Format: 190mm X 260mm Extent= 400 pgs (19.5 mm) 70gsm Status: Cover Master BM vervion_2nd imp
PRA-U PELANGI BESTSELLER
PELANGI BESTSELLER
TeksSTPM PRA-U Teks STPM Sejarah CC039062a PRA-U
Penggal 1 ditulis berdasarkan
sukatan pelajaran terbaharu Sejarah
Sejarah STPM yang disediakan oleh Majlis PRA-U
Peperiksaan Malaysia. Buku ini amat
sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan TeksSTPM
(Sejarah Dunia) Sejarah STPM Kertas 1 sebagai
rujukan.
PENGGAL 1 Judul-judul Pra-U & STPM kami: Teks STPM Sejarah
› Success with MUET
› MUET My Way
CIRI-CIRI ISTIMEWA › Pengajian Am Penggal 1, 2, & 3
› Bahasa Melayu Penggal 1, 2, & 3
› Biology Term 1, 2, & 3 (Sejarah Dunia)
■ Nota dan Latihan yang Komprehensif › Physics Term 1, 2, & 3
■ Peta Konsep › Chemistry Term 1, 2, & 3
■ Hasil Pembelajaran, Petua Pemeriksa, › Mathematics (T) Term 1, 2, & 3 1
Kuiz, Galeri Info, Akses Ilmu, dan › Sejarah Penggal 1, 2, & 3 Mahdi Shuid
Petunjuk STPM › Geografi Penggal 1, 2, & 3 Sejarah Sazlina Othman PENGGAL
■ Rumusan › Ekonomi Penggal 1, 2, & 3 Ajurun Begum Ahamed
› Pengajian Perniagaan Penggal 1, 2, & 3
■ Praktis STPM
■ Kertas Model STPM Penggal 1
■ Jawapan Lengkap
■ Glosari
PENGGAL
1
Dapatkan
versi
eBook!
1
W.M: RM37.95 / E.M: RM38.95
CC039062a
ISBN: 978-967-2856-90-0
PELANGI
26/07/2021 4:50 PM
CVR_PreU_STPM_2021 Sejarah (Penggal 1).indd 1-3
CVR_PreU_STPM_2021 Sejarah (Penggal 1).indd 1-3 26/07/2021 4:50 PM
KANDUNGAN
Bab 3.3 Kemajuan Pendidikan 249
1 Masyarakat 1 3.3.1 Kemajuan Pendidikan di Perancis 250
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • 3.3.2 Kemajuan Pendidikan di Jerman 257
1.1 Masyarakat Feudal 2 Rumusan 262
1.1.1 Masyarakat Feudal di England 5 Praktis STPM 262
1.1.2 Masyarakat Feudal di Jepun 15 Bab
1.1.3 Perbandingan Sistem Feudal Bab 4 Nasionalisme dan Pembentukan
Eropah dengan Jepun 20 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
263
Negara Bangsa
1.2 Masyarakat Agraria 22 • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
1.2.1 Masyarakat Agraria di Belanda 25
1.2.2 Masyarakat Agraria di China 31 4.1 Reaksi Masyarakat Tempatan terhadap
1.3 Masyarakat Maritim 38 Perluasan Kuasa Barat dan Kesan
1.3.1 Masyarakat Maritim di Portugal 39 Penjajahan Barat 264
1.3.2 Masyarakat Maritim di Jepun 42 4.1.1 Reaksi Masyarakat China
1.4 Masyarakat Industri 46 terhadap Perluasan Kuasa Barat 264
1.4.1 Masyarakat Industri di England 47 4.1.2 Reaksi Masyarakat India
1.4.2 Masyarakat Industri di Jerman 58 terhadap Perluasan Kuasa Barat 275
Rumusan 65 4.1.3 Transformasi Sosial, Ekonomi,
Praktis STPM 65 dan Kemunculan Intelektual
Tempatan di China 279
4.1.4 Transformasi Sosial, Ekonomi,
Bab dan Kemunculan Intelektual
2 Pemerintahan dan Pentadbiran 66 Tempatan di India 282
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
4.2 Konflik Antarabangsa 286
2.1 Institusi Pemerintahan 67 4.2.1 Perang Dunia Pertama 286
2.1.1 Sistem Raja / Maharaja 68 4.2.2 Perang Dunia Kedua 296
2.1.2 Sistem Pembesar 110 4.2.3 Perang Dingin 307
2.2 Negara Bangsa 124 4.3 Dekolonisasi dan Pengembalian
2.2.1 Raja Mutlak dan Raja Kedaulatan 316
Berperlembagaan 124 4.3.1 Dekolonisasi di China 317
2.2.2 Negara Kesatuan dan Negara 4.3.2 Dekolonisasi di India 323
Persekutuan 141 4.4 Perhubungan Luar 330
2.2.3 Penyatuan Negara Bangsa 145 4.4.1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Rumusan 155 Bersatu (PBB) 330
Praktis STPM 155 4.4.2 Komanwel 337
4.4.3 North Atlantic Treaty
Bab Organization (NATO) 344
3 Kemajuan dan Pembangunan 156 Rumusan 348
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • Praktis STPM 348
3.1 Sistem Ekonomi 157
3.1.1 Feudalisme dan Kapitalisme 159 Kertas Model STPM (940/1) 349
3.1.2 Perkembangan Ekonomi 192 Jawapan 350
3.2 Intelektual 219
3.2.1 Perkembangan Ilmu 219 Glosari 387
3.2.2 Sumbangan Tokoh 237
Bibliografi 392
vi vi
Kandungan 6 3/27/18 11:38 AM
BAB
1 MASYARAKAT
PENGENALAN
Bab ini membincangkan bentuk masyarakat dan proses perubahan yang bermula dari masyarakat feudal
sehingga masyarakat industri. Antara topik yang dibincangkan termasuklah masyarakat feudal, masyarakat
agraria, masyarakat maritim, dan masyarakat industri.
Peta Konsep
MASYARAKAT
Masyarakat Feudal Masyarakat Agraria Masyarakat Industri
• Definisi, ciri-ciri, dan Definisi dan ciri-ciri Definisi dan ciri-ciri
susun lapis masyarakat masyarakat agraria masyarakat industri
feudal (Abad ke -16 – ke -17) (Abad ke -18 – ke -19)
• Perbandingan ciri-ciri
feudalisme di Eropah
dan Asia
(Abad ke -16 – ke -17)
Belanda China England Jerman
England Jepun Masyarakat Maritim
Definisi dan ciri-ciri
masyarakat maritim
(Abad ke -16 – ke -17)
Portugal Jepun
Bab 01 1 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
BAB 1.1 Masyarakat Feudal
1
Pengenalan
Hasil Pembelajaran 1 Masyarakat boleh ditakrifkan sebagai kumpulan manusia yang hidup
bersama-sama dari sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu
Menjelaskan konsep atau pergaulan hidup. Makna masyarakat juga boleh disebut sebagai
masyarakat, konsep feudal,
dan masyarakat feudal di komuniti manusia yang tinggal bersama-sama di suatu tempat dengan
Eropah dan Jepun. cara dan ukuran tertentu dari segi bahasanya, manakala sudut istilah pula
menerangkan bahawa masyarakat merupakan jaringan perhubungan
antara pelbagai individu yang merujuk kepada pergaulan hidup
dan keseluruhan hubungan sosial. Justeru, masyarakat juga dapat
menggambarkan rakyat dalam sesebuah negara.
2 Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan politik tempatan yang
ditadbir oleh individu-individu tertentu dan bukan wakil oleh kerajaan
pusat. Dalam sistem feudal, kedudukan seseorang individu adalah
mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut hierarki.
Dalam sistem feudal, 3 Dalam kalangan ahli sejarah pula, umumnya menganggap bahawa
kedudukan individu bersusun feudalisme adalah satu fenomena politik ketenteraan dengan menekankan
lapis mengikut hierarki. kepada kewujudan unsur-unsur pembahagian kuasa, sistem undang-
undang, dan kelas-kelas ketenteraan persendirian yang diasaskan oleh
hubungan vassalage-fief. Namun, tidak kurang juga ada yang menyatakan
feudalisme sebagai fenomena sosio-ekonomi.
4 Oleh yang demikian, masyarakat feudal adalah masyarakat yang terikat
dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau golongan pemerintah
ke atas golongan bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut
susun lapis masyarakat yang ditetapkan berdasarkan keturunan.
Hubungan antaranya berasaskan kepada saling memerlukan antara
golongan pemerintah dengan golongan bawahan.
5 Konsep feudalisme adalah satu istilah atau konsep yang terbentuk di
Eropah Barat selepas kejatuhan empayar Charlemagne dan berlanjutan
sehingga abad ke-14 M.. Abad tersebut memperlihatkan era masyarakat
yang digelar masyarakat feudal.
6 Marc Bloch dalam bukunya Feudal Society, mentakrifkan istilah feudal,
iaitu digunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adat yang
yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu serta organisasi
kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yang
didominasi kekuasaan golongan atasan (Mohd. Kamal Kamaruddin,
2009: 49).
7 Kemunculan sistem feudal di Eropah dipengaruhi oleh beberapa faktor.
Faktor kemunculan sistem
feudal di Eropah: Antaranya:
• Keperluan mendapatkan (a) Keperluan mendapatkan perlindungan
perlindungan
• Pengaruh Rom (i) Pada Zaman Pertengahan Awal, kehidupan masyarakat
• Pengaruh Jerman amat sukar disebabkan serangan dan rompakan oleh orang
gasar. Serangan yang dilakukan oleh orang Gasar telah
2
Bab 01 2 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
menyebabkan tidak wujud satu pemerintahan pusat yang
berkesan. Hubungan masyarakat dengan dunia luar terputus, BAB
yang berharga bagi masyarakat Zaman Pertengahan Awal 1
ialah tanah. Oleh yang demikian, apabila masyarakat diserang
oleh raja-raja orang gasar, mereka dengan sukarela memberi
penghormatan kepada wakil raja-raja orang gasar kerana
mereka mendapat perlindungan daripada musuh dan dapat
meneruskan kehidupan.
(ii) Sebagai balasan kepada perlindungan yang diberi, rakyat
menyerahkan tanah dan diri mereka kepada tuan-tuan tanah,
iaitu lords. Mereka berjanji akan menyerahkan sebahagian
daripada hasil tanaman dan menjadi tenaga tentera kepada
lords.
(iii) Dalam masa yang sama, tuan-tuan tanah pula mempunyai
musuh dengan tuan-tuan tanah yang lain. Oleh itu, mereka
juga memerlukan perlindungan. Maka, kebanyakan tuan-tuan
tanah ini mahukan golongan bangsawan berkuasa ke atas
tanah anak-anak buah dan hamba-hambanya.
(iv) Bagi tuan-tuan tanah yang memiliki tanah-tanah daripada raja
atau duke disebut sebagai tenants in chief (ketua penyewa).
Mereka akan memberikan sebahagian tanah kepada orang
lain untuk disewa dan diusahakan dan mereka akan menerima
kesetiaan daripada penyewa tersebut.
(b) Pengaruh Rom
(i) Pada akhir era pemerintahan empayar Rom, ramai Galeri Info
golongan bangsawan yang berpengaruh telah mengambil
alih pentadbiran tempatan. Golongan bangsawan ini akan Tidak terdapat pentadbiran
menjalankan pentadbiran, perundangan dan mengutip cukai. pusat yang berkesan selepas
kejatuhan tamadun Rom
Para petani kini terpaksa membayar cukai yang tinggi hanya akibat serangan orang
untuk mendapatkan keselamatan. Oleh yang demikian, ramai gasar. Maharaja pada akhir
petani memberikan tanah-tanah mereka kepada tuan-tuan pemerintahan tamadun Rom,
tanah utama atau magnates. Tanah-tanah ini akan disatukan iaitu Maharaja Romulus
Augustus telah disingkirkan
menjadi estet. Sebagai ganti rugi, lord akan membenarkan menyebabkan empayar Rom
petani menggunakan tanah mereka seumur hidup. Perjanjian yang luas telah berpecah-
ini dikenali sebagai precarium. Pajakan precarium ini lebih belah sehingga mewujudkan
sistem feudal bagi mengisi
rendah bebannya kepada petani berbanding dengan cukai yang kekosongan pemerintahan
dikenakan oleh Rom. pada masa itu.
(ii) Satu lagi amalan masyarakat Rom yang menyumbang
kepada feudalisme ialah amalan patrocinium. Berdasarkan
amalan patrocinium, masyarakat atau rakyat yang miskin
akan dibenarkan bekerja untuk golongan bangsawan yang
berpengaruh bagi menyara kehidupan mereka. Dengan amalan
ini, tentera-tentera persendirian mula terbentuk bagi menjaga
keselamatan golongan bangsawan dan petani.
(iii) Petani-petani yang mengusahakan estet-estet Rom mula
bersatu dengan petani yang memegang pajakan patrocinium.
Perubahan masa telah menyebabkan kedua-dua kumpulan ini
menjadi serf.
3
Bab 01 3 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Pengaruh Jerman
BAB (i) Kebanjiran puak Jerman di Eropah pada Zaman Pertengahan
Awal turut sama membawa amalan yang mereka amalkan
1
di Jerman. Mereka membawa sistem lord atau vassal yang
dipanggil comitatus. Sistem ini adalah sama dengan amalan
patrocinium dan pemerintah Jerman atau herzog telah
menyediakan makanan dan senjata kepada orangnya.
(ii) Tentera-tentera Jerman ini memberi naungan kepada patron-
patron Rom dan membentuk tentera persendirian besar yang
dipanggil bucellarians. Hubungan yang wujud ini disebut
feudal.
8 Faktor-faktor tersebut telah mempengaruhi kemunculan sistem feudal
di Eropah. Kemunculan sistem feudal ini menyaksikan sebahagian
besar golongan bangsawan yang memiliki tanah menjalankan kuasa
pemerintahan secara langsung dan kuasa politik ke atas daerah masing-
masing. Banyak raja dan putera-putera raja beransur-ansur menonjolkan
kekuasaan mereka dan mengurangkan kuasa golongan bangsawan
dengan memaksa mereka supaya taat setia kepada raja. Apabila kuasa
raja-raja bertambah kukuh, maka ketaatsetiaan kepada Maharaja Rom
akan semakin berkurangan.
9 Struktur sistem feudal yang diamalkan di Eropah adalah berbentuk
Raja piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang
diperintah.
Bangsawan Penguasa (a) Golongan pemerintah, iaitu maharaja atau raja akan menduduki
gereja
tempat teratas dalam hierarki sosial. Lapisan kedua pula adalah
golongan anak raja dan bangsawan yang juga golongan pembesar-
Knight
pembesar negeri.
(b) Golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat biasa.
Rakyat biasa
10 Oleh yang demikian, dalam masyarakat feudal di Eropah memperlihatkan
raja mempunyai kuasa mutlak dan berada dalam kedudukan tertinggi,
diikuti oleh count, lord, manor, dan serf. Raja akan menyerahkan
Rajah 1.1 Hierarki masyarakat tanah kepada pegawai utama atau ketua penyewa (count). Count akan
feudal di Eropah
menyerahkannya kepada manor (satu unit sosio-ekonomi). Gereja pula
berkuasa di atas pelantikan raja dan ahli-ahli gereja.
11 Menurut sistem feudal, setiap orang mempunyai hak dan tanggungjawab
tertentu dan bergantung kepada jenis tanah yang dipajak dan syarat
pemajakannya. Tanah-tanah ini diperolehi daripada raja dan menjadi
kewajipan count untuk menyediakan askar dan menyumbangkan wang
kepada raja. Raja pula akan melindungi count dan tidak akan campur
tangan dalam soal tanah selagi count menjalankan kewajipan terhadap
raja.
12 Tahap paling bawah dalam sistem feudal ialah petani atau serf. Masyarakat
petani atau serf adalah golongan miskin dan tidak berpelajaran. Mereka
diberi hak yang sedikit dalam masyarakat tetapi mempunyai tugas yang
banyak. Tugas utama mereka adalah memuaskan hati tuan-tuan tanah
dan peluang untuk mengumpul kekayaan adalah tipis.
4
Bab 01 4 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
13 Oleh yang demikian, kedudukan individu dalam masyarakat feudal
ditentukan secara taraf tersedia atau warisan dan taraf capaian, iaitu BAB
melalui penganugerahan yang diterima daripada maharaja atau raja.
1
14 Manakala feudalisme di Jepun pula telah berakar umbi sejak Zaman
Kamakura. Permulaan zaman feudalisme ini adalah kerana kewujudan
estet-estet persendirian yang dipanggil syo atau syoen. Pertumbuhan syo
telah memperlihatkan pemindahan kuasa dari kerajaan pusat kepada
tuan-tuan tanah di wilayah-wilayah.
15 Pertumbuhan feudalisme juga telah dipercepatkan oleh kemerosotan
kuasa golongan aristokrat dan kebangkitan kelas pahlawan atau buke
di wilayah-wilayah. Golongan pahlawan ini memberi ketaatsetiaan dan Layari laman web berikut
untuk maklumat tentang
kepatuhan kepada Kamakura. Kewajipan golongan pahlawan ini lebih masyarakat feudal di Jepun:
berasaskan kepada moral daripada undang-undang. • http://ms.wikipedia.org/
wiki/Sejarah_Jepun
16 Feudalisme di Jepun juga telah diperkukuhkan oleh Minamoto Yorimoto
yang telah membuka jalan kepada kemunculan buke di wilayah-wilayah.
Buke juga telah mendominasi jawatan jito dan shugo. Calon-calon bagi
jawatan ini telah ditentukan oleh Kamakura Bakufu. Oleh itu, pegawai- INFO
pegawai ini memberi ketaatsetiaan mereka kepada Shogun yang juga
menguasai daimyo-daimyo yang lain.
1.1.1 Masyarakat Feudal di England ’16
1 Perang Seratus Tahun adalah siri peperangan yang melibatkan pelbagai Hasil Pembelajaran
konflik antara England dan Perancis.
(a) Perang ini berlanjutan selama 116 tahun, iaitu bermula dari tahun Menjelaskan ciri-ciri
1337 hingga tahun 1453. masyarakat feudal di
England dan susun lapis
(b) Perang ini meninggalkan kesan kepada masyarakat England apabila masyarakat England.
muncul semangat kesedaran nasional di dalam diri orang England.
(c) Mereka menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa persuratan
dan institusi kebangsaan berakar umbi di England.
2 Setelah itu, berlaku pula perang saudara di England yang dikenali sebagai Ciri-ciri masyarakat feudal
The Wars of Rose atau Perang Bunga Mawar. Keadaan huru-hara yang England:
berpanjangan di England telah memaksa masyarakat England menerima Politik
• Maharaja
sistem pemerintahan beraja mutlak sebagai alternatif penamat huru-hara • Bangsawan
yang berlaku. Ekonomi
• Tanah
3 Seterusnya, penubuhan monarki kebangsaan di Eropah pada abad ke-15 • Ekonomi merkantilisme
telah merintis jalan kepada kemunculan pemerintahan berkuasa mutlak Sosial
pada abad ke-16 dan ke-17 di England. • Mobiliti sosial
• Raja Penguasa Agama
(a) Masyarakat Eropah mempercayai bahawa sistem pemerintahan raja
mutlak adalah sistem yang memperlihatkan bahawa seseorang raja
dilantik oleh Tuhan untuk memerintah rakyatnya.
(b) Tugas rakyat adalah untuk membantu raja tanpa soal. Jika seseorang
raja kejam dan tidak adil, rakyat harus menerima pemerintahannya
dengan tenang sebagai hukuman ke atas dosa-dosa mereka.
(c) Pandangan ini telah diterima oleh institusi gereja dan mendapat
sokongan daripada raja.
5
Bab 01 5 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
4 Penerimaan pemerintahan berkuasa mutlak ini menyebabkan masyarakat
BAB England berada dalam sistem masyarakat feudal. Masyarakat feudal di
Nyatakan dua golongan dalam England terbahagi kepada dua golongan, iaitu:
1 masyarakat feudal di England.
(a) Golongan pemimpin
(b) Golongan yang dipimpin
5 Golongan pemimpin terdiri daripada raja, bangsawan/baron, dan knight.
Manakala golongan yang dipimpin ialah petani atau rakyat biasa yang
dikenali sebagai serf.
6 Dalam masyarakat feudal, raja mempunyai kuasa mutlak.
(a) Raja menjadi pusat segala kekuasaan. Kuasa raja menjalankan
pemerintahan menjadi hak mutlak raja.
(b) Rakyat tidak mempunyai hak untuk membantah pemerintahan raja.
(c) Raja hanya bertanggungjawab kepada Tuhan dalam menjalankan
pemerintahan bukan kepada rakyat.
(d) Rakyat tidak mempunyai hak dan suara dalam pemerintahan kerana
kuasa raja adalah anugerah suci yang diperturunkan oleh Tuhan.
(e) Rakyat perlu memberi taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada
raja. Mereka tidak mempunyai hak untuk membantah walaupun
raja tidak menjalankan pemerintahannya dengan baik.
Zaman Pertengahan (476 7 Kedudukan ketertinggian raja ini diperlihatkan dalam era pemerintahan
– 1450 M.) bermula dengan Dinasti Tudor (1485 – 1603). Walaupun raja-raja mengamalkan sistem
keruntuhan tamadun Rom dan pemerintahan beraja mutlak tetapi masih berpegang kepada tradisi
dikenali sebagai Zaman Gelap.
Zaman Pertengahan penting politik England yang telah wujud sejak Zaman Pertengahan.
kerana telah menyediakan 8 Raja-raja masih menghormati prinsip pembatasan kuasa pemerintah
dimensi baru bagi perubahan
yang lebih besar dalam yang terdapat dalam Magna Carta. Maka, pemerintahan raja-raja tidak
kehidupan masyarakat Eropah. sepenuhnya membelakangi parlimen.
9 Pembatasan kuasa pemerintah ini memperlihatkan bahawa rakyat
England pada abad ke-16 menerima idea bahawa raja dilantik atas
kehendak Tuhan, tetapi rakyat England tidak dapat menerima
kepercayaan bahawa Tuhan telah memberi raja-raja kuasa mutlak untuk
menjalankan pemerintahan.
Galeri Info
10 Pembatasan kuasa raja ini menjelaskan bahawa England mengamalkan
Magna Carta merupakan sistem monarki terhad, iaitu raja tidak boleh mengubah undang-undang
piagam yang diterbitkan
pada tahun 1215 di England. yang telah tercatat dalam Magna Carta atau Piagam Politik yang telah
Piagam ini mewajibkan Raja diamalkan di England sejak tahun 1215.
John melepaskan tuntutan
terhadap kuasa tertentu, 11 Era pemerintahan Raja Henry VII (1485 – 1509) di England menduduki
menghormati undang-undang hierarki tertinggi dalam masyarakat feudal dan berkuasa mutlak terhadap
am, dan tertakluk kepada rakyat dan negara. Dasar pemerintahan Raja Henry VII:
undang-undang. Piagam ini
juga mengiktiraf hak asasi (a) Berhati-hati dalam dasar luar.
rakyat biasa. Piagam ini (b) Mengurangkan perbelanjaan negara.
merupakan pengaruh awal (c) Meningkatkan hasil perbendaharaan dengan mengusahakan tanah
dalam proses mendirikan diraja, pungutan cukai, denda, dan hadiah atau benevolences
sistem perlembagaan dan
undang-undang am yang (bayaran wang yang didapati daripada rakyat secara paksaan).
wujud pada hari ini. Magna (d) Mengenakan tarif bagi melindungi industri pakaian dan kain kapas,
Carta dianggap salah satu mengenakan cukai import dan eksport, serta peruntukan parlimen
daripada dokumen penting
dalam sejarah demokrasi. (John M.Merriman, 2004: 191).
6
Bab 01 6 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(e) Pengukuhan kewangan ini membolehkan Raja Henry VII
mengukuhkan kuasa mutlaknya dan tidak bergantung sepenuhnya BAB
kepada parlimen.
(f) Mengurangkan kekuasaan parlimen di England. Buktinya, parlimen 1
hanya bersidang lima kali sahaja dalam tempoh pemerintahannya
dan hanya sekali dalam tempoh 12 tahun yang terakhir dalam
pemerintahannya.
(g) Dalam segala hal, parlimen hanya mengikuti segala perintah yang
dikeluarkan oleh Raja Henry VII.
12 Tindakan berikut dilakukan oleh Raja Henry VII untuk mengukuhkan Foto 1.1 Raja Henry VII
pemerintahan beraja berkuasa mutlak:
(a) Meluluskan undang-undang menentang pemakaian pakaian khas
(livery).
(b) Pengekalan tentera persendirian, dan pemakaian lambang kuasa Layari laman web berikut
sendiri sebagai amalan golongan bangsawan. untuk maklumat tentang
(c) Mengubah prosedur biasa keselamatan yang tidak memberi parlimen England:
• http://en.wikipedia.org/
keselamatan kepada para saksi menyebabkan saksi tidak berani wiki/Parliament_of_
memberi keterangan dan para juri pula takut membuat keputusan England
yang melukakan hati golongan bangsawan.
(d) Menggunakan Majlis Diraja sebagai mahkamah yang baharu
untuk menguruskan hal berkaitan harta benda dan situasi yang
menganggu ketenteraman awam. Badan ini menjadi popular dan INFO
berjaya mewujudkan keamanan dan keadilan.
13 Dalam memperkukuhkan kewibawaannya, Raja Henry VII telah
mengadakan perikatan politik melalui perkahwinan.
(a) Raja Henry VII mengatur perkahwinan antara Arthur dengan
Catherine (puteri Sepanyol). Walaupun Arthur meninggal dunia
selepas beberapa bulan perkahwinannya, Catherine masih menetap
di England dan berkahwin dengan putera kedua Raja Henry VII
yang kemudiannya menjadi Raja Henry VIII.
(b) Puteri Raja Henry VII, iaitu Margaret dikahwinkan dengan Raja
James IV dari Scotland. Perkahwinan tersebut menjadi jalan perintis
kepada hubungan baik antara England dengan Scotland.
14 Era pemerintahan Dinasti Tudor berakhir apabila Ratu Elizabeth I Foto 1.2 Raja Henry VIII
meninggal dunia tanpa meninggalkan waris. Raja James I merupakan
pemerintah England yang memulakan pemerintahan Dinasti Stuarts
di England. Baginda memerintah dari tahun 1603 hingga tahun 1625.
Dasar pemerintahan Raja James I:
(a) Melaksanakan dasar “Raja itu daripada Tuhan dan undang-undang
itu daripada Raja.”
(i) Raja mempunyai status dan kedudukan yang suci.
(ii) Disebabkan kedudukan dan statusnya itu, maka raja mempunyai
hak dan kekuasaan yang suci hasil daripada anugerah Tuhan
untuk membolehkan raja menjalankan pemerintahan.
(iii) Oleh itu, rakyat harus patuh kepada raja. Foto 1.3 Raja James I
(b) Kedudukan raja mengatasi segala undang-undang yang digubal
oleh manusia.
7
Bab 01 7 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(i) Menurut baginda, undang-undang adalah bersumberkan
BAB kedudukan suci raja.
(ii) Semua institusi pemerintahan seperti parlimen, gereja, dan
1
mahkamah diwujudkan untuk berkhidmat kepada raja
bukannya berkongsi kekuasaan dengan raja
(c) Mewujudkan corak pemerintahan raja berkuasa mutlak di England.
15 Raja James I merasakan wujud pembatasan kepada kuasa raja apabila
terdapat dua dewan, iaitu Dewan Parlimen dan Dewan Rakyat. Kedua-
dua dewan ini mempunyai kuasa tentang cukai dan undang-undang.
16 Raja James I menggunakan sistem kewangan yang mengguna pakai
sistem sedia ada, iaitu pendapatan tetap yang diterima daripada harta
dan kutipan diraja, cukai kastam, dan sebagainya. Manakala, cukai tanah
dan lain-lain ditetapkan oleh parlimen.
17 Keadaan tersebut menyebabkan Raja James I perlu merayu kepada
parlimen untuk mendapatkan peruntukan tambahan namun permintaan
baginda tidak dilayan oleh parlimen. Keengganan parlimen ini telah
menyebabkan Raja James I bertindak menggunakan kuasa mutlaknya
dengan menaikkan cukai kastam, memberi kuasa monopoli yang
menganggu kebebasan perdagangan, dan menjual haknya.
18 Parlimen menentang tindakan tersebut namun hanya mengundang
kemarahan Raja James I. Baginda telah menangkap dan memenjarakan
mereka yang lantang menentangnya.
19 Putera Raja James I, iaitu Raja Charles I juga menjalankan pemerintahan
seperti ayahandanya. Raja Charles I mendapati sukar mendapatkan
peruntukan tambahan daripada parlimen. Tindakan Raja Charles I:
(a) Memaksa penduduk memberi sagu hati kepada baginda.
(b) Mana-mana rakyatnya yang enggan akan dipenjarakan.
(c) Bagi mana-mana ahli parlimen yang membantah akan ditahan dan
Foto 1.4 Raja Charles I
tentera juga diletakkan di sekeliling rumah mereka.
Pengisytiharan Hak 20 Tindakan Raja Charles I mendorong parlimen mengadakan persidangan
melindungi rakyat dalam soal: dan memaksa Raja Charles I menandatangani Pengisytiharan Hak pada
• Hak perseorangan tahun 1628.
• Hak memiliki harta benda
21 Pengisytiharan ini bertujuan untuk melindungi rakyat daripada
kekuasaan raja terutamanya dalam soal hak memiliki harta benda dan
hak perseorangan. Syarat Pengisytiharan Hak:
(a) Raja tidak akan menggunakan angkatan tentera diraja untuk
kepentingan sendiri.
(b) Raja tidak akan memenjarakan rakyat tanpa sebab.
(c) Raja tidak akan memungut cukai tanpa kebenaran parlimen.
22 Namun, Raja Charles I tidak menerima syarat tersebut. Baginda tegas
dengan pendiriannya bahawa raja yang memerintah mempunyai kuasa
penuh untuk menjalankan urusan pentadbiran terutama dalam soal
percukaian.
23 Ahli parlimen yang tidak berpuas hati dengan pendirian Raja Charles
I telah mengadakan persidangan pada bulan Jun 1629 dan membuat
kecaman hebat terhadap Raja Charles I.
8
Bab 01 8 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
24 Raja Charles I telah menangkap sembilan orang ahli parlimen selepas
persidangan tersebut dan membubarkan parlimen. Baginda mengambil BAB
keputusan menjalankan pemerintahan secara mutlak tanpa parlimen 1
selama sebelas tahun. Dalam tempoh ini, dasar pemerintahan Raja
Charles I ialah:
(a) Memperkenalkan pelbagai cukai, melaksanakan undang-undang Raja Charles I mengamalkan
pungutan cukai yang ketat, dan sesiapa yang menentang akan pemerintahan secara mutlak
didenda. sehingga mencetuskan perang
(b) Menggunakan mahkamah diraja secara meluas untuk tujuan saudara antara puak raja
(royalist) dengan pihak parlimen
tersebut. (roundheads).
(c) Undang-undang yang ada sebelum ini diketepikan dan hakim
mahkamah tidak mempunyai kebebasan menjalankan tugas.
(d) Mencampuri hal ehwal ekonomi terutama dalam soal perniagaan
dan perdagangan secara langsung.
(e) Menjual hak monopoli barang pengguna seperti sabun dan arak
dengan harga yang mahal. Ini menyebabkan harga melambung
tinggi kerana syarikat yang mendapat hak monopoli menjualnya
dengan harga yang mahal.
25 Keadaan tersebut mencetuskan perasaan tidak puas dalam kalangan
rakyat dan golongan peniaga. Kesemua tindakan yang diambil oleh Raja
Charles I telah memeranjatkan golongan bangsawan, pemilik tanah, dan
golongan borjouis sehingga mencetuskan perang saudara antara puak
raja (cavaliers / royalist) dengan puak parlimen (roundheads).
26 Perang saudara tersebut tercetus pada tahun 1642 hingga tahun 1649
untuk:
(a) Menentukan sama ada raja atau parlimen yang memerintah
England.
(b) Menentukan sama ada kepercayaan High Church Party atau Puritan
menjadi agama rasmi England.
27 Akhirnya, kemenangan memihak kepada puak parlimen (roundheads)
di bawah pimpinan Oliver Cromwell. Kesannya, Raja Charles I tidak lagi
berkuasa dalam parlimen dan dihukum pancung oleh Parlimen Rump.
28 Oliver Cromwell telah menubuhkan pemerintahan Komanwel dan
Protectorate di England. Namun, pemerintahan Oliver Cromwell bersifat
diktator, iaitu parlimen hanya akan bersidang jika membawa kepentingan
kepada beliau.
Foto 1.5 Oliver Cromwell
29 Apabila Oliver Cromwell meninggal dunia, putera Raja Charles I,
iaitu Raja Charles II menaiki takhta dan berjanji akan mematuhi dan
menghormati parlimen.
30 Raja Charles II kemudiannya memansuhkan Komanwel dan meluluskan
undang-undang mengikis fahaman Puritan dari England. Pada zaman
pemerintahannya, parlimen telah meluluskan undang-undang hak asasi
manusia, iaitu Habeas Corpus Act pada tahun 1679. Undang-undang ini
mensyaratkan:
(a) Sesiapa yang ditangkap mesti dibawa ke muka pengadilan.
(b) Menyatakan sebab penangkapan dan dipenjarakan. Foto 1.6 Raja Charles II
9
Bab 01 9 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
31 Pelaksanaan undang-undang tersebut akhirnya telah menyekat kuasa raja
BAB daripada memenjarakan tahanan politik sesuka hati bagi jangka masa
panjang tanpa mendakwa pesalah.
1
32 Pemerintahan Raja James II (1685 – 1688) menggantikan adindanya,
Raja Charles II merupakan seorang raja yang kurang cekap.
33 Raja James II beragama Katolik dan isteri pertamanya beragama
Protestan. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Mary yang
dikahwinkan dengan William of Orange.
34 Raja James II berkahwin sekali lagi dan isterinya beragama Katolik.
Baginda dikurniakan seorang putera dan ingin memahkotakannya
sebagai pemerintah England. Tindakan baginda mendapat tentangan
daripada rakyat England yang mahukan Mary dan William of Orange
Foto 1.7 Raja James II
memerintah England lalu mengutus surat kepada Mary.
35 Pada tahun 1688, William of Orange dan Mary bersama-sama 15 000
orang angkatan tentera mendarat di England. Mengetahui kedatangan
angkatan William dan Mary, Raja James II dan angkatan tenteranya
melarikan diri ke Perancis.
36 Peristiwa tersebut tidak menumpahkan darah dan dikenali sebagai
Revolusi Cemerlang (Glorious Revolution). William of Orange dan
Mary bersama-sama memerintah England. Seterusnya, beberapa
Layari laman web berikut pengisytiharan dibuat oleh parlimen (Sivachandralingam Sundara Raja,
untuk maklumat lanjut
tentang peristiwa Revolusi 1996: 140). Antaranya:
Cemerlang: (a) Pengisytiharan Hak
• http://en.wikipedia.org/ (i) Parlimen mesti mengadakan persidangan dari semasa ke
wiki/Glorious_Revolution
semasa.
(ii) Rakyat mempunyai hak untuk menghadapkan raja ke muka
pengadilan.
(iii) Individu beragama Roman Katolik tidak boleh menjadi raja
INFO
England pada masa hadapan.
(iv) Hanya parlimen yang boleh mengenakan cukai dan raja tidak
mempunyai kuasa.
(b) Undang-undang Toleransi
(i) Memberi kebebasan kepada puak Puritan membina gereja dan
menjalankan ibadat agama dengan bebas.
37 Ciri-ciri sistem beraja berkuasa mutlak yang diamalkan oleh masyarakat
feudal di England:
Apakah ciri-ciri sistem beraja (a) Raja tidak berkuasa sepenuhnya melakukan semua perkara yang
berkuasa mutlak?
berkaitan dengan soal pemerintahan.
(b) Raja dibantu oleh jentera pentadbirannya.
(c) Raja mempunyai kuasa untuk melantik pentadbir yang
bertanggungjawab sepenuhnya kepada raja.
(d) Jentera pentadbiran negara lazimnya dimonopoli oleh golongan
bangsawan.
38 Seterusnya dalam masyarakat feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas
semua tuan tanah (lord) dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya.
10
Bab 01 10 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
Kesannya:
(a) Membolehkan raja menyeragamkan undang-undang yang berkaitan BAB
dengan hal ehwal politik, ekonomi, dan sosial. 1
(b) Membentuk pentadbiran yang akan membantu raja dalam
melaksanakan segala peraturan dan undang-undang.
39 Penguasaan tanah oleh raja dalam masyarakat feudal membolehkan
raja berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang
dimiliki. Bagi raja, hanya golongan yang dipercayai sahaja diberikan hak
untuk memajak tanah tersebut. Golongan yang dipercayai raja ialah
vassal.
40 Raja juga memberi tanah kepada golongan bangsawan seperti baron dan Ciri-ciri baron:
knight sebagai ganjaran terhadap perkhidmatan yang diberikan. Sebagai • Memberi ketaatsetiaan
kepada raja.
balasannya, golongan bangsawan harus membekalkan askar-askar untuk • Menerima tanah daripada
peperangan. Hal ini sangat penting dalam memberi ketaatsetiaan kepada raja sebagai balasan
raja dalam masyarakat feudal. ketaatsetiaan.
• Menyewakan tanah kepada
41 Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun raja perlu petani (serf).
mendapatkan cara untuk mengekalkan kedudukannya. Raja harus • Membayar cukai ke atas
tanah yang diberi oleh raja.
memberikan hadiah kepada golongan bangsawan untuk mengikat taat
setia mereka kepada raja. Sebagai balasannya, golongan bangsawan akan
diberikan tanah dan terikat dengan raja.
42 Pemberian tanah kepada golongan bangsawan membolehkan raja
mendapat pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan terhadap
golongan bangsawan seterusnya mempertahankan kuasa. Raja juga
bertanggungjawab mengetuai tentera dalam peperangan.
43 Bangsawan atau baron berada dalam hierarki kedua selepas raja. Baron
memainkan peranan penting dalam pentadbiran dan ekonomi. Raja
akan mengurniakan gelaran kepada bangsawan seperti count, duke, Apakah tujuan raja mengurniakan
baron (lord), dan vassal. Duke berada dalam hierarki tertinggi diikuti gelaran khas kepada golongan
bangsawan?
oleh baron dan vassal.
44 Golongan bangsawan yang menerima tanah daripada raja akan
memerintah di tanahnya. Mereka akan mengawal penggunaan tanah,
mengadakan undang-undang sendiri dalam mengawal petani / serf yang
mengusahakan tanah, dan mengenakan cukai yang ditentukan oleh
golongan bangsawan.
45 Tanah yang dimiliki oleh golongan bangsawan sangat luas. Dianggarkan
kira-kira 400 golongan bangsawan memiliki 3 peratus tanah pertanian
di England. Golongan bangsawan ini tidak mengusahakan tanah yang
dimiliki untuk mengekalkan kekayaan mereka. Oleh itu, golongan
bangsawan ini telah memajak tanah tersebut atau disewa untuk
mendapatkan pendapatan.
46 Sebagai balasan pemberian tanah oleh raja, golongan bangsawan
dikenakan cukai ke atas tanah, memberi ketaatsetiaan kepada raja, serta
memperuntukkan knight sebagai tentera kepada raja.
11
Bab 01 11 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
47 Tanah yang diberi oleh raja boleh diwarisi oleh keluarga golongan
BAB bangsawan. Misalnya, William de Conqueror telah membina rumah di
1 kawasan yang luas yang dipenuhi oleh pahlawan yang terdiri daripada
golongan bangsawan.
48 Golongan bangsawan juga menyediakan tempat tinggal dan makanan
kepada raja dan kumpulan yang mengiringi raja sewaktu raja melawat
sekitar kerajaannya. Keseluruhannya, baron menggunakan tanah
mengikut kehendak mereka dan mengagihkannya kepada knight.
49 Bagi mempertahankan kekayaan golongan bangsawan, mereka
menggunakan sistem pewarisan yang dikenali sebagai sistem
Bagaimanakah golongan primogeniture.
bangsawan mempertahankan
harta dan kekayaan mereka? 50 Dalam sistem primogeniture, hanya anak lelaki tertua sahaja yang boleh
mewarisi harta. Tujuannya adalah untuk mengelakkan harta atau tanah
yang luas dibahagi-bahagi hak miliknya. Dengan cara ini, ekonomi
golongan bangsawan akan dikekalkan.
51 Selain itu, mereka juga menggunakan sistem entail. Dalam sistem ini,
jika tanah itu akan dijual, maka pemiliknya akan menjual kesemuanya
sekali. Peraturan ini jelas dapat menghalang tanah golongan bangsawan
dipecah-pecahkan. Oleh sebab itu, hanya golongan bangsawan lain yang
akan membeli tanah-tanah golongan bangsawan (Wan Abdul Rahman
Latif, 1996: 259–260).
52 Perang Bunga Mawar yang berlangsung selama 35 tahun bermula dari
tahun 1450 hingga tahun 1485 antara golongan bangsawan menyebabkan
banyak perubahan berlaku dalam golongan bangsawan. Ramai golongan
bangsawan yang terkorban.
53 Peperangan tersebut telah mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan raja,
khasnya Dinasti Tudor yang memerintah England. Raja-raja Dinasti
Tudor telah mengukuhkan cengkaman mereka di seluruh England.
Layari laman web berikut
untuk maklumat lanjut 54 Pengukuhan dan kekuasaan raja selepas perang tersebut menyebabkan
tentang Perang Bunga raja merasakan kesetiaan golongan bangsawan kepada raja tidak
Mawar: sepenuhnya kerana mereka tidak dibayar gaji. Maka, raja telah melantik
• goo.gl/zMdbmg
golongan pentadbir dan membayar gaji bagi menjamin kesetiaan mereka
terhadap raja.
55 Kini raja-raja bertanggungjawab mengawal golongan bangsawan. Apabila
INFO golongan bangsawan semakin lemah dengan meningkatnya kekuasaan
raja dan perkembangan ekonomi wang dalam kawasan luar bandar, para
petani tidak lagi terikat dengan golongan bangsawan. Penguasaan ini
membolehkan raja mengawal keseluruhan pemerintahan dan berkuasa
mutlak tanpa dibayangi oleh golongan bangsawan.
56 Oleh kerana sokongan dari segi kewangan daripada golongan bangsawan
masih diperlukan oleh raja, maka raja telah memberikan gelaran
dan anugerah kepada golongan bangsawan untuk mengekalkan taraf
kebangsaan golongan bangsawan. Penganugerahan ini membolehkan
kedudukan golongan bangsawan diiktiraf oleh masyarakat feudal tanpa
menggugat kuasa raja.
12
Bab 01 12 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
57 Seterusnya, dalam masyarakat feudal, knight berada dalam golongan
ketiga selepas golongan bangsawan. Ciri-ciri golongan knight: BAB
(a) Diberi tanah sebagai balasan terhadap perkhidmatan dalam bidang 1
ketenteraan seperti yang diminta oleh raja.
(b) Berkhidmat dengan raja, lord atau baron dan mendapat ganjaran
seperti tanah, harta, dan barang rampasan.
(c) Diberi tanggungjawab untuk melindungi baron dan keluarga baron Ciri masyarakat feudal
daripada diserang. England:
(d) Terikat dengan sumpah yang menghendaki mereka berkhidmat Politik
• Maharaja
untuk baron dan raja. • Bangsawan
(e) Boleh dipanggil untuk berperang pada bila-bila masa. • Knight
Ekonomi
58 Knight juga mempunyai tanah yang luas dan diagihkan kepada serf • Tanah
untuk mengerjakan tanah tersebut semasa ketiadaan knight. Sebagai • Ekonomi merkantilisme
balasan, serf akan memberikan khidmat kepada knight dan knight akan Sosial
• Mobiliti sosial
melindungi serf dan keluarganya. • Raja penguasa agama
59 Knight akan tinggal di tanah miliknya, memiliki rumah sendiri seperti
bangsawan lain, serta mempunyai pasukan tenteranya sendiri. Malahan,
knight juga berhak memungut hasil yang diperolehi daripada kawasannya.
60 Kehidupan knight dalam masyarakat feudal akan ditentukan oleh raja
dan baron. Oleh itu, mereka akan menumpukan masa mereka dengan
meningkatkan kemahiran dalam bidang ketenteraan seperti mempelajari
strategi peperangan, teknik pengepungan, dan penggunaan senjata.
61 Pada abad ke-16, berlaku perubahan kedudukan knight dalam masyarakat
feudal. Raja telah mengukuhkan kedudukannya dengan mengambil
tentera upahan bagi menentang pemberontak atau musuh. Pengambilan
tentera upahan ini dapat menjamin kestabilan politik dan membawa Layari lawan web berikut
kemajuan ekonomi dalam masyarakat feudal. untuk maklumat lanjut
tentang Ratu Elizabeth I:
62 Oleh itu, knight tidak lagi mendominasi komposisi pasukan tentera. • http://www.elizabethi.org/
Sebaliknya, golongan petani dan penduduk awam telah memainkan us/
peranan utama dengan menyertai angkatan tentera dan banyak terlibat
dalam peperangan. Mereka telah menjadi tentera tetap terutama dalam
pasukan infantri.
INFO
63 Walaupun begitu, ramai golongan bangsawan yang mendapat kepercayaan • http://englishhistory.net/
raja menjadi pemimpin pasukan tentera. Misalnya, pada masa tudor/monarchs/eliz1.html
pemerintahan Ratu Elizabeth I, baginda memiliki pasukan tentera yang
mempertahankan England daripada ancaman Sepanyol dan Perancis.
64 Rakyat biasa yang dikenali sebagai petani atau serf berada di bawah
sekali dalam lapisan masyarakat. Ciri-ciri golongan serf: INFO
(a) Kehidupan mereka tidak bebas sepenuhnya dan tidak boleh
berpindah.
(b) Berada di bawah pengawasan raja dan baron.
(c) Bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang
diperuntukkan oleh tuan tanah untuk keperluan harian.
(d) Sebagai balasan, akan memberi khidmat dengan mengerjakan tanah
dan keperluan lain.
13
Bab 01 13 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
65 Golongan petani akan dikawal sepenuhnya oleh tuan-tuan tanah.
BAB Antaranya, lord manor (institusi manor) akan melindungi petani,
mendirikan mahkamah bagi membolehkan petani merayu untuk
1
keadilan, mendirikan kilang, dan mendirikan gereja untuk penduduk
kampung.
66 Golongan petani yang menerima keistimewaan tersebut terpaksa
berhutang dan memberi khidmat kepada lord. Kesannya, petani harus
bekerja untuk tuan tanah terutama pada musim menuai apabila tenaga
mereka diperlukan, berkongsi hasil tuaian tanaman, serta membayar
cukai.
67 Para petani akan berkhidmat sebagai buruh sekiranya perkhidmatan
mereka diperlukan. Antara tugas petani sebagai buruh ialah membina
bangsal atau kilang tepung, menggali parit, membina dan membaiki
jalan, melakukan kerja-kerja pembersihan hutan, mengangkut barang-
barang, dan memberi perkhidmatan secara peribadi.
68 Di bawah sistem manor, kesemua bahan yang dihasilkan daripada
tanah digunakan dalam manor dan mewakili ekonomi primitif. Dalam
sistem ini, kehidupan petani tertutup dan mereka tidak mempunyai
hubungan dengan dunia luar selain daripada tuan tanah. Keperluan para
petani seperti pakaian, makanan, peralatan, dan keagamaan semuanya
disediakan dalam institusi manor.
69 Petani juga perlu membayar sewa dan tertakluk kepada undang-undang
kehakiman yang ditetapkan oleh tuan tanah.
70 Namun, kehidupan golongan petani berubah selepas berlakunya
Kesan perkembangan
ekonomi di England: perubahan ekonomi di England. Pada abad ke-16, banyak tanah dibuka
• Kemunculan bandar. untuk tujuan pertanian dan permintaan terhadap bahan makanan
• Peningkatan dalam pertanian
dagangan. bertambah. Pertanian komersial turut dijalankan.
• Perkembangan dalam sektor 71 Golongan serf kini bebas daripada tuan tanah selepas berlaku peningkatan
perusahaan.
• Golongan serf mencari dalam pertanian dagangan, kemunculan bandar, dan perkembangan
pekerjaan di bandar. sektor perusahaan. Petani keluar dari desa dan mencari pekerjaan di
• Berlaku pengurangan tenaga bandar. Kesannya, berlaku pengurangan tenaga buruh di desa.
buruh di desa.
72 Oleh yang demikian, tuan tanah terpaksa menyewakan tanah dan
mengupah orang bebas yang dibayar gaji untuk mengerjakan tanah
pertanian bagi menampung keperluan permintaan bahan makanan
dalam pasaran.
73 Malahan, ada tuan tanah yang membebaskan serf supaya dapat
menyewakan tanah kepada golongan serf bagi mengerjakan tanah dan
mendapatkan hasil tanaman. Bagi serf yang dibebaskan pula, mereka
menjadi petani dan menjual hasil tanaman mereka bagi menyara
kehidupan.
74 Kesannya, hubungan antara tuan tanah dengan petani pada abad ke-16
hingga ke-17 tidak begitu rapat. Tuan tanah hanya menyifatkan petani
sebagai buruh upahan dan hubungan adalah antara majikan dengan
pekerja.
75 Pembebasan yang dinikmati oleh golongan serf telah membolehkan
mereka bekerja sebagai buruh upahan di ladang, menyewa tanah
daripada tuan tanah untuk menghasilkan tanaman, dan berpindah ke
bandar untuk bekerja sebagai buruh kasar atau buruh mahir.
14
Bab 01 14 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
1.1.2 Masyarakat Feudal di Jepun ’11 / ’13
BAB
1 Masyarakat feudal di Jepun terbahagi kepada dua lapisan masyarakat,
iaitu masyarakat pemerintah dan masyarakat diperintah. 1
(a) Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja, pembesar, dan Shogun
daimyo.
(b) Golongan diperintah pula ialah samurai, petani, tukang mahir, dan Daimyo
saudagar.
2 Selepas tahun 1192, maharaja tidak mempunyai kuasa dalam sistem Samurai
pemerintahan di Jepun. Hal ini berlaku apabila Taira Kiyomori,
ketua pahlawan puak Taira menguasai seluruh pemerintahan dengan Petani
mengalahkan tentera maharaja dalam dua peperangan antara tahun
1159 – 1160.
3 Taira Kiyomori melantik dirinya sebagai Perdana Menteri dan Tukang/Saudagar
mengadaptasi amalan Fujiwara dengan mengahwinkan anak Rajah 1.2 Sistem feudal era
Shogun Tokugawa
perempuannya dengan maharaja dan melantik anak lelakinya di atas
takhta.
4 Namun, Taira Kiyomori menghadapi persaingan daripada ketua estet
bahagian Timur Jepun yang dipimpin oleh Minamoto Yoritomo. Berlaku
satu peperangan sengit antara keduanya sekitar tahun 1180 dan 1185.
Minamoto Yoritomo berjaya menewaskan puak Taira. Pada tahun 1192, Layari laman web berikut
beliau menggelarkan dirinya sebagai Shogun atau ketua tentera. untuk maklumat lanjut
tentang Taira Kiyomori:
5 Toyotomi Hideyoshi (1536 – 1598) telah melaksanakan dasar sistem • goo.gl/vxD7eg
feudal dan menjadi ketua yang berdaulat. Kuasa utama yang dipegang
oleh maharaja kini di tangan Hideyoshi dan maharaja tidak mempunyai
sebarang kebebasan untuk bertindak atau berdikari.
6 Sebaliknya, Hideyoshi telah memerintah atas nama maharaja dan INFO
menjalankan perintah maharaja untuk memastikan tidak berlaku
pemberontakan. Hideyoshi juga berjaya menyelesaikan masalah
pembahagian wilayah yang berlaku semasa pemerintahan Nobunaga.
Hideyoshi sendiri mengawal wilayah seperti Harima, Yamashiro,
Kawachi, dan Tamba. Bagi memastikan wilayah-wilayah lain terkawal, Galeri Info
Hideyoshi telah memberi wilayah Shibata, Katswie, Nima, dan Keda Penyatuan Jepun telah
kepada jeneral-jeneral beliau. disempurnakan oleh Hideyoshi
antara tahun 1584 – 1590.
7 Seterusnya, pengukuhan kuasa Hideyoshi dilaksanakan dengan melantik Hideyoshi juga dikaitkan
sebuah suruhanjaya yang terdiri daripada lima orang anggota yang dengan struktur kerajaan
memerintah ibu kota dan wilayah negeri. Urusan ketenteraan dan kebangsaan.
pengurusan awam negara terletak sepenuhnya di bawah kekuasaan
Hideyoshi.
8 Hideyoshi juga menubuhkan Five Elders (Go-Tairo) untuk menjaga dan
mengekalkan status quo serta mengelak sebarang perubahan yang boleh
menggugat pemerintahan keluarga Hideyoshi setelah kematiannya nanti.
9 Five Elders dibantu oleh Junior Advisers untuk menyelesaikan sebarang
perbezaan yang berlaku antara mereka. Daikan berada pada kedudukan
terakhir.
10 Daikan merupakan pemangku kepada Hideyoshi dan ditempatkan di
kawasan yang luas. Mereka bukanlah pedagang yang kaya tetapi dilantik
untuk menjadi pemerhati kepada segala aktiviti yang dilakukan oleh
daimyo yang berhampiran (W.Scott Morton, 2006: 121).
15
Bab 01 15 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
11 Pada tahun 1600, Tokugawa Ieyasu berjaya mengalahkan saingannya,
BAB dan selepas 15 tahun, Ieyasu berjaya memusnahkan saki-baki keluarga
Hideyoshi apabila Ieyasu menakluki istana Osaka melalui tipu daya yang
1
licik dan melakukan kepungan dengan bala tentera yang besar. Ieyasu
melakukan banyak perubahan yang bersifat konservatif pada peringkat
awal abad ke-17.
12 Perubahan yang dilakukan ialah Ieyasu telah menolak idea pemerintahan
yang berpusat di Kyoto. Pada tahun 1603, Ieyasu telah memperkenalkan
Kesyogunan Tokugawa di timur Jepun yang berpusat di sekitar istananya
di Edo.
13 Ieyasu dan pengikutnya membina sebuah kota berkubu yang kukuh yang
tidak pernah dibina sebelum ini. Kota ini dilindungi oleh parit yang luas,
benteng yang tinggi, dan dikelilingi dinding besar sepanjang dua batu.
14 Pada zaman Shogun Tokugawa (1603 – 1867), Tokugawa lebih berkuasa
daripada maharaja. Maharaja dianggap sebagai ketua negara tetapi
baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan. Baginda dianggap
sebagai simbol perpaduan.
Foto 1.8 Tokugawa Ieyasu
15 Kuasa pemerintahan sebenar terletak pada Shogun Tokugawa. Keluarga
maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pentadbiran terletak
di Edo.
Institusi pembesar semasa 16 Pentadbiran Tokugawa dibantu oleh tiga jabatan utama bagi mengawal
pemerintahan Tokugawa: seluruh negara Jepun.
• Majlis Penasihat Agung (Tairo) (a) Jabatan Tairo (Majlis Penasihat Agung) diwujudkan untuk
• Majlis Tertua (Roju)
• Majlis Kehakiman (Hyojosho) menasihati Shogun tentang dasar yang penting dan menjadi
pemangku raja apabila seseorang yang belum dewasa menjadi
Shogun.
(b) Jabatan Roju (Majlis Tertua) membentuk Majlis Negara yang
berfungsi menguruskan perkara seperti istana raja, golongan
bangsawan (kuge), dan golongan daimyo. Selain itu, Jabatan Roju
juga menyelia hal ehwal dalam negeri dan mengawal biara serta
tempat suci.
(c) Jabatan Hyojosho (Majlis Kehakiman) terdiri daripada Roju dan
Pesuruhjaya-pesuruhjaya Bandar, Biara, Kewangan, Hal Ehwal
Negeri, dan Ketua Pengawas. Fungsinya adalah sebahagian
pentadbiran dan sebahagian lagi berbentuk kehakiman.
17 Bagi mengekalkan kuasa politiknya dalam pemerintahan dan pentadbiran,
Tokugawa telah menyekat kuasa maharaja dan golongan bangsawan.
Mengapakah Shogun Tokugawa telah mengeluarkan satu Ordinan pada tahun 1615.
Tokugawa berusaha menyekat
kuasa maharaja dan golongan 18 Ordinan ini dikenali sebagai Kinchu Kuge Sho-Hatto atau Peraturan bagi
bangsawan?
Istana (M.Rajendran, 1988: 44). Antara perkara-perkara penting ialah:
(a) Maharaja harus berdedikasi dalam mempelajari ilmu pengetahuan
dan mesti mengikuti ajaran klasik serta memajukan tradisi puisi.
(b) Menteri-menteri Agung di Istana Maharaja seperti Dojo-Daijin,
Sa-Daijin, dan lain-lain akan menduduki tempat yang lebih kanan
berbanding putera-putera raja.
16
Bab 01 16 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Tanpa mengira kedudukan dalam istana, mereka yang melakukan
kesalahan akan dibuang negeri. BAB
19 Shogun Tokugawa berusaha mengekalkan kuasanya dengan mengawal 1
kuasa daimyo dan kegiatan tuan tanah. Tokugawa telah mengagihkan
semula tanah-tanah yang dirampas daripada penentang politik dan diberi
kepada tenteranya.
20 Pengagihan semula dijalankan dengan cara memberi kawasan kekuasaan
kepada vassal-vassal Ieyasu yang dipercayai supaya mereka dapat
memerhatikan daimyo-daimyo yang diragui ketaatsetiaannya.
21 Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan
penting dalam pentadbiran di Jepun. Mereka bermula dengan status Galeri Info
primus inter pares, iaitu hanya dikenali sebagai ketua yang popular dalam Daimyo diwajibkan
kalangan pahlawan. bersumpah setia, menunaikan
tanggungjawab kepada bakufu,
22 Kebiasaannya mereka menggelarkan diri mereka sebagai bangsawan menyediakan bantuan apabila
daerah sebenar yang menguasai kawasan tertentu dan mengharapkan diperlukan dan memastikan
kesetiaan daripada kebanyakan keluarga tentera dalam lingkungan daerah mereka ditadbir
dengan aman.
sesebuah daerah.
23 Pada abad ke-16, mereka telah mengiktiraf diri mereka sebagai bangsawan
daerah yang digelar daimyo yang membuktikan ketokohan semasa zaman
feudal.
24 Daimyo dibantu oleh kelas pegawai pentadbir dan pegawai tentera yang
membentuk pemerintahan kecil di istana pusat daimyo dan hidup dengan
tanah warisan atau gaji yang diberikan kepada mereka.
25 Disebabkan hak istimewa dan keadaan pada zaman itu, kebanyakan
daimyo membangunkan kekuatan tentera di daerah kekuasaan mereka.
26 Ada antara daimyo lebih berkuasa sehingga menakluk beberapa wilayah
lain, membangunkan keupayaan berperang dengan menjadikan golongan
petani sebagai tulang belakang kehidupan ekonomi, dan bekalan tenaga
ketenteraan. Malahan, mereka mendapat sokongan daripada pedagang
yang menyediakan alat pengangkutan semasa perang.
27 Daimyo Fudai merupakan daimyo yang paling dipercayai oleh Tokugawa.
Ciri-ciri daimyo Fudai:
(a) Cabang daripada keluarga Tokugawa dan sekutu-sekutunya.
(b) Memiliki tanah seluas hampir 50 000 koku (1 koku = 5 bushel).
(c) Dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu.
(d) Membantu Tokugawa menguasai pemerintahan. Foto 1.9 Hayashi Tadataka,
(e) Menyediakan pertahanan ketenteraan dan pentadbiran kepada seorang daimyo Fudai yang
Kesyogunan Tokugawa. terkenal
28 Selepas daimyo Fudai ialah daimyo Shimpan. Ciri-ciri daimyo Shimpan: Daimyo Fudai dan daimyo
(a) Dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara. Shimpan membantu Tokugawa
(b) Terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. menjalankan pemerintahan.
(c) Antara keluarga Tokugawa yang utama dikenali sebagai Go-Sanke
atau Tiga Rumah milik anak Ieyasu yang terletak di daerah Owari
Kii dan Mito.
(d) Tugasnya sama seperti daimyo Fudai.
17
Bab 01 17 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
29 Satu kumpulan lagi ialah daimyo Tozama yang juga dikenali sebagai
BAB daimyo luar. Ciri-ciri daimyo Tozama:
(a) Tidak mempunyai pertalian saudara dengan Ieyasu.
1
(b) Merupakan tuan-tuan tanah feudal yang sama ada mengambil
pendirian berkecuali dalam pertempuran antara Ieyasu dan
Mitsunari di Sekigahara atau bersekutu dengan Mitsunari dalam
pertempuran tersebut.
(c) Selepas pertempuran di Sekigahara, Ieyasu tidak mempercayai
daimyo Tozama dan mengawal kumpulan ini dengan ketat dan rapi.
30 Ieyasu mengawasi tindak-tanduk daimyo Tozama dengan mengarahkan
Galeri Info
mereka menjalankan tugas yang membebankan dan melemahkan sumber
Antara tahun 1615 – 1635, kewangan mereka dengan cara:
pelbagai undang-undang (a) Memberi tugas membaiki istana di Nagoya, Fushimi, Hakone, Edo,
diluluskan untuk mengawal
daimyo dari segi tingkah dan Suruga.
laku, perkahwinan, pakian, (b) Daimyo Tozama seperti Kato, Asano, Ikeda dan Shimazu diarah
kehadiran bergilir di Edo, membekalkan buruh serta bahan untuk kerja pembaikan istana
pembinaan kapal, dan
sebagainya. tetapi diberi bayaran yang kecil dan bayaran tersebut tidak mampu
menampung kos yang telah dikeluarkan.
31 Ieyasu juga telah mengambil langkah untuk mengelakkan berlakunya
komplot dan subahat dalam kalangan daimyo Tozama. Pada tahun 1615,
Ieyasu telah melaksanakan Ordinan untuk Perumahan Ketenteraan
(M.Rajendran, 1988: 42). Berdasarkan ordinan tersebut:
(a) Mengenakan had ke atas saiz istana.
(b) Tidak membenarkan daimyo Tozama membaiki atau membesarkan
istana atau kota mereka tanpa permit.
(c) Mengawal had kubu istana daimyo Tozama.
32 Seterusnya, perkahwinan dalam kalangan keluarga daimyo dan hubungan
dengan daimyo lain juga dikawal rapi oleh Shogun.
Petua Pemeriksa 33 Shogun Tokugawa sentiasa mengawasi daimyo. Jika mereka tidak
membayar cukai kepada kerajaan pusat, Tokugawa akan memanggil
Pelajar harus mengetahui
peranan daimyo dan cara mereka untuk membuat kerja binaan di Edo atau memberi khidmat
Shogun mengekang kuasa negara dan memerah tenaga mereka secara berlebihan.
daimyo.
34 Kerajaan Edo juga menubuhkan satu kumpulan pegawai yang dikenali
sebagai metsuke yang menjadi polis rahsia bagi mengawal kumpulan
yang mengancam undang-undang Tokugawa.
35 Shogun Tokugawa juga mengawal daimyo melalui sistem Sankin Kotai
atau dikenali sebagai kehadiran bergilir. Melalui sistem ini, setiap daimyo
dipaksa menukar tempat kediaman mereka selang setahun di antara Edo
dan tanahnya sendiri.
36 Apabila daimyo ini pulang ke tanahnya sendiri, mereka harus
meninggalkan isteri dan anak-anak di Edo sebagai penjamin. Ketika di
Edo, seseorang daimyo wajib melaksanakan pelbagai upacara dan tugas
pentadbiran untuk bakufu dan apabila tinggal di tanah sendiri tidak
dibenarkan melawat tanah lain tanpa kebenaran bakufu.
37 Sistem tersebut telah menimbulkan beban kewangan yang serius ke atas
daimyo yang terpaksa mengendalikan dua tempat kediaman.
18
Bab 01 18 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
38 Samurai (Kelas Panglima) merangkumi hampir 5 peratus daripada
jumlah penduduk Jepun dan mempunyai kedudukan istimewa dalam BAB
masyarakat. Ciri-ciri samurai: 1
(a) Tinggal berhampiran bandar atau istana. Dapatkan maklumat tentang
(b) Menjaga keamanan negara dan memelihara kepentingan daimyo. samurai dalam laman web
berikut:
(c) Menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada daimyo. • http://en.wikipedia.org/
(d) Tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan lain wiki/Samurai
walaupun negara dalam keadaan aman.
(e) Pada era pemerintahan Hideyoshi, samurai tidak boleh
meninggalkan tugasnya dan meminta para petani menyerahkan
senjata kepada kerajaan. INFO
• http://www.history.com/
39 Semasa era pemerintahan Tokugawa, Jepun dikatakan sebagai ekonomi topics/samurai-and-
“beras”. Hasil pendapatan daimyo dan samurai diukur mengikut banyak bushido
beras yang dmiliki dan bukannya mata wang.
40 Samson menyatakan bahawa “kekayaan diukur mengikut banyaknya
beras kerana beras menjadi perantaraan pertukaran yang sangat penting
dan juga makanan yang utama.” (G.B. Samson, 1931: 445). INFO
41 Oleh itu, amat jelas bahawa golongan daimyo dan samurai terpaksa
ditanggung oleh golongan petani. Malahan, ada yang menyatakan
bahawa petani dianggap sebagai jentera untuk menghasilkan beras bagi
mengisi perut golongan samurai (G.B. Samson, 1931: 457). Galeri Info
42 Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa Kelas samurai muncul
perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Golongan samurai yang sebagai kelas yang paling
berpendidikan dalam sistem
bergantung hidup dengan menerima pendapatan berguni-guni beras feudal Tokugawa.
daripada shogun atau daimyo sebelum ini telah menjual beras tersebut
untuk mendapatkan wang tunai daripada saudagar-saudagar di Osaka.
43 Masalah ekonomi telah menyebabkan golongan samurai berhutang
dengan golongan saudagar terutamanya peminjam wang dan broker
beras. Kemiskinan menyebabkan akhlak golongan samurai merosot dan
terjebak dalam kegiatan penyamunan dan keganasan pada pertengahan
abad ke-18.
44 Sementara itu, golongan saudagar pula menjadi semakin kaya walaupun
kedudukan mereka dalam masyarakat adalah bertaraf rendah.
45 Dalam kalangan rakyat biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang
tertinggi. Ini kerana Jepun merupakan sebuah negara pertanian yang
tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan negara luar berikutan Mengapakah golongan petani
amalan dasar tutup pintu. mendapat kedudukan tertinggi
dalam kalangan rakyat biasa di
46 Kaum tani merangkumi 80 – 90 peratus daripada jumlah penduduk Jepun?
terpaksa menanggung beban percukaian yang berat. Mereka membayar
40 – 50 peratus daripada jumlah hasil keluaran mereka sebagai cukai
tahunan kepada daimyo. Petani-petani yang gagal membayar cukai akan
menerima hukuman yang berat (M.Rajendran, 1988: 45).
47 Kelas tukang mahir (artisan) adalah di bawah petani. Artisan memiliki
pengetahuan dan keupayaan istimewa serta mendapat penghormatan
kerana hasil pertukangan mereka digunakan oleh golongan daimyo.
19
Bab 01 19 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
48 Golongan tukang senjata dan tukang pedang diberi layanan istimewa.
BAB Mereka diberi gaji yang lumayan dan rumah yang baik. Misalnya, tukang
kayu di Kyoto diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai
1
sebilah pedang.
49 Kelas pedagang (chonin) terletak di bawah tukang mahir. Mereka
dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun,
keadaan aman mengakibatkan ekonomi berkembang sehingga muncul
bandar seperti Edo, Osaka, Nagoya, dan Sendai.
50 Bandar-bandar tersebut berkembang menjadi pusat perdagangan.
Perkembangan ini membawa kepada pendapatan berasaskan beras
digantikan dengan pendapatan berasaskan wang.
Sake ialah minuman beralkohol 51 Perubahan tersebut memberikan kedudukan penting kepada pedagang
Jepun yang diperbuat daripada terutama pedagang yang memperdagangkan beras, arang batu, garam,
beras. sake, barang-barang kapas, dan pakaian. Perdagangan ini telah membawa
kepada peningkatan ekonomi para pedagang.
52 Menjelang abad ke-17, muncul ramai pedagang yang cekap dan
berpengalaman dan golongan peminjam wang di bandar-bandar utama
Jepun. Misalnya, Mitsui yang mempunyai syarikat persendirian.
53 Kemunculan saudagar utama seperti Naraya Mozaemon dan Kinokuniya
Bunzaemon yang menawarkan pinjaman kewangan telah menyebabkan
golongan atasan banyak berhutang dengan golongan pedagang.
54 Keadaan tersebut telah menyebabkan golongan pedagang berjaya
mengumpul wang dan harta. Akhirnya, mereka berjaya memperbaiki
status dengan mengikat golongan bangsawan melalui hutang.
1.1.3 Perbandingan Sistem Feudal Eropah dengan
Hasil Pembelajaran
Jepun
Membandingkan ciri-ciri
feudalisme di Eropah dan 1 Persamaan sistem feudal di Eropah dan Jepun menunjukkan bahawa
Asia. sistem feudal dilihat sebagai satu gabungan yang istimewa antara
konsep pemusatan undang-undang diraja dan tradisi semula jadi sebuah
Ciri masyarakat feudal
Jepun: organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan.
Politik 2 Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom dan latar belakang
• Maharaja
• Shogun orang Jerman di Eropah Utara. Di Jepun, feudalisme telah berakar umbi
• Samurai sejak Zaman Kamakura.
Ekonomi
• Tanah 3 Masyarakat dibina atas dasar keturunan atau sistem kelas. Golongan
• Shogun kuasai ekonomi bangsawan berada di atas, diikuti oleh tentera dan petani. Hal ini
Sosial membawa kepada kurangnya perubahan status dalam masyarakat feudal
• Mobiliti sosial
• Agama Buddha kuasai atau kurangnya mobiliti sosial. Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak
masyarakat dan pahlawan petani maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan anak-anak bangsawan
Jepun
akan tetap menjadi golongan bangsawan.
4 Zaman feudal di Eropah dan Jepun juga sering dilanda peperangan.
Apakah persamaan peranan Keadaan ini menyebabkan golongan knight di Eropah dan samurai
antara samurai dengan knight? di Jepun mempunyai peranan yang amat penting pada zaman feudal.
20
Bab 01 20 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
Kedua-duanya berkhidmat dengan golongan bangsawan dan terikat
dengan undang-undang feudal. Knight terikat dengan konsep chivalry BAB
manakala samurai pula terikat dengan konsep bushido di Jepun. 1
5 Seterusnya, persamaan juga dapat dilihat daripada segi peralatan
peperangan yang digunakan oleh knight dan samurai. Kedua-duanya
menggunakan kuda, pedang, dan baju perisai. Baju perisai Eropah
diperbuat daripada besi atau disadur dengan besi. Baju perisai Jepun
pula diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran logam. Knight
amat memerlukan bantuan untuk menaiki kuda kerana baju perisai yang
berat, sedangkan samurai tidak memerlukan bantuan.
6 Bagi golongan bangsawan di Eropah, pembinaan istana daripada batu
amat penting untuk melindungi mereka dan vassal daripada serangan.
Golongan daimyo di Jepun juga membina istana tetapi istana daimyo
diperbuat daripada kayu.
7 Evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun terlalu perlahan
berbanding di Eropah. Sistem Kamakura merupakan satu-satunya sistem
feudal yang wujud akibat sistem pemerintahan kerajaan diraja yang telah
uzur dan penerusan bentuk sistem tuan tanah persendirian yang diwarisi
daripada pemerintahan terdahulu.
8 Pada akhir abad ke-16, Jepun telah disatukan dan keamanan diwujudkan.
Pada waktu yang sama, Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara
bagnsa kerana kecekapan kuasa pusat dan kecekapan raja-raja Tudor di
England.
9 Namun, Jepun tidak ada raja melainkan jeneral tentera yang menjadi
perancang kesatuan.
10 Kemuncak feudalisme di Jepun dan Eropah tidak stabil tetapi secara
asasnya, kerangka feudal di Jepun kekal sehingga pertengahan abad
ke-19 selepas lama ketinggalan dalam persaingan masyarakat
antarabangsa di Eropah.
11 Perbezaan lain ialah feudalisme Eropah berasal daripada konsep undang- Feudalisme Eropah
undang Rom yang menekankan hak, undang-undang dan kewajipan, menekankan hak, undang-
iaitu hubungan antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi zaman undang, dan kewajipan.
feudal. Feudalisme Jepun
menekankan aspek moral dan
12 Kebanyakan idea undang-undang tersebut tidak ada dalam zaman feudal dipengaruhi etika China.
Jepun. Zaman feudal Jepun dibayangi oleh penekanan etika China yang
melebihi undang-undang. Hal ini amat jelas menunjukkan kewajipan
peribadi feudal di Jepun lebih menekankan aspek moral berbanding
undang-undang.
13 Ini bermakna kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu yang mutlak.
Oleh yang demikian, tiada ruang untuk penyerapan konsep hak yang
tidak dapat diubah, iaitu tidak berkongsi kekuasaan dengan badan
perwakilan seperti di Eropah.
14 Perbezaan ketara antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal
di Jepun ialah pemilikan tanah. Golongan knight di Eropah mendapat
tanah sebagai bayaran memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga
mengawal golongan petani (serf ) yang bekerja di tanah-tanah mereka.
21
Bab 01 21 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
15 Di Jepun, samurai tidak mempunyai tanah. Hal ini kerana daimyo
BAB mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar gaji samurai dalam
bentuk beras.
1
Jadual 1.1 Persamaan sistem feudal Eropah dengan sistem feudal Jepun
Aspek Huraian
Konsep Satu gabungan yang istimewa antara konsep pemusatan
undang-undang diraja dan tradisi semula jadi sebuah organisasi
dengan ikatan peribadi kesetiaan.
Pembinaan Dasar keturunan atau sistem kelas.
masyarakat
Mobiliti sosial Kurangnya perubahan status atau kurangnya mobiliti sosial.
Peperangan Sering dilanda peperangan.
Peralatan Menggunakan kuda, pedang, dan baju perisai.
peperangan
Jadual 1.2 Perbezaan sistem feudal Eropah dengan sistem feudal Jepun
Aspek Eropah Jepun
Pembinaan istana Batu. Kayu.
Konsep undang- Menekankan hak, undang- Menekankan aspek moral.
undang undang, dan kewajipan.
Perkongsian kuasa Berkongsi kuasa dengan Kekuasaan dan kesetiaan
badan perwakilan. menjadi sesuatu yang mutlak.
Pemilikan tanah Golongan knight mendapat Golongan samurai tidak
tanah. mempunyai tanah.
Penyatuan Raja-raja Jeneral tentera
1.2 Masyarakat Agraria
1 Secara umumnya, perkataan ekonomi berasal daripada gabungan kata
Greek, iaitu oikos dan oikonomia yang bermaksud segala tindakan yang
berkaitan dengan pengeluaran atau pengedaran barangan ekonomi.
2 Menurut sarjana ekonomi, iaitu L.Robbins dalam karyanya, An Essay on
the Nature and Significance of Economic Sciences, ekonomi ditakrifkan
sebagai sains yang mengkaji tentang perangai manusia sebagai hubungan
antara matlamat akhir dan barangan terhad yang mempunyai kegunaan
alternatif.
3 Mengikut J.S. Mill, ekonomi sebagai sains praktikal tentang pengeluaran
dan pengagihan kekayaan. Manakala Holton dalam bukunya, Economy
and Society menyatakan bahawa komponen-komponen ekonomi harus
mempunyai penggunaan dan pengeluaran, produktiviti dan inovasi
teknologi, pasaran, kontrak, wang simpanan, organisasi ekonomi,
pembahagian buruh, ekonomi masyarakat, dan sebagainya.
4 Bagi Adam Smith pula, ekonomi ialah kajian tentang sifat-sifat dan
sebab-sebab kekayaan negara (Sivachandralingam Sundara Raja dan
Ayadurai Letchumanan, 2001: 301).
22
Bab 01 22 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
5 Routledge Dictionary of Economics mentakrifkan ekonomi ialah
pengkajian tentang kaedah-kaedah umum terhadap manusia atau BAB
individu yang bekerjasama untuk memenuhi kehendak material mereka. 1
6 Semasa Zaman Pertengahan di Eropah, ekonomi dilaksanakan melalui
sistem barter atau pertukaran barang kerana sistem wang masih belum
menjadi medium pertukaran yang lazim digunakan.
7 Terdapat tiga peringkat pembangunan dalam sejarah ekonomi, iaitu Peringkat perkembangan
ekonomi primitif, perhambaan, dan feudal. ekonomi:
(a) Ekonomi primitif • Ekonomi primitif
(i) Mengamalkan semua pengeluaran asas seperti tanah dan air • Ekonomi perhambaan
• Ekonomi feudal
sebagai milik bersama.
(ii) Konsep keuntungan individu masih belum diutamakan.
(b) Ekonomi perhambaan
(i) Penggunaan hamba dijadikan faktor pengeluaran.
(ii) Hamba dijadikan buruh-buruh di ladang dan tidak dibayar
gaji, sebaliknya terikat dengan majikan sehingga sampai satu
masa yang ditetapkan.
(c) Ekonomi feudal
(i) Sistem ekonomi yang mempunyai peraturan dan ketetapan
yang harus dipatuhi oleh golongan buruh.
(ii) Ketua-ketua feudal mempunyai kuasa yang besar disokong
pula oleh golongan pembesar yang mendapat keuntungan
daripada ketua-ketua feudal tersebut.
8 Masyarakat agraria ialah masyarakat yang berasaskan pertanian,
penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai. Kebiasaannya,
penempatan terbentuk di sekitar kawasan yang subur, misalnya di lembah-
lembah sungai, kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem
saliran yang baik.
9 Masyarakat agraria di China hanya menurut segala arahan golongan
pembesar dan tiada sistem pemberian gaji kepada masyarakat tani.
Masyarakat agraria di China melaksanakan tanggungjawab sebagai petani
atas tanggungjawab kepada pemerintah.
10 Pada abad ke-16, Eropah mengalami perubahan politik dan ekonomi
yang pesat. Ketika itu, sistem feudal yang menjadi amalan di Eropah
mengalami kemerosotan dan di sesetengah kawasan, sistem ini telah
runtuh. Keruntuhan sistem feudal telah membentuk beberapa buah
negara bangsa yang baru. Antaranya ialah Portugal, Sepanyol, England,
dan Belanda.
11 Keruntuhan sistem feudal membolehkan unit-unit politik yang diperintah
secara berasingan sebelum ini disatukan di bawah satu pentadbiran pusat
yang diketuai oleh raja. Raja memerintah secara mutlak.
12 Pemerintahan sistem beraja berkuasa mutlak dan pembentukan sistem
negara kebangsaan membolehkan kerajaan menyeragamkan segala
bentuk peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan hal ehwal
ekonomi, politik, dan sosial. Perkembangan ini memberi kesan yang
besar kepada sistem ekonomi yang dijalankan.
13 Bagi negara Belanda dan China, dasar ekonomi yang menjadi amalan
pada abad ke-16 hingga abad ke-17 dikenali sebagai mekantilisme.
23
Bab 01 23 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
14 Mekantilisme bermaksud satu sistem campur tangan kerajaan dalam
BAB hal ehwal ekonomi negara. Tujuannya adalah untuk mengukuhkan
kekuasaan politik dan kekayaan negara.
1
15 Melalui campur tangan secara langsung dalam ekonomi, kerajaan
dapat memastikan perkembangan ekonomi yang berlaku selari dengan
matlamat kepentingan negara (Wan Abdul Rahman Latif, 1996: 227).
16 Dasar mekantilisme mempunyai tiga unsur yang penting. Unsur-unsur
Tiga unsur dasar
mekantilisme bersifat: tersebut bersifat nasionalisme, paternalisme, dan imperialisme.
• Nasionalisme (a) Unsur bersifat nasionalisme
• Paternalisme
• Imperialisme (i) Memperlihatkan sesebuah negara membina satu sistem
ekonomi yang kendiri, iaitu tidak bergantung kepada negara
lain bagi memenuhi keperluannya.
(ii) Tanpa bergantung kepada negara lain, negara berkenaan dapat
mengekalkan kedaulatan, prestij, dan menambahkan kekuatan
politik serta kekayaan ekonominya.
(iii) Bagi mencapai tahap kendiri dalam ekonomi, negara tersebut
harus memajukan ekonominya sama ada dalam sektor
pertanian atau sektor industri.
(iv) Kerajaan perlu memberi galakan dan perlindungan terhadap
kedua-dua sektor tersebut bagi memenuhi keperluan dalam
negara dan mengelakkan pengimportan barangan dari luar.
(b) Unsur bersifat paternalisme
(i) Memperlihatkan kerajaan memainkan peranan yang besar dan
secara langsung dalam mengatur kegiatan ekonomi, politik,
dan sosial.
(ii) Oleh sebab itu, sehingga kini, hampir keseluruhan kehidupan
rakyat Eropah tidak terlepas daripada peraturan dan undang-
undang negara.
(iii) Kerajaan menentukan kegiatan pengeluaran dalam bidang
ekonomi, menentukan kuantiti dan kualiti barang, menetapkan
harga barangan, kadar upah, dan sebagainya.
(c) Unsur bersifat imperialisme
(i) Dalam mekantilisme, unsur ini sangat penting. Melalui dasar
ini, negara perlu mempunyai tanah jajahan di seberang laut.
(ii) Tanah jajahan menjadi lambang prestij negara serta memenuhi
keperluan ekonomi negara induk.
Apakah kepentingan tanah (iii) Dengan mempunyai tanah jajahan, sesebuah negara tidak akan
jajahan kepada negara yang
mengamalkan imperialisme? bergantung dengan negara lain.
(iv) Tanah jajahan diperlukan untuk mengekalkan keperluan bahan
mentah dan menjadi pasaran untuk keluaran negara induk.
Dasar ekonomi mekantilisme: 17 Negara Belanda dan China mengamalkan dasar ekonomi mekantilisme
• Belanda mengamalkan yang mempunyai unsur yang berlainan. Negara Belanda mengamalkan
unsur paternalisme dan
imperialisme unsur paternalisme dan imperialisme.
• China mengamalkan 18 Manakala negara China mengamalkan unsur nasionalisme dan
unsur nasionalisme dan
paternalisme paternalisme dalam menentukan ekonominya. Pengamalan unsur-unsur
mekantilisme ini membolehkan kedua-dua negara memperlihatkan
perkembangan ekonomi agraria sepanjang abad ke-16 hingga ke-17.
24
Bab 01 24 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
1.2.1 Masyarakat Agraria di Belanda
1 Selepas berjaya dalam perjuangan melepaskan Belanda daripada BAB
cengkaman pemerintahan Raja Phillip II dari Sepanyol pada tahun 1
1585, Belanda mengalami ledakan ekonomi.
2 Ledakan ekonomi ini berlaku sejajar dengan perkembangan revolusi
pertanian yang telah meningkatkan taraf hidup masyarakat Belanda di
Eropah. Malahan, revolusi teknik pembinaan kapal telah menjadikan
Belanda sebagai kuasa perdagangan di Eropah yang membawa kepada
perkembangan pelabuhan Amsterdam. Belanda mencapai zaman
kegemilangan ekonomi pada abad ke-16 hingga ke-17.
3 Masyarakat agraria di Belanda menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan Hasil Pembelajaran
kepada pertanian, penternakan, industri yang berasaskan pertanian
dan perdagangan. Kegiatan ekonomi berasaskan pertanian pada abad Menghuraikan ciri-ciri
ke-16 tertumpu di kawasan utara Belanda. Kawasan ini terkenal masyarakat agraria di
Belanda.
sebagai kawasan pertanian dan perikanan. Masyarakat petaninya masih
mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan untuk dijual di pasar
tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda.
4 Tumpuan masyarakat petani ialah kepada tanaman bijirin seperti
gandum, barli, dan oat. Tanaman barli merupakan tanaman penting
pada peringkat awal pertanian. Namun, pengeluaran tanaman ini
mula meningkat menjelang abad ke-16 dan ke-17. Tanaman gandum
menjadi tanaman penting menjelang abad ke-17. Justeru, tanaman ini
ditanam secara intensif oleh petani sehingga akhir abad ke-16. Petani
menghasilkan pengeluaran sebanyak 1 150 kg hingga 1 900 kg bagi setiap
hektar tanah yang diusahakan.
5 Masyarakat petani juga mengusahakan tanaman lain seperti kobis,
kekacang, dan bunga-bungaan. Petani di kawasan Amsterdam pula
menanam jagung. Hasil pertanian tersebut telah dieksport ke luar negara.
6 Namun pada abad ke-17, Belanda tidak dapat memenuhi permintaan
terhadap bijirin, berikutan pertambahan penduduk kesan daripada
migrasi penduduk di wilayah selatan. Kegagalan memenuhi permintaan
ini telah menyebabkan Belanda mengimport bijirin dari Baltik, Perancis
dan Wilayah Walloon.
7 Petani menanam biji kol di Zeeland, bahagian utara Belanda pada tahun
1557 dan di Bogaurden, bahagian selatan Belanda pada sekitar tahun
1562 dan 1568. Tanaman ini amat menguntungkan petani kerana biji
kol diproses untuk menghasilkan minyak dan hampasnya digunakan
sebagai makanan ternakan pada musim sejuk. Kepentingan tanaman Foto 1.10 Penggunaan kincir
ini menyebabkan biji kol ditanam di Artois, Rhineland, Schleswig dan angin
Holstein pada abad ke-16 dan ke-17.
8 Tanaman lain yang diusahakan secara meluas di bahagian barat daya
Belanda, iaitu di wilayah Brabant Barat ialah mader, iaitu tanaman herba
yang menjalar dan berbunga kuning. Akarnya diproses untuk dijadikan
serbuk pewarna yang digunakan dalam industri tekstil. Tanaman ini
dieksport ke pelabuhan yang terletak di bahagian selatan dan timur
England. Pada akhir abad ke-16 dan pertengahan abad ke-17, penanaman
25
Bab 01 25 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
mader menjadi semakin penting berikutan perkembangan industri tekstil
BAB di Leiden dan bandar-bandar lain. Seterusnya, Rotterdam menjadi pusat
pengumpulan dan pengedaran mader yang utama di Belanda.
1
9 Hem ditanam secara meluas di Holland dan Utrecht menjelang abad
ke-16. Tanaman hem digunakan untuk membuat barang daripada kanvas,
jala dan tall kapal. Hem ditanam di Alblasserwaard, Lopikerwaard dan
Krimpenerwaard. Di wilayah Alblasserwaard, tanah seluas 18.7 hektar
digunakan untuk penanaman hem. Malahan, perkembangan industri
perkapalan di Belanda turut membantu perkembangan tanaman hem.
Misalnya, bandar Woerden dan Oudewater berkembang pesat akibat
pembukaan ladang-ladang hem di sekitarnya.
10 Perkembangan pertanian masyarakat agraria adalah disokong dengan
peningkatan teknologi. Masyarakat agraria mempunyai kemahiran dalam
mencipta peralatan baru serta penggunaan kaedah pertanian. Misalnya,
masyarakat agraria mencipta tugal dan tenggala beroda untuk memugar
dan membajak tanah-tanah pertanian.
11 Petani Belanda pula masih mengamalkan sistem pertanian padang
Kegiatan ekonomi:
Pertanian terbuka. Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagikan kepada tiga
• Tanaman sayuran bidang.
• Tanaman bijirin (a) Dalam setiap bidang, terdapat lajur-lajur yang dibahagikan secara
• Tanaman dagangan
• Tanaman bunga memanjang untuk diusahakan oleh para petani.
Penternakan (b) Dalam setiap musim, petani hanya mengusahakan dua daripada
Perikanan tiga bidang tanah tersebut.
Perkapalan
Perdagangan (c) Satu bidang lagi dibiarkan sebagai tanah rang yang bertujuan untuk
memulihkan kembali kesuburan tanah sebelum diusahakan pada
musim yang berikutnya.
(d) Najis binatang menjadi baja untuk menyuburkan tanah.
12 Kesannya, pada abad ke-17, berlaku Revolusi Pertanian di kawasan desa.
Dianggarkan pada tahun 1590 hingga tahun 1615, tanah-tanah yang
digunakan untuk pertanian ialah sebanyak 36 000 ekar.
13 Pada suku pertama abad ke-17, kerajaan Belanda telah berjaya
meningkatkan hasil pengeluaran dalam bidang pertanian apabila
melakukan aktiviti penambakan tanah laut untuk dijadikan kawasan
pertanian. Dengan penambakan tanah laut ini, keluasan kawasan
pertanian bertambah dan secara langsung menambah pengeluaran
pertanian.
14 Seterusnya, penggunaan teknologi kincir angin telah membolehkan
air yang berlebihan dari kawasan tanah rendah dialirkan ke kawasan
pertanian.
15 Masyarakat agraria juga menggunakan kaedah tanaman bergilir, iaitu
menanam tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman
bijirin. Kaedah penggiliran tanaman ini bukan sahaja menyuburkan
tanah, malah meningkatkan hasil pengeluaran serta berpanjangan tanpa
menunggu musim tanaman.
16 Pertambahan produktiviti dalam pertanian telah menambahkan
pengeluaran makanan dan penduduk. Simpanan bahan makanan turut
26
Bab 01 26 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
bertambah dan para petani mendapat pulangan pendapatan yang
menguntungkan. Pada tahun 1550 hingga tahun 1650, jumlah penduduk BAB
Belanda telah mencapai 2 juta orang (John Merriman, 2004: 250). 1
17 Masyarakat agraria di Belanda juga mengusahakan penternakan binatang.
Penternakan lembu susu diusahakan untuk pengeluaran bahan tenusu.
Belanda menjadi pusat utama penternakan lembu. Lembu-lembu daging
yang diternak akan disembelih dan dieksport ke kawasan-kawasan di
selatan. Pengeksportan lembu-lembu yang telah disembelih dan diproses
berlaku antara tahun 1500 hingga tahun 1660.
18 Penternakan lembu membawa kepada perkembangan industri tenusu.
Pengeluaran tenusu dari Holland dan Friesland amat digemari oleh
masyarakat Eropah berbanding negara-negara Eropah yang lain.
Barangan tenusu telah dieksport dengan banyaknya ke England,
Perancis dan Sepanyol. Peningkatan hasil eksport ini mendorong kepada
pembukaan ladang-ladang ternakan di kawasan utara Amsterdam dan
di wilayah Waterland. Baka-baka dari Friesland dan Groningen diambil
bagi mengekalkan hasil tenusu yang berkualiti.
19 Pengkhususan dalam aktiviti penanaman tanaman dagangan telah
membawa kepada perkembangan aktiviti ekonomi industri yang Foto 1.11 Penternakan lembu
berasaskan hasil pertanian. Buktinya, industri tekstil di Belanda pada
awalnya berpusat di Flanders dan Brabant. Di kawasan ini, masyarakat
desa mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen.
20 Pada kurun ke-17 pula, industri tekstil di Leiden berjaya dikembangkan.
Pada tahun 1630-an, industri tekstil di Leiden telah menolak penggunaan
kain-kain bulu dan memberi tumpuan kepada penggunaan kain-kain
woolen, says, fustians, dan camlets.
21 Keadaan tersebut membawa kepada pertambahan pengeluaran sehingga
meningkat sebanyak 130 000 pada tahun 1660-an. Kemajuan industri
tekstil turut didorong oleh pemasaran kain ke Mediterranean walaupun
mendapat tentangan daripada pengeluar kain di Itali. Selain Leiden,
Haarlem juga menjadi bandar utama pengeluar industri linen. Kain linen
banyak dipasarkan di sekitar Eropah.
22 Aktiviti ekonomi masyaraka agraria di Belanda juga bergantung Foto 1.12 Kegiatan perikanan
kepada hasil laut. Hal ini adalah kerana kawasan Holland dan Zeeland
merupakan kawasan perairan yang kaya dengan ikan dan menjadi
sumber pengeluaran ikan di seluruh Eropah.
23 Dianggarkan sehingga abad ke-17, ramai nelayan Belanda menguasai
Laut Utara hingga ke Selat Inggeris sehingga nelayan-nelayan Belanda
mempunyai kapal yang bersaiz besar. Terdapat kapal yang beratnya Apakah faktor perkembangan
30 tan yang digunakan untuk menangkap ikan. Kapal-kapal ini boleh pesat sektor perikanan di
memuatkan 10 hingga 15 orang anak kapal dalam satu-satu masa Belanda?
(Edmund Birn, 1977: 39).
24 Nelayan-nelayan Belanda akan berada di laut untuk menangkap ikan
selama lapan minggu. Mereka mempunyai bekalan yang mencukupi
untuk tempoh tersebut. lkan-ikan yang ditangkap akan digaramkan dan
disimpan sebelum dibawa ke pelabuhan.
27
Bab 01 27 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
25 Ikan-ikan herring yang ditangkap oleh nelayan Belanda ini berkualiti
BAB tinggi dan dapat dijual dengan harga yang mahal di pasaran.
1 26 Dianggarkan hampir 1/5 daripada penduduk Belanda terlibat dalam
industri perikanan yang menguntungkan Belanda. Industri perikanan
Belanda juga berjaya mengalahkan pesaingnya, iaitu Jerman dalam
merebut pasaran di Baltik apabila mengeksport ikan herring, garam,
arak dan pakaian bagi mendapatkan bijirin dari Baltik.
27 Belanda juga terkenal sebagai sebuah negara yang mengusahakan
pembinaan kapal yang terbaik di Eropah. Kapal-kapal yang dibina
berkualiti tinggi, tahan lasak dan boleh memuatkan muatan yang banyak.
28 Industri pembinaan kapal di Belanda telah mendapat kepercayaan
pedagang-pedagang negara Eropah pada abad ke-17. Pada tahun
1630-an, sebanyak 2 500 kapal Belanda digunakan dan jumlah ini adalah
separuh daripada perkapalan di Eropah.
29 Para pedagang England, Perancis, dan Sepanyol turut menggunakan
kapal-kapal buatan Belanda. Pembinaan kapal tersebut meningkatkan
lagi sistem pengangkutan di Belanda. Kapal-kapal ini telah membawa
barangan dagangan dari bandar Holland dan Zeeland ke bandar Flanders
dan Brabant.
30 Perkembangan perdagangan Belanda meningkat dengan wujudnya
industri pembuatan kapal ini. Pada tahun 1648, kapal-kapal Belanda
telah membawa barangan pertanian seperti gandum, besi, dan galian
ke Eropah.
31 Negara-negara Eropah bergantung dengan kapal-kapal Belanda untuk
membawa barangan keperluan mereka. Kapal-kapal Belanda membawa
gandum dan barli dari Poland dan Timur Prusia dan kemudian membawa
lebihan muatan ke negara Perancis, Sepanyol, serta Mediterranean.
32 Kapal Belanda turut mengangkut hampir keseluruhan pengeluaran
Foto 1.13 Contoh kapal Belanda logam besi dari Sweden. Malahan, kapal-kapal Belanda juga membawa
barangan perdagangan dari Rusia, Timur Hindia, Brazil, Jepun, Asia
Tenggara, dan Kepulauan Barat Afrika. Kesannya, Belanda berjaya
menguasai perdagangan Eropah pada abad ke-16.
33 Perkembangan perdagangan selepas abad ke-16 telah mengubah corak
perdagangan antarabangsa sebelum ini. Sebelum ini, perdagangan
antarabangsa berlaku dalam bentuk pertukaran barangan mewah dan
kawasan Mediterranean menjadi pusat pertukaran barangan di Eropah.
34 Namun, pada abad ke-16, pusat perdagangan telah beralih ke kawasan
Dapatkan maklumat lanjut Lautan Atlantik yang menyebabkan Belanda muncul sebagai negara
tentang pelabuhan Lisbon perdagangan pada abad ke-17.
dalam laman web berikut:
• goo.gl/zxryAA 35 Sejak abad ke-16 lagi, Belanda menggunakan pelabuhan Lisbon untuk
mendapatkan barangan berharga yang dibawa dari Timur untuk
diperdagangkan ke pelabuhan Eropah Utara. Oleh yang demikian,
pedagang-pedagang Belanda menjadi orang tengah yang telah banyak
memperolehi keuntungan.
INFO
36 Hubungan perdagangan antara pelabuhan Antwerp di Belanda dengan
pelabuhan Lisbon di Portugal amat rapat. Namun, hubungan ini berubah
28
Bab 01 28 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
apabila wilayah selatan Belanda yang diperintah oleh Raja Phillip II dari
Sepanyol mula berpecah dan mengakibatkan perniagaan di Antwerp BAB
merosot sementara perniagaan di pelabuhan-pelabuhan di wilayah utara 1
New Zealand dan Belanda menjadi tumpuan.
37 Pada tahun 1576, Sepanyol telah menyerang bandar Antwerp dan
Antwerp jatuh ke tangan Sepanyol pada tahun 1585. Penawanan ini
menyebabkan banyak badan perniagaan yang besar di bandar Antwerp
berpindah ke pelabuhan Amsterdam dan Amsterdam muncul sebagai
pusat perdagangan yang baru.
38 Hal ini membawa kepada pemberontakan oleh orang Belanda yang Foto 1.14 Pelabuhan
tinggal di bahagian utara United Province di Belanda. Kesannya, Raja Amsterdam pada masa kini
Phillip II menutup pelabuhan Lisbon dan menghalang kapal-kapal dari
Belanda memasuki Lisbon.
39 Keadaan tersebut membawa kepada pencarian barang-barang mewah
secara bersendirian oleh pedagang-pedagang Belanda. Ini merupakan
faktor utama Belanda menawan Kepulauan Rempah di Asia Tenggara.
40 Matlamat Belanda ini telah dapat dilaksanakan dengan pengalaman dan Tujuan Belanda menguasai
catatan penulisan pelayar Belanda, Van Lischolen. tanah jajahan di Timur:
• Menguasai perdagangan di
41 Pada tahun 1595, angkatan Belanda yang diketuai oleh De Houtman Timur.
telah berjaya sampai ke pelabuhan Bantam pada tahun 1596. Bantam • Menghapuskan monopoli
pada masa itu merupakan pusat perdagangan lada hitam dan pusat Portugal dan Sepanyol.
perdagangan yang penting di pantai barat daya Jawa. • Menggunakan keuntungan
daripada perdagangan untuk
42 Seterusnya, De Houtman singgah di Jakarta, Pulau Madura, Bali, membiayai peperangan
dan kembali ke Amsterdam pada tahun 1597 dengan membawa hasil menentang pemerintahan
dan kekuasaan Sepanyol di
pelayaran seperti lada hitam dan rempah ratus yang menguntungkan Belanda.
Belanda. • Menawan pusat pelabuhan
dan perdagangan Portugal di
43 Kejayaan tersebut mendorong badan-badan perniagaan Belanda yang Timur.
ditubuhkan di Amsterdam, Rotterdam, dan Milddleburg menaja
pelayaran ke Kepulauan Rempah di Timur.
44 Pada tahun 1598, 22 buah kapal dari Belanda menuju ke Timur dan
antara tahun 1595 hingga tahun 1601 telah meningkat kepada 60 buah
kapal menuju ke Kepulauan Rempah di Timur.
45 Pedagang Belanda bebas menjalankan perdagangannya yang dikendalikan Rempah ratus digunakan
oleh badan-badan bebas yang bersaing antara satu sama lain. Mereka untuk mengawet dan
juga mengadakan perjanjian dengan pemerintah tempatan di Kepulauan menyedapkan makanan serta
Rempah di Asia Tenggara. memanaskan badan pada
musim sejuk.
46 Misalnya, pada tahun 1600, Belanda bersekutu dengan kerajaan Pulau
Ambon. Pada tahun 1602, Pulau Banda mendapat perlindungan Belanda
dan sebagai balasan Belanda mendapat perdagangan dengan memonopoli
pengeluaran buah pala.
47 Bagi mengukuhkan kekuasaan Belanda di Timur, kerajaan Belanda
merasakan perlu mewujudkan satu organisasi yang tersusun dan teratur
serta mempunyai modal yang besar dan terjamin.
48 Maka, pada tahun 1602, parlimen Belanda telah bertindak menyatukan
keseluruhan modal yang dikeluarkan oleh badan-badan persendirian di
Belanda untuk digabungkan ke dalam satu pertubuhan yang dikenali
29
Bab 01 29 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
Galeri Info sebagai Syarikat Hindia Timur Belanda atau Vereenigde Oostindische
BAB Compagine (VOC).
Syarikat Hindia Timur Belanda
1 ditubuhkan pada 20 Mac 49 Berbekalkan modal yang terkumpul sebanyak 6½ juta guilder, Syarikat
1602 apabila Jeneral Belanda Hindia Timur Belanda memulakan perniagaan di Timur. Syarikat
memberikannya hak monopoli Hindia Timur Belanda ditadbir oleh 60 orang lembaga pengarah yang
untuk menjalankan aktiviti mempunyai hubungan rapat dengan parlimen Belanda bagi mengawasi
penjajahan di Asia. Syarikat
ini dianggap syarikat pertama pentadbiran dan kewangan Syarikat Hindia Timur Belanda.
yang menerbitkan saham.
Syarikat ini berpusat di Batawi 50 Penguasaan Belanda ke atas perdagangan rempah di kawasan Kepulauan
dan mempunyai penempatan Rempah telah membuahkan hasil. Penguasaan ini membolehkan Belanda
di Maluku. mengawal sepenuhnya perdagangan import di Eropah.
51 Barangan import seperti lada hitam dari Malabar, Sumatera, dan Jawa,
serta barangan eksotik seperti bunga cengkih, buah pala, kulit kayu
manis, dan bunga lawang yang mendapat sambutan di Eropah berada
di bawah penguasaan sepenuhnya oleh Belanda.
52 Belanda berjaya mengawal perdagangan dari India ke Jepun dan China
ke Filipina. Kini fokus utama Belanda seterusnya ialah ingin meluaskan
perdagangannya ke India Timur dan Eropah.
53 Pada tahun 1690, Syarikat Hindia Timur Belanda memperkenalkan
tanaman kopi di Jawa setelah berjaya dalam penanaman rempah.
54 Selain daripada bidang industri perikanan, monopoli perdagangan
Layari laman web berikut seluruh Eropah, negara Belanda yang berada dalam zaman kegemilangan
untuk maklumat tentang
Syarikat Hindia Timur ekonomi telah banyak melahirkan ramai usahawan yang berjaya.
Belanda (VOC): 55 Para usahawan yang berjaya pada awal abad ke-17 telah menceburi
• http://en.wikipedia.
org/wiki/Vereenigde_ perniagaan insurans dan perdagangan mata wang asing. Mereka turut
Oostindische_Compagnie memberi pinjaman kepada negara Denmark, Austria, dan Sepanyol.
56 Misalnya, usahawan Nouis de Geer telah mengusahakan perusahaan
senjata di negara Sweden. Malah, ada juga usahawan Belanda yang telah
memonopoli perdagangan eksport di negara Rusia.
INFO
57 Bank Amsterdam adalah bank yang paling berjaya dalam kalangan
perbankan di Eropah. Antara tahun 1611 dan tahun 1701, deposit Bank
Amsterdam meningkat daripada 1 juta florin kepada 16 juta florin.
58 Perkembangan perdagangan luar negara, industri, dan pertanian
di Belanda telah menarik kedatangan pedagang luar dan tempatan
berdagang di Amsterdam pada tahun 1609.
59 Pengukuhan perdagangan dan penggunaan mata wang sebagai medium
urusan perdagangan telah meningkatkan perdagangan antarabangsa di
Amsterdam.
60 Sebelum ini, urusan jual beli menggunakan emas, perak, atau barangan
mewah lain yang membahayakan keselamatan pedagang semasa dalam
perjalanan sehingga terpaksa mendapatkan nilai barangan tersebut
sebelum urusan jual beli dilakukan.
61 Misalnya, kemudahan urus niaga menggunakan mata wang membolehkan
barangan sabun dari Marseille dibeli dengan kuantiti yang dikehendaki
dan dibayar dengan mata wang Belanda, iaitu guilders.
30
Bab 01 30 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
62 Penubuhan bank dan badan kewangan yang lain telah meningkatkan Pada awal abad ke-17,
urusan perdagangan. Penubuhan Bank Amsterdam telah memudahkan kerajaan Belanda telah BAB
lagi pemindahan wang dan pinjaman kepada pedagang sebagai pelaburan menaik taraf pelabuhan 1
Amsterdam:
jangka panjang. Keadaan tersebut turut meningkatkan keupayaan • Pembinaan tiga terusan yang
pelabuhan Amsterdam dalam perdagangan antarabangsa. besar telah meluaskan serta
mendalamkan pelabuhan
63 Perkembangan ini telah membuka lebih banyak peluang pekerjaan Amsterdam kepada empat
kepada pekerja tempatan dan ekonomi Belanda pada abad ke-17 kali ganda.
mencapai zaman kegemilangannya. • Lebih banyak kapal
pedagang dapat menyusuri
sehingga ke pelabuhan.
64 Pada akhir abad ke-17, kekayaan Belanda dalam pertanian membolehkan • Gudang tempat
Belanda menyimpan bekalan bijirin untuk tempoh 12 tahun. Apabila penyimpanan barang
peperangan berlaku antara England dan Perancis pada tahun 1672, dagangan disediakan.
Belanda masih boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah. • Pembinaan kompleks
perniagaan yang dilengkapi
65 Namun, awal abad ke-18, menyaksikan kejatuhan Belanda dalam dengan kemudahan
ekonomi antarabangsa apabila mendapat saingan daripada negara Eropah perniagaan, perbankan, dan
rumah tumpangan.
yang lain seperti England. • Pelabuhan Amsterdam dapat
dihubungi dengan jalan
1.2.2 Masyarakat Agraria di China darat yang menghubungkan
pedagang tempatan yang
membawa hasil barangan
1 Negara China merupakan negara ketiga terbesar di dunia dan terbesar dari pelbagai wilayah dan
di Asia Timur. Keluasan negara China ialah 9 596 960 kilometer persegi melalui terusan sepanjang
500 batu.
atau 3 599 975 batu persegi.
2 Namun demikian, dua pertiga daripada kawasan China merupakan ’15
kawasan pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara. Kawasan
tertinggi ialah Dataran Tibet dengan ketinggian purata 4000 meter atau
13 000 kaki. Manakala gurun di China terdapat di bahagian utara, iaitu
Gurun Gobi dan di bahagian barat laut, iaitu Gurun Taklimakan.
3 Hampir keseluruhan China bergunung-ganang dan kawasan yang sesuai
untuk pertanian hanyalah 15 peratus sahaja keluasannya. Namun, China
masih mampu untuk menampung makanan penduduknya dan mampu Iklim yang sesuai dan tanah
yang subur menggalakkan
mengeksport makanan ke luar negara. sektor pertanian di negara
China.
4 Hal ini adalah kerana sebahagian besar kawasan negara China terletak
dalam kawasan hawa sederhana dengan terdapat perubahan iklim
seperti dari kawasan tropika ke kawasan sejuk. Iklim yang bersesuaian
ini membolehkan China memberi tumpuan kepada penanaman pelbagai
jenis tanaman.
Dapatkan maklumat lanjut
5 Semasa era pemerintahan Dinasti Ming dan Dinasti Qing, China masih tentang Dinasti di China di
berada dalam masyarakat agraria. Tumpuan petempatan masyarakat laman web berikut:
agraria di China pada zaman ini hampir 85 peratus menetap di desa. • http://en.wikipedia.
org/wiki/Dynasties_in_
6 Tumpuan petempatan masyarakat agraria antara kawasan timur laut Chinese_history
China dengan Mongolia, iaitu dataran loes yang subur yang dilalui oleh
Sungai Kuning.
7 Di sebelah selatan Sungai Kuning pula terletak kawasan tengah yang
luas dan terdapat Sungai Yangtze, iaitu sungai terbesar di China. Sungai- INFO
sungai tersebut memberi banyak sumbangan kepada masyarakat agraria
dan mempengaruhi kehidupan masyarakat China.
31
Bab 01 31 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
8 Masyarakat agraria di China mengamalkan pemilikan tanah yang
BAB diterajui oleh golongan pembesar atau dimiliki oleh tuan tanah. Tanah
ialah satu kurniaan daripada maharaja kepada golongan pembesar atau
1
tuan tanah. Tanah menjadi lambang sosial dan merupakan satu asset
berharga dalam masyarakat China.
9 Oleh itu, penambahan dalam pengeluaran pertanian di tanah-tanah
yang diusahakan akan menambah keuntungan golongan pembesar dan
Apakah kesan peningkatan tuan-tuan tanah serta meningkatkan pendapatan cukai maharaja China.
dalam hasil pertanian?
10 Pengamalan sistem ekonomi feudal oleh masyarakat agraria telah
menyebabkan masyarakat China menjalankan aktiviti pertanian. Aktiviti
pertanian ini dijalankan secara bersama dan tidak mengutamakan hak
individu. Tanah pertanian diusahakan dari satu generasi ke satu generasi.
11 Tanaman utama masyarakat agraria di China ialah padi sawah.
Penanaman padi sawah ini banyak dijalankan di kawasan lembah Sungai
Yangtze dan Sungai Kuning.
12 Tanaman lain yang diusahakan juga ialah kapas, tebu, teh, gandum,
barli, sekoi, dan bijirin. Tanaman gandum ditanam secara meluas di
wilayah Shantung, Kansu, Shensi, dan bahagian utara Anhui dan Hupeh.
Manakala, tanaman barli dan oat ditanam di bahagian lain di China.
13 Bagi masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di
bahagian utara China, di sekitar Sungai Heilongjiang, mereka menanam
Foto 1.15 Penanaman padi padi huma, sekoi dan kekacang. Kepelbagaian tanaman ini adalah
memperlihatkan kesuburan tanah dalam negara China dan mempunyai
banyak kekayaan semula jadi.
14 Walaupun negara China subur dan masyarakat agrarianya cekap
menguruskan hasil pertanian, tetapi masyarakat petaninya hidup dalam
kemiskinan.
15 Petani hanya dapat menyara kehidupannya sahaja, dapat membeli
benih, menggantikan alat perkakas, mengadakan majlis perkahwinan
dan belanja kematian, menderma kepada panggung penglipur lara di
kampungnya dan menyertai jamuan yang diadakan sekali-sekala.
Petua Pemeriksa 16 Petani tidak dapat menyimpan stok untuk menghadapi saat-saat
kecemasan seperti kemarau atau banjir atau hasil pertaniannya tidak
Pelajar harus mengetahui
ciri-ciri pertanian dan subur. Oleh itu, masyarakat agraria di China sudah biasa menghadapi
aktiviti ekonomi lain dalam kebuluran dan penderitaan.
masyarakat di China.
17 Mereka akan meneruskan kehidupan dengan melakukan pekerjaan
mencari hasil hutan, menjual anak-anak perempuan untuk dijadikan
hamba. (Harold M Vinacke, 1986:11)
18 Rumah petani berdindingkan tanah liat dan berbumbungkan rumput,
di dalamnya tidak ada tempat berdiang (alat pemanas), pakaian mereka
diperbuat daripada kain benang kapas, makanan yang ada hanyalah
cukup untuk menampung kehidupan seharian sahaja. Masa lapang yang
ada dipenuhi dengan mengadakan jamuan makan dan berjudi.
19 Zaman dinasti Ming memperlihatkan satu pembaharuan dalam
hubungan luar negara China dengan negara luar. Pada zaman Dinasti
Ming, pelayar-pelayar China telah memulakan pelayaran ke pesisir pantai
32
Bab 01 32 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
di Asia Tenggara, selatan India, Sri Lanka, Hormuz, dan pesisir pantai
timur Afrika. BAB
20 Hubungan dengan negara luar ini telah meningkatkan perdagangan 1
China dan membawa pedagang-pedagang dari luar untuk berdagang di Apakah kesan hubungan yang
pelabuhan Canton. terjalin antara negara China
21 Pelabuhan Canton menjadi tempat persinggahan pelbagai bangsa dengan negara-negara luar?
pedagang asing, contohnya pedagang dari Asia Tenggara, Arab,
dan Eropah. Kepelbagaian negara para pedagang yang datang ini
membolehkan China menerima banyak aspek-aspek lain dari tamadun
luar. Keterbukaan pemerintah era dinasti Ming ini telah membawa
banyak perubahan dalam bidang pertanian di China. Hal ini sudah
tentunya akan meningkatkan ekonomi negara China.
22 Kesannya telah memperlihatkan pencapaian kemakmuran dan kekayaan
dalam pertambahan penduduk dan dalam bidang pertanian di China.
Pertambahan penduduk berlaku pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti
Ch’ing. Bilangan penduduk meningkat daripada 70 juta kepada 80 juta
orang dari tahun 1390 dan meningkat kepada 300 juta orang pada akhir
abad ke-18.
23 Dinasti Ming telah memperlihatkan pelbagai pembaharuan dilakukan
untuk meningkatkan hasil pengeluaran pertanian. Antaranya:
(a) Meningkatkan penggunaan sistem pengairan.
(b) Mengamalkan pertanian selingan antara musim-musim tanaman.
(c) Menggunakan peralatan seperti cangkul, sabit dan penyisir tanah.
(d) Menggunakan kaedah tanaman bergilir dalam skala yang besar.
(e) Memperkenalkan permulaan tanaman-tanaman dua musim yang
dipinjam dari Vietnam Selatan.
(f) Penggunaan baja yang meningkatkan hasil pengeluaran.
24 Penanaman padi jenis baru yang cepat masak dibawa dari Vietnam
Selatan telah membolehkan tanaman padi dilakukan dua kali setahun
dalam semusim di tanah yang sama. Tambahan pula, padi ini tidak Dapatkan maklumat lanjut
tentang tanaman padi di
memerlukan banyak air semasa musim semaian dan membolehkan padi laman web berikut:
baka baru ini ditanam di kawasan yang berbukit di China. • http://en.wikipedia.org/
wiki/Paddy_field
25 Hal ini menjadikan kawasan pertanian bertambah di selatan China.
Kemampuan pengeluaran makanan dalam sektor pertanian di China
telah bertambah berlipat kali ganda dan penduduk China di luar bandar
serta pemilik tanah juga turut bertambah kerana dapat memenuhi INFO
keperluan makanan penduduk China.
26 Tanaman makanan dari Asia Barat turut diperkenalkan sebagai tanaman
baru dalam masyarakat agraria di China. Antaranya, kekacang, ubi
kentang manis, barli, dan jagung. Pengenalan tanaman tersebut turut
mempengaruhi pertambahan pengeluaran pertanian dalam masyarakat
agraria.
27 Dasar maharaja China yang memberi keutamaan dalam bidang pertanian
telah membantu peningkatan hasil tanaman. Maharaja menguatkuasakan Nyatakan tindakan yang
pungutan cukai tanah yang amat rendah kepada petani, iaitu hanya 1 diambil oleh maharaja China
daripada 30 pengeluaran pertanian dikenakan cukai dan seterusnya untuk meningkatkan hasil
berkurang kepada 1 daripada 50 hasil pertanian yang dikenakan cukai. pengeluaran pertanian.
33
Bab 01 33 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
28 Walaupun pengurangan cukai tersebut mengurangkan perbendaharaan
BAB negara, namun berjaya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian.
Pertambahan hasil pengeluaran ini membolehkan hasil pertanian
1
dipasarkan secara komersial di China.
29 Pertambahan hasil pengeluaran dalam kalangan petani telah membolehkan
para petani membaiki taraf hidup mereka dan membolehkan banyak
pasar-pasar dibuka dalam kawasan perkampungan dan mereka
menjalankan aktiviti perniagaan secara sistem barter atau pertukaran
barangan keperluan.
30 Seterusnya, pertambahan dalam hasil pertanian juga membolehkan
barangan hasil pertanian ini dijual di bandar-bandar besar oleh tuan-
tuan tanah. Malahan, terdapat orang tengah yang membeli secara pukal
dan menjual hasil pertanian ini di bandar-bandar besar di China.
31 Pusat-pusat bandar seperti Nanjing dan Beijing turut menyumbang
kepada pertumbuhan industri swasta. Khususnya, industri berskala kecil
seperti pengeluaran kertas, sutera, kapas, dan porselin.
32 Industri porselin berkembang sehingga zaman pemerintahan Maharaja
Zhu Yuan Zhang. Industri ini memberi sumbangan besar dalam
perbendaharaan negara. Kiangsi muncul sebagai pusat pengeluaran
porselin yang utama.
33 Selain itu, industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam
Soochow muncul sebagai
pusat industri tekstil dan sektor pertanian dan pembangunan negara China. Usaha pertukaran
Sungkiang menjadi pusat dengan negara luar juga mencapai perkembangan yang pesat sehingga
pengeluaran kain kapas. Kapas mewujudkan perdagangan dengan Jepun, Lautan Hindi, Afrika Timur
menjadi tanaman penting
dalam Dinasti Ming. dan negara-negara Asia.
34 Pentadbiran kerajaan mengambil peranan utama dalam urusan ekonomi
masyarakat agraria. Kerajaan akan dibantu oleh golongan bangsawan
dan golongan bangsawan akan menjadi penguasa kawasan luar bandar
dan para petani.
35 Seterusnya, golongan bangsawan menjadi perwakilan dalam kerajaan
pusat dan menyelia kerja-kerja awam, pendidikan, dan mengatur tentera
tempatan. Hal ini menunjukkan bahawa dalam masyarakat agraria,
hubungan antara raja dengan rakyat adalah penting kerana ekonomi
dikawal oleh raja.
36 Pertanian dalam era pemerintahan Dinasti Ch’ing (1644 – 1911)
memperlihatkan bahawa kerajaan membiarkan ekonomi berada dalam
tangan golongan bangsawan. Ladang-ladang pemilik tanah China
tidak disentuh oleh golongan bangsawan. Golongan bangsawan hanya
mengawasi sistem pao-chia (tanggungjawab kolektif) untuk mengawal
kaum petani.
37 Era pemerintahan Kang-hsi menunjukkan berlakunya pemulihan
ekonomi dan pertambahan dalam hasil pengeluaran pertanian.
38 Malahan, kemakmuran ekonomi diperlihatkan dengan pertambahan
Foto 1.16 Maharaja Kang-hsi penduduk kepada 241 juta pada tahun 1778. Penggunaan tanah yang
diusahakan untuk tujuan pertanian juga turut meningkat.
39 Buktinya, pada tahun 1661, jumlah penggunaan tanah adalah sebanyak
549 juta ekar (mu), meningkat kepada 724 juta mu pada tahun 1725,
dan seterusnya kepada 781 juta mu pada tahun 1766.
34
Bab 01 34 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
40 Masyarakat China mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran
barangan mengikut kawasan atau daerah. Misalnya: BAB
(a) Pengeluaran tebu di Kwangtung, Fukien, dan Szechwan. 1
(b) Teh dan daun mulberry untuk makanan ulat sutera di Chekiang
dan selatan Kiangsu.
(c) Kapas di Kiangsu dan daerah utara.
(d) Kawasan perlombongan di Yunnan.
(e) Hasil hutan seperti kayu balak di Manchuria.
41 Kesemua hasil tersebut dijual ke daerah-daerah lain untuk tujuan Ciri masyarakat Agraria di
perusahaan. Misalnya, petani di Kiangnan mengusahakan perusahaan China:
kain sutera, kain kapas, dan pakaian yang dipasarkan ke seluruh China. Kegiatan ekonomi
• Tanaman padi, gandum,
Malahan, kawasan utara China bergantung kepada kain kapas dari millet, kaoling, barli dan oat.
Kiangnan. Penempatan (lokasi)
• Mendirikan penempatan di
42 Pertukaran atau pemasaran barangan antara daerah-daerah di China ini kawasan lembah sungai.
telah membawa kepada perkembangan perusahaan di China. Misalnya, • Kawasan tumpuan ialah
wilayah Kiangsu, Chekiang, Anhwei, Kiangsi, Fukein, Kwangtung, Shansi, lembah sungai.
Chihli, dan Honan mengeluarkan barang dan memasarkan ke daerah • Kawasan tumpuan ialah
lembah Sungai Kuning dan
Manchuria, Shensi, Kansu, Hupei, Hunan, Kwangsi, Szechwan, Yunnan, Sungai Yang Tze.
Kweichow, Taiwan, Singkiang dan Tibet. Sistem pengairan (kemajuan
teknologi)
43 Pada zaman Dinasti Ch’ing, wilayah Kiangsu dan Chekiang telah • Kemahiran dalam teknologi
mengimport padi dari Anhwei, Hunan, Kiangsi, dan Szechwan. pengairan, membina teres
di lereng-lereng bukit
44 Selain pertanian, masyarakat agraria juga melakukan aktiviti perusahaan dan menggunakan pam
pertukangan. Perusahaan pertukangan dijalankan secara perkongsian yang digerakkan dengan
antara dua orang atau lebih dan kebanyakan mereka tidak mengetahui menggunakan tenaga
binatang.
cara perkongsian modal bersama atau joint stock. Kesuburan tanah
• Mempunyai pengetahuan
45 Mereka turut berkongsi tanggungjawab terhadap kemajuan perniagaan. memelihara kesuburan tanah
Tanggungjawab ini dikuatkan lagi dengan tanggungjawab keluarga pertanian.
yang biasa diamalkan terhadap ahli-ahlinya. Dengan ini, akan dapat • Penggunaan baja secara
meluas.
memastikan semua ahli keluarga menjalankan perusahaan pertukangan Peningkatan teknologi
secara bersama untuk mendapat pulangan lumayan dan mendatangkan • Kemahiran dalam teknologi
keuntungan. pertanian dengan mencipta
peralatan baru seperti
46 Seluruh perusahaan di China bergabung mengikut wilayah untuk tenggala penabur benih,
menjadi satu kesatuan peniaga atau persatuan dagang. Antara yang penyisir tanah, penggiling
menyertai persatuan dagang ini ialah kesatuan peniaga, kesatuan dan kolar kuda.
penenun, kesatuan peniaga bank, kesatuan peniaga pakaian, dan kesatuan
peniaga emas.
47 Pertubuhan persatuan peniaga ini mengandungi seorang yang dipertua,
satu jawatankuasa yang dipilih semasa persidangan tahunan, dan
seorang setiausaha yang biasanya diambil dari golongan sasterawan dan Nyatakan fungsi pertubuhan
mempunyai ijazah. Persatuan dagang ini akan mengawal harga barangan, persatuan peniaga.
menetapkan nilai barangan, serta menyelesaikan sebarang pertikaian
antara ahli-ahli persatuan (Harold M. Vinacke, 1986: 17).
48 Masyarakat China yang mengutamakan pertanian sebagai tulang belakang
ekonomi negara telah memandang status ekonomi perdagangan sebagai
lapisan yang rendah dalam bidang ekonomi. Para pedagang dipandang
hina walaupun memberi pulangan yang banyak kepada negara China.
35
Bab 01 35 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
49 Aktiviti perdagangan di China berjalan lancar dengan adanya sistem
BAB pengangkutan yang baik. China menggunakan sungai sebagai jalan
perhubungan yang utama.
1 Layari laman web berikut (a) Sungai Yangtze yang boleh dilalui kapal sejauh seribu batu dari kuala
untuk maklumat lanjut
tentang Sungai Yangtze: telah membolehkan perdagangan dijalankan di seluruh lembangan
• http://en.wikipedia.org/ tengah.
wiki/Yangtze (b) Sungai-sungai barat membolehkan perdagangan dijalankan di
selatan.
(c) Sungai Peiho dan Sungai Kuning memudahkan perhubungan timur
dan barat di sebelah utara.
INFO
50 Sistem jalan air ini telah diperluaskan lagi dengan penggunaan terusan.
• http://www.chinahighlights.
com/yangtzeriver/ (a) Pembinaan Terusan Besar yang menganjur dari Peking di sebelah
utara ke Hangchow, di selatan Sungai Yangtze.
(b) Di bahagian tengah dan selatan China, khasnya di wilayah-wilayah
timur, banyak terusan kecil yang membantu membawa barang dari
INFO satu kawasan ke kawasan yang lain.
51 Sistem perhubungan darat masih primitif di China. Jalinan jalan raya yang
ada usang dan ada kawasan yang tiada jalinan jalan raya. Masyarakatnya
masih mengunakan unta dan keldai sebagai pengangkutan utama di
bahagian utara.
52 Di wilayah tengah dan selatan, yang ada hanyalah lorong-lorong kecil
di tengah-tengah kawasan padi. Di dataran utara dan bahagian tengah
China pula menggunakan kereta sorong untuk mengangkut barang-
barang dan kadang-kala mengangkut penduduknya.
53 Di bahagian selatan pula hanya menggunakan tenaga manusia dalam
mengangkut barang-barang. Nyata bahawa pengangkutan darat di China
sangat mundur dan kerajaan China hanya memberi tumpuan kepada
sistem pengangkutan air sebagai jalan utama perdagangan di China.
Foto 1.17 Sistem jalan air di
China 54 Kekayaan China dalam hasil perlombongan seperti arang batu, besi,
tembaga, bijih timah, timah hitam, antimoni, dan perak telah menarik
minat pedagang dari Barat. Barangan tembikar buatan China mendapat
permintaan yang tinggi di negara Eropah pada abad ke-16 dan abad ke-17.
55 Oleh itu, perdagangan China bukan hanya tertumpu kepada perdagangan
dalam negara dan kawasan Asia yang lain, malah China telah membuka
Galeri Info
pintu negaranya kepada pedagang dari Barat.
Tome Pires dilahirkan
pada tahun 1468. Beliau 56 Hubungan perdagangan dengan Barat diperlihatkan pada abad ke-16.
merupakan penulis Suma Pedagang dari Portugal, Sepanyol, dan Belanda telah diterima berdagang
Oriental (Dunia Timur), yang di China. Sejarah hubungan dengan Portugis:
merupakan tulisan terawal
tentang dunia Timur. Beliau (a) Bermula dengan pelayaran Rafeal Perestrello pada tahun 1516.
dilantik sebagai duta Portugal (b) Seterusnya, Tom Pires dihantar oleh kerajaan Portugal bagi
ke negara China. Namun, menjalinkan hubungan dengan China.
beliau telah dipenjarakan di
Kiangsu atas tindakan dan (c) Kerajaan Ming mengarahkan urusan perdagangan Portugal dipantau
idea pemikirannya. Beliau dengan ketat oleh pembesar China.
meninggal dunia pada tahun
1540 semasa dalam tahanan (d) Pada tahun 1532, pedagang Portugal hanya dibenarkan berdagang
di China. di Macau dan dibenarkan memasuki Canton pada hari-hari tertentu
sahaja.
36
Bab 01 36 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(e) Hubungan perdagangan antara China dan Portugal membolehkan
China mendapatkan barangan perak dari Portugal. Portugal pula BAB
membeli sutera China untuk dibawa ke Eropah.
1
57 Sepanyol sampai ke China pada tahun 1575 dan diikuti oleh Belanda
pada tahun 1604. Belanda yang telah bermusuh dengan Sepanyol sejak
di Eropah telah membawa permasalahan tersebut ke China. Pertikaian
antara Belanda dengan Sepanyol telah menyebabkan peperangan di
Taiwan dan berakhir dengan kejayaan Belanda.
58 Rusia pula menggunakan jalan darat dari Siberia untuk sampai ke China.
Pada tahun 1654, Rusia telah menghantar wakilnya ke Peking untuk
menjalinkan hubungan dengan China.
59 Pedagang British pula tiba di China pada tahun 1639 di bawah John
Weddel. Keterbukaan hubungan perdagangan dengan pedagang-
pedagang Barat ini telah membawa kepada pengaliran keluar mata
wang perak China dan menyebabkan China di ambang inflasi kerana
ketidakstabilan pengaliran mata wang perak. Keadaan ini menyebabkan
ketidakstabilan ekonomi melanda China dan menjadi faktor kejatuhan
Dinasti Ming.
60 Pada zaman Dinasti Ch’ing, China mengamalkan konsep pengasingan Dinasti Ch’ing mengamalkan
dan melarang perdagangan dijalankan secara bebas dan aktif di dasar tutup pintu dan
China. Dinasti Ch’ing telah mengamalkan dasar tutup pintu terhadap hanya membenarkan urusan
perdagangan dan hanya membuka sedikit ruang sahaja untuk aktiviti perdagangan dengan kuasa
Barat dilakukan di Canton
perdagangan. sahaja.
61 Tambahan pula, masyarakat China menganggap perdagangan sebagai
pekerjaan yang paling hina di China. Hal ini pernah disebut oleh
Confucius yang menekankan bahawa pedagang sebagai golongan yang
tidak menghasilkan barangan tetapi lebih kepada memeras ugut golongan
petani sahaja.
62 Pengamalan dasar tutup pintu ini juga adalah kerana pemerintah Dinasti
Ch’ing tidak mahu menerima ancaman dari golongan penentang yang
menyokong Dinasti Ming. Mereka bimbang jika pelabuhan dibuka, pihak
penentang akan meminta bantuan daripada kuasa Barat.
63 Pada masa yang sama, pedagang-pedagang Barat tidak berpuas hati
kerana urusan perdagangan hanya boleh dilakukan di Canton sahaja. Bagi
pedagang Barat, apa yang dilakukan oleh kerajaan China ini bertentangan
dengan amalan prinsip perdagangan bebas yang diagungkan oleh Barat.
64 Pedagang Barat juga menentang campur tangan kerajaan China yang
mengenakan tarif, peraturan monopoli, dan pembentukan persatuan
perdagangan.
65 Pada tahun 1793, British menghantar Lord Macartney ke China untuk
mengadakan rundingan dengan kerajaan China. Namun, Lord Macartney
gagal mendapatkan konsep persamaan taraf dalam perdagangan dengan
China. Perbezaan pandangan perdagangan antara China dengan British
telah membawa kepada Perang Candu I yang berlaku pada tahun 1839
hingga tahun 1842. Foto 1.18 Lord Macartney
37
Bab 01 37 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
BAB ’14 1.3 Masyarakat Maritim
1 1 Sejurus selepas zaman Renaisans dan reformasi agama di Eropah, berlaku
Hasil Pembelajaran
Revolusi Perdagangan di Eropah. Revolusi Perdagangan ini diketuai
Menjelaskan definisi dan oleh negara-negara bangsa Eropah yang mengamalkan dasar ekonomi
ciri-ciri masyarakat maritim. mekantilisme pada abad ke-16 dan ke-17. Ekonomi mekantilisme
menekankan kekayaan, kekuasaan, dan kebajikan.
2 Ekonomi kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan pengumpulan
modal, hak milik persendirian, persaingan untuk pasaran, dan peniagaan
untuk keuntungan. Gabungan merkantilisme dan kapitalisme membawa
kepada Revolusi Perdagangan.
3 Revolusi Perdagangan adalah berkonsepkan kepada perubahan atas
kemajuan yang berlaku dalam bidang ekonomi sejak Zaman Pertengahan
Awal dan berterusan sehingga penghujung abad ke-18 dan awal abad
ke-19.
4 Revolusi Perdagangan pada abad ke-15 dan ke-16 berlaku disebabkan
oleh pelbagai faktor. Antaranya:
(a) Penguasaan perdagangan Laut Mediterranean oleh kota-kota Itali.
(b) Perkembangan perdagangan yang menguntungkan antara kota Itali
dan pedagang Liga Hanseatik di Utara Eropah.
(c) Pengenalan mata wang syiling secara meluas, khususnya mata wang
Ducat, Venice dan Florin, serta Florence.
(d) Terdapat lebihan modal dalam perdagangan, perkapalan, dan
perlombongan.
Foto 1.19 Marco Polo (e) Permintaan untuk peralatan perang dan galakan yang diberikan
oleh raja-raja kebangsaan kepada kemajuan perdagangan untuk
menambahkan kekayaan dalam bentuk percukaian.
(f) Keinginan untuk mendapatkan barangan Timur. Lebih-lebih lagi
dengan adanya maklumat daripada pelayar Marco Polo yang
menghuraikan kekayaan negara China.
5 Kesemua faktor tersebut telah memberi semangat kepada pemerintah
Galeri Info dan pelayar untuk meneroka peluang baru di dunia luar di samping
Marco Polo merupakan dapat menambah kekayaan. Revolusi Perdagangan mendapat sambutan
pengembara terkenal berasal yang memberangsangkan daripada pelayar-pelayar. Antara negara yang
dari Venice, Itali. Pada tahun mempeloporinya ialah Sepanyol dan Portugal. Diikuti oleh England dan
1271, beliau bersama bapanya,
Niccolo dan bapa saudaranya, Perancis.
Maffeo meninggalkan Venice
dan memulakan pelayaran ke 6 Bagi negara Jepun pula, Revolusi Perdagangan hanya tertumpu kepada
China. Kisah pelayarannya negara-negara Asia Timur dan Asia Tenggara. Hal ini berikutan dasar
tercatat dalam bukunya yang pemerintahan yang diamalkan oleh pemerintah Jepun.
bertajuk The Travellars of
Marco Polo. 7 Jepun hanya menjuruskan aktiviti perdagangan dengan negara China
dan negara-negara Asia Tenggara bagi mengawal rakyatnya serta daimyo-
daimyo di bawah kekuasaan Shogun. Namun begitu, Jepun membuka
pintu negaranya kepada negara Barat tetapi mengadakan perdagangan
yang terhad dan pelbagai peraturan dikenakan.
38
Bab 01 38 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
1.3.1 Masyarakat Maritim di Portugal ’14
BAB
1 Portugal merupakan negara Eropah yang paling awal memulakan Faktor kemunculan Portugal
penerokaan dan pelayaran ke dunia luar. Orang Portugis yang mendiami sebagai kuasa maritim: 1
Semenanjung Iberia mempunyai keluarga kerabat diraja yang mempunyai – Perkembangan kapitalisme
dan merkantilisme.
cita-cita yang sangat tinggi serta menggalakkan para pelayar mencari – Peranan Putera Henry.
jalan ke dunia baru. – Memecah monopoli
perdagangan saudagar Itali
2 Selain itu, Portugal merasakan bahawa negara mereka tidak menghadapi dan Islam.
saingan daripada negara-negara Eropah yang lain. Misalnya, Sepanyol – Penyebaran agama Kristian.
yang masih belum teguh dan bersatu padu. Manakala, negara Itali pula – Pengaruh Renaisans.
masih tidak bersatu kerana setiap negara kota bersaing untuk menguasai – Perlumbaan antara negara
bangsa.
perdagangan di Laut Mediterranean. Pada masa yang sama, negara – Kemajuan teknologi pelayaran.
Perancis dan England terlibat dalam Perang Seratus Tahun dan Belanda – Perang Salib.
pula menghadapi masalah dalam negara. – Pengetahuan tentang dunia
luar.
3 Oleh yang demikian, bagi menjayakan cita-citanya, Portugal telah
mengorak langkah pertama. Di bawah pemerintahan Putera Henry
atau lebih dikenali sebagai Henry The Navigator, kerajaan Portugal
telah menjadi kuasa maritim yang terunggul di Eropah pada abad ke-15.
4 Putera Henry menghabiskan masanya mempromosikan kegiatan
penjelajahan. Beliau telah menubuhkan Akademi Laut di Sagres dan
mengundang ahli pelayaran, pakar matematik, kartografi, serta astronomi
dari luar untuk memberi tunjuk ajar kepada pelaut Portugal.
5 Putera Henry mahu orang Portugal mahir dalam bidang pelayaran
kerana ingin menguasai kekayaan di Afrika dan mencari Prester John Foto 1.20 Henry The Navigator
yang menjadi raja dalam kerajaan Kristian di Afrika bagi mendapatkan
bantuan untuk menguasai kerajaan Islam di Maghribi.
6 Antara kejayaan Putera Henry ialah ramai daripada kelasi beliau telah
menjelajah ke selatan sehingga ke Cape Verde di sebelah pantai barat
benua Afrika.
7 Pelayar Portugal tiba di Kepulauan Canary, Kepulauan Madeira, dan
menjajahnya. Seterusnya, mereka sampai di Tanjung Blanc pada tahun
1441 dan persisiran pantai Guinea. Di sini, pelayar Portugal menemui
emas dan membawa balik penduduk Guinea untuk dijadikan hamba
abdi.
8 Selepas kemangkatan Putera Henry pada tahun 1460, orang Portugal
telah menjelajah lebih jauh lagi.
(a) Pada tahun 1487, Bartholomew Diaz telah berjaya sampai ke
bahagian paling selatan benua Afrika, iaitu Cape of Good Hope.
(b) Pada tahun 1497, Vasco da Gama berjaya mengelilingi Tanjung
Pengharapan dan meneruskan pelayarannya di pantai timur Afrika
menuju ke Malindi.
(c) Di sini, Vasco da Gama telah meminta pertolongan pelayar Arab
untuk memandunya menyeberangi Lautan Hindi menuju ke India.
(d) Vasco da Gama tiba di Kalikat pada tahun 1499 dan mendirikan Foto 1.21 Vasco da Gama
tugu sempena memperingati pelayarannya dari Eropah ke Timur.
39
Bab 01 39 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(e) Vasco da Gama kembali ke Lisbon pada tahun 1499 dengan kapal
BAB yang sarat dengan muatan barangan berharga dari Timur.
1 (f) Kejayaan tersebut membolehkan beliau menemui jalan laut baru
ke Timur dan dipergunakan sepenuhnya oleh Raja Manuel I untuk
menawan Kalikat sebagai langkah permulaan untuk menjajah
kawasan di Timur.
9 Dengan kejayaan ini, kapal-kapal Portugal telah belayar ke Timur
menggunakan jalan Tanjung Pengharapan dan membawa pulang
barangan berharga seperti lada hitam, sutera, batu permata, dan rempah.
Raja Portugal melantik Alfonso de Albuquerque sebagai Wizurai di Goa,
India untuk menjaga pangkalan perdagangan dan kepentingan Portugal.
10 Pada tahun 1503, Portugal menguasai Cochin dan perairan Pantai
Malabar. Di sini, Portugal telah memaksa kapal-kapal berdagang hanya
menggunakan lesen Portugal.
Foto 1.22 Alfonso de 11 Pada tahun 1504, Francisco de Almeida dilantik sebagai pemerintah di
Albuquerque Cochin. Sejak itu, bermulalah penguasaan laut antara Portugal dengan
orang Arab. Sebelum ini, pedagang Arab menguasai perdagangan eksport
dari pelabuhan India ke Eropah.
12 Oleh yang demikian, berlaku peperangan antara Mesir dengan angkatan
Portugal di Chaul. Kemenangan memihak kepada Portugal dan
membolehkan pedagang Portugal menguasai jalan perdagangan di Laut
Arab dan Lautan Hindi.
13 Portugal seterusnya meluaskan penjelajahan ke Afrika dan mendirikan
pangkalan di Tanzania sebagai langkah untuk menguasai Lautan Hindi.
Perluasan perdagangan diteruskan ke Kenya serta mendirikan pangkalan
di situ.
14 Matlamat untuk penguasaan rempah diteruskan apabila Lopez de
Galeri Info Sequeira dihantar ke Melaka pada tahun 1509 untuk menyerahkan surat
Penjajahan Portugis di Melaka: daripada Portugal kepada Sultan Melaka bagi membenarkan pedagang
Portugal berdagang.
Tarikh Peristiwa
(a) Namun, saudagar-saudagar dari Gujerat telah memaklumkan
25 Julai Portugis berjaya
1511 menguasai kepada Sultan Melaka peristiwa yang berlaku di pantai Malabar dan
jambatan berjaya memujuk Sultan Melaka untuk menyerang kapal Portugal.
Sungai Melaka (b) Akhirnya, Portugal berjaya menguasai Melaka pada tahun 1511.
hasil maklumat
daripada Si Kitol (c) Kejayaan ini membolehkan Portugal menguasai jalan perdagangan
tentang kekuatan di Lautan Hindi.
pertahanan
Melaka. 15 Seterusnya, saudagar-saudagar Portugal telah mendirikan pangkalan
10 Ogos Portugis berjaya perdagangan di Ceylon, Maluku, Sumatera, Jawa, atau dikenali sebagai
1511 mengalahkan Kepulauan Rempah. Kesemua tindakan tersebut membuktikan
askar Melaka. kesungguhan Portugal dalam menguasai perdagangan rempah.
24 Ogos Melaka jatuh ke
1511 tangan Portugis. 16 Penguasaan perdagangan Portugal di Lautan Atlantik bermula pada
tahun 1500. Pada bulan Mac 1500, sebuah kapal Portugal di bawah
pimpinan Pedro Cabral yang belayar menuju ke India telah hanyut
hingga sampai ke pantai Brazil, Amerika Selatan.
40
Bab 01 40 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
17 Di Brazil, Portugal berjaya membawa hasil hutan seperti kayu-kayan
dan bahan pencelup. Selain itu, Portugal juga membuka ladang tebu, BAB
menjalankan penanaman tembakau, serta menternak lembu dan kuda. 1
Kesemua hasil tersebut telah diperdagangkan dan memberi keuntungan
kepada Portugal.
18 Pada akhir abad ke-17, emas telah dijumpai pada tahun 1693 di Selatan
Brazil dan telah meningkatkan pendapatan pedagang Portugal.
19 Menjelang awal abad ke-16, kapal-kapal Portugal sentiasa belayar ke
Timur Jauh menggunakan Tanjung Pengharapan. Kapal-kapal Portugal
ini membawa pulang rempah-ratus, lada hitam, sutera, dan batu permata.
20 Portugal berhasrat untuk menguasai perdagangan rempah kerana pada
abad ke-15, pedagang Islam telah menjual barangan dari Timur kepada
pedagang di Venice, Itali dengan harga yang mahal. Pedagang Venice
pula sebagai orang tengah telah menjual barangan tersebut kepada
pedagang Eropah yang lain dengan harga yang tinggi.
21 Oleh itu, kejayaan menguasai jalan perdagangan di Lautan Hindi boleh
membawa kepada penguasaan rempah-ratus dan juga pengambilalihan
peranan pedagang Venice sebagai orang tengah dalam penjualan
barangan dari Timur.
22 Bagi mencapai matlamat tersebut, Portugal menggunakan pelabuhan
Lisbon sebagai pusat perdagangan yang penting dan menjadi tumpuan
pedagang-pedagang Eropah.
23 Portugal melantik Casa da India atau House of India untuk menguruskan
perdagangan di luar negara pada abad ke-16. Casa da India berjaya
memonopoli perdagangan lada hitam, kulit kayu manis, dan bunga
cengkih, serta mengenakan cukai sebanyak 30 peratus ke atas keuntungan
pelbagai aktiviti perdagangan lain.
24 Seterusnya, Portugal menggunakan Antwerp sebagai pusat pengeksportan
dan pengeluaran barangan dagangan Portugal. Kesannya, dalam masa
tiga puluh tahun, Portugal berjaya menembusi pasaran rempah-ratus
yang dikuasai oleh pedagang Venice.
25 Pada tahun 1510, Raja Manuel I berjaya mengumpul kekayaan sebanyak
1 juta cruzados daripada pasaran rempah-ratus sahaja. Namun, selepas
tahun 1550-an, Portugal tidak dapat menampung kos pengeluaran yang
tinggi sehingga mengakibatkan aktiviti perdagangan di Antwerp menjadi
muflis.
26 Pada tahun 1542, pedagang Portugal berjaya memasuki Jepun. Pada
tahun 1543, kapal-kapal pedagang Portugal mula memasuki pelabuhan
di Kyushu. Ramai daimyo menerima kedatangan pedagang Portugal
kerana mengetahui keuntungan perdagangan dengan negara asing
(M.Rajendran, 1988: 28).
27 Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal memasuki Jepun. Jepun
mula menerima teknologi Barat seperti teknologi kapal, kesenian, dan
penyebaran agama Kristian.
41
Bab 01 41 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
Ciri-ciri masyarakat maritim 28 Pada tahun 1570, satu perjanjian telah ditandatangani antara pedagang
BAB di Portugal: Portugal dengan Shogun Ashikaga, di mana Portugal dibenarkan
• Masyarakat yang berdagang di pelabuhan Nagasaki. Kesannya, Nagasaki menjadi pusat
1 menjalankan kegiatan
ekonomi perdagangan. perdagangan dan pintu keluar bagi perdagangan Jepun ke luar negara.
Mereka membekalkan hasil
tempatan kepada pedagang 29 Pada tahun 1517, pedagang Portugal sampai di Canton dan menjalankan
yang menggunakan perdagangan di Canton. Dari sini, Portugal mula meluaskan
pelabuhan Portugal. perdagangannya. Pada tahun 1557, pedagang Portugal sampai di Macau
Pedagang-pedagang luar dan mendapatkan kebenaran berdagang dengan membayar bayaran
ini akan membeli dan
mengedarkan barangan tahunan kepada kerajaan China.
daripada pedagang asing
yang lain. 30 Berikutan pengharaman perdagangan China dengan Jepun oleh kerajaan
• Masyarakat maritim Portugal China, pedagang Portugal mendapat manfaat apabila menjadi orang
juga menjalankan aktiviti lain tengah dalam urusan perdagangan antara China, Jepun, dan Eropah.
seperti menangkap ikan dan
mengumpul hasil laut. Misalnya, pedagang Portugal membeli sutera China dan menjualnya
• Petempatan masyarakat kepada Jepun, membeli perak dari Jepun dan menjualnya kepada China.
maritim Portugal di pesisiran
pantai, lembah sungai, dan 31 Pedagang Portugal seterusnya menerokai perdagangan hamba di China
kepulauan. Mereka tinggal di kerana mendapat kelulusan daripada maharaja China. Hamba-hamba
pelabuhan yang terletak di dari China dibawa ke Eropah dan dijual kepada golongan bangsawan
muara sungai.
• Mereka mempunyai di Eropah atau bekerja sebagai buruh dalam bidang pertanian.
kemahiran membina perahu
dan kapal yang mempunyai 32 Namun, perdagangan hamba ini tidak bertahan lama kerana pada tahun
kemampuan belayar jauh 1595, undang-undang dikuatkuasakan di Portugal yang mengharamkan
di lautan luas. Kesannya, sebarang pembelian dan penjualan hamba dari China.
muncul industri perkapalan.
• Masyarakat maritim Portugal 33 Pada tahun 1520, Portugal mendirikan pangkalan perdagangan di pantai
juga mempunyai kemahiran
dalam teknologi pelayaran Afrika, iaitu Mozambique. Pangkalan perdagangan ini dijadikan tempat
dalam menentukan arah perhentian untuk mengisi muatan dalam pelayaran mereka antara
pelayaran dan berjaya Eropah dan Asia dan dijadikan tempat untuk berdagang emas, gading,
mencipta peta pelayaran
serta menguasai kawasan dan hamba terutamanya hamba abdi Afrika. Di Afrika, Portugal hanya
yang sukar dengan ilmu berhubung dengan kawasan di sekitar pusat pelabuhan dan kuasanya
pelayaran mereka. tidak dikembangkan ke pedalaman Afrika.
• Mereka melakukan kegiatan
penjelahan dan penerokaan. 34 Polisi yang lain digunakan oleh Portugal di Amerika Selatan. Portugal
Misalnya, melancarkan berjaya membina empayarnya dan ramai orang Portugal membuka
ekspedisi mencari jalan laut
ke Timur. petempatan baru di Brazil, iaitu Sao Paulo di selatan, Pernumbuco dan
• Masyarakat maritim Portugal Bahia di utara. Pusat pentadbiran Portugal terletak di Bahia pada tahun
mempunyai sifat inkuiri 1531.
yang mendorong mereka
melakukan penerokaan
dan penjelahan. Mereka
juga ingin mengetahui 1.3.2 Masyarakat Maritim di Jepun
perkembangan adat resam,
budaya, dan sejarah 1 Masyarakat maritim di Jepun bermula pada era Ashikaga. Zaman
masyarakat lain. Ashikaga memperlihatkan masyarakat Jepun telah melalui perubahan
• Semangat keterbukaan dan
sifat berani yang dimiliki oleh aktiviti ekonomi. Ekonomi yang berasaskan perdagangan dan pusat
masyarakat maritim Portugal pembuatan kertas, barangan logam, tenunan, dan sebagainya telah
telah melahirkan golongan berkembang maju di seluruh negara.
cerdik pandai dalam
menghasilkan ciptaan moden 2 Pasar-pasar kecil telah berkembang menjadi bandar perdagangan. Pusat-
serta bersemangat kental
dalam menghadapi cabaran pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras dan sake juga bertambah pesat
di lautan dan di tempat terutamanya di bandar dan wilayah. Misalnya, di Kuwana, Sakai, Ise,
orang. Hakata dan lain-lain.
42
Bab 01 42 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
3 Perusahaan tempatan juga berkembang di Jepun. Wujud pengeluaran
berasaskan daerah di Jepun dan pemasaran antara daerah. Contohnya, BAB
pengeluaran kain kapas di Kinai dan pengeluaran ulat sutera serta alat 1
tenunan di Fukushima, Yamanashi, dan Gumma. Satsuma pula menjadi
pusat pengeluaran gula yang kemudiannya dipasarkan ke seluruh Jepun.
4 Pada abad ke-16, Jepun menjalin hubungan perdagangan dengan
pedagang Portugal. Menjelang tahun 1550, ramai pedagang Portugal
memasuki Jepun dan menjalankan aktiviti perdagangan.
5 Penduduk Jepun juga telah mengimport barangan tropika dari Asia
Tenggara, barangan pengeluaran dari China seperti sutera, tembikar,
buku, lukisan, dan wang tembaga. Bandar Seto di wilayah Owari menjadi
pusat pengeluaran barangan tembikar di Jepun.
6 Menjelang abad ke-15 dan ke-16, Jepun telah mengeksport sejumlah
barangan siap ke China dan negara-negara lain. Antara barangan utama
termasuklah pedang, kipas berlipat, dan pemidang. Kipas berlipat dan
pemidang mendapat permintaan yang tinggi di China. Pedang buatan
Jepun yang melengkung diperbuat daripada besi keluli yang bersadur
dikatakan lebih baik buatannya daripada pedang Damaskus atau Toledo
telah mendapat permintaan yang tinggi dan dieksport dalam jumlah
yang besar.
7 Walaupun Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan negara
Barat, hubungan yang terjalin adalah terbatas. Buktinya, pedagang
Belanda hanya dibenarkan berdagang di Pulau Dashima sahaja. Malahan,
mereka tidak dibenarkan mengadakan sebarang hubungan dengan rakyat
Jepun kecuali pegawai-pegawai Jepun yang bertugas di Pulau Dashima.
8 Kepesatan aktiviti perdagangan juga digalakkan dengan perkembangan
ekonomi wang. Namun, hubungan perdagangan Jepun dengan China
terputus apabila berlaku serangan lanun Jepun ke atas China. Dalam pada
masa yang sama, Jepun memerlukan sutera China dan barangan mewah
yang lain dan China pula memerlukan barangan perak dari Jepun. Oleh
yang demikian, pedagang Portugal yang menjalankan perdagangan di
Macau menjadi orang tengah dalam hubungan perdagangan antara Jepun
dengan China.
9 Pada zaman pemerintahan Tokugawa pula, berlaku pertambahan hasil
pengeluaran industri. Pada zaman ini, Tokugawa telah membawa
perkembangan dalam pengeluaran industri kesenian.
10 Masyarakat Jepun terkenal dalam penghasilan barangan tembikar yang
halus dan barangan porselin yang cantik. Teknik pembuatan kesenian
tembikar diajar oleh pembuat tembikar Korea yang dibawa masuk oleh
tentera Hideyoshi dan berkembang menjadi industri penting di Jepun.
11 Seterusnya, industri tekstil turut berkembang pesat dengan menghasilkan
broked sutera yang cantik. Jepun juga menghasilkan secara besar-
besaran barangan laker yang mempunyai nilai hiasan yang sangat indah.
Keunikan barangan keluaran Jepun ini ialah dapat menyeimbangkan
teknikal dan nilai-nilai estetika yang hampir tidak dapat ditandingi oleh
dunia moden.
43
Bab 01 43 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
12 Masyarakat maritim Jepun juga mulai menerima kemasukan teknologi
BAB Barat seperti teknologi kapal, teknik perang, persenjataan (seperti
senapang dan meriam), kesenian, serta penyebaran agama Kristian.
1
13 Kemahiran dalam pembinaan kapal juga merupakan perkembangan
teknologi dalam masyarakat maritim Jepun. Mereka mampu membina
kapal besar yang dapat meredah lautan dan dilengkapi dengan
persenjataan. Malahan, mereka juga menguasai ilmu pelayaran dan
mampu belayar sehingga ke Australia, Asia Tenggara, Amerika Selatan,
Korea dan China. Antara tahun 1600 hingga tahun 1635, lebih daripada
350 buah kapal Jepun melakukan pelayaran perdagangan ke luar negara.
14 Pemerintahan Ieyasu mengamalkan dasar terbuka dalam perdagangan
dengan negara luar. Pengamalan sifat keterbukaan ini telah membawa
kepada perkembangan dalam perdagangan di Jepun. Dalam mengamalkan
sifat keterbukaan ini, Ieyasu berharap dapat memperolehi keuntungan
daripada persaingan Barat dalam perdagangan dan mahu melayan semua
negara dengan saksama dan adil.
15 Ieyasu juga mengharapkan bantuan teknikal dan perdagangan dengan
Sepanyol di Filipina. Oleh itu, beliau telah mengutus surat dan
mencadangkan perdagangan dengan Sepanyol di samping meminta
bantuan dalam kepakaran perlombongan dan pembinaan kapal.
16 Namun, gabenor Sepanyol di Filipina lambat memberi jawapan dan
kedatangan mereka ke Jepun lebih menjurus kepada penyebaran agama
Kristian. Hal ini menyebabkan kemarahan Ieyasu. Beliau menyambut
baik kedatangan pedagang Belanda dan British dan tidak bergantung
kepada kapal-kapal dari Portugal dan Sepanyol.
17 Perkembangan ekonomi perdagangan telah membawa kepada
perkembangan bandar. Bandar raya Kyoto, iaitu ibu kota diraja kuno telah
berkembang menjadi pusat ekonomi serta tumpuan utama pengeluaran
barangan kraf tangan dan kekal sebagai bandar raya terbesar di Jepun.
Foto 1.23 Istana di Kyoto 18 Seterusnya, sebuah bandar lain yang khusus memajukan perdagangan
dan perindustrian telah berkembang maju secara beransur-ansur di
bahagian hujung timur laut Inland.
19 Bandar ini dikenali sebagai Osaka dan sehingga akhir abad ke-16, Osaka
menjadi bandar bebas di luar kawasan bangsawan feudal dan hanya
dikuasai oleh pedagang tempatan dan istana kuil agung mazhab Tanah
Layari laman web berikut Suci Benar.
untuk maklumat tentang
sejarah Osaka: 20 Kemudiannya, Edo yang penduduknya dalam kalangan samurai muncul
• http://en.wikipedia.org/ sebagai bandar batu dan mengatasi bandar-bandar lama.
wiki/Osaka
21 Rentetan daripada perkembangan ekonomi perdagangan di Jepun,
penggunaan mata wang tembaga telah digunakan secara meluas
dan amat bernilai. Penggunaan mata wang ini telah menggantikan
penggunaan beras dan kain sebagai cara berjual beli barangan di Jepun
INFO
dan digunakan secara meluas sejak abad ke-15.
22 Dengan ini, jika sebelum ini beras dijadikan ukuran rasmi kekayaan
golongan shogun dan daimyo, maka semuanya berubah dengan
perkembangan perdagangan dan pertumbuhan bandar seperti Osaka
dan Yedo.
44
Bab 01 44 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
23 Perkembangan perdagangan Jepun dengan negara luar seperti Portugis, Galeri Info
Sepanyol, British, dan Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 telah BAB
menggalakkan penggunaan mata wang perak. Keadaan ini menggalakkan Jepun mengamalkan dasar 1
industri perlombongan berkembang pesat dan pengeluaran emas, perak, pemencilan atau isolasi yang
dianggap terpilih kerana
dan tembaga. masih menerima kemasukan
24 Perkembangan ekonomi ini juga turut membawa kepada pengkhususan pedagang asing seperti
Sepanyol, Portugal, Belanda,
pekerjaan. Hal ini membawa kepada pertambahan jumlah bilangan dan British. Namun bermula
golongan tukang dan saudagar. Organisasi atau persatuan (zu) mula pada pertengahan abad ke-17,
wujud dan memonopoli pengeluaran di Jepun. keadaan ini berubah kerana
Jepun mula mengamalkan
25 Persatuan-persatuan kewangan atau mujinko turut berkembang pesat. dasar tutup pintu.
Pusat-pusat pertukaran wang, kedai-kedai betas, dan sake jua bertambah
di bandar dan wilayah seperti Kuwana, Sakai, Ise, Hakata, dan lain-lain.
26 Perubahan pesat ekonomi perdagangan di Jepun telah membawa
perubahan dalam kehidupan golongan samurai. Golongan samurai yang
bergantung hidup dengan menerima pendapatan berguni-guni beras
daripada shogun atau daimyo sebelum ini telah menjual beras untuk
mendapatkan wang tunai daripada saudagar di Osaka.
27 Golongan saudagar pula menjadi semakin kaya walaupun kedudukan
mereka dalam masyarakat bertaraf rendah. Menjelang abad ke-17,
terdapat ramai golongan pedagang yang cekap dan berpengalaman dan
golongan peminjam wang di bandar. Misalnya, Mitsui yang mempunyai
syarikat persendirian.
28 Perkembangan pesat pengaruh luar seperti agama Buddha, Confucius
dan agama Kristian juga turut berlaku di Jepun. Kedatangan para
pedagang ke Jepun juga telah turut menyebarkan dakwah Kristian.
Antara pedagang Eropah yang awal mengembangkan pengaruh agama
kristian ialah Portugis, Sepanyol, dan Belanda. Mereka menubuhkan
pusat-pusat latihan di bahagian utara Jepun dan juga di Pulau Kyushu.
Selain itu, tulisan Jepun dan kosa kata Jepun juga turut menerima
pengaruh barat seperti Portugis. Misalnya, pao (roti), bosan (butang)
dan lain-lain.
29 Kepesatan perdagangan berakhir secara mendadak pada tahun 1630-an Jepun mengamalkan dasar
apabila pemerintahan Tokugawa mengambil keputusan mengamalkan tutup pintu sejak tahun 1638.
dasar pemencilan dari dunia luar. Pemerintahan Tokugawa
mengamalkan dasar tutup
30 Perdagangan dengan negara luar telah diharamkan dan semua pedagang pintu kerana perasaan syak
diusir keluar dari Jepun. Pelaksanaan arahan ini dikeluarkan dalam wasangka terhadap orang
larangan pada tahun 1633, 1635, dan 1639. Barat dan kebimbangan kesan-
kesan politik yang buruk.
(a) Arahan pada tahun 1633
(i) Melarang kapal-kapal Jepun meninggalkan negara kecuali
mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Bakufu.
(ii) Rakyat Jepun dilarang meninggalkan negara kecuali mendapat
kebenaran terlebih dahulu daripada Keshogunan Tokugawa.
(iii) Rakyat Jepun yang tinggal di luar negara akan dihukum bunuh
jika mereka pulang ke Jepun.
(b) Arahan pada tahun 1635
(i) Mengharamkan semua kapal Jepun belayar ke seberang laut.
(ii) Rakyat Jepun dilarang ke luar negara.
45
Bab 01 45 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Arahan pada tahun 1639
BAB (i) Mengharamkan perdagangan asing dan menutup negara Jepun
dengan dunia luar.
1
1.4 Masyarakat Industri
Hasil Pembelajaran 1 Revolusi Perindustrian di England pada 1760 hingga 1850 mempunyai
banyak pengertian. Revolusi ini diertikan sebagai perubahan pesat
Menjelaskan definisi dan
ciri-ciri masyarakat industri. dalam kaedah pengeluaran barangan selain pertanian.
2 Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada penggunaan
tangan kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Dalam pengertian
lain, Revolusi Perindustrian melibatkan proses perubahan dalam industri
dan perubahan dalam bidang sosial dan intelektual.
3 Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan perubahan dalam
penggunaan sumber tenaga. Penggunaan sumber tenaga daripada arang
batu dan kuasa wap kepada sumber tenaga baharu yang menggerakkan
mesin-mesin di kilang, iaitu kuasa angin dan air.
4 Perubahan juga berlaku daripada sumber ekonomi utama yang berasaskan
pertanian dan kerja tangan kepada ekonomi yang berasaskan mesin dan
pengeluaran kilang.
5 Zaman revolusi telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme, iaitu
satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian
terhadap harta benda atau alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah,
dan lombong yang dikategorikan sebagai modal. Malahan, keputusan
tentang penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik
modal sendiri. Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.
Revolusi Perindustrian 6 Revolusi Perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di
merangkumi perubahan Britain dan negara lain daripada negara pertanian kepada negara
dalam teknik pengeluaran, perindustrian. Perubahan ini menyebabkan pertumbuhan kadar
skala pengeluaran yang
bertambah besar, dan aktiviti urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi.
mengkomersialkan barangan 7 Seterusnya membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang
yang dihasilkan.
dengan pengeluaran yang berlipat ganda, pengumpulan modal yang
memesatkan pertumbuhan ekonomi, dan menambahkan bilangan kelas
pekerja serta kelas pertengahan.
8 Oleh yang demikian, masyarakat industri ialah masyarakat yang terlibat
dalam bidang perindustrian, pengeluaran secara besar-besaran, dan
perkhidmatan yang menggunakan mesin. Masyarakat industri juga
terdiri daripada pengusaha industri dan pekerja industri.
9 Bagi negara England dan Jerman yang mengalami Revolusi Perindustrian,
masyarakatnya memperlihatkan ciri-ciri revolusi berikut:
(a) Penggunaan sains moden yang meluas dalam proses pengeluaran
untuk pasaran.
(b) Pengkhususan dalam bidang ekonomi.
(c) Perpindahan penduduk dari kawasan pedalaman ke kawasan
bandar.
46
Bab 01 46 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(d) Perluasan unit pengeluaran bersifat perusahaan awam.
(e) Perpindahan buruh daripada aktiviti pengeluaran bahan mentah ’17 BAB
kepada penghasilan bahan siap dan perkhidmatan.
(f) Penggunaan sumber-sumber modal secara pesat dan menggantikan Faktor Revolusi Perindustrian 1
usaha manusia. bermula di England:
• Penambahan pengeluaran
(g) Kemunculan kelas sosial yang ditentukan daripada pemilikan harta makanan.
atau modal. • Pertambahan penduduk.
• Perkembangan perusahaan
tekstil.
1.4.1 Masyarakat Industri di England • Modal yang banyak.
• Sumber bahan mentah.
Sebab-sebab Revolusi Perindustrian di England • Pasaran sedia ada.
• Tidak mendapat saingan
1 Sejarawan memperkatakan bahawa Revolusi Perindustrian bermula di negara lain.
England selepas tahun 1750. Revolusi Perindustrian bermula di England • Kemunculan kelas pedagang
dan golongan puritan.
kerana berlaku perubahan yang pesat dalam bidang pertanian. • Penciptaan baharu.
2 Perkembangan pesat dalam sektor pertanian telah menambahkan
pengeluaran makanan di England. Sejajar dengan penambahan makanan Ciri-ciri kemajuan
masyarakat industri di
ini membawa kepada pertambahan penduduk pada abad ke-18. Pada England:
tahun 1701, jumlah penduduk England dan Wales ialah 5.5 juta orang Kegiatan ekonomi
bertambah kepada 6.2 juta orang pada tahun 1751. • Pengeluaran secara besar-
besaran seperti perusahaan
3 Oleh yang demikian, sektor pertanian menjadi sektor yang cekap dan tekstil.
produktif dalam menampung bekalan makanan di England. Perlombongan
• Pengeluar bekalan bahan
mentah yang banyak seperti
4 Selain itu, perusahaan tekstil merupakan perusahaan yang tertua di arang batu dan bijih besi.
England. Kilang kain kapas yang pertama didirikan pada tahun 1790. Pengkhususan pekerjaan
Perkembangan industri ini telah memaksa beribu-ribu tenaga kerja • Adanya pengkhususan
pekerjaan yang tertumpu
diambil untuk menghasilkan barangan tekstil. dalam sektor perkilangan.
Mobiliti sosial
5 Revolusi Perindustrian berlaku di England disebabkan England • Perkembangan revolusi
mempunyai modal yang banyak yang dipusatkan di Bank England perindustrian menyebabkan
dan pertambahan penduduk di koloni yang menjadi pasaran untuk taraf hidup golongan pekerja
barangannya. meningkat dan pertambahan
pendapatan.
Kemunculan kelas baharu
6 Selain itu, England mempunyai bahan mentah yang banyak khususnya • Masyarakat industri terdiri
arang batu dan bijih besi. daripada dua kelas, iaitu
kelas kapitalis dan kelas
7 Kepesatan pertambahan penduduk turut menyumbang kepada bekalan pekerja.
tenaga buruh untuk kilang dan pasaran yang tersedia. Urbanisasi
• Masyarakat industri tinggal di
bandar-bandar.
8 Empayar England di luar negara juga menjamin sumber bahan mentah Masyarakat berpendidikan
dan pasaran untuk barangan siap. Kemajuan sistem pengangkutan turut • Masyarakat kelas
membantu operasi pengagihan barangan ke seluruh negara. pertengahan berjuang
menyuarakan kepentingan
9 England mempelopori industri perindustrian di Eropah kerana hasil mereka melalui parlimen.
kekayaan daripada dasar mekantilisme yang diamalkan. Masyarakat keusahawanan
• Lahir masyarakat yang
10 England juga tidak mendapat saingan daripada negara lain seperti: kreatif dan inovatif sehingga
membawa perkembangan
(a) Perancis perdagangan antarabangsa.
(i) Tersekat dengan cita-cita ketenteraan, sifat autokratik Kekayaan bahan mentah
pemimpinnya, dan pengawalan industri. • Bahan mentah seperti arang
batu dan bijih besi banyak
(ii) Pelayar-pelayar Perancis tidak mendapat sokongan kerajaan terdapat di wilayah New
sepenuhnya. Castle dan Wales.
47
Bab 01 47 3/27/18 11:33 AM
Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
Kemajuan dalam bidang (iii) Industri yang sedia ada mengalami kemerosotan akibat cukai
BAB pengangkutan: yang tinggi dan sekatan yang dihadapi.
• Penggunaan kuasa wap
1 dalam pengangkutan seperti (iv) Menghadapi peperangan yang telah menjejaskan kuasa beraja
kereta api dan kapal laut Perancis di India dan Amerika.
dapat menjimatkan masa (b) Jerman
perjalanan, menjimatkan kos
dan dapat mengangkut lebih (i) Dikongkong oleh adat sehingga kemajuan ekonomi berlaku
banyak barang. tidak menyeluruh.
Pertambahan penduduk
• Mewujudkan bekalan tenaga 11 England mengamalkan satu bentuk sistem aristokrat yang terbuka.
buruh yang mencukupi di Kemunculan kelas pedagang diterima secara terbuka pada abad ke-18
kilang-kilang perindustrian.
Modal dan ini merapatkan hubungan antara kedua-dua golongan. Di samping
• Institusi perbankan memberi itu, England mempunyai pengetahuan dan kelengkapan kebendaan yang
kemudahan pinjaman. membantu kepada pasaran barangan ke luar negara.
12 Golongan puritan turut membantu perkembangan Revolusi Perindustrian
di England dengan melabur sejumlah wang dalam industri. Mereka
juga berminat menyerapkan kemajuan sains dan teknologi ke dalam
industri. Suasana politik England yang aman dan tiada peperangan turut
menyumbang kepada inovasi dalam perindustrian.
13 Penciptaan baharu dalam Revolusi Pertanian seperti mesin menyemai
benih oleh Jethro Tull pada tahun 1700, Rotterham, iaitu sejenis bajak
yang membolehkan proses pembajakan berjalan lancar yang dicipta
pada tahun 1730-an. Jentera berkuasa wap dan mesin memukul yang
menggunakan kuasa wap mula digunakan pada tahun 1798.
Foto 1.24 Jethro Tull
14 Penciptaan mesin-mesin tersebut menyebabkan pengurangan dalam
tenaga manusia dan meningkatkan hasil pertanian. Pengeluaran hasil
Galeri Info pertanian yang berlebihan dijadikan sebagai sumber bahan mentah
Ciptaan semasa Revolusi dalam sektor perkilangan. Kesannya, muncul Revolusi Perindustrian.
Pertanian dan Revolusi
Perindustrian:
Kesan Revolusi Perindustrian
Tokoh Ciptaan
Lord Sistem 1 Masyarakat pertanian
Townshend penggiliran (a) Masyarakat pertanian sebelum zaman perindustrian mengamalkan
tanaman
kaedah tanaman lama, iaitu open field yang bergantung kepada
Thomas Membaiki sistem sistem pusingan.
William penggiliran (i) Setiap dua daripada ladang diusahakan manakala yang satu
Coke tanaman
lagi dikosongkan.
Jethro Tull Alat menyemai
benih (ii) Kesemua petani dikehendaki menanam tanaman yang sama
sepanjang tahun dan kegiatan membajak dan menuai dilakukan
John Kay Flying Shuttle
secara serentak.
James Spinning Jenny
Hargreaves (iii) Jentera seperti tenggala dikongsi bersama.
(b) Pada zaman perindustrian, masyarakat petani di England telah
Samuel Mule – alat
Crompton pemintal memulakan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah
lapang.
Thomas Enjin berkuasa
Newcomen wap (i) Sistem pertanian yang berkonsepkan memagar tanah lapang
adalah untuk memisahkan kawasan yang dimiliki dan
diusahakan daripada tanah yang diusahakan dan dimiliki
oleh orang lain.
48
Bab 01 48 3/27/18 11:33 AM