Dr. Muruga Krishnan (Guru Cemerlang) SPM REVISI CEPAT EKONOMI PELANGI ONLINE TEST PELANGI ONLINE TEST 4 5 KSSM TINGKATAN Bonus Kertas 1&2 Kaedah Menjawab AUDIO Refleksi Bab PELANGI
iii Tingkatan 4 1 BAB Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 1 1.0 Pengenalan 1 1.1 Tujuan Perniagaan 3 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan 5 1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain 14 1.4 Klasifikasi Perniagaan 17 1.5 Skala Perniagaan 21 1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan 24 1.7 Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia 25 Praktis SPM 1 27 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 31 2 BAB Trend Semasa dalam Perniagaan 33 2.1 Peranan Kerajaan dalam Menangani Isu-isu Tempatan, Negara dan Serantau 33 2.2 Trend Persekitaran Perniagaan 40 2.3 Analisis Faktor-faktor yang Membawa Perubahan kepada Persekitaran Perniagaan 44 2.4 Kesan Perubahan Persekitaran terhadap Organisasi Perniagaan 49 Praktis SPM 2 50 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 55 3 BAB Penetapan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan 56 3.1 Maksud Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan 56 3.2 Perbandingan Visi, Misi, dan Objektif Beberapa Perniagaan yang Berbeza 57 3.3 Ciri-ciri Objektif Sesebuah Perniagaan 58 3.4 Tujuan Penetapan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan Sebagai Panduan Perniagaan 61 3.5 Menghasilkan Visi, Misi, dan Objektif bagi Perniagaan Tertentu 62 Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab
iv 3.6 Kesan kepada Perniagaan Akibat Kegagalan Mencapai Matlamat dan Objektif 66 3.7 Faktor yang Mempengaruhi Perubahan Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan 68 3.8 Pencapaian Visi, Misi, dan Objektif Perniagaan yang Dipilih 71 Praktis SPM 3 73 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 78 4 BAB Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 79 4.1 Bahagian-bahagian Fungsian Utama dalam Organisasi Perniagaan 79 4.2 Tujuan Setiap Bahagian Fungsian 80 4.3 Pembangunan Produk dan Pasaran Baharu 88 4.4 Penggunaan Teknologi Maklumat 90 4.5 Hubungan dan Interaksi dengan Bahagian Fungsian Lain 93 4.6 Interaksi dan Perkaitan antara Bahagian Fungsian dalam Dua Perniagaan Berlainan 97 Praktis SPM 4 99 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 104 Tingkatan 5 1 BAB Pengurusan Sumber Manusia 105 1.0 Pengenalan 105 1.1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia 105 1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan 106 1.3 Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan 109 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan 111 1.5 Hubung Kait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan 113 1.6 Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan 115 1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi 118 Praktis SPM 1 122 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 126 2 BAB Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi 128 2.0 Pengenalan 128 2.1 Tujuan Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 128 Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab
v v 2.2 Prosedur Mengurus Sumber Fizikal yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 131 2.3 Tujuan Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 132 2.4 Prosedur Mengurus Sumber Teknologi yang Diperlukan dalam Operasi Sesebuah Perniagaan 133 2.5 Aplikasi Pengetahuan Pengurusan Sumber Fizikal dan Sumber Teknologi dalam Satu Perniagaan yang Mampan 134 2.6 Membandingkan Kesan Pengurusan Sumber Fizikal dan Teknologi dalam Mempertingkatkan Kecekapan Sesebuah Organisasi Perniagaan 136 2.7 Rumusan Perkaitan antara Pengurusan Sumber Fizikal dengan Teknologi 137 Praktis SPM 2 138 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 142 3 BAB Sumber Pembiayaan Perniagaan 145 3.0 Pengenalan 145 3.1 Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan 145 3.2 Jenis Pembiayaan Dalaman dan Luaran yang Sesuai untuk Sesebuah Perniagaan 146 3.3 Keperluan Pembiayaan bagi Sesebuah Perniagaan 151 3.4 Kekuatan dan Kelemahan Jenis Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan 152 3.5 Prosedur Mendapatkan Sumber Pembiayaan untuk Sesebuah Perniagaan 155 3.6 Justifikasi Jenis Pembiayaan yang Sesuai Digunakan untuk Memulakan Sesebuah Perniagaan 157 Praktis SPM 3 158 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 162 4 BAB Penyata Kewangan Perniagaan 164 4.0 Pengenalan 164 4.1 Definisi Penyata Kewangan 164 4.2 Butiran dalam Penyata Kewangan 165 4.3 Pihak yang Berkepentingan kepada Penyata Kewangan Sesebuah Perniagaan 170 4.4 Menganalisis Kepentingan Penyata Kewangan terhadap Operasi Kewangan Sesebuah Perniagaan 171 4.5 Mentafsirkan Penyata Kewangan Menggunakan Nisbah Asas 173 4.6 Justifikasi Kedudukan Kewangan Sesebuah Perniagaan Berdasarkan Penyata Kewangan 177 Refleksi Bab Refleksi Bab
vi Praktis SPM 4 182 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 185 5 BAB Persediaan Menjadi Usahawan 186 5.0 Pengenalan 186 5.1 Ciri-ciri Keperibadian, Kekuatan Diri dan Kelebihan Menjadi Usahawan 186 5.2 Faktor-faktor Penyumbang untuk Memulakan Perniagaan 190 5.3 Kelebihan Berniaga Sebagai Satu Peluang Kerjaya 193 Praktis SPM 5 195 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 199 6 BAB Persediaan Memulakan Perniagaan 203 6.1 Akta-akta Penubuhan Sesebuah Entiti Perniagaan 203 6.2 Prosedur Pendaftaran Sesebuah Entiti Perniagaan 204 6.3 Tanggungjawab yang Perlu Dipatuhi oleh Usahawan Setelah Mendaftarkan Perniagaan 209 6.4 Dokumen Perniagaan yang Perlu Disimpan 210 6.5 Simulasi Penyediaan dan Penyimpanan Dokumen Perniagaan yang Dirancang 214 6.6 Penyediaan Penyata Aliran Tunai 215 6.7 Pemasaran dan Jualan 217 6.8 Persediaan untuk Menjalankan Aktiviti Pemasaran dan Jualan bagi Produk dan Perkhidmatan 217 Praktis SPM 6 222 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 225 7 BAB Merancang Pengendalian Perniagaan 227 7.1 Definisi Rancangan Perniagaan 227 7.2 Kepentingan Menyediakan Rancangan Perniagaan 228 7.3 Format Rancangan Perniagaan 232 7.4 Penyediaan Rancangan Perniagaan 236 Praktis SPM 7 245 Soalan KBAT dengan Jawapan Lengkap 248 Kertas Penilaian Tingkatan 4 249 Kertas Model SPM 259 Jawapan 271 Refleksi Bab Refleksi Bab Refleksi Bab
5. Peniaga juga berperanan menjalankan tanggungjawab sosial koporat seperti membina infrastruktur. Konsep Asas Perniagaan 1. Konsep asas perniagaan merupakan elemen asas yang wujud dalam sesuatu perniagaan. 2. Terdapat enam elemen asas perniagaan di mana kesemuanya saling berkaitan antara satu sama lain. (a) Barang dan perkhidmatan (b) Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna (c) Pertukaran nilai (d) Keuntungan perniagaan (e) Penjual dan pembeli (f) Kontrak perniagaan Barang dan Perkhidmatan 1. Produk terdiri daripada barang, perkhidmatan atau kombinasi keduaduanya. 2. Barang adalah sesuatu objek yang mempunyai bentuk fizikal, boleh dilihat, dan disentuh. 3. Perkhidmatan adalah aktiviti yang mendatangkan faedah kepada pengguna di mana perkhidmatan tidak mempunyai bentuk fizikal tetapi dapat dinikmati kelebihannya. 1.0 Pengenalan Rajah 1.1 Contoh perniagaan 1. Perniagaan merupakan aktiviti pertukaran nilai yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memuaskan keperluan dan kehendak pengguna dengan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan perniagaan. 2. Keuntungan akan dilaburkan semula untuk mengembangkan saiz perniagaan. 3. Peniaga atau usahawan mempunyai tanggungjawab untuk menghasilkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan demi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di pasaran. 4. Taraf hidup masyarakat akan meningkat dengan adanya banyak pilihan barang dan perkhidmatan serta peluang pekerjaan. Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan Tingkatan 4 1 BAB Refleksi Bab 1 4 Tingkatan
4. Contoh barang: Perabot, kereta, makanan, dan barang elektronik. 5. Contoh perkhidmatan: Insurans, pengangkutan, dan pendidikan. Memuaskan Keperluan dan Kehendak Pengguna 1. Keperluan adalah sesuatu yang diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan manakala kehendak adalah keinginan manusia untuk hidup dengan selesa. Keperluan Kehendak Wajib diperlukan oleh manusia untuk meneruskan kehidupan Tidak semestinya perlu untuk hidup Mudah dipenuhi Sukar dipenuhi Tidak dipengaruhi oleh saiz pendapatan Dipengaruhi oleh saiz pendapatan 2. Contoh barang keperluan ialah: Rajah 1.2 Pakaian Rajah 1.3 Makanan 3. Contoh barang kehendak ialah: Rajah 1.4 Barang kemas Rajah 1.5 Kereta Pertukaran Nilai 1. Aktiviti urus niaga yang melibatkan pertukaran nilai seperti wang daripada pembeli kepada penjual sebagai balasan kepada barang/ perkhidmatan yang diperoleh. 2. Aktiviti ini perlu melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli dengan harga yang ditetapkan, kuantiti, masa dan tempat sesuatu produk itu ditawarkan. Keuntungan Perniagaan 1. Keuntungan merupakan lebihan hasil setelah ditolak semua kos pengeluaran dan operasi. 2. Kepentingan keuntungan kepada perniagaan ialah: (a) Melambangkan imej perniagaan. (b) Menentukan hala tuju sesebuah perniagaan. (c) Mengembangkan perniagaan. (d) Meneruskan perniagaan. (e) Daya tarikan pelaburan baharu. (f) Sumber sumbangan kepada aktiviti kemasyarakatan. Penjual dan Pembeli 1. Penjual merupakan individu atau organisasi yang menawarkan sesuatu produk atau perkhidmatan. 2. Pembeli merupakan individu atau organisasi yang ingin membeli sesuatu produk atau perkhidmatan. Kontrak Perniagaan 1. Kontrak secara umumnya merupakan perjanjian yang dimenterai antara dua atau lebih pihak yang berperanan melindungi kepentingan kedua-duanya. 2. Kontrak dikuatkuasakan melalui Akta Kontrak 1950. Contoh kontrak perniagaan ialah kontrak jual beli barang dan kontrak sewa beli. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 2 4 Tingkatan
3. Kontrak berperanan untuk melindungi hak pengguna dan pembeli dalam urusan perniagaan. Aktiviti Perniagaan 1. Aktiviti perniagaan boleh dibahagikan kepada: (a) Aktiviti berasaskan barang Aspek Aktiviti Berasaskan Barang Penawaran Barang fizikal Aktiviti Aktiviti pengeluaran yang melibatkan faktor-faktor pengeluaran Faedah Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna Contoh Kasut : Kedai BATA Pakaian : Butik SK (b) Aktiviti berasaskan perkhidmatan Aspek Aktiviti Berasaskan Perkhidmatan Penawaran Barang tidak nyata Aktiviti Dilakukan oleh individu atau sekumpulan individu Faedah Memberi keselesaan, kepuasan, dan kecekapan kepada pengguna Contoh Kecantikan: Salun dan Spa Jolia Perubatan: Klinik Hani dan Hana 1.1 Tujuan Perniagaan Menawarkan Barang dan Perkhidmatan 1. Tujuan perniagaan secara umumnya adalah menawarkan barang atau perkhidmatan oleh peniaga atau organisasi kepada pembeli. 2. Jenis organisasi boleh dikategorikan kepada organisasi bermotifkan untung (OBU) dan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU). Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) Rajah 1.6 Organisasi bermotifkan untung 1. Organisasi bermotifkan untung terlibat dalam pengeluaran dan penjualan barang atau perkhidmatan. 2. Objektif utama adalah untuk memaksimumkan keuntungan perniagaan. 3. Barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk memenuhi permintaan pengguna akhir dan pengguna industri. 1 1. Apakah maksud perniagaan? 2. Berikan enam komponen utama dalam konsep asas perniagaan. PRAKTIS FORMATIF Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 3 4 Tingkatan
4. Kaedah organisasi bermotifkan untung menjalankan perniagaan ialah jualan pada harga atas kos. Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) Rajah 1.7 Organisasi bukan bermotifkan untung 1. Organisasi bukan bermotifkan untung terlibat dalam penawaran barang dan perkhidmatan tertentu. 2. Objektif utama adalah memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang. 3. Barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan adalah untuk memenuhi permintaan golongan kurang berkemampuan, gelandangan, warga tua, atau haiwan terbiar. 4. Kaedah organisasi bukan bermotifkan untung menjalankan perniagaan ialah: (a) Secara percuma (b) Jualan pada harga kos (c) Jualan pada harga di bawah kos Secara percuma Jualan pada harga kos Jualan pada harga di bawah kos • Tanpa mengenakan sebarang bayaran terhadap pengguna yang mendapat barang atau perkhidmatan. • Disediakan oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO). • Contohnya, Pertubuhan Wanita Negeri Kedah ditubuhkan untuk menjaga kepentingan wanita tanpa mengenakan caj perkhidmatan. • Tiada sebarang keuntungan diperoleh oleh penjual. • Harga yang dikenakan hanya cukup untuk menampung jumlah kos pengeluaran. • Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menjual produknya seperti roti pada harga kos. • Harga yang dikenakan adalah lebih rendah berbanding dengan kos sebenar. • Kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar untuk mengeluarkan barang atau perkhidmatan. • Barang yang mendapatkan subsidi biasanya adalah barang keperluan masyarakat. • Contohnya, minyak dan gula. 2 1. Nyatakan perbezaan antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan untung. PRAKTIS FORMATIF Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 4 4 Tingkatan
1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan 1. Pemilikan perniagaan merupakan entiti sesebuah perniagaan yang dibentuk dari aspek perundangan. 2. Bentuk pemilikan perniagaan boleh diklasifikasikan mengikut ciri-ciri dari aspek pemilik, corak kawalan, dan struktur pengurusannya. 3. Antaranya ialah bentuk pemilikan perniagaan: Milikan tunggal Perkongsian Syarikat berhad Koperasi Bentuk Pemilikan Perniagaan Rajah 1.8 Bentuk pemilikan perniagaan Milikan Tunggal Rajah 1.9 Milikan tunggal 1. Milikan tunggal merupakan sejenis bentuk perniagaan yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh pemilik perniagaan. 2. Matlamat pemilik milikan tunggal adalah menjana keuntungan daripada perniagaan. 3. Modal perniagaan boleh diperoleh daripada sumber pembiayaan seperti simpanan peribadi, pinjaman daripada ahli keluarga, agensi kerajaan atau institusi kewangan lain. 4. Operasi perniagaan yang kecil ini memudahkan pengurusan dan pentadbiran oleh pemiliknya. 5. Pemilik dapat menikmati keuntungan perniagaan sepenuhnya dan hanya akan dikenakan cukai yang rendah, iaitu cukai pendapatan individu sahaja. 6. Walau bagaimanapun, pemilik terpaksa menanggung liabiliti tidak terhad daripada operasi perniagaan ini. 7. Segala operasi dan pentadbiran perniagaan jenis ini dikawal oleh Akta Pendaftaran Syarikat 1956 (Pindaan 1978). 8. Penubuhan milikan tunggal perlu didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 9. Berikut adalah langkah pendaftaran perniagaan milikan tunggal yang mempunyai premis perniagaan. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 5 4 Tingkatan
Membuat permohonan carian nama (Borang PNA42) Mendapatkan Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan (Borang D) Membuat pembayaran yuran pendaftaran (RM30 bagi nama sendiri, RM60 bagi nama tred) Menghantar kepada Pendaftar Perniagaan, SSM Membuat permohonan pendaftaran perniagaan (Borang A) Rajah 1.10 Proses pendaftaran penubuhan perniagaan 10. Contoh milikan tunggal ialah Kedai Runcit Shamsuddin, Restoran Ali, dan sebagainya. Kelebihan dan kekurangan milikan tunggal Kelebihan Kekurangan Mudah ditubuhkan kerana proses penubuhan sangat ringkas Liabiliti adalah tidak terhad Tidak banyak syarat dan hanya memerlukan modal yang kecil Sukar untuk mengembangkan perniagaan kerana modal terhad Pemilik bebas membuat keputusan Pemilik menanggung kesemua kerugian yang dialami Beban cukai yang rendah kerana hanya membayar cukai pendapatan individu Tiada pengalaman / pengalaman yang terhad Mudah diuruskan kerana saiz perniagaan yang kecil Beban kerja ditanggung oleh pemilik sendiri Perkongsian Rajah 1.11 Perkongsian 1. Perkongsian merupakan jenis perniagaan yang melibatkan kerjasama antara dua atau lebih individu bagi menjalankan satu perniagaan bersama. 2. Perniagaan ini tertakluk kepada peruntukan Akta Perkongsian 1961. 3. Bagi perkongsian, satu surat ikatan perjanjian akan ditandatangani antara semua individu yang terlibat dengan tercatat semua syarat perkongsian bagi mengelakkan perselisihan pada masa depan. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 6 4 Tingkatan
4. Antara kandungan yang terdapat dalam perjanjian ialah: (i) Nama firma (v) Peruntukan hak dan tanggungjawab (ii) Jenis perniagaan (vi) Nisbah pembahagian keuntungan/kerugian (iii) Lokasi perniagaan (vii) Kaedah menjalankan perniagaan (iv) Nama semua rakan kongsi (viii) Kaedah menamatkan perniagaan 5. Selain daripada berkongsi modal, perniagaan ini juga berkongsi kepakaran, pengalaman, pengetahuan, dan beban tugas antara rakan-rakan kongsi terlibat. 6. Secara umumnya, perkongsian dimiliki oleh dua sehingga 20 orang rakan kongsi. 7. Bagi perkongsian yang melibatkan suatu profesion perkhidmatan, jumlah rakan kongsi tidak melebihi 50 orang. 8. Rakan kongsi akan menyumbangkan modal mengikut nisbah yang dipersetujui di mana nisbah tersebut akan menjadi kadar pembahagian keuntungan/kerugian kelak. 9. Semua rakan kongsi menanggung liabiliti tidak terhad dan akan dikenakan cukai pendapatan individu atas keuntungan perkongsian tersebut. 10. Contoh perniagaan perkongsian ialah Kedai Baju Miki dan Mimi. 11. Perniagaan perkongsian mempunyai perbezaan dalam aspek jenis rakan kongsi kerana aspek tanggungan adalah berbeza bagi setiap jenis rakan kongsi seperti berikut: Jenis Rakan Kongsi Sumbangan Modal Tanggungan / Liabiliti Kuasa/ Pengurusan Ganjaran Rakan kongsi berhad Mengikut perjanjian Terhad Tiada kuasa Keuntungan / kerugian Rakan kongsi lelap Mengikut perjanjian Tidak terhad Tidak aktif Keuntungan / kerugian Rakan kongsi biasa Mengikut perjanjian Tidak terhad Ada kuasa Keuntungan / kerugian Rakan kongsi aktif Mengikut perjanjian Tidak terhad Aktif Keuntungan / kerugian dan gaji bulanan Rakan kongsi nominal (namaan) Tidak Tidak terhad Tidak aktif Keuntungan / kerugian Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 7 4 Tingkatan
Kelebihan dan kekurangan perkongsian Kelebihan Kekurangan Mudah ditubuhkan kerana proses penubuhan adalah ringkas Liabiliti adalah tidak terhad kerana melibatkan aset peribadi rakan kongsi untuk menjelaskan hutang perniagaan Kepakaran, pengetahuan serta pengalaman boleh dikumpulkan daripada rakan kongsi Modal masih terhad untuk mengembangkan perniagaan berbanding dengan syarikat berhad Beban cukai yang rendah kerana hanya membayar cukai pendapatan individu Perniagaan akan dibubarkan jika salah satu rakan kongsi meninggal dunia, muflis, dan sebagainya Jenis-jenis perkongsian Jenis-jenis Perkongsian Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) • 2 hingga tiada had maksimum • Menggabungkan ciri perkongsian dan syarikat sendirian berhad • Akan berbubar setelah objektif perkongsian tercapai • Ciri-ciri PLT ialah entiti berasingan, liabiliti terhad, dan hayat berterusan Perkongsian Berhad • 2 – 50 orang • Terdapat beberapa orang rakan kongsi yang menanggung liabiliti terhad • Rakan kongsi biasa berhak menguruskan perniagaan dan yang lain hanya dibenarkan memeriksa rekod dan akaun perniagaan Perkongsian biasa • 2 - 20 orang • Semua rakan kongsi biasa menanggung liabiliti tidak terhad • Mempunyai kuasa dan hak yang sama dalam pengurusan perniagaan Rajah 1.12 Jenis-jenis perkongsian Ciri-ciri Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) 1. Liabiliti terhad • Semua rakan kongsi PLT menanggung liabiliti terhad. Apa-apa hutang atau obligasi PLT dibayar dengan modal yang dilaburkan sahaja dan tidak melibatkan harta rakan-rakan kongsinya. 2. Entiti berasingan • PLT merupakan suatu pertubuhan perbadanan dan mempunyai keperibadian undangundang yang berasingan daripada pekongsinya. PLT mempunyai hak untuk memegang, membangunkan, dan melupuskan harta. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 8 4 Tingkatan
3. Hayat berterusan • PLT adalah kekal turun-temurun. Jika berlaku perubahan dalam pekongsi PLT, PLT masih boleh meneruskan perniagaan. Syarikat Berhad Rajah 1.13 Syarikat sendirian berhad Rajah 1.14 Syarikat awam berhad 1. Syarikat berhad merupakan perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu bagi tujuan menjalankan aktiviti perniagaan. 2. Keanggotaan syarikat berhad tidak terhad kepada pemilik syarikat sahaja. Syarikat berhad juga terdiri daripada ahli lembaga pengarah. 3. Pengarah urusan syarikat akan melantik ahli lembaga pengarah yang paling kanan, manakala yang lain terdiri daripada pengarah eksekutif. 4. Pengarah eksekutif akan menetapkan pelbagai polisi dan membuat keputusan berkaitan perniagaan. 5. Pemegang saham merupakan pihak yang memegang kepentingan perniagaan dalam bentuk milikan saham. 6. Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham berhak untuk mengawal syarikat dan membuat keputusan perniagaan yang penting. 7. Antaranya merupakan hak pemegang saham dalam sesebuah syarikat: • Mengundi dalam mesyuarat agung tahunan • Mendengar dan memberikan pendapat tentang laporan tahunan aktiviti dan laporan kewangan syarikat • Mempersoalkan polisi syarikat jika diperlukan • Mengundi untuk meluluskan atau menolak setiap cadangan oleh ahli lembaga pengarah Hak Pemegang Saham Rajah 1.15 Hak pemegang saham Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 9 4 Tingkatan
8. Dua jenis syarikat berhad mengikut Akta Syarikat 2016 dan ciri-cirinya adalah seperti berikut: Syarikat Sendirian Berhad Syarikat Awam Berhad • Bilangan ahli dibenarkan adalah terhad, iaitu dua sehingga 50 orang sahaja • Modal diperoleh daripada penerbitan saham • Pemegang saham terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara, dan rakan-rakan • Saham syarikat tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia • Saham tidak bebas diurusniagakan. Sebarang pindah milik saham perlu mendapatkan kebenaran daripada ahli lembaga pengarah • Pemegang saham menanggung liabiliti terhad • Pemegang saham terbesar berhak mengawal setiap operasi syarikat • Keuntungan syarikat diagihkan dalam bentuk dividen kepada pemegang saham • Keuntungan syarikat dikenakan cukai pendapatan syarikat • Jangka hayat perniagaan adalah panjang dan berterusan • Bilangan ahli dibenarkan adalah antara dua hingga tiada had maksimum • Modal diperoleh daripada penerbitan saham dan penjualan bon kepada orang awam • Saham syarikat boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia • Saham bebas diurusniagakan tanpa mendapatkan kebenaran daripada ahli lembaga pengarah • Pemegang saham menanggung liabiliti terhad • Pemegang saham majoriti dapat mengambil alih pengurusan syarikat daripada pemegang saham asal • Keuntungan syarikat diagihkan dalam bentuk dividen kepada pemegang saham • Jangka hayat perniagaan panjang dan berterusan 9. Agihan keuntungan syarikat berhad adalah dalam bentuk dividen kepada semua pemegang syer. 10. Contoh syarikat sendirian berhad ialah Syarikat Kim Long Sdn. Bhd. dan Jasmin Sabun Sendirian Berhad. 11. Contoh syarikat awam berhad ialah Petroliam Nasional Berhad, Tenaga Nasional Berhad dan IOI Group. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 10 4 Tingkatan
Kelebihan dan kekurangan syarikat sendirian berhad Kelebihan Kekurangan Modal lebih besar Lebih banyak modal dapat diperoleh daripada terbitan syer Penawaran syer terhad (maksimum 50 orang) Penerbitan syer hanya ditawarkan kepada saudara-mara atau rakan-rakan yang rapat Liabiliti terhad Pemegang syer hanya kehilangan modal syer yang dilaburkan sahaja. Harta peribadi tidak digunakan untuk menyelesaikan hutang syarikat Beban cukai tinggi Kadar bayaran cukai pendapatan syarikat adalah tinggi Hal ehwal syarikat dirahsiakan Laporan kewangan tidak diumumkan kepada orang awam Syer tidak boleh bebas dipindah milik Syer boleh dipindah milik hanya dengan kelulusan daripada lembaga pengarah Jangka hayat perniagaan yang panjang Jangka hayat perniagaan terus kekal walaupan terdapat sebarang perubahan dalam penukaran milik saham atau kematian pemegang saham Penubuhan yang rumit Pembentukan syarikat adalah rumit dan melibatkan syarat penubuhan yang banyak berdasarkan Akta Syarikat 2016 Kelebihan dan kekurangan syarikat awam berhad Kelebihan Kekurangan Modal lebih besar Banyak modal dapat diperoleh dengan mudah kerana bilangan ahli tiada had maksimum Penubuhan yang rumit Perlu mematuhi pelbagai peraturan dan pelbagai borang yang terlibat semasa membuat permohonan Liabiliti terhad Jika syarikat muflis, pemegang saham hanya rugi setakat modal yang dilaburkan sahaja Beban cukai tinggi Kadar bayaran cukai pendapatan syarikat adalah tinggi Ganjaran ekonomi bidangan Perniagaan dapat dijalankan secara besarbesaran kerana bermodal besar Entiti berasingan Syarikat diuruskan oleh ahli lembaga pengarah. Terdapat risiko kemungkinan penyelewengan berlaku Kewujudan kekal Syarikat dan pemilik adalah entiti berasingan Tiada kerahsiaan Laporan kewangan perlu diumumkan kepada orang ramai Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 11 4 Tingkatan
Koperasi Rajah 1.16 Koperasi 1. Koperasi ialah perniagaan yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela yang mempunyai kepentingan bersama dengan tujuan melindungi kepentingan semua anggotanya. 2. Bilangan ahli adalah minimum 50 orang ahli dan setiap anggota perlu membeli modal syer. Semua ahli menanggung liabiliti terhad. 3. Modal diperoleh daripada terbitan saham ahli koperasi dan koperasi tidak dikenakan cukai. 4. Koperasi akan diuruskan oleh ahli lembaga pengarah yang dilantik di dalam mesyuarat agung tahunan. 5. Ciri-ciri koperasi adalah: (a) Melaksanakan kegiatan berkaitan dengan ekonomi untuk memenuhi keperluan semua anggotanya (b) Aktiviti koperasi tidak berunsurkan politik (c) Aktiviti koperasi adalah berdasarkan akta, peraturan, dan undangundang kecil (d) Modal koperasi disumbangkan oleh anggota dalam bentuk yuran dan syer (e) Setiap anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan (f) Liabiliti semua ahli terhad kepada modal yang disumbangkan sahaja Koperasi menjalankan aktiviti berkaitan perniagaan untuk memenuhi keperluan anggotaanggotanya. Tujuan adalah untuk mengurangkan beban kewangan anggota-anggotanya. Koperasi hanya tertumpu dalam menjaga kebajikan anggota-anggotanya. Tertakluk kepada Akta Koperasi 1993 (Pindaan 2007). Modul digunakan untuk memulakan dan menjalankan perniagaan koperasi. Setiap anggota koperasi mempunyai hak untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat. Terhad kepada sumbangan modal atau yuran sahaja. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 12 4 Tingkatan
Prinsip-prinsip koperasi Keanggotaan sukarela dan terbuka Prihatin terhadap komuniti Bekerjasama antara koperasi Menyediakan pendidikan, latihan, dan maklumat Kebebasan autonomi Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi Kawalan secara demokratik oleh anggota Prinsip-prinsip Koperasi Rajah 1.17 Prinsip-prinsip koperasi 6. Contoh koperasi ialah Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Taiping Berhad. 7. Hak bagi setiap anggota koperasi termasuk: (c) Menerima pulangan dalam bentuk dividen sebagai ganjaran (a) Hak untuk mengundi (satu undian) dalam mesyuarat agung tahunan tanpa mengambil kira jumlah syer dimiliki (d) Mengambil semula modal syer apabila keluar dari koperasi (b) Terlibat secara langsung dalam pembuatan keputusan Hak bagi setiap anggota koperasi Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 13 4 Tingkatan
Kelebihan dan kekurangan koperasi Kelebihan Kekurangan Liabiliti terhad Sebarang kerugian atau hutang perniagaan ditanggung oleh modal yang dilaburkan sahaja Kadar pulangan dividen rendah Dividen adalah rendah jika berbanding dengan pelaburan dalam syarikat berhad Pentadbiran secara demokrasi Pentadbiran dijalankan secara demokrasi melalui pengundian ahli koperasi Pemisahan pemilikan dan pengurusan Pekerja tidak terdorong untuk memajukan perniagaan Tiada beban cukai Keuntungan koperasi dikecualikan daripada cukai Pemilikan syer terhad Setiap individu tidak boleh memiliki syer melebihi 20% Rebat Merupakan insentif yang diberikan oleh koperasi kepada pelanggan Pindah milik syer Syer tidak boleh dipindah milik kepada orang lain 1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain Francais Rajah 1.18 Francais 1. Francais merupakan satu perniagaan yang mengandungi hubungan kontrak antara francaisor (pihak yang memiliki jenama) dengan francaisi (pihak yang melabur untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan pemasaran). 2. Perniagaan ini mengikut Akta Francais 1998 mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Perniagaan perlu dikendalikan mengikut sistem yang ditetapkan oleh francaisor. (b) Perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan sahaja. (c) Francaisor akan mengenakan kawalan mutu perkhidmatan berterusan kepada francaisi. 3 1. Terangkan bentuk pemilikan perniagaan milikan tunggal. 2. Nyatakan kelebihan penubuhan perkongsian. 3. Berikan tiga prinsip-prinsip koperasi. PRAKTIS FORMATIF Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 14 4 Tingkatan
(d) Francaisor bertanggungjawab dalam menyediakan bantuan promosi, pentadbiran serta penyelidikan dan pembangunan kepada francaisi. (e) Francaisi berhak menggunakan cap atau rahsia dagangan milik francaisor. (f) Francaisi perlu membuat sejumlah bayaran dalam bentuk fi bulanan dan berkala atau bentuk balasan lain yang dipersetujui bersama kepada francaisor. (g) Francaisor dan francaisi boleh menjalankan aktiviti perniagaan secara berasingan. 3. Contohnya ialah McDonald’s, Starbucks, dan Uniqlo. Peranan francaisor Francaisor Syarikat induk yang memilik jenama secara mutlak • Memberi hak kepada francaisi untuk menggunakan imej, jenama, sistem operasi, dan format perniagaan • Menyediakan panduan kepada francaisi tentang pelaksanaan aktiviti • Menyediakan latihan dan pengetahuan tentang pemasaran • Membiayai kos pengiklanan francaisi (aktiviti promosi bersepadu) • Memberi bantuan dalam bentuk ramuan khas, alatan, dan perkakas Peranan francaisi Francaisi Syarikat yang membeli hak kebenaran untuk menggunakan jenama • Menjalankan perniagaan mengikut peraturan dan sistem piawaian francaisor • Bersedia ditamatkan kontrak sekiranya perniagaan gagal mengikut piawaian tersebut • Menyediakan modal dalam bentuk dana, sumber manusia, dan usaha berterusan • Bertanggungjawab dalam memastikan kelangsungan perniagaan untuk menjaga imej francaisor Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisor Kelebihan Kekurangan • Dapat mengembangkan perniagaan secara global • Menikmati ekonomi bidangan • Mekanisme yang berkesan bagi menembusi pasaran baharu • Berkongsi risiko dan tanggungjawab dengan francaisi • Struktur pengurusan tidak besar • Sukar memilih francaisi yang baik dan berdaya saing • Kos sokongan operasi meningkat untuk francaisi • Reputasi terjejas jika francaisi tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 15 4 Tingkatan
Kelebihan dan kekurangan perniagaan francais kepada francaisi Kelebihan Kekurangan • Memiliki dan menjalankan satu perniagaan yang sistematik • Reka bentuk yang seragam • Mendapat sokongan pengurusan daripada francaisor • Risiko kegagalan perniagaan rendah • Jenama terkenal dan jaringan perniagaan yang lebih luas • Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan • Terikat kepada kontrak perniagaan • Perlu mengawal kualiti barang kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor • Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk memajukan perniagaan Usaha Sama 1. Usaha sama merupakan suatu perkongsian antara dua atau lebih individu yang bersetuju untuk bekerjasama menjalankan suatu pengeluaran dalam tempoh masa yang ditetapkan. 2. Ciri-ciri usaha sama adalah seperti berikut: (a) Merupakan suatu entiti perniagaan baharu. (b) Modal disumbangkan oleh pihak yang bekerjasama. (c) Pihak yang terlibat bekerjasama dalam kawalan dan pengurusan. (d) Pihak yang terlibat berkongsi aset, hasil, dan perbelanjaaan. (e) Pihak yang terlibat merupakan pemegang saham baharu. (f) Perniagaan akan dibubarkan apabila sesuatu projek telah disiapkan. (g) Ada perjanjian khas seperti peranan dan tanggungjawab masing-masing. 3. Tujuan usaha sama adalah untuk meningkatkan kedudukan perniagaan sedia ada dengan perkongsian dana perniagaan dan kepakaran bersama serta meningkatkan keuntungan. 4. Usaha sama adalah bersifat sementara. Apabila sesuatu tujuan atau matlamat penubuhan usaha sama telah dicapaikan, maka usaha sama tersebut akan dibubarkan. 5. Contoh usaha sama di Malaysia ialah KL Airport Hotel Sdn. Bhd. dan Atoz Hospitality Services Sdn. Bhd. telah membentuk syarikat usaha sama untuk mengendalikan dan menguruskan jenama hotel lapangan terbang baharu, Sama-Sama Hospitality Group. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 16 4 Tingkatan
Kelebihan dan kekurangan usaha sama Kelebihan Kekurangan • Membantu perniagaan untuk memperluas asas perniagaan • Dana kewangan dan tenaga kerja meningkat • Pengeluaran meningkat • Mendapat teknologi baharu dan terkini • Mudah mendapat sumber dan bahan mentah • Harta individu, aset, dan pegangan syarikat asal dapat dikekalkan • Risiko kecil kerana ditanggung secara bersama oleh pihak terlibat • Visi dan misi yang berbeza antara pihak terlibat menyebabkan berlakunya konflik • Perbezaan budaya dan cara pengurusan syarikat antara pihak yang terlibat menyebabkan wujudnya masalah pengurusan pada masa hadapan 4 1. Nyatakan tiga ciri-ciri bentuk perniagaan francais. 2. Apakah kekurangan usaha sama? PRAKTIS FORMATIF 1.4 Klasifikasi Perniagaan 1. Klasifikasi perniagaan merupakan penyusunan perniagaan dalam sesuatu kelompok tertentu mengikut kriteria yang telah ditetapkan. 2. Perniagaan diklasifikasikan kepada dua kelompok, iaitu saiz dan sektor. Klasifikasi Perniagaan Saiz Kecil Besar Utama Ketiga Sederhana Kedua Sektor Rajah 1.19 Klasifikasi perniagaan Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 17 4 Tingkatan
Saiz 1. Saiz perniagaan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu kecil, sederhana, dan besar. 2. Faktor penentuan saiz perniagaan pula adalah bergantung kepada: (a) Jumlah jualan tahunan (b) Bilangan pekerja tetap Klasifikasi perniagaan mengikut saiz perniagaan Klasifikasi Saiz Pengilangan Perkhidmatan Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap (orang) Jumlah Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap (orang) Kecil RM300 000 hingga kurang daripada RM15 juta 5 hingga kurang daripada 75 RM300 000 hingga kurang daripada RM3 juta 5 hingga kurang daripada 30 Sederhana RM15 juta hingga kurang daripada RM50 juta 75 hingga kurang daripada 200 RM3 juta hingga kurang daripada RM20 juta 30 hingga kurang daripada 75 Besar RM50 juta dan ke atas 200 dan ke atas RM20 juta dan ke atas 75 dan ke atas Kelebihan, kekurangan, dan cabaran bagi saiz perniagaan yang berbeza Saiz Kelebihan Kekurangan Cabaran Perniagaan bersaiz kecil • Kos overhed rendah • Mudah dan cepat menyelesaikan masalah pelanggan • Fleksibel dari aspek strategi perniagaan • Kos upah yang murah • Kos pengeluaran tinggi • Kurang berdaya saing • Sukar mendapat pekerja mahir dan berpengalaman • Kekurangan sumber kewangan • Masalah aliran tunai; pelanggan lambat bayar hutang • Bebanan kerja berat • Masalah mendapatkan pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada • Kos overhed tinggi • Memotivasikan pekerja Perniagaan bersaiz sederhana • Mudah ditubuhkan • Fleksibel • Semangat berpasukan tinggi • Pelaporan kewangan syarikat dirahsiakan • Sukar menyediakan latihan kerana kekurangan sumber • Sukar untuk pekerja yang ingin memajukan kerjaya • Wujud jurang hubungan antara pekerja dan majikan • Meningkatkan hasil kerana perbelanjaan tinggi • Pengambilan pekerja mahir • Undang-undang dan peraturan kerajaan wajib dipatuhi Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 18 4 Tingkatan
Saiz Kelebihan Kekurangan Cabaran Perniagaan bersaiz besar • Menikmati ekonomi bidangan (kos seunit dapat dikurangkan dengan adanya pengeluaran yang besar) • Dapat menguasai pasaran • Wujud pengkhususan • Komunikasi kurang berkesan; wujud salah faham antara jabatan • Birokrasi; sesuatu perkara menjadi sukar kerana banyak peraturan dan polisi yang perlu dipatuhi • Risiko kerugian lebih besar; pengaruh ekonomi dan politik dunia • Ketidakpastian pasaran • Pengambilan pekerja; persaingan sengit dalam mengambil pekerja • Meningkatkan keuntungan tahunan • Perundangan peraturan kerajaan; perniagaan perlu peka terhadap setiap perubahan undang-undang Sektor Perniagaan Sektor perniagaan terbahagi kepada tiga, iaitu sektor utama, sektor kedua, dan sektor ketiga. Sektor utama (primer) Rajah 1.20 Sektor utama 1. Sektor utama melibatkan pengeluaran secara langsung daripada alam semula jadi tanpa mengubah suai bentuk barang. 2. Aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam sektor utama memberikan nilai tambah kepada hasil yang diperoleh. Contohnya, getah merupakan bahan mentah yang ditoreh oleh penoreh getah daripada pokok getah. 3. Contoh pekerjaan bagi sektor utama adalah seperti nelayan, petani, dan pembalak. Sektor Utama Perikanan Perikanan laut dalam, pinggir pantai, ikan hiasan dan akuakultur Pertanian Sayur-sayuran, buah-buahan, barang makanan, dan tanaman jualan Pembalakan Kayu balak seperti kayu nyatoh, kayu merbau Perlombongan • Petroleum dan gas asli • Emas, kuprum, dan bijih timah • Mineral lain bukan logam Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 19 4 Tingkatan
Sektor kedua (sekunder) Rajah 1.21 Sektor kedua 1. Sektor kedua merupakan aktiviti penggunaan atau pemprosesan barang yang telah dikeluarkan oleh sektor utama untuk mengeluarkan barang separuh siap atau barang siap. 2. Aktiviti perniagaan yang dijalankan dalam sektor kedua memberikan nilai tambah yang lebih tinggi daripada sektor utama. Contohnya, getah merupakan bahan mentah daripada sektor utama akan diproses menjadi tayar. 3. Contoh pekerjaan bagi sektor kedua adalah seperti jurutera, pengurus kilang, dan buruh binaan. Sektor Kedua Pembuatan dan pengilangan Pembekalan tenaga Kejuruteraan Pembinaan Rajah 1.22 Klasifikasi sektor kedua Pembuatan dan Pengilangan Pembinaan Pembekalan Tenaga Kejuruteraan • Melibatkan proses transformasi input kepada output yang lebih bernilai. • Contohnya, kilang baju menghasilkan baju dengan menggunakan kain dan benang. • Melibatkan aktiviti pemasangan, pembinaan, dan pengubahsuaian dengan menggunakan barang siap atau barang separuh siap. • Contohnya, pembinaan rumah kediaman. • Melibatkan aktiviti pembekalan tenaga seperti pembekalan elektrik, air atau petroleum. • Contohnya, Petroliam Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. • Menyediakan jentera, mesin, dan peralatan dalam pengeluaran. • Contohnya, kilang kereta memerlukan mesin khas untuk mengeluarkan kereta. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 20 4 Tingkatan
Sektor ketiga (tertier) Rajah 1.23 Sektor ketiga 1. Sektor ketiga menyediakan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna. 2. Sektor ini meliputi pelbagai bidang seperti pelancongan, pendidikan, perbankan, kesihatan, insurans, pengangkutan, perdagangan serta perkhidmatan awam dan swasta. 3. Sektor ketiga memberi sokongan kepada sektor utama dan sektor kedua supaya aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar. 4. Contoh pekerjaan bagi sektor ketiga adalah seperti ejen insurans, doktor, penyanyi, dan guru. PRAKTIS FORMATIF 5 1. Apakah faktor penentuan saiz perniagaan? 2. Jelaskan maksud sektor utama. 3. Nyatakan tiga contoh pekerjaan bagi sektor ketiga. 1.5 Skala Perniagaan Skala Perniagaan Domestik Tempatan Negeri Kebangsaan Zon Global Antarabangsa Rajah 1.24 Skala perniagaan Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 21 4 Tingkatan
Pasaran Dosmetik 1. Pasaran domestik melibatkan penawaran barang dan perkhidmatan di pasaran dalam negara. 2. Pasaran domestik dibahagikan kepada tiga tahap, iaitu tempatan, negeri, dan kebangsaan. Skala tempatan Skala negeri Skala kebangsaan 1. Perniagaan yang menembusi pasaran tempatan menjual barang atau perkhidmatan kepada pelanggan di suatu tempat tertentu sahaja. 2. Saiz pasaran adalah kecil dan kos untuk menjalankan perniagaan adalah rendah. 3. Skala perniagaan tempatan hanya memerlukan bilangan tenaga buruh yang sedikit. Tenaga buruh ini biasanya murah dan senang didapati daripada persekitaran perniagaan. 1. Perniagaan yang menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah. 2. Kos untuk menjalankan perniagaan agak tinggi kerana perlu memenuhi permintaan dari sesuatu kawasan, bandar, sebahagian negeri atau seluruh negeri. 3. Kebanyakan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjalankan perniagaan pada tahap ini. 1. Saiz pasaran adalah lebih besar daripada skala negeri kerana skala ini meliputi pasaran di seluruh negara. 2. Perniagaan dapat menikmati ekonomi bidangan kerana barang atau perkhidmatan dapat ditawarkan pada harga yang berpatutan atau lebih murah. 3. Perniagaan berskala kebangsaan mampu membeli stok dalam kuantiti yang banyak dan memperoleh diskaun lebih tinggi. INFO PERNIAGAAN Perniagaan yang dijalankan dalam pasaran domestik menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dari segi mewujudkan peluang pekerjaan, mengimbangkan pendapatan penduduk tempatan, meningkatkan guna tenaga, dan mengurangkan masalah pengangguran. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 22 4 Tingkatan
Malayan Banking Berhad (Maybank) Air Asia Berhad Sime Darby Berhad 1. Perniagaan berskala mengikut zon merupakan satu jenis perniagaan yang bersaiz besar. Perniagaan dijalankan di kawasan-kawasan tertentu yang telah dikenal pasti dengan penawaran barangan dan perkhidmatan tertentu. 2. Perniagaan berskala zon biasanya beroperasi lebih daripada sebuah negara. Perniagaan berskala zon akan menjalankan strategi campuran pemasaran yang berbeza-beza di setiap negara berdasarkan cita rasa dan budaya setempat. 1. Perniagaan berskala global meliputi pasaran yang merentasi sempadan negara. 2. Pada masa kini, perniagaan dijalankan dengan penggunaan internet supaya operasi perniagaan yang merentasi sempadan dipermudahkan. 3. Perniagaan berskala ini menggunakan rancangan perniagaan dan strategi pemasaran yang pelbagai untuk menjalankan perniagaan di beberapa buah negara. 4. Kerajaan memberi galakan kepada peniaga tempatan untuk menembusi pasaran global melalui MATRADE. MATRADE menyediakan latihan dan bantuan kepada peniaga yang ingin mengembangkan sayap ke luar negara. 5. Berikut merupakan contoh syarikat Malaysia yang berjaya menembusi pasaran global: Skala zon Skala global Pasaran Antarabangsa 1. Pasaran antarabangsa melibatkan penjualan produk merentasi sempadan negara antara penduduk-penduduk di negara yang berbeza. 2. Pasaran antarabangsa melibatkan aktiviti eksport, import, dan entrepot. 3. Perniagaan dapat menerokai pasaran baharu di luar negara serta menguasai pasaran yang luas. 4. Ini membolehkan perniagaan mengaut keuntungan yang lebih tinggi. 5. Pasaran antarabangsa dibahagikan kepada dua tahap, iaitu zon dan global. PRAKTIS FORMATIF 6 1. Nyatakan tiga tahap pasaran domestik. 2. Terangkan perniagaan berskala negeri. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 23 4 Tingkatan
1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi dan Skala Perniagaan Penawaran barang dan perkhidmatan Klasifikasi Perniagaan Bentuk pemilikan Skala Rajah 1.25 Perkaitan perniagaan 1. Sesebuah perniagaan yang dijalankan berkait rapat dengan penawaran barang dan perkhidmatan, bentuk pemilikan, skala perniagaan, dan klasifikasi. 2. Pengusaha perlu memastikan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh perniagaannya dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. 3. Ini adalah kerana jenis barang dan perkhidmatan yang hendak ditawarkan akan mempengaruhi perniagaan yang bakal dijalankan termasuklah dari aspek pengurusan perniagaan itu kelak. 4. Untuk menjalankan perniagaan secara sah, pengusaha perlu memastikan bentuk pemilikan perniagaan yang dipilih adalah sesuai. Bagi memulakan perniagaan yang bersaiz kecil dan baharu, biasanya perniagaan milikan tunggal dipilih oleh peniaga. 5. Setelah perniagaan berkembang maju dan besar, kemungkinan perniagaan milikan tunggal ini boleh diubah kepada perniagaan yang lebih sesuai seperti perkongsian, syarikat berhad atau koperasi. 6. Pengusaha perlu mendaftar kembali perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sekiranya perubahan bentuk milikan ingin dilakukan. 7. Pada zaman globalisasi ini, saiz perniagaan tidak akan mempengaruhi skalanya. 8. Teknologi seperti internet dan jaringan maklumat globalisasi pada masa kini tidak menuntut sesebuah perniagaan bersaiz besar untuk menembusi pasaran luar sempadan, perniagaan yang bersaiz kecil juga mampu bersaing di peringkat global dengan adanya kemudahan tersebut. 9. Dengan ini, perniagaan dapat menjalankan perniagaan merentasi sempadan dengan mudah serta mendapat pelanggan dari luar negara. Jualan dan keuntungan syarikat dapat ditingkatkan. 10. Walau bagaimanapun, skala perniagaan yang dipilih biasanya dipengaruhi oleh jenis barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 24 4 Tingkatan
11. Lazimnya, sektor utama adalah untuk memenuhi pasaran domestik seperti pertanian dan perikanan kerana skalanya yang kecil, modal sedikit diperlukan dan bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak penduduk setempat sahaja. Bagi aktiviti perlombongan dan pembalakan, sektor ini mungkin adalah untuk memenuhi keperluan pasaran negeri dan kebangsaan. 12. Selain itu, sektor kedua dan ketiga, iaitu pengilangan dan perkhidmatan lazimnya adalah untuk memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa mengikut kemampuan perniagaan tersebut. 13. Perniagaan yang dapat menghubungkaitkan jenis barang dan perkhidmatan yang ditawarkan, bentuk milikan yang dipilih, klasifikasi perniagaan, dan skala perniagaan yang dilaksanakan dapat membantu untuk menjayakan sesebuah perniagaan serta menjana keuntungan yang lumayan. PRAKTIS FORMATIF 7 1. Di manakah sesebuah perniagaan perlu didaftarkan? 2. Cadangkan skala perniagaan yang sesuai untuk penubuhan Perniagaan Baju Moden Style. 1.7 Perkembangan Sektor Perniagaan di Malaysia 1. Sektor perniagaan di Malaysia dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu sektor utama, sektor kedua, dan sektor ketiga. 2. Di Malaysia, tumpuan yang diberikan dalam sektor perniagaan adalah berbeza pada waktu yang berbeza. 3. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk mengembangkan sektor perniagaan yang pelbagai supaya Malaysia dapat berkembang semakin maju dan berdaya saing. 4. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan seperti pemberian insentif, penyediaan program-program serta penubuhan agensi-agensi untuk mengembang pelbagai sektor perniagaan di Malaysia. 5. Taraf hidup rakyat Malaysia semakin meningkat berbanding dengan tahun yang lalu menunjukkan ekonomi negara semakin berkembang. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 25 4 Tingkatan
• Malaysia memberikan tumpuan dalam sektor utama (pertanian). • Pada waktu tersebut, Malaysia merupakan pengeluar utama bahan mentah (getah, bijih timah). • Namun, Malaysia juga bergantung kepada barang import. • Contohnya, Malaysia mengeksport getah tetapi terpaksa mengimport tayar dan produk getah lain dari luar negara. • Malaysia memberikan tumpuan dalam sektor kedua (perkilangan). • Tujuan adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada barang import. • Pelbagai galakan diberikan oleh kerajaan kepada pengusaha tempatan untuk menambahkan keluaran. • Kesannya, sektor kedua mengambil alih sebagai penyumbang utama eksport Malaysia. • Malaysia memberikan tumpuan dalam sektor ketiga (perkhidmatan). • Koridor Raya Multimedia (MSC) diperkenalkan untuk mengembangkan industri teknologi maklumat dan komunikasi. • Sektor utama memainkan peranan sebagai penyumbang sumber bahan mentah kepada perkembangan sektor perindustrian negara. • Malaysia berusaha mencapai matlamat yang ditetapkan, iaitu Malaysia ingin menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Rajah 1.26 Sektor pertanian Rajah 1.27 Sektor perkilangan Rajah 1.28 Sektor perkhidmatan Selepas Merdeka Era 1990-an Menjelang Abad ke-21 PRAKTIS FORMATIF 8 1. Namakan produk eksport Malaysia selepas merdeka, era 1990-an dan menjelang abad ke-21. 2. Jelaskan sektor perniagaan di Malaysia pada era 1990-an. Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 26 4 Tingkatan
1. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan definisi perniagaan dengan tepat? I Memaksimumkan keuntungan II Menawarkan barang percuma III Menjalankan tanggungjawab sosial IV Menawarkan barang dan perkhidmatan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 2. Gambar 1 berkaitan dengan konsep asas perniagaan. Gambar 1 Apakah konsep asas perniagaan itu? A Pertukaran nilai B Kontrak perniagaan C Keuntungan perniagaan D Barang dan perkhidmatan 3. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah organisasi perniagaan. Perniagaan Sayang Ceria menawarkan barang dan perkhidmatan secara percuma, pada harga kos atau di bawah harga kos. Ini bertujuan untuk membantu golongan kurang berkemampuan. Apakah organisasi perniagaan tersebut? A Perkongsian B Milikan tunggal C Organisasi bermotifkan untung D Organisasi bukan bermotifkan untung 4. Gambar 2 menunjukkan suatu pemilikan perniagaan. Gambar 2 Apakah borang yang perlu dipamerkan di premis perniagaan tersebut? A Borang 9 C Borang D B Borang A D Borang 13A 5. Penambahan bilangan perniagaan milikan tunggal di Malaysia adalah disebabkan milikan tunggal merupakan perniagaan yang KBAT Menilai A liabiliti terhad B mudah ditubuhkan C tiada risiko perniagaan D mudah mendapat untung 6. Apakah kelebihan perkongsian berbanding dengan milikan tunggal? A Liabiliti terhad B Mudah ditubuhkan C Berkongsi kepakaran D Cukai pendapatan individu 7. Antara yang berikut, yang manakah dua jenis perkongsian di Malaysia? I Perkongsian pakar II Perkongsian biasa III Perkongsian berhad IV Perkongsian pengurusan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Soalan Objektif 27 4 Tingkatan PRAKTISSPM 1
8. Gambar 3 menunjukkan sejenis pemilikan perniagaan. Syarikat Amat Berjaya Sendirian Berhad Gambar 3 Antara yang berikut, yang manakah menerangkan ciri-ciri perniagaan di atas? I Bebas pindah milik saham II Menanggung liabiliti tidak terhad III Cukai keuntungan syarikat yang tinggi IV Saham tidak boleh diurusniagakan di Bursa Malaysia A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 9. Antara yang berikut, yang manakah persamaan antara syarikat awam berhad dengan syarikat sendirian berhad? I Liabiliti terhad II Dimiliki oleh orang awam III Hal ehwal syarikat dirahsiakan IV Menikmati ekonomi bidangan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 10. Mengapakah koperasi ditubuhkan? A Memaksimumkan keuntungan B Menawarkan barang percuma C Menjalankan tanggungjawab sosial D Menjaga kepentingan dan kebajikan bersama 11. Apakah kekurangan perniagaan francais kepada francaisor? A Kos sokongan operasi meningkat B Risiko kegagalan perniagaan tinggi C Memerlukan pengalaman dalam perniagaan D Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk memajukan perniagaan 12. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan francaisi? A Bebas menguruskan perniagaan B Menyediakan latihan dan kursus C Membuat pembayaran dalam bentuk fi D Menjalankan aktiviti perniagaan promosi bersepadu 13. Maklumat berikut berkaitan dengan pemilikan perniagaan. Dua atau lebih syarikat yang membentuk satu perikatan yang bertujuan untuk bekerjasama mengeluarkan barang atau perkhidmatan dalam tempoh masa tertentu. Apakah bentuk perniagaan tersebut? A Usaha sama B Perkongsian C Pakatan strategik D Syarikat sendirian berhad 14. Maklumat berikut berkaitan dengan saiz perniagaan. Syarikat Azra merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembantu rumah. Jualan tahunan perniagaan ialah RM30 juta. Bilangan pekerja ialah 90 orang. Apakah saiz Syarikat Azra? A Mikro B Kecil C Besar D Sederhana 15. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kekurangan perniagaan bersaiz kecil? A Mudah diuruskan B Kos pengeluaran seunit yang tinggi C Kefleksibelan membuat keputusan D Semangat berpasukan yang tinggi Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 28 4 Tingkatan
16. Apakah cabaran perniagaan bersaiz besar? I Meningkatkan hasil II Ketidakpastian pasaran III Meningkatkan keuntungan tahunan IV Pemilik perniagaan menanggung semua beban kerja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 17. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti dalam sektor primer? A Shahrul menjual kambingnya di pasar pagi B Encik Ibrahim menanam buah betik di kebunnya C Suhaida sedang menghantar sayursayuran ke pasar raya D Mak Aisha sedang memproses ikan menjadi keropok lekor 18. Maklumat berikut berkaitan dengan skala perniagaan. • Skala perniagaan tempatan • Skala perniagaan negeri • Skala perniagaan kebangsaan Apakah skala perniagaan itu? A Zon B Sedunia C Domestik D Antarabangsa 19. Gambar 4 menunjukkan suatu sektor perniagaan. Gambar 4 Aktiviti di atas dapat memberi sokongan kepada KBAT Menilai I sektor utama II sektor kedua III sektor ketiga IV sektor keempat A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 20. Gambar 5 menunjukkan sebuah syarikat. Gambar 5 Perkembangan sektor perniagaan di atas berlaku pada tahun A 1960-an C 1980-an B 1970-an D 1990-an Soalan Esei Bahagian A 1. (a) Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim (i) Apakah jenis organisasi di atas? [1 markah] (ii) Jelaskan matlamat penubuhan organisasi di atas. KBAT Menganalisis [3 markah] (b) Jelaskan dua kelebihan perniagaan perkongsian. [4 markah] (c) Encik Rahim merupakan seorang jurutera. Apakah sektor perniagaan yang beliau ceburi? [2 markah] Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 29 4 Tingkatan
2. Gambar 1 menunjukkan sebuah perniagaan. Kedai Baju Salina Gambar 1 (a) Senaraikan dua kelebihan dan dua kelemahan saiz perniagaan di atas. [4 markah] (b) Nyatakan dua cabaran saiz perniagaan di atas. [2 markah] (c) Kenal pasti skala perniagaan di atas dan terangkan. [4 markah] 3. (a) Gambar 2 berkaitan dengan jenis rakan kongsi. Saya membenarkan nama saya untuk disenaraikan sebagai salah seorang pemilik bagi perniagaan ini. Gambar 2 Namakan dan terangkan jenis rakan kongsi di atas. [4 markah] (b) Gambar 3 menunjukkan perkembangan sebuah perniagaan. Kedai Baju Dani Syarikat Baju Dani Sdn Bhd Gambar 3 Huraikan tiga kelebihan perubahan pemilikan perniagaan di atas. KBAT Menganalisis [6 markah] Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 30 4 Tingkatan
Bahagian B 4. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Alex Lim, seorang usahawan. Encik Alex Lim ingin memulakan sesuatu perniagaan baharu. Encik Robert, rakannya mengajak dia sebagai rakan kongsi dengan melabur wangnya ke dalam perniagaan pakaiannya. Namun, Encik Alex Lim menolak cadangan tersebut kerana dia ingin menceburi sesuatu perniagaan yang telah mempunyai nama baik dan risiko kegagalan perniagaan adalah rendah. Encik Alex Lim melihat peluang perniagaan francais sepadan dengan matlamatnya. Dia ingin memulakan perniagaan dengan berniaga secara francais. Kebetulan pada ketika itu, perniagaan Francais CC burger telah menawarkan peluang perniagaan francais. Jadi Encik Alex Lim terus memohon sebagai francaisi. (a) Apakah ciri umum francais mengikut Akta Francais 1998 yang perlu dipatuhi oleh Encik Alex Lim? [6 markah] (b) Bagaimanakah francaisor boleh membantu perniagaan Encik Alex Lim? [3 markah] (c) Pada pendapat anda, adakah pilihan Encik Alex Lim tepat? Kemukakan alasan anda. KBAT Menilai [6 markah] SOALAN KBAT DENGAN JAWAPAN LENGKAP 1. Rajah 1 berkaitan dengan Syarikat Kingstay Mobile yang menjual telefon pintar. (a) Penawaran barang dan perkhidmatan (d) Klasifikasi (b) Bentuk pemilikan (c) Skala Syarikat Kingstay Mobile Rajah 1 Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 31 4 Tingkatan
Perniagaan SPM Bab 1 Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan 32 4 Tingkatan Dengan menggunakan Syarikat Kingstay Mobile sebagai contoh, kaitkan perniagaan mengikut aspek yang berikut: KBAT Menganalisis (a) Penawaran barang dan perkhidmatan (b) Bentuk pemilikan (c) Skala (d) Klasifikasi Jawapan (a) Penawaran barang dan perkhidmatan Syarikat Kingstay Mobile menawarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Jenis barang atau perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi perniagaan yang dijalankan. Syarikat Kingstay Mobile yang menjual telefon pintar serta menyediakan perkhidmatan membaiki telefon pintar merupakan perniagaan yang menjalankan aktiviti berasaskan perkhidmatan. Syarikat Kingstay Mobile perlu memberi tumpuan untuk memastikan pembekal-pembekal telefon pintar membekalkan telefon pintar yang berkualiti. (b) Bentuk pemilikan Syarikat Kingstay Mobile ialah syarikat sendirian berhad. Bagi menjalankan perniagaan yang lebih besar, perniagaan bentuk sendirian berhad dipilih kerana bilangan ahli boleh di antara dua hingga 50 orang berbanding dengan milikan tunggal yang hanya seorang pemilik. Kelebihan syarikat sendirian berhad ialah modal lebih besar dapat dikumpulkan, menanggung liabiliti terhad, dan hal ehwal syarikat dirahsiakan. (c) Skala perniagaan Syarikat Kingstay Mobile ialah antarabangsa. Syarikat Kingstay Mobile bukan sahaja menjual telefon pintar kepada pelanggan tempatan malah juga menjual secara atas talian. Ini dapat meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan. (d) Klasifikasi Syarikat Kingstay Mobile yang menjual telefon pintar serta menyediakan perkhidmatan membaiki telefon pintar merupakan perniagaan sektor ketiga. Sektor ketiga merupakan sektor yang membekalkan perkhidmatan tertentu daripada pengeluar terus kepada pengguna.
1.1 Definisi Pengurusan Sumber Manusia 1. Pengurusan sumber manusia ialah satu fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi untuk menarik sumber manusia, membangun sumber manusia, dan mengekalkan sumber manusia. Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia 1.0 Pengenalan Rajah 5.1 Pengurusan sumber manusia Memastikan sumber manusia sentiasa mencukupi Menjaga kebajikan pekerja Mengagih sumber manusia secara berkesan Menjaga prestasi pekerja Menyediakan program latihan yang mencukupi dan sesuai Memotivasikan pekerja 1. Pengurusan sumber manusia merupakan polisi, prosedur, dan amalan dalam pengurusan modal insan sesebuah organisasi perniagaan. 2. Sumber manusia merupakan individu yang menyumbangkan tenaga fizikal dan mental dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi perlu wujud dengan adanya sumber manusia. 3. Sumber manusia perlu diurus dengan sebaik mungkin kerana sumber inilah yang akan menentukan pencapaian matlamat organisasi. PRAKTIS FORMATIF 1 Nyatakan lima kepentingan pengurusan sumber manusia. 105 5 Tingkatan Pengurusan Sumber Manusia Tingkatan 5 1 BAB Refleksi Bab
1.2 Peranan Pengurusan Sumber Manusia dalam Sesebuah Perniagaan Pengurusan sumber manusia melibatkan proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan sumber manusia untuk mencapai matlamat organisasi. • Perekrutan pekerja dilakukan berdasarkan keperluan kuantiti dan kualiti pekerja. • Perekrutan pekerja dibuat dengan menggunakan teknik merekrut dan proses pemilihan yang sesuai. • Perekrutan pekerja adalah berdasarkan deskripsi tugas serta kelayakan seseorang calon. Deskriptif tugas yang jelas akan memastikan pekerja menjalankan tugas dengan cekap. • Pengurus perlu menyediakan penawaran kontrak kerja yang menarik. Penawaran kontrak yang menarik dapat memastikan kesetiaan pekerja. Merancang keperluan pekerja, perekrutan pekerja, kontrak pekerjaan, dan deskripsi tugas • Mewujudkan semangat kerja berpasukan. • Setiap pekerja berusaha untuk mencapai Indeks Pencapaian Utama (KPI) pasukan sebagai petunjuk kepada prestasi pencapaian. • Kerjasama antara pekerja-pekerja dengan adanya perkongsian dari aspek pengetahuan, pengalaman, dan kemahiran supaya sesuatu kerja dapat diselesaikan dengan lebih efisien. • Kualiti output kerja dapat ditingkatkan dengan sumbangan daripada pelbagai pekerja dalam sebuah pasukan. Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran organisasi • Memastikan prestasi pasukan adalah tinggi untuk mencapai tahap yang disasarkan. • Prestasi pasukan akan mempengaruhi produktiviti perniagaan. • Prestasi pasukan dapat ditingkatkan melalui program atau latihan yang dianjurkan oleh organisasi. Prestasi pasukan Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 106 5 Tingkatan
• Pekerja juga memerlukan kemahiran dan pengetahuan baharu terutamanya dari segi sains dan teknologi kerana persekitaran kerja sentiasa berubah-ubah. • Sumber manusia yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan terkini dapat membantu perniagaan bersaing di pasaran. • Program latihan dan pembangunan seperti latihan sambil bekerja boleh melengkapkan diri pekerja dengan kemahiran dan pengetahuan yang khusus. Latihan peningkatan kemahiran • Pengurus sumber manusia perlu menyediakan tempat kerja yang kondusif untuk meningkatkan motivasi serta kepuasan pekerja dan seterusnya meningkatkan produktiviti perniagaan. • Persekitaran tempat kerja yang kondusif juga membantu mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan mengurangkan kesilapan semasa menjalankan tugas. Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni • Pengurus boleh menyediakan pelbagai aktiviti untuk membangunkan bakat pekerja. • Selain itu, sumber pembiayaan pendidikan boleh disediakan untuk menggalakkan pekerja menambahkan pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran. • Pekerja yang kreatif dan inovatif dapat menghasilkan produk baharu dan juga meningkatkan daya saing perniagaan. • Pekerja yang kreatif dan inovatif akan diberikan ganjaran dan penghargaan. Menggalakkan kreativiti dan inovasi Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 107 5 Tingkatan
• Pekerja-pekerja mengamalkan kerja beretika, integriti, dan mementingkan kecemerlangan. • Ini akan mewujudkan etika kerja yang profesional dengan mengamalkan nilai moral yang tinggi. • Sumber manusia yang profesional dapat meningkatkan imej sesebuah organisasi perniagaan. Pemantapan budaya profesional • Tenaga fizikal yang disumbang oleh pekerja akan dibayar dalam bentuk gaji, komisen, dan elaun. • Ganjaran dan pampasan yang diberikan kepada pekerja adalah mengikut sistem prestasi dan kekananan pekerja. • Kesesuaian dan keadilan diambil kira bagi memastikan hubungan baik dan sumbangan pekerja pada masa akan datang. • Pengurus juga perlu merancang skim kesihatan dan keselamatan pekerja. Pemberian insentif yang munasabah • Jenis penamatan kontrak perkhidmatan termasuk: Penamatan perkhidmatan secara wajib Penamatan perkhidmatan secara sukarela Penamatan perkhidmatan secara pemberhentian • Sistem pemberhentian pekerja membantu organisasi untuk mengelakkan pembaziran sumber manusia. Pemberhentian pekerja PRAKTIS FORMATIF 2 1. Terangkan peranan pengurusan sumber manusia untuk menggalakkan kreativiti dan inovasi pekerja. 2. Nyatakan tiga jenis penamatan perkhidmatan pekerja. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 108 5 Tingkatan
1.3 Aplikasi Pengurusan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan yang Mampan Sumber manusia memainkan peranan yang amat penting dalam membangunkan perniagaan yang mampan. Oleh itu, sumber manusia perlu diuruskan dengan baik untuk memastikan sumber manusia yang berkualiti dapat kekal bekerja dalam sesebuah organisasi perniagaan serta mencapai matlamat yang ditetapkan. Contoh Perniagaan 1 Top Glove Corporation Berhad atau Top Glove. Rajah 5.2 Top Glove Corporation Berhad 1. Top Glove adalah pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia. Syarikat ini ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1991 oleh Tan Sri Lim Wee Chai, dengan memiliki sebuah kilang, tiga saluran pengeluaran (production line), dan 100 orang sumber manusia. 2. Kini, Top Glove mempunyai 33 buah kilang, 550 saluran pengeluaran (production line), dan seramai 12 000 orang sumber manusia. 3. Pada ketika ini, syarikat Top Glove menguasai 25 peratus pasaran sarung tangan global dan ingin meningkatkan penguasaan pasaran globalnya dalam sarung tangan kepada 30 peratus menjelang 2020. 4. Tidak dinafikan bahawa Top Glove yang mempunyai kejayaan pada hari ini merupakan sumbangan daripada kecekapan dalam pengurusan sumber manusia. 5. Top Glove menggunakan cara-cara yang berikut untuk mengurus sumber manusia, iaitu: (a) Top Glove mengupah ramai graduan untuk bekerja kerana dapat memperoleh lebih banyak idea baharu. Pengambilan graduan universiti dapat mengurangkan pengambilan pekerja asing kerana kos bagi pengambilan pekerja asing akan terus meningkat dan kualiti produk tidak konsisten. (b) Top Glove juga merekrut tenaga kerja yang berpengalaman dan berfikiran positif supaya produktiviti perniagaan dapat meningkat. Individu–individu yang memohon pekerjaan di Top Glove perlu menjalankan temu duga dan menduduki ujian penilaian (assessment test). Sistem pengrekutan yang lengkap dapat membantu perniagaan mendapat sumber manusia yang mampu menyumbang kepada perniagaan. (c) Top Glove melaksanakan latihan dan pembangunan kepada pekerja. Antaranya termasuk: Program orientasi untuk pekerja baharu. On–The–Job Training (OJT) merupakan latihan sambil bekerja yang disediakan untuk pekerja yang sedia ada. Kursus dalaman dan luaran disediakan mengikut keperluan. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 109 5 Tingkatan
(d) Top Glove juga memperkenalkan slogan “Work Smart, Play Hard, Staying Fit, and Living Healthily” yang menekankan kepada pengamalan gaya hidup yang seimbang antara pekerjaan dengan kehidupan harian. Top Glove juga mengatur program seperti aktiviti sukan, gym, dan lain-lain untuk pekerja-pekerjanya. (e) Top Glove menggunakan Indeks Pencapaian Utama (Key Performance Indicator) untuk menilai keupayaan perniagaan dalam mencapai matlamat perniagaan. Contoh Perniagaan 2 Axiata Group Berhad atau Axiata. Rajah 5.3 Axiata Group Berhad 1. Axiata merupakan salah sebuah syarikat telekomunikasi yang terkemuka di Asia. 2. Syarikat ini menceburi dalam industri yang membekalkan perkhidmatan infrastruktur jaringan serta operasi rangkaian mudah alih. 3. Axiata memiliki lebih kurang 25 ribu orang pekerja dan 320 juta orang pelanggan dalam sepuluh buah negara dengan hasil pendapatan sebanyak RM21.6 bilion pada tahun 2016. 4. Axiata berjaya menjadi sebuah perniagaan yang mampan kerana cekap dalam pengurusan sumber manusia dengan cara: (a) Axiata memberi tumpuan dalam p e m b a n g u n a n k e b u d a y a a n integriti dan kecemerlangan dalam kalangan pekerja. Axiata menyediakan taklimat (Uncompromising Integrity, Exceptional Performance) UI.EP yang mendidik serta menilai tingkah laku pekerja berdasarkan situasi yang diberikan. (b) Axiata memperkenalkan program latihan pengurusan beserta dengan tawaran peluang pekerjaan kepada graduan melalui Axiata Young Talent Programme (AYTP). Tujuan adalah untuk mengenal pasti dan mengembangkan bakat muda supaya menjadi pelapis kepimpinan pada masa depan. Pemilihan yang ketat dilaksanakan oleh pihak syarikat bagi memastikan semua graduan yang terpilih memiliki potensi yang tinggi sekali gus menjadi aset yang bernilai kepada syarikat. (c) Axiata amat mementingkan pembentukan persekitaran kerja yang positif dan harmoni. Intranet yang diperkenalkan bukan sahaja memudahkan kerja, malah juga menyediakan berita dalaman organisasi serta sebagai suatu platform untuk pekerja-pekerja untuk berinteraksi. Axiata juga menjalankan kaji selidik yang dikenal sebagai Employee Engagement Survey (EEF) untuk menilai tahap interaksi antara pekerja serta mengenal pasti cara untuk meningkatkan produktiviti pekerja. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 110 5 Tingkatan
PRAKTIS FORMATIF 3 Dengan memberikan satu contoh perniagaan yang mampan, nyatakan cara pengurusan sumber manusia yang cekap bagi contoh perniagaan tersebut. 1.4 Aspek Pengelolaan Sumber Manusia dalam Pembangunan Perniagaan Perancangan pengelolaan sumber manusia perlu dilaksanakan dalam sesebuah organisasi perniagaan supaya keperluan sumber manusia dapat dikenal pasti. Perancangan sumber manusia yang strategik membantu pihak pengurusan mengambil tindakan yang sewajar. INFO PERNIAGAAN Teori Hierarki Keperluan Maslow mengatakan bahawa pekerja mempunyai keperluan yang jauh lebih tinggi daripada wang semata-mata seperti keperluan fizikal, keperluan keselamatan, keperluan bersosial, keperluan penghargaan diri, dan keperluan pencapaian hasrat diri. Berikut adalah aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan. Penempatan Pekerja dan Fasiliti yang Berkaitan 1. Majikan menempatkan pekerja berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman, kebolehan, kemahiran, dan minat kerjaya pekerja. 2. Majikan menyediakan fasiliti tempat kerja yang sesuai untuk meningkatkan kecekapan pekerja. 3. Contohnya, seseorang yang mahir dalam teknologi maklumat ditempatkan di bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dan dibekalkan peralatan IT. Standard Prosedur Operasi Tugas 1. Standard Prosedur Operasi (SOP) ialah dokumen bertulis untuk menyeragamkan pelaksanaan tugas. 2. Dokumen meliputi peraturan, pelan, pematuhan, dan dasar untuk memastikan tugas dilaksanakan mengikut piawaian yang ditetapkan. 3. Contohnya, pekerja kilang makanan beku perlu memakai sarung tangan semasa menjalankan proses pengeluaran. Sistem Penggajian 1. Sistem penggajian yang adil dan menarik dapat dijadikan alat untuk memotivasikan dan mengekalkan sumber manusia. 2. Cara penggajian boleh dalam bentuk pulangan kewangan atau bukan kewangan. 3. Contohnya, pemberian gaji, bonus, serta elaun berdasarkan kekananan dan prestasi pekerja. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 111 5 Tingkatan
Penghargaan dan Hukuman 1. Pekerja yang berprestasi tinggi diberi penghargaan seperti pakej percutian, bonus tahunan, serta gaji yang lumayan dan lain-lain. 2. Tujuan penghargaan diberikan adalah untuk mendorong pekerja untuk bekerja dengan lebih baik. 3. Pekerja yang berprestasi rendah pula diberi hukuman seperti amaran lisan dan bertulis, penurunan pangkat, penarikan balik faedah kerja, potongan gaji, dan pemberhentian kerja. 4. Tujuan hukuman adalah sebagai peringatan dan pengajaran supaya pekerja lebih berdisiplin. 5. Contohnya, pekerja yang mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) akan diberikan bonus tahunan. Jenis-jenis Kesalahan Pekerja dalam Sesebuah Organisasi Perniagaan Pecah amanah Rasuah Salah guna aset syarikat Tidak beretika Ingkar arahan tanpa sebab kukuh Ponteng kerja Penyelesaian Masalah 1. Perhubungan antara pekerja dengan majikan yang baik adalah perlu untuk mewujudkan suasana tempat kerja yang harmoni. 2. Kedua-dua pihak harus sanggup berbincang untuk menyelesaikan masalah. 3. Contohnya, majikan berunding dengan pekerja untuk menyelesaikan masalah gaji rendah. Struktur Organisasi 1. Struktur organisasi dapat menunjukkan tentang pembahagian kerja, tugas-tugas, rantaian autoriti, komunikasi formal, dan tahap pengurusan. 2. Struktur organisasi penting untuk: (a) Mengagih dan menyelaraskan sumber manusia dengan cekap dalam sesebuah organisasi perniagaan mengikut keperluan bahagian fungsian. (b) Menunjukkan hierarki atau tahap pengurusan yang bermula dengan pihak pengurusan atasan hingga pihak pengurusan bawahan. (c) Menunjukkan bagaimana kerjakerja yang sepadan dan sesuai dikelompokkan ke dalam satu bahagian atau jabatan. 3. Contohnya, struktur organisasi disediakan untuk memastikan pekerja mengetahui pihak yang berkuasa memberi arahan. PRAKTIS FORMATIF 4 1. Nyatakan lima aspek pengelolaan sumber manusia dalam pembangunan perniagaan. 2. Nyatakan tiga jenis kesalahan pekerja dalam pekerjaan. 3. Nyatakan tiga kepentingan struktur organisasi. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 112 5 Tingkatan
1.5 Hubung Kait antara Kemahiran Kebolehkerjaan Pekerja dengan Kejayaan Sesebuah Perniagaan Definisi Kebolehkerjaan 1. Kebolehkerjaan boleh didefinisikan sebagai kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan, mengaplikasikan dalam tugasan projek serta menyumbang ke arah pencapaian objektif organisasi perniagaan. 2. Individu yang mempunyai kemahiran kebolehkerjaan boleh menarik bakal majikan sesebuah organisasi untuk menawarkan pekerjaan kepada mereka. 3. Terdapat tujuh jenis kemahiran kebolehkerjaan, iaitu: Kemahiran berkomunikasi Kerja berpasukan Penyelesaian masalah Penggunaan teknologi terkini Keupayaan pembelajaran Perancangan dan pengurusan diri Inisiatif dan keusahawanan Kemahiran Kebolehkerjaan Rajah 5.4 Kemahiran Kebolehkerjaan 4. Kemahiran ini boleh dipindahkan dari satu bidang kerja ke satu bidang kerja yang lain. 5. Kemahiran kebolehkerjaan ini tidak meliputi kemahiran kualiti yang diperlukan dalam sesuatu pekerjaan yang khusus sahaja malah merangkumi semua bidang kerjaya. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 113 5 Tingkatan
Kemahiran Kebolehkerjaan Keperluan kemahiran kebolehkerjaan akan membantu pekerja melaksanakan kerja dengan efisien dan ini secara langsung akan meningkatkan produktiviti sesebuah organisasi perniagaan. • Majikan akan mengambil calon yang memiliki kelayakan akademik dan kelayakan profesional dalam bidang tertentu. • Proses pengambilan pekerja adalah rumit kerana melibatkan kepelbagaian ujian serta temu duga untuk menilai personaliti dan kebolehan calon. • Contohnya, seorang doktor pergigian perlu mempunyai kelayakan akademik dalam bidang kedoktoran gigi serta lulus dalam latihan perindustrian. 1. Kelayakan yang bersesuaian • Calon yang mempunyai pengalaman kerja akan menjadi salah satu faktor majikan menawarkan pekerjaan kepadanya. • Majikan mementingkan pengalaman kerja kerana pekerja yang berpengalaman dapat melakukan tugas–tugas yang diberikan dengan berkesan. • Di samping itu, organisasi dapat menjimatkan kos latihan serta masa untuk melatih seseorang pekerja baharu. • Contohnya, usahawan kafe mengutamakan pengambilan barista yang mempunyai pengalaman dalam membuat kopi kerana mereka terlatih, mengetahui cara membuat kopi yang pelbagai, dan ini dapat menjimatkan kos latihan. 2. Berpengalaman • Calon yang mempunyai pengetahuan tentang produk dan perkhidmatan akan menjadi salah satu faktor majikan menawarkan pekerjaan kepadanya. • Keperluan untuk seseorang pekerja memahami produk dan perkhidmatan yang dijual supaya dapat melancarkan proses pemasaran. • Contohnya, penjual barang elektronik perlu mempunyai pengetahuan tentang pelbagai barang elektronik. 3. Berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 114 5 Tingkatan
• Pemilihan pekerja juga perlu mengambil kira pengalaman pekerja dalam industri tertentu. • Pekerja yang berpengalaman dalam industri yang berkaitan dapat melakukan kerja dengan lebih cekap. • Selain daripada ini, majikan dapat menjimatkan masa dan kos latihan pekerja jika pekerja berpengalaman dalam industri tersebut. • Contohnya, usahawan perhotelan memilih individu yang pernah berkhidmat dalam industri perhotelan sebagai eksekutif operasi. 4. Berpengalaman dalam industri tertentu • Pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pekerjaan dapat mencapai sasaran individu, pasukan atau jabatan. • Mereka akan berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan dengan cekap dan berkesan. 5. Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan atau jabatan 1.6 Mencipta Satu Struktur Organisasi dalam Sesebuah Perniagaan Struktur organisasi perniagaan menunjukkan cara sesebuah organisasi membahagikan tugas, jawatan, serta tanggungjawab bagi setiap pekerja. Terdapat beberapa jenis struktur organisasi bagi memenuhi keperluan perniagaan, iaitu: Struktur organisasi berdasarkan fungsi Struktur organisasi berdasarkan produk Struktur organisasi berdasarkan geografi/ wilayah Struktur organisasi berdasarkan pelanggan Struktur organisasi berdasarkan matriks 1 2 3 4 5 PRAKTIS FORMATIF 5 1. Berikan definisi kebolehkerjaan. 2. Mengapakah seseorang majikan lebih memberi keutamaan kepada calon yang berpengalaman? KBAT Menilai Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 115 5 Tingkatan
Struktur Organisasi Berdasarkan Fungsi • Struktur organisasi ini digunakan secara meluas oleh kebanyakan organisasi kerana mudah dibentuk. • Pengelompokan aktiviti atau tugas mengikut fungsi asas organisasi, iaitu pemasaran, pengeluaran, pembelian, pentadbiran, sumber manusia, kewangan, serta penyelidikan dan pembangunan. • Sumber manusia diperuntukkan ke jabatan atau unit yang sesuai mengikut kebolehan dan kemahiran. Pengurus pemasaran Pengurus pengeluaran Pengurus pembelian Pengurus pentadbiran Pengurus sumber manusia Pengurus kewangan Pengurus R & D Pengurus Besar Rajah 5.5 Contoh struktur organisasi berdasarkan fungsi Struktur Organisasi Berdasarkan Produk • Struktur organisasi ini berfungsi untuk mengelompokkan pekerja dalam jabatan bagi menghasilkan produk yang sama. • Struktur organisasi ini sesuai untuk organisasi besar yang mengeluarkan produk yang pelbagai. • Penjabatan ini membahagikan jabatan kepada produk yang berlainan yang dikeluarkan oleh syarikat. • Jabatan yang bertanggungjawab ke atas sesuatu produk perlu fokus kepada pelanggan dan pasaran sendiri. Rajah 5.6 Contoh struktur organisasi berdasarkan produk Pengurus (Ubat gigi) Pengurus (Sabun tangan) Pengurus (Syampu) Pengurus (Pencuci muka) Pengurus (Syampu badan) Pengurus Besar Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 116 5 Tingkatan
Struktur Organisasi Berdasarkan Geografi/Wilayah • Pengelompokan aktiviti adalah berdasarkan lokasi yang menjadi fokus syarikat. • Struktur organisasi ini sesuai untuk organisasi yang mempunyai sejumlah pekerja yang besar di ibu pejabat dan menjalankan perniagaan di lokasi yang berlainan dalam negara. • Struktur organisasi ini memudahkan syarikat membuat penyelarasan jabatan, unit, dan bahagian fungsian di pelbagai wilayah. Rajah 5.7 Contoh struktur organisasi berdasarkan geografi/wilayah Pengurus (Wilayah Timur) Pengurus (Wilayah Barat) Pengurus (Wilayah Selatan) Pengurus (Wilayah Sabah) Pengurus (Wilayah Sarawak) Pengurus Besar Struktur Organisasi Berdasarkan Pelanggan • Pengelompokan aktiviti adalah berdasarkan kepada keperluan dan kehendak pelanggan yang berbeza. • Struktur organisasi ini sesuai untuk organisasi yang mempunyai pelanggan yang pelbagai. • Pelanggan boleh dikumpul berdasarkan pasaran tertentu seperti kanak-kanak, lelaki, wanita, warga tua, dan sebagainya. • Jabatan yang bertanggungjawab perlu mengenal pasti jenis barang yang patut dikeluarkan untuk sasaran pelanggan yang difokuskan. Rajah 5.8 Contoh struktur organisasi berdasarkan pelanggan Pelanggan A (Kanak-kanak) Pelanggan B (Lelaki) Pelanggan C (Wanita) Pelanggan D (Warga tua) Pengurus Besar Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 117 5 Tingkatan