.
6. Pembacaan amat penting dalam melengkapkan pengetahuan semasa anda. Anda dinasihatkan
supaya banyak membaca pelbagai bahan bacaan bermanfaat, terutamanya surat khabar dan majalah.
Anda juga dapat meluaskan pengetahuan dan menambahkan perbendaharaan kata. Pengetahuan
tentang kaedah penulisan juga penting dalam menghasilkan karangan yang cemerlang.
7. Karangan mestilah mempunyai isi yang cukup, pemerengganan yang tersusun, dan menepati tajuk.
Isi yang tidak mempunyai kaitan dengan soalan dianggap terpesong.
Penggunaan Bahasa, Istilah, dan Ejaan dalam Karangan

1. Karangan yang ditulis mesti mempunyai struktur ayat yang betul dan mudah difahami.
2. Ayat yang ditulis hendaklah tidak terlalu panjang. Gunakan ayat yang mudah dan pendek untuk
menjelaskan sesuatu isu atau maksud. Ayat yang panjang dapat menyebabkan kesalahan struktur
ayat.
3. Gunakan kepelbagaian ayat seperti ayat tanya, ayat penyata, ayat aktif, ayat pasif, dan ayat bersusunan
songsang.
4. Ayat yang ditulis mesti jelas. Susunan subjek dan predikat hendaklah betul.
5. Istilah yang dipilih hendaklah betul dan tepat. Gunakan istilah-istilah yang pelbagai untuk
menyatakan maksud yang sama. Elakkan penggunaan istilah yang berulang.
6. Penggunaan kosa kata hendaklah meluas dan tepat.
7. Penanda wacana yang digunakan hendaklah betul.
8. Pengolahan karangan hendaklah menarik dan mempunyai kesinambungan antara satu isi dengan
isi yang berikutnya.
9. Laras bahasa yang digunakan perlu lancar dan bersesuaian dengan konteks ayat.
Kesalahan Umum dalam Penulisan Karangan

1. Isi yang ditulis kurang jelas dan tidak mencukupi.


vii





00ii Prelims.indd 7 06/01/2023 12:32 PM


2. Isi bercampur aduk dan contoh yang diberikan tidak relevan dengan isi.
3. Banyak terdapat kesalahan tatabahasa, khususnya dalam struktur ayat seperti ayat yang tidak lengkap,
kesalahan penggunaan imbuhan, kata ganda, dan kata majmuk.
4. Contoh kesalahan lazim dalam penggunaan kata sendi adalah seperti yang berikut:
Salah Betul

di malam pada malam
di kalangan dalam kalangan
sejak dari pagi sejak pagi
ke pengetua kepada pengetua
di antara kedua-dua pihak antara kedua-dua pihak

5. Contoh kesalahan lazim dalam penggunaan imbuhan adalah seperti yang berikut:
Salah Betul
memperbesarkan memperbesar
memperlebarkan memperlebar
diperdalami diperdalam
diperolehi diperoleh

6. Contoh kesalahan lazim dalam ejaan pula adalah seperti yang berikut:
Salah Betul
kebanyakkan kebanyakan
ibubapa ibu bapa
pelancungan pelancongan
stesyen stesen
kelinik klinik
minima minimum
profesyen profesion
7. Kesalahan dalam pemilihan kata dan struktur ayat:
(a) Pemilihan kata yang tidak sesuai.
(b) Ayat yang meleret menyebabkan isi yang hendak disampaikan tidak jelas.
8. Kesalahan dalam penggunaan tanda baca:
(a) Tanda baca diletakkan di tempat yang salah.
(b) Terdapat kesalahan penggunaan tanda soal, sempang, dan pembuka serta penutup kata.
9. Kesalahan penanda wacana:
(a) Penanda wacana yang digunakan tidak tepat.
(b) Penggunaan penanda wacana yang berulang-ulang.
(c) Contoh kesalahan yang lazim:
Salah Betul
Selain daripada itu Selain itu
Oleh demikian Oleh hal yang demikian
Ini kerana Hal ini demikian kerana
Walaubagaimanapun Walau bagaimanapun
Walau pun Walaupun



viii





00ii Prelims.indd 8 06/01/2023 12:32 PM


Bahagian 1





Pemindahan


Maklumat








Bab 1

Ringkasan




Bab 2

Rumusan




Bab 3

Ulasan

























Bab 1 Ringkasan.indd 1 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Panduan Umum

Format Ujian Akhir Sesi Akademik Kertas 1 Bahagian C

PEMINDAHAN MAKLUMAT
Pengenalan

1. Dalam Bahagian C, iaitu aspek pemindahan maklumat, satu soalan dikemukakan bagi
tingkatan 1, 2, dan 3. Anda dikehendaki untuk menjawab soalan tersebut.
2. Bentuk soalan yang dikemukakan bagi tingkatan 1, 2, dan 3.
Tingkatan Bentuk Soalan
Tingkatan 1 Ringkasan
Tingkatan 2 Ringkasan atau Rumusan
Tingkatan 3 Ringkasan atau Ulasan
3. Masa yang dicadangkan untuk menulis pemindahan maklumat ini ialah 20 minit.
4. Panjang jawapan bagi bahagian ulasan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Manakala bagi bahagian rumusan dan ringkasan, panjangnya hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan.
5. Markah yang diperuntukkan untuk bahagian ini ialah 15 markah.

Kriteria Penilaian dan Pemarkahan Bahagian Pemindahan Maklumat
Perkara yang diberikan perhatian oleh pemeriksa semasa membaca jawapan anda:
(a) pemeriksa perlu memberikan penekanan terhadap idea yang anda tulis
(b) bahasa dinilai secara tanggapan berdasarkan kriteria
(c) pemeriksa diminta untuk menandakan kesalahan bahasa seperti penandaan jawapan karangan
(d) peringkatan markah anda berdasarkan kriteria yang berikut:

PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Idea • Isi yang relevan dengan bahan
• Idea ulasan/ rumusan/ ringkasan jelas dan matang
Cemerlang
(80 – 100 patah 13 – 15 Bahasa • Ayat gramatis
• Kosa kata luas dan tepat
perkataan)
• Ejaan, tanda baca, dan penanda wacana betul
• Kesalahan bahasa yang minimum
Idea • Isi yang relevan dengan bahan
• Ulasan/ rumusan/ ringkasan jelas dan matang
Baik Bahasa • Ayat gramatis
(60 patah perkataan) 9 – 12 • Kosa kata luas dan tepat
• Ejaan, tanda baca, dan penanda wacana betul
• Kesalahan bahasa yang minimum
Memuaskan Idea • Isi yang relevan dengan bahan
*Idea sendiri tanpa • Ulasan/ rumusan/ ringkasan jelas dan matang
merujuk kepada 5 – 8 Bahasa • Ayat kurang gramatis
gambar tetapi ayat • Kosa kata terhad
gramatis • Kesalahan bahasa yang ketara
Penguasaan
minimum (lemah) 1 – 4 –


2





Bab 1 Ringkasan.indd 2 06/01/2023 11:54 AM


1 Ringkasan







Panduan Menjawab Soalan Ringkasan

1. Dalam bahagian ringkasan, anda diminta untuk menulis ringkasan berdasarkan petikan yang
diberikan.
2. Sebelum menulis ringkasan, baca arahan soalan dengan telitinya dan fahami kehendak soalan.
Contoh soalan:

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

3. Baca petikan yang diberikan dengan telitinya. Garisi isi-isi penting yang diperlukan dengan
berdasarkan kata kunci soalan.
4. Pada umumnya, anda harus mengemukakan lima isi penting. Namun begitu, anda digalakkan
supaya mengemukakan enam isi asalkan panjang ringkasan anda tidak melebihi jumlah patah
perkataan yang dibenarkan.
5. Setelah anda pasti tentang isi-isi yang digarisi itu, barulah anda mula merancang dan menulis
ringkasan anda.
6. Susun isi mengikut turutan sebagaimana yang terdapat dalam petikan.
7. Gunakan ayat-ayat yang ringkas, padat, dan tepat. Sebaik-baiknya satu isi ditulis dalam satu
ayat.
8. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.
9. Untuk kesinambungan ayat dengan ayat atau isi dengan isi, gunakan penanda wacana seperti
selain itu, di samping itu, namun demikian, hal ini dikatakan demikian kerana, dalam pada
itu, dan sebagainya.
10. Ringkasan anda hendaklah ditulis dalam satu perenggan sahaja.
11. Janganlah anda memasukkan isi-isi yang tidak dinyatakan dalam petikan asal atau pendapat
anda sendiri dalam ringkasan anda.
12. Setelah selesai menulis ringkasan, anda hendaklah menyemak ringkasan tersebut dari segi
tatabahasa, ejaan, dan tanda baca.
13. Akhir sekali, anda hendaklah mengira jumlah perkataan dalam ringkasan anda itu agar tidak
melebihi jumlah perkataan yang telah ditetapkan, iaitu tidak melebihi 100 patah perkataan.
14. Semasa membuat pengiraan, kata nama khas, kata ganda, kata majmuk, kata sendi, penanda
wacana, tarikh, dan angka dikira sebagai satu perkataan.

3





Bab 1 Ringkasan.indd 3 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model
1 Fenomena Kepala Air




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang langkah-langkah bagi mengurangkan risiko fenomena kepala air. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Dewasa ini, kerap kali berlakunya perubahan cuaca yang melampau dan sukar dijangka.
Selain keadaan cuaca yang panas dengan suhu yang tinggi, Malaysia juga tidak terkecuali
menerima jumlah hujan yang lebih banyak. Taburan hujan yang tinggi dan tidak menentu
menyebabkan kebanyakan kawasan sungai di Malaysia berisiko tinggi untuk berlakunya
fenomena kepala air, terutamanya ketika hujan lebat. Fenomena ini berupaya untuk
menyebabkan kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa seperti yang berlaku di Gunung
Jerai dan Gunung Inas, Kedah pada 18 Ogos 2022.
Bagi mengatasi masalah ini, pelan pengurusan dan pemantauan secara bersepadu dalam
pengurusan fenomena kepala air perlu diwujudkan di kawasan berisiko bagi menangani
fenomena itu dengan berkesan. Antara tindakan yang disyorkan menerusi pelan ini
termasuklah memasang papan tanda amaran kejadian fenomena kepala air, sistem ramalan
dan amaran pada masa nyata, sistem pemasangan sensor pergerakan tanah, dan pemasangan
kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kritikal.
Di samping itu, kumpulan pasukan petugas untuk memantau kejadian kepala air juga
perlu diwujudkan. Kaedah pelan pencarian, menyelamat, serta pemindahan semasa kejadian
fenomena kepala air perlu disediakan mengikut kepentingan dan keselamatan pelancong serta
penduduk setempat. Pada masa yang sama, pembinaan lorong kecemasan untuk pengunjung
melarikan diri dari kawasan sungai atau air terjun yang berlaku kejadian fenomena kepala
air turut disarankan.
Seterusnya, kerjasama antara semua jabatan dan Sudut Kata
agensi di setiap negeri diperlukan bagi memastikan
kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang • melampau – keterlaluan
kemungkinan yang timbul akibat fenomena kepala • kepala air – penghabisan air bah
• bersepadu – berkaitan erat
air. Di Kedah misalnya, Jabatan Bomba dan Penyelamat • disyorkan – dicadangkan
Malaysia telah mewujudkan pasukan khas yang • sensor – alat yang dapat
dikenal sebagai Bomba Komuniti. Pasukan ini terdiri mengesan perubahan haba,
tekanan, cahaya, dan sebagainya
daripada ketua kampung, penghulu, dan penduduk
yang diberikan latihan asas menyelamatkan mangsa
sekiranya berhadapan dengan bencana seperti fenomena kepala air.

Dipetik dan diubah suai daripada “Mengurangkan Risiko
Fenomena Kepala Air”, Dewan Kosmik



4





Bab 1 Ringkasan.indd 4 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan


Rangka Ringkasan

Langkah-langkah bagi mengurangkan risiko fenomena kepala air
• mewujudkan pelan pengurusan dan pemantauan secara bersepadu di kawasan berisiko tinggi
• mewujudkan kumpulan petugas khas bagi memantau kejadian kepala air
• mewujudkan kaedah pelan pencarian semasa kejadian kepala air berlaku
• kaedah menyelamat serta pemindahan mangsa semasa kejadian kepala air juga perlu diwujudkan
• lorong kecemasan bagi mangsa melarikan diri juga perlu dibina
• kerjasama semua jabatan dan agensi amat diperlukan bagi menghadapi masalah ini



Model Ringkasan Mantap

Fenomena kepala air amat berbahaya kerana dapat menyebabkan kerosakan harta benda
dan mengorbankan nyawa manusia. Di Malaysia, fenonema ini terjadi disebabkan oleh
faktor taburan hujan yang terlalu tinggi. Untuk mengurangkan risiko yang disebabkan oleh
fenomena ini, pelbagai langkah perlu diambil seperti mewujudkan pelan pengurusan dan
pemantauan secara bersepadu di kawasan berisiko tinggi. Selain itu, kumpulan petugas khas
bagi memantau kejadian kepala air, kaedah pelan pencarian, menyelamat serta pemindahan
mangsa semasa kejadian kepala air juga perlu diwujudkan. Seterusnya, lorong kecemasan
bagi mangsa melarikan diri juga perlu dibina. Akhir sekali, kerjasama semua jabatan dan
agensi amat diperlukan bagi menghadapi masalah ini. Kesimpulannya, fenomena kepala air
tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya amat buruk.
(100 patah perkataan)





Model
2 Pengurusan Sisa Pepejal




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan mengurus sisa pepejal secara mampan. Panjang ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sisa domestik ialah apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan daripada aktiviti isi rumah dan
komersial seperti kertas, kadbod, plastik, sisa makanan, dan sisa restoran. Premis perumahan
menghasilkan sisa pepejal paling tinggi disebabkan jumlahnya yang besar berbanding
premis lain seperti pusat komersial dan institusi. Terkini, pembuangan sisa pepejal negara
meningkat mendadak akibat pandemik dengan peningkatan besar sisa perubatan disebabkan
penggunaan pelitup muka, sarung tangan, kelengkapan pelindung diri (PPE), dan ujian calitan.




5





Bab 1 Ringkasan.indd 5 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
Kegagalan mengurus sisa pepejal jenis ini sudah pasti mengundang malapetaka dan
menyebabkan kesan buruk terhadap keselamatan dan kesihatan awam serta alam sekitar.
Dalam pada itu, penghujung Disember 2021 menyaksikan beberapa buah negeri dilanda
musibah banjir. Rentetan itu, 77 465 tan sampah dikutip dan dibersihkan di lima buah
negeri yang terjejas teruk disebabkan oleh bencana ini. Sampah seperti plastik dan bekas
makanan dibuang semberono dan tidak diurus dengan baiknya sehingga mencetekkan sistem
saliran seperti longkang, parit, dan sungai yang seterusnya menjadi punca berlakunya banjir
kilat khususnya di kawasan bandar.

Realiti harus diterima, sikap kita sendiri yang kurang kesedaran sivik, bersikap tidak
endah selain kurang menitikberatkan kebersihan dan kurang pendidikan tentang kesannya
terhadap alam sekitar menjadi punca utama. Hakikatnya, manusialah yang menjadi punca
utama kepada penghasilan dan pembuangan sampah. Di Malaysia, dengan anggaran
pertumbuhan populasi 2.4 peratus atau 600 000 orang setiap tahun (sejak 1994), lebih banyak
sampah akan dihasilkan.
Untuk menangani masalah ini, peranan dapat Sudut Kata
dilakukan masyarakat dalam mengurus sisa pepejal • komersial – berkaitan dengan
di kediaman masing-masing, dengan membudayakan atau bersifat perdagangan
amalan kitar semula. Selain itu, penggunaan teknologi • premis – bangunan atau tempat
untuk menguruskan perniagaan
mesra alam dalam aktiviti perawatan dan pelupusan • sisa pepejal – apa-apa yang
sisa pepejal, seperti plasma pirolisis dan tapak sisa tertinggal sesudah dimakan,
lengai serta proses menukarkan sisa tidak boleh dikitar dipakai, dan lain-lain yang
bersifat pepejal
semula ke dalam bentuk tenaga yang dapat digunakan • pelupusan – penghapusan
termasuk haba, bahan api, dan elektrik. Seterusnya, • relevan – ada kaitan atau ada
dasar dan undang-undang dalam pengurusan sisa hubungannya
sampah perlu sentiasa diperhalusi dari semasa ke
semasa supaya kekal relevan dan berkesan terutama yang berkaitan dengan pemantauan,
penguatkuasaan, dan hukuman yang berkaitan.

Dipetik dan diubah suai daripada “Urus Sisa Pepejal Secara
Mampan, Elak Alam Sekitar Terbeban”, Berita Harian



Rangka Ringkasan
Kepentingan mengurus sisa pepejal secara mampan
• masalah pembuangan sisa pepejal – kegagalan mengurus sisa pepejal menimbulkan pelbagai
masalah – semakin membimbangkan – pandemik COVID-19 – meningkatkan jumlah sisa perubatan
• kegagalan mengurus sisa pepejal – menimbulkan pelbagai masalah – banjir kilat di kawasan bandar
– sikap manusia – membuang sampah sesuka hati
• masyarakat perlu membudayakan amalan kitar semula
• menggunakan teknologi mesra alam sekitar – aktiviti perawatan dan pelupusan sisa pepejal
• menambah baik dasar dan undang-undang dalam pengurusan sampah






6





Bab 1 Ringkasan.indd 6 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model Ringkasan Mantap
Masalah pembuangan sisa pepejal di negara kita semakin membimbangkan. Akibat
pandemik COVID-19, jumlah pembuangan sisa pepejal makin meningkat kerana pembuangan
sisa perubatan seperti pelitup muka, sarung tangan, dan sebagainya. Kegagalan mengurus
sisa pepejal ini menimbulkan pelbagai masalah seperti banjir kilat. Masalah ini berlaku
terutamanya di kawasan bandar disebabkan sikap manusia yang suka membuang sampah
sesuka hati. Oleh sebab itu, masyarakat perlu mengurus sisa pepejal dengan baiknya. Mereka
perlu membudayakan amalan kitar semula. Selain itu, teknologi mesra alam dalam aktiviti
perawatan dan pelupusan sisa pepejal perlu digunakan. Dasar dan undang-undang dalam
pengurusan sampah juga perlu ditambah baik dari semasa ke semasa. Kesimpulannya, kita
perlu mengurus sisa pepejal secara mampan bagi menjaga keselamatan diri dan alam sekitar.
(100 patah perkataan)


Model
3 Ancaman Jenayah Siber




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang ancaman jenayah siber terhadap golongan remaja. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Jenayah penipuan dalam talian melibatkan pengguna media sosial yang dilaporkan semakin
berleluasa pada peringkat global dan di negara ini dengan kerugian berjumlah ribuan juta
ringgit dikhuatiri turut menyasarkan golongan remaja dan murid-murid di Malaysia. Di
Malaysia sendiri, kes penipuan jenayah siber semakin meningkat sejak tahun 2019 hingga
bulan Julai 2022 dengan mencatatkan 63 723 kes melibatkan kerugian berjumlah RM2 025.8
juta.
Di samping khalayak dewasa, fenomena ini juga berpotensi melibatkan remaja dan murid-
murid kerana mereka merupakan pengguna utama media sosial terutamanya melalui telefon
bimbit dan pelbagai peranti mudah alih yang kini turut menjadi keperluan dalam proses
pembelajaran peringkat menengah dan pengajian tinggi. Sebagai pengguna media sosial,
mereka berpeluang mengakses pelbagai laman sosial popular termasuk Facebook, WhatsApp,
dan Instagram yang turut digunakan oleh penjenayah untuk menipu dan menjerat mangsa.
Bagi mengelakkan masyarakat daripada mudah terpedaya dan menjadi mangsa, Gabenor
Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah berkata, Bank Negara menyarankan semua pengguna agar
sentiasa berpegang pada kata kunci 3S, iaitu Soal, Sekat, dan Sebar. Pertama, ‘soal’ setiap
perkara yang meragukan serta ‘sekat’ diri daripada melakukan langkah seterusnya seperti
yang diarahkan sekiranya melibatkan transaksi kewangan yang mencurigakan. Seterusnya,
‘sebar’ maklumat kepada keluarga dan rakan untuk dikongsi bersama-sama serta melaporkan
kepada pihak berkuasa melalui saluran yang disediakan untuk tindakan selanjutnya.


7





Bab 1 Ringkasan.indd 7 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
Memandangkan golongan muda dan murid- Sudut Kata
murid turut memiliki pelbagai peranti mudah alih, • menyasarkan – menunjukkan
beliau menasihati ibu bapa agar turut memantau, • menjerat – melakukan tipu
mengawasi, dan menasihati anak masing-masing muslihat
agar tidak mudah terpengaruh dengan penipuan ini. • transaksi – penyelesaian
Bagi beliau, pendekatan dua hala dengan sifat saling pembayaran dalam urusan jual
beli
memperingatkan dan memberikan nasihat sebegini
lebih baik agar masing-masing sentiasa berwaspada.


Dipetik dan diubah suai daripada “Penipuan Siber Sasar Golongan Remaja”,
Dewan Masyarakat


Model Ringkasan Mantap
Ancaman jenayah siber terhadap golongan remaja di Malaysia semakin berleluasa. Hal

ini terjadi kerana golongan remaja merupakan pengguna utama media sosial terutamanya
menerusi telefon bimbit dan peranti mudah alih. Golongan remaja sering mengakses
pelbagai laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, dan Instagram yang turut digunakan
oleh penjenayah siber untuk memperdaya mangsa. Oleh hal yang demikian, golongan remaja
perlu berwaspada agar tidak menjadi mangsa penjenayah siber. Untuk mengelakkan diri
daripada tertipu, mereka perlu berpegang pada kata kunci 3S, iaitu Soal, Sekat, dan Sebar.
Selain itu, golongan ibu bapa perlu memantau, mengawasi, dan menasihati anak-anak mereka
agar tidak tertipu. Kesimpulannya, ancaman jenayah siber perlu dipandang serius dan para
remaja perlu berhati-hati sentiasa agar tidak menjadi mangsa jenayah siber.
(100 patah perkataan)


Model
4 Minat Membaca Semakin Menurun




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang punca minat membaca dalam kalangan remaja semakin menurun. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Dalam menghadapi era Revolusi Industri 4.0, permintaan terhadap teknologi terutamanya
telefon pintar semakin bertambah. Peningkatan ini dikaitkan dengan populariti media
sosial yang semakin mendaki minat dalam hati kalangan masyarakat Malaysia. Variasi
kandungan visual dalam media sosial seperti Instagram, Youtube, dan TikTok mengubah
horizon pemikiran para remaja daripada membaca kepada melayani kandungan-kandungan
visual tersebut. Kebebasan bermain gajet menyebabkan remaja banyak menghabiskan masa
di depan telefon pintar peribadi.


8





Bab 1 Ringkasan.indd 8 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
Walau bagaimanapun, fenomena ini menyebabkan budaya membaca dalam kalangan
rakyat Malaysia khususnya remaja semakin menurun. Lebih membimbangkan, kajian oleh
Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan 72.1 peratus anak muda memilih untuk tidak
menyambung pelajaran mereka selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekiranya
keadaan ini berterusan, negara akan menghadapi kekurangan pakar yang merencatkan
produktiviti industri tertentu dalam lima hingga 10 tahun akan datang.

Pepatah Melayu ada menyebut “melentur buluh biarlah daripada rebungnya”. Dalam hal
ini, perhatian terhadap kebolehan membaca perlu diutamakan kepada murid-murid sejak
zaman sekolah lagi. Budaya 3M (membaca, mengira, menulis) merupakan senjata ampuh
bagi mewujudkan bangsa membaca dan mencintai ilmu sejak bangku sekolah. Keciciran
murid dalam menguasai ilmu 3M menyebabkan semangat mereka untuk belajar semakin
menurun. Mereka bukan sahaja tidak berminat untuk membaca atau belajar, bahkan turut
berasa rendah diri kerana gagal menguasai tiga elemen asas tersebut. Hal ini sekali gus
menyebabkan mereka berasa tersisih daripada rakan-rakan sekelas serta meragut semangat
mereka untuk belajar bersama dengan rakan yang lain.
Di samping itu, peningkatan penggunaan aplikasi TikTok menyebabkan remaja lebih
tertarik dengan kandungan visual berbanding dengan penulisan kandungan. Hal ini
menyebabkan aplikasi media sosial seperti Facebook kurang mendapat tempat dalam hati
golongan muda walaupun Facebook menjadi platform kepada para cendekiawan, sasterawan,
pensyarah, dan ahli politik untuk mengemukakan pendapat tentang sesuatu isu.

Dipetik dan diubah suai daripada “Memperkasakan Budaya Membaca di Malaysia”,
Dewan Budaya

Sudut Kata

• variasi – kelainan daripada keadaan biasa
• horizon – lingkungan atau batas
• elemen – sesuatu yang menjadi bahagian dalam keseluruhan unsur
• tersisih – terasing
• aplikasi – atur cara atau program komputer yang direka untuk kegunaan tertentu





Rangka Ringkasan
Punca budaya membaca dalam kalangan remaja semakin menurun
• kewujudan media sosial seperti Instragram, Youtube, dan TikTok telah mengubah minat remaja
• masalah keciciran murid dalam menguasai ilmu 3M (membaca, mengira, menulis) pada peringkat
persekolahan
• peningkatan penggunaan aplikasi TikTok yang semakin digilai remaja
• lebih berminat menonton video yang dimuat naik di aplikasi TikTok daripada membaca buku






9





Bab 1 Ringkasan.indd 9 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model Ringkasan Mantap
Budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan remaja semakin

menurun. Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti menjadi punca kepada masalah ini.
Antaranya, kewujudan media sosial seperti Instagram, Youtube, dan TikTok telah mengubah
minat remaja daripada membaca bahan bacaan kepada melayani kandungan visual. Hal ini
telah menyebabkan remaja lebih gemar menghadap telefon bimbit daripada membaca buku
atau majalah. Selain itu, masalah keciciran murid dalam menguasai ilmu 3M (membaca,
mengira, menulis) pada peringkat persekolahan turut menjadi punca mereka tidak berminat
untuk belajar dan membaca. Seterusnya, peningkatan penggunaan aplikasi TikTok yang
semakin digilai remaja menyebabkan remaja lebih berminat untuk menonton video yang
dimuat naik di aplikasi tersebut daripada membaca buku. Kesimpulannya, usaha perlu
dilakukan bagi mengatasi masalah ini agar minat membaca dalam kalangan remaja dapat
disuburkan semula.
(100 patah perkataan)


Model
5 Faedah Pertanian Bandar




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faedah pertanian bandar kepada masyarakat. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Secara umumnya, pertanian bandar merupakan satu aktiviti yang mampu menghasilkan
bahan makanan, pemprosesan makanan, dan pemasaran produk makanan dalam kawasan
bandar mahupun pinggir bandar. Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) mentakrifkn
pertanian bandar sebagai aktiviti pertanian secara menanam, menaikkan, memproses, dan
mengedarkan produk pertanian tanpa mengira saiz tanah dan jumlah sumber manusia di
bandar dan pekan.
Jumlah yang meningkat saban tahun menyebabkan proses urbanisasi juga bergerak
seiring dengannya. Kepesatan ini mengakibatkan masyarakat di bandar sukar mendapatkan
bekalan bahan makanan yang mencukupi dan berkualiti. Maka demikian, pertanian bandar
merupakan langkah terbaik untuk mengatasi masalah ini bukan sahaja bagi memenuhi
keperluan sendiri tetapi juga masyarakat sekitar.

Pertanian bandar bukan sahaja menambahkan pendapatan masyarakat, tetapi juga
memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat. Malaysia sebagai sebuah
negara yang berbilang kaum memerlukan program seperti ini untuk terus menyatupadukan
hubungan antara kaum selain memupuk semangat kejiranan yang semakin luntur dalam




10





Bab 1 Ringkasan.indd 10 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
kalangan masyarakat bandar Malaysia. Pertanian bandar yang diusahakan secara bersama
dengan ahli keluarga masing-masing di sekitar rumah juga mampu merapatkan hubungan
antara ahli keluarga.
Selain itu, pertanian bandar sedikit sebanyak mampu menjadi medium penting bagi
mengekalkan kelestarian kawasan bandar dengan meningkatkan jumlah kawasan hijau.
Aktiviti ini bukan sahaja mencantikkan suasana pemandangan, malah menambahkan kawasan
teduhan dan mengawal suhu pada persekitaran kawasan bandar. Tumbuhan hijau mampu
menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau.
Aktiviti bercucuk tanam juga memberikan peluang kepada masyarakat bandar mendekatkan
diri dengan alam semula jadi.

Manfaat yang paling besar melibatkan diri Sudut Kata
dalam pertanian bandar sudah tentulah dalam aspek
mengurangkan kos sara hidup melalui pengeluaran • urbanisasi – proses dan usaha
untuk menjadikan sesuatu
sendiri selain mampu menjanakan pendapatan kawasan bersifat bandar
tambahan. Menurut kajian Pengguna Pulau Pinang • seiring – bergerak secara
bersama-sama
(CAP), sebuah keluarga membelanjakan RM350 secara • luntur – turun
puratanya sebulan untuk membeli sayur-sayuran. • medium – bahan atau sesuatu
Kajian lain pula menyatakan bahawa 50 peratus yang menjadi perantara bagi
hingga 70 peratus pendapatan keluarga di bandar menghasilkan sesuatu kesan
digunakan untuk mendapatkan makanan sehingga
ada antara mereka berhadapan dengan situasi miskin bandar.


Dipetik dan diubah suai daripada “Pertanian Bandar Manfaat Besar Buat
Masyarakat”, Dewan Ekonomi

Rangka Ringkasan

Faedah pertanian bandar kepada masyarakat
• dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan bagi masyarakat bandar
• dapat menjanakan pendapatan tambahan kepada masyarakat bandar
• hubungan yang erat antara anggota keluarga dan jiran tetangga dapat dijalinkan
• perpaduan kaum juga dapat diwujudkan dalam masyarakat
• dapat menambahkan kawasan hijau, mencantikkan suasana, menambahkan kawasan teduhan,
mengawal suhu, dan mengurangkan kesan gas rumah hijau
• dapat menjimatkan belanja kerana penduduk dapat mengeluarkan hasil sendiri seperti sayur-sayuran


Segmen Info
Objektif Pertanian Bandar
• Memberikan khidmat nasihat, perundingan teknikal, dan latihan pertanian yang sesuai di
kawasan bandar
• Mengaplikasikan, mengesyorkan, dan mempromosikan kaedah pertanian di kawasan bandar
• Merancang, menyelaras, dan memantau program serta aktiviti pertanian di kawasan bandar
• Mempromosikan produk yang dihasilkan serta membuka laluan pasaran




11





Bab 1 Ringkasan.indd 11 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model Ringkasan Mantap
Pertanian bandar amat digalakkan kerana membawa faedah kepada kita. Antara faedah
pertanian bandar termasuklah dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan bagi
masyarakat bandar. Selain itu, amalan pertanian ini dapat menjanakan pendapatan tambahan
kepada masyarakat bandar. Seterusnya, menerusi pertanian bandar, hubungan yang erat
antara anggota keluarga dan jiran tetangga dapat dijalinkan. Perpaduan kaum juga dapat
diwujudkan dalam masyarakat. Dari sudut alam sekitar, usaha ini amat baik kerana dapat
menambahkan kawasan hijau, mencantikkan suasana, menambahkan kawasan teduhan,
mengawal suhu, dan mengurangkan kesan gas rumah hijau. Akhir sekali, pertanian bandar
dapat menjimatkan belanja kerana penduduk dapat mengeluarkan hasil sendiri seperti sayur-
sayuran. Kesimpulannya, pertanian bandar amat digalakkan kerana membawa manfaat yang
besar kepada penduduk.
(100 patah perkataan)


Model
6 Kepentingan Bangunan Bersejarah




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah. Panjangnya
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sejak negara mencapai kemerdekaan, Malaysia semakin maju meniti arus kemodenan.
Generasi hari ini semakin bijak mereka cipta dan membina bangunan pencakar langit.
Walaupun banyak bangunan pencakar langit ini wujud, namun bangunan bersejarah tidak
pernah dilupakan. Bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala
Lumpur, Kota A Famosa di Melaka, dan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar tetap utuh berdiri
dengan sejarah dan nilai komersialnya yang tersendiri.
Kepentingan utama memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini ialah bangunan
ini dapat dijadikan sumber maklumat sejarah kepada generasi akan datang. Dengan adanya
maklumat tentang sejarah negara kita, sudah pasti golongan muda nanti akan lebih terdidik
dan akan timbul kesedaran dalam diri mereka tentang kepentingan menjaga dan menghargai
sejarah tanah air.
Selain itu, dengan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini, kita dapat
menarik pelancong asing untuk melancong ke negara kita. Setiap bangunan bersejarah di
negara kita mempunyai cerita sejarahnya yang tersendiri. Dengan ini, para pelancong asing
pastinya akan tertarik untuk mengunjungi Malaysia kerana adanya warisan sejarah negara
yang dapat dilawati bagi menambahkan ilmu pengetahuan. Hasilnya, ekonomi negara kita
bukan sahaja akan meningkat, malah secara tidak langsung nama negara kita juga akan
terkenal di serata dunia.


12





Bab 1 Ringkasan.indd 12 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Seterusnya, kita juga dapat mengekalkan keunikan seni bina bangunan bersejarah ini
apabila kita memelihara dan memuliharanya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, setiap
bangunan bersejarah di negara ini memiliki bentuk seni binanya yang berbeza-beza dan
mempunyai keunikannya yang tersendiri. Oleh sebab itu, sebagai rakyat Malaysia kita perlu
berbangga dengan negara kita dan memastikan semua bangunan bersejarah ini dipelihara
agar tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

Dipetik dan diubah suai daripada “Kepentingan Memelihara Bangunan
Bersejarah”, Dewan Siswa


Koridor Peribahasa

• pencakar langit – bangunan-bangunan yang tinggi
• tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas – adat yang tidak berubah, sesuatu yang
tetap utuh




Rangka Ringkasan

Kepentingan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah
• bangunan bersejarah merupakan warisan yang tidak ternilai harganya
• perlu dipelihara dan dipulihara agar tidak hilang ditelan zaman
• bangunan ini dapat dijadikan sumber maklumat sejarah kepada generasi akan datang
• bangunan ini dapat menarik kunjungan pelancong asing ke negara kita dan sekali gus dapat
meningkatkan ekonomi negara
• keunikan seni bina bangunan ini juga dapat dikekalkan





Model Ringkasan Mantap

Bangunan bersejarah merupakan warisan yang tidak ternilai harganya. Oleh sebab
itu, bangunan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur, Kota
A Famosa di Melaka, dan Masjid Ubudiah di Kuala Kangsar perlu dipelihara dan dipulihara
agar tidak hilang ditelan zaman. Usaha memelihara dan memulihara, bangunan bersejarah
ini sewajarnya dilakukan kerana dengan adanya bangunan ini, kita akan memperoleh
manfaatnya. Antaranya, bangunan ini dapat dijadikan sumber maklumat sejarah kepada
generasi akan datang. Selain itu, bangunan ini dapat menarik kunjungan pelancong asing
ke negara kita dan sekali gus dapat meningkatkan ekonomi negara. Seterusnya, dengan
terpeliharanya bangunan bersejarah ini, keunikan seni bina bangunan ini juga dapat kita
kekalkan. Kesimpulannya, bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara kerana
manfaatnya amat besar kepada negara dan rakyat Malaysia.
(100 patah perkataan)




13





Bab 1 Ringkasan.indd 13 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model
7 Penggunaan Skrin Secara Berlebihan




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang keburukan penggunaan skrin secara berlebihan kepada kesihatan manusia. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Teknologi digital merupakan penyimpanan, penjanaan, atau pemprosesan data melalui
penggunaan peranti elektronik. Terdapat pelbagai jenis peranti elektronik dengan sambungan
Internet yang memudahkan komunikasi dan interaksi secara maya, terutamanya di platform
media sosial. Beberapa jenis skrin peranti elektronik yang biasa digunakan dalam kehidupan
seharian seperti telefon pintar, komputer tablet, komputer riba, televisyen, jam pintar, dan
papan iklan televisyen.
Menurut kajian, penggunaan skrin yang berlebihan dikatakan dapat memberikan
impak yang besar kepada kesihatan fizikal seseorang individu. Masa berhadapan dengan
skrin yang berlebihan dikaitkan dengan masalah obesiti dan kelesuan. Penggunaan skrin
dalam kehidupan seharian menyebabkan pergerakan fizikal manusia menjadi terhad,
lalu menyebabkan proses pembakaran lemak di dalam badan tidak dapat berlaku. Hal ini
menjadikan seseorang itu lebih terdedah dengan risiko obesiti. Obesiti turut menyebabkan
masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi.
Selain itu, penggunaan skrin yang berlebihan juga mampu menjejaskan kesihatan mental
seperti masalah psikologi, emosi yang kurang stabil, kemurungan, dan kerisauan. Hal ini
dikatakan demikian kerana kebanyakan individu mudah berasa tertekan dan berlumba-
lumba apabila terdedah dengan aktiviti media sosial yang berlebihan. Kebanyakan individu
terutamanya golongan remaja gemar membandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan
orang lain yang ditonjolkan melalui media sosial. Hal ini menyebabkan mereka berasa tewas
dengan kehidupan masing-masing jika dibandingkan dengan kehidupan orang lain yang jauh
lebih baik.
Sementara itu, pendedahan skrin yang Sudut Kata
terlalu awal kepada bayi dan kanak-kanak dapat • maya – berkaitan dengan komputer
menyebabkan proses perkembangan otak kanak- dan Internet
kanak menjadi terbantut dan mengakibatkan • skrin – permukaan yang rata berupa
kaca tempat memaparkan gambar,
masalah lambat bertutur, kemahiran motor yang teks, grafik, dan sebagainya
perlahan seperti lambat berjalan, dan sebagainya. • impak – kesan
Selain itu, kanak-kanak yang diberikan pendedahan • hiperaktif – terlampau cergas
pergerakannya sehingga sukar
skrin digital sejak awal usia dikatakan mempunyai dikawal
masalah tingkah laku seperti masalah hiperaktif
dan kesukaran kawalan emosi.

Dipetik dan diubah suai daripada “Awasi Pendedahan Skrin Berpanjangan”,
Dewan Kosmik


14





Bab 1 Ringkasan.indd 14 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan


Rangka Ringkasan

Keburukan penggunaan skrin secara berlebihan kepada kesihatan manusia
• akan menjejaskan kesihatan fizikal seseorang
• menimbulkan masalah kelesuan dan obesiti
• mampu menjejaskan kesihatan mental seseorang juga
• menimbulkan masalah psikologi, emosi terganggu, kemurungan, dan kerisauan
• pendedahan skrin yang terlalu awal bagi bayi dan kanak-kanak dapat mengganggu perkembangan
otak, mengakibatkan masalah lambat bertutur, menjejaskan kemahiran motor, dan menimbulkan
masalah tingkah laku



Model Ringkasan Mantap

Penggunaan skrin secara berlebihan ternyata membawa keburukan kepada kesihatan
manusia. Berdasarkan kajian, penggunaan skrin secara berlebihan akan menjejaskan
kesihatan fizikal seseorang. Apabila masa seseorang itu banyak dihabiskan di hadapan skrin,
masalah kelesuan dan obesiti akan timbul. Selain itu, penggunaan skrin yang berlebihan
mampu menjejaskan kesihatan mental seseorang juga. Masalah psikologi, emosi terganggu,
kemurungan, dan kerisauan terjadi disebabkan penggunaan media sosial yang keterlaluan.
Bagi bayi dan kanak-kanak pula, pendedahan skrin yang terlalu awal dapat mengganggu
perkembangan otak, mengakibatkan masalah lambat bertutur, menjejaskan kemahiran motor,
dan menimbulkan masalah tingkah laku. Kesimpulannya, penggunaan skrin secara berlebihan
perlu dielakkan bagi mengurangkan kesan buruk terhadap kesihatan.
(98 patah perkataan)



Model
8 Kebaikan Media Sosial




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kebaikan media sosial kepada pengguna. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.

Peranan media sosial dalam bidang politik, masyarakat, perdagangan, dunia pekerjaan,
latihan dan pembangunan, serta perhubungan sosial sememangnya luas dan tidak dapat
dinafikan. Satu daripada peranan media sosial termasuklah dengan menggalakkan orang
ramai membentuk dan menghargai hubungan.
Media sosial telah membantu pengguna kekal berhubung dan meredakan kejutan apabila
melihat individu dan persekitaran secara fizikal selepas bertahun-tahun terpisah. Dengan



15





Bab 1 Ringkasan.indd 15 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
adanya media sosial, pengguna dapat berhubung dengan keluarga dan rakan dengan kaedah
lebih mudah. Oleh itu, keberadaan media sosial dapat mengurangkan kesulitan dalam
memikirkan perubahan yang telah berlaku. Selalunya, seseorang itu membayangkan perihal
orang dan persekitaran yang telah berubah, terutamanya selepas bertahun-tahun berada di
luar negara asal mereka.
Selain itu, satu daripada impak positif media sosial termasuklah dalam penyebaran
maklumat di dunia pada hari ini. Platform seperti Facebook, LinkedIn, Twitter, WhatsApp,
dan lain-lain membolehkan pengguna untuk mengakses dan berkongsi maklumat dengan
cara mengklik butang pada paparan peranti masing-masing. Maklumat merupakan kuasa
dan perlu ada cara terbaik untuk menyebarkannya supaya masyarakat dapat memanfaatkan
kuasa.
Seterusnya, media sosial juga berfungsi sebagai saluran maklumat, sekali gus membuka
jalan kepada inovasi dan kejayaan melalui pembangunan pengetahuan dan kebolehan.
Media sosial dapat melaporkan acara global dengan baiknya, menjadikan masyarakat lebih
sedar tentang persekitaran mereka dari dalam dan Sudut Kata
di luar negara. Berbeza daripada televisyen, radio,
atau akhbar, media sosial memudahkan penyampaian • sosial – berkaitan dengan
persahabatan, pergaulan, dan
maklumat tentang apa-apa yang berlaku di lapangan aktiviti masa lapang
dengan cepatnya. • dinafikan – disangkalkan
• mengakses – dapat mencapai,
Media sosial juga merupakan satu daripada memperoleh, atau menggunakan
platform terbaik untuk meluahkan perasaan dan data atau maklumat dalam
komputer
pendapat kita, terutamanya dengan keluarga dan • global – berkenaan dunia
rakan-rakan sama ada di dalam atau di luar negara. seluruhnya
Di samping itu, pengguna juga dapat mengasah • mengasah – memupuk dan
kreativiti mereka melalui media sosial dan seterusnya mengembangkan bakat
dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Dipetik dan diubah suai daripada “Media Sosial: Pedang Bermata Dua?”,
Dewan Masyarakat



Rangka Ringkasan

Kebaikan media sosial kepada pengguna
• media sosial dapat membantu kita mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan
• memungkinkan pengguna untuk menyebarkan, mengakses, dan berkongsi maklumat dengan
mudah dan pantasnya
• dapat menghasilkan inovasi dan kejayaan lebih mudah dan terbuka
• dapat menggunakan media sosial untuk meluahkan pendapat dan perasaan
• dapat mengasah kreativiti







16





Bab 1 Ringkasan.indd 16 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model Ringkasan Mantap
Media sosial memain peranan yang sangat signifikan dalam kehidupan kita pada hari ini.
Pelbagai kebaikan dapat kita peroleh menerusi penggunaan media sosial. Antaranya, media
sosial dapat membantu kita mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan walaupun
terpisah jauh dan dalam tempoh yang lama. Selain itu, media sosial memungkinkan pengguna
untuk menyebarkan, mengakses, dan berkongsi maklumat dengan mudah dan pantasnya.
Seterusnya, dengan adanya media sosial, peluang untuk menghasilkan inovasi dan kejayaan
lebih mudah dan terbuka. Pengguna juga dapat menggunakan media sosial untuk meluahkan
pendapat dan perasaan selain mengasah kreativiti. Kesimpulannya, media sosial membawa
banyak kebaikan kepada kita selagi digunakan secara bijak dan bertanggungjawab.
(94 patah perkataan)




Model
9 Integriti dalam Pengurusan Kewangan




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang kepentingan integriti dalam pengurusan kewangan. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Memang benar bahawa skop integriti merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Nilai integriti
melangkaui perbezaan agama dan budaya. Pergilah ke pelosok dunia mana-mana pun,
pastinya tiada sesiapa yang menafikan kepentingan integriti dalam kehidupan. Walau
bagaimanapun, integriti dalam kewangan dilihat sebagai antara aspek yang paling mencabar.
Buktinya, statistik tangkapan rasuah di Malaysia telah mencatatkan peningkatan sebanyak
11.63 peratus dari tahun 2018 hingga 2020. Jenayah tersebut merangkumi kesalahan
menerima dan memberikan rasuah, tuntutan palsu, salah guna kedudukan, pengubahan
wang haram, dan lain-lain. Susulan daripada itu, jelaslah bahawa nilai integriti dalam
kewangan perlu diambil perhatian oleh setiap individu bagi memerangi endemik rasuah
dalam kalangan masyarakat.
Persoalannya, bagaimanakah nilai integriti ini dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat
agar menjadi satu budaya yang seterusnya menjadi identiti negara? Setakat ini, jelas Malaysia
perlu memperbaiki imej negara apatah lagi dengan kedudukan terkini di tangga ke-57 pada
tahun 2020 berbanding dengan tangga ke-51 pada tahun sebelumnya dalam Indeks Persepsi
Rasuah (CPI).
Secara asasnya, nilai integriti harus dipupuk daripada institusi kekeluargaan itu sendiri.
Pembangunan peribadi dalam persekitaran kekeluargaan dilihat sebagai jalan yang lebih
efektif berbanding dengan pendidikan formal. Hal ini dikatakan demikian kerana dalam


17





Bab 1 Ringkasan.indd 17 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
lingkungan keluarga, penyampaian adalah lebih dekat Sudut Kata
dan mesra, sekali gus memberikan impak yang lebih • skop – bidang yang diliputi
mendalam terhadap individu. Walau bagaimanapun, • integriti – kejujuran
penerapan nilai integriti secara formal di institusi • penggubahan wang haram –
pendidikan akan menjadikannya lebih menyeluruh. proses menukarkan wang yang
Bahkan, pelbagai kajian kes boleh dijadikan rujukan dijana daripada pendapatan
haram menjadi seolah-olah
dan diterapkan dalam rangka perancangan pendidikan. daripada pendapatan yang bersih
• imej – gambaran
Integriti merupakan elemen yang kritikal dalam • persepsi – anggapan
urusan yang berkaitan dengan kewangan. Jika • efektif – berkesan
ditanya harga sebuah integriti, jawapannya tidak • formal – rasmi
• dikompromikan – dinyatakan
ternilai harganya. Integriti harus tetap dipegang utuh persetujuan
kerana itulah tuntutan moral dan agama yang tidak
seharusnya dikompromikan.

Dipetik dan diubah suai daripada “Integriti dalam Pengurusan
Kewangan”, Dewan Ekonomi


Rangka Ringkasan

Kepentingan integriti dalam pengurusan kewangan
• tanpa integriti, pelbagai jenayah seperti rasuah, tuntutan palsu, salah guna kedudukan, dan
pengubahan wang haram akan berlaku dalam masyarakat
• nilai integriti perlu dipupuk dalam diri setiap individu dan usaha ini perlulah bermula daripada
institusi keluarga
• penerapan nilai integriti secara formal tetap perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kesan yang
menyeluruh
• integriti dalam pengurusan kewangan amat penting agar kita terhindar daripada amalan rasuah
yang menjijikkan




Model Ringkasan Mantap
Integriti merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap urusan yang kita lakukan,
terutamanya yang berkait dengan kewangan. Tanpa integriti, pelbagai jenayah seperti rasuah,
tuntutan palsu, salah guna kedudukan, dan pengubahan wang haram akan berlaku dalam
masyarakat. Masalah ini amat ketara di Malaysia kerana statistik menunjukkan tangkapan
rasuah meningkat dari tahun 2018 hingga 2020. Oleh sebab itu, nilai integriti perlu dipupuk
dalam diri setiap individu dan usaha ini perlulah bermula daripada institusi keluarga. Hal
ini penting kerana pendidikan yang diberikan oleh keluarga lebih berkesan. Namun begitu,
penerapan nilai integriti secara formal tetap perlu dilaksanakan untuk mendapatkan kesan
yang menyeluruh. Kesimpulannya, integriti dalam pengurusan kewangan amat penting agar
kita terhindar daripada amalan rasuah yang menjijikkan.
(100 patah perkataan)




18





Bab 1 Ringkasan.indd 18 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model
10 Gejala Negatif dalam Kalangan Remaja




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faktor yang menggalakkan remaja terjerumus dalam gejala negatif. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Saat kita menongkah arus globalisasi dan modenisasi ini, gejala negatif dalam kalangan
remaja kian menular. Isu ini sering menjadi polemik dalam media massa sama ada media
cetak mahupun media elektronik. Sekiranya isu ini dipandang enteng, sudah pasti aspirasi
negara untuk mencapai taraf negara maju akan terbantut. Sekiranya dikaji secara mendalam,
terdapat beberapa faktor yang menggalakkan remaja terjerumus dalam gejala negatif.
Antara faktor yang menggalakkan remaja terjerumus dalam gejala negatif ialah pengaruh
rakan sebaya. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya amat berpengaruh dan
merupakan orang yang paling rapat dengan mereka selain keluarga. Ajakan daripada rakan
sebaya serta perasaan ingin mencuba sesuatu perkara baharu mendorong remaja hari ini
untuk terjerumus dalam aktiviti yang tidak sihat seperti mencuba pil ekstasi, heroin, dan
ganja. Hal ini sudah pasti akan menjatuhkan maruah keluarga, sekolah, dan negara.
Selain itu, kesibukan ibu bapa juga mendorong anak untuk terjerumus dalam gejala
negatif kerana anak kurang mendapat perhatian dan kasih sayang daripada mereka. Hal
ini mendorong anak untuk melarikan diri dari rumah serta terlibat dalam aktiviti seperti
vandalisme, samseng, dan rempit. Hal ini sudah pasti akan menyebabkan institusi keluarga
itu hancur dan porak-peranda. Seperti yang kita ketahui, ibu bapa merupakan tonggak utama
dalam kehidupan anak dan sewajarnya membentuk akhlak mereka kerana anak ibarat kain
putih yang perlu dicorakkan oleh ibu bapa.
Seterusnya, pengaruh media massa juga merupakan faktor remaja pada hari ini mudah
terjerumus dalam gejala negatif. Hal ini dikatakan demikian kerana media massa sering
memaparkan budaya luar terkini seperti raver, hipster, dan black metal. Golongan remaja
akan mudah terpengaruh kerana budaya seperti ini kelihatan menarik dan popular dalam
kalangan remaja.

Dipetik dan diubah suai daripada “Gejala Negatif dalam
Kalangan Remaja”, Dewan Siswa
Sudut Kata

• menular – merebak
• polemik – perbahasan
• enteng – mudah
• aspirasi – cita-cita; keinginan yang kuat
• vandalisme – perbuatan yang merosakkan harta benda awam atau persendirian
• porak-peranda – keadaan tidak tenteram



19





Bab 1 Ringkasan.indd 19 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan


Rangka Ringkasan

Faktor yang menggalakkan remaja terjerumus dalam gejala negatif
• remaja akan mudah terpengaruh oleh ajakan rakan mereka
• sikap ingin mencuba sesuatu yang baharu dalam kalangan remaja
• kesibukan ibu bapa sehingga mengabaikan anak-anak
• anak-anak yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang akan mudah terjerumus untuk
melakukan perkara yang negatif
• media massa yang memaparkan budaya tidak sihat juga mengundang masalah ini



Model Ringkasan Mantap

Gejala negatif dalam kalangan remaja semakin berleluasa dalam masyarakat. Masalah
ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Pengaruh rakan sebaya merupakan antara
faktor utamanya. Selain keluarga, rakan sebaya merupakan orang yang paling rapat dengan
remaja. Oleh hal yang demikan, sudah pasti remaja akan mudah terpengaruh oleh ajakan
rakan mereka. Sikap ingin mencuba sesuatu yang baharu juga merupakan faktor yang
menyumbang kepada masalah ini. Selain itu, kesibukan ibu bapa sehingga mengabaikan
anak-anak turut menjadi puncanya. Anak-anak yang kurang mendapat perhatian dan kasih
sayang akan mudah untuk melakukan perkara yang negatif. Seterusnya, media massa yang
memaparkan budaya tidak sihat juga mengundang masalah ini. Kesimpulannya, masalah
ini perlu dipandang serius dan semua pihak perlulah berusaha untuk menanganinya sebaik
mungkin.

(100 patah perkataan)


Model
11 Obesiti




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan
tentang punca-punca obesiti. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
Obesiti merupakan keadaan lemak yang berkumpul secara berlebihan pada tubuh. Hal ini
menyebabkan seseorang mengalami berat badan yang berlebihan. Banyak punca yang dapat
menyebabkan obesiti.
Pemakanan merupakan punca utama masalah obesiti. Gaya pemakanan yang kurang sihat
juga merupakan punca obesiti dalam kalangan murid. Obesiti dikatakan berpunca daripada
pengambilan kalori yang berlebihan daripada sumber karbohidrat dan lemak seperti nasi,
tepung, roti, biskut, minuman manis, dan makanan bergoreng.



20





Bab 1 Ringkasan.indd 20 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Beban pekerjaan yang makin meningkat juga menyebabkan seseorang itu tidak
mempunyai masa untuk bersenam selepas waktu kerja. Di samping itu, banyak orang lebih
gemar menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain permainan telefon atau berehat
di rumah daripada bersenam di luar rumah. Jelaslah bahawa selain pemakanan yang kurang
sihat, kurang bersenam juga menjadi punca obesiti.
Faktor genetik juga menyebabkan seseorang terjerat dalam masalah obesiti. Kajian-
kajian telah mendapati anak-anak yang ibu bapanya menghidap obesiti mempunyai risiko
sebanyak 80 peratus untuk menghidap obesiti juga. Jika ibu bapa mempunyai berat badan
yang normal, maka risiko anak-anak mereka untuk menghidap obesiti dianggarkan sebanyak
10 peratus sahaja.

Stres juga menjadi penyebab tercetusnya masalah obesiti dalam kalangan murid dan
orang dewasa. Sesetengah individu yang mengalami tekanan akan mengambil makanan
secara berlebihan untuk mengurangkan stres. Selain itu, sesetengah penyakit seperti sindrom
Cushing, kekurangan hormon tiroid, dan sindrom polisistik ovari juga dapat menyebabkan
obesiti. Obesiti juga boleh berpunca daripada kesan sampingan ubat hormon, steroid, dan
psikiatrik.

Kesimpulannya, obesiti merupakan masalah yang semakin serius di negara kita. Oleh
itu, kempen kesedaran harus digiatkan agar rakyat mengetahui punca-punca obesiti dan
cara mengatasinya.


Sudut Kata

• kalori – unit tenaga yang diperoleh daripada makanan
• karbohidrat – zat makanan yg memberikan tenaga
• stres – keadaan resah, cemas, tegang, dan sebagainya akibat tekanan mental atau fizikal
• tiroid – hormon yang mengeluarkan sejenis hormon untuk mengawal kadar pertumbuhan badan




Rangka Ringkasan

Punca-punca obesiti
• gaya pemakanan yang kurang sihat
• pengambilan kalori yang berlebihan daripada sumber karbohidrat dan lemak
• beban pekerjaan yang makin meningkat juga menyebabkan seseorang tidak mempunyai masa
untuk bersenam selepas waktu kerja
• faktor genetik juga menyebabkan seseorang terjerat dalam masalah obesiti
• individu yang mengalami tekanan akan mengambil makanan secara berlebihan
• kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat hormon, ubat steroid, dan ubat psikiatrik











21





Bab 1 Ringkasan.indd 21 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model Ringkasan Mantap
Antara punca obesiti ialah amalan pemakanan yang kurang sihat. Selain itu, terdapat juga
sesetengah individu yang mengambil kalori yang berlebihan daripada sumber karbohidrat
dan lemak. Seterusnya, beban pekerjaan yang makin meningkat juga menyebabkan
seseorang tidak mempunyai masa untuk bersenam selepas waktu kerja. Faktor genetik
juga menyebabkan seseorang terjerat dalam masalah obesiti. Dalam pada itu, individu
yang mengalami tekanan akan mengambil makanan secara berlebihan yang seterusnya
menyebabkan obesiti. Akhir sekali, obesiti juga berpunca daripada kesan sampingan akibat
pengambilan ubat-ubatan seperti ubat hormon, ubat steroid, dan ubat psikiatrik.
(82 patah perkataan)

Model
12 Impak Amalan Rasuah




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
impak amalan rasuah terhadap negara. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Isu rasuah kepada negara sering dipaparkan di akhbar-akhbar atau di televisyen. Isu ini
turut menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat. Perkara ini perlu diberikan perhatian oleh
semua ahli masyarakat. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan ini memberikan pelbagai
impak negatif terhadap negara.
Rasuah dapat melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Kegiatan rasuah
menyebabkan kita tidak dapat mengagak tindakan seseorang pegawai. Kegiatan rasuah akan
menghakis kepercayaan orang awam terhadap pegawai atau pekerja di sesebuah organisasi.
Pemerintahan juga akan menjadi lemah kerana pemerintah kehilangan hasil akibat amalan ini.
Gejala rasuah juga menyebabkan pentadbiran Sudut Kata
sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Hal ini dapat
mengakibatkan kemerosotan ekonomi, pengabaian • negatif – tidak mempunyai nilai,
ciri, kualiti, dan sebagainya
kepentingan masyarakat, dan sebagainya. Seterusnya, yang membina
rasuah juga menyebabkan tumpuan pelaburan • organisasi – kesatuan yang terdiri
dan pembangunan tidak seimbang. Tumpuan daripada bahagian-bahagian
dalam sesuatu pertubuhan untuk
pembangunan dan pelaburan berpusat kepada sektor- tujuan-tujuan tertentu
sektor tertentu sahaja. Ketidakseimbangan ini wujud • pelaburan – wang (modal dan
bukan kerana sektor ini mempunyai permintaan dan sebagainya) yang dilaburkan
dalam sesuatu perniagaan
keuntungan yang tinggi tetepi kerana rasuah. Maka • dirampas – diambil dengan
berlakulah pertumbuhan ekonomi yang berat sebelah. kekerasan





22





Bab 1 Ringkasan.indd 22 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
Akhir sekali, amalan rasuah menyebabkan pengaliran wang ke luar negara. Pengamal
rasuah bimbang jika wang rasuah yang diterima akan dirampas oleh pihak berkuasa. Oleh
itu, mereka menyimpan wang itu di bank-bank di luar negara. Hal ini menyebabkan negara
kehilangan pertukaran wang asing dan modal.
Jelaslah di sini bahawa rasuah perlu ditangani secara bijaksana oleh setiap pihak. Hal ini
dikatakan demikian kerana amalan ini memberikan impak negatif terhadap negara. Amalan
rasuah hendaklah dihindari demi kesejahteraan hidup bersama.


Rangka Ringkasan

Impak amalan rasuah terhadap negara
• dapat melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi
• menghakis kepercayaan orang awam terhadap pegawai atau pekerja di sesebuah organisasi
• pemerintahan juga akan menjadi lemah kerana pemerintah kehilangan hasil
• menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir
• tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak seimbang
• pengaliran wang ke luar negara




Model Ringkasan Mantap

Rasuah memberikan pelbagai impak terhadap negara. Antara impak amalan rasuah
termasuklah dapat melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Selain itu, rasuah
dapat menghakis kepercayaan orang awam terhadap pegawai atau pekerja di sesebuah
organisasi. Seterusnya, amalan rasuah juga menyebabkan pemerintahan menjadi lemah
kerana pemerintah kehilangan hasil. Amalan rasuah yang dilakukan juga menyebabkan
pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir kerana ekonomi merosot dan kepentingan
masyarakat terabai. Dalam pada itu, amalan rasuah juga mengakibatkan tumpuan pelaburan
dan pembangunan tidak seimbang kerana berpusat kepada sektor-sektor tertentu sahaja.
Akhir sekali, amalan rasuah dapat mengakibatkan pengaliran wang ke luar negara kerana
pengamal rasuah bimbang jika wang mereka dirampas oleh pihak berkuasa.
(96 patah perkataan)


Segmen Info
Berdasarkan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) (Akta
694), terdapat empat kesalahan rasuah yang utama, iaitu:
• Meminta/ Menerima rasuah [seksyen 16 & 17(a) Akta SPRM 2009]
• Menawarkan/ Memberikan suapan [seksyen 17(b) Akta SPRM 2009]
• Mengemukakan tuntutan palsu [Seksyen 18 Akta SPRM 2009]
• Menggunakan jawatan/ kedudukan untuk suapan pegawai badan awam [Seksyen 23 Akta
SPRM 2009]






23





Bab 1 Ringkasan.indd 23 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model
13 Amalan Merokok




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
kesan-kesan buruk amalan merokok. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Amalan merokok dianggap sebagai aktiviti negatif Sudut Kata
yang dapat memberikan kesan terhadap kesihatan • bahan kimia – sebarang bahan,
khususnya kepada individu, keluarga, dan masyarakat. sama ada unsur atau sebatian
Hal ini dikatakan demikian kerana asap rokok • rongga – lubang
mengandungi pelbagai bahan kimia yang berbahaya. • organ – alat di dalam tubuh yang
mempunyai tugas yang penting
Asap rokok yang dihisap atau dihidu akan memasuki • osteoporosis – penyakit yang
rongga mulut dan hidung melalui kerongkong dikaitkan dengan kehilangan
ke paru-paru. atau kekurangan kalsium dalam
tulang yang mengakibatkan tulang
Antara keburukan merokok termasuklah menjadi rapuh
dapat mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh • enzim – bahan kimia yang
pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan terdapat di dalam benda hidup
yang menyebabkan perubahan
oksigen daripada asap rokok tersebut. Selain kepada bahan kimia lain tetapi
itu, menghisap rokok dapat mengganggu daya tidak pada dirinya sendiri
pendengaran dan penglihatan kerana perbuatan
ini mengurangkan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Perokok selalunya
mempunyai nafas yang berbau dan mudah mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi
menjadi kuning. Mereka yang merokok juga akan menghadapi kesukaran untuk bernafas
dan mudah letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan terutamanya apabila bersukan.
Selain itu, merokok dapat membahayakan kesihatan diri kerana bahan-bahan kimia
yang dibebaskan daripada rokok dapat mengurangkan fungsi organ di dalam tubuh.
Contohnya, nikotin yang ada di dalam rokok dapat mengakibatkan ketagihan jika diambil
secara berulang kali. Selain itu, tembakau dapat mengakibatkan penyakit jantung dan barah.
Terdapat lebih kurang 63 bahan kimia di dalam rokok yang dapat mengakibatkan barah paru-
paru, mulut, usus, tekak, dan payudara. Penghisap rokok tegar berisiko untuk menghidap
penyakit strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul, dan penyakit paru-paru
seperti asma dan jangkitan pada paru-paru.
Hampir satu perempat daripada pesakit jantung mendapat penyakit itu akibat tabiat
merokok. Di Malaysia, penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian sementara
strok ialah pembunuh yang keempat. Secara umum diketahui bahawa merokok dapat
menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati.
Kesimpulannya, amalan merokok banyak mendatangkan keburukan. Perokok bukan
sahaja membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi juga orang yang berada di sekeliling.
Oleh itu, hargailah kesihatan dan nyawa kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna.

24





Bab 1 Ringkasan.indd 24 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Koridor Peribahasa

• sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna – fikirkan masak-masak sebelum
berbuat sesuatu supaya tidak menyesal




Rangka Ringkasan
Kesan-kesan buruk amalan merokok
• mengurangkan fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan
oksigen daripada asap rokok
• mengganggu daya pendengaran dan penglihatan akibat pengurangan kadar pengaliran darah ke
seluruh tubuh badan
• nafas yang berbau dan mudah untuk mendapat jangkitan mulut dan gusi serta gigi menjadi kuning
• kesukaran untuk bernafas dan mudah letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan
• mengurangkan fungsi organ di dalam tubuh kita
• menghidap penyakit seperti strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul, dan penyakit
paru-paru


Model Ringkasan Mantap
Amalan merokok mendatangkan pelbagai kesan buruk. Antaranya ialah mengurangkan
fungsi otak disebabkan oleh pembebasan gas karbon dioksida dan pengurangan oksigen
daripada asap rokok. Selain itu, amalan ini dapat mengganggu daya pendengaran dan
penglihatan akibat pengurangan kadar pengaliran darah ke seluruh tubuh badan. Seterusnya,
merokok dapat menjadikan nafas berbau dan mudah untuk mendapat jangkitan mulut dan
gusi serta gigi menjadi kuning. Perokok juga akan mengalami kesukaran untuk bernafas
dan mudah letih apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Dalam pada itu, merokok juga dapat
mengurangkan fungsi organ di dalam tubuh. Akhir sekali, amalan ini dapat menyebabkan
seseorang menghidap penyakit seperti strok, penyakit mulut dan gusi, osteoporosis, mandul,
dan penyakit paru-paru.
(100 patah perkataan)

Model
14 Masalah Jerebu




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
punca-punca masalah jerebu. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah
perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud
asal petikan.
Fenomena cuaca berjerebu banyak menimbulkan keresahan pihak rakyat. Fenomena ini
seolah-olah termaktub dalam ramalan kaji cuaca negara kerana sering melanda negara.
Realitinya, jerebu berlaku disebabkan oleh pelbagai punca.



25





Bab 1 Ringkasan.indd 25 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
Pembakaran hutan secara meluas untuk tujuan pertanian di negara jiran merupakan satu
daripada punca berlakunya fenomena jerebu. Kebakaran hutan yang sukar untuk dikawal
menyebabkan negara kita dan beberapa buah negara di rantau ini turut terkena tempiasnya.
Keadaan jerebu bertambah buruk sekiranya masyarakat mengamalkan pembakaran secara
terbuka. Sampah sarap dibakar sesuka hati ini menyebabkan asap memenuhi ruang udara
dan memburukkan kualiti udara.

Fenomena jerebu juga disebabkan oleh pembebasan asap daripada kenderaan.
Bilangan kenderaan pada masa ini semakin meningkat bagaikan cendawan tumbuh
selepas hujan memburukkan masalah ini. Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian
tidak terlepas daripada masalah jerebu. Pengeluaran asap kotor daripada kilang juga
dikenal pasti sebagai punca fenomena jerebu berlaku. Situasi ini bertambah buruk apabila
terdapat sesetengah pengusaha kilang memasang corong asap yang terlalu rendah.

Antara penyebab lain masalah jerebu ialah keadaan cuaca di kawasan hutan hujan
tropika yang panas dan kering dapat menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri. Hal
ini dikatakan demikian kerana berlakunya fenomena Sudut Kata
pemanasan global kebelakangan ini. Kegiatan
penebangan hutan secara berleluasa menyebabkan • termaktub – tercatat
keadaan cuaca berjerebu. Di samping itu, pembebasan • rantau – daerah atau kawasan
yang luas
debu daripada letupan gunung berapi turut • corong – paip untuk
menyebabkan cuaca berjerebu. menyalurkan asap keluar;
serombong
Kesimpulannya, kualiti udara yang bersih amat • tropika – kawasan yang
penting untuk menjamin kesihatan penduduk di letaknya berhampiran dengan
garisan khatulistiwa
rantau ini. Oleh itu, kita harus memikirkan setiap • global – mengenai seluruh
perbuatan yang dilakukan supaya fenomena jerebu dunia; sejagat
dapat dielakkan.

Koridor Peribahasa

• bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan – terlalu banyak pada sesuatu masa




Rangka Ringkasan

Punca-punca masalah jerebu
• pembakaran hutan secara meluas untuk tujuan pertanian di negara jiran
• keadaan jerebu bertambah buruk sekiranya masyarakat mengamalkan pembakaran secara terbuka
• pembebasan asap daripada kenderaan
• pengeluaran asap kotor daripada kilang juga dikenal pasti sebagai punca fenomena jerebu
• keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika yang panas dan kering
• pembebasan debu daripada letupan gunung berapi turut menyebabkan cuaca berjerebu







26





Bab 1 Ringkasan.indd 26 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model Ringkasan Mantap
Masalah jerebu berlaku disebabkan oleh pelbagai punca. Antara puncanya termasuklah
pembakaran hutan secara meluas untuk tujuan pertanian di negara jiran. Selain itu, keadaan
jerebu bertambah buruk sekiranya masyarakat mengamalkan pembakaran secara terbuka.
Seterusnya, fenomena jerebu juga disebabkan oleh pembebasan asap daripada kenderaan.
Dalam pada itu, pengeluaran asap kotor daripada kilang juga dikenal pasti sebagai punca
fenomena jerebu. Keadaan cuaca di kawasan hutan hujan tropika yang panas dan kering dapat
menyebabkan tumbuh-tumbuhan terbakar sendiri dan mengakibatkan jerebu. Akhir sekali,
pembebasan debu daripada letupan gunung berapi turut menyebabkan cuaca berjerebu.
(80 patah perkataan)

Segmen Info
Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis
gas yang boleh menjejaskan kesihatan, iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida,
dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap
kesihatan seperti yang berikut:
Nilai IPU Status
0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak Sihat
201 – 300 Sangat Tidak Sihat
301 – 500 Berbahaya







Model
15 Perpaduan Kaum



Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
langkah-langkah memupuk perpaduan kaum. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Malaysia sebuah negara membangun yang sedang menuju ke arah status negara maju.
Untuk mencapai matlamat tersebut, keamanan dan keharmonian tidak boleh dipinggirkan.
Kepelbagaian agama, etnik, dan budaya menjadi teras kepada kekuatan Malaysia untuk
menjadi sebuah negara maju.




27





Bab 1 Ringkasan.indd 27 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
Dengan itu, beberapa langkah perlu dilakukan dalam usaha untuk memastikan rakyat di
Malaysia ini terus bersatu padu. Antaranya termasuklah dengan memantapkan penggunaan
bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan. Anak-anak kecil daripada pelbagai kaum
perlu diajar untuk menggunakan bahasa Melayu bagi membolehkan mereka berkomunikasi
dengan rakan-rakan di sekolah dan seterusnya hingga peringkat universiti.
Selain itu, kepelbagaian agama, budaya, dan adat resam sesuatu kaum mestilah dihormati
dan dipelihara. Setiap individu berhak mengamalkan adat resam kaum masing-masing dengan
harmoni. Amalan ini bukan sahaja menggambarkan persefahaman malah meningkatkan
kemesraan sesama kaum lagi. Amalan rumah terbuka yang diadakan bagi meraikan sesuatu
perayaan mampu memupuk perpaduan kaum. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan
saling berkenalan, bermesra, dan merasai juadah enak yang disediakan.
Seterusnya, amalan ziarah-menziarahi, tolong-menolong, dan semangat kejiranan
terutama dalam kalangan pelbagai kaum perlu dijadikan budaya kita. Sikap serumpun bak
serai, sesusun bak sirih haruslah menjadi amalan Sudut Kata
masyarakat Malaysia. Perpaduan kaum juga boleh
dipupuk melalui amalan bersukan. Akhir sekali, • status – taraf atau kedudukan
perpaduan juga tidak akan memberikan makna tanpa • etnik – berkenaan bangsa
manusia
kestabilan politik. Oleh itu, setiap pemimpin negara • berkomunikasi – berhubungan
harus menjaga kestabilan politik supaya keamanan • adat resam – peraturan atau
adat yang biasa
rakyat tidak tergugat. Melalui kestabilan politik, • kestabilan – keadaan atau hal
rusuhan kaum dan perpecahan dapat dielakkan, pada stabil
masa sama akan mengukuhkan kedudukan ekonomi
negara ini lagi.


Koridor Peribahasa


• serumpun bak serai, sesusun bak sirih – seia sekata



Rangka Ringkasan

Langkah-langkah memupuk perpaduan kaum
• memantapkan penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui sistem pendidikan
• kepelbagaian agama, budaya, dan adat resam sesuatu kaum mestilah dihormati dan dipelihara
• mengadakan rumah terbuka bagi meraikan sesuatu perayaan
• amalan ziarah-menziarahi, tolong-menolong, dan semangat kejiranan terutama dalam kalangan
pelbagai kaum perlu dijadikan budaya kita
• perpaduan akan terpelihara apabila kestabilan politik dijaga









28





Bab 1 Ringkasan.indd 28 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model Ringkasan Mantap
Banyak langkah yang dapat dilakukan untuk memupuk perpaduan kaum di negara kita.
Antaranya termasuklah dengan memantapkan penggunaan bahasa Melayu khususnya melalui
sistem pendidikan. Selain itu, kepelbagaian agama, budaya, dan adat resam sesuatu kaum
juga mestilah dihormati dan dipelihara bagi memupuk perpaduan kaum. Seterusnya, amalan
rumah terbuka yang diadakan bagi meraikan sesuatu perayaan juga mampu memupuk
perpaduan kaum. Dalam pada itu, amalan ziarah-menziarahi, tolong-menolong, dan semangat
kejiranan terutama dalam kalangan pelbagai kaum perlu dijadikan budaya kita. Akhir sekali,
perpaduan akan terpelihara apabila kestabilan politik dijaga yang seterusnya menjamin
kedudukan ekonomi negara.
(87 patah perkataan)



Model
16 Penyalahgunaan Bahasa Melayu



Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
sebab-sebab berlaku penyalahgunaan bahasa Melayu. Panjang ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri
tanpa mengubah maksud asal petikan.

Bahasa melambangkan bangsa. Bangsa yang bermartabat perlu memperjuangkan
bahasanya hingga titisan darah yang terakhir. Isu yang selalu dikaitkan dengan bahasa
ialah penyalahgunaan bahasa atau bahasa rojak. Bahasa rojak merujuk penggunaan
bahasa Melayu yang dicampur aduk dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa rojak bermakna penggunaan bahasa yang salah tatabahasanya.
Penggunaan bahasa rojak telah mencemarkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi negara. Timbul persoalan, mengapakah kedudukan yang tinggi diberikan
kepada bahasa Melayu, tetapi tidak ada usaha yang dijalankan agar tidak berlaku
pencemaran bahasa ini?
Penggunaan bahasa rojak berpunca daripada sikap memandang remeh terhadap isu
bahasa oleh rakyat Malaysia. Selain itu, tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap
pihak yang bersikap acuh tak acuh terhadap isu bahasa ini. Kini, pelbagai pihak bebas
mengabaikan bahasa Melayu. Ada juga yang menganggap mereka sebagai intelek dengan
mencampuradukkan bahasa ini. Golongan ini bebas mempersendakan bahasa Melayu
kerana tidak ada undang-undang tegas yang dapat diambil terhadap mereka seperti kes
jenayah. Ketiadaan perasaan hormat terhadap bahasa Melayu menyebabkan bahasa ini terus
dirosakkan. Terdapat golongan yang hanya mendiamkan diri daripada menegur golongan
yang gemar merojakkan bahasa.





29





Bab 1 Ringkasan.indd 29 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
Rakyat Malaysia perlu mempertahankan Sudut Kata
kedaulatan bahasa kebangsaan daripada dirosakkan. • bahasa rojak – bahasa yang
Sikap sesetengah pengguna yang mencampuradukkan bercampur aduk kata-kata yang
bahasa ini perlu ditangani dengan segera. Dalam digunakan oleh penuturnya
memartabatkan bahasa Melayu, seseorang itu • remeh – tidak mustahak; tidak
penting
perlu menjiwai bahasa. Sehubungan dengan itu, • intelek – kemampuan berfikir
cendekiawan dan tokoh korporat, terutamanya dan memahami
ahli politik perlu menerajui usaha untuk • kedaulatan – kekuasaan yang
tertinggi
memartabatkan bahasa Melayu. Usaha ini penting • cendekiawan – golongan cerdik
bagi memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa pandai
antarabangsa yang akan dihormati dan disegani. • korporat – berkaitan dengan
syarikat atau perbadanan


Rangka Ringkasan

Sebab-sebab berlaku penyalahgunaan bahasa Melayu
• sikap memandang remeh terhadap isu bahasa oleh rakyat Malaysia
• tidak ada sebarang tindakan yang diambil terhadap pihak yang bersikap acuh tak acuh terhadap
isu bahasa Melayu
• sikap sesetengah pengguna yang mencampuradukkan bahasa Melayu kerana menganggap diri
mereka intelek
• tidak ada undang-undang tegas yang dapat diambil terhadap mereka seperti kes jenayah
• ketiadaan perasaan hormat terhadap bahasa Melayu menyebabkan bahasa Melayu terus dirosakkan
• terdapat golongan yang hanya mendiamkan diri daripada menegur golongan yang gemar
merojakkan bahasa


Model Ringkasan Mantap
Bahasa Melayu sering disalahgunakan oleh individu tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Antara sebab berlakunya penyalahgunaan bahasa Melayu termasuklah sikap memandang
remeh terhadap isu bahasa oleh rakyat Malaysia. Selain itu, tidak ada sebarang tindakan
yang diambil terhadap pihak yang bersikap acuh tak acuh terhadap isu bahasa Melayu.
Seterusnya, sikap sesetengah pengguna yang mencampuradukkan bahasa Melayu kerana
menganggap diri mereka intelek. Dalam pada itu, tidak ada undang-undang tegas yang
dapat diambil terhadap individu yang menyalahgunakan bahasa Melayu seperti kes jenayah.
Ketiadaan perasaan hormat terhadap bahasa Melayu menyebabkan bahasa Melayu terus
dirosakkan. Akhir sekali, terdapat juga golongan yang hanya mendiamkan diri daripada
menegur golongan yang gemar merojakkan bahasa.
(90 patah perkataan)


Segmen Info
Bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara berfungsi sebagai lambang identiti negara
tersebut, alat perhubungan antara setiap warganegara, perantara urusan-urusan rasmi negara, dan
medium penyatuan pelbagai kaum yang terdiri daripada latar belakang sosiobudaya yang berbeza.




30





Bab 1 Ringkasan.indd 30 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model
17 Krisis Bekalan Air




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
cara-cara mengatasi krisis bekalan air. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi
100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Krisis air yang berlaku di negara kita akan Sudut Kata
memudaratkan pelbagai pihak. Seperti yang kita
ketahui, air merupakan keperluan untuk manusia • kawasan tadahan – kawasan
yang menerima air hujan dan
terus hidup. Jika krisis air ini tidak dapat diatasi, mengalir ke sungai, tasik,
kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya empangan, dan sebagainya
menjejaskan aktiviti seharian kita. • catuan – bahagian yang sudah
ditentukan banyaknya
Krisis bekalan air ini dapat diatasi dengan • berhemat – berdikit-dikit;
berjimat
mengekalkan kawasan tadahan hujan daripada • diperincikan – dihuraikan
musnah. Penebangan kawasan hutan mestilah sesuatu sepenuh-penuhnya
dielakkan lebih kurang 10 kilometer dari kawasan
tadahan hujan. Perkara ini penting bagi menjaga kawasan tadahan air daripada musnah.
Selain itu, kerajaan perlu mengadakan catuan air ke kawasan-kawasan tertentu sebagai
langkah berjaga-jaga. Catuan air boleh dilaksanakan dengan berdasarkan bilangan jam dalam
sehari mengikut kawasan tertentu.

Kempen kesedaran tentang kepentingan menggunakan air secara berhemat perlu
dilakukan oleh pihak kerajaan. Sebagai contohnya, kempen kesedaran melalui iklan di
televisyen tentang kesan sikap individu yang sering melakukan pembaziran air. Untuk
mengatasi krisis bekalan air juga, kerajaan perlu menaikkan kadar bil air supaya pengguna
menggunakan air secara berhemat. Ekoran krisis tersebut, Majlis Air Kebangsaan telah
ditubuhkan oleh kabinet untuk mengawal dan menguruskan sistem pembahagian air.

Seterusnya, pengagihan dan penggunaan air perlu diperincikan dan dipertingkatkan
mutunya bagi mengatasi krisis bekalan air. Sebagai perbadanan yang dipertanggungjawabkan
untuk menguruskan bekalan air di negara ini, mutu perkhidmatan mereka perlu
dipertingkatkan. Program kesedaran dan pendidikan juga penting untuk mengatasi krisis
bekalan air. Walau bagaimanapun, rakyat sendiri haruslah sentiasa menghargai sumber air
dan segala amalan pembaziran air perlu dikikis. Program kesedaran dan pendidikan yang
bertujuan untuk memastikan pembabitan orang awam dalam usaha menangani masalah
krisis air dipercayai dapat membentuk sikap positif dalam sanubari rakyat.
Walaupun Malaysia mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun, hal ini tidak
bermakna bahawa Malaysia terkecuali daripada krisis air yang merugikan.






31





Bab 1 Ringkasan.indd 31 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan


Rangka Ringkasan

Cara-cara mengatasi krisis bekalan air
• mengekalkan kawasan tadahan hujan daripada musnah
• kerajaan perlu mengadakan catuan air ke kawasan-kawasan tertentu sebagai langkah berjaga-jaga
• kempen kesedaran tentang kepentingan menggunakan air secara berhemat perlu dilakukan oleh
pihak kerajaan
• kerajaan perlu menaikkan kadar bil air supaya pengguna menggunakan air secara berhemat
• pengagihan dan penggunaan air perlu diperincikan dan dipertingkatkan mutunya bagi mengatasi
krisis bekalan air
• program kesedaran dan pendidikan juga penting untuk mengatasi krisis bekalan air



Model Ringkasan Mantap
Krisis air yang berlaku di negara kita memudaratkan banyak pihak. Banyak cara yang
boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Antaranya termasuklah dengan mengekalkan
kawasan tadahan hujan daripada musnah. Seterusnya, kerajaan perlu mengadakan catuan
air ke kawasan-kawasan tertentu sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengatasi krisis
bekalan air. Dalam pada itu, kempen kesedaran tentang kepentingan menggunakan air secara
berhemat perlu dilakukan oleh pihak kerajaan. Selain itu, kerajaan perlu menaikkan kadar
bil air supaya pengguna menggunakan air secara berhemat. Pengagihan dan penggunaan
air perlu diperincikan dan dipertingkatkan mutunya bagi mengatasi krisis bekalan air. Akhir
sekali, program kesedaran dan pendidikan juga penting untuk mengatasi krisis bekalan air.
(96 patah perkataan)

Model
18 Peningkatan Kos Sara Hidup




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
impak peningkatan kos sara hidup. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.
Sudut Kata
Peningkatan kos sara hidup berkait rapat dengan
keadaan ekonomi sesebuah negara. Rakyat di • kos sara hidup – nilai wang
negara maju sudah tentu mempunyai kos sara yang diperlukan untuk membeli
barang keperluan asas seperti
hidup yang berbeza daripada rakyat di negara- makanan, pakaian, dan tempat
negara sedang membangun. Paras harga yang tinggal untuk menikmati taraf
tinggi akan menggambarkan kos sara hidup yang hidup tertentu
tinggi, sebaliknya harga barangan yang murah akan • taraf – tingkatan kedudukan
• alternatif – pilihan yang
mengurangkan bebanan dan kos sara hidup. merupakan kemestian
• jalan pintas – jalan yang paling
dekat


32





Bab 1 Ringkasan.indd 32 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
Peningkatan kos sara hidup membebankan semua lapisan masyarakat tanpa mengira
taraf pekerjaan. Golongan yang berpendapatan rendah akan lebih merasai bebanan ini.
Seterusnya, peningkatan kos sara hidup menyumbangkan peningkatan kemiskinan bandar.
Pelbagai langkah perlu dilakukan bagi membantu golongan ini, seperti bantuan kewangan
oleh pihak kerajaan atau swasta. Ketiadaan sumber pendapatan menyebabkan peningkatan
kes rompakan, kecurian, rasuah, dan penyalahgunaan kuasa.

Dari aspek yang lain, peningkatan kos sara hidup menyebabkan ibu bapa terpaksa
melakukan pelbagai alternatif, seperti bekerja lebih masa atau melaksanakan dua pekerjaan
bagi menampung keperluan keluarga. Hal yang sedemikian akan menjejaskan hubungan
kekeluargaan akibat ibu bapa tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bersama-sama
ahli keluarga mereka. Keletihan bekerja dan masa rehat yang kurang menimbulkan perasaan
stres dan kesihatan tubuh badan akan merosot.
Lebih malang lagi, apabila sesetengah pihak mengambil jalan pintas dalam menangani
kos sara hidup dengan berhutang. Para peniaga sudah tentu mendapat keuntungan yang besar
akibat peningkatan kos sara hidup ini, namun sikap perikemanusiaan perlu diseimbangkan
agar kehidupan yang sejahtera dapat diwujudkan.



Rangka Ringkasan
Impak peningkatan kos sara hidup
• membebankan semua lapisan masyarakat tanpa mengira taraf pekerjaan
• peningkatan kos sara hidup menyumbang kepada peningkatan kemiskinan bandar
• peningkatan kes rompakan, kecurian, rasuah, dan penyalahgunaan kuasa
• ibu bapa terpaksa melakukan pelbagai alternatif, seperti bekerja lebih masa atau melaksanakan
dua pekerjaan bagi menampung keperluan keluarga
• menjejaskan hubungan kekeluargaan akibat ibu bapa tidak mempunyai masa yang mencukupi
untuk bersama-sama ahli keluarga
• mengambil jalan pintas dalam menangani kos sara hidup dengan berhutang



Model Ringkasan Mantap

Peningkatan kos sara hidup mendatangkan pelbagai impak kepada masyarakat. Antara
impaknya termasuklah membebankan semua lapisan masyarakat tanpa mengira taraf
pekerjaan. Selain itu, peningkatan kos sara hidup menyumbangkan peningkatan kemiskinan
bandar. Seterusnya, peningkatan kos sara hidup turut mengakibatkan peningkatan kes
rompakan, kecurian, rasuah, dan penyalahgunaan kuasa. Dalam pada itu, ibu bapa terpaksa
melakukan pelbagai alternatif, seperti bekerja lebih masa atau melaksanakan dua pekerjaan
bagi menampung keperluan keluarga. Hal ini turut menjejaskan hubungan kekeluargaan
akibat ibu bapa tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk bersama-sama ahli keluarga.
Akhir sekali, sesetengah orang mengambil jalan pintas dalam menangani kos sara hidup
dengan berhutang.
(85 patah perkataan)


33





Bab 1 Ringkasan.indd 33 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model
19 Budaya Membaca




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
sebab-sebab budaya membaca kurang subur dalam kalangan masyarakat. Panjang ringkasan
anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia Sudut Kata
masih rendah walaupun pelbagai usaha telah • takuk – had; takat; peringkat
dilakukan untuk memupuk sikap suka membaca. Jika • informasi – keterangan,
dilihat pada penganjuran Pesta Buku Antarabangsa maklumat, hal dan sebagainya
tentang sesuatu
Kuala Lumpur pada setiap tahun, sambutannya • visual – dapat dilihat
sangat meriah. Namun begitu, tahap pembacaan • statik – tidak ada perubahan
masyarakat kita masih pada takuk lama. Kurangnya apa-apa; tidak bergerak
minat membaca itu didorong oleh pelbagai faktor.
Secara amnya, masyarakat kita lebih suka melakukan aktiviti lain sebagai hobi. Misalnya,
mereka lebih suka bersukan daripada membaca buku kerana kesannya lebih jelas seperti
mengeluarkan peluh. Aktiviti menjahit dan memasak pula dikatakan mampu membawa
keuntungan atau pendapatan kepada seseorang berbanding dengan membaca. Selain itu,
amalan membaca juga tidak subur dalam jiwa masyarakat kita kerana kehidupan zaman
moden yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan peribadi. Masa rehat yang singkat
pula dihabiskan dengan tidur atau melakukan aktiviti lain.
Malah, ibu bapa juga kurang memainkan peranan untuk memupuk amalan membaca
dalam kalangan anak sejak kecil. Anak-anak jarang didedahkan dengan bahan bacaan seperti
buku dan akhbar menyebabkan mereka langsung tidak berminat untuk membaca apabila
dewasa. Buku juga dikatakan tidak diminati kerana persaingan dengan teknologi lain dari
aspek penerimaan informasi. Misalnya, Internet yang begitu mudah menyalurkan maklumat
dalam bentuk visual yang lebih menarik berbanding dengan bahan dalam buku yang begitu
statik bentuknya.



Rangka Ringkasan
Sebab-sebab budaya membaca kurang subur dalam kalangan masyarakat
• masyarakat kita lebih suka melakukan aktiviti lain sebagai hobi
• melakukan aktiviti yang dikatakan mampu membawa keuntungan atau pendapatan kepada seseorang
• kehidupan zaman moden yang terlalu sibuk dengan urusan kerjaya dan peribadi
• masa rehat yang singkat pula dihabiskan dengan tidur atau melakukan aktiviti lain
• ibu bapa juga kurang memainkan peranan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan anak
• persaingan dengan teknologi lain dari aspek penerimaan informasi





34





Bab 1 Ringkasan.indd 34 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan

Model Ringkasan Mantap

Minat membaca yang kurang subur didorong oleh pelbagai faktor. Antaranya termasuklah
masyarakat kita lebih suka melakukan aktiviti lain sebagai hobi. Sesetengah ahli masyarakat
lebih gemar melakukan aktiviti yang dikatakan mampu membawa keuntungan atau
pendapatan kepada mereka. Selain itu, kehidupan zaman moden yang terlalu sibuk dengan
urusan kerjaya dan peribadi menyebabkan budaya membaca semakin terpinggir. Di samping
itu, masa rehat yang singkat pula dihabiskan dengan tidur atau melakukan aktiviti lain.
Seterusnya, ibu bapa juga kurang memainkan peranan untuk memupuk amalan membaca
dalam kalangan anak mereka. Akhir sekali, persaingan dengan teknologi lain dari aspek
penerimaan informasi menyebabkan amalan membaca buku kurang diamalkan.
(95 patah perkataan)

Model
20 Semangat Kejiranan




Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang
punca-punca semangat kejiranan semakin luntur. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak
melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan.
Dalam kehidupan, orang yang paling rapat dengan kita ialah jiran. Oleh itu, kerajaan telah
memperkenalkan cogan kata Jiran Sepakat Membawa Berkat supaya setiap ahli masyarakat
dalam sesuatu komuniti bersepakat, iaitu bekerjasama dan saling membantu. Namun
demikian, cogan kata itu hanya tinggal nama dan diibaratkan bagai melepaskan batuk di
tangga sahaja.
Lazimnya, masyarakat di desa atau di luar bandar lebih mengamalkan semangat
kejiranan, iaitu bergotong-royong, ziarah-menziarahi, dan bantu-membantu. Hal ini berbeza
daripada amalan sebilangan masyarakat di bandar yang jarang-jarang bertegur sapa dengan
jiran mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana tuntutan hidup di bandar yang mendorong
masyarakatnya sibuk dengan urusan masing-masing. Dengan itu, mereka tiada masa untuk
beramah mesra dengan jiran tetangga.
Perkembangan teknologi juga penyebab renggangnya hubungan kejiranan. Dengan
adanya sistem teknologi yang canggih, kita semakin kurang berinteraksi secara langsung
dengan masyarakat yang lain. Penggunaan pelbagai media sosial menyebabkan kita tidak lagi
perlu bertemu secara terus dengan seseorang untuk berkomunikasi. Hal ini menyebabkan
kita hilang kemahiran dan adab untuk menjalinkan hubungan dan kurang mempunyai sikap
mesra terhadap jiran.
Selain itu, waktu lapang masyarakat kini banyak dihabiskan di dalam rumah dan tidak
lagi mengunjungi taman-taman rekreasi di kawasan tempat tinggal atau memainkan
sesuatu permainan secara bersama seperti bermain gasing, congkak, wau, sepak takraw, dan


35





Bab 1 Ringkasan.indd 35 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 1 Bab 1 Ringkasan
sebagainya. Di samping itu, corak petempatan baharu juga menghalang amalan semangat
kejiranan daripada berkembang. Kini, rumah-rumah di kampung mahupun di bandar, rumah
dipagari dengan pagar yang tinggi dan dikunci oleh sebab faktor keselamatan.
Faktor perubahan corak hidup masyarakat kini Sudut Kata
juga merupakan faktor penyebab lunturnya semangat • cogan kata – ayat pendek atau
kejiranan. Pada masa dahulu, majlis kenduri-kendara rangkaian kata yang digunakan
dilakukan secara gotong-royong dengan melibatkan sebagai panduan hidup
masyarakat setempat. Kini, muncul pelbagai • adab – tingkah laku yang baik
• rekreasi – kegiatan yang
perkhidmatan katering yang menawarkan pelbagai menyeronokkan yang boleh
jenis makanan untuk sesuatu majlis keraian. Oleh menyegarkan kembali kesihatan
itu, keperluan bekerjasama semakin berkurangan dan badan dan melapangkan fikiran
corak hidup bersendiri telah mengambil tempat dalam • katering – perkhidmatan
penyediaan makanan
masyarakat.
Koridor Peribahasa

• Jiran Sepakat Membawa Berkat – kesejahteraan hidup masyarakat bergantung pada
kesepakatan ahli-ahlinya
• bagai melepaskan batuk di tangga – melakukan sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai




Rangka Ringkasan
Punca-punca semangat kejiranan semakin luntur
• tuntutan hidup di bandar yang mendorong masyarakatnya sibuk dengan urusan masing-masing
• perkembangan teknologi juga penyebab renggangnya hubungan kejiranan
• waktu lapang masyarakat kini banyak dihabiskan di dalam rumah dan tidak lagi mengunjungi
taman-taman rekreasi
• corak petempatan baharu juga menghalang amalan semangat kejiranan daripada berkembang
• faktor perubahan corak hidup masyarakat kini juga merupakan faktor penyebab lunturnya
semangat kejiranan


Model Ringkasan Mantap

Banyak punca yang menyebabkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat
semakin luntur. Antaranya termasuklah tuntutan hidup di bandar yang mendorong
masyarakatnya sibuk dengan urusan masing-masing. Selain itu, perkembangan teknologi
juga penyebab renggangnya hubungan kejiranan kerana interaksi secara berhadapan yang
semakin berkurang. Seterusnya, waktu lapang masyarakat kini banyak dihabiskan di dalam
rumah dan tidak lagi mengunjungi taman-taman rekreasi. Dalam pada itu, corak petempatan
baharu juga turut menghalang amalan semangat kejiranan daripada berkembang kerana
rumah-rumah dipagari dan dikunci atas faktor keselamatan. Akhir sekali, faktor perubahan
corak hidup masyarakat kini juga merupakan faktor penyebab lunturnya semangat kejiranan.
(87 patah perkataan)


36





Bab 1 Ringkasan.indd 36 06/01/2023 11:54 AM


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka

I Wawancara/ Temu Bual/ Temu Ramah








1. Wawancara juga disebut sebagai temu 5. Kata ganti diri yang sesuai harus
ramah atau temu bual. digunakan seperti saudara, saudari, encik,
2. Karangan berformat khusus ini melibatkan tuan, puan, anda, dan sebagainya.
anda mewawancara seseorang atau tokoh 6. Bahasa yang digunakan hendaklah baku,
tertentu tentang sesuatu perkara dalam tepat, dan mudah difahami.
suatu sesi soal jawab. 7. Soalan yang dikemukakan harus tersusun
3. Sesi soal jawab ini biasanya melibatkan dan berkisar tentang topik yang diberikan.
dua watak, iaitu penemu bual dan orang 8. Penutup wawancara biasanya diakhiri
yang ditemu bual. dengan ucapan terima kasih.
4. Karangan jenis ini memerlukan kemahiran
membina dan menjawab soalan.

Sampel Sebagai ahli sidang redaksi, anda telah ditugaskan untuk mewawancara
Tajuk seorang murid cemerlang. Hasil wawancara itu akan dimuatkan dalam
majalah sekolah.

Tulis wawancara itu selengkapnya.
Kata kunci • mewawancara

Perkara utama • murid cemerlang



Hari ini saya, Nur Izzah binti Zamri akan mewawancara Zairi bin Ahmad, 1. Pendahuluan
– boleh
murid terbaik SPM 20XX seluruh negeri Johor. 1 disertakan
Nur Izzah: Selamat pagi, Saudara Zairi. Saya Nur Izzah, dari Sekolah 1442443 pengenalan
Menengah Kebangsaan Sri Makmur. Terlebih dahulu saya ringkas
mengucapkan tahniah kepada saudara atas kejayaan saudara sebelum
terpilih sebagai murid terbaik SPM 20XX. menulis
wawancara
Zairi: Terima kasih. yang lengkap
Nur Izzah: Bagaimanakah perasaan saudara apabila diumumkan sebagai
murid terbaik SPM 20XX?
Zairi: Tentunya saya berasa amat bangga. Pada mulanya, saya
agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa saya merupakan
murid terbaik SPM 20XX. Saya tidak menyangka perkara itu
sama sekali memandangkan saya bukan murid paling pintar
di sekolah. Walau bagaimanapun, saya berasa amat gembira.


228





Bab 5i K.Umum.indd 228 06/01/2023 12:10 PM


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka

Nur Izzah: Saya difahamkan bahawa saudara mendapat 9A+ dalam
SPM. Selain itu, saudara juga aktif dalam sukan badminton
dan sering mewakili sekolah pada peringkat daerah dan
kebangsaan. Bagaimanakah saudara membahagikan masa
antara pelajaran dengan sukan?
Zairi: Walaupun saya amat meminati sukan badminton tetapi saya
tidak melalaikan pelajaran. Saya bermain badminton pada
sebelah petang selepas menyiapkan semua kerja sekolah dan
pada hujung minggu. Pada waktu-waktu lain saya mengulang 2. Isi-isi
wawancara
kaji pelajaran selain mengadakan perbincangan dengan rakan-
rakan dalam kumpulan belajar saya. Saya juga mempunyai 2
jadual waktu belajar dan sentiasa mendisiplinkan diri. Ibu
bapa saya selalu memantau pencapaian saya dalam pelajaran.
Nur Izzah: Jadi, ibu bapalah yang banyak membantu saudara?
Zairi: Ya. Guru-guru dan kawan-kawan juga banyak memberikan
nasihat dan tunjuk ajar.
Nur Izzah: Apakah azam saudara selepas ini?
Zairi: Saya berazam untuk mengekalkan pencapaian yang cemerlang
dalam pelajaran. Saya bercita-cita untuk menjadi saintis. Oleh
itu, saya mesti belajar dengan tekun untuk memastikan cita-
cita saya itu tercapai.
Nur Izzah: Saya pun berharap begitu. Saya mengucapkan terima kasih 3. Penutup
kepada saudara kerana sudi diwawancara. Semoga hasil
• mewawancara wawancara ini dapat menjadi panduan kepada murid-murid 1442443 3
yang lain. Selamat maju jaya.
Zairi: Terima kasih.



Model
51 Pertandingan Catur Remaja Peringkat

Antarabangsa

Seorang murid sekolah anda telah terpilih mewakili negara dalam pertandingan catur remaja
pada peringkat antarabangsa. Sebagai anggota sidang majalah sekolah, anda ditugaskan untuk
menemu bual murid tersebut.
Tulis temu bual itu selengkapnya.

Rangka Karangan

Pendahuluan
• mengucapkan tahniah – bertanyakan khabar – ceria kerana diberikan peluang untuk ditemu bual –
berasa gembira



229





Bab 5i K.Umum.indd 229 06/01/2023 12:10 PM


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka

Isi-isi penting
• bertanyakan sebab pertandingan itu dianggap penting – pertama kali mewakili negara – untuk
mengangkat maruah negara dalam pertandingan catur
• bertanyakan persiapan yang dijalankan – berjoging setiap hari untuk mengekalkan stamina – menjalani
latihan di bawah bimbingan jurulatih dari Amerika Syarikat – berusaha untuk mengenal pasti kekuatan
para peserta lain
• bertanyakan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memantapkan persiapan – semuanya berjalan
dengan lancar – baru sahaja menerima panggilan telefon daripada YAB Perdana Menteri
Penutup
• bertanyakan pesanan kepada warga sekolah – mendoakan kejayaan


Model Karangan Mantap

Seorang murid sekolah ini, Saudara Haziq bin Rashif telah terpilih untuk mewakili negara dalam
pertandingan catur remaja peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Moscow, Rusia.
Sebagai anggota sidang redaksi majalah Mekar, saya ditugaskan untuk menemu bual Saudara
Haziq berkenaan kejayaannya mewakili negara. Yang berikut ialah hasil temu bual tersebut.
Zuhairi: Selamat pagi, Saudara Haziq. Apa khabar? Nampaknya saudara ceria sekali.
Haziq: Selamat pagi. Saya sihat. Saya ceria kerana diberikan peluang untuk ditemu bual
pada hari ini.
Zulhairi: Pertama sekali, saya mewakili anggota sidang redaksi majalah sekolah kita ingin
mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara mewakili negara dalam pertandingan
catur pada peringkat antarabangsa. Apakah perasaan saudara atas kejayaan ini?
Haziq: Terima kasih. Sudah tentu saya berasa amat gembira kerana sudah lama saya
memendam niat untuk mewakili negara. Pada tahun lepas, hajat saya hampir-
hampir termakbul tetapi saya terkandas pada peringkat akhir siri kebangsaan.
Walau bagaimanapun, usaha berterusan dan berkat doa semua, saya berjaya pada
peringkat akhir siri kebangsaan sekali gus membolehkan saya mewakili negara.
Zulhairi: Mengapakah pertandingan ini dianggap penting kepada saudara dan negara?
Haziq: Bagi diri saya, pertandingan ini penting kerana inilah pertama kali saya mewakili
negara. Sudah tentu perkara ini merupakan cabaran yang besar tetapi saya yakin,
berkat latihan dan bimbingan daripada jurulatih, saya mampu melangkah jauh
dalam pertandingan itu kelak. Bagi negara pula, pertandingan ini merupakan satu
daripada usaha untuk mengangkat maruah negara dalam pertandingan catur.
Sudah sekian lama, negara kita ketandusan pemain yang berbakat yang dapat
mengharumkan nama negara.
Zulhairi: Apakah persiapan yang saudara jalani untuk menghadapi pertandingan itu kelak?
Haziq: Pertama sekali, saya mengekalkan stamina diri. Untuk tujuan itu, saya berjoging
setiap hari. Walaupun nampak tiada perkaitan antara sukan catur dengan aktiviti
joging, tetapi stamina amat penting dalam permainan catur yang banyak menguji
kekuatan mental. Selain itu, saya menjalani latihan di bawah bimbingan seorang
jurulatih dari Amerika Syarikat. Saya juga berusaha untuk mengenal pasti kekuatan
para peserta lain dalam pertandingan itu kelak.

230





Bab 5i K.Umum.indd 230 06/01/2023 12:10 PM


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Zulhairi: Setakat ini, apakah cabaran yang saudara hadapi dalam memantapkan persiapan
tersebut?
Haziq: Semuanya berjalan dengan lancar hingga kini. Semua pihak memberikan sokongan
kepada saya. Malahan, saya baru sahaja menerima panggilan telefon daripada YAB
Perdana Menteri yang mengucapkan tahniah dan selamat bertanding. Panggilan
tersebut memang mengejutkan saya tetapi menambahkan semangat saya untuk
mengharumkan nama negara.
Zulhairi: Akhir sekali, apakah harapan saudara terhadap warga sekolah ini semasa saudara
menyertai pertandingan catur peringkat antarabangsa kelak?
Haziq: Saya berharap agar warga sekolah ini mendoakan kejayaan saya. Hal ini penting
agar laluan saya dipermudah sekali gus saya dapat melangkah ke peringkat akhir.
Saya juga berharap agar guru dan murid-murid sekolah ini terus memberikan kata-
kata semangat dan dorongan menerusi laman facebook dan twitter saya. Kata-kata
semangat ini penting agar saya terus berusaha dengan lebih gigih.
Zulhairi: Terima kasih atas kerjasama yang saudara Sudut Kata
berikan sepanjang temu bual ini. Semoga
saudara memperoleh kejayaan yang • memendam – menyimpan
• termakbul – tercapai
membanggakan. • stamina – daya tahan/ keupayaan
Haziq: Terima kasih.


Model
52 Kisah Perjuangan Tokoh Kemerdekaan




Persatuan Sejarah sekolah anda akan menerbitkan buletin yang memuatkan kisah-kisah
perjuangan tokoh kemerdekaan. Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, anda telah
ditugaskan untuk mewawancara tokoh sejarah di tempat anda.
Tulis wawancara tersebut selengkapnya.


Rangka Karangan
Pendahuluan
ucapan salam – memperkenalkan diri – mengucapkan terima kasih kerana melapangkan masa
Isi-isi penting
• bertanyakan sebab tokoh menyertai gerakan mencapai kemerdekaan – telah diberikan peluang
mentadbir daerah – yakin bahawa kita mampu mentadbir dan menguruskan negara kita
• bertanyakan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union – menyemarakkan semangat orang
Melayu untuk bersatu dan menuntut kemerdekaan
• bertanyakan usaha-usaha yang dilakukan untuk mempercepat kemerdekaan – Parti Perikatan
mengadakan rombongan ke London – berjaya mendapat tarikh kemerdekaan
• bertanyakan pesanan tokoh kepada generasi muda – mempertahankan kemerdekaan
Penutup
ucapan terima kasih



231





Bab 5i K.Umum.indd 231 06/01/2023 12:10 PM


Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka

Model Karangan Mantap

Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah, Persatuan Sejarah Sekolah
Menengah Datuk Bahaman akan menerbitkan buletin sejarah yang memuatkan kisah-kisah
perjuangan tokoh kemerdekaan yang masih hidup. Sebagai anggota sidang redaksi, saya
telah dapat mengesan seorang tokoh kemerdekaan di daerah kita. Beliau ialah Tuan Haji
Samsuddin bin Othman. Yang berikut ialah hasil wawancara saya dengan beliau.

Zuhaida: Assalamualaikum, tuan haji. Apa khabar, tuan haji?
Haji Samsuddin: Waalaikumussalam. Saya bersyukur kerana pada usia 85 tahun ini, saya
masih sihat dan mampu meneruskan kehidupan seperti orang lain.
Zuhaida: Saya anggota sidang redaksi majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk
Bahaman ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan haji kerana dapat
melapangkan masa untuk sesi wawancara ini. Hasil wawancara ini akan
dimuatkan dalam buletin sejarah yang akan diterbitkan oleh Persatuan
Sejarah sekolah.
Haji Samsuddin: Sama-sama. Saya pun berasa terharu kerana jasa dan perjuangan saya
dalam usaha memerdekakan negara masih dikenang oleh generasi muda.
Sesungguhnya, perjuangan saya masih segar dalam ingatan walaupun
negara kita sudah merdeka melebihi separuh abad.
Zuhaida: Bolehkah tuan haji ceritakan faktor tuan haji terlibat dalam perjuangan
mencapai kemerdekaan?
Haji Samsuddin: Semangat untuk merdeka muncul semasa Jepun mengalahkan tentera
British dalam tempoh hanya dua bulan setengah. Dalam pemikiran orang
Melayu ketika itu, jika British yang selama ini diagung-agungkan tidak
mampu mempertahankan tanah air kita, siapakah yang dapat diharapkan
lagi? Jawapannya tentulah rakyat sendiri. Hal ini telah membangkitkan
semangat nasionalisme orang Melayu termasuk saya. Semasa zaman
pendudukan Jepun, saya telah diberikan peluang untuk mentadbir daerah.
Daripada pengalaman tersebut, saya yakin bahawa kita mampu mentadbir
dan menguruskan negara kita.
Zuhaida: Bagaimanakah Malayan Union dapat menyemarakkan semangat orang
Melayu untuk bersatu dan menuntut kemerdekaan?
Haji Samsuddin: Apabila Jepun kalah pada tahun 1945, Inggeris datang semula dengan
pelan Malayan Union. Pelan ini merupakan satu dendam tersirat kepada
orang Melayu yang kononnya mendapat layanan baik semasa zaman
pemerintahan Jepun. Kuasa raja-raja pula semakin terhad. Hal ini telah
menimbulkan kemarahan orang Melayu. Malayan Union buat pertama
kalinya menyatukan orang Melayu di bawah satu persatuan untuk
menentang Inggeris. Kemarahan orang Melayu diluahkan secara bijaksana
tanpa ada sebarang unsur keganasan yang dapat membahayakan nyawa.
Kebijaksanaan Dato’ Onn mengawal sentimen orang Melayu menjadi faktor
keadaan ini.


232





Bab 5i K.Umum.indd 232 06/01/2023 12:10 PM


Click to View FlipBook Version