Struktur Organisasi Berdasarkan Matriks • Struktur organisasi ini dikenal sebagai sistem berbilang arahan. • Pengelompokan aktiviti di mana dua jenis struktur organisasi diwujud secara serentak, iaitu struktur organisasi mengikut fungsi dan struktur organisasi mengikut projek. • Struktur organisasi ini sesuai untuk sesuatu projek yang khas seperti projek kejuruteraan dan perundingan. Rajah 5.9 Contoh struktur organisasi berdasarkan matriks Pengarah projek Eksekutif projek A Eksekutif projek B Eksekutif projek C Pengarah operasi Pengarah kewangan Pengarah pemasaran Pengarah sumber manusia Pengurus Besar PRAKTIS FORMATIF 6 1. Jelaskan struktur organisasi yang sesuai untuk perniagaan yang bersaiz kecil. 2. Terangkan struktur organisasi berdasarkan matriks. 1.7 Sistem Penggajian bagi Sesebuah Organisasi Gaji ialah suatu bentuk pembayaran yang dibuat oleh majikan kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga dalam sesebuah organisasi. Penggajian pula bererti semua urusan tentang gaji pekerja. Tujuan penggajian adalah untuk menarik pekerja baharu dari luar organisasi, mengekalkan pekerja yang berpotensi dalam organisasi serta memotivasikan pekerja. Penggajian mengandungi dua komponen yang asas, iaitu gaji dan faedah. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 118 5 Tingkatan
Gaji Jenis Huraian Gaji asas Gaji yang diterima oleh pekerja dalam kadar yang tetap. Gaji biasanya dibayar berdasarkan kelayakan pekerja dan perjanjian pekerjaan yang ditandatangani antara majikan dengan pekerja. Gaji asas tidak termasuk elaun, bonus, komisen, dan lain-lain. Upah Upah merupakan bayaran yang tidak tetap. Upah dibayar berdasarkan jam bekerja atau mengikut hari bekerja. Pekerja akan menerima upah selepas kerja telah siap diselesaikan. Elaun Elaun merupakan bayaran tambahan yang diberi oleh majikan kepada pekerja. Pemberian elaun adalah berdasarkan jawatan yang disandang. Faedah Jenis Huraian Bonus tunai Bayaran yang diberikan berdasarkan prestasi tahunan syarikat pada akhir tempoh tertentu. Komisen Bayaran yang diberikan kepada pekerja yang terlibat dalam aktiviti jualan. Jumlah komisen adalah berdasarkan jumlah jualan yang dibuat mengikut peratusan yang dipersetujui. Caruman KWSP Bayaran yang dibuat oleh pekerja dan majikan kepada Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai perlindungan apabila bersara. Caruman untuk majikan ialah 12% manakala pekerja ialah 11% daripada gaji bulanan. Kemudahan cuti Percutian diberikan kepada pekerja mengikut tahun perkhidmatan termasuk cuti rehat, cuti sakit, cuti tahunan, dan sebagainya. Caruman PERKESO Semua majikan sepatutnya mendaftarkan para pekerja dan syarikat mereka di bawah PERKESO. Caruman untuk majikan ialah 1.25% manakala pekerja ialah 0.5% daripada gaji bulanan bagi perlindungan luar jangka seperti kemalangan semasa bekerja. Insurans berkelompok Majikan membayar premium kepada syarikat insurans untuk memberi perlindungan kepada pekerja daripada sebarang risiko semasa bekerja. Kemudahan perubatan Majikan membiayai kos perubatan secara percuma atau pada kos yang minimum melalui panel klinik atau hospital. Pinjaman kewangan Pinjaman kewangan merupakan faedah yang disediakan oleh perniagaan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Tempat penjagaan anak-anak Kemudahan penjagaan anak-anak disediakan untuk memudahkan pekerja yang berkeluarga. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 119 5 Tingkatan
Jenis Huraian Kemudahan pengangkutan Kemudahan pengangkutan seperti bas atau kereta disediakan untuk menghantar pekerja pergi dan balik dari bekerja. Kemudahan penginapan Kemudahan tempat tinggal disediakan untuk pekerja berdasarkan jawatan dan keperluan. Keahlian badan profesional dan kelab Majikan membiayai yuran kelab rekreasi bagi membolehkan pekerja menyertai aktiviti sukan di luar waktu kerja. Kemudahan kebajikan dan keselamatan pekerja Bantuan yang diberi apabila pekerja atau keluarga pekerja ditimpa bencana. Ini juga merupakan penjagaan keselamatan semasa pekerja sedang bekerja. INFO PERNIAGAAN Pengurus sumber manusia memainkan peranan yang penting dalam mereka bentuk sistem gaji dan faedah. Dengan adanya sistem penggajian yang adil, ini akan membantu organisasi memperoleh pekerja yang berkelayakan, mendorong pekerja berusaha mencapai prestasi kerja yang diingini oleh organisasi serta mengekalkan pekerja dalam organisasi. Faktor Penentu Sistem Penggajian Majikan, bahagian fungsian kewangan, serta bahagian fungsian pengurusan sumber manusia saling berhubung untuk menentukan sistem penggajian. Antara yang berikut merupakan faktor penentu sistem penggajian. Kemampuan organisasi Organisasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh mampu memberikan lebih banyak ganjaran kepada pekerja. Bentuk dan jenis tugas Pekerja yang menanggung tugas yang rumit, berat, memikul tanggungjawab yang penting, dan tugas yang memerlukan kemahiran tinggi akan diberi ganjaran yang lebih tinggi. Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 120 5 Tingkatan
Undang-undang dan peraturan kerajaan Pihak kerajaan berkuasa untuk menetapkan gaji minimum yang perlu diberikan oleh sesebuah organisasi untuk melindungi hak pekerja. Ganjaran yang dibayar oleh pesaing Majikan perlu memberi ganjaran yang setara atau lebih tinggi daripada pesaing untuk memotivasikan dan mengelakkan pekerja bertukar organisasi. Permintaan dan penawaran buruh Permintaan dan penawaran buruh akan menentukan kadar upah di pasaran. Jika permintaan terhadap tenaga kerja tinggi, maka penawaran ganjaran juga akan turut meningkat. Faktor lokasi Kos sara hidup setempat yang tinggi, kedudukan geografi kawasan, dan risiko lokasi akan mempengaruhi ganjaran pekerja. Perintah gaji minimum 2022 INFO PRAKTIS FORMATIF 7 1. Terangkan faedah kerja yang berikut: (a) Caruman KWSP (b) Kemudahan cuti (c) Komisen 2. Nyatakan tiga bentuk gaji. 3. Mengapakah gaji pengurus lebih tinggi daripada seorang pekerja? KBAT Menilai Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 121 5 Tingkatan
1. Pernyataan di bawah berkaitan dengan pengurusan sumber manusia. Dokumen ini mengandungi ringkasan tugas dan tanggungjawab pekerja. Apakah dokumen tersebut? A Deskripsi tugas B Keperluan pekerja C Merekrut pekerja D Kontrak pekerja 2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan pengurusan sumber manusia? A Penetapan gaji yang tinggi B Menjaga kebajikan pekerja C Pengagihan sumber manusia secara rawak D Pengeluaran bertujuan untuk memenuhi keperluan pekerja 3. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia. Menyediakan ruang kerja yang luas dan selesa supaya dapat melancarkan pelaksanaan tugas dan meningkatkan produktiviti. Apakah peranan pengurusan sumber manusia itu? A Prestasi pasukan B Latihan peningkatan kemahiran C Pemantapan budaya profesional D Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni 4. Maklumat berikut berkaitan dengan peranan pengurusan sumber manusia. Encik Zulkifli merupakan seorang pengurus yang mementingkan amalan kerja yang beretika dan kecemerlangan kerja. Apakah peranan yang dimainkan oleh Encik Zulkifli? A Latihan peningkatan kemahiran B Pemantapan budaya profesional C Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran D Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni 5. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan pengurusan sumber manusia? I Menggalakkan kreativiti dan inovasi pekerja II Pemberian insentif yang munasabah III Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukan yang ditetapkan IV Menjawab pertanyaan pelanggan berkaitan dengan barang dan perkhidmatan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 6. Apakah kepentingan penilaian prestasi ke atas pekerja? A Menyediakan penyelidikan dan pembangunan B Membentuk program latihan yang sesuai C Membaiki reka bentuk produk D Tujuan penglibatan pekerja Soalan Objektif PRAKTISSPM 1 122 5 Tingkatan
7. Maklumat berikut berkaitan dengan aspek pengelolaan sumber manusia. Encik Kamali ditugaskan sebagai operator kilang kerana beliau mengetahui cara mengoperasikan mesin dan jentera kilang. Apakah aspek pengelolaan sumber manusia itu? KBAT Menganalisis A Struktur organisasi B Penyelesaian masalah C Standard Prosedur Operasi tugas D Penempatan pekerja dan fasiliti yang berkaitan 8. Maklumat berikut berkaitan dengan aspek pengelolaan sumber manusia. X merupakan dokumen arahan bertulis untuk mencapai keseragaman pelaksanaan tugas dan fungsi tertentu. Apakah X? A Analisis kerja B Rancangan perniagaan C Indeks Pencapaian Utama (KPI) D Standard Prosedur Operasi (SOP) 9. Maklumat berikut berkaitan dengan aspek pengelolaan sumber manusia. • Menyelesaikan pertikaian dengan prosedur yang ditetapkan seperti mengadakan rundingan secara aman. • Pihak pengurusan organisasi perlu menunjukkan sikap sedia berunding dengan pekerja, bertolak ansur, dan bersabar dalam mencari penyelesaian. Aspek pengelolaan di atas berkaitan dengan A sistem penggajian B struktur organisasi C penyelesaian masalah D penghargaan dan hukuman 10. Apakah hukuman yang sesuai jika seorang pekerja pertama kali lewat datang bekerja? A Amaran lisan B Potongan gaji C Amaran bertulis D Penurunan pangkat 11. Struktur organisasi adalah penting untuk I pembahagian tugas II tujuan penghargaan III meningkatkan produktiviti IV mewujudkan rantaian arahan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 12 Tujuan perniagaan mengadakan pelbagai ujian ke atas individu yang memohon pekerjaan adalah untuk menentukan kemahiran kebolehkerjaan tentang A berpengalaman B kelayakan yang bersesuaian C berpengalaman dalam industri tertentu D berpengetahuan tentang produk dan perkhidmatan 13. Maklumat berikut menunjukkan caloncalon yang memohon kerja sebagai tukang masak di Restoran Kamdar. • Azmi yang memperoleh sijil kemahiran memasak • Faridah, pelajar lepasan universiti • Mazidah berpengetahuan dalam bidang masakan • Hashimah yang pernah menjadi tukang masak selama lima tahun Pada pendapat anda, apakah pilihan Restoran Kamdar? KBAT Menilai A Azmi C Mazidah B Faridah D Hashimah 14. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kemahiran kebolehkerjaan? A Rajin B Berpengalaman C Bertanggungjawab D Kemurnian peribadi Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 123 5 Tingkatan
15. Struktur organisasi yang sesuai untuk perniagaan yang bersaiz kecil ialah struktur organisasi berdasarkan A fungsi C matriks B produk D geografi 16. Maklumat berikut berkaitan dengan struktur organisasi. Kombinasi struktur organisasi adalah mengikut fungsi dan produk. Struktur organisasi tersebut ialah struktur organisasi berdasarkan A fungsi C matriks B produk D geografi 17. Maklumat berikut berkaitan dengan struktur organisasi. Syarikat Indah merupakan sebuah syarikat Malaysia yang mengeluarkan produk aiskrim, minuman jus, snek, tepung susu, dan makanan dalam tin. Apakah jenis struktur organisasi yang sesuai untuk Syarikat Indah? A Fungsi C Matriks B Produk D Geografi 18. Maklumat berikut berkaitan dengan penggajian. Bayaran adalah berdasarkan jam bekerja atau mengikut hari bekerja. Maklumat di atas berkaitan dengan A upah C komisen B elaun D gaji asas 19. Antara yang berikut, yang manakah merupakan penggajian? I Gaji II Faedah III Latihan IV Prestasi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 20. Antara yang berikut, yang manakah merupakan faedah kerja? I Elaun II Gaji asas III Caruman KWSP IV Kemudahan penginapan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Soalan Esei Bahagian A 1. Berikut merupakan iklan jawatan kosong Syarikat MM Berhad. JAWATAN KOSONG Syarikat MM Berhad No 22, Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor. Nama jawatan: Pengurus cawangan Kelayakan: ◆ Pemegang ijazah dalam bidang perniagaan ◆ Memiliki minimum lima tahun pengalaman profesional dalam memegang pengurusan dan pentadbiran syarikat ◆ Memiliki sifat-sifat kepimpinan ◆ Berumur di bawah 45 tahun Gaji dan faedah: Gaji RM8 000 ke atas Cuti tahunan sebanyak 30 hari Diberi kemudahan kereta dan insurans berkelompok Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 124 5 Tingkatan
(a) Jelaskan dua kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada calon yang memohon jawatan sebagai pengurus cawangan Syarikat MM Berhad. [6 markah] (b) Terangkan sistem penggajian Syarikat MM Berhad. [4 markah] 2. Maklumat berikut berkaitan dengan David Yong, seorang pengurus sumber manusia di Syarikat Ida Sdn. Bhd.. David Yong baru memegang jawatan sebagai pengurus sumber manusia di Syarikat Ida Sdn. Bhd.. Pada hari pertama di tempat kerja yang baharu ini, beliau telah mendapati bahawa pekerja di syarikat tersebut melakukan banyak kesilapan dalam kerja. Selain daripada itu, sikap pekerja adalah malas dan kurang bertanggungjawab. Kebanyakan pekerja lambat datang bekerja serta mengambil waktu rehat yang lebih panjang daripada yang ditetapkan. Terdapat segelintir pekerja pula mengguna waktu kerja untuk melakukan kerja sambilan. (a) Pada pendapat anda, apakah tindakan yang seharusnya dilakukan oleh David Yong untuk membangunkan sumber manusia? KBAT Menilai [2 markah] (b) Terangkan proses tindakan disiplin yang boleh dikenakan terhadap pekerja yang melakukan kesalahan. [8 markah] 3. Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Global One. Syarikat Global One merupakan sebuah syarikat yang bersaiz besar dan mempunyai empat cawangan di Asia Tenggara, iaitu di Singapura, Indonesia, Thailand, dan Vietnam. (a) (i) Nyatakan dan jelaskan jenis struktur organisasi yang sesuai untuk Syarikat Global One. [4 markah] (ii) Lakarkan jenis struktur organisasi yang anda cadangkan di 3a(i). KBAT Mencipta [2 markah] (b) Mengapakah pemberian insentif yang munasabah sangat penting diamalkan dalam sesebuah organisasi perniagaan. [4 markah] Bahagian B 4. Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat AVA Sdn. Bhd.. Encik Tan merupakan pengurus sumber manusia bagi Syarikat AVA Sdn. Bhd.. Beliau berperanan untuk memastikan perekrutan pekerja berdasarkan keperluan syarikat. Beliau merekrut pekerja berdasarkan penghuraian kerja dan spesifikasi kerja. Beliau juga menjalankan proses pemilihan dengan menggunakan pelbagai ujian yang bersesuaian. Encik Tan akan menyediakan latihan dan program induksi untuk pekerja yang baru direkrut. (a) Terangkan dua peranan Encik Tan sebagai pengurus sumber manusia. [6 markah] (b) Berikan lima jenis ujian semasa proses pemilihan. [5 markah] (c) Terangkan dua proses pemilihan dalam perekrutan sumber manusia. [4 markah] Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 125 5 Tingkatan
SOALAN KBAT DENGAN JAWAPAN LENGKAP 1. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah syarikat. Google Malaysia muncul sebagai peneraju dalam kaji selidik JobStreet.com sebagai 10 syarikat-syarikat yang diinginkan oleh rakyat Malaysia sebagai majikan mereka. Dalam senarai 10 teratas termasuklah organisasi yang mampan, iaitu Maybank, Nestle Malaysia, Intel Malaysia, Tenaga Nasional Bhd. dan Eco World Development Group Bhd. Menurut kajian tersebut, peluang pembangunan kerjaya merupakan sebab utama rakyat Malaysia mahu bekerja dengan syarikat-syarikat terbaik. “Ini diikuti dengan manfaat dan insentif, manakala gaji dinyatakan sebagai alasan ketiga, menunjukkan bahawa pampasan kewangan kekal sebagai pertimbangan penting merentasi semua peringkat jawatan,” kata JobStreet. ― Bernama Dipetik dan diubah suai daripada http://www.themalaymailonline.com Jelaskan faktor-faktor yang menarik minat sumber manusia untuk memohon sesuatu pekerjaan. KBAT Menganalisis Jawapan Menurut kajian JobStreet, faktor-faktor yang menarik minat sumber manusia untuk memohon sesuatu jawatan ialah: • Peluang pembangunan kerjaya • Manfaat dan insentif • Gaji 2. Jika anda sebagai seorang pengurus sumber manusia, lakarkan iklan jawatan kosong untuk kekosongan jawatan penyelia kilang Syarikat Suria Berhad. KBAT Mencipta Jawapan Jawatan Kosong Syarikat Suria Berhad 111, Kawasan Industri Ringan II Jalan Damai, 54100 Kuala Lumpur. Kami mempelawa calon yang berkelayakan untuk memohon jawatan di bawah Penyelia Kilang Kelayakan: 1. Berumur antara 30 hingga 40 tahun. 2. Memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang pengurusan. 3. Mempunyai sifat-sifat kepimpinan. 4. Berpengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun. Tarikh tutup pemohonan: 29 Februari 2024 126 5 Tingkatan
3. Gambar 1 menunjukkan produk-produk yang dijual oleh Syarikat Mesra Pengguna. Gambar 1 Lakarkan struktur organisasi yang sesuai untuk dibentukkan untuk syarikat tersebut. KBAT Mencipta Jawapan Pengurus Besar Pengurus (Sos cili) Pengurus (Minuman tin) Pengurus (Kacang panggang) Pengurus (Yogurt) Pengurus (Marjerin) [Terima jawapan murid yang relevan] Perniagaan SPM Bab 1 Pengurusan Sumber Manusia 127 5 Tingkatan
1. Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan? I Melibatkan aktiviti jual beli II Melibatkan urus niaga produk III Menawarkan barang percuma sahaja IV Dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan dalam perjanjian A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan contoh barang? I Perabot II Pelancongan III Pengangkutan IV Alatan elektrik A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 3. Maklumat berikut berkaitan dengan Kedai Perabot Suzy. RM Modal Jumlah hasil Jumlah aset Perbelanjaan 80 000 180 000 100 000 105 000 Berapakah keuntungan diperoleh? A RM25 000 C RM80 000 B RM75 000 D RM100 000 4. Bagaimanakah organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) menjalankan perniagaan? I Secara percuma II Pada harga premium III Harga kos ditambah imbuhan IV Jualan pada harga di bawah kos A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 5. Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sebuah entiti perniagaan. • Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. • Modal disumbangkan oleh pemilik. • Pemilik mengurus sendiri perniagaan. Perniagaan manakah yang mempunyai ciri tersebut? A Mahir Berhad B Klinik Ani & Mansor C Restoran Terapung Muhayat D Lian Yew Sendirian Berhad 6. Encik Rosli telah membuka Restoran Rasa Kampung di Bukit Rambai, Melaka. Apakah tujuan utama Encik Rosli menubuhkan perniagaan itu? A Menawarkan barang dan perkhidmatan B Memaksimumkan kebajikan masyarakat C Memaksimumkan hasil pendapatan negara D Membolehkan sumber digunakan dengan optimum Kertas 1 Satu jam lima belas minit [40 markah] Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. TINGKATAN 4 KERTAS PENILAIAN 249
7. Apakah kelebihan menubuhkan ZBK Sendirian Berhad? A Memerlukan modal kecil B Menanggung liabiliti terhad C Pemilik mengurus sendiri perniagaan D Keuntungan dibahagi mengikut kadar yang dipersetujui 8. Gambar 1 menunjukkan sejenis perniagaan yang terdapat di Malaysia. Gambar 1 Apakah ciri perniagaan di atas? A Francais menentukan sendiri kaedah perniagaan B Mudah ditubuhkan dan memerlukan modal kecil C Keuntungan diagihkan berdasarkan nisbah yang ditetapkan D Peniaga membuat bayaran dalam bentuk fi kepada francaisor 9. Rajah 1 menunjukkan sektor perniagaan di negara kita. Sektor utama Perlombongan Pembalakan Pertanian X Rajah 1 Apakah aktiviti yang dijalankan di X? I Penanaman getah II Penternakan ikan air tawar III Pembuatan ikan kering IV Perlombongan emas A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 10. Pernyataan manakah yang menerangkan pasaran skala tempatan? I Kos rendah II Melibatkan lebih daripada dua daerah III Perniagaan melibatkan lebih daripada dua negeri IV Membekalkan produk di kawasan tertentu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 11. Apakah persamaan antara syarikat sendirian berhad dengan syarikat awam berhad? A Saiz perniagaan kecil B Diurus oleh pemilik sendiri C Modal diperoleh dengan menerbitkan syer D Perniagaan menanggung liabiliti tidak terhad 12. Apakah kelebihan koperasi berbanding dengan syarikat berhad? A Modal besar B Menanggung liabiliti terhad C Hal ehwal dalaman dirahsiakan D Pendapatan dikecualikan daripada cukai 13. Apakah kelebihan perniagaan bersaiz kecil? A Wujud pengkhususan B Kos overhed lebih rendah C Mudah menguasai pasaran D Menikmati ekonomi bidangan 14. Pernyataan manakah yang menerangkan Bank Negara Malaysia (BNM)? I Bank perdagangan II Mengeluarkan mata wang III Mengawal keadaan ekonomi IV Mentadbir kawasan tertentu sahaja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 250
15. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan pihak berkuasa tempatan? I Menyediakan kemudahan infrastruktur II Mengawal keselamatan tempatan III Menggalakkan kerjasama serantau IV Memberi bantuan kepada usahawan A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 16. Apakah maksud guna tenaga? A Bilangan buruh dalam negara B Jumlah tenaga buruh sedang bekerja C Bilangan buruh yang tidak mempunyai pekerja D Jumlah semua penduduk dalam sesebuah negara 17. Mengapakah pengangguran kitaran berlaku? I Berlakunya kemelesetan ekonomi II Negara mencapai guna tenaga penuh III Pekerja hanya bekerja jangka pendek IV Majikan terpaksa mengurangkan bilangan pekerja A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 18. Apakah kesan inflasi kepada pengguna? I Sukar mendapat pekerjaan II Harga barang jatuh mendadak III Kos sara hidup pengguna meningkat IV Taraf kebajikan pengguna menurun A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 19. Faktor manakah yang menyebabkan berlakunya deflasi? I Stok firma bertambah II Kurangan dalam permintaan III Kualiti barangan merosot IV Tenaga kerja berlebihan dalam firma A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 20. Apakah peranan kerajaan dalam mengatasi masalah kemelesetan? A Menaikkan kadar cukai B Menaikkan import dari luar C Meningkatkan perbelanjaan D Mengurangkan perbelanjaan 21. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis gaya pengurusan. • Kurang penglibatan pemimpin. • Hubungan pemimpin dengan pekerja sedikit. • Menurun autoritinya kepada pekerja. Apakah gaya pengurusan yang menepati maklumat di atas? A Sokongan B Sederhana C Laissez-faire D Autokratik 22. Apakah kelemahan gaya pengurusan autokratik? A Pekerja kurang senang B Komunikasi satu arah berlaku C Berlaku pembaziran sumber D Pekerja bebas membuat keputusan 23. Antara yang berikut, yang manakah merupakan kelebihan sumber manusia dalaman? I Lokasi berhampiran II Maklumat pekerja sedia ada III Menjimatkan kos perniagaan IV Pekerja boleh membawa idea baharu A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 251
24. Faktor manakah yang menunjukkan berlakunya pertumbuhan dalam ekonomi? A Pengangguran meningkat B Penawaran produk rendah C Peningkatan dalam input D Meningkatnya kuasa beli pengguna 25. Mengapakah penetapan visi penting kepada perniagaan? A Menjadi hala tuju B Mengurangkan kos C Memaksimumkan untung D Memudahkan memperoleh pinjaman 26. Apakah yang dimaksudkan dengan misi perniagaan? A Falsafah pengwujudan perniagaan B Merupakan perancangan masa depan C Matlamat utama penubuhan perniagaan D Merupakan matlamat khusus bagi mencapai objektif 27. Pernyataan manakah yang menerangkan titik pulang modal? I Tahap minimum pengeluaran II Keuntungan firma adalah sifar III Analisis dibuat bagi meminimumkan kos IV Jumlah pengeluaran bagi memaksimumkan untung A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 28. Kedai Perabot Abu Bakar mempunyai aset tetap berjumlah RM80 000. Maklumat berikut berkaitan dengan set sofa. RM Harga jualan seunit Kos berubah seunit 2 800 1 800 Berapakah titik pulang modal bagi set sofa? A 40 unit B 50 unit C 80 unit D 100 unit 29. Syarikat All Star membekalkan tilam berjenama STAR kepada kedai perabot di Melaka, Johor, dan Negeri Sembilan. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan tersebut. RM Kos tetap Harga jualan seunit Kos berubah seunit Pengeluaran 60 000 1 200 700 210 Berapakah keuntungan diperoleh syarikat sekiranya kesemua tilam berjaya dijual? A RM45 000 B RM105 000 C RM147 000 D RM192 000 30. Apakah kesannya kepada perniagaan yang menjual produk di bawah titik pulang modal? A Kos meningkat B Alami kerugian C Keuntungan rendah D Lebihan stok 31. Pernyataan manakah yang menerangkan kos tetap? I Berubah mengikut tingkat keluaran II Menjadi sifar sekiranya tiada aktiviti pengeluaran III Dibayar untuk penggunaan faktor pengeluaran tetap IV Kos tetap wujud walaupun tiada aktiviti pengeluaran dilakukan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 252
32. Antara yang berikut, faktor luaran manakah yang mempengaruhi perubahan penetapan visi, misi, dan objektif perniagaan? I Ekonomi II Kewangan III Tenaga kerja IV Teknologi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 33. Apakah aspek penting yang digambarkan oleh carta organisasi? I Gambaran umum organisasi II Hubungan organisasi dengan dunia luar III Pembahagian tugas dan tanggungjawab IV Hierarki pengurusan dalam sesebuah organisasi A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 34. Antara yang berikut, yang manakah peranan bahagian fungsian pentadbiran? A Pembelian bahan mentah B Merangka aktiviti pemasaran C Menjalankan urusan dalam organisasi D Mengurus pengambilan pekerja organisasi 35. Apakah peranan pegawai kredit dalam sesebuah perniagaan? A Menyediakan rekod stok B Memeriksa bajet setiap jabatan C Menyediakan penyata kewangan D Menyelia rekod kewangan dan mengurus semua bentuk hutang 36. Mengapakah bahagian fungsian Teknologi Maklumat dan Komunikasi penting kepada perniagaan? I Memastikan tenaga kerja mencukupi II Aktiviti perniagaan lebih efektif dan efisien III Menyimpan maklumat penting perniagaan IV Memastikan sumber kewangan digunakan secara optimum A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 37. Rajah 2 menunjukkan tatacara pembelian. Z Menerima tempahan belian daripada pengurus jualan Menerima sebut harga daripada pembekal Menilai pembekal Membuat pesanan pembelian Y Rajah 2 Apakah Y? A Menentukan kuantiti belian B Mencari pembekal bersesuaian C Perbandingan kualiti barangan D Penerimaan barang daripada pembekal 38. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan bahagian fungsian pengeluaran? A Menyimpan maklumat perniagaan B Memastikan kuantiti barang yang dibeli C Menghasilkan produk yang berkualiti D Mewujudkan dan meningkatkan permintaan Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 253
39. Rajah 3 menunjukkan sejenis saluran agihan. Peruncit Pengguna Pengeluar Ejen Rajah 3 Produk manakah yang sesuai menggunakan saluran agihan tersebut? I Khidmat guaman II Pakaian berjenama III Buku dan majalah IV Sayur-sayuran dan buahbuahan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 40. Gambar 2 menunjukkan beberapa logo laman sosial. Gambar 2 Mengapakah peniaga menggunakan laman sosial tersebut untuk memasarkan produk mereka? A Mudah didapati B Memudahkan komunikasi C Melancarkan aktiviti jual beli D Meluaskan rangkaian rakan niaga Kertas 2 Dua jam lima belas minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, Bahagian A, B, dan C. Jawab manamana lima soalan daripada Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B dan satu soalan wajib daripada Bahagian C. Bahagian A [50 markah] Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini. 1. (a) Mengapakah perniagaan ditubuhkan? [4 markah] (b) Gambar 1 menunjukkan dua produk. A B Gambar 1 Berikan tiga perbezaan antara dua produk tersebut. [6 markah] Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 254
2. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Maju Berkat. RM Aset Liabiliti Hasil Perbelanjaan 80 000 40 000 120 000 62 500 (i) Berapakah keuntungan? [2 markah] (ii) Mengapakah keuntungan penting kepada perniagaan Maju Berkat? [4 markah] (b) Senaraikan empat prinsip koperasi. [4 markah] 3. (a) Petronas dan Saudi Aramco mengumumkan pembentukan dua usaha sama bagi projek RAPID (Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia). Apakah kelebihan membentuk usaha sama? [4 markah] (b) (i) Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan 1 dan Perniagaan 2. Perniagaan 1 Perniagaan 2 • Jualan tahunan RM450 000. • Pekerja tetap 25 orang. • Jualan tahunan RM20 000 000. • Pekerja tetap 80 orang. Apakah kelebihan Perniagaan 2 berbanding Perniagaan 1? [3 markah] (ii) Rajah 1 menunjukkan skala perniagaan. Skala perniagaan Domestik Q Negeri Kebangsaan Global P R Rajah 1 Apakah kelebihan P kepada negara? [3 markah] 4. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan perlindungan pengguna. • Akta Perihal Dagangan 1972 • Akta Kawalan Harga 1946 • Akta Sewa Beli 1967 Mengapakah pengguna perlu dilindungi? [5 markah] Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 255
(b) (i) Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Haji Salleh. RM Kos tetap Harga jualan seunit Kos berubah seunit 8 000 12 7 Berapakah titik pulang modal? [2 markah] (ii) Apakah kegunaan titik pulang modal? [3 markah] 5. (a) Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis bentuk pemilikan perniagaan. Encik Fauzee merupakan seorang penjual kek di kawasan perumahan Taman Bukit Katil Kenari secara bersendirian. Masa operasi bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada penduduk di kawasan tersebut. (i) Apakah jenis milikan perniagaan tersebut? [1 markah] (ii) Jelaskan kelebihan milikan perniagaan di 5(a)(i). [4 markah] (b) Rajah 2 menunjukkan ciri-ciri objektif. Ciri objektif Spesifik X Boleh dicapai Munasabah Jangka masa Rajah 2 (i) Jelaskan X. [3 markah] (ii) Jelaskan tujuan objektif dibentuk. [2 markah] 6. (a) Jelaskan peranan bahagian fungsian pengagihan dalam sesebuah organisasi perniagaan. [4 markah] (b) (i) Terangkan maksud aliran maklumat. [3 markah] (ii) Mengapakah komunikasi penting kepada perniagaan? [3 markah] Bahagian B [30 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 7. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan perabot. Perniagaan Perabot Raudah ditubuhkan pada 1 Februari 2020. Ia merupakan sebuah perniagaan yang telah didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Perniagaan ini mempunyai 10 orang pekerja, dengan modal Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 256
berjumlah RM100 000 dan jualan tahunan sebanyak RM350 000. Produk perabot dijual untuk pasaran tempatan. Pemilik perniagaan melengkapi perniagaannya dengan kemudahan teknologi maklumat bagi membantu melicinkan perniagaan. (a) Jelaskan saiz Perniagaan Perabot Raudah. Berikan alasan anda. [3 markah] (b) Terangkan enam ciri Perniagaan Perabot Raudah. [6 markah] (c) Jelaskan kelebihan teknologi maklumat kepada pemilik Perniagaan Perabot Raudah. [6 markah] 8. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Zakaria, seorang pengusaha dodol tradisional. Encik Zakaria telah mengusahakan Dodol Asli ZBK semenjak tahun 2021 dengan modal sebanyak RM60 000. Dodol keluaran Encik Zakaria sangat popular dan bagi melicinkan perniagaannya, Encik Zakaria telah melantik Encik Shamsudin sebagai Pengurus Belian dan Encik Azman sebagai Pengurus Pengeluaran dan Jualan. Barubaru ini, rakan Encik Zakaria menawarkan untuk membentuk perniagaan perkongsian. (a) Jelaskan tujuan Encik Zakaria menubuhkan Perniagaan Asli Dodol. [5 markah] (b) Terangkan peranan pihak yang berikut: (i) Encik Shamsudin [3 markah] (ii) Encik Azman [3 markah] (c) Terangkan kelebihan yang diperoleh sekiranya Encik Zakaria menukar milikan perniagaan kepada perkongsian. [4 markah] 9. Maklumat berikut berkaitan dengan Mala Enterprise. Mala Enterprise memulakan perniagaan menjahit dan menjual langsir. Maklumat perniagaan pada awal penubuhan adalah seperti yang berikut: Modal Kos tetap RM 60 000 10 000 Kos bagi menghasilkan satu set langsir ialah RM150 dan dijual kepada pelanggan pada harga RM350 setiap set. Untuk tempoh 3 tahun, perniagaan telah menjual 350 set langsir. Sehubungan itu, pemilik bercadang untuk menghasilkan dan menjual cadar katil. Untuk tujuan itu, dua buah mesin jahit telah dibeli dengan harga RM5 000 sebuah. Anggaran kos bagi menghasilkan satu set cadar ialah RM120 dan dijual pada harga RM220. Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 257
(a) Jelaskan pernyataan kos bagi menghasilkan satu set langsir. [5 markah] (b) (i) Berapakah titik pulang modal bagi langsir? [2 markah] (ii) Berapakah keuntungan diperoleh dari jualan langsir untuk 3 tahun? [3 markah] (c) Jelaskan kesan kepada perniagaan apabila mengeluarkan set cadar. Berikan justifikasi anda. [5 markah] Bahagian C [20 markah] Soalan ini wajib dijawab. 10. Butik Aeinz Sdn. Bhd. merupakan sebuah perniagaan yang menghasilkan dan menjual baju kurung dan baju Melayu. Syarikat ini beroperasi di Taman Bukit Katil Kenari dengan modal permulaan sebanyak RM60 000. Syarikat ini mempunyai pekerja tetap dan pekerja sambilan seramai 10 orang. Butik Aeinz Sdn. Bhd. telah menerima tempahan untuk membekalkan 500 pasang baju kurung dan 400 pasang baju Melayu. Perniagaan telah mempunyai enam buah mesin jahit dengan nilai RM30 000. Bagi tujuan memenuhi tempahan tersebut, perniagaan menambah empat buah lagi mesin jahit dengan harga RM5 000 sebuah. Melalui analisis yang dibuat, bagi mengeluarkan 500 pasang baju dan 400 pasang baju Melayu, kos yang terlibat adalah: RM Kain Upah enam orang pekerja Lain-lain kos 60 000 6 000 4 000 Baju kurung dan baju Melayu dijual kepada pelanggannya dengan harga RM180 sepasang. Pemilik butik sangat mengambil berat tentang kualiti pakaian yang dihasilkan dan kaedah penghantaran pakaian kepada pelanggan. Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) Terangkan empat ciri Butik Aeinz Sdn. Bhd.. [4 markah] (b) Terangkan dua hak pemegang saham syarikat. [2 markah] (c) (i) Jelaskan maksud kos berubah. [4 markah] (ii) Hitungkan kos berubah seunit bagi menghasilkan 900 pasang baju kurung dan baju Melayu. [4 markah] (d) Jelaskan langkah kawalan yang perlu diambil bagi mengawal kualiti pakaian yang dihasilkan. [6 markah] Perniagaan SPM Kertas Penilaian Tingkatan 4 258
1. Maklumat berikut menunjukkan dua bentuk perniagaan. Sunview Sendirian Berhad Klinik Amir& Zaini Perniagaan I Perniagaan II Apakah kelebihan Perniagaan I berbanding Perniagaan II? A Menanggung liabiliti terhad B Bebas daripada beban cukai C Kebebasan mengurus perniagaan D Bilangan ahli adalah minimum 20 orang 2. Apakah kelebihan perniagaan usaha sama? A Modal kecil B Keuntungan tinggi C Beban cukai rendah D Meningkatkan kepakaran pekerja 3. Bagaimanakah saiz sesebuah perniagaan ditentukan? I Bilangan pekerja tetap II Jumlah kos pengeluaran III Jumlah kos tetap perniagaan IV Jumlah jualan tahunan perniagaan A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 4. Rajah 1 menunjukkan kategori dalam sektor sekunder. Sektor sekunder Pembekalan tenaga Pembinaan P Kejuruteraan Rajah 1 Apakah aktiviti berkaitan dengan P? A Perlombongan B Penternakan ikan air tawar C Pembukaan ladang kelapa sawit D Bahan mentah diproses menjadi barang siap 5. Rajah 2 berkaitan dengan skala perniagaan. Skala perniagaan N Negeri Zon Global Kebangsaan M Antarabangsa Rajah 2 Kertas 1 Satu jam lima belas minit [40 markah] Arahan: Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. 259 SPM KERTAS MODEL
Apakah aktiviti berkaitan dengan N? A Pasaran luas B Kos operasi tinggi C Aktiviti jual beli di kawasan tertentu sahaja D Bebas menjalankan aktiviti jual beli dalam negeri 6. Maklumat berikut berkaitan dengan saiz sebuah perniagaan. A • Jualan tahunan RM450 000 • Bilangan pekerja tetap 50 orang Apakah saiz perniagaan A? A Kecil C Global B Besar D Sederhana 7. Gambar 1 menunjukkan logo sebuah bank. Gambar 1 Apakah fungsi bank tersebut? I Mengeluarkan mata wang negara II Mengawal kestabilan nilai mata wang III Menawarkan pinjaman kepada orang ramai IV Memberikan perkhidmatan deposit hanya kepada peniaga A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 8. Gambar 2 menunjukkan sebuah agensi kerajaan. Gambar 2 Bagaimanakah pihak berkuasa tersebut membantu menggalakkan perkembangan perniagaan? I Menambah bilangan pekerja II Penyediaan infrastruktur yang baik III Membina pusat-pusat perniagaan IV Memberi insentif kepada peniaga A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 9. Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran teknologi? A Mengehadkan penggunaan mesin moden B Memberi insentif kepada perniagaan kecil-kecilan C Melaksanakan dasar fiskal bagi mengatasi pengangguran D Membuat perancangan ekonomi yang bersesuaian dengan trend semasa 10. Rajah 3 menunjukkan jenis-jenis pasaran. Jenis pasaran Pasaran produk Pembinaan Z Pasaran kewangan Rajah 3 Pernyataan manakah yang benar tentang Z? A Menawarkan produk untuk golongan tertentu B Melibatkan jual beli saham dan sekuriti C Penawaran produk untuk pasaran terhad D Produk ditawarkan untuk semua pengguna Perniagaan SPM Kertas Model SPM 260
11. Rajah 4 menunjukkan gaya pengurusan sesebuah organisasi perniagaan. Gaya pengurusan Sokongan Sederhana Autokratik Demokratik Y Rajah 4 Apakah kelemahan gaya pengurusan Y? A Pekerja berasa terkongkong B Pekerja hilang motivasi bekerja C Sukar mengawal tingkah laku pekerja D Tidak mendapat sokongan pihak atasan 12. Apakah kepentingan titik pulang modal kepada perniagaan? A Merancang pengeluaran B Memaksimumkan keuntungan C Membolehkan peniaga menilai prestasi D Menentukan tahap keluaran yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan kerugian 13. Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Haji Shamsudin. RM Kos tetap Harga jualan seunit Kos bahan seunit Kos upah seunit 5 000 5.00 1.20 0.80 Berapakah unit yang perlu dikeluarkan bagi mengelakkan kerugian? A 1 000 unit C 2 500 unit B 1 667 unit D 4 167 unit 14. Antara yang berikut, yang manakah merupakan peranan bahagian fungsian penyelidikan dan pembangunan? A Meningkatkan persaingan B Memudahkan urusan jual beli C Menambah baik produk sedia ada D Memudahkan jaringan komunikasi dalaman 15. Mengapakah bahagian fungsian kewangan penting kepada sesebuah organisasi perniagaan? A Menambahkan produk sedia ada B Menghasilkan produk melalui proses menukar input C Memastikan sumber kewangan digunakan secara optimum D Mewujudkan hubungan dan jaringan teknologi yang luas 16. Bagaimanakah pengurusan sumber manusia dapat menjaga kebajikan pekerja? A Memberi latihan B Menyediakan program motivasi C Menyediakan kemudahan pengangkutan D Mengamalkan prinsip pengkhususan kerja 17. Rajah 5 menunjukkan aliran proses komunikasi. Dekod Penghantar X Saluran Maklum balas Penerima Rajah 5 Apakah kaedah digunakan untuk memastikan X berjalan lancar? A Tayangan video B Ucapan pengerusi C Persekitaran yang sunyi D Penggunaan teknik audio dan visual 18. Bagaimanakah penamatan kontrak perkhidmatan boleh dilakukan? I Sukarela II Persaraan III Secara paksaan IV Secara bertulis A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Perniagaan SPM Kertas Model SPM 261
19. Apakah bayaran yang diterima oleh pekerja yang bekerja mengikut jam? A Upah C Gaji asas B Elaun D Gaji pokok 20. Maklumat berikut berkaitan dengan faedah yang diterima. • Bayaran kepada pekerja pada akhir tahun. • Tertakluk kepada prestasi perniagaan. Apakah faedah tersebut? A Upah C Bonus B Elaun D Komisen 21. Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber fizikal dalam sebuah restoran? I Karya seni II Lesen perisian III Peti sejuk IV Mesin pengisar A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 22. Apakah faktor yang akan dipertimbangkan oleh bank bagi meluluskan pinjaman? A Bilangan pemilik B Nilai aset dicagarkan C Jumlah keluaran perniagaan D Sikap dan personaliti peniaga 23. Maklumat berikut berkaitan dengan sumber pembiayaan luaran. • Menyewa aset dengan tujuan membeli aset tersebut. • Hak milik diserahkan selepas sewa ansuran dijelaskan. Apakah sumber pembiayaan tersebut? A Syer B Pajakan C Overdraf D Sewa beli 24. Maklumat berikut berkaitan dengan sejenis pembiayaan. P • Tidak wujud hutang lapuk • Tiada faedah atas pinjaman Apakah P? A Rizab B Sewa beli C Overdraf bank D Simpanan peribadi 25. Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Cik Nurul Ain. RM Baki akaun semasa Overdraf dibenarkan Pengeluaran 11 000 50 000 25 000 Berapakah jumlah overdraf Cik Nurul Ain? A RM14 000 C RM40 000 B RM25 000 D RM50 000 26. Apakah kelebihan meminjam daripada agensi kerajaan berbanding bank? A Tiada syarat pinjaman B Kadar faedah rendah C Jumlah pinjaman terhad D Cagaran dalam pelbagai bentuk 27. Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Roti Canai Encik Karim. RM Peralatan kedai Sewa tahunan kilang 10 000 9 600 Upah pekerja Air dan elektrik Bahan mentah 7 200 1 300 4 500 Berapakah kos berubah? A RM10 900 B RM11 700 C RM13 000 D RM19 600 Perniagaan SPM Kertas Model SPM 262
28. Mengapakah penyata pendapatan disediakan? A Menilai aset perniagaan B Mengetahui hutang perniagaan C Menentukan untung atau rugi perniagaan D Menentukan keupayaan perniagaan membayar hutang 29. Maklumat berikut berkaitan dengan perniagaan Aeinz Holding. RM Modal awal Untung bersih Ambilan Pinjaman bank Pemiutang 120 000 42 500 2 500 20 000 15 200 Berapakah ekuiti pemilik Aeinz Holding? A RM160 000 B RM165 000 C RM175 200 D RM195 200 30. Maklumat berikut berkaitan dengan Malazach Enterprise. RM Untung kasar Komisen diterima Faedah simpanan tetap Faedah atas pinjaman Gaji pekerja Insurans Kadar bayaran 21 600 1 200 2 100 900 6 200 1 100 1 300 Berapakah untung bersih? A RM9 500 C RM24 900 B RM15 400 D RM34 400 31. Pihak manakah yang memerlukan penyata kewangan perniagaan? I Pelabur II Pemilik III Pesaing IV Penternak A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 32. Syarikat Eilman Sdn. Bhd. mengeluarkan langsir untuk dijual. Kos tetap bagi mengeluarkan langsir berjumlah RM10 000. Harga jualan langsir ialah RM350 seunit dan kos bagi menghasilkan langsir berjumlah RM200. Modal syarikat berjumlah RM20 000. Berapakah unit langsir perlu dijual bagi mengelakkan syarikat mengalami kerugian? A 29 unit C 67 unit B 50 unit D 134 unit 33. Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Haji Ramli. RM Aset bukan semasa Aset semasa Liabiliti bukan semasa Liabiliti semasa 80 000 55 000 40 000 20 500 Berapakah nisbah semasa Perniagaan Haji Ramli? A 1.4 : 1.0 C 2.7 : 1.0 B 2.0 : 1.0 D 3.9 : 1.0 34. Apakah nisbah yang digunakan bagi mengukur kemampuan membayar hutang perniagaan? A Nisbah semasa B Pusing ganti aset C Pusing ganti stok D Peratus pulangan atas modal 35. Apakah kelebihan menjadi usahawan kepada negara? A Membuka peluang pekerjaan B Mewujudkan kerjasama serantau C Boleh diwarisi oleh ahli keluarga D Dapat mewujudkan sifat berdikari 36. Antara yang berikut, yang manakah faktor penyumbang untuk memulakan perniagaan? I Minat III Modal II Peluang IV Kemahiran A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV Perniagaan SPM Kertas Model SPM 263
37. Pasar Raya Bunga Mawar yang mula beroperasi pada tahun 2022 telah mendapat sambutan daripada pelanggan disebabkan lokasi yang sesuai. Apakah faktor yang dipertimbangkan oleh pemilik pasar raya tersebut semasa memilih lokasi perniagaan? I Mudah dikunjungi II Kemudahan infrastruktur baik III Mempunyai pelbagai jenis produk IV Mempunyai pihak pengurusan yang cekap A I dan II C II dan III B I dan IV D III dan IV 38. Akta manakah yang terlibat dalam penubuhan Klinik Mata Nora & Rahan? A Akta Pekerja 1955 B Akta Syarikat 2016 C Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 D Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 39. Antara yang berikut, yang manakah merupakan tanggungjawab peniaga setelah mendaftarkan perniagaan? I Mengiklankan perniagaan II Mempamerkan papan tanda III Mempamerkan sijil perakuan pendaftaran IV Merangka pelan pemasaran yang bersesuaian A I dan II B I dan IV C II dan III D III dan IV 40. Apakah dokumen yang digunakan untuk merekod aktiviti belian dan jualan? A Invois B Penyata bank C Bil mengepos D Baucar bayaran Kertas 2 Dua jam lima belas minit Arahan: Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian, Bahagian A, B, dan C. Jawab manamana lima soalan daripada Bahagian A, dua soalan daripada Bahagian B dan satu soalan wajib daripada Bahagian C. Bahagian A [50 markah] Jawab mana-mana lima soalan daripada bahagian ini. 1. (a) Gambar 1 menunjukkan keperluan manusia. A B Gambar 1 Terangkan perbezaan antara Gambar A dengan Gambar B. [6 markah] Perniagaan SPM Kertas Model SPM 264
(b) Gambar 2 menunjukkan sejenis milikan perniagaan. Kedai Bunga Minah Gambar 2 Terangkan kelemahan jenis milikan perniagaan tersebut. [4 markah] 2. (a) Jelaskan peranan kerajaan negeri. [4 markah] (b) Terangkan perbezaan di antara organisasi bermotifkan untung (OBU) dengan organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) dari aspek kawalan undang-undang, tujuan, dan aktiviti. [6 markah] 3. (a) Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh perniagaan bagi mengatasi masalah kegagalan mencapai matlamat dan objektif. [5 markah] (b) Jelaskan peranan bahagian fungsian pemasaran dalam sesebuah perniagaan. [5 markah] 4. (a) Jelaskan peranan pengurusan sumber manusia dari aspek: (i) Latihan peningkatan kemahiran [3 markah] (ii) Pemberhentian pekerja [3 markah] (b) Gambar 3 menunjukkan dua jenis sumber. A B Gambar 3 Bezakan kedua-dua sumber tersebut dari aspek prosedur mengurus. [4 markah] Perniagaan SPM Kertas Model SPM 265
5. (a) (i) Rajah 1 menunjukkan jenis modal sebuah perniagaan. Jenis modal Wang tunai Y Bangunan kilang Jentera Rajah 1 Apakah Y? [1 markah] (ii) Rajah 2 menunjukkan sumber pembiayaan perniagaan. Rajah 2 Sumber pembiayaan Y Rizab Agensi kerajaan P Dalaman Luaran Terangkan dua kekuatan dan tiga kelemahan sumber pembiayaan P. [5 markah] (b) Mengapakah Kunci Kira-kira penting kepada perniagaan? [4 markah] 6. (a) Terangkan lima ciri untuk menjadi seorang usahawan. [5 markah] (b) Rajah 3 menunjukkan sejenis dokumen perniagaan. SALINAN INVOIS INV002 KS Perabot Enterprise 30, Jalan Kurnia 50600 Kuala Lumpur Kepada: P&P Travel Sdn. Bhd. 47, Jalan Kenangan 50609 Kuala Lumpur Tarikh: 18 Jun 2024 BIL Butir Harga (RM) Unit Jumlah (RM) 1. Rak Pameran 120.00 6 720.00 720.00 Tolak Diskaun Niaga 10% 72.00 JUMLAH 648.00 Perniagaan SPM Kertas Model SPM 266
Ringgit: Enam ratus empat puluh lapan sahaja Syarat: 10% 5 hari, 5% 10 hari Serahan: Angkutan dibayar K. & K. di K. Aisyah (Penerima) Kian Seng (Pengurus) Terangkan dokumen tersebut. [3 markah] (c) Jelaskan rekod jualan. [2 markah] Bahagian B [30 markah] Jawab mana-mana dua soalan daripada bahagian ini. 7. Maklumat berikut berkaitan dengan sebuah perniagaan. Lily dan Tara telah menubuhkan Magic Ball Trading dengan menyumbang modal sebanyak RM40 000 masing-masing. Magic Ball Trading merupakan sebuah perniagaan yang menjual dan membaik pulih penyaman udara. Perniagaan ini mempunyai dua orang pekerja yang dibayar gaji bulanan RM1 500 seorang. Perniagaan menetapkan matlamat perniagaannya, iaitu menjual lima buah penyaman udara dalam tempoh sebulan. Namun, bagi tahun kewangan 2022, perniagaan hanya berjaya menjual tiga buah penyaman udara sebulan. (a) Jelaskan ciri perniagaan Magic Ball Trading. [5 markah] (b) Jelaskan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh Magic Ball Trading. [6 markah] (c) Terangkan kesan kepada Magic Ball Trading apabila gagal mencapai objektif ditetapkan. [4 markah] 8. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Fauzee, seorang usahawan. Encik Fauzee merupakan seorang pengusaha tempe di Merlimau, Melaka. Tempe keluarannya bermutu tinggi dan dibungkus dengan pelbagai cara. Segala urusan perniagaannya diurus bersama dengan dua orang pekerjanya. Beliau menjual tempe keluarannya di kedainya. Akan tetapi, strategi pemasaran yang kurang berkesan menyebabkan permintaan tempe kurang mendapat sambutan. Oleh itu, Encik Fauzee terpaksa menjual tempe pada harga yang murah. Keadaan ini menyebabkan pulangan yang rendah sehingga tidak dapat menampung kos operasi perniagaannya. Encik Fauzee bercadang melakukan promosi secara giat serta menjalankan perniagaan secara atas talian untuk mengatasi masalah ini. Perniagaan SPM Kertas Model SPM 267
(a) Jelaskan kelebihan Encik Fauzee sebagai usahawan kepada masyarakat. [4 markah] (b) Jelaskan peranan promosi kepada perniagaan Encik Fauzee. [6 markah] (c) Terangkan kelebihan perniagaan secara atas talian. [5 markah] 9. Maklumat berikut berkaitan dengan penyata kewangan sebuah perniagaan. Syarikat Mala Sdn. Bhd. Kunci Kira-kira pada 31 Disember 2024 RM RM ASET Aset Bukan Semasa Mesin jahit 40 000 Peralatan 30 000 70 000 Aset Semasa Stok Akhir 40 000 Akaun Belum Terima 20 000 Tunai 10 000 70 000 140 000 EKUITI PEMILIK Modal Awal 50 000 Tambah: Untung Bersih 40 000 90 000 Tolak: Ambilan 5 000 Modal akhir 85 000 LIABILITI Liabiliti Bukan Semasa Pinjaman bank 30 000 Liabiliti Semasa 25 000 Pemiutang 140 000 Perniagaan SPM Kertas Model SPM 268
(a) Hitung perkara yang berikut: (i) Nisbah semasa [2 markah] (ii) Peratusan pulangan atas modal [2 markah] (b) Jelaskan keupayaan Syarikat Mala Sdn. Bhd. dalam membayar hutang semasanya. Kemukakan alasan anda. [3 markah] (c) Terangkan jenis pembiayaan bank yang sesuai untuk syarikat menambah bilangan aset sedia ada. [8 markah] Bahagian C [20 markah] Soalan ini wajib dijawab. 10. Dannise Empire merupakan perniagaan yang menghasilkan biskut berkrim. Syarikat ini beroperasi di Taman Industri Alam Jaya, Selangor. Mulai tahun 2023, Dannise Empire memperkenalkan produk baharu, iaitu biskut berkrim rendah kalori. Biskut tersebut dijual dengan harga RM10 sebungkus. Dannise Empire memerlukan modal tambahan sebanyak RM30 000. Perniagaan telah menerima tawaran pinjaman daripada dua buah bank. Maklumat tawaran pinjaman adalah seperti yang berikut: Bank A Bank B Jumlah pinjaman RM30 000 RM30 000 Faedah (setahun) 5.5% 4.5% Tempoh pinjaman 4 6 Cagaran Tiada Ada Biskut berkrim rendah kalori dipasarkan di daerah utama seperti Muar, Alor Gajah, dan Seremban. Selain itu, perniagaan menerima tempahan biskut berkrim rendah kalori sebanyak 2 000 bungkus daripada Pembekal Seong. Pihak pengurusan telah meminta pegawai kewangannya untuk membuat analisis Titik Pulang Modal (TPM) bagi membantu pihak pengurusan membuat perancangan bagi mengembangkan perniagaan mereka. Perniagaan SPM Kertas Model SPM 269
Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran yang terlibat: RM Kos tetap Upah buruh Belian bahan mentah Lain-lain kos 6 000 3 000 3 200 1 800 Pihak pengurusan juga telah bercadang untuk menggiatkan aktiviti promosi bagi meningkatkan tempahan. Berdasarkan kes tersebut, jawab soalan-soalan berikut: (a) (i) Hitung ansuran bulanan yang perlu dijelaskan kepada kedua-dua bank. [4 markah] (ii) Pada pandangan anda, bank manakah yang akan dipilih oleh Dannise Empire? Kemukakan alasan anda. [3 markah] (b) (i) Berapakah kos berubah seunit bagi menghasilkan 2 000 bungkus biskut berkrim rendah kalori? [2 markah] (ii) Hitung kuantiti minimum biskut yang perlu dihasilkan oleh perniagaan tersebut. [2 markah] (c) Berapakah keuntungan yang diperoleh? [3 markah] (d) Bagaimanakah promosi dapat membantu Dannise Empire? [6 markah] Perniagaan SPM Kertas Model SPM 270
271 Tingkatan 4 1 BAB Tujuan Perniagaan dan Pemilikan Perniagaan PRAKTIS FORMATIF 1 1. Maksud perniagaan ialah aktiviti pertukaran nilai yang melibatkan urus niaga jual beli barang dan perkhidmatan antara penjual dengan pembeli bagi memuaskan keperluan dan kehendak pengguna dengan tujuan mendapatkan keuntungan perniagaan. 2. Enam komponen utama dalam konsep asas perniagaan ialah: • Barang dan perkhidmatan • Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna • Pertukaran nilai • Keuntungan perniagaan • Penjual dan pembeli • Kontrak perniagaan PRAKTIS FORMATIF 2 1. Perbezaan antara organisasi bermotifkan untung dengan organisasi bukan bermotifkan untung ialah: Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) Aspek Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) Pengeluaran dan penjualan barang dan perkhidmatan Aktiviti Penawaran barang dan perkhidmatan tertentu Pengguna akhir dan pengguna industri Pengguna Golongan kurang berkemampuan, gelandangan, haiwan terbiar Mendapatkan keuntungan Tujuan Memenuhi keperluan awam dalam pelbagai bidang Jualan pada harga atas kos Kaedah menjalankan perniagaan • Jualan pada harga kos • Jualan pada harga bawah kos (subsidi oleh kerajaan) • Secara percuma Jakel Trading Sdn Bhd, MAMEE DD Distribution Contoh Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia (MNAWF), Mercy Malaysia PRAKTIS FORMATIF 3 1. Milikan tunggal merupakan: • Sejenis bentuk perniagaan yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh pemilik perniagaan. • Matlamat pemilik milikan tunggal adalah menjana keuntungan daripada perniagaan. • Modal yang dikumpulkan oleh pemilik boleh diperoleh daripada sumber pembiayaan seperti simpanan peribadi, pinjaman daripada ahli keluarga, agensi kerajaan atau institusi kewangan lain. 2. Kelebihan penubuhan perkongsian ialah: • Mudah ditubuhkan. • Kepakaran, pengetahuan serta pengalaman boleh dikumpulkan daripada rakan kongsi. • Beban cukai yang rendah. 3. Tiga prinsip-prinsip koperasi ialah: • Keanggotaan sukarela dan terbuka. • Kawalan secara demokratik oleh anggota. • Kebebasan autonomi. PRAKTIS FORMATIF 4 1. Tiga ciri-ciri bentuk perniagaan francais ialah: • Perniagaan perlu dikendalikan mengikut sistem yang ditetapkan oleh francaisor. • Perniagaan dijalankan mengikut tempoh yang ditetapkan sahaja.
Perniagaan SPM Jawapan 272 • Francaisor akan mengenakan kawalan mutu perkhidmatan berterusan kepada francaisi. 2. Kekurangan usaha sama ialah: • Visi dan misi antara pihak yang terlibat berbeza menyebabkan berlakunya konflik. • Perbezaan budaya dan cara pengurusan syarikat antara pihak yang terlibat menyebabkan wujudnya masalah pengurusan pada masa hadapan. PRAKTIS FORMATIF 5 1. Faktor penentuan saiz perniagaan termasuk: • Jumlah jualan tahunan • Bilangan pekerja tetap 2. Sektor utama ialah: • Aktiviti perniagaan yang melibatkan pengeluaran secara langsung daripada alam semula jadi tanpa mengubah suai bentuk barang. 3. Tiga contoh pekerjaan bagi sektor ketiga ialah: • Ejen insurans • Doktor • Guru PRAKTIS FORMATIF 6 1. Tiga tahap pasaran domestik ialah: • Skala tempatan • Skala negeri • Skala kebangsaan 2. Perniagaan berskala negeri merupakan: • Perniagaan yang menembusi pasaran yang lebih besar pada peringkat daerah. • Kos untuk menjalankan perniagaan agak tinggi kerana perlu memenuhi permintaan dari pelbagai daerah. PRAKTIS FORMATIF 7 1. Sesebuah perniagaan perlu didaftarkan di Pendaftar Syarikat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). 2. Skala perniagaan yang sesuai untuk penubuhan Perniagaan Baju Moden Style ialah: • Skala tempatan. • Pemilik membekalkan baju kepada pelanggan di kawasan tertentu. • Perniagaan mudah diuruskan oleh pemilik perniagaan. • Segala keputusan perniagaan dibuat oleh pemilik sendiri. • Saiz pasaran adalah kecil. • Pemilik hanya perlu menanggung kos yang rendah kerana tidak melibatkan operasi perniagaan yang besar. (cadangan murid yang relevan boleh diterima) PRAKTIS FORMATIF 8 1. Produk eksport Malaysia selepas merdeka ialah getah, era 1990-an ialah tayar, dan menjelang abad ke-21 ialah kereta. 2. Perkembangan sektor perniagaan di Malaysia pada era 1990-an ialah: • Memberikan tumpuan dalam sektor kedua (perkilangan). • Tujuan adalah untuk mengurangkan kebergantungan kepada barang import. • Pelbagai galakan diberikan oleh kerajaan kepada pengusaha tempatan untuk menambahkan keluaran. PRAKTISSPM 1 Soalan Objektif 1. B 2. D 3. D 4. C 5. B 6. C 7. C 8. D 9. B 10. D 11. A 12. C 13. A 14. C 15. B 16. C 17. B 18. C 19. A 20. D Soalan Esei Bahagian A 1. (a) (i) Organisasi bukan bermotifkan untung (OBBU) [1m]. (ii) Matlamat penubuhan organisasi tersebut: • Meningkatkan penglibatan sektor awam dalam kegiatan kemasyarakatan [1m]. • Menyediakan ruang dan peluang untuk semua golongan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan [1m]. • Membantu golongan yang kurang berkemampuan [1m]. • Memastikan nasib insan yang memerlukan bantuan terbela [1m]. • Meningkatkan penglibatan sektor swasta menjalankan tanggungjawab sosial [1m]. [Maksimum: 3m] (b) Dua kelebihan perniagaan perkongsian ialah: • Mudah ditubuhkan [1m] kerana proses penubuhan adalah ringkas [1m]. • Kepakaran, pengetahuan serta pengalaman [1m] boleh dikumpulkan daripada rakan kongsi [1m]. (c) Encik Rahim melibatkan diri dalam bidang pembinaan. Pembinaan merupakan sektor kedua [1m]. Dalam sektor kedua, sumber-sumber semula jadi dari sektor utama diproses [1m] untuk menjadi barang separuh siap atau barang siap
PelangiPublishing PelangiBooks PelangiBooks W.M: RM20.95 / E.M: RM21.95 KC118084 ISBN: 978-629-470-449-7 SPM REVISI CEPAT Siri RANGER SPM memudahkan murid membuat ulang kaji ekspres sebelum peperiksaan SPM. Kandungan buku ini berdasarkan DSKP Tingkatan 4 dan Tingkatan 5, buku teks, serta Format Pentaksiran SPM terkini. Bahan digital menarik disediakan untuk memperkukuh penguasaan subjek. Imbas, daftar dan masukkan Enrolment Key. Tingkatan 4 G7UW#tgV Tingkatan 5 9Q$mp53g Cara Mengakses Kuiz MCQ Nota Padat Praktis Formatif Praktis KBAT Praktis SPM Kaedah Menjawab Kertas 1 & 2 Kertas Penilaian Tingkatan 4 Kertas Model SPM Jawapan Info, Audio, Video & Kuiz Kod QR Bahasa Melayu English Matematik Mathematics Sains Science Sejarah Pendidikan Islam Biologi Biology Fizik Physics Kimia Chemistry Matematik Tambahan Additional Mathematics Ekonomi Perniagaan Prinsip Perakaunan Beli eBook di sini!