The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

- Comprehensive notes
- Concept maps
- Exam tips
- Practices & STPM model papers

RM37.95 (WM)
RM38.95 (EM)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PENERBITAN PELANGI SDN BHD, 2021-08-09 04:17:10

Pra U STPM Penggal 1 - Sejarah

- Comprehensive notes
- Concept maps
- Exam tips
- Practices & STPM model papers

RM37.95 (WM)
RM38.95 (EM)

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(ii) Konsep ini berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi
yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang BAB
lebih kepada seseorang dalam usahanya untuk memajukan 1
tanah yang disewa atau dimilikinya.
(c) Berikutan dengan kepesatan proses pemagaran tanah awam,
parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan
proses pembahagian tanah awam kepada pemilikan secara
perseorangan.
(i) Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak
perseorangan perlu mendapat kelulusan parlimen. Foto 1.25 Pemagaran tanah
(ii) Kesannya, antara tahun 1761 hingga 1792, hampir 5 000 000
ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
(iii) Pemagaran tanah ini telah menimbulkan kesan terhadap petani
yang memiliki tanah yang kecil.
(iv) Petani terpaksa menjual tanah mereka kerana tidak mempunyai
modal untuk memagar kawasan tanah milik mereka.
(v) Akhirnya, golongan petani tradisional di kawasan luar
bandar England telah pupus kerana kawasan tanah pertanian
persendirian telah bertukar kepada tanah ladang persendirian
yang besar saiznya.
(d) Berikutan dengan pemagaran tanah ini, kaedah penggunaan tanah
secara intensif telah diwujudkan bagi memaksimumkan penggunaan Galeri Info
tanah. Oleh itu, sistem Tanaman Bergilir Norfolk diperkenalkan Bilangan Akta Pemagaran
oleh Lord Townshend pada akhir abad ke-18. Tanah (1714 – 1810):
(i) Dalam sistem tanaman bergilir ini, Townshend menganjurkan Tahun Bilangan akta
tanah pertanian digunakan sepanjang tahun. 1714 – 20 6
(ii) Dalam satu-satu tahun itu, tanah berkenaan hendaklah ditanam 1720 – 30 33
secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan. 1730 – 40 35
(iii) Misalnya, ditanam dengan gandum, turnip, barli, dan rumput. 1740 – 50 156
Kaedah ini dapat mengekalkan kandungan nitrogen dalam
tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa. 1760 – 70 424
(iv) Bagi menjayakan sistem tanaman bergilir ini, Townshend 1770 – 80 642
telah memperkenalkan tanaman turnip (sejenis lobak) dan ubi 1780 – 90 287
kentang. 1790 – 1800 506
(v) Teknik yang diperkenalkan berjaya mengekalkan kesuburan 1800 – 10 906
tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.
(vi) Para petani seterusnya diperkenalkan dengan tanaman baru.
Beberapa tanaman berakar diperkenalkan seperti parsnips,
swedes, dan mangolds.
(e) Para petani turut mengamalkan sistem pertanian campuran, iaitu
menternak biri-biri dan lembu serta menanam rumput dalam
kawasan pertanian yang sama. Apakah kelebihan sistem
(i) Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan pertanian campuran?
binatang ternakan, khususnya pada musim sejuk.
(ii) Bulu-bulu binatang ternakan digunakan untuk industri
membuat kain.
(iii) Najis binatang dijadikan baja.




49






Bab 01 49 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(f) Pada tahun 1730 – 1760, Robert Blakewell telah memperkenalkan
BAB kaedah baru yang dapat mempercepatkan proses pembesaran
binatang ternakan.
1
(i) Beliau berjaya mempercepatkan pembesaran binatang ternakan
dan menghasilkan saiz ternakan yang besar.
(ii) Beliau berjaya merevolusikan baka biri-biri yang terbaik,
iaitu baka Leicestershire. Kaedah beliau telah tersebar luas dan
digunakan di England.
(iii) Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi
keperluan England ketika itu.
(g) Pengenalan penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera.
(i) Alat penggali dan penabur benih oleh Jethro Tull memudahkan
para petani menggali lubang dan menabur benih dalam jarak
yang ditetapkan.
(ii) Membolehkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut baris
yang sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur
Rajah 1.3 Alat Jethro Tull serta membersihkan tanah.
(h) Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya memperkenalkan
baja tiruan kepada masyarakat petani.
(i) Penggunaan baja tiruan ini dapat memenuhi keperluan baja
yang meningkat terutama dalam ladang yang luas.
(ii) Malahan, kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan
penggunaan baja kimia.
(i) Coke of Holkham telah memperkenalkan cara menebus guna tanah.
(i) Beliau menggunakan sistem guna tanah secara heavy-manuring,
iaitu menjadikan kawasan tanah yang berpasir sebagai tempat
penanaman gandum yang subur.
(ii) Beliau juga memperkenalkan sistem pengurusan ladang paling
moden di England ketika itu.
(iii) Beliau bekerjasama dengan para pemajak tanahnya dan
memperkenalkan sistem pemajakan jangka panjang kepada
para pemajak untuk menggalakkan mereka membuat pelaburan
yang besar.
2 Masyarakat perindustrian
(a) Bidang perindustrian tekstil berkembang pesat pada zaman ini.
(i) Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa
kepada penciptaan mesin pemintal (Spinning Jenny) yang
pertama oleh James Hargreaves pada tahun 1764.
(ii) Pada tahun 1795, Edmund Cartwright telah mencipta mesin
tenun pertama yang menggunakan kuasa air.
(b) Perkembangan perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan
peleburan besi dengan menggunakan arang bagi menghasilkan besi
tempa bagi membuat peralatan mesin.
(i) Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli
yang murah dan cepat daripada besi belum tempa.
Rajah 1.4 Mesin pemintal (ii) Bessemer menemui kaedah mengurangkan masa untuk
ciptaan James Hargreaves
menghasilkan keluli daripada besi belum tempa.
(c) Pada akhir abad ke-18, kuasa wap telah digunakan dalam industri
untuk mengendalikan jentera.


50






Bab 01 50 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
3 Kemajuan sistem pengangkutan
(a) Revolusi Perindustrian telah membawa kemajuan dalam bidang BAB
pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api, dan terusan.
(i) Kapal-kapal mula dibina daripada besi menggantikan balak 1
dari Baltik. Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson
pada tahun 1787 telah menyaksikan kapal-kapal dibina
menggunakan besi sebagai rangka dan kayu sebagai dinding.
(ii) Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi
kerana boleh mengangkut lebih banyak kargo berbanding kapal
yang dibuat daripada kayu.
(iii) Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjin kuasa wap
dan keluli menggantikan besi dalam industi pembinaan kapal.
(iv) Hal ini menyebabkan kapal-kapal boleh mengangkut lebih
banyak kargo.
(v) Dalam pembinaan jalan, John Macadam telah memperkenalkan
pembinaan daripada batu dan minyak tar. Kemajuan ini
memudahkan perhubungan antara kawasan. Foto 1.26 John Macadam
(b) Terusan Worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 oleh James
Bridley telah digunakan untuk membawa arang batu ke bandar
perusahaan Manchester.
(c) Pada tahun 1801, Richard Trevithick mencipta lokomotif atau
jentera wap untuk menarik gerabak. Lokomotif ini kemudiannya
dikenali sebagai kepala kereta api dan dimajukan lagi oleh George
Stephenson pada tahun 1825.
(d) Landasan kereta api moden yang pertama dibina di England pada
tahun 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di
Stockton dengan Darlington.
(i) Jurutera yang bertanggungjawab dalam mengendalikan
pembinaan landasan Great Western yang menghubungkan
London-Bristol-South Wales ialah Isambard Kingdom Brunel Foto 1.27 Richard Trevithick
(1806 – 1859).
(ii) Pada tahun 1875, Robert Stephenson telah membina landasan
yang menghubungkan London dengan Birmingham.
(iii) Menjelang tahun 1873, England telah muncul sebagai peneraju
dalam bidang pembinaan landasan kereta api dengan memiliki
landasan sehingga 14 000 batu.
(iv) Perkembangan ini merancakkan perlombongan arang batu dan
logam lain.
(v) Malahan, perkhidmatan kontraktor England seperti Thomas
Brassey telah digunakan dalam membina landasan kereta api
di Itali, India, dan Australia.
4 Penghijrahan penduduk dan pertambahan penduduk
(a) Revolusi Perindustrian menyumbang kepada pertambahan
penduduk.
(i) Pertambahan penduduk telah meningkat dua kali ganda di
England antara tahun 1800 dan 1850.
(ii) Pertambahan daripada 11 juta orang kepada 21 juta orang.



51






Bab 01 51 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(iii) Penduduk bandar London sahaja antara 50 000 orang dan
BAB 100 000 orang pada tahun 1800.

1 (iv) Pada tahun 1850, penduduk meningkat kepada 2 363 000
orang dan lebih separuh populasi England tinggal di pekan
dan bandar.
(v) Pada tahun 1851, penduduk dari Ireland telah berhijrah
beramai-ramai ke England.
(b) Selain itu, kemajuan infrastruktur turut menyumbang kepada
penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke kawasan
bandar untuk mendapatkan pekerjaan.
(i) Penghijrahan penduduk ini membantu kepada pertambahan
penduduk dalam kawasan bandar.
(ii) Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk
ialah Lancashire, West Riding di Yorkshire, Warwickshire,
Nottinghamshire, dan Staffordshire.
(c) Kesannya, penghijrahan ini telah membawa kepada penyatuan
Ireland-England dan penduduk tertumpu kepada pekerjaan industri
tekstil. Mereka menjadi buruh dalam pelbagai bahagian dalam
industri tekstil. Jika mereka tidak berhijrah, industri tekstil di
England akan lumpuh kerana kekurangan tenaga pekerja.
(d) Bekalan makanan dan peluang pekerjaan yang ada telah
menggalakkan masyarakat England berkahwin pada usia yang
muda dan memperolehi ramai anak. Kadar kelahiran yang tinggi
menyebabkan England menyumbang kepada penggunaan tenaga
buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu. Pada abad
ke-19, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40
peratus daripada keseluruhan penduduk England.

5 Perluasan perdagangan antarabangsa
(a) Masyarakat industri juga mengalami pertambahan penghasilan
barangan dalam industri pembuatan.
Dapatkan maklumat lanjut (i) Pertambahan ini telah menyebabkan lebihan barangan dan
tentang Manchester di laman membawa keperluan untuk dieksport ke luar negara.
web berikut:
• http://www.thefullwiki.org/ (ii) Pada tahun 1820-an, kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds
History_of_Manchester mengeluarkan keluaran melebihi permintaan dalam pasaran
tempatan.
(iii) Hal ini membawa kepada pengeksportan kain kapas dari
England dan berlaku peningkatan pada kadar 10 peratus setiap
INFO tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan melebihi 17 peratus
antara tahun 1792 hingga 1802.
(b) Masyarakat industri juga menerima permintaan dalam kapas
mentah.
(i) Peningkatan kadar import pada tahun 1770 ialah 3 juta paun,
menjelang tahun 1790-an, meningkat kepada 30 juta paun, dan
melebihi 50 juta paun selepas tahun 1800.
(ii) Pengeluaran besar-besaran ini telah menyebabkan England
memperkenalkan pembaharuan dalam kos pengeluaran. Jika
kos pengeluaran dapat dikurangkan maka barangan ini dapat
dijual dalam pasaran luar dengan harga yang murah.


52






Bab 01 52 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England
telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi membolehkan BAB
negara luar membeli barangan siapnya.
(i) Situasi tersebut menggalakkan England menjalankan dasar 1
perdagangan yang lebih liberal.
(ii) Idea liberalisme ini telah dipopularkan oleh Adam Smith dalam
bukunya, The Wealth of Nation.
(iii) Salah satu bab dalam buku ini menceritakan bahawa usaha
untuk mengekalkan kekayaan negara pada tahap maksimum
ialah dengan menghapuskan perlindungan duti kastam. Foto 1.28 Adam Smith
(iv) Idea ini telah digunakan oleh William Huskinson yang
kemudiannya menjadi Presiden Lembaga Perdagangan pada
tahun 1823 dan telah membawa kepada peningkatan kekayaan
England.
(v) Kesannya, berlaku peningkatan pengeksportan kain kapas oleh
Syarikat Hindia Timur Inggeris dari satu juta ela pada tahun
1814 kepada 56 juta ela pada tahun 1932.
6 Kerajaan dan perdagangan bebas
(a) Parlimen England banyak membantu dalam amalan dasar
perdagangan bebas. Pada tahun 1820-an dan 1830-an, Parlimen
England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan dasar-
dasar ekonomi yang boleh menyekat kebebasan.
(b) Antara yang telah diluluskan ialah pemansuhan ekonomi
perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan negara China
pada tahun 1883. Seterusnya, mengurangkan senarai barangan yang
dikenakan duti import dan eksport serta meminda akta perkapalan Layari laman web berikut
pada tahun 1825. untuk maklumat tentang
(c) Pada tahun 1822, parlimen England telah melonggarkan Undang- Syarikat Hindia Timur
undang Jagung (Corn Law). Inggeris:
• http://en.wikipedia.org/
(i) Mengikut Undang-undang Jagung pada tahun 1815, import wiki/East_India_Company
jagung diharamkan melainkan harga dalam negeri mencapai
8 syiling satu per empat.
(ii) Hal ini membawa kepada Gerakan Chartist yang dilancarkan
oleh golongan pekerja dan majikan-majikan kilang untuk INFO
menyakinkan kilang-kilang bahawa undang-undang ini hanya • http://www.britannica.
mengganggu perdagangan bebas. com/topic/East-India-
(iii) Mereka mengadakan rapat umum di seluruh negara dan Company
menghantar bantahan kepada parlimen.
(iv) Hasilnya, pada tahun 1846, Undang-undang Jagung telah
dimansuhkan.
(d) Pada tahun 1849, Undang-undang Pelayaran dimansuhkan. INFO
7 Perubahan gaya hidup
(a) Sebelum Revolusi Perindustrian di England, masyarakat terikat
kepada tradisi kekeluargaan yang kuat dan kebanyakan mereka
tinggal di luar bandar.
(i) Hidup mereka ringkas dan tiada usaha untuk melakukan
mobiliti sosial.
(ii) Ibu bapa memainkan peranan penting dan mempunyai hak
mutlak ke atas anak-anak mereka.



53






Bab 01 53 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat

Ciri-ciri masyarakat industri (iii) Golongan muda mula berhijrah ke bandar untuk mencari
BAB di England: peluang pekerjaan dan menyebabkan hubungan kekeluargaan
Kegiatan ekonomi mula longgar.
1 • Tertumpu kepada
pengeluaran barangan (iv) Kehidupan di bandar menuntut hidup yang lebih berdikari
secara besar-besaran. dan mereka perlu mempunyai bakat dan kekayaan untuk
• Ekonomi bergantung kepada menghadapi cabaran di bandar berbanding di kampung yang
sektor perindustrian dan
perlombongan. menentukan keturunan dalam gaya sosial.
• Seperti kilang tekstil, arang (b) Kehidupan bebas di bandar telah membawa kepada masalah sosial
batu, dan besi. yang kritikal, iaitu aktiviti pelacuran dan jenayah.
Pengkhususan pekerjaan
• Penggunaan mesin secara (i) Peningkatan taraf hidup golongan masyarakat pertengahan
meluas. telah membawa kepada permintaan pelacuran yang tinggi di Foto 1.29 Kemunculan kelas
• Pekerja memerlukan bandar-bandar besar di England. baharu
kemahiran dan menghasilkan
sesuatu barangan. (ii) Pihak kerajaan seolah-olah menerima kegiatan pelacuran ini
Mobiliti sosial dengan menyediakan polis untuk menjaga rumah pelacuran
• Kumpulan masyarakat dan mengarahkan pelacur-pelacur ini menjalani pemeriksaan
ini telah berubah dengan kesihatan bagi mengelakkan penyakit berjangkit menular di
wujudnya kelas pekerja dan
individu tumbuh dengan England.
pesat dari segi saiz dan (iii) Dianggarkan pada tahun 1840-an, terdapat 7 000 hingga
kepentingan. 8 000 pelacur di Kota London dan menjelang akhir abad
• Golongan kelas pertengahan
ini memiliki kilang, peniaga, ke-19, London mempunyai 80 000 orang pelacur. (Gordon A.
ahli-ahli bank, peguam, dan Craig, 1961: 581)
juga jurutera.
• Golongan ini berkeinginan 8 Masalah pencemaran dan kesihatan
dan bersedia menerima (a) Penggunaan bahan bakar seperti arang batu telah membawa
risiko untuk mendapatkan
kekayaan. pencemaran udara yang teruk di England.
• Oleh yang demikian, (b) Pekerja terdedah secara langsung kerana kilang dan kawasan tempat
pertumbuhan ekonomi tinggal dibina dalam lokasi yang sama.
England telah meningkatkan
pendapatan dan kedudukan (c) Masyarakat menghadapi masalah pencemaran air dan membawa
kelas pertengahan. kepada merebaknya pelbagai penyakit.
Kemunculan kelas (d) Menurut laporan Chadwick, keadaan kebersihan dan kualiti
• Terdiri daripada dua kelas,
iaitu kelas kapitalis dan kelas kesihatan penduduk miskin di bandar telah mengalami kadar
pekerja. kematian yang lebih tinggi berbanding golongan kaya pada tahun
• Kapitalis – pemilik kilang, 1842 (Gordon A. Craig, 1961: 114).
tuan tanah dan pengusaha
lombong. (e) Seterusnya, kolera dan penyakit yang berpunca daripada persekitaran
• Pekerja – buruh dan pekerja yang kotor membawa punca bertambahnya bilangan kematian di
kilang. bandar.
Urbanisasi
• Masyarakat tinggal di bandar. (f) Akta Kesihatan Awam telah diluluskan pada tahun 1875 bagi
• Berlaku migrasi ke bandar memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat di bandar.
seperti Manchester, Leeds,
dan Liverpool. 9 Kemunculan kelas baharu
• Tumpuan pekerjaan dalam (a) Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan dalam masyarakat
bidang perusahaan.
• Berlaku proses di England.
pembandaran. (i) Masyarakat tradisional terdiri daripada golongan bangsawan,
Masyarakat literasi pemilik tanah, pedagang, tukang, dan petani.
• Masyarakat yang ada ilmu
dan pendidikan. (ii) Kumpulan masyarakat ini telah berubah dengan wujudnya
• Memperjuangkan hak asasi kelas pekerja dan individu tumbuh dengan pesat dari segi saiz
dan kebajikan golongan dan kepentingan.
pekerja.
• Contoh – Akta Parlimen. (iii) Golongan kelas pertengahan ini terdiri daripada pemilik kilang,
peniaga, ahli perbankan, peguam, dan jurutera.



54






Bab 01 54 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(iii) Golongan muda mula berhijrah ke bandar untuk mencari (iv) Golongan ini berkeinginan dan bersedia menerima risiko
peluang pekerjaan dan menyebabkan hubungan kekeluargaan untuk mendapatkan kekayaan. BAB
mula longgar. (v) Oleh yang demikian, pertumbuhan ekonomi England telah
(iv) Kehidupan di bandar menuntut hidup yang lebih berdikari meningkatkan pendapatan dan kedudukan kelas pertengahan. 1
dan mereka perlu mempunyai bakat dan kekayaan untuk (b) Golongan kelas pertengahan yang baharu ini disertai oleh kuasa
menghadapi cabaran di bandar berbanding di kampung yang politik.
menentukan keturunan dalam gaya sosial. (i) Mereka berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen
(b) Kehidupan bebas di bandar telah membawa kepada masalah sosial bagi menyuarakan kepentingan mereka.
yang kritikal, iaitu aktiviti pelacuran dan jenayah. (ii) Perjuangan mereka berjaya apabila pada pertengahan abad
(i) Peningkatan taraf hidup golongan masyarakat pertengahan ke-18, parlimen England mempunyai 61 wakil parlimen yang
telah membawa kepada permintaan pelacuran yang tinggi di terdiri daripada kelas menengah. Foto 1.29 Kemunculan kelas
bandar-bandar besar di England. (iii) Perwakilan ini berjaya memperjuangkan hak mereka dalam baharu
(ii) Pihak kerajaan seolah-olah menerima kegiatan pelacuran ini meluluskan akta-akta perdagangan dan kepentingan ekonomi
dengan menyediakan polis untuk menjaga rumah pelacuran bagi pihak mereka.
dan mengarahkan pelacur-pelacur ini menjalani pemeriksaan (iv) Misalnya, pemansuhan monopoli Syarikat Hindia Timur
kesihatan bagi mengelakkan penyakit berjangkit menular di Inggeris pada tahun 1813, pemansuhan Akta Perantis pada
England. tahun 1814, dan akta yang mensyaratkan penggunaan binatang
(iii) Dianggarkan pada tahun 1840-an, terdapat 7 000 hingga dalam pembuatan kasut pula dimansuhkan pada tahun 1824.
8 000 pelacur di Kota London dan menjelang akhir abad (c) Kesan Akta Pemagaran Tanah di England:
ke-19, London mempunyai 80 000 orang pelacur. (Gordon A. (i) Hampir 85 peratus tanah pertanian dikuasai oleh pemajak
Craig, 1961: 581) yang mempunyai modal untuk mengusahakan tanah-tanah
8 Masalah pencemaran dan kesihatan berpagar.
(a) Penggunaan bahan bakar seperti arang batu telah membawa (ii) Hanya 15 peratus diusahakan oleh petani secara kecil-kecilan.
pencemaran udara yang teruk di England. (iii) Akhirnya, semakin ramai petani tidak memiliki tanah dan
(b) Pekerja terdedah secara langsung kerana kilang dan kawasan tempat menjadi buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah
tinggal dibina dalam lokasi yang sama. ke kawasan bandar untuk bekerja dalam bidang perindustrian.
(c) Masyarakat menghadapi masalah pencemaran air dan membawa (d) Golongan tersebut bertukar menjadi golongan proletariat. Galeri Info
kepada merebaknya pelbagai penyakit. (i) Mereka bekerja dengan mengendalikan mesin menggunakan
(d) Menurut laporan Chadwick, keadaan kebersihan dan kualiti tangan dalam kerja-kerja memintal, menjadi penenun, dan Pergerakan Luddite merupakan
kesihatan penduduk miskin di bandar telah mengalami kadar pelombong. gerakan pekerja di Britain
pada tahun 1810 yang
kematian yang lebih tinggi berbanding golongan kaya pada tahun (ii) Namun, pekerjaan pengendalian mesin ini telah digantikan membantah penggunaan
1842 (Gordon A. Craig, 1961: 114). dengan mesin berkuasa wap yang tidak lagi memerlukan kaedah pengeluaran baharu di
(e) Seterusnya, kolera dan penyakit yang berpunca daripada persekitaran kemahiran manusia. kilang dan mahu mengekalkan
yang kotor membawa punca bertambahnya bilangan kematian di (iii) Kesannya, pekerja-pekerja ini menjadi penganggur dan dibayar kaedah tradisional. Namun,
lama-kelamaan, semua
bandar. dengan harga buruh yang rendah kerana kilang perindustrian pihak mula sedar bahawa
(f) Akta Kesihatan Awam telah diluluskan pada tahun 1875 bagi pada abad ke-18 dan ke-19 telah menggantikan tenaga manusia penggunaan mesin dalam
memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat di bandar. kepada tenaga mesin. industri pembuatan tidak dapat
disekat.
9 Kemunculan kelas baharu 10 Pekerja dan keadaan kerja di kilang
(a) Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan dalam masyarakat (a) Perkembangan drastik dalam bidang perindustrian telah
di England. menyebabkan pertambahan pekerja dalam perkilangan.
(i) Masyarakat tradisional terdiri daripada golongan bangsawan, (i) Pekerja-pekerja kilang pada abad tersebut mempunyai tempoh
pemilik tanah, pedagang, tukang, dan petani. masa bekerja yang panjang, iaitu selama 12 jam sehari dan
(ii) Kumpulan masyarakat ini telah berubah dengan wujudnya enam setengah hari bekerja setiap minggu.
kelas pekerja dan individu tumbuh dengan pesat dari segi saiz (ii) Manakala upah yang dibayar pula hanya sekadar untuk cukup
dan kepentingan. hidup sahaja.
(iii) Golongan kelas pertengahan ini terdiri daripada pemilik kilang, (iii) Pengusaha kilang pula lebih suka mengambil pekerja wanita
peniaga, ahli perbankan, peguam, dan jurutera. dan kanak-kanak yang berusia seawal lima atau enam tahun
kerana mereka boleh dibayar upah yang rendah.


55






Bab 01 55 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(b) Semua kilang dan lombong di Britain mengambil pekerja wanita.
BAB (i) Antaranya kilang besi, kilang kulit, kawasan perlombongan,

1 dan pembinaan.
(ii) Dianggarkan pada tahun 1840-an, 6 000 pekerja wanita telah
bekerja di lombong-lombong.
(iii) Di Lancashire, utara England, lebih daripada 3/4 wanita yang
berkahwin bekerja di kilang tekstil.
(iv) Pada pertengahan abad ke-19, sebanyak 1.3 juta pekerja dan
40 peratus adalah pekerja wanita.
Foto 1.30 Buruh wanita di (v) Penindasan juga dilakukan terhadap pekerja wanita apabila
lombong mereka dibayar gaji yang lebih rendah berbanding pekerja
lelaki.
(c) Buruh kanak-kanak diambil bekerja di kilang dan lombong arang
batu dan bekerja selama empat belas jam sehari.
(i) Kanak-kanak bekerja dalam keadaan yang berbahaya dan gelap.
Mereka terpaksa menarik dan menolak kereta sorong di dalam
lombong arang batu.
(ii) Kanak-kanak yang bekerja dalam sektor perkilangan pula
menghadapi risiko kehilangan jari.
(iii) Pada awal tahun 1830-an, 1/3 buruh kanak-kanak yang
berumur kurang daripada 21 tahun telah diambil bekerja.
(d) Pekerja kilang terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang
dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin.
Foto 1.31 Buruh kanak-kanak (i) Jika ke tandas atau berehat, pekerja akan didenda.
(ii) Keadaan ini menyebabkan pekerja keletihan dan mengakibatkan
kemalangan dan kematian apabila pekerja terjatuh ke dalam
mesin.
(e) Tempat tinggal pekerja juga tidak disediakan dengan baik oleh
pengusaha kilang.
(i) Rumah pekerja hanya dibina sederet, tiada tandas, dan tiada
bekalan air tetapi dikenakan kadar sewa yang tinggi.
(ii) Keadaan tempat tinggal yang padat dan tidak menjaga
kebersihan menyebabkan pelbagai penyakit melanda seperti
taun dan batuk kering.
(iii) Oleh itu, masyarakat pekerja ini mengalami kadar kematian
yang tinggi dalam usia muda dan separuh dari bayi mati
sebelum menjangkau usia satu tahun.
(f) Tekanan yang dialami oleh para pekerja menyebabkan mereka
mengambil beberapa tindakan untuk menentang penindasan.
(i) Para pekerja yang menganggur telah meminta kerajaan
menyekat penggunaan mesin, namun ditolak oleh parlimen.
(ii) Pada tahun 1800, Akta Kombinasi telah dikuatkuasakan, iaitu
mengharamkan para pekerja menubuhkan kesatuan untuk
membela nasib mereka.
(g) Para pekerja yang tidak berpuas hati telah mengadakan rusuhan.
(i) Rusuhan yang terkenal ialah Luddite, yang telah dilakukan oleh
pekerja-pekerja mahir dari bahagian penenunan.




56






Bab 01 56 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(ii) Rusuhan ini dianggap berjaya kerana kerajaan telah
memansuhkan Akta Kombinasi 1800 dan membenarkan BAB
pekerja menubuhkan kesatuan sekerja. 1
(h) Pada tahun 1830, terdapat segolongan pekerja membuat tuntutan
masa bekerja dihadkan selama 10 jam sahaja.
(i) Seterusnya, pada tahun 1832, kerajaan telah menubuhkan
Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di kilang
untuk meninjau keadaan kanak-kanak yang sedang bekerja.
Suruhanjaya Diraja ini telah mendedahkan segala kepincangan
dan keburukan yang berlaku di kilang.
(j) Laporan Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di
kilang telah membawa kepada penggubalan Akta Kilang pada tahun
1833. Akta ini memperuntukkan: Namakan akta yang
(i) Masa bekerja bagi kanak-kanak dihadkan tidak lebih daripada diperkenalkan untuk menjamin
nasib pekerja.
9 jam.
(ii) Kanak-kanak di bawah umur 9 tahun dilarang bekerja dan
mesti bersekolah.
(iii) Para majikan mesti menjamin keselamatan pekerja kilang.
(k) Beberapa akta telah digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang.
Akta tersebut ialah:
(i) Akta Lombong 1842 yang melarang kanak-kanak perempuan
dan wanita bekerja dalam perusahaan arang batu.
(ii) Akta Sepuluh Jam 1847 yang mengehadkan masa bekerja bagi
wanita dalam perusahaan tekstil ialah 10 jam.

11 Perubahan dalam pemikiran politik
(a) Perubahan dalam politik berlaku pada abad ke-18 di England.
(i) Politik tidak lagi terbatas kepada golongan elit atau keturunan
seseorang sebaliknya lebih dipengaruhi oleh bakat dan
keupayaan setiap individu.
(ii) Ini membawa penolakan kepada keistimewaan golongan
tertentu dalam masyarakat.
(iii) Sebaliknya, memberi peluang kepada setiap golongan
memainkan peranan mereka dalam menentukan dasar
pemerintahan.
(b) Kewujudan masyarakat yang terbahagi kepada dua kumpulan.
(i) Kumpulan kelas pertengahan yang terus menambah kekayaan
dan kekuasaan.
(ii) Kumpulan kedua, iaitu golongan proletariat yang tidak dijaga
gaji, makan, minum dan kebajikan mereka.
(iii) Keadaan tersebut mewujudkan golongan yang merasakan
bahawa golongan kaya telah mengeksploitasi golongan miskin
dengan menguasai sumber kekayaan negara.
(iv) Golongan ini mahu pihak kerajaan campur tangan dalam
perdagangan dan industri bagi melahirkan masyarakat yang
adil dalam ekonomi.




57






Bab 01 57 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(c) Hasilnya, lahirlah idea sosialisme pada tahun 1830-an.
BAB (i) Seorang pemikir sosialis awal, iaitu Claude Henri de Saint-

1 Simon (rakyat Perancis) telah menyeru agar kerajaan
memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan
ekonomi, dan memajukan kebajikan rakyat.
(ii) Golongan sosialis telah mengecam tindakan majikan yang
terlalu mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan
kebajikan para pekerja.
(d) Pemikir terkenal British, Robert Owen (1771 – 1858) pula percaya
Foto 1.32 Claude Hendri de bahawa sistem kapitalis harus bersifat kemanusiaan dan mencari
Saint-Simon keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi kepada
para pekerja, menyediakan perumahan yang sempurna, pendidikan
untuk anak-anak pekerja, dan masa kerja dihadkan kepada 10 jam
sehari.
(e) Kelahiran idea-idea ini membawa perubahan dalam menjaga
kebajikan golongan pekerja dan pada masa yang sama membolehkan
majikan mengaut keuntungan.
1.4.2 Masyarakat Industri di Jerman
Faktor Perkembangan Ekonomi di Jerman

1 Selepas tahun 1870, dunia Eropah mengalami ledakan dalam kekayaan
Foto 1.33 Robert Owen kebendaan kesan kemunculan baharu dalam perindustrian, sumber
kuasa, dan pengeluaran. Gelombang Revolusi Perindustrian kali kedua
ini menyaksikan perubahan penggunaan sumber tenaga manusia kepada
penggunaan mesin.
2 Revolusi Perindustrian di Jerman berlaku pada tahap kedua di Eropah,
iaitu selepas Revolusi Perindustrian di England. Revolusi di Jerman
bermula pada tahun 1860-an hingga tahun 1914. Revolusi tersebut
meninggalkan kesan mendalam di Jerman yang merangkumi aspek
politik, ekonomi, dan sosial.
3 Revolusi Perindustrian di Jerman berkembang apabila kerajaan Jerman
memberi banyak bantuan modal dalam pembinaan kemudahan
infrustruktur. Antaranya:
(a) Pembinaan jalan raya, terusan, dan jalan kereta api.
(b) Perkhidmatan komunikasi seperti pejabat pos dan telegraf.
4 Kerajaan Jerman memperkenalkan beberapa undang-undang yang
memesatkan perkembangan ekonomi di Jerman pada abad ke-18.
Misalnya, pengenalan kadar tarif pada tahun 1879.
5 Pertambahan penduduk di Jerman membantu kepada perkembangan
perindustrian.
(a) Pertambahan penduduk membolehkan penawaran buruh yang
murah dalam sektor perkilangan.
(b) Pada abad ke-19, jumlah penduduk Jerman meningkat daripada 23
juta orang kepada 56 juta orang.
(c) Pertambahan penduduk Jerman ini memperlihatkan bahawa satu
pertiga daripada penduduknya merupakan kanak-kanak di bawah
umur 15 tahun.


58






Bab 01 58 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(d) Kesannya membawa kepada penawaran buruh kanak-kanak yang
tinggi dalam pasaran perindustrian. BAB
6 Pertumbuhan perindustrian turut digalakkan dengan pertambahan 1
penduduk yang berhijrah dari luar bandar ke bandar-bandar utama di
Jerman.
(a) Kebanyakan kawasan perindustrian terletak di kawasan Ruhr,
Saxony, Silesia, dan Berlin.
(b) Penduduk di kawasan ini bertambah sekali ganda dan membawa
pertambahan dalam peluang pekerjaan.
7 Kekayaan Jerman dalam sumber bahan mentah turut menyumbang
kepada perkembangan perindustrian di Jerman.
(a) Sumber bahan mentah yang ada ialah arang batu, bijih besi, bijih
timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada tahun 1870.
(b) Kekayaan bahan mentah ini dibuktikan daripada peningkatan
pengeluaran bijih besi pada tahun 1887 daripada 4.0 juta tan kepada
15.5 juta tan.
8 Jerman juga terkenal dalam industri tekstil. Industri ini telah berkembang
sejak tahun 1870 di Saxony, barat Bavaria, Wurttemberg, dan Rhineland.

Kesan Revolusi Perindustrian
1 Masyarakat pertanian
(a) Perkembangan Revolusi Perindustrian membawa perkembangan
dalam sektor pertanian.
(i) Kemajuan teknologi pada abad ke-18 dan ke-19 telah
menyebabkan meningkatnya mekanisme dalam kegiatan
pertanian, khususnya proses penanaman dan penuaian apabila
terciptanya mesin.
(ii) Misalnya, masalah pembajakan tanah dapat diatasi apabila
traktor dicipta bagi menggantikan penggunaan kuda sebelum
ini.
(b) Sementara itu, kegiatan pertanian juga menghasilkan pengkajian
saintifik tentang tanah.
(i) Pada tahun 1802, ahli sains British, Humphry Davy telah
menerbitkan buku ilmu kimia dengan fisiologi tumbuh-
tumbuhan.
(ii) Melalui buku tersebut, beliau mengemukakan sumbangan Layari laman web berikut
ilmu kimia bagi mengatasi masalah kesuburan tanah dan untuk maklumat tentang
Humphry Davy:
tanaman. • http://en.wikipedia.org/
(iii) Prinsip yang diperkenalkan oleh Humphry Davy ini telah wiki/Humphry_Davy
tersebar ke beberapa negara Eropah yang lain.
(c) Jerman telah menghasilkan beberapa uji kaji untuk menghasilkan
bahan kimia yang boleh digunakan untuk tanaman.
(i) Pada tahun 1840, ahli kimia Jerman, Justus von Leibig telah INFO
menjalankan beberapa uji kaji dan menemui formula untuk
menghasilkan baja tiruan atau baja kimia.
(ii) Kejayaan ini memberi kesan kepada Revolusi Pertanian di
Jerman.




59






Bab 01 59 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(d) Penanaman bijirin di kawasan timur laut, khasnya jagung dan ubi
BAB kentang serta diselangi dengan ternakan binatang seperti lembu
telah menyumbang kepada peningkatan ekonomi Jerman.
1
2 Masyarakat perindustrian
(a) Pertambahan pembukaan lombong arang batu dan bijih besi di
Saxony dan Silesia barat Jerman.
(i) Pengeluaran arang batu bertambah dua kali ganda antara tahun
1860 dan tahun 1870.
(ii) Pengeluaran bijih besi meningkat daripada 1.5 juta tan pada
tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.
(iii) Muncul pengusaha terkemuka seperti Alfred Krupp yang
mengeluarkan barangan alat ganti yang berkualiti tinggi dan
peralatan besi.
(iv) Pada tahun 1851, Syarikat Krupp telah mengadakan pameran
di Istana Crystal, London. Dalam pameran tersebut, Syarikat
Krupp telah mempamerkan gerabak kereta api yang terkini
dan meriam bagi memperlihatkan besi-besi keluaran negara
Jerman yang terbaik.
(v) Hasilnya, permintaan kereta api dari Jerman meningkat dan
membawa peningkatan pekerja dari hanya 250 orang sahaja
pada tahun 1850 kepada 16 000 orang pekerja pada tahun 1873.
(b) Kemajuan dalam industri kulit.
(i) Antara tahun 1870 dan tahun 1914, Jerman telah mengambil
alih tempat England dalam industri kulit.
(ii) Kesan perkembangan industri kulit di Jerman ini menyebabkan
perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang
mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan,
kehidupan yang lebih sihat, dan mementingkan pendidikan.
(c) Pada pertengahan tahun 1830-an, pembangunan industri tekstil
berlaku di Jerman.
(i) Pembangunan ini bertumpu di wilayah Rhineland, Saxony, dan
Silesia.
(ii) Seterusnya, bandar Berlin mengeluarkan mesin-mesin yang
meningkatkan lagi industri tekstil di Jerman.
Foto 1.34 Industri tekstil
(d) Seterusnya ciptaan-ciptaan baharu berkembang di Jerman.
(i) Misalnya, inovasi yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin
menyebabkan pengeluaran keluli meningkat pada tahun 1886
daripada 0.9 juta tan kepada 13.6 juta.
(ii) Ciptaan Siemens menyebabkan firmanya terkenal dalam bidang
kejuruteraan elektrik.
(iii) Syarikat kimia dan elektrik Jerman pada peringkat awal
merupakan perintis dalam membangunkan perusahaan kimia.
(iv) Syarikat tersebut telah membina makmal penyelidikan
perindustrian yang dilengkapi dengan ahli kimia dan fizik
yang terlatih di universiti, tempat penyiasatan, serta uji kaji.
(v) Jerman telah menyeragamkan ciptaan teknik dan hasilnya

Foto 1.35 Perusahaan kimia di Jerman telah memimpin dunia dalam industri kimia dan
Jerman elektrik.


60






Bab 01 60 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
3 Kemajuan sistem pengangkutan
(a) Kesan besar perubahan pembangunan industri selepas tahun 1870 BAB
ialah penggantian bahan dari besi kepada keluli. Jerman telah 1
mengeluarkan sebanyak 125 000 tan keluli pada tahun 1860.
(b) Pertambahan pengeluaran ini membawa kepada perkembangan
pesat dalam sektor pengangkutan khususnya pembinaan jalan
kereta api. Jalan kereta api dibina dengan pesat pada tahun 1870
dan firma Jerman di Borsig telah menjadi pengeluar utama kereta
api di Jerman.
4 Perluasan perdagangan antarabangsa
(a) Sehingga tahun 1880-an, Otto von Bismarck tidak berminat untuk
mendapatkan tanah jajahan bagi negara Jerman.
(i) Bismarck menganggap Jerman sebagai kuasa Eropah yang
tidak memerlukan wilayah luar dalam membangunkan negara
Jerman.
(ii) Dalam ucapannya, Bismarck menyatakan bahawa Jerman
adalah ‘negara yang megah’.
(iii) Namun, Bismarck mendapat tekanan daripada Liga Koloni
Jerman, iaitu sebuah pertubuhan yang terdiri daripada ahli
perniagaan dan penjelajah Jerman. Foto 1.36 Otto von Bismarck
(iv) Pertubuhan tersebut menekan Bismarck supaya meluaskan
tanah jajahan Jerman untuk mendapatkan sumber dan
meluaskan perdagangan antarabangsa Jerman.
(v) Hal ini adalah kerana pada tahun 1870-an, berlaku
perkembangan pembangunan perindustrian di Jerman
yang menyaksikan pertambahan dalam eksport sehingga
menimbulkan masalah dalam memasarkan pasaran dan
mendapatkan lebih banyak sumber bahan mentah.
(vi) Perindustrian di Jerman telah berkembang kepada 243.8
peratus dari tahun 1887 hingga tahun 1912.
(b) Desakan perluasan jajahan menyebabkan Jerman memeteraikan
perjanjian dalam Persidangan Koloni Berlin pada tahun 1884.
(i) Persidangan kuasa-kuasa besar ini adalah untuk menentukan
lingkungan pengaruh di Afrika dan menyelesaikan soal-soal Dapatkan maklumat lanjut
perdagangan. tentang empayar Jerman
(ii) Hasilnya, pada tahun 1884, Jerman telah berjaya mengambil dalam laman web berikut:
• http://en.wikipedia.org/
alih bahagian barat daya Afrika, Togoland, dan Cameron. wiki/German_empire
(iii) Seterusnya, menguasai Tanganyika dan Afrika Timur.
(c) Jerman meluaskan perdagangan dan kegiatan mendapatkan tanah
jajahan di kawasan Pasifik dengan menguasai sebahagian New
Guinea dan pembelian Kepulauan Carolina dari Sepanyol pada INFO
tahun 1884.
(d) Pada tahun 1897, Jerman telah meluaskan hubungan perdagangan
dengan China bagi mendapatkan arang batu dan mewujudkan
pangkalan tentera laut di pinggir laut China.
(i) Jerman telah mengugut kerajaan China dengan menggunakan
alasan pembunuhan dua orang paderi Jerman di Wilayah
Shantung untuk mengadakan perjanjian dengan China.


61






Bab 01 61 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat

Ciri-ciri masyarakat industri (ii) Pada 6 Mac 1898, satu perjanjian ditandatangani dan China
BAB di Jerman: bersetuju memenuhi tuntutan yang diminta oleh Jerman.
Kegiatan ekonomi
1 • Tertumpu kepada (iii) China bersetuju menyewakan Tsingtao kepada Jerman selama
pengeluaran barangan 99 tahun dan selama tempoh penyewaan, China tidak akan
secara besar-besaran. menjalankan kuasa politiknya ke atas Tsingtao.
• Ekonomi bergantung kepada
sektor perindustrian dan (iv) China juga memberi hak pembinaan jalan kereta api dan
perlombongan. mengusahakan perlombongan arang batu di Wilayah Shantung.
• Seperti kilang tekstil, kulit, Perjanjian ini memberi keuntungan kepada Jerman.
arang batu, dan kimia.
• Contoh kawasan: Rhineland,
Saxony, dan Berlin. 5 Kemajuan sistem kewangan
Pengkhususan pekerjaan (a) Perkembangan sistem perbankan di Jerman menggalakkan
• Penggunaan mesin secara pertumbuhan perdagangan dan perniagaan di Jerman. Pada tahun
meluas.
• Pekerja memerlukan 1840-an, Bank of Prusia menjalankan perniagaan perbankan sebagai
kemahiran dan menghasilkan joint stock dalam pengeluaran kredit dan menyediakan pelaburan
sesuatu barangan. kapital.
Mobiliti sosial
• Kumpulan masyarakat ini telah (b) Seterusnya, sistem perbankan di Jerman dikawal oleh D Bank, iaitu
berubah dengan wujudnya penggabungan empat buah bank utama di Jerman yang terdiri
kelas pekerja dan individu daripada:
tumbuh dengan pesat dari
segi saiz dan kepentingan. (i) Disconto Gesellschaft of Stuttgart (1851)
• Golongan kelas pertengahan
ini memiliki kilang, peniaga, (ii) Deutsche Bank (1870)
ahli-ahli bank, peguam, dan (iii) Darmstadter Bank (1870)
juga jurutera.
• Golongan ini berkeinginan (iv) Dresdener Bank (1872)
dan bersedia menerima risiko
untuk mendapatkan kekayaan. (c) Tugas D Bank ialah menguruskan kewangan serta menggalakkan
Kemunculan kelas penggabungan perniagaan di Jerman. D Bank turut menggalakkan
• Terdiri daripada dua kelas, hubungan Jerman dengan negara-negara luar serta aktif di Timur
iaitu kelas kapitalis dan kelas Jauh, Amerika Latin, Eropah Selatan, dan Timur Tengah (Gordon
pekerja.
• Kapitalis – pemilik kilang, A. Craig, 1961: 295).
tuan tanah, dan pengusaha (d) Perkembangan dalam sistem perbankan telah membawa kepada
lombong.
• Pekerja – buruh dan pekerja kemunculan kelas pengusaha industri baharu di Jerman pada abad
kilang. ke-18 kerana mereka mendapat bantuan modal bank. Hal ini telah
Urbanisasi menggalakkan pertumbuhan industri perlombongan arang batu,
• Masyarakat tinggal di bandar. besi, keluli, kapas, dan kain bulu serta sistem pengangkutan darat
• Berlaku migrasi ke bandar
seperti Ruhr, Saxony, Silesia, dan laut.
dan Berlin. (e) Bantuan modal yang dikeluarkan oleh bank-bank Jerman telah
• Tumpuan pekerjaan dalam
bidang perindustrian. mempercepatkan perkembangan perindustrian di Jerman pada
• Berlaku proses pembandaran. tahun 1870. Penyaluran bantuan modal oleh bank-bank ke
Kemajuan teknologi atas syarikat perniagaan di Jerman membolehkan pihak bank
• Sistem pengangkutan dengan
pembinaan jalan-jalan kereta mempunyai kuasa dan suara dalam mengawal perusahaan syarikat
api. Jalan-jalan kereta api tersebut.
dibina dengan pesatnya (f) Seterusnya, penubuhan kartel di Jerman telah banyak membantu
pada dalam tahun 1870 dan
firma Jerman di Borsig telah perkembangan perindustrian.
menjadi pengeluar utama (i) Matlamat penubuhan kartel adalah untuk menguasai
kereta api di Jerman.
• Jerman telah menghasilkan bekalan dan harga jualan bagi barangan keluaran yang akan
beberapa uji kaji untuk memaksimumkan keuntungan bagi industri secara keseluruhan
menghasilkan bahan kimia dan meminimumkan turun naik harga dalam pasaran dan
yang boleh digunakan untuk
tanaman. Pada tahun 1840, perkhidmatan perindustrian.
ahli kimia Jerman, Justus


62






Bab 01 62 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(ii) Dianggarkan kartel yang ada di Jerman pada awal tahun von Leibig telah menjalankan
1880 adalah sebanyak 2 100. Hal ini dapat dilihat dalam beberapa uji kaji telah BAB
perindustrian arang batu dan keluli. menemui formula untuk 1
menghasilkan baja tiruan
(iii) Kartel Jerman memerlukan kerjasama daripada negara atau baja kimia.
luar untuk membantunya mengawal harga dalam pasaran Masyarakat literasi
antarabangsa. Melalui kerjasama yang diadakan antara bank- • Masyarakat yang ada ilmu
dan pendidikan.
bank dan pengusaha perindustrian dari negara Perancis, • Kemajuan industri kulit telah
Belanda, dan British, prinsip kartel Jerman diperluaskan lagi menyebabkan perubahan
dalam pasaran antarabangsa bagi mengawal bekalan dunia kehidupan masyarakat
kepada gaya hidup yang
dalam beberapa komoditi sebelum Perang Dunia Pertama. mewah, pertambahan
(g) Jerman juga telah menyelaraskan tarif dan cukai kereta api bagi sistem komunikasi dan
tujuan pertahanan. Hal ini berlaku selepas tahun 1866 ketika pengangkutan, kehidupan
yang lebih sihat dan
kemenangan Prusia ke atas Austria dengan kaedah peperangan mementingkan pendidikan.
yang berbeza, iaitu menggunakan kereta api untuk mengangkut • Memperjuangkan hak asasi
tentera. dan kebajikan golongan
pekerja.
6 Dasar kerajaan Jerman • Contoh – Undang-undang
Insurans.
(a) Perkembangan industri di Jerman membawa kepada kemajuan
pengeluaran tenaga mahir. Sekolah pertukangan dan teknikal
Jerman diiktiraf sebagai pengeluar tenaga mahir oleh negara-negara
lain.
(b) Bagi memastikan para pekerja mendapat perlindungan, Bismarck Layari laman web berikut
telah memperkenalkan undang-undang insurans sosial yang untuk maklumat lanjut
dikuatkuasakan pada tahun 1883. Fungsi undang-undang insurans tentang bank dan kartel di
Jerman
tersebut: • http://en.wikipedia.org/
(i) Menjaga kebajikan pekerja semasa ditimpa kemalangan wiki/Economic_history_of_
sewaktu bertugas. Germany
(ii) Merupakan insurans kesihatan.
(iii) Memberi jaminan terhadap keadaan tidak boleh bekerja akibat
kemalangan yang membawa kecacatan dan jaminan hari tua.
(c) Banyak pusat kesihatan didirikan di daerah-daerah dan kos INFO
pembiayaan ditanggung satu pertiga daripada pihak majikan dan
dua pertiga daripada kalangan pekerja.
(d) Pada tahun 1884, parlimen (Reichstag) telah meluluskan Undang-
undang Insurans Kemalangan. Skim insurans ini meliputi:
(i) Pembayaran bagi rawatan perubatan. Apakah undang-undang yang
(ii) Pencen bagi pekerja industri yang berhenti kerja akibat diperkenalkan di Jerman untuk
penyakit. menjamin kebajikan pekerja?
(iii) Kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh majikan. Skim
ini seterusnya diperluaskan kepada pekerja dalam bidang
pertanian.
(e) Pelbagai usaha dilakukan oleh pemerintah Jerman untuk
meningkatkan perkembangan perindustrian dan ekonomi Jerman.
Tindakan yang dilakukan oleh Bismarck:
(i) Memanipulasi pengeluaran akhbar untuk mengawal pemikiran
rakyatnya.
(ii) Membentangkan rang undang-undang anti-sosialis di Reighstag
pada tahun 1878.



63






Bab 01 63 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat
(iii) Rang undang-undang tersebut membolehkan kerajaan
BAB menyekat atau mengharamkan persatuan, perjumpaan,
penerbitan, dan sesiapa yang melanggar undang-undang
1
tersebut dari berada dalam daerah-daerah tertentu.
(iv) Kerajaan juga boleh menyekat kebebasan berpolitik di daerah
yang difikirkan ‘terancam’ serta menarik balik lesen penerbitan,
pencetakan, dan pengedaran.
(v) Dalam jangka masa 12 tahun undang-undang ini dilaksanakan
(1878 – 1890), seramai 900 orang telah disingkirkan dari rumah
mereka dan seramai 1 500 orang telah dipenjarakan.
(f) Mengawal pengurusan perkilangan, firma, kartel, dan bank-bank
Jerman.
(i) Kesemuanya dikawal oleh pengurusan profesional yang lebih
kepada dasar esprit de corps yang mengutamakan ganjaran
dan penghormatan kenaikan pangkat dalam masyarakat
perdagangan daripada kepentingan individualistik dan
kewangan.
(ii) Hal ini dapat dilihat apabila kakitangan awam mentadbir jalan
kereta api, lombong, telegraf, dan perkhidmatan telefon di
Jerman.
(g) Jerman juga terkenal dalam bidang ketenteraan.
(i) Jerman dikenali sebagai kilang pengeluaran tentera dan senjata
di Eropah.
Layari laman web berikut (ii) Kemenangan Prusia ke atas Austria pada tahun 1866 dan ke
untuk maklumat tentang
ketenteraan di Jerman: atas Perancis pada tahun 1870 hingga tahun 1871 menyebabkan
• http://en.wikipedia.org/ semua negara Eropah tertumpu ke atas Prusia.
wiki/German_military_ (h) Kegagalan golongan liberal memanfaatkan kesepakatan mereka
history
dengan Bismarck dalam kes tarif telah membawa perubahan besar
dalam dasar ekonomi pasaran bebas di Jerman.
(i) Sebelum tahun 1877, Bismarck mengamalkan dasar ekonomi
pasaran bebas walaupun dasar ini tidak disukai oleh segolongan
INFO
tuan tanah dan pengusaha industri yang mengalami tekanan
ekonomi akibat saingan daripada negara asing.
(ii) Misalnya, sebelum tahun 1877, golongan bangsawan (junker)
Jerman merupakan pengeksport bijirin yang utama di Jerman
dan pelaksanaan dasar ekonomi bebas telah membawa
keuntungan kepada junker.
(iii) Tetapi pada tahun 1870-an, Jerman mengalami kekurangan
bijirin dalam negara sendiri dan pemansuhan dasar ekonomi
bebas akan melindungi pasaran bijirin Jerman serta melindungi
industri Jerman daripada saingan barangan import dari
England.
(iv) Oleh yang demikian, pada tahun 1879, Bismarck telah
memperkenalkan Undang-undang Tarif. (Qasim Ahmad, 2003:
121)







64






Bab 01 64 3/27/18 11:33 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Bab 1 Masyarakat

BAB

1
1 Pengukuhan institusi beraja di Eropah dan Asia membawa kepada perubahan atau perkembangan masyarakat
daripada masyarakat feudal kepada masyarakat agraria, berubah kepada masyarakat maritim, dan akhirnya
kepada masyarakat industri.
2 Proses perubahan masyarakat di Eropah dan Asia ini menjelaskan bahawa di sebalik institusi politik feudal,
masyarakat membangunkan sistem ekonomi berasaskan pertanian, perladangan, perdagangan, perindustrian,
dan membawa kepada perluasan empayar.
3 Perkembangan masyarakat dalam ekonomi di Eropah membawa kepada pelaksanaan imperialisme ke atas
negara Asia Timur dan Asia Tenggara bagi mendapatkan bahan mentah dan memasarkan hasil barangan
perkilangan. Keadaan ini memberi kesan yang besar terhadap masyarakat di Asia Timur dan Asia Tenggara.
4 China dan Jepun yang mengamalkan institusi feudal berasaskan ekonomi tanah telah berubah kepada kuasa
ekonomi yang menarik minat pelayar dan pedagang Eropah untuk berdagang di China dan Jepun.
5 Namun, Jepun dapat mengatasi China dalam pelbagai bidang pembuatan. Kewujudan kerangka feudal di
Jepun tidak menghalang masyarakat Jepun melonjak dalam bidang perdagangan dan melalui fasa modenisasi
seperti yang berlaku di Eropah.



PRAKTIS STPM



1 Bandingkan ciri-ciri feudalisme yang diamalkan di Eropah dengan Jepun pada abad ke-16
hingga ke-17. [20]
2 Bincangkan sistem feudal yang diamalkan di Jepun pada abad ke-16 hingga ke-17. [20]

3 Bincangkan masyarakat agraria di China pada abad ke-16 hingga ke-17. [20]
4 Terangkan ciri-ciri masyarakat industri di Jerman pada abad ke-18 hingga ke-19. [20]
5 Bincangkan ciri-ciri masyarakat industri yang wujud di England pada abad ke-18 hingga abad
ke-19. [20]






























65






Bab 01 65 3/27/18 11:33 AM

JAWAPAN





BAB 1 MASYARAKAT Baju perisai Eropah diperbuat daripada besi atau
disadur dengan besi. Baju perisai Jepun pula
diperbuat daripada logam atau sutera atau saduran
Soalan 1 logam. Knight memerlukan bantuan untuk menaiki

Pendahuluan kuda kerana baju perisai yang berat tetapi samurai
– Sistem feudal ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan tidak memerlukan bantuan.
tempatan yang ditadbir oleh individu tertentu dan Perbezaan
bukan wakil oleh kerajaan pusat. Dalam sistem – Di Eropah, pembinaan istana daripada batu
feudal, kedudukan seseorang individu adalah melindungi knight dan vassal daripada serangan.
mengikut sistem kelas bersusun lapis mengikut Di Jepun, istana daimyo diperbuat daripada kayu.
hierarki.
– Persamaannya, feudal dilihat sebagai satu gabungan – Evolusi yang berlaku dalam institusi feudal Jepun
yang istimewa antara konsep pemusatan undang- perlahan berbanding di Eropah.
undang diraja dan tradisi semula jadi sebuah – Eropah menghadapi zaman pengukuhan negara
organisasi dengan ikatan peribadi kesetiaan. bangsa kerana kecekapan kuasa pusat dan raja-raja
– Di Eropah, elemen ini datang dari empayar Rom Tudor di England.
dan latar belakang orang Jerman di Eropah Utara. – Jepun telah disatukan dan keamanan diwujudkan
Di Jepun, berakar umbi sejak Zaman Kamakura. tetapi tidak ada raja melainkan jeneral tentera yang
menjadi perancang kesatuan.
Isi-isi penting
– Konsep undang-undang Rom menekankan hak,
Persamaan undang-undang, dan kewajipan, iaitu hubungan
– Masyarakat dibina atas dasar keturunan atau sistem antara mereka yang lahir bersama ikatan peribadi
kelas. Golongan bangsawan berada di atas diikuti zaman feudal digunakan di Eropah. Zaman feudal
oleh tentera dan petani. Jepun dibayangi oleh penekanan etika China yang
– Kurangnya perubahan status dalam masyarakat melebihi undang-undang dan lebih menekankan
feudal atau kurangnya mobiliti sosial. aspek moral berbanding undang-undang. Ini
– Misalnya, jika dilahirkan sebagai anak petani bermakna kekuasaan dan kesetiaan menjadi sesuatu
maka dibesarkan sebagai petani, sedangkan anak- yang mutlak.
anak bangsawan akan tetap menjadi golongan – Perbezaan ketara ialah dalam pemilikan tanah.
bangsawan. Knight di Eropah mendapat tanah sebagai bayaran
– Zaman feudal di Eropah dan Jepun sering dilanda memberi perkhidmatan ketenteraan. Knight juga
peperangan. mengawal golongan petani yang bekerja di tanah-
– Keadaan ini menyebabkan golongan knight di tanah mereka.
Eropah dan samurai di Jepun mempunyai peranan – Samurai tidak mempunyai tanah kerana daimyo
yang penting pada zaman feudal. Kedua-duanya mengenakan cukai ke atas petani untuk membayar
berkhidmat dengan golongan bangsawan dan gaji samurai dalam bentuk beras.
terikat dengan undang-undang feudal. Knight
terikat dengan konsep chivalry, manakala samurai Penutup
terikat dengan konsep bushido di Jepun. – Terdapat persamaan dan perbezaan dalam
– Peralatan peperangan yang digunakan oleh knight pengamalan sistem feudal di Eropah dengan Jepun.
dan samurai ialah kuda, pedang, dan baju perisai.





350






Jawapan 350 3/27/18 11:37 AM

Sejarah Penggal 1 STPM Jawapan

Soalan 2 suku-suku Barat seperti Kato, Ikeda, Asano,
dan Shimazu. Tindak-tanduk mereka sentiasa
Pendahuluan diawasi oleh Shogun Tokugawa. Selain itu,
– Sistem beraja dibantu oleh pembesar dalam mereka juga dilarang mengumpul kekayaan demi
menjalankan urusan pemerintahan dan mengelakkan mereka menjadi terlalu kuat dan
pentadbiran. Masyarakat feudal di Jepun terbahagi mengancam kedudukan Shogun.
kepada dua lapisan masyarakat. • Petani
– Masyarakat pemerintah dan masyarakat diperintah. – Petani atau nomin mendapat kedudukan yang
Golongan pemerintah adalah terdiri daripada istimewa di antara kalangan rakyat biasa.
maharaja, pembesar, daimyo. Golongan diperintah Amalan dasar tutup pintu yang dilakukan oleh
pula ialah samurai, petani, tukang mahir, dan Jepun menyebabkan mereka tidak mempunyai
saudagar. hubungan dengan negara luar. Oleh itu, petani

Isi-isi penting mengeluarkan beras untuk rakyat Jepun dan
membayar sebahagian besar cukai. Mereka hanya
Sistem feudal di Jepun diberi secukup makan sebagai balasan kerana

• Maharaja hasil yang dikeluarkan hanya untuk negara.
– Sistem pemerintahan diketuai oleh maharaja. • Artisan
Secara teorinya, maharaja dianggap sebagai – Artisan terdiri daripada tukang-tukang mahir
pemerintah keduniaan dan kerohanian. adalah di bawah petani di mana mereka akan
– Maharaja Jepun dikaitkan dengan unsur membuat pedang serta peralatan lain yang
ketuhanan yang bertujuan meningkatkan berguna. Mereka diberi penghormatan atas
dan menguatkan kedudukan maharaja serta sumbangan terhadap masyarakat dan diberi
menanam kesetiaan rakyat kepada maharaja. gaji serta rumah yang baik. Tukang kayu turut
– Maharaja berperanan sebagai ketua agama mendapat layanan yang sama dan diberi gaji
dan ketua negara. Tetapi maharaja tiada kuasa sebanyak 500 koku serta dibenarkan memakai
pemerintahan kerana kuasa pemerintahan di sebilah pedang.
bawah Shogun Tokugawa. Maharaja tinggal • Pedagang
terpencil dan terpisah di Kyoto dengan dikelilingi
oleh pegawai istana. Ini bermakna, sistem – Pedagang (chonin) terletak di bawah tukang
ekonomi juga dipegang oleh Shogun Tokugawa mahir. Mengikut tradisi Jepun, golongan
dan para pembesar yang akan mengutip cukai. pedagang dipandang rendah oleh masyarakat
feudal kerana mempunyai pekerjaan yang hina
• Daimyo dan tidak menguntungkan. Namun begitu,
– Daimyo terbahagi kepada tiga kumpulan, keadaan yang aman menjadikan ekonomi
iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpan, dan semakin berkembang dan para pedagang berjaya
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai merupakan mengumpul wang dan harta yang banyak. Mereka
ahli keluarga Tokugawa dan sekutunya. Mereka berjaya memperbaiki status diri dengan mengikat
membantu Tokugawa menguasai pemerintahan ramai bangsawan melalui hutang. Mereka telah
dan dikurniakan tanah di bahagian tengah dan memperkenalkan cara pengurusan baru yang
utara Honshu. Daimyo Shimpan dikenali sebagai akhirnya diwarisi syarikat moden Jepun. Antara
rumah bersaudara yang terdiri daripada saudara- keluarga saudagar terkenal termasuklah Mitsui
mara keluarga Tokugawa. Keluarga Tokugawa dan Naraya Mozaemon.
yang utama dikenali sebagai Go-Sanke milik
anak Ieyasu yang terletak di daerah Owari, Penutup
Kii, dan Mito. Daimyo Tozama pula dikenali – Masyarakat feudal Jepun lebih ketat kerana
sebagai daimyo luar di mana mereka merupakan pembahagian golongan masyarakat dibuat
musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada berdasarkan pekerjaaan yang diwarisi.


351






Jawapan 351 3/27/18 11:37 AM

Format: 190mm X 260mm Extent= 400 pgs (19.5 mm) 70gsm Status: Cover Master BM vervion_2nd imp

PRA-U PELANGI BESTSELLER
PELANGI BESTSELLER
TeksSTPM PRA-U Teks STPM Sejarah CC039062a PRA-U


Penggal 1 ditulis berdasarkan
sukatan pelajaran terbaharu Sejarah
Sejarah STPM yang disediakan oleh Majlis PRA-U
Peperiksaan Malaysia. Buku ini amat
sesuai digunakan oleh pelajar-pelajar
yang bakal menghadapi peperiksaan TeksSTPM
(Sejarah Dunia) Sejarah STPM Kertas 1 sebagai

rujukan.

PENGGAL 1 Judul-judul Pra-U & STPM kami: Teks STPM Sejarah
› Success with MUET
› MUET My Way

CIRI-CIRI ISTIMEWA › Pengajian Am Penggal 1, 2, & 3
› Bahasa Melayu Penggal 1, 2, & 3
› Biology Term 1, 2, & 3 (Sejarah Dunia)
■ Nota dan Latihan yang Komprehensif › Physics Term 1, 2, & 3
■ Peta Konsep › Chemistry Term 1, 2, & 3

■ Hasil Pembelajaran, Petua Pemeriksa, › Mathematics (T) Term 1, 2, & 3 1
Kuiz, Galeri Info, Akses Ilmu, dan › Sejarah Penggal 1, 2, & 3 Mahdi Shuid
Petunjuk STPM › Geografi Penggal 1, 2, & 3 Sejarah Sazlina Othman PENGGAL
■ Rumusan › Ekonomi Penggal 1, 2, & 3 Ajurun Begum Ahamed
› Pengajian Perniagaan Penggal 1, 2, & 3
■ Praktis STPM
■ Kertas Model STPM Penggal 1
■ Jawapan Lengkap

■ Glosari


PENGGAL
1


Dapatkan
versi
eBook!




1




W.M: RM37.95 / E.M: RM38.95
CC039062a
ISBN: 978-967-2856-90-0


PELANGI




26/07/2021 4:50 PM
CVR_PreU_STPM_2021 Sejarah (Penggal 1).indd 1-3
CVR_PreU_STPM_2021 Sejarah (Penggal 1).indd 1-3 26/07/2021 4:50 PM


Click to View FlipBook Version