The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-10-11 23:31:10

Sukses Model Penulisan 2022 PT3

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Haji Samsuddin : Semangat untuk merdeka muncul semasa Jepun mengalahkan tentera
British dalam tempoh hanya dua bulan setengah. Dalam pemikiran orang
Melayu ketika itu, jika British yang selama ini diagung-agungkan tidak
mampu mempertahankan tanah air kita, siapakah yang dapat diharapkan
lagi? Jawapannya tentulah rakyat sendiri. Hal ini telah membangkitkan
semangat nasionalisme orang Melayu termasuk saya. Semasa zaman
pendudukan Jepun, saya telah diberikan peluang untuk mentadbir daerah.
Daripada pengalaman tersebut, saya yakin bahawa kita mampu mentadbir
dan menguruskan negara kita.
Zuhaida : Bagaimanakah Malayan Union dapat menyemarakkan semangat orang
Melayu untuk bersatu dan menuntut kemerdekaan?
Haji Samsuddin : Apabila Jepun kalah pada tahun 1945, Inggeris datang semula dengan
pelan Malayan Union. Pelan ini merupakan satu dendam tersirat kepada
orang Melayu yang kononnya mendapat layanan baik semasa zaman
pemerintahan Jepun. Kuasa raja-raja pula semakin terhad. Hal ini telah
menimbulkan kemarahan orang Melayu. Malayan Union buat pertama
kalinya menyatukan orang Melayu di bawah satu persatuan untuk
menentang Inggeris. Kemarahan orang Melayu diluahkan secara bijaksana
tanpa ada sebarang unsur keganasan yang dapat membahayakan nyawa.
Kebijaksanaan Dato’ Onn mengawal sentimen orang Melayu menjadi faktor
keadaan ini.
Zuhaida : Apakah usaha yang dilakukan untuk mempercepat kemerdekaan?
Haji Samsuddin : Apabila Parti Perikatan mencapai kemerdekaan dalam pilihan raya, Parti
Perikatan telah mengadakan satu rombongan ke London yang dikenali
sebagai Rombongan London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
Selama 14 hari berada di sana, Rombongan London telah berjaya mendapat
tarikh kemerdekaan daripada Inggeris, iaitu pada 31 Ogos 1957.
Zuhaida : Apakah perasaan orang Melayu selepas mendapat berita kemerdekaan ini?
Haji Samsuddin : Sudah tentu orang Melayu amat gembira. Kita sudah terjajah selama 446
tahun, sudah tentu kemerdekaan memberikan makna yang amat besar.
Zuhaida : Akhir sekali, apakah pesanan tuan haji kepada generasi muda berkaitan
dengan kemerdekaan ini?
Haji Samsuddin : Kemerdekaan merupakan satu nikmat yang sukar hendak dijelaskan
terutama kepada generasi muda yang tidak pernah terjajah. Namun begitu,
kemerdekaan mesti dipertahankan kerana dengan kemerdekaan, banyak
perkara yang mampu kita lakukan untuk membangunkan bangsa dan
negara kita.
Zuhaida : Terima kasih tuan haji atas perkongsian ini. Semoga kita dapat bertemu
dalam sesi wawancara yang lain. Sudut Kata
Haji Samsuddin : Sama-sama. Begitulah hendaknya.
• sentimen – emosi / perasaan




227




Bab 5i K.Umum.indd 227 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model Punca Peningkatan Masalah Jenayah
53 Membabitkan Remaja




Masalah jenayah yang dilakukan oleh remaja semakin meningkat di negara kita. Sebagai anggota
sidang redaksi majalah sekolah, anda telah diminta untuk mewawancara pegawai polis di daerah
anda untuk mendapatkan pandangan beliau tentang masalah ini.
Tulis wawancara anda selengkapnya.
Rangka Karangan
Pendahuluan
ucapan salam – memperkenalkan diri – mengucapkan terima kasih kerana sudi diwawancara
Isi-isi penting
• bertanyakan sebab-sebab kadar jenayah yang membabitkan golongan remaja semakin meningkat –
kurangnya pengawalan daripada ibu bapa – pengaruh rakan sebaya dan media massa – kurangnya
didikan agama
• bertanyakan cara-cara pihak polis menangani masalah – menjalankan program pemulihan dan
pendidikan – menempatkan mereka di sekolah pemulihan akhlak – melancarkan Kempen Remaja
Jauhi Jenayah
• bertanyakan pencapaian usaha yang dilakukan oleh pihak polis – menampakkan kejayaan
• bertanyakan pesanan kepada golongan remaja – jangan sekali-kali terlibat dengan aktiviti jenayah –
Penutup
mempunyai jati diri yang kuat – ucapan terima kasih


Model Karangan Mantap
Kejadian jenayah yang dilakukan oleh golongan remaja semakin meningkat sejak akhir-
akhir ini. Perkara ini amat membimbangkan semua pihak kerana golongan remaja bakal
pemimpin negara pada masa depan. Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, saya
telah ditugaskan untuk mewawancara Inspektor Safwan Nurhafiz bin Ismail berhubung
dengan perkara ini. Yang berikut ialah hasil wawancara tersebut.
Zainal : Assalamualaikum, Tuan Safwan. Apa khabar, tuan?
Inspektor Safwan : Waalaikumussalam. Saya khabar baik dan sihat.
Zainal : Saya anggota sidang redaksi majalah Sekolah Menengah Datuk Sagor
ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana dapat melapangkan
masa untuk sesi wawancara ini. Hasil wawancara ini akan dimuatkan
dalam majalah sekolah.
Inspektor Safwan : Saya pun mengucapkan terima kasih kepada pihak majalah sekolah
kerana mewawancara saya. Sebagai pegawai keselamatan, saya berasa
gembira kerana dapat berkongsi maklumat dengan murid-murid
menerusi majalah sekolah saudara.
Zainal : Sejak akhir-akhir ini, kadar jenayah yang membabitkan golongan remaja
semakin meningkat. Pada pendapat tuan, mengapakah perkara ini berlaku?



228




Bab 5i K.Umum.indd 228 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Inspektor Safwan : Peningkatan kadar jenayah yang membabitkan remaja disebabkan
beberapa faktor. Antaranya ialah kurangnya pengawalan daripada ibu
bapa kerana faktor sibuk bekerja. Selain itu, pengaruh rakan sebaya
dan media massa turut menjadikan kadar jenayah ini meningkat.
Malahan, kurangnya didikan agama yang seharusnya menjadi benteng
keimanan para remaja menyebabkan mereka mudah terpengaruh untuk
melakukan aktiviti jenayah.
Zainal : Bagaimanakah pihak polis menangani masalah jenayah ini?
Inspektor Safwan : Dalam usaha menangani kadar jenayah yang membabitkan remaja,
kami menjalankan program pemulihan dan pendidikan. Seseorang
penjenayah remaja kami pulihkan dengan menempatkan mereka di
sekolah pemulihan akhlak. Selain itu, kami juga telah melancarkan
Kempen Remaja Jauhi Jenayah. Kempen ini mengingatkan remaja agar
menjauhi jenayah agar tidak membinasakan masa depan mereka.
Zainal : Setakat ini, bagaimanakah pencapaian usaha yang dilakukan oleh pihak
polis?
Inspektor Safwan : Kami berbangga kerana setakat ini usaha kami telah menampakkan
kejayaan. Program-program yang kami jalankan telah menyedarkan
golongan remaja tentang bahaya penglibatan mereka dalam jenayah
terhadap masa depan mereka sendiri, keluarga, bangsa, dan negara.
Zainal : Akhir sekali, apakah pesanan tuan kepada golongan remaja?
Inspektor Safwan : Saya menyeru golongan remaja agar jangan sekali-kali terlibat dengan
aktiviti jenayah. Hal ini demikian kerana, jenayah merupakan satu
dosa yang dapat menyebabkan ketagihan dan menghilangkan rasa
kemanusiaan. Sekali remaja terlibat dalam jenayah, amat sukar untuk
meloloskan diri. Oleh itu, jalan terbaik untuk menangani keadaan
ini ialah remaja mesti mempunyai jati diri yang kuat supaya tidak
terpengaruh oleh jenayah.
Zainal : Terima kasih atas kerjasama dan kata-kata nasihat yang tuan berikan.
Semoga nasihat tuan menjadi pegangan remaja, terutama murid-murid
di sekolah saya.
Sudut Kata
Inspektor Safwan : Sama-sama
• redaksi – seluruh pengarang
sesuatu majalah
• membabitkan – melibatkan
• benteng – sesuatu yang
digunakan untuk mempertahankan
sesuatu









229




Bab 5i K.Umum.indd 229 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model
54 Gejala Lumba Haram



Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, anda diminta untuk mewawancara seorang
anggota polis berpangkat inspektor tentang gejala lumba haram yang sering dilakukan oleh
remaja pada masa ini.
Tulis wawancara itu selengkapnya.

Rangka Karangan

Pendahuluan
memperkenalkan diri – tujuan mewawancara
Isi-isi penting
• bertanyakan tentang gejala lumba haram yang sering berlaku – perlumbaan bermotor – salah di sisi
undang-undang – membahayakan nyawa
• faktor-faktor yang menyebabkan keterlibatan – pengaruh rakan sebaya – pengaruh filem – tarikan
hadiah
• tindakan pihak polis – membuat rondaan – kempen pemanduan berhemah – menangkap pelaku –
mengenakan saman
• meminta nasihat – menasihati ibu bapa supaya mengawasi tingkah laku anak-anak – masyarakat
memberikan kerjasama – mencadangkan aktiviti perlumbaan yang sah
Penutup
masa tidak mengizinkan – ucapan terima kasih kerana sudi diwawancara


Model Karangan Mantap
Perbuatan lumba haram antara gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan
remaja masa ini. Sebagai anggota sidang redaksi majalah sekolah, saya ditugaskan untuk
mewawancara Inspektor Azim bin Sidek berhubung dengan perkara ini. Yang berikut ialah
hasil wawancara tersebut.

Faizal : Selamat pagi, Tuan Inspektor Azim. Saya Faizal bin Abdullah dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Seri Tanjung. Terlebih dahulu saya mengucapkan
ribuan terima kasih atas kesudian tuan untuk diwawancara pada hari
ini berhubung dengan gejala lumba haram dalam kalangan remaja.
Wawancara ini akan dimuatkan dalam majalah sekolah kami.
Inspektor Azim : Saya juga berterima kasih kepada pihak sekolah kerana mewawancara saya.
Faizal : Bolehkah Tuan Inspektor memberikan penerangan lebih lanjut tentang
kegiatan lumba haram yang kian menjadi-jadi sekarang?
Inspektor Azim : Lumba haram merupakan satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan
di atas jalan raya awam tanpa kebenaran pihak berkuasa. Kegiatan ini
biasanya dilakukan pada waktu tengah malam dan salah di sisi undang-
undang kerana membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain dan




230




Bab 5i K.Umum.indd 230 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
nyawa pelumba itu sendiri. Kegiatan lumba haram umumnya melibatkan
golongan remaja yang berlumba tanpa menghiraukan keadaan trafik dan
tindakan ini amat berbahaya.
Faizal : Apakah faktor yang menyebabkan gejala ini?

Inspektor Azim : Antara faktor utamanya ialah pengaruh rakan sebaya. Golongan remaja
mudah menerima ajakan rakan untuk berlumba kerana ingin dianggap
berani. Selain itu, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang
pergaulan anak-anak juga menjadikan gejala ini berleluasa. Pengaruh
media massa seperti filem-filem aksi lumba dan penerbitan majalah
tentang kenderaan yang diubah suai, permainan video, dan komik yang
mengetengahkan aksi lumba turut memainkan peranan. Perkara yang
lebih buruk, ada pihak yang menjadi penganjur perlumbaan haram dengan
menyediakan hadiah kepada pemenang.
Faizal : Bagaimanakah pihak polis menangani kegiatan lumba haram ini?
Inspektor Azim : Pihak polis meningkatkan rondaan dari semasa ke semasa. Jabatan
kami juga kini dilengkapi dengan kereta atau motosikal yang lebih laju
dan berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan
kenderaan talaan kilang yang kurang berkuasa dan tidak cukup laju
untuk mengejar pelumba haram. Kempen pemanduan berhemah turut
diadakan di sekolah dan kawasan tumpuan awam. Selain itu, pihak polis
juga mengenakan tindakan terhadap penonton perlumbaan haram kerana
menggalakkan kegiatan ini.

Faizal : Apakah nasihat tuan untuk menangani kegiatan lumba haram?
Inspektor Azim : Saya menasihati ibu bapa agar mengambil berat tentang tingkah laku anak-
anak untuk memastikan mereka tidak terjebak dalam kegiatan yang tidak
sihat. Masyarakat setempat juga diminta memberikan kerjasama dengan
melaporkan kegiatan lumba haram yang berlaku di tempat mereka kepada
pihak polis. Pihak polis juga mencadangkan agar aktiviti perlumbaan
bermotor yang sah seperti Malaysian Cub Prix dan Pesta Pasti Honda
diperbanyak untuk menggalakkan remaja menyertainya.
Faizal : Memandangkan masa tidak mengizinkan, saya rasa cukup setakat ini
wawancara kita. Saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana sudi
diwawancara.
Inspektor Azim : Sama-sama. Sudut Kata

• talaan – diselaraskan pengerakan
enjinnya
• berhemah – berbudi pekerti








231




Bab 5i K.Umum.indd 231 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Model
55 Penerima Anugerah Peladang Jaya


Bersempena dengan Hari Peladang Kebangsaan, anda telah menemu bual seorang peladang
yang menjadi penerima Anugerah Peladang Jaya 20XX peringkat negeri untuk dimuatkan dalam
majalah syarikat anda bekerja yang berfokus kepada pertanian.
Tulis temu bual tersebut selengkapnya.

Rangka Karangan
Pendahuluan
ucapan selamat pagi dan tahniah atas anugerah – bertanyakan perasaan – gembira dan terharu – banyak
peladang yang turut layak
Isi-isi penting
• bertanyakan tanaman yang diusahakan – peringkat awal, tanaman buah-buahan pisang – kini buah-
buahan lain untuk dieksport
• merupakan perintis projek ternakan lembu – sepuluh tahun lalu – kini banyak penternak – persaingan
yang sihat
• bertanyakan rahsia kejayaan – pekerjaan dilakukan dengan bersungguh-sungguh – bidang pertanian
mampu memberikan pendapatan yang lumayan
• nasihat kepada usahawan muda – faktor minat menjamin kejayaan – membuat penyelidikan – meneroka
pasaran baharu – bidang pertanian dikomersialkan
Penutup
ucapan terima kasih – semoga berjaya dalam bidang yang diceburi


Model Karangan Mantap
Baru-baru ini, saya Ramli bin Awang selaku pemberita Majalah Tani telah menemu bual Encik
Hasnul bin Hashim atas kejayaannya menerima Anugerah Peladang Jaya 20XX Peringkat
Negeri Pahang. Yang berikut merupakan hasil temu bual saya dengannya.

Ramli : Selamat pagi, Encik Hasnul. Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah
kerana encik dipilih untuk menerima anugerah Peladang Jaya 2017 peringkat
negeri pada tahun ini. Bagaimanakah perasaan encik apabila diumumkan
sebagai penerima anugerah?
Encik Hasnul : Sudah tentu saya berasa gembira dan terharu. Sebenarnya masih banyak
peladang yang berjaya di luar sana yang turut layak menerima anugerah ini.
Ramli : Apakah tanaman yang encik usahakan?
Encik Hasnul : Pada peringkat awal, saya mengusahakan tanaman buah-buahan. Mula-
mula saya menanam pisang. Kini saya mengembangkan usaha saya dengan
menanam buah-buahan seperti belimbing, jambu batu, dan nangka madu
untuk dieksport.
Ramli : Saya difahamkan bahawa encik juga mengusahakan ternakan lembu. Adakah
perkara ini benar?





232




Bab 5i K.Umum.indd 232 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Encik Hasnul : Ya, saya merupakan perintis projek tersebut. Saya memulakan projek
ternakan ini sepuluh tahun yang lalu. Kini banyak penternak telah berjaya
dalam bidang ini.
Ramli : Adakah hal ini menjejaskan usaha encik?
Encik Hasnul : Tidak. Saya menganggap persaingan ini sebagai persaingan yang sihat.
Negara masih kekurangan bekalan lembu daging dan kerajaan terpaksa
mengimport bahan ini dari negara lain seperti Australia dan New Zealand.
Ramli : Tidak mudah untuk berjaya seperti encik. Apakah rahsia kejayaan encik?
Encik Hasnul : Perkara yang penting, setiap perkerjaan hendaklah dilakukan dengan
bersungguh-sungguh. Sebenarnya, bidang pertanian mampu memberikan
pendapatan yang lumayan kerana hasil pertanian sentiasa diperlukan oleh
semua orang. Permintaan terhadap bahan makanan meningkat seiring
dengan pertambahan penduduk.
Ramli : Sebelum berpisah, apakah nasihat encik kepada usahawan muda yang ingin
menceburi bidang pertanian?
Encik Hasnul : Faktor minat dapat menjamin kejayaan seseorang. Setiap usahawan muda
perlu peka terhadap keperluan semasa dan sentiasa membuat kajian serta
penyelidikan untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan berkualiti.
Di samping itu, mereka juga perlu bijak meneroka pasaran baharu untuk
memasarkan hasil pertanian mereka. Bidang pertanian perlu dikomersialkan
untuk menjadikannya berdaya saing.
Ramli : Saya mengucapkan terima kasih kepada Sudut Kata
encik kerana sudi diwawancara. Semoga
encik terus berjaya dalam bidang yang • perintis – yang mula-mula sekali
diceburi. • dikomersialkan – dijadikan
barang dagangan
Encik Hasnul : Terima kasih. • berdaya saing – mempunyai
kemampuan untuk bertanding





Model
56 Masalah Pencemaran Sungai



Selaku wartawan akhbar, anda telah mewawancara seorang pegawai Jabatan Alam Sekitar
tentang masalah pencemaran sungai di negara ini.
Tulis wawancara anda itu selengkapnya.









233




Bab 5i K.Umum.indd 233 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Rangka Karangan

Pendahuluan
memberikan pengenalan ringkas – menyatakan orang yang diwawancara – topik wawancara – ucapan
selamat pagi dan terima kasih kerana sudi diwawancara
Isi-isi penting
• bertanyakan faktor yang menyebabkan pencemaran – sikap tidak bertanggungjawab – membuang
sampah, sisa toksik, dan sisa binaan ke dalam sungai
• pembangunan negara yang dirancang dengan baik mengurangkan pencemaran
• kesan pencemaran sungai – krisis bekalan air bersih – potensi sungai sebagai tempat rekreasi terjejas
– hidupan akuatik musnah – sumber ikan air tawar terjejas
• langkah mengatasi pencemaran sungai – menghayati kempen Cintai Sungai Kita – tindakan tegas
kerajaan – menjadikan sungai sebagai sungai angkat – merawat air buangan domestik
• nasihat kepada rakyat – memelihara sungai sebagai warisan negara – memulihara sungai tercemar –
memastikan kehidupan yang sejahtera
Penutup
ucapan terima kasih kerana menjayakan wawancara

Model Karangan Mantap

Bersempena dengan pelancaran Kempen Cintai Sungai Kita, saya, Aiman bin Radzi
berkesempatan untuk mewawancara seorang pegawai daripada Jabatan Alam Sekitar, Encik
Zaharul bin Zamri tentang masalah pencemaran sungai di negara ini.
Aiman : Selamat pagi, Encik Zaharul. Saya mengucapkan terima kasih atas kesudian
encik meluangkan masa untuk diwawancara pada hari ini.
Encik Zaharul : Sama-sama. Kebetulan saya mempunyai masa yang terluang.
Aiman : Pencemaran sungai masih menjadi isu walaupun banyak usaha dijalankan
untuk menangani keadaan ini. Pada pendapat encik, apakah faktor yang
menyebabkan pencemaran sungai?
Encik Zaharul : Terdapat banyak faktor. Antara yang utama ialah sikap tidak
bertanggungjawab segelintir masyarakat. Di sesetengah tempat terutama
di petempatan setinggan, sampah dibuang ke dalam sungai menyebabkan
sungai menjadi kotor dan cetek. Sesetengah pengusaha kilang pula
membuang sisa toksik ke dalam sungai secara sewenang-wenang
menyebabkan sungai dicemari sisa toksik yang membunuh hidupan di
dalamnya. Ada pula kontraktor binaan mengambil jalan mudah dalam
mengendalikan sisa-sisa binaan dengan membuangkannya ke dalam
sungai.
Aiman : Ada pendapat yang mengatakan bahawa pembangunan negara yang
menjadi punca pencemaran sungai. Apakah komen encik?
Encik Zaharul : Sebenarnya pembangunan negara jika dirancang dengan baik dapat
mengurangkan pencemaran. Walau bagaimanapun, kebanyakan pengusaha
rakus meneroka hutan atas nama pembangunan tanpa memikirkan
kesannya terhadap alam sekitar, terutamanya sungai.





234




Bab 5i K.Umum.indd 234 15/03/2021 11:33 AM

Bahasa Melayu PT3 Bahagian 2 Bab 5 Karangan Respons Terbuka
Aiman : Apakah kesan daripada pencemaran sungai ini?
Encik Zaharul : Kesan yang paling dominan ialah krisis bekalan air bersih. Sungai
merupakan kawasan tadahan air. Pencemaran sungai mengganggu bekalan
air bersih untuk kegunaan domestik. Bukan itu sahaja, potensi sungai
sebagai tempat rekreasi juga terjejas. Selain itu, hidupan akuatik turut
musnah dan sumber protein sesetengah penduduk yang bergantung pada
sumber ikan air tawar juga tergugat.
Aiman : Pada pandangan encik, apakah langkah-langkah yang patut dilakukan
untuk mengatasi masalah pencemaran sungai?
Encik Zaharul : Setiap individu hendaklah menghayati Kempen Cintai Sungai Kita. Bagi
saya, hanya dengan memupuk rasa cinta akan sungai masalah pencemaran
sungai dapat ditangani. Kerajaan juga perlu mengenakan tindakan yang
tegas terhadap pengusaha kilang yang membuang sisa-sisa toksik ke
dalam sungai. Seterusnya, badan-badan tertentu dan syarikat swasta
boleh menjadikan sungai tertentu sebagai sungai angkat. Air kumbahan
domestik pula perlu dirawat terlebih dahulu sebelum dibuang ke dalam
sungai.
Aiman : Akhir kata, apakah nasihat encik kepada rakyat di negara ini tentang
penjagaan sungai?
Encik Zaharul : Kita perlu memelihara sungai sebagai warisan negara dan memulihara
sungai yang tercemar. Rasa tanggungjawab terhadap kebersihan sungai
amat penting demi memastikan kehidupan yang sejahtera.
Aiman : Terima kasih sekali lagi atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan
wawancara ini.
Encik Zaharul : Sama-sama.


Sudut Kata
• sewenang-wenang – sesuka hati
• kontraktor – orang atau syarikat yang mengikat perjanjian untuk menjalankan perkhidmatan dan
sebagainya
• dominan – ketara
• krisis – masalah atau keadaan genting
• domestik – berkenaan kegiatan rumah tangga
• akuatik – hidupan air
• kumbahan – air yang telah digunakan untuk membasuh














235




Bab 5i K.Umum.indd 235 15/03/2021 11:33 AM

SUKSES
SUKSES
SUKSES
JC107212


SUKSES
SUKSES MODEL
SUKSES MODEL
MODEL
1 2 3
PENULISAN Tingkatan SUKSES MODEL
PENULISAN PT3
• •
sememangnya buku yang mantap dan
berkualiti untuk membimbing murid-

murid meningkatkan kemahiran dalam SUKSES MODEL PENULISAN PENULISAN
penulisan secara efektif serta menepati PENULISAN

skema pemarkahan. Kandungan buku
ini juga padat dan menyeluruh serta
PT3 Tingkatan
1 2 3
memenuhi format PT3 terkini.
• •

Alshaa Rani Ab Wahab

PT3
Beli eBook Azahar Bahari
Rohaini Kamsan
di sini!
Rosmah Talib


• Panduan dalam Kaedah Mengarang

Kertas 2 (Bahagian A & B)
www.PelangiBooks.com
• Kedai Buku Online • Perpustakaan Online • • Merangkumi Kertas 1 (Bahagian C)
• Model Karangan Mantap

PelangiBooks
WM:RM18.95 / EM:RM18.95
JC107212 • Sudut Kata
ISBN 978-967-2898-95-5 • Koridor Peribahasa
• Segmen Info


Click to View FlipBook Version