The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-10-11 23:31:10

Sukses Model Penulisan 2022 PT3

SUKSES
SUKSES
SUKSES
JC107212


SUKSES
SUKSES MODEL
SUKSES MODEL
MODEL
1 2 3
PENULISAN PT3
PENULISAN Tingkatan SUKSES MODEL
• •
sememangnya buku yang mantap dan
berkualiti untuk membimbing murid-

murid meningkatkan kemahiran dalam SUKSES MODEL PENULISAN PENULISAN
penulisan secara efektif serta menepati PENULISAN

skema pemarkahan. Kandungan buku
ini juga padat dan menyeluruh serta
PT3 Tingkatan
1 2 3
memenuhi format PT3 terkini.
• •

Alshaa Rani Ab Wahab

PT3
Beli eBook Azahar Bahari
Rohaini Kamsan
di sini!
Rosmah Talib


• Panduan dalam Kaedah Mengarang

Kertas 2 (Bahagian A & B)
www.PelangiBooks.com
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • • Merangkumi Kertas 1 (Bahagian C)
• Model Karangan Mantap

PelangiBooks
WM:RM18.95 / EM:RM18.95
JC107212 • Sudut Kata
ISBN 978-967-2898-95-5 • Koridor Peribahasa
• Segmen Info

SUKSES
SUKSES
SUKSES



MODEL
MODEL




PENULISAN
PENULISAN






PT3 Tingkatan
1 2 3
• •
Alshaa Rani Ab Wahab

Azahar Bahari
Rohaini Kamsan
Rosmah Talib




© Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. 2022
Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran, atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan alat apa
jua pun, sama ada dengan cara elektronik, sawat, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa
kebenaran daripada Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. terlebih dahulu.

ISBN : 978-967-2898-95-5
eISBN : 978-967-2898-96-2 (ebook)
Cetakan Pertama 2022

Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. (89120-H)
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi,
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 03-8922 3993 Faks: 03-8926 1223 / 8920 2366 E-mel: [email protected]
Pertanyaan: [email protected]
Dicetak di Malaysia oleh The Commercial Press Sdn. Bhd.
Lot 8, Jalan P10/10, Kawasan Perusahaan Bangi, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Sila layari https://plus.pelangibooks.com/errata/ untuk mendapatkan pengemaskinian bagi buku ini (sekiranya ada).

Kandungan









Kriteria Penting dalam Penulisan vii – viii 21 Industri Pelancongan Negara 26
22 Program Kitar Semula di Rumah 27
Bahagian 1 Pemindahan Maklumat 1
23 Belajar secara Berkumpulan 29
Panduan Umum 2 24 Program Hari Kebangsaan 30
25 Kempen Tidak Berkesan 31
Bab
1 Ulasan 3 26 Kesan Peperangan 32
27 Gejala Ponteng Sekolah 33
Panduan Menjawab Soalan Ulasan 3
28 Faktor Kelunturan Budi Bahasa 34
1 Ketagihan Internet dalam
Kalangan Remaja 5 29 Kepentingan Hobi 35
2 Bahasa Kebangsaan 6 30 Bidang Pekerjaan Penduduk 36
3 Bekal ke Sekolah 7 31 Kitar Semula 37
4 Keburukan Merokok 8 32 Pencapaian Calon PT3 38
5 Bebanan Kos Hidup 9 33 Tingkatkan Penguasaan dalam Mata 39
Pelajaran Bahasa Melayu
6 Budaya Lepak dalam Kalangan Murid 10 34 Industri Kraf Tangan 40
7 Keluarga Cemerlang 11 35 Kes Penganiayaan Kanak-kanak 41
8 Destinasi Pelancongan 12 36 Kawasan Pelancongan Segara 42
9 Keracunan Makanan 13 37 Ramalan Kaji Cuaca 43
10 Kemalangan Jalan Raya 14 38 Sumbangan Industri Kraf Tangan 45
11 Kebaikan Amalan Gotong-royong 15 39 Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya
12 Budaya Membaca 16 di Malaysia 46

13 Keburukan Makanan Ringan 17 40 Cabaran Kenaikan Harga Petroleum 47
14 Eksploitasi Hutan 18 41 Langkah-langkah Menjaga 49
Keselamatan Murid di Sekolah

15 Amalan Gaya Hidup Sihat 19 42 Wabak Demam Denggi 50
16 Kepentingan Air dalam Kehidupan 20 43 Perkembangan Sektor Pelancongan
17 Semangat Kejiranan 21 Negara 51
18 Internet dalam Dunia Pendidikan 22 44 Ketagihan Merokok 52
19 Penjagaan Kesihatan Diri 23 45 Belilah Barangan Buatan Malaysia 53
20 Persediaan Pembelajaran 25 46 Menjaga Kebersihan Sungai 54



ii




00 Kandungan.indd 2 18/06/2020 8:19 AM

47 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya 55
Bahagian 2 Penulisan 95
48 Buah-buahan Tempatan Pilihan
Tepat 56
Bab Karangan Respons Terhad
49 Program 1 Murid 1 Sukan 57 4 (Karangan Pendek) 96
50 Keselamatan di Jalan Raya 58
Panduan Menulis Karangan Respons
Terhad 96
Bab 1 Demam Denggi 100
2 Rumusan 60
2 Amalan Membaca 101
Panduan Menjawab Soalan Rumusan 60 3 Kepentingan Amalan Menabung 102
1 Bersukan 61 4 Masyarakat Penyayang 103
2 Rokok Elektronik 63 5 Masalah Jenayah dalam Kalangan
3 Pusat Sumber Sekolah 65 Remaja 104
4 Peranan Media Massa 66 6 Aku Sebuah Basikal 105

5 Permainan Video 68 7 Semangat Kejiranan 106
6 Makanan Ringan 70 8 Faedah Hobi 107
7 Destinasi Menarik di Malaysia 71 9 Menjaga Kesihatan 108
8 Bilik Darjah yang Kondusif 73 10 Tun Hussein Onn 109
9 Budaya Menabung 74 11 Mencegah Kebakaran 110
10 Pusat Tuisyen 76 12 Sukan Lasak 111
13 Kepentingan Hutan 112
Bab 14 Bahasa Melayu di Persada
3 Ringkasan 78 Antarabangsa 113

Panduan Menjawab Soalan Ringkasan 78 15 Membanteras Vandalisme 114

1 Obesiti 79
2 Gejala Rasuah 80 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
115
(Karangan Umum)
3 Amalan Merokok 82
4 Masalah Jerebu 83 Panduan Menulis Karangan Respons 115
Terbuka
5 Perpaduan Kaum 85
6 Penyalahgunaan Bahasa Melayu 87 A Surat Rasmi
7 Krisis Bekalan Air 88 Pengenalan 124
8 Peningkatan Kos Sara Hidup 90 1 Program Bulan Bahasa Melayu 126

9 Budaya Membaca 91 2 Permohonan Lawatan ke Syarikat
10 Semangat Kejiranan 93 Penerbitan Buku 127


iii




00 Kandungan.indd 3 18/06/2020 8:19 AM

3 Aduan tentang Sungai Dicemari
Sisa Buangan Kilang 129 D Laporan

4 Cadangan Memajukan Koperasi Pengenalan 157
Sekolah 131
5 Permohonan Bantuan dan Sumbangan 18 Lawatan ke Tempat Bersejarah 159
bagi Program Gotong-royong 19 Hari Keusahawanan di Sekolah 161
Perdana 133 20 Perasmian Sekolah oleh Menteri
6 Aktiviti Demonstrasi Pencegahan Pendidikan 163
Kebakaran 134 21 Kejayaan Peserta Kuiz Sejarah
Peringkat Negeri 164

22 Pertandingan Reka Cipta Robotik 166
B Surat Tidak Rasmi 23 Perjalanan Program Kem
Kepimpinan Pengawas 167
Pengenalan 137
7 Tempat-tempat Menarik
di Malaysia 139 E Perbahasan
8 Pengalaman Menyertai Kursus
Motivasi 141 Pengenalan 169
9 Berkongsi Kejayaan Akademik dan 24 Semangat Patriotisme dalam
Kokurikulum 143 Kalangan Remaja 171
10 Ucapan Tahniah atas Penerimaan 25 Pekerja Asing Meningkatkan
Anugerah Olahragawan Harapan 144 Pembangunan Ekonomi Negara 172
11 Perkembangan Seni Kraf Tangan 26 Nilai Murni Kian Terhakis 174
di Malaysia 146 27 Sikap Pemandu Punca Utama
12 Tempat Tinggal Sahabat Dilanda Kemalangan Jalan Raya 176
Banjir 147 28 Ibu Bapa Berperanan untuk
Membentuk Akhlak Remaja 177
29 Penerokaan Alam Sekitar
Menyebabkan Bencana Alam 179
C Berita
Pengenalan 149
F Ucapan
13 Kejayaan dalam Pertandingan Reka
Cipta Peringkat Kebangsaan 150 Pengenalan 181
14 Keracunan Makanan di Sekolah 152 30 Murid Berdisiplin Tonggak Kejayaan
15 Kejayaan Cemerlang dalam SPM 153 Sekolah 183
16 Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat 31 Minggu Membaca Peringkat
Daerah 154 Sekolah 184
17 Kejohanan Olahraga Sukan Tahunan 32 Meraikan Kunjungan Sekumpulan
Sekolah 155 Murid dari Negeri Lain 186


iv




00 Kandungan.indd 4 18/06/2020 8:19 AM

33 Sambutan Hari Guru 187
I Wawancara / Temu Bual / Temu Ramah
34 Pelancaran Bulan Bahasa Peringkat
Kebangsaan 189 Pengenalan 222
35 Majlis Meraikan Pengetua Sekolah 190 51 Pertandingan Catur Remaja
Peringkat Antarabangsa 224
52 Kisah Perjuangan Tokoh
G Syarahan Kemerdekaan 226
53 Punca Peningkatan Masalah
Pengenalan 193 Jenayah Membabitkan Remaja 228
36 Kepentingan Penguasaan 54 Gejala Lumba Haram 230
Bahasa Melayu 195
37 Erti Kemerdekaan bagi Murid-murid 196 55 Penerima Anugerah Peladang Jaya 232
38 Langkah-langkah Memelihara Alam 56 Masalah Pencemaran Sungai 233
Sekitar 198
39 Murid Cemerlang Penggerak Dialog / Perbualan
Kemajuan Negara 200 J
40 Rakyat Bersatu, Negara Maju 202 Pengenalan 236

41 Perbelanjaan dalam Rumah Tangga 203 57 Anugerah Murid Terbaik Sekolah 237
42 Kepimpinan Berkualiti Teras 58 Kebaikan Amalan Berbudi Bahasa 239
Pembangunan Negara 205 59 Remaja Kurang Mempunyai

43 Mencegah Penyakit Lebih Baik Semangat Patriotik 240
daripada Merawat 206
60 Juara Pertandingan Perbahasan 242
61 Kebaikan Mengamalkan Sikap Berbudi
H Ceramah Bahasa dan Bersopan Santun 243

Pengenalan 208
44 Pencegahan Jenayah Tanggungjawab K Fakta
Bersama 210
45 Pengurusan Masa Asas Pengenalan 245
Kecemerlangan Murid 212 62 Persiapan yang Perlu Dilakukan oleh
46 Faedah-faedah Menyertai Belia bagi Membangunkan Negara 246
Persatuan Seni Pertahanan Diri 214 63 Langkah Menggalakkan Remaja
47 Cara-cara Belajar secara Berkesan 215 Aktif dalam Bidang Sukan 247
48 Kesan-kesan Obesiti terhadap 64 Kebaikan Permainan Tradisional 249
Kesihatan 217 65 Amalan Gaya Hidup Sihat 250
49 Kepentingan Menjaga Kebersihan 66 Usaha Kerajaan Memupuk Amalan
Alam Sekitar 218 Bersopan Santun dan Berbudi
50 Kepentingan Pemanduan Berhemah 220 Bahasa 251


v




00 Kandungan.indd 5 18/06/2020 8:19 AM

67 Kepentingan Sungai dalam 84 Situasi Pertandingan Kawad Kaki 282
Kehidupan 253
85 Kesesakan Jalan Raya Akibat
68 Penyertaan Murid dalam Aktiviti Kemalangan 283
Kokurikulum 254 86 Pengalaman Melancong 285
69 Kemahiran bagi Menghadapi
Cabaran Globalisasi 256 87 Pengalaman Semasa Menjalankan
Gotong-royong 286
70 Langkah Menangani Pembalakan
Haram 258 88 Pengalaman Terlibat dalam Hari
71 Masalah Disiplin Murid 259 Keusahawanan 288
72 Remaja Kini Kurang Hormat 89 Tempat Tinggal Dilanda Banjir
terhadap Orang-orang Tua 261 Besar 289



L Perbincangan / Pendapat N Cereka
Pengenalan 263 Pengenalan 291

73 Pengambilan Makanan Segera oleh 90 Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal
Ibu Bapa 264 Kemudian Tidak Berguna 292
74 Mengawal Ketagihan Internet 266 91 Malam yang Menakutkan 294
75 Kebaikan Amalan Rumah Terbuka 267 92 Persahabatan 296
76 Cara Menarik Minat Murid dalam 93 Usaha Gigih Menentukan Kejayaan 298
Kegiatan Kokurikulum 268
77 Amalan Menabung 270 94 Prinsip Hidup 299
95 Pengorbanan 301
78 Tabiat Merokok 271
79 Amalan Berjimat Cermat 273
80 Amalan Rasuah Menyebabkan O Peribahasa / Cogan Kata
Negara Mundur 274
81 Kedatangan Pekerja Asing 276 Pengenalan 304
82 Jati Diri Dapat Mengekang Remaja 96 Bagai Aur dengan Tebing 305
daripada Terjerumus dalam 97 Hidup Dikandung Tanah, Mati
Pelbagai Masalah 277 Dikandung Adat 307
83 Pembentukan Akhlak Anak-anak 98 Di Mana Ada Kemahuan, di Situ
Bermula dari Rumah 278 Ada Jalan 308

99 Melentur Buluh Biarlah dari
Rebungnya 310
M Gambaran / Keperihalan
100 Seperti Enau dalam Belukar,
Pengenalan 280 Melepaskan Pucuk Masing-masing 311



vi




00 Kandungan.indd 6 18/06/2020 8:19 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Model
35 Kes Penganiayaan Kanak-Kanak



Lihat graf di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
KES PENGANIAYAAN KANAK-KANAK

Bilangan
250

200
189
150
150 148
146
123
119
100 108

50

0 Tahun
2013 2014 2015 2016 2017 2018 2019
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• antara punca berlakunya penganiayaan kanak-kanak ialah sikap ibu bapa – anak-anak terbiar
• masalah kesempitan hidup – kanak-kanak terpaksa bekerja untuk membantu keluarga
• perpecahan keluarga menyebabkan kanak-kanak terabai – kanak-kanak dijadikan tempat untuk
melepaskan kekecewaan
• sikap anggota masyarakat yang tidak mengambil tahu akan persekitaran mereka – kes penderaan
tidak diketahui

Model Ulasan Mantap

Belakangan ini, kes penganiayaan kanak-kanak semakin serius dan sering dilaporkan
dalam akhbar. Puncanya ialah sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa atau penjaga. Anak-
anak tidak diberikan perhatian dan kasih sayang menyebabkan mereka hidup terbiar. Masalah
kesempitan hidup mendorong kanak-kanak tidak mendapat penjagaan yang sempurna,
sebaliknya menjadi buruh kanak-kanak. Mereka terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk
membantu keluarga. Punca lain ialah perpecahan keluarga. Perceraian ibu bapa menyebabkan
kebajikan anak-anak terabai. Anak-anak menjadi tempat ibu bapa melepaskan kekecewaan. Di
samping itu, sikap masyarakat yang tidak mengambil tahu akan persekitaran mereka turut
menyebabkan kes ini tidak diketahui umum. Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama
bagi menangani masalah ini.
(93 patah perkataan)


41




Bab 1c Ulasan.indd 41 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Segmen Info

Punca penderaan kanak-kanak:
• wujudnya manusia yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan ahli keluarga
• faktor tekanan menyebabkan kanak-kanak didera
• masalah kesempitan hidup atau masalah kewangan keluarga
• kurang pendidikan agama
• sejarah hitam ibu bapa sewaktu kecil yang pernah menjadi mangsa penderaan oleh kedua
orang tuanya
Apakah itu Talian Nur 15999 hotline?
• Talian Nur memberikan perkhidmatan kecemasan dan pertanyaan serta aduan tentang
penderaan kanak-kanak, pengabaian, keganasan rumah tangga, dan lain-lain



Model
36 Kawasan Pelancongan Segara


Lihat pelan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.

PELAN KAWASAN PELANCONGAN SEGARA

Pejabat Pelancongan
Hutan Lipur Segara





Air Terjun











Tapak Paleolitik Kota Tampan Bukit Kilau

Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• banyak kawasan pelancongan di negara ini yang boleh dimajukan – kawasan Pelancongan Segara
• tapak Paleolitik Kota Tampan – zaman prasejarah – kesan arkeologi masyarakat yang tinggal 200,000
hingga 300 000 tahun dahulu
• mempunyai kawasan air terjun – merehatkan minda dan bersantai bersama-sama keluarga
• sukan mendaki di Bukit Kilau – cabaran kepada penggemar sukan mendaki
• Hutan Lipur Segara – mengeksplorasi kehidupan flora dan fauna


42




Bab 1c Ulasan.indd 42 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan

Model Ulasan Mantap
Banyak terdapat kawasan pelancongan di negara ini yang boleh dimajukan untuk menarik
kunjungan pelancong. Antaranya, Kawasan Pelancongan Segara yang terdapat pelbagai
destinasi yang menarik. Tapak Paleolitik Kota Tampan kaya dengan maklumat berkaitan
zaman prasejarah. Di sini, para pelancong dapat melihat kesan arkeologi masyarakat yang
tinggal pada 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Selain itu, Air Terjun Segara memiliki
air yang sejuk dan jernih serta menyegarkan. Para pelancong boleh merehatkan minda
dan bersantai bersama-sama keluarga mereka. Di samping itu, bagi yang meminati acara
sukan mendaki, Bukit Kilau menawarkan cabaran baru kepada para penggemar sukan
pendakian. Terdapat juga Hutan Lipur Segara bagi para pengunjung yang berminat untuk
mengeksplorasi kehidupan flora dan fauna di situ. Kesimpulannya, kawasan pelancongan
ini perlu dimajukan.
(98 patah perkataan)

Model
37 Ramalan Kaji Cuaca



Lihat pelan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.

RAMALAN CUACA BAGI NEGERI-NEGERI DI SEMENANJUNG MALAYSIA
PADA 1 JANUARI 2020


Perlis

Kedah
Sepanjang
Sebelah hari
petang Pulau
Pinang Kelantan
Perak Terengganu




Sebelah Pahang
pagi
Selangor
Sepanjang
Negeri Sembilan hari

Melaka Johor
Sepanjang
hari





43




Bab 1c Ulasan.indd 43 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan

Kepentingan ramalan kaji cuaca:
• Membantu aktiviti ekonomi
• Memudahkan perancangan sesuatu aktiviti
• Membuat persediaan menghadapi sesuatu bencana



Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• membantu aktiviti ekonomi – ramalan ketinggian ombak dan kelajuan angin sebagai panduan kepada
nelayan
• memberikan ruang untuk membuat persediaan awal – menangani sebarang kemungkinan – bencana
alam
• perancangan program aktiviti – kalendar pelancongan, sukan, dan aktiviti luar – peringkat kebangsaan
– memastikan kejayaan program

Model Ulasan Mantap

Ramalan kaji cuaca penting sebagai panduan Sudut Kata
tentang keadaan cuaca yang bakal berlaku, sekali • ramalan – sesuatu yang diduga
gus membolehkan pelbagai aktiviti harian dirancang. akan berlaku
Tanpa ramalan cuaca, aktiviti kita akan terganggu. • ombak – gerakan air yang turun
naik atau bergulung-gulung
Ramalan cuaca juga membantu aktiviti ekonomi. • dirangka – diatur, disusun
Ramalan ketinggian ombak dan kelajuan angin sering
menjadi panduan kepada nelayan untuk aktiviti menangkap ikan. Selain itu, ramalan
cuaca memberikan ruang kepada pihak yang berkenaan untuk membuat persediaan awal
jika berlakunya bencana alam. Hal ini dapat menyelamatkan nyawa selain mengurangkan
kerosakan harta benda. Perancangan program aktiviti seperti menyediakan kalendar
pelancongan dan aktiviti luar peringkat kebangsaan juga dapat dirangka berpandukan
ramalan cuaca untuk memastikan kejayaan sesuatu program. Kesimpulannya, ramalan cuaca
banyak memberikan manfaat kepada manusia.
(94 patah perkataan)

Segmen Info

Ramalan kaji cuaca di Malaysia dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, di bawah
Kementerian Sains, Teknologi, dan Inovasi. Antara fungsi jabatan ini adalah untuk membekalkan
perkhidmatan meteorologi dan seismologi bagi keselamatan operasi di udara, darat, dan laut,
mencerap dan mengarkib data meteorologi dan seismologi negara, serta mempromosi kefahaman
dan kemajuan sains meteorologi, seismologi, dan tsunami.
Kepentingan ramalan kaji cuaca yang lain:
• Membantu juruterbang memilih laluan selamat untuk penerbangan mereka
• Memberikan amaran kepada penduduk di sepanjang pantai tentang kemungkinan
berlakunya bencana seperti puting beliung, ribut taufan, tsunami. Pemindahan awal boleh
dilakukan untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda.




44




Bab 1c Ulasan.indd 44 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Model
38 Sumbangan Industri Kraf Tangan


Lihat pelan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
Pelan Kompleks Kraf Tangan Kuala Lumpur 





Tembikar Seri Utama

Seri Budaya
Perkampungan Kraf Tembikar
Hasil rimba
Jalan Kia Peng 450 ruang Hasil rimba Batik, Songket Laman Wau
& Tenun
Seri Cipta
letak kereta
Kraf Logam
Perkampungan Pelukis Aneka Kraf & Masuk Keluar



Sumbangan industri kraf tangan:
Jalan Conlay
• Menarik pelancong asing
• Merancakkan pertumbuhan ekonomi desa
• Membuka peluang pekerjaan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• menarik pelancong asing – keindahan dan ketinggian nilai seninya – dijadikan sebagai cenderamata
• memperkenalkan negara pada peringkat antarabangsa
• mengembangkan industri desa atau industri hiliran – secara komersial – memberikan pendapatan
kepada pengusaha – menyumbang dari segi ekonomi
• membuka peluang pekerjaan – masyarakat luar bandar – mengurangkan kadar pengangguran



Model Ulasan Mantap
Kraf tangan tempatan merupakan warisan seni yang amat berharga. Industri ini
memberikan sumbangan kepada negara. Antara sumbangannya, industri ini mampu menarik
pelancong asing kerana keindahan dan ketinggian nilai seni kraf tangan tempatan boleh
dijadikan cenderamata, sekali gus memperkenalkan negara pada peringkat antarabangsa.
Seterusnya, industri kraf tangan juga mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi desa.
Perusahaan batik dan pertukangan kayu yang dihasilkan secara komersial bukan sahaja



45




Bab 1c Ulasan.indd 45 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
memberikan pendapatan kepada pengusahanya, malah turut menyumbang kepada ekonomi
negara. Industri ini juga membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat luar bandar
khususnya, sekali gus mengurangkan kadar pengangguran. Oleh itu, industri kraf tangan
jelas memberikan sumbangan yang besar kepada negara dan wajar dikembangkan.
(94 patah perkataan)


Model Kebaikan Pembinaan Lebuh Raya
39 di Malaysia



Lihat peta di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.

KEBAIKAN PEMBINAAN LEBUH RAYA DI MALAYSIA
Bukit Kayu
Hitam PETUNJUK U
Kangar Alor Setar Kota Bharu Bandar
Grik 4 5 Kuala Kuala Jalan raya menjimatkan masa
Georgetown Krai Terengganu
Lebuh raya
1
Kuala 6 1 Lebuh Raya Utara-Selatan
Lipis Gambang 2 Lebuh Raya Persekutuan selamat dan selesa
Karak Kuantan 3 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak
3 Kuala 7
2 Lumpur 4 Lebuh Raya Timur-Barat
Pelabuhan Seremban 5 Lebuh Raya Kuala Krai- menjana pertumbuhan
Klang Segamat Gua Musang- Kuala Lipis sosioekonomi
Melaka 6 Lebuh Raya Jerangau
1 7 Lebuh Raya Tun Razak
Johor Bahru



Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• menjimatkan masa – sekurang-kurangnya empat lorong – 110 kilometer sejam – kurangnya halangan
seperti lampu isyarat
• faktor keselamatan – mengurangkan kemalangan – kemudahan khidmat pelanggan – kawasan Rehat
dan Rawat – Plus Ronda
• menjana pertumbuhan ekonomi – menambahkan nilai sosioekonomi – kewujudan 44 buah bandar baharu


Model Ulasan Mantap

Rangkaian jalan raya di Malaysia merupakan imej moden dalam sejarah pengangkutan
darat. Jalan raya berkembar sekurang-kurangnya empat lorong dengan kelajuan 110
kilometer sejam ini dapat menjimatkan masa perjalanan pengguna ke sesuatu destinasi
kerana kurangnya halangan seperti lampu isyarat. Kebaikan kedua ialah faktor keselamatan.
Kadar kemalangan dapat dikurangkan, manakala pengguna dapat menikmati kemudahan


46




Bab 1c Ulasan.indd 46 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
khidmat pelanggan yang cekap dengan adanya kawasan Rehat dan Rawat dan Plus Ronda.
Selain itu, pembinaan lebuh raya sebenarnya mampu menjana pertumbuhan ekonomi dan
menambahkan nilai sosioekonomi sesebuah kawasan sepanjang jajarannya. Contohnya,
kewujudan 44 buah bandar baharu seperti Nusajaya dan Bandar Proton. Kesimpulannya,
lebuh raya merupakan projek rakyat yang dituntut lantaran kepentingannya.


(100 patah perkataan)

Segmen Info

• Lebuh raya antarabangsa terpanjang: Lebuh Raya Pan Amerika (Benua Amerika) sepanjang
48 000 km
• Lebuh raya kebangsaan terpanjang: Lebuh raya 1 di Australia sepanjang 20 000 km
• Lebuh raya paling Lebar: Lebuh raya Katy (sebahagian lebuh raya Interstate 10) di Houston,
Texas, Amerika Syarikat dengan jumlah sebahagian 26 lorong



Model
40 Cabaran Kenaikan Harga Petroleum



Lihat peta di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
KAWASAN PERLOMBONGAN PETROLEUM DI MALAYSIA

PETUNJUK
U
Kawasan perlombongan
Dulang petroleum
Semangkok
Pusat penapisan
Guntong
Bekok petroleum
Tiong
Seligi
Kerteh Pulai
Duyung Barton
Sotong South Furious
St. Joseph
Tembungo
Semarang
Port Tangga Bakau Erb West
Dickson Baronia Baram
Batu
Fairley Baram
Betty
Bokor
Lutong
Salbiah
Tukau Langkah-langkah menangani
Temana
kenaikan harga petroleum:
• mengurangkan perbelanjaan
• melakukan kerja sambilan
• mengurangkan kos operasi
• mengurangkan penggunaan
petrol
• mengurangkan cukai
47



Bab 1c Ulasan.indd 47 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• mengurangkan perbelanjaan – berbelanja secara berhemah
• melakukan pekerjaan sampingan – menambahkan pendapatan
• majikan perlu mengurangkan kos operasi – penjimatan guna tenaga
• mengurangkan penggunaan petrol – berkongsi kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam
• kerajaan harus mengurangkan cukai, menambahkan bantuan kepada golongan miskin, dan memajukan
sistem pengangkutan awam


Model Ulasan Mantap
Kenaikan harga petroleum tidak dapat dielakkan. Kenaikan ini telah menimbulkan
pelbagai kesan seperti kenaikan harga barangan. Langkah-langkah perlu diambil untuk
menanganinya. Antaranya adalah dengan mengurangkan perbelanjaan. Kita perlu berbelanja
secara berhemat, utamakan keperluan, dan elakkan pembaziran. Di samping itu, kita boleh
melakukan kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan. Pihak majikan pula boleh
mengurangkan kos operasi melalui penjimatan guna tenaga. Selain itu, para pengguna
dicadangkan berkongsi kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam. Kerajaan
pula dapat mengurangkan kesan kenaikan terhadap rakyat dengan mengurangkan cukai,
memberikan bantuan kepada golongan miskin, mengawal harga barangan, serta memajukan
sistem pengangkutan awam. Kesimpulannya, kerjasama semua pihak amat penting dalam
menangani cabaran kenaikan harga petroleum.
(99 patah perkataan)


Sudut Kata
• kerja sambilan – kerja yang dibuat di samping kerja biasa atau kerja tetap
• kos operasi – perbelanjaan bagi sesuatu kegiatan atau perusahaan
• cukai – bayaran yang dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan,
syarikat, barang-barang dan lain-lain) untuk perbelanjaan negara

























48




Bab 1c Ulasan.indd 48 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan

Model Langkah-langkah Menjaga Keselamatan
41 Murid di Sekolah



Lihat pelan di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.

PELAN BANGUNAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI SETIA


Kantin
Jalan Lima
Bengkel
Kemahiran
Hidup
Perpustakaan
dan Bilik Sumber Jalan Tiga
Blok A Pondok
Gelanggang pengawal
keselamatan
Gelanggang Badminton /
Tenis / Takraw
Bola Tampar Blok B
Blok C
Blok E
Jalan Dua
Blok D


Jalan Enam





Program sekolah selamat:
• peranan pentadbir sekolah
• peranan pihak luar
• peranan ibu bapa
• peranan Kelab Pencegahan Jenayah



Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• pihak pentadbir sekolah menjalankan pelbagai langkah pengawasan, kawalan, dan pemantauan
• penglibatan pihak luar seperti polis, bomba, dan pegawai kesihatan memberikan ceramah, kaunseling,
dan program kesihatan
• ibu bapa perlu bekerjasama dalam program keselamatan sekolah – mengawal selia perjalanan murid
• menubuhkan Kelab Pencegahan Jenayah bagi mengurangkan salah laku jenayah – meningkatkan
pengawasan





49




Bab 1c Ulasan.indd 49 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan

Model Ulasan Mantap
Program Sekolah Selamat telah dilancarkan di Sudut Kata
sekolah-sekolah untuk memastikan keselamatan
warga sekolah, terutamanya murid. Pihak sekolah • kaunseling – berbincang
menjalankan pelbagai langkah pengawasan, kawalan, secara teratur tentang masalah
yang dihadapi dan usaha
dan pemantauan seperti mengawal pintu masuk, menyelesaikannya melalui bimbingan
mengawal selia kehadiran pelawat, dan mengadakan dan nasihat
kawalan keselamatan. Pihak luar seperti polis, • mengawal selia – tindakan menjaga
dan menguruskan sesuatu supaya
bomba, dan pegawai kesihatan turut terlibat dengan lancar
mengadakan ceramah kesedaran, kaunseling, dan
program kesihatan untuk murid. Pada masa yang sama, ibu bapa turut bekerjasama dalam
program keselamatan sekolah serta mengawal selia perjalanan murid pergi dan balik
dari sekolah. Selain itu, Kelab Pencegahan Jenayah boleh ditubuhkan di sekolah-sekolah
untuk mengurangkan salah laku jenayah dan seterusnya meningkatkan pengawasan.
Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam program keselamatan sekolah.
(100 patah perkataan)


Model
42 Wabak Demam Denggi




Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.































50




Bab 1c Ulasan.indd 50 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• bilangan penghidap demam denggi yang meninggal dunia semakin bertambah – membimbangkan
semua pihak
• membuang sampah di tempat yang disediakan – terutama bekas yang dapat menakung air
• membersihkan atau membuang bekas-bekas yang menakung air – pasu bunga, tempayan, dan kolah –
mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes
• menggunakan ubat pencegah jentik-jentik secara berkala – dalam bekas takungan air
• semua pihak perlu bekerjasama menangani masalah denggi – “Tiada Aedes Tiada Denggi”

Model Ulasan Mantap

Bilangan penghidap demam denggi yang meninggal dunia semakin bertambah dan
membimbangkan semua pihak. Pelbagai cara perlu diambil untuk mengelakkan wabak
penyakit demam denggi. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan membuang
sampah di tempat yang disediakan. Semua bekas yang dapat menakung air seperti tin
minuman, tayar buruk, dan botol hendaklah dibuang atau ditanam untuk mengelakkan
pembiakan nyamuk Aedes. Manakala, bekas-bekas seperti pasu bunga, tempayan, dan kolah
hendaklah dibersihkan selalu supaya nyamuk Aedes tidak dapat membiak. Seterusnya,
penggunaan ubat pencegah jentik-jentik secara berkala dalam bekas takungan air dapat
mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Tegasnya, semua pihak perlu bekerjasama dalam
menangani masalah demam denggi kerana ‘Tiada Aedes, Tiada Denggi’.
(97 patah perkataan)

Model Perkembangan Sektor Pelancongan
43 Negara



Lihat peta di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
TEMPAT-TEMPAT TUMPUAN PELANCONG DI PULAU LANGKAWI


❀ Banyak tempat menarik untuk dilawati
❀ Keunikan budaya dan kemesraan rakyat
❀ Pelbagai kemudahan yang disediakan
❀ Promosi pelancongan
















51




Bab 1c Ulasan.indd 51 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• banyak kawasan yang menarik – kawasan pantai, tanah tinggi, dan pulau
• keunikan budaya masyarakat Malaysia – masyarakat berbilang kaum dan mesra
• terdapat pelbagai kemudahan – pengangkutan dan perhubungan yang cekap serta kemudahan
penginapan
• promosi pelancongan – program-program untuk menarik pelancong


Model Ulasan Mantap
Kedatangan pelancong ke Malaysia memberikan pendapatan yang besar kepada negara.
Antara faktornya ialah banyak terdapat kawasan yang menarik di Malaysia seperti pantai-
pantai yang cantik, iaitu Cherating dan Pantai Tanjung Rhu, kawasan tanah tinggi seperti
Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Genting, serta kawasan pulau seperti Pulau Langkawi dan
Pulau Sipadan. Keunikan budaya dan kemesraan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum
turut menarik kedatangan pelancong. Seterusnya, sistem pengangkutan darat, udara, dan
laut yang canggih serta kemudahan penginapan merupakan bonus kepada industri ini.
Selain promosi pelancongan, pelbagai program pelancongan turut diadakan seperti Tahun
Melawat Malaysia, Le Tour de Langkawi, dan pelbagai pesta yang dapat menarik kunjungan
para pelancong. Oleh itu, wajarlah Malaysia dianggap sebagai «MalaysiaTruly Asia».
(94 patah perkataan)





Model
44 Ketagihan Rokok



Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.



KEMPEN REMAJA SIHAT
TANPA ROKOK
Rokok menyebabkan remaja:

✓ Kurang berminat untuk belajar
✓ Mencuri dan memeras ugut
✓ Terdedah kepada penyakit kanser









52




Bab 1c Ulasan.indd 52 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• ketagihan rokok menghilangkan minat belajar – menimbulkan masalah sosial
• memberikan kesan terhadap kesihatan – terdedah kepada penyakit kanser
• ibu bapa perlu memantau pergaulan anak-anak – elak daripada merokok
• peranan pihak kerajaan – mengadakan kempen kesedaran

Model Ulasan Mantap

Semakin banyak generasi muda terutama golongan murid yang merokok. Perkara
ini menjadi ancaman kepada kesejahteraan masyarakat. Ketagihan rokok bukan sahaja
menyebabkan murid hilang minat untuk belajar, malah mereka lebih cenderung untuk
menimbulkan masalah sosial seperti mencuri dan memeras ugut untuk mendapatkan
wang bagi membeli rokok. Gejala merokok juga memberikan kesan terhadap kesihatan
perokok. Mereka akan terdedah kepada penyakit kanser. Oleh hal yang demikian, ibu bapa
perlu memantau pergaulan anak-anak mereka dan mengelakkan mereka daripada mencuba
untuk merokok kerana banyak kesan buruknya. Seterusnya, pihak kerajaan haruslah
melipatgandakan kempen antimerokok dalam kalangan murid dan masyarakat serta menguar-
uarkannya menerusi media massa dalam usaha menangani isu ini. Kesimpulannya, merokok
merupakan tabiat yang buruk. Oleh itu, jauhilah amalan merokok demi menjaga kesihatan.
(100 patah perkataan)

Model
45 Belilah Barangan Buatan Malaysia



Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.



Belilah Barangan Buatan Malaysia



 Memajukan industri
di dalam negara
 Mutu yang setanding
dengan barangan
jenama antarabangsa
 Menyumbang kepada
peningkatan
ekonomi negara






53




Bab 1c Ulasan.indd 53 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / Isi tersirat
• memajukan industri di negara ini – permintaan yang tinggi mendorong pengeluaran yang banyak
• kualiti barangan buatan Malaysia setanding dengan jenama antarabangsa – mampu bersaing di
pasaran luar negara
• sokongan padu rakyat mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara – peluang
pekerjaan bertambah dan kadar kemiskinan dapat dikurangkan



Model Ulasan Mantap
Pelbagai barang dihasilkan oleh industri di Malaysia. Kempen "Belilah Barangan Buatan
Malaysia" bertujuan untuk menggalakkan rakyat di negara ini membeli barang-barang
keluaran sendiri. Hal ini akan memajukan industri di negara ini kerana permintaan yang
tinggi menyumbang kepada pengeluaran yang banyak. Tambahan pula, barangan buatan
negara ini mempunyai kualiti yang setanding dengan barangan berjenama antarabangsa.
Malah, barangan buatan Malaysia sudah mampu bersaing di pasaran luar negara. Selain
itu, sokongan seluruh rakyat akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.
Peluang pekerjaan akan bertambah dan kadar kemiskinan dapat
dikurangkan. Tuntasnya, setiap rakyat perlu mengutamakan Sudut Kata
barangan buatan Malaysia semasa membeli-belah. • kualiti - mutu


(87 patah perkataan)
Model
46 Menjaga Kebersihan Sungai




Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.


• Melupuskan sampah sarap
• Memelihara hutan
• Memantau kawasan sungai















Cintai Sungai Kita ...

54




Bab 1c Ulasan.indd 54 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan

Rangka Ulasan
Isi tersurat / isi tersirat
• sampah sarap dilupuskan secara lebih sistematik bagi mengelakkan sungai tercemar – mengamalkan
amalan kitar semula
• kawasan hutan mesti dipelihara bagi mengelakkan kejadian tanah runtuh yang akan mencemarkan
sungai – hutan yang digondol akan menyebabkan hakisan
• memantau kawasan sungai setiap masa – tidak ada sebarang aktiviti yang mencemarkan sungai


Model Ulasan Mantap
Malaysia merupakan bumi bertuah yang banyak mempunyai Sudut Kata
khazanah sungai. Kempen "Cintai Sungai Kita" bertujuan untuk
mengelakkan sungai daripada pencemaran. Sampah sarap • sistematik – menurut
sistem
perlu dilupuskan secara lebih sistematik bagi mengelakkan • gondol – botak
sungai tercemar. Lantaran itu, amalan kitar semula dapat
menghindarkan sampah sarap dibuang di merata-rata tempat. Selain itu, kawasan hutan
mesti dipelihara bagi mengelakkan sebarang kejadian tanah runtuh yang akan mencemarkan
sungai. Kawasan hutan yang digondol akan menyebabkan hakisan. Hal ini menyebabkan
sungai menjadi keruh dan cetek. Di samping itu, pihak berkuasa perlu memantau kawasan
sungai setiap masa agar tidak ada sebarang aktiviti yang boleh mencemarkan sungai.
Kesimpulannya, sungai perlu dijaga setiap masa demi kebaikan bersama.
(98 patah perkataan)
Model
47 Bangsa Membaca Bangsa Berjaya




Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.


MARI

MEMBACA




MALAYSIA



Rajin Membaca Luas Pengetahuan
• Membaca jambatan ilmu
• Generasi membaca generasi berjaya
• Ilmu panduan kehidupan


55




Bab 1c Ulasan.indd 55 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• kempen membaca - menggalakkan rakyat membaca – majalah, surat khabar, dan buku
• membaca jambatan ilmu – dapat menambahkan ilmu pengetahuan
• generasi membaca generasi yang berjaya – menjadikan seseorang itu bijak – menyelesaikan masalah
yang sukar – membawa kejayaan kepada sesebuah negara
• ilmu dapat dijadikan panduan dalam kehidupan – sahsiah dan tingkah laku yang baik dapat dibentuk
– dicontohi oleh orang lain


Model Ulasan Mantap

Kempen membaca yang dihebahkan dari semasa ke semasa Sudut Kata
bertujuan untuk menggalakkan rakyat membaca. Bahan-bahan
bacaan yang boleh dibaca termasuklah buku, majalah, dan • sahsiah – keperibadian
surat khabar. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan
seseorang kerana membaca jambatan ilmu. Generasi yang membaca merupakan generasi
yang berjaya. Sikap suka membaca menjadikan seseorang itu bijak dan mampu menyelesaikan
masalah yang sukar. Kejayaan sesebuah negara mempunyai perkaitan yang rapat dengan
sikap rakyatnya yang suka membaca. Ilmu pengetahuan yang diperoleh melalui pembacaan
juga dapat dijadikan panduan dalam kehidupan. Hal ini demikian kerana, membaca dapat
membentuk sahsiah dan tingkah laku seseorang menjadi baik dan dicontohi oleh orang lain.
Tuntasnya, amalan membaca perlu dijadikan budaya hidup.
(96 patah perkataan)

Model
48 Buah-buahan Tempatan Pilihan Tepat




Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.
Jom
makanbuah




Jualan buah-buahan tempatan
Faedah makan buah-buahan
tempatan:
• Segar dan berkhasiat
• Mudah diperoleh dengan
harga yang berpatutan
• Memajukan sektor
pertanian tempatan



56




Bab 1c Ulasan.indd 56 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• buah-buahan tempatan segar dan berkhasiat – mempunyai pelbagai nutrien – vitamin dalam buah-
buahan tempatan menyihatkan tubuh badan
• mudah diperoleh dan harga yang murah – dijual di pasar raya, di gerai-gerai, dan terus dari ladang –
bebas daripada racun dan pengawet yang berbahaya
• memajukan sektor pertanian negara – membekalkan makanan kepada rakyat – lebihan makanan
dieksport ke luar negara

Model Ulasan Mantap
Malaysia yang beriklim panas dan hujan sepanjang tahun sesuai untuk tanaman termasuk
buah-buahan. Antara buah-buahan tempatan yang terkenal ialah durian, rambutan, manggis,
dan mempelam. Buah-buah tempatan segar dan berkhasiat kerana mempunyai pelbagai
nutrien yang baik untuk kesihatan. Vitamin yang terdapat dalam buah-buahan tersebut dapat
menyihatkan tubuh badan. Tambahan pula, kebanyakan buah-buahan ini bebas daripada
racun dan bahan pengawet yang berbahaya. Buah-buah tempatan juga mudah diperoleh dan
harganya amat berpatutan. Buah-buahan ini dijual di pasar raya, di gerai-gerai, dan dijual
terus dari ladang. Makan buah-buahan tempatan juga dapat memajukan sektor pertanian
negara. Selain membekalkan makanan kepada masyarakat setempat, buah-buahan ini juga
boleh dieksport ke luar negara sebagai punca pendapatan tambahan. Ironinya, utamakan
buah-buahan tempatan berbanding dengan buah-buahan import.
(100 patah perkataan)

Model
49 Program 1 Murid 1 Sukan



Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Kemudian tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga
100 patah perkataan.


604C


Objektif:

• Meningkatkan kecergasan
fizikal

• Memupuk budaya sukan

• Memupuk perpaduan







57




Bab 1c Ulasan.indd 57 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat/ Isi tersirat:
• menggalakkan setiap murid terlibat dalam satu sukan
• meningkatkan kecergasan fizikal – badan sihat otak cerdas – menjamin kesihatan – bebas daripada
penyakit
• memupuk budaya sukan dalam kalangan masyarakat Malaysia – masa terluang dapat diisi dengan
kegiatan yang berfaedah
• memupuk perpaduan – acara berpasukan – bekerjasama dalam pasukan


Model Ulasan Mantap
Program Satu Murid Satu Sukan bertujuan untuk menggalakkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu sukan atau permainan di sekolah. Hal ini demikian kerana, sukan
dapat meningkatkan kecergasan fizikal. Kecergasan fizikal dapat menjamin kesihatan kerana
mereka akan bebas daripada sebarang penyakit. Malahan, kecergasan fizikal juga dapat
melahirkan murid yang cerdas kerana otak yang cerdas biasanya berpunca daripada badan
yang sihat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk budaya bersukan dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Melalui sukan, masa terluang dapat diisi dengan kegiatan
yang berfaedah. Tambahan pula, dengan bersukan perpaduan dalam kalangan masyarakat
dapat diwujudkan. Peserta dalam suatu acara sukan secara berpasukan seperti bola sepak dan
bola jaring akan saling bekerjasama untuk memenangi sesuatu perlawanan. Kesimpulannya,
sertailah aktiviti sukan kerana banyak manfaatnya.
(100 patah perkataan)
Model
50 Keselamatan di Jalan Raya




Lihat poster di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam poster
tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.




















• Memandu dengan berhati-hati
• Kempen pemanduan berhemah
• Membuat pemantauan

58




Bab 1c Ulasan.indd 58 15/03/2021 11:15 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 1 Bab 1 Ulasan
Rangka Ulasan

Isi tersurat / isi tersirat
• memandu dengan berhati-hati – patuhi peraturan jalan raya – tidak memandu laju
• pemanduan secara berhemah – mengutamakan keselamatan diri dan orang lain – jauhi sikap berlumba
dan mementingkan diri sendiri
• pemantauan oleh pihak berkuasa – pemandu dikenakan tindakan tegas


Model Ulasan Mantap
Kemalangan jalan raya berlaku saban hari yang menyebabkan kecederaan dan kematian.
Kempen “Berhati-hati di Jalan Raya” bertujuan untuk mengurangkan kadar kemalangan ini.
Para pemandu disarankan supaya memandu dengan berhati-hati dan cermat di jalan raya.
Patuhi peraturan-peraturan jalan raya seperti tidak memandu melebihi had laju, mematuhi
lampu isyarat, dan tidak memotong di garisan kembar. Selain itu, pemanduan yang berhemah
dapat mengelakkan sebarang tragedi buruk berlaku. Utamakan keselamatan diri dan
keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Jauhilah sikap berlumba dan mementingkan diri
sendiri. Di samping itu, pihak berkuasa haruslah membuat pemantauan secara berterusan.
Pemandu yang melanggar peraturan jalan raya perlu dikenakan tindakan tegas. Hal ini
dapat memberikan peringatan dan pengajaran kepada mereka. Ironinya, “Pandu Cermat Jiwa
Selamat” dan jangan jadikan jalan raya sebagai sungai maut.
(99 patah perkataan)





































59




Bab 1c Ulasan.indd 59 15/03/2021 11:15 AM

BAB 4 Karangan Respons



Terhad







KEPERLUAN PT3 (PENTAKSIRAN TINGKATAN 3)

1. Soalan bentuk karangan respons terhad atau dikenal juga sebagai karangan pendek
dikemukakan pada Bahagian A dalam Kertas 2 (02/2), Ujian Bertulis.
2. Hanya satu soalan dikemukakan dan calon wajib menjawabnya.
3. Satu bahan rangsangan dikemukakan dan calon dikehendaki untuk menulis karangan
berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan rangsangan yang diberikan.
4. Masa yang dicadangkan untuk menjawab soalan ini ialah 15 minit.
5. Jumlah markah yang diperuntukkan dalam bahagian ini ialah 10 markah.
6. Panjang karangan calon hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


Panduan Menulis Karangan Respons Terhad


1. Baca dan fahami tugasan soalan.
2. Kenal pasti kehendak soalan dan teliti maklumat, situasi, atau bahan rangsangan yang
diberikan.
3. Analisis bahan yang diberikan secara kritis. Fokus hendaklah diberikan kepada skop tajuk
dan isu yang berkaitan dengan perkara yang ingin dibincangkan.
4. Bina rangka karangan bagi memudahkan calon menulis serta mengelakkan daripada
berlakunya pengulangan isi.
5. Karangan hendaklah mengandungi pendahuluan, isi-isi penting, dan penutup.
(i) Pendahuluan
• Perenggan pendahuluan mestilah membincangkan tema bahan secara khusus.
Pendahuluan hendaklah ditulis dengan ringkas dan padat.
Contoh perenggan pendahuluan:

Isu pencemaran alam sekitar semakin serius akhir-akhir ini. Banyak faktor yang
menyebabkan pencemaran alam sekitar.


(ii) Isi / Idea
• Calon hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya tiga isi / idea yang relevan
dengan topik. Setiap isi / idea hendaklah disusun mengikut kepentingan.
• Isi / idea mestilah menjawab soalan yang diberikan dan diolah dengan jelas, iaitu
mengandungi fakta, huraian, dan contoh.

96




Bab 4 Karangan Pendek.indd 96 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
• isi / idea yang kurang jelas akan menyebabkan calon menadapat markah yang rendah.
Contoh perenggan isi / idea:

Selain itu, kegiatan penebangan hutan yang tidak terkawal menjadi punca
pencemaran alam. Kemusnahan hutan menyebabkan pelbagai bencana alam,
seperti banjir dan tanah runtuh.


(iii) Penutup
• Calon hendaklah menulis penutup karangan dalam satu perenggan.
• Calon mestilah merumuskan tema / topik yang dibincangkan.
• Penutup mestilah padat dan berkesan.
Contoh perenggan penutup:

Kesimpulannya, semua pihak haruslah membendung masalah ini segera
sebelum nasi menjadi bubur.

6. Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.
7. Calon boleh memasukkan peribahasa dalam karangan, tetapi peribahasa tersebut mestilah
tepat dan relevan dengan isi / topik yang dibincangkan.
Contoh peribahasa:

Peribahasa Contoh

Simpulan bahasa Kaki bangku; kera sumbang; ayam tambatan; otak cair;
anak emas; buah tangan
Perumpamaan • Seperti katak di bawah tempurung
• Genggam bara api biar sampai jadi arang
• Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
Bidalan • Biar putih tulang, jangan putih mata
• Jika kail panjang sejengkal; lautan dalam jangan diduga
• Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk
padahnya
Pepatah • Ditelan mati emak, diluah mati bapak
• Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
• Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana
muafakat

Kata-kata hikmah / Slogan • Bahasa jiwa bangsa
• Muafakat membawa berkat
• Pandu cermat, jiwa selamat
• Bersatu teguh, bercerai roboh




97




Bab 4 Karangan Pendek.indd 97 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
8. Gunakan penanda wacana untuk menghubungkan ayat.
Contoh penanda wacana:

• selain itu • oleh itu • akhirnya
• selepas itu • di samping itu • seterusnya
• oleh hal yang demikian • sehubungan itu • hal ini demikian kerana

9. Elakkan daripada melakukan kesalahan bahasa seperti kesalahan ejaan, imbuhan, dan
tatabahasa.
10. Gunakan kosa kata yang luas dan bahasa yang gramatis.

Kriteria Pemarkahan Karangan Respons Terhad

Peringkat Deskripsi
Idea Bahasa

• Idea relevan dengan • Penggunaan ayat bervariasi dan
tugasan. gramatis.
Cemerlang • Huraian jelas, menarik, dan • Penggunaan kosa kata luas dan
[09 – 10 markah] matang. tepat.
• Contoh yang sesuai. • Ejaan dan tanda baca betul.
• Penanda wacana yang betul.
• Kesalahan bahasa yang minimum.

Idea Bahasa
• Idea relevan dengan • Penggunaan ayat gramatis.
Baik tugasan. • Penggunaan kosa kata luas.
[06 – 08 markah] • Huraian jelas dan menarik. • Ejaan dan tanda baca yang betul.
• Contoh yang sesuai. • Penanda wacana yang betul.
• Kesalahan bahasa yang minimum.

Idea Bahasa

• Idea masih relevan dengan • Penggunaan ayat masih gramatis.
tugasan. • Penggunaan kosa kata masih luas.
Memuaskan • Huraian masih jelas dan • Ejaan dan tanda baca masih betul.
[04 – 05 markah] menarik. • Penanda wacana yang masih
• Contoh yang masih sesuai. betul.
• Kesalahan bahasa masih
minimum.

Penguasaan
Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang
Minimum
lemah.
[01 – 03 markah]

98




Bab 4 Karangan Pendek.indd 98 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad

Contoh Soalan

Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.


pembebasan
pencemaran
alam sekitar asap kenderaan
semakin serius dan kawasan
perindustrian
membendung
masalah ini udara tercemar
segera
Isu Alam penebangan
banyak hidupan Sekitar hutan yang
air musnah tidak terkawal
berlakunya
air sungai
menjadi kotor bencana alam

membuang sampah
sarap ke dalam
sungai

Jawapan Lengkap


Isu pencemaran alam sekitar semakin serius akhir-akhir
ini. Banyak faktor yang menyebabkan pencemaran alam Pendahuluan
sekitar.
Antaranya ialah pembebasan asap kenderaan dan
kawasan perindustrian. Faktor ini menyebabkan udara
tercemar. Selain itu, kegiatan penebangan hutan yang tidak
terkawal menjadi punca pencemaran alam. Kemusnahan
hutan menyebabkan pelbagai bencana alam, seperti banjir Isi / Idea + Huraian Contoh
dan tanah runtuh. Seterusnya, sikap segelintir masyarakat
yang membuang sampah sarap ke dalam sungai boleh
mencemari air sungai. Kesannya, air sungai menjadi kotor
dan banyak hidupan air musnah.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah membendung
masalah ini segera sebelum nasi menjadi bubur. Penutup





99




Bab 4 Karangan Pendek.indd 99 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
1 Demam Denggi




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

LANGKAH PENCEGAHAN

DARIPADA GIGITAN NYAMUK AEDES







Musnahkan tempat pembiakan Pasang jaring penghalang
nyamuk aedes nyamuk

Elakkan berada di luar rumah pada waktu puncak nyamuk aedes menggigit.
(6.00 – 8.00 pagi dan 6.00 petang – 8.00 malam)



Demam denggi sangat berbahaya kerana boleh membawa maut. Oleh itu, kita harus
mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.
Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat nyamuk aedes membiak seperti tin
kosong, botol kosong, tayar buruk, dan bekas plastik. Bak kata orang, mencegah lebih baik
daripada mengubatinya. Selain itu, pasanglah jaring penghalang nyamuk pada semua
tingkap di rumah. Hal ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah dan gigitan
nyamuk. Seterusnya kita hendaklah mengelakkan Sudut Kata
daripada berada di luar rumah pada waktu awal pagi
dan lewat petang. Hal ini kerana, waktu tersebut • maut – kematian
• membiak – bertambah menjadi
merupakan waktu puncak nyamuk aedes mengigit. banyak
Kesimpulannya, komitmen masyarakat amatlah • puncak – menjadi sangat-sangat
penting dalam usaha menangani penyakit demam • komitmen – tanggungjawab
• menangani – mengatasi
denggi.
(80 patah perkataan)

Koridor Peribahasa
• mencegah lebih baik daripada mengubati – menghalang penyakit lebih baik daripada
mengubati penyakit.






100




Bab 4 Karangan Pendek.indd 100 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
2 Amalan Membaca




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

Peranan Ibu Bapa Menyemai Amalan Membaca kepada Anak-anak





menyediakan sudut bacaan di rumah – ibu bapa
menjadikan amalan membaca – rutin harian –
menjadi ikutan anak-anak – membawa anak-anak ke
kedai buku – memilih bahan bacaan yang diminati
– membaca itu jambatan ilmu






Amalan membaca dalam kalangan anak-anak harus disemai sejak kecil lagi. Oleh itu, ibu
bapa berperanan penting dalam usaha ini.
Ibu bapa harus menyediakan sudut bacaan di rumah. Sudut bacaan ini hendaklah
dilengkapi oleh pelbagai bahan bacaan dan kemudahan lain seperti kerusi, meja, dan
komputer. Dalam pada itu, ibu bapa hendaklah menjadikan amalan membaca sebagai rutin
harian mereka. Lama-kelamaan amalan ini akan menjadi ikutan anak-anak. Seterusnya, ibu
bapa hendaklah membawa anak-anak ke kedai buku. Hal ini supaya, mereka dapat memilih
bahan bacaan yang diminati oleh mereka.
Sudut Kata
Kesimpulannya, minat membaca harus disemaikan
dalam kalangan anak-anak kerana membaca itu • dilengkapi – dipenuhi
jambatan ilmu. • rutin – perkara yang biasa dan
selalu dilakukan
• ikutan – teladan

(80 patah perkataan)
Koridor Peribahasa
• membaca itu jambatan ilmu – ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui

pembacaan.





101




Bab 4 Karangan Pendek.indd 101 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
3 Kepentingan Amalan Menabung




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.




KEPENTINGAN AMALAN MENABUNG



perlu diterap dalam kalangan murid – menabung sebahagian wang saku – sedikit-
sedikit, lama-lama menjadi bukit – pihak sekolah – memberikan penerangan –
kebaikan menabung – terapkan dalam setiap mata pelajaran – aktiviti kokurikulum
– pihak media massa – menyiarkan program – faedah menabung – terdorong untuk
menabung – pihak bank – memperkenalkan skim tabungan khas – menarik minat
murid-murid – diusahakan oleh semua pihak




Kepentingan amalan menabung perlu dipupuk dalam kalangan murid. Pelbagai pihak harus
berusaha untuk memupuk sikap suka menabung dalam kalangan murid.

Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak agar menabung sebahagian wang saku mereka.
Walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit juga. Selain itu, pihak sekolah perlulah
sentiasa memberikan penerangan tentang kebaikan menabung. Terapkan dalam setiap mata
pelajaran dan aktiviti kokurikulum. Seterusnya, pihak bank
hendaklah memperkenalkan skim tabungan khas untuk Sudut Kata
murid-murid. Faedah daripada penyertaan skim ini akan • wang saku – duit belanja
menarik minat murid-murid untuk menabung. • penerangan – penjelasan
• skim – rancangan
Tuntasnya, amalan menabung dalam kalangan murid • faedah – kebaikan
haruslah diusahakan oleh semua pihak.
(80 patah perkataan)

Koridor Peribahasa
• sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit – menyimpan wang atau mengumpulkan harta
sedikit demi sedikit sehingga menjadi banyak








102




Bab 4 Karangan Pendek.indd 102 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
4 Masyarakat Penyayang




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.




Sistem Pendidikan
pendidikan Moral dan
negara Pendidikan Islam


Diusahakan oleh Amalan
semua pihak kunjung-
Masyarakat mengunjung
Penyayang


Badan-badan Hubungan
kebajikan mesra dapat
dijalinkan
Menghulurkan
bantuan dan
derma



Masyarakat penyayang ialah masyarakat yang mempunyai kasih sayang, hormat-menghormati,
dan tahap toleransi yang tinggi.
Masyarakat penyayang boleh diwujudkan melalui sistem pendidikan negara. Pendidikan
Moral dan Pendidikan Agama Islam haruslah diberikan penekanan kerana nilai-nilai murni
boleh diterapkan melalui subjek ini. Selain itu, amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan
perlu diamalkan. Hal ini kerana, nilai persefahaman,
tolak ansur, dan perhubungan mesra dapat dijalinkan Sudut Kata
antara masyarakat. Seterusnya golongan berada harus • toleransi – bersikap
menghulurkan bantuan dan derma kepada golongan yang menghormati dan menerima
kurang berkemampuan. Bantuan ini dilakukan melalui pendapat orang lain
badan-badan kebajikan. • penekanan – memberikan
keutamaan
Rumusannya, pembentukan masyarakat penyayang • dijalinkan – dieratkan
harus diusahakan oleh semua pihak.
(80 patah perkataan)





103




Bab 4 Karangan Pendek.indd 103 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model Masalah Jenayah dalam Kalangan
5 Remaja




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH JENAYAH
DALAM KALANGAN REMAJA



ibu bapa hendaklah meluangkan masa dengan anak-anak – tidak terlibat dalam
pergaulan yang tidak sihat – bijak memilih kawan – media perlu menyebarkan
maklumat dan penerangan – keburukan melibatkan diri dalam jenayah – mencegah
jenayah dalam kalangan remaja – mencegah itu lebih baik daripada mengubati –
perlu kerjasama semua pihak




Belakangan ini, masalah jenayah yang melibatkan golongan remaja kian meningkat. Segala
permasalahan remaja haruslah diusahakan oleh semua pihak.

Ibu bapa harus meluangkan masa untuk melayan kerenah anak-anak yang sedang
meningkat dewasa. Hal ini untuk mengelakkan mereka daripada mencari keseronokan di
luar rumah dan terlibat dalam pergaulan yang tidak sihat. Selain itu, para remaja harus
bijak memilih kawan. Jangan berkawan dengan remaja yang tidak bermoral kerana akan
menyusahkan diri serta keluarga. Seterusnya, pihak media perlu menyebarkan penerangan
tentang keburukan melibatkan diri dalam jenayah. Bak kata
orang, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Sudut Kata
• kerenah – kelakuan
Kesimpulannya, segala permasalahan yang bersabit • bermoral – berakhlak baik
dengan remaja dapat diatasi berkat kerjasama semua pihak. • bersabit – berkenaan

(80 patah perkataan)
Koridor Peribahasa

• mencegah lebih baik daripada mengubati – menghalang penyakit lebih baik daripada
mengubati penyakit







104




Bab 4 Karangan Pendek.indd 104 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
6 Aku Sebuah Basikal




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

Aku Sebuah Basikal



Aku sebuah basikal – banyak pelanggan tertarik
oleh reka bentuk dan kelebihanku – dibeli
oleh sepasang suami isteri – dibawa pulang
– diberikan kepada anak mereka – gembira –
menunggangku ke sekolah – menyertai aktiviti
berbasikal – amat bertuah – dijaga dengan baik
– dibaiki sekiranya ada komponen badanku
yang rosak – selepas tuanku ke universiti –
tersimpan di dalam garaj kereta



Aku sebuah basikal yang bernama Kumon. Banyak pelanggan tertarik oleh reka bentuk dan
kelebihanku.
Suatu hari, aku dibeli oleh sepasang suami isteri. Aku diberikan kepada anak mereka,
Amirul. Gembira sungguh Amirul menerimaku. Amirul menunggangku ke sekolah. Dia juga
sering menyertai ayahnya menyertai aktiviti berbasikal di sekitar kawasan Putrajaya. Aku
amat bertuah kerana mempunyai tuan yang amat pandai menghargaiku. Aku dijaga dengan
baik dan dibaiki sekiranya ada komponen badanku yang rosak.
Aku digunakan oleh Amirul sehingga dia melanjutkan pelajarannya ke universiti. Selepas
itu, aku hanya tersimpan di dalam garaj kereta.
(80 patah perkataan)


Sudut Kata

• reka bentuk – corak, bentuk, dan spesifikasi
• bertuah – beruntung
• komponen – bahagian yang menjadikan sesuatu itu lengkap dan sempurna
• garaj – bahagian bangunan tempat menyimpan kenderaan







105




Bab 4 Karangan Pendek.indd 105 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
7 Semangat Kejiranan




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.




LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENYEMAIKAN SEMANGAT KEJIRANAN



hubungan yang baik antara jiran tetangga – dijalinkan – mengambil inisiatif –
menegur sapa jiran – mengadakan aktiviti kemasyarakatan – saling mengenali –
semangat kekitaan dapat dipupuk – amalan kunjung-mengunjungi – mengenali
adat resam dan budaya kaum lain – dapat bertemu muka dengan jiran tetangga
– semangat kejiranan yang kukuh – negara aman dan harmoni






Kini, semangat kejiranan kian longgar. Sebelum nasi menjadi bubur, langkah-langkah untuk
menyemaikan semangat kejiranan perlu dilakukan.
Hubungan yang baik antara jiran tetangga hendaklah dijalinkan. Kita perlulah mengambil
inisiatif untuk menegur sapa jiran jika ada kesempatan. Selain itu, semangat kejiranan
dapat disemai melalui aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti ini membolehkan penduduk saling
mengenali dan seterusnya semangat kekitaan dapat dipupuk. Di samping itu, semasa musim
perayaan, kunjung-mengunjungi harus dijadikan amalan.
Selain dapat mengenali adat resam dan budaya kaum lain, Sudut Kata
kita dapat bertemu muka dengan jiran tetangga. • longgar – renggang
• inisiatif – daya usaha
Kesimpulannya, semangat kejiranan yang kukuh akan • kekitaan – persaudaraan
menjadikan negara kita aman dan harmoni.
(80 patah perkataan)


Koridor Peribahasa
• nasi menjadi bubur – tiada gunanya bersedih atas perkara yang lalu kerana sudah
tidak dapat diubah lagi








106




Bab 4 Karangan Pendek.indd 106 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
8 Faedah Hobi




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.



Mengisi Mengelakkan diri
masa daripada terjebak
lapang dalam aktiviti negatif

Memilih
hobi yang Faedah Menambahkan
bermanfaat Hobi ilmu
pengetahuan


Berpeluh dan Menyihatkan
pembakaran badan dan
lemak berlaku mencerdaskan
minda



Setiap orang mempunyai hobi tersendiri untuk mengisi masa lapang. Banyak faedah daripada
hobi seperti membaca buku, berenang, berbasikal, dan memancing.
Antara faedahnya ialah dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.
Seterusnya dapat mengelakkan daripada terjebak dalam aktiviti yang tidak sihat. Dalam
pada itu, ada hobi yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Contohnya, hobi membaca
yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Selain itu, Sudut Kata
hobi beriadah dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan
minda kita. Apabila bersukan, badan akan mengeluarkan • terjebak – tercebur ke
peluh dan berlakulah pembakaran lemak di dalam tubuh dalam sesuatu keadaan
yang tidak baik
yang menyebabkan badan kita cergas. • beriadah – bersenam /
berekreasi
Kesimpulannya, pilihlah hobi yang bermanfaat, bak kata • minda – akal fikiran
orang, tepuk dada tanyalah selera. • cergas – bertenaga dan
giat / aktif
Koridor Peribahasa
• tepuk dada tanyalah selera – sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah
difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri




107




Bab 4 Karangan Pendek.indd 107 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
9 Menjaga Kesihatan




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJAGA KESIHATAN

melakukan aktiviti fizikal – mengeluarkan peluh – 20 minit dalam satu sesi – makan
makanan yang berkhasiat – buah-buahan dan sayur-sayuran – banyak mengandungi
mineral dan vitamin – rehat dan tidur yang cukup – badan kita menjadi lesu – aktiviti
harian tidak dapat dilakukan dengan sempurna – harus mengambil berat tentang kesihatan
diri – menjalani kehidupan yang berkualiti


Kesihatan amat penting dalam kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan
agar berada dalam keadaan yang baik.
Antara langkah yang perlu kita berikan perhatian adalah dengan melakukan aktiviti
fizikal yang mengeluarkan peluh. Aktiviti ini hendaklah dilakukan 20 minit dalam satu
sesi. Selain itu, kita hendaklah makan makanan yang berkhasiat. Contohnya, buah-buahan
dan sayur-sayuran yang banyak mengandungi vitamin.
Seterusnya, kita mestilah mendapatkan rehat dan tidur yang Sudut Kata
cukup. Tanpa rehat yang cukup, badan kita menjadi lesu • fizikal – berkenaan
badan
menyebabkan aktiviti harian tidak dapat dilakukan dengan • sesi – suatu jangka
sempurna. masa berlakunya sesuatu
aktiviti
Sesungguhnya, kita harus mengambil berat tentang • berkualiti - bermutu
kesihatan diri agar dapat menjalani kehidupan yang
berkualiti.
(80 patah perkataan)
Segmen Info

Garis Panduan Bersenam:
• Pakaian mestilah bersesuaian, longgar, dan selesa serta memakai kasut yang sesuai.
• Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
✓ Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia)
✓ Petang (selepas pukul 6 petang)
• Persekitaran tempat senaman:
✓ Permukaan yang rata
✓ Suhu dan kelembapan udara terkawal
✓ Kawasan redup / teduh
✓ Tempat yang cukup terang



108




Bab 4 Karangan Pendek.indd 108 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
10 Tun Hussein Onn




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

Tun Hussein Onn


• Dilahirkan pada 12 Februari 1922 di Johor Bahru
• Menerima pendidikan awal di Singapura dan di Maktab Sultan Abu
Bakar (MSAB), Johor Bahru
• Seorang yang tegas
• Menekankan isu-isu perpaduan kaum
• Mewujudkan budaya kerja yang berdisiplin dan berintegriti
• Diberikan gelaran “Bapa Perpaduan Malaysia”



Tun Hussein Onn ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Beliau dilahirkan pada 12
Februari 1922 di Johor Bahru.
Beliau menerima pendidikan awal di Singapura dan di Maktab Sultan Abu Bakar
(MSAB), Johor Bahru. Beliau merupakan seorang yang tegas. Perjuangan Tun Hussein Onn
lebih menekankan isu-isu perpaduan kaum di Malaysia. Beliau juga berperanan dalam
memastikan keamanan dan keharmonian rakyat. Selain itu, beliau turut mewujudkan
budaya kerja yang berdisiplin dan berintegriti dalam seluruh
jabatan kerajaan. Hal ini demikian kerana, beliau amat benci Sudut Kata
akan gejala rasuah merupakan suatu penyakit dan perlu • tegas – jelas serta terang
dihapuskan. • menekankan –
mengutamakan
• berintegriti - kejujuran
Beliau diberikan gelaran “Bapa Perpaduan Malaysia” • keharmonian – keadaan
sebagai mengenang jasanya dalam memupuk perpaduan dan mesra
keharmonian rakyat yang berbilang kaum di Malaysia.
(80 patah perkataan)
Segmen Info
Tun Hussein Onn
Penyertaan Tun Hussein Onn dalam kabinet Malaysia bermula pada September 1970 apabila
dilantik sebagai Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein.
Seterusnya, Tun Hussein telah dipilih untuk menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri
pada tahun 1973. Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak Dato Hussein ke rahmatullah pada
14 Januari 1976, satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO telah diadakan pada hari
tersebut dan Tun Hussein Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO. Pada hari
Khamis, 15 Januari 1976, Tun Hussein bin Dato Onn mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara.


109




Bab 4 Karangan Pendek.indd 109 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
11 Mencegah Kebakaran




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

Langkah-langkah Mencegah Kebakaran




ibu bapa menegah anak-anak bermain dengan
pemetik api – menyimpan semua bahan yang
mudah terbakar daripada dicapai oleh anak-
anak – tidak melakukan pembakaran yang
terlalu hampir dengan rumah – memastikan
sistem pendawaian rumah dalam keadaan
sempurna – mencegah kebakaran – malang
tidak berbau



Api semasa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Begitulah ungkapan yang
sering kita dengar. Oleh itu, kita perlu mengambil langkah-langkah keselamatan untuk
mencegah kebakaran.

Ibu bapa seharusnya menegah dan mengingatkan anak-anak tentang bahayanya
bermain dengan pemetik api. Dalam hal ini juga, ibu bapa hendaklah menyimpannya di
tempat yang tidak dapat dicapai oleh anak-anak. Selain Sudut Kata
itu, jangan melakukan pembakaran sampah terlalu hampir
dengan rumah. Hal ini untuk mengelakkan percikan api • ungkapan – gabungan
terkena pada bahan yang mudah terbakar. Seterusnya, sistem kata yang tertentu untuk
menyatakanmaksud
pendawaian rumah hendaklah diperiksa. Hal ini supaya, • menegah – melarang
sebarang kerosakan dapat diganti. • percikan – sesuatu yang
berhambur
Tegasnya, kita hendaklah mengutamakan langkah- • pendawaian – proses
langkah keselamatan untuk mencegah kebakaran kerana kata memasang dawai
orang malang tidak berbau.
(80 patah perkataan)

Koridor Peribahasa
• malang tidak berbau – kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba




110




Bab 4 Karangan Pendek.indd 110 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
12 Sukan Lasak




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.
membina
kekuatan
fizikal






Manfaat
Manfaat
menyertai
menyertai
sukan lasak
sukan lasak


memupuk
menyemai
sikap sabar semangat
berpasukan


Sukan lasak seperti mendaki gunung, ekspedisi berbasikal, berkayak, dan meredah hutan
kian digemari oleh golongan muda. Pelbagai manfaat dapat diperoleh melalui penyertaan
dalam sukan lasak ini.

Sukan lasak dapat membina kekuatan fizikal Sudut Kata
seseorang. Hal ini kerana, untuk aktif dalam bidang • manfaat - faedah
sukan lasak ini, seseorang itu perlu berlatih bagi • berpasukan – berkumpulan
memperoleh kecergasan. Di samping itu, sukan lasak • persepakatan – permuafakatan/
persetujuan
dapat memupuk semangat berpasukan. Contohnya. • sabar – dapat menahan
semasa ekspedisi berbasikal, memerlukan perancangan kesusahan / tidak terburu-buru/
serta persepakatan bagi mencapai matlamatnya. Selain tenang
itu, penggiat sukan lasak dapat menyemai sikap sabar • bermandiri – dapat berdiri
sendiri
dalam diri mereka. • kelangsungan – perihal
berterusan
Kesimpulannya, golongan muda perlu digalakkan
supaya menyertai sukan lasak ini.
(77 patah perkataan)




111




Bab 4 Karangan Pendek.indd 111 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
13 Kepentingan Hutan




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

KEPENTINGAN HUTAN




Kawasan tadahan hujan Habitat Sumber bahan mentah



bertindak sebagai
bertindak sebagai span habitat – sumber membekalkan kayu
berongga – menyerap makanan kepada balak, buluh, dan rotan
– industri membuat
air pelbagai spesis flora dan perabot
fauna


Hutan merupakan khazanah alam yang amat tinggi nilainya. Oleh sebab itu, semua pihak
haruslah berganding bahu bagi memastikan hutan terus terpelihara.
Hutan penting sebagai kawasan tadahan hujan. Tumbuhan semula jadi yang terdapat
di dalam hutan akan bertindak sebagai span berongga yang akan menyerap air. Selain itu,
hutan sebagai habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna. Sekiranya tumbuh-tumbuhan
musnah, maka pelbagai spesies flora dan fauna akan Sudut Kata
kehilangan habitat dan sumber makanan. Seterusnya,
hutan penting dalam membekalkan sumber bahan • berganding bahu – bersama-
sama
mentah seperti kayu balak, buluh, dan rotan. Sumber • tadahan – sesuatu yang
ini dapat menjana ekonomi negara. ditampung
• habitat – tempat haiwan dan
Tegasnya, hutan perlu dipelihara dan dipulihara tumbuh-tumbuhan hidup secara
kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada semula jadi
gunanya lagi. • menjanakan - menghasilkan
(80 patah perkataan)

Koridor Peribahasa
• sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya lagi – fikirkan masak-masak
sebelum berbuat sesuatu supaya tidak menyesal








112




Bab 4 Karangan Pendek.indd 112 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
14 Bahasa Melayu di Persada Antarabangsa



Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.

Usaha-usaha untuk Memperhebat Bahasa Melayu pada
Peringkat Antarabangsa




memperkenalkan para pemimpin
membuka peluang kursus Bahasa Melayu berucap dalam bahasa
kepada pelajar asing
belajar bahasa Melayu di institut pengajian Melayu semasa di luar
tinggi di luar negara negara

Kini, bahasa Melayu dikatakan telah disisihkan oleh masyarakat Malaysia. Oleh itu, usaha-
usaha perlu dilakukan untuk memperhebat bahasa Melayu di persada antarabangsa.
Institusi pengajian tinggi dalam negara harus membuka peluang kepada pelajar asing
mempelajari bahasa Melayu. Dengan itu, mereka akan menyebarkan bahasa Melayu di negara
mereka. Seterusnya, pihak kerajaan perlu memperkenalkan kursus Bahasa Melayu di institut
pengajian tinggi di luar negara. Penyebaran bahasa Melayu pada perngkat antarabangsa akan
berlaku sekiranya ada yang menguasai bahasa Melayu dengan baik. Dalam pada itu, para
pemimpin negara diseru supaya menggunakan bahasa
Melayu ketika berucap di luar negara. Hal ini boleh Sudut Kata
mencetuskan kekaguman masyarakat luar terhadap • disisihkan – dipinggirkan
bahasa rasmi negara. • persada – pentas
• menyebarkan – mengembangkan
Kesimpulannya, perancangan strategi jangka panjang • mencetuskan – menimbulkan
hendaklah dijadikan wahana untuk membolehkan • wahana – saluran/ perantaraan
bahasa Melayu hebat pada peringkat antarabangsa.
(80 patah perkataan)
Segmen Info
Fungsi Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka
• Mengembangkan kesusasteraan kanak-kanak dan remaja, merangkumi pembinaan dokumentasi,
pembangunan dan penggalakan karyawan, dan pemasyarakatan dan pengiktirafan dalam dan luar negara.
• Memperteguh sikap dan membentuk kefahaman masyarakat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi, bahasa kebangsaan, dan bahasa ilmu serta mempromosi bahasa dan sastera kebangsaan.
• Memberikan pengiktirafan dan / atau penghargaan kepada individu dan institusi yang memberikan
sumbangan besar dalam pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan, dan kepada
karya-karya bermutu.
• Mengawal selia dan memantau penggunaan bahasa kebangsaan.


113




Bab 4 Karangan Pendek.indd 113 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 4 Karangan Respons Terhad
Model
15 Membanteras Vandalisme




Berdasarkan maklumat yang disediakan, tulis sebuah karangan pendek yang panjangnya antara
50 hingga 80 patah perkataan.


LANGKAH-LANGKAH MEMBANTERAS VANDALISME

banyak kemudahan awam dirosakkan – langkah-langkah untuk membanteras kegiatan
vandalisme ini haruslah diambil – pendidikan merupakan asas untuk menangani masalah
– menyemai perasaan cinta akan harta benda awam – melalui subjek Pendidikan Islam
dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan – pesalah vandalisme hendaklah dikenakan
hukuman yang lebih berat – menjadi pengajaran – menganjurkan program yang berkaitan
dengan vandalisme – menyemaikan sikap bertanggungajawab – vandalisme ini haruslah
dibanteras


Banyak kemudahan awam telah dirosakkan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Oleh itu, langkah-langkah untuk membanteras kegiatan vandalisme ini haruslah diambil.
Pendidikan merupakan asas untuk menangani masalah vandalisme ini. Oleh itu,
perasaan cinta akan harta benda awam diharap dapat disemai melalui subjek Pendidikan
Islam dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Selain itu, pesalah vandalisme hendaklah
dikenakan hukuman yang lebih berat. Hal ini demikian supaya, hukuman ini akan menjadi
pengajaran kepada mereka. Seterusnya, pihak kerajaan perlu menganjurkan program yang
berkaitan vandalisme. Tujuannya menyemaikan sikap
bertanggungjawab terhadap harta benda awam kepada Sudut Kata
masyarakat. • vandalisme – perbuatan
merosakkan harta benda awam
Tegasnya, vandalisme ini haruslah dibanteras agar • teladan – perbuatan yang patut
diikut
tidak menimbulkan komplikasi kepada masyarakat dan • komplikasi – kesan
negara.

(80 patah perkataan)

Segmen Info

Orang ramai yang melakukan perbuatan vandalisme di kawasan pentadbiran MPM boleh dikenakan di
bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (Mdm) 1992 (Akta 171). Berdasarkan undang-undang tersebut,
jika denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali. Manakala
bagi kesalahan yang berterusan, pelaku akan dikenakan denda tidak melebihi RM1000 bagi setiap hari
kesalahan tersebut dilakukan.



114




Bab 4 Karangan Pendek.indd 114 15/03/2021 11:20 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka


I Wawancara / Temu Bual / Temu Ramah




Pengenalan


1. Wawancara juga disebut sebagai temu 5. Kata ganti diri yang sesuai harus
ramah atau temu bual. digunakan seperti saudara, saudari, encik,
2. Karangan berformat khusus ini melibatkan tuan, puan, anda, dan sebagainya.
anda mewawancara seseorang atau tokoh 6. Bahasa yang digunakan hendaklah baku,
tertentu tentang sesuatu perkara dalam tepat, dan mudah difahami.
suatu sesi soal jawab. 7. Soalan yang dikemukakan harus tersusun,
3. Sesi soal jawab ini biasanya melibatkan tidak meleret, dan berkisar tentang topik
dua watak, iaitu penemu bual dan orang yang diberikan.
yang ditemu bual. 8. Penutup wawancara biasanya diakhiri
4. Karangan jenis ini memerlukan kemahiran dengan ucapan terima kasih kerana sudi
membina dan menjawab soalan. diwawancara.



Sampel Sebagai ahli sidang redaksi, anda telah ditugaskan untuk mewawancara
Tajuk seorang murid cemerlang. Hasil wawancara itu akan dimuatkan dalam
majalah sekolah.
Tulis wawancara itu selengkapnya.

Kata kunci • mewawancara
Perkara utama • murid cemerlang





Hari ini saya, Nur Izzah binti Zamri akan mewawancara Zairi bin Ahmad, 1. Pendahuluan
– boleh
murid terbaik SPM 20XX seluruh negeri Johor. 1 disertakan
Nur Izzah : Selamat pagi, Saudara Zairi. Saya Nur Izzah, dari Sekolah 1442443 pengenalan
Menengah Kebangsaan Sri Makmur. Terlebih dahulu saya ringkas
mengucapkan tahniah kepada saudara atas kejayaan saudara sebelum
menulis
terpilih sebagai murid terbaik SPM 20XX. wawancara
Zairi : Terima kasih. yang lengkap








222




Bab 5i K.Umum.indd 222 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Nur Izzah : Bagaimanakah perasaan saudara apabila diumumkan sebagai
murid terbaik SPM 20XX?
Zairi : Tentunya saya berasa amat bangga. Pada mulanya, saya agak
terkejut apabila dimaklumkan bahawa saya merupakan murid
terbaik SPM 20XX. Saya tidak menyangka perkara itu sama
sekali memandangkan saya bukan murid paling pintar di
sekolah. Walau bagaimanapun, saya berasa amat gembira.
Nur Izzah : Saya difahamkan bahawa saudara mendapat 9A+ dalam
SPM. Selain itu, saudara juga aktif dalam sukan badminton
dan sering mewakili sekolah pada peringkat daerah dan
kebangsaan. Bagaimanakah saudara membahagikan masa
antara pelajaran dengan sukan? 2. Isi-isi

Zairi : Walaupun saya amat meminati sukan badminton tetapi saya wawancara
tidak melalaikan pelajaran. Saya bermain badminton pada 2
sebelah petang selepas menyiapkan semua kerja sekolah dan
pada hujung minggu. Pada waktu-waktu lain saya mengulang
kaji pelajaran selain mengadakan perbincangan dengan rakan-
rakan dalam kumpulan belajar saya. Saya juga mempunyai
jadual waktu belajar dan sentiasa mendisiplinkan diri. Ibu
bapa saya selalu memantau pencapaian saya dalam pelajaran.
Nur Izzah : Jadi, ibu bapalah yang banyak membantu saudara?

Zairi : Ya. Guru-guru dan kawan-kawan juga banyak memberikan
nasihat dan tunjuk ajar.
Nur Izzah : Apakah azam saudara selepas ini?
Zairi : Saya berazam untuk mengekalkan pencapaian yang cemerlang
dalam pelajaran. Saya bercita-cita untuk menjadi saintis. Oleh
itu, saya mesti belajar dengan tekun untuk memastikan cita-
cita saya itu tercapai.
Nur Izzah : Saya pun berharap begitu. Saya mengucapkan terima kasih 3. Penutup
kepada saudara kerana sudi diwawancara. Semoga hasil
wawancara ini dapat menjadi panduan kepada murid-murid 1442443 3
yang lain. Selamat maju jaya.
Zairi : Terima kasih.














223




Bab 5i K.Umum.indd 223 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model Pertandingan Catur Remaja Peringkat
51 Antarabangsa



Seorang murid sekolah anda telah terpilih mewakili negara dalam pertandingan catur remaja
pada peringkat antarabangsa. Sebagai anggota sidang majalah sekolah, anda ditugaskan untuk
menemu bual murid tersebut.
Tulis temu bual itu selengkapnya.

Rangka Karangan

Pendahuluan
• mengucapkan tahniah – bertanyakan khabar – ceria kerana diberikan peluang untuk ditemu bual –
berasa gembira
Isi-isi penting
• bertanyakan sebab pertandingan itu dianggap penting – pertama kali mewakili negara – untuk
mengangkat maruah negara dalam pertandingan catur
• bertanyakan persiapan yang dijalankan – berjoging setiap hari untuk mengekalkan stamina – menjalani
latihan di bawah bimbingan jurulatih dari Amerika Syarikat – berusaha untuk mengenal pasti kekuatan
para peserta lain
• bertanyakan cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memantapkan persiapan – semuanya berjalan
dengan lancar – baru sahaja menerima panggilan telefon daripada YAB Perdana Menteri
Penutup
• bertanyakan pesanan yang kepada warga sekolah – mendoakan kejayaan


Model Karangan Mantap

Seorang murid sekolah ini, Saudara Haziq bin Rashif telah terpilih untuk mewakili negara dalam
pertandingan catur remaja peringkat antarabangsa yang akan diadakan di Moscow, Rusia.
Sebagai anggota sidang redaksi majalah Mekar, saya ditugaskan untuk menemu bual Saudara
Haziq berkenaan kejayaannya mewakili negara. Yang berikut ialah hasil temu bual tersebut.

Zuhairi : Selamat pagi, Saudara Haziq. Apa khabar? Nampaknya saudara ceria sekali.
Haziq : Selamat pagi. Saya sihat. Saya ceria kerana diberikan peluang untuk ditemu bual
pada hari ini.
Zulhairi : Pertama sekali, saya mewakili anggota sidang redaksi majalah sekolah kita ingin
mengucapkan tahniah atas kejayaan saudara mewakili negara dalam pertandingan
catur pada peringkat antarabangsa. Apakah perasaan saudara atas kejayaan ini?
Haziq : Terima kasih. Sudah tentu saya berasa amat gembira kerana sudah lama saya
memendam niat untuk mewakili negara. Pada tahun lepas, hajat saya hampir-
hampir termakbul tetapi saya terkandas pada peringkat akhir siri kebangsaan.
Walau bagaimanapun, usaha berterusan dan berkat doa semua, saya berjaya pada
peringkat akhir siri kebangsaan sekali gus membolehkan saya mewakili negara.
Zulhairi : Mengapakah pertandingan ini dianggap penting kepada saudara dan negara?




224




Bab 5i K.Umum.indd 224 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Haziq : Bagi diri saya, pertandingan ini penting kerana inilah pertama kali saya mewakili
negara. Sudah tentu perkara ini merupakan cabaran yang besar tetapi saya yakin,
berkat latihan dan bimbingan daripada jurulatih, saya mampu melangkah jauh
dalam pertandingan itu kelak. Bagi negara pula, pertandingan ini merupakan satu
daripada usaha untuk mengangkat maruah negara dalam pertandingan catur.
Sudah sekian lama, negara kita ketandusan pemain yang berbakat yang dapat
mengharumkan nama negara.
Zulhairi : Apakah persiapan yang saudara jalani untuk menghadapi pertandingan itu kelak?
Haziq : Pertama sekali, saya mengekalkan stamina diri. Untuk tujuan itu, saya berjoging
setiap hari. Walaupun nampak tiada perkaitan antara sukan catur dengan aktiviti
joging, tetapi stamina amat penting dalam permainan catur yang banyak menguji
kekuatan mental. Selain itu, saya menjalani latihan di bawah bimbingan seorang
jurulatih dari Amerika Syarikat. Saya juga berusaha untuk mengenal pasti kekuatan
para peserta lain dalam pertandingan itu kelak.
Zulhairi : Setakat ini, apakah cabaran yang saudara hadapi dalam memantapkan persiapan
tersebut?

Haziq : Semuanya berjalan dengan lancar hingga kini. Semua pihak memberikan sokongan
kepada saya. Malahan, saya baru sahaja menerima panggilan telefon daripada YAB
Perdana Menteri yang mengucapkan tahniah dan selamat bertanding. Panggilan
tersebut memang mengejutkan saya tetapi menambahkan semangat saya untuk
mengharumkan nama negara.
Zulhairi : Akhir sekali, apakah harapan saudara terhadap warga sekolah ini semasa saudara
menyertai pertandingan catur peringkat antarabangsa kelak?
Haziq : Saya berharap agar warga sekolah ini mendoakan kejayaan saya. Hal ini penting
agar laluan saya dipermudah sekali gus saya dapat melangkah ke peringkat akhir.
Saya juga berharap agar guru dan murid-murid sekolah ini terus memberikan kata-
kata semangat dan dorongan menerusi laman facebook dan twitter saya. Kata-kata
semangat ini penting agar saya terus berusaha dengan lebih gigih.
Zulhairi : Terima kasih atas kerjasama yang saudara Sudut Kata
berikan sepanjang temu bual ini. Semoga
saudara memperoleh kejayaan yang • memendam – menyimpan
membanggakan. • termakbul – tercapai
• stamina – daya tahan/ keupayaan
Haziq : Terima kasih.
Segmen Info

Dalam catur, raja merupakan buah catur yang paling penting. Objektif permainan ini adalah
untuk memerangkap raja lawan agar mustahil untuk lepas lari (syahmat). Jika buah raja pemain
diancam dengan tangkapan, keadaan ini dikatakan berada dalam keadaan mat, dan pemain perlu
menghapuskan ancaman tangkapan pada langkah seterusnya. Jika ini tidak dapat dilakukan, raja
dikatakan berada pada peringkat syahmat. Sungguhpun raja merupakan buah yang paling penting,
tetapi buah raja biasanya ialah buah paling lemah dalam permainan sehingga berada pada akhir
permainan.

225




Bab 5i K.Umum.indd 225 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model
52 Kisah Perjuangan Tokoh Kemerdekaan




Persatuan Sejarah sekolah anda akan menerbitkan buletin yang memuatkan kisah-kisah
perjuangan tokoh kemerdekaan. Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, anda telah
ditugaskan untuk mewawancara tokoh sejarah di tempat anda.
Tulis wawancara tersebut selengkapnya.
Rangka Karangan

Pendahuluan
ucapan salam – memperkenalkan diri – mengucapkan terima kasih kerana melapangkan masa
Isi-isi penting
• bertanyakan sebab tokoh menyertai gerakan mencapai kemerdekaan – telah diberikan peluang
mentadbir daerah – yakin bahawa kita mampu mentadbir dan menguruskan negara kita
• bertanyakan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union – menyemarakkan semangat orang
Melayu untuk bersatu dan menuntut kemerdekaan
• bertanyakan usaha-usaha yang dilakukan untuk mempercepat kemerdekaan – Parti Perikatan
mengadakan rombongan ke London – berjaya mendapat tarikh kemerdekaan
• bertanyakan pesanan tokoh kepada generasi muda – mempertahankan kemerdekaan –
Penutup
ucapan terima kasih

Model Karangan Mantap
Bersempena dengan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah, Persatuan Sejarah Sekolah
Menengah Datuk Bahaman akan menerbitkan buletin sejarah yang memuatkan kisah-kisah
perjuangan tokoh kemerdekaan yang masih hidup. Sebagai anggota sidang redaksi, saya
telah dapat mengesan seorang tokoh kemerdekaan di daerah kita. Beliau ialah Tuan Haji
Samsuddin bin Othman. Yang berikut ialah hasil wawancara saya dengan beliau.
Zuhaida : Assalamualaikum, tuan haji. Apa khabar, tuan haji?
Haji Samsuddin : Waalaikumussalam. Saya bersyukur kerana pada usia 85 tahun ini, saya
masih sihat dan mampu meneruskan kehidupan seperti orang lain.
Zuhaida : Saya anggota sidang redaksi majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk
Bahaman ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan haji kerana dapat
melapangkan masa untuk sesi wawancara ini. Hasil wawancara ini akan
dimuatkan dalam buletin sejarah yang akan diterbitkan oleh Persatuan
Sejarah sekolah.
Haji Samsuddin : Sama-sama. Saya pun berasa terharu kerana jasa dan perjuangan saya
dalam usaha memerdekakan negara masih dikenang oleh generasi muda.
Sesungguhnya, perjuangan saya masih segar dalam ingatan walaupun
negara kita sudah merdeka melebihi separuh abad.
Zuhaida : Bolehkah tuan haji ceritakan faktor tuan haji terlibat dalam perjuangan
mencapai kemerdekaan?


226




Bab 5i K.Umum.indd 226 15/03/2021 11:33 AM


Click to View FlipBook Version