Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Zuhaida: Apakah usaha yang dilakukan untuk mempercepat kemerdekaan?
Haji Samsuddin: Apabila Parti Perikatan mencapai kemerdekaan dalam pilihan raya, Parti
Perikatan telah mengadakan satu rombongan ke London yang dikenali
sebagai Rombongan London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Selama 14 hari berada di sana, Rombongan London telah berjaya mendapat
tarikh kemerdekaan daripada Inggeris, iaitu pada 31 Ogos 1957.
Zuhaida: Apakah perasaan orang Melayu selepas mendapat berita kemerdekaan ini?
Haji Samsuddin: Sudah tentu orang Melayu amat gembira. Kita sudah terjajah selama 446
tahun, sudah tentu kemerdekaan memberikan makna yang amat besar.
Zuhaida: Akhir sekali, apakah pesanan tuan haji kepada generasi muda berkaitan
dengan kemerdekaan ini?
Haji Samsuddin: Kemerdekaan satu nikmat yang sukar hendak dijelaskan terutama kepada
generasi muda yang tidak pernah terjajah. Namun begitu, kemerdekaan
mesti dipertahankan kerana dengan kemerdekaan, banyak perkara yang
mampu kita lakukan untuk membangunkan bangsa dan negara kita.
Zuhaida: Terima kasih tuan haji atas perkongsian ini. Semoga kita dapat bertemu
dalam sesi wawancara yang lain. Sudut Kata
Haji Samsuddin: Sama-sama. Begitulah hendaknya.
• sentimen – emas/ perasaan
Model
53 Punca Peningkatan Masalah Jenayah
Membabitkan Remaja
Masalah jenayah yang dilakukan oleh remaja semakin meningkat di negara kita. Sebagai anggota
sidang redaksi majalah sekolah, anda telah diminta untuk mewawancara pegawai polis di daerah
anda untuk mendapatkan pandangan beliau tentang masalah ini.
Tulis wawancara anda selengkapnya.
Rangka Karangan
Pendahuluan
ucapan salam – memperkenalkan diri – mengucapkan terima kasih kerana sudi diwawancara
Isi-isi penting
• bertanyakan sebab-sebab kadar jenayah yang membabitkan golongan remaja semakin meningkat –
kurangnya pengawalan daripada ibu bapa – pengaruh rakan sebaya dan media massa – kurangnya
didikan agama
• bertanyakan cara-cara pihak polis menangani masalah – menjalankan program pemulihan dan
pendidikan – menempatkan mereka di sekolah pemulihan akhlak – melancarkan Kempen Remaja
Jauhi Jenayah
• bertanyakan pencapaian usaha yang dilakukan oleh pihak polis – menampakkan kejayaan
• bertanyakan pesanan kepada golongan remaja – jangan sekali-kali terlibat dengan aktiviti jenayah
Penutup
mempunyai jati diri yang kuat – ucapan terima kasih
233
Bab 5i K.Umum.indd 233 06/01/2023 12:10 PM
Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model Karangan Mantap
Kejadian jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja semakin meningkat sejak akhir-akhir
ini. Perkara ini amat membimbangkan semua pihak kerana golongan remaja bakal pemimpin
negara pada masa depan. Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, saya telah
ditugaskan untuk mewawancara Inspektor Safwan Nurhafiz bin Ismail berhubung dengan
perkara ini. Yang berikut ialah hasil wawancara tersebut.
Zainal: Assalamualaikum, Tuan Safwan. Apa khabar, tuan?
Inspektor Safwan: Waalaikumussalam. Saya khabar baik dan sihat.
Zainal: Saya anggota sidang redaksi majalah Sekolah Menengah Datuk Sagor
ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana dapat melapangkan
masa untuk sesi wawancara ini. Hasil wawancara ini akan dimuatkan
dalam majalah sekolah.
Inspektor Safwan: Saya pun mengucapkan terima kasih kepada pihak majalah sekolah
kerana mewawancara saya. Sebagai pegawai keselamatan, saya berasa
gembira kerana dapat berkongsi maklumat dengan murid-murid
menerusi majalah sekolah saudara.
Zainal: Sejak akhir-akhir ini, kadar jenayah yang membabitkan golongan remaja
semakin meningkat. Pada pendapat tuan, mengapakah perkara ini berlaku?
Inspektor Safwan: Peningkatan kadar jenayah yang membabitkan remaja disebabkan
beberapa faktor. Antaranya ialah kurangnya pengawalan daripada ibu
bapa kerana faktor sibuk bekerja. Selain itu, pengaruh rakan sebaya
dan media massa turut menjadikan kadar jenayah ini meningkat.
Malahan, kurangnya didikan agama yang seharusnya menjadi benteng
keimanan para remaja menyebabkan mereka mudah terpengaruh untuk
melakukan aktiviti jenayah.
Zainal: Bagaimanakah pihak polis menangani masalah jenayah ini?
Inspektor Safwan: Dalam usaha menangani kadar jenayah yang membabitkan remaja,
kami menjalankan program pemulihan dan pendidikan. Seseorang
penjenayah remaja kami pulihkan dengan menempatkan mereka di
sekolah pemulihan akhlak. Selain itu, kami juga telah melancarkan
Kempen Remaja Jauhi Jenayah. Kempen ini mengingatkan remaja agar
menjauhi jenayah agar tidak membinasakan masa depan mereka.
Zainal: Setakat ini, bagaimanakah pencapaian usaha yang dilakukan oleh pihak
polis?
Inspektor Safwan: Kami berbangga kerana setakat ini usaha kami telah menampakkan
kejayaan. Program-program yang kami jalankan telah menyedarkan
golongan remaja tentang bahaya penglibatan mereka dalam jenayah
terhadap masa depan mereka sendiri, keluarga, bangsa, dan negara.
Zainal: Akhir sekali, apakah pesanan tuan kepada golongan remaja?
234
Bab 5i K.Umum.indd 234 06/01/2023 12:10 PM
Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Inspektor Safwan: Saya menyeru golongan remaja agar jangan sekali-kali terlibat dengan
aktiviti jenayah. Hal ini dikatakan demikian kerana jenayah merupakan
satu dosa yang dapat menyebabkan ketagihan dan menghilangkan rasa
kemanusiaan. Sekali remaja terlibat dalam jenayah, amat sukar untuk
meloloskan diri. Oleh itu, jalan terbaik untuk menangani keadaan
ini ialah remaja mesti mempunyai jati diri yang kuat supaya tidak
terpengaruh oleh jenayah.
Zainal: Terima kasih atas kerjasama Sudut Kata
dan kata-kata nasihat yang
tuan berikan. Semoga nasihat • redaksi – seluruh pengarang
sesuatu majalah
tuan menjadi pegangan remaja, • membabitkan – melibatkan
terutama murid-murid di • benteng – sesuatu yang
sekolah saya. digunakan untuk mempertahankan
sesuatu
Inspektor Safwan: Sama-sama
Model
54 Gejala Lumba Haram
Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, anda diminta untuk mewawancara seorang
anggota polis berpangkat inspektor tentang gejala lumba haram yang sering dilakukan oleh
remaja pada masa ini.
Tulis wawancara itu selengkapnya.
Rangka Karangan
Pendahuluan
memperkenalkan diri – tujuan mewawancara
Isi-isi penting
• bertanyakan tentang gejala lumba haram yang sering berlaku – perlumbaan bermotor – salah di sisi
undang-undang – membahayakan nyawa
• faktor-faktor yang menyebabkan keterlibatan – pengaruh rakan sebaya – pengaruh filem – tarikan
hadiah
• tindakan pihak polis – membuat rondaan – kempen pemanduan berhemah – menangkap pelaku –
mengenakan saman
• meminta nasihat – menasihati ibu bapa supaya mengawasi tingkah laku anak-anak – masyarakat
memberikan kerjasama – mencadangkan aktiviti perlumbaan yang sah
Penutup
masa tidak mengizinkan – ucapan terima kasih kerana sudi diwawancara
Model Karangan Mantap
Perbuatan lumba haram antara gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan
remaja masa ini. Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, saya ditugaskan untuk
mewawancara Inspektor Azim bin Sidek berhubung dengan perkara ini. Yang berikut ialah
hasil wawancara tersebut.
235
Bab 5i K.Umum.indd 235 06/01/2023 12:10 PM
Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Faizal: Selamat pagi, Tuan Inspektor Azim. Saya Faizal bin Abdullah dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Tanjung. Terlebih dahulu saya mengucapkan
ribuan terima kasih atas kesudian tuan untuk diwawancara pada hari
ini berhubung dengan gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
Wawancara ini akan dimuatkan dalam majalah sekolah kami.
Inspektor Azim: Saya juga berterima kasih kepada pihak sekolah kerana mewawancara saya.
Faizal: Bolehkah Tuan Inspektor memberikan penerangan lebih lanjut tentang
kegiatan lumba haram yang kian menjadi-jadi sekarang?
Inspektor Azim: Lumba haram merupakan satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan
di atas jalan raya awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Kegiatan ini
biasanya dilakukan pada waktu tengah malam dan salah di sisi undang-
undang kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain dan
nyawa pelumba itu sendiri. Kegiatan lumba haram umumnya melibatkan
golongan remaja yang berlumba tanpa menghiraukan keadaan trafik dan
tindakan ini amat berbahaya.
Faizal: Apakah faktor yang menyebabkan gejala ini?
Inspektor Azim: Antara faktor utamanya ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja
mudah menerima ajakan rakan untuk berlumba kerana ingin dianggap
berani. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
pergaulan anak-anak juga menjadikan gejala ini berleluasa. Pengaruh
media massa seperti filem-filem aksi lumba dan penerbitan majalah
tentang kenderaan yang diubah suai, permainan video, dan komik yang
mengetengahkan aksi lumba turut memainkan peranan. Perkara yang
lebih buruk, ada pihak yang menjadi penganjur perlumbaan haram dengan
menyediakan hadiah kepada pemenang.
Faizal: Bagaimanakah pihak polis menangani kegiatan lumba haram ini?
Inspektor Azim: Pihak polis meningkatkan rondaan dari semasa ke semasa. Jabatan
kami juga kini dilengkapi dengan kereta atau motosikal yang lebih laju
dan berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan
kenderaan talaan kilang yang kurang berkuasa dan tidak cukup laju
untuk mengejar pelumba haram. Kempen pemanduan berhemah turut
diadakan di sekolah dan kawasan tumpuan awam. Selain itu, pihak polis
juga mengenakan tindakan terhadap penonton perlumbaan haram kerana
menggalakkan kegiatan ini.
Faizal: Apakah nasihat tuan untuk menangani kegiatan lumba haram?
Inspektor Azim: Saya menasihati ibu bapa agar mengambil berat tentang tingkah laku anak-
anak untuk memastikan mereka tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak
sihat. Masyarakat setempat juga diminta memberikan kerjasama dengan
melaporkan kegiatan lumba haram yang berlaku di tempat mereka kepada
pihak polis. Pihak polis juga mencadangkan agar aktiviti perlumbaan
bermotor yang sah seperti Malaysian Cub Prix dan Pesta Pasti Honda
diperbanyak untuk menggalakkan remaja menyertainya.
236
Bab 5i K.Umum.indd 236 06/01/2023 12:10 PM
Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Faizal: Memandangkan masa tidak Sudut Kata
mengizinkan, saya rasa cukup
setakat ini wawancara kita. Saya • talaan – diselaraskan pengerakan
enjinnya
mengucapkan terima kasih kepada • berhemah – berbudi pekerti
tuan kerana sudi diwawancara.
Inspektor Azim: Sama-sama.
Model
55 Penerima Anugerah Peladang Jaya
Bersempena dengan Hari Peladang Kebangsaan, anda telah menemu bual seorang peladang
yang menjadi penerima Anugerah Peladang Jaya 20XX peringkat negeri untuk dimuatkan dalam
majalah syarikat anda bekerja yang berfokus kepada pertanian.
Tulis temu bual tersebut selengkapnya.
Rangka Karangan
Pendahuluan
ucapan selamat pagi dan tahniah atas anugerah – bertanyakan perasaan – gembira dan terharu – banyak
peladang yang turut layak
Isi-isi penting
• bertanyakan tanaman yang diusahakan – peringkat awal, tanaman buah pisang – kini buah-buahan
lain untuk dieksport
• merupakan perintis projek ternakan lembu – sepuluh tahun lalu – kini banyak penternak – persaingan
yang sihat
• bertanyakan rahsia kejayaan – pekerjaan dilakukan dengan bersungguh-sungguh – bidang pertanian
mampu memberikan pendapatan yang lumayan
• nasihat kepada usahawan muda – faktor minat menjamin kejayaan – membuat penyelidikan –
meneroka pasaran baharu – bidang pertanian dikomersialkan
Penutup
ucapan terima kasih – semoga berjaya dalam bidang yang diceburi
Model Karangan Mantap
Baru-baru ini, saya Ramli bin Awang selaku pemberita Majalah Tani telah menemu bual Encik
Hasnul bin Hashim atas kejayaannya menerima Anugerah Peladang Jaya 20XX Peringkat
Negeri Pahang. Yang berikut merupakan hasil temu bual saya dengannya.
Ramli: Selamat pagi, Encik Hasnul. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah
kerana encik dipilih untuk menerima anugerah Peladang Jaya 20XX peringkat
negeri pada tahun ini. Bagaimanakah perasaan encik apabila diumumkan
sebagai penerima anugerah?
237
Bab 5i K.Umum.indd 237 06/01/2023 12:10 PM
Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Encik Hasnul: Sudah tentu saya berasa gembira dan terharu. Sebenarnya masih banyak
peladang yang berjaya di luar sana yang turut layak menerima anugerah ini.
Ramli: Apakah tanaman yang encik usahakan?
Encik Hasnul: Pada peringkat awal, saya mengusahakan tanaman buah-buahan. Mula-
mula saya menanam pisang. Kini saya mengembangkan usaha saya dengan
menanam buah-buahan seperti belimbing, jambu batu, dan nangka madu
untuk dieksport.
Ramli: Saya difahamkan bahawa encik juga mengusahakan ternakan lembu. Adakah
perkara ini benar?
Encik Hasnul: Ya, saya merupakan perintis projek tersebut. Saya memulakan projek
ternakan ini sepuluh tahun yang lalu. Kini banyak penternak telah berjaya
dalam bidang ini.
Ramli: Adakah hal ini menjejaskan usaha encik?
Encik Hasnul: Tidak. Saya menganggap persaingan ini sebagai persaingan yang sihat.
Negara masih kekurangan bekalan lembu daging dan kerajaan terpaksa
mengimport bahan ini dari negara lain seperti Australia dan New Zealand.
Ramli: Tidak mudah untuk berjaya seperti encik. Apakah rahsia kejayaan encik?
Encik Hasnul: Perkara yang penting, setiap perkerjaan hendaklah dilakukan dengan
bersungguh-sungguh. Sebenarnya, bidang pertanian mampu memberikan
pendapatan yang lumayan kerana hasil pertanian sentiasa diperlukan oleh
semua orang. Permintaan terhadap bahan makanan meningkat seiring
dengan pertambahan penduduk.
Ramli: Sebelum berpisah, apakah nasihat encik kepada usahawan muda yang ingin
menceburi bidang pertanian?
Encik Hasnul: Faktor minat dapat menjamin kejayaan seseorang. Setiap usahawan muda
perlu peka terhadap keperluan semasa dan sentiasa membuat kajian serta
penyelidikan untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan berkualiti.
Di samping itu, mereka juga perlu bijak meneroka pasaran baharu untuk
memasarkan hasil pertanian mereka. Bidang pertanian perlu dikomersialkan
untuk menjadikannya berdaya saing.
Ramli: Saya mengucapkan terima Sudut Kata
kasih kepada encik kerana sudi
diwawancara. Semoga encik terus • perintis – yang mula-mula sekali
• dikomersialkan – dijadikan
berjaya dalam bidang yang diceburi. barang dagangan
• berdaya saing – mempunyai
Encik Hasnul: Terima kasih. kemampuan untuk bertanding
238
Bab 5i K.Umum.indd 238 06/01/2023 12:10 PM
Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model
56 Masalah Pencemaran Sungai
Selaku wartawan akhbar, anda telah mewawancara seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar
tentang masalah pencemaran sungai di negara ini.
Tulis wawancara anda itu selengkapnya.
Rangka Karangan
Pendahuluan
memberikan pengenalan ringkas – menyatakan orang yang diwawancara – topik wawancara – ucapan
selamat pagi dan terima kasih kerana sudi diwawancara
Isi-isi penting
• bertanyakan faktor yang menyebabkan pencemaran – sikap tidak bertanggungjawab – membuang
sampah, sisa toksik, dan sisa binaan ke dalam sungai
• pembangunan negara yang dirancang dengan baik mengurangkan pencemaran
• kesan pencemaran sungai – krisis bekalan air bersih – potensi sungai sebagai tempat rekreasi terjejas
– hidupan akuatik musnah – sumber ikan air tawar terjejas
• langkah mengatasi pencemaran sungai – menghayati kempen Cintai Sungai Kita – tindakan tegas
kerajaan – menjadikan sungai sebagai sungai angkat – merawat air buangan domestik
• nasihat kepada rakyat – memelihara sungai sebagai warisan negara – memulihara sungai tercemar –
memastikan kehidupan yang sejahtera
Penutup
ucapan terima kasih kerana menjayakan wawancara
Model Karangan Mantap
Bersempena dengan pelancaran Kempen Cintai Sungai Kita, saya, Aiman bin Radzi
berkesempatan untuk mewawancara seorang pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar, Encik
Zaharul bin Zamri tentang masalah pencemaran sungai di negara ini.
Aiman: Selamat pagi, Encik Zaharul. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian
encik meluangkan masa untuk diwawancara pada hari ini.
Encik Zaharul: Sama-sama. Kebetulan saya mempunyai masa yang terluang.
Aiman: Pencemaran sungai masih menjadi isu walaupun banyak usaha dijalankan
untuk menangani keadaan ini. Pada pendapat encik, apakah faktor yang
menyebabkan pencemaran sungai?
Encik Zaharul: Terdapat banyak faktor. Antara yang utama ialah sikap tidak
bertanggungjawab segelintir masyarakat. Di sesetengah tempat terutama
di petempatan setinggan, sampah dibuang ke dalam sungai menyebabkan
sungai menjadi kotor dan cetek. Sesetengah pengusaha kilang pula
membuang sisa toksik ke dalam sungai secara sewenang-wenang
menyebabkan sungai dicemari sisa toksik yang membunuh hidupan di
dalamnya. Ada pula kontraktor binaan mengambil jalan mudah dalam
mengendalikan sisa-sisa binaan dengan membuangkannya ke dalam
sungai.
239
Bab 5i K.Umum.indd 239 06/01/2023 12:10 PM
Bahasa Melayu Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Aiman: Ada pendapat yang mengatakan bahawa pembangunan negara yang
menjadi punca pencemaran sungai. Apakah komen encik?
Encik Zaharul: Sebenarnya pembangunan negara jika dirancang dengan baik dapat
mengurangkan pencemaran. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengusaha
rakus meneroka hutan atas nama pembangunan tanpa memikirkan
kesannya terhadap alam sekitar, terutamanya sungai.
Aiman: Apakah kesan daripada pencemaran sungai ini?
Encik Zaharul: Kesan yang paling dominan ialah krisis bekalan air bersih. Sungai
merupakan kawasan tadahan air. Pencemaran sungai mengganggu bekalan
air bersih untuk kegunaan domestik. Bukan itu sahaja, potensi sungai
sebagai tempat rekreasi juga terjejas. Selain itu, hidupan akuatik turut
musnah dan sumber protein sesetengah penduduk yang bergantung pada
sumber ikan air tawar juga tergugat.
Aiman: Pada pandangan encik, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan
untuk mengatasi masalah pencemaran sungai?
Encik Zaharul: Setiap individu hendaklah menghayati Kempen Cintai Sungai Kita. Bagi
saya, hanya dengan memupuk rasa cinta akan sungai masalah pencemaran
sungai dapat ditangani. Kerajaan juga perlu mengenakan tindakan yang
tegas terhadap pengusaha kilang yang membuang sisa-sisa toksik ke
dalam sungai. Seterusnya, badan-badan tertentu dan syarikat swasta
boleh menjadikan sungai tertentu sebagai sungai angkat. Air kumbahan
domestik pula perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam
sungai.
Aiman: Akhir kata, apakah nasihat encik kepada rakyat di negara ini tentang
penjagaan sungai?
Encik Zaharul: Kita perlu memelihara sungai sebagai warisan negara dan memulihara
sungai yang tercemar. Rasa tanggungjawab terhadap kebersihan sungai
amat penting demi memastikan kehidupan yang sejahtera.
Aiman: Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan
wawancara ini.
Encik Zaharul: Sama-sama.
Sudut Kata
• sewenang-wenang – sesuka hati
• kontraktor – orang atau syarikat yang mengikat perjanjian untuk menjalankan perkhidmatan dan
sebagainya
• dominan – ketara
• krisis – masalah atau keadaan genting
• domestik – berkenaan kegiatan rumah tangga
• akuatik – hidupan air
• kumbahan – air yang telah digunakan untuk membasuh
240
Bab 5i K.Umum.indd 240 06/01/2023 12:10 PM